[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
MUTAKHIR, 3 November – TINDAKAN Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menyeret lebih lima orang pembesar politik kerajaan dan pembangkang serta pesuruh mereka ke mahkamah boleh memberi kesan positif kepada penilaian PKI Perdana Menteri.
Walaupun SPRM adalah badan bebas dan tidak semestinya bertindak atas arahan sesiapa, namun tindakan ke atas pembesar dan penggiat politik Umno, PKR, DAP dan Gerakan itu pasti memberi gambaran bahawa pemerintah kini lebih serius memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
[Posting Asal]
BEBERAPA orang pembahas mengingatkan saya dari semasa ke semasa bahawa waktu untuk “mengKPIkan” Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Kabinetnya sudah semakin dekat.
Mereka mengingatkan saya yang saya pernah menyatakan yang saya akan menilai KPI Perdana Menteri pada bulan ini (November). Mohd Najib mengangkat sumpah jawatan PM pada 3 April. Jadi dia sudah jadi PM tujuh bulan.
Bagaimanapun, saya berkata kita akan beri markah kepada beliau bulan ini kerana dia berjanji akan buat penilaian pertama ke atas KPI menterinya selepas enam bulan KPI dilancarkan.
Sebenarnya, sebagai PM setiap hari dan setiap waktu dia diKPIkan. Sebagai ketua nombor, tidak ada perayaan 100 hari, setengah tahun atau setahun. Setiap hari sama penting dengan hari yang berlalu dan akan datang.
Oleh sebab majoriti rakyat jelata, khasnya pengundi, tidak akan faham secukupnya mengenai aspek teknikal KPI, maka saya rasa kaedah paling asas yang akan mereka lalukan ialah dengan mengukur sama ada kehidupan mereka lebih baik atau lebih buruk di bawah kepemimpinan Mohd Najib.
Mohd Najib sendiri meletakkan beberapa prasyarat sebagai tapak pentadbiran beliau. Yang paling utama adalah konsep Satu Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Jadi rakyat jelata boleh memulakan proses mengKPIkan PM dengan bertanya soalan-soalan seperti berikut. Saya katakan “seperti” kerana ada banyak lagi soalan yang boleh ditanya mengikut pengalaman dan aspirasi setiap individu:-
1. Adakah mereka berasa Malaysia lebih berSATU sekarang daripada sebelum Mohd Najib memperkenalkan 1Malaysia?
2. Adakah mereka berasa mereka didahulukan oleh PM dan jentera pentadbiran beliau? dan
3. Adakah mereka berasa kebajikan mereka semakin baik kerana pencapaian jentera pentadbiran semakin meningkat?
Kalau soalan-soalan di atas masih kabur, abstrak atau konseptual, rakyat jelata boleh bertanya (dan menjawab) soalan-soalan yang lebih faktual seperti:-
I. Adakah mereka berasa lebih mesra atau kurang mesra dengan sesama rakyat jelata yang berlainan agama dan bangsa?
II. Adakah mereka berasa lebih selamat dan terhindar daripada menjadi mangsa jenayah?
III. Adakah mereka menjadi lebih senang atau susah akibat pergerakan harga barangan dan perkhidmatan?
IV. Adakah pendapatan mereka meningkat atau berkurangan?
V. Adakah lebih mudah atau lebih susah untuk mendapat pekerjaan?
VI. Adakah lebih mudah atau lebih susah mendapatkan tempat di IPT serta bantuan kewangan untuk anak-anak?
VII. Adakah lebih mudah atau susah mendapat lesen perniagaan, bantuan modal daripada agensi awam dan sistem perbankan serta bayaran daripada kerajaan? dan
VIII. Adalah persekitaran mereka lebih bersih atau lebih kotor daripada sebelum Mohd Najib menjadi PM?
Bagi Mohd Najib pula, peluang terbaik mengotakan apa yang dikata ialah dengan mengambil tindakan dan menghukum secara terbuka (supaya semua orang nampak) si penipu dan si pemalas yang mempersendakan perakaunan awan seperti yang didedahkan baru-baru ini oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya.
Saya sendiri sudah bosan dengan janji manis dan sikap sambil lewa pemerintah terhadap pendedahan Ketua Audit Negara tahun demi tahun.
Bagi kita rakyat jelata, inilah peluang dan cara paling mudah mengKPIkan PM kerana dia sendiri sudah berjanji secara terang dan terbuka yang dia akan bertindak tegas terhadap laporan itu.
Kita lihat berapa cepat, berapa orang dan berapa tegas hukuman yang akan dikenakan ke atas penipu dan pemalas yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara itu.
Ini bukan setakat soal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tetapi ini soal duit cukai dan hasil yang kita bayar kepada kerajaan.
Kalau pegawai kerajaan yang korup “songlap” duit kita, mereka wajib dihukum. Kalau PM enggan hukum mereka kerana takut disabotaj atau hilang undi, kita sebagai pembayar cukai dan pengundi akan hukum beliau apabila masanya sampai.
Inilah kontrak demokrasi. Rakyat pilih pemimpin. Rakyat bayar cukai dan tanggung hutang untuk bayar gaji pemimpin.
Tugas pemimpin buat kebaikan. Bila dia buat kebaikan, dia tidak perlu disanjung, dipuji dan diberi bermacam anugerah. Itu kewajipan dia.
Tetapi kalau dia buat kesilapan – dia songlap kita -- kita wajib ingatkan dia sebab kita tidak pilih dan bayar gaji dia untuk buat keburukan.
Ingat, kita pilih (undi) pemimpin. Kita tak undi dan tak pilih laki atau bini, anak atau menantu, suku sakat atau sahabat mereka.
Dato'
ReplyDeleteCongratulations. This what I have been anticipating from you. I will be writing my mind in very near future. Many, I believe, will share their thoughts with the rest and I strongly believe DS One Najib will welcome those who are sincere in their comment how bad they may be against UMNO. But for sake One and only Malaysia , I hope they will write with sincerity.
Najib sepatut nya membersihkan Tainted cabinet ministry, tainted UMNO supre Council, Tainted Youth Leaders then baru lah beliu boleh membersihkan rasuah dan tindakan terhadap lapuran juruadit, tetapi sudah kan Najib membersihkan dirinya sendiri?
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteTak Payah Sibuk Tentang Laporan Ketua Audit Negara...
Cara Kerajaan bertindak atas Scandal Port Kelang sahaja pun dah Cukup....
KPI atas tindakan scandal ini sahaja pun dah cukup kerana berbillion (berbanding dengan million didalam laporan audit negara) telah dan akan lesap....
Joe Black
Assalamualaikum Dato',
ReplyDeleteJawapan saya senang je Dato'.. saya bagi DSN 40/100 dengan kata lain markah dia bergred D atau E. Bagi saya hidup kami sekeluarga tidak banyak berubah semenjak dia memerintah. Adakala hati saya lebih banyak menjerit2 "Where are you Pak Lah.. wish you are still PM!!" DSN bagi saya banyak menggunakan ayat2 salesman dalam pendekatannya.. banyak 'fine print'. Pendekatan yahudi yang cukup saya tak suka. Tgok kes kredit kad..dia bercakap seolah2 average Malaysians hanya ada satu kad sahaja. Dia asyik dok ulang "Alah takkan RM50 pun tak leh bayar". Hakikatnya satu famili will look at minimum RM125 hanging on his head. Pengalaman saya berkata kad kurang2 wajib min ada dua (due to bank communication failure, security, managability, recognition) Lepas tu dia bercakap untuk mengengkang penggunaan kredit kad tapi charge kad pun kena tax juga. Then dia dok highlight reduction RM1000 reduction RM1000.. hakikatnya berapa ringgit je kalau translate ke actualy tax (bagi org biasa yg gaji rendah macam saya).
Bagi saya lebih baik dia bersikap jujur dan jangan pakai kaedah 'fine print' yahudi tu. Takde duit cakap takde duit, potong tax RM10 cakap je lah RM10 kan senang.. sekurang2 kita dilihat jujur... biarpun sedikit tapi org tahu kita memang sengkek.
Hmm itu je lah komen saya Dato'. Ni saya nak pergi pejabat PLUS plak ni nak pi tanya awat tol tng saya masih takde diskaun 20% walhal kalau ikut rekod saya dah 103 kali dah guna tol utk bulan oktober nih. (Kalau respon PLUS kata "Cik kena itu and cik kena ini" - hmm yet another amalan 'fine print' yahudi)
Dato'
ReplyDeleteNajib memang hebat berpidato, tapi pada saya KPI Najib sama je dengan KPI Pak Lah... BUNGKUS...!!!
Saya sudah lama 'membungkuskan' Najib sejak dia jadi Menteri Belia & Sukan lagi. Cuma sudah rezeki beliau jadi PM... apa nak buat, nasib badan... 1Malaysia 1Bungkus
KPI Najib, saya tengok banyak slogan,retorik politik daripada pelaksanaan yang cekap, tegas dan berkesan.
ReplyDeleteNajib banyak ambil pendekatan "play safe" demi untuk mengembalikan keyakinan pengundi untuk PRU akan datang. Tiada pendekatan berani setakat ini. Contohnya Sistem Sekolah Kebangsaan Satu Aliran, Najib kata akan ikut apa yang rakyat mahu. Bagi saya, ini adalah satu cadangan yang amat baik,amat bermakna dalam usaha melahirkan satu generasi yang benar-benar kuat perpaduannya. Mahathir cuba melalui Sekolah Wawasan,(saya fikir sebagai satu permulaan kearah sistem sekolah satu aliran, tetapi ditentang hebat oleh masyarakat Cina), dan Mukhriz juga pernah menyuarakan pendapat yang sama.
Ini satu cadangan dan pendekatan yang berani demi mendidik dan melahirkan perpaduan masyarakat yang lebih baik. kita dah cuba 52 tahun sekolah macam-macam aliran dan natijahnya hari ini perpaduan itu hanya dipamerkan melalui hari-hari perayaan atau kebangsaan. Hakikatnya, kalau ada Seminar Guru-Guru, Konferans Doktor-doktor, atau apa jua yang melibatkan semua golongan termasuk golongan profesional, kita lihat bila waktu minum/rehat masing-masing bersembang-sembang, berbual-bual dengan kaum masing-masing. Masing-masing selesa dengan kaum masing-masing kerana TAK/KURANG selesa dengan kaum lain.
Dalam bab ini, Najib ambil pendekatan mudah dan selamat, "ikut apa rakyat mahu", yang mana semestinya kaum Cina menolak sistem satu aliran.
Najib tak berani, takut kena TKO PRU13. Banyak lagi yang Najib nampak "play safe". Jadi Najib kurang berani, kurang tegas, ikut perkembangan dan kehendak "rakyat" semasa, bukan ikut kepentingan semua kepentingan negara.
Jumlah pembaziran dalam audit negara hampir 20 billion. 2 laptop harga RM84,000. Saya tak nampak Najib akan ambil tindakan TEGAS DAN BERANI. Kerana takut kalah PRU13. Jadi, ini BUKAN berani kerana benar.
Nak jadi pemimpin bukan senang, tidak mudah. Ada kawan, ada lawan. Ada penasihat ke arah kebaikan, ada penasihat ke arah keburukan, pandai-pandai pemimpinlah menilai yang mana intan yang mana kaca.
Kalau pemimpin itu orang Islam, seelok-eloknya, ambillah penasihat,pembantu yang berumur 40 tahun ke atas, sudah berumahtangga, kaki masjid dan sudah mengerjakan haji.....
Wallahualam
Dato,
ReplyDelete1) Datuk Seri Najib tak payahlah nak buat 1Malaysia untuk satukan rakyat Malaysia sedangkan Ahli Parlimen dalam BN pun tak bersatu dalam Parlimen sehinggakan ada Ahli Parlimen UMNO dengan berlagak sombong maki-hamun Ahli Parlimen MCA dan Gerakan.
2) Konsep 1Malaysia sebenarnya cukup murni. Sebelum merdeka, rakyat lebih bersatu-padu daripada sekarang walaupun tak ada slogan 1Malaysia. Malangnya sungguh sehingga terpaksa memperkenalkan slogan seperti ini untuk minta rakyat lebih bersatu-padu dan bersemangat perpaduan.
3) Ada KPI atau tak ada pun sama sahaja. Tak nampak pun ada kesan. Malahan lebih teruk. Isu video Lingam ditamatkan dengan alasan tak ada bukti. Siapa mahu percaya?
4) Isu penyelewengan dalam laporan audit negara. Datuk Seri Najib tubuh pasukan khas untuk buat siasatan. Saya percaya belum habis disiasat, laporan audit tahun depan pun akan sama sahaja -berjuta-juta ringit akan songlap.
5) Perbuatan songlap-menyonglap sudah jadi amalan kita. Sebab itu ada KPI pun tak guna. Yang penting, pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sepatutnya lebih berani. Kita nampak SPRM hanya seekor harimau yang tidak ada taring.
6) Bumi Malaysia dianugerahkan Tuhan sebagai bumi yang menghijau dan kaya dengan sumber pertanian dan minyak. Negara kita sepatutnya telah menjadi negara yang kaya, maju berbanding sekarang.Pendapatan rakyat seharusnya telah jauh meningkat.
7) Sesungguhnya rasuah telah menjahanamkan segala usaha kerajaan dan rakyat selama ini. Rasuah adalah musuh No.1 negara kita. Kenapa Datuk Seri Najib tidak mahu buat KPI khas untuk rasuah sahaja? Biar ada nampak usaha untuk memeranginya secara serius dan habis-habisan.
