Friday, December 26, 2008

KT Uji Pemulihan BN Selepas Permatang Pauh

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SETELAH gagal menguburkan karier politik Anwar Ibrahim --- mengguna pakai slogan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin --- di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, Umno menghadapi cabaran yang lebih besar di Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Umno dan Barisan Nasional boleh berdalih dalam kekalahan teruk di Permatang Pauh. Kerusi itu kubu Anwar sejak tahun 1982 dan dipegang bagi pihaknya oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sejak pilihan raya umum 1999.

Cakap besar dan gagal belajar daripada penolakan pengundi pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah antara sebab besar Umno dan BN kalah dengan lebih teruk di Parmatang Pauh.

Pertaruhan di Kuala Terengganu lebih besar ertinya bagi Umno dan BN. Tidak seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu adalah milik BN.

Calon BN pada PRU 8 Mac, Allahyarham Datuk Razali Ismail, mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu, dengan kelebihan 628 undi sahaja.

Kerusi ini kini mempunyai 80,229 pemilih berdaftar, termasuk 1,035 pengundi pos, yang terdiri daripada 88.2 peratus Melayu, 10.9 peratus Cina dan 0.6 peratus India.

BN telah menamakan senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebagai calonnya manakala Pas akan mengumumkan calonnya pada 1 Januari.

BN meletakkan nilai yang tinggi kepada Kuala Terengganu apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak berkata:

“Kita mesti memenangi Kuala Terengganu kerana kita mahu menjadikannya permulaan kepada pemulihan BN daripada kekalahan di Permatang Pauh."

Soalnya, apakah persediaan BN akan lebih mantap daripada di Parmatang Pauh?

Sama ada dirancang atau spontan, tindakan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membangkitkan soal Hukum Hudud dalam perbahasannya dengan Naib Presiden Pas, Husam Musa, boleh menjadi senjata makan tuan.

Walaupun debat itu telah mencetuskan perselisihan faham antara Pas dengan DAP ia boleh juga membawa mudarat kepada Umno.

Kenyataan Husam bahawa Pas akan tetap melaksanakan Hukum Hudud apabila keadaan mengizinkan telah menimbulkan kemarahan orang kuat DAP, Lim Kit Siang, yang berkata Hukum Hudud bercanggah dengan dasar Pakatan Rakyat yang komited kepada pengekalan Malaysia sebagai negara sekular.

Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran, bagaimanapun, yakin pengundi Cina Kuala Terengganu tidak akan terpengaruh dengan isu Hukum Hudud yang katanya dimainkan oleh BN.

Kalau Khairy bercadang memerangkap Pas dengan membangkitkan isu itu, dia mungkin telah melakukan kesilapan taktik yang besar.

Selama ini Pas mendakwa ia tidak dapat melaksanakan Hukum Hudud di negeri-negeri yang diperintahnya kerana dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pas hanya perlu memulangkan paku buah keras dengan menyoal Umno mengapa, sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, ia tidak melaksanakan Hukum Hudud sedangkan ia berkuasa di Parlimen dan boleh meminda Perlembagaan.

Pada teorinya, pelaksanaan apa jua dasar dan hukum oleh kerajaan negeri boleh dilaksanakan jika tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kini, dengan bilangan yang lebih ramai di Parlimen, parti-parti komponen PR boleh memainkan perasan yang lebih besar meminda Perlembagaan.

Dengan membuka semula debat mengenai Hukum Hudud, Pas boleh memalukan BN, khasnya Umno, dengan meminta Parlimen mendebatkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkannya melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Dengan 23 Ahli Parlimen, Pas boleh memberi kemenangan kepada pindaan itu jika disokong oleh wakil-wakil BN. Atau setidak-tidaknya menguji pendirian Ahli Parlimen Umno dan Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam.

Jadi bahas Hukum Hudud yang didalangi oleh Khairy kononnya untuk memerangkap dan memalukan Husam dan Pas itu boleh menjadi senjata makan tuan kepada Umno dan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Hatta inilah juga hujah Kulasegaran. Katanya DAP menghormati hasrat Pas melaksanakan Hukum Hudud tetapi ianya tertakluk kepada parti itu memperoleh sokongan dua-pertiga di Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.

Soalnya apakah DAP akan menyokong Pas di Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan supaya Hukum Hudud boleh dilaksanakan?

Apatah lagi Kulasegaran sendiri berkata tidak apa yang perlu ditakutkan oleh orang bukan Islam kerana Hukum Hudud hanya untuk orang Islam.

Kesimpulannya, bagi BN mempertahankan Kuala Terengganu adalah lebih penting daripada memenangi Permatang Pauh.

Tetapi jika BN mengulangi kesilapan yang dilakukannya di Permatang Pauh, kemungkinan ia kehilangan Kuala Terengganu adalah besar.

Bagi Pas pula, merampas Kuala Terengganu adalah ibarat pucuk dicita ulam mendatang dan bukanlah suatu yang mustahil kerana ia pernah beberapa kali mengusai kerusi itu.

Ini adalah pertandingan di mana kedua-dua belah pihak boleh menang atau kalah hanya dengan mengelakkan kesilapan.

42 comments:

  1. Anonymous4:49 PM

    dear dato',
    ask khairy to shut his mouth......hate him so much..i couldnt even look at his face. kurang bercahayalah...no aura..

