Sunday, May 25, 2008

Najib Boleh Legakan Hati Dr Mahathir

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 24 Mei, Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak dipetik oleh Utusan Online sebagai berkata bahawa dia akan menemui Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan tindakan bekas Presiden Umno itu keluar daripada parti.

Tetapi katanya pertemuan itu bukan dalam masa terdekat kerana dia belum menetapkan tarikhnya.

Inilah pengertian ironi. Kalau dulu Dr Mahathir yang mengarahkan pertemuan dan menentukan masa, kini Dr Mahathir yang memohon pertemuan dan Mohd Najib menentukan bila dan di mana.

Namun begitu, Mohd Najib nampaknya terus menjadi “pilihan pertama” Dr Mahathir walaupun dia “membuat kesilapan” (meminjam ungkapan mantan Perdana Menteri itu sendiri) dengan memberi laluan kepada Abdullah Ahmad Badawi “kerana dia lebih tua”.

Sejak zaman Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993-1998) lagi, Dr Mahathir telah memutuskan bahawa Mohd Najib akan menjadi orang yang menyusuli Anwar.

Tetapi banyak juga orang dalam Umno yang tahu bahawa Mohd Najib bukanlah “favourite” Anwar. Malah komponen media massa yang menyokong Anwar pernah “diarahkan” agar tidak memberikan keutamaan kepada Mohd Najib.

Walaupun Dr Mahathir telah mengkritik Mohd Najib dengan keras sehingga memanggilnya pengecut, namun rasa sayang Dr Mahathir terhadap Mohd Najib masih mendalam.

Selain hakikat bahawa Dr Mahathir berasa terhutang budi kepada bapa Mohd Najib, dia juga menganggap Mohd Najib sebagai berkebolehan di segi pentadbiran dan pengurusan berbanding Abdullah.

Jadi, kalau ada orang yang boleh mempengaruhi Dr Mahathir agar memikirkan semula tindakannya keluar dari Umno, orang itu adalah Mohd Najib. Cuma Mohd Najib mahu atau tidak, berani atau tidak untuk memainkan peranan itu.

Namun adalah terlalu awal mengharapkan Dr Mahathir pulang semula ke pangkuan Umno. “Syarat” tunggal beliau masih serupa iaitu pengunduran Abdullah daripada jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Justeru itu, adalah baik bagi Mohd Najib terus mendekati Dr Mahathir walaupun dikritik dan diherdik. Mohd Najib tentunya setuju bahawa adalah lebih baik diherdik dan ditegur oleh orang cerdik daripada dipuji dan disanjung oleh orang tidak cerdik.

Siapa tahu, sejarah akan memberi pengiktirafan kepadanya sebagai pemimpin Umno yang berjaya membawa balik bekas Presiden Umno ke dalam parti.

Dalam nada yang sama, sengaja disebutkan bahawa kecuali Tun Abdul Razak Hussin yang mati dalam jawatan, semua bekas Presiden Umno yang lain keluar parti, bermula dengan Datuk Onn Jaafar.

Datuk Onn keluar Umno pada tahun 1951 setelah gagasannya membuka keahlian Umno kepada kaum pendatang ditolak oleh orang Melayu.

Malah dia menubuhkan parti baru bernama Independence of Malaya Party (IMP) untuk melawan Umno. Apabila IMP ditolak oleh pengundi, dia menubuhkan pula Parti Negera tetapi sekali lagi gagal menyaingi Umno.

Tun Hussein Onn keluar Umno dua kali. Pertama pada tahun 1951 bagi mengikut jejak bapanya. Dia hanya kembali semula ke pangkuan Umno pada tahun 1968 atas pujukan Abdul Razak yang berupa birasnya.

Tun Hussein keluar Umno sekali lagi pada tahun 1988 apabila Umno diharamkan dan Dr Mahathir menubuhkan Umno Baru. Turut keluar adalah seorang lagi bekas Presiden Umno iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Sejak awal lagi Tunku dan Tun Hussein tidak menyukai gaya pentadbiran Dr Mahathir dan dasar-dasar yang diperkenalkannya. Mereka menyatakannya secara terbuka kritikan mereka. Tunku melakukannya secara bertulis dalam kolumnya “As I See It” dalam akhbar The Star.

Tetapi tidak seperti Tun Hussein dan Tunku yang keluar Umno dan menyokong parti lawan (Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah), Dr Mahathir tidak menyertai atau menyokong mana-mana parti lawan.

Malah beliau secara tarang-terang menyatakan yang beliau akan kembali menjadi ahli Umno sebaik sahaja Abdullah mengundurkan diri.

Nampak-nampaknyalah Dr Mahathir masih percaya bahawa Mohd Najib adalah pengganti terbaik walaupun pada akhir-akhir ini beliau turut mengiktiraf keberanian Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin mempertahankan hak ahli.

Yang menjadi tanda tanya hanyalah keberanian Mohd Najib dan kemampuannya menangkis segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya.

Kalau dia berani dan berjaya meyakinkan ahli Umno, dia masih berupa pengganti terbaik kepada Abdullah.

Tetapi jika dia mengambil masa terlalu lama untuk mengatur langkah, dia mungkin tenggelam bersama karamnya bahtera Umno.

Saya teringat kepada kenyataan Mohd Najib yang dibuatnya di New Delhi pada tahun 2006 bagi mempertahankan Abdullah daripada kritikan Dr Mahathir, berbunyi:

I believe that when Tun Dr Mahathir was the prime minister, he did what was best for the nation. Similarly, now that Pak Lah is the Prime Minister, he will do his best for the country.”

(Saya yakin ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia melakukan yang terbaik untuk negara. Begitu jugalah dengan Pak Lah sekarang yang akan melakukan yang terbaik untuk negara.)

Malangnya, keyakinan Mohd Najib bahawa Abdullah “akan melakukan yang terbaik untuk negara” tidak dikongsi oleh banyak rakyat Malaysia seperti dimanifestasikan oleh tindakan mereka menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kesimpulannya, jikalau Mohd Najib mahu berguru semula dengan Dr Mahathir dan memperkukuhkan harapannya menjadi Perdana Menteri, dia perlulah memutuskannya segara dan membiarkan ahli Umno akar umbi tahu kerana masa tidak menunggu sesiapa.

61 comments:

  1. Anonymous2:01 PM

    The Scribe,

    Kalau sekadar melegakan hati Tun Dr M tetapi menghampakan parti, rakyat dan negara apa gunanya.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:27 PM

    A'kum Dato AKJ,

    Saya tak fikir Najib mampu memujuk mantan PM kita kembali ke pangkuan UMNO. Tipis sangat peluangnya, sebab kita semua maklum dengan sikap dan sifat mantan PM kita. Lebih baik ahli-ahli dalam UMNO memikirkan jalan semacam mana yang harus digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap 'aksi' mantan PM kita tu...:-)

    ReplyDelete
  3. A.kum Datuk,

    1. Datuk, saya rasa bukan Datuk Najib yang betul-betul boleh legakan Dr.M?

    2. Dr.M kata "Haa..orang ni baru boleh legakan aku..Anwar Ibrahim"

    3. Anwar kata.." Tun, susah-susah sangat jom kita 2 orang masuk balik UMNO lah". Aman damai UMNO!

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:16 PM

    Salam Dato' KJ,
    Najib adalah pilihan terbaik untuk memulihkan UMNO. Namun begitu tiada siapapun yang berani mengumumkan pelan pemulihan UMNO yang akan di ikuti ahli. Akar umbi akan terus hanyut kerana bahtera UMNO yang dinaiki kini hilang pedoman, dan mungkin akan mengikuti laluan kapal Titanic dalam masa beberapa bulan lagi dlam kelajuan 5 knots nya. Pengalaman yang dilalui ahli UMNO ini bukan perkara biasa, terlalu luar biasa. Hinggakan tiada maklumbalas diturunkan dari bahagian kepada cawangan-cawangan akan sebarang maklumat penting dari ibu pejabat berkenaan pelan pemulihan dan sebagainya. Apa nak jadi ni UMNO????????? Tidur lagi kah?

