Monday, April 30, 2007

Petunjuk Dari Ijok

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

TAHNIAH kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok dengan majoriti yang lebih besar.

Tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat serta sekutu pembangkangnya kerana tidak memulaukan pilihan raya kecil Ijok dan berjaya memberi tentangan yang bermakna.

Tahniah kepada pemilih Ijok kerana dapat melaksanakan hak dan kewajipan demokratik mereka dan tahniah kerana telah dan akan mengecap nikmat durian runtuh pilihan raya.

Tahniah kepada media massa arus perdana kerana berjaya dan berkesan menggembar-gemburkan mesej BN dan menghuru-harakan mesej pembangkang.

Tahniah kepada para pengendali laman berita web bebas, para blogger dan pemilik akhbar alternatif kerana gigih memberikan liputan alternatif demi faedah para pembaca di dalam dan luar Ijok.

Daripada kenyataan para pembesar BN dan negara, parti-parti pembangkang, aktivis politik, pemerhati bebas pilihan raya, media massa arus perdana dan media massa alternatif, kesimpulan berikut boleh dibuat:

1. Politik wang yang dipersembahkan sebagai politik pembangunan terus menjadi senjata utama parti pemerintah;

2. Parti pemerintah akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya, khasnya pilihan raya kecil di mana keraksasaan kewangan dan jenteranya boleh digembleng secara besar-besar;

3. Pemilih masih terpengaruh dengan janji-janji yang berbentuk kewangan dan mata benda;

4. Idea-idea sejagat seperti keadilan, kesaksamaan, ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban masih berupa slogan pilihan raya semata-mata. Akhir wang yang berkuasa;

5. Pembangkang, khasnya PKR, terus tidak mampu mengemukakan agenda perjuangan yang difahami dan diyakini umum;

6. Isu-isu peribadi semakin menjadi tumpuan sehingga meminggirkan isu-isu pokok yang menjadi manifesto pilihan raya;

7. Kempen pilihan raya semakin cetek, dangkal dan hambar. The dumbing down process atau proses pendangkalan minda berterusan;

8. Sifat atau ciri munafik/hipokrit semakin menular dan menyerlah dalam semua parti dan di kalangan majoriti mereka yang berkempen. (Seorang Timbalan Ketua Bahagian Umno yang menampilkan wajahnya di Ijok memberitahu saya yang dia kecewa prestasi PKR tidak lebih cemerlang. Katanya dia mahu PKR menang supaya boleh menjadi mesej yang kuat kepada para pembesar BN dan Umno. Tetapi dia menyalahkan PKR kerana tidak pandai berkempen.);

9. Proses pilihan raya, khasnya pendaftaran pemilih dan pengundian, terus menjadi pertikaian;

10. Umno dan majoriti orang Melayu terus bertolak ansur atas nama BN dan dalam proses itu mendedahkan diri mereka kepada kritikan yang semakin meluas;

11. Majoriti orang Melayu terus menyokong calon dari parti-parti komponen BN walaupun beberapa buah daripada parti itu telah secara terbuka mempertikaikan kontrak sosial yang menjadi teras Perlembagaan Malaysia; dan

12. Pengundi Melayu masih boleh terus dipengaruhi dengan mudah walaupun mereka dikatakan semakin canggih dan maju.

23 comments:

  1. Tara tu ja orang melayu ni tok. Senang kena gula-gula. Ka gumana?

    Aku rasa la, majoriti melayu dok sokong barisan nasional sebab melayu ni hidup ngam-ngam ho. Susah pun tidak, senang pun tidak. Nak ubah, kang takut jadi susah. Baik la maintain apa yang ada. Nak tergadai? Gadai pi Lah. Hidup ni bukannya lama pun. Sok lusa, kalau aku tak gadai, anak-cucu aku gadai, baiklah aku gadai siap-siap. Sempatla aku merasa tengah dok hidup nih. Anak-cucu? Pandai-pandailah depa tu nanti. Mengkala kata dah tadak apa nak gadai, pi la membangsat kat mana-mana. Ka lagu mana?