    ReplyDelete
  2. As’kum Dato,

    It is encouraging to see that the government recognized the importance of curbing corruption and is moving in that direction. Introduction of MACC Bill is an excellence initiative by the government to combat corruption, but unfortunately as I see it, the Bill is only look good on the surface. The instrument seen to be idealistic but not pragmatic to eliminate corruption, as it is not holistic to combat the menace completely. The mechanism outlined in the Bill will only be operative after the offence took place and there is a complaint. As we are aware corrupt practices involved at least two willing parties that is the giver and the receiver with consequentially both party benefit (practices normally among the “ big fishes”). This unholy alliances and practices will of course be done discreetly and goes undetected. Therefore it is highly unlikely there will be a complaint. Even if there is a report, it will be an uphill task to gather sufficient evidence for conviction in the court of law as both party involved understandably will definitely not cooperate with the investigation authority. The complaint ensues only in cases where the parties involved is not a willing giver or receiver ( especially among “small fishes). Therefore, the Act seemingly only operative against the “small fishes”. That was the reason why I believed the Bill was passed in Parliament without much resistence except for few MPs of both sides who made some comments only for their political mileage without forceful objections ( I believed some of the MPs from both side are among the “big fishes” I may be wrong)

    If we are realy determined to eliminate corruption completely the approach should be holistic in nature to deal with both “small and big fishes”. As we can see. this Bill seemingly effective in taking action against “small fishes” only. To deal against the “big fishes” involvement in corruption, it has to be done along different approach. Our nation currently already has in place several effective Preventive Laws in dealing with certain perpetrators involvement in certain offences, in security related offences (ISA), in drug related offences (Drug Preventive Act) and in crime related offences (EO & RR). These Preventive Laws are specifically enacted to deal against certain perpetrators believed to be involved in certain offences but unable to prosecute them in the court of law due to the unavailability of sufficient evidence. As an alternative, action were taken under relevant Preventive Law. The onus is now on the government to demonstrate its determination to fight this menace. If the government is really determined and committed to combat corruption totally, I see no reason why the government could not legislate similar kind of preventive legislation to deal with certain perpetrators believed to be involved in corrupt practices in a manner which is difficult to detect and in obtaining sufficient evidence to proceed in the judicial process in the court of law. This preventive legislation together with Witnesses Protection Act will complement MACC Act and stand as an effective cohesion corruption legislation. The procedures in processing this preventive action against perpetrators under this Act should be similar as adopted in other preventive laws already in place with exception that it should be absolutely under the jurisdiction of the MACC


    I believed this unholy alliances and practices is still ongoing. Even the present CJ himself admitted to this effect. I strongly felt that, if holistic approach to combat corruption is not taken seriously, I am afraid that corruption will still persist and MACC will continue to be negatively perceived practicing selective prosecution targeting only on certain category of perpetrators only. Without relevant holistic legislation in place to combat corruption we are afraid that we can only win the BATTLE but not the WAR against corruption.

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:52 PM

    Dato',
    Pilihanraya kecil akan sentiasa sengit. Macam perlawanan bolasepak Manchester United lawan Liverpool yang mana dari segi taktikal dan strategi adalah sama kuat. Mana-mana pemain (ahli) yang melakukan kesilapan kecil akan menyebabkan kekalahan pasukan. Pasukan yang bijak menyempurnakan peluang akan menang. Jadi kita kira bilangan kesilapan siapa yang lebih banyak.

    Kesilapan pertama Pas bila gagal menamakan calon lebih awal dan sikap kenegerian Presiden yang hanya mahu memilih calon tempatan.
    Kesilapan Umno bila memainkan isu hudud. Biasanya orang Kelantan dan Terengganu 'pantang' dan tidak sekali-kali menolak hukum tuhan seperti hudud atau poligami. Kita lihat di KL, ada dikalangan mereka bekerja sebagai GRO, samseng, mat rempit dsb, tapi bila pilihanraya balik Pangkah PAS!. Jadi kegagalan Khairy memahami jatidiri agama orang Pantai Timur dengan mengemukan isu hudud adalah kesilapan pertama Umno.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  4. Salam Dato',

    Ada beberapa saudara mara dari Kuala Terengganu yang datang menziarah semalam sempena cuti umum.

    Menurut mereka, hudud bukan menjadi isu. Semasa pentadbiran PAS dahulu, isu hudud telah dibincangkan secara meluas baik di kedai kopi mahupun dikalangan ADUN.

    (Saya tidak pasti jika ia telah dibincangkan DI dewan undangan negeri, yang pastinya PAS pernah menjemput ADUN BN berbincang tentang cadangan berkenaan).

    Kesimpulannya, samada melayu atau bukan melayu, rakyat Terengganu tidak mudah terkeliru dengan isu hudud.

    Yang menjadi topik perbualan hangat mereka disana kini adalah perbandingan antara Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dikatakan seperti langit dengan bumi.

    Pada tempat nombor 2 adalah topik tentang spekulasi siapakah yang akan dipilih mewakili PAS.

    Nota : Enakmen Hudud di Kelantan telah diluluskan sebulat suara (100% - termasuk semua ADUN BN masa itu). Yang menjadikan hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan adalah kekangan di peringkat Parlimen.

    Saya percaya PAS tidak akan mencabar balas Khairy di Parlimen memandangkan bukan melayu di dalam PKR dan DAP yang belum benar-benar memahami Islam.

    Kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran, membayangkan pintu dailog yang sihat masih terbuka.

    Mudah-mudahan, pada masa hadapan, tiada lagi retorik yang menjauhkan bukan muslim kepada Islam seperti "sup tangan di Kelantan" atau "tenaga kerja kurang produktif kerana tiada tangan" yang jelas menghina ugama Islam.

    Lagi pula hudud adalah hukum Allah, bukannya bahan atau alat untuk cabar-mencabar.

    Sebagai umat Islam, bukankah sepatutnya kita membuang kekeliruan dengan mendalami apa itu hudud dan menyebarkan kefahaman kita itu kepada yang bukan Islam.

    Saya tidak layak mengulas panjang berkenaan hudud (harap ada yang berilmu yang sudi).

    Cuma saya nak nyatakan disini (terutama bagi yang bukan islam), berdasarkan enakmen hudud yang telah diluluskan di DUN Kelantan dahulu bahawa HUDUD LAW ONLY APPLIES TO THE MUSLIM.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:15 PM

    Datuk,

    Saya amat berharap agar UMNO tewas lagi di Kuala Terengganu. Ini adalah untuk menyedarkan semula UMNO yang seakan-akan sudah lupa sebab mengapa ia tewas di PRU12.

    Kita semua tahu bahawa UMNO/BN tewas oleh sebab Pak Lah dan KJ! Kedua-dua mereka ini nampaknya tidak mempelajari apa-apa langsung sejak kekalahan teruk di PRU12 itu. Mereka masih bergiat aktif dalam UMNO dan KJ dilihat semakin mengorak langkah untuk memimpin Pemuda UMNO. Pemilihan Wan Farid yang terkenal sangat rapat dengan KJ sebagai calon BN di KT hanya menguatkan tanggapan bahawa Pak Lah/KJ masih mempengaruhi hala tuju UMNO dan UMNO tidak insaf dan tidak mahu berubah.