    Atau mungkin menjadi tradisi setiap Presiden UMNO wajib keluar dari UMNO. Dan sekiranya Pak Lah turun dia pun kenalah keluar dari UMNO seberapa segera, kerana saya pasti tiada ahli yang mahu dia melibatkan diri menasihatkan UMNO dalam program pemulihan nanti. Panggil Tun balik adalah satu penyelesaian terbaik. Seorang masuk, seorang keluar. Macam hukum Newton, what goes up must come down.

    miniclubman

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:19 PM

    Salam Dato' KJ,

    Mungkin sudah tiba masanya slogan ' KAMI SAYANG PAK LAH' ditukarkan kepada ' SEKIRANYA PAK LAH SAYANGKAN MELAYU DAN UMNO, PAK LAH TURUNLAH'.

    miniclubman

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:44 PM

    Kesimpulannya, jikalau Mohd Najib mahu berguru semula dengan Dr Mahathir dan memperkukuhkan harapannya menjadi Perdana Menteri, dia perlulah memutuskannya segara dan membiarkan ahli Umno akar umbi tahu kerana masa tidak menunggu sesiapa. - AKadirJ

    Saya katakan kepada anda bahwa MP Pekan ini telah dibisikan kepadanya bahawa dia sudah lebih handal dari mahu berguru dengan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Saya bukan orang yang suka bertaruh, makanya saya akan belanja YBhg AKadirJ anda makan sekiranya betul MP Pekan ini mahu ikhlas bertemu Tun DrM tanpa dicadangankan orang Istana Pahang.

    ReplyDelete
  7. Salam Dato A.K.

    Saya tidak fikir bahawa Najib boleh legakan hati Tun Mahathir. Situasi politik UMNO dan secara umumnya Malaysia kini semakin tenat dan kritikal. Perlu mengambil tindakan yang kritikal untuk mengatasi masalah yang rumit ini.

    Tapi pada hemat saya, pemimpin UMNO yang sesuai menggantikan Pak Lah adalah Muhyiddin Yassin. Jika nak dibandingkan dengan Ali Rustam mahupun Najib...Muhyiddin mempunyai kreadibiliti dan karisma yang elok. Malah saya tak terkejut sekiranya Syed Hamid Albar menjadi peneraju utama UMNO.

    Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada UMNO.

    ReplyDelete
  8. Salam Datuk,

    Pada pendapat saya, Najib takut nak jumpa TDM. Sebabnya TDM dah beritahu bahawa beliau hanya ada satu soalan untuk Najib iaitu berkenaan dengan pendirian arwah bapanya TAR semasa menentang Dato Onn dan Tengku.

    Jadi, kalau Najib sudah tetap pendirian untuk menentang Pak Lelah, barulah dia akan jumpa TDM.
    Dan pada masa itu barulah kita akan mendengar suara Najib menjadi lebih tegas menegur Pak Lelah.

    Satu perkara yang jelas ialah Najib tidak akan mencabar Pak Lelah untuk jawatan presiden.

    ReplyDelete
  9. Salam Dato,

    Najib berkata...(seperti di dalam entri Dato,

    (Saya yakin ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia melakukan yang terbaik untuk negara. Begitu jugalah dengan Pak Lah sekarang yang akan melakukan yang terbaik untuk negara.)

    Apakah yang Pak Lah buat? Sehinggakan ramai orang marah, akan tetapi orang lain hanya menyokong..

    Betulkah tindakan pemimpin lain menyokong, sedangkan ianya terang-terang kita ketahui..

    Mereka semua tidak berani dalam memperjuangkan perjuangan yang mereka laung-laungkan..

    ReplyDelete
  10. Datuk A. Kadir Jasin,

    Kalau Tun Mahathir mahu menggantungkan harapan kepada Datuk Seri Najib untuk mencabar Datuk Seri Abdullah, itu sesuatu yang mustahil berlaku.

    Najib tidak punya kualiti tersebut,malahan hampir semua pimpinan hadapan UMNO yang ada sekarang,tidak berani melakukannya.

    "Takut kehilangan jawatan menteri lebih menebal dari takut kehilangan parti".

    Inilah "sindrom" yang sedang melanda kepimpinan UMNO sekarang.

    Untuk mencari seseorang yang mempunyai separuh dari kualiti kepimpinan Mahathir pun tidak ada, di dalam UMNO sekarang ini.

    Kalau pun ada, ianya sekarang berada di luar UMNO.(keahlian UMNOnya mungkin masih sah kerana mahkamah telah memutuskan dia tidak bersalah)

    Kalau dizaman Sultan Mansyur Shah, tidak ada pahlawan Melaka yang berani membunuh Hang Jebat kerana terlalu kuat, sehinggalah Hang Tuah dipanggil semula walaupun telah dihukum bunuh oleh sultan.

    Di dalam UMNO sekarang ini, tidak ada seorang pun "pahlawan" yang berani menurunkan seorang "raja yang terlalu lemah".

    Bagaimana Datuk, kalau kita pakai formula yang pernah dipakai di zaman kesultanan Melaka dulu.

    Kita bawa semula pemimpin UMNO yang pernah dibuang oleh Mahathir dulu (DSAI)dan minta dia turunkan Abdullah Badawi.

    ReplyDelete
  11. Anonymous6:36 PM

    The Scribe,

    YB Pagoh has mavde his move, has he?

    Then this Pekan MP has not good leadership material but a just a timid follower.

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:01 PM

    It is interesting to note that YABhg Tun Razak took DrM back into UMNO.

    DrM gave Razak's son too much face and yet Nijib is too dull to see it.

    Ini bukan kuah tumpah ke nasi.

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:51 PM

    Assamalaikum Dato'

    Setiap orang percaya bahawa mereka telah melakukan yang terbaik. Persoalannya samada yang terbaik dilakukan oleh orang B sama nilai dengan yang terbaik oleh orang A. Kalau sama, tak ada masalah. Kalau tak sama, adakah perbezaannya ketara diantara orang B dan orang A. Jika tak ketara, mungkin kita perlu memberi ruang untuk orang B memperbaiki keadaan kerana setiap orang itu mempunyai cara tersendiri. Jika perbezaan itu begitu ketara dan jelas orang B tidak dapat mengurangkan jurang perbezaan malah menimbulkan masalah, mungkin orang C perlu diberikan peluang untuk memrapatkan kembali jurang perbezaan.

    Kanta

    ReplyDelete
  14. Anonymous7:54 PM

    "Tun masih sayangkan Najib". Speculation or privileged information. Just wondering aloud :)

    ReplyDelete
  15. Anonymous7:58 PM

    Malaysia menjadi terumbang ambing hanya kerana 3 abdul, mahathir, anwar dan paklah, tentulah kita tahu siapa yan kena 'jual' akhirnya. Anwar hebat di buai mimpi di tengah gelora kemenangan pakatan rakyat dan paklah tengah buat buat sebok bekerja di kerajaan yang hilang kuasa majoriti 2/3 dan TDM walau sudah tidak berkuasa dan berjawatan tetapi masih mampu menggoyangkan anwar dan paklah semasa di dalam atau di luar UMNO.

    Najib sudah tidak relevan, sama lembek sama lembut sama lembab dengan bosnya, yang ada harapan untuk rakyat Malaysia ialah TSM, itupun jika bertindak cepat dan vokal.

