Kebimbangan Di Sebalik Cakap Besar Pilihan Raya
A Kadir Jasin
[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TUNJUK berani, cakap besar, malu-malu kucing dan lembut leher sudah muncul sebagai ciri dan taktik pilihan raya umum (PRU).
Parti-parti pemerintah dan pembangkang sudah mula tunjuk berani dan cakap besar manakala pembesar politik pula ada yang secara terbuka menawarkan diri untuk menjadi calon dan yang lain pula malu-malu kucing. Dalam hati bagai nak mati hendak jadi calon, di mulut kata tidak.
Barisan Nasional misalnya, bercakap mengenai menyapu bersih semua dewan undangan negeri, termasuk Kelantan yang kini dikuasai Pas.
Sebaliknya Pas yakin mempertahankan Kelantan, memenangi semula Terengganu dan merampas Kedah. Keadilan dengan “rakan-rakan kongsinya” amat yakin merampas Pulau Pinang dan mencapai prestasi baik di Sarawak.
Di kalangan individu, teka-teki dan teka-meneka semakin menjadi-jadi. Ada yang kata hidup mati dia akan bertanding. Ada yang kata belum buat keputusan. Dan rata-rata mengatakan mereka berserah kepada parti.
Saranan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat jelata yang tidak puas hati dengan pemerintah menggunakan pilihan raya untuk “menunjuk perasaan” telah mula dijawab.
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad misalnya, menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan PRU akan datang bagi “membersihkan” parti itu.
Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah kerana segala percubaan menegur dan mengubah kepemimpinan serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.
Isu Dalaman Ancam BN
Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, pula dilaporkan oleh Mingguan Malaysia hari ini sebagai mengingatkan pemimpin dan ahli Umno agar tidak meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai kedudukan mereka sebagai calon melalui media massa.
Kebimbangan Najib semakin menjadi kenyataan bermula dengan pergolakan dalaman seperti yang sedang berlaku di Perlis. Pertikaman lidah antara pembesar Umno negeri itu sudah menjadi hidangan sensasi media massa buat beberapa minggu.
Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Shahidan Kassim sedang menghadapi ujian paling hebat dalam kerjaya politiknya dengan pelbagai tuduhan berbentuk politik dan peribadi.
Ketua MIC, S. Samy Vellu pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata dia mesti bertanding kerana dia “tidak pernah berasa penat untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan berhenti menerajui parti MIC demi pembangunan dan kemajuan kaum India di negara ini.”
Harap-harap dia tidak lupa kepada orang Melayu dan Cina kerana dia menang di Sungai Siput atas ihsan pengundi Melayu dan Cina. Ini kerana hanya 22.5 peratus pemilih Sungai Siput adalah orang India.
“Saya mesti bertanding lagi. Kepala tidak ada, mana boleh badan ada lagi,” katanya.
Bergantunglah kepada makhluk mana yang Samy Vellu andaikan. Kalau lembu atau ular, tentulah ia akan mati jika kepalanya dipotong. Tetapi kalau ia cacing, kepala lama tidak mati dan kepala baru akan tumbuh jika ia dipotong dua atau tiga sekali pun.
Soalnya, apakah tunjuk perasaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), penangkapan mereka yang terbabit dan penahan beberapa pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan membantu Samy Vellu dan MIC? Atau akan membuat orang India menolak MIC.
Adakah majoriti pengundi India boleh ditenteramkan jiwa mereka untuk kembali menyokong MIC dengan Abdullah mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti awam dan ikrar tidak merobohkan kuil haram?
Calon MIC Bergantung Kepada Bukan India
Ironinya, Samy Vellu dan majoriti calon MIC mungkin terus terpilih kerana mereka bergantung kepada undi Melayu dan Cina yang berupa pengundi majoriti di kerusi-kerusi yang mereka tandingi. Hakikatnya tidak wujud sebuah pun kerusi majoriti India.
Di Sungai Siput, kawasan Samy Vellu, pengundi India pada 2004 hanya 22.5 peratus. Dengan penghijrahan orang India miskin dan pekerja ladang ke bandar, bilangan itu mungkin lebih kecil kini. Di kawasan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel, Ulu Selangor hanya 19 peratus pemilih orang India.
Kawasan paling banyak pengundi India adalah DUN Buntong di Perak dengan 45.3 peratus pemilih India, tetapi pada tahun 2004 ia ditandingi oleh calon MCA.
Pada PRU 2004, Samy Vellu mendapat undi majoriti 10,235 menewaskan calon DAP, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj. Pada PRU 1999, majoriti beliau adalah 5,259.
Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon dari MCA pula dilaporkan tidak gentar jika DAP meletakkan penulis blog terkenal, Jeff Ooi untuk menentangnya.
Sebaliknya dia cukup yakin dapat mengulangi kemenangan besar PRU 2004. Katanya: "Pada bulan Mac tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memuji saya sebagai antara Ahli Parlimen yang paling cergas berkhidmat kepada rakyat.
"Saya yakin prestasi baik yang saya tunjukkan sejak berdekad-dekad lalu dapat membantu kemenangan BN di kerusi Parlimen Serdang dan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen itu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Saya tidak mengatakan Pian Hon tidak bekerja kuat, tetapi mengatakan dia tidak gentar mungkin cakap besar untuk melapangkan dada.
Serdang adalah kawasan bandar yang komposisi pemilihnya agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu di mana terdapat sokongan yang kuat kepada DAP dan Pas. Pada PRU 1999, Pas memenangi salah satu daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Serdang iaitu Bangi.
Pada PRU 2004, Pian Hon menang dengan 11,280 undi majoriti daripada 57,812 undi sah. Pada PRU 1999 dia menang dengan hanya 4,099 undi majoriti daripada 70,911 undi sah.
Kalau benar blogger dan perunding teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Jeff Ooi Chuan Aun dicalonkan oleh DAP untuk menentang Pian Hon, kita boleh menjangkakan pertandingan yang menarik antara dua calon Cina yang fasih berbahasa Melayu daripada dua generasi berlainan.
Jeff Ooi, sebagai salah seorang pelopor pendemokrasian maklumat melalui ICT, blogger terawal dengan blognya Screenshots dan penggiat politik keturunan Cina yang berpendidikan Melayu pasti menarik perhatian pengundi pelbagai kaum, khasnya daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di sekitar kawasan Bangi-Serdang.
Jeff Ooi belajar di Sekolah Menengah Pendang, Kedah hingga tingkatan lima dan sebelum ini menganggotai Parti Gerakan.
Utusan Malaysia meramalkan persaingan di kerusi Parlimen Serdang dijangka lebih sengit pada pilihan raya akan datang kerana DAP dijangka meletakkan Jeff Ooi.
Ia menambah, kedudukan Pian Hon dalam MCA, bagaimanapun, tergugat selepas gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Serdang dan Naib Presiden MCA dalam pemilihan parti 2005.
Skandal Cemar Imej MCA
Apa yang bakal dihadapi oleh Pian Hon sebenarnya amat kecil berbanding kesan dua skandal besar iaitu video lucah Chua Soi Lek dan kerugian besar Port Klang Free Zone yang mengheret Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choi.
Perebutan kerusi Chua di Johor yang dikatakan membabitkan anak Chua dan anak Ling Liong Sik, dan kemungkinan Chan tidak bertanding semula akan menjadi cabaran besar kepada MCA pada saat-saat pengundi Cina semakin resah akibat suasana ekonomi yang tidak menentu.
Sementara Pengerusi MIC Johor, K.S Balakrishnan pula berkata dia sudah penat untuk bertanding dalam PRU akan datang, “tetapi kalau diberi peluang saya akan bertanding dan meneruskan perjuangan.”
Satu lagi putar belit politik dan politikus.
Faktor KJ Jadi Perhatian
Putera mahkota Umno, Khairy Jamaluddin pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai enggan mengulas kedudukannya sebagai calon.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya," katanya.
Tetapi sumber-sumber lain pula mengatakan tidak syak lagi dia akan bertanding. Saya sendiri berasa beliau akan dicalonkan untuk kerusi Parlimen Rembau menggantikan Firdaus Mohammad Rom bin Harun.
Walaupun benar seperti katanya bahawa calon pilihan raya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi umum lebih daripada maklum mengenai pengaruh Khairy ke atas Perdana Menteri.
Sementara itu, Menteri Penerangan Zainuddin Maidin pula bermati-matian berkata, dia mahu bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Merbok.
Pada 26 Januari, Bernama melaporkan Zainuddin sebagai berkata calon pembangkang Merbok pada PRU akan datang bakal hilang wang pertaruhan.