    Pengundi2 KT harus memberi "signal" kepada UMNO. Selagi ada Pak Lah dan KJ, selagi itulah orang Melayu akan kekal menolak UMNO!

    Biar Anwar muncul semula sebagai "momok" yang mengganggu tidur dan mimpi pemimpin-pemimpin UMNO dengan janji-janji rampasan kuasanya. Biar pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam ketakutan akan kehilangan kuasa dan jawatan. Dasar orang-orang tamak. Bila takut hilang kuasa dan jawatan barulah mereka ini berani nak singkir Pak Lah dan KJ.

    Kegagalan UMNO di KT akan membawa hikmah yang besar di Persidangan Agung UMNO bulan Mac nanti.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya bersetuju bahawa dengan membesar-besarkan isu hukum hudud, Khairy, pemimpin UMNO dan suratkhabar pro-UMNO telah melakukan satu kesilapan.

    Pemimpin UMNO boleh menuduh PAS menimbukkan isu hukum hudud itu sebagai gimik politik dan sebagai modal untuk memancing undi dalam PRK Kuala Terengganu.

    Akan tetapi, PAS boleh membalas dengan mudah, bahawa tanggungjawab melaksanakan hukum hudud adalah tanggungjwab semua orang Islam(termasuk orang UMNO) dan selama ini apa yang telah dibuat oleh orang UMNO?

    http://jiwa-bebasmerdeka.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Datuk,

    1. Siapa yang menang saya tak kisah. Asalkan Melayu akan bersatu pada akhirnya.

    2. Saya harap PAS dan UMNO akan bergabung dan bersatu sebelum PRU-13.

    3. Jaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam terlebih dahulu. Jangan nak kalut dengan hukum Hudud.

    http://suarasukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan Khairy punya pemikiran, quite dankal.
    Dia punya statements yang kurang bijak dan keempem yang tak mengambilkira sensitiviti among kelantanese, memyebabkan PAS menang besar...
    smart?yeah acording to Abdullah standard.Period.

    ReplyDelete
  9. On Tee Keat said

    "By choosing to campaign for PAS would only mean the DAP supports public whipping, amputation and stoning for criminal offences under the Hudud laws. Mere words objecting to Husam’s statement would not suffice if not demonstrated by action.”

    As a Muslim, I feel insulted as a non-Muslim like this OTK who has no knowledge of HUDUD belittling HUDUD & Islamic Laws.

    Can Syed Hamid protect him using ISA before someone throw shoes to him?

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:43 AM

    Salam YBhg Datuk Kadir


    Ini kali kedua kita saksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PR12. Kedua-duanya adalah di peringkat Parliemen. Pakatan Rakyat ~one up~ dan BN berusaha bersungguh-sungguh untuk square. ( one up dan square adalah laras golf , satu permainan kegilaan pembesar tertinggi UMNO).

    Saya jangkakan pembangkang akan memenangi PRK Kuala Terengganu ini atas beberapa penilaian.

    1) Ini adalah PRK peringkat Parlimen. Apa juga keputusan tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri. Oleh hal yang demikian jentera parti peringkat negeri akan bekerja separuh hati.

    Ada dua perbezaan antara Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Permatang Pauh adalah kawasan di bawah pemerintahan pembangkang manakala Kuala Terengganu pula di bawah kawalan kerajaan BN. Di Permatang Pauh keterlibatan pemimpin peringkat kebangsaan begitu ketara kerana negeri itu di bawah pentadbiran pembangkang. Apakah perlu penguasaan pemimpin dari peringkat kebangsaan perlu di Kuala Terengganu memandangkan Terengganu dipimpin oleh BN.

    2) Kebanjiran pemimpin-pwmimpin dari peringkat kebangsaan tidak akan membantu malah melemahkan lagi kepimpinan peringkat negeri. ... dah demo pandai sangat biar la demo buat.

    Isu ini juga timbul di Permatang Pauh. Penguasaan pemimpin dari peringkat kebangsaan akan membat pemimpin peringkat negeri menarik diri.

    Kita kena ingat bahawa slogan kuat orang Terengganu ialah GANNU KITTE. Slogan ini menunjukkan betapa kuatnya hasrat pemilikan oleh orang Terengganu.

    Hal ini juga dapat dilihat daripada dilema pemilihan calon untuk PAS. Mat Sabu tidak dapat diterima dengan alasan dia orang luar.

    3) Hubungan Menteri Besar Terengganu dengan Perdana Menteri tidak dilihat baik oleh rakyat .. saya ulang ` tidak dilihat baik`.
    Menteri Besar Terengganu bukanlah pilihan Perdana Menteri dan Menteri Besar menunjukkan besar kepalanya dengan mengengkari arahan kerajaan dengan mebeli Mercedes untuk kegunaan rasmi Exconya.

    Pemimpin peringkat Kebangsaan bagi clue supaya Rahman Bakar tidak dicabar di Marang. Tapi pemimpin UMNO negeri kata ... command not recognised. Rahman Bakar jatuh macam nangka busuk ( pinjam kata Rais Yatim ketika isu Menteri Besar Terangganu dulu)

    Atas pemikiran inilah saya kata bahawa UMNO tidak mendapat kerjasama di kalangan pemimpin di Kuala Terengganu.

    Tapi itu dahulu. Semua orang tahu cerita itu. Terapi sekarang mungkin sudah berubah apabila duit royalti diberikan kepada MB Terengganu untuk diuruskan sendiri.

    Saya cadangkan kalau UMNO mahu kekalkan kemenangan di Kuala Terengganu, pemimpin-pemimpin UMNO luar Terengganu hendaklah diam. Jangan memandai. Beri sokongan penuh kepada pemimpin peringkat negeri.

