Tajuddin Lwn Zaid: Lagi Manifestasi Kemelut Umno
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
PADA mulanya saya terfikir untuk menggunakan ungkapan “bertemu buku dengan ruas” bagi melabelkan serangan Ahli Parlimen Barisan Nasional Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Zaid Ibrahim.
Berucap di Parlimen pada 27 Mei, Tajudin meminta Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, menimbang semula pelantikan Zaid sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya menentang kerajaan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN.]
Tetapi setelah memikirkan jatuh bangun politik Tajuddin dan main-mainan politik Zaid, saya berasa adalah tidak tepat saya membandingkan Tajuddin dengan Zaid.
Lebih tepat kalau saya guna ungkapan “jauh langit daripada bumi” dan tanpa prejudis mungkin tidak keterlaluan jika saya sifatkan Tajuddin sebagai veteran politik radikal Umno manakala Zaid adalah manifestasi politik ambil peluang.
Mungkin banyak dari generasi muda Melayu, dalam dan luar Umno, tidak tahu bahawa Tajuddin adalah antara aktivis Umno yang gigih dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika Operasi Lalang pada tahun 1987.
Zaid pula adalah contoh produk Dasar Ekonomi Baru yang berjaya dan mendapat anjakan besar apabila Pentadbiran Dr Mahathir Mohamd melaksanakan dasar penswastaan pada pertengahan tahun 1980’s bermula dengan penswastaan Lebuh Raya Utara-Selatan.
Sebagai rakan kongsi sebuah firma guaman Bumiputera yang besar dan aktivis undang-undang, beliau dilantik untuk mewakili banyak syarikat dan individu Bumiputera yang terbabit dengan penswastaan dan dengan penyusunan semula harta Umno selepas krisis 1987/88.
Walaupun Zaid pernah mengepalai Persatuan Peguam Islam, beliau sebenarnya seorang liberal. Selepas gagal dalam percubaan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2004, Zaid menampilkan dirinya seorang liberal.
Sebagai seorang liberal, Zaid tentunya tidak dapat menerima apa sahaja bentuk kongkongan terhadap kebebasan sama ada dalam bentuk keagamaan, kebangsaan, perkauman, perlembagaan, perundangan atau ekonomi.
Ini jelas daripada kenyataannya sejak dilantik senator dan menteri bahawa dia tidak boleh menerima undang-undang yang “tidak adil” seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim boleh dianggap sebagai kemuncak kepada manifestasi pemikiran Zaid sebagai seorang liberal yang tidak mengakui wujudnya batas atau ciri perkauman dalam apa hal jua.
Justeru itu, jikalau hendak difikirkan perjuangan dalam Umno dan kepada orang Melayu, banyak orang pasti berasa bahawa Tajuddin lebih layak daripada Zaid untuk dilantik menteri.
Setidak-tidaknya Tajuddin dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu berbanding Zaid yang hanya dipilih oleh Addullah seorang sahaja.
Di pihak yang lain pula, apalah yang hendak dihairankan jika Zaid menyerang ahli-ahli Parlimen BN yang dianggapnya sebagai menentang kerajaan atau lebih tepat menentang Abdullah?
Zaid hanya setia dan terhutang budi kepada seorang ahli Umno dan pembesar BN sahaja iaitu Abdullah. Zaid naik bukan kerana ahli Umno atau pengundi. Dia naik kerana Abdullah melantiknya menjadi senator dan menteri. Jadi tidak menghairankan langsung jika dia menyerang sesiapa juga yang dianggapnya menentang Abdullah.
Walaupun Zaid menampilkan dirinya sebagai seorang liberal yang bebas daripada segala bentuk prejudis, dia tetap tidak terlepas daripada pengaruh Abdullah dan individu-individu di sekeliling Perdana Menteri yang berperanan memperakukan pelantikannya sebagai senator dan menteri.
Soalnya, apakah Zaid seorang liberal tulen yang tidak mengenal warna kulit atau seorang yang mengambil kesempatan daripada ketidaktentuan yang sedang berlaku kepada Umno dan kerajaan sekarang?
Saya bertanya soalan ini kerana, seperti kata Tajuddin, Zaid turut menggesa BN serta UMNO mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong kerajaan (yang dianggap menentang kerajaan).
Kalau Tajuddin menyifatkan tindakan Zaid itu sebagai “perbuatan yang memalukan,” saya menganggapnya sebagai kekeliruan antara Zaid sebagai seorang liberal dengan Zaid sebagai seorang yang pandai mengambil kesempatan.
Kalau dia benar seorang liberal dan demokrat, dia tidak akan menghalang wakil-rakyat daripada bersuara. Sebagai wakil rakyat mereka dipilih oleh rakyat jelata dan bukan dilantik oleh Perdana Menteri. Tajuddin dipilih oleh 32,119 penyokong BN.
Masih segar di fikiran saya bagaimana Zaid yang sepatutnya bercakap bagi pihak Umno dalam perhimpunan agung ketika krisis perlembagaan 1993 tetapi “kecut perut” dan berhenti separuh jalan.
A.kum Datuk,
ReplyDelete1. Tajudin - Seorang Ahli Parlimen hanya perlu menjaga hati rakyatnya sahaja.
2. Zaid - Seorang Menteri perlu menjaga bossnya(PM), kerajaan(dasar), Awam(pesepsi masyarakat).
3. Jika ditolak, dicampur, didarab dan dibahagi...kedua-duanya tak boleh dipercayai.
http://sukj.blogspot.com
Salam Dato'KJ,
ReplyDeleteSaya dah sampai satu peringkat meluat dengan keadaan berlaku sekarang, jelas ketidak satuan ahli terang-terangan di lihat di dewan yang mulia itu. Dari perlantikan orang yang tak bekerja keras atau tak bekerja langsung dalam pilihanraya kepada senator dan akhirnya dilantik menteri. Satu pertimbangan sebagai pemimpin yang tidak bijak kerana mengenepikan mereka yang telah sabar serta lama berjuang dalam parti dan lebih layak untuk dilantik ke peringkat lebih tinggi.
Ada diantara mereka yang 'track record' mereka dari segi moral asas telah menjatuhkan rating untuk diangkat sebagai pemimpin dilantik baru dan dilantik semula.
Rakyat tahu akan keikhlasan Zaid, seperti kes Tun Saleh Abbas, beliau ialah pak mentua kepada partner Kamaludin Scomi. Ada kaitan secara tidak langsung dengan kepentingan Pak Lah. Atau menjadi taktik kepimpinan untuk merosakkan UMNO dari dalam melalui perancangan jangkapanjang seseorang dalam Fasa 1 ini, dengan membuat orang UMNO sendiri benci dengan segala keputusan dibuat sehingga UMNO menjadi lemah untuk diambil alih DSAI? Fasa kedua diambil alih dengan kemasukan Ezam sebagai reformis.Tiada lansung elemen 'humble' untuk meminta maaf atas kesilapan lalu sebagai pembuka kata dari seorang yang pernah memporak perandakan UMNO begitu hebat sekali.Kita nak tengok keikhlasan INSAFnya dia dulu. Pak Lah hanya tersenyum lemah tiada tegas dalam press conferencenya menerima keasukan Ezam.Betul juga kedengaran suara ada ahli tunguu bertahun nak jumpa Pak Lah dan berbulan nak proses keahliannya, ini Ezam dah dua kali jumpa Pak Lah dan lulus permohonnanya.
Seperti saya kata keINSAFANnya perlu meyakinkan ahli dahulu. Baru cakap pasal reform ke dan lain-lain. Dia nak counter DSAI ke itu perananya untuk menjelaskan kepada rakyat, seperti yang pernah saya usulkan dahulu untuk Ezam membuka blog dan menjelaskan segala kepincangan DSAI dan PKR. Selamat berjuang kalau ikhlas EZAM.
miniclubman
Datuk,
ReplyDeleteSepatutnya tidak ada senator dilantik ke dalam kabinet. Entah macamana boleh PM boleh membuat keputusan ini. Kat Sabah tu ramai Ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan Menteri.
http://c-bok.blogspot.com
This is the problem when you accept an appointment that you don't deserve. Zaid didn't even contest the elections. In fact his party's membership was suspended after an internal finding (similiar to a judicial tribunal) that he was involved in "money politics", another name for plain and simple "corruption".Now that he has shamefully been made a full Minister he has to talk a lot just to proof something. The trouble is, when you talk a lot, a lot of rubbish can come out, too. Then you can sound like a fool Minister. Tajuddin and Mukhriz earned their seats in Parliament, Zaid didn't. Dollah Badawi didn't trust Zaid enough to let him stand for elections, yet suddenly he's fit to be a for Dollah. Somewhere along the line Dollah Badawi got his wires crossed in the case of Zaid. But then Dollah Badawi got his wires crossed on a lot of stuff. My daughter who is a law student in UiTM said when Zaid came to the university last month to promote himself, she couldn't make head or tail what he was trying to say. I can't make head or tail what Zaid is trying to do.I suggest he start to put his priority correct first and do the right thing, and not speak without thinking and do the frightful thing - make the Government look more stupid than it already is.
