Tuesday, December 23, 2008

Perselisihan Uji Daya Tahan Pakatan Rakyat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DUA perkembangan terbaru yang membabitkan Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) boleh memberi kesan terhadap daya tahan dan kelangsungan Pakatan Rakyat.

Pertama tunjuk perasaan Pemuda Pas terhadap pertandingan tarian I-Dance anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang dan kedua kenyataan Naib Presiden Pas, Husam Musa, bahawa parti itu tetap akan melaksanakan Hukum Hudud.

Dalam hal pertama, tindakan Pemuda Pas itu dikesali oleh Ketua Pemuda Sosialis (DAPsy), Loke Siew Foo yang menyifatkannya sebagai mengecewakan.

Manakala dalam peristiwa kedua, supremo (orang kuat) DAP, Lim Kit Siang menyelar Husam dan meminta beliau memberi penjelasan.

Katanya, kenyataan Husam itu boleh menyebabkan keraguan di kalangan pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu yang bakal mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen bulan depan.

Dalam satu kenyataan akhbar, Lim berkata: “Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan adalah tanggungjawab Husam memperjelaskan apa yang beliau sebenarnya katakan.”

Lim bukan sekadar menolak Hukum Hudud, malah mengingatkan Husam bahawa DAP menyertai Pakatan Rakyat dengan Pas dan PKR berlandaskan dasar bahawa “Malaysia kekal sebagai negara sekular berasaskan kontrak sosial yang digubal pada tahun 1957.”

Tindakan Lim Kit Siang merujuk kepada Malaysia sebagai negara sekular tidak memeranjatkan. Itu sememangnya pendirian DAP sejak diasaskan pada tahun 1965.

Apa yang menarik adalah tindakannya mengaitkan hujah itu dengan kontrak sosial yang pada ketika ini semakin dipertikaikan kewujudannya oleh orang bukan Bumiputera.

Apakah ini bermakna bahawa DAP bersedia mengakui kewujudan kontrak sosial dan menerima peruntukannya seperti yang dijelmakan oleh Perlembagaan Persekutuan?

(Antara prinsip utama kontrak sosial adalah keistimewaan hak kepada orang Melayu dan agama Islam dan pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang pada tahun 1957.)

Apakah perbalahan Pas-DAP ini sekadar tindak tanduk politik menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu atau petanda kepada keretakan yang lebih serius?

Umum maklum bahawa jurang ideologi dan dasar di antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah cukup luas.

Kalau kita menggunakan acuan politik universal, kita boleh mengkategorikan PKR sebagai parti liberal demokrat, Pas sebagai parti agama dan DAP parti sosialis.

Kesediaan dan kejayaan mereka bergabung pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah kerana keberkesanan Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dan kerana ketiga-tiga parti itu menyedari kelemahan Barisan Nasional.

Kemenangan yang tidak mereka duga dalam pilihan raya itu membuatkan mereka menjadi lebih yakin dan mengambil keputusan mengubah kerjasama pilihan raya mereka menjadi parti gabungan Pakatan Rakyat.

Soalnya sampai bilakah ahli dan penyokong mereka perlu atau bersedia menunggu sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan sebagai parti gabungan yang sah?

Sebelum Pakatan Rakyat boleh diperbadankan sebagai pakatan yang tetap, ia perlu diterima dan disahkan dulu oleh ahli ketiga-tiga buah parti terbabit. Kalau tidak silap saya, proses itu belum lagi dilaksanakan.

Soalnya, dengan kerenggangan yang jelas antara Pas dan DAP di peringkat ideologi dan dasar serta di dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka kuasai, adakah mampu Anwar dan PKR terus menjadi pemangkin, penyatu dan pendamai?

Apatah lagi Anwar dan PKR sendiri mempunyai masalah kewibawaan. Kegagalannya mengotakan janji menumbangkan Kerajaan BN pada 16 September lalu sedikit sebanyak menjejaskan imejnya sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dan ketua de fakto Pakatan Rakyat.

Kontroversi yang dicetuskan oleh ahli Parlimennya bagi kawasan Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin pada forum mengenai “memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu mencemarkan perhubungan dengan DAP dan di kalangan ahli PKR sendiri.

Pendirian Zulkifli itu dilihat sebagai berlawanan dengan dasar dan pendirian liberal PKR.

Baru-baru ini pula, Pakatan Rakyat dilihat sebagai telah termasuk perangkap apabila “terpaksa” menyokong beberapa rang undang-undang reformasi Abdullah Ahmad Badawi.

Antaranya rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah walaupun mereka tidak puas hati dengan peruntukannya.

Pakatan Rakyat terpaksa menyokong kerana rang undang-undang reformasi Abdullah itu menyamai tuntutan pembangkang selama ini.

Sedikit sebanyak, kesan persengketaan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat mungkin akan dimanifestasikan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu di mana Pas akan bertemu Umno.

53 comments:

  1. Anonymous8:25 AM

    kalau dah manusia tu, manusia jugak laa, tak boleh lari dari kesilapan, ingat hantu dalam BN je, dalam Pakatan pun ade

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:03 AM

    Salam Dato' AKJ

    Pendirian PAS yang dinyatakan oleh Husam bahawa mereka komited untuk melaksanakan hudud adalah bukti pendirian teguh PAS tidak berubah walaupun mereka menganggotai Pakatan Rakyat. Jelas bahawa PAS tidak menjadikan agendanya boleh ditolak ansur oleh rakan-rakannya dalam Pakatan semata-mata untuk mencapai matlamat politik jangka pendek. Dalam istilahnya, PAS tetap istiqamah melaksanakan hudud sekiranya peluang itu terbuka.

    Majoriti pengundi di Kuala Terengganu beragama Islam dan berketurunan Melayu. Adalah janggal untuk PAS mengorbankan perjuangannya selama ini semata-mata untuk menjaga hati minoriti pengundi dari kaum Cina pada pilihanraya yang bakal diadakan. Jika Husam tidak menyatakan pendirian tegas dan jelas sedemikian, majoriti pengundi Islam di Kuala Terengganu akan mudah dipesongkan untuk menolak PAS bersandarkan isu berkenaan. PAS menanggung rugi yang lebih besar jika berdolak dalik dalam pendirian yang diperjuangkannya selama ini.

    Bukan semua pengundi bukan Melayu menolak hudud sekiranya mereka benar-benar memahami persoalannya. DAP hanya parti cauvinis Cina yang tidak akan berkompromi dengan Islam dalam apa juga keadaan. Mereka hanya menggunakan PKR dan PAS untuk keuntungan politik mereka dalam pilihanraya dan tidak pernah jujur untuk bertolak ansur dalam erti kata sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Uji Daya Tahan adalah satu "bahasa lunak" untuk menyedapkan kuah kari isteri kita. Sebenarnya ia mengambarkan Pakatan Rakyat tidak bertahan lama. Ia akan berkubur akhirnya kerana akar tunjangnya tidak panjang dan dalam.

