Monday, February 11, 2008

“Jangan Tolak Realiti Politik Melayu”

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TERBARU, 13 Feb.]

PERDANA Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum ke-12.

Tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

[POSTING ASAL]

UTUSAN Malaysia dimiliki oleh Umno dan sudah pastilah ia lebih memihak kepada parti pemerintah itu. Tetapi sekali sekala, ia kritikal terhadap Umno, pemimpin-pemimpin serta dasar-dasarnya.

Dan sekali sekala juga ketua pengarang dan pengarangnya “membayar harga yang tinggi” kerana kritikan mereka itu, termasuk dilucutkan jawatan.

Pada 9 Februari lalu, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya umum semakin rancak dan lantang, Utusan memberi “kata dua” kepada Barisan Nasional agar “tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar (bagi) menghadapi pilihan raya.”

Ruangan pojok Bisik-Bisik Awang Selamat mengulas:

“Apabila bercakap tentang peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, gabungan parti itu diramalkan menang besar walaupun mungkin tidak mencatatkan prestasi sebaik pilihan raya 2004.

“Dalam hubungan ini, BN bimbang merosotnya undi bukan Melayu berikutan isu-isu tertentu termasuk Hindraf.

“Maka para pemimpin BN kelihatan memberi lebih perhatian bagi menangani isu berkenaan. Tetapi bagaimana pula pengundi Melayu, yang merupakan penduduk terbesar negara ini?

“Walaupun nampak seakan tenang, Awang berpendapat pengundi Melayu tidak boleh diambil mudah.


“Ini berdasarkan respons akar umbi yang memperlihatkan keresahan terhadap gelombang permintaan dan tuntutan parti komponen bukan Melayu khususnya MIC.

“Sejak peristiwa rusuhan Hindraf, ada sahaja tuntutan demi tuntutan untuk kaum minoriti, yang kesannya menggores hati orang Melayu.


“Awang harap para pemimpin komponen BN lebih sensitif dan tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar menghadapi pilihan raya.

“Dalam BN berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu, janganlah menolak realiti kuasa politik Melayu.


“Awang – Suara akar umbi.”

Tidak kira sama ada Awang Selamat menyatakan pendapat itu sebagai luahan rasa hatinya sendiri atau atas desakan pihak-pihak tertentu, bukanlah sesuatu yang penting.

Yang penting adalah ia menyatakan sesuatu yang jarang diperkatakan secara terbuka oleh kepemimpinan Melayu, hatta pembesar-pembesar Umno sendiri.

Yang lebih utama bukanlah pembawa pesanan (messenger) tetapi pesanan (message) yang dibawanya – iaitu banyak ahli Umno khasnya dan orang Melayu amnya yang berpendapat kepemimpinan Umno telah tunduk dan menyerah kalah kepada tuntutan minoriti.

Mereka melihat perkembangan seperti arahan tidak merobohkan kuil-kuil haram dan perisytiharan secara tiba-tiba Thaipusam sebagai cuti umum sebagai tanda menyerah oleh pemerintah.

Semakin banyak di kalangan pemikir dan pembentuk pendapat umum Melayu yang berasa gelisah dengan apa yang mereka lihat sebagai percubaan yang berterusan memalukan orang Melayu dengan pelbagai tuduhan, sindiran dan sendaan.

Hatta lawak jenaka “perbicaraan” rakaman video V.K Lingam itu pun banyak menjurus ke arah mempertikai dan mempersendakan institusi-institusi yang diterajui oleh orang Melayu.

Jadi elok sangatlah bagi Utusan sebagai “penyebar fikiran rakyat”, khasnya rakyat Melayu, mengingatkan para pembesar BN iaitu dalam mereka berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu, mereka jangan sekali-kali menolak realiti kuasa politik Melayu.

58 comments:

  1. DKJ,

    Amat jarang sekali kedenganran Pembesar-pembesar kita memperkatankan mengenainya secara terbuka, kebanyakkan mereka lebih suka menjaga kerusi dan populiriti dari pada memasuki ruangan bahaya.

    Dahulu hulubalang-hulubalang Melayu sering kali berjuang untuk mempertahankan hak dan dasar kerajaan yang telah dipupuk bersama, tetapi ianya nampak goyah beberapa tahun ini.

    Di peringkat akar umbi dan juga bahagian UMNO, sering kali diperbahaskan perkara ini, tetapi pelik, ianya langsung tidak disentuh didalam perhimpunan Agung.

    Semua mengambil jalan selamat. Usul-usul diperingkat bahagian dan cawangan ditapis untuk menjaga hati pemimpin, membuatkan pemimpin kita lebih lena tidur dan dan di ulek mimpin yang indah.

    Kredibiliti Kepimpinan pihak MT sering kali dubicarakan dikedai kopi, baru-baru ini, peringkat akar umbi telah berani menceritakan di Riverside, maksudnya, mereka sudah hilang segan silu dan mungkin Orang Melayu sudah Dicabar kesabarannya oleh pemimpin sendiri.

    Kita tidak mahu Kepimpinan UMNO hilang taring disebabkan oleh adanya pimpinan yang tidak berani mempertahankan dasar dan hak orang melayu.

    Terbaru, RIzab melayu akan dikaji, sekolah cina damansara dikaji kembali, MIC pun mempunyai wish list mereka.

    Adakah kita patut melayan mereka yang selama ini amat tidak menyokong sebenar-benarnya. Ianya boleh dilihat apabila Kursus PRU dijalankan, amat sedikit penyertaan dari parti komponen. Jadi apakah pemimpin kita sedar akan perkara ini?

    Amaran ini mungkin datanya dari seorang yang berani dan sudah tidak sanggup melihat HATI orang Melayu diguris selamanya.



    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Agaknya Datuk Khalid Mohamad dah bosan jadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Saya dengar beliau akan "pencen" tak lama lagi (beberapa bulan selepas Pilihanraya Umum kalau PRU berlaku bulan hadapan). Saya diberitahu budak-budak Tingkat Empat tak sabar-sabar akan hari terakhir Khalid di Utusan.

    Entahlah, betul atau tidak yang saya dengar tu. Khalid dulu dan Khalid sekarang entah sama entah dah berubah pun saya kurang pasti. Tapi kalau ikut apa yang Awang Selamat tulis (dan disiarkan), maka pahamlah saya kenapa budak-budak Tingkat Empat tak begitu selesa dan serasi dengan Khalid.

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:45 AM

    Salam Dato',
    Pada pengamatan saya "souls of many Malay politicians in UMNO/BN are already 'sold'; the 'currencies' used are the 'need to maintain status quo/luxury life styles', 'bellies of own-cronies', etc. Apa nak dikenang? You and I have seen enough real life examples of these Malay species who 'cakap tak serupa bikin'? I have seen enough track records not to put any hope in any change of 'nasib Melayu in the street' in the hands of the so-called 'pembela nasib Melayu' in the near future.

    ReplyDelete
  4. Salam Sejahtera kepada semua

    Sebagai kaum yang terbesar dan beragama islam dan yang memerintah negara ini, orang-orang Melayu sewajarnya memberi contoh tentang apakah sebenarnya keadilan itu yang berlandaskan Islam.

    Bagi saya kemunculan Hindraf baru-baru ini adalah menyatakan kegagalan pemerintahan negara ini untuk berlaku adil. Bukan kah kaum India itu juga adalah anak-anak Adam yang mempunyai hak mereka di Bumi ini? Bumi Malaysia ini bukanlah hanya untuk orang-orang Melayu sahaja. Orang-orang Melayu yang Majoriti ini hanya diberikan amanah untuk menentukan hak kaum-kaum lain. Itu sahaja.

    Saya rasa jika negara ini di tadbirkan dengan amanah yang sewajarnya tidak akan muncul perkara seperti ini. Sudah pasti orang-orang India ini tidak akan berdemonstrasi seperti baru-baru ini.

    Jelas sekali perkauman itu berlaku di negara ini. Tajuk kali ini sahaja sudah jelas menunjukkan itu.

    ReplyDelete
  5. Datuk,

    Ketika membaca catatan Awang Selamat tersebut, saya 110% bersetuju sangat dengan pandangan beliau. Saya yakin ramai juga yang berpandangan yang sama. Apabila Datuk membangkitkan perkara ini, saya rasa ianya mengesahkan keresahan "the silent majority".

    Realitinya, Melayu menjadi penentu kepada arah mana negara ini hendak di bawa. Melayu mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju. Pakatan antara kaum yang meletakkan pemimpin dari kaum-kaum lain untuk menjadi ketua/pemimpin tidak akan berjaya sekiranya tiada undi melayu. Kepimpinan dari kaum lain berada di mana mereka berada sekarang ini kerana adanya undi Melayu yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

    Apabila wujudnya suara-suara sumbang umpama "diberi betis hendak peha" tentulah ramai orang Melayu yang resah. Dalam keadaan ini, reaksi orang politik yang terlalu mengikut rentak suara minoriti ini menggusarkan suara majoriti.

    Hakikatnya orang Melayu tidak suka untuk bertelagah. Namun, kepimpinan negara khususnya dari kalangan politikus peringkat perdana jangan mengambil mudah perkara ini. Dalam kita menyelami hati suara minoriti jangan lupa mendalami suara majoriti.

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Melayu terutamanya golongan espatriat budaya Melayu memang sudah lama menjemukan kepentingan Melayu. Mereka hanya fikir poket dan kantung mereka sahaja.

    Itu adalah sifir mudah untuk rencana political mileage mereka yang sekadar berthan untuk 5 tahun.

    Untuk Dato', sampai bila kita harus mempersoalkan sempadan budaya, agama, latar bahasa, sifir pemikiran dan pelbagai lagi, sedangkan ketika Hijrah Nabi SAW, umat yang digelap Muhajirin dan Ansar bersatu? Ketika pemertintahan Khalifah Umar Abd Aziz, tiada yang miskin harta?

    Untuk belia seperti saya, memang menjemukan jika 50 tahun merdeka rakyatnya masih kosong erti sebuah bnagsa Malaysia yang merdeka.

    ReplyDelete
  7. Selamat Pagi, Dato'. Ingin dinyatakan bahawa saya amat tidak bersetuju dengan pendapat Dato' mahupun tulisan Awang Sulong dalam akhbar Utusan Malaysia.