8) Akibat rasuah,semua jabatan didapati melakukan penyelewengan. Wang rakyat dihabiskan begitu sahaja oleh pensonglap-pensonglap yang tidak berhati perut. Bagaimana sebuah negara boleh berjaya kalau perbuatan ini tidak dihentikan segera? Ketika itulah, minyak Petronas pun kering, kebajikan rakyat pun tetap tidak ubah-ubah. Yang kaya dan hidup mewah ialah pensonglap-pensonglap wang kerajaan hasil cukai daripada kerja keras rakyat jelata. Lebih terkilan, mereka ini bebas dengan sebebas-bebasnya tanpa dikenakan apa-apa hukuman. Apakah adil namanya?
Nobody cares about Gerakan, MIC, PPP ministers/deputy anymore. Hishamuddin still talks like a youth leader. Tee Keat and Tiong Lai spend more time on party matters. Yen Yen never have plans to clean up dirty tourist spots. Zahid only talks about new military hardware. Shabery executed the money wasting mini olimpics games. KJ's credibility is long gone, so is Ali Rustam's, so is UMNO Youth's. UMNO Terengganu still fight each other. Who in the govt is listening the AG's same old, same old report? KTM Komuter is still not on schedule. LRT still with faulty aircond. Potholes, rubbish, crime.....warlords...
ReplyDeleteBN component parties must do away with delegate voting system. Introduce direct voting to get rid of warlordism in BN.
Najib must also clean up the civil service before the next GE. In a 2 party system, its a zero sum game. A weaker BN means a stronger PR, regardless of what PR can or can't do.
Windtalker
Dato, it would interesting to know what the answers to your KPI questions would be if a simple YES/NO survey is conducted either on your blog or facebook.
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteMemang tepat hujah-hujah dalam makalah, dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenarnya. Selalunya di kebanyakan negara-negara yang maju sekali pun tak ada amalan KPI yang distrukturkan seperti kita buat baru-baru ini. Sebaliknya Perdana Menteri senantiasa menilai kelakonan anggota-anggota Kabinetnya berterusan,sementara Perdana Menteri pula dinilai oleh rakyat.Dan saya amat setuju dalam menilai perdana menteri, rakyat tidak akan bersikap teknikal, tapi menilai perubahan yang bermakna bagi mereka
Najib is in the right direction.He seems to be very focus in his actions. All his statements have substance and it is a matter of time we will see things will improve for the better. At this juncture it is rather not timely to assess the results of his actions. I will give him another one year to KPI him which I think is fair. You can only assess somebody's performance after a year from the time the objective is set. That's the basic criterior for any organization be it in the corporate or public sector.
ReplyDeleteLets assess him after the next budget. This is the right time to determine whether he is successful in his economic plan for the year.
I would rather KPI him on the economic aspect rather than politics.
Tok Kadiaq
ReplyDeleteKalu bab KPI ni keluaq minggu lepas,
memang banyak saya nak komplen.
Tup tup ada pengemuman pasai national automotive policy.lega la sikit pasai industri ni dok kais cari makan.
Saya tak nampak sangat bab rakyat di dahulu kan dalam polisi tapi dalam hati saya lega.Lupa habih bab nak marah semua.
Memang dah jenih orang kampung macam saya kot,bila orang tak tolong 9 kali,tapi kali ke 10 dia tolong,dia lah yg paling baguih.
Bila dah tolong 9 kali tapi yg ke 10 dia tak tolong,saya naik angin lupa semua jasa lama.
Secara peribadi kalu zaman Pak Lah makin hari makin terkambuih,la ni baguih la sikit.
Apa depa nak buat dgn RM 100 juta projek PERMATA?budak ulu yang pi sekolah mengantuk tak cukup vitamin boleh tengok kot jauh saja la kot!
PENNY WISE POUND STUPID.
kepada yg merungut yg menagatakan yang hidup mereka tidak berubah semasa pemerintahan najib atau sesiapa pun cubalah tanya diri sendiri perlukah orang lain yang mengubah hidup kamu?kamu haruslah mahu mengubah diri sendiri dari bergantung harap pada orang lain.
ReplyDeletequote"Saya sendiri sudah bosan dengan janji manis dan sikap sambil lewa pemerintah terhadap pendedahan Ketua Audit Negara tahun demi tahun."unquote
ReplyDeleteSekurang kurang nya Dato'masih mau mendengar atau bahasa mudahnya mau ambil tahu atau masih ada menaroh harapan,kepada janji janji itu.
Kami rakyat biasa nie Tok.,dah lama membuang jauh dari sudut hati kami.,tentang perkara itu.,dgn maksud tak mau ambil pusing lagi.,apa yang mereka(Pemimpin)katakan ,janjikan,kerana telinga kami sudah jadi lali dan tuli,dek kesibukan mencari rezki,pagi petang siang malan demi sesuap dua nasi untuk keluarga kami.
Malah kalau Allah tidak mensyaratkan Sembahyang itu wajib.,rasa nya sembahyang pon kami tak lakukan demi mengejar waktu untuk itu(cari makan).
Jgn maree Tok.
dato
ReplyDeletemaaf cakap, so far saya nampak najib tah apa-apa sikit.
1) 1malaysia tapi bukan 1sekolah. Dia kata mesti kena dengar kata rakyat. Tapi dia ada dengarke ata rakyat yang nak PPMSI diteruskan? Pastu, kenapa kerajaan tak mulakan referendum untuk isu ni?
2) RM50 service charge kad kredit. Dia kata RM50 apala sangat. Bagi dia memangla. Bagi saya dan beribu orang lagi, RM50 tu besar. Boleh beli susu anak, pampers, lepasla jugak bil klinik sekali.
3)Old car policy. Orang yang pakai kereta lama pasal takde duit nak beli kereta baru. Yang dia suruh check kereta lama ke Puspakom tu, bukan nak suruh rakyat kena keluar duit lagi ker? Kenapa tak disubsidikan aje?
Orang yg berpendapatan RM3000 sebulan kebawah takde dapt enjoy kenaikan exemption RM1000 tu. Tapi mereka kena tambah perbelanjaan tahunan kalau mereka ada 4 kad kredit dan pakai kereta atas usia 15 tahun.
Camner la nak orang sokong BN kalau macam ni?
Salam dato,
ReplyDeleteSaya KPI PM..fail(tak pass) sejak janji KPI... kalau tak silap janji 6 bulan.
1. Kabinetnya ada menteri yang tak perlu ada lagi..ie Murugiah, TKSoon,OTK sebab dah dikategorikan dah tak perlu kat kabinet lagi...
dah melebihi tarikh lupus.
2. PM tak audit bajet dia dulu sebelum dibentangkan...bajet sebenar mesti ada maklumat harta, liabiliti,hutang negara,
etc.....
3.Cukai kad kredit itu tak perlu, sebab kerajaan dah cukai keatas bank dah...dah tu ramai yang kena
bayar annual fee kat bank tu juga.
PM KENA INGAT KAD KREDIT NI BUKAN LUXURY..tapi satu keperluan untuk
rakyat dikurun 20an, kini dah kurun 21 dah,tak kan dia tak tau kut...
4.GST akan dikenakan kalau tak tahun depan,tahun 2012 lah tu..kalau begitu lagi tidak perlu cukai kad kredit ni, cukai kad kredit ni mengundang kebencian rakyat yang sepatutnya dikurangi...tak berbaloi dengan pendapatan kerajaan..NI TEKAN RAKYAT kalau pun tak sembelih.
Kalau harga petrol dan disel naik, harga beras,minyak masak,gula dan tepung naik lagi memuncak kemarahan rakyat...KEMARAHAN RAKYAT KENA KPI JUGA.
3.PM TAK DAPAT TUNJUK SATU BUKTI FIZIKAL pencapaian beliau sejak dipilh jadi PM...bukti fizikal yang hilang ada laa,titi runtuh,bumbung runtuh,bas tak cukup, kesesakan lalu lintas yang semakin teruk..
4.PM tidak menjawap dengan physical evidence tentang IKS,SME bank,kontraktor bumiputra yang senget,tercungap lemas,dah muflis pun ada...
5.TIADA CONVINCING EVIDENCE kerajaan ini lebih baik dikalangan pelabur luar kalau FDI tahun ini
dalam 4 bilion saja, dah bulan NOVEMBER DAH NI..
6.Paling merunsingkan kat mana Malaysia dikalangan negara perniagaan utama didunia,negara yang jadi pilihan pelaburan luar negara,negara yang taraf competitiveness nya..dah tak bolih ingat lagi sebab dok turun
dan turun lagi dari senarai yang ada setiap tahun...
7.KENAPA BANYAK SANGAT GAMBAR BESAR-BESAR PM dengan MB,KM dan dimerata tempat??.... SEMUA ORANG KENAL PM,KM,MB...pasai apa membazir duit buat gambar poster besar dimerata tempat??.
8. Kalau saya cadangkan isteri PM pakai tudung kepala bolih tak?. Akan nampak lebih baik untuknya, baik untuk PM dan malaysia juga... sebab beliau adalah isteri PM sekarang.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam,
ReplyDeleteSaya tak faham macamana Najib boleh beri peruntukan RM100 juta untuk projek Permata Negara yang dimulakan oleh Rosmah, isterinya. Apakah sebenarnya projek Permata Negara dan kenapa ia diberi peruntukan begitu banyak? Adakah Permata Negara ini satu projek pusat asuhan awam/percuma untuk pendidikan kanak-kanak pra sekolah yang berupa institusi rasmi kerajaan? Atau adakah ia satu program taman asuhan ala franchise yang dianjurkan Rosmah? Orang lain nak pinjam Tekun RM5 ribu pun kena tunggu berbulan-bulan, isteri PM senang-senang dapat peruntukan RM100 juta! Saya dah tengok laman web Permata Negara, tapi tak faham. Harap ada orang boleh beri penjelasan...
http://www.semasa.net
Dan kenapa pula cukai pendapatan Wilayah Iskandar cuma 15% berbanding kadar penuh di seluruh negara? Singapura mintak ke?
ReplyDeleteNajib sebenarnya cuma menyambung dan melebarkan kerosakan yang dimulakan Paklah. Sangat mengecewakan. Anak cucu kita nanti bakal menyumpah seranah 2 orang PM ni.
Negara Palestin diserah kepada Yahudi oleh penjajahnya. Wilayah Malaysia diserahkan kepada Singapura dengan gahnya oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri. Kelam kabut buatkan infrastruktur mega, bagi CCTV sepenuhnya dan diskaun cukai. Apa ni?!
Jemput kongsi keresahan saya mengenai WPI di http://www.semasa.net
Mengapa kita mesti KPI Najib sahaja. Kita harus fikirkan untuk KPI pemimpin parti pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Kit Siang dan kerajaan yang di perintah oleh Pakatan. KPIkan juga Khalid, Nik Aziz, Azizan dan Eng Guan. Kita tidak harus berat sebelah. Mereka pun ada tanggong jawab terhadap rakyat.
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteDengan izin
Salam Saudara Aziz Salleh
Satu pandangan yang menarik.
Teringat saya poll yang dilancarkan oleh TDM tentang penggunaan BI untuk Sains dan Matematik sebelum ini di blog beliau. Rata-rata pelawat blog bersetuju dengan penggunaan BI. Malangnya yang bersetuju ini besar kemungkinan dari golongan kelas pertengahan ke atas (atau paling tidak pun mereka yang mendapat access internet di pejabat/rumah). Poll beliau tidak mengambil kira pandangan majoriti rakyat yang lain.
Dari tulisan pelawat-pelawat di blog ini pun kita dapat lihat walaupun rata-rata memberi gred rendah kepada Najib, hakikatnya masing-masing melihat dan menilai beliau dari pelbagai sudut.
Jikalau Dato' AKJ merekacipta soalselidik bagi menilai kepimpinan Najib serta polisinya, belum tentu jawapan yang ditanda bakal mempunyai validity dan credibility yang tinggi. Bukan semua arif tentang polisi-polisi dan perjalanan mereka.
Still, we would get some inkling or idea on how the bloggers here feel about Najib's performance walaupun tidak tepat & jitu.
Betcha the results wouldn't be a surprise...
Melati
dato, kenapa kita perlu sehingga 2 orang menteri untuk handle kpi ? dato idris jala dan tan sri koh tsu koon. adakah ini menandakan Tan Sri dr Koh Tsu koon tidak cukup 'fit' untuk jawatan ini dan kehadirannya lebih kepada mengambil hati kaum cina di pulau pinang
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteA. Berdasarkan soalan-soalan Dato' tersebut, saya menggunakan sekala markah 1 hingga 10 bagi menilai KPI SEMASA PM dan SEBELUMNYA seperti di bawah:
a)SOALAN ABSTRAK/KONSEPTUAL:
1. Adakah mereka berasa Malaysia lebih berSATU sekarang daripada sebelum Mohd Najib memperkenalkan 1Malaysia?
MARKAH SEBELUMNYA: 3/10
MARKAH SEMASA: 3/10
2. Adakah mereka berasa mereka didahulukan oleh PM dan jentera pentadbiran beliau?
MARKAH SEBELUMNYA: 6/10
MARKAH SEMASA: 6/10
3. Adakah mereka berasa kebajikan mereka semakin baik kerana pencapaian jentera pentadbiran semakin meningkat?
MARKAH SEBELUMYA: 7/10
MARKAH SEMASA: 7/10
B) SOALAN FAKTUAL:
I. Adakah mereka berasa lebih mesra atau kurang mesra dengan sesama rakyat jelata yang berlainan agama dan bangsa?
MARKAH SEBELUMYA: 3/10
MARKAH SEMASA: 3/10
II. Adakah mereka berasa lebih selamat dan terhindar daripada menjadi mangsa jenayah?
MARKAH SEBELUMYA: 6/10
MARKAH SEMASA: 7/10
III. Adakah mereka menjadi lebih senang atau susah akibat pergerakan harga barangan dan perkhidmatan?
MARKAH SEBELUMNYA: 5/10
MARKAH SEMASA: 4/10
IV. Adakah pendapatan mereka meningkat atau berkurangan?
MARKAH SEBELUMYA: 6/10
MARKAH SEMASA: 3/10
V. Adakah lebih mudah atau lebih susah untuk mendapat pekerjaan?
MARKAH SEBELUMYA: 6/10
MARKAH SEMASA: 4/10
VI. Adakah lebih mudah atau lebih susah mendapatkan tempat di IPT serta bantuan kewangan untuk anak-anak? MARKAH SEBELUMNYA: 7/10
MARKAH SEMASA: 9/10
VII. Adakah lebih mudah atau susah mendapat lesen perniagaan, bantuan modal daripada agensi awam dan sistem perbankan serta bayaran daripada kerajaan? dan
MARKAH SEBELUMNYA: 4/10
MARKAH SEMASA: 4/10
VIII. Adalah persekitaran mereka lebih bersih atau lebih kotor daripada sebelum Mohd Najib menjadi PM?
MARKAH SEBELUNYA: 7/10
MARKAH SEMASA: 6/10
Macam mana nak percaya task force siasatan pasal hasil audit? Yang lain pun belum selesai.