ReplyDeleteSalam Dato'.
ReplyDeleteSaya cukup kenal dengan Tajuddin Abdul Rahman kerana dia Ahli Parlimen Pasir Salak dan sebelum ini adalah DUN Kg Gajah. Dia ni memang suka membangkang dan suka kelihatan bersuara kononnya membela nasib pengundinya.
Bila Pak Lah mengumumkan barisan kabinet selepas PRU 12, beliau merupakan MP yang paling marah kerana tak dilantik menjadi menteri disebabkan nak menjadi MP beliau menjual semua aset beliau seperti Taj Kolej dan ladang kelapa sawit seluas 800 hektar dengan harga murah. Beliau memang seorang yang kaya raya di daerah Kg Gajah dan sapa yang tak kenal dengan beliau.
Beliau merupakan sekutu rapat Najib dan sekiranya Najib jadi PM , beliau pasti melantik Tajuddin menjadi menteri kabinet beliau kerana sumbangannya kepada politik Najib amat besar jasanya.
Tetapi ahli politik tetap ahli politik kerana mereka tak ubah musang berbulu ayam.. baik didepan tetapi bermaharajalela dibelakang.
KITA TUNGGU DAN LIHAT JER.
ANAK_PARIT
Datuk A Kadir Jasin
ReplyDeleteLagi-lagi kisah politik, yang menang takut bayang-bayang, yang tak menang duk kejar bayang-bayang. Rakyat makin hari makin terdesak dengan tekanan inflasi, dengan penindasan tol, dengan kadar jenayah, dengan "the loss of pride being an examplary nation at least in South East Asia".
This has got to stop!
seorang yang dilantik menjadi senator kemudian jadi menteri dulunya digugurkan atau tidak dipilih bertanding. kenapa? semasa pilihanraya dia kerja kuat ke tidak? dia kerja kuat untuk calon mana?
ReplyDeletesekarang dia nak jadi hero.
kenapa sekarang ramai sangat menteri/timbalan menteri dari kalangan senator. ahli parlimen yang dipilih rakyat tidak layak atau tidak dipercayai?
satu lagi menteri dikalangan senator ni ramai yang tak fasih bahasa malaysia. masa di dewan lain macam saja bunyinya.
http://usabukata.blogspot.com
Datuk A. Kadir Jasin,
ReplyDeleteSaya melihat kedua-dua mereka Tajudin dan Zahid adalah ahli parti yang baik. Walaupun kedua-dua mereka pernah digantung keahliannya,(kalau tidak silap saya) tetapi mereka tidak pernah "mengending" parti lain.
(bukan macam Ezam)
Pertentangan pendapat antara mereka, hanyalah kerana mahu melihat UMNO pulih.
UMNO sekarang diibaratkan macam orang sakit. Bila badan tidak sehat, apa dibuat serba tak kena;hati pun cepat sahaja jadi marah.
Soal Zahid memihak kepada Pak Lah, itu sudah lumrah alam. Perpatah Melayu sudah mengatakan "orang berbudi, kita berbahasa".
Apa yang Zahid buat itu sudah sepatutnyalah. Supaya jangan sampai dikata orang, "tidak tahu mengenang budi" seperti bossnya sekarang ini. (itu kata Tun Mahathir)
Salam Dato',
ReplyDeleteSekarang UMNO sudah menjadi-jadi, semua nampak kabur dalam pemerintahan sekarang.. tiada yang boleh dibanggakan..
Datuk,
ReplyDeleteMelihat kemelut dalam umno sekarang,jelas apa yang P.Ramlee pernah ungkapkan dalam dialog filem bujang lapok.
Sila klik utk dialog tersebut .
http://www.youtube.com/watch?v=cnnCoszOUwc
Salam Datuk,
ReplyDeleteJelaslah bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang pengecut. Hanya besuara bila ada 'kuasa' yang sokong.
Semalam berita di TV menunjukkan cara Zaid yang penuh beremosi 'mengadu' pada wartawan perihal dia di'hina' oleh Mukhriz dan Tajuddin. Macam budak kecik!
Cuma yang saya tak puas hati ialah Pak Lah hanya tunjuk kuasa veto dengan mengatakan Zaid kekal. Kun fa ya kun betullah...
Si Tanggang ni mesti diajar kalau tak semua orang ingat nanti bila dah tidak ada kuasa dalam kerajaan dan parti, mereka akan di hina macam kes TDM.
Saya rasa ramai yang tak sanggup masuk parti UMNO bila berkesudahan diaibkan. Nauzubillah..
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan Dato' kerana saya kenal Zaid melalui satu consultancy work untuk Kota Baru. Beliau adalah seorang yang liberal tapi saya tak faham kenapa beliau tidak boleh dikritik oleh dua orang - Mukhriz dan Tajudin. Kalau betullah beliau tidak bertindak apa yang dimenifestasikan oleh pembangkang, beliau hanya perlu perjelaskan dengan beradap dan penuh hormat.
Semasa beliau mendapat jawatan menteri saya merasakan beliau dah berubah dan mungkin beliau akan mengambil kesempatan ini untuk membalas mungkin dendam yang terpendam selama ini ke atas beberapa ahli UMNO yang dianggap sebagai 'penjahat'dan 'penghalang'.Kalau tak dapat bapak anak dia pun cukup untuk lepaskan gerammmmm.
Saya tak tahulah apa nak jadi kepada UMNO dan apa akan jadi akhirnya...
That's all my comment
Srazali ARIPIN
Brisbane
Australia
Sdr Abdrahim,
ReplyDeleteSdr keliru. Saya menulis mengenai Zaid bin Ibrahim dan bukan Zahid bin Hamidi.
Saudara telah membabitkan Zahid. Sila ambil maklum dan buat pembetulan.
Mohon berhati-hati bila membuat ulasan.
Terima kasih.
66iM58Datuk A. Kadir Jasin,
ReplyDeleteMaafkan saya Datuk, memang maksud saya itu Zaid bin Ibrahim, cuma ejaannya jadi Zahid.
Bukan UMNO sahaja yang celaru tapi saya pun ikut sama...
Harap maaf...
Is liberal label a bad one?
ReplyDeleteAt least Zaid dares to say things that needs to be righted. For Tajudin, am not sure who he is.
Salam Datuk.
ReplyDeleteSaya sbg golongan marhain merasakan pemimpin kita langsung tak boleh ditegur.
Sbg MP mereka perlu bersifat profesional,patriotik dan sayangkan agama bangsa dan negara.
Moga bangsa melayu tidak layu.
ADDin
datuk
ReplyDeletesaya disyaki pernah mencuri ayam. tiba2 saya memohon kerja menjaga reban ayam dan diterima. di mana kebijaksanaan majikan saya?
zaid dan rata2 ahli MP dari UMNO adalah poliTIKUS semata-mata, yang mencari makan sahaja. bila ada peluang makan, semua lari keluar berebut makanan. tapi bila nampak ada ancaman, cepat2 lari masuk lubang bersembunyi.
demokrasi di malaysia-boleh ialah kepartian sempit dan bukannya untuk kepentingan rakyat. setiap MP mencari makan melalui politik. kalau rakyat tidak cukup makan, tidak mengapa. mengapa gamaknya jadi begini? ketaatan hang tuah yang membabi tuli? siapa majikan anda, patuhi saja sebelum dibuang kerja?
apalah salahnya mengkritik untuk membina? kalau dalam UMNO tak boleh kritik, dalam Parlimen tak boleh kritik, di mana2 pun tak boleh kritik, gerangan demokrasi apakah ini? hentikan budaya feudalisme.
Zaid sebagai seorang nak mereformasikan badan kehakiman, tetapi terlalu menyebok dengan mp-mp BN yang dipilih oleh rakyat, dsar muka tidak malu, sudahlah mendapat jawatan atas ehsan Pak Lah dan tidak dipilih oleh rakyat nak pandai komen MP BN lain, yang terbaru mukriz, nah ambil komen balas mukriz mesti berapi punya telinga si zaid tue.
ReplyDeleteRakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
salam datuk akj.datuk memanglah
ReplyDeletepenyokong TDM.sepanjang yg saya ikuti blog datuk tidak ada yg tidak
baik drp.Tun.kebanyakan org memang begitu.yg dipuja semuanya ok.org lain yg tak sehaluan dgnnya adalah org camp lain.
dalam kes zaid dgn.tajuddin ni pada datuk, tajuddin lah hero sebab dia berani mengkritik org yg datuk anggap sebagai org PakLah.saya kagum dgn TDM tapi saya tidak akan mengatakan TDM tidak ada kesalahan.Kedudukan kuasa raja dan kedudukan bahasa melayu masa kini adalah peninggalan TDM yg mengkompromikan kedudukan org melayu.pada saya ahli politik melayu sepatutnya menumpukan tenaga jiwa raga memertabatkan kedudukan melayu yg semakin terancam sekarang ni.baik zaid ke baik six million dollar man ke baik TDM ke PakLah ke a kadir jasin ke kalau hanya sibuk menghentam sesama sendiri tapi tak berkokok apa pun bila di serang oleh LimKitSiang dan KarpalSingh tak layak menjadi pemimpin melayu dan tak guna ada blog kalau setakat nak melaga-lagakan org melayu.at the rate we are going dgn melayu berlaga dan dilagakan sesama sendiri tak lama lagi perdana menteri melayu pun hilang.
