A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[UPDATE, 2 Januari]
PAS malam tadi menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri lima penggal bagi kerusi Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, sebagai bakal calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Abdul Wahid yang lulus ijazah Perikanan dan Sains Laut dari Universiti Putera (Pertanian) Malaysia dikatakan cukup digemari pengundi.
Wakaf Mempelam adalah salah sebuah daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Abdul Wahid menang pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 undi.
[Posting Asal]
KEMPEN pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu bermula awal bagi Barisan Nasional/Umno walaupun penamaan calon hanya akan diadakan pada 6 Januari ini dan pengundian pada 17 Januari.
Pakatan Rakyat yang akan menamakan calonnya hanya pada 1 Januari ini perlu segera memperjelaskan pendiriannya mengenai dasar dan isu yang menjadi pertimbangan pengundi Kuala Terengganu.
Utusan Malaysia melaporkan yang bakal calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, telah mula berkempen dengan menemui pengundi di tempat-tempat awam.
(Saya sengaja menggunakan istilah bakal calon kerana penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya belum diadakan dan hanya SPR boleh mengesahkan pencalonan seseorang.)
Utusan melaporkan Wan Ahmad Farid sebagai berkata parti-parti pembangkang, khususnya Pas, tidak mempunyai isu untuk diketengahkan.
Dia berkata begitu ketika bertemu pengundi di Kedai Kopi Ladang, di Kuala Terengganu.
Katanya Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.
''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.
Pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu calon BN, Allahyarham Razali Ismail menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.
Sebanyak 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos layak mengundi pada pilihan raya kecil kali ini.
Dalam hubungan ini, BN nampaknya lebih bersedia daripada Pakatan Rakyat/Pas yang dilaporkan akan menamakan bakal calonnya hanya pada 1 Januari.
Sementara itu, soal-jawab antara parti-parti PR masih terterusan ekoran daripada kenyataan Naib Presiden Pas, Husam Musa, bahawa parti itu tetap komited kepada pelaksanaan Hukum Hudud.
Yang terbaru adalah kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokrat (DAP), Karpal Singh, bahawa DAP akan menyokong calon Pas hanya jika parti itu tidak meneruskan agenda Negara Islam, Hudud dan Qisas.
Katanya pendirian DAP mengenai isu itu tidak pernah berubah iaitu ia adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau merujuk kepada pernyataan kehakiman (judicial pronouncement) tahun 1988 oleh panel lima hakim Mahkamah Agung yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas bahawa Malaysia adalah negara sekular menurut Perlembagaan dan bukan Negara Islam.
Karpal berkata oleh sebab Husam telah menarik balik kenyataannya, maka DAP akan menyokong calon Pas.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai menyanggah tuduhan Presiden MIC, S. Samy Vellu bahawa beliau (Karpal) adalah harimau tanpa taring.
Karpal juga meminta ketua de facto Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim segera membuat pendirian mengenai cadangan Pas itu.
Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap matlamat Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk melaksanakan hudud.
Sementara itu, PKR sendiri sedang mengalami masalah dalaman apabila komponen Indianya yang dilaporkan sebagai tidak berpuasa hati dengan kepemimpinan parti itu, khasnya dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Namun, penentuan kemenangan BN/Umno atau PR/Pas di Kuala Terengganu bergantung kepada pemilih majoriti iaitu pemilih Melayu yang berupa 80 peratus daripada pemilih Kuala Terengganu.
Hati dan aspirasi mereka inilah yang perlu ditangani oleh Umno dan Pas bukannya terlalu taasub dengan mantera kononnya hidup mati mereka bergantung kepada pemilih minoriti.
"Pak Lang said... Datuk,
ReplyDelete.....kenapa sebok-sebok pasal hudud. Hudud sebenarnya cerita lama yang tidak pernah sampai ke mana-mana?. Ianya cuma drama bersiri untuk pilihanraya."
Saya amat yakin, Pak Lang juga beragama Islam yang sembahyang 5 waktu disertai doa iftitah yang bermaksud "Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kerana Allah s.w.t". Allah s.w.t juga berfirman
" Masuklah kamu ke dalam islam secara menyeluruh"
Bahkan di dalam Al-Quran terlalu banyak ayat-ayat Quran tentang keagungan Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan.
Permulaan surah Al-Baqarah bermaksud " Inilah kitab yang tiada keraguan didalamnya"
Soalnya, jika kita masuk Islam cecara menyeluruh, bererti kita juga wajib mengikuti setiap huruf,perkataan dan ayat Al-Quran yang merupakan mukjizat paling agung di alam semesta yang kekal hingga hari kiamat. Ayat Quran amat jelas suruhannya tentang pelaksanaan hukum-hukum Islam termasuklah hukum Hudud dan Qisas. Mengapa perlu kita pertikaikan soalnya?
Tidak mengapa kalau si polan bin sipolan (atau Pak Lang) pertikaikan kredibiliti karismatik pemimpin Pas, tetapi HARAM samasekali kita mempertikaikan hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Lidah Muhammad s.a.w dan dibukukan dalam Al-Quran.