ReplyDeleteDah berapa lama stadium di Terengganu runtuh? Saya balik raya hari tu, masih lagi belum berusik langsung. Kata orang JKR, tunggu selesai siasatan baru boleh bagi "clear" dan/atau buat baru!
Sebelah airport pulak tu! Naik kapalterbang, bila nampak ada runtuhan stadium, "ooooooo, dah sampai KT dah......."
Hari ni MACC kata nak dakwa kiri kanan. Audit kata RM20 billion dibazirkan. Kalau betul MACC bersungguh (bukan susah MACC nak minta Bank Negara supply butiran transaksi wang), dakwa saja dan beku harta mereka, saya percaya RM20 billion tu boleh dapat balik paling kurang 70%.
RM20 billion, boleh bagi berapa orng biasiswa? Boleh tampung berapa tahun Perlis punya bajet? Berapa tahun punya royalti minyak untuk Terengganu tu? Boleh bina berapa universiti? BOLEH TAKOVER TOLL HIGHWAY TU!
P/S memang dari dulu, bila kerajaan tak cukup duit, poket orang kebanyakan akan kena cekau dulu. Jangan la buat-buat terkejut pulak!
Fed Up!
Salam Dato'
ReplyDeleteSdr kata, "KPI Najib, saya tengok banyak slogan,retorik politik daripada pelaksanaan yang cekap, tegas dan berkesan."
Saya kata, berslogan dan beretorika, mengadakan konsep, dasar, gagasan dan sepertinya merupakan peranan dan tanggungjawab di bawah ruang lingkup jagaan golongan kemanusian/humanities seperti sdr- ahli sains politik (dianggap meliputi ahli politik), sains sosial, ekonomi, undang2, sejarah, agama dsb. Ini, sekiranya, sdr mengkajinya dari sudut konsep dan ciri2 pengurusan organisasi moden yang diperkenalkan oleh sarjana Barat.
Manakala aspek pelaksanaan merupakan peranan dan tanggungjawab di bawah ruang lingkup jagaan golongan teknikal - jururancang, arkitek, jurukur bahan, jurunilai, jurutera dsb dan golongan sains -doktor, ahli sains, farmasi dsb atau, dari sudut dasar awam, golongan yang dipertanggungjawabkan menterjemahkan dasar awam (dianggap meliputi slogan, konsep dan gagasan di atas) yang diketengahkan oleh golongan pembuat dasar iaitu ahli politik pemerintah kepada realiti.
saya kutip cakap cakap orang ramai mengenai Najib sebagai perdana menteri.
ReplyDeleteOrang makan gaji berkata baik Tun Pak Lah berbanding Najib.
Zaman Pak Lah dapat setengah bulan gaji, manakala zaman najib dapat 250 sahaja.
Rakyat yang memiliki kereta lama 15 tahun keatas merasa sangat tertekan dengan kaedah baru bahawa kereta mereka akan dihantar ke puspakom setiap kali hendak membaharu culai jalan.
Dahlah ansuran body nombor satu yang barat kerana mahal berbanding sebelum ini.
Mereka yang memiliki motosikal pula bersungut, miskipun cukai jalan RM2.00 tapi ansuran body samapi RM198.00 bagi motosikal 125 cc RM154 bagi motorsikal berkapasiti 100 cc.
Perniaga merasa sangat sungguh apabila muncul paya raya pasar raya besar,kerana harga barang lebih murah.
Kontrkator merungut kerana amalan jual tender yang dilakukan oleh kerajaan macam suatu yang wajib. Mereka terpaksa habiskan wang tapi belum tentu dapat, kerana orang nombor satu belum tentu dapat tender itu jika wang yang diberi lebih rendah dari orang nombor 20.
Orang miskin yang sokong kerajaan rasa lega kerana kerajaan akan memberi beras percuma.
Tapi mereka yang sokong pembangkang merasa kecewa kerana sumbang beras percuma itu hanya terhad kepada penyokong kerajaan sahaja sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini.
setakat ini dahulu, sekian terima kasih.
Tulisan saudara ab, santai,jelas dan padu. Saya cukup setuju.
ReplyDeleteTulisan saudara LinLiani, serius, juga jelas dan padu. Saya cukup setuju.
Yang menarik soalan Aziz Salleh, harap Dato' tiada keberatan untuk jawapnya!
haha kalau datuk adakan poll di blog datuk seperti yg disarankan oleh saudara aziz salleh sudah pasti blog datuk jadi bahan panas dalam media perdana seperti blog mca beberapa bulan yg lalu atas sebab2 yg tidak memihak golongan di putrajaya.
ReplyDeleteyg paling lucu blog kdn dimana selepas undian yg tidak memihak kerajaan selama beberapa minggu tiba2 saja dalam satu hari undian berubah memihak kerajaan setelah heboh diperkatakan dlm media. lucu betul.
saya tak pikir datuk berani mengadakan poll seperti itu di blog datuk atas sebab2 yg obvious. silap haribulan blog datuk kena ban haha
Dato'
ReplyDeleteDah berkeron (berkurun) cerita bab lapuran audit ni. Kalau Najib tak bertindak, awat kita tak bertindak. Undi la parti lain. Parti yg belum pernah dapat memerintah persekutuan. Kita pun belum tahu, hanya media lapuk saja dok burukkan parti alternatif ni. Ini hukuman yang ada pada hakim rakyat untuk mempertahankan tanahair dari dibangkrapkan oleh parti pemerintah sekarang.
Kalau tak keluaq dalam lapuran audit pun, takkan dato' tak tau cerita sebenar kelaku YB2 UMNO kita? Agak2 dalam Alphard dari Kedah ke KL, kereta yg ada lambang Ahli Parlimen ni, depa dok bersembang pasai nak membangunkan negara, agama ke atau pasai projek.
Mesti dato' tau. Awat dok pretend seolah mcm taktau?
Salam langit biru
ReplyDelete(Komen ulangan untuk sdr sebenarnya)
Sdr kata, "KPI Najib, saya tengok banyak slogan,retorik politik daripada pelaksanaan yang cekap, tegas dan berkesan."
Saya kata, berslogan dan beretorika, mengadakan konsep, dasar, gagasan dan sepertinya merupakan peranan dan tanggungjawab di bawah ruang lingkup jagaan golongan kemanusian/humanities seperti sdr- ahli sains politik (dianggap meliputi ahli politik), sains sosial, ekonomi, undang2, sejarah, agama dsb. Ini, sekiranya, sdr mengkajinya dari sudut konsep dan ciri2 pengurusan organisasi moden yang diperkenalkan oleh sarjana Barat.
Manakala aspek pelaksanaan merupakan peranan dan tanggungjawab di bawah ruang lingkup jagaan golongan teknikal - jururancang, arkitek, jurukur bahan, jurunilai, jurutera dsb dan golongan sains -doktor, ahli sains, farmasi dsb atau, dari sudut dasar awam, golongan yang dipertanggungjawabkan menterjemahkan dasar awam (dianggap meliputi slogan, konsep dan gagasan di atas) yang diketengahkan oleh golongan pembuat dasar iaitu ahli politik pemerintah kepada realiti yang diingini oleh pembuat dasar.
1:29 AM
Sdr langit biru dan abdullahngah
ReplyDeleteUntuk memberikan contoh bagaimana golongan teknikal menterjemahkan dasar awam kepada realiti yang diinginkan oleh pembuat dasar yang meliputi tanggungjawabnya memperbaiki aspek pelaksanaan dasar awam yang menimbulkan tanda tanya/masalah kepada rakyat yang meliputi golongan kontrakor seperti yang ditimbulkan dalam komen sdr absullahngah yang dipetik seperti berikut:
" Kontraktor merungut kerana amalan jual tender yang dilakukan oleh kerajaan macam suatu yang wajib. Mereka terpaksa habiskan wang tapi belum tentu dapat, kerana orang nombor satu belum tentu dapat tender itu jika wang yang diberi lebih rendah dari orang nombor 20."
Golongan teknikal di kalangan kakitangan dijabatan2 dan agensi2 pelaksana projek kerajaan dan GLC membabitkan JKR, FELDA,TNB dsb perlu meninggalkan kontrak pembinaan konvensional/Barat jenis Price-in-advance atau maksud muamalat Islamnya kontrak pembinaan al Istisnaa'/ Tempahan Islam yang disukainya dan berpindah kepada penggunaan kontrak pembinaan konvensional/Barat jenis Cost Reimbursement atau maksud muamalat Islamnya kontrak pembinaan al Ijarah/Upahan Islam atas hujah bahawa, penggunaan kontrak pembinaan Cost Reimbursement melibatkan bentuk Management Contract,khasnya mampu mengatasi secara berkesan dan profesional mengenai amalan jual tender yang ditimbulkan oleh sdr abdullahngah di atas, berbanding dengan penggunaan kontrak jenis Price-in-advance bentuk Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build iaitu kontrak pembinaan yang disukai oleh kakitangan teknikal di jabatan/agensi pelaksana projek kerajaan.
Salam Dato'.
ReplyDeleteSifat bertanggungjawab tak tinggi dalam diri. Kalau dah tak mampu nak memimpin letak jawatan. Jangan tunggu sampai punah baru nak letak jawatan.Tak salah letak jawatan awal.
Malik Kelang
KPI ni kita kena tengok dari sudut sebelah mana.
ReplyDeleteKalau dari sebelah 2x5, kroni anak menantu dan sekarang tambah 'bini', penyamun, penyangak, pelahap nampaknya KPI PM 100%...
Tahap kehidupan keluarga tidak ditentukan oleh Najib tetapi rakyat sendiri menentukannya. Najib mendahulukan bininya, itu mungkin maksud mendahulukan rakyat sebab bini dia pun rakyat biasa, bukan ada jawatan Menteri walaupun bergaya mengalah Menteri.
KPI Najib mencerminkan KPI PM dan juga Presden UMNO, sekarang cakap dah mula tinggi, dah mula sombong walaupun baru menang sekali pilihanraya kecil. Suara rakyat melalui ahli parlimen Sri Gading dibakulsampahkannya, sebab itu kuasa dia..
Najib jadi PM dan Presiden UMNO lebih melalui pintu belakang, atas dasar peralihan..bukan secara pilihan mutlak.
Assalamualaikum Dato'
ReplyDelete100% saya setuju dengan persoalan yang Dato' rungkaikan. Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh pertikaikan semasa PM Najib memerintah..... saya rasa hanya konsep yang ditekankan tetapi keberkesanan perlasanaan perkara2 wajib masih berkurangan. Insaflah... The Peoples Power...
Ikmal
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDelete1. Bagaimana kita hendak “mengKPIkan” PM sekarang bila mana pengumuman ke atas KPI yang dibuat pada bulan April telah berganjak kepada NKRA yang diumumkan pada bulan Julai?
2. KPI yang pada asalnya hendak menilai prestasi kesemua menteri-menteri sudah bertukar kepada NKRA yang menumpukan hanya kepada enam “lead” menteri. Adakah enam “lead” menteri ini sahaja yang akan mempunyai KPI? Tiada KPI kah untuk menteri-menteri yang lain?
3. Jika Bajet 2010 dikatakan sebagai memberi penekanan kepada usaha-uasaha mencapai NKRA dengan peruntukan-peruntukan khusus untuk setiap NKRA tersebut, bukankah ianya boleh dilihat sebagai “menghulurkan bantuan” kepada enam “lead” menteri tersebut untuk memastikan KPI mereka selamat?
4. Atau, adakah ianya boleh dikatakan bahawa keenam-enam “lead” menteri tersebut mempunyai “sand bag” yang kuat mempengaruhi penyiapan bajet?
5. Namun, apa pula kisahnya kepada Ong Tee Keat yang diwar-warkan menjaga salah satu NKRA tersebut?
6. Justeru, adakah selamat untuk kita mengatakan bahawa KPI untuk menteri-menteri yang lain sememangnya tidak akan diujudkan; bahawa ianya adalah satu “hype” sahaja pada asalnya?
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Buat Langit Biru dan Mr Fed Up.. Bukan 20 billion tapi RM28 billion yang terlebih bayar kat supplier/ vendor and contractor... MACC kata AKAN SIASAT... Yang kes 2007, 2006 dah siasat ke belum.. Hari ini dengan bangganya MACC dakwa puak BN and PR yang salah guna wang dalam RM10,000.00. Wow efficient nya... Ikan bilis di ngap... yang berbillion buat kerja mcm siput...
ReplyDeleteBelum habis pasal skandal PKFZ, projek KTMB Double Track Rawang IPOH also terlebih bayar RM2 billion.... hamlau betul... My tax money going into the drain...
KPI Najib and menteri lain markah dia less than 3 from skala 10..
Assalmualaikum Dato',
ReplyDelete1. Memang kalau kita nak menilai PM DS Najib, banyak faktor yang perlu diambil kira. Slogan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan" juga perlu dibuat analisa satu persatu seperti yang Dato' bentangkan.
