Monday, March 12, 2007

Perihal GLC Yang Ingkar dan Blogger Pembohong

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan "anonymous" tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang mengandungi unsur hasutan, fitnah atau kesat tidak akan disiarkan. Terima kasih.]

TIGA pembesar Umno iaitu Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Ketua Pemuda Encik Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi, Tan Seri Abdul Rahim Tamby Chik – dilaporkan begitu berang.

Mereka dikatakan sangat marah kepada pengurusan kanan GLC kerana gagal hadir kongres yang bertujuan membuat anjakan kepada penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Pegawai-pegawai atasan syarikat yang berkaitan kerajaan itu tidak hadir kongres bertajuk Jihad Ekonomi Melayu anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Pemuda Umno dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Rahim adalah presiden Gabem.

Kongres juga mendengar bagaimana GLC tidak teragak-agak bersaing dengan usahawan Melayu/Bumiputera, menarik balik kontrak Bumiputera dan menggantikan pembekal Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

Saya tidak bertujuan mengulas lanjut hal ini kerana ini cerita lama. Saya sekadar ingin bertanya:

1. Mengapakah GLC begitu berani mengingkari dasar-dasar kerajaan dan memandang remeh usaha memperkukuhkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan?

2. Bukanlah Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sendiri pada awal pentadbiran Hadharinya mengarahkan GLC agar tidak bersaingan dengan Bumiputera atau mengambil jalan mudah membuat keuntungan dengan mengambil alih usaha niaga Bumiputera yang berdaya maju?

3. Bukankah kerajaan sendiri yang mengenakan Indeks Kunci Prestasi (Key Performance Index) yang antara lain menjadi keuntungan sebagai misi utama GLC?

4. [Dengan maaf dan tanpa prejudis]. Bukankah banyak daripada pengurus kanan GLC hari ini dikatakan begitu akrab dengan dan sangat hormati kepada Saudara Khairy?

5. [Dengan maaf dan tanpa prejudis]. Bukankah Tingkat Empat JPM dan Sri Perdana dikatakan begitu berpengaruh ke atas GLC dan pengurusnya?

6. Dan adakah adil bagi pembesar politik negara, termasuk Hishammuddin, Khairy dan Rahim, mengherdik pengurusan GLC kerana bersaing dengan Bumiputera sedangkan kerajaan sendiri yang mengalih hala tuju GLC daripada “pembinaan kapasiti ekonomi” (economic capacity building) kepada mencari keuntungan?

Blogger Pembohong

Laporan media massa, laman berita Internet dan blog memetik Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor Khamis lalu (8 Mac) sebagai menyifatkan pengendali blog (bloggers) “pembohong” dan 80 peratus daripada mereka adalah wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita."

Saya tidak ambil hati dan tidak marah kepada pembesar Umno itu. Sekarang zaman pembesar melatah, marah-marah dan berang-berang.

Malah saya bersimpati dengan mereka kerana bloggers dan laman berita web “are really getting on their nerves.”

Jahat sungguh para blogger ini!

Saya Cuma hendak tanya bapak menteri soalan-soalan berikut:

1. Megapa banyak rakyat jelata Malaysia, khasnya wanita, menganggur?

2. Bukankah lebih baik orang menganggur atau separuh menganggur (wanita atau lelaki) menjadi blogger daripada menjadi penyalahguna kuasa, perasuah, penyamun, penyangak dan penagih dadah?

3. Kalau semua blogger “pembohong” kenapakah pembesar seperti Tengku Adnan perlu layan atau takut kepada “pembohongan” mereka?

4. Kenapa pembesar perlu takut dengan apa yang dihujahkan oleh pembohong blog sedangkan para pembesar mempunyai media massa arus perdana untuk membela dan mempertahankan mereka?

5. Adakah para pembesar khuatir bahawa tidak semua blogger penganggur dan pembohong?

Sama-samalah kita fikirkan. Saya tidak hairan jika masanya tiba apabila mereka menafikan laporan media dan menyalahkan media kerana kononnya tersalah lapor atau memutar-belitkan hujah.