Jadi, apabila Pak Lang berkata ".....kenapa sebok-sebok pasal hudud. Hudud sebenarnya cerita lama yang tidak pernah sampai ke mana-mana..." saya berasa amat kesal dan sedih perkataan ini datangnya dari pemikiran seorang Islam.
Hudud bukan cerita lama. Hudud dibawa oleh Rasulullah s.a.w atas perintah Rabbul Jalil. Dan pejuang kepada hukum Allah amat yakin suatu hari nanti Allah s.w.t akan meneguhkan hukumNya di atas mukabumi ini.
Hakikat sebenarnya, UMNO menolah hukum Hudud kerana takut kepada desakan bukan Islam. UMNO mahu sokongan bukan Islam untuk meraih undi, jalan menuju kpd kekuasaan politik. Apakah Nabi Muhammad s.a.w memohon "undi dan sokongan" Quraisy Mekkah untuk menegakkan Negara Islam di Madinah?
Inilah hakikatnya, UMNO hanya menerima ayat-ayat suci al-Quran yang hanya berkaitan nikah-kahwin, puasa dan sembahyang. Ayat ayat yang menyentuh dasar siasah kenegaraan dan hukum-hukum Allah s.w.t dipinggirkan begitu saja. Bukan masuk Islam secara menyeluruh tetapi secara terpilih yang mana sesuai dengan nafsu amarahnya.
(Kepada semua Muslimin terutamanya aktivis politik,bacalah Tafsir Surah Al-Maidah sebaik-baiknya, dan renungkanlah sesudah selesai Solah Subuh atau di tengah malam akan maknanya)
Zaidi Zakaria
Permatang Pauh
Analisa Sdr sangat ilmiah mudah untuk difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi spt saya.
ReplyDeleteNamun kepada saya yang mustahaknya ialah persoalan apakah yang mampu dibuat oleh Calon yang bakal menang dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu itu. Khususnya diperingkat kebangsaan?
Rakyat Kuala Trengganu harus dijelaskan dalam kempen ini bahawa inilah masanya bantuan dari mereka benar-benar bernilai demi perjuangan agama dan bangsa mereka.
Kepada saya, dengan kemenangan Calon UMNO, kekuatan kerajaan dalam parlimen akan lebih terserlah. "check and balance" yang merupakan matlamat utama kehadiran pembangkang di parlimen telah tercapai meskipun tanpa tambahan kerusi. Kita samada pembangkang maunpun kerajaan tetap mahukan kerajaan yang kuat untuk memacu negara kearah 2020 sebagai sebuah negara MAJU.
sebelum ini UMNO dan BN yang dilihat sebagai bermasalah dan PR memperkecilkan UMNO dan BN kerana dilihat ada konflik diantara mereka.
ReplyDeletekini PR sendiri yang ada konflik sesama mereka.PAS ada konflik dalaman dan juga dengan DAP.PKR pula ada konflik dalaman tentang status ahli-ahli berketurunan India.
samada BN atau PAS,kedua-dua parti kena menyentuh dari semua aspek (kebajikan,sosial,agama,ekonomi) dan hanya parti yang ebrjaya membentangkan plan yang menyakinkan untuk penduduk KT yang akan menang pada pilihanraya kecil akan datang.
senang cerita mana-mana parti yang dapat menyakinkan penduduk KT yang mereka mampu menjaga KT dan seluruh isinya dengan baiklah yang mampu mendapat undian yang lebih banyak dari pesaing lain.
ReplyDeletecalon dari BN dan PAS merupakan calon favorite pada pilihanraya nanti.namun apa-apa boleh jadi dalam politik kerana mungkin calon bebas mampu memberi kejutan yang tidak diduga.
tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yang tahu.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya merujuk kepada laman Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/95533
Benar ke PKR ada masalah dengan komponen India? Malah, is there such a thing as "komponen india" dalam PKR?
Ini pertama kali saya lihat istilah ini digunapakai bagi merujuk PKR. Kalau untuk merujuk BN tu biasa lah.
Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah dilaporkan sebagai sudah mula berkempen dengan menemui pengundi di tempat-tempat awam.
Ini mengesahkan komen DINTURTLE bagi posting sebelum ini bertajuk "KT UJI PEMULIHAN BN SELEPAS PERMATANG PAUH".
Adakah ini juga bermakna komen lain oleh DINTURTLE adalah benar?
1.Bukankah Monsoon Cup suatu isu yang memihak kepada PAS? Malah Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam juga tidak siap sepenuhnya sampai sekarang. Bukankah pembaziran ini menjelakkan rakyat kepada sebuah negeri yang tersenarai sebagai antara negeri paling miskin?
2.Benarkah Wan Ahmad Farid menemui pengundi dalam majlis yang diatur dalam kapisiti beliau sebagai Timbalan Menteri? Apakah tidak ada beza wang kerajaan dan wang parti?
3.Pemulangan sebahagian royalti kepada kerajaan negeri telah dibuat tetapi tiada perubahan apa-apa yang dinikmati rakyat.(p/s dengan pemulangan wang royalti itu, adakah bermakna kaedah wang ehsan semasa era Haji Hadi dan Idris Jusoh dahulu suatu kesilapan?)
