Friday, November 06, 2009

Zaid Leads The Registration Of Pakatan

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

IT is reported today that a pro-tem committee headed by the former Barisan Nasional Minister, Zaid bin Ibrahim, has made an application to register Pakatan Rakyat as an official alliance.

Another person mentioned in the media report is Anthony Loke Siew Fook, the DAP Socialist Youth (DAPSY) chief.

Zaid is the right person to lead exercise given his wide experience in representing Umno in legal matters since the late 1980s. He’s now a member of the Central Leadership Council of Parti Keadilan Rakyat.

Also it was Zaid who, not too long ago, was quoted by the media as saying that the People’s Alliance could not be formally registered because it lacked “the required” seven founding members.

Since then, however, the Chairman of the Election Commission, Abdul Aziz Mohd Yusof, had advised the coalition to formally register itself so that its applications to hold joint election talks could be considered.

On my part, I have argued that the PR did not have to wait to have seven founding members to apply for registration.

Pas vice-president Salahuddin Ayub was quoted as saying that Pas, the DAP and PKR were unequivocal in transforming the alliance into a legal entity.

The report says the alliance’s common symbol will incorporate the logos of all component parties.

Still, to my mind, it will be a big emotional issue for Pas and DAP supporters to say goodbye to their venerable moon and the rocket on the ballot papers.

Not seeing the moon and the rocket on the ballot papers is not going to be easy. Pas supporters are fanatical about their bulan, which is synonymous not only with the party but with Islam as well.

On the other hand, sharing a common symbol has been the practice of the main component parties of the Barisan Nasional and its predecessor Alliance from the very beginning.

The report also quoted the Registrar of Societies (ROS), Mohd Alias Kalil, as saying that his office had started studying the PR’s application.

KUDOS to members of the MCA disciplinary board if they had indeed resigned in protest against the restoration of Dr Chua Sooi Lek, as deputy president. The board sacked him from the post August. That’s being principle and having testicular gumption.

I had all a long contended that the Umno disciplinary board should have done that when the people it found guilty of money politics were either allowed to contest the party post (Khairy Jamaluddin) or be later appointed to the Supreme Council (Mohd Ali Rustam).

AND I applaud Minister in the Prime Minister’s Department aka KPI Minister, Koh Tsu Koon for taking his fouled-mouth detractors to task, saying that he would not be judged by them. He would be judged only by the PM whom he said endorses him. That’s correct. He was made a senator and a minister by the PM despite losing Penang to the opposition and himself being defeated in Batu Kawan.

47 comments:

  1. Anonymous12:29 PM

    Langkah seterusnya ialah menentukan lambang yang sesuai untuk pakatan yang baru itu. Dacing sudah tidak boleh lagi oleh itu Zahid perlu memerah otak untuk mencari simbol yang paling sesuai dan tepat yang mewakili 3 ideologi yang berbeza itu.

    Kalaulah ada pertandingan bagi mencipta logo pakatan baru, saya ingin cadangkan agar ketiga-tiga simbol berkenaan: mata, bulan dan roket, digabungkan. Hasilnya adalah Roket Apollo. PRA = Pakatan Roket Apollo.

    APOLITIKAL

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:04 PM

    I suggets that they use green color, eye-shape moon cake as a logo.

    Windtalker

    ReplyDelete
  3. mtgbertam2:29 PM

    Dato' nak nilai KPI pemimpin, tapi bila KPI depa merudum pun dato' masih `tegar' dgn UMNO.

    Ada ka menteri2/Ketua Bahagian/AJK Bahagian UMNO yang tak ligan projek? Mcmana KPI depa? Takkan dato' tak kenai perangai hudoh depa?

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:07 PM

    Salam Pak KadiR,

    Apa yang saya nampak, penyokong2 BN jadi cuak jugak la.. kalau PR gabung jadi Parti. Jadi depa mendoakan dan mengharapkan usaha PR jadi satu parti akan gagal. Bab soal bendera parti pas(bulan)..kalau PR ada bendera baru pon... awatnya..PAS x bole kibaq bulan depa ka? yg amno duk kibaq bendera depa boleh?

    sudahlah Pak Kadir, hentikan lah... terima sajalah... sistem 2 party kat m'sia nie. Jgn takut.... bagi PR perintah Msia.. kalau depa x baguih...kita bungkuih pulak depa... selalu org yg takut PR perintah m'sia nie.. org kronie BN saja... org2 atas pagar mcm kami... KAMI lagi suka kalau kerajaan duk tukar setiap 3 penggal. Lagi x dak kronisme dan rasuah... sapa berani buat??

    Ayat yg paling sy benci sekali dengaq,...PR perintah habis Melayu Islam kena tindas dgn DAP.... hahahahhah.....lawak2x ingat senang ka nak tukar perlembagaan M'sia... org dah ceredik la Pak Kadir... bukan zaman 80an... Duk jaja pasai bangsa tergadai takut hilang kuasa?? rakyat dah bijak la...

    terima kasih bagi ruang

    Saya org jerlun,
    anakkedah.

    ReplyDelete
  5. Well, isn;t that the true cost of taking and giving? Unlike UMNO who takes, these other parties are trying to work out a solution for equality.

    Cheers

    ReplyDelete
  6. Dalam ketika berganding dan bertunang, PKR, DAP dan PAS ada perbezaan pendapat yang cukup ketara dalam tangani sesuatu isu apatahlagi nanti untuk dan ketika 'berkahwin'.

    Politik Malaysia menuju ke arah industri sarkas.

    ReplyDelete
  7. Tok Scribe,

    Didn't they say imitation is the best for of flattery (and flattery is not the best form of sincerity!)?

    It's a bold step, to register Pakatan Rakyat as a coalition or as one. Going forward, the next step is to try and emulate what the Barisan Nasional coalition has achieved. It has taken BN more than 50 years so let's not expect results from PR overnight even though the learning curve should be a lot shorter given that PR knows where the potholes and cracks are where BN was once ignorant of.

    In the case of BN, though, it has always been clear from the start that UMNO is the biggest and strongest.

    In the case of an official Pakatan coalition, however, it is not very clear.

    This could work better for PR. It could also be its undoing.

    Thank you.