    ReplyDelete
  4. Dt, politic is the art of the possible so in order to gain political ground Pakatan have to be realistic, after all Malaysia is a secular country and it would remain so for the benefit of the Rakyaat.

    March 8, 2008 did change the political scenario of the country and I believe there are more changes to come as we go on. It is good for the country as a whole.

    Have a nice day.

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:01 AM

    Dato',
    Perpaduan perlu prinsip faham-memahami, tolak-ansur dan kenal-mengenali. Bagi mengekalkan PakatanRakyat (PR), Pas&Dap perlu kenal dan faham personaliti dan perjuangan parti gabungan PR. Dap perlu memahami prinsip2 Islam dan Pas perlu memahami prinsip Sosialis. Dari situ akan ada titik pertemuannya. Jika Dap mahu Pas mengugurkan konsep hukum hudud, adakah Dap sanggup menggugurkan konsep sosialisnya?. Jika kedua2nya tidak mahu bertolak ansur, pasti PR tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat dan PR akan terkubur

    BN juga akan hancur jika membiarkan PPP tidak menghormati komponen lain. BN sepatutnya membiarkan PPP masuk PR kerana PPP akan mempercepatkan kehancuran PR dengan isu India di PPP, India di Dap, India di Keadilan dan India di Majlis Peguam menjadikan seolah Malaysia adalah berkenaan orang India sahaja

    Hormat-menghormati juga perlu diterapkan jika mahu mencapai masyarakat bertamadun. Majlis Peguam satu contoh badan yang tahu undang2 tidak tahu menghormati undang2. Mereka menyokong eksplotasi kanak2 dengan alasan luahan kanak miskin yang dibesarkan diladang2. Tapi kanak2 yang mengayuh basikal adalah anak2 Cina yang kaya mengayuh basikal beharga ratusan ringgit!. Kalau basikal itu adalah dari ladang maka menunjukan masyarakat ladang adalah kaya.

    Ini lagi satu contoh 'mereka' hanya mahu mendesak tanpa menghormati tuan rumah

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:26 AM

    Hi Dato

    "Kalau kita menggunakan acuan politik universal, kita boleh mengkategorikan PKR sebagai parti liberal demokrat, Pas sebagai parti agama dan DAP parti sosialis."

    I beg to differ.
    PKR is more like a populist party. It can be really liberal when it has a wanita wing separated from the main wing.
    PAS is an Islamic party but also a socialist Islamic party as in its dasar2 socialistic in practice, eg. generally anti-consumerism/capitalism, welfare state, etc
    DAP is actually NOW a liberal democratic party. Although it is part of a international socialist organisation, its policies have become too laissez faire with just lip service to redistribution of wealth, etc. Currently its new breed of leaders advocate competition (meritocracy), free markets, etc. DAP doesn't really support socialistic policies like minimum wage, price controls, etc.

    "Apatah lagi Anwar dan PKR sendiri mempunyai masalah kewibawaan. Kegagalannya mengotakan janji menumbangkan Kerajaan BN pada 16 September lalu sedikit sebanyak menjejaskan imejnya sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dan ketua de fakto Pakatan Rakyat."

    It doesn't matter what happens to Anwar/PKR. PAS + DAP will carry on as they have all these years.

    Anwar is not a so hot Ketua Pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Salam sdr pengarang,

    pandangan peribadi saya, malaysia ketandusan pemimpin yang benar-benar berjuang kerna rakyat, untuk rakyat, hanya rakyat. tak boleh salahkan pengundi kerna mereka hanya bersandiwara ketika mana pilihanraya tiba. apa maseh adakah lagi pemimpin yang sanggup memakai kenderaan nasional, berelaun tetap tanpa tuntutan perjalanan?! saya kadangkala terfikir, adakah lagi pemimpin kini yang tidak memilih kebendaan tetapi benar-benar suci dalam menjadi pemimpin, baik di wilayah BN atau di negri PR? cuma pendapat peribadi...

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:39 AM

    Perselisihan antara PAS dan DAP memang merupakan satu ujian bagi Pakatan Rakyat yang kononnya mampu menerajui negara. Percanggahan agenda utama parti komponen Pakatan Rakyat itu pasti akan berkekalan dan tak mungkin dapat diselesaikan. Anwar sendiri tak boleh berbuat apa kerana beliau hanya mendiamkan diri. Beliau seolah-olah 'diperangkap' oleh diri beliau sendiri semasa. Ini adalah kerana beliau berjaya menggabungkan PKR, PAS dan DAP di bawah satu parti gabungan walaupun agenda asal setiap komponen pastinya berbeza. Namun, entah apa janji manis yang Anwar 'pasang' sehingga PAS dan DAP terpesona lalu bersetuju sertai Pakatan Rakyat..

    Isu perlaksanaan Hudud menjadi isu utama yang pasti akan berkekalan melanda Pakatan Rakyat. Kita tahu bahawa DAP memang tidak akan redha PAS mahu laksanakan Hudud jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menerajui negara. Pasti Pakatan Rakyat akan kucar kacir dalam situasi yang lebih hebat. Maka di ketika itu, rakyat akan merana akibat tersalah pilih parti pemerintah..kerana terlalu percayakan Anwar...

    Sikap Anwar yang berdiam diri selepas Husam berkata mahu teruskan Hudud dan kemudian dipertikaikan oleh DAP, memang menunjukkan sikap bacul Anwar yang pastinya gelabah akan situasi begini..

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:40 AM

    Dato', Parti parti dalam PAKATAN RAKYAT tidak perlu bergabung dan itulah kelebihan mereka. Setiap parti bebas menyuarakan pandangan dan pegangan masing masing.Itu lah asas demokrasi kerana tiada siapa mempunyai hegemony dan kuasa mutlak. Jangan hidup berpura pura. Politik tetap politik tetapi yang utama kepentingan negara dan rakyat bukan mempertahankan kuasa dengan memperbodohkan rakyat.
    Ini lah kelebihan yang dapat di lihat dalam PAKATAN RAKYAT dan ini lah satu satu cara yang dapat menentukan kuasa sebenar berada di tangan rakyat dan bukan berada dengan mereka yang sudah "out of touch".
    Saya yakin sekira nya kesedaran rakyat sampai kekemuncak nya, UMNO dan BN pasti akan hilang kuasa satu hari nanti InsyaALLAH.
    Pada pandangan saya, perbezaan pandangan yang berlaku memberi keyakinan bahawa mereka berani memperjuangkan kebenaran dan saya yakin pemikiran sebegini akan menentukan nasib generasi masa depan dapat dilindungi tanpa kepura puraan atas dasar ketuaanan melayu dan "kompromi elit" yang selama 50 tahun telah memperdayakan rakyat jelata.
    Dato', apa juga agenda nya yang penting negara maju dan rakyat terjamin dan bukan hanya segelintir sahaja yang menjaga kepentingan mereka, mungkin Dato' tahu dan faham dan apakah ia harus di biarkan? dh9753

    ReplyDelete
  10. KT by-election..