    Perlu difahami, dalam konteks Malaysia, keunikannya adalah kita datang dari pelbagai bangsa dan agama namun kita berdiri tegak dengan satu hasrat untuk membangunkan negara tercinta ini.

    Dalam konteks yang sedemikian, sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, kebajikan semua warganegara hendaklah dijaga. Kita jangan lupa, tidak ada bangsa yang boleh berdiri megah tanpa sokongan bangsa lain terutamanya dalam konteks Malaysia. Jangan kita bercakap tentang ketuanan melayu yang manis untuk didengar bila yang menikmati kemanisannya hanyalah segelintir individu yang rapat dengan tangan yang berkuasa. Kumpulan yang menikmati kemanisan ini berubah setiap kali kepimpinan negara berubah.

    Balik kepada persoalan tadi, saya berpendapat, kegagalan politik MIC di bawah pimpinan Y.B.Samy Vellu telah menyumbang kepada kebangkitan Hindraf. Harus difahami, masyarakat India telah bersama Kerajaan BN dalam 11 pilihanraya yang lepas tetapi BN telah "take for granted" sokongan tersebut dengan membenarkan Y.B. Samy bermaharaja lela sebagai mandor masyarkat India.

    Sifat memendam ketidakpuasaan hati di kalangan masyarakat India akhirnya meletup dengan kebangkitan Hindarf. Kemarahan dan ketidakpuasaan hati ini kini ditujukan kepada BN kerana masyarakat India berpendapat selama ini mereka telah mengundi BN kerana yakin BN dapat membawa satu perubahan bukan sahaja kepada masyarakat India tetapi politik MIC juga akan berubah namun kesemuanya itu tinggal sebagai mimpi yang tidak kesampaian.

    Perlu difahami, kenapa segelintir pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah berkata, "saya tidak perlukan undi India" kini gelisah dengan perkembangan yang sedang berlaku?

    Dato' saya berpendapat, setelah 50 tahun kita merdeka, kalau benar niat pemimpin itu suci dan ikhlas, sebarang perjuangan untuk memartabatkan negara hendaklah dijalankan secara keseluruhan. Idea memartabatkan masyarakat melayu secara tidak langsung akan memartabatkan negara sudah ketinggalan zaman.

    Utusan Malaysia boleh menjadi balaci pemimpin tertentu tetapi pemikiran rakyat semakin matang dan rakyat mahukan keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

    Kalau Kerajaan boleh memberikan keutamaan kepada permintaan Susilo Bambang kenapa kita tidak boleh menjaga masyarakat India yang telah sama-sama menyumbang kepada ekonomi negara?

    Saya yakin, pemimpin UMNO tidak tunduk kepada permintaan kaum minoriti tetapi mereka sedar akan kesilapan yang dilakukan kepada kaum minoriti dalam pentadbiran negara. Kesedaran itu yang mendorong pemimpin untuk melakukan semaksimum yang boleh hanya untuk mengaut undi. Tetapi percayalah, konsep "ambil apa sahaja yang diberikan tetapi undilah pembangkang" telah meresepi pemikiran masyarakat minoriti.

    Pemberian cuti untuk Thaipusam tidak mengubah apa-apa kedudukan sosial kaum india dan kalau pimpinan Pa Lah percaya kaum tersebut boleh ditipu lagi (kerana Y.B.Samy Vellu memberikan input yang tidak tepat kepada pemimpin BN)maka Pa Lah melakukan satu lagi kesilapan.

    Saya amat yakin, negara memerlukan satu dasar baru, dasar yang boleh membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Selagi dasar yang tidak bersikap perkauman tidak digubal selagi itu akan ada penentangan daripada golongan miskin dan terabai.

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:10 AM

    Salam DKJ,

    Kita ni banyak sangat bertolak ansur. mungki kerana sifat melayu itu, adalah tidak begitu berkira sangat.

    tak apalah kalau baki nya beli roti tidak cukup. apalah sangat sekupang dua itu.

    tahun 1957 jugak, secara peribadi, kita secara sedar, menjadi trojan horse dan bermula dari situ lah, kita kerap 'memberi', dan sedikit 'menerima'. ada kalanya, tidak ada langsung.

    buat perhimpunan haram, kata macam2 hal. itu tak cukup. ini tak cukup. orang tu turun takhta. suruh orang tu berenti lah. itu lah. ini lah. tapi yang CUKUP, tak pernah habaq pun. yang selama ni lebih baik dari sesetengah depa di sana yang jadi kuli di stesen kretapi, depa tak ungkit pulak.

    tak suruh la sampai hantaq pisang 2,3 guni p rumah. cukuplah sekadar terima kasih diucapkan.

    yang lagi satu, mujuq la ada disini. kalau dak, semua hreta di rampaih komunih. cuba tanya pemain Badminton SIngapura yang digelar 'The King' (kalau tak silap saya lah). sana, semua kena rampas. sebab tu la untung duduk sini. cakap tak reti pun takpa. menulih tetap cara depa.tapi bila mai bab kira tolak, hah! sikit pun tak bertolak ansur. tapi depa kata...meniaga!

    bukan nak mintak free, tapi dah atas nama 'sedara sesama malaysia'..kadang-kadang, uwang bukan segalanya.

    baru-baru ni, di guaq chempedak sampai ke gurun, depa kata harga barang tak naik la pulak. tapi bila mai raya orang, naik sampai mencanak. dah pulak nanti, itu takdak, ini takdak.

    macam2.

    hat kita ni pun sama. bahkan sebab kita yang jadi 'tukang' dan 'kuli' pada satu masa, kita lagi teruk.

    ni baru dengaq, UM hilang pulak tanah. dulu, PDRM hilang tanah, sampai IPD Sg Petani depa buat, bilik kecik sangat quatersnya.

    baguih. baguih. semuanya atas nama modernisasi.

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:52 AM

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang pentingnya tidak mengabaikan suara pengundi Melayu.

    Namun, saya kurang yakin dengan kenyataan bahawa isu-isu membela kaum India seperti kuil-kuil haram atau cuti Thaipusam, ataupun isu Lingam, adalah isu yang mempersenda atau mempertikaikan hak mana-mana etnik.

    Perubahan-perubahan oleh BN yang dilihat lebih memihak kepada minoriti seharusnya dilihat sebagai perkembangan yang sihat ke arah hubungan etnik yang lebih akrab, dan saya rasa tidak mengkikis hak orang Melayu.

    Isu Lingam pula mempertikaikan transparensi kerajaan, dan melibatkan pesalah-pesalah dari pelbagai kaum. Ini perlu dilihat sebagai perkembangan yang sihat ke arah permurnian institusi kerajaan untuk menjadi lebih berintegriti dan telus, untuk berkhidmat kepada rakyat.

    Mungkinkah dikotomi Melayu-bukan Melayu dalam pemikiran sosiopolitik negara, dapat diubah?

    ReplyDelete
  10. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan dilihat keprihatinan dan keterbukaan, lebih-lebih lagi minda kelas pertama pemimpin Melayu. Ia juga mencerminkan pentadbiran Kerajaan semasa mempunyai pemikiran menyeluruh yang berciri keterbukaan.
    Sebaliknya, pandangan-pandangan antaranya menolak realiti kuasa politik Melayu, kepemimpinan Umno telah tunduk dan menyerah kalah kepada tuntutan minoriti,percubaan yang berterusan memalukan orang Melayu dan lain-lain pemikiran negatif dilihat pandangan konservatif dan kesayangan orang Melayu terhadap UMNO.Inilah keunikan masyarakat Malaysia khususnya pemimpin Melayu yang mentadbirkan Kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:48 PM

    Dato dan pembaca budiman, asalamualaikum.

    Terima kasih atas komentar dato atas Pojok Bisik-bisik utusan itu. Akuilah wahai sekalian pembaca, bahawa itulah perasaan umat Melayu ketika ini. Perasaan yang tidak tersurat di media perdana, tetapi amat ketara di media alternatif khususnya di blog-blog. Ini termasuk perbualan-perbualan sesama Melayu.

    Apa yang terhiris sangat di sanubari umat Melayu ialah respon kerajaan terhadap dua peristiwa besar baru-baru iaitu:

    Tuntutan BERSIH:
    Ia adalah tuntutan untuk kepentingan semua kaum di Malaysia. Untuk kebaikan rakyat Malaysia seluruhnya dalam bernegara setelah 50 tahun merdeka. Pemuka-pemuka BERSIH ramai dari kaum Melayu, dan lihatlah yang turun padang pada hari itu majoriti adalah orang Melayu dari seluruh pelosok tanah air. Pengorbanan mereka sangat besar. Mereka berjuangkan perkara yang bukan untuk kaum tetapi untuk semua rakyat. TETAPI APAKAH RESPONS KERAJAAN TERHADAP PERISTIWA ITU? - Kita semua tahu.

    Tuntutan HINDRAF
    Ia adalah tuntutan perkauman yang sempit. Ini sangat jelas siapapun tidak dapat menafikannya. Isu kaum terpinggir yang sengaja diperbesarkan. Timbalan Perdana Menteri sendiri telah memberikan statistik ringkas perbandingan berapakah peguam, doktor dan sebagainya dari kalangan mereka itu dalam laporan sebuah akhbar. Dalam perniagaan pembaca boleh melihat sendiri di Pulau Pinang contohnya terdapat kawasan "Litte India" disitu aktiviti perniagaan dari kaum itu begitu rancak berjalan. Di manakah satu kawasan perniagaan Melayu yang rancak saperti itu di Pulau Pinang? Cuba pembaca melawat ke Cameroon Highlands lihatlah berapa banyakkah premis perniagaan yang dimiliki mereka, entah-entah sama banyak ataupun melebihi premis kaum Cina! Itu cuma dua sample, cuba para pembaca lihat sendiri di tempat-tempat lain. INI TUNTUTAN PERKAUMAN, HASILNYA? LIHATLAH BEBERAPA RESPONS POSITIF YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN.

    Rumusan: Tuntutan perkauman lebih diutamakan dari tuntutan untuk kesejahteraan semua kaum. Maka berjuanglah untuk kepentingan kaum sahaja.