    ReplyDelete
  8. Mister Potato4:43 PM

    Dato,

    Apalah keuntungan nya kepada rakyat waimah jika di daftarkan gabungan PR ini sekali pun.

    Sedangkan nawaitu dan nafsu mereka ini pun sama seperti gabungan BN.

    PRU 13 nanti baik saya undi calon bebas sahaja. tak perlu berpolitik dalaman dan luaran dan cuma fokus kepada masalah rakyat.

    Saya sokong tindakan saudara Badrul ADUN P.Klang.

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:07 PM

    Mat Jerlun,

    Yang takut la ni adalah pemimpin PR. Depa belum rasa tetapi janji dah berjela-jela. Di depan khalayak berpeluk-pelukan tetapi di belakang tabir berantakan.

    Yang cemas la ni adalah De Fakto. Destinasi Putrajaya masih jauh tetapi kuasa bateri 3A dipertikaikan.

    Yang seriau la ni ialah parti bulan. Tak tahu siapa yang lebih layak duduk kat kerusi TPM.

    Yang tengah berkecamuk la ni adalah LKS and Co. Macam mana mahu menghadapi kebangkitan semula anti-Malaysian Malaysia dalam kalangan bukan Melayu.

    Yang tak perlu pikiaq apa-apa ialah orang di Kedah, siapapun yang mengungguli koridor kuasa pusat, beras tetap menjadi makanan asasi! Relaks aja...

    Anak Perak.

    ReplyDelete
  10. saya amat setuju dengan pemikiran saudara anakkedah. inilah politik baru. kita tak ada pilihan lain jika ingin maju dan tidak ketinggalan oleh negara2 lain di zaman serba mencabar ini. sekarang semua maklumat berada di hujung jari saja.

    hanya kroni2 dan org berkepentingan saja yg tak suka sistem 2 parti. yg banyak salahguna kuasa tentu lebih gelabah lagi hahaha

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:22 PM

    Salam Dato'

    Dengan izin

    Sdra Windtalker

    Man, that was clever as well as funny...ha-ha-ha.

    Melati

    ReplyDelete
  12. Salam DAKJ

    Salam bertemu lagi. Banyak betul benda yg nak dibaca dalam dua mingu ni. Bermula dari isu BOMOH SIAM (sebab tak diiktiraf kelulusannya di Malaysia, buat kenyataan yg bahlul dan akhirnya ditangkap oleh polis negeri sendiri, KESIAN), Isu EGM PAS ala ala MCA (tapi tak dapat sokongan, jadi diganti dengan mesyuarah seminar politik untuk menutup malu To’ Guru, KESIAN DIA), Isu peliwat ditangguh lagi (cakap nak tegakkan keadilan, bila kena batang hidung sendiri macam-macam alasan bagi, MELUAT TAHAP MAXIMUM), bekas mufti ditangkap sebab alasannya tak bertauliah, tapi Ustaz Kafir baca surah AURA takpe pulak, dan sebagainya

    Tapi kali ni saya nak komen tentang lawatan orang besar PAS ke Singapore dan disambut oleh menterinya. Kemudian dibawa oleh menteri tersebut ke muzium Melayu yg dulunya sebuah Istana. Dengan bangganya pembesar PAS mengatakan beliau telah dilayan dengan baik hingga Pak Menteri sendiri telah menjadi ‘tourist guide’nya.

    Maaf cakaplah tapi itulah terjadinya kalau pemimpin yg tak tahu apa yg tak tahu. Orang tu kutuk depan mata dan kepala otak pun masih tak sedar. Masih berbangga dapat layanan istemewa dan keluar dalam lidah rasmi parti pulak tu kononnya nak berbangga. Tak faham-faham. Pikirlah sikit kenapa menteri tu bawa ke muzim Melayu kat Singapore. Tiada tempat lain lagi ke nak ditunjuk.

    Wahai orang besar PAS, pahamke maksud MUZIUM. Ianya bermaksud dah jadi sejarah. Menteri tu kata kalau orang melayu terus berpecah belah, Melayu akan jadi Muzium jelah nanti. BODOH. Inilah masalahnnya standard IQ tak sampai tahap pas tapi bercita-cita nak takbir negara. Berapa banyak lagi yg nak kena tipu ni???? Orang kena tipu sekali sekala, ini kena tipu setiap masa. Tapi berlagak nak mampus dan menunjuk-nunjuk tapi tak kena tempat. Tak tahu nak cakaplah.

    Tentang isu perpaduan Pakatan Rakyat, nanti saya poskan. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  13. YBhg Dato'

    Assalamualaikum. Nampaknya urusan mengadakan sistem 2 parti akan menjadi kenyataan.Biarlah mereka usahakan apa-apa dasar dan hala tuju yang mereka ingin tunjolkan dan begitu juga apa-apa lambang yang mereka akan gunakan.Kita mainkan peranan kita sebagai rakyat yang celik mengenai hak kita dan memaklumkan apa yang kita mahu dari pada pemerintah.Jika mereka secocok dengan kehendak kita maka kita beri sokongan sepenohnya.Zaman parti politik menentukan apa yang baik untuk rakyat sudah berakhir.

    Kita sekarang lebih bebas memilih siapa yang kita kehendaki. Tidak semistinya kita terikat dengan parti tertentu bagi kerajaan persekutuan dan negeri. Kita boleh pilih megikut selera parti A untuk persekutuan dan parti B untuk negeri atau kedua-duanya dari parti yang sama.Yang pentingnya kerajaan persekutuan betul-betul mengamal 1 Malaysia dengan memberi kemudahan-kemudahan yang sama kepada semua kerajaan negeri dengan tidak mengira ianya parti A atau parti B.

    Kita mahu pemimpin yang bolih berfikir dan tidak bergantung kepada "think tank" dan "perunding" untuk menyediakan kertas kerja untuk mereka laksanakan.Lebih teruk lagi jika mereka memberikan penoh kepercayaan kepada individu tertentu untuk menasihati mereka. Contoh terbahru adalah menerima cadangan memerlukan setiap kenderaan berumur lebih 15 tahun mejalani ujian puspakom sebelum mendapat lesen.Bayangkan kesusahan yang akan dihadapi orang luar bandar yang rata-rata mempunyai kereta lama kerana tidak berbaloi mempunyai kereta baru kerana menggunakan jalan kampong yang serba berlopak dan membawa aneka barang dari getah ke hasil pertanian.Sudah pasti kenderaan berkenaan tidak menepati standard yang ditentukan mereka yang bertugas dibilik hawa dingin .Lagi pun puspakom terletak dibandar-bandar tertentu sahaja jauh dari kawasan pendalaman.

