Penggabungan Mega Perlu Diawasi
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]
SELEPAS lebih daripada suku dekad menjana pelaburan Bumiputera dan mengendalikan skim saham amanah terbesar di negara ini, masanya sudah tiba bagi Permodalan Nasional Berhad (PNB) memikirkan masa depannya dan masa depan pemilikan Bumiputera di dalam sektor korporat.
Apabila PNB melancarkan skim saham amanahnya yang pertama dengan nama Amanah Saham Nasional pada tahun 1981, ia berupa kemuncak kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru di dalam sektor swasta.
Skim saham amanah atau unit trust itu bersandarkan saham-saham milik kerajaan dalam syarikat milik negara dan syarikat swasta yang dipindahkan kepada PNB pada harga asas (par value).
Ini dengan serta merta memberikan PNB keuntungan modal (capital gain) yang besar kepada PNB. Misalnya, saham yang dipindahkan kepada PNB dengan nilai asas RM1 mungkin sudah berharga RM2 di Bursa Saham.
Keuntungan modal ini apabila dicampurkan dengan dividen tahunan telah memungkinkan PNB membayar dividen dan memberi bonus yang lumayan kepada pemegang-pemegang saham unitnya.
Pelancaran ASN juga berupa garis peralihan antara Pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn dengan Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak lama selepas pelancaran skim itu Hussein menyerahkan kuasa kepada Dr Mahathir.
Pada mulanya ASN dikhaskan kepada Bumiputera sahaja. Tetapi apabila Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih besar mengambil alih skim ASN, ASN dibuka kepada semua kaum sebagai saham unit PNB yang pertama dijual kepada rakyat Malaysia semua bangsa.
Justeru itu, penggabungan raksasa yang membabitkan tiga unit operasi utama PNB iaitu Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad dan anak-anak syarikat mereka adalah langkah penting yang semestinya menarik minat umum.
Dengan perubahan masa dan persekitaran ekonomi yang lebih mencabar, PNB terpaksa memikirkan semula modus operandinya. Ia memerlukan satu struktur yang akan membolehkannya terus berkembang, berdaya saing dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.
Lebih daripada itu ia memerlukan struktur yang mampu menjana keuntungan modal yang tinggi dan memperoleh dividen yang mencukupi untuk membayar dividen dan bonus yang berpatutan kepada pelabur-pelabur saham unitnya.
Bagi PNB, penyusunan semula yang diamanahkan kepada kumpulan perbankan CIMB dengan menggunakan sebuah syarikat yang diwujudkan khas bernama Synergy Drive Sdn Bhd adalah permulaan kepada suatu usaha raksasa yang wajib berjaya. Tiada ruang untuk gagal di sini.
Penyusunan semula yang bernilai kira-kira RM31 bilion itu akan menggabungkan tiga syarikat yang disebutkan bersama enam anak-anak syarikat mereka. Sebagai ganjaran awal dan pemanis kepada pelabur, khasnya pelabur minoriti, Synergy Drive menawarkan harga lima peratus lebih tinggi daripada harga pasaran untuk ke sembilan-sembilan syarikat itu.
Menurut CIMB, apabila selesai dilaksanakan pada suku keempat tahun hadapan (2007), penggabungan itu akan mewujudkan sebuah syarikat raksasa yang kelima terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran dianggarkan sebanyak RM31.4 bilion, pekerja seramai 107,000 pekerja ladang seluas 600,000 hektar.
Ini akan menjadi syarikat raksasa itu pemilik ladang terbesar di dunia yang diniagakan di pasaran saham. Cabaran terbesar ialah mempertingkatkan produktiviti ladang kelapa sawitnya yang kini masih terkebelakang berbanding dengan beberapa buh syarikat perladangan lain di negara ini.
Sektor perladangannya dijangka berkeupayaan menjana dagangan tahunan (annual turnover) sebanyak RM26 bilion. Ia juga akan mempunyai kegiatan-kegiatan lain seperti hartanah, kejuruteraan, automotif, penjanaan tenaga, perdagangan, kimia, ubat-ubatan dan hospital.
