Internet: Pengkhianat Atau Penyelamat?
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
Mutakhir [10 Julai]
KITA semua, sama ada Blogger, pembaca blog, pengulas blog atau pembenci blog ada dua tahun lagi untuk terus menyesuaikan diri dengan kepemimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Khabarnya, dengan persetujuan Majlis Tertinggi Umno, Abdullah akan bersara pada bulan Jun, 2010 dan digantikan oleh Mohd Najib Abdul Razak.
Bagaimanapun, Majlis Tertinggi tidak menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden daripada dipertandingkan pada pemilihan Majlis Tertinggi Disember ini.
[Posting Asal]
HERDIKAN Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi terhadap media yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) seperti blog, laman perkongsian fail YouTube dan sistem pesanan ringkas (SMS) wajib dipandang berat.
Jelas daripada kenyataan yang dimukahadapankan oleh hampir semua akhbar arus perdana hari ini bahawa Perdana Menteri telah membuat “kerja rumah” atau telah dinasihati oleh pihak-pihak tertentu yang tahu mengenai peranan ICT dalam pembentukan pendapat umum.
Bahasa yang digunakannya boleh dianggap keras dan mengancam. Beliau menggunakan istilah seperti pengkhianatan, perbuatan khianat, pembohongan, “treason” dan “treachery.”
Beliau menuduh pengguna saluran siber ini sebagai tidak menunjuk hormat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Katanya segala fitnah dan pembohongan yang disebarkan melalui blogs dan YouTube tidak menyumbang ke arah mewujudkan perasan lega dan keyakinan di kalangan rakyat jelata.
Eloklah kalau Perdana Menteri sendiri kini mengakui secara terbuka di hadapan kakitangan awam mengenai kesan dan implikasi media yang berlandaskan ICT ini terhadap pendapat umum.
Walaupun mungkin ada pihak yang akan melihat kenyataan Abdullah itu sebagai ancaman atau permulaan kepada satu tindakan yang lebih keras, saya melihatnya sebagai sesuatu yang positif.
Kalau pendukung pemerintahan dan jentera mereka mahu mengambil iktibar daripada artikulasi Perdana Menteri itu, mereka akan segera mendalami, memahami dan menangani isu ini.
Pertama, bukan semua blog dan kandungan YouTube berunsur politik. Malah di negara kita, lebih banyak blog berupa blog peribadi yang tidak menyentuh politik.
Kedua, bukan semua blog politik dan kandungan politik YouTube dikendalikan oleh orang politik atau wartawan yang mahir dalam hal ehwal politik.
Dan ketiga, bukan semua blog anti-pemerintah atau dikendalikan oleh pembangkang. Banyak juga blog dimiliki atau dikendalikan oleh ahli politik pemerintah dan penyokong kuatnya.
Mungkin ada blog atau pemblog yang antikerajaan, yang membuat fitnah dan melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara. Kalau ini terbukti, tindakan sivil dan jenayah boleh diambil ke atas mereka.
Tetapi pasti ada juga blog yang dikendalikan secara profesional dan rasional walaupun kritikal terhadap pemerintah dan parti pemerintah.
Sedikit sebanyak mereka telah menyumbang ke arah memberi kesedaran dan membantu pemerintah memperbetulkan beberapa kesilapan.
Misalnya, dalam isu penjualan Pantai Holdings Berhad kepada syarikat Singapura, Parkway Holdings Limited. Pada mulanya Perdana Menteri sendiri menafikan di dalam akhbar bahawa ada syarikat tempatan yang jatuh ke tangan asing.
Tetapi, beberapa minggu kemudian beliau mengaku bahawa Pantai Holdings telah jatuh ke tangan asing dan Khazanah Nasional Berhad terpaksa dikerah untuk membeli balik kawalan syarikat itu dengan belanja yang besar.
Begitu juga dalam isu-isu sensasi yang lain seperti pemberian kontrak Petronas di dalam dan luar negara kepada Scomi Berhad dan pembelian aset awam Avenue Capital oleh ECM Libra.
Kalau pemblog boleh disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara, pemerintah pun boleh disifatkan demikian di dalam beberapa tindak-tanduknya.
Misalnya, ketika krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu di mana peranan Istana telah dipertikaikan.
Lagipun, adalah terlalu mudah (simplistic, convenient) menyalahkan portal berita bebas, blog dan YouTube tanpa mengkaji dan memahami mengapa rakyat jelata memilih dan mempercayai mereka.
Salah satu sebab adalah media massa arus perdana tidak menyiarkan berita dan maklumat yang dianggap tidak memihak kepada pemerintah.
Kalau disiarkan pun, berita dan maklumat itu kerap kali diolah semula agar memihak kepada pemerintah atau sekurang-kurangnya tidak memberi kesan negatif kepada pemerintah.
Sama ada benar atau hanya persepsi semata-mata, ramai orang hari ini melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan bertukar-tukar fikiran daripada mengikuti media massa arus perdana.
Oleh sebab media massa arus perdana begitu berkait rapat dengan pemerintahan, maka kredibilitinya dan kredibiliti pemerintah saling kait-mengait.
Sama ada kandungan media Internet penuh pembohongan, fitnah dan konspirasi seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri, kebenaran mutakhir bergantung kepada proses undang-undang dan kehakiman yang sedang berjalan sekarang.
Kebenaran mutakhir akan muncul dan pihak-pihak yang tertuduh akan mendapat pengadilan yang saksama hanyalah jika proses penyiasatan, penuduhan, pembelaan dan penghakiman dibenarkan berlaku tanpa sebarang gangguan, campur tangan dan ancaman oleh sesiapa pun.
Dato,
ReplyDeleteOne way MSM propaganda or two way Alternatif Media communication?
Pilihan rakyat negara demokrasi atau saluran propaganda pemerintah yang lemah ?
Kalau either one memberi ruang untuk rakyat melontarkan pendapat atau perasaan mereka, maka yang itu lah akan menjadi pilihan rakyat.
Dollah & co selama ini begitu selesa dengan MSM yang lebih berupa one way propaganda communication. Apa jua propaganda yang disalurkan melalui MSM kepada rakyat lebih dibuat supaya rakyat perlu menerimanya dan patuh tanpa perlu menyoal balik.
Manakala Media Alternatif seperti blog lebih merupakan two way communication dimana kedua belah pihak boleh mempertikaikan apa jua fakta atau berita yang di salurkan.
Dan two way communication jugalah yang menjadi pilihan rakyat kerana memang naluri manusia untuk ingin tahu lebih mendalam dan mempersoalkan apa jua fakta yang diragui.
Salam DAKJ
ReplyDeleteSatu perkara yang kita masih tertanya . Adakah perdana menteri kita pernah membaca blog2 yg dia kutuk ni. Itu yang sangat2 ingin saya ketahui.
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan tuan.
Yang penting ialah setiap bloggers mesti accountable dengan apa yang mereka tulis.
Dalam masa yang sama, tulisan tersebut dapat menimbulkan minat serta membuka minda surfers untuk berfikir dan bukan sahaja menerima apa sahaja yang dihidangkan di dalam media-media perdana.
Kita bukan against media perdana tetapi sebagai kawan untuk menyebarkan info.
htt://novandri.blogspot.com
Datuk,
ReplyDeleteNampak gaya macam dah tak senang duduk dah para PEMBESAR diatas...mungkinkah kerana lebih banyak keji yang diterima dari puji...
Adakah ini bermakna BLOG sedang berjaya dan kata-kata para BLOGGERS sudah diambil kira sebagai LALAT kepada mereka? Sebab itulah mahu dipantau...supaya tidak menjadi penyakit kepada mereka?
Apakah Pak Lah sudah kurang selesa diatas sana...??
salam dato',
ReplyDelete-berita apa yang nak ditengok dan dibaca kalau segala yg keluar itu ibarat bukan-lagi-berita??
-akhbar sepatutnya memberi gambaran kebenaran, bukan 'membenarkan' dan 'menyalahkan'
-bila tengok tv, baca akhbar perdana pun naik menyampah, maka kepada blog dan internetlah rakyat bertukar arah
-ini bukan kesalahan tapi kemodenan dan 'kerahmatan'
-rakyat hari ini sudah tahu membuat penilaian... yang mana satu kaca, yang mana satu intan...
Salam Dato AKJ;
ReplyDeleteBagi saya mudah.... mereka takut dengan bayang2 sendiri kerana selama ini mereka menganggap rakyat jelata di Malaysia ni jenis "YES MAN" mengiyakan sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah tanpa bantahan....
Mereka juga takut rahsia2 mereka yang selama ni disorokkan akan dibongkarkan di alam siber....
Tapi isu sebenarnya:
1) Rakyat tiada lagi tempat mengadu, meluahkan perasaan, memberi pandangan dan idea....
2) Harapkan akhbar....setiap surat pembaca disunting & kalau tidak memihak kepada pemerintah akan dibakulkan sampahkan...
3) Harapkan UMNO cawangan....masa mesyuarat cawangan semua usul diterima tapi apa yang dibincangkan???? Adakah hal rakyat marhain yang dibincangkan setahu saya mereka nak pilih siapa, nak kekalkan siapa, tiada usul untuk rakyat marhain...
4) Bila sampai mesyuarat bahagian.... lagi le teruknya.... bukan isu rakyat yang dibincangkan tapi ye lah....nak pertahankan kuasa...