Sementara itu, Selamat Bercuti-Cuti Malaysia dan terima kasih.

34 comments:

  1. the risk of having "not too smart pembesar" is when they started giving out comments... they talk non sense and full of rubbish.

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:20 PM

    Saya rasa sudah tentu akhbar tersebut telah salah petik madah mutiara pembesar kita.
    Manakan pula pembesar yang begitu bijak pandai mungkin melakukan kesilapan melainkan disebabkan kelemahan orang lain.
    Jangan salah faham, mereka tidak maksum tetapi begitu berwibawa hingga terlalu sukar untuk tersilap langkah.
    Kita harus menggembeling tenaga bagi mengumpul semua pembesar utama negara dan mengambil langkah bersama untuk menyatukan mereka agar tidak mungkin terpisah atau bercerai lagi.
    Satukanlah mereka dengan bumi Malaysia tercinta ini!!!
    Inilah perpaduan yang diinginkan oleh ramai rakyat kita selama ini.

    ReplyDelete
  3. Yang "kureng" ini apa boleh kita buat?

    Tony Pua made statement agst EPF purchase of RHB. There is an article on MT supporting him.

    I am for it and bigdog, another blogger gave his pro position also. I am to believe there is a response on Berita MyKMU also for it.

    Perhasp you would like to give us your take on it.

    Let us show Bloggers are rational, analystical and objective people.

    We are ladies and gentlemen willing to agree to disagree.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:40 PM

    Pembelaan nasib Melayu mestilah diperjuangkan. Walaupun sekali, program marhaen macam GABEM, takkan lah tak boleh beri pandangan atau tutelage kpd SME bumiputera Melayu. Kalau Hisham dan KJ tak buat statement macam ni, jadi siapa akan tegur?

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:43 PM

    A Notty Po-a-tic Posting
    (From A Penang UMNO Cha-cha Marba)

    don't say
    like that la, ahm.

    chi lo chee peng-peng

    this they is just
    trying out the old
    campaign shoes
    saiz fitting
    or not, ma.

    chilo chee chat-chat

    wah, datuk,
    that dirty hairy
    is just an encik aa.
    so filty
    and not yet
    rich also can kick
    at the glc goons aa?

    chilo chi peng-peng

    you must think
    they vigilanteh-tarik
    kicking at their bayang-bayangs
    or at the funny
    bottom behind of
    a statutory-apist-turn-paedophile-lookalike could be
    and
    a not too bright turkey hungary for power wannabe amok aa.

    chilo chee chat-chat

    haiya, give chance aa.
    i also talkey no sens
    and dustbin can
    full of cabbage.

    chi lo chi peng peng

    i like them
    very very much this
    baloney sandwich gang
    so give chance la.

    chilut si peng-peng

    at least this people aa
    they can talk
    ayam jantan cock-a-doodle-do.

    chilut si pengecat

    anyway, aa,
    glc not doing
    so good job one,
    you know la. profit not 1000 percent one.

    chilli si sat-sat

    look fullish
    when walk up to counter
    girl in secret
    swiss bank and say
    "ini bally shoes one ma"
    and the girlie say
    "from petaling street, lo; and i am not your ma-ma,
    little girl dickey"

    chilot pirah sat

    (and that if you are brave enough to print and be damned from an UMNO dude.

    thank you, datuk laksa-mana

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:44 PM

    basically the comment reflects what kind person he is and his intelligence. Not surprise cos the level of competency of Msian ministers and BN politicians have been getting worse since 1990s due to money politics. On top of that led by Pak Lah whose intelligence is challenged, the whole things gets even worse cos leadership is bad.

    Datuk - good questions but don't expect the fools to answer cos they the pembesars are beyond scrutiny or questions from the rakyat. They think we are lucky they have been elected into office. And they are also above the law in some cases.

    ReplyDelete
  7. Hello,
    If business is more or less like having a game, ever try to mention lets play for Coke or lunch or dinner or even just 'teh tarik'during a slow and lethargic, boring game? You will notices sudden change in attitude and believe me the game will progress to faster speed and accuracy!

