Peralihan Kuasa: 2 Tahun Adalah Lama
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
BERITA besar media massa arus perdana sejak semalam adalah pengesahan jadual penyerahan kuasa oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Mohd Najib Abdul Razak.
Menurut laporan muka depan Utusan Malaysia, Abdullah “akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada timbalannya” pada pertengahan 2010.
Saya sengaja memetik laporan Utusan kerana kedudukannya sebagai akhbar milik Umno. Dengan kedudukan itu saya menganggap laporan Utusan sebagai paling autoritatif dan boleh dipertanggungjawabkan.
Tetapi apabila saya membaca dengan teliti dan berulang kali saya menjadi agak keliru dan kurang yakin. Bukan tujuan saya mencari salah atau membahaskan semantik.
Soalnya ada jurang yang ketara antara perisytiharan “akan menyerahkan jawatan” dalam perenggan pembukaan (intro) laporan Utusan dengan perenggan keenam yang mengandungi petikan langsung daripada Abdullah yang berbunyi:
“Saya bercadang menyerahkan jawatan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Presiden parti dalam Jun atau pertengahan 2010.”
Saya tidak menuduh sesiapa memutarkan kata-kata. Tetapi pada hemat saya ada perbezaan yang halus (subtle) di antara “akan menyerahkan jawatan” dengan “bercadang menyerahkan jawatan.”
Mungkin dalam gaya bahasa Perdana Menteri dan dalam benaknya “akan menyerahkan jawatan” dengan “bercadang menyerahkan jawatan” adalah sama.
Tidaklah perlu saya mengingatkan sesiapa iaitu dalam politik, perbezaan antara yang tersurat dengan yang tersirat kadang-kadang seperti langit dengan bumi dan masa dua tahun adalah sangat lama dan boleh menjadi selama-lamanya.
Pernah pun berlaku iaitu apabila sampai masanya apa yang dicadangkan tidak dilaksanakan kerana sebab-sebab tertentu. Dalam politik alasan boleh dicari atau dicipta.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dilaporkan sebagai berkata dia asalnya bercadang bersara pada tahun 1998 dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada waktu itu, Anwar Ibrahim.
Tetapi apabila Krisis Kewangan Serantau berlaku pada tahun 1997 dia menangguhkan cadangannya dan kekal memerintah sehingga tahun 2003. Manakala Anwar pula dipecat daripada Umno dan Kerajaan kerana terbabit dengan penyalahgunaan kuasa dan salah laku.
Banyak hal boleh berlaku dalam masa dua tahun. Saya tidak mahu membuat ramalan. Sebaliknya marilah sama-sama kita mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:
1. Mengapa pada Jun atau pertengahan 2010 dan tidak sekarang atau selepas mesyuarat agung tahunan Umno Disember ini?
2. Mengapakah Abdullah mempertahankan jawatan presiden dan menamakan Mohd Najib sebagai rakan kongsi?
3. Apakah Tengku Razaleigh Hamzah akan meneruskan cadangannya mencabar Abdullah dan Muhyiddin Yassin bertanding jawatan timbalan presiden?
4. Adakah kepemimpinan Umno di peringkat cawangan, bahagian dan perhubungan negeri bersetuju dengan jadual peralihan kuasa ini?
5. Apakah mungkin mereka mengenakan tekanan ke atas Mohd Najib agar mencabar Abdullah dengan mencalonkan beliau untuk jawatan presiden?
6. Apakah implikasi pelukan mesra Abdullah terhadap Mohd Najib ke atas pakatan bayangan Mohd Najib-Muhyiddin?
7. Apakah sejarah politik bawah tanah pertembungan Anwar-Tun Abdul Ghafar Baba tahun 1993 akan berulang? (MT tidak mahu Ghafar dicabar. Anwar juga berkata dia tidak berhasrat mencabar Ghafar. Tetapi bahagian terus mencalonkan Anwar. Ghafar terpaksa mengaku kalah dan meletakkan jawatan.)
8. Adakah ahli Umno sudah bersedia untuk melihat melepasi Mohd Najib atau Tengku Razaleigh dalam usaha mereka mencari penyelamat parti dan pemimpin negara? dan
9. Dalam kedudukannya sebagai “lame duck Prime Minister” adakah mampu Abdullah menangani masalah negara, khasnya dalam bidang ekonomi, yang semakin mengancam sekarang?
Kesimpulannya, jadual penyerahan kuasa yang tertangguh itu boleh menjadi jambatan ke arah kesejahteraan dan boleh juga menjadi senjata makan tuan kepada Abdullah, Mohd Najib dan Umno.
Dalam politik, hanya orang dangkal sahaja akan memipiskan lada apabila melihat burung terbang atau membilang anak ayam sebelum menetas.
Mohd Najib mungkin bukan budak kampung. Masa kecilnya dia mungkin tidak memelihara ayam dan itik. Bagi orang kampung yang memelihara ayam dan itik, dia pasti tahu bahawa tidak ada yang lebih busuk dan meloyakan daripada bau telur buruk.
Saya teringat kepada temu ramah empat mata yang saya lakukan dengan Mohd Najib untuk akhbar Business Times pada tahun 1977 ketika dia masih bujang dan baru setahun jagung sebagai Ahli Parlimen. Masa berlalu begitu pantas!
Tempoh 2 tahun, macam-macam boleh berlaku dalam negara. Politik pun sama. Mungkin sebelum Jun 2010, Anwar sudah pun menjadi Perdana Menteri.
ReplyDeleteSiapa tahu?
http://nadzrikamsin.blogspot.com/
Dear Datuk and readers,
ReplyDeleteI am very suprised to hear that Pak Lah put up mid year 2010 as the 'date' and Najib has to recieve the 'date'.
I was thinking and expecting for a such a long way to go and to make 'a move' Pak Lah should have put up a concrete plan for the economic recovery despite putting all the adhock programs as what he is doing now. All he does now is symtomatic action and would not last long, later it will not even improve the economic situation. The impact is only contributing to a poorer economic condition.
After he has put up relistic, achievable plans for economic recovery he has then to announce the 'date' for Najib. That should be the way to let people understand what is he going to do to fill the gap of 2 years and a half.
But now he is not.This is what I call a poor leadership and it has been explained in all leadership's theories. Unfortunately Pak Lah just happens to carries those of the poor one. I felt so sad for the farmers, villagers, who has to face all those inflations, negative GDP growth and later the recession (coming soon).
UMNO and UMNO members has to do something about it and not to be 'yes minister'. Or else all of UMNO member is just having 'Koro' problems. Sad to say and I dont want to be one. At least I writes.
Zulkufli
zulkufli.blogspot.com
Salam Datuk
ReplyDeleteMemang betul 2 tahun terlalu lama.. Pak Lah masih gila kuasa..or does he need more time to cover his tracks? Apa2 pun, rasanya Najib akan kempunan dlm 2010..
Yang Badan2 Perhubungan UMNO pula, kenapa dah sibuk menyatakan sokongan? Ketua2 Bahagian ada mandat kah dari ahli2 masing2 untuk menyatakan sokongan? Adakah ini untuk menutup mulut ahli2 akar umbi? Mesyuarat cawangan pun belum lagi.. apa hal ni?
Pak Kadir, PakLah nak Anwar jadi PM. Tak ada siapa lagi yang layak buat masa ini.
ReplyDeleteZEEZ
Datuk,
ReplyDeleteWalaupun orang beranggapan Abdullah tidak smart, tetapi main-main politik ini, dia pandai juga.
Hanya orang yang tidak smart sahaja akan termakan pancing Abdullah untuk serah kuasa pada Najib, pada 2010.
Dari risik-risik, tidak mungkin Abdullah tidak tahu, yang Najib juga mahukan Abdullah turun cepat dan tidak mungkin juga dia senang hati dengan berita itu.
Kenyataan bersumpah Raja Petra (RPK) dan Balasubramaniam, telah memberi idea kepada Abdullah untuk menetapkan Jun 2010 sebagai tarikh menyerahkan kuasa kepada Najib.
Kalau sehingga tarikh itu sampai, terbukti Najib tidak "terkena sumpah", terpaksalah Abdullah tunaikan janjinya.
Tetapi mengikut congak Abdullah, dalam dua tahun ini, kes Altantuya akan selesai. Tidak mungkin mahkamah akan menidakkan kenyataan bersumpah RPK dan Bala.
Kalau congaknya menjadi, Abdullah mungkin tidak perlu menyerahkan jawatannya pada Najib dan dalam masa yang sama "sakit hatinya" akan terubat.