5) Jadi wujudnya media2 alternatif di alam siber adalah kerana luahan hati dan perasaan rakyat yang dipandang sepi oleh wakil2 di peringkat tempatan lagipun tiada kebebasan akhbar untuk menjadi pilih.....
Bila lah wujudnya pemimpin seperti khalifah ABdul Aziz...
Pada pandangan saya memang amat wajar teguran PM kita dalam hal ini. Saya rasa untuk menereangkan sampai detail tak perlulah, kalau siapa yang sudah biasa ke alam siber terutamanya laman blog dan youtube (mengambil contoh PM), paham2 sendiri lah maksud yang hendak disampaikan. memang tidak dapat dinafikan internet sumber alternatif yang dikatakan penting (sehingga boleh menjadi satu sebab kemenangan besar PR), tapi hal2 yang kurang elok dan negatif juga kita lihat semakin berleluasa sekarang. Memang benar penyebaran agenda dan sentimen lebih meyeluruh dan berkesan, mahu2 lagi dalam hal2 yang kontroversi dan memang berpotensi menjadi buah mulut orang ramai. Oleh itu, sukar sangatkah sebagai blogger mengamalkan tanggungjawab sosial kepada rakyat dan negara secara tidak langsung? Pikir dulu sebelum post benda2 yang tak masuk akal atau yang tak sepatutnya. Itu lah inti pati kata2 Pak Lah.
ReplyDeleteKami dah muak tgk muka dolah kaki tido kat muka tv dan dada akhbar. sampai kami dah tak beli akhbar arus perdana. dolah ni cakap tak serupa bikin. keputusan selalu berubah-rubah. semalam anak saya cakap waktu tgk dia berucap kat jpm dalam tv3.
ReplyDelete"Pak lah tu bercakap ke tido? cakap macam taknak"
Udin
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya setuju pendapat bernas Datuk. Lagipun, kerajaan patut berbangga dengan kejayaan kempen Celik IT yang telah dilaksanakan dulu. Betul tak?
Bukan semua penulis blog itu 'goBlog'. Memang tidak dinafikan, ada yang memang kerja dia buat kacau je...tapi, hakikatnya rakyat telah pandai menilai berita atau komen yang diutarakan.
seadanya..
Aji Baling
A.kum Datuk,
ReplyDelete1. Kenapa Perdana Menteri masih tidak mahu menerima hakikat bahawa negara ini dilanda berbagai masalah kerana kelemahan beliau sendiri mengurus dan mentadbir negara.
2. Kenapa perlu salahkan orang lain, jika diri sendiri yang lemah dan gagal mentadbir negara dengan baik dan berkesan?
3. Perdana Menteri tak faham ka...kadang-kadang idea dan buah fikiran para bloggers itu lebih menarik dan bernas daripada idea-idea para Menteri-Menteri beliau?
http://suarasukj.blogspot.com
If we have no freedom out there, then we must have the freedom in here. We should be able to write and express ourselves somewhere. Even Allah SWT do not stop us, so why should mere human being try to control our lives.We are fed up with what is going around us, and they still want us to pretend and be just like them? Should we all just go to sleep? should we all remain and choose to be stupid? should we be hypocrites?
ReplyDeleteYg Bhg Datuk,
ReplyDeleteAlhamdulillah, apa yang dilahirkan oleh PM adalah bersesuaian dengan keadaan semasa dan sebagai peringatan agar semua pihak lebih bertanggungjawab lagi di masa hadapan.
Di antara punca merebaknya dan berluas-luasanya budaya FITNAH ketika ini adalah disebabkan daripada wujudnya sumber-sumber sebegini yang kalau tidak dikawal akan menjadi budaya negatif tambahan kepada apajua budaya buruk/negatif yang sedia ada di kalangan rakyat negara ini umumnya dan orang Melayu khususnya.
Sebagai contoh kecil perjalanan kes Raja Petra dengan Y. Bhg Nordin (UUM)sendiri telah membuktikan yang sistem undang-undang negara kita (salah satu teras RUKUN NEGARA)telah tidak dihormati.
Wallahu'alam.
Rakan20G
sukj, kadan2 idea2 di blog tu walaupun baik, tapi tak mungkin juga boleh diguna pakai. Memberi idea, cakap kosng, memberi pendapat, atau berkata2... Saya rasa pemimpin2 PR yang handle 5 negeri sekarang pun tahu sekarang apa beza dulu dan sekarang. Dulu mereka boleh kata macam2 yang mereka suka, bagi idea itu ii, apa kerajaan buat semua salah. Tapi bila dah memerintah baru tahu bukan senang nak cakap serupa bikin...
ReplyDeleteIngatlah tu.
Datuk AKJ,
ReplyDeleteDolah and Zahid hamidi in one corner, and Shabery Cheek in the other.
Sendiri punya rumah pun dia tak boleh jaga.
Alahai pak lah dengan ada bloggers lah rahsia hang yg selalu tidorrr dalam meeting terbongkar!. Dari itu tahulah rakyat (kecuali orang kampong dan darah biru) yg hang tak buat kerja. Benda macam ini tak keluar dalam media perdana yg kerjanya pengampu dan memutar belitkan berita pembangkang PKR, DAP dan PAS.
ReplyDeleteJangan marah ya, nanti kami jual hang.
Salam Dato',
ReplyDeletesaya setuju dengan apa yang Dato' katakan.
Pak Lah sendiri tidak mungkin dapat membaca ke semua warkah yang di kirimkan oleh rakyat kepada dia, dan juga tidak membalas tanda terima kasih beliau terhadap keprihatinan rakyat terhadap kerajaan beliau.
Apa guna ada MSC, lagu IT dan macam-macam yang menjurus kepada IT sedangkan pemimpin tidak menguasai dan memberikan maklum balas yang benar.
Pemimpin juga tidak mendengar buah fikiran atau pandangan rakyat, mereka lenyap dengan pandangan dan idea sendiri.
(",)
Datuk,
ReplyDeletePak Lah perlu melihat dengan lebih mendalam apakah isi kandungan di dalam sesuatu blog itu. Kalau bukan kerana blog, rasanya rakyat masih tidak mengetahui akan perilaku dan cara pemerintahan Pak Lah yang semakin membawa kpd kemunduran Malaysia
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteLooks like the msg is quite berang fm him, in a way, like u said, maybe pengecaman to whats more to come fm him in the near future.
I agree totally with your point #2, not all political blogspots are managed by well versed politicians or reporters. We can be just a simple layman sitting by the fence overlooking a burning field, does that mean we can't complain abt it?
Well, who knows, he may out-lawed the net in order to stop ppl fm saying bad things abt him, he wld do the daily karangan himself for the newspaper for us to read (what he want us to read).
Simple truth i don't understand is, why don't he put out the fire, clean and fertilise the field and plant something nice for ppl to eat in order for us to start complementing his effort, that way, ppl wld slowly change their perspective towards him...instead of pointing fingers at bloggers or YouTube.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDato'
Bila semuanya terkena batang hidung sendiri orang lain juga yang salah...seingat saya kalau tak ada angin takan dahan bergoyong...Pada saya sebagai rakyat kita bebas mengutarakan pendapat walaupun kekadang pedih untuk di luak kan...
Jadi kerajaan hendaklah mengambil inisiatif untuk mendengar luahan hati rakyat yang menanggung beban atas segala karenah yang dimulakan oleh kerajaan...Rakyat juga dah muak dengan Akhbar arus perdana yang sesuka hati mengutuk TDM...bukan membodek tapi itulah hakikatnya bila kita membesar di zaman TDM dan terpaksa membesarkan anak-anak kita di zaman Pak Lah...JAUH BEZANYA...
Apa pilihan pada rakyat untuk mendapat berita yang sahih kerana akhbar pun selalu memberikan cerita yang selalunya pujian yang melambung2 kepada kerajaan tapi realitinya tidak seperti yang di khabarkan...
Dari Pak Lah mengutuk blogger lebih baik dia cermin diri dia yang tidak memahami konsep TWO WAYS OF COMMUNICATION yang sering di ajar di sekolah dan universiti kita...Jadi siapa yang lebih bijak di sini..Tentulah rakyat yang menjadi BLOGGERS...
Kerajaan kena faham yang rakyat semakin bijak...bukan bole digula-gulakan....
Wasalam
Dato,
ReplyDeleteImam Hadhari marah kat You Tube sebab tunjuk gambaq dia pegang lengan pompuan dan tidoq ketika dengaq taklimat. Pokoknya benda tu semua berlaku. Jangan harap MSM nak tunjuk semua tu. Luar negeri depa ada Letterman, Leno dsbnya untuk buat satire terhadap Presiden dan pemimpin mereka. Kat sini kita kena harap internet saja laa.
Telaga Tiub
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya telah melinkkan blog Datuk di dalam blog saya. Antara blog yang paling intelektual yang mesti di baca setiap hari.
AAB telah lupa peranan blog dan internet. Biarkan sahaj beliau dengan labu-labunya.. hayat nya dalam politik sudah tidak lama...
Saya malu untuk mengakui AAB adalah PM Malaysia, sekiranya saya berada dikalangan rakan luar negara, Tun M lebih sinonim dengan Malaysia..
Biarkan..
Salam Hormat,
Farah
http://makead.blogspot.com
Dato,
ReplyDeletePM amat dalam ketakutan sekarang ini, itu saja lagi-lagi apabila jelas kedudukan beliau amat terancam di perhimpunan agong UMNO akhir tahun ini.