Sepanjang ingatan saya, tiada calon pembangkang hilang pertaruhan di kawasan itu sejak pilihan raya umum 1955. Pada PRU 1995, calon Semangat 46 memperoleh 8,924 daripada 40,049 undi sah. Pada PRU 1999, calon Keadilan mendapat 14,909 daripada 45,246 undi sah dan pada PRU 2004, pencabar Zainuddin dari Keadilan memperoleh 14,162 undi daripada 43,839 undi sah.
Jadi, adakah masuk akal dalam tempoh empat tahun, BN dan Zainuddin menjadi begitu kuat dan pembangkang begitu lemah sehingga calonnya akan kehilangan deposit?
Bagi seorang “reluctant politician” Zam nampaknya sudah menjadi begitu selesa dan amat yakin dia mampu memberi pukulan maut kepada calon parti lawan.
Apakah kerana keakrabannya dengan Perdana Menteri maka Zainuddin sejak awal-awal lagi sudah direstui oleh Perdana Menteri untuk “mengumumkan” pencalonannya? Apa kata Umno Merbok?
Permatang Pauh Uji Kebolehan Hishammuddin
Dan mengapa Hishammuddin Hussein, orang Johor, dilantik mengepalai gerak gempur BN terhadap Keadilan di Permatang Pauh?
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy ketika mengumumkan perkara itu memberitahu bahawa pelantikan Hishammuddin telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dengan persetujuan Abdullah.
Apakah kerana dia begitu hebat atau dia sesuai menggempur seorang penjawat wanita, iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail? Atau adakah kerana majoriti Wan Azizah begitu tipis – hanya 590 undi?
Namun elok juga Hishammuddin diberi tugas itu, setidak-tidaknya bagi menguji ketokohannya kerana selama ini dia belum pernah mengalami ujian besar.
Sebaliknya jika cakap Khairy dilaporkan dengan tepat oleh media massa arus perdana, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa Hishammuddin begitu yakin dengan kewibawaan dan kemampuannya.
Menurut menantu Perdana Menteri itu, Hishammuddin berjanji kepada Perdana Menteri untuk menjadi bapa angkat Permatang Pauh dan menyatakan komitmen 100 peratus memastikan Permatang Pauh kembali kepada UMNO.
Tetapi tugas menggempur Permatang Pauh itu boleh bertukar menjadi senjata makan tuan jika dia gagal mengembalikan Permatang Pauh ke pangkuan Umno.
Sengaja disebutkan yang Anwar Ibrahim, tanpa sebarang jawatan dalam Umno, merampas kerusi itu daripada Pas dalam PRU 1982.
Sejahtera, Aman dan Makmur
Apa pun, episod-episod dan perkembangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada sandiwara, wayang kulit dan silat kuntau politik menjelang pilihan raya.
Banyak lagi akan berlaku untuk menghiburkan kita yang sudah pun terhibur dengan lawak jenaka “perbicaraan” rakaman video V.K. Lingam.
Dengan latar belakang ini, tercetus persoalan: Apakah BN mampu meyakinkan pengundi bahawa kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan setelah janji kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan PRU 2004 semakin dicurigai?
Hanya masa menentukan.
Sistem Pilihan Raya Demokrasi yang kita guna pakai ini telah terbukti membawa kepada kehancuran, perpecahan. Sistem ini mengajak kita saling berlawan menentukan siapa yang kuat dan layak memerintah., Secara metafora, saya melihatnya banyak persamaan seperti yang dilihat dalam natiohal geographic. Cakar mencakar, menerkam, yang kuat makan yang lemah, dan apabila yang kuat mendapat mangsa mereka bergaduh sesamanya sendiri.
ReplyDeleteMemang begitulah fitrah mereka diciptakan. Tetapi wajarkah kita manusia bersikap begitu?
Pilihanraya seperti suatu musim di mana berlaku serangan-serangan dari pihak lawan, seperti suatu peperangan sesama sendiri merebut harta dan kuasa. Ia adalah proses melantik khalifah kita. Khalifah itu jika di terjemahkan adalah bermakna pengganti atau wakil. Itu lah wakil rakyat yang ditentukan oleh rakyat itu sendiri, yang prosesnya kini adalah bergaduh sesama sendiri, bercakaran, buruk memburukan, bercakap besar dan angkuh dan berbagai-bagai lagi yang geli saya melihatnya. Inilah contoh yang kita tunjukan kepada anak-anak kita yang menyaksikannya didepan mata mereka.
Adakah sistem pilihan raya ala barat ini yang tidak pernah terbukti membawa kemakmuran ini yang harus digunakan untuk melantik pemimpin kita?
The Scribe,
ReplyDeleteMembaca Isyarat
(kabur-kabur subuh)
Fajar palsu dan masjid-masjid
mainan dibina perhiasan semata
adalah satu fenomena yang baru
Lumrah siapa akan perasan dan tahu
banyak masjid-masjid mainan dibina
dimasjid-masjid itu nampak
kita juga Fardhu Jumaat
Pun terbina menara masjid yang
diharamkan sama sekali mendirikan
ibadat dan solat di dalamnya
sapertinya di Yathrib kuno
semata-mata masjid yang diagungkan
bukan celik kerana buta
hendak bertauhid Yang Maha Esa
Tamadun Islam ini terlalu cukup
contoh terang kesungguhan sihadhari
saperti hablur yang menjana
tenaga kuasa alternatif mesra alam
pun memenuhi citarasa rakyat
mengambil hati pengundi Trengganu
semudah lut sinar tawan cahaya
Semestinya ada yang tak kena
kerana si-awang sehebat si-nik
Pas yakin tawan Terengganu.
Ingin kita lihat kehebatan
jatinya Imam Besar yang terlantik
Taman Tamadun Islam
mercu tanda baru negara
kaya yang murah masjidnya
(apalah kalau piala kebanggaan
jatuh ke tangan lain dalam suasana
ekonomi dagkal meleset yang
mengesot-ngesot berpanjangan,
wahai menteri)
Permainan cinoni comel siapa punya
Saya dengar cerita anak kecil
diculik binatang terbangsat
dan seluruh negara sedih
mencari-cari wajah paparan
terpapang luas dalam negara kecil
kita ini apa ada bezanya isyarat
atau belum cukup jelas dek jerebu,
kabus dan samar-samar benar
hujung pangkal fatamorgana
Posturing is part of politics, so is the wayang kulit, expecting things to be otherwise would be silly.
ReplyDeleteI am of the opinion that we are at a very important crossroad and much like Gorbachev who broke up the USSR and lost his job along the way.
The parallel in Malaysia is that maybe all the chorus of complaints is what is needed to shake up Umno and Barisan Nasional out of their slumber or maybe selambe.
It may also be the clarion call for the Opposition... that they need to get more organised or maybe a new opposition front needs to be organised, leaving out the old hacks of DAP, and PAS and jettisoning the opportunist PKR as soon as possible.
While the BN is in need of a shake-up so does the Opposition, in fact their mantra is even more tired than the BN's because all they ever say is that the Government is bad without ever offering solutions, at least the BN keeps coming up with new ideas to develop the nation, even if a big chunk of the funds end up with their associates.
Dato KJ,
ReplyDeleteHarapan saya dalam pilihanraya kali ini ialah agar calun N13 (Sungai Abong) Negeri Johor dapat membantu untuk mendapatkan jalan tar bagi Jalan Kampung Parit Muhammad Jalan Bakri Batu 5 Muar Johor. Saya rasa Jalan Kampung berkenaan merupakan satu-satunya jalan kampung di negeri Johor yang masih tidak mendapat jalan tar yang sempurna.
Permohonan telah dikemukakan tetapi jalan yang ditar hanya setakat 500 meter. Sungguh mengecewakan.
Dato dan Para Perayap Sekalian,
ReplyDeletePendirian saya untuk PRU akan datang ini ialah memberi undi kepada siapa-siapa sahaja dari kalangan parti pembangkang.
Ia adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mereka kerana berani bertanding menentang 'juara menanti' dan sekurang-kurangnya mereka tidak hilang wang pertaruhan.
Calon BN dikatakan pasti menang tetapi dengan satu undi orang seperti saya calon pembangkang tidak akan kalah putih mata.
Terima kasih.
Permatang Pauh akan dimenangi Keadilan. Hishamuddin kemungkinan akan turun pangkat akibat kekalahan tersebut. Kita boleh agak siapa yang akan untung nanti.
ReplyDeletetok..
ReplyDeletedalam kertas kerja POLITIK saya.