    Directed from economic capacity building earlier, into money making organisation later on is akin to 'lets play for coke' situation!Come on lets fight and may the bestman win!Can't blame them corporate on these. They are just following their masters orders, and the sweet taste of success, freedom from the tether that comes along from strong financial situation are quite heady I believe. Maybe those GLC big gun had said "Jihad what? We are here to make money man.."

    I had never known there is such a big group of jobless lady bloggers, wow. School holiday just started and my blog site visitor drop to only one visitor. All those lady bloggers on vacation ?

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:59 PM

    dear datuk

    i hope you had a wonderful time at middle earth. glad that you are back with your sharp comment on issues affecting us ordinary malaysian.

    kes pembesar bercakap benda yang bukan-bukan ini nampaknya menjadi trend semasa sekarang. sebelum kes blogger dikatakan penipu ini ada beberapa kes lain seperti menyalahkan perempuan kerana kes rogol meningkat, mencadang perempuan memakai cawat besi, melantik mat rempit jadi 'mat skodeng' dan bermacam-macam lagi.

    saya hairan bagaimana mereka yang berpendidikan tinggi dan diundi serta dilantik oleh kerajaan menjadi pemimpin boleh cakap main lepas sahaja?

    sebagai pemimpin mereka perlu tahu setiap kata yang diucap akan dipetik oleh media dan disebarkan kepada umum.

    kalau bloggers yang berbuat demikian, besar kemungkinan kita akan dikenakan tindakan keras seperti dua orang kawan kita yang kena saman baru-baru ini.

    yang teruknya, para pembaca luar negara sudah tentu keluar air mata ketawa dengan cerita kita di sini.

    macam mana ni datuk? we have first world facilities tetapi mentaliti sesetengah pemimpin kita masih lagi belum di tahap itu.

    anak malaysia

    ReplyDelete
  9. Tambah sikit saja.

    Dilaporkan dalam media Khairy berkata Perdana Menteri sendiri sanggup meluangkan masa....... Ini setengah bos GLC tak datang. (lebih kurang begitulah maksudnya)

    Seingat saya, dulu PM juga sanggup meluangkan masa menonton perlawanan antara MyTeam vs Malaysia.

    Media juga menyebut setengah bos GLC tak dapat datang, sebab berada di luar negara dengan TPM. Ada juga yang kata tak dapat jemputan.

    ReplyDelete
  10. Datuk, Kewartawanan Malaysia sekarang 'korap'. Tambah-tambah lagi para blogger yang 10,000 - penipu. Cuma yang tak penipu adalah Kalimullah yang saya kenali sejak 40 tahun lalu. Blogger? Ha...penipu!

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:07 PM

    YBhg Datuk,

    ..aksi,reaksi kerapkali cerminan kepada diri..samada mereka bijaksana,kurang bijaksana atau tiada kebijaksanaan lansung.

    Lebih teruk kalau tidak cerdik!

    Tentu tidak sama ahli abid dengan ilmuan,

    bukan begitu Datuk?

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:20 PM

    Biarkan Si Luncai Terjun dengan Labu-Labunya.. :-)

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:21 PM

    Maaf ya Datuk Abdul Kadir Jasin
    tetapi anda sangat boring dan sungguh meluat bagi saya yang sanjung Perdana Menteri dan Kabinet KJ. Anda satu-satunya blogger hampir-hampir berbohong dengan blog anda yang tidak tepat.

    Cuba lah tiru sesuatu macam ini(semua mat saleh buat mesti best punya mentality)


    March 11, 2007
    "An Intellectual Gresham's Law in Action"
    Brad DeLong makes an important point:

    Un-Discourse Situations...: I was sitting on the right end of an nine-person panel at the New School Friday morning (webcast). Bob Solow was sitting on the left end--Solow, Shapiro, Schwartz, Rohatyn, Kudlow, Kerry, Kosterlitz, Hormats, DeLong. Bob Solow expressed concern and worry over the declines in the U.S. savings rate over the past generation. Larry Kudlow, in the middle of the panel, aggressively launched into a rant--about how the NIPA savings rate was wrong, about how the right savings rate was the change in household net worth, about how there was no potential problem with America saving too little, that the economy was strong, and that that day's employment report had been wonderful, and that Paul Krugman had predicted nine out of the last zero recessions, et cetera, et cetera, et cetera.