Assalamualaikum Tuan A Kadir Jasin,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan tuan mengenai 2 dua tahun adalah tempoh masa yang agak lama.
saya juga turut memuatkan komen saya mengenai peralihan kuasa di blog saya
http://www.besutlonih.com
Bravo! The CEOofMalaysia made a brilliant political move. Who would have thought?
ReplyDeleteIf only the same level of strategic thinking can be applied to get rakyats out of hot soup... We will not be in our sorry state like now.
Lanomeila
Dato Kadir,
ReplyDeleteOne word.."LINGKUP" is all I can say..heheh..wat can I say..(",)
NO TO NWO!!
"This country, with its institutions, belongs to the people who inhabit it. Whenever they shall grow weary of the existing government, they can exercise their constitutional right of amending it, or exercise their revolutionary right to overthrow it."
~ Abraham Lincoln
"The trouble with the world is that the stupid are cocksure and the intelligent are full of doubt."
~ Bertrand Russell
Masih tak habis-habis Dollah nak permainkan ahli UMNO dan rakyat Malaysia amnya.Kalau dah ditolak dan dibenci tak kan masih tak faham lagi.Konon nak main cak kun cak macam budak kecik.Baiklah undur ,tak payah tanding,kalau tak nanti kena senjah baru ...tahu.his...heran ......masih nak tawar menawar pulak ..ingat ini ...pasar..ke......hai ..tak tahulah ..susah cakap dengan orang yg tak reti basa..ni
ReplyDeleteassalamualaikum dan salam sejahtera....
ReplyDelete-2 tahun adalah masa yang panjang dan sangat sangat panjang sekiranya khairy jamaluddin,eh, paklah terus memegang tampuk kuasa...
-sekiranya tiada persaingan/perebutan/cabaran kuasa DS Najib ke atas paklah paling lambat disember ini, anggaplah sokongan saya kepada najib sudah berakhir/tamat/musnah...saya akan mengaggap najib sebagai turut serta/bersetuju/tiada msalah/terlibat dalam kehancuran/lingkupnya negara ini dibwh pemerintahan yg sedia ada...
-umno akan hancur dgn kerakusan para pmimpin dan doa rakyat.PERCAYALAH!!berubahlah wahai saudagar UMNO sekalian...
Dato
ReplyDeletesaya tambah dua lagi point bagi melengkapi soalan dato diatas.
10. Adakah pengumuman peralihan kuasa tersebut bermakna akan berakhir satu drama bersiri yang melibatkan espisod SD RPK, tuduhan liwat keatas DSAI, SD 1 & 2 Bala dan sokongan umno negeri kepada gandingan AAB dan NTR?
11. Adakah pengumuman semalam bermakna kem AAB dah berjaya untuk checkmate NTR?
Dato
Jawapan kepada sebahagian dari soalan dato diatas telah terjawab dengan jelas sekali dari air muka NTR semasa PC untuk mengumumkan peralihan kuasa dalam UMNO semalam.
Saya tak pernah melihat air muka NTR yang merah padam seperti orang yang teramat marah akan sesuatu sebelum ini semasa PC tersebut.
Air muka NTR semasa pc untuk menjawab SD RPK, pasal kes liwat anwar-saiful dan SD 1 & 2 Bala tidak merah padam seperti semalam.
saya percaya dengan pengumuman tersebut, episod SD RPK, kes liwat DSAI, SD 1 & 2 Bala akan fizzle out tak lama lagi kerana matlamat telah tercapai semalam.
bat8
Saya juga terbaca dan tertanya pertama kali ketika menatap Utusan Malaysia berhubung cadangan menyerahkan jawatan...dan Dato' telah mengulasya dalam 'pemikiran' yang sama.. Saya percaya ini adalah skrip asal untuk diputarbelitkan di kemudian hari tetapi malangnya, ramai di antara kita telah terhidu kecuali Najib yang tersengeh dan memeluk sakan Dolah..
ReplyDeleteTetapi saya percaya sengeh, senyum dan peluk Najib bukanlah menanda kesetiaan membuta tuli yang berterusan kerana Najib juga mempunyai ketinggian dalam berfikir terutamanya kalau di pihak Dolah terlalu menekan dan mengadakan 1001 peraturan untuk mengongkong.
Rata rata ahli UMNO mahukan Najib dan Muhyidin menjadi satu pakatan bulat untuk membolehkan UMNO terus relevan kerana majoiti masih ada baki rasa sayang kepada UMNO. Setakat ini pakatan tesebut belum dapat dihidu samada terlalu dirahsia atau memang 'tiada'.
Secara logiknya jika Dolah mampu mengemudi Malaysia sehingga Jun 2010, apa 'kejadahnya' perlu diserahkan kepada Najib, teruskanlah memerintah hingga kerepot.
Pada yang pekak, tuli dan buta tentulah guru sudah mengajar bagaimana mahu 'mendengar dan melihat' dengan pancaindera hati. Tetapi bagi yang sengaja buat pekak, tuli dan buta kita serahkan pada masa untuk mengadili mereka.
Setiap hari jutaan rakyat memaki hamun atau menyumpah pembesar dan pemimpin negara. Yang sudah kena sumbah dan bala ialah Anwar dengan kes liwatnya dan Najib dengan altantuyanya, bukan soal mereka bersalah atau tidak, tetapi musibah sudah menimpa.
Bagaimana dengan Dolah, adakah Dolah akan dapat 'tunai' tanpa diduga..
Salam,
ReplyDeleteDato AKJ,
Saya juga sangat setuju dengan pendapat dato' ini. Apakah yang sebenarnya ingin Pak Lah capai sehinggakan memberi tempoh selama 2 tahun lagi untuk berkuasa ? Sebagai orang melayu, Saya berasa amat marah dan tercabar dengan kenyataan dari Pak Lah ini. Saya merasakan ada sesuatu 'nawaitu' yang tidak kena dengan beliau. Dan juga beliau sedang menghadapai satu penyakit yang seperti tidak boleh diubati lagi. Bagi saya terlalu serius penyakit ini dan beliau perlu di ubati segera sebelum perkara buruk berlaku kepada beliau nanti.
Sebagai orang melayu islam, saya juga penyakitnya ini kan merebak kepada saudara2 melayu islam yang lain. Dan jika ini berlaku, di aharus dikuanrabtinkan ataupun di 'bunuh' sahja demi menyelamatkan orang lain menjadi mangsa penyakitnya itu.
Saya juga ada menulis tentang beliau hari ini di blog saya iatu www.akubencipaklah.blogspot.com . Saya berharap dato' dapat memberi komen tentang kenyataan saya ini. Dan tegurlah dan betulkan saya jika saya silap menuduhnya sedemikian rupa. Teruskan perjuangan dato demi melayu, islam dan malaysia ini.
Sekian.
AMN
moderator akubencipaklah.blogspot.com
Dato,
ReplyDeleteIni mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa UMNO sekarang parti PakLah dan bukannya parti orang Melayu. Paklah ingin 'menyerahkan' pimpinan parti kepada Najib tanpa membenarkan orang Melayu membuat pilihan siapa sepatutnya menjadi pemimpin mereka.
Dalam masa dua tahun adalah terlalu lama. Adakan PakLah sempat 'menyiapkan' kerja yang beliau katakan masih banyak kerja-kerja yang belum siap beberapa minggu dahulu?. Jika didalam masa dua tahun kerja itu tidak dapat disiapkan adakah beliau berhak untuk extend?. Samy Vellu masih belum siap kerjanya walau pun dah lebih 30 tahun memimpin MIC dah berpuluh kali berkata 'saya akan berhenti selepas pemilihan akan datang'.... akan datang tu sampai bila pun tak sampai-sampai. Jadi tidak mustahil 'dua tahun lagi' PakLah tidak akan sampai pada tahun 2010 nanti.
Dua tahun lagi mungkin Khairy sempat baligh (cukup umur setelah bermimpi) dan dilantik oleh Najib sebagai Naib Presiden kerana Parti Unmo akan jadi Parti Najib dan Hissamudin pulak!
Orang Melayu perlu bersuara pada Disember nanti. Jangan biarkan hanya 191 Ketua Bahagian sahaja yang menentukan nasib masa depan berjuta orang Melayu. Setelah PKR tidak boleh diharap untuk menjadi 'Parti Melayu' maka hanya tinggal UMNO harapan orang Melayu....atau marilah bersama-sama memperkuatkan Parti Islam PAS jika kita terus dipermaikan pada Disember nanti.