Cabaran jangka panjang terbesar ialah menjamin agar syarikat gergasi ini tidak rebah kerana berat bandannya sendiri. Kebimbangan ini tidak boleh ditolak bulat-bulat kerana tidak semua penggabungan mega di dunia berjaya menghasilkan syarikat yang berdaya maju.
Dalam masa terdekat sebarang tindakan yang membawa kepada pembuangan pekerja, penjualan atau penswastaan aset dan pelantikan ahli lembaga atau pengurusan kanan dari kalangan “orang yang disyaki” akan menyebabkan motif kerajaan dan PNB dicurigai.
Perkara-perkara ini wajib dipastikan tidak terjadi kerana di akhir-akhir berlaku urus niaga yang menimbulkan syak wasangka dan kontroversial yang membabitkan watak-watak yang dikaitkan dengan kerajaan, khasnya dengan Perdana Menteri.
Kesimpulannya kerajaan dan PNB menanggung risiko politik dan ekonomi yang tinggi melaksanakan penggabungan raksasa ini. Tetapi ia berupa risiko yang boleh dan perlu dihadapi demi menjamin kesinambungan sebuah gagasan besar yang bermula dengan pelancaran DEB pada tahun 1970.
Justeru itu, sambil kita memberi keyakinan kepada kerajaan dan PNB untuk melaksanakan penstrukturan korporat yang penting ini, kita perlu menjadi mata dan telinga agar projek raksasa ini “tidak dilarikan” (hijacked) oleh pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.
Datuk,
ReplyDeletethis has nothing to do with the great plantations merger but instead it is about your latest book entitled blogger(if im not mistaken). Yesterday I went to two bookstores in KLCC Times and Kinokuniya. I was hoping to get them at Kino as thats where I bought damned that thots. Sadly they did not offer your latest book and to my surprise when I inquired at the counter on the books published by the author (your name of course) they had none in their database. When I said that it should not be that way as I just bought a book written by you from them then they found Damned For Thots a local book without the name of an author.
Times on the other hand were more friendly towards local authors like you as there was many local books in the local interest section. I inquired the counter again and they have Other thots, mencari dugalia huso and damned that thots. But they do not have bloggers.
Perhaps you should inquire with Berita Publishing on why is it rather difficult to get your books at these two such big and known bookstores. Are they not that friendly when it comes to local authors because I get pretty twitched when they couldnt find your name yet they keep promoting best seeling books which none of them are written by a local author and some of them are not that good.
Or perhaps is there any other bookstores that are more friendly to our local writers?
Dato', orang gemuk selalunya mudah dapat penyakit. Kalau tidak kuat eksesais dan jaga makan, penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung senang menyerang, tambahan pula jika usia sudah mula meningkat. Begitulah juga dalam bisnes. Besar tidak semestinya kuat, besar tidak semestinya sihat. Tapi kita harap gabungan mega Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope ini boleh memberi kebaikan kepada rakyat terutamanya mereka yang mengharapkan sedikit sumbangan kemakmuran daripada syarikat-syariakt yang dipayungi Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Tapi, macam biasa lah, ia perlulah sentiasa diawasi. Kalau runtuh, ia akan runtuh sekali. Ini yang amat menakutkan. Kalau ia ibarat kapal, kalau karam, ia akan karam sekali.
ReplyDeleteSetahu saya Dato', mengikut trend dunia hari ini, syarikat konglomerat sudah pun berkurangan dan dikurangkan kerana ia menimbulkan banyak masalah pengurusan dan perniagaan. Jika dulu mereka dikonglomeratkan iaini digabungkan dengan beberapa buah syarikat besar atau perbadanan supaya ia menjadi yang terbesar, sekarang ia sudah dipecahkan-pecahkan semula kepada beberapa syarikat lain dengan fokus-fokus perniagaan yang strategik. Keadaan ini sudah banyak berlaku di AS, Sweden, German dan beberapa negara lain. Teori-teori bisnes terbaru juga nampaknya menjurus kepada trend ini. Ganjil sikit, di negara kita, trendnya terbalik pula. Ikut kronologi atau evolusi bisnes sebelum ini, dari sebuah syarikat kecil yang mempunyai satu ada dua produk perniagaan membesarkan perniagaan mereka dengan membentuk strategik alliances dengan syarikat lain untuk mendapat pasaran yang lebih luas dan kepakaran, kemudian mereka membesarkan lagi perniagaan dengan menjadikan syarikat mereka dalam bentuk Perbadanan (corporation) menerusi gabungan syarikat yang turut membabitkan sokongan kerajaan, seterusnya perbadanan dan syarikat besar ini bergabung pula dengan beberapa syarikat raksasa lain untuk menjadikan mereka syarikat konglomerat. Kalau membabitkan syarikat-syarikat asing, maka jadilah ia syarikat multinasional.