    What is one to do? You watch a guy--Bob Solow--one of the smartest and most thoughtful people I know, having his intellectual impact neutralized by a guy--Kudlow--who really isn't in the intellectual inquiry business anymore. Kudlow clearly has not thought through the biases and gaps in the household net worth number: if he had, there is no way he could say what he is saying.

    On paper, in print, on the screen, one can point out that the employment report was anemic--it was not a bloodletting by any means, but it was a bit disappointing. On paper, in print, on the screen, one can say that there is reason to worry about the decline in housing demand and the possibility that it might trigger a recession. On paper, in print, on the screen one can say that reasons (4), (5), and (6) pushing up measured household net worth are reasons to discount that statistic as misleading because they do not reflect any true increase in appropriately-defined wealth, that any increase in household net worth caused by (7) is a transitory phenomenon that tells us little about permanent saving and accumulation patterns, that (1) and (2) affect the level but not the trends of saving, and do not speak to Solow's worry about the savings-investment rate's decline, and thus that only reason (3)--the effects of the now decade-long computer-and-communications real investment boom on our total wealth--provides a reason to even begin to think about whether Bob Solow's worries about declining savings as measured by the NIPA are at all overblown.

    But there are ninety minutes for a panel with nine people on it. To the audience it looks like two cocksure economists who disagree for incomprehensible reasons. And my ten minute share will come too late to try to referee Solow-Kudlow in any fair, balanced, and effective way.

    It's an un-discourse situation: Kudlow doesn't acknowledge--may not know--the flaws in his chosen statistic. And I can't help wonder what Kudlow would be saying if a Democrat were president.

    It's an intellectual Gresham's Law in action...

    What can I do? I can blog about it.

    And I can try to help as well. A big reason I started doing this was because I was tired of hearing about how tax cuts pay for themselves, hearing the kind of nonsense Brad is talking about and more just like it spouted on TV, in print, on the screen, and on the radio without any rebuttal. People who don't have a clue about the academic research on issues they are discussing or who are selling an ideological agenda are put side-by-side with and given equal time and weight to people like Bob Solow who is "one of the smartest and most thoughtful people" Brad knows, if they are rebutted at all. People watching, listening, or reading are left with the impression that there are schisms and disagreements in the profession that simply don't exist. I'm not sure what the answer is, how to stop people from being misled by sales jobs for agendas disguised as economic analysis, but speaking up is a start.

    Update: Bruce Bartlett, from Brad's comments:

    When you saw that the organizers had stupidly put too many people on the panel, you should have refused to participate. You should have also asked who else was invited. When you saw that they had invited some whom you view as having insufficient stature to particpate, you should have refused to participate. If more scholars did this, conference organizers and talk show producers might improve the quality of such events.

    Posted by Mark Thoma on March 11, 2007 at 07:17 PM in Economics, Politics
    http://economistsview.typepad.com/economistsview/

    ReplyDelete
  14. Anonymous1:19 AM

    ahm said: the risk of having "not too smart pembesar" is when they started giving out comments... they talk non sense and full of rubbish.

    I think the risk is WAAAAY more serious than just having to listen to nonsense and rubbish.

    The risk of a having "not too smart pembesar(s)" is like having dopes and incompetents at the helm of our ship. We're sailing aimlessly, at the mercy of both the elements and their next idiotic manoeuvre(s).

    Unless the crew mutiny and make these morons walk the political plank, only God can help this hapless craft!

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:39 AM

    Dato' AKJ,

    Baru hari ini saya mengetahui, rupanya begitu ramai blogger wanita.

    Bolehkah diambil kira peratusan blogger suri rumah yang mempunyai suami yang bekerja dikira menganggur seperti yang dikatakan pembesar tersebut?

    ReplyDelete
  16. Mungkin data 8000 orang bloggers adalah penaganggur (tidak bekerja)wanita dikatakan oleh Datuk Cuti Cuti Malaysia ini benar. Terpulanglah daripada data ini belia peroleh....