Bye
/RotiPlanta
Persoalannya bapak-bapak semua layak ke najib jadi PM?. Dan mahukan bapak-bapak yg berugama islam menyokong najib jadi PM?. saya tidak mampu!.Pilihlah pemimpin yg bukan saja nampak bersih tapi memang bersih dari semua aspek.
ReplyDeleteSdr Pedang,
ReplyDeleteSaya tidak akan poskan komen Sdr. Ada pembaca mungkin keliru dan membuat kesimpulan yang silap mengenai seruan "revolusi" Sdr.
Tolong sunting dan jelaskan maksud "revolusi" anda.
Umum mengaitkan revolusi dengan penggunaan senjata dan kekerasan.
Saya harap itu bukan maksud Sdr.
Sila edit dan jelaskan. Mohon kerjasama.
Terima kasih.
I seriuosly feel that the support for UMNo will wither way before the election in December if Najib is unwillingly to contest Pak Lah.
ReplyDeleteI hope UMNO grassroot will not succumb to this tactic.
Assalamualaikum DAKJ...
ReplyDelete1. Mungkin Dato sudah tahu jawapan bagi persoalan2 di atas, orang biasa seperti saya hanya dapat meneka sahaja. Maklumlah, sumber maklumat amatlah terhad.
2. Ayam atau itik yg bertelur/mengeram tahu telur buruknya akan meletup, tapi orang kampung akan tahu apabila ia sudah meletup. Kecuali orang kampung yg selalu periksa, berhati2, mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak terkena penangan telur buruk itu. Mereka inilah orang yg bijak!!!
Saudara AKJ yang dihurmati;
ReplyDeleteNampaknya Pak Lah bukanlah BODOH. Beliau pandai dalam memainkan kata katanya.Beliau pandai menyusunkan 'strategi'nya.
Beliau tentunya akan mahu melihat 'kedudukan' menantunya, KJ terjamin. Beliau akan mahu melihat KJ jadi Ketua Pemuda, dan melihat Sharizat, terutamannya atau Azalina menjadi Ketua Wanita. Dengan ini, kedudukannya dan keluarganya terjamin.
Dalam masa dua tahun, beliau akan bersihkan apa yang dikira'THREAT' pada kedudukan kuasanya dan juga kuasa sanak saudara dan kroninya.
Saya percaya Pak Lah TIDAK ada niat melepaskan pimimpinannya kepada DS Najib. Beliau akan menyerahkan kepada 'clan clannya', iaitu KJ, iatu 'penyelamatnya'.Beliau amat sayang akan ' istana ' PutraJayanya.
Apa yang heran, ialah kenapa semua yang ada di dalam MT UMNO itu semuanya buta, semuanya sokong membuta tuli tanpa tahu akan niat Pemimpin kita ini.
Saya cuma tahu bahawa kita akan lupa diri jika kita hanya bertuhankan akan 'kebendaan' dan 'kuasa', atau apa yang ada didalam tubuh kita datang dari 'zat zat' yang tidak 'HALAL'.
Maka ini akan membuat kita lupa diri dan asal usul kita dan menjadi 'bodoh sombong'.
Dato Yg dihormati,
ReplyDeleteNampak muka Najib dalam suratkhabar dah macam nak menangis aje.....huk..huk...tapi buat-buat ketawa dan terharu (kununnya).
Saya rasa Najib tak lah sebodoh itu untuk menelan bulat-bulat apa yang pak Dolah dah putuskan. Kalau dia ikut rentak PakLah, memanglah dia tak secerdik yang saya sangkakan.
Salam Datuk,
ReplyDeleteTidak ada satu kenyataan pun yang menunjukkan ada barisan pemimpin yang "masih mahukan" Pak Lah untuk berkhidmat.
Adakah ini bermakna:
a) Mereka mahukan Pak Lah berhenti?
b) Mereka tahu Pak Lah tidak akan berhenti?
Yang sedihnya, sibuk lagi politik daripada mencari strategi membangunkan Malaysia.
www.suaradu.com
Salam Datuk KJ,
ReplyDeleteDua tahun atau 48 bulan atau 730 hari atau 17,520 jam lagi terpaksa ditunggu untuk melihat samada berlaku atau tidak peralihan tampuk pemerintahan negara ini. Berdasarkan Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh AAB sebelum ini adalah "satu pembohongan". Peralihan kuasa Jun 2010 juga adalah satu sandiwra politik AAB. Kebelakangan ini, setiap jam, setiap hari rakyat mengeluh dan menderita ekoran ketidakpandaian AAB mentadbirkan negera. Sanggup atau mampukah rakyat menunggu selama 17,500 jam, 730 hari,48 bulan atau dua tahun lagi untuk melihat AAB berlakon dan menari mengikut iramanya (dance to his tune).AAB mempekak dan mentulikan desakaan rakyatuntuk dia melepaskan jawatan secara terhormat sebelum pemilihn UMNO Disember ini.
Apa bezanya ABB melepaskan jawatannya sekarang dan 2 tahun lagi, kerana ada atau AAB tidak memberi sebarang impak kepada rakyat jelata kecuali kroni-kroninya.Wahai ahli-ahli UMNO gunakan kuasa kita sebagai ahli pertubuhan yang sah dan yang berjuangkan demokrasi, kita beramai-ramai ngahkan presiden parti kita yang tidak relevan lagi itu. Baik kita sndiri selaku ahli-hli UMNO usirkan presiden kita secara demokrasi daripada diusirkan oleh rakyat secara demostrasi jalanan.
Ahli UMNO 1969.
Salam Dato;
ReplyDeleteSebenarnya matlamat PM tu serampang dua mata; pertama nak "menyeksa Najib"
Yang kedua (paling penting):
Nak menyediakan menantunya sendiri. Hari ini cuba kita lihat PUBLISITI AKHBAR kepada menantunya tu.
Apa yang saya pelik adalah SATU2nya AHLI PARLIMEN tanpa jawatan yang kerap muncul di dada2 akhbar. Sampai rasmikan sesuatu majlis yg tak penting pun muka dia keluar. Apa tujuannya???
Kenapa Ketua Pemuda kurang bercakap berbanding NAIB KETUA PEMUDA yang sering ditonjolkan....
tentu ada udang di sebalik batu..
fikir2kanlah..
Saya tidak pasti apakah Najib akan menjadi PM yang kebih "bagus" daripada Pak Lah. Oleh itu, saya tidak kisah sama ada Pak Lah akan berhenti sekarang atau dua tahun lagi.
ReplyDeleteBagaimanapun, melihat beberapa masalah yang terpalit dengan Najib sekarang, saya fikir ada baiknya Pak Lah tidak menyerahkan kuasa kepada Najib pada masa ini.
Sementara itu,dalam masa dua tahun yang akan datang mungkin pelbagai perkara boleh berlaku. Misalnya, mungkin pemimpin lain yang lebih baik daripada Najib berpelung mengambil alih kuasa.Siapa tahu?
Blogger kluangman said...
ReplyDelete.... Saya percaya ini adalah skrip asal untuk diputarbelitkan di kemudian hari tetapi malangnya, ramai di antara kita telah terhidu kecuali Najib yang tersengeh dan memeluk sakan Dolah....
Kita jarang melihat Najib dengan penampilan yang sebaliknya. Begitulah Najib. Najib tidak lepas habis apa juga terbuku. Untuk mengandaikan Najib adalah lurus dan naive, suasana belum cukup terang untuk itu.
Tali pita penamat perlumbaan telah dipasang. Abdullah sudah bersedia untuk tunduk mendada dan menumbuk angin bagai juara. Tapi seakan-akan ada tali yang mengikat Najib untuk bebas kemana-mana.
Terima kasih.
pada pendapat saya dua tahun terlalu lama itu .. memang macam2 boleh berlaku tapi yang penting kita harus memperkasakan fikiran rakyat malaysia untuk tidak terbeban dengan kenaikan inflasi yang mendadak ini.. hidup di kota lain dari hidup di kg tapi sekarang org2 kg pun terasa bahang dari kenaikan harga barang
ReplyDeletejadi wahai orang2 politik yg kaya raya tolong lah dengar rayuan orang2 yang masih dalam kekurangan dalam semua hal.. kerana pada pendapat saya majoriti ahli2 politik kita sekarang ini terdiri dari semuanya orang2 yang kaya dengan harga berjuta2... harap bersimpatilah dengan nasib rakyat yang ramai merasa terdera ini...
salam terimakasih ayahanda kerana membuka mata saya dengan isu yang cukup bernas
Salam Dato',
ReplyDeleteRevolusi paling penting bagi saya ialah revolusi mental.Umpamanya fikiran kritis yg dpt diekstrak dari dalam tulisan-tulisan Abdullah Munshi, Revolusi Mental Datuk Senu Abdul Rahman, tulisan2 Dr M dari dulu sampai sekarang sehinggalah kpd blog-blog spt Scribe kelolaan Dato' sendiri.