Sekarang, keadaan sudah terbalik di mana dari konglomerat turun kepada perbadanan dan dikecilkan lagi kepada strategic alliances dan sekarang banyak syarikat mula membina kekuatan menerusi kemampuan perniagaan dan kepakaran masing-masing pula. Memang banyak contoh yang dapat dilihat hari ini seperti syarikat-syarikat telekom di negara ini. Mereka tidak boleh bergabung kerana begabung akan menyekat kreativiti. Sekarang mereka bersaing dalam suasana yang sihat dan pengguna boleh membuat pilihan secara bijak. Dalam gabungan mega ini, hasil utama ialah kelapa sawit. Untuk menjadi pengeluar kelapa sawit dunia terbesar, ketiga-tiga terpaksa digabungkan, mungkin untuk menyaingi Indonesia dan pengeluar minyak sawit kecil-kecilan yang lain. Sebelum ini pun, ketiga-tiga syarikat itu di bawah PNB yang logiknya ia tetap besar. Yang belum begitu jelas ialah peranan Synergy Drive yang mungkin membawa sesuatu yang luar biasa atau luar dari biasa.
Bagi rakyat, jika gabungan ini memberi manfaat, tak mungkin mereka menolaknya, tetapi sedikit kecacatan boleh menghilangkan kepercayaan. Kita harap ini tidak akan berlaku.
saya setuju dgn dato'.
ReplyDeletekita mesti memberi kritikan membina kepada kerajaan supaya mereka lagi telus dgn pelakanaan penggabungan ini.
saya masih lagi menaruh harapan bahawa kawan dato', rocky bru, boleh juga membuat kritikan membina seperti dato' dan tidak membuat tomahan palsu melulu
Assalamualaikum Dato,
ReplyDeleteSaya melihat kecenderungan Dato' dan pembahas lain untuk berprasangka bahawa penggabungan ini ada unsur-unsur kepentingan peribadi. Saya pula melihat dari aspek yang berbeza.
Kita maklum visi Perdana Menteri yang mahu memajukan sektor pertanian dan negara kita juga merupakan "kuasa besar" pengeluar kelapa sawit. Oleh itu adalah normal jika perhatian lebih diberikan kepada bidang yang negara mempunyai kepakaran lebih-lebih lagi memasuki era globalisasi dimana pengkhususan didalam sesuatu bidang adalah sangat penting.
Dato’ menulis cabaran terbesar penggabungan ini ialah mempertingkatkan produktiviti ladang yang kini masih terkebelakang berbanding dengan beberapa buah syarikat perladangan lain di negara ini.
Peningkatan produktiviti adalah syarat utama “survival” syarikat didalam persekitaran sekarang. Faktor “survival” ini jugalah yang boleh meroboh visi Perdana Menteri kita. Keinginan untuk kembali kepada sektor pertanian tanpa penggembangan sektor lain akan menyebabkan peluang pekerjaan semakin tipis. Sejarah menguatkan teori ini.
Pada Oktober 1944, satu peristiwa telah berlaku di Mississippi dimana 3,000 orang berbangsa Afrika-Amerika berkumpul menyaksikan mesin pengutip kapas beroperasi. Mereka kagum dengan pengalaman ini dimana setiap mesin ini boleh melakukan kerja 50 orang buruh. Pada tahun 1949 hanya terdapat 6% ladang dituai secara mekanikal. Menjelang 1964 sebanyak 78%. Lapan tahun kemudian 100% kapas dikutip oleh mesin!!! Dan kesan dari mesin-mesin yang menggantikan pekerja ini mengakibatkan berjuta penduduk berbangsa Afrika-Amerika terpaksa berhijrah ke sektor lain.