    SODOMEE out, HUDUD in!

    ReplyDelete
  11. Salam Datuk,

    Saya bersetuju dgn pendapat Datuk terhadap PR.. tidak ada apa yg kita dpt harapkn lebih drpd sekadar bertambahnya masaalah poltik.

    Org yg membuat masaalah nak menyelesaikan masaalah?

    ReplyDelete
  12. Salam Dato',

    Awal kempen kali ni Dato'? hehehehe...

    Dato' dah tengok youtube? Jika belum boleh pergi ke link ini http://www.youtube.com/watch?v=tr1U5tqk9q4

    Jelas kita dapat fahamkan, diperingkat nasional, Hudud akan dilaksanakan apabila SEMUA kaum sudah memahami islam. Manakala di Kelantan, perlaksanaan hudud boleh dibuat serta-merta jika kerajaan persekutuan memberi restu. Ini kerana di Kelantan, semua kaum secara majoriti sudahpun memahami apa itu hudud dan boleh menerima pemerintahan berlandaskan islam.

    Saya juga merujuk kepada blog Lim Kit Siang. http://blog.limkitsiang.com

    Lim Kit Siang sekadar meminta Husam memberi penjelasan dan menegaskan pendirian DAP berkenaan Malaysia sebagai negara sekular.

    Saya tidak nampak di mana yang dikatakan sebagai petanda kepada keretakan yang lebih serius.

    Tidak pula ada kenyataan yang mengatakan "boleh keluar perikatan jika tidak setuju" (BN dah 3 kali tahun ini berkata begini kepada ahli komponennya).

    Komponen perikatan yang masing-masing kuat bersuara adalah senario yang sihat. Tidak ada yes-man. Maka tidak timbul isu jurang ideologi.

    Tentang kelulusan undang-undang baru itu, biar saya semak dulu baru saya ulas.

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:29 PM

    PAS dan DAP sampai bila-bila pun takkan menjadi sekutu yang kuat dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain jika mereka tak dapat mencapai persetujuan dalam banyak hal.saya melihat DAP dan PAS susah untuk bekerja bersama kerana masing-masing berlainan prinsip dan ideologi.

    PAS mahu hudud dan DAP sudah lama menyatakan pendirian mereka tidak mahu hukum Islam dilaksanakan.

    namun mungkin Hudud ini dibangkitkan oleh PAS sebagai taktik menghadapi pilihanraya kecil nanti.sebelum ini isu hudud senyap buat seketika.

    ReplyDelete
  14. dato,

    ini dinamakan rentak menanti belah .

    merujuk kenyataan DAP Lim Kit Siang bahawa bukanlah dasar PR untuk melaksanakan hudud, patutlah PAS membuang Negara Islam dan bertukar kepada Adil, Amanah dan Berkebajikan.

    Saya teringat kata kata hikmat rakan PAS bahawa biarlah satu dunia membenci PAS untuk melaksanakan hudud, asalkan kami menjaga hati Allah. Nampaknya kata kata hikmat itu tidak lagi wujud dalam hati orang PAS. Mungkin PAS perlu pinda fasal 5 perlembagaan mereka.


    Jika sudah tidak memperjuangkan Islam, maka elok lah dibubarkan PAS kerana PAS sudah mempunyai ideologi yang sama dengan BN, PKR dan DAP.

    Bila sudah dibubar elok isi borang UMNO dan menyokong KJ, kerana beliau hendak melaksanakan hudud bila menjadi KP.

    ReplyDelete
  15. didalam blog ini kata pemilik blog yang PAS akan bergabung dengan UMNO nanti untuk pilihanraya kecil KT nanti.namun saya skeptikal.

    nak kata PAS akan bergabung dengan UMNO untuk pilihanraya kecil nanti mungkin jauh panggang dari api sebab Husam ada kata yang UMNO kurang Islamik berbanding DAP yang lebih islamik.huh??

    PAS ada masalah dalaman tersendiri dan juga PAS ada masalah dengan DAP yang dipuja oleh Husam.

    ReplyDelete
  16. Tuan Hamba,
    Kenapa orang bukan islam takut dengan Hudud. Islam melalui Hudud tidak akan mengambil tindakan atau meletakkan sesuatu kesalahan kepada bukan Islam jika terbukti mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Seharusnya ada pihak baik dari kepimpinan PAS atau Jakim @ Majlis Fatwa membuat sessi penerangan tentang apa itu Hudud. Daripada mereka tayangkan program konsert sana-sini baik tayangkan dokumentari informasi berkenaan Islan, Hudud, Qisas dan lain-lain. Mungkin boleh gunakan bahasa kantonis, mandarin, tamil sebagai memudahkan mereka yang bukan Islam untuk memahami. benar kata Hj Husam, perlaksanaan Hudud, Qisar bukanlah hanya terletak pada PAS sahaja, semua umat islam di Malaysia patut menyokongnya. Bukan Islam juga pasti menyatakan sokongan jika mereka faham dengan jelas.

    ReplyDelete
  17. Anonymous1:37 PM

    ujian sebenar bagi persekongkolan PAS-DAP ialah pada PRU akan datang. Jika isu hudud dan qisas dijadikan ukuran, maka kemungkinan besarnya ialah mereka akan terpaksa bercerai. bagaimanapun, satu-satunya faktor yang mampu mengawal keadaan adalah anwar ibrahim. itu pun jika anwar lebih mementingkan hajatnya untuk membentuk kerajaan baru akan datang.

    pada dasarnya, pakatan sebegini tidak mampu bertahan lama. sebanyak mana pun usaha dibuat untuk mengukuhkan pakatan rakyat, haluan berbeza di antara PAS dan DAP mampu meranapkan keseluruhan pakatan rakyat. tanpa PAS dan DAP pun, PKR dijangka akan terus mengungguli banyak kawasan jika umno tidak memperbetulkan semula keadaannya dari sekarang.

    jika kita berbalik kepada pakatan mereka dua atau tiga penggal lalu, DAP dan PAS tetap tidak mahu mengalah dari segi gagasan politik masing-masing. PAS tetap dengan rancangan hududnya manakala DAP pula enggan berganjak daripada pendekatan radikalnya terhadap keharmonian Malaysia.

    dua 'flowerhorn' tidak boleh diletakkan di dalam satu akuarium. mereka nescaya akan saling berbunuhan!

    ReplyDelete
  18. Beberapa jam selepas berhujah PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud, Husam telah mengelokkan semula kenyataan tersebut dengan memberi perakuan akan merujuk kepada Pakatan jika hukum itu mahu dilakukan. Manakala Nik aziz mengambil jalan betul tetapi berlapik dengan mengatakan hudud adalah hukum Islam dan bukan PAS yang sengaja ada adakan, jelasnya hudud akan terus dilaksanakan.