Sejak bila PM benar-benar sehati dengan rakyat jelata yang mahu beliau mengalih kuasa dengan secepat mungkin, sebaik-baik nya sebelum tarikh perhimpunan tersebut? Beliau sebenarnya yang mengaut untung besar daripada susana kelang kabut sekarang; mengapa PM perlu mengambil tindakan sebigini terhadap bloggers?
Bukan kah “freedom of expression” merupakan satu daripada agenda reformasi beliau yang ditualangi oleh SIL/ Zaid Ibrahim dan amat disokong oleh pihak pembangkang, Malaysian Bar Council dan human rights activists daripada luar dan dalam negara termasuk pentadbiran US? Adakah beliau hanya ingin menonjolkan ketegasan pendirian beliau dalam pekara ini untuk mencungkil undi akar umbi tetapi apabila beliau mendapat kuasa sekali lagi, beliau akan ‘flip flop’ dan akur meneruskan agenda reformasi beliau untuk berjinak dengan pihak human rights/ pembakang/ Malaysian Bar Council/ US yang tidak mempedulikan atau menghormati prinsip-prinsip rukun negara. HABIS LAH MALAYSIA sekira nya akar umbi UMNO membenarkan perkara ini berlaku.
Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.
ReplyDeleteDatuk mengatakan “Walaupun mungkin ada pihak yang akan melihat kenyataan Abdullah itu sebagai ancaman atau permulaan kepada satu tindakan yang lebih keras, saya melihatnya sebagai sesuatu yang positif”. Saya juga bersetuju Tok.
Namun, saya lebih cenderong melihat ‘herdikan’ Pak Lah ini sebagai satu amaran yang keras. Selepas itu, sesuatu yang baik mungkin akan timbul daripada amaran ini.
Pak Lah mungkin mempunyai bukti untuk mengaitkan bloggers yang telah mengamalkan “treason” dan “treachery” kepada prinsip-prinsip Rukunegara. Jika benar, saya sokong 100% supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pembelot, pendurhaka dan pengkhianat negara. Kemukakan bukti kukuh dan hukum mereka.
Tetapi janganlah hanya terhad kepada bloggers sahaja. Pembelot, pendurhaka dan pengkhianat negara ini datang dalam banyak bentuk dan rupa. Kenapa bloggers pula yang hanya menjadi tumpuan? Bagaimana hal nya dengan pembelot, pendurhhaka dan pengkhianat yang lain-lain rupa itu?
Selain itu, saya juga tertanya-tanya adakah herdikan itu ditujukan kepada bloggers yang berstatus sebagai ahli-ahli UMNO dan/atau ahli-ahli parti-parti komponen BN yang lain? Adakah kelantangan kritikan terhadap kepimpinan yang terkandung di dalam blog-blog ahli-ahli parti tersebut telah dianggap sebagai ‘menderhaka’ kepada pemimpin?
Jika begitulah anggapannya, bolehkah tuduhan “treason” dan “treachery” dikenakan ke atas mereka? Jika ianya dibolehkan, kesemua kelantangan blog-blog tersebut akan mula pudar lah akhirnya atau terus hilang terutama di ambang pemilihan parti yang sudah dekat ini.
Saya berharap, jika benar situasi negara mula terjejas disebabkan "treason and treachery" ini, adalah wajib tindakan keras diambil untuk mempertahankan kedaulatan negara. Janganlah ianya menjadi 'flip and flop' pula...
Azman Mohd Isa
Shah Alam
Penulis merujuk kepada kenyataan PM berhubung dengan kutukan beliau kepada pengamal blog yang dianggap sebagai pengkhianat dan melanggar rukun negara.
ReplyDeleteKepada PM, cermin diri sendiri. Tak tau menari, lantai dikatakan tinggi rendah. Tak tau mentadbir negara dengan cekap, dikatakan blogger pengkhianat bangsa dan negara. Siapa sebenarnya pengkhianat. Kalau sudah gagal memerintah negara dengan baik, berundurlah. Tidak perlu nak menyalahkan orang lain. Tidak hairan lah anda terus-terusan dibenci rakyat.
Bagi penulis, kayu pengukur begitu mudah, kalau semua peringkat lapisan masyarakat asyik merungut dan mengutuk PM, apa maknanya tue? Penulis setuju dengan setengah komentar di blog Dato' Kadir Jasin, Pak lah sebenarnya bukan baca blog, apa yang dicakapkan itu atas nasihat seseorang. Dia mungkin baru sedar yang semua bloggers mencerca dia. Tapi bagi penulis, konteks pemahaman dalam isu ini cukup mudah, kalau anda bagus, tiada sebab orang hendak mencerca anda. Tapi kalau hampir 100% semua orang kebanyakan mencerca anda. A Lu Fikir Laa...sendiri.
sila lawat:
fikirlahsendiri.blogspot.com
Setuju bahawa Media Alternatif memberi ruang dan peluang untuk komunikasi dua hala. Juga, sebarang komen, pandangan, pendapat atau kritikan mendapat respon dari pembaca lain dengan kadar segera.
ReplyDeletethis is the epitome of barisan's criteria for members of parliment. these are the umno champions.
ReplyDeletethis is off your subject matter but still salient, here is bung the dung head with his unparlimentary gesture, lets demand for his suspension.
Watch this for evidence. Bung the Dung cannot escape now!
bung the dung must go.
http://in.youtube.com/watch?v=Dxy7ji65K0o
pejuang anti-bung the dung.
The government should not be overly concerned about the blog. The neutral masses can judge for themselves. For instance,I used to love reading Malaysia Today. But after kutuk mengutuk telah melampau-lampau, I've decided to stop reading. Similarly I was pretty upset watching TV prior to GE12 when we can see only BN adverts. To me it seemed like only one party is contesting - which is really annoying.
ReplyDeleteThe key is moderation. The truth will eventually prevail.
Lanomeila
salam,
ReplyDeletesaya amat kesal dengan dakwaan PM tentang blog, adakah apabila terancam kedudukan dan kuasa baru mereka hendak melatah tentang rukun negara. Bagaimana dengan majalah2 hiburan yang terlalu banyak sehingga golongan muda mudi lebih banyak menghabislkan duit ke arahnya?
sekiranya seorang pemimpin berada di jalan yang Benar, buat apa perlu takut, kan Allah sentiasa menunjukkan kebenaran.
wassalam
Salam Dato AKJ,
ReplyDeleteSudah jelas lagi bersuluh bahawa YAB PM tidak mengambil iktibar dari episod PRU lalu yang membuktikan pendekatan rakyat semakin berubah kepada media alternatif daripada terus 'meneguk' bulat2 berita dari ruangan MSM.
Saya sendiri begitu jelik melihat bagaimana MSM memainkan propaganda politik melalui ruangan mereka dengan begitu 'bias' kepada kerajaan yang memberi gambaran kerajaan BN yg lepas seperti tidak punya salah & silap langsung!
Keadaan berat sebelah inilah menyebabkan kalangan rakyat lebih 'selesa' mendapatkan berita yang lebih telus dan neutral dari media alternatif dan rakyat berupaya membuat penilaian secara berilmiah dari berita sebegini.
Ketika ini jelas yg dimainkan oleh MSM adalah sensasi berita permainan politik pembesar Melayu yang menjengkelkan. Saya percaya usaha YAB PM utk rakyat kembali kepada MSM adalah cubaan para 'spin doctors' untuk mengubah persepsi rakyat bahawa yang bertelingkah adalah ORANG YANG INGIN MEREBUT TAMPUK KUASA PM walhal diri Paklah sebagai YAB PM pula terus cuba melakukan perubahan dalam negara.
Saya amat bersedih kerana pada ketika dan saat ini YAB PM masih lagi bergantung harap kepada 'orang kanan' dari melakukan 'self soul searching' kepada apa yang berlaku dalam negara sejak beliau mengambil alih pemerintahan. Jelas beliau sendiri tidak tahu menilai dinamik politik yang telah berubah. Ditambah pula rata rata pembesar UMNO masih lagi mengamalkan politik mengampu (Semua UMNO PP sokong YAB PM) demi menjaga periuk nasi mereka.
Nampaknya ayat2 YAB PM sendiri meminta rakyat 'bekerja bersama saya, bukan untuk saya' hanya satu pernyataan yang terus akan dipermainkan!
only government of backward and communist countries hate blog/free speech. Developed nation never have this kind of PM/President who hate blogs,,think about it.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeletePerkara ini mudah sahaja. Biarkan blog bebas untuk pemiliknya berkata apa-apa pun. Kalau ada fitnah atau penipuan, sama saja pemilik blog berkenaan. Kebebasan rakyat untuk bersuara tidak boleh disekat.
Mereka yang menggunakan kebebasan bersuara untuk menabur fitnah, kerajaan boleh mengheret mereka ke muka pengadilan.
Datuk dan semua bloggers,
Saya ada menulis tentang huru-hara pentadbiran agama di Selangor. Luangkan masa untuk berkunjung ke:
http://nadzrikamsin.blogspot.com/
Asalamualikum Dato,
ReplyDeleteMy personal take on this is the inability of certain quarters to fathom and manage the new media of communication, be it two way communication or many to many communication.
What use to be the philosophy of spoon food information is now taken over by discourse and feedback. Whether the culture is there to digest and act on the information, is now coming to question.
But what is also important, is the expression of intent (or views) of what was previously kept at heart to a written expression. I look at it akin to the times of the French revolution when the the french suddenly found their ideas to be "liberated" by the likes of Robespierre etc.