Barisan Nasinol MENANG LAGI BESAR.
bila tok ada kelapangan kita teh tarik bersama.
"Demi Al Quran yang di muliakan..saya berdoa semoga TOK sekeluarga di RAHMATI ALLAH swt."
zam is a clown. talk crap. If he is jantan, he should back his words with strong action. what if the opposition doesn't loose his deposit.what will zam do...will he quit his cabinet post.Please Zam say you are man enough to take that challenge.
ReplyDeleteall this BN guys are all dying to be picked. Makes me puke when I read their comments. Up to PM. Look Pak Lah has no choice in some cases and has to pick you. so it is not his choice.
Dr.M is right. The only way to get rid of Pak Lah is to allow more seats to opposition. BN will win but give opposition 50-60 seats and see what UMNO does to Pak lah, they will kick him out. We cannot have this 'Emperor' lead us cos he is a weak leader.
My vote is for the opposition cos I tak tahan with Pak Lah and his clowns in the XXXXL cabinet.
what happen to Nazri...no news from this jantan lately?
teringat kata-kata Dato' Kamarudin Jaafar pagi tadi
ReplyDelete"it is difficult to read PM, who himself doesn't read"
memang bertepatan dengan congak-congak calon BN, congak-congak tarikh pilihanraya dan macam-macam congakan lagi.
Tinjauan rambang menunjukkan undi popular berkedudukan 51(BN) -49(Pakatan Anwar) namun dari segi jumlah kerusi, Pakatan Anwar masih gagal meruntuhkan 2/3 cengkaman BN.
ReplyDeleteAtan
Anak Penoreh Getah
satu analisis yang baik. Walau komponen parti BN menghadapi masalah dalaman, namun ia tidak seteruk jika dibandingkan krisis yang dihadapi oleh Dr M.
ReplyDeleteWalaupun MIC menghadapi krisis, tetapi tiada satu kerusi yang di dominasikan oleh pengundi India seperti dikatakan oleh Dato'. Justerus, calon MIC juga namapaknya tidak akan menghadapi masalah.
Bagi MCA,isu Chua Soi Lek telah dimatikan dengan tindakan perletakan semua jawatan. Isu ini bukan satu isu yang besar kerana Persepsi masyarakat telah berubah dengan globalisasi, ramai anak Malaysia berlajar diluar negara dan kecanggihan Internet.
Apa yang khuatir ialah Kelantan dan Terengganu sahaja. Namun,rata-rata termasuk Dr M berpendapat BN dilihat masih akan berjaya menubuhkan kerajaan. Ini kerana sehingga kini, tiada wujudnya Barisan Pembangkang yang krediber untuk menggantikan BN.
Dato' KJ,
ReplyDeleteMelihat kepada result PRU 1999 dan 2004, ia lebih condong kearah siapa yang menjadi PM waktu itu.
PRU 1999, walaupun PM Mahathir meletakkan calonnya seorang Imam, tetapi BN kecundang juga.
PRU 2004, walaupun PM Dollah meletakkan "beruk", BN tetap menang juga.
Ia menunjukkan bahawa sentimen populairiti PM memainkan peranan yang besar sewaktu PRU 1999 & 2004.
Dan saya percaya bahawa, sentimen ini juga akan mempengaruhi keputusan PRU 2008, selain dari kewibawaan calon sesuatu kawasan dari kacamata pengundi kawasan tersebut.
Bagi calon calon BN yang baru, walaupun di kubu kuat BN, saya merasakan bahawa PRU 2008 akan menjadi ujian yang amat hebat jika kita mengambil kira rating populariti PM Dollah yang semakin merudum sekarang ini.
Bukan faktor pembangkang yang kuat, tetapi hilang kepercayaan rakyat keatas kredibiliti PM Dollah yang akan mempengaruhinya.
Jadi, pada saya, wakil BN yang sedia ada ( tua atau muda ) yang telah terbukti dan diterima kredibilitinya oleh pengundi tempatan sahaja yang boleh membantu BN dari merudum dalam PRU yang akan datang.
seperti kata seorang veteran politik - Jika zaman Mahathir dulu, jawapannya kepada rakyat ata apa isu pun, dia men"rasional"kan jawapannya berdasarkan keadaan semasa & keperluan setempat
( kecuali dalam kes anwar kerana ia membabitkan isu sensitif keselamatan negara ).
Walaupun ada rakyat yang tidak menerima jawapan Mahathir itu, tetapi sebahagian besar menerima logiknya itu ( diwaktu itu juga ICT tak sehebat sekarang )
Tetapi dizaman PM Dollah, jawapan yang diberikan adalah sesuatu yang diputar belitkan kepada rakyat. Bukan itu sahaja, bahkan putar belit itu juga mahu disumbatkan kedalam minda rakyat melalui MSM.
kesimpulan nya rakyat menjadi marah apabila PM memperbodohkan mereka dengan jawapan jawapan yang bodoh.
Dan sedarlah PM Dollah, bahwa dizaman ICT ini maklumat bergerak lebih pantas dan rakyat Malaysia dipelosok mana bumi ini boleh mendapatkannya.
Jadi bagi PM Dollah & kaum kerabatnya, terimalah hakikat bahawa rakyat Malaysia sekarang sudah tidak boleh di"dodoi"kan lagi seperti dulu.
Hanya masa dan ICT akan menentukannya.
UMNO misguided priorities.
ReplyDeleteInilah yang terjadi bila Pak Lah di "buai"kan oleh penasihatnya bahawa keputusan PRU 2004 adalah lesen untuk dia "berbulan madu" untuk satu penggal ( 5 tahun ) sementara Khairy sibuk memperkasakan kedudukannya didalam UMNO dan kerajaan supaya dia boleh menjadi PM sebelum mencecah umur 40tahun
Khairy diberikan kuasa penuh untuk menjaga menteri menteri kabinet dan juga warlord parti politik.
menteri kabinet pula diberi kebebasan untuk membuat keputusan dari "segi dasar sahaja" tetapi keputusan yang penting @ berkaitan budget @ kewangan masih di dalam kuasa Khairy melalui Pak Lah.
Dan atas sebab ini lah juga segala priorities untuk orang Melayu melalui UMNO telah diabaikan kerana terlalu sibuk untuk mencapai segalan personal objektif Khairy.
It's business as usual here in Malaysia. When in America, there is a presidential candidate who preaches politcs of hope or politics for the common good and vowed not to play dirty by harping on personalities issue, we in Malaysia are more into sensationalism rather than substance when choosing candidates/party. The guy facing Jeff Ooi should be better prepared or could even take this opportunity to do a debate ala America live on the web (too much too ask for Zam to allow this to happen on TV)and this can be moderated by someone agreeable to both parties. It is awfully easy to say I am confident of winning against so and so but can they substantiate this with past track records.
ReplyDeleteAnother story;
My mother is a 56 year old pensioner, voter in Lunas. Back during the last election, she told me of a group of young Puteri Umno election workers came to the house giving kain batik and beras campaining for the local BN picked candidate but when she asked them who is the candidate they are campaigning for, the girls cannot answer!! I bet you this will still happen this time around maybe with more "election" gifts
banyak khabar, banyak beza
ReplyDeletetumpang2 dengar dan baca
ayam2 belum pun berlaga
sorak sorai memeriah suasana
good luck to all voters!
tok...
ReplyDeletekapal layar baru.. dan pasukan nya
akan mengantikan MONSUN OGOS CUP.
kita jumpa tok nanti ..kita huraikan..
apa jadi pada ogos 2008..
gila kuasa,gila nama.gila harta..