    Tetapi melihat kepada kelantan, hudud belum dilaksanakan walaupun PAS telah memerinta sekian begitu lama, kenapa ???

    Jelasnya dalam setiap kali menjelang pilihanraya, parti parti yang mewakili puak masing2 akan terus melagukan yang enak2 untuk penyokong mereka sendiri.

    ReplyDelete
  19. Seperti yang Dato' cakap, ini adalah ujian. Jika ujian berjaya dilepasi, semakin kuatlah PR. Dalam BN pun ada masa bercakaran. PAS pun dari sana dulu. In politics, friends can always be enemy, and vice versa...

    ReplyDelete
  20. Salam Dato' AKJ,

    Untuk menjadi populis, manusia mesti berubah warna kulit mengikut keadaan persekitaran. Apabila keadaan mendesak, barulah kita dapat melihat warna sebenarnya. Sepertimana pemimpin-pemimpin DAP mendesak supaya Datuk Mukriz dimasukkan ke dalam ISA kerana mengusulkan satu pendidikan nasional. Bukankah mereka menentang ISA?

    ReplyDelete
  21. Datuk,

    In a way, I agree with berasiam in this sense.

    Perhaps, PAS would always need to defends it right to implement Hudud if it ever assume power.

    It meaning PAS and not the so-called Pakatan Rakyat.

    Even in BN, there will be some proponent which would be for a certain policy the other components disagree upon.

    That is after all the beauty of a coalition. If there's disagreement, there is always the way of muafakat, but each component must want to be seen as adamant about its principles.

    What PAS needs to do vis a vis Hudud is to prove to the secular and liberal minded Malaysian is how it is based on strict justice and fairness. If it can do that, why not?

    After all, our written laws are much worse with holes everywhere.

    As for the Pakatan MPs being bambozzle into agreeing to the so-called "Reforms" (Are they really, Datuk? Seems a lot to me like a re-branding exercise. So much power to the PM, still), they didn't really need to.

    If they disagree, they should disagree vehemently.

    Matters of principle is not for "main - main, suka - suka".

    PS: Didn't KJ (the younger, who drives the LS470) also mentioned that he'd implement Hudud or did I read this wrongly?

    Wasalam.

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Walaupun ada perselisihan antara PAS dengan DAP, tapi saya kira kedua-dua parti itu akan tetap kekal dalam Pakatan Rakyat dan tetap mempertahankan Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya yang akan datang.

    Kedua-dua parti itu perlu mengambil pendirian seperti itu untuk kekal berkuasa di negeri-negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

    Jadi walaupun antara kedua parti itu ada perbezaan dasar dan ideologi, tetapi kedua parti itu perlu mempertahankan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kuasa yang ada di tangan mereka sekarang.

    ReplyDelete
  23. Salam Dato',
    Pendirian yang dibuat olah Husam amat berkesan kepada saya, secara peribadi.

    Pada saya ia menunjukkan keseimbangan PAS dalam memilih antara dunia dan akhirat. Seringkali kita lihat pihak yang membuang keperluan akhirat untuk mencapai kejayaan dunia. Segala kejayaan yang telah dan akan dicapai nampaknya tidak memesongkan mereka dari landasan perjuangan.

    Soalan itu adalah satu soalan perangkap yang amat licik oleh Khairy. Apa juga jawaban yang diberi boleh dijadikan modal untuk menghentam semula PAS pada masa akan datang.

    Tetapi pada saya, jawaban yang diberikan oleh Husam adalah, bukan sahaja yang terbaik, malah ia adalah satu-satunya pilihan jawaban yang ada untuk PAS.

    Cuba Dato' bayangkan Husam menjawab TIDAK untuk soalan itu. PAS akan berhadapan dengan seribu macam persoalan yang pastinya akan timbul. Menjawab soalan manusia adalah jauh lebih mudah daripada menjawab soalan Tuhan di akhirat nanti.

    Sekurang-kurangnya pada saya sekarang, PAS sudah membuktikan yang mereka tidak akan tunduk kepada apa juga tekanan untuk melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

    Itu adalah bukti seseorang yang mempunyai prinsip yang kuat

    ReplyDelete
  24. Yang menakutkan sekarang adalah hakikat yang negara kita berterusan terumbang-ambing disebabkan, 1. Parti gabungan yang memerintah adalah sangat lemah, manakala, 2. Pihak gabungan Pembangkang yang diharapkan dapat melaksanakan `check & balance' adalah seperti `a headless chicken'.

    Ni yang orang putih kata `left hand does not know what right hand is doing' - kenapalah PKR, PAS dan DAP tidak boleh cuba bekerjasama dan cari tengah dalam perjuangan membetulkan keadaan demi negara dan rakyat jelata?

    Bagi saya, confirm lah, pengundian saya apa-apa pun sekadar terpaksa memilih `between the devil and the deep blue sea'.
    WaAllahu'alam.

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:58 PM

    Salam Dato'

    Hemmm...macam kempen aje untuk UMNO. Maklumlah pilihanraya Kuala Trengganu nie merupakan hidup matinya UMNO.

    Tetapi ape salahnya kalau sesekali berkempen....takkan nak menghetam je.

    Anak Bayan,

    ReplyDelete
  26. Anonymous10:00 PM

    Husam musa nampaknya sudah menyesal apabila kenyataannya mengenai komited PAS pada hudud.

    Sebab itu dalam kenyataan lain beliau berkata hudud perlu mendapat persetujuan parti dalam pakatan rakyat.

    Dia rasa bersalah sedangkan dia tidak buat salah pun sebab hudud adalah undang undang Allah dan Allah suruh orang Islam laksanakan hudud.

    Mengapa bimbang dan takut dengan prinsip yang PAS perjuangkan. Allah bersama mereka yang benar yang disebut oleh perpatah Melayu "berani kerana benar".

    Yang membuat kita bimbang ada kalangan orang PAS sekarang ini sudah ada "rasa takut" kalah, sedangkan kalah menang dalam perjuangan itu adalah milik Allah sahaja.

    Yang penting orang PAS mesti kena jaga agama Allah dengan sebaik baiknya.

    terutama sekali "amanah" setelah dianugerah jawatan sebagai pemimpin. Ahli Parlimen kena jaga agama barulah ada keberkatan.

    Kita bimbang orang PAS yang diberi anuberah kemenangan dalam pilihanraya umum ke 12 enggan jaga agama sebab itu Allah masukkan rasa takut kedalam hati hati mereka.

    Apabila rasa takut sudah bersarang didalam hati maka prinsip perjuangan sebenar jadi pertaruhan.

    Hal seumpama ini dapat kita lihat wujud ulamak jahat kerana dengan habuan yang sedikit.

    Sanggaup jadi "syaitan bisu". Apabila sudah jadi syaitan bisu pasti mahu tidak mahu ayat ayat Allah yang jelas dan nyata ditafsir bercanbggahan satu sama lain.