Saya sekadar mengetengahkan beberapa perkara sahaja. Banyak lagi yang telah diperkatakan oleh DINTURTLE.
Saya merasakan komen DINTURTLE tidak patut dipandang ringan memandangkan beliau menetap disana, malah seorang pengundi pula.
Pelik saya rasakan bila Wan Ahmad Farid kata PAS tiada isu.
Jika BN terus dalam "denial state", memang kemungkinan besar, BN akan kalah.
Kita tunggu sahajalah apa kata majoriti pada 17 Januari nanti.
Datuk,
ReplyDelete1. Salam Maal Hijrah - Semoga penyokong-penyokong Mukhriz akan berhijrah menyokong KJ. Telah terbukti KJ lebih berwibawa daripada Mukhriz.
2. Salam Maal Hijrah - Semoga penyokong-penyokong PAS akan berhijrah menyokong UMNO dan BN dalam PRK K.Terengganu.
3. Salam Maal Hijrah - Semoga PAS akan berhijrah iaitu bergabung dengan UMNO dan meninggalkan DAP.
http://suarasukj.blogspot.com
Dato' Hudud adalah hukum dari ALLAH jadi tak usah lah nak dipersoalkan dan jangan di politikkan.
ReplyDeleteYang perlu di beri perhatian ia lah penjelasan kepada mereka yang tidak faham. Diterima atau pun tidak adalah persoalan lain tetapi sebagai Muslim ia menjadi tanggungjawab.
In as far KT bye election, the majority will decide, if the people in KT are comfortable with one of the UMNO karaoeke singer then be it, PAS is offering an alternative candidate which every voters in KT know what PAS stand for.
Berdoalah supaya angin perubahan terus berlaku dan mereka yang terpilih akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.dh9753
Salam Dato
ReplyDelete'...PAS tidak mempunyai isu hendak diketengahkan'
BN/UMNO masih tidak berubah sejak PRU12. Bodoh sombong !Cubalah merendah diri sikit. Kalau pun perasan BN tu perfect, takde salah, tak perlulah bersikap bodoh sombong. Bukan begitu caranya nak memenangi hati orang kampung. Walaupun KT bertaraf Bandaraya ( orang KT sendiri malu nak mengaku warga bandaraya, Kuantan yang 10x lebih besar dan maju pun belum diiktiraf sebagai bandaraya ), majoriti rakyatnya masih berfikiran kampung.
satu nasihat pada mereka yang datang dari luar Terengganu bercadang nak berkempen di sini - jangan nak mengajuk loghat tganu, kalau cakap kl, sebut pelan2 jangan laju sangat dan paling penting, merendah diri.
Salam,
ReplyDelete1. Kata Wan Ahmad Farid, "Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan." dan "Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik"
Bakal calon ini janganlah terlalu yakin kecuali beliau telah banyak melabur dan yakin pelaburan itu akan mendatangkan untung yang berlipat ganda.
Apa pun boleh terjadi. Sepertimana BN kehilangan lima buah negeri pada PRU lepas.
Bagai manapun kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokrat (DAP), Karpal Singh, bahawa DAP akan menyokong calon Pas hanya jika parti itu tidak meneruskan agenda Negara Islam, Hudud dan Qisas adalah satu kenyataan basi.
Pas sebagai sebuah parti berasakan perjuangan Islam tak perlukah bersengkokol dengan "harimau yang tidak bertaring" seperti kata Samy Vellu itu.
Calon UMNO elok pura pura buat salah isi borang supaya pencalonannya di tolak supaya UMNO tidak perlu tewas di dalam gelanggang.
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteBila pilihanraya kecil berlaku:
isu kecil menjadi isu besar,
orang kecil menjadi orang besar,
sedekah duit kecil menjadi duit besar,
kedai kopi kecil menjadi cafe besar,
kontraktor kecil mendapat projek besar....
Biasalah tu kan pilihanraya kecil!
Tapi yang saya tak suka bila kumpulan kecil (minoriti) mengaku punya kuasa besar (penentu kemenangan). Bila dikawasan majoriti Cina tak pula Melayu dikata mempunyai 'kuasa penentu besar'.
Paling pelik bila bangsa yang hanya 10-11% di Malaysia menuntut kuasa politik sebesar 30%. Setiap negeri hendakkan ada Timbalan dikalangan bangsa dia. Malah sekarang mengugut seolah nak jadi MB Selangor!. Ingat PKR, kalau kamu tak mampu menjadi MB, sila serahkan kepada Pas atau Pas bertindak bekerjasama dengan Umno memerintah Selangor.
Kalau hanya minoriti nak ditatang, majoriti nak ditendang... tunggulah akibatnya. Jadi Pakatan Rakyat 'fikir-fikirlah sendiri' sebelum 'Melayu naik minyak' takut nyala Shah Alam
Bye/ Roti Planta
Salam Dato' AKJ
ReplyDeleteHantarlah KJ untuk berkempen di KT, semoga kewibawaannya seperti yang dinukilkan oleh SUKJ akan memudahkan kawan baiknya menang besar di sana. Biarkanlah kewibawaan KJ yang terserlah pada PRK Permatang Pauh menjadi titik tolak kepada kemenangan UMNO di KT pula. Yang lain-lain tidak perlu membuang masa berkempen, cukup KJ seorang dengan kewibawaannya mengalahkan siapa juga calon PAS yang bakal dinamakan nanti.