    Takut la nak berubah tok.. sokong pembangkang memang tak dapat projek, kena sekat, susah hidup aku nanti. Time tu sapa nak tolong? Ka lagu mana?

    Biaq pi la tergadai harta-benda, tanah pusaka (ni sebab aku dapat free.. nama pun tanah pusaka), maruah?? bolehka aku pi kedai beli gula, beraih dll dengan maruah yang aku ada? Hidup majoriti orang melayu ni memang disandarkan dengan duit. Kalau tak, janji palsu tak laku punya. Ka lagu mana?

    Tengok la kemajuan yang dibawa gomen dulu, kini dan selamanya. Ada KLCC, Putrajaya (baru punya projek tapi reput sana-sini), Proton (bunuh rakyat sendiri sebab buat kereta daripada tin sardin), bangunan cakaq langit (walaupun bukan aku yang punya). Tapi, aku suka la. Tu la namanya kemajuan. Nak apa lagi? Malaysia BOLEH la katakan. Ka lagu mana?

    Beruk@kera@siamang@ungka@monyet di hutan disusukan (ni sebab bagi projek ngan duit) aku sanggup. anak di rumah mati kelaparan (ni buat jadi beban ja, biaq mampoih lagi baik). Ka lagu mana tok?

    What say you?

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:40 PM

    Salam Datuk AKJ,

    Saya setuju dgn kesimpulan datuk...kalu dianalysis dengan terperinci kawasan mengundi... signal yang dimaksudkan nampak jelas dimana kawasan melayu BN nampak goyang...ijok signal orange threat to umno...idup pekembar

    ReplyDelete
  3. Dtk!

    6a, iaitu lanjutan dari 6. Isu-isu peribadi semakin menjadi tumpuan sehingga meminggirkan isu-isu pokok yang menjadi manifesto pilihan raya, saya rasa pembangkang terlalu obses dengan impian mau melihat seseorang, iaitu Najib Razak, tersungkur di Ijok. Kenapa begitu taksub sekali dengan hal ini, saya tak dapat meneka tetapi saya percaya ia salah satu punca besar kekalahan PKR di pilihanraye kecil Sabtu lalu.

    Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Najib terlalu personal dan tidak/belum mempunyai asas. Saya rasa bila terlalu kronik kemahuan pembesar-pembesar PKR untuk menjatuhkan Najib (bukan Umno, BN atau Abdullah), maka fokus mereka lari. Akhirnya yang tersungkur diri sendiri.

    Hairan kenapa isu-isu dan skandal-skandal yang lebih nyata tidak di bawa kedepan oleh Anwar, Khalid, Kit Siang, Tian dll. Terlalu banyak bola yang telah digantungkan untuk libasan maut, antaranya isu Pantai, istana hingga RM60 juta di Perth, kapal layar RM30 juta, jet untuk Paklah RM200 juta, isu Scomi, ECM Libra, Khairy Jamaludin, Tun Mahathir dan banyak lagi.

    Kenapa Najib mau dikuburkan di Ijok? Adakah penduduk Ijok bermusuh dengan Timbalan Perdana Menteri?

    Pembangkang harus tepuk dada. Isu Altantuya dan korupsi memang panas tapi kalau tak kena tempat dan masa, tak guna juga.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Datuk,

    Bagi projek semua jalan
    Ada duit semua jalan...
    Ada kuasa semua boleh...
    Nanti sendiri menjawab diliang lahad...

    ReplyDelete
  5. Sdra Rocky,

    Mengapakah Mohd Najib seolah-olah keseorangan mempertahankan diri?

    Mengapakah begitu hambar sekali percubaan partinya Umno mempertahankan beliau?

    Tidakkah timbul syak wasangka di fikiran sdr bahawa mungkin ada conspiracy of silence di dalam parti Mohd Najib sendiri untuk melemahkan beliau?

    Atau apakah Mohd Najib sendiri takut mendampinggi orang atau pihak yang bersimpati dengannya dan boleh membantunya kerana golongan ini tidak lagi dianggap politically correct?