    Ada yang tergamak berkata ayat ayat itu bukan bermaksud begitu. ianya begini.

    Yang paling menuedihkan kita sudah ada yang berani mengatakan orang kafir bukan musuh Islam (kita) sedangkan Allah sendiri dalam surah Al Baqarah mengatakan "kafir adalah musuhku".

    Kita boleh sebut kafir bukan musuh islam. Tapi kafir itu adalah kafir "Zimmi" yang isebut oleh Nabi Mohammad SAW "sessiapa yang memusuhi kafir zimmi dia adalah musuhku".

    Inilah yang harus dijadikan sandaran. mengapa mesti takut?

    ReplyDelete
  27. Orang politik yang tidak habis-habis menyusahkan orang bawah atau rakyat jelata. Mereka buat keputusan dan paksakan rakyat menerima keputusan mereka. Tak sampai 2 hari ubah keputusan, dan paksa juga rakyat terima.

    ReplyDelete
  28. YBhg Dato',

    Dalam apa hal pun kita misti mempunyai jati diri untuk terus maju. Kita tidak boleh bergantung sepenohnya dengan lain pihak untuk hidup. Pilihan raya lepas membuktikan bahawa walaupun UMNO telah sedaya upaya berusaha meyakinkan rakan kongsi yang ia adil kepada semua komponen parti tetapi diperingakat akar umbi BN telah ditolak kerana sebahagian rakyat tidak puas hati dengan apa yang berlaku diperingkat bawah.

    Mungkin mengenali hakikat ini PAS telah menyatakan dengan jelas pendirian mereka mengenai dasar parti bersabit dengan menegakkan syiar Islam di Malaysia. Adalah penting setiap orang yang memberi sokongan kepada PAS sedar berkaitan dengan perkara ini supaya sokongan yang di beri adalah padu.Adalah tidak menguntongkan berkompromi dengan dasar parti untuk mendapat beberapa kerusi pada masa ini tetapi akan diketepikan pada lain-lain masa seperti apa yang telah berlaku kepada BN.

    Raja Abdul Rahman,
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  29. Anonymous1:11 AM

    Datuk,

    Kalau tidak salah saya beberapa bulan lalu Datuk pernah menasihatkan pembahas supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul (standard). Tapi saya lihat masih ada pembahas yang menggunakan perkataan "je", "nie" , "ade", "jugak" dan lain-lain. Malahan terdapat juga huruf pendek "short form" seperti di Indonesia.

    Marilah sama-sama kita mendaulatkan bahasa Melayu.

    Salam.

    ReplyDelete
  30. Pak Lang,

    Itulah hasrat kita. Tetapi nampaknya bahasa kita semakin hambar. Jiwa kita semakin kosong.

    Nampak-nampaknya bahasa tidak lagi menjadi jiwa bangsa.

    Agaknya inilah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan kita.

    Pastinya inilah bahasa yang saya dengar digunakan oleh stesen radio dan TV.

    Kalau saya tak layan susah juga. Mereka juga pembaca dan pembahas blog ini.

    Mereka juga rakyat jelata. Dan mereka pun pembayar cukai.

    Mungkin ini satu lagi ciri malang bangsa kita.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Anonymous9:21 AM

    salam DAKJ n Bloggers,

    kalau calun dari PKR maka liwatlah isunya, kalau PAS hududlah isunya, meleret-leret hudud dan hudud sehinggalah kehari membuang undi nanti, janganlah nanti kita terkejut bila media KERAjaan akan menyiarkan dokumentari kaki tangan yang kudung, hukuman rejam, pancung atau sebat yg diambil dari negeri asia barat atau utara afrika, kasihan bn! tiada isu2 rakyat dalam benak pemikiran mereka, isu IJN masih panas diperkatakan semasa isu barang naik belum dpt ditanggani, kalau dulu batang pisang pun boleh dicalunkan nampaknya sekarang timbalan menteri terpaksa memperjudikan jawatannya!!!

    p/s : isu IJN hanya ditangguhkan bukannya dibatalkan, so pengundi ganu "lu pikirla sendiri"

    HAMBA ALLAH

    ReplyDelete
  32. Khairy’s and Husam’s hudud comments stir up a storm
    Isnin, 22 Disember 2008

    By Wong Choon Mei

    Despite being at opposing ends of the political pendulum, both men insist they will push for hudud laws once they come into power

    Both Umno Youth Chief aspirant Khairy Jamaluddin and PAS vice president Husam Musa said they would push for the introduction of hudud - Islamic law that regulates the bounds of acceptable behaviour and the punishments for serious crimes - once they come into power.

    The comments have spurred DAP supremo Lim Kit Siang to take to task his Pakatan Rakyat colleague Husam."


    Now..only DAP as a member of PR, is 'seeking clarification' on Husam's statement, whereas their equal 'brethren' in BN (MCA, Gerakan, PPP) are so quite about Khairys endorsement.

    ReplyDelete
  33. Anonymous9:58 AM

    Tok, sedihnya pabila membaca komen tok. Tak kisahlah tok, orang sudah terbiasa melacur dan merancukan bahasa. Saya pun tidak pandai menulis semantap mungkin. Mungkin pembahas hanya mahu bersantai dalam memberikan idea dan bukannya berblog untuk menjadi penggaya bahasa yang hebat. Kalau hendak hebat berbahasa, cuba paklang dan tok Scribe buka satu blog baru yang berwacanakan bahasa. Pastinya tidak semeriah di sini.

    Pasal PAS-DAP, itu hak PAS-DAP untuk terus berprinsip. Memang licik si budak KJ. Dia tahu soalan yang diajukan itu akan mengocakkan lagi air yang sedia keruh. Bijak... bijak... Salahnya cuma kebijakkannya itu disalahgunakan untuk berbuat perkara yang tidak baik.

    Persoalannya, kita yang bernama Muslim, saban hari lima waktu kita memperbaharui ikrar kita di dalam doa iftitah kepada Ilahi yang berbunyi: "Sesungguhnya segala ibadatku dan perbuatanku dan hidup serta matiku, tidak lain hanya untuk Allah".

    Apa pendirian kita terhadap hudud? Bukannya retorika yang PAS cipta. Kalau kita yang bernama Muslim pun tidak menyokong (mungkin kerana jahil dan tak mahu ambil tahu atau memang munafik), apatah lagi mereka yang tidak beragama Islam. Saya percaya DAP mempunyai sebab yang kukuh untuk menolak hudud sebab mereka tidak punya maklumat. Tugas kita umat Islam yang sepatutnya menyedarkan serta berkongsi maklumat tentang hudud.

    Apa sebab BN (terutamanya UMNO) menolak hudud untuk dilaksanakan sedangkan mereka ini memiliki kuasa untuk berbuat demikian? Sebab rakyat tak paham? Sebab kita ini bermasyarakat majmuk?