    Sekian,

    ReplyDelete
  11. Anonymous3:30 AM

    Dato KJ,

    PAs akan menang di KT atas sebab :

    1. Wan Farid di letak sebagai calon
    @ sekutu kuat KJ

    2. Orang Umno Trengganu di pihak
    Ahmad Said @ MB mempunyai calon
    mereka sendiri. Jadi sokongan
    cuma datang dari Orang Deris
    Jusoh dan Umno luar (yang nak
    bodek Pak Lah )

    3. Arwah dato Razali dulu pun
    menang 6oo undi sahaja - di
    pecahkan oleh calon bebas dan
    juga di sokong oleh undi pos
    agaknya

    4. Ramai orang UMNO dan org
    trengganu ingin melihat Wan
    Farid tersungkur tanpa jawatan
    senator dan timbalan menteri.
    Jawatan Ketua Bahagian pun dapat
    sebab KJ, Pak Lah dan Deris
    Jusoh

    5. Kesemua ADUN dalam kawasan
    parlimen KT milik pembangkang.

    6. Pengundi masih ingat dengan apa
    yang di lakukan oleh Pak Lah, KJ
    dan Deris Jusoh waktu Mat Said
    menjadi calon MB pilihan Istana

    7. Sesiapa yang berhubung kait
    dengan KJ sekarang pasti akan di
    tentang oleh pengundi.
    Bagi orang BN pula, hubungan
    baik dengan Pak Lah dah tak
    relevan lagi

    8. BN trengganu masih memerintah
    negeri walau mereka kalah di KT.
    Selepas Pak Lah pencen, mereka
    akan overhaul habis semua orang
    KJ, kecuali dia guna fulus yang banyak untuk pengaruhi mereka.

    ReplyDelete
  12. Anonymous8:43 AM

    Dato',
    Bagi Umno, pilihanraya Permatang Pauh adalah 'away game' dimana kawasan asal PR dan Negeri PR. Kini di Kuala Terengganu giliran 'home game' dimana kawasan asal BN dan Negeri BN. Jadi kalau kalah 'home and away' maka sepatutnya Pengurus atau Jurulatih (PM) yang bermaruah akan letak jawatan atau segera disingkirkan bagi mengelakkan BN bermain di Division Dua tahun depan. Pemain utama yang mahal tapi tak berguna macam Khairy perlu segera dijual secara lelong '5 pound sterling'.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  13. Hairan mengapa UMNO yang kununnya menjaga kepentingan Islam tidak melaksanakan hukum hudud di Malaysia sejak dari dulu lagi?...itulah dasar melayu nasionalis sekular menggunakan agama untuk kepentingan diri...

    ReplyDelete
  14. "SUKJ said,


    .....................
    3. Jaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam terlebih dahulu. Jangan nak kalut dengan hukum Hudud."

    (HUDUD ITU BUKAN KEPENTINGAN ISLAM KAH? FRASA "kalut dengan hukum Hudud" TIDAK WAJAR ANDA UNGKAPKAN SEDANGKAN ANDA BERGAMA ISLAM!)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Datuk,
    KT amat penting untuk jatuh bangun UMNO seterusnya. Kalau KT terlepas dari genggaman UMNO bermakna untuk sekian kalinya UMNO menerima tamparan hebat dan sahihlah bibit-bibit penolakan majoriti Melayu terhadap UMNO bukan omongan kosong.Dan sahihlah yang Melayu tak sebodoh seperti yang lepas-lepas.Dalam suasana UMNO yang kian luntur pengaruhnya pun berbagai ceritera dan terang-terangan Melayu dimomokkan dengan janji yang muluk-muluk agar dapat mendendangkan alunan lunak buat menidurkan Melayu. Melayu yang suka akan dendangan dan alunan mesra begini akan terbuai dengan lagu-lagu indah begini.Apa pun niat KJ untuk menembak PAS dengan peluru berpandu nampaknya akan patah balik mencari haba-haba panas dalam UMNO yang kian panas kini.Setuju dengan pandangan datuk.

    ReplyDelete
  16. saya percaya bn akan kalah teruk kali ini. kekalahan demi kekalahan yg berpunca dari sikap pemimpin yg tidak berubah dari dulu, kini dan selamanya. isu eurocopter, altantuya, isa, politik wang, kj, harga barang yg tak turun, dan yg terbaru ijn, semua ini akan menjadi punca kekalahan bn nanti. tak percaya tengoklah nanti.
    trend ini akan berpanjangan sehingga pru 13.

    ReplyDelete
  17. Hudud:

    Samy minta Anwar nyatakan pendirian

    Antara lain Samy berkata:
    "Katanya kini sudah timbul protes secara senyap di kalangan masyarakat India sejak Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata PAS tidak pernah melupakan matlamat mereka bagi melaksanakan undang-undang Hudud di negara ini."

    Samy oh Samy...apsal sibuk dengan hukum HUDUD untuk orang Islam?

    Bila Syed Hamid nak 'protect' dia guna ISA?


    Maksud Surah Al Kafiruun:
    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:02 PM

    Salam Dato',

    Selain isu hudud ada lagi isu yang sangat besar, iaitu keadaan ekonomi negara kita, Diramalkan tahun depan adalah tahun yang sangat mencabar bagi kita semua, jadi apakah kerajaan BN sudah betul-betul bersedia menghadapi situasi ini?

    Rakyat mahu jaminan kawal kadar inflasi, pengurangan kadar pengganguran dan kos sara hidup yang meningkat.

    Ini semua adalah yang akan dipantau oleh rakyat sekalian.

    Anak Bayan.

    ReplyDelete
  19. Anonymous9:26 PM

    Dear Dato' AKJ,

    I reckon the opposition will win KT. It looks as though the UMNO/BN coalition still has not really learnt their lesson.

    Dorothy

    ReplyDelete
  20. Anonymous10:08 PM

    Saya rasa tak adil menghentam Wan Farid secara membuta-tuli. Mereka yang asyik hentam dia ni bukan kenal pun, setakat dengar cakap orang ada lah.

    Bagi orang KT, Datuk Wan Farid memang boleh dibandingkan dengan Arwah Datuk Ahmad Razali. Cuma Arwah Datuk Razali mempunyai supporter base yang kuat, terutamanya di kalangan guru-guru.

    Golongan guru amat dihormati oleh orang tempatan.

    Cuma orang KT kurang berkenan dengan abangnya Datuk Wan Hisham. Sebab tu dia tumbang pada pilihanraya lepas. Datuk Wan Hisham kalau nak banding dengan Wan Farid dari segi perangai dan pembawaan memang macam langit dengan bumi.