    Ini Mohd Najib perlu bertanya dirinya sendiri.

    Terima kasih atas ulasan sdr. It makes a lot of sense and provides a fresh perspective.

    ReplyDelete
  6. Setiap kali TPM terkuis keluar, setiap kali juga lah ada TPM baru muncul mengganti. Dalam usia 50 tahun Malaysia, kita berpeluang melihat semua ini berlaku.

    Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa ini satu cubaan untuk menguis atau mengusik Najib. I dont think it's all about winning, its just about knocking, exposing and shooting.

    Dengan Najib yang tercedera (kalaulah begitu), ada banyak ruang percaturan di bulan-bulan selanjutnya.

    Kalaulah saya dipenjarakan, dan ada orang ikhtiarkan melepaskan saya, sudah tentu saya ingat dia. Tentu sekali saya tak akan bergaduh dengan dia. Tapi saya tak taulah apa yang ada dalam benak dan sanubari Anwar. Mungkin sama dengan dengan saya mungkin tidak.

    Ijok, satu pilihanraya kecil yang menarik, tapi settingnya tidak sama ketika "Nasution" dianugerahkan title YB dulu. Isu yang ada belum cukup panas menggelegak!

    Apapun Ijok membuka ruang kepada Najib membuat sedikit soul searching seperti kata Dato.

    Mungkin Royal Belum di Perak dapat menyediakan sedikit ketenangan dalam muhasabah ini berbanding dengan Janda Baik di Pahang!!. (satu dara dan satu lagi janda!!.......)

    Maaf dan terimakasih.

    ReplyDelete
  7. Apa nak heranya, pembanggunan bukan nya tak ada di iJOK tu, tapi seperti biasala, ikut laa masa, nak bina negara bukan boleh 10 tahun kee 50 tahun kee, kena laa ambik masa datuk.

    Dalam masa 50 tahun merdeka, telah banyak pembanggunan kita buat, jalan dah bagus, elektrik dah ada, boleh tengok Astro lagi kat kebun-kebun kelapa Sawit, apa lagi nak komplen, takan kita nak tunjukkan pembanggunan nak di tarahkan kebun-kebun tu nak di buat banggunan kee apa kee .... isshhh..

    BN telah menjalankan tugas sebagai parti peperintah yang boleh dipercayai oleh semua kaum, dan dengan dasar itu lah kita menang.

    Kepentingan Melayu masih lagi di Pegang dan di perjuangkan, kalau nak kasi PKR, tidak tahula pulak bagai mana hendak di bawa perjuangan melayu ini.

    "12. Pengundi Melayu masih boleh terus dipengaruhi dengan mudah walaupun mereka dikatakan semakin canggih dan maju." - nak pengaruh apa lagi, depan mata kita dah lihat pembanggunan di Malaysia. tak mudah orang melayu dipengaruh kalau tidak ada hasilnya!

    Dah laa orang melayu oiii, bersatu laa kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini, rapuh kita, rapuh la UMNO, jadi tidak perlulah kita nak mementingkan segelintir pihak tetapi menyesal di kemudia hari melihat Anak cucu kita tidak berDAULAT di bumi Sendiri.

    ReplyDelete
  8. Datuk...

    Ingin saya bernyanyi...

    Lagu: Tak Seindah Wajah(Lakunan Hidup)
    OA: S. M. Salim
    O Lyrics:(Ibrahim Bachik / S M Salim)

    -----------------------------
    Kusangka aur di pinggir tebing
    Kiranya tebu di pinggir bibir
    Kusangka jujur pancaran batin
    Rupanya palsu penghias zahir

    Kukira hati jiwa nurani
    Suci seindah wajah terbayang
    Kukira puji seikhlas budi
    Kulupa lidah tidak bertulang

    Di manis gula semut binasa
    Kail berduri bersalut umpan
    Di manis kata insan terlena
    Kerana harta rakyat dikorban

    Chorus:
    Inikah dia lakunan hidup?
    Di pentas dunia insan berpura
    Tipu dan daya pencapai maksud
    Budi dan harta merangkum noda

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:23 AM

    Salam Dtk AJK & Rocky,

    Kebetulan saya baru menemui blog bernas dan sedap dibaca kepunyaan Kersani di http://spookymuck.blogspot.com/.