The wave of the Internet has brought this on us and this was predicted when ppl started to use "gopher" in the early 90's
Saudara Akj yang dihurmati;
ReplyDelete" Jika kita berada di pihak yang benar maka tentunya kita tidak akan berasa takut dan gentar".
Hanya Orang yang bersalah dan yang selalu melakukan kesalahan sahaja akan berasa takut.
Kanapa penulis blog pula mahu disalahkan olih PM kita? Apakah Beliau takut?
Apakah semua penulis blog telah melanggar prinsip prinsip Rukun Negara?
Setahu saya, PM adalah Pemimpin pertama di Negara kita yang telah melanggar prinsip prinsip Rukun Negara. Beliau telah bersikap KURANG AJAR dengan menentang keputusan Sultan Trengganu dan Sultan Perlis didalam pemilihan Menteri Besar di kedua kedua Negeri tersebut.
Dari awal lagi, saya telah katakan bahawa BELIAU telah BUTA HATI dan tidak tahu membezakan mana yang BAIK dan yang TIDAK BAIK, sehingga beliau telah menjadi BODOH SOMBONG.
Mereka lupa bahawa manusia BODOH seperti kita inilah yang telah meletakan MEREKA di tempat sekarang.
Sebenarnya BELIAU sudah TIDAK LAYAK lagi untuk memimpin Negara kita ini.Hanya BELIAU dan KUNCU KUNCUNYA saja fikir BELIAU LAYAK, bak pepatah' Hidung tak mancung pipi tersorong sorong'.
Yang Bhg Datuk,
ReplyDeleteMenulis dan membaca blog ada tarikan dan kelainannya yang tersendiri. Saya percaya sama sekali yang ia akan mengantikan mainstream Media. Ia hanya alternatif.
Kalau tak ada benda nak sorok tak perlu takut dengan blog. Kalau ada bikin salah mengaku ajelah dan bagi justifikasi kenapa dan apa tindakan yang akan diambil untuk menebus dosa atas kesalahan tadi.
Saya percaya rakyat Malaysia mungkin buat masa ini belum berapa matang dan ada yang masih belum pandai lagi menapis mana yang betul, mana yang palsu, atau membezakan perkara fakta yang dicampur adukkan dengan emosi, sentimen dan spakulasi. Tapi saya percaya blog bukan satu ancaman yang boleh menggugat kestabilan negara. Malahan ianya adalah rahmat buat kita semua untuk meningkatkan kebolehan akal kita agar jadi pembaca yang ada skill "self-investigative mind".
Sikit hari lagi jika kebebasan berblogging tidak diancam-ugut, saya percaya penulis dan pembaca blog akan menemui kematangan diri.
Analoginya, kita ada anak, kita kongkong anak kita, semua kita nak kawal,sebab kita takut dia bercampur dengan orang yang tak tentu arah dan jadi jahat. Adakah itu satu tindakan yang bijak? Adakah itu baik untuk perkembangan intelek dia. Kena kasi bebas sikitlah. Bila dia dah matang dengan sendirinya dia boleh memilih yang masa satu intan yang mana satu kaca.
Secara peribadi membaca blog memang mencabar tapi menajamkan ilmu psiko analisa yang saya pelajari dari Psychlogist saya, Dr Yatie. Saya suka baca blog.
Untuk pemerintah pula, apa pula yang mau ditakutkan. Kerahlah pegawai-pegawai mereka dedahkan berapa banyak duit telah disalurkan untuk kebajikan rakyat. Macam di Pelajaran ini, sungguh banyak yang telah dibelanjakan tapi kita lebih nampak remaja lepak, remaja rempit.
Pegawai-pegawai kerajaan kenalah kerja keras sikit, turun padang, kempen, cerita sikit pada rakyat kerja yang mereka dah buat. Tak dela nampak macam kerajaan yang ada ni seolah tak jaga kebajikan rakyat langsung.
Kalau tak buat macam itu kami kakitangan kerajaan peringkat rendah, fed up tau, penat-penat bagi khimat pada rakyat, tapi yang mereka nampak dan hebohkan adalah perkara yang buruk aje.
Contoh Polis di Raja Malaysia, berapa banyak kes Polis dan selesaikan, tapi kenapa cerita pasal si dia bermata-lebam itu juga yang orang ingat? Kenapa orang tak pernah nak ingat benda-benda baik yang pernah polis buat? Apa Polis Malaysia ini penyangak ka, haprak, bangsat, langsung tak berguna dan core biz mereka adalah menyeksa, menindas dan membunuh rakyat yang berani menyatakan kebenaran ka?
Bos saya selalu cakap, kerja kerajaan ini buat 10 perkara, 9 betul, 1 salah, orang lebih suka ingat yang 1. Kenapa sampai jadi macam itu? Bos yang bergaji besar kat atas tu kena perah otaklah macam mana nak reverse keadaan yang sedia ada.
Salam Dato',
ReplyDeleteBagaimana pula dengan warkahuntukpm? Apakah laman http://www.warkahuntukpm.com.my/ ini juga boleh dikategori sebagai sebahagian daripada interaksi infomasi terus rakyat dengan PM atau juga sekadar sarang menyemakkan dunia infomasi tanpa sempadan jikalau diambilkira perkiraan PM tentang dunia media internet.
Wasalam.
Berkenaan blog-blog sosiopolitik tempatan, adalah baik sekiranya rakyat dapat mempertimbangkan kandungan blog-blog ini secara rasional dan dengan menggunakan daya pemikiran kritikal.
ReplyDeleteRakyat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka mudah percaya atau menerima apa-apa saja yang terkandung di dalam blog. Kredibiliti media arus perdana yang tidak meyakinkan telah menjadikan rakyat mendahagakan kebenaran dan mereka lekas menerima sebarang perspektif yang berlainan dari media arus perdana.
Namun, sebagai panduan, satu klasifikasi para pemblog mengikut pendirian politik mereka boleh membantu para pembaca blog membuat analisa dan pertimbangan yang seimbang mengenai informasi yang disajikan kepada mereka. Ini adalah kerana tulisan penulis-penulis blog sosiopolitik itu sendiri kemungkinan diwarnai oleh pendirian politik mereka, atau mungkin juga penulis pemblog mempunyai agenda peribadi untuk menganjur pandangan atau pendirian politik mereka.
"TNB berura-ura dan tidak mustahil nak ambil kesempatan sempena menyambut kenaikan harga minyak.mereka pun mencari akal nak naikkan takrif letrik berdasarkan harga minyak...memang agak malang kita sebagai pengguna@rakyat dibebankan dengan bermacam2 benda. Minyak dan segala barangan boleh diumpamakan sepucuk JALA..jika pucuk jala (minyak) ditarik keatas@atau dinaikkan...maka segala lobang-lobang benang yg banyak...termasuk batu-batunya sekali akan ikut pucuknya naik...
ReplyDeleteSekarang kita nak tengok telatah TNB pula...dan Setiap kali minyak naik maka keluarlah musang-musang kat kaca TV berbunyi TNB tak mampu menanggung beban kenaikan harga minyak untuk menjalankan operasi JANALETRIK sebab kos tinggi. Tahukah anda apa yang TNB tipu kita..? Dulu...LEMBAGA LETRIK NEGARA diswastakan menjadi...Tenaga Nasional Berhad selepas semua EMPANGAN AIR siap dibina dengan duit rakyat kemudian diswastakan. "
maaf datuk, saya ambil ruang disini utk post artikel yg datang ke email saya. saya rasa baik utk renungan bersama.
askum Dato'
ReplyDeleteSaya rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu diruangan Dato' ini mengenai prinsip rukunegara dan salah satunya mengenai kesetiaan kepada raja dan negara , benar apa yang seperti dato' katakan mengenai isu perlatikan MB Perlis dan T'ganu. Pak Lah hanya tau bercakap sahaja tanpa menoleh apa tindakan yg. telah dibuat oleh nya selepas PRU 8 mac lepas. Kenapa isu kesetiaan kepada raja dan negara lambat diambil faham oleh paklah, kenapa tunggu sehingga hampir sepurnama untuk selesaikan krisis kepimpinan perlis dan t'ganu. Kenapa warning institusi raja2 supaya jgn. campurtangan urusan politik negara, turut tumpang sekaki Peguam negara , ketika itu dimana letaknya kesetiaan kepada raja dan negara bagi mereka pada masa itu. Rakyat perhati , contohi ,teladani apa yang pemimpin mereka buat. Sedekad yg. lalu mantan PM mengakui sendiri dalam ucapannya bahawa DSAI tiada apa2 salah cuma saya yang buat naya kat dia. Ini pengakuan dia. Tak ke FITNAH namanya sedangkan orang yg. tak berdosa merengkok 6 tahun dalam penjara . Dimana keadilanya.
Sekarang pimpinan politik khususnya umno pula turut terlibat dalam tuduhan baru liwat 2. Kenapa ini tidak dikatakan fitnah ?. Kalau rakyat menyiarkan fakta2 tertentu dituduh fitnah , kalau org. karajaan disuruh siasat terperinci. Ambillah iktibar dari kisah yang silam , sebenarnya rakyat dah cukup meluat,mual dgn. pimpinan umno sekarang cuma tunggu saatnya sahaja untuk menunggu peralihan secara total mungkin 2013 atau pun lebih awal. Sepatutnya muhasabah diri sebelum tidor , apa kebaikan untuk rakyat yang telah aku buat dan apa pula kejahatan kemaksiatan yang aku lakukan yang telah mengecewakan rakyat. Sesungguhnya kita tahu apa yang kita lakukan.Janji Allah adalah benar, Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan.
Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,
ReplyDeleteKita patut berterima kasih kepada Pak Lah dan penasihat-penasihat beliau!
Kenapa? Kerana kenyataan beliau mengesahkan "ketidaktauan" (ignorance) beliau terhadap dunia ICT serta keberkesanannya.
Jika pemerintahan Pak Lah paham akan keberkesanan pengaruh ICT terhadap kehidupan sekeliling (termasuk persepsi) maka mereka sepatutnya menggunakkan ICT untuk memastikan persepsi negatif yang dipamerkan disesetengah blog diperbetulkan melalui saluran ICT juga! Tetapi olih kerana mereka memperlekehkan keberkesanan ICT, maka dengan secara tidak sedar mereka "menyendiri" dari menggunakan ICT.
Sebenarnya semua ini amat memalukan pemerintahan Pak Lah kerana mereka (termasuk Pak Lah) teramat menyokong pembangunan ICT semasa Dr. M menjadi PM. Persoalan-persoalan berikut akan timbul:
(1) Adakah mereka (dulu) menyokong pembangunan ICT kerana mereka adalah pak turut kepada segala dasar Dr. M tanpa benar-benar meyakini dasar-dasar tersebut?
(2) Atau adakah dasar pembangunan ICT ini telah diketepikan?
(3) Mungkin disebabkan olih kurang "understanding" serta "appreciation"?
Saya tidak mempunyai jawapan terhadap persoalan-persoalan diatas serta lain-lain persoalan yang mungkin timbul. Tetapi yang semakin jelas adalah "the lack of understanding and apprciation among leaders of the country towards ICT".
Sungguh menyedihkan! Dan memalukan!
http://quickdrawbotak.blogspot.com
Dato'
ReplyDeleteDalam negara demokrasi, antara kebebasan saya adalah untuk memilih berkawan atau berkahwin dengan sesiapa sahaja yang saya fikirkan sesuai. Betulkah pendapat saya itu Dato' ?
Saya bebas:
1- untuk bersekedudukan dengan pembantu rumah saya ketika isteri saya sakit.
2- bernikah dengan pembantu rumah saya sebelum pembantu rumah saya bercerai dengan sah dengan bekas suaminya.
3- saya bebas menafikan bahawa saya bernikah atas sebab sebab di atas dan kemudian memaklumkan kemudian.
Saya berpendapat bukan sahaja saya bebas seperti di atas tetapi saya juga bebas untuk menyentuh, meraba sesiapa sahaja asalkan orang itu rela.
Mungkin saya juga bolih 'sodomi' pada peringkat awal secara sukarela tetapi kemudiannya menjadi 'dipaksa' diikuti dengan laporan polis.
Saya juga bebas membuat SD 1, 2 ,3 mengikut kesesuaian dan perancangan awal, dan kemudiannya menghilangkan diri dengan gelaran baru 'jutawan segera'.
Dan tentulah saya juga bebas untuk melayari mana mana blog yang saya fikirkan sesuai dengan pemikiran dan jiwa saya dan saya akan menilainya mengikut ilmu saya.
Tetapi sesuatu yang penting, jika semua di atas saya lakukan, pasti saya dengan terbuka mengaku telah melakukannya tanpa berselindung atau cuba menyalahkan blog apabila menyedari sebahagian pekung saya terpapar di sini.
Tentulah saya tidak layak memanggil blog sebagai pengkhianat kerana mendedahkan hal saya, sebenarnya sayalah pengkhianat kepada amanah.
Assalamu'alaikum Dato' dan semua pemblog juga pelayar..
ReplyDeleteBlog Dato' termasuk 5 blog paling popular utk saya. Saya juga percaya ramai pelayar dan pemblog sependapat mengenainya.
Saya kira ini kali pertama saya menghantar komen sebelumnya hanya membaca dan mengikuti isu atau posting Dato'.
Saya bersetuju dengan pandangan dan ulasan Dato' dalam isu berkaitan.
Bersama ini saya turunkan petikan tersebut sebagai panduan;
Kebebasan Media dalam Islam Vs Propaganda
Kebebasan media yang bertanggungjawab harus menerangkan perkara yang hak dan benar bukan menerangkan perkara yang batil dan palsu supaya kelihatan itulah yang terang.
Simboliknya, untuk menerangkan sesuatu berita, yang paling asas adalah cahaya atau nur kebenaran, bukan kegelapan yang diputar belit menjadi samar-samar.
Yang hendak diterangkan ialah kegelapan atau zulumat, maka yang gelap itu tetaplah gelap,
kebohongan perlulah dijelaskan bahawa ia satu penipuan. Bukan yang benar dan terang disamarkan
atau diselubungkan kegelapan hingga rakyat tidak tahu mana yang benar lagi.
Salah satu nama Allah, An Nuur bermaksud cahaya, iaitu cahaya dariNya membawa hak dan kebenaran, manakala kebohongan yang diterangkan oleh pihak-pihak yang tidak takutkanNya adalah kegelapan diselubungi kepalsuan dan kebatilan.
Bila datangnya cahaya, kegelapan pasti akan lenyap. Justru, tugas utama kebebasan media
ialah menerangkan sesuatu dengan cahaya kebenaran semoga lenyap segala kegelapan dan kebatilan.
Supaya masyarakat dapat hidup dalam cahaya dan nur yang terang benderang dan tidak lagi dibelenggu kegelapan yang penuh kebatilan, penipuan, kepalsuan dan kejahilan.
Apa yang berlaku sekarang ialah penerangan dengan segala kecanggihannya telah membawa kegelapan.
Dalam Islam, kebenaran itu pokoknya adalah Tuhan dan termasuk segala perkara yang hak yang datang dari Tuhan baik para nabi dan rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, Agama-Nya, Syariat-Nya, Hukum-hakam-Nya dan lain-lain lagi.
Apa yang tidak datang dari Tuhan dan segala yang dikaitkan dengan Tuhan, adalah kepalsuan dan kebatilan dari manusia yang tidak takutkan Tuhan.
Penerangan dalam Islam tidak memutar-belit, tidak membiarkan penipuan berlaku, dan lebih-Iebih lagi tidak mencetus atau mencipta penipuan.
la tidak menghalakan sesuatu isu kepada jalan pemikiran sesuatu pihak tanpa hak untuk kepentingannya.
Penerangan dalam Islam hanya memaparkan yang benar seperti mana yang Islam mahu.
Penerangan dalam Islam juga bukan alat Propaganda, kerana propaganda itu adalah penipuan untuk membawa fikiran masyarakat kepada sesuatu fahaman yang batil bagi keuntungan sesuatu pihak.
Sebaliknya penerangan dalam media yang bertanggungjawab adalah alat dakwah dan motivasi yang membawa manusia kepada hak dan kebenaran (Tuhan) dan kepada keselamatan hidup didunia dan akhirat.
Penerangan seharusnya menyatupadukan, membawa kesefahaman serta mencetuskan kasih sayang di kalangan masyarakat. Ini semua termasuk kebenaran yang Tuhan mahu kita usahakan.
Bukan memecah belah, hina- menghina, dakwa-mendakwa, tuduh-menuduh sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan berkecamuk dan akhirnya berlakulah rusuhan dan pergaduhan.
Apabila hilang kasih sayang, maka akan hilanglah juga segala nikmat-nikmat yang lain seperti rezeki, perpaduan, kesatuan, bela-membela, bantu-membantu dan sebagainya. Akan datang pula huru-hara, pergaduhan, jenayah, tekan menekan, tindas menindas dan segala perkara yang akan menghimpit kehidupan manusia
nawawidahalan.blogspot.com
YB Dato,
ReplyDeleteIni adalah tindakbalas 'standard' kerajaan pentadbiran Dato Seri Abdullah.
Hanya kerana rakyat sudah tidak yakin dengan lapuran media arus perdana maka blog dan media internet di persalahkan.
Tidak berapa lama dulu, kerana merosot teruk dalam keputusan pilihanraya umum - rakyat jugak di persalahkan selain blog dan mdeia internet.
Harga minyak dinaikkan tanpa pertimbangan yang mendalam kepada mencetuskan inflasi, maka apabila inflasi sekarang meruncing maka keadaan dunia di persalahkan selain daripada di persalahkan juga pada Petronas.
Persoalannya,kenapakah begitu sukar untuk pentadbiran Dato Seri Abdullah ini melihat kepada kesalahan diri mereka sendiri dan kesalahan tindakan mereka dalam menjalankan amanah rakyat?
Inilah punca kemelut politik dan ekonomi negara sekarang sebenarnya.
Dato,
ReplyDeletePilihan ditangan kita, dari hari kehari pemberitaan di sumber berita perdana amat memuakkan. Temuramah dilihat bagai diatur dan sekata. Dimainkan isu Karpal Singh durhaka kepada Sultan, tapi akhirnya senyap begitu sahaja, apa erti pemberitaan sebegitu ? Tiada kesudahan setiap isu yang dimainkan. Bila ditanya jumlah saguhati kepada Hakim, tiada jawapan. Bukan kah itu duit rakyat dan adahak untuk diketahui? Dimainkan isu ketuk ketampi begitu hebat, akhirnya kebodohan sendiri tergambar.