    Alhamdulillah kerajaan telah membatal perkara ini.Ianya sepatutnya difikirkan dahulu sebelum menerimanya untuk perlaksanaan.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  14. Hopefully PAS will not become redundant within the Pakatan. Kena telan oleh DAP dan PKR pasal logo bulan dah dimalapkan!! Takut-takut PAS jadi macam "lembu" kena ikat dihidung.Kena main "belakang"!!

    ReplyDelete
  15. Ini adalah satu perkembangan yang bagus. Malaysia menuju kepada sistem dua parti.Isu bendera dan logo adalah perkara remeh. Lagi pula majoriti pengundi sekarang adalah orang-orang yang lahir selepas tahun 1960. Mereka ini baik penyokong kerajaan atau pembangkang mempunyai pandangan yang lebih terbuka. Mereka tidak berfikiran seperti orang-orang yang lahir sebelum 1957.

    ReplyDelete
  16. Macam tiga robot "Transformers" boleh bertukar-tukar jadi satu dan satu jadi tiga.

    Atau macam the Christian doctrine of the Trinity. The unity of Father, Son, and Holy Spirit as three persons in one Godhead.

    Atau macam cerita Tiga Abdul. Siapa yang jadi Abdul Wahid,Abdul Wahab dan Abdul Wahub.

    Kita lihat who will be the winner and gain the most. DAP, PKR atau PAS. Siapa yang akan tercecir dan akhirnya gigit cari sahaja.

    ReplyDelete
  17. Anonymous3:30 AM

    Yg di hormati Dato'

    Sy amat berharap PR menjadi saingan yg benar-benar kuat dan releven bagi mengalahkan BN/UMNO kerana saya hilang terus kepercayaan pd BN/UMNO . mastercard hilang kena curi pun kena charge Rm 25.00. KP hilang kena curi buat baru kena charge cekik kedarah betul. Lesen kereta hilang pun kena charge. Bila di perbaharuih kena charge lagi tak patut betul.. Bukan nak menyenangkan rakyat disusahkannye lagi.Olih tu gogo zaid... Perkuatkan pakatan rakyat tak kira lah lambang ape.. Yang penting niat nak bantu rakyat... lilahi tangala...Sy seluruh keluarga suku sakat adik beradik sahabat andai akan menyokong 100%.

    Hamtam saja - JB

    ReplyDelete
  18. salam Dato'

    saya x berapa faham point Dato' di sini,

    He would be judged only by the PM whom he said endorses him. That’s correct. He was made a senator and a minister by the PM despite losing Penang to the opposition and himself being defeated in Batu Kawan.

    Dato' ingin memuji ataupun sebaliknya?

    ReplyDelete
  19. ORANGUTAN PENANG1:09 PM

    Tok Kadiaq

    Mungkin ini bermulanya sistem 2 parti cuma bila pikiaq balik BN pun berhimpun bila pilihanraya saja.

    Lebih berbentuk 'confederation',di mana menjadi ahli dan boleh keluaq masuk suka hati.

    Konsep PR pun bentuk nya akan sama.
    Bila ada pilihanraya semua pakat himpun jadi kawan.Bila dah menang mula pakat berebut.Yang kalah pulak pakat tuduh hang aku.

    SISTEM 2 PARTI ALA MALAYSIA SILAP SILAP AKAN JADI HURU HARA.

    Di barat seperti US ada democrat dan republican yang polisi mereka jelas.

    Kalu UMNO MCA MIC dan lain lain boleh bergabung tenaga atas dasar perhabis duit rakyat,PAS PKR DAP pun pasti boleh, cuma atas dasar apa?

    Apa pun sapa saja yang perintah saya kena kais pagi makan pagi jugak.

    ReplyDelete
  20. Anonymous1:20 PM

    Salam semua.Harapan saya dgn tertubuhnya sistem 2 parti di m'sia nnt, rakyat akan lebih terjaga kebajikannya.Semoga bakal pemimpin negara(slps najib) dpt mengubah dasar yg dimulakan dr mahathir iaitu dasar berniaga dgn rakyat.Rakyat pertengahan dan bawahan sudah lama tertekan dgn sistem yg ada.Hapuskanlah sistem monopoli sedia ada ternyata hanya mengenyangkan individu2 tertentu selama berpuluh tahun.
    Dato, saya lebih rela kekayaan hasil bumi m'sia ini dikongsi bersama dgn rakyat lain tidak kira apa bangsa dari dibolot oleh sekumpulan manusia yg tamak haloba, tak pnh puas dgn apa yg ada.Sehingga harta milik org melayu sanggup digadai pd bkn melayu demi survival mrk dlm parti yg terkenal dgn politik wang.Ketua mrk dipilih kerana berwang bkn krn amanah dan akhlak terpuji. Cukuplah dgn ketuanan melayu yg bertopengkan kepuraan.Hakikatnya majoriti org melayu yg jd hamba/org miskin di tanah sendiri.Kononnya org melayu skrg ramai yg kaya bila berkereta dan rumah besar. Padahal loan bank dan hutang keliling pinggang selama 20-30thn.Hidup di bandar lebih miskin dr kampung walaupun bergaji besar.
    Skrg ni agama islam pula cuba dieklusifkan oleh badan2 agama. Mcm hak mutlak org melayu m'sia saja.Patutlah agama islam itu dipandang serong oleh agama lain akibat perangai penganutnya sendiri.Islam itu sudah cantik, mudah dan indah tapi diburukkan oleh pemimpin dan umat islam itu sendiri.
    Yg amat mengelirukan org, negara ini amatlah byk badan agama spt yadim, ikim, ilim, intim, jabatan agama negeri2 dll.Tapi tiada satu yg menonjol sbg wadah perjuangan dr segi ekonomi dan sosial org islam yg disegani.Malah jd bahan lawak sejak dipengaruhi unsur2 politik skrg.

    rakyat tak bodoh.