Dato'
ReplyDeleteWalau apa pun isunya, pilihanraya yang akan datang ini akan masih dimenangi oleh BN. Menang dengan majoriti 2/3 tetapi kurang banyak kerusi dari 2004 lalu. Yang UMNO masih tetap menyokong UMNO, PAS dengan PAS. PKR terkubur. Peranan pengundi atas pagar yang akan menentukan siapa menang. Ramai yang tak puas hati dengan Pak Lah, tapi apabila tiba hari mengundi, parti tu juga menjadi pilihan, terutama orang kampung. Ahli UMNO yang tak puas hati dengan Pak Lah tidak akan menyokong parti lain. Mereka ini mungkin tidak keluar mengundi. Harga barang naik, kadar jenayah naik, lembut kepada tuntutan pihak lain tapi nak menyokong parti altenatif, tidak sekali... lebih baik tak keluar mengundi. Masalah utama kita ialah kita tidak ada alternatif yang lebih baik dari apa yang ada sekarang. DAP... orang melayu punya persepsi masih menganggap kalau naik DAP habis lah melayu. Perkauman habis parti ni. PKR... harapkan Anuar saja. Depan melayu cakap lain depan cina cakap lain. Lepas pilihanraya ini separuh ahli melayunya join PAS dan separuh lain join UMNO. Yang join UMNO dengan alasan kepimpinan yang berbeza dari dulu. Macam Roslan Kassim & Hanapiah Man punya alasan bila masuk UMNO balik. PAS... alternatif terbaik kepada UMNO tetapi dalam masyarakat majmuk Malaysia ini, bukan sahaja perlu diterima oleh kaum lain tetapi juga oleh penduduk Sabah dan Sarawak. Kalau nak bertanding kurang dari separuh kawasan parlimen, macamana nak jadi kerajaan. PAS perlu teruskan menambah keahlian golongan professional. Banyakkan orang seperti Hussam. PAS perlukan orang yang bukan sekadar cakap sahaja tetapi disusuli dengan tindakan. Apa pun saya berharap PAS menang di Kedah tahun ni. Cuma saya berharap calon-calon PAS yang di Kedah banyakkan golongan professional. Kalau nak letak ulamak pastikan ulamak yang boleh buat kerja bukan setakat boleh beri ceramah atau buat lawak saja. Sekian pendapat saya.
YBhg The Scribe,
ReplyDeleteKebebasan Bersuara
(imbasan kembali hasutan kebenaran)
Dr M : ...Well, I think the Government does not seem to know how to progress, how to implement things...I was not practising cronyism but of course these (accusations) were attached to me as a kind of label to undermine my credibility (and) I cannot get away from it. But today we see nepotism creeping in
The Scribe,
P44 - Permatang Pauh
Bolehkah saya tahu buah fikiran Datuk terhadap kenyataan
Dan mengapa Hishammuddin Hussein, orang Johor, dilantik mengepalai gerak gempur BN terhadap Keadilan di Permatang Pauh...Namun elok juga Hishammuddin diberi tugas itu, setidak-tidaknya bagi menguji ketokohannya kerana selama ini dia belum pernah mengalami ujian besar.
dan kenapakah dikatakan tugas menggempur Permatang Pauh itu boleh bertukar menjadi senjata makan tuan jika dia gagal mengembalikan Permatang Pauh ke pangkuan Umno.
P44 - PERMATANG PAUH
Turnout: 43549 (80.6%)
Spoilt: 665
Voters: 54041
Malay:67.21%
Chinese:26.64%
Indian:5.76%
Others:0.39%
* Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (OPP - KEADILAN) 21737 Maj: 590
@ Firdaus Ismail (BN - UMNO) 21147
1999: Dr Wan Azizah Wan Ismail (KEADILAN) Maj: 9077
N10 - SEBERANG JAYA
Turnout: 15940 (79.4%)
Spoilt: 178
Voters: 20084
Malay:63.01%
Chinese:24.64%
Indian:11.88%
Others:0.47%
@ Arif Shah Omar Shah (BN - UMNO) 10113 Maj: 4464
Mansor Othman (OPP - KEADILAN) 5649
1999: Dr Radin Amin Munir (BN) Maj: 853
N11 - PERMATANG PASIR
Turnout: 15681 (81.9%) Spoilt: 246 Voters: 19149
Malay:69.70% Chinese:28.39% Indian:1.75% Others:0.15%
* Mohd Hamdan Abd Rahman (OPP - PAS) 8057 Maj: 679
Dato Md Isa Ramli (BN - UMNO) 7378
1999: Mohd Hamdan Abd Rahman (PAS) Maj: 3154
N12 - PENANTI
Turnout: 11915 (80.5%)
Spoilt: 192
Voters: 14808
Malay:69.66%
Chinese:27.09%
Indian:2.68%
Others:0.58%
@ Dato Abdul Jalil Abdul Majid (BN - UMNO) 6195 Maj: 667
Anuar Shaari (OPP - KEADILAN) 5528
1999: Abdul Rahman Abdul Kadir (KEADILAN) Maj: 1983
Apapun, Sdr Mek Nab said...
Permatang Pauh akan dimenangi Keadilan. Hishamuddin kemungkinan akan turun pangkat akibat kekalahan tersebut. Kita boleh agak siapa yang akan untung nanti.
Saya tanya The Scribe:
1. Siapakah sebenarnya yang akan untung dan bagaimana orang ini - mereka ini - akan untung?
2. Apakah yang Hishamumuddin perlukan, memandangkan semua jentera partai yang 'elite' dan gurkha-gurkha yang handal-handal telah ada kawasan mereka masing-masing, untuk menarik hati pengundi-pendundi P44 dan terusnya mendapat undi majority atau bagimanakah Hishammuddin memastikan tugas gerak gempurnya di P44 tidak menjadi senjata makan tuan?
3. Apa pandangan YBhg The Scribe Hishammuddin - adakah ia memenuhi citarasa Dr Mahathir juga - sebagai ahli UMNO bukan 'deadwood' dan mampu menyumbang dalam usah membersihkan parti?
4. Adakah persoalan sekurang-kurangnya berapa ramai lagi tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam UMNO yang diperlukan bagi menjayakan percubaan membersih parti UMNO.
Terima Kasih
Salam DKJ,
ReplyDeleteDalam laman Matsaleh Celup "Rocky Bru", beliau menyatakan TDM menyokong dan merestui Jeff Ooi,
Betul Ke tok? kalau betui .. nak kasi ingatkan kat TDM laa tuk, perkara itu salah disisi pandangan orang Melayu tuk, DAP pulak tu. Sebab DAP adalah musuh orang MAlaysia no 1 dan musuh Bangsa Melayu No 1.
Saya percaya si Matsaleh Celup tu sengaja mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan dan lepas ni ada laa duit untuk menaja blog mereka-mereka(Bukan dari sokongan TDM).
Kalau betui si Jeff Ooi tu nak bertanding, BEBAS kan ada, itu kira seiring laa dengan slogan bloggers, apa dia "kebebesan bersuara".
Tuk, DAP tetap DAP, tidak akan menyokong orang melayu sebagai pribumi dan agama Islam adalah agama Rasmi. PAS yang bersengkokol dengan mereka pun sudah memperlihatkan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan mereka mendapat imbuhan, PKR, emm sama jugak.
Tuk, Kemenangan untuk BN Insyallah tuk, bukan nak cakap besar, ni semua kuasa Allah. Sekarang ni tidak ada isu besar, rakyat zaman Tun masih lagi hidup dizaman ini, tidak ada bezanya dahulu dan sekarang POLITIK Masih sama.
Dahulu zaman anwar dijatuhkan pun BN boleh menang, inikan zaman yang tidak ada isu, hanya isu kaki lima yang ianya tidak akan membuatkan rakyat mengadai NEGARA.
Orang Malaysia ni bukan boleh hidup susah tuk, dah senang ni, setakat minyak, tepung dan barang-barang lain naik sikit-sikit tu, kira biasa laa tuk, ini semua masalh global. Kat Indonesia pun naik tepung, tempei pun naik tuk.
Masalah Pembanggunan, emm baru 4 tahun tuk, apa boleh buat, perangcangan jee laa, nak buat flat pun 3 tahun tuk, ini kan membina negara.
"Hanya masa menentukan", betul tuk, tunguuu dan lihat, dan saya percaya tuk pun akan membantu BN untuk menang. Terima Kasih.
Insyallah ...
Pengundi dan ahli ahli UMNO Merbok mahukan seorang pemimpin muda yang kreative dan mempunyai idea idea yang bernas,Pemimpin yang layak adalah Dato Mokhzani Tun Dr Mahathir.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSedikit mengenai komen AAH. Kalau orang Merbok hendakkan Datuk Mokhzani, Mamak Cendol tu nak tauk kat mana, dia pun masih nak kerusi tu lagi. Nak hantar pi kerusi DUN Tanjung Dawai...bengganglah orang Tanjung Dawai nanti, sebab mamak ni bukan tau nak pi kelaut...nanti dia mabuk laut...nanti dia mula kambus laut...lagi haru!!!!
Kalau nak juga Datuk Mokhzani ke Merbuk...kena minta restu daripada KJ bukannya DKJ...maaf Datuk. Bolehkah Det Khalid lepas Mokhzani pi Merbok...sedangkan Tun Dr. Mahathir pun sangkut masa pemilihan G7 dulu...kerja sapa lagi kalau bukan kerja Det Khalid dengan Datuk Joe atas arahan Boss.