    Dato telah memetik Utusan memberi “kata dua” kepada Barisan Nasional agar “tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar (bagi) menghadapi pilihan raya.” Pada saya masaalah ini timbul kerana UMNO di dalam Barisan Nasional kerap terlupa meletakkan dirinya dalam kapasiti sebagai sebuah parti yang berjuang untuk kaumnya. Ia selalu anggap dirinya adalah kerajaan yang mesti tengok seperti seorang bapa atas kepentingan semua anak-anaknya. Ia telah terlupa fungsinya sebagai sebuah pertubuhan politik untuk kaumnya. Sedangkan parti-parti politik berasaskan kaum yang lain, MCA dan MIC tetap konsisten dengan menjaga fungsi mereka sebagai sebuah parti politik. Malah parti-parti lain dalam kerajaan yang tidak berasaskan kaumpun tetap memperjuangkan kepentingan kaum yang dominan dalam parti mereka. Come on UMNO back to basics please!

    Tebuan

    ReplyDelete
  12. Anonymous1:05 PM

    Dato' KJ,

    Saya rasa sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional untuk menerima sabuah lagi parti Melayu yang pro BN.

    Jadi orang Melayu mempunyai sabuah channel atau option ( parti ) lain didalam BN untuk menyampaikan apajua hasrat mereka.

    Apakah Dato perasan bahawa dalam BN, hanya ada sabuah sahaja parti yang mewakili bangsa Melayu sementara bangsa lain mempunyai sekurang kurangnya 2 parti didalam BN.

    Saya harap Dato dapat memberi pendapat dalam hal ini dan juga apakah UMNO dapat menerima cadangan ini dan jika di tolak, apakah rasional mereka.

    Itu sahaja pandangan saya.

    ReplyDelete
  13. Anonymous2:06 PM

    Bukannya UMNO itu yang tidak baik.
    Yang memburukan lagi keadaan ialah UMNO bermuka-muka dalam Barisan Nasional membuat pemimpinnya takut-takut dan dangkal. Kita di Malaysia berpolitik kaum maka siapa yang kuat dialah raja.

    Barisan Nasional bukannya menjamin keadilan semua kaum.

    ReplyDelete
  14. Saya amat setuju dengan apa yang di bisik kan Awang Selamat. Nampak benar pemimpin kita menjadi amat gementar dengan tindakan hindraf sehinggakan sanggup melakukan 'damage control' yang melampau2 sehingga sanggup mempertaruhkan akidah (lihat tindakan pemimpin Islam pada malam taipusam di jln Masjid India!!)
    Saya sebagai orang melayu rasa kecil hati seolah2 pemimpin kita tenggelam punca apabila di'test' sedikit sahaja oleh kaum ultra india. Saya tidak percaya bahawa kaum India dipinggirkan selama ini. Cuba kita kaji secara professional dengan menggunakan statistik yang ada, spt bil professional dikalangan kaum India, percapitanya, berapa ramai ke IPTA/S, bil yang terima biasiswa (suwasta atau kerajaan) dfan lain2 untuk membuktikan ujud peminggiran. Saya percaya sekira dibandingkan dengan jumlah bilangan kaum India di negara ini , ratio nya akan melebihi kedudukan orang melayu!! Tetapi malangnya tiada seorang pun pemimpin yang tampil menerangkan secara terperinci kedudukan sebenarnya. KSN, seharusnya dapat memberi kedudukan orang India dalam perkhidmatan awam di tiap2 strata. Tanpa mengambiul kira dgn statistik2 yang ada, pemimpin2 kita telah membuat komitmen untuk membantu kaum India. Takut sangatkah kepada kemungkinan undi kaum India lari?

    Kalau statistik menunjukkan ujud unsur2 peminggiran, maka saya amat meyokong kerna kaum India juga telah menyumbang kearah kemerdekaan dan pengisiannya.

    SAYA AMAT BERHARAP DATUK DAPAT MENGUMPULKAN STATISTIK YANG SAYA MAKSUDKAN, AGAR ORANG2 SPT SAYA TIDAK AKAN MENYIMPAN KEMUSKILAN TERHADAP KAUM LAIN!!!!

    ReplyDelete
  15. Sdr Pak Yim,

    soalnya ada ka parti Melayu yang sedia menyertai BN atau akan diterima oleh Umno?

    Pas? Keadilan?

    Pas pernah dibawa masuk ke dalam BN pada tahun 1974 (oleh Tun Abdul Razak) tetapi dipecat pada tahun 1977 (oleh Tun Hussein).

    BN mungkin sedia terima Keadilan, tetapi itu pun kalau Umno setuju.

    Umno sedia terima bekas ahli yang keluar menubuhkan parti lain. Tetapi mustahil akan terima parti yang ditubuhkan oleh ahli parti yang keluar, macam Keadilan.

    Lagi pun Keadilan bukan parti Melayu. Ia parti pelbagai kaum. Keadilan "sokong" tindakan Hindraf.

    Benar kata Sdr Tebuan, Umno dalam BN lupa ia parti Melayu. United Malay jadi United Malaysian!

    Ia anggap dirinya parti yang memerintah. Jadi hak dan kepentingan Melayu sering dicampur-aduk dan dikelirukan dengan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

    Sebab itulah saya selalu menyarankan agar ada kepelbagian suara dalam masyarakat Melayu.

    Lihat orang Cina dengan pelbagai parti, persatuan dan pertubuhan. Begitu juga orang India.

    Dulu Pemuda Umno menjadi suara lantang orang Melayu. Tapi lepas zaman Najib Pemuda dah tiada suara dan arah lagi.

    Sebab itu jugalah sesiapa saja yang boleh dan mampu bersuara bagi pihak bangsa Melayu wajib bersuara, sama ada berkumpulan atau sebagai individu.

    Tak salah Melayu baik, murah hati dan adil. Itulah contoh Melayu yang budiman -- berbudi dan beriman.

    Tetapi janganlah sampai dipijak-pijak.

    Kerana Melayu baik hatilah maka penjajah keluar masuk sesuka hati.

    Tetapi kita wajib ingat penjajahan dari dalam -- penjajahan minda, akal dan ekonomi -- lebih buruk daripada penjajahan kolonial.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Anonymous4:58 PM

    Dato KJ,

    Terima kasih atas respon Dato.

    Apa yang saya maksudkan ialah sabuah parti Melayu yang baru yang berteraskan kepentingan bangsa Melayu sepenuhnya dan bukan untuk kepentingan personal.

    BUkan Pas atau keadilan mahupun S46

    Saya rasa sudah tiba masanya untuk orang Melayu menubuhkannya dan sekarang adalah masa yang terbaik.

    Dan ramai orang Melayu di luar itu yang tidak terikat dengan mana mana parti yang mampu menjana parti tersebut kelak demi kepentingan orang Melayu.

    Bukan untuk menidakkan jasa Umno, cuma memberi orang Melayu satu saluran option yang "proper" didalam Barisan Nasional.

    Mereka cuma mahukan satu platform untuk menyuarakan hasrat mereka dengan cara yang proper dan aman dari dalam BN.

    Saya rasa jika BN adalah betul -betul demokrasi, terima lah dengan hati yang ikhlas.

    Siapa yang "mampu" memimpin parti itu, cuma Allah saja yang tahu.

    ReplyDelete
  17. Menurut satu kajian tidak rasmi, difahamkan orang yang paling kaya di Cameron Highlandfs adalah orang India iaitu tuan empunya Ladang Bharat,dua Supermarket satu di Tanah Rata dan satu di Brinchnag Orang India. Premis berniaga lebih dari 80% dimiliki oleh India di Tanah Rata, Brinchang dan Kuala Terla, manakala Ringlet dan Kg Raja sebahagian besar dimiliki India, melebihi premis kaum Cina! Apatah hotel indidvidu dan chalet? Pekebun juga sebahagian besar dimiliki mereka.Klinik doktor? Inilah realiti di Cameron Highlands.

    ReplyDelete
  18. setuju dengan ulasan datuk tadi

    kita boleh jadi melayu yang budiman

    tetapi BERPADA-PADA ler

    ReplyDelete
  19. Anonymous7:55 PM

    Tok dan pembahas sekalian..

    Masalahnya sekarang ni UMNO bukan lagi platform untuk Melayu yang bijak dan berakal bersuara. Ianya penuh dengan mereka yang opportunis, pengadu domba, pengampu dan penikam belakang. Siapa yang benar-benar jujur, disepak terajang dan dimaki-hamun. Sebagai contoh: Tun Mahathir sendiri. Oleh yang demikian, secara jujurnya saya bertanya: Siapa di dalam UMNO yang benar-benar berjuang? Kalau dulu pemimpin agung UMNO ini dipuja-puja, tapi kini lebih teruk nasibnya dari kupang tembaga.

    Kalau dulu Tun Mahathir mengambil keputusan mengharamkan UMNO, perlukah kepada tindakan yang sebegitu rupa untuk membersihkan kembali UMNO yang sedia buruk, busuk dan hanyir?

    Saya juga ingin bertanya: Mestikah UMNO wujud untuk meneruskan survival orang-orang Melayu? Sedangkan, UMNOlah dalang penyebab negeri-negeri yang majoritinya Melayu dianaktirikan dengan sekatan ekonomi? Kerana tidak menyokong UMNO? Yang mana lebih mulia? Perjuangan bangsakah atau perjuangan parti/organisasi?

    Saya percaya, MCA sanggup kalah di Pulau Pinang kepada DAP sekiranya anak Melayu dilantik sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang. Tak percaya? Kita tengok sama ada UMNO berani bertegas dalam hal ini.

    Perihal Pak Yim punya cadangan tu, saya rasa tak payah la sampai perlu dua tiga parti duduk dalam BN. Yang ada ni pun dah cukup banyak dan berserabut.

    Bagi JANTAN la sikit mana yang ada. Nak kata darai pun tidak, pondan pun tidak. Mandom ada la. Bila kena 'gejut', ketaq abih luaq dalam. Teruih bagi apa segala semua yang ada. Yang tinggai: kenangan zaman dulu-dulu.

    ReplyDelete
  20. Anonymous8:36 PM

    Dato kadir a jasin

    Saya sependapat dengan catatan sdr sheppard.ada logiknya dan juga sememangnya adalah asas untuk sesiapa yang bernama manusia.