    ReplyDelete
  21. Dato' AKJ dan pembelas

    Kerana Dato' dan ramai yang menyentuh soal logo PR, maka saya akan bincangkan mengenai logo dulu.

    1. Dari sudut psikologi, orang yang terlalu terikat dengan sesuatu logo kerana biasa dengannya, percaya ada tuahnya/ongnya dsb dipanggil logosentrik dan dipengaruhi pemikiran logsosentriksisme. Ada baik dan buruknya. Namun, dalam Islam, ia boleh membawa kepada kurafat.

    Maknanya, orang PAS yang mahukan logo bulan dikekalkan dalam logo PR, mereka adalah manusia logosentrik dan dipengaruhi fikiran logosentriksisme.

    2. Dalam membuat logo, pakar iklan dan pemasaran mengingatkan supaya elakan mereka bentuk logo yang grafiknya berbentuk semiteri menegak seperti lambang dacing BN dan roket DAP, dan bulat seperti lambang bulan PAS atau elipse seperti lambang mata PKR.

    Hujahnya, logo yang berbentuk semiteri menegak mengambarkan sesuatu keadaan yang sentiasa stable atau seimbang atau tanpa ciri2 bergerak kehadapan.

    Manakala, logo yang berbentuk bulat dan elipse ia adalah sebaliknya iaitu tidak stable atau tidak seimbang atau tanpa ciri2 bergerak kehadapan. Bezanya, logo bulat dan elipse bergerak dipaksinya sendiri. Melainkan grafik bulat dan elipse itu digambarkan sebagai objek solid bentuk sphere seperti bulan yang dicipta Ilahi bergerak mengelilingi bumi.

    3. Sebaliknya, grafik logo yang baik ialah yang mendatar dan condong ke arah kanan seperti logo PLUS.

    ReplyDelete
  22. Salam dato,

    Kepada semua janganlah ada harapan keterlaluan atau sangat tinggi....
    kerana:-

    1.Kerajaan bagi duit kat bank banyak-banyak...

    2. Kerajaan jual `the goverment in pieces' bon macam-macam-- kepada bank-bank juga...

    3. Bank banyak duit (dari kerajaan,jual beli duit dan deposit penyimpan....beli bon lagi...dan saham-saham.

    4. Bank,EPF,PNB,LTAT,TH dan GLC lain..ada duit...beli saham dan bon juga sekarang ni...

    SIMPLY PUT... gomen bagi duit kat bank supaya bolih beli bon kerajaan( jual kerajaan laa,sikit-sikit).
    Bank bank,EPF,LTAT,TH dan GLC pun berduyun duyun beli bon atau saham.
    ..dengan duit terbanyak dari kerajaan.

    NOW....please tell me which of the actities above generate `goods' ie nasi,gulai, ais,roti canai etc or services ie better roads,cheaper bus and train fares, better postal services,cheaper petrol and etc??...


    PLEASE DO NOT THINK THE NEXT GOVERNMANT can do better...BN or PR,dua dua akan hilang punca bila
    pelabur-pelabur kata your bond is risky laa brother! we want a higher interest rate for your bonds,your currency is overvalued laa brother, we want your currency (ringgit) cheaper laa, our bank loans to you is risky laa brother, you need to pay a higher interest for all your loans or we recall your loans......

    AND YOUR KLCI IS ARTIFICIALLY INFLATED BY YOUR GANGS !!..We are selling laa brother..tak kira lee,gate crashing kee,short selling ka(yang bolih short selling laa).


    May be the government should allow a direct loans to ALL SMES COMPANIES FROM TREASURY OR BANK NEGARA for the next 10-20 years, may be...

    BIAR BANK SEMUA KELAM KABUT CARI SEMUA ORANG NAK BERI PINJAMAN,BARU ELOK UNTUK MEREKA..EEXXX sangat kalau SMES nak buat pinjaman.

    JANGAN LAH KELIRU dengan lambang BN atau PR..nasi,gulai,ikan goreng,jalan raya,tambang bas etc TAK ADA KAT LAMBANG TU LAA!!!


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  23. Salam DAKJ

    Nampak tapi buat-buat tak nampak

    Jika gabungan PKR, DAP dan PAS akan terjadi, maka termakbullah doa To’ Guru untuk berkawan dengan setan. DAP terang-terang telah menyatakan langkah mayat mereka dulu kalau nak tegakkan Islam. Ini bermakna, jika gabungan tersebut berlaku, PAS telah meredoi wawasan DAP secara tak langsung. Oleh itu, sesiapa yg memangkah gabungan ini akan menyokong wawasan kafir laknatullah. Agak-agaknya diakhirat nanti apa balasannya ye???

    PKR pula parti tak bermoral. Chiefnya bila bercakap je kata nak tegakkan keadilan. Tapi bila kena ke batang hidung sendiri, cuba cari 1001 helah untuk dibelit. Cabut larilah, tak perlu bersumpahlah, ugutan bunuhlah, sakit belakanglah, nak tangguhkan perbicaraanlah dan sampai nak tukar semua pendakwaraya. Nasib baik tak minta nak lantik sendiri hakim-hakim yg mendengar dan peguamcara-pegumacara ikut kehendaknya. Semua rakyat Malaysia nampak cuma PAS je buat-buat tak nampak.

    Pemimpin yg lainnya pula bermasalah juga. Sex bebaslah, gambar terkangkanglah, hutang bank berjuta-jutalah. Lepas tu bawa bomoh Siam yg tak diiktiraf kat Malaysia nak tegakkan benang basah. Bukan apa, kalau bawak forensic dari FBI nanti takut pekong derdedah. Jadi bawalah bomoh Siam supaya sibahlul sekutunya dengar dan terhangguk-hangguk percaya. Dahlah tu, sebarkan dalam khutbah Jumaat kepada orang lain. So, sama samlah jadi parti yg tak bermoral tapi gunakan nama Islam.

    DAP pula terang-terang berbangga dengan penzina dan anak haram sampai satu Malaysia tahu. Cuma sekali lagi, yg buat buat tak tahu adalah PAS. Sampai sekarang tak cakap apa apa pun sedangkan To’ Gurunya tahu antara dosa besar yg dilaknati Allah ialah berbangga dengan dosa besar yg telah dilakukan dimasa yg sama ditutup oleh Allah dari pengetahuan manusia lain; tapi kafir laknatullah ini berbangga dengannya pula. lepas tu cuba jadi ustaz pula dengan melebalkan ada arak yg halal dan yg haram. Ini pun dibuat buat tak tahu oleh parti yg kononnya Islam dan jalan terakhir ialah juallah arak ikut permintaan setempat. Inipun didiamkan oleh partri yg dulu kononnya nak perjuangkan Islam.