Apalah malang orang Melayu dan rakyat Malaysia sbb masih ramai yg terjajah minda mereka. Lebih gemar jd kuli dari menjadi tuan di tanah air pusaka sendiri.
Saya sokong spenuhnya saranan Tan Sri Sanusi dan TG Dato' Nik Aziz supaya penguasa no 1 sekarang tok sahlah lengah2 lagi dgn alasan kelakar spt standing ovation wakil2 UMNO. Kalau dah nak masuk politik liga terbilang sgt, kenapa takut pd pertandingan?
The real test of real politicians is in getting elected by party members or by the electorate. Tok sahlah selindung2 disebalik teknikaliti songsang.
Tak lama dulu cakap rakyat jangan cabar saya. La ni ahli-ahli parti sendiri nak cabar pun, siang-siang lg dah pucat lesi. Sebelum ni cakap silakan.
Hormatilah suara hati rakyat dlm PRU dan hati nurani ahli-ahli UMNO untuk kelangsungan survival bangsa, agama dan negara.
Hijrah.
salam...
ReplyDeletetunggu aje lah...
kalau ada jodoh, jadi juga. kalau tu lah rezeki kau Najib, jadi juga.
Pak Lah ada banyak projek nak buat. tapi yang tak syok dengar ialah Pak Lah suka berdalih.
abe mIE lihat ada muslihat iaitu- Najib jadi PM secara mengejut sebab bila umum nak jadi PM, macam-macam fitnah timbul.
boleh jadi pak lah nak tengok ada calon lain layak jadi PM...
KULI pun tak jadi PM sampai sekarang... yang berbeza NAjib tak lawan aje...sampai bila boleh sabar, sabar aje lah.
pkrpasdap.blogspot.com
Pada saya dato'
ReplyDeleteDahi Najib dah bertepek cop Tun...maka lupakan sajalah jawatan PM tu.
PL akan sentiasa memastikan legasi Tun akan lenyap selama-lamanya.
Pengkhianat Internet?? Sia-sia lah nampak nya usaha dr m dan berjuta-juta yang digunakan untuk develop dan promote ICT, khas nya melalui lim kok wing....alahai
ReplyDeleteor would he prefer that everything be swept under the carpet?
(Btw, umno wanted him out in two months, not years)
datuk akj,
ReplyDeletelambat nya nak kena tunggu. or, should we wait? pak lah can say anything but rakyat has the absolute power, in my opinion. kalau kita bersatu, pasti paklah tak boleh buat (memerintah negara sesuka hatinya) macam ni forever.
hish.. hopefully our economy will get better.. itupun kalau ada pemimpin yg cerdik dan berfikiran jauh... lagi
al-ahmadi, KW
Datuk,
ReplyDelete"Najib,you tunggu sekejap ye...
Bulan Jun 2010 ni, conform I bagi you jadi PM", kata Abdullah pada Najib.
Dengan tawa-tawa raja, Najib kata pada Pak Lah, "tak apalah Datuk Seri, ikut youlah"...
Bolehkah kita terima dialog seperti ini kalau berlaku antara kedua mereka.
Dialog ini adalah mengenai satu jawatan yang cukup penting, yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
Najib have no guts.
ReplyDeleteIt's time for UMNO member to nominate either Muhyiddin or Ku Li.Others vice president have no guts more like a lalang.Johor branch need to nominate Muhyiddin name for the post of President. We have lost hope for the style of Najib slavery to Bodowi. He can't be a good leader if he play a playsafe political style.
As long as Bodowi is President UMNO you can say there are nothing good or windfall will come to UMNO except of 'TIKUS' membaiki labu.
For Muhyiddin or Ku Li you have nothing to loose if you challenge the presidential post. Win or lost we are very grteful for your effort for the sake of UMNO.
It's our last hope for you to hear at least from the voice of akar umbi.If you win we will consider you as a fighter, if you loose the best word to say is a martyr.
Melaka Tengah akar umbi.
Dalam masa 2 tahun ni lagi banyak pembohongan akan muncul.Let us check .
ReplyDeleteA'kom
ReplyDeleteBegitu lama---tapi masih tentang politik? Macam mana dengan masalah yang negara hadapi sekarang? Apa langkah2 yang akan di ambil? Asyik nak berpolitik dan menjaga kedudukan, negara hancurrrr
tombak
Dato,
ReplyDeleteIMAM HADARI kita lebih berminat menghadiri pembukaan acara hiburan RAINFOREST MUSIC FEST di Sarawak dari menhadiri PENUTUP TILAWAH AL QURAN KEBANGSAAN DI KEDAH malam semalam.
Siap Dollah sendiri ambil video camera sekali, seronok sekali.
( lihat berita RTM ) sedangkan waktu tilawah tahun lalu sampai tertidur di kerusi VIP.
Bukannya Dollah tak boleh datang ke sarawak kemudian sebab acara itu berjalan selama seminggu.
Jadi saya rasa 2 tahun terlalu lama untuk menunggu Imam Hadari dari terus menjadi PM. cukupLAH
Assalammualaikum Datuk,
ReplyDeleteTerima kasih kerana membalas komen saya.
Berkenaan komen saya,saya harap,Datuk boleh baca semula kerana saya ada terangkn konsep REVOLUSI saya.
Revolusi yg saya seru pada rakyat iaitu satu REVOLUSI yg AMAN...Kita guling kerajaan dengan cara yg mengikut perlembangaan..
Sebagai contoh mengapa seruan REFORMASI perlu ditukar kepada REVOLUSI kerana pemerintah yg ada sekarang terlalu angkuh dan bongkak dalam mengejar agenda sendiri.
Kemelut politik yg melanda negara,memang suatu situasi yg bodoh dan negara luar mentertawakn kita..
Bagaimana seorang pemimpin yg telah dikaitkn dengan kes bunuh masih lagi boleh buat selamba badak je kat atas sana? Jika negara lain,saya fikir,walaupun hanya 1 gosip sekalipun yg menunjukkn kecenderungan pemimpin membuat perkara negatif,pasti dia (org yg digosip) telah letak jawatan ataupun direhatkn. Pernah ada 1 kes di Perancis,dimana anggota polis menerima rasuah tetapi KETUA POLIS yg letak jawatan utk bertanggungjawab atas kes terbabit.
Datuk,IRAN pernah REVOLUSI tanpa menggunakn senjata serta kekerasan.
REVOLUSI cetusan saya ialah agar rakyat bangkit buat 1 memo or tuntutan agar Agong masuk campur sehingga diadakn pilihanraya baru utk memilih kerajaan baru. REVOLUSI saya mahu mewujudkn sebuah MALAYSIA BARU. Malaysia yg lebih aman,makmur,telus dan berjaya. Pemimpin yg baru perlu buat 1 rombakkn total utk menjamin kesejahteraan rakyat serta negara.
Saya fikir ini mampu direalisasikn jika rakyat benar2 faham akan konsep sebuah negara yg mengamalkn demokrasi.. Tak perlu kita nak berhimpun2..Menggalakkn kerajaan ambil peluang guna pasukan keselamatan tindas rakyat.. Jika kita tuntut pada Agong,pasti ada jalan.. Agong adalah ketua kerajaan.. Dia ada hak..dan perlu berani serta mendapat mandat dari Majlis Raja2.. Jika mereka prihatin dgn masalah negara serta penderaan yg dilakukn terhadap rakyat pada hari ini,saya yakin,kita semua mampu lakukan.
REVOLUSI saya atas tiket Islam,MALYSIAN n Justice for All.. Kerajaan yg bakal menerajui MALAYSIA BARU adalah kerajaan yg telus,adil dan amanah.
Datuk,terima kasih kerana sudi membalas komen saya dan saya berharap,komen ini dapat disiarkan ok..
Mmg banyak lagi idea yg saya mahu catatkn disini tetapi saya tunggu respon Datuk. Sekian,wassalam..
Yang benar,
Pedangsabil
Ke Arah Malaysia Baru!
REVOLUSI!!!REVO!REVO!REVO!REVO!