    Setelah 50thn,nampaknya parti yang memerintah semakin hari lupakan diri/bangsa/negara terutama sekali dari segi keperluan rakyat tidak kira kaum.

    Sememangnya sudak berkali-kali catatan yang saya berikan dlm blog ini yang mengatakan saya adalah seorang insan yang menadah emas di negeri orang.saya nak dikatakan menumpang tetapi sebahagian besar dari rakyat mereka tidak berasa begitu kpd saya bahkan sudah menjadi sebahagian daripada mereka.rakyat mereka dari segi kaum tidak banyak berbeza dengan rakyat malaysia tetapi mempunyai minda yang berbeza terutama sekali sebangsa kita.rakyat mereka telah dididik untuk menerima orang asing.Dan yang pentingnya dihormati oleh orang asing seperti saya.yang penting mereka tidak kira saya siapa/kerja apa/dari mana dan etc..tetapi seseorang insan yang telah menyumbang ekonomi mereka.

    soalan saya bolehkah tuan yang memerintah mempunyai minda seperi dicatat di atas?

    Bolahkah mereka mendidik rakyat malaysia menerima setiap orang tidak kira kulit dengan hati yang lapang?

    Dimanakah kini minda kita?

    Jadi dato mempunyai jawapan untuk soalan-soalan saya?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Datuk, say rasa datuk sedikit ketinggalan dalam hal ini, ketika kesibukan isu hindraf, say sudah mendengar pemimpin Umno membincangkan hal ini,
    Saya rasa ramai yang sedar akan permasalahan ini dan ianya sudah tentu akan menjadi satu senajta penting dalam memujuk undi melayu kembali ke pangkuan Umno. Sekiranya Umno bertambah sasa selepas PRU ini sudah tentu ia akan memberi mereka lebih mandat untuk menangani persepsi bahawa Umno sudah menyerah kalah.
    Sebgai parti tujang Umno mempunyai peranan yang perlu ditangani dengan sensitif. ia perlu menjaga hak majoriti tanpa mengabaikan kehendak minoriti,
    Ini, saya pasti Datuk lebih arif, adalah tugas sukar dan antara kekurangan fatal dalam barisan alternatif. mereka tak berjaya memujuk rakyat yang mereka juga mampu mengekalkan keamanan seperti di bawah BN sambil memenuhi semua janji untuk keterbukaan....

    ReplyDelete
  22. Anonymous11:47 PM

    Dato dan para perayap sekalian,

    Bagaimana saya melihat UMNO setahun dua ini? Melayu memperkudakan Melayu.

    Melayu Atasan hulur seringgit dua kepada Melayu Bawahan. Melayu Bawahan dek susah hidup berebut-rebut bagai ayam ditabur beras hancur.

    Melayu Atasan kumpul berjuta-juta dan Melayu Bawahan terus hidup cukup-cukup makan.

    Siapa Melayu Atasan siapa Melayu Bawahan? Tepuk dada tanya selera. Depa makan angin nun jauh di seberang laut, kita dapat jalan-jalan di pasar malam dah cukup bagus.

    Hipokritnya pemimpin Melayu hari ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Anonymous3:06 AM

    The Scribe,


    Peradaban Dunia Baru
    (berpijak di bumi tidak hilang di langit)

    Amalan kami bagaimana
    ya tuhan?

    dan amalan mereka
    dari sebuah cerita jepun
    di dalam kotak gesekan biola
    merencah rasa teh dan sutera

    dunia manusia bumi pun kian ramai
    kadang-kadang semakin panas
    katanya orang cerdik sama sahaja
    mana mahu tunduk
    siapa yang memerintah

    membayangkan dunia yang berdenyut detik sekarang hidup
    berapa banyak negara berapa ramai manusia muka-muka pemimpin
    lambang negara siapa yang memerintah siapa yang diperintah
    bangsa gagah berani arab semuanya mewah walaupun kaya
    berpiutang keliling pinggang

    gedung-gedung wang hampir runtuh terbeban kertas-kertas hutang lapuk
    maka terjadilah cerita siburuk gari tercekik lantak riba kezaliman orang berada

    dunia manusia bumi pun kian ramai
    kadang-kadang semakin panas
    katanya orang cerdik sama sahaja
    mana mahu tunduk
    mana yang memerintah

    teringatkan kita yang tanyanya dijawab
    budayanya yang anggun
    budayanya yang datang
    malaikat lembut menyambut

    diambilnya dari separuh mati
    hidup kembalikah kita sekiranya
    kita berkota berpekan desa yang hancur luluh

    dunia manusia bumi kian ramai
    pun kadang-kadang semakin panas
    katanya orang cerdik sama sahaja
    mana mahu tunduk
    mana mahu memerintah

    seolah-olah sibudak hitam baru agama dan nyonya tua berdendam beradu cinta
    atau paderi dan orang tua perang itu ada dagang yang lebih baik untuk dunia
    gembala unta pun cerdik juga bukan kuli menjaga harta sendiri
    anak gembala sudah pandai berbelanja mengguna kekayaan politik
    kepala negara permainan tebusan ekonomi anak - apa ya - kapitalis
    negara kaya baru kenal dunia berbeli berbelah di dunia yang sama
    nilainya asing berbalah siapa perlu marah bila kamu bebas kami tidak
    di dunia bebas dan manusia bertambah
    ramai perhitungan terakhir enam billion tujuh ratus juta kepala

    dunia manusia bumi pun kian ramai
    kadang-kadang semakin panas
    katanya orang cerdik sama sahaja
    mana mahu tunduk
    yang mahu memerintah

    apalah sangat negeri sekangkang kera ini
    apalah sangat pasir debu kota tuhan
    apalah sangat janji si-bapa ditengah lembah
    apalah sangat janji nenek-moyang
    harus adil dalam semua pekara
    wajib ada batas garis iman percaya
    lihat ilmu dan hikmah
    barkah tuhan barakah tuhan
    tuhan yang esa

    apalah ertinya hidup tanpa dollar? teringat mas kata-katanya
    didada akbar apakah kertas itu hanya hiasan semata kebanggaan
    disorok-simpan didalam almari dan peti besi? miliki seberapa banyak
    cuma jangan cuba berbelanja

    dunia manusia bumi pun kian ramai
    kadang-kadang semakin panas
    kata orang cerdik dan gila cakap sama sahaja
    mana mahu tunduk mana mahu memerintah

    si-hamba tidak tahu tidak perlu akan wang dan harta maruah pun tiada
    berpoya-poya dan berbelanja itu kerja raja didunia
    memaksa yang lemah dan takut menyerah harta dan pusaka
    perwaris kemerdekaan jiwa mereka

    merepek sungguh! cerita dogeng si kahin
    mereka sudah sebati dengan kesenangan
    maharaja tidak mungkin disuruh merana miskin itu bukan keadilan
    kami yang membuka jalan mengajar cara mengatur resam dan
    kamu baru mengenal peradapan dunia baru kami yang harus diselamatkan

    dunia manusia bumi pun kian ramai
    kadang-kadang semakin panas
    kata orang cerdik dan gila cakap sama sahaja
    mana mahu tunduk mana mahu memerintah

    walaupun kita bukanlah yang pertama
    namun yang terawal negeri yang percaya dan yakin
    wajib orang arab itu bermain pasir bermandi debu
    dan kita bagai pengemis dikaki lima yang hanya
    melihat mendengar mimpi-memikir

    dan dunia manusia bumi kian ramai
    pun kadang-kadang semakin panas

    sejuk janji dibumi sejuk janji dilangit
    benar janji dibumi sampai ke syurga tuhan
    tuhan yang maha esa
    nabi yang siddiq amanah fatanah
    risalah selawat dan salam bagi mereka

    dan hiruk-pikuk di padang mahsyar

    barkah tuhan barakah tuhan
    keredhaan tuhan
    tuhan yang maha esa

    amalan ku bagaimana
    ya Allah

    ReplyDelete
  24. salam datuk,

    teruja juga saya membaca ulasan datuk dalam hal ni. apa yang saya kurang memahami ialah, apakah mentaliti datuk sebagai "pembesar-pembesar" umno? Apakah melayu akan hilang di mata dunia - jikalau ia tidak melaung2-kan "ketuanan"nya? Di mana salahnya apabila kerajaan memberi perhatian kepada semua rakyatnya - baik minoriti, mahupun majoriti. Apakah datuk sudah lupa, yang dalam 4 tahun and 10 bulan yang akan datang, "pemerintah" kita hanya akan mementingkan kepentingan diri dan kerabatnya?

    Oh ya, amaran dari akar umbi yang berani. gementar saya membaca ayat tersebut. Melayu Malaysia masih hidup dalam zaman feudal Melaka. Mereka masih mengharapkan hulubalang umno untuk memperjuang haknya. apakah haknya kian teruris? apa yang tercabar, apabila kaum rakyat berkaum India memohon peruntukan untuk kuil2 nya? Apakah yang melayu rugi, apabila kaum bukan-islam mahukan penyelesaian muktamad dalam hal2 intra-ugama?

    sememangnya negara kita takkan maju, selagi mentaliti kita berfokus "zero sum game".

    sekian,

    rakyat malaysia

    ReplyDelete
  25. Anonymous7:22 AM

    Dato' dan semua,

    rational thinker said..."Apakah datuk sudah lupa, yang dalam 4 tahun and 10 bulan yang akan datang, "pemerintah" kita hanya akan mementingkan kepentingan diri dan kerabatnya?"

    perantau m'sia said..."Setelah 50thn,nampaknya parti yang memerintah semakin hari lupakan diri/bangsa/negara terutama sekali dari segi keperluan rakyat tidak kira kaum.

    kedidi said..."Melayu Atasan hulur seringgit dua kepada Melayu Bawahan. Melayu Bawahan dek susah hidup berebut-rebut bagai ayam ditabur beras hancur.
    Melayu Atasan kumpul berjuta-juta dan Melayu Bawahan terus hidup cukup-cukup makan."