    Bila membaca soalan2 Rocky di sini, pandangan Kersani dalam masukan beliau bertajuk:

    - Unholy Alliance?
    - A Question of Legacy
    - Dewa Turun Kayangan
    - BN trumps PKR. Whither Aljubs?

    menjadi bertambah munasabah kpd saya.

    Jawapannya boleh disimpul dalam dua perkataan, iaitu 'Pakatan Sulit'.

    Kalau ada kesempatan melawat dan membaca blog Kersani, ingin saya dengar pendapat tuan2 dan para pengunjung The Scribe yang lain.

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:08 AM

    Datuk,

    Firstly your note on the mainstream media championing the ruling party and confusing the Opposition's messge sounds a bit hollow.

    Among my circle of friends we do feel that Ijok was PKR's failure rather than BN's victory. Desptie tehri relentless attack on Najib, voters still pangkah their box to mark their protest.

    It is strange that his Party failed to rally around the wounded TPM to defend him but Ijok has shown him who his friends are (not many) and who are just in it for the gravy (most of them). In a way he has single handedly defended himself and led the party to victory despite his injuries. That said, those who are after his blood are not satisfied and it is likely that the Mongolian model will rise again to haunt him.
    Back to the PKR. While it is true that they had an ice-cube's chance in hell of winning the by-election , they should have done their best to launch their manifesto for the General Election and start to offer some strong and reasonable alternative policies for the population to chew on over the next few months. At least then they would have stayed clear of the mud slinging. Like Rocky mentioned so many bola tanggung and they never took them.
    Those poor voters in Ijok had to vote for the opposition they did not believe in just to protest against Barisan.
    I can tell you that during the last two general elections when I began voting this is what goes on through my mind.

    Should I vote for the opposition or BN. I am generally happy with BN but I do want some kind of check and balance within the system. My opposition candidate is from DAP and these people are only concerned about the Chinese so that already counts against them. Then I try to rationalise that Pas will balance them out with their brand of Malay-Islam but I realise that they are not in a coalition, they work independently and continues to spout fringe ideas.
    I should just put my vote on the opposition and at least that way I will get some kind of balance in Parliament.
    Pause.
    What if everyone does the same?
    I better mark BN because that makes better sense.
    So in the end I do what most people who have the desire to see more opposition in the house. Vote BN for parliament and vote Opposition for State.
    BN Wins

    The high road is not easy to take and it may not even yield immediate results but it is the road the Opposition must take if they want to have a chance of winning the peoples confidence. Right now they are only enjoying our protest

    With Anwar in Opposition many expected them to gain some of the discipline needed to become a credible force.
    BTW:I would never vote for the man because I always thought he would have too much anger in his heart and Ijok has proven to ME that this is so.

    Being in Government requires great discipline. Imagine having to support a cabinet decision that you may not agree with, carry them out with a straight face and all the while maintaining an appearance of unassailable unity. Unity, as any kedai kopi political observer will tell you is key to the people's confidence. Unity takes discipline , the discipline to toe party and coalition lines.
    Right now the oposition has not even decided they needed a line, let alone decide what it should look like.
    Good luck to all of us in the General Election

    Maybe Datuk can help steer them in the right direction.....

    ReplyDelete
  11. "Akhir wang yang berkuasa;"

    This is a symptom of a society in degeneration / retrogression mode.
    BN has legalised corruption and the people embrace it.

    ReplyDelete
  12. Anonymous1:17 PM

    Parti Barisan memiliki segalanya, dari janji, media massa, wang,
    kupiah dan sarban, masjid dan yang mudah dilihat..pembangunan. Pakej
    yang tampaknya menarik.Apa perlu menyusahkan keputusan dengan berfikir tentang keadilan atau tentang ketelusan pentadbiran...Tak mampupun
    jika rakyat jelata mencubanya.