    Kita tidak perlu ulas banyak2 kerana initipatinya kelak sama sahaja, kita hanya tunggu dan lihat kerenah ahli ahli politik yang 'mengaku pandai' dan yan mengaku berjuang untuk bangsa, negara dan ugama - kluangman

    ReplyDelete
  16. Anonymous8:36 PM

    The Scribe,


    Nelayan dinasihat tidak menangkap ikan dekat Middle Rock
    25/05/2008 6:06pm

    PUTRAJAYA 25 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan para nelayan di Johor supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti tangkapan ikan di perairan Middle Rock dalam tempoh dua minggu ini.

    Menurutnya, mereka perlu menunggu keputusan yang bakal dicapai oleh Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Singapura untuk memperincikan kawasan perairan antara Pulau Batu Putih dengan Middle Rocks serta South Ledge. - Utusan


    Nota:

    Elok sahajalah jangan jadi Menteri Pertahanan, najib; jauhlah lagi jadi Perdana Menteri.

    Seelok-eloknya najib jadi backbencher cukuplah.

    ReplyDelete
  17. Anonymous8:36 PM

    Dato Scribe,

    Najib memang disayangi Tun M tapi apa bentuk kasih sayang pun ada hadnya, terutama dalam arena politik. Dalam banyak hal, Najib lebih berkemampuan menjadi PM. Dia memahami isu dengan lebih baik dan mendalam. Dan saya dengar dia juga baca 'cabinet papers' sebelum majlis mesyuarat jemaah menteri. itu fasallay, Najib lebih baik dari Pak Lah.

    Namun Najib ada 'liability' tersendiri. Ianya ialah isterinya yang selalu mahu dilayan seolah-olah dia adalah TPM 2! Ramai isteri pembesar Umno macam tu. Ngape ye? Bila pembesar kita dikawal rapi oleh isteri mereka, bolehkah mereka mentadbir dengan baik Dato Scribe?

    Tapi dalam hal nak jadi PM ni, kalau Najib tak bertindak dia akan melepaslah. Kalau lambat sangat, penyokongnya akan lari dan memihak ke orang lain. Mungkin Najib tak tahu bahawa dia mempunyai kelebihan. Mungkin dia tak boleh baca keadaan dibawah yang nahu dia bertindak dan ambil alih kerusi Pak Lah. Najib sendiri tahu bahawa ramai pembesar Umno berpura2 depan Pak Lah, seperti memberi sokongan. Inilah sokong yang merosakan parti mereka.

    Kalau Najib tak mau, kita suruh Muhyidin aje. Tak payah fikir lama2..Atau kita sokong Ku Li. Dia pun tak kurang kaliber!

    KAWAN

    ReplyDelete
  18. Saya Sebagai Rakyat kebanyakkan Malaysia.Minta Tolng Pak Lag Tegas dalam pentadbiran.jangan undur kebelakang dalam kemajuan Malaysa.Pertiwi Melayu.

    ReplyDelete
  19. Anonymous1:07 AM

    Dear Sir,

    I'm not sure if Najib is such an able leader. If he is, then the govt wouldn't be in such a state as it is now. Although he is not the premier, but being 2nd in command can in effect affect the administration. Sometimes we have lame duck premiers/presidents/sultans but still the country is run well by their subordinates.

    ReplyDelete
  20. Anonymous3:12 AM

    Assalamualaikum Datuk,

    Pendapat individu mengatakan bahawa berlakunya "Konspirasi Pihak Tertinggi" ketika ini jelas di mata rakyat. Tak komen pun tak kena pasal rasa macam ada cacing kat mata dok bergerak-gerak. Kacau la. Dato' Sri Anwar Ibrahim dulu kena "ISA" - jadi mangsa? Tun Dr. Mahathir Mohammad letak jawatan PM - Paklah teraju kerajaan sementara calon terbaik muncul? Siapa? Orang Melayu dok berlaga supaya ada penyatuan Melayu secara global kot? Kita sesama Islam ni semua bersaudara samada depa dibawah bendera PKR, UMNO, PAS atau cap kunci tak kisah la. Tun Dr. Mahathir Mohammad keluar UMNO tu kira permulaan penyatuan pemimpin melayu la. Lepas ni kita lupakan UMNO, PKR, PAS atau cap Kunci sekalipun, mai semua kita duduk bincang tubuh satu parti baru untuk orang melayu, orang Islam baru depa tu ketaq dan tak berani lagi angkat muka dengan kita. Konspirasi Pihak Tertinggi yang dah berlaku ni semacam telah dirancang agar penyatuan Bangsa Melayu yang jitu dapat dilaksanakan. Wassalam. - MEJATI

    ReplyDelete
  21. Anonymous3:56 AM

    Salam Dato' AKJ

    Akar umbi ternanti-nanti untuk mengetahui pelan pemulihan Umno, khususnya peralihan kepimpinan yang dituntut dan disebutkan. Penantian adalah penyiksaan. Dengan sikap berteka teki pimpinan tertinggi mengenainya, keresahan akar umbi semakin ketara. YAB DS Najib sendiri menyatakan bahawa perkara berkenaan tidak dibincangkan dalam mesyuarat khas MKT Umno yang lalu melainkan perbincangan dia dan pak lah. Akar umbi semakin muak dengan sikap tidak telus yang seolah-olah memperlekehkan suara yang lantang dilaungkan. TS Muhyiddin dan Mukhriz tampak lebih telus dan tegas dalam persoalan ini. Sekiranya YAB DS Najib masih mahu mengekalkan strategi selamatnya, kita khuatir sekiranya beliau terlambat untuk menyedari bahawa sokongan akar umbi telah beralih arah. Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh YABhg Tun Dr. Mahathir, Najib kenalah berani ambil risiko dalam keadaan yang berlaku sekarang ini. Nampak gayanya, Mukhriz yang lebih menyahut seruan ayahandanya itu berbanding dengan Najib hinggakan Pemuda Perak beria-ia mencadangkannya supaya meletak jawatan dan dipecat dari Umno. Zainol itu pun tidak layak berada dalam Pemuda lagi selepas ini atas faktor usia, jadi tak perlulah menyalak kuat sangat. Orang lain yang akan menentukan sama ada Mukhriz dipilih sebagai Ketua Pemuda atau tidak Disember nanti.

    ReplyDelete
  22. Anonymous5:45 AM

    Datuk AKJ dan pelayar2 yg dihormati sekalian.

    Saya setuju dengan pandangan khairul-dean. Tun M hanya mewakili majoriti ahli2 akar umbi UMNO. Sewajarnya Dato Najib memikirkan bagaimana nak melegakan hati ahli akar umbi dan rakyat bukannya hati Tun M sahaja.

    Dato Najib juga harus sedar...Meriam PKR menghala padanya dan bukan pada Pak Lah. Agak mencurigakan apabila Anwar dan PKR lebih ghairah untuk menghentam Dato Najib tetapi amat kurang malah hampir tiada kecaman terhadap KJ dan Pak Lah. Mengapa?

    Ada Pakatan ke?

    Dalam perlumbaan F1 musim lepas, Kimi Raikonen jadi juara selepas memintas Lewis Hamilton dan Fernando Alonso di GP terakhir. Apakah Anwar akan jadi Kimi Raikonen?