UMNO memang nampak sangat dah ketandusan calon. Wan Farid yang dah dilantik Timbalan Menteri melalui Dewan Negara masih dinamakan sebagai calon untuk PRK KT. Jelas KJ memang mahu UMNO kalah dan hancur dengan memaksakan kawan baiknya itu sebagai calon. Dan pengundi KT bolehlah merealisasikan impian KJ itu dengan memastikan undi mereka milik PAS.
UMNO bukan lagi berjuang untuk orang Melayu. UMNO kini berjuang untuk UMNO semata-mata. PAS yang merupakan serpihan UMNO pada 1951 kini menggalas tugas yang lebih berat apabila UMNO telah melupakan orang Melayu dalam perjuangan mereka. PAS pulalah yang nampaknya lebih sesuai dijadikan sandaran untuk orang Melayu bagi memperjuangkan hak mereka.
Saya cadang kedua-dua pihak yang akan bertanding UMNO dan PAS supaya memberi tumpuan dan pembelaan kepada orang Melayu-Islam. Usah dipentingkan sangat pasal golongan minoriti kaum Tiongkok. Itulah yang membuatkan kaum Tiongkok besar kepala. Mereka menjadi kuasa penentu. Di antara PAS dan UMNO, buktikan siapa yang akan dapat menjamin masa depan orang Melayu-Islam di Tanah Melayu ini, yang semkain terhakis Kemelayuannya.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteDalam PRU 12, walaupun BN menang,tapi majoriti undi yang diperolehi BN tidaklah terlalu besar.
Jadi saya kira kekuatan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu agak seimbang.Dan pertandingan antara dua parti itu tentu agak sengit.
Oleh itu tidak menghairankan jika UMNO/BN nampaknya begitu beria-ia untuk mendapatkan sokongan daripada golongan "minoriti"(khasnya pengundi Cina).
Saya kira pihak mana yang akan menang memang sukar diduga.Namun, jika pendirian majoriti pengundi tidak berubah dari PRU 12, besar kemungkinannya BN akan menang sekali lagi.
one thing about PAS, it is honest and what you see is what you get. Even the chinese are willing to vote for PAS and PAS doesn't play up racial sentiments or is corrupt or even seen to be corrupt like UMNO.PAS and PR will rule Msia better with/without Hudud cos they will base it on honesty, fear of god and do what is best for the country.
ReplyDeleteUMNO potential candidate can say what he wants, the votes has not been counted yet. PAS has a great chance to win. BTW T'gganu is only oil producing state in the world where the people are paying way above world prices for fuel unlike other oil producing state. Not true? And what are they paying for?Monsoon cup? wastage by BN? Mismanagement? Screwed up budget? well all above and more.
Scribe,
ReplyDeleteDengan Izin...
Apa Dia Dok Buat?
(tea tarek break pak kadir jasin)
Sdr Ruhanie Ahmad,
check this out, dude!
i am a dodo bird the veggies and pluto's dog
terima kasih tun m&h
memang Umno lebih awal berkempen, kerana mahu mempertahnkan kerusi parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti yang kecil.
ReplyDeleteDalam pilihanraya umum ke 12 kerusi itu adalah milik PAS,walaupun ada yang mengatakan undi pos yang membuat Mat Sabu Kalah.
Cuba ambil kira undi yang di perolehi tiga calon PAS wakaf Mempelam 9,645 Ladang 6,723 batu Burok 10,672 dan seorang calon keadilan Bandar 6,689 jumlahnya 33,729 undi.
undi yang diperolehi Datuk Razali Ismail sebanyak 32,562 undi termasuk undi POS sebanyak 1,035.
Undi yang diperolehi Mat Sabu sebanyak 31,934. Majoritinya 628 undi.
jika ditolak 33,729 dengan 32,562 tinggal 1,795 orang yang mengundi DUN PAS tidak mengundi mat Sabu iaitu mengundi Datuk Razali.
Dalam keadan sekarang undi inilah yang sukar diraih semula oleh Umno atas sebab calon yang bertanding nanti Datuk Wan Farid.
Datuk Wan Farid walaupun merupakan calon terbaik,tetapi jauh macam langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Datuk Razali.
Turun awal berkempen dan wang bantuan membaiki rumah rakyat miskin sebagai langkah drastik semata mata untuk meraih sokongan.
Mat Said sendiri yang masuk kampung keluar kampung untuk menyalurkan wang bantuan baiki rumah yang diperuntukan oleh Mohamad Muhamad Taib sebanyak RM 51 juta.
Untuk meraih sokongan pengundi china telah diperuntukan sebanyak RM 6.1 juta.
manakala RM 10 bilion diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib untuk dana (TIA) lembaga pelaburan Terengganu.
PAS tidak boleh buat apa apa dengan peruntukan wang yang begitu banyak, tetapi lawan tetap lawan dan yakin dapat menang, kerana calon Umno orang "bangsawan"yang sama sekali bukan orang mesra rakyat yang dikehendaki oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu.