    Wan Farid lebih mudah didekati dan lebih mesra sebagai seorang pemimpin. Kami juga melihat kepada perangai isteri pemimpin-pemimpin ni. Isteri Wan Farid juga lebih mesra dengan penduduk setempat kalau nak dibandingkan dengan Isteri Wan Hisham.

    Cuma kelemahan Wan Farid ialah dia dikaitkan dengan Pak Lah dan KJ. Lagi satu ialah Wan Farid selalu berada di Kuala Lumpur disebabkan tugasnya sebagai Timbalan Menteri. Ini juga suatu kekurangan yang menyebabkan beliau dilihat menjauhi rakyat.

    Tetapi, bagi majoriti kami yang mengenalinya, memang tiada perkara besar yang boleh diputar-belitkan. Secara peribadinya, saya melihat Datuk Wan Farid memang boleh jadi seorang YB yang baik.

    Cuma apa yang saya risau ialah politiking dan tikam-menikam di kalangan ahli UMNO sendiri. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  21. Anonymous3:01 AM

    Datuk,

    Kalau orang-orang Melayu sudah tidak boleh berteduh di bawah payung UMNO, parti (Melayu) mana agaknya yang boleh diharap membela Melayu. PAS atau PKR?. Pada saya PAS hari ini bukan PAS yang pernah diketuai oleh Dr. Burhanuddin Helmi atau Datuk Asri. PKR? entahlah!

    Tetapi kenapa sebok-sebok pasal hudud. Hudud sebenarnya cerita lama yang tidak pernah sampai ke mana-mana?. Ianya cuma drama bersiri untuk pilihanraya. Episod terakhir tamat bulan Mac lalu dan kini episod baru bermula. Drama ini diarahkan oleh orang Melayu untuk orang Melayu dan akhirnya mengelirukan Melayu. Orang bukan islam tidak keliru kerana mereka menentangnya sejak dahulu hingga bila-bila. Begitu konsisten sekali. Mereka juga tahu kalau hudud dilaksanakan ianya berkuatkuasa ke atas orang-orang islam. Mereka masuk campur kerana seronok menonton drama Melayu. Kalau boleh ingin sama-sama menggelirukan Melayu yang sememangnya telah lama keliru.

    Kenapa tidak bahaskan tuntutan- tuntutan IFC (interfaith commitee) yang dikira lebih mencabar dan menentukan kewujudan orang-orang Melayu dan islam sebagai agama rasmi. Kalau tuntutan-tuntutan ini diluluskan oleh parlimen (ianya ada kaitan dengan pindaan perlembagaan)isu hudud akan terbang entah kemana. Atau mati tanpa meninggalkan kesan.

    Beginilah. Saya rasa Politik Melayu tidak banyak mengalami kemajuan. Seperti kata orang Pulau Pinang "pi mai, pi mai dok tang tu jugak".

    Maaf kalau penghayatan saya tidak tepat.

    Salam.

    ReplyDelete
  22. As;kum Dato..

    Bila agaknya UMNO dan PAS akan dibubarkan .. bentuk satu parti .
    Parti Islam Malaysia. ( PIM ). Sebenarnya saya dah boring dengan kedua-duanya .

    Untuk Piliharaya KT nih firasat saya PAS akan menang .sebabnya mudah UMNO masih tak lepas dari mainan didalam paham-paham jer la.
    Anak menteri kain Batik nih pon tak dok diam dah tau orang meluat dok nak tunjuk Malaysia BOLEH.

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya banyak tempat UMNO kalah kerana peperangan secara lansung atau proxi diantara pemimpin UMNO sesama sendiri
    Pemimpin pemimpin UMNO yg menawarkan diri dlm pemilihan MT UMNO terutama yg berimejkan Islamic saperti Zahid Hamidi perlu menunjukan kehebatan mereka untuk menghadapi calun PAS .
    Mana2 Pemimpin UMNO yg tidak punya imej bersih dan Islamic harus jgn datang ke KT . Dlm politik persepsi dan imej penting.

    ReplyDelete
  24. Anonymous1:14 PM

    Dato'

    Nampaknya pandangan Dato tidak jauh dari pandangan pemerhati Melayu tentang hal Hudud yang di bangkitkan olih KJ.

    Saya nampak seolah olah Khairi ini sebagai budak kecik yang nakal...

    Dulu budak nakal ni challenge Anwar Ibrahim Konon nya dia akan mengkuburkan Anwar..Heh heh. Setelah mendapati dia tidak padan lawan dengan Anwar sekarang dia Cuba pula Challenge orang yang lebih junior dari Anwar...Kita lihat lah padah nya. Heh heh

    Apalah nak jadi dengan budak kecik nakal ni....Bapak nya dan UMNO pun tak terjaga.


    Politikus Bandar

    ReplyDelete
  25. Maksudnya jika Bn menang dengan majoriti 1,000 - 10,000 orang, itu petanda BN telah diterima kembali oleh rakyat jelata? Jika PAS menang dengan majoriti serupa itu, PAS sebaliknya diterima semula di Trengganu oleh rakyat jelata. Bagaimana jika pilihanraya kecil di Pensiangan nanti BN menang? Apakah tanda penerimaan semula oleh rakyat kepada BN? Atau di Pensiangan kira-kiranya lain. Atau kalau ada pilihanraya di Kelantan, BN menang, apakah BN kira dah okey?
    Kalau ada pilihanraya kecil di Ipoh Timor, dan DAP menang, bagaimana? Kawasan tu dah sekian lama senonim dengan DAP.
    Kepada saya jika BN maupun PAS menang di KT, itu bergantung banyak kepada nasib masing-masing. Kerana sokongan lebih kurang 50/50 sahaja. Laianlah kalau majoriti terlalu banyak kepada pihak yang menang.
    Mudah-mudahan UMNO/BN menang demik survival perjuangan agama, bangsa dan negara di Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
  26. Salam Dato',

    Ganu_Kite kata, "Saya rasa tak adil menghentam Wan Farid secara membuta-tuli."

    Saya rasa saya tidak menghentam Wan Farid langsung apatah lagi secara membuta tuli.

    Jika Ganu_Kite bukan maksudkan saya, maknanya hidung saya tak mancung, pipi tersorong-sorong. Maafkan saya.