    Cuma mereka yang prihatin kepada
    keadilan, kesetaraan dan ketelusan sahaja boleh berfikir jauh dari apa
    yang nampak pada zahirnya.Apatah lagi orang Melayu, kupiah dibaluti wang sudah cukup membutakan minda mereka.Semudah itu persamaan/equation
    keputusan pengundi...Hanya debat terbuka dan intensif boleh membuka
    perspektif minda rakyat yang lebih luas...
    Salam Dato'

    ReplyDelete
  13. datuk kadir,

    as much as i think you are a mahathir lapdog and was pretty much a syncophant during your days in NST, i have to say your writing is humourous compared to the rather dry repertoire in bharian + nst these days.

    i am a political newbie and below are my amateurish observations

    1.the malay votes were "split" in most areas except for setia jaya which was a previous PKR/PAS "stronghold" -- they won la. the "split" is dubious due to the high voter turnout after 2pm. i believe the scuffle in setia jaya where opposition supporters stopped najib from visiting polling stations may have something to do with the swing to BN.

    2. although anwar + pkr attacked najib quite successfully over the campaign period, najib's n BN's comeback and offensive on Friday published in Utusan + all the leading papers were very effective in neutralising anwar's attacks as the explanation was believable.

    3. pkr also performed rather badly in replying to BN's attacks. if handled better, more would have been convinced.

    4. samy vellu is a pro. and he secured the about 3,000 indian votes which accounted for about 60% of the votes that BN received.
    if pkr only got about 1,000 (30%), the results would be more even with both sides getting about 5,000. so maybe it would have been better for an independent indian candidate to run to split the indian votes.....

    PKR kena pandai lagi berkempen. Maybe removing Tian would be a first step?

    ReplyDelete
  14. syabas di atas kejayaan najib menangkis serangan dari luar dan dalam. awas ada banyak lagi mendatang. yang pastinya pertarungan antara bekas tpm dan tpm cukup sengit... namun kenapa beria-ia sangat si bekas tpm nak serang tpm. ada yang suruh kot...

    ReplyDelete
  15. As Benjamin Franklin puts it:

    "The heart of a fool is in his mouth, but the mouth of the wise man is in his heart."

    ...and how many wise men are in the front line of our country...argh...sad?

    ReplyDelete
  16. Anonymous5:13 PM

    Dato dan Bloggers,
    Seronok membaca ulasan dan analisis Dato itu namun sudilah pula membaca analisis saya.
    1. PKR: saya tertanya-tanya perjuangan ini sebenarnya untuk siapa?
    2. Anwar & Khairi: Macam ada 'hubungan sulit' seperti mentor dan protege.
    3. BN: Menang tetap menang. Letak calon batang kayu sekalipun kalau lambangnya dacing, tetap menang juga.
    4. Najib: Wajar berhati-hati. GAN (Gerakan Anti Najib) bukan cerita kosong.
    5. Pak Lah: Dalam senyum ada bimbang. Dalam tenang ada gelisah. Jika dibuat paparan rating populariti, Najib mengatasi.
    6. Samy, Khir Toyo, Pidah,etc...: Seperti biasa usah diherankan sokongan yang diberikan kerana mereka adalah dari spesis angguk-angguk.
    7. PKR/PAS/DAP: Satu-satunya gabungan pembangkang yang kita ada. Melihat kepada strategi yang digunakan nak gelak pun ada nak menangis pun ia. Semua perasan hebat tapi bila tiba masanya untuk berjuang, cis! Macam anjing dan kucing.