    Tolak ketepi yang 8000, yang 2000 bloggers lagi itu pula pun bukannya satu jumlah yang kecil....

    Melalui pemerhatian saya (dan pastinya saudara-saudari semua), kebanyakkan penglibat dunia blog ini adalah mereka yang berpelajaran tinggi, berprofil tersendiri dan berpengalaman dalam bidang bidang yang diuatarakan....

    Blog-blog pembohong itu banyaknya adalah 'blog semut' yang bukannya menjadi 'kepercayaan' orang ramai.

    MAsyarakat Malaysia kan sudah semakin bijak dalam memilih yang mata kaca yang mata permata :D

    ReplyDelete
  17. Anonymous11:54 AM

    i don understand those ppl who can give figures without supporting evidence...Orng melayu suka sangat buat ASSUMPTION, mls nak buat research..tapi bukan semua lah...Dato' teruskan perjuangan mu!!!

    ReplyDelete
  18. Anonymous12:18 PM

    glc equal to nor yackop equal to amokh equal to kj. so..why everybody is getting angry?

    ReplyDelete
  19. i do not understand.. anak Dr M pun included in one of the rich man in malaysia.. so why not menantu pak lah? i thought they are all the same? sapa tak pernah tolong adik beradik?.. bukan kah glc pun adik beradik umno?
    as 4 bloggers.. it must take a lot of effort to spend time to write about lies.. it would be a waste of my time..

    ReplyDelete
  20. Anonymous9:47 PM

    Blogger yang menganggur pun sakit juga, sebab statusnya penganggur.

    Tapi saya amat setuju, daripada jadi yang tak tentu arah lebih baik jadi blogger.

    ReplyDelete
  21. Datuk:
    Bloggers pembohong? To me, semasa issue DSAI sedang hangat dulu, terdapat banyak laman web yang mengutuk kerajaan TDM. Tetapi, kebanyakan pengendali websites ini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kredibility ie mereka yang tidak dikenali. Tetapi sekarang ini pengendali blogs merupakan individu2 yang mempunyai trustworthy track record seperti datuk sendiri (other thots), rocky, marina mahathir dsb. Oleh itu, pada pendapat saya blog-blog ini memang mempunyai kredibility because they have their reputations to back them up!!

    ReplyDelete
  22. Datuk:
    Bloggers pembohong? To me, semasa issue DSAI sedang hangat dulu, terdapat banyak laman web yang mengutuk kerajaan TDM. Tetapi, kebanyakan pengendali websites ini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kredibility ie mereka yang tidak dikenali. Tetapi sekarang ini pengendali blogs merupakan individu2 yang mempunyai trustworthy track record seperti datuk sendiri (other thots), rocky, marina mahathir dsb. Oleh itu, pada pendapat saya blog-blog ini memang mempunyai kredibility because they have their reputations to back them up!!

    ReplyDelete
  23. Anonymous10:31 PM

    La, Datuk Berita
    apa punya joke kah?

    berita dari gunung said...
    Tambah sikit saja.

    Dilaporkan dalam media Khairy berkata Perdana Menteri sendiri sanggup meluangkan masa....... Ini setengah bos GLC tak datang. (lebih kurang begitulah maksudnya)

    Seingat saya, dulu PM juga sanggup meluangkan masa menonton perlawanan antara MyTeam vs Malaysia.

    Media juga menyebut setengah bos GLC tak dapat datang, sebab berada di luar negara dengan TPM. Ada juga yang kata tak dapat jemputan.


    last perenggan tu lah
    apa depa tak faham kah
    the boss of bosses tu dah mai
    buat apa yang si cicak kobeng yang lain.

    ingkar?
    jangan terkencing dalam seluar
    sudah

    tapi datuk kadir terror
    sekali PM jegea
    seluar dalam jadi cawat napkin

    ReplyDelete
  24. berani kerana benar....takut kerana salah...awatnya cek...ketaq lutut dah ka?