    Banyak lagi nak kata tapi saya stop dulu. Kesimpulannya, kalau ianya terjadi, maka termakbullah doa To’ Guru nak berkawan dengan setan dan berkuburlah PAS selepas ni. Yg akan menyokong adalah penyokong tegar mereka saja yg ikut saja apa bosnya kata dan kemana, ke syurge ke atau ke neraka pun tak kisah. Akal yg ampuh dikurnaikan Allah kepada mereka akan diletek pada kepala lutut atau akan ditinggal dekat rumah je. Itu sebabnya buat buat tak nampak. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  24. Anonymous7:45 PM

    Ab kata "AND YOUR KLCI IS ARTIFICIALLY INFLATED BY YOUR GANGS !!..We are selling laa brother..tak kira lee,gate crashing kee,short selling ka(yang bolih short selling laa)."

    Nak tahu arah KLCI jangan perhatikan data KLCI, perhatikan index US, China, Hong Kong, Jepun dan Singapura.

    Bila regional turun, diaorang duduk diam-diam, Bila regional naik, diaorang pakat beli.

    Bukan semua orang boleh pakai strategi ni. Cuma orang yang trading tak pakai duit sendiri je boleh buat.......

    Tapi untung dia ambik!

    Nota : Ada sapa tahu, masa bentang bajet yang lepas, berapa dari pakej ekonomi RM60 billion yang dah dibelanja? 20% pun tak sampai brader....

    Pelik bila DAKJ penulis Malaysian Business tak tulis pasal Laporan PAC, Bajet, laporan audit, royalti @ wang ehsan kelantan dan BN related akhir-akhir ini. Agaknya tak ada cerita "menarik" kot........cerita PR juga yang diusung.

    FED UP

    ReplyDelete
  25. Anonymous1:15 AM

    Dato'

    Pas sepatutnya mengambil peranan lebih aktif dalam proses mendaftarkan Pakatan Baru (PB) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas. Dengan itu dapatlah mereka mengenalpasti dan seterusnya memperbetulkan mana yang sesuai dan mana yang tidak sesuai sebelum sesuatu yang sepenting itu dimaktubkan. Ini bagi mengelakkan 'pahat Pas' terus membuat bunyi setelah rumah PB siap untuk diduduki.

    Bayangkan, selama ini (waima sebelum PB didaftarkan), banyak kemahuan Pas yang tidak dipersetujui oleh sama ada DAP atau PKR dan akhirnya Pas yang sering dilihat mengelupur apabila kedua-dua rakannya itu menggunakan alasan: Ianya tidak terdapat dalam perjanjian tidak rasmi antara ketiga-tiga mereka.

    Ini menandakan perjanjian mulut dan terkini perjanjian bertulis, adalah amat penting dalam erti kata ianya akan mengikat Pas agar mematuhinya dan dua lagi rakannya nmpaknya tidak ada kesediaan untuk melihat Pas melonggarkannya dalam apa jua keadaan. Kebijakan dan kemahiran akan dijadikan saluran untuk mengenakan Pas.

    Sebelum nasi menjadi bubur, sebaik-baiknya biarlah Pas meneliti sedalam-dalamnya setiap sesuatu yang cuba didaftarkan itu. Pas sepatutnya mengelak dari memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada mana-mana individu (terutama yang bukan sebahagian darinya) untuk mendaftarkan sesuatu yang ada kaitan dengan halatuju dan masa depan perjuangan mereka.

    Anak Bapak - baca..., baru teken

    ReplyDelete
  26. AKUM DATO AKJ= Kepada penulis pencetus minda pemikiran kearah perubahan tetapi mengapa ya dato akal mereka masih ditahap katak bawah tempurung masih tida kemajaun hentam dan hina itulah yang ada pada mereka sungguh keji penulis seperti ini.Kepada para penulis disini apa jua organisasi mesti ada logo atau lambang tak kira parti atau badan perniagaan mesti ada logo takan para penulis tak faham.Bagi saya apa lambang yang hendak diguna itu tidak kisah tapi biarlah ya melambangkan masyarakat malaysia kearah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat majmuk dinegara kita.Bagi saya lambang dacing ini tidak ubah macam versi penipuan moden zaman masyarakat kapitalis di era tahun permulaan perdagangan perhambaan abdi di amareka syarikat. Saya cadangkan agar PR mengunakan lambang yang sesuai untuk masyarakat berbagai kaum dinegara kita selalu nya nya kaum cina suka kepada lambang merah dimana ya melambangkan keberanian kekuatan dan kebolehan mengharungi zaman sama ada susah atau senang maka pendekatan warna merah ini boleh digabungkan kepada warna hijau putih untuk ketenangan juga kebersihan semulajadi hati manusia gabungkan dengan warna biru kuat berusha mampu mengharungi cabaran dan sanggup berkorban untuk kearah kesempurnaan. Setiap pemimpin mesti berani serta bijak mempunyai hati yang tenang jiwa yang bersih dan mempuanyai kekuatan dan sanggup berkorban apa sahaja demi rakyat. GABUNGAN YANG SAYA SEBUTKAN TADI ADALAH SATU DARI BANYAK2 PECAHAN YANG BOLEH DIFIKIRKAN OLEH PARA PEMIMPIN PR. SEKIAN TERIMA KASIH MAAF DATO DAH LAMA SAYA TIDAK MELAYARI LAMAN BLOG DATO KERAN KELUAR NEGARA ADA URUSAN KERJA DIGERMANY SEMOGA DATO DALAM KEADAAN SEHAT DAN SENTIASA DIPILIHARA ALLAH JUA HENDAK NYA. WSLM

    ReplyDelete
  27. Salam Dato'

    Izinkan saya bertanya kepada pembalas2 yang mahukan lambang PKR, PAS dan DAP sedia ada dikekalkan dalam logo PR nanti.