Dato'
ReplyDeleteSaya berpendapat kalau kita memang 'close' dengan PakLah atau Khairi atau Kamaruddin ibni PakLah, tak payah kita susah2 lobi untuk jadi calon. Belum tentu menang tapi duit tentu habis. Lagi pun rakyat bukan suka kita. Masa pilihanraya tak payah turun padang nak menangkan calon parti kita dan kalau boleh 'cah keting'. Duit simpanan tu boleh pergi melancong ke luar negara. Bila habis PRU, PakLah akan lantik jadi menteri juga macam Zaid + Marsitah. Cuba tanya Zaid dimana dia semasa PRU dulu... buat kerja untuk UMNO ke tak?
Bye/roti planta
Asalamualaikum semua rakyat Malaysia.
ReplyDeleteJanganlah bergaduh sesama sendiri.Punca masalah adalah Tun Mahathir .Beliau kritik PM , keluar UMNO dll tak habis habis.Tun Sebenarnya seorang yg telah berjasa dengan Rakyat Malaysia . Tempoh pemerintahannya 22 th telah melonjakan Malaysia 100 th. Ta'ada pemimpin lain didunia ini setanding dengannya ,janganlah menafikan pekara ini.Bagi Tun yg sudah berusia ,beliau sebenarnya kecil hari cara UMNO & PM layan beliau
Layan beliau dengan baik,yg muda jangan sombong ,jangan hendak tunjuk pandai.Anda semua tidak setanding dengan beliau.
Jadikan sebagai penasehat,bila ada kesulitan minta nasehatnya,Dalam mesy.UMNO jemput beliau .Jangan sesakali kondem beliau,hargai dengan kemakmuran negara yg diushakan olih TUN.
Semua kemelut sekarang akan berakhir sekiranya PM & semua ahli majlis Tertinggi UMNO berjumpa dengan TUN.Minta Maaf , minta TUN masuk balik UMNO saya pasti keadaan akan jernih semula .Buangkan segala EGO anda jadilah sebagai seorang Islam yg.mulia dan kalau kita minta maaf dengan sesaorang tidak salah bahkan ALLAH suka pekara ini memaafkan antara Islam.Ingat sekiranya permusuhan antara sesama Islam ,pintu Syurga akan tutup kepada mereka.Kita sebagai orang Islam wajib DAMAIKAN mereka bukan simbah minyak.
Kalau hari ini kita bercakaran sesama sendiri apa akan berlaku pada jenerasi akan datang.Mungkin orang lain ambil kesempatan.
Salams Dato,
ReplyDeleteSaya juga hairan penampilan Dato Zaid Ibrahim tidak seperti ketika beliau belum menjawat jawatan menteri.
Orang sepertinya boleh dikira beruntung kerana sudahlah dilantik sebagai senator, menjawat pula menteri penuh.. tidak sia2 vokal satu ketika kalau akhirnya penghujungnya seperti yang dipinta.
nampaknya sindrom 'menjaga periuk nasi' sudah terkena jua pada Dato Zaid. Saya berkira kalau PM tidak melantiknya tempoh hari, beliaulah akan menjadi orang paling lantang mengkritik dasar2 kerajaan terutama yg melibatkan kebebasan perundangan. Namun ketika ini jelas, pandangan beliau lebih kepada mengikut telunjuk dan mahu mengambil hati semata. Sayang, Sifat Dato Zaid dahulu sudah semakin luntur.
Jika sekalipun mahu menegur rakan seperjuangan dalam BN, cermin2 lah diri dari mana kita datang.. janganlah sehingga ada di kalangan ahli dewan rakyat yang akan berani bangun dan berkata " kamu duduk!! kamu itu pun masuk dari 'pintu belakang'"
Tepuklah dada.
mintak maap la datuk kalo posting saya tak kena dengan tajuk yang kita bahaskan
ReplyDeletetujuan saya cuma nak ingatkan presiden UMNO tentang perlembagaan parti
20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.
tak tau la paklah terlupa atau saja2 buat lupa yang ezam penah lawan UMNO masa PRU 1999
- zakri
alamak dato,
ReplyDeletedia dpt jwatan menteri tanpa penat lelah tentulah dia akan bela habis-habisan pl.pl pulak lantik ramai senator untuk jadi menteri supaya ada orang sanggup pertahankan dia mati-matian atas segala kepincangan nya. budak kecik pun tahu taktik ini tak payah tunggu jadi menteri.akhirnya bila kena komen kecut prut takut hilang jawatan. saya rasa kalau dia bertanding pilihanraya tak dak siapa nak undi dia
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeletePada pandangan saya, Zaid yang cuba menampilkan dirinya sebagai seorang "liberal", sebenarnya hanya berjaya menonjolkan dirinya sebagai "pak turut, tidak berprinsip, berdolakdalik, putarbelit, dan kacang lupakan kulit", semacam AAB, yang masih meraba2 mencari Al-Ghazali & Al-Shafie, bukan harta bertimbun2 (tapi bergunung-ganang & berbillion RM), selepas empat tahun memerintah! Species macam Zaid ni cukup disenangi pembesar negara sebelah selatan Malaysia & neocons Amerika...
Sdr Mamak Penang,
ReplyDeleteMohon maaf tidak dapat siarkan komen sdr. Kita tidak akan menuduh atau memanggil sesiapa kaki botol dalam blog ini.
Saya tahu mimum arak haram bagi orang Islam. Tapi kalau PM yang mengamalkan "Islam Hadzari" boleh melantik mereka ke jawatan tinggi dalam kerajaan dan media, kita faham-faham sajalah.
Namun saya ambil maklum bahawa Zaid dan Timbalan Pengerusi NSTP itu "colour blind".
Sekarang banyak orang Melayu atau yang berpura-pura Melayu yang takut mempertahankan hak orang Melayu.
Malah mereka berasa bersalah kepada kaum-kaum lain jika mempertahankan hak Melayu.
Bagi saya adalah pengkhianatan dan sangat berbahaya jika hak orang Melayu dan Bumiputera yang berupa kaum induk dan majoriti tidak dipertahanlkan selaras dengan hak kaum-kaum lain.
Terima kasih.
Dato'
ReplyDeleteSaya bekas pegawai kanan sebuah bank tempatan. Saya penyokong Umno dan saya kenal semua orang yang Dato' sebut dalam kolum ini. Saya juga kenal Sdr Ezam. Manang saya panggil dia Sdr Ezam sebab satu masa dulu kami dalam satu kem iaitu kem Anwar Ibrahim. Kerana jadi "orang Anwar" kedudukan saya dalam bank sentiasa goyah.
Betul kata Dato' tu. Zaid
Ibrahim ini banyak buat conveyancing untuk peminjam Bumiputera dan dia pun dilantik panel oleh banyak bank kerana dia Bumi dan rapat dengan orang politik.
Ezam pula dia memang taksub kepada Anwar tapi jadi mangsa Azmin kerana Anwar lebih sayang dan percaya kepada Azmin. Dalam Kem Anwar, Azmin jaga hal peribadi Anwar dan Ezam jaga hal politik.
Saya pernah berbual dengan Ezam tentang keluarga Adbullah Badawi sebagai business machine kerana memang dari dulu cergas dalam perniagaan dan Ezam kata "I love to dig into their ......"
Sekarang Ezam masuk balik Umno konon kerana dia yakin dengan perang anti rasuah PM. Inilah susah kita berkawan dengan orang politik. Lain cakap lain buat termasuk kawan saya Ezam.
So Ezam what are you going to do regarding CIMB-Scomi Forex activities? UOB-Scomi Forex activities, unsatisfied loans amounting to billions of Ringgit?
These are public domain info. You can buy from KLSE. Also about ECM Libra-Avenue deal that you were so upset about? What about oil-for-money scandal? We talked about all this for hours and days.
Dato' do get somebody to check on how big local banks like Maybank and Cimb are funding sons and daughters of important politicians and their cronies on the basis of "unsatisfied" loans and advances.
Sekarang Ezam bolehlah bantu Zaid bersihkan Umno dan kerajaan dari korupsi. Saya tidak hairan kalau Ezam dilantik jadi pengerusi GLC atau senator dan kemudian Menteri. Ezam adalah pengganti kepada Tun Dr Mahathir dan Anwar dalam Umno milik Abdullah Badawi dan anak-anak.