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:26 AM

    Dato',
    saya tak mahu komen apa apa mengenai isi, tetapi pada pendapat saya

    Key Performances Indexes wajar diterjemahkan sebagai

    Indeks Prestasi Utama

    sekian

    ReplyDelete
  26. Datuk,

    To quote:
    "Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita."

    Erm...adakah saya antara 8,000 wanita itu? Pelik dan hairan jugalah...

    Tah mana dapat statistik tah dorang ni....nampak sangat main belasah cakap...siapa yang bohong sekarang?

    ReplyDelete
  27. Sdr U(m)n(O)Peacekeeper berkata:

    "tapi datuk kadir terror
    sekali PM jegea
    seluar dalam jadi cawat napkin."

    Seluar dalam jadi napkin tak apalah. Sekali sekala kita terkencing dalam seluar.

    Tapi fikirkan orang yang terpaksa pakai napkin sepanjang masa, lagi susah.

    Tapi saya tak jangka PM akan jegeh kepada saya. There's no reason to.

    Saya sekadar menghormati gesaan beliau agar kita semua memberitahu beliau apa yang beliau perlu dengar/tahu dan bukan apa yang beliau suka dengar.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Anonymous5:18 PM

    We can see the slogan of 'kami benci rasuah', 'hapuskan rasuah' etc. I will like to suggest another slogan "saya tak bagi rasuah DAN saya tak ambil rasuah". I think we have to be more straight forward rather then hiding around the bush. Because we all have BUSH mentallity

    NAS GQ

    ReplyDelete
  29. Anonymous9:34 AM

    Apa sebenar digaduh2kan ini antara para blogger dan 'pembesar' (ahli politik berkuasa?). Memang sedap untuk dibaca tapi akhirnya, bila sampai ke hujung, takde apa bermanfaat, cuma silat2 tempelan saja ... matahari masih bersinar, dan petani dan nelayan membanting tulang seperti biasa.

    ReplyDelete
  30. Anonymous11:31 AM

    Indeks Kunci Prestasi (Key Performance Index) atau Indeks Prestasi Utama, semua nya boleh dipakai.
    Tetapi, disini saya ingin memperkenalkan satu istilah baru: Tipu. TIPU( T.I.P.U / Tranformasi Indeks Prestasi Utama) ) terutamanya indeks yang berkaitan dengan Blog dan Bloggers.
    Contoh penggunaan:

    1. Data-data mengenai Tipu blog The Scribe A kadir Jasin belum lagi diperolehi oleh UMNO.

    2. TIPU blog The Scribe A kadir Jasin sungguh tinggi tahun ini tetapi pelawat- pelawat politik dikatakan kurang berminat untuk membacanya.


    -makan gaji.

    ReplyDelete
  31. just a little bit.

    to umno peacekeeper,

    Kongres Melayu: Peneraju GLC di luar negara
    Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI.

    Sadatul can elaborate further if asked.

    ReplyDelete
  32. Anonymous8:37 PM

    Kongres Melayu: Peneraju GLC di luar negara
    Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI.

    ReplyDelete
  33. Anonymous8:49 PM

    "Kesemua wakil GLC yang terlibat dalam forum bertajuk GLC dan Ekonomi yang diadakan pada malam Jumaat lalu telah memberi komitmen yang tinggi walaupun tanpa kehadiran peneraju tertinggi syarikat-syarikat itu,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang terkilan kerana tiada seorang pun CEO atau pengarah GLC seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Proton, Telekom Malaysia dan TNB hadir ke kongres tersebut."
    http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

    to sadahul mahiran rosli:

    ..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Jepun dan Korea Selatan pada hari tersebut??????

    siapa pegang portfolio MITI atau Kewangan? apa punya setup ini?

    ReplyDelete
  34. Sikit saja Dato,

    Komitmen ada macam-macam tahap. Satu, komitmen untuk adakan kongres. Dua, komitmen untuk jayakan kongres. Tiga, komitmen untuk capai objektif kongres. Empat, komitmen untuk capai agenda tersembunyi.

    Komitmen yang terhambur di mulut, belum tentu senada dengan komitmen yang tersedik di hati.

    Agak saya la.

    ReplyDelete