2. Selain dari itu, gagasan "Satu Malaysia" juga perlu dinilai dari pemahaman, keberkesannya serta apakah usaha2 yang telah digerakkan bagi merealisasikan gagasan yang murni ini.
3. Saya belum mahu menilai KPI PM secara keseluruhannya. Buat masa ini saya hanya terpanggil untuk memberi komen mengenai gagasan "Satu Malaysia" sahaja. Apa yang dapat kita perhatikan setakat ini ialah ia hanya berkisar kepada soal kosmetik sahaja. Soal pesta, soal majlis jamuan makan dan berbagai-bagai lagi "Satu Malaysia" yang kebanyakan rakyat fahamkan. Tidak ada satu pun yang benar2 menuju ke arah mewujud "Satu Malaysia" yang kita mahukan.
4. Saya cukup bersetuju dengan cadangan yang dilemparkan oleh Tan Sri Prof. Khoo Kay Khim mengenai sekolah Satu Aliran. Malah cadangan ini pernah dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir tidak lama dulu. Tidak dapat dinafikan bahawa satu pendekatan yang paling efektif ke arah mengujud Satu Malaysia ialah dengan ia dimulakan di peringkat Sekolah lagi. Jadi mengujudkan Sekolah Satu Aliran ini akan mempercepat dan memudahkan kita mencapai matlamat gagasan ini.
5. Malang sekali awal2 lagi MIC dan MCA membantahnya. Seperti kata Mantan PM, orang Cina dan orang India nampaknya tidak suka anak2 mereka bercampur gaul dengan anak Melayu. Kalau benar pemimpin2 kita ini jujur menyokong gagasan Satu Malaysia yang diilhamkan oleh PM DS Najib seperti yang mereka laungkan, maka mereka sepatutnya berani dan mempunyai politcal will yang kuat bagi menyokong Sekolah Satu Aliran ini. Buat apa hanya sokong mengadakan majlis hiburan dan jamuan Satu Malaysia sahaja.
6. Lebih2 lagi PM DS Najib perlu mempunyai keberanian politik untuk memulakan proses menyatukan Malaysia ini dari peringkat sekolah lagi melalui Sekolah Satu Aliran. Tidak perlulah PM tunggu sokongan seluruh rakyat untuk merealisasikan gagasan ini. Lambat laung "end will justify the mean". Rakyat akhirnya pasti akan menyokong usaha ini juga.
Apa ni Dato'
ReplyDeleteKami nak tau penilaian dari diri Dato' seperti yang Dato' janjikan.
Soalan-soalan tu kalau kami jawab pun, bukan boleh kemana-mana. Tapi penilaian Dato' tu akan menyedarkan PM sendiri, sbb dia asyik letak KPI dekat semua orang, tapi tak dak sapa pun yang jaga KPI dia.
At least, boleh juga dia sedar sebelum terlambat, sebelum dihukum dan akhirnya, rakyat juga yang jadi mangsa.
Dia dok mcm tu juga, yang hilang mungkin kuasa, tapi harta dah berjela-jela. Tengok macam Pak Lah, tak dak susah apa pun. Tapi rakyat? Hmmm, makin hari makin tertekan!
So Dato', please tunaikan janji dan BERANI kerana benar demi Agama, Bangsa dan Negara.
sekolah satu aliran adalah jawapan untuk perpaduan. dan kalau nakkan bahasa dan agama masing2 hantar sekolah tambahan seperti hantar anak sekolah agama rakyat, dekat sekolah satu aliran hanya tumpukan tentang akedamik sahaja tak payah mata pelajaran agama.
ReplyDeletemohdpaizal
To Be Malaysian, We Must Go To The Same School - Tun Dr Mahathir
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- To become a Malaysian, one must at least go to the same school, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said a single stream school was an ideal system practised by other countries in the world.
"Well, I think that is an ideal system...no country in the world has got three streams...none...all the countries in the world have got only one stream each based on their own language.
"You can have some schools (of other stream) but the general education must be in one stream," he told reporters after launching Rhythm of the 21st Century - Monologues of Raja Shahriman which showcased the latest artworks of Malaysia's contemporary sculptor Raja Shahriman Raja Aziddin at Galeri Petronas, here Tuesday.
However, Dr Mahathir said in this country, you could not even talk about it because the Chinese educationists were very vehement that their children must be like Chinese.
"The Chinese educationists do not even want Chinese children to be near Malay children.. they mustn't get into contact with Malay children... that is why they rejected our vision school," he said.
However, he said it was bad to remain completely separate to the point where you did not allow your children to mix with other children of other races.
"We are very free, we allow you to retain your name, you culture, your religion but to be a malaysian, we must at least go to the same school," he said.
comment:
Upgrade the quality of govt. schools especially in the teaching of English and Mathematics. The govt. must ensure that students in govt. schools are much more marketable than in the Chinese or Tamil schools.
I am sure the Chinese and Indian parents have no choice but to send their children to better govt. schools for the sake of their childrens future well being.
It boils down to quality and economics.
Presently, I think govt. schools have been "hijacked" as if the schools are now like Islamic religious schools. That is why the non-Muslim parents are reluctant to send their children to national schools.
The govt. must change this perception among non-Muslim parents in order to make them comfortable to ensure that their children are not being indoctrinated by Islamic teaching and Islamic environment in schools.
This is a fact that is happening particularly in rural schools.
dato'
ReplyDeleteadakah kita menilai seseorang dengan sekali berjumpa??
Saya ingin mengingatkan yang zaman 1. Tun mula2 menjadi PM, semua rakyat seperti tidak yakin dan timbul isu paksaan perletakan jawatan Tun Hussin Onn. "buy British Last" dijadikan bahan jenaka. Proton diperli "jarum pun tak mampu buat... Ahkirnya Tun berjaya membawa negara ke satu tahap yang ada sekarang. "Penerapan nilai-nilai islam" masih digunapakai.... Berapa KPI dari mata orang UMNO dan berapa KPI dari mata PR???
2. Diawal pemerintahan Paklah, semua orang puji dan tunduk kepada kelembutan PakLah. Beliau memulakan projek Wilayah2 yang berbillion ringgit. Akhirnya paklah juga yang lembik. Islah hadharinya di perolokkan. dan lebih teruk meninggalkan seorang waris yang macam darai.
Berapa KPI dari mata orang UMNO dan berapa KPI dari mata PR???
3. DSN bermula dengan agak perlahan. Popularitinya agak tenggelam. Kita masih tertunggu-tunggu sesuatu yang terkesan oleh DSN. Yang kita pasti "1MALAYSIA-rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" telah diwar-warkan. Namun kita belum nampak sesuatu kearaah itu. sedar atau tidak yang sebenarnya tenaga penggerak dasar adalah kakitangan kerajaan yang rata2nya sudah menjadi pembangkang. DSN perlu sedar dasar Auomotif Negara yang baru ini amat dibenci rakyat. Sebenarnya setiap kupang/sen yang dibelanjakan rakyat perlu dikaji. Akhirnya...DSN perlu sendiri pilih jalan TUN MM atau TUN AB....
Berapa KPI dari mata orang UMNO dan berapa KPI dari mata PR ATAU nilai KPI dari rakyat malaysia?????
..dah tu...agak-agak Lim Kit Siang atau anaknye tu, bagus ke kalau dilantik jadi PM Malaysia...
ReplyDelete..kepada penyokong pembangkang..teruskan mengundi Pakatan Rakyat..kalau nak tengok PM Malaysia berbilang bangsa!
..harap saya dah mati masa tu!
..agak2nye..bila le dapat tengok anwar berpidato kat court tu..tak sabar lah..23hb?
..Tahniah The Scribe..PM sendirik pun tak terlepas dari perhatian you..
p/s - memang respect you dari dulu...
Dato'.
ReplyDeleteSaya bersetuju dgan pendapat dato bahawa pendakwaan politician bn dan pr boleh meningkatkan kpi pm. Tapi ianya perlulah dilihat berterusan sehingga ke tahap membudayakan penangkapan mereka2 yag membuat salah laku.
Kebocoran di dalam pengurusan kewangan negara adalah satu benda yg serius yang perlu ditangani dgn rapid dan konsisten.
Di sampng pendakwaan, instrumen pemantauan dan pengrusan beretika perlu diperkemaskan. Bagi saya pemantauan dan pengurusan yg cekap lebih penting kerana lubang2 salah laku sudah2 ditutup dari awal sblm sempat dimanipulasi oleh mereka dari pelbagai peringkat pengurusan.
Pak Belalang,
ReplyDeleteI fully agree with you. My dad told me that in the 50s and 60s, most chinese and indian parents sent their children to govt schools. Mandarin was hardly used. The tide of change took place in the 70s and 80s. It is not that the non malay parents do not want their children to mix with the malay students. They actually do not want their children to mix with the teachers.
Windtalker
Terimakasih Saudara Saji, Abikshan.
ReplyDeleteSaya nyatakan, KPI Najib, saya tengok banyak slogan,retorik politik daripada pelaksanaan yang cekap, tegas dan berkesan.
Bermaksud di sana ada 2 badan paling penting iaitu Badan pembuat dasar, dan badan pelaksana. Satu lagi badan yang amat penting adalah badan kehakiman.
Hari ini, ketiga-tiga badan utama kerajaan ini sudah tidak berfungsi dengan baik dan lancar, kerana minyak pelincirnya sudah jadi hitam legam pekat kerana "Virus Rasuah Halal" yang menjadi-jadi diluar kawalan.
Badan Pembuat Dasar tentulah dari ahli politik yang dipilih rakyat. Akan tetapi realiti sebenar perancangan/pemikiran dasar datang dari "ThinkTank PM", "penasihat-penasihat PM", ahli ahli YB cuma angkat tangan sokong lulus sebarang dasar yang dibentangkan oleh PM (masa pembentangan samada tidur atau langsung tak nampak batang hidung).
Badan Pelaksana tentulah kakitangan kerajaan. Saya masih yakin, masih ramai kakitangan kerajaan yang bekerja bersungguh-sungguh, rajin, dan ikhlas. Akan tetapi, 'virus rasuah halal" ini sudah nampak menjalar semakin jauh. Hakikatnya, inilah TULANG BELAKANG kerajaan. Samada BN memerintah, atau PR memerintah, tulang belakang ini tetap sama. Mungkin ada segelintir yang bertukar, seperti sekali bah sekali pantai berubah. Dan mereka amat terikat dengan kalimah keramat ciptaan pembuat dasar, "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Untuk Malaysia jadi lebih berjaya, badan ini perlu diberi lebih kepercayaan, lebih kuasa, lebih terbuka.
Badan kehakiman, ringkasan Linggam koree, koree,koree dah cukup untuk memberi justifikasi sejauh mana bebasnya badan ini.
Apa jua slogan dan retorik politik pembuat dasar, hanya semata-mata untuk mengabui mata rakyat yang sememangnya tidak celik. Bila Hadhari memerintah, seluruh media massa tulis menulis tak putus putus fasal hadhari. Bila 1Malaysia memerintah, sekali lagi seluruh media massa tak putus putus tulis pasal 1Malaysia.
AKAN TETAPI KEBOCORAN PERBENDAHARAAN KEWANGAN NEGARA TETAP BERLAKU, LAGI DAN LAGI BAHKAN DALAM SKALA YANG LEBIH BESAR.
...masih adakah sisa-sisa perjuangan pemimpin umno untuk agama,untuk bangsa,untuk negara?
Bukankah ini kalimah keramat UMNO, "DEMI UNTUK AGAMA,BANGSA,NEGARA".
Dato.
ReplyDeleteKPI untok Najib.
Saya ingat Dato tak usahlah nak buang masa memikirkan KPI untok Najib.Membuang masa dan mungkin kita akan dapat dosa kerana membuat fitnah dan mengatakan benda2 yang tidak betul'
Saya baru membaca satu tulisan Sheikh Muhammad Nazim Adil al Haqqani,Ketua Tarikat Naqshbandi.Dia berkata kita sabagai umat Islam perlu mengauditkan diri kita setiap akhir tahun,sama saperti Audit yang di jalankan oleh syarikat2.Dalam mengaudit diri kita,kita boleh tulis berapa kah kebajikan yang kita lakukan dalam tahun itu(i.e berapa banyak sedekah jariah kita buat,bagaimana kita melayan isteri dan anak2 kita,berapa banyak anak yatim yang kita tulong,Adakah kita meninggalkan sembayang,puasa,Zakat,Haji/umrah Dll).Kemudian kita tolak dengan berapa banyak kejahatan yang kita lakukan(i.e adakah kita minum arak,berzina,membuat fitnah,menipu,mencuri,makan rasuah,makan harta haram dll)
Setiap tahun kita tahu adakah Kebajikan kita lebeh atau kurang dari kejahatan yang kita buat.Jadi bila mati besok kita sudah tahu bagaimana timbangan kita di atas titi siratul mustakim.
Saya ingat tidak payah kita kita menyebok untok menyemak KPI orang lain.Sabagai orang Islam dan Najib juga saorang Islam ,ia mempunyai tanggongan kapada Allah lebeh besar.Dia juga akan di tanya apakah ia berlaku adil kaatas raayatnya.Ini merupakan satu tanggongan yang berat.Menjadi PM atau Menteri atau Menteri Besar bukan lah mudah.Kita akan di tanya bila mati kelak apakah yang kita lakukan kapada raayat jelata kita yang kita memerentah.
Saya berharap Rosmah jangan lah seronok sangat jadi isteri PM.Dia pun akan di tanya dan jika tidak boleh jawab,good luck.
Salam.
Dato'
ReplyDeletePakbelalang said;
"Mengapa kita mesti KPI Najib sahaja. Kita harus fikirkan untuk KPI pemimpin parti pembangkang"
Eh? Pakbelalang Ni Selalu "Off The Flight Path" atau hidup dalam khayalan....