    1. Bagaimana jika ada beberapa parti lain yang ingin memasuki PR, sedangkan grafik logo sudah dimatikan dengan lambang roket, bulan dan mata?

    2. Tidakkah antara ciri logo yang baik mempunyai reka bentuk yang mudah diingatkan seperti dacing, kapal layar, bulan dan roket?

    ReplyDelete
  28. Mat Uban Chow Kit Road 70an4:55 PM

    Salam Dato' Kadir.

    We should give a enough chance to Pakatan Rakyat to be an establihed.
    Why not?

    Pakatan Rakyat was balloted from Rakyat whose against the BN Corruption and Power Mistook.

    Peoples felt corny with all BN lies. This is Includes Mass Media, National Shares Propaganda, Lack quality for peoples facilities, Consumer Problems and etc...

    Rakyat dudahulukan is a bullshit bloody lies.

    ReplyDelete
  29. Salam DAKJ

    Senyum kambing & sumpah-sumpah

    Barulah saya tahu kenapa pemimpin PAS buat pejam mata je maksiat dihadapan mata (Buat- buat tak nampak). Rupanya ada perjanjian bai’ah talak tiga bini kalau jadi YB. Betul ke, salah ke, selagi To’ Guru kata betul OKlah tu. Patutlah isu babi, isu sex bebas, isu anak haram jadah, isu peliwat, isu penzina sampai bunting, isu menipu, isu caci mufti, isu To’ Guru cakap merapu semuanya tak kata apa. Sampai kafir laknaatullah kutuk Islam pun tak kata apa sebab To’ Guru kata ‘tak pelik’ dan To’ Guru sendiri tak marah.

    Sejarah tidak pernah menipu. Kalau dulu tahun 1998, Tun dilabelkan sebagai mahazalim dan mahafiraun tapi sekarang telah terbukti Tun Dr Mahathir adalah seorang negarawan ulung. Sebaliknya, parti kononnya nak menegakkan Islam pula telah dibuktikan sebagai parti dictator, zalim, perosak dan menggunakan perkataan Islam untuk kepentingan peribadi saja rupanya. Sekali lagi bak kata Darth Vader; ‘if you are not with me you are my enemy’.

    Bini sendiri pun dibuatnya permainan dan tak hormat langsung pada bini sendiri. Patutlah pakai serban dua tiga lapis tapi bini OK ke atau no entry ke, main bantai je. Tapi ada juga yg smart sikit. So digunakan beberapa talian hayat. Cerai bini nombor dua untuk kawin tiga. Lepas tu bagi alasan laki ada 4 talian hayat. Tak guna punya orang. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  30. Sdr rakyat yang bodoh

    Sdr kata, "Yg amat mengelirukan org, negara ini amatlah byk badan agama spt yadim, ikim, ilim, intim, jabatan agama negeri2 dll.Tapi tiada satu yg menonjol sbg wadah perjuangan dr segi ekonomi dan sosial org islam yg disegani.Malah jd bahan lawak sejak dipengaruhi unsur2 politik skrg."

    Saya bersetuju. Tetapi, apakah wujud faktor lain yang, pada fikiran sdr, menyebabkan badan2 agama tersebut tidak menojol sebagai wadah perjuangan dari segi ekonomi dan sosial yang disegani? Maksud saya, selain daripada dipengaruhi unsur2 politik?

    Apapun jawapan sdr, bagaimana jika saya katakan bahawa saya merupakan salah seorang jemaah pengkaji dengan ISDEV yang sejak 1996 terlibat dalam satu kajian Islam yang dibiayai oleh kerajaan yang memperjuangkan ekonomi dan sosial untuk semua umat manusia. Di mana sebahgian daripada hasil kajian telah dibentang di seminar tempatan dan antarabangsa dan saya sendiri menulisnya di akhbar.

    ReplyDelete
  31. YBhg Dato'

    Assalamualaikum. Cara PAS mengendalikan Seminar Khas pada 7hb November menunjukkan kematangan parti tersebut yang patut dicontohi lain-lain parti politik tanah air kita.Sehari sebelum seminar tersebut tersiar rencana apa yang dikatakan kelemahan pemimpin tertinggi PAS yang perlu ditukar dengan yang lebih agresif.

    Jelas sekali kesabaran dan sifat tidak mudah melatah pemimpin dan ahli Pas disalah ertikan sebagai satu kelemahan.Akhirnya PAS tetap bersatu dengan tidak timbulnya cabar mencabar diantara ahli bahkan pembentang kertas kerja dilapurkan mengatakan tidak akan menulis mengenai PAS lagi.

    Dengan terbentuknya sistem 2 parti adalah harapan saya ahli politik kita tidak lagi terlibat dalam memburuk-burukkan peribadi pihak lawan. Mereka diharap akan mengemukakan kepada orang awam apa yang mereka akan lakukan bila menang umpamanya mengekal atau menghapuskan ISA ,mengekalkan sistem tol lebuh raya atau mengnasionalkannya , menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Bangsa-bangsa Bersatu dan sebagainya. Mereka mistilah menyakinkan rakyat yang apa mereka cadang itu praktikal dengan menunjukkan cara untuk mencapai matlamat tersebut.Insyaallah politik negara kita akan menjadi matang dan tidak kebudak-budakan lagi.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  32. Dato'

    Mohon laluan untuk keluar dari tajuk posting. Saya tertarik dengan berita yang saya baca di akhbar hari ini mengenai usaha pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membuat lawatan `mengejut' ke rumah-rumah yang terdapat pembantu rumah Indonesia. Kalau Dato' perasan/ingat saya pernah mencadangkan perkara tersebut di dalam blog ini di bawah posting tanggal Sabtu 20 Jun, 2009
    Haiwan Bertopengkan Manusia Busukkan Nama Kita.

    Saya tidak pasti sama ada langkah baru yang akan di ambil itu di kutip dari blog ini, atau memang idea asli pihak KSM. Walau apapun, saya amat gembira kerana langkah sedemikian sedikit sebanyak akan membuatkan para majikan Malaysia tidak keterlaluan dan berhati-hati bila mengadapi masalah dengan pembantu rumah masing-masing.