    Cuma saya sekadar terpanggil untuk perjelaskan komen saya sebelu ini.

    Pada akhir hayat beliau, Allahyarham Dato' Razali memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan bekerja di Putrajaya.

    Namun beliau tidak duduk diam. Amalannya sejak dari dulu yang gemar bercampur dengan semua peringkat melalui permainan badminton. Kerana itu beliau memahami kehendak segenap lapisan masyarakat dan dihormati akar umbi.

    Beliau terkenal kerana sering memandu sendiri kereta kelisanya, singgah ke dewan badminton dan menyertai sesiapa sahaja yang sedang bermain disana, tanpa mengira bangsa, umur dan fahaman politik. Kebanyakan mereka ini tidak sedarpun pemain badminton yang "menumpang" itu seorang timbalan menteri sehinggalah pada akhir permainan.

    Arwah Dato' Razali pun baru dua penggal sahaja sebagai MP. Sebagai orang baru, beliau satu-satunya dari kelompok orang baru ini yang tidak dikaitkan dengan Pak Lah, KJ dan lain-lain.

    Bukan senang mencapai status ini, bukan? Tetapi Dato' Razali berjaya. Saya percaya Ganu_Kite silap bila Dato' Razali dikatakan dihormati kerana kebetulan statusnya sebagai seorang guru.

    Nak promote Wan Farid, promote sahajalah. Jangan pula merendah-rendahkan arwah Dato' Razali.

    Dalam komen terdahulu, saya katakan bagaimana Wan Farid dibandingkan dengan arwah Dato' Razali.

    Nak tahu apa isi perbandingannya?

    Dikatakan Wan Farid adalah orang politik UMNO generasi baru. Manakala arwah Dato' Razali pula digambarkan sebagai orang baru politik yang bekerja seperti pemimpin UMNO dulu-dulu.

    Faham bukan maksud saya?

    Berbalik kepada isu hudud.

    Ramai yang sudah mula berbicara tentang kesan KJ yang mula mengetengahkan isu ini pada sidang wacana di Lundang tempohari.

    Dikatakan, atas inisiatif KJ tersebut, UMNO dilihat sebagai lebih mengutamakan agendanya memecah-belahkan PR berbanding usaha memenangi PRK di Kuala Terengganu.

    Jika ini benar, ternyata Wan Farid yang dilihat (perceived) sebagai rapat dengan KJ, sukar untuk menang.

    Kepada SUKJ, benarkah anda memandang perlaksanaan hudud itu bukan keutamaan? Saya harap anda sekadar silap taip.

    Sila timbangkan pernyataan saya ini;

    Perlaksanaan hudud perlukan majoriti undi baik diperingkat negeri mahupun parlimen.

    Untuk mendapatkan majoriti undi, kefahaman islam tentang islam tidak mencukupi tetapi juga perlukan kefahaman bukan islam dalam perkara ini.

    Kefahaman islam memerlukan dakwah. Dakwah melalui perbuatan, lidah dan niat. Dakwah akan membuka mata bukan islam bukan sekadar dalam isu hudud malah islam secara keseluruhan.

    Adakah ini bukan keutamaan kita sebagai seorang islam?

    ReplyDelete
  27. Salam Dato',
    Saya jangka (dan harap) BN akan kalah di KT sebab belum nampak sebarang tanda pemimpin2 UMNO insaf, merendah diri dan sedar diri dgn isyarat PRU12.

    Saya lebih risau jika BN kalah dlm PRU13!!

    ReplyDelete
  28. Anonymous9:44 PM

    Dato',
    Bagi saya kedudukan semasa BN berada pada kedudukan majoriti 800-1000. Ini kerana 10 sebab berikut:
    1. MB yang mahu membuktikan kebolehan pimpinannya
    2. Calon perhimpunan agong iaitu 3 TimPresiden dan 9 NaibPresiden dan 3 Pemuda, 2 Wanita pasti mahu menunjukkan kesetiaan dan kerja bersungguh-sungguh kepada Parti
    3. Pak Lah akan bersara, jadi tiada lagi isu kepimpinan dan ahli akan bekerja kuat untuk memberi hadiah persaraan kepada PakLah
    4. Media dan kuasa wang yang dikuasai oleh Umno
    5. Wan Farid akan dijanjikan atau dijamin jawatan Timbalan Menteri jadi pengundi pasti mahu MP mereka berkedudukan di pusat
    6. Pas yang masih terumbang ambing pasal calon samada anak tempatan pilihan Presiden atau Mat Sabu pilihan Pakatan Rakyat
    7. Sokongan Dap hanya dibibir dan menyokong Dap tidak akan memberi undi kepada Pas untuk mengelak pertambahan suara Pas di Parlimen
    8. Dap mahu menutup mulut Pas dan mahu Pas hanya bercakap tentang isu-isu selepas mendapat persetujuan PR
    9. Pimpinan Haji Hadi tidak begitu dihormati lagi terutama generasi profesional Pas
    10. Jika Presiden memilih calon bukan Mat Sabu maka akan ditolak oleh golongan profesional Pas dan Pakatan Rakyat tapi kalau pilih Mat Sabu akan ditolak oleh pengundi yang nakkan 'orang Tganu Kite'.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  29. Sebaik saja loceng dibunyikan:

    1. Khairy Jamaludin terus masuk gelanggang beraksi gunakan perisai hudud.

    2. IJN nak diswastakan.

    Ternyata sumbangnya langkah Umno menuju gelanggang.

    Seluruh negara tahu siapa Khairy Jamaludin. Seluruh negara tahu Umno tidak hendak hudud malah saman kerajaan Kelantan yang nak laksana hudud.

    Seluruh negara tahu, bila entiti kerajaan diswastakan, tidak ada satu pun yang tidak menaikkan kadar caj perkhidmatan. Jangan kata nak turun, nak pertahankan kadar lama pun tidak berdaya kerana godaan keuntungan.

    BN masuk gelanggang dengan langkah sumbang dan ada beban yang besar diatas batu jemala.

    ReplyDelete
  30. Anonymous8:00 AM

    Salam Dato',

    Nampaknya kawan kita Roti Planta yakin sungguh Umno boleh menang mudah di KT. Beliau senaraikan 10 sebab.