Siapa memerintah Malaysia sekarang?
Joe Black
Salam editorsemasa.net
ReplyDeleteSatu cara sdr nak tahu mengapa projek Permata Rosmah diwujudkan dan mengapa ia memerlukan peruntukan kerajaan RM 100 juta ialah dengan mencari beberapa maklumat projek berikut:
1. Tanah tapak projek dari segi bagaimana tanah Rosmah perolehi, khasnya
2. Siapa juruperunding yang dilantik oleh Rosmah
atau jika ia membabitkan kontrak Design and Build dan jika ia dilantik secara rundingan terus, siapa kontraktor design and buildnya dan juruperunding untuk kontraktor tersebut.
Tok Kadiaq
ReplyDeleteBab tangkap menangkap,tuduh menuduh ni,Malaysia memang no 1 di dunia.
Mana ada negara dalam dunia yang PM ada orang kata bersubahat membunuh dan ketua pembangkang di tuduh kaki 'crawling'('merangkak'terma masa sekolah dulu).
Masa tangkap satu negara riuh rendah.Tup tup terlepas jugak.
Bila pikiaq balik, good business jadi ahli politik ni.Sapu kow kow,worst scenario pun, pi mai pi mai mahkamah,buat muka sekupang.last last takda bukti.
Yang ada bukti pun boleh menang undi.ghapla jingga betui.
UMNO..PKR..DAP..GERAKAN
RASUAH PAS KURANG MAKAN
Dato'..
ReplyDeleteSaya cuma minta kerajaan tengok satu aspek dulu.. 'put 1st thing 1st'..PENGANGKUTAN AWAM di bandar utama & antara bandar..
Tak perlu nak banding dengan negara European Union yg dah tentu hebat.. banding dengan China pun dah cukup..jauh meninggalkan sistem negara kita yg dah usang..sistem metro & keretapi kita ibarat cerita kartun purba mickey mouse pakai seluar 2 butang tu..
memalukan..kalaulah pak2 menteri tu buat lawatan ke negara orang, cubalah naik sistem metro, tren, bas, teksi etc. ..bukan setakat hidung kembang kempis naik kereta mewah & jet rasmi..di'escort' nenonenong kesana sini..PM Britain pun naik commercial airline je..hebat Malaysia ni..inilah semangat Malaysia Boleh..!
kalau masih tak rasa malu dan rasa bermaruah..ntah lah..tak tahulah kalau muka mmg setebal tembok China..yg rasa malu rakyat..lg satu tak payah la 'poyo' letak logo "world best airport" seolah-olah kita memang dah terlampau bagus sgt..kalo bagus diam2 je lah dan kekalkan berterusan baik..belanja propaganda pun kurang..tak payah naik cukai byk2..org datang mana2 negara bukan nak melawat airport pun, hanya utk urusan kemasukan je..ular menyusur akar tak hilang bisa..ular asyik panggung kepala, org tgk jadi "annoyed" dan rasa nak libas dgn buluh je bagi keok..
(",)
TEKANAN HIDUP RAKYAT..
ReplyDeleteKerajaan asyik memberi tekanan kpd rakyat marhain samaada secara lansung atau tidak lansungdgn tidak menyediakan PILIHAN..kalau nak marah rakyat undi pembangkang ibarat ludah kelangit lah..cermin lah muka hangpa..
Malaysia..kereta & minyak mahal..jalan sana sini jem w/pun bayar tol mahal..pengangkutan awam teruk dan teksi pula nak kapak orang saja.. kuasa membeli RM makin menyusut dibanding dgn 10-20thn dulu, gaji lebih kurang sama jugak..segala2 nak pakai duit..ibubapa kena kerja kerana pendapatan sorang saja tak mampu sara keluarga utk keperluan asas..anak2 terbiar tanpa perhatian & kasih sayang..hasilnya: masalah sosial..
Orang yang celik2 lahir dikalangan aristokrat moden mcm anak menteri faham ke? Kalau dia faham takkan tergamak nak suruh rakyat "ubah gaya hidup"..sila takrifkan apa itu "gaya hidup"?
..habis kalau tak faham buat apa berterusan canang temberang..utk tembolok politik?
Inilah dinamakan TEKANAN KERANA TIADA PILIHAN..susah sgt nak faham ke? Selamat datang ke dunia rakyat marhain Pak Menteri..ceh..jejak kaki pun taknak..faham konon..
(",)
Saya sudah lama menilai Datuk Seri Najib Razak.
ReplyDeleteSemasa menjadi menteri belia dan Sukan lagi.
banyak perkara tak kena dan hanyut entah kemana.
KOBENA yang punya harta sebanyak RM400 juta jadi muflis.
Buat itu dan ini pakai duit KOBENA, termasuk mengadakan perhimpunan belia dikelab sultan Sulaiman KL juga pakai duit KOBENA.
Apa tah lagi apabila dilantik jadi perdana menteri. naik tocanglah dia. Pelbagai pakej diadakan termasuk pakej rangsangan ekonomi yang membabit wang rakyat.
pertama sebanyak RM 5 bilion.
Kedua sebanyak RM7 bilion dan ketiga sebanyak RM 60 bilion yang entah kemana perginya wang itu.
Untuk menutup kelemahanya diadakan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Kalau betul rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan mengapa dibiarkan penipu negara bebas.
Kalau betul rakyat didahulukan mengapa ikan bilis jadi mangsa manakala jerun bebas berkeliaran.
Kalau mahu imej jadi baik sila ambil tindakan terhadap penipu negara sepertimana laporan audit negara.
Tiap tahun audit negara buat laporan dan menyatakan berlaku penyelewengan.
Tetapi malangnya tiada seorang perdana yang berani mengambil tindakan tegas menangkap penipu penipu yang jelas dan nyata itu.
Bajet 2010 (RM9219 bilion)yang rendah berbanding dengan bajet 2009 (RM226 bilion) tidak nampak gambar Najib sebagai baik dan bijak.
malah rakyat dapat ukur yang perdana menteri ini cuba berlakon dengan lakonan watak palsu disamping cuba menggunakan nama ayahnya apabila bercakap agar rakyat kenan jasa konon.
Rakyat kenal siapa Tun Razak berbanding dengan anaknya yang bernama Najib itu.
Bayangkan RM 28 bilion lebihan bayar dibuat ol;eh penipu negara yang barangkali turut cair didalam saku para pemimpin.
Inilah punca pihak berwajib enggan mengambil tindakan undang undang keatas para penipu negara.
Tidak dinafikan ada yang diambil tindakan tetapi dibebaskan atas sebab yang sangat tidak munasabah.
PERANCANGAN, PENGURUSAN, KETIRISAN & KORUPSI - Dilema mentaliti & integriti...
ReplyDeleteAsyik bangga buang duit tak bertempat..benda org dah lama buat dia pun nak buang tebiat buat , konon nak sedarjat..angkasa pergi, kutub lompat, gunung panjat, rentas laut & darat..rakyat majoriti apa dapat..? hidup tetap keparat..
KPI apa unit ukurannya? mcm sukat akai jugak ka?
Kalau duit PKFZ tu guna untuk menaiktaraf, menambah rangkaian intergrasi & mambaikpulih sistem pengangkutan awam di Lembah Klang nescaya rakyat pun tenang fikiran, kerajaan pun dpt manfaat.. jimat penggantungan kpd bahanapi fosil, kurang kesesakan, kurang kemalangan, kurang pencemaran, tak perlu tambah infrastruktur hutan konkrit yg tak menyelesai masalah pun, hanya 'divert' masalah.. cth NPE yg 'divert' masalah jem di Jln Klang Lama ke Bangsar dgn caj RM3.20..bijak2..Malaysia Boleh!
..bilalah kita boleh berbangga dan menyayangi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan PILIHAN kepada masalah rakyat..kita tak minta selesai..kita hanya mahu PILIHAN penyelesaian..pandai2 lah..jgn layan rakyat Malaysia mcm budak2 tadika..tahap celik minda Malaysia tak sama mcm Indonesia w/pun serumpun..ada faham ka?
PKFZ itu baru satu contoh projek 'gajah putih'..bayangkan apa yang mampu dibuat dengan sekandang 'gajah putih' jika diurus ke jalan yg betul..?? Hebat! Mengurus 26juta dgn sistem demokrasi dgn pembangkang HP6 mana sama dgn mengurus 7juta kerajaan tunggal mcm pulau kecil kt selatan tu..pasai tu lah kot nak urus 1300juta kena pakai sistem komunis..kalau tak lingkup..jgn terpengaruh sgt dgn dakyah barat tu..mcm lah sistem depa bagus sgt..NATO (No Action Talk Only)
"remember..one size do not fit all..try putting yourself in others shoe.."
Kalau tahap ketirisan aliran sumber negara ini tak dibendung, nescaya gajah pun mati kering!
..puji negara orang puji jugak Dato..yg bagus kita ikut, kita cerita ambil teladan..tetapi tahap kemajuan perlu sejajar dgn tahap pemikiran majoriti jugak...jadi kerajaan kenalah kawal sikit kemasukan pendatang2 dari negara dunia ke3..majoriti depa ni adalah perosak fasiliti awam di bandar2 besar di Malaysia..pelancong ingat rakyat majoriti pengotor..muslim kebenda pengotor..lembu punya tahi..malaysia=melayu dpt nama busuk..sama juga mcm kes dera & bunuh pembantu rumah indon..
Jgn jadi cth mcm tandas awam di stesen keretapi laju 250km/h di China..
a techno-paradise next to a nightmare hygiene-hell! uwekk..berak pun tak tutup pintu najis bersepah..
kalo tanya pemimpin Malaysia nescaya dia kata: "Malaysia masih Boleh lagi ni..".. seperti biasa , tetap 'maintain' rasa bagus dgn apa yg ada..kalo masyuk kat suku sakat dia baru cepat saja urusannya..
p/s; kalo ada yg salah saya cakap tu tolong perbetui kan..ini semua benda nyatalah..nukilan org biasa mcm saya..
("/)
Cuepacs’ request for bonuses is morally wrong: PM
ReplyDeleteBy IZATUN SHARI
KUALA LUMPUR: It is morally wrong for Cuepacs to make a request for year-end bonuses for civil servants when the Government is making every effort to ride out the global economic crisis, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Prime Minister said that while it was a popular move for the Cuepacs president to continue to pressure the Government to give bonuses to the 1.2 million civil servants, it was not the right time to make such a demand.
“It is morally wrong for Cuepacs to ask for a bonus during these difficult times,” he said at a business luncheon forum at the Bankers’ Club here on Wednesday.
comment:
Yes, certainly it is morally wrong to demand bonus when the country is facing recession. I think those who insist that the government should pay civil servants bonus are totally ignorant about economics. Gross stupidity !!
Salam Dato'
ReplyDeleteSemua mukmin perlu ada KPI. Tanpa KPI mukmin akan terus ketinggalan bukan kerana mereka tidak cukup ilmu atau pengalaman tetapi lebih kepada masalah sikap yang masih terus diwarisi dalam sektor-sektor tertentu.
Contohnya ialah perbezaan sikap antara mukmin yang bekerja dalam sektor awam atau GLC dengan mereka yang bekerja dalam sektor keselamatan (seperti tentera dsbnya) amatlah ketara.
Kalau dalam tentera mukmin tidak ada masalah dengan disiplin diri tetapi sebaliknya (dalam sedar atau tidak) ia masih merupakan masalah kronik di sektor awam dan GLC (tidak semua).
Nampaknya tidak ramai yang sedar bahawa peluang untuk bekerja dengan gomen atau GLC bukanlah selamanya terjamin, lebih-lebih lagi kalau kesamarataan benar-benar menjadi realiti!
Kalaulah masa itu sampai apakah kebarangkalian yang mukmin dapat bersaing secara terbuka? Sudahkan perkara ini menjadi tajuk untuk dibahaskan dalam minda mukmin atau sememangnya mukmin tidak pernah kisah akan cabaran dan ancaman yang mendatang?
Justeru, Mukmin perlu ada KPI agar mereka terus menunjukkan prestasi cemerlang dan bukan mengabaikan aspek berkenaan oleh kerana tertanam ingatan iaitu: "bukanlah sukar untuk mendapatkan sesuatu jawatan, kedudukan atau perniagaan."
Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Faktor positif dan beberapa kelebihan dari sudut politik dan sejarah bukanlah bersifat universal dan kekal. Harap-harap usaha dimulakan agar apabila 'patah sayap, Mukmin terbang jua.'
Antihipokrit
Sdr mohdpaizal
ReplyDeleteSdr kata, "sekolah satu aliran adalah jawapan untuk perpaduan. dan kalau nakkan bahasa dan agama masing2 hantar sekolah tambahan seperti hantar anak sekolah agama rakyat, dekat sekolah satu aliran hanya tumpukan tentang akedamik sahaja tak payah mata pelajaran agama."
Saya nak tanya, bila masanya untuk bersukan dan ko-korikulum lain?
Atau, yang minat sukan/tak pentingkan agama tak payah ke sekolah tambahan seperti yang berlaku di Negeri Johor?
1,000 Classic Motorcycles To Take Part In Melaka International Bike 2009
ReplyDeleteMELAKA, Nov 4 (Bernama) -- More than 2,000 riders and 1,000 classic motorcycles of various makes and models are expected take part in the inaugural Melaka International Bike 2009 that revs up on Friday.
Organiser Azman A Rahman said classic motorcycles and super bikes from Malaysia, Singapore and Thailand would take part in the festival themed "Ride for Gaza" and aimed at collecting donations for the people of Palestine and Melaka Disaster Fund.
"We are targeting to collect RM10,000 throughout the festival and motorcycle convoy that starts from the Melaka Media House in Ayer Keroh to Bandar Hilir," he told reporters here Wednesday.