Salam Dato',
ReplyDeletePK Kuala Terengganu adalah medan terbaik bagi UMNO dan PAS menguji sokongan kpd mereka. UMNO dgn cara dan budayanya yg biasa, memancing undi melalui idea pembangunan sambil menabur habuan pilihanraya melalui peruntukan2 yg mengejut (yg selalunya susah diminta semasa tidak ada apa2, tetapi datang mencurah2 tanpa diminta sebaik ada pilihanraya terutama sekali pilihanraya kecil). Kalau ada PIBG sekolah minta pagar baru, atau masjid surau yg minta dicat baru atau carpet baru masa inilah senang dapat...Pengundi 2 Cina dah pun dapat peruntukan RM 6.1 juta. Modus operandi UMNO ni terlalu amat difahami rakyat; tanyalah pd Mek Jah ke, pd Abe Usin ke, Pok Nik Arung ke di KT saya pasti mereka faham lagu tu. Juak2 UMNO yg menjadi perantara antara UMNO dgn pengundi pasti amat girang kali ini kerana ada habuan yg bakal mereka boleh kebas; yelah ... dlm keadaan pilihanraya semacam ini mana ada akauntabiliti, mana ada hitam putih. Inilah makna perjuangan bagi sesetengah kaul...
PAS pula semacam teralu selesa dgn apa yg sdg dikecapi sekarang. Strategi (??) lambat menamakan calonnya di KT boleh dilihat sbg ada masalah dalaman atau dilihat sebagai terlalu yakin (maklumlah sekarang ni memerintah Kedah dan Kelantan, dah tu membentuk kerajaan campuran di Perak dan Selangor). Macam selalu modal PAS ialah mendedahkan kepincangan dalam UMNO sambil mengajak pengundi menegakkan pemerintahan Islam. Dengan janji peruntukan berbilion RM melalui royalti minyak rasanya tidak sukar utk UMNO "memperbetulkan" apa juga isu kepincangan yg bakal PAS bangkitkan. Tentang laungan kembali kepada Islam tu rasa saya impaknya tidak banyak. Saya percaya bahawa hanya jiwa yg benar2 sudah menerima tarbiyyah islamiah yg cenderung mengundi atas dasar ini. Saya sudah mengerjakan haji dan beberapa kali umrah dan pernah ikut jemaah tabligh di sekitar PJ (alhamdulilah..), dengar ceramah Ismail Kamus, ceramah NIk AZiz, ceramah Haron Din, ceramah Ustaz Shamsuri...tapi dua kali saya undi PAS bukan kerana ideologi islamnya tapi kerana marahkan (kecewa sebenarnya) UMNO yg membiarkan dirinya rosak dengan parasit rasuah dan kronisme. Tak tahulah keadaanya di KT, tapi bagi saya yg tingal di JB saya tak tahu pun (jauh sekali nampak) usaha tarbiyyah islamiah yg sistematik yg PAS laksanakan. Maksud saya usaha spt mana yg golongan tabligh pernah laksanakan satu masa dulu...Rindu juga kpd cara Al-Arqam (kini diharamkan)...Mungkin cara PAS lain tapi saya memang tak nampak pun.
Sebenarnya tiada siapa yg boleh pasti kemenangan akan berpihak kpd pihak mana. Cakap2 yakin akan menang adalah stail peninju atau ahli gusti bagi memberikan kesan psikologi..Itu cara Barat..Kita org Melayu belum terbiasa dgn stail tu..silap2 gaya dianggap cakap besar pula. Tapi saya rasa UMNO/BN menang kali ni. Pun begitu Allah lah yg berkuasa, Dia memberikan kemenangan kpd siapa yang dikehendakiNya menang. Kemenangan adalah ujian dari Allah.
Pak HJ JB
dato,
ReplyDeleteyang memporak perandakan rakyat dan negara malaysia sekarang adalah ahli politik (pembangkang dan pemerintah ) dan juga media mereka.
Musuh negara diluar sana cuma tersenyum sebab mereka tak perlu buat apa untuk menghancurkan Malaysia.
betul kata kluangman, calon umno patut pura2 salah isi borang supaya pencalonan dibatalkan dan menyelamatkan imej umno/bn, hahahaha......
ReplyDeleterocky said...
ReplyDeleteone thing about PAS, it is honest and what you see is what you get. Even the chinese are willing to vote for PAS and PAS doesn't play up racial sentiments or is corrupt or even seen to be corrupt like UMNO.PAS and PR will rule Msia better with/without Hudud cos they will base it on honesty, fear of god and do what is best for the country.
UMNO potential candidate can say what he wants, the votes has not been counted yet.
PAS has a great chance to win.
BTW T'gganu is only oil producing state in the world where the people are paying way above world prices for fuel unlike other oil producing state. Not true? And what are they paying for?Monsoon cup? wastage by BN? Mismanagement? Screwed up budget? well all above and more.