    Tok, kalau itulah jawapan untuk penolakan hudud oleh BN, semacam jawapannya berbunyi: "Kami lebih pandai dan mengerti tentang manusia lebih daripada tuhan".

    Ka gumana?

    ReplyDelete
  34. Anonymous12:50 PM

    assalamualaikum....

    1. dalam ketiga2 komponen barisan alternatif,cuma SEGELINTIR pemimpin PAS sahaja yang masih berani mempertahankan prinsip2 perjuangan Islam...

    2. DAP masih dengan semangat lama dan prinsip2 yg mereka perjuangkan masih kuat dianuti ahli2 atau pemimpin DAP..sekularisme, anti-malay etc etc...
    3. PAS mengabaikan prinsip2 bila mula kerjasama dengan DAP..satu kata hudud, satu kata sekular..dua2 keras kepala...

    4. Barisan Alternatif ni survive sebab BN lemah..dats all!bukan org nak sangat depa ni..tapi sebab nak ajaq pemimpin2 'kurang belAJAQ' dalam BN...

    wallahualam....

    -karim el-kassim-

    ReplyDelete
  35. Anonymous3:18 PM

    Datuk Scribe,

    Pakatan Rakyat = tidur satu bantal, mimpi lain-lain

    Barisan Nasional = masih lena tidur oleh mimpi semalam

    ReplyDelete
  36. Inilah akibatnya kalau baca Utusan Meloya dan tengok TV3 suku....

    ReplyDelete
  37. Salam Dato',

    Izinkan saya memberi komen seperti di bawah ini. Saya memetik kata-kata Lim Kit Siang yang berikut :-

    "Malaysia kekal sebagai negara sekular berasaskan kontrak sosial yang digubal pada tahun 1957.”

    Pada pendapat saya adalah tepat Lim Kit Siang menganggap Malaysia sebuah negara sekular, tetapi adalah lebih tepat jika beliau mengatakan "Malaysia kekal sebagai negara sekular berasaskan Perlembagaan 1957"

    Tidak dapat tidak, Malaysia secara definisinya adalah sebuah negara sekular. Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sedemikian. Artikel 4 tersebut memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang tertinggi di negara ini. Sebagai implikasi, sebarang bentuk undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan, hatta Al-Quran sekalipun, akan diketepikan oleh Artikel 4 tersebut.

    Dato' telahpun menyentuh tentang kontrak sosial dalam salah satu masukan blog Dato’ yang lepas. Adalah menjadi isu yang terselindung di sini, iaitu, adakah Perlembagaan Persekutuan itu satu kontrak sosial ? Tentang kontrak sosial ini, ingin saya melebarkan lagi komen saya seperti berikut.

    Saya cenderung untuk mengekalkan maksud kontrak sosial sepertimana dimaksudkan oleh Rousseau atau Locke ataupun Dicey sebagaimana dipelajari di dalam kelas undang-undang perlembagaan dan administratif.

    Namun akhir-akhir ini terlihat keghairahan daripada pelbagai pihak untuk menganggap bahawa Perlembagaan Persekutuan itu (ataupun sebahagian daripada Perlembagaan terutamanya Artikel 153) adalah satu kontrak sosial, yang pada pendapat saya menambah dimensi baru kepada maksud istilah kontrak sosial tersebut.

    Dato' sendiri telah memetik Professor Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim di dalam masukan blog Dato’ yang terdahulu tersebut. “The Federal Constitution is the product of the agreement reached among the residents of Malaysia (Malaya) who were made up of the Malays, Chinese and Indians. The Malaysian Constitution is not only a legal document, but also a social contract and a peace agreement.”

    Saya sesungguhnya percaya bahawa apabila Professor Ahmad Ibrahim mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah satu kontrak sosial beliau sebenarnya menggunakan terma kontrak sosial itu secara longgar sahaja dan tidak merujuk kepada maksud "social contract" sepertimana yang difahami secara tradisional.

    Dan pada pendapat saya juga, Lim Kit Siang hanya mengambil kesempatan daripada keghairahan orang-orang Melayu dalam menganggap bahawa Perlembagaan Persekutuan itu satu kontrak sosial untuk menekankan bahawa “kontrak sosial” itu sendiri yang telah memaktubkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

    Bahawa Perlembagaan Persekutuan (ataupun sebahagiannya) bukannya satu kontrak sosial, sila rujuk "Delving into the ‘social contract’ ” The Sunday Star, 9 November 2008.

    Dato’
    Tulisan Dato’ tentang guru-guru adalah permata nilam dan juga komen-komen Dato’ tentang guru-guru Dato sebelum ini sangat menyentuh. Saya akui perguruan adalah profesion yang sangat mulia. Sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk guru-guru kita. Namun saya percaya bahawa setiap daripada kita tidak perlu menceburi profesion perguruan untuk menjawat jawatan yang hebat ini. Saya yakin di dalam setiap diri manusia yang hebat itu ada seorang guru yang hebat. Seorang ibu adalah guru yang terlebih utama kepada anak-anaknya apabila memeriksa dan meneliti kerja rumah anak-anak saban hari. Seorang ibu juga adalah guru bila mengajarkan Muqaddam dan Al-Quran kepada anak-anaknya. Dia seorang guru juga dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Seorang majikan juga guru kepada kepada pekerja-pekerjanya. Dan begitulah seterusnya, sehingga setiap orang dibukakan peluang untuk menjawat jawatan mulia ini.

    Dalam menulis kepada Dato’ di dalam blog ini saya sendiri merasakan saya seumpama anak kecil yang sedang menjolok cempedak di luar pagar. Saya tidak ada cita-cita untuk menjadi seorang “journalist”. Sudah terlambat untuk saya. Namun saya yakin ramai “journalists” muda yang telah menimba ilmu kewartawanan daripada Dato’.

    Terima kasih Dato’ kerana berkongsi diri Dato’ dengan kami semua.