Ex-Banker
28.5.08
ReplyDeletePOLITIK PERKAUMAN
kebelakangan ini banyak diperkatakan dengan kononnya politik perkauman ataupun kenyataan politik perkauman. satu pihak menuduh satu pihak yang lain mengamalkan politik perkauman. sebenarnya kedua-dua pihak sama sahaja. sedikit sebanyak masing-masing mengamalkan politik perkauman. banyak isu-isu yang sering kali dikaitkan dengan politik perkauman. tetapi yang uniknya ialah isu-isu ini mesti berkait dengan orang melayu. bila orang melayu sebut ketuanan melayu ia dituduh perkauman. bila sebut hak istimewa orang melayu ia dituduh perkauman. bila sebut saja isu-isu kepentingan orang melayu ia akan dituduh perkauman.
tetapi bila kepentingan kaum lain dibincangkan ia akan disebut hak asasi rakyat malaysia walaupun ianya dibangkitkan dalam garisan kaum. kenapa orang melayu diasak dan dituduh sedemikian rupa selepas 50 tahun dahulu orang melayu telah bersetuju berkongsi negara dan kuasa dengan kaum-kaum lain. tidakkah kita sedar bahawa memberikan kerakyatan kepada sesiapapun oleh mana-mana negara didunia ini merupakan suatu pemberian yang tidak ternilai. orang melayu hanya inginkan sedikit bahagian daripada nikmat tanah air ini. sebahagian besar yang lain telah diberikan kepada kaum-kaum lain.
pengamal media sama ada media perdana atau media alternatif perlu mengkaji siapa sebenarnya mengamalkan perkauman. sama ada orang melayu atau kaum-kaum lain atau kita semua mengamalkan perkauman. adakah salah kita mengamalkan perkauman? cuba kita lihat di shah alam. majoriti penduduknya orang melayu. berapa banyak perniagaan orang bukan melayu yang dikunjungi oleh orang melayu? adakah orang melayu perkauman? kenapa mesti digembar-gemburkan isu kepentingan orang melayu di negara ini sebagai perkauman sedangkan orang melayu beramai-ramai dan berbondong-bondong mengunjungi perniagaan orang bukan melayu tanpa rasa prejudis. dari pasar raya hingga ke kedai runcit, dari kedai basikal hingga ke bengkel kenderaan. kalau kedai makan janji ada logo halal jakim orang melayu akan berduyun-duyun menyokong perniagaan tersebut. tentu kita biasa dengar orang melayu yang lebih suka ke kedai cina daripada kedai melayu walaupun kedai cina itu jauh sedikit. tentu juga kita biasa dengar orang melayu yang kata servis restoran mamak (india) lebih baik daripada kedai makan melayu walaupun kadang-kadang kita tidak pasti status restoran berkenaan.
sama-samalah kita fikirkan.
http://usabukata.blogspot.com
Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteSaya tidak kenal Zaid Ibrahim, cuma pernah berinteraksi dengan peguam-peguam firma Zaid Ibrahim & Co. Namum begitu, bolih lah saya katakan di sini, Zaid sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk "menjestifikasikan" perlantikan beliau sebagai Senator dan Menteri. Maka kita tengoklah sajalah gelagat seseorang yang telah di kenakan discipline oleh UMNO kerana rasuah. Pada hemat saya, Zaid hanya menari mengikut rentak yang telah di tetapkan olih majikan baru beliau iaitu PLKJ Tingkat 4 & Co.! Adakah prinsip tersirat Islam Hadhari berarah ke pahaman lebih liberal serta lebih hipokrit? Saya tak tau...
HAK-HAK MELAYU:
Mengenai ulasan Sdr. mengenai mempertahankan hak-hak Melayu, saya amat keliru kerana yang "banyak" mempertahankan hak-hak ini terdiri dari mereka yang gemar dengan "shouting rhetorics" dalam masa sama menjadi penjaga serta pengutip toll. Macamana tu..? Please enlightened me...
Tidak ada guna untuk mempertahankan hak-hak sesuatu kaum jika kaum tersebut tidak berusaha bersungguh dalam pembelajaran/persekolahan, perniagaan ataupun perkerjaan. Jikalau kita asyik bercakap mengenai hak-hak tanpa berbuat apa-apa (ataupun terlalu "fickel-minded" dalam arahtuju polisi) untuk mengubah nasib, apa gunanya!
Macamana nak jaga hak-hak sesuate kaum tu? Kenapa jaga hak-hak kaum dan bukan hak-hak sebagai seorang Muslim? Adakah hak-hak kaum lebih utama dari hak-hak serta tuntutan agama?
Mungkin hak-hak kaum lebih utama dari hak-hak agama kerana hak-hak agama tidak mengira kaum!
Saya mohom diperbetulkan...
Saudara AKJ yang dihurmati;
ReplyDeleteTopik ini begitu hot kerana berada di muka depan Utusan Malaysia, hari ini.Masaalah mereka, termasuk Mukhriz akan dibawa ke Lembaga Disiplin UMNO.
Bagi saya, yang pentingnya adalah kejujuran didalam berpolitik demi kebaikan dan kepentingan bangsa dan negara.
Kita pergi kepada Zaid. Zaid adalah orang yang mengatakan Tun Mahathir mentadbir negara ketika Tun menjadi PM, secara ' dictatorial '. Ada bekas menteri yang mengatakn 'tidak'dan kebanyakannya dibuat melalui consensus dan collective bersama jemaah menteri yang lain.
Zaid juga lupa akan jasa jasa Tun Mahathir kepada beliau yang membuat Zaid hidup mewah hingga sekarang. Kesenangan Zaid bermula ketika beliau masih muda dan mendapat kontrak kontrak perundangan untuk projek projek pengswastaan ketika zaman Tun.Kita mesti ingat budi orang, jikalau kita tidak dapat membalas akan budi tersebut maka adalah wajar kita mengenang budinya, BUKAN MENGHENTAMNYA.
Disini kita nampak bahawa Zaid hanya terpaksa menunjuk nunjuk kepada PM sekarang bahawa beliau adalah seorang yang pandai membela Pak Lah kerana terhutang budi, untuk menangkis serangan Tun terhadap Pak Lah. Saya yakin Zaid akan menghentam Pak Lah pabila Pak Lah tidak berkuasa lagi. Orang yang tidak berpendirian sebeginilah yang Pak Lah agung agungkan?
Apakah Zaid seorang yang pintar didalam menangani segala masaalah undang undang sehingga Pak Lah melantiknya menjadi Menteri untuk menjaga hal hal yang berkaitan undang undang? Apakah Zaid tidak terlibat lansung didalam kekalahan kita tentang Pulau Batu Putih? Ini lagi besar maknanya kerana melibatkan MARUAH negara. Saya bersyukur kerana kelemahan Zaid ini dilihat olih Datuk Tajuddin sehingga beliau berani menentang Zaid. Apakah Pak Lah Nampak? Tentunya tidak, kerana Zaid adalah orang harapan Pak Lah.
Disini kita mesti beri pujian kepada Datuk Tajuddin akan keberaniannya menentang Zaid demi kebenaran. Kita nampak Datuk Tajuddin bukan kaki 'bodek'.
Sebagai manusia, setinggi mana ilmu kita, secerdik manapun, kita tetap manusia dan tetap ada kebodohan dan kelemahan dengan membuat perkara perkara yang salah dan silap.Yang penting kita mesti sedar akan kelemahan dan kesalahan tersebut.
Disini, sangat jelas Zaid telah menunjukan akan kebodohannya apabila menghentam Datuk Tajuddin dan Mukhriz secara terang terangan. Kadangkala orang bijak dan cerdik pun tidak BERAKAL.
Saya ingin mengambil kesempatan berbincang tentang kemasukan Ezam dalam UMNO, yang mana telah mendapat liputan luas, sampai Pak Lah sendiri yang menerima kemasukannya di Parlimen. Apakah Presiden UMNO bolih membuat keputusan sendiri menerima sesiapa memasuki UMNO? Pak Lah kata Ezam sudah diterima. Apakah pendapat Ahli Ahli Majlis Tertinggi? Ini bercanggah dengan pendapat Tan Sri Muhiyidin Yasin.
Tan Sri Muhamad Mohd Taib mengatakan di dalam Blognya 'Pengalaman Ezam mengenai strategi dan saikologi diperlukan untuk mematikan serangan parti lawan dan memberi nafas baru dalam perjuangan UMNO dan memberi keyakinan pada orang Melayu'.
Apakah cerdik pandai orang orang UMNO, penasihat penasihat Pak Lah sudah tidak dapat menyakinkan orang melayu? Apakah strategi strategi Pak Lah dan orang orangnya sudah tidak effective? Heran, seorang muda seperti Ezam dibangga banggakan. Apakah selama ini, UMNO asyik mencari pakar pakar untuk menangkis parti lawan sehingga mereka terlupa akan tanggung jawab kepada pengundi, bangsa dan negara? Ini yang mesti direnongkan bersama. Kesimpulannya, inilah 'POLITIK' yang ada di negara kita yang berkonsepkan Islam Hadhari, yang dilaung laungkan olh pemimpin kita.
The Scribe,
ReplyDeleteSaya harap Senator Zaid bantai lagi YB Jerlun dan terus bantai dia sampai padam kalau oleh.
Syabas, Senator.
The Scribe,
ReplyDeleteDengan Izin.
Miss Mukhriz!
(hit him again, senator! - he lies!)