Sejarah melihat peningkatan produktiviti tidak menjanjikan peningkatan peluang pekerjaan malah menyusutkannya. Sebagai contoh, sektor besi di US menyaksikan kenaikkan produktiviti dari 75 juta tan kepada 102 juta tan dalam masa 20 tahun. Dalam masa 20 tahun itu juga dari 1982 sehingga 2002, angka pekerja didalam sektor besi menurun dari 289,000 kepada 74,000. Dan contoh seperti ini dapat dilihat didalam kebanyakkan sektor yang melibatkan buruh yang ramai.
Oleh itu dapat dijangka didalam sektor pertanian jika dikatakan peningkatan produktiviti diperlukan, trade-off nya ialah pengurangan bilangan pekerja. Untuk jangka masa panjang seramai 107,000 pekerja mungkin tidak lagi diperlukan untuk ladang seluas 600,000 hektar. Peningkatan pengganguran tanpa ada ruang mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dapat diimpikan untuk dihadapi oleh seorang Perdana Menteri. Sektor-sektor baru harus diwujudkan untuk menampung keperluan pekerjaan rakyat.
Sektor baru seperti bio-diesel yang berkait rapat dengan kelapa sawit boleh diterokai dengan lebih bersungguh-sungguh. Dan penggabungan 3 syarikat besar ini dengan kapital yang besar boleh membantu memakmurkan sektor ini. Apa pun pilihan kerajaan, ia harus cepat menerokainya sebelum visi pertanian Perdana Menteri akan menyebabkan negara menghadapai graduan menganggur secara besar-besaran.
Dato' katakan bahawa penggabungan mega ini perlu diawasi agar tidak dihijacked oleh pihak berkepentingan peribadi. Saya katakan bahawa terdapat isu yang lebih besar yang kita perlu beri perhatian seperti objektif dan hala tuju penggabungan ini agar ia tidak menghijacked visi pertanian Perdana Menteri yang secara langsung melibatkan rakyat jelata.
jangan jadi raksasa dinasour,...gah tapi dah pupus
ReplyDeleteDato AKJ dan saudara Feii Umar,
ReplyDeleteBukan berprasangka tapi berwas-was sangka. Demi kebaikan agar nasi tidak menjadi bubur, agar anak cucu masa depan dapat merasa pelaburan dari sesen dua kita hari ini. Jangan asyik-asyik anak cucu dan menantu depa pulak yang sentiasa dapat lebih-lebih.
Baik bukak sora awai-awai, tak dak lah depa mencincang sesuka hati. Sekali lagi mungkin depa nampak apa yang kita tak nampak sebagaimana depa tak rasa apa yang kita dok rasa la ni. Sakitnya!
Terima kasih.
Assalamualaikum, Datuk,
ReplyDeleteBerikut adalah petikan kaji selidik kebolehpercayaan yang dilapurkan oleh The Star sikit masa dulu:
Wednesday April 19, 2006
People trust docs, teachers
By DEVID RAJAH
devid@thestar.com.my
PETALING JAYA: Who do Malaysians trust most? Politicians, business leaders, teachers or doctors?
In a survey of 2,074 respondents conducted by the Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM), doctors came up first and teachers second. Politicians were at the bottom of the 15-category list.
Sixty-two percent of the respondents felt that politicians did not tell the truth, while believers numbered only 11%. The rest were uncertain.
Jika nak baca sampai habis sila pi http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/4/19/nation/13996777&sec=nation
Orang politik zaman sekarang cakap kena halusi banyak perkara ada udang di sebalik batu.
Wassalam
Sangat-sangat perlu diawasi.
ReplyDeleteJangan sampai pekerja bawahan menjadi mangsa akibat dari nafsu serakah sesetengah pihak berkepentingan peribadi.
Tapi bila difikirkan kembali, siapakah kita ini untuk MENGAWASI?
Rasanya yang patut mengawasi adalah pekerja-pekerja Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations dan Kumpulan Guthrie Berhad.
Kita juga ingin mendengar apa pandangn kesatuan pekerja dengan terjadinya Pergabungan RAKSASA ini.
Union kena kerja kuatlah lepas ni.
Apakah mereka perlukan pertolongan OTROMEN untuk mengawasi RAKSASA???
Wallahualam...