    Saya kebetulan baru balik dari Jakarta/Bandung dan saya lihat isu/masalah dengan Pembantu Rumah dan Manohara sudah tidak ada lagi disiarkan diakhbar2 utama di Indonesia. Malahan, misalnya dalam kes manohara, menurut ahli akademik di Indonesia yang saya temui, mereka tidak lagi percaya kepada Manohara (walaupun sebelum ini mereka merasakan ini berkait dengan masalah hak asasi manusia), dan tanpa menyebutnya, mereka sebenar melahirkan merasa malu di atas tidak tanduk media Indonesia yang terlalu emosional.

    Malahan menurut salah seorang ahli akademik tersebut, beliau mengakui bahawa media di Malaysia lebih matang bila melaporkan isu-isu yang sensitif.

    Serik ke Jakarta - semua jalan macet(?)!

    ReplyDelete
  33. Anak Permatang Pauh11:22 PM

    Saya sangka orang Kedah bijak-bijak macam Tun M, rupanya orang Jerlun lain sikit mentaliti. DAP boleh menghapuskan `kepentingan melayu dan pribumi' menggunakan kuasa ekonomi bukannya perlembagaan. Mereka kisah apa pasal perlembagaan, asalkan mereka dapat kawal ekonomi melalui kuasa politik, cukup la. Memang la Melayu akan bungkus. Tenguk lah apa jadi dengan Singapura. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di singapore, tapi apa jadi dengan bahasa melayu, bungkuih, macam orang jerlun bungkuih lepat.
    Orang jerlun boleh dok mendabik dada bahawa perlembagaan Malaysia menjamin hak melayu. Apa nak jamin, dalam keadaan sekarang pun PAS dan PKR pun sama dok persoal hak-hak orang melayu seperti dalam perlembagaan. Takut tak sempat orang melayu nak tukaq semula kerajaan, habih dah ditukaq perlembagaan. Selamat tinggal tanah melayu. Ini orang dok cakap menang sorak kampung tergadai, rupanya orang jerlun masih bermentaliti Pak Kadok. Bangkit la Jerlun oiii. Sekurang-kurangnya TGHH pun ada reservation pasal nak buat pasti dengan bukan Islam, hang orang Jerlun yang kononnya atas pagar setuju dengan two-party system. hang boleh cakap di negeri mana yang ada masalah perkauman seperti di Malaysia ini,ada sistem dua parti yang efektif.

    ReplyDelete
  34. Anonymous11:43 PM

    Salam DAKJ,

    Lambang yang paling sesuai sebagai simbol penyatuan tiga ideologi yang berbeza ialah rajah piramid dengan tiga lambang berikut disusun mengikut urutan dari atas ke bawah:

    1. Paling atas, iaitu di sudut puncak piramid diletakkan lambang mata. Iaitu menunjukkan yang lambang mata sebagai kuasa tertinggi yang akan memerhatikan dan memantau semua komponen yang di bawahnya.

    2. Di bahagian tengah (di bawah simbol mata) diletakkan simbol 'tukul dan sabit'. Iaitu melambangkan kecenderungan komponen kedua pakatan kepartian ke arah konsep sama rasa dan sama rata.

    3. Paling bawah (dibawah lambang mata dan lambang 'tukul dan sabit') diletakkan lambang mata hari terbit bagi mengambarkan perubahan dari malam kepada siang.

    Dari sudut sains ternyata cahaya bulan yang menerangi malam dan cahaya matahari yang menerangi siang adalah keua-duanya berpunca dari tenaga matahari. Dalam kata lain bulan adalah sebenarnya objek yang hitam (tidak mengeluarkan cahaya) kerana tidak mempunyai tenaga untuk memancarkan cahayanya sendiri. ini bermakna bulan amat bergantung kepada sumber lain (tenaga solar matahari) untuk menampakkan dirinya dikala malam yang gelap gelita.

    Alpasiku

    ReplyDelete
  35. Anonymous8:01 AM

    Salam Datuk dan pembaca semua,

    Lucu membayangkan logo yang akan dipakai oleh pakatan ini nanti. Itu belum ideologi parti-parti ahli masing-masing; yang entah apa-apa.

    Pada intuisi saya pakatan ini tak akan ke mana. Pas dengan perangai tu jugak takkan bolehnye berpakat ngan orang lain. Lagi porak- peranda Malaysia jadinya ada lah. Tsunami Mac 2008 tidak akan berulang. Malahan kalau pakatan ini betul-betul direalisasikan,huru-hara akan lebih banyak berlaku dan ia akan jadi modal BN pada PRU 13 nanti. Saya yakin. UMNO pun bukan baguih sangat tapi Pas akan melingkup dalam pakatan ini nanti.

    PKR bukan penyelesaian kepada keperluan masyarakat majmuk Malaysia. PKR parti bidan terjun, parti yang desperate. Buat apa la pi dok join depa tu.

    ReplyDelete
  36. Lady Cruella9:50 AM

    PKR dah sasau and sewel.
    Dengan adanya Zaid, gila le jadinya.
    Zaid dan Anwar berlumba nak jadi PM.
    But never in a milion years will PKR topple Umno.