Kata Mamat Kedah:
ReplyDelete"Cuma saya berharap calon-calon PAS yang di Kedah banyakkan golongan professional. Kalau nak letak ulamak pastikan ulamak yang boleh buat kerja bukan setakat boleh beri ceramah atau buat lawak saja."
Betul. Saya menyampah tengok 'ulamak' melawak sama dgn menyampah tengok politikus lain menabur janji2 palsu. Nak jadi pemimpin atau wakil rakyat bukan perkara lawak-lawak. Masa jumpa orang ramai, tunjukkan angka2, buat analisis, bagi pendapat berdasarkan fakta/statistik dan buat projection yang realistik, baru la boleh buka mata dan convince bakal2 pengundi terutama orang2 muda. Buat la homework lebih sikit macam budak-budak nak lulus cemerlang dlm peperiksaan tu. Barulah usaha tu namanya 'hendak merampas dan membentuk kerajaan'. Yang luar daripada kawalan kita, perdulikan buat masa sekarang ini. Kalau tak nak kerja keras, duduk je kat rumah, tanam sayur!
Ian's,
ReplyDelete"Dahulu zaman anwar dijatuhkan pun BN boleh menang, inikan zaman yang tidak ada isu, hanya isu kaki lima yang ianya tidak akan membuatkan rakyat mengadai NEGARA."
# Melacurkan badan kehakiman dan menggadaikan hak keadilan rakyat jelata BUKAN isu kaki lima! Kedua-dua ini adalah asas jaminan keselamatan rakyat jelata. Ini hak rakyat yang sepatutnya dijamin teguh oleh pemimpin yang dipilih rakyat! Dengan tidak memenuhi hak dan asas2 ini (seperti yang berlaku dlm 'sandiwara' diraja sekarang dan lain2), secara langsung ianya MENGGADAI MARUAH NEGARA!
"Orang Malaysia ni bukan boleh hidup susah tuk, dah senang ni, setakat minyak, tepung dan barang-barang lain naik sikit-sikit tu, kira biasa laa tuk, ini semua masalh global. Kat Indonesia pun naik tepung, tempei pun naik tuk."
# Cuba lihat statistik, perbandingan pendapatan per kapita kita pun sudah boleh dijadikan ukuran. Jika mahu jadi negara maju dalam 2020, jangan bandingkan angka-angka vital itu dengan negara mundur seperti kebanyakan negara Afrika. Bandingkan dengan negara2 G7, contohnya. Barulah realistik target kita kearah 2020. Barulah kita boleh nampak kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki sebelum menjadi negara maju yang harmoni. Janganlah menyalahkan globalisasi memanjang sebab memanglah semua negara merasa bahangnya tetapi yang lebih penting bagaimana kita mengatasi dan membendungnya. Ingatlah, lebih ramai yang hidup 'tidak cukup makan' dan 'cukup2 makan' dlm negara ini daripada mereka yang hidup mewah di bandar-bandar. 'Orang-orang kampung' inilah yang menyokong dan terus menyokong kerajaan selama ini. Kalau pun pembangkang belum layak memerintah negara, janganlah kita pilih pemimpin2 kurap yang korup lagi, kesihanlah rakyat yang setia dari gambar kapal layar dulu sampai la jadi dacing sekarang.
"Masalah Pembanggunan, emm baru 4 tahun tuk, apa boleh buat, perangcangan jee laa, nak buat flat pun 3 tahun tuk, ini kan membina negara."
# Sudahlah, jangan kita cepat lupa. Kerajaan sekaranglah yang bina dan siapkan Bangunan Matrade dlm masa 10 tahun! Lebih baik tutup mulut daripada ringan berkata "apa boleh buat, perangcangan jee laa"!! Kenapa buat flat sehingga 3 tahun dengan kualiti yang sama atau lebih rendah sedangkan kita boleh siapkan dengan lebih cepat dgn kualiti yang lebih baik?? Bukankah faktor kos, masa dan kualiti tinggi ini ciri-ciri masyarakat dan negara maju? Apa dalam pikiran anda sekarang??? - siphon duit/kos, under table $$$, bahan kualiti rendah atau eksekutif/pakar/jurutera tidak berkelayakan??? (Bukankah ciri-ciri ini ada pada negara seperti Bangladesh, Somalia atau mana2 negara mundur lain? Kita kan menuju menjadi negara maju!) Ingatlah, bukan nelayan, petani, orang kampung atau fakir miskin yang memilih atau buat perkara2 begini.
JADI BAIKLAH Sdr. Ian's TUTUP MULUT seketika!!
Dato' dan semua,
Negara hanya boleh maju sekiranya rakyat bermula dengan hanya memilih pemimpin yang berpotensi berdaya maju. Itu VITAL DAN KRITIKAL! Dalam masa yang sama rakyat juga perlu berubah secara positif selari dengan kemajuan dan keharmonian negara.
Dato',
ReplyDeleteKata Sdr Ian's: "Masalah Pembanggunan, emm baru 4 tahun tuk, apa boleh buat, perangcangan jee laa, nak buat flat pun 3 tahun tuk, ini kan membina negara."
# Saya mahu tekankan lebih lagi mengenai pembangunan; Dalam usaha membina negara, mengapa kita mensasarkan 2020 maupun 2050 contohnya (to be realistik katanya - baiklah) sedangkan kita sebenarnya sedar (sekiranya ada kesedaran itu sekarang) dan mampu mencapainya dalam masa yang lebih awal (tanpa faktor2 yang menyebabkan rendah efisyen tadi - ko$, ma$a dan kualiti)??
# Kunci kejayaannya ditangan pemimpin dan kunci menjadi pemimpin ditangan rakyat! Siapa yang mengatur dan meneliti perancangan? Jangan kata orang dikampung, petani, kerani atau fakir miskin yang menjadi perancang - pemimpin dan para eksekutiflah yang diamanahkan merancang pembangunan negara.
# Barulah boleh berkata "KITA BERSAMA-SAMA MEMBINA NEGARA"!
Membina negara, tentulah semua ini tidak semudah berkata "...apa boleh buat, perangcangan jee laa...tuk, ini kan membina negara"!!! Jadi, hak dan merancang untuk memilih pemimpim bukan semudah itu juga. Di sini, saya tak akan 'ber-isyaallah' dengan perkara2 'tidak baik' dan 'ber-isyaallah' mengharapkan kemenangan politikus2 berkurap! Sekian kalinya, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka2 seperti ini 'membina negara'? KUNCI PANDORA-NYA DIGEGGAMAN KITA SEKARANG!
datuk
ReplyDeletefaktor KJ memang jadi keutamaan
kalau datuk kj tak ulas pasal election...sape lagi
hehehehe
untuk lan's
ReplyDeletesaudara... saya percaya peninggalan TDM adalah satu platform yang cukup sempurna bagi AAB meneruskan agenda pembangunan malaysia tanpa perlu dibatalkan... yang perlu cuma ditokok-tambah-nilai dari segi kepentingan rakyat
AAB telah jauh tersasar seperti yang dilaporkan oleh blog KUDAKEPANG untuk kepentingan anak menantunya sahaja...agendanya adakah kita bersedia untuk menerima "FDI" dari Singapura seperti kita menerima dari negara luar yang lain
di sini saya ingin menegaskan kita perlukan pemimpin yang analitis seperti TDM yang 'ulat buku' dan lantang-berani menyuarakan idea sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh 'anaksir' luaran
AAB sepatutnya merujuk kepada TDM...janganlah terlalu mencuba sangat untuk menghilangkan 'bayangan TDM' dari corak pentadbiran kamu...
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
PERMATANG PAUH
ReplyDeleteKerusi panas antara parti politik, kerusi panas juga dalam UMNO.
Dato Jalil, Ketua UMNO Permatang Pauh yang dibawa masuk oleh Pak Lah dari Unit Perancang Bandar Ipoh, yang kebetulan setiausaha UMNO permatang pauh adalah bapa saudaranya. Sbg orang agak baru, bapa saudaranya lah segala-galanya sebagai penasihat. Bapa saudaranya dah meninggal tahun lepas, ada yang mengucap Innalillah...ada yang mengucap Alhamdulillah. Ini lah politik! Jalil dilantik sebagai pengerusi penaja UMNO bhgP.Pauh selepas Ahmad Saad(Ketua Bhg P.Pauh) org Anwar disingkirkan. Dato' Pirdaus juga dibawa masuk sbg Timbalan, Datuk Nasir sebagai Naib. Dato' Ariff Shah dilantik sbg Ketua Penerangan-kemudiannya dipecat oleh Jalil. Ariff Shah sebagai ADUN Seberang Jaya, tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti di peringkat bahagian tetapi dipilih sebagai calun. Datuk Nasir sebagai Naib ditinggalkan begitu saja, tidak bertanding 2004 dan mungkin sekali lagi 2008. Ketua Pemuda Zaidi yang begitu kuat menyokong KJ dipilh sebagai calun mendahului Datuk Nasir.