May 29, 2008 15:52 PM
Umno Grassroots Members Want Survey On Support For Leadership, Says Mukhriz
TEMERLOH, May 29 (Bernama) -- Umno grassroots want a survey on support for the party leadership to be carried out, said Umno Youth executive council member Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
He said the survey could be conducted by distributing special forms to the members to enable them to state their actual stand whether they supported the present leadership or otherwise.
"There are probably many Umno members who wish to express their feelings but unfortunately they have been deprived of their rights by leaders who are more interested in their own position," he told reporters after attending a gathering with Kuala Krau Umno Youth members, near here last night.
Mukhriz, who is also the Member of Parliament for Jerlun, said he had met with several Umno members who had expressed their disappointment because their rights had frequently been denied and they had thus decided not to be active in the party.
"The silent protest by the party members is even more dangerous than open expression of opinion," he said.
Mukhriz said the grassroots members had also suggested that they be allowed to vote in the party elections in future.
-- BERNAMA
Nota:
this mukhriz is desprate to get the job of printing the glossy 1000 page questionaires or is it a questionaire with 100 gross guidelines?
(can jerlun kid do a 10-point dive?)
Salam Dato' AKJ
ReplyDeleteTindakan Zaid Ibrahim menjawab dan mengheret perkara yang berlaku di Dewan Rakyat ke pentas awam amat tidak kena pada tempatnya. Menggesa tindakan diambil kepada Mukhriz dan Tajuddin yang berada di Dewan Rakyat atas mandat pengundi mencetuskan persoalan atas kelayakannya sendiri berada di sana sebagai senator yang dilantik Menteri. Senator tidak ada mandat daripada pengundi. Oleh sebab dia dari Kelantan, kesenatorannya bukanlah mewakili negeri kerana PAS yang menguasai DUN tentu tidak akan melantiknya menjadi senator. Zaid berada di Dewan Rakyat semata-mata kerana lantikan oleh Perdana Menteri.
Tajuddin Abdul Rahman adalah Ketua Pemuda Umno Perak dan exco Pemuda Malaysia pada satu ketika dahulu. Karier politiknya dilambatkan oleh pergeseran yang berlaku dengan Ramli Ngah Talib. Beliau pernah digelar Six Million Dollar Man kerana dikatakan cuba membeli pengaruh di peringkat Bahagian Pasir Salak. Bintangnya kembali cerah dengan malapnya pengaruh Ramli Ngah Talib di sana. Pada 2004, Tajuddin menjawat ADUN Kampung Gajah, dan pada 2008 dia maju ke Parlimen Pasir Salak.
Umno yang telah cedera kian menjadi parah dengan pertikaian terbuka kedua-dua mereka, serta Mukhriz yang memang telah sejak awal konsisten bersuara melawan arus di atas. Pak Lah yang lemah semakin hanyut dalam gelombang yang melanda tidak akan berbuat apa-apa untuk menyekat perpecahan yang berlaku. Paklah lebih gembira meraikan kedatangan Ezam ke dalam Umno. Hisham pula diarah untuk mempertahankan kerusi Ketua Pemuda untuk menyekat Mukhriz.
DKJ,
ReplyDeleteApa komen datuk tetang kemasukkan semua bekas SU Politik Anwar ke dalam UMNO?
Kepimpinan UMNO telah menerima Ezam kembali.
Ada ke cerita disebalik kemasukkan ini yang datuk tahu?
tq
YB Datuk,
ReplyDeleteZaid cuma nak 'jaga' boss, supaya 'boss' dapat menjaganya.
Pandangan saya?....dia lebih baik kadi peguam di dalam firma guamannya dan buat duit menguruskan hal-hal guaman pelanggannya.
Itu lebih baik dari menjadi 'tukang kipas'.
Kerugian pada bangsa dan negara bila orang yang sedikit berakal di lantik tidak untuk menggunakan akalnya tapi hanya untuk menjadi 'tukang kipas'.
Malu. atau pun tak malu?...(dah penat mengeluh tengok semua mereka ini yang merasakan mereka pemimpin2UMNO) ....
Datuk,
ReplyDeleteOrang PKR pun dah mula masuk UMNO ni.
The invisible hand is at it again
KJ is losing clout in Pemuda and this is the step prior to next UMNO election.
He's adding his proxy in UMNO.
There will be some real big money politics in the pipeline. filthy big i guess.
Mukhriz will have to start campaigning hard now.
The ex PKR need to be watched.
Perhaps DSAI beginning to see it will be much easier to become PM under UMNO.
He only has to buy his way into UMNO and in the mean time plant his people to make that in-roads.
UMNO members has the history of being bought.
It's time to draw a line between the hardcore and the spineless.
I'm not surprised if AAB suddenly accepts DSAI into UMNO, PKR dissolved, and a new election to be called.
AAB will use this excuse for the malays as uniting the malay to strengthened his position and thus obtaining stronger mandate.
This is his political survival and to collaborate with DSAI seems more viable for him to stay in power for at least another term.
Then DSAI will step in as PM and later followed by KJ.
How's that?
Dato,
ReplyDeleteAhli politik dari Umno dan BN sombong belaka.
Ahli politik dari pembangkang pulak, bodoh belaka.
Kesimpulan saya bahawa ahli politik ni sombong bodoh belaka.
salam semua....
ReplyDeleteSollu Alannabiy !!!! SElawat atas Nabi..
Nape? sbb syaitan dok dlm hati x selawat nabi.
Orang Arab jika bergaduh, dia akan kata 'sollu alannabiy'
tanda dia mahu berdamai...
kita ?? bila lagi ??
nak terus bergaduh ?
Ezam masuk UMNO nak kecoh ?
Tun Mahathir keluar nak heboh?
apa ni ? kata nak jaga ketuanan melayu agama negara tapi dok bergaduh...
mcm mana tak bergaduh hati dok pelihara syaitan ....
sembahyang tak tahu ke mana...
harta halal haram tak kira...
hasad dengki disimpan...
iri hati tak ada link dgn org berkuasa.
mcm 2 lagi cinta dunia ..
sampai orang nak tadbir negeri susah ...
kalu negara tergadai siapa salah ??
semua yg dok tulis dan heboh bab nak biar kita semakin bergduh.
itulah pengkhianat sebenarnya...
dengar bisikan iblis hingga negara huru hara...
maaflah cakap kasar sikit tetapi itulah pahit bak ubat bagi penyakit.
Mari kita menulis rapatkan hubungan sama kita dan buang sengketa...
Kita sudah tiada masa....Melayu kan gagah di Nusantara jika kita sedar kita menjadi mainan orang tertentu agar sibuk bergaduh di tengah gelanggang bak ayam sabung...
sekarang cari 'batu api' yang menghasut kita...
buang 'munafik' ini dari terus duduk dalam negara....
singkirkan orang ini...nanti jika dibiar negara akan huru hara.
The Scribe,
ReplyDeleteDengan Izin.
Isu Tatatertib dan Perlembagaan Parti
i. MT perlu bincang- Muhyiddin
KANGAR 29 Mei - Penyertaan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO perlu dibincang dan dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai parti pembangkang.
"Beliau tidak boleh diterima secara automatik sebagai anggota parti kerana MT perlu melihat rekod politiknya.
"Kalau dia orang baru dan tidak ada rekod, MT tiada masalah untuk menerimanya tetapi kalau seseorang itu ada rekod atau misalnya pernah meninggalkan parti atau dipecat daripada parti lawan, selepas itu nak masuk semula UMNO, itu kena bawa kepada MT.
"Dalam perlembagaan parti, MT ada kuasa untuk menerima atau menolak permohonannya," katanya pada sidang akhbar selepas memberi taklimat tataetika UMNO kepada pemimpin UMNO Perlis di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO bersedia menerima sesiapa sahaja menyertai parti itu dan langkah tersebut tidak seharusnya dikaitkan dengan usaha membawa perpecahan dalam parti.
Malah beliau yakin Barisan Nasional (BN) sedia menerima dua pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekiranya mereka berhasrat menganggotai parti komponen BN.
"Tidak bermakna mereka masuk parti kita, akan memecahbelahkan parti, kita perlu lebih terbuka tetapi bagi saya, yang penting ialah kemasukan Ezam menunjukkan penting dan ikhlasnya perjuangan UMNO," katanya di Shah Alam, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Muhyiddin mengulas mengenai permohonan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO semalam setelah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR pada 1999.
Ezam keluar daripada PKR pada April tahun lalu selepas kecewa dengan corak kepimpinan parti itu yang dikatakan dikuasai secara eksklusif oleh golongan tertentu yang berkepentingan peribadi sehingga menyebabkannya lemah.
Borang keanggotaan beliau diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, UMNO adalah parti yang terbuka kepada semua orang Melayu dan bumiputera untuk menyertainya.
"Orang kurang jelas apa tujuan sebenar Ezam. Tetapi kita tak mahu sangka buruk. Terserah kepada beliau sendiri.
"Daripada segi peraturan perlembagaan parti, tiada sekatan atau halangan untuk seseorang menyertai UMNO.