    # Bagi saya tiada siapa yang boleh menafikan kata-kata Sdr rational, Sdr perantau dan Sdr kedidi. Para pemimpin dan eksekutif kita sekarang ini lebih mementingkan perut maupun kemewahan sendiri dan kroni daripada kebajikan/keharmonian/keselamatan rakyat dan negara. Perkataan 'adil' sudah lama dibuang ke longkang. Hendak kata memperjuangkan Melayu pun tidak dan memperjuangkan masa depan negara pun tidak. Pada pandangan saya, kredibiliti mereka sebagai 'wakil kepada rakyat' berada ditahap paling rendah sekarang.

    # Selagi parti-parti politik kita berasaskan kaum (walaupun BN kononnya mewakili semua kaum terbesar) dan mengamalkan fahaman perkauman sempit, sukar utk kita menikmati keharmonian dan keadilan dinegara ini. Tambahan pula dengan pemimpin yang tamak, gila kuasa sambil mengambil kesempatan dengan kepercayaan/amanah yang diberikan rakyat, masyarakat dan negara akan terus berada ditakuk lama dan ketinggalan di dalam semua bidang. Kita bukan lagi menuju kearah negara maju.

    # Dato', saya sekarang berada diluar negara dan melihat Malaysia dari luar. Saya perhatikan banyak perkara di negara 'kafir' ini jauh lebih baik daripada negara 'Islam' cara Malaysia; baik dari segi moral, ketelusan maupun perlaksanaan pembangunan negara dan insan. Kerana sudah bosan dan muak dengan polisi pendidikan negara, saya bawa keluar dan sekolahkan anak-anak saya di sini dengan harapan mereka menjadi jauh lebih baik daripada saya dan pemimpin2 sekarang. Biar masa depan generasi kita akandatang berubah lebih baik dalam semua bidang. Ini desperado cara saya dan keluarga saya.

    # Saya tidak tahu apa yang akan terjadi dengan undi pos saya disini nanti. Saya cuma beharap/berdoa agar undi ini nanti setidak-tidaknya mengubah sedikit senario politik negara sambil memenuhi harapan rakyat yang sudah terlalu lama dahagakan perubahan, keadilan dan ketelusan. Saya akan pastikan pangkahan saya bukan untuk mereka-mereka yang dajal, tamak dan tidak mengenang budi. Saya berjanji akan memberi dan memulangkan semula hak ini kepada rakyat.

    ReplyDelete
  26. Anonymous7:42 AM

    Between Rational And Reality
    (dengar lagunya koridor utara)

    you know when to die
    how you want to die

    I know that that is rational thoughts, don't you think, dato'

    do you know how you want to live again - is that rational?
    the thoughts, I mean, datuk?

    are you prepared to die, yb ybhg
    from up down and up again?

    not me, huhuhuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  27. Anonymous8:40 AM

    salam datuk..

    pernah keluar dalam paper, pemimpin UMNO menerima kritikan, teguran..


    dan kenapa pulak setiap kali ada ahli UMNO yang kenyatannya agak bercanggah dengan pendapat pemimpin mereka, maka mereka yang bersuara akan dipanggil utk memberi keterangan?

    maknanya tak boleh tegur la? dan dalam paper pulak kata pemimpin UMNO boleh ditegur?


    eh? confuseee!

    ReplyDelete
  28. berpijak di bumi yang nyata

    tidak kira umno, pas atau dap...semuanya terpaksa mengakui mereka menghadapi politik global yang menghakis 'sifat-sifat' mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa atau agama

    bersediakah kita untuk jadi masyarakat yang yang tidak melihat kepada 'ras'?

    di mana kita 20 tahun akan datang dengan pergaulan yang masih di takuk lama bersama etnik masing-masing?

    bagaimana anak cucu kita akan membina hidup dengan kecelaruan kita terhadap perasan mencurigai antara satu dengan yang lain?

    masanya... kita ubah minda kita untuk tukarkan negara kita seperti pakistan, india, arab, taiwan atau britain?

    cara pemerintah kita mengadakan demokrasi ala malaysia ini akan menghasilkan jurang dan kelompok membenci antara satu sama lain dalam masa jangka panjang dan pendek...seumpama bom jangka yang akan meletup bila tiba masanya!

    atas nama Islam, saya percaya kita boleh menidakkan apa yang saya lihat sebagai politik perkauman dan kebencian

    semua agama di dunia ini mengajak kepada keamanan jika kita tahu memperhalusinya...sekian

    ReplyDelete
  29. Anonymous9:36 AM

    Salam Dato'

    Izinkan saya memeprmudahkan kerja Dato untuk menjawab satu saje soalan 'rational thinker' berkenaan "Apakah yang melayu rugi, apabila kaum bukan-islam mahukan penyelesaian muktamad dalam hal2 intra-ugama?"

    Ini pun tak boleh nak "think" ka? Jika dilihat kepada agama majoriti orang-orang melayu di Malaysia adalah agama islam, bila mana pihak-pihak bukan islam diberi kesempatan untuk mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan islam, jawabnya tunggang langgan la segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah. Mana boleh orang bukan islam mencampuri soal-soal agama islam.

    Bila ini (memberi kuasa kepada orang-orang islam mencampuri soal-soal agama isalam) berlaku anda telah mempermain-mainkan soal akidah, soal akidah adalah soal pokok di dalam Islam.

    Ruginya orang melayu (Islam) terhadap tuntutan ini adalah begitu besar tak dapat nak dikata, rugi di dunia dan rugi di akhirat. Apa "anda" sanggup?

    pokiok

    ReplyDelete
  30. Anonymous10:46 AM

    Terima kasih Sdr Freelittlebrain kerana memberi tambahan input tentang "kek ekonomi" di Cameron Highlands. Kita perhatikan dalam kedudukan yang minoriti itu, kaum India ada impak dan ketara dalam dunia perniagaan dan kerjaya professional di Malaysia. Orang Melayu lebih besar jumlahnya, tentulah "kek ekonomi" nya lebih besar, dan mudah untuk melihat mereka dalam dunia perniagaan di mana-mana. Namun realitinya kita sukar melihat keberadaan mereka dalam bidang itu.

    Sekarang lah masanya kita membuat tuntutan agar peminggiran kita di ambil peduli oleh BN. Untung-untung ada respons positif dari pemerintah!

    ReplyDelete
  31. Terima kasih kepada semua kerana terus berbahas dan membantu saya berhujah.

    Tentang "Islam Hadhari", saya baca dalan The Sun hari ini yang tanda jalan di KL akan disertakan dengan tulisan jawi selaras dengan "Islam Hadhari."

    Kalau tak salah saya, nama jalan dalam tulisan jawi dah lama dibuat -- lama sebelum "Islam Hadhari" diperkenalkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Datuk and fellow Malaysians,

    I do wonder why we are divided and conquered via our race still? No longer by the Brits but by our very mental models.

    Am happy for those Felda folks who got windfalls recently, the 930 farmers in Perak, the folks who can celebrate Thaipussam an extra day. Yet fundamentally these should not be an election gimmick yet part of the stewardship of governance. Can we be assured enough to celebrate somebody else's 'gain'? Can we be a champion of justice and equality and not race?

    ReplyDelete
  33. Anonymous4:23 PM

    anak buah/dato a kadir jasin,

    sudah lama saya menumpang di tanah asing.
    memang ada logiknya dalam catatan anda terutama sekali dalam pendidikan negara yang saya duduki sekarang sememangnya mempunyai sistem yang bagus untuk anak-anak kecil.
    saya dimaklumkan bahawa sistem pendidikan mereka berteraskan kpd penerimaan bangsa lain dan menghormati mereka dan menerima sebagai rakyat yang bersatu.
    Negara ini tidak jauh dari kita hanya lontaran batu jaraknya.
    Negara ini kerap dihina dan kewujudannya sering dipertikai terutama sekali sebangsa kita yang saya berpendapat harus kita melayu malaysia contoh.
    saya bangga seorang anak sebangsa kita di negara asing yang saya duduki dalam peperiksaan tamat sekolah rendahya muncul pelajar terbaik seluruh negara dan mencatat sejarah kerna mempunyai markah yang tertinggi sekali.
    Dia mencatat segalanya dengan usahanya sendiri..dan dimanakah anak melayu m'sia kita?
    nampaknya kadang-kadang saya terlupa diri saya siapa di tanah asing ini...
    tidak kira kaum,saya nampak anak-anak sekolah berbual dengan bangsa yang berlainan.makan semeja dan tidak kekok dengan kaum-kaum yang lain.
    Jangan nanti satu hari saya akan sahaja tinggal di tanah asing ini dan hanya dapat melihat dari jauh hancurnya m'sia dek perkauman..

    ReplyDelete
  34. Anakbuah,

    # Selagi parti-parti politik kita berasaskan kaum (walaupun BN kononnya mewakili semua kaum terbesar) dan mengamalkan fahaman perkauman sempit, sukar utk kita menikmati keharmonian dan keadilan dinegara ini. Tambahan pula dengan pemimpin yang tamak, gila kuasa sambil mengambil kesempatan dengan kepercayaan/amanah yang diberikan rakyat, masyarakat dan negara akan terus berada ditakuk lama dan ketinggalan di dalam semua bidang. Kita bukan lagi menuju kearah negara maju.

    Politik tak sempit bro, lu yang buat pikiran sempit, dan masyarakat kita telah jauh kehadapan, dan telah maju kehadapan, cuma kene tambah turbo sikit la bro, kalau nak cepat, tapi kalau orang yang bijak pandai macam lu dah lari dari gelanggan untuk membina negara, macam mana lu nak tolong banggunkan negara... cakap jee laa ehhh.

    # Dato', saya sekarang berada diluar negara dan melihat Malaysia dari luar. Saya perhatikan banyak perkara di negara 'kafir' ini jauh lebih baik daripada negara 'Islam' cara Malaysia; baik dari segi moral, ketelusan maupun perlaksanaan pembangunan negara dan insan. Kerana sudah bosan dan muak dengan polisi pendidikan negara, saya bawa keluar dan sekolahkan anak-anak saya di sini dengan harapan mereka menjadi jauh lebih baik daripada saya dan pemimpin2 sekarang. Biar masa depan generasi kita akandatang berubah lebih baik dalam semua bidang. Ini desperado cara saya dan keluarga saya.