    Hanez

    ReplyDelete
  38. Anonymous10:37 PM

    Datuk dan pembaca sekelian

    1. saya amat bersetuju dengan pandangan wajasetia dan berasiam.
    2. Saya berpendapat persoalan hudud yang dibangkitkan itu, pada fikiran KJ adalah sebagai soalan perangkap untuk Husam.
    3. Silaplah tafsiran beliau kalau macam tu. Beliau cuba menduga dari pemimpin yang lahir dari kepimpinan yang bebeza dari pemikiran kepimpinan UMNO(masakini)- zaman dahulu lain.
    4. Sebenarnya, jawablah apapun, samada YA ataupun TIDAK, kedua-duanya pastinya akan dimanipulasi habis-habisan dalam pilihanraya kecil di KT kelak.
    5. Satu yang boleh diambil pengajaran; PRINSIP TIDAK BOLEH DIJUAL BELI 'BROTHER' - bukan habuan dunia yang menjadi keutamaan
    6. buatlah apa pun wahai pemimpin UMNO untuk menang pilihanraya hatta sampai sanggup menolak hudud sekalipun.
    7. Selagi lidah boleh berkata-kata, siapa yang kisah kan!! tak miskin walau sesen pun.. tak hilang pangkat/jawatan/darjat walau sekejap pun.
    8. Tapi beringatlah, habis tak ada pun, janganlah bulat-bulat dan terang-terang menolak.
    9. Sampai bukan setakat 'kaum separtai' (UMNO) sanggup menghentam hudud, ini sampai 'kaum yang bukan separtai' yang tak seagama pun lanyak sama perihal hudud ni - Apa ni!!??
    10. Apa pun, maaf dan ikhlas cakap.. Tn Haji tetap setia 100 peratus menyokong PAS tetapi TIDAK kepada DAP dan PKR

    Opss!! lupa pulak, dengan suci hatinya diberitahu, Tn Haji tak beroleh apa2 kepentingan pun dari kemenangan PAS pada PRU 12 lalu, malah dengan rela hati banyak 'RM' dan tenaga yang disumbangkan dengan PERCUMA!!

    Tuan Haji.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum Dato'
    Saya lihat semua ulasan adalah politik dungu.Tidak kira apa status pengulas,ternyata mereka sebenarnya belum paham apa itu politik.
    Cakap Husam adalah betul.Jika PAS berkuasa ,Hudud akan dilaksanakan.
    Persoalan yang tidak pernah di bincang.Macam mana majoriti atas kuasa bolih diperolihi.Tentu daripada undi dalam pilihanraya.Jika PAS mendapat undi yang memberi majoriti kepadanya,bermakna RAKYAT yang mengundi memberi hak untuk PAS mencorakkan perlembagaan.Olih itu apa yang perlu dipertikaikan.Kalau tak mahu Hudud,jangan undi PAS,tetapi kalau dah undi PAS bermakna Hudud diterima.

    ReplyDelete
  40. Anonymous8:43 AM

    From Malaysiakini


    Zahar sertai PAS, kempen di KT
    Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 10:10am
    kemaskini 5pm Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.LAGI
    Serah borang keahlian
    28 ketua cawangan ikut serta



    kalau 100 orang ke, 1 orang ke yang keluar parti, kehilangan tetapi kehilangan

    From Agendadaily


    Mat Taib ucap tahniah Pas ambil orang bermasalah


    Kata-kata Mat Taib mencerminkan kecetekan pemikirannya. Di kala sekarang ni UMNO makin ditolak rakyat, pemimpin di atas masih lagi nak berlagak menolak ahli-ahli bawahan.

    Saya harap lah Mohd Najib buat sesuatu. Tapi Najib pun baru-baru ni buat statement yang pelik-pelik:

    Government gives go-ahead for IJN acquisition plan by Sime Darby


    dan

    We will help minority Malays in other countries


    Pak Lah sudah tiada kawalan terhadap ahli-ahli UMNO, apatah lagi Malaysia. Undang-undang perlembagaan separa masak juga diberi kelulusan.

    Saya amat mengharap pemimpin kerajaan lebih matang dalam berfikir

    ReplyDelete
  41. Read article 153 carefully, it does not allow hegemony of one race over the others.
    Can any one give us the methodology of the precise method the calculations are made where one particular race has been repeatedly claimed to be lagging behind the others???

    ReplyDelete
  42. Anonymous12:56 PM

    Datuk,

    Saya hairan lah.

    Bila sebut penolakan hudud, hanya UMNO sahaja yang dikecam oleh PAS tetapi Anwar Ibrahim dan PKR langsung tidak disentuh.

    Apakah Anwar menyokong perlaksanaan hukum hudud ini?

    Seingat saya, Anwar menolak kewujudan "Islamic State" dan secara langsungnya hukum hudud.

    Tetapi kenapa PAS tidak mengecam Anwar sebagaimana mereka mengecam UMNO?

    Malah PAS mengangkat Anwar sebagai ketua mereka di Parlimen dan kemungkinan sebagai Perdana Menteri andai Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.

    PAS boleh memberi alasan bahawa itu hanya satu strategi politik?

    Tapi strategi politik untuk apa?

    Untuk kuasa?

    Tapi kuasa kepada siapa?

    Kepada Anwarkah? Kepada PAS kah? Atau kepada DAP?

    Renung-renungkah lah. Siapa lebih berkuasa sekarang dalam Pakatan Rakyat.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  43. Saya bersetuju dengan pandangan terdapat jurang perbezaan ideologi yang sangat besar antara Liberal Demokrat (PKR), Sosialis (DAP) dan Pas selaku parti agama. Gabungan PR akan runtuh juga satu hari ini jika masalah ini tidak ditangani kerana UMNO dan BN kelihatan semakin kukuh dewasa ini melalui proises transisi kuasa tambahan apabila melihat keretakan dalam PR semakin ketara dan serius selepas Perhimpunan Agong di Stadium Melawati. Terima kasih kerana PKR gagal merealisiasikan cita-cita Anwar untuk jadi PM menerusi Projek 916. Terima kasih kerana Husam Musa yang nak jadi populis macam mentor beliau, Anwar kekal dengan pendirian terhadap hudud yang gagal dilaksanakan walau di negeri Kelantan sendiri. Nah kepada semua rakyat Malaysia, dimanakah anda berdiri? - DEMOKRATGROUPMALAYSIA (Naseron Ismail, Moderatror)

    ReplyDelete
  44. As'kum Dato',

    1. Memang perselisihan di kalangan Pakatan Rakyat yang kita dengar baru2 ini agak runcing.Cuma tidak terdedah kepada umum sahaja.Namun secara logik pun kita boleh buat kesimpulan bahawa gabungan PR agak goyah kerana mereka berbeza matlamat perjuangan.

    2. Selain dari itu tidak ada parti yang dorminan dalam PR dan setiap parti dalam pakatan itu pula menonjolkan karisma Ketua masing2.Walaupun DS Anwar diuar2 akan jadi bakal PM jika mereka "berjaya" menubuh Kerajaan Persekutuan tapi saya yakin bahawa jika impian itu jadi kenyataan kelak kita percaya pendirian mereka ini akan berubah atas sebab2 di atas.Kalau pun DS Anwar diterima jadi PM,siapa pula akan jadi TPM atau TPM 1 dan TPM 2.Ini juga penting kerana jika apa2 berlaku kepada DS Anwar maka TPM 1 sepatutnya akan mewarisi kerusi PM kelak.Adakah ia akan diisi oleh orang nombor 2 Keadilan? (ini mungkin tidak akan berlaku kerana Keadilan bukan parti yang dominan dalam PR) atau TPM 1 (jika ini berlaku bolehkah parti lain dalam PR menerima beliau sebagai PM?).Ini semua perlu diperjelaskan kepada penyokong PR dan rakyat Malaysia supaya mereka dapat membuat perhitungan masing2 dalam menentu masa depan mereka.