12:54 AM
YOU CAN SAY WHAT YOU WANT ABOUT PAS WINNING TOO BUT THE VOTERS WILL DECIDE FOR THEMSELVES
Datuk,
ReplyDelete1. nampaknya rtm dan tv3 dahpun memulakan kempen untuk pilihanraya kecil KT.
2. seperti biasa, tengoklah gaya pemberitaan yang disajikan - masih macam ketika PRU ke-12.
3. tahu dak orang dah meluat 'banggat' dengan gaya pemberitaan macam tu.
4. dari orang bercadang untuk beri pertimbangan untuk mengundi semula BN sebaliknya orang kembali mual dan menyampah dengan BN - tak serik-serik dan tak belajar-belajar lagi dari pengalaman lalu.
5. beritakanlah apa yang patut. jangan over dan melalut sangat.
6. lawanlah secara 'gentleman', adil dan profesional.
7. barulah betul caranya adat berlawan.
psst - Datuk sokong sebelah mana?
langit hijau
tok... selamat tahun baru..
ReplyDeletekuala terengganu bakal membawa pulang kekalahan kerana ...selagi UMNO sesama UMNO berubut tulang seperti singa singa lapar...
tok.. apa salah kita bagi kawan kawan yang masih lagi tiada kuasa.. YANG dah jadi senator pun berhenti.. dia ingat dia boleh menang...
saya kenal wan farid ni zaman saya jadi ketua pemuda umno BAHAGIAN batu gajah perak..
saya tahu kemampuan beliau.. saya masih ingat lagi malam terawih pertama dia sembayang di depan saya di masjid negara.. saya berkata kepada dia..
dan pesan saya"WAN ..U KENA BALIK KE KAMPUNG KERANA TERAWIH DI KAMPUNG MEMBERI KESAN KEPADA U DAN MASYARAT SETEMPAT'' DIA SENYUM JE KAT SAYA...."
Selagi UMNO melatak nafsu sebagai kayu pengukur perjuangan selagi itu mereka akan rugi..
"ada satu ayat yang saya baca untuk diri saya"
"AL HA KUMURTAQASHUR ,HATTA ZURTUMUR MAQQA'BIR"
Penggundi yg tinggal di KT berpecah kepada 2 kumpulan UMNO dan PAS
ReplyDeleteMana 2 pihak yg dapat menawan hati penduduk KT dgn sifat merendah dirinya akan meraih simpati dan undi penduduk KT
Kajian perlu dibuat berapa ramaikah penggundi 2KT ini tinggal dibandar terutama nya di Lembah Klang. Mereka yg tinggal diLembah Klang akan menpengaruhi pattern undian di KT sama saperti semasa PRU 12 di Kelantan
Wan farid harus menganalisa phenomena Klang Valley ini.
semoga rakyat kuala terengganu mendapat wakil yg jujur dan berwibawa!
ReplyDeletesementara itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan masehi kepada tok kadir and rerakan pengunjung The Scribe.
terima kasih kerana mewujudkan serta mengekalkan blog yg sangat saya hargai ini.
As'kum Dato',
ReplyDelete1. Pada pendapat saya PRK K.Trengganu ini adalah suatu event penting dalam menentukan corak pemikiran rakyat keseluruhannya.Keputusan dalam PRU 12 bagi parlimen K.T yang mana dimenangi oleh BN dulu tidak boleh dijadikan pengukur bagi menetukan kejayaan BN kali ini.Isu kali ini agak berbeza.
2. Pemilihan kali ini adalah 50:50.Tiada parti yang boleh dengan yakin mengatakan mereka boleh menang mudah.Bagi PR khususnya,PAS walaupun ia parti Islam namun dengan mereka menyertai PR dimana PKR dan DAP merupakan rakan seperjuangannya,nampaknya imej Islamnya telah mula tercalar dan tidak banyak bezanya dengan BN.
3. Banyak keputusan2 yang kontroversi yang mana melibatkan kedudukan Islam dan orang Melayu yang dibuat oleh kerajaan pimpinan PR, kini nampaknya wakil PAS seolah2 bisu, tidak berani membuat teguran (tidak perlu saya tunjuk contoh kerana semua rakyat tahu).Ini berbeza semasa mereka sebagai pembangkang dulu yang akan menghentam Umno dalam berbagai segi walaupun kadang2 ia agak tidak masuk akal kritikan mereka.
4. Jadi sekarang ini walaupun calon PAS berkopiah atau berjubah atau mengelar diri mereka Ustaz,tapi hakikatnya mereka tidak beza dengan orang DAP atau PKR.Kedudukan PAS akan lebih selmat dan menyerlah jika mereka keluar atau membuat keputusan utuk kelaur dari PR dalam masa terdekat ini.
5. Bagi BN pula, saya fikir calonnya iaitu Datuk Wan Farid tidak banyak memberi kelebihan.Dengan beliau dikaitkan sebagai orang Khairy sedikit sebanyak merosakkan imejnya.Rakyat,khususnya orang Umno masih tidak boleh lupa campur tangan Khairy dalam pemilihan calon semasa PRU 12 telah menyebabkan kekalahan teruk BN.Ini memberi persepsi bahawa Pak Lah masih cuba meletak orang2nya dalam Kabinet baru DS Najib selepas beliau bersara nanti.Ini akan menyebabkan pengundi akan mebuat undi protes dan akan memberi kemenangan kepada PR.