    -sinbad-

    ReplyDelete
  23. Saudara AKJ yang dihurmati;

    Saya yakin setiap Pemimpin tentunya akan membuat yang terbaik untuk Negara yang di tadbirnya. Kita telah lihat akan apa yang telah di buat olih TDM untuk negara kita ini.Walaupun ramai yang mengkritik cara pentadbirannya tapi kita bolih berbangga dengan kemajuan dan pembangunan yang di laksanakan olih TDM.
    Saya juga yakin Pak Lah pun berniat baik pabila mengambil alih pentadbiran dari TDM. Sehingga kini kita menanti akan janji janji yang di laungkan olih Pak Lah.Masa 4 Tahun dari 2004 hingga sekarang telah berlalu, dan kita nampak banyak Projek Projek Koridor yang ingin di laksanakan, tapi saya percaya masih terlalu jauh untuk di kenal pasti akan kejayaan ini.Tentang Islam hadhari yang di laungkan olih Pak Lah saya percaya ia nya tak memberi apa apa kesan didalam pentadbirannya.Banyak perkara perkara yang di janjikan masih belum kita nampak akan hasilnya. Cakap tentang integriti, ramai pula pemimpin pemimpin yang tidak berintegriti. Begitu juga dengan rasuah.
    Jika Dato Seri Najib punyai niat yang baik untuk bertemu dengan TDM bagi menyelesaikan masaalah yang di hadapi olih UMNO sekarang, saya percaya ini di mestikan dengan segera. Jika ditunggu terlalu lama maka ianya akan menjadi seperti 'parasite' dan akan berjangkit. Yang rugi adalah rakyat dan ahli ahli UMNO saja dan tentunya memberi kesan yang tidak baik kepadaUMNO dan BN.Apa jenis cara demi 'kedamaian' TDM dan Pak Lah dan demi perpaduan rakyat mestilah di lakukan dengan segera. Itu pun jika Najib punyai niat yang tulus dan ikhlas. Jika niat baik tentu Allah SWT merestuinya.

    ReplyDelete
  24. DatoAKJ,

    Zaman sudah berubah. UMNO tidak lagi relevan. Harta negara dijual untuk kroni dan untuk diri sendiri dan keluarga. Pulau Batu Puteh pun sudah hilang. Cari alternatif lain lah untuk membela nasib rakyat.---Din Merican

    ReplyDelete
  25. Anonymous1:07 PM

    Salam sejahtera Dato'..

    Walaupun Umno akan melantik Najib menggantikan Pak Lah sebagai Presiden Umno pada pemilihan akan datang namun adakah semua ahli Umno akan berpuashati dengan pemilihan tersebut??.
    Sesiapun yang menggantikan Pak Lah tak kan mampu memuaskan hati TDM kerana manusia tetap tak sempurna.
    TDM akan terus menghentam sesiapapun yang menggantikan PaK Lah kerana kita tahu TDM memang begitu sifatnya.
    Mungkin kalau Mukhriz pun akan tetap dihentam oleh TDM...
    Walau apapun..kita tengok ajelah telenovela UMNO ni....UMNO dah tua ..62 tahun..dah nyanyuk..

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  26. Anonymous1:24 PM

    The Scribe,

    Mengapa perlunya menggunakan perkataan "Kaum Pendatang" dan bukannya "Kaum Bukan Melayu"? Perkataan "Kaum Pendatang" merupakan isu sensitif antara kalangan rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

    ReplyDelete
  27. Anonymous2:18 PM

    Salam Datuk

    Pemimpin macam manakah yg kita mahu?
    Sudah tentu pemimpin yg berjiwa rakyat, mementingkan hak rakyat, bukan untok kepintangan diri dan berlaku ‘adil.
    Adakah pemimpin2 Umno yg ada di dalam parlimen sekarang ini berjiwa sedemikian?

    LIM Guan Eng apabila menaiki takhta Ketua Menteri Pulau Pinang, pelbagai insentif yang diberikan kepada rakyat Pulau Pinang.

    Bahkan beliau menegaskan untuk melaksanakan pemerintahan seadil Umar Abdul Aziz. Beliau juga amat prihatin dengan pembangunan modal insan lantas mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA kepada RM 600.00.

    Guru-guru KAFA tersenyum dan bersemangat di atas penghargaan dari seorang KAFIR tetapi berimankan Umar Abdul Aziz di hatinya.

    Perhatikanlah gelagat pemimpin Umno

    http://www.marhaen.org/v1/mar_a_tmj218.html

    ReplyDelete
  28. Anonymous3:26 PM

    "Lebih baik diherdik dan ditegur oleh orang cerdik dari dipuji dan disanjung oleh orang tidak cerdik"

    Yang Berbahagia Datuk,

    Setuju sangat dengan kenyataan itu. Pokoknya Datuk Najib harus berani, kemenangan dengan majoriti besar di Pekan pada PRU yang menunujukkan orang tidak termakan dengan cerita-cerita sensasi yang diuar-uarkan selama ini.

    Kenapa kita mau percaya dengan dakwaan orang yang bila di uji Tuhan dengan mehnah, anak isterinya, bertempiran mengadu, bikin cerita seolah Negara kita ini MAFIA yang perintah?

    ReplyDelete
  29. Sdr John berkata: "Mengapa perlunya menggunakan perkataan "Kaum Pendatang" dan bukannya "Kaum Bukan Melayu"? Perkataan "Kaum Pendatang" merupakan isu sensitif antara kalangan rakyat Malaysia yang bukan Melayu."

    Sebab PADA WAKTU ITU (1951) mereka memang kaum pendatang (immigrants). Hanya pada 31 Ogos, 1957 sebahagian daripada mereka bersetuju menerima kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. Anonymous6:35 PM

    Datuk AKJ, izinkan saya berkongsi sedikit sejarah perang Tanah Melayu yg selalu arwah datuk saya ceritakan pada saya.

    Menurut arwah ...

    Antara sebab2 utama Tanah Melayu cepat ditakluk oleh askar Jepun semasa Perang Dunia ke-2 adalah kerana kelicikan perisik2 Jepun.

    Perisik2 Jepun ini telah awal2 lagi menyusup masuk ke negeri2 Tanah Melayu dengan menyamar sebagai peniaga, penjual sayur dan tukang baiki basikal. Ada antara mereka ini telah berada di Tanah Melayu sejak 5 tahun sebelum perang dunia meletus!

    Perisik2 Jepun ini sangat licik dan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah berpura2 memeluk agama Islam semata2 untuk mengambil hati dan mendampingi orang2 Melayu.

    Orang2 Melayu ramai yg berasa suka dan tertarik hati dengan si Jepun2 ini lebih2 lagi apabila mengetahui yg mereka telah masuk Islam. Tidak ada sekelumit kesangsian langsung pada jiwa2 orang Melayu ini bahawa si Jepun2 hanya mahu mempermainkan mereka demi untuk menjayakan agenda sulit negara nippon.

    Akibatnya, segala macam rahsia dan maklumat2 negara dengan mudah dicungkil dan dimiliki oleh perisik2 Jepun ini.

    Orang2 Melayu hanya mengetahui bahawa mereka telah kena tipu apabila "mualaf2 Jepun" ini tiba2 hilang beberapa hari sebelum perang meletus dan muncul semula dengan lengkap berpakaian tentera siap dgn pedang Samurai di pinggang.

    -end-

    "orang yg tidak mahu mempelajari dari sejarah akan terus dihukum dengan melakukan kesilapan yg sama berulang-ulang kali" - Tun Dr.M


    -sinbad-

    ReplyDelete
  31. Raja2U

    YBhg Dato'telah mengemukakan satu tajuk yang menarik.Apakah perbezaan antara TDM memperjuangkan "Maruah Melayu" dari dalam UMNO dan dari luar UMNO. Sudah tentu TDM telah membuat perkiraan sewajarnya seperti yang telah dinyatakan ramai pemblog sebelum ini.