    Bang, tiang kene baik, kalau tiang goyah, you pegi mana pun anak goyang bang goyang, akedemi mungkin dapat, rohaninya macam mana... macam laa kat Malaysia ni langsung tidak ada tempat untuk anak lu belajar.. tapi mungkin lu kaya dan ambil jalan mudah..tapi saya doakan you and your family akan datang kembali dan menabur jasa ....

    # Saya tidak tahu apa yang akan terjadi dengan undi pos saya disini nanti. Saya cuma beharap/berdoa agar undi ini nanti setidak-tidaknya mengubah sedikit senario politik negara sambil memenuhi harapan rakyat yang sudah terlalu lama dahagakan perubahan, keadilan dan ketelusan. Saya akan pastikan pangkahan saya bukan untuk mereka-mereka yang dajal, tamak dan tidak mengenang budi. Saya berjanji akan memberi dan memulangkan semula hak ini kepada rakyat.

    Insyallah, kita semua berdoa akan memilih Pemimpin dihati kita, dan yang paling penting, syarat untuk menjadi pemimpin tu kene kita pegang ...

    ReplyDelete
  35. Anonymous12:24 AM

    Dato' saya harap pengundi jangan terpedaya dengan janji projek mega dan sogokan wang, kopi, gula dan kain batik. Itu bukan duit calon BN, itu duit kita juga. Duit cukai, duit tol, duit ayer, duit letrik, duit Petronas.
    Itu duit kita. Itu hak kita. Pak Lah dan kuncu-kuncu dia tadbir saja duit itu sebab kita bagi depa amanah. Bukan duit poket depa.
    Jadi jangan ingat itu jasa kerajaan. Itu duit dari peluh kita sendiri. Ambil kalau depa bagi, tapi undi calon yang bagus saja, yang tak korup. Kalu calon BN korup jangan pilih.
    Duit yang depa bagi, projek yang depa janji serta subsidi itu dari cukai kita. Kalau Kerajaan hutang, kita dan anak cucu kita yang tanggung hutang.
    Jadi jangan jadi bodoh. Jangan sangka kerajaan berjasa. Kita yang berjasa sebab kita pilih kerajaan itu. Kerana jasa kita depa naik. Kalau kerajaan tak jaga kebajikan kita macam harga barang naik, jenayah naik, inflasi naik itu dosa kerajaan kerana kerajaan pemaim amanah dan mandat kita. Itu pesan saya orang tua pencen yang lama jadi kuda orang politik di utara.

    Pencen Awam Utara

    ReplyDelete
  36. Anonymous5:38 AM

    Sdr Ian's dan semua,

    Walaupun keputusan saya keluar negara terlalu personal untuk dihuraikan disini (sebahagiannya kerana tugas selepas lebih 10 tahun bekerja dalam negara) tetapi ianya dibuat secara rasional dgn mempertimbangkan banyak perkara terutama untuk perkembangan anak2. Mereka masih kecil, masih boleh dikawal dan dibentuk. Permulaan yang sukar kerana kami bukannya datang daripada keluarga yang senang tetapi ianya adalah jalan mudah untuk kami mengelakkan polisi pendidikan yang bercelaru buat sementara. Seperti yang saya katakan, ianya desperado cara kami sekeluarga dan sememangnya kami tidak sabar untuk pulang bila sampai masanya nanti. Dgn ICT, kami terasa hampir dengan negara dan sanak saudara di sana dan saya masih terasa bahang PRU sebelum tiba di sini baru2 ini. Walaupun komen2 saya adakalanya kritikal terhadap kerajaan, kami sayangkan negara lebih daripada mereka2 yang gilakan kuasa, tamak dan penyangak kurap dalam negara kita sekarang.

    ReplyDelete
  37. Anonymous6:41 AM

    Dato',

    "Kalau tak salah saya, nama jalan dalam tulisan jawi dah lama dibuat -- lama sebelum "Islam Hadhari" diperkenalkan."

    # Sebenarnya sudah ada pihak yang dijanjikan kontrak tanda nama jalan ini sekiranya menang PRU nanti. Pihak ini mungkin telah memberikan 'habuan' kepada pihak-pihak tertentu dalam kerajaan. Pihak ini terang-terang meminta dari 'agen-agen kerajaan' ini. Ianya bukan rahsia lagi kerana kita tahu ini selalu terjadi bila hampir dengan PRU atas dasar kononnya meneruskan pembangunan negara. Rakyat biasa tidak nampak dan tidak perasan 'habuan' politik ini bertukar milik kerana ianya dibuat melalui electronic transfer dan saya tidak terkejut sekiranya ia bernilai berjuta-juta ringgit, termasuk nilai kontrak yang bakal dinikmati. Melalui makanisma kerajaan kemudian nanti, kontrak ini nampak legal dan telus tetapi yang kita selalu lupa, ada pihak-pihak yang telah mendapat keuntungan walaupun sebelum kerja-kerja sebenarnya berjalan. Bukankah konsep 'give-n-take' ini telah lama diamalkan di dalam pentadbiran negara (antara kerajaan dan konglomerat kroni)? Dan ianya semacam kudis buta yang bernanah di dalam. Hanya orang yang sedar dan tahu sahaja dapat menghidu 'hanyirnya' perbuatan mereka.

    # Bila memperkatakan hal ini, pihak-pihak itu serta agen-agen kerajaan ini mungkin sedang tersenyum gumbira kerana (walaupun tahu dan sedar) kita tidak mampu membuat apa-apa.

    ReplyDelete
  38. Anonymous1:31 PM

    Dato KJ,

    Yahuuu. Tak sabar saya nak menggunakan hak mengundi saya.

    Kalau UMNO merudum macam PRU 1999, ia jadi signal dan reason yang kuat untuk Dollah berundur dari memimpin UMNO dalam pemilihan UMNO tahun ni.......

    Macam depa buat kat DR M dulu la.

    Bila Dollah dah tak da, kita orang UMNO boleh lah attack KJ dan kaum kerabat nya.

    ReplyDelete
  39. Anonymous2:00 PM

    Jangan Tolak Realiti Politik Ekonomi

    bagaimana teringat yang terkait
    Financial regulators delivered a grim assessment of the credit market upheaval on Saturday, warning that worse may lie ahead as banks lend less money.

    While there has been an easing of conditions in money markets, there are growing concerns about falling share prices and the health of financial institutions, experts from the Financial Stability Forum said.

    ReplyDelete
  40. Anonymous2:07 PM

    What do you think, Datuk?
    Any connection to the topic in discussion or importance to Malay reality thoughts show?

    'Islam larger than Arabism'

    ...Which is more feasible: Arab or Islamic unity?

    I hope for Islamic unity, but, there is a big difference between dreams and political realities. I do not think that either of them is feasible today.

    What is really important is creating a truly democratic society in which people can coexist despite their differences.

    ReplyDelete
  41. Anonymous2:40 PM

    Tak sabar rasanya nak undi kali ni...4 tahun begitu lama rasanya.

    berkobar semangnat nak mengundi, belum pernah dirasakan sebelum ini.

    drmuzi

    ReplyDelete
  42. Anonymous3:27 PM

    Yang Berbahagia Dato',

    Dari perbincangan saya dengan beberapa Pembesar UMNO dan Panglima2 mereka, saya mendapati mereka ini dalam keadaan ketakutan. Takut untuk tidak terus memegang tampuk kuasa.

    Alasannya, mereka sedar bahawa Kepimpinan mereka diragui rakyat. Malangnya mereka merasakan amat susah untuk memperbetulkan keadaan dengan Pembesar Wahid Parti/Kerajaan masih dipegang oleh Pembesar sekarang. Kesilapan demi kesilapan tidak berani diperbetulkan, bimbang dicantas.

    Dikatakan, mereka perlukan masa yang sesuai untuk bertindak! Bimbang saya, masa yabg sesuai itu terlalu lewat.

    Melayu dan kesemua pemimpinnya memerlukan kesedaran. Melayu dan pemimpinnya perlukan sesuatu yang besar untuk menolak mereka, mengejutkan mereka dari lena atau lebih tepat, sesuatu yang boleh memberanikan mereka.

    Sesetengah kerusi UMNO perlu dikalahkan!! Inilah satu cara yang paling cepat dan mudah mengambil kira Pilihanraya yang makin hampir. Pengundi Melayu MESTI bijak. Jika tidak,Melayu perlu bersedia menerima nasib apabila dipimpin wakil yang penakut dan cari makan untuk diri sendiri.

    Yang Berbahagia Dato', wallahualam.

    Don Juan

    ReplyDelete
  43. DKJ, zaman nak terus menggunakan agama dan bangsa untuk meraih undi hendaklah dilupakan walaupun majoriti masyarakat Malaysia masih tebal sifat perkauman.

    Kita nak bergerak ke depan bukannya nak ke belakang. Pandang ke depan bagi menjamin negara terus makmur. I rasa kalau masyarakat melayu nak maju dan boleh bersaing dengan kaum lain, kita kena lupakan politik perkauman dan dasar kerajaan hendaklah bersifat Malaysia bukan lagi bersifat kemelayuan.

    ReplyDelete
  44. Salam saudara pokiok & semua,

    Terima kasih kerana memcuba untuk menyedari saya tentang persepsi orang melayu bak orang2 islam di Malaysia mengenai isu tersebut (kes2 intra-agama).

    Memang saya tak sanggup ataupun mampu untuk menanggung dosamu di akhirat. Tak juga ingin saya mencampuri dalam hal2 ugama and akidah dan segalanya.

    Sesungguhpun, kini, hak2 orang bukan Islam di negara ini kian tertekan, dari segi perundangan, terutamanya apabila berkaitan dengan kes-kes mengenai intra-agama. Dalam kes-kes sebegini, wajarkah kalau pandangan, perundangan and pendapat orang2 islam sahaja diberi keutamaan? Bagaikan seorang pencuri dtangkap, dan hanya saksi2 berugama islam dibenarkan untuk memberi keterangan - adakah itu wajar untuk sebuah negara yang multi-kultural dan multi-agama?

    Saya rasa pendirian org2 bukan islam perlu diperjelaskan. Rata2 org2 bukan islam yang saya ketemui, tidak inginkan sebarang "campur-urus' dalam hal2 agama islam. Malah, mereka, tidak mahu terlibat dalam hal-ehwal agama islam - kerana mereka menyedari bahawa mereka daif pasal hal2 islam. Maka, apa penyelesaian untuk kehidupan harmoni antara pelbagai kaum di negara ini?

    sekian,

    Rakyat Malaysia



    jawabnya tunggang langgan la segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah. Mana boleh orang bukan islam mencampuri soal-soal agama islam.