Apart from the motorcyclists, the public can also participate and contribute towards the fund through activities like taking pictures with motorcycles, riding on motorcycles, stickers, flags and other activities, he said.
Azman who is also Executive Director of Realhouse Venture Sdn Bhd said Melaka Menteri Besar Datuk Seri Mohd Ali Rustam is also expected to be among the participants and would ride his own classic motorcycle.
-- BERNAMA
comment:
This show is actually nothing more than a reflection of how the Malay elite trying to show off their wealth by riding in group with their expensive (toys) superbikes costing thousands of ringgit. Termasuklah Ketua Mentri yang mungkin mempunyai classic superbike berharga RM100,000.
Kalau kita lihat mereka yang mempunyai superbike seperti Harley Davidson kita akan lihat bagaimana gaya hidup orang Melayu elite yang kononnya telah berjaya dalam bidang kerjaya mereka masing-masing dan mampu memiliki superbike yang mahal harganya. Kita juga akan lihat bagaimana partner wanita mereka menunjukkan gaya pakaian mereka. Kadang-kadang kita meluat tengok perangai mereka.
Niat untuk tujuan mendapatkan derma adalah baik tapi kalau setakat kutipan RM10,000 sebagai targetnya, saya rasa tak payahlah anjurkan festival tersebut.
Saya harap kerajaan negeri Melaka tidak terlibat dalam sponsoring festival tersebut.
Kalau kerajaan negeri ada membuat sumbangan rakyat ingin tahu berapa banyakkah sumbangan yang akan dibuat.
Harap tidak ada penyelewengan kewangan seperti kata pepatah sambil menyelam minum air !!
Scribe,
ReplyDeletePertama Sesama Sekufu
(first among equal jeff pemanah)
Sekiranya mahu bermain kata-kata, mamak perdana menteri kita berbuihlah mulutnya, hebat gaya pidato tersenyum Obama dan Clinton, lelaki perempuan.
Dan mamak menteri jelebu pandai bermain sindiran. Namun, kaum hawa mingkabau lebih hebat pintalan mereka.
Terima kasih hari labu labi.
Terulongnyo Dari Sepadan Boreh Ti, Ondaik Mamak-ku
Buat Langit Biru dan Mr Fed Up.. Bukan 20 billion tapi RM28 billion yang terlebih bayar kat supplier/ vendor and contractor...
ReplyDeleteMaaf DAKJ, lupa letak nama pada komen tadi
FED UP
Assalmualikum Dato'
ReplyDelete1. Sukar juga nak ukur KPI PM DS Najib. Terlalu banyak sangat rancangannya. Walau pun dia nampak optimis dengan rancangan2nya, namun apa yang dapat kita perhatikan setelah menjangkau 100 hari kepimpinnya tidak banyak hasil yang nampak. Yang intangible tidak begitu jelas pun kejayaannya dan yang tangible pula belum nampak apa2.
2. Banyak sangat istilah pengurusan yang digunakan.KPIlah dan berbagai lagi istilah. Rakyat tak faham sangat maksudnya. Rakyat hanya tahu mengukur dari segi keberkesanannya, iaitu samada rancangan2nya dapat dirasai oleh rakyat atau tidak. Apa gunanya Kerajaan tunjukkan kejayaan kepada angka sahaja pada hal rakyat tidak merasa apa2 kejayaan dan perubahan.
3. Gagasan 1Malaysia pun masih kabur lagi. Hanya yang jelas adalah pesta2,majlis jamuan makan dan berbagai-bagai lagi bentuk hiburan dan perayaan 1Malaysia. Nasib baik sekarang ini gambar2 PM dan pemimpin2 lain dah berkurangan. Kalau boleh biarlah tidak perlu lagi dipaparkan gambar2 pemimpin tertentu. Rakyat akan menjadi lebih bosan.
4. Bagi penyokong parti pembangkang pula,khususnya PR, mereka juga perlu mengKPIkan pemimpin mereka, jika mahu. Apa yang jelas buat masa ini ialah hasrat mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September yang lalu telahpun gagal. Samping itu, peranan Pas di negeri Selangor dalam usaha menegak syiar Islam juga meleset.
5. Rakyat sebenarnya hanya lihat dengan mata kasar dan hati kecil mereka tentang apa yang dilakukan oleh Kerajaan pilihan mereka bukan dengan angka yang direka-reka. Walau apa bentuk KPI sekali pun, namun PRU 13 akan datang ini akan menentukan segala2nya.
Datuk Harun said
ReplyDeleteTidak dinafikan Islam suruh kita audit diri sendiri.
Audit orang lain menjadi wajib supaya kita tidak ditipu atau kena tipu.
Kalau kita tidak tahu si A itu baik atau jahat bermakna kita tidak ada akal untuk menilai si A baik ke dan si N jahat ke.
Kita juga tidak kena diri siapa kita.
Datuk Harun mungkin tidak kena yang mana permata dan yang mata kaca.
1,263 rakyat kita yang terdiri daripada punya ijazah tetapi tidak dapat menilai idah dadah itu buruk hingga mereka dipenjara di luar negara.
Jika kita tidak nilai yang mana haram dan yang halal bermakna halal dan haram tiada perbezaan.
Orang Macam datuk Harun said memang ramai diatas muka bumi ini sepertimana yang disebut oleh Saidina Umar RA manusia yang berakal manusia yang gemar memberi dan menerima nasihat.
Ini sesuai dengan Islam itu adalah agama nasihat menasihat.
Atas sebab itulah laporan audit negara tidak dijadi penanda aras pada para pemimpin negara.
seleweng wang rakyat pun dibiar bebas tanpa menyedari ia boleh mem jejaskan ekonomi negara sepertimana pernah berlaku dahulu dan sekarang.
merundumnya ekonomi negara punca berlakunya penyeleweangan dan rasuah yang bermaharaja lela oleh para pemimpin negara.
Islam suruh hukum manusia seumpama ini, Jika tidak hancurlah negara dek gerak kerja kejahatan.
Islam juga telah nyatakan dengan sejelas jelasnya, mereka ini yang memberi dan yang menerima semua dalam neraka.
sebagai penulis saya dapat kesan siapa para pemimpin kita yang minum arak, makan rasuah, berzina makan riba.
Orang jahat sokong para pemimpin yang jahat. Nasib naik masih ada sedikit orang baik,maka bumi Malaysia ini belum pecah macam pecahnya bumi di Indonesia.
Inilah yang membuat sokong membawa rebah.
lihat surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
lihat (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).
[Cuepacs’ request for bonuses is morally wrong: PM]
ReplyDeleteHabis tu yang terlebih bayar RM28 billion kat supplier, vendor and contractor.. tinggi sangat ke moral staff yang buat tu.. Patut PM perlu tekankan sama pasal tu...
Dato',
ReplyDeleteMaaf Dato', saya tak bercadang nak komen mengenai KPI tetapi saya ingin menyentuh sedikit berhubung 'pergolakan' bersabit Dr. Mohd Asri, yang sedang berlaku ketika ini. Setakat ini saya dapati Dato' masih belum memberi sebarang padangan.
Oleh sebab 'pergolakan' ini nampaknya mempunyai pengaruhan yang meluas, munkin Dato' boleh beri sedikit pandangan dan pendapat Dato'. Setinggi-tinggi terima kasih Dato'.
Salam Dato'
ReplyDelete1. Dasar, slogan, konsep, gagasan atau sepertinya yang ditimbulkan oleh sesetengah pembahas merupakan contoh apa yang dipanggil dalam konsep dan ciri pengurusan organisasi moden (K&CPOM) sebagai ciri2 aspek kemanusiaan K&CPOM yang menjelaskan bagaimana golongan politik pemerintah/pembuat dasar awam (yang dianggap dikuasai oleh golongan kemanusiaan - ahli politik, ahli ekonomi, sains sosial, undang2 dsb) menggunakan pengetahuan kemanusiaan yang dimilikinya, kepimpinannya dan kuasanya untuk mengatasi isu2 rakyat dalam bentuk resolusi konflik yang didasarkan sistem nilai yang dipegangnya.
2. Manakala, KPI ( dari sudut K&CPOM) merupakan contoh apa yang dipanggil sebagai ciri sistem dan tataca di bawah aspek teknikal K&CPOM yang menjelaskan bagaimana sistem dan tataca KPI tersebut dimanfaatkan oleh golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan dari KSN hingga budak pejabat untuk menterjemahkan dasar, slogan, konsep, gagasan atau sepertinya kepada realiti yang disasarkan oleh pihak pembuat dasar tersebut.
3.Point yang saya hendak tekankan di atas ialah KPI merupakan sistem dan tatcara penilain prestsi kerajaan yang, dari sudut K&CPOM, dipertanggungjawabkan kepada seluruh kakitangan kerajaan dan GLC.
Yg Berbhgia Datng o'
ReplyDeleteTerus terang saya katakan yang saya dah muak dan benci mendengar berita-berita rasuah ni. Kehidupan saya bukan lebih baik malah makin perit dengan dihimpit pelbagai barang makanan harian yang semakin hari semakin mahal. Dengan jenayahnya dimana-mana berlaku seperti ragut curi, tipu menipu . Kehidupan sekarang lebih teruk berbanding dari dahulu. Tengok propaganda TV je sedap realitinya hancus. Jawabnye tukar jelah kerajaan yang ada sekarang ni. Inilah sahaja KPI yang lebih baik.
rammers...JB
Sdr dan kajang
ReplyDeleteSdr kata. "Gagasan 1Malaysia pun masih kabur lagi. Hanya yang jelas adalah pesta2,majlis jamuan makan dan berbagai-bagai lagi bentuk hiburan dan perayaan 1Malaysia."
Saya seratus peratus setuju. Tetapi, apakah yang sdr ingin lihat daripada gagasan 1 Malaysia bagi maksud pembaikan?
Setujukah sdr jika gagasan 1 Malaysia itu menampakan ciri2 pengelibatan semua kaum dalam setiap kegiatan ekonomi, sosial, sukan negara dsb yang didasarkan kepada nisbah yang sesuai atau komposisi penduduk yang seadanya?
DAKJ,
ReplyDeleteKPI berkait rapat dengan integriti dan ianya perlu bermula dari rumah. Ini kerana apa jua amalan yang condong kepada mengetepian keintegritian individu dalam persekitaran rumah akan akhirnya terbawa-bawa ke persekitaran luar rumah.
Contohnya, belajar dan mengulangkaji pelajaran di rumah adalah menjadi tanggungjawab anak-anak. Mereka perlu diterap supaya memahami bahawa setiap tanggungjawab itu perlu dipikul dan dilaksanakan secara ikhlas dan jujur tanpa perlu memandang kepada imbuhan atau puji-pujian.
Budaya menyajikan janji-janji manis; hadiah; dan puji-pujian dengan harapan mendorong anak-anak agar terus menjalankan tanggung jawab (belajar), dari satu sudut memang nampak kebaikannya tetapi dari sudut yang lain, kalau tidak berhati-hati akan menimbulkan tanggapan yang kurang tepat iaitu: Tidak salah mengharapkan balasan setelah melakukan sesuatu perkara meskipun ianya adalah tanggungjawab individu.
Justeru kalau perkara ini dipertekankan maka apabila anak-anak yang telah terdidik dengan nilai dan kefahaman yang betul ini mengambil alih kedudukan sebagai pemimpin di pelbagai organisasi dan kesatuan makanya dapatlah mereka mempraktikkannya. Maka dengan itu apa jua KPI yang ditetapkan tidak menjadi bebanan lantaran semua pihak (dari atas hingga bawah) telah sedia memiliki nilai dan sikap yang kondusif dalam mencapai atau melepasi indeks berkenaan.
Anak Bapak - sentiasa belajar
Borrowers Who Excel May Be Exempted From Payment - Maznah
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, Nov 5 (Bernama) -- Deputy Human Resource Minister Datuk Maznah Mazlan said the government is thinking of ways to help borrowers of the Skills Development Corporation Fund.
"We may give exemption to borrowers who excelled and give discounts to those who settle their loans in lump sum," she said in reply to a question by Hamim Samuri (BN-Ledang) who wanted to know the arrears owed and efforts to recover the loans.
She said up to Oct 20, some 130,228 borrowers had completed skills training and need to repay loans amounting RM599.19 million.
"Of the number, 73,192 borrowers had paid RM135.51 million."
comment:
It is heartening to note that thousands manage to get loans. Hopefully they really utilise the loans productively and pay back the loans.
Who says the govt. is not helping the rakyat?
Those who are saying that they don't see anything being done by the govt. are always in a state of denial.They will always be biased all the way. What a pity !!
Six New LRT Trains Will Operate Next Month - Ong
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, Nov 5 (Bernama) -- Passenger congestion on Light Rail Transit (LRT) trains in the Klang Valley will be reduced once six new trains start operation next month, Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said.
"We are conducting tests on the trains 16 hours daily in accordance with procedures. The trains will meet the need of the increasing number of users," he told reporters after visiting Bangsar LRT station here Thursday.
He said the trains would reduce the waiting period from three minutes to two minutes adding the actual cost of the new trains which had yet to be ascertained.
comment:
No mention about the extension of the LRT? What is happening? I think this should be a priority project if BN wants to see results in its favour come PRU13.
Najib Proud Of Civil Servants Working At NKRA Labs
ReplyDeletePUTRAJAYA, Nov 4 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is proud of over 200 civil servants working at eight laboratories responsible for the government's transformation programme.
Speaking to reporters after visiting the eight laboratories at the Palm Garden Resort here, Najib said he had seen how the work was being carried out at these laboratories to advance the National Key Results Area (NKRA), 1Malaysia and national unity agenda.
The eight laboratories began their operations on Oct 5, one each for the six NKRAs -- education, low income households, basis rural infrastructure, urban public transport, corruption and crime -- and two other focus areas namely 1Malaysia and national unity, and data management.