Datuk AKJ, Sdr Rocky, Dato’ Ron dan lain-lain,
ReplyDeletePada ketika TPM kita bercakap merayu Singapura agar lebih terbuka terhadap pembelian asetnya oleh pelabur Malaysia, kita mendapati begitu banyak penganjur korporat kita yang meniru dan mempraktikkan cara dan tindak-tanduk negara itu.
Penggabungan tiga firma gergasi PNB menjadi sebuah konglomerat mega dan penggabungan NSTP - Utusan Melayu adalah acuan Singapura. Saya tidak mengatakan syarikat mega tidak baik. Kita memerlukan syarikat mega untuk bersaing di pentas dunia.
Tetapi kita bukan Singapura. Efektifnya Singapura adalah negara Cina. Kita negara pelbagai kaum, agama dan budaya. Kita ada kepentingan-kepentingan kaum dan bangsa yang wajib dipertahankan.
Jika orang Cina dan India begitu gigih mempertahankan hak mereka di Malaysia, termasuk kebebasan media massa berbahasa Cina daripada dimiliki oleh seorang dua individu, mengapa orang Melayu begitu mudah membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dan kepentingan mereka dipertaruhkan oleh segelintir manusia yang berkuasa dalam politik dan korporat?
Orang Melayu perlu bimbang yang dua penggabungan mega ini bermuslihat peribadi atau kelompok dan dibuat atas acuan dan dengan input dari perantara pasaran dan agen-agen Singapura yang kini bermaharajalela di Malaysia atas nama keterbukaan, free market dan globalization.
Cadangan menggabungkan NSTP dengan Utusan meniru acuan atau template Singapore Press Holdings (SPH) di mana beberapa individu yang rapat dengan Dinasti Lee Kuan Yew diamanahkan memiliki dan mengendalikan aset penting negara dan PAP itu. Semua media cetak digabungkan di bawah panji-panji SPH menjadikannya salah satu daripada dua monopoli media massa milik Kerajaan Singapura.
Tidak susah meneka siapa di belakang cadangan menggabungkan NSTP dengan Utusan ini kalau bukan orang nombor satu Perdana Menteri dalam media massa iaitu Dato’ Kalimullah Hassan Masherul Hassan, bekas wartawan Straits Times Singapura di Malaysia. ST adalah akhbar panji-panji SPH.
Tetapi untuk mengabui mata umum, khasnya mata para pendukung Umno dan orang Melayu, tugas mengepalai penggabungan itu diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Utusan Tan Sri Hashim Makaruddin, orang lantikan PM di Utusan, yang diketahui umum bukan tokoh korporat tetapi cukup setia kepada Pak Lah. Dia ni dulu Pembantu Khas Tun Dr Mahathir. Jadi siapakah yang akan menarik tali patung-patung ini?
Sekali lagi jawapannya ialah Kalimullah Hassan, bekas Ketua Pengarang NSTP yang sekarang ini Timbalan Pengerusi dan Penasihat Jabatan Pengarang NSTP dengan dibantu oleh the usual suspects seperti Datuk Mutalib Pengerusi Media Prima Berhad dan Realmild Sdn Bhd, Khairy Jamaluddin menantu Perdana Menteri dan para broker kuasa Tingkat 4 JPM.
Dalam penggabungan ini Utusan akan rugi dan Umno mungkin hilang kawalan modal ke atas Utusan. Media Prima mungkin mendapat “keuntungan luar biasa” yang amat-amat diperlukannya bagi membiayai shopping spreenya yang hebat dengan membeli stesen TV NTV7, Channel 8, Channel 9, stesen radio dan firma iklan. Media Prima tiada wang tetapi ia mempunyai backing 100% Perdana Menteri dan Nor Mohammed Yaacop. Mutalib adalah konco PM dalam Yayasan Pulau Pinang. Dia dibuang oleh Anwar kerana kes clowd seeding TNB dan kemuflisan Yayasan. Pak Lah membawanya kembali selepas berkuasa. Kalimullah adalah teman korporat Nor Mohammed Yaacob semasa beliau tersingkir dari Bank Negara setelah membakar RM30 bilion duit Bank Negara.