UMNO members must remember that historically UMNO has been strong because of democratic principles of Malay party and not just like the royal institution. Special occasions such as "winning unopposed" were exercised if there is special arrangement and order by the top management ONLY IF the top leader and top management were having very strong genuine support from grassroot and also malay public which were gauged thru national and party elections. This is very simple logic that any rational and matured malaysian can think of. Now the question is whether Pak Lah has this strong genuine support or just a fake one? I believe UMNO members must be rational and matured malaysians also...
ReplyDeleteAssalammualaikum Datuk,
ReplyDeleteSaya tegaskan disini,Dollah Badawi telah melakukan lagi 1 penipuan yg nyata iaitu dengan mewujudkan isu peralihan kuasa. Saya JAMIN ini semua PENIPU!!
Komen ini tiada emosi marah,cuma ketegasan.
pedangsabil
tok,
ReplyDeletekita dah kena gebang dengan dollah la tok.
Datuk,
ReplyDeleteSaya akan percaya jika ianya akan dilakukan dalam masa 2 hari dan bukannya 2 tahun (730 hari). Sebagai orang Johor, saya berharap semua cawangan akan mencalonkan TSMY sebagai calon Presiden.
Salam.
Dulu, Pak Lah seorang manusia yang mempunyai latar belakang agama yang mantap dan hebat. Pastilah beliau memahami sejarah isteri dan anak Nabi Nuh yang telah meninggal dunia dalam keadaan kafir. Beliau juga memahami selok-belok anak-anak Tok Guru, anak Tok Imam, Anak Mufti dan anak-anak orang agama yang tidak akan terlepas daripada ujian Allah.
ReplyDelete1. Jadi Pak Lah memang arif tentang perkataan "Munafik dan Orang Fasik".
2. Itu dulu... Kini adakah Pak Lah seorang Pembohong ?
3. Berapa kalikah Pak Lah berbohong sepanjang pembabitannya dalam arena politik ?
4. Wajarkah seseorang pemimpin berbohong dan terus berbohong demi keegoan kuasa yang dimilikinya ?
5. Disebabkan pembohongan demi pembohongan yang Pak Lah telah cetuskan sendiri. Saya tidak akan percaya Pak Lah mampu menunaikan janji tentang peralihan kuasa pada masa yang ditetapkan.
6. Lidah orang berpolitik memang sedap didengar dan gaya ucapan yang mengelirukan. Asalkan kuasa, nama, pangkat dan kekayaan menjadi hambatan. Manakala orang yang berjuang atas tiket agama tidak sanggup berebut kuasa. Tetapi yang dipentingkan kebajikan manusia sesama manusia, serta menyeru manusia mengagongkan Tuhan Yang Maha Kuasa.
ADAM AMIN
He should learn from the Manchester United's Alex Ferguson retirement episode that he will loose much power. And with little progress when he ( and UMNO ) have power, what makes him able to do more in lean years?
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteMaaf kalau saya katakan Najib adalah pemimpin yang "pekak" dan "buta".
rujuk ulasan saya :
noryn@blogspot.com
Strategi apa yg dimainkan beliau sehingga sanggup melihat UMNO hancur? 2 tahun terlalu lama dan mampu untuk menghancurkan UMNO. Seorang yg bijak dan mempunyai latarbelakang politik yg kuat seperti beliau hanya diam membisu melihat Pak Lah merosakkan UMNO dan org Melayu.
Saya pelik dengan keadaan UMNO khususnya Najib ketika ini. Tak perlulah dibangkitkan dengan sikap Pak Lah mulai hari ini kerana umum sudah tahu PAK LAH PENGKHIANAT UMNO DAN BANGSA MELAYU!!!
Khabarnya Khaled Nordin pun nak masuk race Naib Presiden. Kalau 3 calon Johor tak mustahil akan memberi kesan seperti 1996 bilamana TS Muhiyyudin tergucil. Atau TS M akan panjat lebih tinggi? Silap2 catur tak sempat bertahan 2 tahun lagi!
ReplyDeleteSalam Datuk dan pembaca,
ReplyDelete"Padan Muka!", itu respons rakan saya tentang tempoh 2 tahun tersebut. Tak perlulah saya bagi tahu siapa yang dipadankan mukanya tu. Dia tambah lagi, "kempunan la nampaknya..".
Saya tanya kenapa? dia jawab;
1. Entah-entah sebelum 2010, BN dah jadi pembangkang kot..
2. Atau dia cakap...sempat ke, banyak isu sekarang ni...rakyat dah macam cacing kepanasan, tak senang duduk..
Apapun, eloknya BN ke, PR ke...pemimpin-pemimpin yang membaca 'blog'..ambillah yang baik. Kalau memang ada buat salah, bertaubatlah...Allah Maha Pengampun. Mulalah membuat kebaikan..hidup kita pun bukan lama..yang kita dok tekan2 sangat ni pun sdr seagama, rakan senegara..fikir-fikirkan lah.
Aji, Baling
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeleteDalam masa 2 tahun akan datang, kita akan di pertontonkan dengan "dramatari" yang mungkin berbaur dengan fitnah, liwat dan pembunuhan arahan director yang ada.
Akar umbi UMNO hanya jadi penonton dan tak mampu ubah atau ambil bahagian dalam "dramatari" yang telah di tentukan oleh director tua yang tak pandai mengarah pun.
Akar umbi UMNO akan terus di perbodohkan dan di perkotak-katikkan peranan mereka dalam UMNO.
Kalau director telah tentukan skrip tanpa perlu akar umbi UMNO membuat pilihan, tak payahlah akar umbi UMNO duduk dalam UMNO lagi, biarkan MT tentukan sapa pula selepas Najib, Hisham, KJ dan seterusnya.
"Ini lah demokrasi dalam UMNO"- pemimpin tentukan siapa layak dan siapa tidak. Peranan akar umbi setakat terima siapa pemimpin mereka dan bukan pilih siapa pemimpin mereka. Peranan akar umbi setakat jadi pecacai bila PRU atau pencalonan.
"UMNO semakin tidak relevan pada orang melayu, UMNO sepatutnya melihat kepimpinan MCA yang tidak menentukan siapa jadi presiden atau timbalan presiden selepas Ong KT dan KC Chan meletakkan jawatan.
Alahai Pak Lah..'flip-flop' kata TDM
Anak_Parit
Silap mata jawatn presiden.
ReplyDeleteBila semua calon tidak berani mencabar PM untuk jawatan presiden.Kononnya mamat yang ingin menjadi PieM sebelum 40 di Malaysia akan menyuruh bahagian tertentu mencalonkannya utk merebut jawatan presiden pada minit-minit terakhir sehinggakan pihak yang menunggu jawatan itu terpinga-pinga tak sempat berbuat apa-apa.Bila ada dua pencalonan,incumbent akan menarik diri dan akan memberi laluan pada 'pencabarnya' dgn alasan untuk memberi muka baru. Maka kempunanlah TPM makan teloq ikan tembakol.
Dalam politik yang tidak menentu,2 tahun lebih mengundang bala daripada kebaikan..
Dawn Raid
Salam Dato'. Saya amat bersetuju dengan komen-komen mengenai sandiwara politik Abdullah. Saya yakin jika Najib menerima "cadangan" Abdullah ini juga maka he can kiss the PM post goodbyelah.
ReplyDeleteNajib patut lihat bagaimana penerimaan ahli UMNO terhadap Abdullah sudah terlampau teruk dan kronik hinggakan apabila dia memberitahu mengenai tarikh dia "bercadang" untuk melepaskan kuasa kepada Najib pada Jun 2010 Abdullah mendapat tepukan gemuruh, compare dengan masa Tun Mahathir menyatakan hasrat nya untuk berhenti dahulu dimana ramai orang terkejut, memujuk dia supaya jangan berhenti dan ada yang menangis sedih.(Yang ketawa adalah kut, tapi tak nampaklah)
Walaubagaimanapun saya lihat MT UMNO tidak melarang pertandingan untuk pucuk pimpinan tahun ini. Maka sebenarnya Najib patut membiarkan sahja akar umbi UMNO membuat pilihan ia itu mencalonkan dia dan Abdullah untuk bertanding jawatan presiden. Come December I am confident that Najib will get more nominations from the Divisions then Abdullah, saya percaya kita akan mendapat Presiden UMNO yang DIPILIH OLEH AHLI UMNO sendiri akhir tahun ini.