    Saranan untuk berbaik memanglah sesuatu yang terpuji tetapi jangan pula ianya menjadi suatu masalah kepada Dato' Najib dan TDM. Sebaiknya MT UMNO hendaklah pihak yang mempertimbang permohonan TDM untuk keluar UMNO dan menolaknya. Lepas itu barulah Dato' Najib berunding dengan TDM. Kalau ini tidak dilakukan apa kata kalau TDM bersetuju masuk semula ada Pegawai-pegawai MT UMNO menolaknya.Ini akan menimbulkan masalah besar dimana untuk menyelamatkan kedudukan akar umbi perlu digerakkan untuk mengadakan mesyuarat agong UMNO luar biasa untuk membuat resolusi menerima TDM masuk UMNO semula.

    Raja Abdul Rahman Dain
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  32. Anonymous8:24 PM

    boleh kah najib memerintah? Saya rasa tak boleh sebab dia bacul. Tok guru nak jumpa pun tak boleh? Lepas tu, kalau nak jumpa siap letak syarat bila dan dimana. Ni bukan sebab salah tok guru, tapi sebab anak murid yang bebal dan tak cerdik.

    Tiada guna kalau perjumpaan seratus kali sekalipun, kita sudah berjaya dapat 'Putih Mata', Singapura dapat Batu Putih. Adakah Melayu akan berada dalam situasi 'menang-menang' kalau Najib perintah Malaysia? Pada hemat saya, Melayu tetap rugi sebab Najib penakut. Iskandar Malaysia takkan dibatalkan. Tanah rizab Melayu tetap akan digadai. Taikun-taikun Melayu tetap perdagangkan nasib bangsa. Selagi UMNO tak kembali ke pangkuan syariat Islam, selagi itulah UMNO akan diporak-perandakan oleh mereka yang 'ultra' Melayunya. Yang hidupnya tidak berpaksikan Islam tetapi hanyalah retorik ketuanan Melayu.

    Siapakah yang bermain di belakang tabir UMNO sehingga sejarah menyaksikan hampir semua kalaupun tidak semua presiden-presidennya mati di luar UMNO?

    Tolong jangan cakap soal ketuanan Melayu dan berjuang untuk Melayu kalau semasa PAS memerintah Terengganu wang royalti disekat. Apakah PAS anti Melayu dan lebih hina daripada cina komunis? Kenapa sekatan demi sekatan di buat ke atas negeri-negeri yang tidak bersengkongkol dengan BN?

    Sungguh kurang ajar dan biadapnya BN kerana tidak menghormati demokrasi negara.

    Pii rah...!!!!!

    ReplyDelete
  33. Dato,
    UMNO sekarang nampaknya seperti tidak bermaya. Di dalam UMNO, ramai juga yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Pak Lah. Di luar UMNO, rakyat ramai yang berasa marah dengan Pak Lah. Ini kenyataan yang perlu diterima.

    ReplyDelete
  34. Saya confirm Pak Lah tak kan letak jawatan sehingga PRU 13. Sebabnya:

    1) Kan no 13 tu favourite Pak Lah. (Plat kereta, announce date bubar parlimen). Mesti dia nak test lagi no kegemaranya tu..

    2) Tak kan ader orang yg berani utk lawan dia, kalau ada pun berani cam Kuli, tak kemana, mudah jer takkan dpt kuota sokongan..

    3) Najib bukan seorang yg layak ganti Pak Lah, nak tegur pun Pak Lah pun penakut...

    4) Sememangnya penyokong2 PR suka Pak Lah berdegil macam tu... Mudah kerja sikit PRU13 ni, byk modal..

    5) Malang sungguh TDM tak der calun lain utk diketengahkan, yg nmpak sikit Muhyidin, tapi bersuara sikit dah kene belasah...

    ReplyDelete
  35. Anonymous1:11 AM

    Salam Dato'

    Di dalam konteks ini,saya berpendapat menentang Presiden UMNO bermakna mencari nahas. Kawan boleh tiba-tiba menjadi lawan. Pengaruh yang dicari, bala yang mendatang.Masa depan politik menjadi pertaruhan.

    Saya menyokong tindakan 'gear 1' peralihan kuasa YAB DS Najib dengan menunggu perkembangan sehingga Pemilihan UMNO nanti walaupun Presiden akan menang. Kerana bagi saya masa yang sesuai adalah selepas tarikh pemilihan UMNO.Tumpuan selepas itu pula adalah untuk PRU13.
    Sebagimana kebanyakan orang meramalkan keputusan PRU13 nanti,saya juga begitu.....

    pepatah saya,
    'Andai kita tahu nakhoda tidak suka akan diri kita, maka elok kita tidak lagi berpura-pura menyukai nakhoda dan mula membawa haluan sendiri kerana jika dibiarkanpun kita sendiri tahu kapal akan karam.'


    sudin

    ReplyDelete
  36. Anonymous1:17 AM

    Datuk AKJ,

    Salam.
    I know this out of topic. but i want pak lah to think hard the meaning of these. i believe he understood as he is Malay as me.
    1. Kerbau dipegang pada tali, orang dipegang pada janji
    2. Harapkan pagar, pagar makan padi
    3. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

    This is out of topic too, but i agree, 'melayu mmg mudah lupa'. or pak menteri2 mmg pelupa. lupa jasa TDM. termasuklah najib. sad.. so sad

    al-ahmadi, KW

    ReplyDelete
  37. Anonymous7:34 AM

    Dah lah lama dok tak cerita
    Mat Tunjang Enterprise kalut kerja
    Pi cari kontrek merata-rata
    La ni naj cari makan cukup derita..

    Tapi hari nak cakap pasai negara
    Nampak-nampak dah haru hara
    Pemimpin dok cakap sokong saja
    Pulau Batu Putih dah hilang ke mana.

    Harap Mat Najib kita kecewa
    Dia dok diam tak tau cerita
    Kepada Pak Lah taat setia
    Kita dah jemu dok habis masa.

    Pasai tu lah Mat jadi buntu
    Pulau Singapura tu jadi seteru
    Pak Lah kata member nombor satu
    Sampai batu pun dia dah satu.

    Mat Najib ni dok tunggu apa lagi?
    Takut kat Pak Lah atau bini?
    Kepada kami dia tak peduli
    Sedangkan kami yang bagi undi.

    Tengok la apa la ni dah jadi
    Pak Lah buat malu satu negeri
    Pulau yang kita dok cari-cari
    Dok tak dok batu yang dibagi.

    Mat Najib dok tunggu apa lagi?
    Tan Sri Mahyuddin dah tawar diri
    Tengku Razaleigh dah tunjuk berani
    Takut nanti Najib dok totak jari.

    Batu Gantung dak bagi kat orang
    Batu Kawan di tanah seberang
    Orang Melayu ada tanah se kangkang
    Kita sudah orang lain senang.

    Tapi Melayu janganlah gulana
    Dua batang batu mesti ada punya
    Batu nisan itulah namanya
    Hak Melayu sepanjang masa.

    La ni di Kedah depa dok kalot
    Dengan Tun Dr Mahathir banyak dok ikut
    Banyak ketua cawangan dah buah ribut
    Ketua bahagian dah lari cabut.

    Pak Lah dia peduli apa
    Anak menantu senang tak kira
    Kita rakyat hidup merana
    Harga naik bertimpa-timpa.

    Mat Najib kalau takut silalah lalu
    Jangan dok buat kami tertunggu-tunggu
    Kita pilih orang yang ada batu
    Barulah Umno boleh bersatu.

    Mat Tunjang berhenti di sini dulu
    Nak bawa lori pergi ke Pedu
    Ada orang buat rumah di situ
    Rumah besar berpuluh pintu.