Over 200 individuals from various ministries, agencies and departments, from throughout the country are working at these labs.
In each of the labs, there are at least 20 organisations working together, breaking down barriers aimed at enhancing government service delivery and institute the culture of high performance in public administration.
These labs will formulate detailed on-the-ground action plans to realise each of the NKRAs and the 1Malaysia initiative.
These action plans will be announced by early next year.
comment:
Keep going Najib. You are in the right track.
I am not the person who like to "bodek" anybody because I am nobody. But I can gauge whether Najib is doing the right thing or not.
My own personal assesment is that Najib is utilizing a lot of corporate managerial approach in formulating his policies. I believe he must have got good advisors particularly from his brother as far as economics and finance is concerned.
As far as politics is concerned, I am sure he will end up victorious!!
He is very cool in tackling detractors of his policies. Keep it up! That's the way to move forward to get things done.
Sdr dan kajang
ReplyDeleteSdr kata,"Sukar juga nak ukur KPI PM DS Najib. Terlalu banyak sangat rancangannya. Walau pun dia nampak optimis dengan rancangan2nya, namun apa yang dapat kita perhatikan setelah menjangkau 100 hari kepimpinnya tidak banyak hasil yang nampak. Yang intangible tidak begitu jelas pun kejayaannya dan yang tangible pula belum nampak apa2."
Dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden (K&CPOM) yang dibincangkan di atas, dan dasar awam, apa yang saya lihat dilakukan oleh DSN semenjak menjadi PM hingga kini yang menyebabkan kebanyakan rakyat seperti sdr tak faham hingga sukar untuk melakukan KPI terhadapnya adalah kerana, kebanyakan yang dilakukan oleh DSN sebagai PM masih di peringkat memenuhi ciri2 ASPEK KEMANUSIAAN K&CPOM iaitu pembntukan dasar2 awamnya (yang meliputi selogan, konsep dan gagasan)dalam bentuk perundangan, belanjawan dan rancangan/projek berdasarkan kuasa dan kepimpinan yang diberikan oleh rakyat kepadanya serta disokong oleh pengetahuan kemanusiaan dan sistem nilai yang di miliki dan dipegangnya masing2, atau dari sudut perancangan, masih di peringkat makro yang mana, menurut K&CPOM, hanya mampu difahami oleh DSN sendiri dan kumpulan pembuat dasarnya itu. Atau, dari sudut arkitek, masih dalam bentuk lukisan konsep.
Untuk rakyat terbanyak seperti sdr memahami dan membuat KPI terhadap dasar2nya dalam bentuk belanjawan, perundangan dan rancangan/projek tersebut, K&CPOM mengatakan, ia perlu diberikan suntikan ciri2 ASPEK TEKNIKAL yang meliputi penyediaan struktur organisasi bagi pelaksanaan dasar tersebut, pembahagian tugas, kemudahan dan peralatan, sistem dan tataca, di mana KPI merupakan contoh sistem dan tatacara yang diperkenalkan oleh DSN untuk memastikan segala matlamat dasar awamnya tercapai.
Dah lama cerita fasal KPI ni. Sampai sekarang tak keluar lagi apa variable yang hendak diukur.Kampung saya di Pahang hanya mendapat bekalan air dan elektrik selepas lebih 30 tahun merdeka. Loji air hanya hanya 1 kilometer dari kampung saya tetapi ia mengambil masa lebih 10 tahun untuk membekalkan air ke kampung sekelilingnya.Kalau nak kirakan KPI yang ini dah sah gagal besarlah tu.
ReplyDeleteJoe Black,
ReplyDeleteSelangor, Kedah, Penang and Kelantan are being governed by Pakatan. Don;t you think it is also fair to KPI their Mentri Besar and Ketua Mentri and ex-co members?
Likewise other mentri Besar and Ketua Mentri in other states governed by BN.
In fact the whole leaders from both sides must have KPI.
Pakbelalang,
ReplyDeletePenganjur Melaka International Bike mungkin ada personal agenda kut !!
Datukship senang nak dapat di negeri Melaka kan !!
Anak Melaka
Datuk Harun yang dihormati
ReplyDelete1. Ulasan panjang lebar Datuk mengenai tulisan Sheikh Muhammad Nazim Adil al Haqqani,Ketua Tarikat Naqshbandi yang menasihatkan tentang perlunya umat Islam mengauditkan diri kita setiap akhir tahun,sama saperti Audit yang di jalankan oleh syarikat2 itu saya boleh terima jika Malaysia melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya atau bukan negara sekeluar atau seperuh Islam separuh Barat dan kesemua umat Islam mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya atau tidak sekular atau seperuh Islam seperuh Barat.
2. KPI, bagi saya, merupakan antara kaedah yang digunakan oleh sistem sekular Barat iaitu sistem mengasingkan tututan kehidupan beragama/pengaruh gereja dengan tututan kehidupan duniawi untuk mengatasi masalah moral membabitkan gejala rasuah, kronisme, nepotisme, monopoli, spekulasi, penipuan, ali -baba, mengambil keuntungan cepet atau berlebihan dsb atau ketidakadilan sosial atau tidak beretika (disebabkan kelemahan sistem sekularnya itu) di kalangan masyarakat sekularnya dalam pelbagai kegiatan sosio-ekonominya/muamalatnya yang darinya dikemukakan cadangan dari semasa ke semasa untuk mengatasinya dalam bentuk kemudahan, peralatan, sistem dan tataca, di mana KPI merupakan antara sistem dan tatacara terkini yang mereka cadangkan untuk mengatasinya.
Sdr pakbelalang
ReplyDeleteYou said, "My own personal assesment is that Najib is utilizing a lot of corporate managerial approach in formulating his policies. I believe he must have got good advisors particularly from his brother as far as economics and finance is concerned."
What if I say DSN's 'coporate managerial approacah in formulating his policies' is the technical aspect of the so-called secular concept of organizational management approach?
Saji,
ReplyDeleteI don't get what you mean. Maybe you can elaborate further? Are you comparing secular concept with Islamic concept?
I only know about secular management approach, as what I believe you term it to be. That's what I had been trained during my career in the private sector until I retired.
My knowledge about Islamic management approach is zero, I must admit. So it would be foolish for me to make comparison and elaborate something that I am ignorant.
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteMohon laluan bagi komen sikit kpd Sdr Saji.
Sdr,
Di dalam komen Sdr pd 10.57pm Sdr mengaitkan KPI dgn system secular barat yg mengasingkan urusan dunia dan agama.
Saya rasa komen Sdr tersebut adalah “too far fetch” kerana konteks KPI itu sendiri tidaklah sampai ke situ.
Saya tidak berhajat komen panjang-panjang di sini tetapi sekadar memberi sedikit insights mengenai KPI ini.
KPI ini timbul dari konsep Performance Management (PM) di mana di sekitar 80an ianya dikenali sebagai performance measurement. Di antara lain, PM ini bertujuan untuk mendorong kpd tugasan-tugasan yg lebih efisyien, efektif dan “accountable” di dalam sesebuah organisasi.
Jika sesebuah organisasi hendak mengapplikasikan konsep PM ini, orgainsasi tersebut mestilah menyiapkan kerangka yang tertentu (contoh -- strategic vision, mission dan objektif; dan diikuti dgn key results areas (KRAs) ), kerana elemen-elemen tersebut akan menjadi “batu asas” kpd arah destinasi yg hendak dituju/dicapai oleh sesebuah organisasi.
Selepas itu, untuk mengukur pencapaian setiap kakitangan sesebuah organisasi supaya ianya selaras dgn strategic directions & KRAs yg disebutkan di atas, alat pengukurnya adalah KPI (ada scholars mengatakan Balance Scorecard lebih bagus digunakan kerana ianya “balanced” di antara perspektif kewangan, pelanggan, internal perspektif & innovasi dan pembelajaran; di mana KPI ini adalah agak “skewed” sedikit).
Oleh itu, saya rasa Sdr sudah hilang arah mengaitkan KPI dgn agama vs dunia. Jauh sangat tersasarnya.
Mohon maaf & terima kasih.
Azman Mohd Isa
Sdr langit biru
ReplyDeleteSdr jawab komen saya berbunyi:
"Badan Pelaksana tentulah kakitangan kerajaan. Saya masih yakin, masih ramai kakitangan kerajaan yang bekerja bersungguh-sungguh, rajin, dan ikhlas."
Saya bersetuju. Tetapi, apa maknanya kakitangan kerajaan berkerja bersungguh-sungguh, rajin dan ikhlas, jika sistem atau tatcara (ciri aspek teknikal di bawah K&CPOM yang dibincangkan sebelum ini) yang mereka gunakan untuk menterjemahkan dasar dalam bentuk projek kepada realiti yang dikehendaki oleh pembuat dasar - kualiti, kos dan tempoh siap membabitkan penggunaan sistem kontrak pembinaan itu tidak disedarinya bukan sahaja lapuk malah mempunyai kelemahan hakiki seperti projek mudah diali-babakan dan terbengkalai yang menyukarkannya memenuhi realiti tersebut?
Datuk,
ReplyDeleteSaya cukup kecewa dengan pendirian DS Najib dalam isu sekolah satu aliran. Kerana terlalu kecewa saya tidak berhasrat mengulas dengan lebih lanjut.
Tapi kenapa Pas dan PKR membisu.Sokong atau tentang?
Sdr Azman dan pakbelalang
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi perhatian komen saya berkenaan.
Sdr Azman
Benar, saya mengaitkan KPI dgn system secular barat yg 'mengasingkan' urusan dunia dan agama.
Alasan saya ialah;
Pertama, Barat membahagikan konsep dan ciri pengurusan organisasi moden atau K&CPOM kepada ciri aspek kemanusiaan dan ciri aspek teknikal.
Di mana ciri aspek kemanusiaan K&CPOM merujuk kepada persoalan yang lazimnya dikaitkan dengan skop tanggungjawab dan jagaan golongan kemanusiaan yang meliputi interaksi dan komunikasi, kepimpinan dan kepengikutan, dorongan,resolusi konflik, pengetahuan dan kemahiran, sistem nilai dan fahaman ahli, yang mana, dalam konteks pembinaan negara yang sering difahami, ia menjelaskan peranan dan tanggugjawab kumpulan pembuat dasar untuk menyelesaikan isu2 masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa melalui pengubalan dasar awam dalam bentuk belanjawan, perundangan dan rancangan atau projek.
Manakala ciri aspek teknikal K&CPOM merujuk kepada persoalan pembinaan struktur organisasi (carta organisasi, pembahagian tugas, saiz dsb),di samping penyediaan peralatan dan kemudahan, 'sistem' dan 'tata cara', yang mana, dalam konteks pembinaan negara yang sering difahami, ia merupakan mekanisme pelaksnaan (dasar awam) yang amat diperlukan oleh kumpulan pelaksana dasar iaitu kakitangan kerajaan untuk menterjemahkan dasar awam tersebut kepada matlamat2 yang disasarkan oleh kumpulan pembuat dasar.
Kedua, KPI dalam konteks K&CPOM merupakan contoh ciri 'sistem' aspek teknikal K&CPOM yang akan dilengkapi dengan ciri 'tata caranya',
Ketiga, untuk membolehkan sesebuah organisasi bergerak seperti yang diharapkan oleh ahli dan pemimpinnya serta masyarakat sekeliling, ia,menurut K&CPOM, memerlukan 'wadah' yang 'menggabungkan' pemikiran di antara ciri aspek kemanusiaan dan ciri aspek teknikal tersebut.
Keempat,K&CPOM merupakan rahsia Barat dalam aspek pengurusan organisasi, dari segi keperluan 'menggabungkan' pemikiran dan pengalaman serta ilmu dan pengetahuan ciri aspek kemanusiaan (yang dipertanggungjawabkan kepada golongan pembuat dasar tersebut)dengan pemikiran dan pengalaman serta ilmu dan kepakaran ciri aspek teknikal (yang dipertanggungjawabkan kepada golongan pelaksana dasar tersebut)kesan daripada tindakan mereka 'mensekularkan'/'mengasingkan' dua golongan tersebut dari segi meraih/penguasaan pengalaman, ilmu, pengetahuan dan kemahiran masing2, atas alasan ia mampu meningkatkan produktiviti, kualiti, dan inovasi sesebuah organisasi.
Kelima, saya memasukan konsep pengurusan Islam dalam perbincangan KPI ini untuk menambahkan kefahaman melalui penggunaan teknik sinektiks cara analogi langsung yang diperkenalkan oelh Gordon WJ (1961).
Sdr pakbelalang
Diharap penjelasan saya di atas dapat menjelaskan pertanyaan sdr juga.
Sdr Pak Lang
ReplyDeleteSdr kata sdr cukup kecewa dengan pendirian DS Najib dalam isu sekolah satu aliran dan bertanya, kenapa Pas dan PKR membisu.Sokong atau tentang?
Jika sdr ikuti komen saya mengenai konsep dan ciri pengurusan organisasi moden atau K&CPOM, DSN sebagai kumpulan pembuat dasar hanya bertanggungjawab dari segi menyediakan pengetahuan dan pengalaman politiknya serta ilmu kemanusiaan yang dimilikinya bagi mengatsi isu perpaduan kaum di negara ini melalui pengubalan dasar awam yang sesuai, yang dalam konteks perbincangan ini, membabitkan pembinaan dasar awam dalam bentuk belanjawan, perundangan dan rancangan atau projek yang dinamakan gagasan 1 Malaysia yang, padanya, dianggap pendakatan yang sesuai untuk mengatsi isu perpaduan di negara ini.