Penggabungan NSTP-Utusan akan menguatkan kedudukan PM dan konco-konconya dan melemahkan pemilikan dan kawalan Umno ke atas Utusan. Umno tiada pengaruh ke atas NSTP. NSTP dan Media Prima bukan milik Umno. Ia milik rahsia
“Umno President Incorporated” melalui proksi seperti Mutalib dan Kallimullah. Utusan dipegang bersama atas nama Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Umno.
Jadi tahukah kita bahawa aset Melayu dan negara kini sedang diperjudikan untuk kepentingan individu dan kumpulan tertentu?
Barang dijauhkan bala petaka.
FOR THE ATTENTION OF:sinatra_z
ReplyDeleteFROM: RAZAK CHIK (Editor, Special Projects - Berita Publishing)
We take note of your untiring efforts in search of BLOGGER A.KADIR JASIN.
This and other titles published by Berita Publishing is available at the Berita Publishing Book Centre located at 10, Jln 4/109E, Taman Desa, off Jln Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur. (Tel:03-76208111 ext 108/109). The book is priced RM15 a copy; but personal callers get a 20% discount.
In the meantime, we are working with our distributors to ensure the book is readily available on the market. We will provide an update in due course.
AssalamualaikumWarahmatullah.
ReplyDeleteDato'
Kalau tak bergabung, ketiga-tiga syarikat yang tersenarai di Bursa ini boleh terus berkembang maju dan maju bergantung kepada kecekapan pengurusan masing-masing bersaing di peringkat nasional dan dunia. Dalam apa jua struktur organisasi samada berteraskan perniagaan mahupun perkhidmatan, yang menentukan hala tuju dan kecemerlangan nya adalah faktor MANUSIA. Dan faktor manusia di ketiga-tiga syarikat itu telah terbukti berjaya. Berdasarkan rekod yang ditunjukkan,mereka boleh melipatgandakan lagi keuntungan masing-masing dimasa hadapan.
Kalau bergabung, resikonya tetap ada. Hanya, 2 kemungkinan, tersungkur atau terus maju. Kalau faktor MANUSIA dalam Synergy Drive itu terbukti kredibilitinya,kita boleh menaruh harapan. Namun,sekiranya faktor MANUSIA nya ada hubungkait dengan orang-orang politik, tentu sekali boleh menimbulkan curiga dan sangsi di mata rakyat. Di kalangan professional pula, faktor ini dilihat boleh menjejaskan integriti profesionalisma mereka.
Ada juga syarikat yang besar "memecahkan" entiti syarikat kepada beberapa syarikat supaya pengurusan lebih cekap. Ada juga syarikat yang kecil bergabung menjadi syarikat yang besar juga supaya pengurusan syarikat lebih cekap dan berdaya saing. Apapun,faktor MANUSIA yang menentukan segalanya.
Cuma persoalannya, siapa yang akan megawasi pergabungan Mega Synergy Drive? Orang surat khabar? NGO? Pembangkang? Blogger? Rakyat(cuma 5 tahun sekali)?????
Datuk
ReplyDeleteCadangan CIMB itu adalah satu cadangan yang baik sekiranya harga tawaran yang dibuat biarlah lebih dari hanya 5% 'market value' -mungkin RM3 di atas market value: Premiun. Kalau sekadar ini maka ia hanyalah satu usaha dan satu jenaka murah.
Apa synergy kalau 1+1+1 = 3.01?
Ini hanya cost cutting yang tak perlu pada merger! Bukankah productivity ketiga-tiga syarikat itu way below the industry average?
Kalau inilah cara CIMB mahu bertindak maka alamatnya tikus membaiki labulah cerittanya.
Saya amat sedih ada mereka yang kita panggil ahli koporat yang bertindak macam budak baru keluar dari universiti tanpa apa-apa keistimewaan.
Kes Proton adalah contoh yang paling sedih menunjukan ketidak sanggupan ahli-ahli koporat kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Synergy Drive ini hanya satu gurauan untuk kepentingan individu. Najib and co? YA!!!!
Beginikah kebolehan anak-anak arwah Tun Abdul Razak? Memalukan!
Saya harap cadangan ini akan 'ditembak jatuh! oleh PM!
Shame on you Najib!