    Mat Tunjang Enterprise

    ReplyDelete
  38. Salam Dato' dan Sdr/i semua,

    Mengambil "quote" TDM oleh sinbad..."orang yg tidak mahu mempelajari dari sejarah akan terus dihukum dengan melakukan kesilapan yg sama berulang-ulang kali" - Tun Dr.M

    Dan saranan Sdr sinbad..."Bagaimana Datuk, kalau kita pakai formula yang pernah dipakai di zaman kesultanan Melaka dulu.
    Kita bawa semula pemimpin UMNO yang pernah dibuang oleh Mahathir dulu (DSAI)dan minta dia turunkan Abdullah Badawi."


    # Saya tidak pasti samada semua ini telah/sedang direncanakan, akan ditakdirkan atau suatu kebetulan tetapi apa yg saya nampak/perhatikan, suasana dan situasi semasa mengarah kepada berulangnya sejarah dan/atau seperti kata Sdr miniclubman..."Seorang masuk, seorang keluar. Macam hukum Newton, what goes up must come down."

    # Gelagat dan tindak-tanduk Najib selama ini dan akhir2 ini terus membuatkan saya langsung tidak percaya dgn kemampuan beliau membela nusa dan bangsa; Membela agama lagilah jauh! (Apa sudah jadi dgn Islam Hadhari? Semua inikah kesan/hasilnya?)

    # Semua yg "shortlist" sudah saya pangkah dan tinggal 2 org sahaja yg saya rasakan layak, berdasarkan karisma - di dlm Umno/BN, Muhyiddin dan di luar kerajaan, Anwar. "Honorable mention" di luar Islam, Guan Eng. W/pun bersimpati dgn PAS, saya belum nampak sesiapa yg berkaliber (mengambil idola Guan Eng, setaraf/seadil Khalifah Umar Abdul Aziz) utk memimpin negara berbilang bangsa/agama seperti Malaysia.

    # Orang di negara saya bermastutin sedang memikirkan bagaimana mengawal harga minyak serta barang harian, membenteras berleluasanya jenayah akibat "depression" inflasi, di samping sentiasa mengawal perasaan penyokong/pengundi, pembayar cukai serta pembayar gaji pemerintah/kakitangan kerajaan dgn pelbagai insentif dan idea baru yg banyak membantu/menguntungkan semua sambil mengurangkan tekanan terhadap rakyat.

    # MASA SUDAH TERLALU SUNTUK - Najib perlu ditinggalkan keretapi. Permainan dan sandiwara politik perlu dihentikan, ASAP. Jangan sampai negara-bangsa kita pula ditinggalkan roket.

    Anakbuah Biduanda

    ReplyDelete
  39. Anonymous9:55 AM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Anonymous11:37 AM

    Pak Lah dah "pegang" tengkuk Najib, apa Najib boleh buat? Itu realitinya, segala rahsia Najib dalam genggaman Pak Lah.....jadilah Najib seperti "lembu dicucuk hidung" boleh ditarik sana sini....hatta nak jumpa Tun pun kena minta lampu hijau!

    Langit biru

    ReplyDelete
  42. Anonymous11:48 AM

    The Scribe,

    Terima kasih, Sdr Mat Tunjang Enterprise.

    Apakah nasib UMNO nasib batu?
    Wah, kalau begitu, yang nasib sabut mereka yang dah bukan UMNOlah.

    ReplyDelete
  43. Salam Dato' dan Sdr/i semua,

    Mungkin lari tajuk sedikit Dato' tapi sebab Najib yg akhirnya mengakui keupayaan media "syok-syok sendiri" (media baru katanya) menggegar kerajaan baru2 ini, saya "copy-n-paste"kan sepenuhnya berita terkini Utusan di bawah.

    Kerajaan beri penekanan terhadap media baru 27/05/2008 11:25am

    KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan di luar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

    "Kita sememangnya telah terlepas pandang kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah untuk berhadapan dan meneutralkan tohmahan yang dilemparkan melalui teknologi baru," katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini. - Utusan

    Anakbuah Biduanda

    p.s.#1: Dato' pergi ke Sidang Kemuncak Media Asia itu tidak? Saya tentunya akan tersenyum bila mendengar sendiri kata2 Najib dlm sesi soal jawab itu.

    p.s.#2: Cuba kita tanya pd diri sendiri dan pak2 menteri ni, laporan dan maklumat drpd media arus perdana (yang kebanyakannya menjadi agen propaganda parti pemerintah) sekarang sudah cukup tepat dan cukup bertanggungjawapkah? Kenapa ramai yg mula loya, mual dan nak muntah bila membaca akhbar dan menonton berita di TV selama ini?

    ReplyDelete
  44. Anonymous3:51 PM

    orang UMNO masih dibuai mimpi sebenarnya, sedangkan org melayu berpecah belah, bangsa lain bertepuk sorak.....YB2 kat Sabah tu bila2 aje boleh masuk PKR..kat Sabah dah biasa sangat lompat parti...so, UMNO kena fikir le, jangan asyik layan gaduh2 tu..

    ReplyDelete
  45. Salam Dak,
    Semoga saudara sekeluarga sentiasa dilimpahi Zat Kasih Sayang NYA hendaknya.

    Izinkan,

    Setelah jutaan kata manis, sindiran, kutukan, cadangan dan sebagai nya telah kita curahkan , kami dok fikir apakah majlis sebalik keramaian hari2 kemerdekaan dan perayaan2 ugama dan kaum yang boleh membantu kita bersatu dalam waktu2 berkemelut ini?

    Maka datang ilham mencadangkan untuk menyambutHari Jadi Ayahanda Rakyat, Tun Dr.Mahathir secara besaran2an, 20hb Disember nanti.

    Bukan niat kami bukan hendak 'hero worship' beliau tetapi sebagai tanda kasih sayang rakyat malaysia
    kepada rakyat biasa yang ulung yang telah menjadikan anak watan bangsa
    bangga dan megah di atas planet ini

    Izinkan,
    posted on chedet.com, today

    AYAHANDA RAKYAT yang kami sayangi,

    Izinkan,

    Wahai anakanda2 M'sia yang sayangkan
    Ayahanda Tun Dr. Mahathir,
    Apakata kita sambut harijadi Ayahanda Tun yang ke83 secara besar2an pada 20hb December nanti di serata pelusuk negara yang tercinta ini dan yang diperantauan.

    The least we cud do to show our appreciation to him beyond compare.

    Malaysia were acknowleged the best organizers of The Commonwealth Games ever staged amidst the many crisis Ayahanda was facing then.,
    Now, let uss show the world that we can also organise the best ever birthday gatherings never dreamed before for a Statesman, we all love and admire.

    Looking for the sponsors and event organizers. Perhaps billionaires, Syed Mokhtar Albukhari, Tan Sri Vincent Tan and Tan Sri Ananda Krishnan cud chip in? Volunteers not a problem!

    To my good IGP, therei s no political motive but a sincere and hearthfelt intention by us, anak2 watan bangsa yang sayang sangat kat AYAHANDA RAKYAT. And as appreciation for making us proud Malaysians on this planet.

    All malaysians shall be invited including BN and BR leaders and followers
    Perhaps under the present uncertainties some common senses will prevail,ie
    GOOD over EVIL.
    LOVE over HATRED
    UNITY over DISUNITY

    MAY ALLAH swt BLESS upon us the unity, peace and love we all longed for of late.

    Long Live M.M.! (Mahathir, Malaysians)

    Al fatihah, amin.

    ReplyDelete
  46. Datuk A. Kadir Jasin,

    Mahathir, Pak Lah, Najib, Anwar, Tengku Razaleigh...

    Balik-balik nama itu yang berputar di arena politik negara...

    Diantara nama ini ada yang sudah setengah abad berada dipersada politik tanah air. Satu ketika mereka ini pernah duduk semeja mentadbirkan negara ini.