Soal bagaimana isu perpaduan kaum di negara ini itu ditangani oleh gagasan 1 Malaysia ia, dari sudut K&CPOM, adalah di bawah ruang lingkup tanggungjawab kumpulan pelaksana dasar awam terbabit untuk mencari mekanisme penterjemahan yang dianggapnya sesuai dan mampu menterjemah dasar awam tersebut kepada realiti yang dikehendaki oleh kumpulan pembuat dasar tersebut dalam bentuk ciri sistem dan tatacara aspek teknikal K&CPOM, yang mana setakat ini mereka (kumpulan pelaksana terbabit) dilihat cenderung kepada pelaksanan sistem sekolah yang dikenali sebagai sekolah wawasan.
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteMohon laluan sekali lagi Datuk.
Sdr Saji,
1. Seperti komen saya terdahulu, saya mangatakan ulasan Sdr adalah “too far-fetched” iaitu menggunakan sesuatu isu dengan mengaitkannya dengan sesuatu isu lain yang tiada kena-mengena dengan isu yg pertama. Dengan kata lain, ulasan Sdr tidak mempunyai korelasi yang kuat mahupun realistic. Ianya melencong.
Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat mengenai keadaan “too far-fatched” ini tetapi cukuplah rasanya saya berikan satu contoh sahaja untuk difikirkan -- apabila terkena sesuatu penyakit, kita kaitkan dengan peranan hantu-jembalang sebagai punca.
Atas dasar itulah saya mengatakan komen Sdr mengenai ‘KPI dengan Secularism’ adalah tersasar.
KPI adalah kaedah ukuran yg digunakan utk menilai prestasi vs strategic directions/planning di dalam sesebuah organisasi. Mengapa Sdr kaitkan dengan secularism? Apakah di dalam Islam kita tidak dibenarkan untuk mengukur prestasi?
2. Sdr cuba mengetengahkan teori-teori K&CPOM seolah-olah teori-teori tersebut adalah sesuatu yang mahsyur dikalangan scholars. Saya tidak lah pula pernah bertemu dengan terma K&CPOM ini atau membaca apa-apa mengenainya secara khusus. Adakah ianya satu teori/konsep baru atau sekadar kefahaman Sdr sahaja mengenai aspek-aspek pengurusan organisasi yg Sdr ceduk sana-sini? I have a strong feeling that it is a case of the latter. Kalau saya salah, mohon beri rujukan untuk saya buat kajian lanjut.
3. Sementara terdapat beberapa konsep-konsep “K&CPOM” yg Sdr “cuba ajarkan” boleh dianggap betul dari kacamata ilmiah, hujah-hujah Sdr pula adalah kabur atau terlalu umum. Ada juga yg “obsolete” dan ada yang salah; terutama apabila Sdr gemar sangat mengaitkannya dalam konteks politik sebelum-sebelum ini.
Sepatutnya Sdr lebih berhati-hati menggunakan istilah “pengurusan dan teknikal” kerana istilah tersebut adalah salah, atau terlalu naïve. Lebih afdal jika Sdr menggunakan istilah “pengurusan and operasi” kerana di tahap operasi terdapat juga kakitangan yg berlatar-belakangkan technical & non-technical. Begitu juga di tahap pengurusan.
Cara Sdr berhujah dengan hanya menumpukan kpd “technical staff” seolah-olah “non-technical staff” tidak wujud dan tidak mempunyai peranan di peringkat operasi di dalam sesebuah organisasi.
Di dalam pada itu, “teori-teori K&CPOM” Sdr menggambarkan seolah-olah “pembuat dasar” adalah mereka-mereka yg TIDAK berlatar belakangkan technical. Ini adalah satu conjectures yg ketara salahnya. Realitinya, bukankah ramai orang yg berlatar belakangkan technical berupaya membuat dasar-dasar di organisasi-organisasi gergasi?
Namun demikian, jika semua yg Sdr katakan itu bukannya conjectures, maka konsep K&CPOM apakah ini?
4. Saya berpendapat adalah tidak tepat jika Sdr menggunakan “conjectures” sebagai kononya ianya adalah “teori K&CPOM”. Itu adalah classic fallacy yg digunakan oleh ramai orang.
Mohon maaf & terima kasih.
Azman Mohd Isa
AKUM DATO AKJ= Saya adalah kakitangan kolamrat eropah yang beribupejabat di germany sistem nya mudah sahaja bagi mereka jika nak terus maju tingkatkan prestasi tinggalkan korupsi dan fikirkan kemajuan tingkatkan kepercayaan orang diluar supaya orang didalam merasakan sentiasa diperhati untuk berkhidmat sepenuh hati kesetiaan nya mesti tidak berbelah bagi itulah asanya untuk berkhidmat dengan pelabur dari negara luar khususnya eropah. Mereka mempuanyai sikap yang terbuka sedia berkongsi pengetahuan kepada semua pihak termasuklah tukang kebun apakah kita masyarakat disini mempunyai sikap yang sama seperti mereka. Peningkatan KPI mestilah sanggup berkongsi pengetahuan dan ilmu dan bersedia menjadi masyarakat peniaga yang sentiasa berani menghadapi cabaran untuk meningkatkan KPI sama ada untuk individu atau kumpulan pastinya yang mendapat faedah adalah semua pihak iaitu pengurusan dan pekerja begitulah juga dipihak pemerintah yang pasti mendapat keuntungan ialah KERAJAAN dan RAKYAT yang memilih mereka untuk mentadbir negara jika KPI nya rendah RAKYAT lah yang rugi.Tetapi bagi saya pencapaian KPI bagi PM-TPM-MENTERI-TIMBALAN MENTERI-SU/PARLIMEN juga PENGARAH2 KSU belum mencapai tahap yang dibanggakan mereka tidak mencapai KPI yang dikehendaki oleh RAKYAT nilai mata yang patut diberi masih dalam lingkungan 35% sahaja itu pun mata kesian sahaja.Saya sebagai pembayar cukai kepada kerajaan berharap mereka kurang cakap tapi lebih banyak kerja kerana setiap detik saya adalah pembayar cukai kepada kerajaan bagaimana kalau KPI mereka rendah maka nilai kepercayaan akan hilang maka dalam PRU pasti penilaian yang tepat akan diterima oleh keseluruhan barisan kabinet dari peringkat PM hingga kebawah akan menerima penilaian kemajuan atau pemecatan yang akan dibuat oleh RAKYAT seperti saya ini. SEKIAN DATO JUMPA LAGI WSLM
ReplyDeleteScribe,
ReplyDeleteNak gali kubur pakai apa?
Bukan apa ada banyak back-hoe yang tak berasap...
Sdr Azman,
Adakah KPI 'Islamic' itu saperti terdorongnya bala bencana samawiyah keatas kaum isra'iliyat, cabang-cabangnya. Konsep Tsunami Mengamok itu konsep sekular atau sainstifik Islam?
Bukan apa, KPI PM itu is as good as a grotesque side show di sarkas dari London.
Dari slide-slide PWTC, apakah sekiranya Abu Mohsen tetap tidak akan bertanding, maka kita lihat akan ada orang Palestin mencalonkan seorang negarawan melayu untuk kerusi Presiden Palestin(?) -?
Terima Kasih.
KPI MCA is - a perfect 10. Macam perfect disasterlah.
Saji,
ReplyDeletePenerangan sdra sangat menarik. Tapi malangnya otak saya dah tak boleh "absorb" subject yang berat-berat. Maklum sajalah orang bersara macam saya otaknya dah statik. Dah tak articulate lagi.
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteMohon laluan balas komen Sdr Indigo.
Sdr,
1. Saya bukanlah hendak mengeluarkan fatwa untuk mengatakan bahawa konsep KPI itu adalah Islamic atau tidak. Cuma saya berpendapat bahawa konsep KPI itu adalah satu konsep yg murni yg digunakan untuk mengukur prestasi di dalam konteks performance management oleh sesebuah organisasi.
2. Saya rasa Islam tidak menghalang pengunaan kaedah sedemikian kerana kaedah tersebut mempunyai unsur-unsur progresif yg bersesuaian dengan tuntutan Islam.
3. Atas dasar itu saya "keliru" jika ada pendapat mengatakan bahawa konsep KPI ini adalah sesuatu yg berbentuk sekular. Apa kaitannya kaedah pengukuran prestasi dengan pemisahan urusan dunia dan agama?
4. Mengapa kita tidak cuba berusaha melihat dan/atau mengaitkan konteks pengukuran prestasi ini dengan tuntutan Islam supaya umatnya sentiasa melakukan muhasabah?
5. Saya tidak faham apa yg Sdr cuba sampaikan melalui "Konsep Tsunami Mengamuk" dan "bala bencana samawiyah keatas kaum isra'iliyat"?
6. Adakah ianya suatu konsep pengurusan organisasi yg terbaru atau Sdr juga sudah cuba membuat satu lagi ulasan yg berbentuk "too far-fetched"?
7. Tolonglah jangan lencongkan premis perbincangan "KPI & Performance Management" ini dgn perkara-perkara yg tiada kena mengena dengannya.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Salam Dato,
ReplyDeleteSetelah 6 bulan memerintah, KPI PM hanya 20/100 bukan lagi E tapi F- dan gagal dalam semua matapelajaran,
matematik F-, ekonomi F-, sivik F-, bajet yang dibentangkan hanya lah sekadar penyedap telinga untuk golongan orang kampung tetapi merupakan racun untuk golongan bandar. RM 50/= untuk setiap kad kredit dan RM 25/= pada kad tambahan akan menyebabkan PM hilang undi untuk semua penduduk bandar khususnya KL.
Tiada bonus untuk kakitangan awam akan sebabkan PM hilang undi dari penjawat awam yang bergred 54 dan kebawah..
Retorik tentang ekonomi kita semakin mengembang tetapi sebenarnya terus menguncup hanyalah fantasi PM yang mahu melupakan betapa sukarnya memimpin ekonomi Malaysia dengan ketiadaan FDI yang besar untuk masuk kedalam kitaran ekonomi kita.. FDI tak masuk disebabkan pelabur tak yakin:
i. Undang-undang yang memihak kepada golongan tertentu,
ii. Rasuah yang berleluasa dan kabinet PM,
iii. Isu negeri Perak yang belum berakhir akibat kerakusan BN/PM.
iv. Penguatkuasa undang-undang yang mengamalkan pendakwaan terpilih.
Untuk menghapuskan semua persepsi pelabur asing terhadap ketidakadilan kerajaan PM, semua yang diatas perlu diperbetulkan terlebih dahulu.
PRU 13 akan menentukan KPI PM....tunggulah
Anak_Bota
7. Tolonglah jangan lencongkan premis perbincangan "KPI & Performance Management" ini dgn perkara-perkara yg tiada kena mengena dengannya.
ReplyDeleteSdr Azman, i do not know who the hell you are out there in the meat world but i think that you are just a schmuck trying to be more muslim than Osama.
Sdr Azman
ReplyDeleteDalam konteks tradisi ilmu dan keilmuan Islam, ilmu atau sistem KPI ciptaan tamadun Barat dikategorikan sebagai ilmu sekular atau sesetengah pihak memanggilnya sebagai ilmu moden atau ciptaan manusia yang sama kedudukannya dengan ilmu -ilmu lain ciptaan umat Barat yang menliputi ilmu-ilmu falsafah, psikologi, sains sosial, sains dan teknologi, perubatan, undang2,sejarah, geografi, seni, kewangan, perbankan, kontrak pembinaan, pajakan dan insuran yang asalnya merupakan ilmu-ilmu Islam berkaitan yang tidak perlu dijelaskan.
Di katakan sekular atas beberapa sebab seperti, unsur fundemental aspek ajaran Islam yang berkaitan dengan akedah, akhlak dan syariah yang berteraskan sunnah al-Quran, Hadis, Ijmak dan qias digugurkan dalam ilmu sekular, lebih banyak pengaruah unsur-unsur ilmu-ilmu/pemikiran daripada tamadun Yunani dan Rom yang bercanggah dengan syariat Islam, dan pemisahan antara unsur tuntutan kehidupan beragama dengan duniawi.
Misalnya, dalam sistem kontrak pembinaan Barat yang dianggap pinjaman daripada ilmu kontrak pembinaan Islam, tidak perlu menyebut 'perkataan penting' dalam lafaz akad atau perjanjian kontrak melibatkan 'perkataan penting'al-Istisna' (Tempahan) yang mereka terjemahkan sebagai Price-in-advence atau al=Ijarah (Upahan) yang mereka terjemahkan sebagai Cost Reimbursement. Sedangkan, dalam syariah Islam, ia diwajibkan atas hujah sebagai prasyarat untuk mendatangkan unsur kerelaan di antara pihak2 yang berkontrak dan menjelaskan wujudnya hubungan hubluminallah dan habluminanas sebagai pra syarat untuk mendapat kerdaan Allah SWT.
Tidak salah atau diharuskan orang Islam meminjam atau menggunaknnya/memanfaatkannya (ilmu2/sistem2 sekular seperti sistem KPI dengan syarat, pertama, ia merupakan ilmu aspek teknikal (seperti yang dibincangkan dalam K&CPOM) dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sdr Azman
ReplyDeleteSdr kata, "Tolonglah jangan lencongkan premis perbincangan "KPI & Performance Management" ini dgn perkara-perkara yg tiada kena mengena dengannya."
Saya anggap sdr merupakan contoh ONE EYE SPECIALIST RESEARCHER yang banyak di negara ini.
Dato'
ReplyDeletePM, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan adun-adun adalah orang-orang terpilih. Mereka dipilih bukan kerana sifatnya yang baik tetapi dek kerana kepintaran mereka.
Mereka semua ni Dato' dah faham sangat dengan mentaliti rakyat Malysia terutama Melayu. Tak perlu buat baik sekarang, tak guna nanti rakyat tak ingat, buatlah baik dekat-dekat pilihanraya nanti, baru rakyat ingat dan sokong mereka.
Sekarang ni, saya tak nampak apa-apa pun yang ketara yang dibuat oleh PM, tak tahulah kalau saya rabun. Mungkin kesannya bukan sekarang. Sama-samalah kita lihat nanti.