Wah...ini bahagian terlalu ramai Dato' Dato' sampai nak handle pilihanraya pun tak larat kena panggil Dato'Seri masuuuuk!!!
menurut laporan akhbar Cina tempatan, Penulis blog Jeff Ooi akan bertanding di Bukit Bendera atas tiket DAP untuk menentang Timbalan Meneteri Penerangan Chia Kwan Chye. Jeff dulu adalah strategist Gerakan dan kawan baik Chia.
ReplyDeleteMenurut laporan Kwang Wah Yit Poh yang mengaikan sumber dalaman UMNO yang boleh dipercayai, Pengerusi UMNO Merbok Tajuk Urus akan bertanding di Merbok walaupun banner Meneteri Penerangan telah dinaikkan. Jadi apa pandangan Datuk?
Sapa dia yang nak gadai malaysia ni? habaq mai kat aku sat!
ReplyDeletePembangkang ka? DAP? PAS? PKR? - kalau depa ni yang gadai, depa pun orang Msia jugak, depa nak pi dok tang mana lepaih depa gadai? Sesia la depa dok pulun masuk pilihanraya, kena ISA, pukui dek FRU, bila menang dan boleh perintah, pi gadai. Apa punya pemikiran turr? Ni level budak pra sekolah yang dok layan 'Shin Chan' pun tak pikiaq lagu ni.
Musuh negarakah pembangkang2 ni? Habaq mai sat, sapa dia yang dok pi tukaq rezab tanah melayu? Yang dok curi balak, seludup balak lepaih tu suruh kastam tutup sebelah mata? Yang suruh Tun Mahathir sekat duit kerajaan negeri Kelantan padahai Kelantan tu ramai orang Melayu? Yang skandal seks tapi ada yang bersongkok bukan main lagi sokong? Yang dok tidoq, bila bangun berkokok sana-sini tapi taktau benda apa dia? Yang pelari duit pi Ostrolia, lepaih tu mengaku tak reti bahasa Inggerih?
La ni, aku nak tanya, UMNO betui ka pejuang nasib Melayu? Ka nasib orang UMNO ja (ni pun boleh pertikai sebab ramai lagi pakcik/makcik ahli UMNO yang susah)? Orang Melayu kat Kelantan tu kena sekat macam-macam beb. Lepaih tu kata kerajaan PAS tak bawak pembangunan. Dah duit semua pi ke Federal. Lepaih tu Federal pi sekat pulak. Nak bangun lagu mana kalau dok kena tekan sana-sini? Hilang akai apa?!
Hangpa ni la, pi mai, pi mai, dok tang tu jugak. Guna la akai sikit wey..
Saudara Saudari yang dimuliakan, terima kasih kerana terus berbahas dalam blog kita ini.
ReplyDeleteSaya sekadar ingin berkongsi dengan Saudara Saudari sekalian apa yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang bekas penggiat Umno Pulau Pinang.
Katanya, angka pilihan Pardana Menteri adalah 13. Jadi dia meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada 13 Februari dan pembuangan undi diadakan pada hari Sabtu, 1 Mac.
Tapi saya rasa jangka masa itu terlalu suntuk untuk penamaan calon dan kempen.
Jadi hari yang lebih lojik membuang undi adalah Sabtu 8 Mac.
Ini memberikan masa yang cukup untuk PM menghadiri Sidang Kemuncak OIC di Senegal pada 13-15 Mac. (Ramalannya BN akan menang dan PM akan terus jadi PM).
Saya tak tahulah apa para pakar feng shui kata mengenai tarikh-tarikh itu. Tapi memanglah PM suka angka 13. Kalau tak salah saya kesemua atau kebanyakan kenderaan beliau berangka 13.
Mungkin angka 13 itu olahan semula angka 31 (Ogos) yang diperakukan oleh neneknda beliau, Abdullah Fahim, sebagai tarikh terbaik mengisytiharkan merdeka.
Terima kasih.
Salam anak buah
ReplyDeleteKalau lah negara malaysia ini ada ramai yang berfikiran macam saudara, terutamanya para pemimpin, saya rasa sudah pasti Malaysia akan membangun dengan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua.
Sdr sheppard,
ReplyDeleteKebanyakan kita di sini bercakap sebagai rakyat yang memerhati tindak-tanduk mereka yang kita pilih setiap lebih kurang 4 tahun ini dan sebagai penerima kesan terus atas tindakan dan keputusan mereka. Jika ramai pemimpin yang meletakkan diri mereka di tempat kita sebagai rakyat, tidaklah negara kita menjadi begini sekarang. Ramai pemimpin kita tidak mahu berkongsi susah bersama-sama rakyat. Masa senang kita tidak perlu kata sebab mereka2 ini biasanya hidup mewah. Mereka ini berasa 'bijak' tapi kita bukan tidak tahu atau tidak kenal siapa mereka. Bukankah kita yang memilih mereka dulu?
Dengar-dengar Ketua Bahagian Marang mungkin terduduk anggkuh tanpa jawatan atau kerusi.
ReplyDeleteP44: Satu bab dalam cerita satu artificially intelligent kembali ke pangkuan UMNO.
ReplyDeleteAdakah itu bermakna apa-apa untuk YB Sembrong?
The Scribe,
ReplyDeleteTan Sri SPR kata ada peraturan poster kempen...
Poster BN mula kuasai Permatang Pauh
BUKIT MERTAJAM 6 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh mula melancarkan perang psikologi terhadap pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang dengan memasang lebih 5,000 bendera dan poster parti di jalan-jalan utama di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bendera dan poster Barisan Nasional (BN) serta UMNO mewarnai laluan-laluan utama sekitar Permatang Pauh termasuk di Kampung Permatang Pasir, Guar Perahu, Permatang Ara, pekan Penanti dan di Pasar Awam Sama Gagah.
Pada masa sama, beberapa poster Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas juga mula dipacak di sekitar markas kedua-dua parti pembangkang itu di Jalan Kampung Pertama, di sini...
Siapa agaknya calon YBHishammuddin?
Sdra Dato,
ReplyDeletesaya akan ikut nasihat mantan PM Tun Dr M. saya pilih calon yg boleh buat kerja dan bukan talam dua muka atau mereka yang cakap tak serupa bikin. itupun kalau saya keluar mengundi pada 13 mac nanti.
kalau ikut hati, lebih baik pegi cuti aje. Nak pilih BN, mereka lebih pentingakn diri sendiri. negara boleh pergi jahanam, tapi diri sendiri mesti kenyang! Selepas 50 tahun merdeka, kita masih lagi merelakan minda kita dijajah oleh pandangan sempit dan mengamalkan politik yang menghalalkan nepotisme. Datuk tunggu saja bagaimana dinasti politik PM kita akan bermula di pilihanraya umum ini.
Dato sebut fasal cakap besarkan? Apa nak susah2 Datok, cakap besarlah yang paling mudah buat. Najib ka, Dollah Badawi ka, KH ka, Mat Taib ke - semua mereka ni kena tunjuk keyakinan boleh menang. Dato Zam nak bertanding lagi dan rata2 guna nama PM untuk bikin cerita dia lagi kuat. Dato kata dia 'reluctant poliicians.' Saya nak ketawa dan hampir jatuh kerusi! Dato Zam cuma lupa satu perkara saja - dia menang dlm pilihanraya 2004 atas derma kawan2. Dia mana ada banyak duit nak kempen. Tapi dia guna RTM untuk kempen sendiri.
saya percaya dia akan guna aljazeera kalau ada peluang. Malangnya, dia tak berapa cekap bertutur dalam bahasa inggeris.
Datok kelur mengundi ke? Saya mungkin tidak.
KAWAN
Sdr Kawan,
ReplyDeleteInsya-Allah saya keluar mengundi.
Saya TIDAK PERNAH TIDAK keluar mengundi.
Saya mengundi di Selangor.
Pada tahun 1999, selepas mengundi, saya beritahu kawan yang mengiringi saya: "BN akan kalah kerusi DUN."
Dan BN kalah. Kerusi DUN ini majoriti Melayu. Parlimen BN menang. Calonnya dari MCA.