Najib kenalah tunjuk belang sekarang janganlah asyik nak play safe sahja, harapkan belas kesian orang untuk mendapat jawatan tertinggi tidak dapat membina dengan baik character seorang pemimpin yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Negara kita sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan makanan yang mencabar,kenaikan harga minyak, inflasi melambung, harga barang melambung, kuasa membeli makin kurang dll. maka Perdana Menteri Malaysia yang baru haruslah berani untuk tackle masaalah negara, mesti berupaya "think out of the box" dan tidak boleh play safe sentiasa.
Ni nak cerita pasai orang kampung
ReplyDeleteHarga barang naik melambong
Sawah bendang penuh menerong
Siput gondang kutip berkarong.
Racun rumpai naik lagi
Racun serangga kena dibeli
Hanya baca dapat subsidi
Harga padi dah diikat mati.
Hidup kami tambahlah sempit
Beras dah lama tak beli kampit
Kami beli setakat ada duit
Sebab hidup kami tambah sempit.
Dulu dengar nak naik harga padi
Kami pun seronok tidak terperi
Tapi nampak-nampak hanyalah janji
Tanya pegawai depa pun tak peduli.
Pak Lah nak duduk dua tahun lagi
Dia nak jaga anak menantu dan bini
Rakyat jelata dah macam nak mati
Dato Najib bolehlah dok tokak jari.
Pak Lah anak orang ugama
Tok wan dia ulamak ternama
Kita dok ingat dia pun sama
Rupa-rupa kita semua dia pekena.
Dia cakap bukan main lembut
Kita pun sokong macam nak ribut
Dok tak dok dia mengarut
Semua cakap dah jadi karut.
Dia janji berbilion ringgit
Kita dok tunggu dah naik sakit
Samakin hari semakin sempit
Projek siap tapi tak dapat duit.
Pi tanya DO apa dah jadi
Dia kata tunggu duit treasury
Mat pun pi jumpa dengan MB
Dia kata kerajaan pusat tak peduli.
Kalau macam ini susahlah kita
Negeri Kedah ni ramai Bumiputra
Pak Lah balas dendam kita merana
Inilah Islam Hadhari punya bahana.
Kalau macam ini Islam Hadhari
Rosaklah orang Melayu rata negeri
Tak ada tempat bergantung diri
Jadilah pengemis di bumi sendiri.
Mat Tunjang Enterprise undur diri
Nak pi tengok projek di Kg Jeneri
Sapa nak bayar tak tahu lagi
Apa nak buat dah ikat janji.
Mat Tunjang Enterprise,
Changloon,
Kedah.
RUKUNEGARA can be the best highway for us to unite again at last.
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteMmg terang2 kita telah ditipu oleh AAB ni....pembohongan di siang hari... yg malam hari punya pembohongan lagi dahsyat.... katanya peralihan kuasa memerlukan masa kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan... kerje amende... nak korek duit lagilah tu... tak cukup dengan apa yang dia anak beranak dah kaut dari negara kita (duit rakyat)... macamlah najib takleh tadbir negara... dia jer yang layak... sampai 2 tahun najib nk tunggu dan belajar ... si najib ni tak taulah nak komen coz... dari kata2 nya dia terharu dan insaf atas kepercayaan AAB mengalihkan kuasa kepada beliau pada bulan Jun 2010... tak terpkr ke dia .... mungkin midlle of next year... paklah dengan "TERPAKSA" menyerahkan kuasa kepada anwar.... skrip asal lah tu.... hahahaha.. tertipu lagi... dan rakyat jugak yang menderita.... melayu sekarang ni pun dah boleh dijual ala cheap sale... sebab bole dijual beli dengan mudah... no integrity anymore... tiada semangat kenegarawan, semangat cintakan tanahair malaysia, bangsa melayu, yg penting sekali... ugamapun sedang dijaja sana sini... apa ni?...
Saya setuju dengan Pedang Sabil, itu sahaja cara yang ada untuk menyelamatkan negara, sebab segala usaha sekarang ni menemui jalan buntu..coz dollah suka suap duit... melayu mudah disuap sekarang ini... tak caya? tengok apa yang berlaku pada 18 cawangan umno bahagian jelutong... tutup 18 cawangan.... buka cawangan baru yang pro AAB sebanyak 20 cawangan... coz duit punya pasal... sedih melihatkan perkara ini terjadi....
2 tahun macam-macam boleh berlaku aku rasa Najib akan kempunan nak jadi PM kalau tak cabar Pak Lah....
ReplyDeletesetiap yang baik itu datang dari pemikiran dato dan yang tak baik itu datang dari kelemahan paklah.
ReplyDeleteitu kesimpulan dari pembacaan saya.
Yg Bhg Datuk,
ReplyDeleteTerlebih dahulu mohon maaf kepada semua pembaca kerana nampaknya semua pengunjung blog Datuk ini sudah tidak rasional lagi dalam membincangkan isu-isu semasa.
Lebih nampak ke arah membuat tanggapan dan pandangan yang negatif ..... amat malang.
Tidakkah kita semua sedar yang kesemua rancangan peralihan kuasa ini adalah tertakluk kepada ketepan Allah SWT... dan terima sahajalah apa yang akan ditetapkan oleh Allah SWT dalam menentukan kepmimpinan negara dalam tahun 2010nanti.
InsyaAllah kalau kita semua sentiasa mengingati Allah SWT dan memohon dariNya agar negara ini sentiasa dalam pemeliharaanNya maka kita semua akan selamat....percayalah kepada ketetapan Allah SWT, dan janganlah membuat apajua tanggapan yang belum tentu tentang kebenarannya, dan hanya menambah dosa dan kita semua akan sentiasa dalam kerugiaan.
Wallahu'alam
Rakan20G
Dear Kadir.
ReplyDeleteSaya setuju dengan sdr.Saya rasa Najib dah kena tipu.Bollah lebeh pentingkan dirinya dan keluarganya dari UMNO dan BN.
Dia nak tunggu apa lagi.Dua tahun apa yang dia nak buat.Semua programm yang dia unumkan hanya indak khabar dari rupa.
Surohanjaya Bebas untok polis maseh tak di buat.Reform kehakiman yang di umum oleh Zahid mendapat tentangan ahli kabinet.
Yang ia tahu hanya membelanjakan wang Petronas tampa had.Negara akan benkrup.Inflasi akan naik.Harga makanan naik,Pelaboran luar merosot.Raayat telah keliru.
Saya amat berharap ahli ahlidan Pemimpin UMNO akan buka mata dan ambil tindakan memberontak sabelum DEC ini.Kalau tidak nasi jadi bubor.UMNO dan BN can say goodbye.
Datuk,
ReplyDeletesaya berasa pelik dan geli dengan apa berlaku sekarang ni, seperti mereka tidak profesional langsung dengan apa yang berlaku, tangkap muat saja layak bila menuduh dan menyalah org, isu rasuah, skandal, liwat semuanya dirancang, tapi dirancang tidak relevan dan memakan tuannya sendiri.
Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteI posted my comments and it was published. But now my comments have "disappeared". Any particular reason/s sir?
http://quickdrawbotak.blogspot.com/
Datuk,
ReplyDeleteSaya rasa seprti ada suatu "coinncidence" apabila sejurus selepas PM membuat pengumuman peralihan jawatan, akhbar The Star menerbitkan sebuah artikal oleh kolumnisnya, Huzir Sulaiman mengenai para pemimpin Malaysia yang tidak meletakkan jawatan selepas terbabit di dalam sesuatu skandal atau salah laku seperti pemimpin-pemimpin di negara lain.
Beberapa contoh telah diberikan di dalam artikal tersebut di sini: http://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=wideangle&file=/2008/7/13/columnists/wideangle/1575681&sec=Wide%20Angle
Mungkin perkataan "bercadang" itu memang bukan disengajakan namun suatu yang dijangkakan.
Salam Dato & semua..
ReplyDelete(Dgn nada tawar hati)
Selagi ada matahari, bulan, api & elektrik..
Manusia akan terus hidup bersama bayang-bayang..
Manusia boleh memilih..
- Sama ada mereka akan hidup takut kpd bayang2 sendiri..
- Takut kpd bayang2 orang yg disangka hantu..
atau
- Bermain wayang kulit...
Nota: kita semua pun samalah.. kerana kita adalah spisis homosapiens..
ttp ada juga di antara kita mahu jadi super-homosapiens atau homosexapiens..
(",)
Anonymous yg mencadangkan revolusi,
ReplyDeleteSatu cadangan dan idea yg amat bernas.Tetapi rakyat perlu secara keseluruhannya bergerak seiring bagi melaksanankan revolusi secara aman ini.satu revolusi bagi mengubah Malaysia ke era baru.Jika hanya segilintir sahaja, alamat akan jadi belasahan FRU sahaja.