    Masa mereka bersama, lebih lama dari masa mereka berpisah.

    Sebahagian besar dasar dan polisi negara yang berjalan sekarang ini, mereka sama-sama terlibat semasa menggubalnya.

    Semua mereka ini seia sekata menjunjung dasar dan polisi itu semasa bersama.

    Bila seseorang turun dari jawatannya, orang baru yang menggantikan, tetap meneruskan dasar-dasar lama. Kalau pun berlaku perubahan, hanya sebahagian kecil sahaja.

    Kemiskinan, penyelewengan,rasuah, salahguna kuasa,politik menekan,politik wang,sindrom takut,kroni,ISA,kekangan media dan entah apa lagi yang diperkatakan sekarang, semua ini, berlaku sejak dari dahulu lagi.

    Semua nama-nama yang disebutkan di atas tadi,berada di posisi penting dalam kerajaan semasa perkara-perkara ini berlaku.

    Apakah mereka tidak sempat mengubahnya atau baru ternampak bila berada di luar.

    ReplyDelete
  47. Anonymous9:56 PM

    Salam Dato

    Komen saya terhadap tulisan anonymous yang megakhiri tulisan beliau dengan ayat "Tolong paham!", saya tiada komen kerana hilang kata-kata selepas membaca tulisan beliau. Saya rasa elok seorang ahli ilmiah yang pernah menulis tentang pemikiran melayu yang simplistik dan sokongan terhadap TDM mengulas tentang tulisan anonymous. Pasti menarik.

    Kanta

    ReplyDelete
  48. Sdr Kanta dan Sdra/Sdri yang dihormati sekalian,

    Mohon maaf kerana terpaksa membatalkan komen yang Sdr Kanta maksudkan itu.

    Setelah ditampal, saya dapati ia dibuat secara "anonymous" dan tanpa sebarang nama di hujungnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  49. Anonymous11:44 AM

    The Scribe,

    Bolehkah Najib legakan hati Tun Dr M?

    Dengan izin.

    Che Det,

    Changing Times
    (with the royals' gold still there)

    What do you think will happen when UMNO is no more relevant? Do you think it will happen in general all over the nation?

    Do you think that the Pakatan Rakyat will set and harden into another BN?

    Do you think that the nation will be divided politically into the a poor, troublesome state of very corrupted politicians and government servants Sabah;
    a very properous Sarawak with strong economic ties with Brunei and Kalimantan;
    a PAS dominated Terengganu, Kelantan, Kedah, and Perlis;
    a coalition lead Penang, Perak, Selangor, and Federal Territory;
    and the UMNO dominated Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, and Johore;
    with a federal Government a coalition of willing political parties? So how would your version of Ketuanan Melayu be compromised?

    Another statement of fact: YB Azizah's hubby and YB Izzat's dad will never be Perdana Menteri; but maybe a minister. And so will be Najib. Ameeen.

    It is good that you are out of UMNO, Tun Dr Mahahthir and he knows it. Alhamdulillah.

    Wassalaam and to YABhg Tun Dr Siti Hasmah, too

    ReplyDelete
  50. Yang paling penting ialah, syarat tunggal Tun Mahathir itu dilaksanakan. Saya percaya struktur kegagalan kepimpinan UMNO sekarang mesti dihentikan segera

    ReplyDelete
  51. Anonymous12:03 PM

    Sdr. A Kadir Jasin,

    Sebelum kita menuding jari seraya mengherdik serta mempercilkan Pak Lan sambil mengagung-agungkan Dr. M, mari lah kita mengimbas sejarah masa lampau untuk cuba memahami serta mendalami pemikiran Pak Lah supaya kita “memaafkan” perbuatan-perbuatan beliau sekarang.

    Berikut adalah analisis saya yang ringkas serta simplistic. Olih kerana ia ringkas serta simplistik maka saya mohon para pembaca agar memperbetulkan fakta-fakta yang salah akan dikemukakan.

    Semasa Pak Lah bercuti sebatikal dulu, siapakah diantara rakyat Malaysia yang “berani” mendekati mereka sekeluarga? Saya telah dipahamkan beberapa tahun lalu yang kebanyakan pemimpin-pemimpin politik serta kakitangan kanan kerajaan telah menjarakkan diri mereka daripada Pak Lah. Mereka sekeluarga telah di perlakukan sebagai “outcast”. Tiada siapa hendak berkawan dengan mereka. Diantara kebanyakkan rakyat Malaysia, Pak Lah tidak ujud masa tu. Tiada siapa yang hendak (dan berani) untuk bermain golf dengan Pak Lah pada masa tu.

    Selain dari keluarga terdekat, yang masih menjadi kawan beliau pada masa tu adalah, antara lain, Dato Yazid Baba (mungkin ada kaitan dengan Tan Sri Rashdan Baba) seorang peguam dari Negeri Sembilan dan beberapa kenalan rapat yang lain termasuklah seorang tauke dari Port Dickson.

    Kenalan rapat yang setia inilah yang telah mengisi kekosongan hidup keluarga Pak Lah selama lebih-kurang tiga tahun. Setelah Pak Lah aktif kembali dalam UMNO dan kanca politik negara, barulah KJ, muncul dalam “family equation” belian.

    Dari sinopsis yang serba ringkas serta kekurangan beberapa kafta-fakta tertentu, kita tidak bolih menyalahi Pak Lah sepenuhnya dalam usaha beliau memperkayakan keluarga serta kenalan-kenalan rapat beliay. Pak Lah hanya mempertahankan serta memperkayakan kaum keluarga (mungkin termasuk menantu) serta kenalan-kenalan rapat kerana mereka inilah yang telah berdiri teguh dibelakang beliau semasa cuti “sabitical”. Proses memperkayakan ini mestilah dilakukan secepat mungkin kerana jangamasa Pak Lah sebagai PM adalah terhad dan beliau amat memahami keadaan ini.

    Jadi, tolonglah dan cubalah paham kenapa Pak Lah bertindak sepertimana yang beliau lakukan sekarang. Masalah negara bukanlah priority beliau yang utama kerana negara tidak menyebelahi beliau semasa cuti sebatikal dulu. Tolonglah paham.

    p/s: Sdr. A Kadir Jasin, mohon maaf kerana comment ini telah diberi tetapi tidak bernama dipenghujungnya. Saya kampilkan yang ada nama.

    ReplyDelete
  52. Najib perlu buat pilihan yang mana tugas lebih penting di waktu ini; Tugas beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri yang taat kepada Perdana Menteri atau tugas beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO yang taat kepada perjuangan parti. Orang UMNO sudah mula meluat dengan sifat pengecut para pemimpin yang mengutamakan kedudukan mereka dan bukan untuk menyelamatkan parti.

    Sharir sendiri baru membuat kenyataan bahawa UMNO ini bersifat feudalisma kerana orang bawah tidak berani untuk berkata yang benar, tetapi apabila Mukhriz menasihat PM untuk undur diri dan mengambil tanggungjawab penuh diatas keputusan pilihanraya lepas, beliau kata orang yang menuntut orang lain untuk meletak jawatan perlu ada kredibility dahulu sebelum membuat demikian. Di sini terbukti bahawa Shahrir sendiri adalah penyebab feudalisma ini berlaku.

    Rasanya Shahrir sendiri sudah terlanjut umurnya sehinggakan mungkin terlupa2 kenyataan2nya menyebabkan dia "condradict" dirinya berkali-kali.

    ReplyDelete
  53. Anonymous1:59 PM

    Imej najib tak bagus di kalangan rakyat utk jadi PM. Hairannya, daripada 3 juta ahli Umno, tak adakah SEORANG yang dapat memimpin negara ini? Sungguh memalukan.