Kini kita dihidangkan dengan sokongan beramai ramai UMNO keatas pencalonan DSAAB. Itu berita perdana ke ?
Blog akan berkembang pesat seiring dengan kemajuan internet dan teknologi. Mereka yang takut dengan blog akan jauh ketinggalan. Isunya bukan samada ia telah digunakan untuk menyebarkan fitnah atau pun cacian tetapi samada pemerintah dapat memanfaatkan blog untuk kepentingan negara dan rakyat dari segi menjadi saluran maklumbalas yang cepat dan tepat, penyebaran dan pendemokrasian maklumat, sikap keterbukaan pentadbiran, pembangunan minda, komuniti interaktif dan sebagainya.
ReplyDeleteSelagi ada insan yang bernama manusia selagi itulah akan ada fitnah dan cacian. Ia tidak ada kena mengena dengan blog. Bersikap negatif terhadap blog hanya akan merugikan pemerintah. Jangan jadi katak dibawah tempurung.
salam...
ReplyDeletebenda baik dan buruk bergantung pada niat seseorang..kemudian menjadi perbuatan... internet atau sms tidak salah..yang salah orang itu menggunakannya.
untuk tujuan baik atau sebaliknya.
pkrpasdap.blogspot.com
Salam DKJ,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan Datuk. Saya juga setuju dengan teguran Pak Lah kepada bloggers yang"tidak bertangungjawab". Bagi bloggers yang bertanggungjawab angaplah teguran Pak lah itu sebagai seorang yang tidak "pandai atau tidak mempunyai PR"
Pak Lah igat pelayar-pelayar blog ini kurang pandai seperti diakah. Rakyat malaysia kini pandaipandai dan tahu menelai antara baik dan buruk antara betul dan palsu. Pelayar-pelayar siber tidak telan bulat-bulat yang dibaca. ditonton dan maklumat diterima melalui sms. Ingatlah berita-berita media perdana juga tidak diterima bulat-bulat. SO give us some room to think, analyze and to chew. jangan lah lahirkan genersi "Yes Man" di negara yang indah dan aman ini. Berilah kami ruang untuk meluahkan pandangan dan ide kami demi untuk masa depan negara. Pemimpin yan bijak tidak takut paa teguran. Pemimpin yang jujur tidak seharusnya bermusuh dengan rakyat. Pemimpin yang berhemah tidak perlu mengunakan tekanan dan kata-kata kesat untuk cuba menegakkan kebenaran.
Pelayar siber tegar
Adakah TS Najib bakal PM atau TS Mohiden Yassin.
ReplyDeleteMaj.Tertinggi nak undi siapa agaknya.
Blogger ini pun satu juga bila bagi kebebasan ,salah guna pula .Buat fitnah ,reka yg bukan bukan,ada pula blogger upahan nak jatuhkan maruah sesaorang ,pada matanya nampak yg tak elok sahaja .
Ceritakan yg betul , jangan baling telur busuk dan menyorok bawah katil.
Dato,
ReplyDeleteSetiap seorang dari kita sepatutnya bertanggungjawab mewujudkan rasa kelegaan dan selamat dalam negara ini.
Bloggers bukan lahir untuk tujuan itu semata-mata. Sebaliknya pemimpin, apatah lagi yang terpilih dari proses pilihanraya, secara mutlak bertanggungjawab untuk mewujudkan dan memelihara rasa kelegaan dan selamat itu.
Tetapi rasa kelegaan dan selamat ini bukan sesuatu yang boleh dihitung dengan jari. Ianya lebih bersifat persepsi, dan malah lebih penting ia adalah cumulative sum kepada insiden dan tindakan positif ke arahnya.
Tanggungjawab pemimpin adalah jauh lebih besar dalam soal ini. Rakyat adalah penerima. Pemimpin adalah pemberi
Setakat ini rakyat mula menyesuaikan kehidupan dengan kemelut kenaikan harga. Rakyat tidak ada pilihan dalam soal ini. Rakyat mahu tidak mahu, menerima beban kenaikan harga seolah menjadi tanggungjawab mutlak mereka.
Tetapi soal rasa kelegaan dan selamat dalam negara tercinta ini bukan perkara untuk rakyat umum dokongi. Itu Tanggungjawab mutlak kepimpinan. Ia tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti.
sekali lagi dollah melontarkan pandangan yg menampakkan tahapiq rendah perdana menteri malaysia.
ReplyDeleteapa yg selalu dilaporkan oleh media massa skrg? klju tengok berita di tv ramai rakyat yang meluat. kenapa ini boleh terjadi? tentu nya disebabkan berita yang disampaikan memang berat sebelah.
tentunya rakyat malaysia yg lebih tinggi IQnya dr perdana menteri malaysia itu sendiri akan berusaha untuk memperbandingkn ilmu dan informasi yg mereka perolehi.
assalamualaikum dan salam sejahtera...
ReplyDeletepaklah oh paklah...
the economist menyatakan dia sbg Mikhail Gorbachev of South-East Asia...
saya pulak menyatakan dia sebagai pelingkup no1 negara(presently)..sori to say..
paklah tak layak menyalahkan media alternatif ketika mana media perdana di bawah telunjuk beliau gagal 'berkhidmat' sperti yang sepatutnya..
paklah tak layak menyalahkan sapa2 ketika beliau hanya perdana menteri yg negaranya dipimpin orang lain dan beliau menjadi de facto kekalahn terbesar dalam sejarah parti pemerintah
paklah tak layak berkata apa2 kerana beliau tak memahami atau buat2 tak paham apa isi maksud dari keputusan pilihanraya dulu..
pakloh..
-jgn salahkan sms yg mempersendakan pakloh dalam gurindam paklah...
-jgn salahkan youtube yg memaparkan pakloh kepala hadhari pegang bahu michelle yeoh,pakloh pemimpin negara ulung sedang tidur dalam meting dan ucapan yg membusankan dari pakloh sang peganti mahathir..
-jgn jugak salahkan blog yg menceritakan penglibatan kj dlm keputusan2 penting negara, yg menyatakan scomi turu mendapat untung dari projek dalam negara, yg menunjukkan pakloh penipu, flipflop, yg...aduh,penatla..banyak sangat..
so pakloh n co, cermin2kanlah diri...wassalam
Saudara AKJ yang dihurmati;
ReplyDeleteInternet, 'Pengkhianat atau Penyelamat'adalah satu topik yang baik.
Kini saya ingin mengambil kesempatan untuk topik ,'KHAIRI, Penyelamat Bangsa atau Pengkhianat'.
Saya terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia,akhbar kebanggaan Pemimpin kita, yang terpampang di muka hadapan,yang bertarikh 8hb. Julai 2008.
Tajuk: "Agong diminta campur tangan, hak bumiputra makin terhakis".
Saranan ini di buat olih Ahli Parlimen Rembau, Si KJ, Menantu Kesayangan Perdana Menteri Malaysia, tentang kuota biasiswa pelajar pelajar bumiputra yang diberi olih JPA kepada bukan bumiputra.
Si KJ memohon campur tangan Yang di Pertuan Agung bagi menangani penghakisan hak hak keistimewahan bumiputra yang semakin berleluasa sekarang.
Dengan SERUAN ini, apakah si KJ adalah Penyelamat Bangsa atau Pengkhianat Bangsa?
Apakah perubahan dasar dasar JPA ini tidak pernah di bincangkan didalam kabinet? Apakah yang di buat olih Jemaah Kabinet kita? Apakah Ketua Pengarah JPA tidak berbincang dengan Ketua SetiaUsaha Negara, yang juga SetiaUsaha kepada Kabinet? Apakah Perdana Menteri kita TIDAK TAHU akan kuota kuota ini?
Kenapa baru sekarang Ahli Parlimen UMNO mahu melibatkan Yang diPertuan Agung? Apakah niat Ahli Parlimen dari Rembau ini mahu mengheret Yang diPertuan Agung ke dalam kancah politik kotor mereka?
Apakah baru sekarang Si KJ sedar mahu membela nasib nasib bumiputra? Apakah selama ini mereka hanya membela nasib keluarga mereka, kuncu kuncu mereka yang bukan bumiputra?
"TEPUK DADA TANYA SELERA".
Kenapa beliau tidak bising tentang penyertaan bumiputra dalam projek projek kerajaan, contohnya Projek Piala Monsoon di Trengganu, Projek Projek Rawatan Air di Sabah yang meibatkan berbillion Ringgit. Semuannya diberi kepada Syarikat milik BUKAN bumiputra yang TIDAK berpengalaman lansung, dan semua projek projek ini di sub kontrak kepada Syarikat dari Semenanjung. Kenapa beliau tidak bising? Apakah kerana 'tempiasnya' masuk ke kantung Pembesar UMNO, maka beliau berdiam diri?
Kadangkala apabila kita terlalu GILAKAN KUASA dan ingin MENONJOLKAN DIRI bahawa kita pandai, maka tanpa disedarinya akan menunjukan akan KEBODOHAN kita sahaja.APAKAH BELIAU DAN PM SENTIASA MEMBELA KAUM BUMIPUTRA?
Tolonglah, Wahai Pemimpin , janganlah bawa ISU ISU yang berunsurkan Perkauman. Yang diPertuan Agung adalah Raja kita untuk seluruh RAKYAT JELATA, TIDAK KIRA BANGSA.
Disini, kita bolih buat andaian tentang serangan PM terhadap penulis blog, yang dikatakan olih PM kita pengkhianat dan melanggar Prinsip Rukun Negara.