    Terimakasih

    ReplyDelete
  17. Hamba berpendapat pilihanraya kecil di Ijok banyak mencipta sejarah dunia kerana ada pengundi paling muda berusia 8 tahun mendaftar di laman spr dan terdapat ramai golongan tertua di dunia berumur 100 tahun keatas mendaftar di Ijok.....hamba sendiri telah menyemak di laman web SPR...pada zaman era canggih dan globalisasi kini...sepatutnya sistem pemerintahan dan demokrasi perlu lebih telus,cekap dan adil untuk semua pihak....kta tidak mahu peristiwa 13 Mei berlaku untuk kali kedua....kita tidak mahu pisang berbuah 2 kali...ramai org Melayu kini masih bersabar...tetapi kesabaran orang Melayu jgnlah di cabar...air yg tenang jgn sangka tiada buaya...sebenarnya kini ramai org Melayu yang telah tahu siapa yg betul dan siapa yg salah.....ramai org Melayu telah MUAK dihidangkan dgn bende2 yg MANIS di MEDIA PERDANA atau AKHBAR PERDANA...org Melayu sifatnya DIAM2 UBI BERISI...hamba harap JANGANLAH DICABAR KESABARAN ORANG MELAYU...perbaikilah sistem ketelusan negara...TOLONGLAH jangan diteruskan lagi mainan kotor kerajaan pemerintah yang tidak henti2 malah semakin hari SEMAKIN TERUK...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...BERJUANGLAH UNTUK DEMOKRASI YG TELUS,IKHLAS,JUJUR DAN ADIL....biarlah menjadi tupai yang jatuh dari pokok kelapa...janganlah menjadi tupai yang jatuh dari KLCC...INSAFLAH...Insyalah orang MELAYU akan berjaya di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  18. Sdr Xmm, antara lain, mengulas : “Among my circle of friends we do feel that Ijok was PKR's failure rather than BN's victory. Desptie tehri relentless attack on Najib, voters still pangkah their box to mark their protest.”

    Maybe you are right. It was the PKR’s failure. Maybe the Ijok voters got the impression that there was too much of “me, Anwar the victim” and Najib “the bad guy” and not enough of what PKR stands for.

    Maybe PKR has failed to go beyond Anwar and beyond attacking Najib. Maybe PKR is too amateurish. It misread the mood of the voters. Maybe it had put the wrong candidate. It gave the impression that it’s a party dominated by corporate people. A candidate like Saifuddin Nasution would have been better. There are people like that in the PKR.

    And I agree with you that “too much anger in his (Anwar’s) heart. Maybe he should let go of the anger and fight for the people.

    Sdr Incredible Ideas, thank you for your thoughtful analyses. The Indians are good. The MIC is good. Samy is good. They know how to play politics. The know how to be united and take advantage of the Melayu. The Chinese – they have their own way of ensuring their welfare. Because they are more independent economically, their votes too are more independent. Their votes in Ijok reflect the mood of the Chinese. This can spell trouble to the MCA and the BN.

    And you maybe correct when you say: “pkr also performed rather badly in replying to BN's attacks. if handled better, more would have been convinced.”

    Sdr Kedidi, antara lain, mengulas: “Anwar & Khairi: Macam ada 'hubungan sulit' seperti mentor dan protege.”

    Apakah hal ini terlalu diperbesarkan tetapi tidak cukup dianalisis? Anwar berpakat dengan Khairy? Anwar pernah bertanya saya tentang khairy. Saya beritahu Anwar saya tidak cukup mengenali Khairy. Bolehkah dua manusia yang bercita-cita tinggi ini berpakat? Berpakat macam mana? Khairy membawa Anwar kembali ke dalam Umno?
    Kedudukan Khairy sendiri bukanlah begitu kukuh dalam Umno. Anwar menarik Khairy masuk PKR? Mustahil. Apa yang boleh PKR janjikan kepada Khairy? Yang mungkin ialah dalam usaha mereka untuk menuju puncak,mereka perlu menjatuhkan atau melemahkan orang tertentu. Ini sandiwara politik yang Anwar dan Khairy mahu kita menontonnya. Sebagai ahli politik, mereka mahu sentiasa dalam perhatian umum.

    Sdr Ameer, mungkin Ijoklah sebenarnya Shangri-la yang digambarkan oleh James Hilton dalam nobelnya The Lost Horizon -- di mana penduduknya hidup hingga 200 tahun dalam suasana ibarat syurga. Dan dalam konteks moden, hanya di Shangri-la seorang kanak-kanak berusia 8 tahun sudah boleh mengundi!