    ReplyDelete
  54. Anonymous2:26 PM

    True enough, Article 153 of the 1957 Federal Constitution does provide for the special position of malays, natives of Sabah and Sarawak, and other marginalised groups.

    However, what this special position means is open for debate.

    Some believe it merely meant socio-economic position, one that changes dynamically and hence can be renegotiated.

    Further, pre-independence documents - the Cobbold Commission Report, Federation of Malaya Constitutional Proposals and the Reid Commission Report - reveal that this position was meant to be temporary.

    The "special right" of malays was therefore understood not as a God-given mark, but recognition of socio-economic status until such a time this could be elevated.

    ReplyDelete
  55. Dari sinopsis yang serba ringkas serta kekurangan beberapa kafta-fakta tertentu, kita tidak bolih menyalahi Pak Lah sepenuhnya dalam usaha beliau memperkayakan keluarga serta kenalan-kenalan rapat beliay. Pak Lah hanya mempertahankan serta memperkayakan kaum keluarga (mungkin termasuk menantu) serta kenalan-kenalan rapat kerana mereka inilah yang telah berdiri teguh dibelakang beliau semasa cuti “sabitical”. Proses memperkayakan ini mestilah dilakukan secepat mungkin kerana jangamasa Pak Lah sebagai PM adalah terhad dan beliau amat memahami keadaan ini.

    Kepada Botak Chin atau kepada sesiapa sahaja, soal PM mengkayakan anak menantu dan kawan2adalah lumrah dan diterima rakyat, PM2 terdahulu pun pernah melakukan perkara yang sama, rakyat kurang mempertikaikannya.

    Apa yang dipertikaikan oleh rakyat sekarang ialah halatuju Paklah membawa negara ke arah mana sehingga rakyat gelisah akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik ? Dan apabila rakyat gelisah, pertikaian terhadap kekayaan keluarganya adalah pertikaian yang yang sengaja dipersoalkan dan dibabitkan, tetapi itu bukan isu utama.

    Selepas PRU12, apakah paklah cukup sedar? Nyata rakyat terus mempertikaikan hingga sekarang kerana kesedaran kerajaan hari ini masih dalam faktor dineal syndrom, hipokrit, sombong dan bongkak walaupun tidak cukup kuat.

    Adalah wajar rakyat mempersoalkan dengan 'lantang' terhadap kerajaan hari ini yang masih 'pekak'.

    ReplyDelete
  56. YB Dato,

    Apakah Datuk Seri Najib masih boleh berperanan?

    Pada pendapat saya dia seolah-olah tidak dapat efektif dan lebih kepada seolah-olah membiarkan sikap 'in-denial' ini berterusan di dalam UMNO.

    Secara peribadi saya kecewa dengan Dato Najib Tun Abd Razak dan Dato Hishamuddin Tun Hussien Onn.Bagi saya mereka telah mengecewakan bangsa Melayu.

    Datuk Seri Abdullah ternyata telah gagal, tetapi malangnya pemimpin seperti Najib dan Hishammuddin terlalu berhati-hati untuk sekurang-kurangnya bersuara - maka teruslah Pak Lah leka and menambah lagi usul2 yang tak terhasil.

    Zaman Tun Dr M, Tun Musa tak bersetuju dgn Tun Dr M, dia letak jawatan. Ku Li tidak setuju dengan Tun M, dia lawan dan tewas.

    Mereka semua pengkritik Tun Dr M ketika itu - Tun menangkis dengan tindakan yang membuktikan penghasilan visi beliau.

    Jelas semasa itu pemimpin ada 'keberanian' samada di pihak yang mengkritik atau yang di kritik.

    Sekarang malangnya 'berani' di dalam UMNO itu hanyalah satu artifak sejarah.

    ReplyDelete
  57. Anonymous11:33 AM

    Zaman Tun, sapa yang lawan dia, habis dia tendang dan sejukbekukan. Tu yang sekarang ni pemimpin UMNO jadi bacul. Sebab Tun M yang ajar supaya jadi bacul.

    Ada fahamka?

    ReplyDelete
  58. Anonymous11:46 AM

    Puyot, hang ni sampai bila nak puyoy? Belajar la sikit. Zaman Tun la paling banyak lawan.

    1. Musa lawan dia pasai Projek Proton. Musa tentang projek Proron.

    2. Tahun 1987 Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Pak Lah lawan dia dalam Umno, dekat-dekat nak kalah.

    3. Tahun 1993 Anwar lawan dia. Dia kata kat Anwar jangan lawan Tun Ghafar, Anwar lawan juga.

    4. 1997 Umi Hufilda hantar surat tuduk Anwar kepada dia, dia tak layan. Dia kata tu surat layang/fitnah.

    5. Anwar tak puas hati. Dia suruh ADC dia Zul buat laporan polis. Tengok apa jadi.

    6. 1998 dia buang Anwar pasai Anwar nak lawan dia di luar Umno.

    Bukan Tun tegah lawan tapi orang Umno yang penakut pasai nak jaga perut.

    Langsewah

    ReplyDelete
  59. "Lebih baik diherdik dan ditegur oleh orang cerdik dari dipuji dan disanjung oleh orang tidak cerdik"

    Sapa yang cerdik dan siapa yang tak cerdik. Kalau nak kata Pak Lah tak cerdik, saya rasa TDM lagi tak cerdik kerana memilih Pak Lah.

    ReplyDelete
  60. Anonymous9:52 PM

    Salam Dato'

    Kepada Kluangman-Terimakasih,satu ulasan yang tepat dan padat kepada botak chin.

    Saya masih kelu kerana tulisan botak chin.

    Kanta

    ReplyDelete
  61. Salam semua,

    Sdr man botak @ botak chin berkata...."Jadi, tolonglah dan cubalah paham kenapa Pak Lah bertindak sepertimana yang beliau lakukan sekarang. Masalah negara bukanlah priority beliau yang utama kerana negara tidak menyebelahi beliau semasa cuti sebatikal dulu. Tolonglah paham."

    # Seperti juga Sdr Kluangman dan Sdr Kanta, saya masih tidak faham dan tak akan faham2 mengapa seorang PM boleh membelakangkan keutamaan negara dan rakyat walau dgn apa alasan sekali pun, apa lagi jika alasan2 tersebut terlalu bersifat peribadi - kecil hati, merajuk, dendam & lain2. Apa gunanya berimej alim, "bersih" dan nampak penyayang jikalau di dlm diri penuh dgn penyakit2 hati? Utk seorang yg berstatus pemimpin seperti PakLah, tanggungjawap tetap tanggungjawap. Atas rasa tanggungjawap sebagai rakyat jugalah kita memninta beliau utk memikirkan secepat mungkin utk melepaskan jawatan tersebut - kita bukan ada agenda lain seperti mereka2 yg ada kuasa itu. Pemimpim mesti dan patut tahu apa yg rakyat biasa seperti kita mahukan - keharmonian, pendidikan, keselamatan, pekerjaan dan keperluan2 asasi lain. Org kampung, petani, nelayan atau penoreh getah jarang inginkan status PM, TPM atau menteri w/pun memang tidak dinafikan, kalau ada rezeki, semua kita mahukan kekayaan dan kemewahan. Kuasa hanya kegilaan segelintir manusia sahaja. Soalnya, cara dan bagaimana kita mendapatkan kekayaan, kemewahan dan kekuasaan tersebut serta bagaimana kita menggunakannya.

    # Saya lebih faham dan setuju dgn Sdr puyot, TDM sebenarnya yg membuatkan mereka menjadi bacul dan menyokong kata Sdr zukeri, TDM bertindak tidak bijak memilih PakLah di hujung kekuasaan beliau.

    Anakbuah Biduanda

    ReplyDelete