Tahun 2004 cerita lain. Kita dilanda euphoria. Kita mabuk dengan orang baik-baik dan janji manis-manis.
Tahun ini saya akan keluar juga. Tak keluar mengundi bukan jawapan. Kena keluar mengundi -- undi calon, undi parti, undi protes, undi rosak -- undi tetap undi.
Selamat menjalankan tugas demokratik?
Undi itu rahsia.
Terima kasih.
The Scribe,
ReplyDelete"How do you work the system"
Adakah mereka saperti Kah Kiat yang mahu sama Kerajaan Sabah(kenapa?) dan bekas CEO Sime Bank ini keluar mengundi?
Betul undi itu rahsia. Niat pun rahsia, bukan begitu?
akj.
ReplyDeleteJeff Ooi will be contesting in Penang, Jelutong is my prediction. I wish him luck cos we need people with capability in parliament instead of idiots who talk nonsense and close one eye.
Yes 2004 we were all taken in by the marketing gimmick by Pak Lah. He has not delivered his promises even those that doesn't need 18 years. so this time he is standing on his 4 years of leadership which sad to say is bad. So he can try another gimmick but for me it is a done deal. poor leadership which can handle issues now should not be given another 5 years let alone 18 years.
if we give him another 5 years, he will destroy further what the other PMs have done the last 50 years minus 4 for Pak Lah!!!
Vote wisely...
Salam Dato,
ReplyDeletePadahal Tun juga boleh kalah di Kedah, jangan-jangan Hishamumuddin sendiri tidak mengukur faktor-faktor yang lain untuk memenangi Permatang Pauh.
Saudara Red84 serta pembahas sekalian,
ReplyDelete1. Ekonomi Malaysia terbuka. Malaysia bergantung kepada perdagangan dunia. Perdagangan dunia bergantung kepada ekonomi Amerika.
2. Akibat krisis sub prime, sektor perumahan dan perbankan Amerika dalam keadaan sukar. Perumahan dan perbankan adalah dua sektor besar dalam ekonomi Amerika.
3. Kesannya kepada dunia sudah pun berlaku seperti dibuktikan oleh kejatuhan pasaran saham di merata dunia. Pasaran saham adalah sumber utama modal dan ukuran kekuatan atau kelemahan sesebuah negara.
4. Apabila negara mengalami masalah ekonomi pada pertengahan tahun 1985, Dr Mahathir membawa masuk Daim. Gandingan Mahathir-Daim menyelamat dan seterusnya memesatkan pertumbuhan ekonomi negara.
5. Apabila krisis kewangan serantau melanda pada tahun 1997/98, Mahathir sekali lagi memanggil Daim pulang. Gandingan Mahathir-Daim sekali lagi menyelamatkan ekonomi negara.
6. Mungkin pertumbuhan kasar ekonomi Malaysia tinggi seperti dinyatakan oleh Menteri Kewangan II. Soalnya, apakah produktiviti juga tinggi? Kita lihat banyak rumah dan kedai yang dibina, sama ada tidak dapat dijual atau tidak dihuni. Banyak kedai dan tempat perniagaan ditinggalkan kosong. Ini adalah pembaziran dan beban kepada sistem perbankan.
6. Angka rasmi inflasi rendah, tetapi rata-rata pengguna mengeluh mengenai kenaikan harga. Ada pakar ekonomi yang mengesyaki bahawa kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada yang dinyatakan.
7. Saya rasa kita ada pakar-pakar dan pentadbir ekonomi yang berwibawa, tetapi apakah kepakaran mereka digunakan?
8. Harus difahami bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan keuntungan korporat yang lumayan belum menjamin keadilan sosial jika pembahagiannya tidak adil dan sama rata.
9. Secara ringkas dan rambang, itulah antara isu ekonomi yang saya rasa perlu difahami dan ditangani.
Terima kasih.
Dato',
ReplyDeleteBila Dato' mengatakan: "Angka rasmi inflasi rendah, tetapi rata-rata pengguna mengeluh mengenai kenaikan harga."
Keluhan inilah petanda tidak rasmi bahawa kadar inflasi negara sebenarnya jauh lebih tinggi daripada 'angka rasmi'. Ramai yang mungkin tahu, ada atau tidak pakar ekonomi yang mengatakan situasi dimana kebanyakan harga barangan naik sehingga 30-50% (atau pun lebih tinggi) tetapi pendapatan, sekiranya ada hanya meningkat 5-7% setahun itu sebenarnya okey dan tiada masalah? Cuba terangkan kepada kami yang kebanyakannya bukan pakar ini. Usahkan orang kampung, kanak-kanak pun tahu, dulu dengan 10 sen mereka boleh dapat 3 biji gula2 tetapi sekarang hanya dapat 2 biji sahaja. Saya bukan pakar tetapi kadang-kadang saya rasa common sense pun sudah cukup untuk 'menerangkan' betapa tingginya kadar inflasi sekarang.
rocky(original) said...
ReplyDelete"if we give him another 5 years, he will destroy further what the other PMs have done the last 50 years minus 4 for Pak Lah!!!"
# No, no, no, no...As true sucker, they want to be there forever and I'll allow them rule even for another 50 minutes! They've done so much damage to our country/society and that's enough!!
Ahli Umno Merbok dah tak mau Mamu Zam dah! Bagi la kat orang Merbok pula! orang Merbom pun ada ketokohan!
ReplyDeleteDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
ReplyDeleteAl-Maeda
(7) Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (8) Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Datuk,
ReplyDeleteBerkaitan dengan Permatang Pauh, kenapa tidak ada kenyataan lagi daripada Hishamuddin? Kenapa pula kenyataan itu dibuat oleh Timbalan beliau?
Saya musykil la Datuk.
Sdr Anakbuah dan para pembahas dimuliakan, tanyalah mereka yang berkuasa. Mereka yang kata inflasi rendah.
ReplyDeleteKalau gaji RM10 ribu, dapat elaun besar atau tumpang rumah kerajaan, inflasi peribadi tentulah rendah.
Saya tidak ada perangkaan terperinci. Yang ada pun perangkaan yang sudah ditapis dan digilap.
Saya pernah pertanya seorang pembesar yang cukup besar hal ini.
When I told him that he was telling a lie when he said petrol prices are cheaper in Malaysia than in Singapore, he was very angry.
Petrol is cheaper in Singapore based on the per capita income of Singaporeans. Lagi pun Singapura tak keluarkan setitik minyak pun. Even teh tarik is cheaper there.
One economist-politician recently told me that real inflation could be double the official figure.
Saya di Kg Chengkau, Rembau semalam. Budak-budak Umno di situ macam dah tahu bila pilihan raya akan diadakan. Mereka dah mula naikkan bendera BN dan Umno.
Ini memberi kredibiliti kepada ramalan yang KJ akan bertanding di Rembau.
KJ tentu sudah dibisikkan bila Parlimen akan dibubarkan dan pilihan raya diadakan.
Sdr Bendang Dalam, mungkin ada orang Merbok yang tidak mahukan Zainuddin Maidin lagi, tapi Zainuddin Maidin masih mahukan undi orang Merbok.
Kalau Pas lawan, senak juga perut Umno dan BN Merbok. Tapi kalau Keadilan, mudahlah sikit.
Terima kasih.
Dato',
ReplyDelete"When I told him that he was telling a lie when he said petrol prices are cheaper in Malaysia than in Singapore, he was very angry."
# Tentulah dia marah dalam malu Dato' sebab dia baru sedar masyarakat kita sekarang tidak lagi sebodoh yang mereka sangka.
"One economist-politician recently told me that real inflation could be double the official figure."
# Kita tahu angka-angka rasmi tersebut adalah 'make-up' atau seperti kata Dato' "perangkaan yang sudah ditapis dan digilap". Sukar utk rakyat biasa membuktikan angka sebenar selain daripada merasai sendiri kesannya. Kalau tidak masakan duit gaji kebanyakan kita habis bila masuk minggu kedua tiap-tiap bulan.
Dato KJ,
ReplyDeleteSaya kira keputusan pilihanraya kali ini (seperti sebelum ini) juga jelas. BN akan MENANG BESAR. Pengundi di Malaysia (terutama di kampung) belum issue-oriented. Malah, mereka juga tidak faham isu sangat. Kalau setakat berbahas dalam internet, kita boleh berbincang sampai pagi. Malah, kita boleh kritikal sampai habis air liur. Politik negara kita masih berasaskan parti politik. BN akan menang besar. PAS dan DAP dok macam tu. Paling baik pun, tambah satu dua kerusi.