    Selamat berbahas dan terima kasih kepada semua.

    ReplyDelete
  19. Huh. macam ni nak doa semua pemimpin kita pendek umur.. boleh buat pilihanraya selalu.. dapat projek...duit selalu..

    ReplyDelete
  20. Anonymous2:23 PM

    Ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh Sdr. Rocky Bru ttg isu yang patut digunakan olek PKR dalam p/raya Ijok baru-baru ini ....

    Mmg gambaran seolah-olah serangan hanya dibuat kepada Najib ttp itu hanya separuh benar. Saya berapa hampir setiap hari di Ijok dan isu utama yang digunakan adalah rasuah bukan saja melibatkan najib tapi juga khir toyo, samy velu, khairy dsb. Nampak sangat serangan ke atas najib kerana ia mengetuai BN di dalam p/raya berkenaan ....

    Masyarakat kita sedang tenat dirasuah. Pimpinan UMNO mersuah ahli mereka untuk menang dalam pertandingan merebut jawatan sesama mereka. Jadi apalah sangat merasuah rakyat untuk menang dalam p/raya...Budaya ini amat merbahaya dan sudah sampai ke peringkat parah...

    Kita lihat seseorang dipilih menjadi pemimpin bukan kerana mereka layak tetapi kerana mereka boleh beli undi ... ini akan membawa musibah besar kepada negara kita .... Trust me!!!!

    ReplyDelete
  21. Anonymous7:11 PM

    Salam.

    PKR boleh menang jika membawa isu pembesar negara anak beranak sekeluarga. Tapi malangnya hanya isu si monggolia yg tak tahu benar tidak sahaja dihebohkan oleh PKR. Inilah malangnya PKR tergutang budi kpd paklah. Isu2 ECM, minyak, proton dll tidak di war-warkan..hambar...jadi apa nak pelik jika PKR kalah?...

    ReplyDelete
  22. Sdr Antibelit04, antara lain mengulas: "Inilah malangnya PKR tergutang (terhutang) budi kpd paklah."

    Maksudnya DSAI dibebaskan dari tuduhan dan dari penjara oleh mahkamah di zaman DS Abdullah Badawi.

    Khairy Jamaluddin, menantu dan pembantu PM, secara peribadi menyerahkan pasport antarabangsa kepada DSAI untuk membolehkannya pergi berubat di luar negara.

    DSAI tahu siapa berkuasa. Dia tahu bahaya mengancam Perdana Menteri dan dia sendiri merasa kegoyangan menjadi TPM. Jadi sebab itulah dia menjadikan DS Mohd Najib sasaran utamanya.

    Sdr Kuda menulis: "Huh. macam ni nak doa semua pemimpin kita pendek umur.. boleh buat pilihanraya selalu.. dapat projek...duit selalu.."

    Saya rasa tak baik (mungkin berdosa) kita doakan kematian orang.

    Tapi kalau sudah ajalnya, kitu perkara lain.

    Kawasan saya pun mungkin mendapat faedah besar kalau ada pilihan raya kecil sebab banyak janji pilihan raya umum 2004 seperti terowong/jejambat kedua melintasi NKVE belum nampak bayang.

    Sdr Anak Bapa, antara lain, mengulas: "Masyarakat kita sedang tenat dirasuah."

    Sebenarnya yang tenat adalah penerima rasuah sebab wang yang ditaburkan itu adalah wangnya sendiri daripada bermacam-macam cukai, yuran, dan bayaran yang dibuatnya kepada pemerintah.

    Ia bukan wang saku PM, DPM atau Samy Vellu. Ia wang rakyat jelata juga.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Anonymous11:20 PM

    Dato',
    Kenapa dato' tak ajar PKR macamana nak berkempen di IJOK tempoh hari?Bila dah kalah mulalah orang ni cakap macam ni lah , orang tu cakap macam tu lah.Kalau setakat nak "tengok" PKR menang tapi tak buat apa-apa,macam mana nak menang!turun lah bantu.

    ReplyDelete