Sekarang pun polis digunakan untuk menidakkan suara rakyat.Perintah mahkamah digunakan bagi menghalang rakyat menyuarakan apa sahaja yg berbau protes terhadap kerajaan.Peliknya, tidak pula dikerah polis dan tidak juga digunakan perintah mahkamah jika sesuatu perhimpunan itu menyokong segala tingkah laku Dolah.Adakah kepimpinan Dolah telah menjadi lebih teruk dari Israel yang hanya menyekat kebebasan rakyat Palsetine, tetapi tidak kepada rakyat Israel?
Keperibadian Dolah seakan terlihat satu sifat maha pelik yang sukar difahami manusia biasa.Tiada sifat malu atas kesilapan yg telah dilakukannya.
Terlihat juga UMNO telah dipengaruhi oleh satu sindrom ala kongsi gelap, dimana kesetian kepada ketua harus tidak dipertikaikan.Mesti ada ikrar taat setia, sumpah akujanji kepada ketua.Mungkin tidak lama lagi ahli UMNO perlu melakukankan sumpah menjunjung ALQURAN sebagai tanda taat setia kepada ketua.
Malaysia perlu direvolusikan demi mengelakkan Malaysia diperintah ala kongsi gelap.
Asalamualaikum....
ReplyDeleteLama saya tak berkomen dalam ruangan ni.. itu namanya proses tunggu dan lihat. Sementara semua orang masih lagi menghentam Pak Lah, tetiba muncul pula Ezam masuk UMNO, kes tuduhan liwat Anwar, muncul pula sumpah-tarik balik sumpah Bala. Memang Bala.
Pada saya elok juga saya men"dorman"kan diri kerana kalau nak terikut sangat untuk mengulas maklumat yang ada dalam akhbar dan blog ni, tak objektiflah jawabnya...
Situasi pada masa sekarang ini saya simpulkan dengan memetik apa yang pernah seorang Prof dalam pengajian Melayu (tetapi beliau sendiri berbangsa Cina)sebagai "satu pihak (yakni kerajaann, barisan nasional, umno and the gang) tidak tahu MENGURUSKAN kekalah mereka." Hal ini nampaknya terbukti dek macam-macam perkara yang berlaku dalam BN itu sendiri. Ada yang tuntut pak lah letak jawatan, ada yang nak rebut jawatan.... memang kelam kabut. Kalau kita analogikan diorang ni sebagai kapal, ibaratkan kapal yang ada lubang. Nak tampal lubang tu pun nak bergaduh-gaduh. Sebenarnya kapal tu walaupun berlubang, boleh saja diselamatkan. Dah tentu boleh tampal lubang tu. Tapi, nak tampal lubang pun bertekak sesama sendiri. Tulah menyebabkan kapal tu makin karam....
"Sebelah pihak lagi (baca : Pakatan Rakyat, Pakatan Pembangkang) gagal MENGURUSKAN kemenangan" Ni juga terbukti dengan kerapuhan PKR-PAS-DAP di dalam menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka memberi kelainan di dalam pemerintahan mereka. Mereka juga mengadapi tuduhan seperti anti-ketuanan melayu, tak tetap di dalam pendirian dalam perjuangan, menggadai maruah....
Secara objektifnya, saya simpulkan bahawa permainan pemerintah sekarang (BN) dengan pembangkang (pakatan rakyat) sama sahaja. Masing-masing tidak meletakkan pokok perjuangan yang sebenar-benarnya- RAKYAT. Anwar dah tak sabor-sabor nak jadi PM, Najib kena plak sabor-sabor nak jadi PM, Pak Lah dituduh bodoh, tak geti-geti nak turun tahta. INGAT, RAKYAT YANG PILIH KORANG SEMUA. Anwar, I am watching you as you are the so call "waiting" to be PM. Najib, I am watching you as you are the "next" to be PM. Pak Lah, I am watching you as you will say Good Bye
Hidup RAKYAT! Rakyat HIDUP !Korang bukan rakyat ka ?!
-WADAH-
Dato
ReplyDeleteMungkin agak lama tapi mungkin ada hikmahnya disebaliknya.
Kita harapkan yang terbaik untuk negara kita Malaysia.
yangtersirat.blogspot.com
assalamualaikum dan salam sejahtera...
ReplyDeletesaya terbaca satu blog yg ditulis oleh seorang bijak pintar. nasihat ini ditujukakn kepada YB, YAB UMNO sekarang...bacalah....
1. Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu.
2. Janganlah kerana duit RM100, kain pulikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.
3. Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.
4. Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan Negara.
dan nasihat ikhlas buat YAB PakLAH..
1. Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justeru itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.
p/s..saya rasa rata2 kita kat sini baca tulisan Tun Dr Mahathir ni..dan saya juga rasa memang inilah nasihat terbaik obat utk UMNO...kerana kita juga sygkan UMNO seperti Tun dan Datuk...
Tabik dato...
ReplyDeleteprinsif politik yang menuntut segala kata di kota sudah tiada dalam kamus politik malaysia...peralihan kuasa yang di umumkan oleh Pak lah ini tidak dapat mengalihkan pandangan saya yang lebih tertumpu kearah sudut kelicikan permainan politik Pak Lah bagi memperkukuhkan kedudukan beliau semata-mata..
Salam AKJ,
ReplyDeleteAdakah pendapat majoriti dlm blog ini akan menjadi kenyataan?Sungguh malang rasanya sbb saya percaya (spt. komen2 saya dlm Chedet & DS Khir toyo)AAB tidak mungkin ingin diingati dlm sejarah M'sia sbg PM yg menghancurkan negara & yg menguburkan UMNO!alangkah malunya keturunan2 beliau nanti!2 thn mungkin lama bagi setengah2 pihak tp tidak bgi AAB dgn komitment2 yg dipikul spt. Koridor2,memperkasakan UMNO,kemiskinan tegar dll. perlu utk beliau merealisasikan tapi kita sibuk mensensasikan!!!NTR juga dpt mensesuaikan diri & masa sblm memegang kuasa.Sungguh dukacita kerna RAMAI dr kita sanggup mencaci,mengeji dgn pelbagai nama kpd AAB,mempertikaikan niatnya & memperlekehkan isterinya.Jika AAB ikhlas niatnya insyaALLAH kebenaran akan terbukti jua.jgn kita sibuk2 berteori2 & komen2 yg mengaibkan.Perkasakan ISLAM & NEGARA dahulu!
Pardon for the diversion.
ReplyDeleteYou don't have to be young to blog.
Blogger OLIVE RILEY proved it.
Mon Jul 14, 1:32 AM ET
SYDNEY (AFP) - An Australian woman described as the world's oldest Internet blogger has died at the age of 108 after posting a final message about singing "a happy song" in her nursing home.
Olive Riley "passed away peacefully on July 12 and will be mourned by thousands of Internet friends and hundreds of descendants and other relatives," a note on her website said.
Riley had posted more than 70 entries on her blog from Woy Woy on the east coast since February last year, sharing her thoughts on modern life and her experiences living through the entire 20th century.
Born in the outback town of Broken Hill on October 20 1899, she lived through two world wars and raised three children while doing various jobs, including ranch cook and barmaid.
In her final post on June 26, she wrote: "I can't believe I've been here in this nursing home for more than a week.
"How the days have flown, even though I've been in bed most of the time. I still feel weak, and can't shake off that bad cough.
"Penny, who's in the next bed to mine, had a visit one day this week from her daughter, who's a professional singer. Guess what happened! She and I sang a happy song, as I do every day, and before long we were joined by several nurses, who sang along too. It was quite a concert!"
Riley's blog, initially on www.allaboutolive.com.au and more recently at http://worldsoldestblogger.blogspot.com, was "mind-blowing to her," her great grandson Darren Stone said.
"She had people communicating with her from as far away as Russia and America on a continual basis, not just once in a while," he told the national AAP news agency.
"She enjoyed the notoriety -- it kept her mind fresh."
Datuk K,
ReplyDeleteMasa itu emas. Dua tahun bagi saya adalah begitu panjang kalau Pak Lah "bercadang" utk menyerahkan kuasa.
Laki Rosmah tu bukannya baru minggu lepas jadi ahli parlimen dan menteri kabinet. Dia jadi TPM pun bukan baru bulan lepas.