"Cuma mungkin yang menjadi persoalan ialah kerana beliau pernah menjadi ahli UMNO, kemudian keluar dan masuk parti lawan lepas itu masuk balik UMNO," katanya.
Beliau berkata, Ezam pasti akan terbeban untuk membuktikan keikhlasannya menyertai semula UMNO.
"Apa pun terserah kepada beliau sendiri. Kalau beliau ikhlas mahu membantu parti, kita tak boleh tolak. Kalau beliau memenuhi syarat-syarat perlembagaan parti, kita tidak boleh menghalang," katanya.
habis...
ii. UMNO perlu adil terima semula ahli
Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
KOTA KINABALU 29 Mei - UMNO perlu berlaku adil kepada semua ahli yang pernah dipecat atau dikenakan tindakan disiplin jika mereka ingin masuk semula ke dalam parti, sama seperti bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor yang diterima tanpa syarat.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, jika Mohamad Ezam sebelum ini pernah menentang UMNO dan diterima semula secara terbuka, bekas-bekas ahli lain yang ingin kembali ke pangkuan parti perlu diberi peluang sama.
''UMNO perlu adil kepada semua ahlinya yang pernah dipecat atau dikenakan tindakan disiplin. Kita tidak mahu hanya kerana Ezam bekas Ketua Pemuda PKR, UMNO menerimanya semula.
''Kita berharap beliau ikhlas menyertai UMNO dan bukan kerana ada agenda peribadi. UMNO adalah parti politik dan bukan parti main-main, bila-bila masa boleh masuk dan keluar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kemasukan Mohamad Ezam ke dalam UMNO selepas meninggalkan parti pada tahun 1999.
Mohamad Ezam menyerahkan borang permohonan keahlian seumur hidup kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, semalam.
Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, sebagai sebuah parti yang berwibawa, UMNO seharusnya tidak bersikap pilih kasih dalam menilai hasrat seseorang yang berada di luar parti untuk kembali kepada perjuangan asal.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Mohamad Ezam melihat UMNO lebih baik daripada parti pembangkang menyebabkan beliau kembali semula menyertai parti yang pernah ditinggalkannya.
''Mungkin itu yang istimewanya. Tetapi apa yang paling utama ahli UMNO di semua peringkat perlu mencontohi kepimpinan terdahulu yang meletakkan agenda perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi.
''Ahli UMNO perlu lebih bersemangat dengan cabaran yang dihadapi dan semua pihak harus mempertingkatkan peranan dan prestasi masing- masing untuk mendampingi rakyat," tegasnya.
iii. Terima Kasih
menteri belia dan sukan ismail sabri yaakob suruh mokhzani mahathir letak jawatan pengerusi SIC.
ReplyDeleteboleh datuk akj tolong ulas.
ulasan saya.
betullah orang kata pembesar umno semakin bongkak. dengan mokhzani dia boleh bersikap begitu cuba bayangkan sikap mereka terhadap ahli umno biasa dan bukan ahli umno.
http://usabukata.blogspot.com
Salam Dak,
ReplyDeletedah lama tak jengok The Scribe,
Dok buka pekung kat blog chedet.com.
Ramai orang macam kami adalah half baked and/or overbaked depending on the subject matters.
Izinkan,
'amoker' asked 'Is liberal label a bad one, atleast Zaid dares to say things that needs to be righted...'
Mr 'amoker', there's nothing wrong being label a liberal but that fellow don't say or do the right things. Instead makes a mockery of the Judicial system especially the decisions on the Lingam's case.
Woinder he read the Federal Constitution on the powers that constitute on the Appointments of Judges.
A 'buta dalam gelap' person will knows that any amendments effecting the Agung & his council calls for their consent before it cud be tabled in Parliment.
Actually, 'they' are using this de facto minister to get back at Ayahanda Tun! So my ex-editor Datuk wud you edit my remark to officially labelled that fellow 'LINGAMPOOPS.?
May Allah swt blessed upon us His
'Kasih dan Sayang' always.
Salam Dato'
ReplyDeleteKepada saudara botak Chin-saudara mohon diperbetulkan. Saya rasa saudara perlu cari sendiri jawapan tersebut.Kaji soalan ini,mengapa orang Islam lemah?,mengapa bangsa melayu lemah? .Jika sekarang saudara kaji secara kasar dan 10 lapis, kaji halus-halus dan sampai 100 lapis. Saya rasa dari tulisan-tulisan saudara, saudara seorang yang pandai mengkaji dan boleh melihat sesuatu isu dari beberapa arah. Entah-entah selepas kajian dari marah boleh jadi sedih dan sayu.
Kanta
Salam Dak,
ReplyDeletewhenever somone mentioned the name of Lingampoop' Zaid's, my hands becomes 'itchified' to pen something.
Of late he hs been talking too much garbage.
wonder which head was thinking. Thank god, he has only one mouth to speak.
Datuk, its been sometime that we heard Kak Idah talking. Some things just ain't right.
Me gedebe, you no gedebe
Salam Dak,
ReplyDeleteWhen watching the documentary on the Seniman Lagenda Tan Sri Dr. P.Ramlee, my mind wandered thinking how this 'gifted' man (deceased) was and still admired by many for his contributions to the music and film industries. His songs
were even translated in foreign languages eg. Thai, japanese and russian. His films and songs are still evergreen.There will never be another legend like him.
As I ponder, I began to visualise Ayahanda Tun M charismatic smile, his contributions to the nation and the world at large, then I realised that the nation has two legends not one. This beautiful nation has been blessed by the Almighty Allah swt.
Singing to the melodious song,
'Dimana kan ku cari ganti'
Pilu rasa hati bila mengenangkan
nasib Ayahanda Tun yang masih mahu memikul baban yang makin sarat, walupun jasad dan keringatnya tidak
begitu mengizinkan.
It's mind bongling, ONE MILLION visits to Chedet.com in one month!!
The Scribe, slowly but surely will reach its 2nd http://www.millenium.com/watch?soon
Salam Dato'. Zaid ini sebenarnya adalah manifestasi denial syndrome yang sedang dihadapi oleh Pak Lah dan penasihat rapatnya. The result of the election clearly showed that the rakyat is fed up with his weak leadership since 2004, his many flip-flop decisions notably on the scenic bridge in JB and the influence of his son and son in law and the tingkat 4 boys in Government and UMNO business is well documented and need not be repeated for now.
ReplyDeleteUnfortunately Pak Lah and his advisers even after analysing the result and feedbacks from the ground refuses to go for reasons only known to themselves.They prefer instead to believe that the weak Pak Lah could be resurrected by churning out half baked reforms on the judiciary and the BPR that are not really thought through carefully. This reforms will show Pak Lah in the short term as a great Malaysian reform PM but will not save Pak Lah in the long run and history will judge him as the weakest PM in Malaysia's history. As part of the reform strategy the so called liberal zaid was hastily called in to join the cabinet as defacto law minister.
The fist thing the zaid wanted was to get the government to apologise to Tun Salleh as a start to the so called judicial reform but was quickly shot down sensibly so by the cabinet, but he got round it by pursuading Pak lah to say sorry and offering an exgratia payment to Tun Salleh in the infamous dinner at Mariott Hotel. This event is not only stupid as it is wrong because Tun Salleh was sacked by the then YDP Agung after recommendation from a Tribunal appointed by the Agung.My question is how could an apology to Tun Salleh who refused to appear before the Tribunal be able to right the judiciary.
I think the most damaging idea from Zaid is the formation of a commission to select judge candidates for recommendation to the PM and if the PM rejects the nominee from the Commission he will have to reject with an explanation and would this not usurp the powers of the PM. THis idea needs to be assessed thoroughly as the composition of the commission is unknown are they from the Bar Council, NGOs,Civil Servatnts? Wouldn't now the judges be beholden to the Bar Council etc who recommended them in the first place. This commission will only cause more caca merba to the judiciary and Zaid stands to be remembered as the person responsible for an inefficient judiciary.
I think the judiciary as it is, is fine without having zaid coming to barge in with his wild reform ideas,if not how could Anwar Ibrahim be set free on a technicality during his sodomy trial, so no need to change the Judiciary so much as the Constitution does set a system to act against judges who gets out of line as in the Tun Salleh Abbas case.
So zaid should instead of whining like a child about Dato Tajuddin and Mukriz comments on his so called reforms in parliament should instead focus on the REAL issues within the judiciary which will be understood by the rakyat(voters) as follows:
1. The thousands of remand prisoners waiting for their day in court and how to speed up their wait.
2. The thousands of back log Civil cases that is waiting for a court hearing.
3. Ensuring a system that judges write written judgements in reasonable time otherwise no further promotion etc.
What say you Zaid.
Salam Dato' dan Sdr/i semua,
ReplyDeleteSaya mungkin terlalu muda utk mengenali Zaid dan Tajuddin atau mungkin juga saya tidak ambil kisah tentang apa yg terjadi dgn mereka dahulu - sejarah mereka tidak lekat dalam ingatan saya. Tetapi tulisan Dato' dan komen Sdr/i terutama Sdr Ex-Banker merasionalkan mengapa kemelut ini berlaku - ianya menunggu masa sahaja utk berlaku.