    3. Bagi Umno pula berlaku juga sedikit hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti kesan dari pengantungan keahlian Dato' Zahar Hashim akibat dikatakan mengkritik pemimpin nombor 1 dan 2 Umno.Ahli akan lihatnya bahawa jika ada yang mengkritik atau membuat aduan terhadap pemimpin Umno,maka bukannya pemimpin itu akan diambil tindakan atau membuat pembetulan diri demi untuk kebaikan Umno tapi sebaliknya orang yang mengkritik atau membuat aduan itu sendiri akan dipecat.Bagi ahli persepsi mereka terhadap Umno sekarang ialah tiada lagi demokrasi dalam Umno.

    4. Bagi Dato' Zahar pula, dengan beliau menyertai PAS membuktikan bahawa perjuangannya dalam Umno selama ini tidak ikhlas.Beliau sepatutnya ingat bahawa tindakan terhadapnya itu hanyalah satu set back dan cabaran yang perlu beliau hadapi dalam usaha membuat pembetulan pada Umno kerana akhirnya 'end will justify the mean'.

    5. Beliau juga harus sedar bahawa beliau digantung/dipecat atas soal prinsip dan bukan politik wang.Oleh itu jika beliau benar2berpegang kepada prinsip asal perjuangannya untuk memperbetulkan Umno maka beliau hendak terus bersama Umno dan tunggu masa dan ketika untuk bertindak semula dan bukannya lari dan masuk parti lawan untuk belot dan tagih simpati.Pemimpin begini tidak layak berada dalam arus perjuangan Umno.

    ReplyDelete
  45. Anonymous9:49 AM

    Sedikit sebanyak, kesan persengketaan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat mungkin akan dimanifestasikan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu di mana Pas akan bertemu Umno.

    Ia akan memberi suatu kemahuan kuat untuk menang di P36 - kerana PAS terpaksa membuktikan bahawa ia sangat-sangat berpengaruh di pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan berpengaruh dengan ramai kelompok pengundi di Malalysia.

    Keretakan sebenarnya berlaku di pihak UMNO-BN tetapi mereka alpa tentang rapuhnya kedudukan UMNO-BN di P36 dalam kerisauan yang lebih besar memikiran keadaan ekonomi mereka dan negara yang tidak memberangsangkan; dan Man Said MB Trengganu pun dah dapat habuannya.

    Jangan pula ia cerita pilhanraya di antara parti orang kaya yang angkuh dan orang miskin menuntut haknya. Yang lainnya hanya selingan.

    ReplyDelete
  46. KT by-election..

    Ezam has started to 'hiss'..

    ReplyDelete
  47. SIN bad,

    Cuba baca versi ini pula..

    Saya hairan lah.

    Bila PAS (Husam) dan UMNO (Khairy) nak hudud, hanya PAS sahaja yang dikecam oleh MCA/MIC/GERAKAN, tetapi UMNO langsung tidak disentuh.

    Apakah MCA/MIC/GERAKAN menyokong perlaksanaan hudud UMNO ini?

    Seingat saya, BN (UMNO/MCA/MIC/GERAKAN) menolak kewujudan "Islamic State" dan secara langsungnya hukum hudud.
    (ye...jgn lupa kempen penerapan nilai-nilai Islam dan Islam hadhari)


    Tetapi kenapa MIC/MCA/GERAKAN tidak mengecam UMNO (Khairy) sebagaimana mereka mengecam PAS (Husam)?

    UMNO boleh memberi alasan bahawa itu hanya satu strategi politik?

    Tapi strategi politik untuk apa?

    Untuk kuasa?

    Tapi kuasa kepada siapa?

    Kepada UMNO kah? Kepada MCA kah? Atau kepada MIC?

    Renung-renungkah lah. Siapa yang main wayang kulit dan siapa yang kena tarik tali dalam Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  48. DAKJ,

    Itu lah politik, seni untuk berkuasa cakap ape saja buat belum tentu.Mana nak capai titik pertemuan, asyik bangkang, tak setuju keluar dewan, provok aje. Pemimpin kalau menguasai kerajaan fikir tentang TAHTA,HARTA DAN ----TA.WAHAI UMNO, PAS DAN PKR RENING DAN BUAT SESUATU TENTANG NASIB BANGSAMU, ANAK CUCUCICIT BANGSAMU. BERSATULAH DAN CARILAH TITIK PERTEMUAN.

    ReplyDelete
  49. Hai DKJ, lain macam saja posting kali ini.Perpaduan PAS dan UMNO bolih dicapai kalau titik pertemuan ditemui. Jangan asyik bangkang dan tidak setuju tak mengira apa perkara, bangkang, bangkang je. Lihat ape berlaku diparlimen, kenyataan pemimpin. Pada hal matlamat sama untuk berkuasa. Selagi PAS tak dapat menguasai kerajaan persekutuan selagi tu lah hukum hudup tak dilaksana. Hanya pengundi yang menentukan. Sampai bile ye......

    ReplyDelete
  50. Anonymous5:45 PM

    clean,

    Jadi kesimpulannya PAS dan UMNO ni lebih kurang sama sajalah kan?

    Semuanya sandiwara politik.

    Saya memang faham benar dengan perangai kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO yang pandai main wayang dan suka menipu rakyat. Oleh itu kita kenalah berhati-hati dengan tipu daya mereka ini.

    Tapi, kalau pemimpin PAS pun sudah jadi sama macam UMNO, nampak gayanya kita rakyat tak perlulah lagi nak ungkit atau nak buktikan siapa lebih Islam dari siapa.

    Biar Tuhan sahaja yang menentukan.

    Mungkin hudud ini agendanya terlalu besar. Oleh itu, mulakanlah dengan agenda-agenda yang kecil. Saya syorkan MB Perak jangan perbaharui lesen rumah hiburan, kedai nombor ekor dan rumah urut yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

    Jangan ikut contoh teladan tak baik yang diwarisi MB-MB UMNO sebelum ini. Saya lihat hanya beliau sahaja yang berani melawan arus dan menentang kerajaan Persekutuan. Lihatlah sendiri bagaimana bijaknya beliau menangani isu tanah di negeri Perak ini.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  51. Datuk, biar apapun Tuhan Maha Kuasa. Tuhan tidak menilai 'Ketuanan' kaum tetapi kerajinan dan sikap hormat-menghormati. I hope you understand.

    Hidup PR.

    ReplyDelete
  52. Anonymous1:34 AM

    Datuk,

    I think it is not that difficult for PAS and DAP to work together in Pakatan Rakyat if both agree that HUDUD Laws applies only to Muslims.

    Non Muslims should not be too worried if the HUDUD laws:

    1. Applies to Muslims only
    2. Applies to individuals only and not to corporations/businesses
    3. When there is a case involving a muslim and non muslims, the federal laws applies.

    JaguhKampung

    ReplyDelete