    Tetapi beliau lupa atau sengaja melupakan bahawa untuk cipta kemenangan, Umno bukan saja ada 10 sebab sebagaimana yang disebut oleh tu.

    Pada adtnya, ada beratus sebab yang lain yang membantu Umno untuk menang. Sebab sebab yang paling utama ialah penipuan, rasuah pengundi, salahguna media, penyalahguanaan kuasa. Umno juga peralat jentera kerajaan yang berlawanan dengan hukum demokrasi. Umno boleh buat semua tu sebab mereka amal democrazy.

    PAS hanya SATU saja sebab untuk menang, yaitu PERTOLONGAN ALLAH.

    ReplyDelete
  31. Akta suruhanjaya Badan pencegah Rasuah dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim itu 'lebih penting' dari Akta Hukum Hudud bagi kerajaan UMNO dan Dato' pasti bersetuju.

    ReplyDelete
  32. SDr Kluangman, berkata: "Akta suruhanjaya Badan pencegah Rasuah dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim itu 'lebih penting' dari Akta Hukum Hudud bagi kerajaan UMNO dan Dato' pasti bersetuju."

    1. Akta SBPR dan SPK adalah jelmaan dasar dan reformasi Abdullah Ahmad Badawi;

    2. Buruk atau baiknya adalah legasi AAB yang akan diwarisi oleh kita semua;

    3. Hukum Hudud bukan dasar Umno atau BN;

    4. Harapan melaksanakan Hukum Hudud oleh Pas semakin mencabar dan tipis kerana Pas kini tertakluk kepada dasar Pakatan Rakyat;

    5. Pas terpaksa terlebih dahulu memujuk PKR dan DAP menerima Hukum Hudud sebagai dasar PR;

    6. Pembaharuan ikrar Pas mengenai Hudud begitu merisaukan DAP sehingga Lim Kit Siang sendiri terpaksa merujuk kepada Kontrak Sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang katanya menjamin Malaysia negara sekular;

    7. Namun saya rasa Hukum Hudud dan Hukum Al-Quran tidak boleh ditolak bulat-bulat apatah lagi dijadikan modal politik murahan.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  33. Dato'
    Kalau kerusi KT jatuh pada PAS, tanda-tanda BN jadi pembangkang selepas PRU 13 makin jelas.

    ReplyDelete
  34. Anonymous4:24 PM

    Dear Dato' AKJ,

    Perhaps we need to set a new module for aspiring politicans "Humility the way to the rakyat's heart".

    Dorothy Hodgkins

    ReplyDelete
  35. Anonymous2:59 AM

    Salam Dato,

    Saya adalah pengundi bagi PRK KT yang akan datang ini, izinkan saya memberi pendapat peribadi. Inilah yang ada difikiran saya dan saya tulis bukan bagi pihak rakyat tapi diri saya sendiri dan beberapa rakan yang sependapat. Saya bukan ahli mana2 parti politik. boleh dikategorikan sebagai 'atas pagar'.

    1- Seperkara yang pasti tentang ahli2 Pas, mereka tetap akan mengundi Parti Pas walau siapa pun yang menjadi calon mereka, baik orang luar maupun orang lokal.

    2- Semasa PRU12 terdapat pengurangan undi sebanyak 1795 dari jumlah undi PAS untuk keempat2 kerusi ADUN berbanding undi PAS untuk kerusi Parlimen KT. Dengan majoriti BN yang kecil, cuma 628, angka ini amat penting untuk diterjemahkan. Kemungkinan besar ia terdiri dari mereka yang atas pagar dan ahli BN yang protes.

    3- Tidak nampak perbezaan kerajaan BN sebelum PRU12 dan hari ini. Walaupun Paklah kata nak bersara tapi apa yang NAMPAK, Paklah masih jadi PM lagi ! Jika undi protes dulu adalah terhadap Paklah, saya tidak hairan ianya berulang lagi kali ini.

    4- Isu yang dianggap lapuk oleh UMNO seperti Monsoon Cup dan Masjid Kristal, masih lagi relevan. Apalagi Monsoon Cup baru saja berlalu dan isu pembazirannya masih lagi diperkatakan. Saya ulang - keduanya melibatkan isu pembaziran BUKANNYA rasuah. Tanyalah siapapun orang KT, termasuk sebilangan besar orang UMNO, mereka beranggapan kedua projek itu adalah lubuk emas buat paklah dan kroni. Saya tak kata ia benar sebab tidak ada bukti tapi itulah persepsi rakyat.

    5- Baru2 ini kerajaan pusat menyerahkan hak menguruskan wang royalti minyak kembali pada kerajaan negeri dan mengaku telah membelanjakan 5-7 billion kearah pembangunan Terengganu semasa 5 tahun lalu. Saya tak tahu lah rakyat KT yang lain tapi saya sendiri dan beberapa rakan selaku pengundi di KT tertanya2 kemanakah perginya wang sebanyak 5-7 billion itu dibelanjakan ?? Bukan sikit tu..

    6- Isu hudud - bagi saya ia bukan isu lagi. Sekiranya UMNO cuba bawa isu ini untuk berkempen, ia akan makan diri. PAS akan balas dengan mengatakan UMNOlah yang menentang pelaksanaannya. Semua sudah siap tapi kerajaan pusat BN menentang.

    7- Sejak penamaan calon BN, Wan Farid dan UMNO sudah mula berkempen dimerata tempat. Menggunakan jawatan selaku timb. Menteri, Wan Farid telah merasmikan bermacam2 majlis, nama beliau terdapat dimerata papan tanda dan banner. Mungkin UMNO beranggapan ia satu kelebihan kerana dapat berkempen awal tapi secara peribadi, saya rasa ia agak keterlaluan. ( kata orang sini, 'nebeng' ) Janganlah terlebih sangat, takut akan lebih banyak undi 'kesian' pada PAS nanti. Nampak sangat berlakon seolah2 rapat dengan rakyat padahal kalau menang nanti, masa lebih banyak di KL. Berpada2lah..

    8- Hentikan pemberian wang ihsan RM200 seorang( rasuah? ) pada remaja seperti yang dilakukan tiap kali sebelum pilihanraya.