Mungkin betul - Zaid terlalu liberal dan Tajuddin terlalu berani. Tetapi apa yg saya tunggu sebenarnya ialah pertembungan Zaid sebagai seorang yg pernah dikaitkan dgn duit politik (sila betulkan sekiranya salah) dengan Ezam yg menjadi "champion" Gerak. Saya ingin perhatikan bagaimana Zaid meguruskan pula perkara2 yg menjadi perjuangan Ezam selama ini seperti mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ezam mengatakan.... "....kemelut masyarakat dan negara ketika ini berpunca daripada rasuah dan penyelewengan." Jadi sebagai orang biasa, saya ingin melihat bagaimana Ezam dapat memainkan peranan dan "membuat perubahan kepada negara" di dalam Umno selepas ini.
Kedua2 'champion' sedang berada di dlm Umno. Bagi saya, sudah sampai masanya isu2 tersebut diketengahkan.
Anakbuah Biduanda
Datuk dan sdr Anakbuah, Ezam adalah oportunis macam Anwar juga.
ReplyDeleteIngat lagikah janji Anwar hendah "meroooooobah" Umno. Tapi apa kurangnya Anwar dengan pemimpin Umno sebelum dan sezaman dengannya?
Lihat bagaimana duit digunkan untuk menjatuhkan orang tua yang berjasa bernama Ghafar Baba dan empayar bisnis Anwar seperti MRCB, Hong Leong Bank dan Allied Bank.
Ezam akan menjejaki Anwar menjadikan Umno ibu duit dan kunci kuasa. Lihatlah siapa pesekongkolnya--Zaid, KJ yang semuanya raja duit dalam Umno.
Ex-banker
Datuk,
ReplyDeleteKemasukan Sdr Ezam dalam UMNO sekurang-kurangnya mebuka mata mana-mana MP yang ingin melompat parti agar berfikir 2 kali. Mungkin sebab itu PM terus bersetuju ketika ditanya tentang kemasukan semula Ezam. Jelas sekali dalam politik persepsi lebih penting dari fakta. Saya merasakan seperti ada suatu 'agenda' sedang dirancangkan dengan kemasukan Sdr Ezam. Anyway, kami sekeluarga menyokong TDM. Sorry UMNO.
Salam
Datuk,
ReplyDeleteDalam kita berbicara tentang "pergaduhan" pemimpin melayu ini, satu lagi hak melayu sudah diberi tanpa dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen melayu, iaitu biasiswa JPA. Dari kuota 90% terus tinggal 55%, sebak saya mendengarnya, satu demi satu hak kita digadaikan dengan senang.
memalukan UMNO sendiri...sepatutnya mereka ini memikir hala tuju parti kerana semua orang maklum UMNO bila bila masa akan tumbang..ini tidak..hanya tahu bodek dan mengampu..kalau ini berterusan,tengok sajalah nanti pembangkang yg akan memerintah...suara akar umbi tidak didengar..suara golongan muda juga tidak didengar...yang mereka dengar suara paklah yang cakap pun mcm orang berbisik...pelik betul..
ReplyDeleteSalam Kadiaq
ReplyDeleteSejak chedet dah ada blog ni Kadiaq macam malas ja nak menulih jangan macam tu ramai peminat nak baca buah pikiran Kadiaq ni.Tiap-tiap hari pun tak pa saya dan kawan kawan selalu buka Kadiaq ngan chedet punya blog.salam perjuangan dari orang Seberang Perak.
p/s
Ezam masuk UMNO sebab reform,dulu keluaq UMNO sebab reform jugak betoi ka ni....
Salam YBhg Datuk.
ReplyDeleteSuara hati saya sbg rakyat jelata,
pucuk pimpinan perlu bijak menilai kaca atau intan dari kalangan MP-MP.
Apa yg berlaku sekarang ialah ada MP yg masih kekal dr zaman TDM sanggup menghina menghentam kpd TDM yg byk berjasa kpd Malaysia yg juga bos mereka dahulu.
Pak Lah harus ingat, ditakdirkan beliau dijatuhkan atau dipaksa bersara maka beliau juga akan menerima nasib yg sama malah dahsyat lagi.
pandangan sy beliau wajib menilai kalangan MP-MP seperti ini yg hanya memengtingkan diri sendiri shj.
Tajuddin Abd Rahman adalah satu aset yg amat bernilai jika Pak Lah tahu menggunakannya.Sy sedikit sebanyak mengenali Tajuddin dan sy tahu semangat dan harapannya terlalu tinggi untuk membela rakyat.
Kalau silap tolong perbetulkan.
ADDin Perak
Di seluruh dunia ini di penuhi oleh manusia yg hypocrite. Mereka akan bertegang urat, mempertahankan diri semata2 untok kuasa, kebanggaan dan kemewahan.
ReplyDeleteMereka yg berkuasa, menyalah gunakan kuasa
Hawa nafsu mengatasi segala2 nya
Selagi mereka tidak berpandukan ajaran islam, selagi itu lah menyalah gunakan kuasa, rasuah, bongkak, angkuh akan terus di amalkan oleh semua gulongan manusia.
Kita tidak akan terlepas dari sifat angkuh, bongkak & tak berlaku 'adil kalau kita tidak menghayati ajaran islam.
Pi mai pi mai kebayakkan menuju kepada kehancuran.
Mudah2 mudahan mereka akan dapat balik kepangkal jalan dan beroleh rahmat Allah
Wallahu 'alam
Dato
ReplyDeleteMakin hebat berkelahi para pembesar kita. Siapa yang untung?
Syed
syed
Sdr Ambilgambar,
ReplyDeleteAda blog Chedet atau sebelum ada blog Chedet, saya sama saja buat blog ni sejak 2006.
Saya buat rencana baru tiga, empat atau lima hari sekali. Satu sebabnya rencana saya agak panjang.
Lagipun, saya rasa lebih baik para pembahas bertukar-tukar pendapat kerana itu lebih penting.
Mengenai Ezam, boleh jadi saya akan tulis sikit masa lagi. Kita tengok dulu apa akan terjadi dalam masa yang singkat ini.
Memadailah kalau saya katakan saya kenal "returnee" Umno ini. Mula-mula jumpa dia di majlis rumah terbuka di Taman Medan. Masa itu baru saja diumumkan Setpol Anwar Ibrahim tapi belum angkat sumpah.
Dia budak cerdik dan komited kepada Anwar. Bila Anwar kena pecat dan mulakan reformasi ala Indonesia, dia ikut sama. Dia hemtam Umno cukup-cukup.
Bila saya baca Ku Li mengalu-alukan kepulangan Ezam ke pangkuan Umno, saya terfikir peranan Ku Li membawa Anwar masuk Umno pada tahun 1982.
Ada apa-apa ka? Atau reformasi sedang mengambil alih Umno?
Sekadar bertanya. Minta maaf.
Terima kasih.
Hypocrites are those who speak foul language:
ReplyDeleteLet us look at what Prophet Muhammad peace be upon him said:
Narrated 'Abdullah bin 'Amr: "The Prophet said, "Whoever has the following four (characteristics) will be a pure hypocrite and whoever has one of the following four characteristics will have one characteristic of hypocrisy unless and until he gives it up.
1. Whenever he is entrusted, he betrays.
2. Whenever he speaks, he tells a lie.
3. Whenever he makes a covenant, he proves treacherous.
4. Whenever he quarrels, he behaves in a very imprudent, evil and insulting manner." (Translation of Sahih Bukhari, Belief, Volume 1, Book 2, Number 33)"
Dato' dan Sdr Ex-banker,
ReplyDeleteSaya percaya Ezam seorang yg oportunis, terbukti dgn "timing" beliau menyertai semula Umno di saat parti amat memerlukan "booster" skrg. Mengenai persamaan beliau dgn Anwar, bagi saya, politikus mana yg tidak oportunis?
Merubah parti keramat seperti Umno sebenarnya lebih payah drpd doktor mengubati pesakit barah/leukemia - penyembuhannya lebih daripada mengeluarkan kesemua darah kotor dlm badan dan memasuk/menggantikannya dengan darah yg bersih. (Kerana sudah kronik, reformasi dlm Umno kena keluarkan dan ganti semua "darah kotor" tersebut - selepas itu pun, belum tentu sembuh lagi!) Niat mereka akan disah/diterjemahkan oleh tindak-tanduk masing-masing. Masa itulah kita dapat menilainya.