    Bila ini (memberi kuasa kepada orang-orang islam mencampuri soal-soal agama isalam) berlaku anda telah mempermain-mainkan soal akidah, soal akidah adalah soal pokok di dalam Islam.

    Ruginya orang melayu (Islam) terhadap tuntutan ini adalah begitu besar tak dapat nak dikata, rugi di dunia dan rugi di akhirat. Apa "anda" sanggup?

    pokiok

    ReplyDelete
  45. Anonymous8:06 PM

    Dato Scribe,

    KAWAN sini,

    Dilema Utusan adalah dilema sesetengah pembesar umno. Apa yg disuarakan oleh Pak Khalid atau anak buahnya di Utusan adalah rintihan hati orang melayu, terutama ahli Umno. Oleh kerana ramai pemimpin Umno yang mahu menjaga periuk nasi mereka, maka mereka tidak lagi menyuarakan keperitan sebenar orang Melayu. Mungkin ada juga yang terbawa-bawa dengan pujukan bahawa Umno perlu lebih 'matang' apabila menyuarakan isu Melayu kerana Umno juga wajib memikirkan bangsa lain dibawah naungan BN. Maka jika ada orang mengharapkan Mat Taib untuk menyuarakan rintihan orang Melayu, maka ini tidak lagui berlaku. Sebelum ini, beliau memang terkenal sebagai pemimpin Umno yang akan ke hadapan jika ada isu yang menjejaskan orang Melayu. Jika diteliti secara halus, mana ada kedengaran laungan agenda melayu lagi Datuk Scribe! Kalau adapun laungan ini, ia cuma kedengaran sayup=sayup aje. Pembesar hari ini takurt dilihat sebagai kolot atau kuno jika melaungkan slogan agenda melayu. Inikah evolusi politk tanahair kita Datuk? Datuk Khalid Utusan sedang diperhatikan, dan kesetiaannya akan diteropong..

    ReplyDelete
  46. Anonymous8:07 PM

    Dato Scribe,

    KAWAN sini,

    Dilema Utusan adalah dilema sesetengah pembesar umno. Apa yg disuarakan oleh Pak Khalid atau anak buahnya di Utusan adalah rintihan hati orang melayu, terutama ahli Umno. Oleh kerana ramai pemimpin Umno yang mahu menjaga periuk nasi mereka, maka mereka tidak lagi menyuarakan keperitan sebenar orang Melayu. Mungkin ada juga yang terbawa-bawa dengan pujukan bahawa Umno perlu lebih 'matang' apabila menyuarakan isu Melayu kerana Umno juga wajib memikirkan bangsa lain dibawah naungan BN. Maka jika ada orang mengharapkan Mat Taib untuk menyuarakan rintihan orang Melayu, maka ini tidak lagui berlaku. Sebelum ini, beliau memang terkenal sebagai pemimpin Umno yang akan ke hadapan jika ada isu yang menjejaskan orang Melayu. Jika diteliti secara halus, mana ada kedengaran laungan agenda melayu lagi Datuk Scribe! Kalau adapun laungan ini, ia cuma kedengaran sayup=sayup aje. Pembesar hari ini takurt dilihat sebagai kolot atau kuno jika melaungkan slogan agenda melayu. Inikah evolusi politk tanahair kita Datuk? Datuk Khalid Utusan sedang diperhatikan, dan kesetiaannya akan diteropong..

    ReplyDelete
  47. Hairan.

    PMnyer Melayu. TPMnyer Melayu, menterinyer Melayu. Menteri besarnyer Melayu. Tak boleh nak bela nasib melayu.

    India satu menteri tapi dapat semua. Kot2 kena join MIC kot

    ReplyDelete
  48. Datuk Kadir,

    Secara jujur saya tak dapat memahami mengapa perbahasan kebajikan orang Melayu sering menjurus ke arah "militant". Mungkin saya jahil dalam soal ini. Hak-hak Melayu telah dijamin di dalam perlembagaan dan dasar dasar kerajaan, jadi mengapa apabila Thaipusam diberi cuti umum tambahan(itu pun di Wilayah saja, dan kuil kuil dipelihara, orang orang Melayu resah sebegitu rupa? Ingin juga saya persoalkan siapakah "akar umbi" yang Awang Selamat katakan? Adakah mereka benar benar masyarakat Melayu umum atau pemimpin Umno peringkat akar umbi sahaja? Kalau dikatakan bahawa orang Melayu di akar umbi masih kurang terpelihara dari segi ekonomi,saya rasa ini kegagalan kerajaan BN yang dasarnya menguntungkan kroni-kroni, tidak wajar kaum-kaum lain dipersalahkan kerana "diber betis minta peha". Tentang "penjajahan minda" dari dalam, saya tak faham bagaimana ia boleh berlaku sekiranya media dipunyai sekelompok orang sahaja, iaitu majoritinya pemerintah dan kawan-kawan mereka.

    Bukan Melayu

    ReplyDelete
  49. Anonymous6:58 PM

    Saya rasa penggunaan contoh peniaga di Cameron Highlands bukanlah satu cara yang tepat untuk mengukur kekayaan sesuatu kaum.

    Malah menggunakan bilangan kedai atau pendapatan purata bukanlah cara yang paling tepat untuk perbandingan.

    Kemiskinan, kekayaan, kemunculan kelas menengah, tahap pendidikan, perbezaan bandar dan luar bandar, ketidak seimbangan inter-etnik dan intra-etnik, ketidakseimbangan kelas ekonomi, ekonomi mikro dan makro dan sebagainya...

    dicampurkan semua sekali bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikatakan orang India lebih kaya daripada orang Melayu ataupun Melayu lebih kaya daripada India.

    Reduksi yang simplistik ini hanya digunakan untuk memberikan hujah-hujah yang kurang tepat dan seringkali digunakan untuk retorik perkauman, seperti HINDRAF, pemimpin UMNO fanatik, mahupun Hitler, dalam mempertahankan perjuangan mereka, meskipun tidak disertai dengan fakta dan kaedah perbandingan yang tepat.

    Fakta itu neutral dan boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak untuk mempertahankan hujah mereka. Kaedah perbandingan dan kajianlah yang objektif dan bebaslah yang memberikan gambaran sebenar.

    Namun banyak yang tidak mahukan objektivisme dan kebebasan akademik.

    ReplyDelete
  50. Anonymous9:07 PM

    Hmmm, persoalan yang tidak akan habis sampai bila-bila. Apabila sesebuah negara ditubuh berpaksikan pakatan kaum, maka isu kaum tidak akan selesai sampai bila-bila. Apabila undi diraih melalui persepakatan kaum, maka politik akan terus beteraskan kaum. Apabila politik kaum mewakili agama, maka isu agama tidak akan selesai begitu sahaja. Apabila politik sentiasa berteraskan perkauman dan agama, maka semangat perkauman dan keagamaan akan terus membara. Apabila perkauman semakin membara, maka perpaduan akan terus terpisah. Apabila perpaduan menjadi goyah, maka lebih banyak masalah akan timbul.

    Adakah politik perkauman itu cara yang terbaik?
    Adakah sistem pendidikan (sekolah) berteraskan kaum dikira munasabah?

    Semasa kecil2 dulu, kawan2 tak kira bangsa guna satu bahasa. Sudah besar, masing2 guna satu bahasa (lain2). Sebab apa? Banyak sebab. Masing2 tahu.

    Tidak ada salah dan tidak ada yang betul. Ada salah, ada juga yang betul. Mesti buat resolusi. Supaya masing2 hidup aman dan damai atas tanah yang makmur ini.

    "Atuk suka cakap2 pasal bangsa ni selagi Melayu ni masih ada hak dan perpaduan masih utuh. Tak tau la apa nak jadi masa engkorang besor nanti. Ntah Melayu ada hak lagi ke, ntah korang bergadoh sesama korang".

    Peace

    ReplyDelete
  51. Salam Dato'
    Saya setuju dengan cadangan Sdr Pak Yim, kita sangat-sangat memerlukan satu parti berasaskan bumiputra melayu lain dalam BN. Mungkin boleh dinamakan "Parti Putra Bumi". Dengan adanya satu parti lain, mewakili kaum Melayu 100%, setidak-tidak nya bilangan kerusi di Parlimen atau DUN dapat kekal atau bertambah. Sedih dengan apa yang berlaku di Perak.

    Cuba kita lihat, dalam BN, hanya satu parti yang mewakili kaum Melayu/bumiputra. Kaum Cina diwakili oleh MCA, Gerakan di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak, kaum Cina diwakili oleh parti lain. Kaum India, diwakili oleh MIC dan PPP dan ada ura-ura ada permohonan daripada parti baru dari kaum ini untuk bergabung dengan BN. Jadi mereka menggunakan bilangan parti untuk menambahkan bilangan kerusi bagi mewakili kaum-kaum mereka. Setiap parti mewakili kerusi-kerusi yang selamat daripada di ambil oleh parti lain. Jika konsep ini diteruskan, nampak nya kaum Melayu akan sentiasa diwakili oleh wakil rakyat daripada kaum minoriti(di bandar-bandar). Konsep BN, kerusi yang telah diperuntukkan untuk sesuatu parti tidak boleh disentuh oleh parti lain, kecuali ditukar, menyebabkan kawasan tersebut akan diwakili oleh parti yang sama walaupun komposisi pengundi(kaum) bertukar sangat-sangat tidak logik?....kalah atau menang, kawasan tersebut tidak boleh di ambil oleh parti lain. Cuma yang tidak kekal ialah kerusi UMNO, contoh kes terbaharu di Gerik, Taiping, dan Lenggong. Kita sentiasa mengalah!....sampai bila???