Ingin saya soalkan disini, SIAPAKAH PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA YANG SEBENARNYA????
Semoga sentiasa menjadi RENONGAN buat kita agar GENERASI kita akan datang tidak akan hidup dalam kelaparan.
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeletePak lah mula melatah dengan tindakan kecaman terhadap bloggers.
Sepatutnya Pak lah mula menasihat pemblog yang terdiri dari MP dan ADUN BN terlebih dahulu sebelum menghentam bloggers yang kebanyakkannya hanya menyampaikan apa yang disiarkan oleh media penyokong kerajaan seperti (Utusan, TV3, RTM dll).
Apa yang di sampaikan oleh media-media tersebut lebih bersifat menjatuhkan hukuman sebelum mengadili sesuatu isu secara adil.
Tindak-tanduk Pak Lah yang "flip-flop" dalam membuat sesuatu keputusan dan media yang mengemburkan situasi mengikut citarasa wartawan pembodek menyebabkan ramai pembaca beralih kepada blog-blog yang mungkin condong kepada pembangkang atau pemblog yang nutral dalam mendapatkan sesuatu isu.
Alahai Pak Lah......flip-flop lagi..
Anak_Parit
Salam buat Dato' AKJ,
ReplyDeleteInternet, pengkhianat atau penyelamat?
To or not to be? THE QUESTION THAT ALAWAYS BE !!!!!!!!
Ada banyak cara kita membaca. RASULLULLAH s.a.w juga diajar "iqra'" sebagai permulaannya.
Kita membaca dengan mata? Kita membaca dengan telinga? Kita membaca dengan hati? Kita membaca sahaja? Kita membaca dengan akal? Kita membaca dengan fikiran? Kita membaca dengan EMOSI?
Di kategori manakah kelompok kita berada? TEPUK DADA TANYA SELERA !!!! atau kita sudah tiada selera lagi !!!!!!!
Pengkhianat yang macam mana kategori kita bila berinternet? Pengkhianat seperti seorang pelajar universiti Taiwan yang memperlekehkan Lagu Kebangsaan dalam internet itu seharusnya DIHUKUM MATI!!!!! Inilah sebenarnya pengkhianat!!!!!
Apakah menyebar maklumat akan salah laku pemimpin dalam internet dikategori pengkhianat? Apakah menyebar maklumat kehilangan kuasa mutlak bumiputera kepada orang asing seperti Singapura masih dalam kategori pengkhianat!!!!!
Apakah menyebar maklumat salah laku pemimpin dalam internet dikategori penyelamat? NEGARA HARUS DISELAMATKAN!!!!! NEGARA DIHUNI 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA!!!!! Pemimpin salah laku mungkin cuma 1 ORANG!!!!!!!
FIKIR-FIKIRKAN LAH ........
rosli basiran
Salam Datuk
ReplyDeleteIt is interesting to see how the turn of events has taken place after PRU12.. the country is plagued with political issues endlessly.. Doesnt Pak Lah think deeply before he issues statements? That's why he's seen flip-flopping his way through.. People say his administration practises more 'openness' compared with Tun M's time.. but I can see how visible and blatantly obvious that the current mainstream media simply reports that everything done by the govt is good and things are hunky dory.. this artifical sense of security is bad for the rakyat.. i do not have confidence in the govt in bracing for the current economic crisis.. it seems all that the government is doing seems to be politically motivated, acting to become popular...on the other hand, the opposition states' leaders are still acting like the opposition, busy looking for past mistakes of the previous BN govt.
*sigh* tak tau lah apa nak jadi kat Malaysia ni..
Salam DAKJ,
ReplyDeleteAdalah sesekali membaca blog Dato dan masa x komputer dulu saya beli buku Dato yang bersumberkan blog Dato.
Pembaca kekadang mencari satu sumber maklumat dan dalam kontek politik mencari panduan dan akhirnya terpaksa membuat satu pilihan dalam pilihanraya nanti.
Blog Dato seolah tidak membantu kearah itu. Pendirian Dato tidak begitu jelas. Adakah Dato penyokong atau Anti BN ?
Rakyat kekadang hanya dipengaruhi dengan hasil tulisan dan kekadang hanya dengan ucapan yang gah. Kehebatan didua bidang ini berjaya mempengaruhi rakyat lalu keputusan untuk memilih dibuat. Ia umpama mengoda gadis bermodalkan kata-kata indah melalui ungkapan atau nukilan berkarya. Akibatnya sigadis akan hanyut dan menyerahkan jiwa raga nya. Begitulah ahli politik.
Kesimpulan nya disini, kita mencari satu altenatif supaya ada badan penentu dimana ucapan-ucapan palsu dan janji-janji manis ini , jika tidak tertunai akan diberi hukuman.
Harap Dato faham apa maksud yang ingin disampaikan. Tkasih.
Dato AKJ, i suggest the govt ban all form of communications in Msia. Ban internet, ban telcos, ban semuanya. Tv and radio hanya guna untuk hebah propaganda kjaan. PM, DPM and Cabinet members naik lori keliling kampung berucap. Habis cerita. Negara maju ala hadari.
ReplyDeleteRakyat Bosan
Tok dan pembahasa sekalian..
ReplyDeleteBlog ni macam gelas.Terpulang sama ada nak pakai gelas tu untuk apa.
Ada yang letak arak, ada yang letak air masak, ada yang letak air sirap, ada juga yang letak racun dan penawar.
Nak paksa orangramai jangan percaya sama blogger. Susah tu. Sebabnya kena tengok tahap pendidikan negara. Kalau rakyatnya cerdik, yang bohong dan tipu, takkan senang2 manusia cerdik nak percaya? Kalau tak cerdik tu lainlah. Tak tau la kot2 kerajaan memang tak suka rakyatnya jadi cerdik?
Selalunya orang tak pandai akan mencari manusia yang lebih tidak pandai darinya supaya dia tu nampak pandai.
Nak elak daripada fitnah tu senang ja, jangan buka pintu fitnah. Kerja betul2 kerana Allah dan Rasul, insyaAllah diangkat martabatnya dan dilindungi daripada fitnah.
Salam,
ReplyDeleteSekarang bekas presiden UMNO selama 22 tahun yang cakap.
Mana pemimpin UMNO?, tolong jawab. Mana penyokong UMNO?, tolong sangkal.
Mana pencacai UMNO?, tolong bidas.
Kalau pandailah.....
saya setuju dengan dengan PM, tidak dapat dinafikan mmg ada blog2 yang memberi komen,idea2 yang bernas tetapi saya consider sbg minoriti saja. dari pelayaran saya kepada blog2, portal2 pro pembangkang lebih kepada fitnah,membuat cerita menyerang peribadi,mewujudkan suasana ketegangan kaum. dato pun sendiri tahu teori komunikasi, pembohongan yang dicerita berulang kali akan menjadi benar dalam tafsiran masing-masing.
ReplyDeletesaya membaca kedua2 media arus perdana dan alternatif media, dan seharusnya kita semua yang waras dapat membezakan antara fakta dan pembohongan.
dato jgn marah kat pm semata2 sebab komen keras dia, saya rasa bukan ditujukan kepada dato...tetapi kepada majoriti blogger2 politik yg tiada identiti dan menulis sesuka hati.
akhir kata, yang baik datang dari dato dan yg tak baik semua datang dari Pak Lah
Isu Peralihan Kuasa 2010
ReplyDeleteNatijah daripada apa yang berlaku mengenai keputusan Abdullah Ahmad Badawi (AAB) ini ialah menunjukkan betapa BODOH-nya orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO. Mereka tidak peduli atau sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata tentang apa yang rakyat inginkan ketika ini.
Ternyata post penulis terdahulu di http://fikirlahsendiri.blogspot.commengenai Ketua Bahagian telah pun 'dibeli' oleh Kumpulan penyelamat AAB kelihatan benar.
Kenapa penulis menyatakan betapa BODOH-nya orang-orang UMNO? Kerana selagi mereka membiarkan si AAB memegang kerusi Presiden dan menjadi Perdana Menteri, selagi itulah kuasa UMNO lama kelamaan akan terhakis malah besar kemungkinan akan pupus sebaik keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan. A Lu Fikirlah Sendiri wahai ahli UMNO yang BODOH sebodohnya.
Salam Dato'
ReplyDeleteMungkin Pak Lah hendakkan Anuar jadi PM dan menantunya jadi TPM.Dan Najib di Singkirkan kerana itu 2 tahun.
Ini cara balas dendam kepada TUN yg selalu suruh dia turun.
Tetapi tuhan maha kaya kita ingat satu tetapi jadi pula yg satu lagi.
assalamaualaikum dan salam sejahtera...
ReplyDeleteHAJIMAN IBRAHIM kata...