Datuk,
ReplyDeletedlm keadaan kita mcm ni, siapa yg blh bantu menerangkan kpd rakyat apa yg akan berlaku bila penggabungan ini terlaksana? Boleh Datuk minta sesiapa bagi komen agar dpt kami faham kesan dan akibatnya kepada rakyat dan negara?
Topik lain, apa khabar Tun skrg ni tiada berita lansung yang kami perolehi.
Wassalam.
Saya TEtap MErasakan BAhawa Penggabungan Ini adalah ganjil dan bukan di tahap yg kritikal hingga patut dilakukan.....
ReplyDeleteWalaubagaimanapun, memandangkan ia dikuasai oleh PNB dan PNB itu sendiri adalah harapan Bumiputera..maka doa saya tetap berbaur POSITIF terhadap penggabungan ini......
Moga-Moga ianya bukan untuk kepentingan invidu-individu tertentu~~~
Ingat ni Datuk!
ReplyDelete02 Disember, 2006 13:51 PM
Media Diminta Tangkis Tohmahan Internet
TEMERLOH, 2 Dis (Bernama) -- Media perdana diminta menangkis dakwaan atau fitnah yang disebarkan menerusi internet atau blog terhadap sesuatu isu atau berkaitan dasar kerajaan.
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam era langit terbuka kini, rakyat semakin mudah disogokkan dengan pelbagai maklumat menerusi media alternatif seperti internet, yang kandungannya belum pasti tepat dan benar.
"Oleh kerana kesan langit terbuka, kita dapati media alternatif seperti blog, internet misalnya mula berada di persada komunikasi kita. Kita tidak boleh sekat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Lanchang 2006 di sini malam tadi.
Ahmad Zahid turut menasihati pengusaha blog atau mereka yang menulis dalam internet agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat.
"Setiap orang ada etika, ada nilai diri, kita harap pengusaha blog juga mempunyai etika," katanya.
Datuk,
ReplyDeleteDinar Mas and Hot Currypaps
(to be taken with a mug of nescafe)
how would it be
them shares and stocks
PNB's of course
where offered
and with a rolling pin
white
knights or are
they old crusaders
in the modern world
neo-cons and liberalen
nuovo
at much better
premiums of
an euro or a greenback
oh my,
saudis' dinars!
Come one, come all!
A bargain!
A discount!
A Clearing house of fools
made of Gold
the color of sawo matang!
Hurry, hurry, hurry!
Pap-pap-pap!
Hot finger-licking currypaps
cooked in malaysian palm oil
Halalan-Toyyibban
Arab kalah perang
where are you?
Pembela
ReplyDelete3/12/2006
A'kum Datuk.
Sekarang kita ada 3 syarikat besar. Kalau lingkup 1 ada 2 lagi boleh tolong 1 yg lingkup tu. Kalau 2 lingkup ada 1 lagi boleh tolong 2 yg lingkup tu. Kalau 3 sekali lingkup?...Rasanya mungkin tidak.
Tapi bila dah merge kita tinggal 1 shj. Kalau lingkup 1 ni sapa nak tolong? Kerajaan? Kerajaan tu siapa? Rakyat? Akhirnya duit rakyat juga nanti yang lingkup bila yang 1 ni lingkup.
Saya tak faham kerajaan sekarang yang kerja asyik nak menjahanamkan semua yang telah dibangunkan/dirancangkan. Dari Jambatan Indah, Proton, Pantai,... dll semuanya nak "diniagakan". Saya tak hairan kalau lepas ni Petronas dan Felda pula nak dipertaruhkan.
PM tegur orang melayu kerana selalu nak cepat kaya. Tapi kerajaan yang dipimpin oleh PM sekarang pun 2x5 - "Nak Cepat Kaya" = "Nak Kerja Senang".
PM kena fikir. Nak membangunkan sesuatu amat payah. Tapi nak menjahanamkan amat mudah. Dengan kuasa yg ada pada PM satu panggilan telefon boleh menjahanamkan sesuatu yang telah dibina/dibangunkan berpuluh tahun.
Saya pasti kerajaan BN/Umno akan menerima padah dalam pilihanraya depan sekiranya tidak berhati-hati di dalam hal ini. Dan PM harus memikul tanggungjawab ke atas padah yang bakal diterima BN.
Semoga TUHAN melindungi keamanan negara kita Malaysia yang dicintai. Ameen.