    Mengapa kawasan majoriti Melayu di wakili oleh kaum minoriti? Sebaik sahaja kerusi ini di ambil, wakil yang menang akan menjadi wakil kaum nya, bukan kaum pengundi majoriti. Ambil contoh, jika kita seorang ayah, siapa kah yang paling kerap kita berikan belanja harian?....tentu nya isteri dan anak-anak kita. Bukan isteri dan anak-anak adik atau abang kita, walau pun mereka keluarga kedua terdekat dengan kita. Begitu juga dengan wakil rakyat, dia menjuarai kaum nya terlebih dahulu walaupun yang mengangkat nya kaum lain!!!. satu lagi contoh, jika ada permintaan di kawasan tersebut sebuah masjid dan sebuah kuil dan wakil rakyat adalah daripada kaum minoriti, yang manakah yang akan didahulukan dan diperap oleh beliau?.....saya rasa jawapan nya anda semua tahu.

    Pada pandangan saya, BN patut bubar. Setiap parti komponen menjadi parti kaum. Setiap parti boleh bertanding menentang parti kaum lain, UMNO boleh melawan MCA, Gerakan atau MIC dikawasan pilihanraya yang sama. Jika UMNO menang, mereka boleh membentuk kerajaan campuran saperti di Thailand, Indonesia, bergabung semula dengan MCA, Gerakan atau MIC(jika ada!!!) sehingga tiba pilihanraya akan datang. Dengan cara ini, kaum melayu tidak akan terasa terpinggir seperti sekarang. Pekara ini sangat terasa di kawasan bandar, dimana rata-rata, wakil BN adalah kaum minoriti.

    ReplyDelete
  52. Anonymous12:46 PM

    salam,datuk

    Buat nijetty..

    Malaysia adalah satu-satunya negara yang mana parti yang memerintah adalah parti yang memperjuangkan kemerdekaan yang masih kekal kukuh
    hingga hari ini dan masih terus memerintah.


    Bubarkan bn langsung tidak realistik jauh sekali logik.


    Mewujudkan kerajaan campuran yang mana ketika pilihanraya bukan dalam landasan sama atau maknanya saling menentang bukanlah suatu 'resipi'yang patut di bawa kesini.


    Lihatlah mana negara yang mengamalkanya.Ketidakseimbangan dalam membentuk kerajaan itu nanti akan berlaku.Sudah banyak contoh kini.Semuanya faktor mengejar kuasa.


    Oleh itu,kalau nak dikaitkan pula dengan minoriti dan melayu terpinggir dan pasal wakil rakyat,kita kembali pada reliti sebenarnya,ada yang perlu didahulukan dan ada yang perlu dikemudiankan.


    Kenapa mesti nampak kuli dibina?
    Tidak pula nampak berlambaknya masjid....

    Sikap sebegini tidak sepatutnya ada.Mesti yakin dengan perpaduan dan semangat toleransi yang tetap ada di Malaysia.

    ReplyDelete
  53. Anonymous1:00 PM

    salam,datuk

    Tertarik apa yang nusa melayu cakap.

    Betul apa yang dikatanya.sampai bila perkara ini akan berterusan pun,tidak tau.

    Tapi saya paling sensitif kalau dipersoal hak-hak orang Melayu.

    Ingatlah,sedarlah.

    Inilah satu-satunya negara di dunia yang mana dipimpin oleh orang melayu yang mampu menjaga hak,maruah,dan harga diri bangsanya melalui ekonomi dan pembanggunan bangsanya untuk jadi lebih gemilang.

    Tolonglah faham erti ketuanan melayu.

    Kenapa keris boleh dipertahan hingga ke hari ini dari zaman Hang Tuah lagi?

    Adakah tajamnya tetap sama...perhatikanlah betul-betul.

    ReplyDelete
  54. Buat bujang-am,

    Pada zaman ini hampir semua negara merdeka, ada yang masih di jajah?...Sekecil-kecil, Kosovo juga merdeka, Timor Timur juga merdeka!.
    Anda masih takut BN bubar, ketak lutut!...anda berteduh pada perasaan takut...dan ingin menakutkan orang lain, sama dengan BN menakut-nakutkan orang melayu. Bermakna anda masih berada di takuk lama.

    Jika anda pernah hidup dan belajar di Eropah atau UK, nobody give a damn to the minorities!...majority always RULE. Period.

    Indonesia dan Thailand....satu bangsa, satu bahasa. Malaysia banyak bangsa, banyak bahasa!!!!! Is that what you want?....Malaysia sentiasa flip-flop!

    Anda mengatakan "Mewujudkan kerajaan campuran yang mana ketika pilihanraya bukan dalam landasan sama atau maknanya saling menentang bukanlah suatu 'resipi'yang patut di bawa kesini."

    Ini bertujuan supaya "ukur baju dibadan sendiri" jika majoriti Melayu, tentu calon melayu UMNO/PAS menang, jadi MCA, MIC, PPP should be out!!! Tapi sekarang, majoriti 60% melayu, calon nya siapa?


    Anda mengatakan "Lihatlah mana negara yang mengamalkanya.Ketidakseimbangan dalam membentuk kerajaan itu nanti akan berlaku. Sudah banyak contoh kini. Semuanya faktor mengejar kuasa."

    Berapa banyak contoh begini?...mana contoh nya. Berikan. Tidak kah anda tahu, Indonesia dan Thailand asal nya diperintah oleh tentera. Itu lah punca nya. Bukan sebab kerajaan campuran.


    Anda mengatakan "Sikap sebegini tidak sepatutnya ada. Mesti yakin dengan perpaduan dan semangat toleransi yang tetap ada di Malaysia"

    Toleransi....toleransi. Siapakah yang lebih bertoleransi kepada yang lain? The Malay always give...give...and give.
    Kata pepatah melayu " kalau masuk kandang kambing mengembik, kalau masuk kandang harimau, mengaum"....faham maksud saya, sudah beranak-pinak, cucu cicit, sepatah haram bahasa melayu pun tak tahu!...adakah ini yang dipanggil toleransi!! ....jika ada toleransi, mengapa perlu sekolah cina, sekolah tamil. Masuk sekolah melayu bukan toleransi nama nya?

    Mengapa di Indonesia, mat salleh begitu fasih bercakap indonesia, cina fasih indonesia, arab fasih indonesia, di thailand, cina fasih thai, india fasih thai, dll.

    ReplyDelete
  55. Buat bujang am,

    "Tapi saya paling sensitif kalau dipersoal hak-hak orang Melayu"....mengapa paling sensitif?
    Adakah anda berasa hak melayu.....akan KEKAL selama-lamanya dengan situasi sekarang?. Tunggu, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun akan datang, semua akan terhakis, seperti ombak laut menghakis pantai. Akan adakah lagi "hak-hak melayu"? Anda masih berada di alam khayal, jauh sekali dapat meramal.

    "Inilah satu-satunya negara di dunia yang mana dipimpin oleh orang melayu yang mampu menjaga hak,maruah,dan harga diri bangsanya melalui ekonomi dan pembanggunan bangsanya untuk jadi lebih gemilang".

    Lebih gemilang!...lebih temberang ada!.

    Dimana ada lagi negara melayu di dunia, selain daripada Brunei, Indonesia dan Malaysia. Oh ya, mungkin Surinam? Adakah mereka juga gagal menjaga kepentingan "melayu"?

    Anda hanya boleh membaca "Warta berita radio Malaysia"...atau sama dengan anak-anak sekolah yang pandai mengibar bendera, tapi bila ditanya mengapa kibar bendera? Jawapan nya ....cikgu suruh, ketua suruh!.

    "kenapa keris boleh dipertahan hingga hari ini dari zaman hang Tuah lagi?" .....anda menghunus keris kepada semua pengundi-pengundi!...ditakutkan dengan 13 Mei, demonstrasi jalanan, hari-hari disogokkan di TV1, TV2, TV3 etc....etc.

    Saudara/saudari bujang am, keris berasal daripada Indonesia, Tanah Jawa. Bukan melayu punya!

    ReplyDelete
  56. Anonymous8:00 PM

    salam,datuk..

    Buat cik nijetty juga,harap sihat.

    'ukur baju dibadan sendiri'?

    realitinya ekonomi orang melayu saling bergantungan sesama kaum khususnya cina.kalau umno/pas menang,seperti contoh yang diberi,agaknya apa jadik?yang satunya terbaik,tapi yang satu lagi?dan faktor ekonomi pula bagaimana?


    Faktor bahasa.Itu kesedaran yang sepatutnya ada disini.Di indonesia mat salleh boleh cakap melayu sebab perniagaan dan pelancongan umumnya.manakala rakyat tempatan sebabnya kerana sekolahnya sama dan memang ada kesedaran nak belajar.

    Jadi kesedaran yang patut ada disini adalah,orang cina dan india mesi tahu cakap melayu.begitu juga melayu dengan bahasa kaum lain.

    Cuma tidak simetri saja pendekatan.orang cina dan india boleh sekolah kebangsaan kan.Imej perpaduan dalam satu sekolah . itu lebih baik rasanya.

    ReplyDelete
  57. Anonymous8:18 PM

    salam,datuk.

    cik nijetty,harap sihat.

    Generasi kita sekarang ni mcm nak minta 'dihakis'.adakah kita tidak mahu usaha mempertahan.ini kan amanah kita.

    Malaysia paling terbaik jaga kepentingan bangsanya yang majoriti di sebuah negara.Walaupun sumbernya tidaklah sehebat mana,tapi usahanya dan kejayaanya tetap ada.

    Pengundi boleh fikir.Pembanggunan tidak datang dari atas jalan dengan berarak saja.

    Samada cikgu suruh atau ketua suruh,adalah lebih baik, dari hanya melihat saja malah ada pula solah meminta pula segalanya ditelan zaman.

    Tapi siapa yang 'berani'pegang keris sampai hari ini?

    Saya kurang gemar memberikan contoh dalam segala ulasan.Hanya menjawab secara pendapat.mana yang lebih baik.tidak perlu maklumat sokongan.Hanya memperbetulkan keadaan.sekian.

    ReplyDelete
  58. Anonymous8:25 PM

    salam,datuk.

    Sikap keterbukaan pemerintah kali ini memang amat membanggakan.syabas Pak Lah.

    samada cara baik dan kurang baik rakyat dalam meluahkan pendapat masing-masing terhadap pemerintah,jelas sekali ada perubahan yang besar dalam kerajaan.

    demi kesejahteraan rakyat.itu saja pokok pangkalnya.

    ReplyDelete