Blog Dato seolah tidak membantu kearah itu. Pendirian Dato tidak begitu jelas. Adakah Dato penyokong atau Anti BN ?
saya nak memandai-mandai jawab:
rasanya Beliau org kuat BN yg anti dengan pentadbiran 'munafik' dan 'tak berdaya' BN skarang khususnya pengaruh 'clan paklah or paklah n co' sperti mana rata2 org UMNO/BN masa skarang..dan saya rasa saya tak salah disitu...
p/s..2010?..sangat lama..aduhh..makin lingkupla negara malaysia..makin seronokla penyangak paklah n co..cuba baca apa Tun kata di blog beliau..wassalam
salam dato' KJ,
ReplyDeleteIa bergantung kepada 'nawaitu' seseorang itu menulis. Bertanggung jawab atas apa yang ditulis hanya berobjektifkan untuk menyedarkan rakyat dengan maklumat-maklumat yang benar dan membuka pemikiran rakyat untuk berkebolehan membaca apa yang tersirat disebalik yang sedang berlaku sekarang ini.Setiap langkah Pak Lah akan diawasi. Adakah Pak Lah dsn keluarga akan terlepas dari isu PRU12? Dalam media perdana kini Khairy Jamaluddin termasuk antara orang yang top 10 untuk memeberi pandangan pasal peralihan kuasa, setelah 'menikus! semenjak kekalahan PRU12. sekiranya ada kebenaran yang dia sedang bergerak untuk mengambil alih Petronas, halang lah wahai orang Petronas. Tak perlu berlindung lagi. Janganlah biar dia rosakkan sistem mengendalikan Petronas ini yang dah mantap dan utuh, seperti mana dia rosakkan sistem perolehan kerajaan dan lain-lain dasr yang TDM dah setkan semenjak 22 tahun lalu.
Walaupun Ketua Bahagian dah kena briefing, mesyuarat cawangan kali ini ialah suara sebenar akar umbi. Kalau ada yang berani ,buatlah kelainan dalam platform perjuangan kali ini.
salam Dato'KJ,
ReplyDeleteHari tu balik kampung kat Perak, dekat trafik light bersebelahan dengan trak MAXIS. Kat pintu tulis Scomi Telecomunications Sdn Bhd. They are everywhere betwee 2004 to 2008.The family interest is everywhere. Until 2010 after handing over , he will gain as much as he can before retiring in his home in Perth.
Saya pun dah naik bosan (mohon ampun).
ReplyDeleteAda ulasan yang baik tetapi dimasukkan kenyataan seolah-oleh seseorang itu telah didapati bersalah walaupun penyiasatan masih berjalan.
Saya tidak akan siarkan tulisan seperti itu.
Kita boleh mengaku kita orang Umno veteran, pejuang dan sebagainya.
Orang itu juga boleh benci kepada Anwar Ibrahim atau sesiapa saja.
Tetapi orang yang kita benci itu pun dilindungi undang-undang dan kita boleh disaman kalau kita buat kenyataan yang berbentuk fitnah dan tuduhan palsu.
Saya tidak akan siarkan komen yang emosional, berbau fitnah, panjang berjela-jela dan sukar difahami.
Tolong!
Terima kasih.
Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,
ReplyDeleteTempoh peralihan kuasa selama 2 tahun adalah amat panjang. Anything could happen. The ecopnomy could go bust. Along with the economy would the men-in-the-street. Leaders in the ruling party as well as opposition would remained comfortable with their assets etc.
In the meantime, our economy does not seem to be doing well to achieve the (revised) target of 5% growth. Inflation rate would most likely be approaching double digits. Our capital markets (both equity and debt) are very lethagic at the moment, if not dead.
BNM and the FIs are contemplating on easing the burdens of borrowers by lowering interest rates through (most probably) rescheduling of loans. If these plans materialises, kudos to BNM and FIs. But those would not be sufficient to crank-up the slowing economy.
Easing the burden on retail borrowers would not amount to much if there are no large projects being undertaken by the government and if access to funding becomes restrictive for companies to undertake whatever few projects available.
Where would this lead us? I have real fear of our immediate future. If we fail to manage the short term risks there will be no long term risks to consider. If our international ratings were to be downgraded, costs of borrowing for the government would increase.
We would be trapped in one large vicious cycle and circle unable to free ourselves. A radical thinking is required now.
We need people of intelligence, integrity and credibility to take charge. I don't see the current crop of leaders on both sides (government and opposition) as having the qualities we need. Most of the time they have nothing to show except shouts of rethorics.
We need leaders that, inter alia, have:
(1) intelligence;
(2) integrity;
(3) credibility;
(4) stemina; and
(5) bravery
How many of the current crop has the above qualities?
(1) Hishamuddin? No way!
(2) Khairy J? No way!
(3) Anwar Ibrahim? NO WAY!
Simplistically, I guess the choices that have put forth before us during elections are not much of a choice in the first place. I guess that is where we have failed as a country i.e. to nurture bright, talented young people to be leaders of tomorrow without corrupting their bodies and souls with excessive greed!
Sekian.
Datuk,
ReplyDeleteBush dikatakan antara presiden USA yang paling bebal dan bodoh.Malahan ada yang mengatakan IQ Bush tersangat rendah.
Saban hari, Bush menerima kutukan, cacian, makian dan bermacam kata nista yang dilemparkan kepada beliau.
Bush juga dijadikan bahan jenaka dari segenap lapisan masyarakat baik di Amerika sendiri, mahu pun dari seluruh dunia samaada di media cetak mahupun di internet.
Tetapi walau bagaimana pun dia diperlakukan samaada sebagai individu atau pun sebagai presiden Amerika yang mempunya kuasa yang cukup besar, tidak pernah pula didengar dia melatah atau melompat untuk memberi amaran,atau pun memberhentikan segala cacian tersebut.Tidak pernah sekali pun kita mendengar dia menyerang bloggers atau media yg mengkritik beliau.Wal hal Bush punya kuasa untuk memberhentikan segala kritikan terhadap beliau.Beliau juga boleh mengarahkan CIA mahu pun tentera untuk menutup sesiapa sahaja yg mengkritik beliau.
Persoalannya...siapakah yang lebih bebal dari Bush?
Era Najib akan bermula Jun 2010? Tapi Tun Dr Mahathir kata Najib takkan jadi PM. Akan ada orang lain yang sebulu dengan Pak Lah yang akan menggantikan Pak Lah. Bukan Jun 2010 tapi lebih lambat dari tarikh tersebut.
ReplyDeleteApa komen Datuk?
nadzrikamsin.blogspot.com
Dato,
ReplyDeleteNOBLE ACT OR DESPARATE ATTEMPT BY DOLLAH?
BYE BYE NAJIB AND MAHYUDDIN....
Dato,
ReplyDeleteJune 2010 ? it is no surprise...
Kan berita ini telah dISIARkan dalam sabuah akhbar SINGAPURA 2 BULAN YANG LALU...
Siap dengan detail plan sebenarnya. Kesian saya lihat MT UMNO terpaksa mendapat berita dari suratkhabar dan bukan dalam mesyuarat MT UMNO.
Kalau beginilah UMNO......
Dato,
ReplyDeleteEntah ya atau tidak Pak Lah akan bersara pada 2010 nanti.
Kalau kawan sendiri (SAPP) pun sudah tak percaya, apatah lagi rakyat macam saya ni.
Khabarnya pihak pembangkang pula nak usulkan undi tak percaya..
Kalau semakin ramai rakyat malaysia yang dah tak suka, buat apalah nak tunggu lama-lama..
Askum Dato'AKJ
ReplyDeleteperalihan kuasa Jun 2010
Kenapa lama sangat , nampak gaya nak tiru macam mantan PM yg. lepas. Dalam tempuh tu mcm2 boleh jadi sementelahan menjelang pemilihan umno dis.08 nanti. kabarnya jawatan presiden dan timb. presiden boleh dipertandingkan. Macam ni lah demokrasi. Apa tunggu lagi pak mahyiddin ini peluang baik , dari najib yang dikaitkan dengan altantuya tu baik kamu lebih bersih.Tak yah le nak jek bos,saya patuh kpd. pimpinan, tapi hati kata nak. Rakyat sokong anda.
Tentang najib pula dia akan berhadapan dengan mahkamah kes liwat2 dan altantuya so sahamnya sedikit sebanyak akan menurun, atau pun dia terus dilontarkan keluar seperti DSAI dipecat semasa 1998 dulu, ni malaysia , hari ni cakap lain esok cakap lain (merujuk kepada pak lah yang selalu tidak istiqamah(konsisten)tentang cakap2 nya.
Bagi KJ pula masa 2 tahun tu bolehlah persiapkan diri untuk tegak merimbun, kalau bebudak dah lah susu, dah pandai berjalan , mertua tak de nanti baru hang tau langit tinggi rendah lebih-lebih lagi dalam umno tu.
Tempoh tersebut bagi DSAI rasanya telah terbersih dirinya dari kes liwat2 , mungkin masa tu dia dah jadi PM siapa tau ,rezeki Allah swt.Saya yakin kezaliman akan hancur dan kebenaran pasti akan tertegak. Wallahu 'aklam.
salam Dato
ReplyDeletesaya merasa malu mengakui sebagai rakyat johor terutama yang tinggal di kawasan pembangunaan wilayah iskandar malaysia. apa rakyat dapat drp pembangunan tersebut dengan terkorbanya pemilikan tanah orang-orang melayu yang jatuh kepada orang asing terutama kepada singapura. mungkin dato boleh kupas isu ini pada masa hadapan. setahu saya semasa peringkat awal pengambilan tanah ( akta pengambilan tanah 1970 )tersebut adalah bertujuan merampas kembali tanah yang dimiliki rakyat singapura yang berjumlah 80% pada waktu itu. dan setelah kita dapat semula kita gadaikan maruah kita dengan membenarkan rakyat singapura memilikinya kembali. adakah ini bentuk pemikiran pemimpin kita dalam mencari keuntungan demi mengejar pembangunan.
sekian dato.
demi rakyat johor.