Tantang Zaid yg mengusulkan permohonan maaf dan pembayaran ex-gratia terhadap Tun Salleh Abas serta rakan2 hakim lain, secara personal saya merasakan ianya publisiti murahan yg dibayar dgn amat mahal oleh kerajaan PakLah. Bagi saya, kerajaan semasa boleh mengaku membuat silap w/pun ianya dilakukan oleh bekas PM terdahulu tetapi tidak perlulah sampai seperti membayar pampasan. TDM boleh jadi rasa terhina. Mungkin memohon maaf secara terbuka sudah cukup utk Tun Salleh kerana keputusan pemecatan tersebut dirasakan tepat oleh TDM pada masa tersebut. Bolehkah kerajaan membayar dgn wang kesemua kesalahan2 lepas kepada rakyat jelata hanya kerana keputusan2 serta tindakan2 terdahulu kemudiannya di dapati tidak betul pada pandangan kerajaan semasa? Kes penjualan Agusta, pembinaan sebahagian Jambatan Bengkok atau kerugian Bank Negara akibat transaksi derivatif dahulu bolehkah dibayar semula kepada rakyat sebagai penerima manfaat sebenar dan pembayar cukai? 'Dosa' bolehkah diganti dgn $$$? Tentunya tidak senang dan mahal atau mungkin juga tidak ternilai!
Anakbuah Biduanda
p.s.: TDM keluar, Ezam masuk. Dari segi nilai, (melihatkan gambar PakLah girang bersemeja dgn Ezam) Umno rasa menguntungkan sangatkah? Pernilaian yg terlalu subjektif, terdengar Dato' serta Sdr/i kata?
Salam sefahtera Dato',
ReplyDeleteMerujuk kepada analisa Dato'saya terasa simpati kepada Pemimpin Pemimpin Umno yang sudah bertungkus lumus dalam pilihan raya Kelantan ...kerana kalah mereka tak dapat jadi menteri...ayeharis
saudara uop,
ReplyDeleteBiasiswa JPA sepatutnya diberi pada semua pelajar cemerlang tidak kira kaum. Agak memalukan kita jika seorang pelajar bukan Melayu yg mendapat keputusan 10A1 dalam SPM gagal mendapat biasiswa dari kerajaan. Kejam sangat perbuatan itu.
Kerajaan kata tak mampu tapi macammana boleh beli kapal selam berbillion-billion ringgit, hantar angkasawan ke angkasa beratus juta, buat monsoon cup tiap2 tahun. Anjur pertandingan bola belia pun berpuluh-puluh juta boleh habis.
Ikut teladan negara Jerman. Pendidikan percuma. Universiti2 nya wujudkan pakatan bijak dgn konglomerat2 dunia menjalankan R&D. Keuntungan dari royalti dan "patent rights" ini sudah cukup untuk membiayai kos operasi dan pentadbiran universiti. Tidak perlu nak "charge" pelajar tuition fees.
Minta maaf Datuk, lari dari tajuk.
-sinbad-
Zaid adalah milik Abdullah. Dulu ramai jelak dengan Khairy yg sering dalam media, kini waktu Zaid pulak.
ReplyDeletesaya fikir pada dasarnya semua menteri2 kita ini adalah orang yang berkepentingan peribadi sendiri jarang yang ingin mengorbankan diri kepada rakyat jelata
ReplyDeleteantara UMNO, PKR, DAP semuanya mencari kepentingan masing2 pada kata dasarnya sungguh kasihan pada rakyat barang2 naik setiap hari tapi tak ada seorang menteri pun yang dapat melihat keadaan ini dan melihat kesusahan rakyat yang dibawah bukan rakyat pertengahan.
isu dari utusan yang menarik hari ini (sabtu/010608) :
ReplyDelete1. Pertahan PM: Zaid hairan dikenakan tindakan
2. Mokhzani wajar lepaskan SIC
3. Nasib Sanusi di UIAM akan ditentukan
ulasan saya..
1. zaid merupakan satu lagi anomali/kesilapan/kesalahan paklah..
2. zaid merupakan contoh terbaik/cemerlang seorang melayu yang lupa diri dan tak tau berterima kasih..
3. sesiapa yang berani menegur/mengherdik UMNO dan kepimpinan terutama paklah co. akan tanggung padahnya.mokhzani n sanusi contoh paling baik..
4. majoriti pimpinan UMNO dan paklah masih belum mau belajar dari kesilapan lalu..still in denial phase
5. UMNO akan makin jauh dari orang melayu..kelmarin tak suka, hari ini menyampah, esok lusa benci...
we love UMNO, we love Tun n we love u, Datuk..may Allah help us..aminn..
p/s..jangan lupa,UMNO tidak boleh ditegur tapi utk disembah..pemimpin UMNO tidak pernah punya salah walau mereka membuat salah..pening?silakan..
Salam Dak,
ReplyDeleteTajuk2 menarik bagi kami dalam Mingguan M’sia (Ahad Jun 1, 2008)
1.Seperti kisah dongeng – Dr. M
Para yang menarik perhatian.
‘Terdahulu dalam ucapan beliau, Dr. Mahathir turut meletakkan sandaran kepada empat calon yang dianggap paling layak mengambil alih tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka adalah Timb. PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketu Bah. UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim.’
Terdahulu pernah kami nyatakan Calon No. 1 kami adalah Datuk Seri Utama Rais Yatim PhD kerana berpengalaman luas dalam cabinet, berani ‘bakar jambatan’ namun tidak bersikap biadab ataupun radikal(he cud have exposed his real reasons for burning the bridge then) dan yang paling penting kepakarannya dalam bidang undang2. Calon kedua adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Ku Li had tried to unseat a President and was himself a president of a splinter party. On both occasions, he failed! Datuk Seri Najib would be a bad choice due to the many controversies and uncertainties surrounding this poor richman.
2.‘Saya pertahankan PM, saya pula kena tindakan’(muka depan MM)
Mohon izin dilampirkan post kami dichedet.com
Salam AYAHANDA RAKYAT
tiada kata secantik bahasa hendak kami tujukan kepada Ayahanda,
Izinkan,
'Saya pertahan PM, saya pula kena tindakan' kata Zaid Lingampoop(MM Ahad 1 Jun).Macam kami sekelian yang buka pekung pertahan perjuangan (Wawasan 2020) Ayahanda Tun M, Lingampoop ini juga buka pekung nya pertahan dasar2 Bang Long (AAB)yang 'murni' ikut laluan ‘banglongkang’ (istilah baru landasan perosak) di Putrajaya masuk kedalam Tasik secantik bahasa Ayahanda tu dimana terletak Masjid Putra, paksi pembangunan PUTRAJAYA, lambang tamadun Islam dan 'legacy' peninggalan ayahanda kepada generasi mendatang.
Wawasan 2020 bukan titik penyudah, bagi generasi mendatang ia bermula.
Kepada sahabat saya, Koppi Anneh UMNO,'Ada kasian sikit lah sama dia. Bukan senang dia mahu dapat jadi menteri, mahu jadi wakil rakyat pun tarak 'qualify'.Tuhan pun ada sikit sayang jugak, kalu dia bertanding tuntu jugak join itu Maideen minum kopi anneh dekat itu kedei 'Line Clear', Lim Guan Eng punya negeri. Aiyo! sori macan, Dollah badawi punya negeri?
Kita pun baanyaak nangis bila tengok Tun M nangis kerna dia punya negeri pun sudah tergadai. Ayo! kadewalek.
Kami baru balik dari negeri 'serambi makkah' , make(makan) budu kat rumah orang kawin..
Kami tak sabar hendak mendapatkan pandangan The Scribe, antara Blog yang paling ‘authententic’ terhadap 4 tokoh UMNO yang telah dinamakan oleh Ayahanda Tun M
Salam Dak,
ReplyDeleteZaid Lingampoop selalu 'high' kerna terlalu banyak pekena budu. Itu sebab lah percakapan dan perlakuannya haru biru.
Depa dapat pengajaran dari kes Hindraf yang minta tuntutan pampasan dari kerajaan British atas kesilapan 50 tahun dahulu maka sebelum Salleh Abbas buat perkara yang sama depa pun tunjuk pandai.Konon nya strategi serampang dua mata.
Anak murid sekolah rendah pun boleh baca.
Dulu,
Slogan BATA; 'mula2 keBATA, kemudian keSekolah'
Kini,
Slogan BATA(Batu Atas Tengkorak Abdullah); Mula2 keSabah, kemudian keSarawak'
Inging kami tekangkang disini, orang Trengganu,kalau nak dapatkang royalty minyak 5% hak orang Trengganu, suruh Ahmad
Said ikut Musa Amang( orang Sabah)
kami guarantee boleh dapat secepat mungking.
Kalau BNg Sabah boleh buat tuntutang dan mendapatkang nya dengang segera, kenapa BNg Trengganu tak boleh pula? melainkang, pemimping2 BNg nya hilang telur2 penyu mereka.
harga barang naik,
ReplyDeletekos sara hidup tinggi,
angin pun naik,
darah pun tinggi.
YBgh Datuk,
ReplyDeleteLapangkan lah dan nukilkan sesuatu , pagi ni bila saya cuba ke bloh YBGH Tun Dr Mahathir, ada pada hemat saya sabotaj telah dilakukan keatas blog beliau. Mengapa hingga ke taraf itu sanggup puan AAB lakukan. Dah takut sangat ke? Cuba lah datuk tolong agar Tun dapat mencurahkan pendapatnya dan mudah baki rakyat membacanya.... jangan lah ganggu, nak jadi PM (Dungu) , dah masih PM .....................