6. Pengundi KT mungkin akan mengubah pendirian dan memberi kemenangan kepada BN khususnya di bawah kepimpinan DS Najib jika Pak membuat pengumuman tarikh sebenar beliau akan melepas jawatan sebagai PM.Rakyat hingga kini masih belum yakin samada Pak Lah akan benar2 akan letak jawatan sebagai PM dalam masa terdekat ini.
7. Perkembangan di atas akan menentukan keputusan PRK itu nanti. Oleh itu bagi saya, mana2 parti pun yang bakal menang dalam PRK K.Trengganu, majoritinya adalah amat kecil.
selamat tahun baru pak kadir dan pengunjung the scribe
ReplyDeleteSaya berpendapat hudud bukanlah antara kompenen penting dalam sebuah pemerintahan Islam, malah Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGAH)ketika PAS memenangi PRU 10 tahun 1999 di Terengganu ditanya tentang pelaksanaan hudud mengatakan bahawa hudud hanyalah 1/1000 daripada sistem pemerintahan Islam.
ReplyDeleteWalaupun suatu ketika TGAH adalah tokoh paling terkehadapan dalam mengwar-warkan betapa sangat pentingnya pelaksanaan hudud dalam pmerintahan sehingga ucapan beliau di Banggol Tuan Muda suatu ketika dahulu mencetuskan kekeliruan yang bukan sedikit. Peristiwa sembahyang dua imam, pasangan suami-isteri bercerai hinggalah kepada sembelihan oleh pihak tertentu tidak dimakan oleh pihak tertentu yang lain pula.
Isu hudud makin pudar bila TGAH mula berpeluk-peluk dengan tokoh-tokoh politik bukan Islam daripada parti pembangkang yang lain. Kini isu ini ditimbulkan kembali lalu media massa sebagaimana biasa akan menghangatkannya sehingga tokoh-tokoh politik yang tidak berapa cerdik pun turut memberi pandangan dan kenyataan. Dan saya percaya ia akan menjadi salah satu isu dalam PRK Kuala Terengganu nanti.
Datuk,
ReplyDeleteKalau dlm Pr 12 BN menang cuma dgn 600 lebih undi sahaja, cubalah kira penyokong Idis Jusoh tu ada berapa ? Biasanya dlm UMNO cah keting akan berlaku dan dicampur pulak dgn isu2 mutakhir saya tak fikir BN akan menang dlm PRK ini.
Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.
ReplyDeletesetuju dgn Roti Planta....ayuh marilah Pas dan Umno bergabung...takbir 3x.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk menyentuh kenyataan YB Karpal Singh yang menegaskan Hudud pertentengan dengan Perlembagaan Perseketuan dan mana-mana undang-undang yang bertentangan akan termansuh dan batal dengan sendirinya. Tidakkah enekmen-enekmen yang bersangkut paut dengan Hudud sudah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri diKelantan dan juga diTerengganu?
Pada amalan biasa, tiap-tiap rang undang-undang yang akan dibentangkan didewan telah pun diselidiki dan disemak oleh Penasihat Undang-Undang Negeri (PUN). PUN telah pasti merujuk kepada bossnya iaitu Peguam Negara kerana isu Hudud ini amat sensitif sekali. Jadinya, rang undang-undang yang dibentangkan itu sudah tentu sekali sempurna dari sudut undang-undang dan kalimah-kalimah yang dipakainya. Tambahan pula PUN adalah seorang ahli Yang Berhormat (Ex-Officio) didalam Dewan Undangan Negeri. Jadi, apa lagi yang tak kenanya dengan undang-undang enekmen Hudud yang telah diluluskan pada hemat Karpal Singh.
Lantanran itu, jika enekmen itu terbatal dengan sendirinya, apakah alasan BN yang memerentah Terengganu sejak 2004 tidak membuat pengistiharan yang 'Enekmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002' sudah pun "null and void" walaupun telah diberi 'Royal Assent' oleh DYMM Al-Sultan. Ini adalah sesuatu yang anih dan ironis.
Semoga Maal Hijrah ini lebih ramai ahli umno berhijrah ke PAS dengan meninggalkan segala bentuk politik wang dan pemimpin rasuah. Datuk Zahar adalah titik permulaan. Berhijrahlah demi kebaikan diri sendiri, umat dan juga Islam. Tidak guna kalau pemimpin itu bernama islam dan melayu tetapi berpura-pura islam hinggakan hudud dipersendakan.
ReplyDeleteMohon maaf Datuk AKJ.
ReplyDeleteHendak tumpang di blog Datuk untuk luahkan perasaan marah saya terhadap negara Zionist -- moga-moga Allah turunkan bala ke atas regime kamu semasa hayat aku dikandung badan.
Damn you Israel!!
Azman Mohd Isa
Bosan
ReplyDeleteAnonymous SyedIkram said...