Jadi, apa benar masa 2 tahun itu alasan jujur Bapak Mertua KJ untuk mempersiapkan Najib dan menyelesaikan masalah-masalah negara seperti yang dikhabarkan beliau? Atau hanya tempoh yg diperlukan beliau utk mempersiapkan dan menyelesaikan barang apa yg perlu untuk keluarga besar dan rakus beliau?
Umum mengetahui Laki Jeanne itu pernah mengambil masa yg lama utk "warm up", apa perlu masa yg panjang juga utk "cool down" atau masa utk berundur?
Situasi negara kita kini amat tertekan dgn pelbagai krisis domestik dan antarabangsa, oleh itu tindakan yg drastik, tegas, dan cepat perlu dilakukan utk menyelamatkan negara.
Apa atuk kepada Jibrael Ali Jamaluddin Abu Bakar itu fikir setiap PM Malaysia yg akan datang harus diberi masa utk mempersiapkan diri untuk menjadi PM? Apa, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dulu pun diberikan persediaan?
Mr Belimbing
Dato', Kerajaan penakut ni betul betul menyusahkan rakyat macam saya. Akibat takut dengan bayang bayang sendiri, mereka buat sekatan jalan sana sini. dalam harga minyak yang mahal, mereka biarkan rakyat membazir petrol ditengah jalan semata mata nak puaskan hati mereka sendiri! Atau ini adalah mukadimah mereka untuk menahan anwar agar tidak berdebat dengan shabery chik esok?
ReplyDeletekalau sudah takut sangat, baiklah lari masuk gua diam diam. tak menyusahkan org ramai. bosanlah!
Salam Datuk Kadiaq.
ReplyDeleteSaya nak komen sikit mengenai kenyataan Mohd Affendi antara lain menulis.
Nota: kita semua pun samalah.. kerana kita adalah spisis homosapiens..
ttp ada juga di antara kita mahu jadi super-homosapiens atau homosexapiens..
Saya rasa, saya bukan spesis homosapien dan saya rasa Kadiaq pun setuju dengan saya.Ini teori Darwin kita sebagai orang Islam semestinya spesis kita dari Nabi Adam.
Homosapien adalah satu pembohongan Sains oleh Darwin keatas kejadian manusia dimana beliau mendakwa tengkorak yang beliau temui mempunyai separuh beruk dan separuh manusia dan spesis ini telah hilang dari muka bumi dan setelah proses evolusi maka lahirlah spesis manusia yang dikatakan berasal dari spesis homosapien itu hingga sekarang.
Yang sebetulnya bukan kita dari spesis homosapien tetapi cara ahli politik kita berfikir kadang-kadang macam beruk kadang-kadang macam manusia FLIP-FLOP.
Saya rasa 2 tahun adalah terlalu lama bagi kita yang berniaga kecil kecil.Perniagaan kita suffer . Pada sesiapa yang ada tips macammana nak survive untuk perniagaan kecil sila hantarkan kepada http://www.ezineartikel.com
ReplyDeleteKami nak sanggat tahu macamana nak survive masa susah sekarang . Nak survive supaya boleh bayar gaji pekerja kami dan letak makanan kat meja makan keluarga kami . Macamana Ya Allah tolong lah bukak hati Pak Lah supaya tak fikir diri sendiri dan berhenti serta merta .1 saat adalah 1 setahun seksa untuk small businesman macam kami .
minta maaf Datuk, lama tak bagi komen. Dua tiga minggu ni kelam kabut buat bank loan untuk prepare hadapi zaman gelap yang bakal atau telah menjelang tiba. Orang kata, bila tiba krisis ekonomi, cash is king. Harap2 dgn cash yg ada pada saya skrg ni, cukuplah nak tanggung family & staff untuk 2, 3 tahun. Walaupun sakit hati jugak sebab kena bayar interest tinggi; tapi apa boleh buat ...
ReplyDeleteberbalik pada senario politik negara skrg ni Dato, saya berpendapat 2 tahun tempoh peralihan itu tidak lah lama sangat. Cumanya, kita perlu lihat proses peralihan itu benar2 berlaku. Buat permulaan, apa kata semua ketua2 pengarang akhbar NSTP, Berita Harian, Utusan Malaysia ditukar dengan orang2 Najib.
Mungkin, kalau ada rezeki, Dato sendiri boleh kembali menerajui NSTP.
Kemudian pulak, menantu tersayang perlu tarik diri drp bertanding jawatan Ketua Pemuda. Pak Lah sendiri tak perlulah tandingi jawatan Presiden. RMK9 tidak ada kena mengena dgn UMNO. Kalau nak pastikan kejayaan RMK9, cukup sekadar jadi Perdana Menteri, tak perlu jadi Presiden UMNO.
Syarikat ECM Libra dibenar untuk diambil alih oleh CIMB.
SCOMI jual semua kepentingan perniagaannya di Malaysia dan pindah ke Singapore atau Australia.
Tentera2 kapitalis KPI seperti Azman Mokhtar, Che Khalib, Abd Wahid, anak Hashim pengerusi Proton (lupa nama) ditamatkan kontrak mereka.
Jadi Dato, bila ada tindakan2 seperti ini barulah kita akan yakin yg peralihan kuasa itu benar2 berlaku. 1 tahun atau 2 tahun itu tidak penting lagi.
-sinbad-
Sdr Zaidi,
ReplyDeleteSama faham sangat sentimen Sdr.
Saya ada lebih 80 kakitangan yang perlu diberi gajian dan pejabat yang perlu dibayar sewaan. Memang susah.
Semalam seorang tauke (Cina) syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia beritahu saya, hingga 70 peratus sub-contract pembinaan sudah mula "default" kerana harga bahan binaan yang melambung dan jualan hartanah yang lembap.
Kena sabar, kerja kuat dan berjimat. Saya dah lama tak pasang aircond. Pakai kipas dan terangkan bilik guna sinar matahari.
Terima kasih.
Salam Datuk,
ReplyDeleteAbdullah Badawi dah banyak kali menipu rakyat. Bulan mac 2008, dengan yakinnya janji, Parlimen takkan dibubar dalam waktu terdekat, keesokan hari dengan muka tak tau malu, bubarkan parlimen.
Semenjak pimpinan negara dipegang oleh Abdullah Badawi, kehidupan terasa amat susah. Petrol dah naik dulu kali. Pertama kali naik 30 sen. Sebelum piliharaya janji, untuk tahun 2008 tidak akan berlaku kenaikan petrol. Rupanya satu penipuan sahaja. Bukan sedikit naik, tapi 40%. Kenaikan juga tidak diberitahu lebih awal, tetapi dibuat dengan mengejut. Rakyat tau pun melalui sms dari kawan-kawan. Akibatnya, satu negara jalan raya sesak beratur nak isi minyak, sebab naik tinggi sangat. Tak terfikir ker beliau masalah macam ni kepada rakyat.
Bila petrol/ diesel naik harga mendadak, barang lain pun naik mendadak. Contoh, beras sekampit dari rm17- naik jadi rm30-
Kalau Abdullah terus memimpin, saya hanya nampak kemuraman ekonomi yang semakin lesu. Kekalutan politik yang semakin menampakkan kebodohan. DNA tetap tidak berubah selamanya. Jangan menunjukkan kebodohan ilmu pengetahuan. Secara disedari atau tidak, orang Melayu semakin benci dengan UMNO dibawah pimpinan Abdullah. Mereka akan lari. Sembang la kat mana-mana kedai kopi atau dengan mana-mana orang Melayu sama ada di pejabat, institusi pengajian tinggi, kakitangan awam dan siapa pun mereka, 99% menolak Abdullah. Saya meminta pemimpin ini faham kehendak majoriti rakyat.
Kami rakyat yang meniaga kecil-kecilan sudah cukup menderita. Kami ada anak isterinak kasi makan. Ada rumah nak kena bayar sewa. Ada kereta buruk dan kecil nak kena isi petrol. Ada bill letrik/ air yang perlu dijelaskan tiap bulan. Inflasi tinggi. Tolong fahami lah..
Dato', sebenarnya pengumuman bahawa akan tarikh peralihan kuasa 2 tahun lagi semata2 untuk mengunci rapat mulut2 celupa minta pak lah letak jawatan.Apa tidaknya jelas terbukti sekarang tak siapa lagi bercakap tentang perkara itu. Senang lenang lah pak lah sekarang ni nak tumpu 200% terhadap isu2 semasa. Bila sampai masa nanti untuk peralihan kuasa nanti adalah pula helah baru janji baru. Itu yang dikatakan politik
ReplyDeletehalim michaeilian69