    Maaf dato, panjang sangat. adalagi tapi cukuplah buat masa ini. Mungkin ramai bijak pandai politik yang tidak bersetuju dengan kata2 saya. Terserahlah...tapi ini yang saya rasa. dan saya bakal mengundi kelak. Apa yang pasti, sehingga hari ini, pilihan saya lebih berat pada PAS. Ikut sejarah, 4 kali saya undi BN, 1 kali undi PAS. Untuk Pas adalah yang terbaru PRU12, walaupun hati ini berat untuk memangkah PAS. Nasihat saya pada UMNO, jangan silap langkah. Jangan hanya tanya pendapat akar umbi UMNO, tapi tanyalah juga akar umbi rakyat.

    ReplyDelete
  36. Sdr. A Kadir Jasin,

    I sincerely hope BN would lose badly. They have not learn anything and are still caught in their perceived aura of invincibility!

    Since Pak Lah & Co came into picture, I would vote for PAS anytime. I shall refrain from voting if it is between BN and PKR. As for DAP, I'll adopt a "wait-and-see" attitude.

    I am just ONE VOTE!

    Sekian.

    ReplyDelete
  37. Anonymous10:11 AM

    "Sama ada dirancang atau spontan, tindakan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membangkitkan soal Hukum Hudud dalam perbahasannya dengan Naib Presiden Pas, Husam Musa, boleh menjadi senjata makan tuan."

    100% agree with you. Kalau kalah di KT kita boleh salahkan pada percaturan politik KJ yang nampak semacam lebih kemarukan populariti apabila championkan isu tersebut. Maksud saya dia tu latar belakang Ekonomi, kita nak dengar dia cakap pasal ekonomi. Kalau MP MUAR cakap pasal undang-undang baru le sedap nak dengar. Dia dah ada halal hub, dan My TEAM, apa tak cukup lagi ka?


    ii)

    On saperate note,

    saya pelik kenapa Islamic financial Instrument sangat mudah diterima berbanding dengan hudud. Kita ada dwi sistem perbankan, sedangkan setau saya sistem perundangan syariah telah lebih dulu popular sebelum sistem perbankan dan kewangan Islam. Seolah mahkamah-syariah hanya terbatas dalam membicarakan soal-soal domestik kekeluargaan, nikah kawen sahaja. Sepatutnya kita focus dalam menaikkan populariti perundangan Islam dari segi logika sebelum bercakap mau tegakkan hudud.

    Contoh:-

    Amputation, apakah kesannya terhadap jenayah inside trading, jika hukum ini diterima pakai. Logiknya berniaga dadah, kena gantung. Negara kita teruk kena kutuk pun, gantung tetap gantung. Kenapa tidak kepada berniaga maklumat sulit dipotong saja tangannya?

    Orang meniaga dadah mengakibatkan orang mati, orang meniaga maklumat dalaman boleh menyebabkan entiti dan nama baik sebuah perniagaan mati. Pendek kata meniaga benda salah menyebabkan kematian. Jadi peniaganya perlu kena hukum beratlah.

    But offcoure kita ada dwi sistem, suka hatilah nak common law ka, Islamic law... macam yang kita buat dengan sistem perbankan kita. Kenapa tak dicuba naik tarafkan Mahkamah Syariah dan diperluaskan hukum hudud ini?

    ReplyDelete
  38. Salam Dato',

    Mardhiah, saya rujuk blog PEMUDA BESUT http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html

    Hudud telah digariskan secara khusus bagi TUJUH KESALAHAN SAHAJA iaitu kesalahan berzina, menuduh orang berzina tanpa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

    Jika kita membincangkan kesalahan jalan raya, kita boleh merujuk kepada kaedah yang Mardhiah maksudkan kerana kesalahan jalanraya tidak ujud pada zaman rasulullah. Kesalahan ini termasuk dibawah hukum ta'zir.

    Dalam kes hudud tidak boleh kerana ia adalah spesifik kepada tujuh kesalahan itu sahaja.

    Sila baca blog berkenaan untuk ulasan penuh.

    ReplyDelete
  39. Isu Hudud sudah basi diTerengganu kerana pada 2002 PAS telah luluskan dalam Dewan Negeri yang dikenali 'Enekmen Jenayah Syariah Hudud Dan Qisas 2002'. Enekmen ini telah mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Mizan pada 2 Sept 2002 dan digezetkan pada 25 Sept 2002. Perlaksanaannya tertangguh kerana PAS tewas pada PRU 2004.

    Namun BN yang memerentah sejak tarikh itu sampai sekarang masih tidak membatalnya. Sehingga MCA terpaksa hipokrit dengan kedudukan sebenar. Presiden MCA Datuk Ong Tee Kiat mecabar DAP supaya jangan berkempen untuk PR pada pilihan raya kecil ini kerana dianggap bersekokongkol dengan PAS yang memperjuangkan hudud. Sedangkan MCA sendiri tidak pernah desak UMNO Terengganu membatalkan enekmen hudud yang masih berlaku dan sah hingga kehari ini.

    Khairi pun pasti terkena tempias dengan hedudukan sebenar hudud diTerengganu sekarang dibawah kerajaan BN. Dia cuba menjerat Datuk Husam Musa sedangkan dia tidak pernah mendesak UMNO Terengganu menghapuskan enekmen hudud yang dikritik kuat oleh sekutunya iaitu MCA melalui Presidennya sendiri.

    ReplyDelete
  40. Dato',

    Kalau boleh Dato' selami masalah ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi sekarang,Dato' akan kecut perut.

    Rata-rata mereka amat bergantung kepada Kerajaan. Kebanyakan mereka adalah peniaga yang tidak ada jati diri. Semua mahu cara mudah untuk senang. Dapat kontrak, disubkan,cuma cari komisen !

    Orang keliling meluat Dato'. Diam-diam orang pangkah pembangkang.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum Datuk

    Pandangan saya sebagai warga Kuala Terengganu, BN mungkin akan kalah teruk kali ini

    orang Terengganu bukan sahaja memilih parti tapi juga mengambilkira soal budibahasa dan moral seseorang itu

    kepada orang luar yang datang berkempen di Kuala Terengganu
    tolong jangan berlagak di sini
    hormati masyarakat setempat

    ADHA
    www.myadha.com

    ReplyDelete
  42. biar siluncai terjun dengan labu-labunya

    ReplyDelete