ReplyDeleteYOU CAN SAY WHAT YOU WANT ABOUT PAS WINNING TOO BUT THE VOTERS WILL DECIDE FOR THEMSELVES
wow...maybe you can contribute more than this. It doesn't take a lot to know that the voters will decide the outcome like in March,08 .The voters will read and see what is happening around them. Does that mean we can't give our views. Yeah UMNO doesn't like to hear news that is not against it which is a great mistake. apa nak buat, syok sendiri syndrome.
Saya telah menonton Datuk Kadir di Astro Awani mlm tadi. Saya amat bersetuju dan menyokong 200% di atas komen Datuk terhadap kelemahan BN sendiri. Gandingan ulasan di antara Dr Siva (USM), Datuk Shamsul (UKM) dan Datuk Kadir (Berita Publishing) mampu menerobos dan menjelaskan permasalahan yang dialami oleh para penyokong UMNO dan BN umumnya. Pada pandangan saya, pembangkang tidak sekuat mana, tetapi kelemahan yang terlalu ketara kepimpinan UMNO di bawah Pak Lah (nyoq lebam), samada dari segi strateginya,calonnya,kempennya, dan pelbagai isu sampingan yang membuatkan rayat Kuala Terengganu jelak dan meluat untuk menyokong parti pemerintah.
ReplyDeleteSaya juga amat tertarik dengan tiga isu yang telah Datuk jelaskan.
1.Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yg terlalu lama sehinggakan calon-calon mengambil peluang di dalam KT Bi-election untuk berkempen terhadap jawatan yang ditandingi.-(Pak lah a.k.a.nyoq lebam yg tangguhkan sebegitu lama, walaupun telah dikritik oleh Tan Sri Muhyiddin, masih juga berdegil)
2.Post Mortem yg dikatakan telah dibuat dan dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan sewaktu
PR12 2008 tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesedaran di kalangan pemimpin UMNO sendiri.-byk dikuasai oleh KJ.
3.Jika peralihan kuasa berlaku awal, kemungkinan BN dan UMNO akan lebih kukuh lagi dan tidak mengalami kemerosotan yang amat teruk dalam sejarah politik tanahair.-(saya dapat perhatikan Datuk Kadir menyahut argument dari Datuk shamsul yg menyatakan "jika DatuK Seri Najib menjadi PM, mungkin ini tidak belaku".
Maka ketiga-tiga isu ini sebenarnya menjadi punca utama kemerosotan UMNO dibawah "nyoq lebam" disamping calon yg dipilih adalah bukan di atas persetujuan UMNO KT, tetapi ia telah dipilih oleh Pak Lah dan KJ yg mahukan legasi mereka menguasai kabinet negara.Kritikan-kritikan daripada Datuk amat releven sekali dan saya kira ini mampu menyokong untuk memaksa Pak Lah turun dengan labih cepat lagi.Syabas Datuk Kadir!!!!
Saya telah menonton Datuk Kadir di Astro Awani mlm tadi. Saya amat bersetuju dan menyokong 200% di atas komen Datuk terhadap kelemahan BN sendiri. Gandingan ulasan di antara Dr Siva (USM), Datuk Shamsul (UKM) dan Datuk Kadir (Berita Publishing) mampu menerobos dan menjelaskan permasalahan yang dialami oleh para penyokong UMNO dan BN umumnya. Pada pandangan saya, pembangkang tidak sekuat mana, tetapi kelemahan yang terlalu ketara kepimpinan UMNO di bawah Pak Lah (nyoq lebam), samada dari segi strateginya,calonnya,kempennya, dan pelbagai isu sampingan yang membuatkan rayat Kuala Terengganu jelak dan meluat untuk menyokong parti pemerintah.
ReplyDeleteSaya juga amat tertarik dengan tiga isu yang telah Datuk jelaskan.
1.Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yg terlalu lama sehinggakan calon-calon mengambil peluang di dalam KT Bi-election untuk berkempen terhadap jawatan yang ditandingi.-(Pak lah a.k.a.nyoq lebam yg tangguhkan sebegitu lama, walaupun telah dikritik oleh Tan Sri Muhyiddin, masih juga berdegil)
2.Post Mortem yg dikatakan telah dibuat dan dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan sewaktu
PR12 2008 tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesedaran di kalangan pemimpin UMNO sendiri.-byk dikuasai oleh KJ.
3.Jika peralihan kuasa berlaku awal, kemungkinan BN dan UMNO akan lebih kukuh lagi dan tidak mengalami kemerosotan yang amat teruk dalam sejarah politik tanahair.-(saya dapat perhatikan Datuk Kadir menyahut argument dari Datuk shamsul yg menyatakan "jika DatuK Seri Najib menjadi PM, mungkin ini tidak belaku".
Maka ketiga-tiga isu ini sebenarnya menjadi punca utama kemerosotan UMNO dibawah "nyoq lebam" disamping calon yg dipilih adalah bukan di atas persetujuan UMNO KT, tetapi ia telah dipilih oleh Pak Lah dan KJ yg mahukan legasi mereka menguasai kabinet negara.Kritikan-kritikan daripada Datuk amat releven sekali dan saya kira ini mampu menyokong untuk memaksa Pak Lah turun dengan labih cepat lagi.Syabas Datuk Kadir!!!!