Pemimpin-pemimpin PAS pun semua nak selamatkan diri, masing-masing nak bertanding di Kelantan, supaya ada peluang menang. Pemimpin DAP pakat lari pi Penang. Di situ, harapan cerah sikit berbanding di tempat lain. Untuk selamat, masing-masing bertanding dua kerusi. Satu kerusi DUN, satu kerusi Parlimen. Kalau kalah satu, masih ada satu lagi kerusi. Apa susah?
PKR? Susah nak komen. Tak kena gaya, hilang kerusi Permatang Pauh. Kerusi parlimen Pendang (tempat asal Dato') mungkin berpindah dari PAS kepada BN. Angin yang bertiup macam itu lah. Merbok? Kekal di tangan BN. Hilang wang pertaruhan? Itu propaganda saja. Realistiklah sikit .. Soalnya siapakah calon. Inilah masa berebut menjadi calon. Untung sabut timbul.
Kita tak perlu pakar untuk membaca sifir politik Malaysia. Pak Lah akan kekal PM. Najib akan kekal TPM. Samy Vellu akan kekal jadi menteri. Pemimpin HINDRAF terus di Kamunting.
Salam dan selamat mengundi!
http://www.nobisha.blogspot.com
Ai, dalam cyberspace pun pakai air liur?
ReplyDeleteNobisha, kenapa 'PKR susah nak komen' tetapi 'tidak perlu pakar membaca sifir politik?'
Harap-harap norbisha kasi tahu siapa telah menang di semua
kerusi ADUN dan Parlimen di PRU 12 yang telah berlaku? Bukan apa saya ni nak cari orang boleh 'tengok-tengok' ramal-meramal mana tahu beli nomber ekor menang bukan berjudi, dak gitu? Baik untuk ekonomi rumah tangga.
Datuk Scribe,
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk turut serta memberi pandangan selepas sdr Kawan bertanya sama ada Datuk Scribe keluar mengundi atau tidak.
Seperti Datuk Scribe, saya juga akan keluar mengundi sebab itu adalah hak saya sebagai rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas. Kalau saya tidak mengundi saya tidak ada hak untuk bersuara terhadap mana-mana calon yang bakal atau bekas bakal wakil rakyat.
Saya tetap akan keluar mengundi dalam PRU ini sebab saya mahu turut serta dalam pembangunan negara dan memastikan Malaysia serta rakyatnya dimajukan sepertimana yang dijanjikan oleh pembesar-pembesar negara.
Saya tetap akan keluar mengundi kerana saya adalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.
Siapa yang saya undi dan apa yang akan saya buat ke atas kertas undi itu nanti menjadi rahsia saya.
Apa yang ingin saya katakan sekarang ialah mengenai tanah tumpah darah saya dan tuan-tuan pembesar negara yang sepatutnya melindungi dan menjaga kesejahteraan hidup saya dan keluarga.
Malaysia negara Islam Hadhari. Itu yang diperkenalkan Datuk Seri Abdullah Badawi tatkala mula mentadbir negara. Malangnya agama Islam semakin diperkotak-katikkan dan tercemar atas perbuatan segelintir masyarakat yang menamakan diri mereka Islam. Kejadian mencuri oleh orang Islam tidak terhad di pasaraya tapi sudah menular di surau! Kalau dulu orang mencuri selipar sewaktu orang lain bersembahyang Jumaat di masjid, sekarang orang mencuri beg di surau tatkala orang lain bersolat waktu fardhu - surau di kompleks beli-belah, surau di lebuh raya. Tapi apa yang hendak dihairankan ya Datuk sebab ada juga pembesar-pembesar Islam kita mencuri! Bezanya, rakyat mencuri dompet berisi paling banyak pun beratus ringgit, pembesar kita mencuri wang beratus juta!
Malaysia negara Sejahtera, Aman, Makmur (SAM). Sam? Uncle Sam? Apakah Malaysia sekarang sudah berpaksi kepada Amerika? Berpaksikan Singapura tak usah ceritalah. Amerika sedang menuju ke era kehancuran tetapi disebabkan banyak negara bergantung kepada Amerika maka ekonomi negara itu perlu diselamatkan. Namun persoalan yang lebih besar, sejahtera, aman dan makmur kah Malaysia?
Tidak perlulah kita membangkitkan atau mempertikaikan mengenai gentleman handshake; Jean atau Jeanne; The Emperor New Clothes; calon BN di Rembau. Perkara asas yang sangat mustahak dan berkait secara langsung dengan saya, awak dan kita ialah harga barang naik, keselamatan tergugat, nasib bangsa dan kedudukan agama. Kita bersungut pada zaman Tun Dr M tak ada kebebasan bersuara tapi dengan kebebasan yang terhad itulah negara kita maju dan kehidupan kebanyakan kita makmur. Zaman Tun M juga ICT diperkenalkan dan kita sekarang memanfaatkannya. Zaman Pak Lah? Anda tahu jawapannya…
Saudara anakbuah,
ReplyDeleteBerkemungkinan saya mengolah perkara ini begitu mudah, ini membuka ruang untuk saudara memberi hujah yang nampak cerdik tapi visi yang mustahil buat masa ini.
Kemungkinan juga saudara diusik emosi kerana saya menggunakan perkataan yang kurang pandai. Ini kebiasaan, bila di usik baru melatah tetapi di acah, terus takut dan diam.
Kepimpinan yang bagaimana dan sepertimana yang kita perlukan, ianya sudah pasti datang dari dalam UMNO. Jadi, usahlah saudara berjuang dari luar dan mimpikan negara ini boleh berubah mengikut acuan saudara.
Saya bersetuju dengan saudara bukan masanya untuk pembangkang memimpin Negara, dan sudah pastinya tidak akan menyokong pemimpin yang korup. Jadi pilihlah kepimpinan yang tidak korup dari sudut pandangan saudara.
Cuma saya perlu ingatkan, berjuang dan sumbanglah dari dalam UMNO, bukan baru nak daftar keahlian sudah mengalah, saya tetap berjuang untuk kebaikkan, memang banyak halangan didalam politik, tetapi perjuangan kita didalam membina negara yang dibina dengan Dasar yang Cantik dan Murni ini perlu dipertahankan.
Saya mengolah begitu mudah kerana inilah realiti...BN tetap menang.
SaudARA lan's...
ReplyDeleteBegitu mudah anda membuat andaian dengan meletakkan UMNO lah sumber utama yang akan membawa kebaikan kepada pembangunan negara. Anda mengambil masa yang agak panjang dalam memeri respons terhadap komen anak buah. Mungkin cara anda seperti Gamel Abd Nasser dalam membuat rampasan kuasa di Mesir dari tangan Raja Faruq. Satu cara yang baik.
Namun hal yang sangat mengecewakan adalah anda terlalu meletakkan harapan yang tinggi bahawa UMNO lah puncak segala "kecemerlangan". UMNO lah segalanya. Dari tahun 1946hingga sekarang semua adalah hasil kebagusan UMNO yang amat sangat. Walaupun jika dilihat dalam konteks yang berbeza DR. Burhanuddin Helmi pejuang tanah air pertama yang melaungkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui partinya KMM (saya tidak berminat menggunakan perkataan nasionalis/ nasionalisme kerana itu adalah ideologi Barat yang telah mejusnahkan Kesatuan Islam di bawah TURKI UTHMANIYAH: rujuk buku Isalam dan Sejarah Asia Barat Moden: Penjelajahan dan Pergolakan kalau saudara tak percaya). Tapi saudara tetap menganggap UMNO lah segalanya dari dulu, kini dan selamanya. Saya hanya ingin mengimbau sejarah di negara-negara Islam untuk renungan saudara dan kita semua. Adakah Ikhwanul Muslimin itu batil jika ingin dibandingkan dengan Gamal b. Abd Naseer? Adakah Hamas itu lebih hina daripada Fatah? Adakah Hizbul Muslimin itu lebih jijik daripada pemerintah British di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Hanya satu yang boleh saya katakan 'Sejarah ditulis oleh orang yang menang'(pinjam kata-kata Johan Jaafar) Fikirkanlah. Renungkanlah. Adakah jika PAS, DAP, PKR, PRM, PSM yang menang saudara akan mengatakan merekalah sebenarnya parti yang layak membangunkan negara. Parti yang saudara agung-agungkan seperti yang berlaku sekarang pada saudara.
Hanya satu yang boleh saya katakan 'Sejarah ditulis oleh orang yang menang'(pinjam kata-kata Johan Jaafar) Fikirkanlah. Renungkanlah.
ReplyDelete