    ReplyDelete
  37. Anonymous4:23 PM

    Salam semua. Ajaran Islam mengajar kita utk membuat pilihan. Sebab itulah adanya syurga dan neraka. Jika semua org baik tentulah tak perlukan neraka.Dlm kehidupan juga kita diberi akal utk memilih samada utk berbuat baik atau jahat. Jika kita sokong kebaikan jadilah kita org baik dan sebaliknya. Ada yg menghina org kafir itu spt mrk bukan makhluk Allah.Org kafir ni jika hidayah Allah dah sampai pd mrk, akhlak mrk lebih islam dr yg dilahirkan islam.
    Cuma saya keliru ada pembahas mengatakan jika pr memerintah, habislah org melayu kerana dap anti islam dan org melayu. Adakah mca, mic, ppp, gerakan, dll dlm bn itu amat mencintai islam dan org melayu? Dan sekiranya pr memerintah mana perginya umno dan bn.Bukankah mrk yg akan jd pembangkang pulak.Takkan terus lumpuh di bumi m’sia ni? Jika saya seorg penyokong tegar umno sewajarnya berasa malu apabila najib terpaksa membuka amanah saham terbuka 1m'sia.Tak sampai seminggu berbillion habis dibeli oleh bangsa yg digelar pendatang.Kalau hadkan pd bumiputera dan melayu sendiri, saya jamin kerajaan habiskan duit dgn iklan pun belum tentu habis terjual.Pada saya itulah tanda kejayaan umno memerintah tanah melayu yg kaya hasil dan kecil negaranya tapi kaumnya sendiri tidak terbela.
    Pakcik saji yg cerdik lg bijaksana,saya agak musykillah knp agaknya Tabung Haji dan ASB dari dulu sampai skrg susah betul nak beri keuntungan yg tinggi(dari sudut ekonomi islam)pd penyimpan yg rata2 org melayu?
    Dan flip flop terbaru, kerajaan tarik balik pemeriksaan kereta atas 15thn.Nasib baik pembangkang ramai la ni,kalau nak harap keluhan kita di sini umpama mimpi dlm mimpi. Menteri yg ada skrg celik je mata dok pikiaq nak berniaga dgn rakyat sendiri.Apa yg boleh dicharge, tujukan pd rakyat dulu.Bila rakyat marah dikatanya tidak kenang budi. Hello, gaji anda rakyat yg bayar dan anda bekerja utk kami.Seharusnya berterima kasih pd kami yg meletakkan pak2 menteri semua di tempat skrg.Kalau tak reti bekerja letak jawatan bg org lain yg lebih layak.Saya yakin dgn takdir Allah, jika pr memerintah akan dtg, kita akan melihat pemimpin2 yg melaungkan ketuanan melayu ini akan menjadi hamba kpd org asing pula. Mrk akan jd pelarian di negara org utk elak undang2 yg mrk cipta sendiri selama berkuasa. Ingat tak dr mahathir pnh berkata jika pr memerintah beliaulah org pertama akan berhijrah dr m'sia. Itulah hasrat negarawan terulung yg berjuang atas nama melayu.Sebabnya? Bak kata Nabil raja lawak?Lu pikirlah sendiri.

    rakyat tak bodoh.

    ReplyDelete
  38. Anonymous4:33 PM

    pakcik saji berkata:
    `bahawa saya merupakan salah seorang jemaah pengkaji dengan ISDEV yang sejak 1996 terlibat dalam satu kajian Islam yang dibiayai oleh kerajaan yang memperjuangkan ekonomi dan sosial untuk semua umat manusia. Di mana sebahgian daripada hasil kajian telah dibentang di seminar tempatan dan antarabangsa dan saya sendiri menulisnya di akhbar'.

    Berapa byk teori, kajian dan kertas kerja dibentangkan para cendekiawan islam dlm negara telah dimanfaatkan sepenuhnya dlm urusan pentadbiran negara ni? Nyatakan badan agama yg mana berjaya dlm perlaksanaannya jd rujukan, wadah perjuangan ekonomi dan sosial di negara ini? Begitu juga dgn byknya jawatankuasa2, suruhanjaya yg telah ditubuhkan setiapkali berlaku isu panas dan skandal negara. Akhirnya keputusan dicapai setakat NATO(no action talkcheap only). Endorsement dari org politik juga diperlukan pengakhirannya. Pegawai atasan yg menerajui jabatan agama negeri2 bkn semuanya org yg arif dlm bidang agama. Kebanyakannya dilantik atas kapasiti org politik. Berbuihlah mulut bercakap tapi perlaksanaanya ttp mengecewakan.

    rakyat tak bodoh.

    ReplyDelete
  39. Sdr rakyat tak bodoh

    Sdr tanya saya (saji), sdr agak musykillah knp agaknya Tabung Haji dan ASB dari dulu sampai skrg susah betul nak beri keuntungan yg tinggi(dari sudut ekonomi islam)pd penyimpan yg rata2 org melayu?

    Saya pernah menulis rencana 3 muka A4dalam akhbar UTUSAN mengenai Tabung Haji ekoran lapuran kerugian besar TH di zaman Dr M yang mungkin sdr tak membacanya.

    Di mana, dalam tulisan saya itu, saya mencadangkan TH mengasingkan di antara akaun simpanan untuk tujuan menunaikan haji (untuk sejumlah wang simpanan yang difikirkan mencukupi) dengan untuk tujuan pelaburan yang disertakan dengan hujuah dari sudut prinsip2 muamalat Islam yang meliputi persoalan risiko kerugian daripada wang yang dilaburkan yang tidak akan menjejaskan akaun simpanan untuk tujuan menunaikan haji yang jumlahnya dianggap besar, dan hakikat bahawa, mumalat Islam menyediakan peraturan dalam bentuk hukum/kontrak jual beli yang membezakan di antara wang untuk tujuan simpanan diinstitusi kewangan dengan wang untuk tujuan pelaburan. Saya tidak tahu sama ada cadangan saya di atas telah dilaksanakan.

    Maksud saya, pengasingan wang simpanan di TH yang dibincangkan di atas, mampu meningkatkan keuntungan para pelabur dari aspek pengurusan risiko.

    Namun saya tidak menolak keuntungan rendah TH mahupun ASN itu disebabkan oleh apa yang boleh dipanggil sebagai kekangan Syariah yang menghadkan mereka melabur saham perniagaan yang halal sahaja yang sering dikaitkan dengan industri perkhidmatan yang untungnya kecil tetapi risikonya rendah.

    ReplyDelete
  40. Anonymous8:09 PM

    Dear Dato',
    Hope you are well. In my opinion: -

    Two Party system will not work is everybody in the system is still stupid.

    Koh Tsu Koon must allow everybody who is a Malaysian to judge him, foul mouthed or otherwise.
    The days of "Special Position" is over.
    He must answer his supporters and detractors to justify his position.

    PR Government will not abolish Malay Rights...Not!
    People vote PR specifically because DAP is against Malay Rights, PKR is for equal rights and PAS is for Any-Race-as-Long-as-Muslim-Rigths.
    No provision for Malay Rights.
    What is the point of voting PR if you still get Malay rights after 50 years?

    Whatever logo PR choose is meaningless.
    What PR stand for is more important.
    Put the Ying-Yang for all I care.
    If you are good, you are good.
    If you are bad, even Syed Ahmad Jamal's design can't save you.

    Ms. Eu Mei Fatt

    ReplyDelete
  41. Sdr Anak Permatang Pauh

    Sdr kata, "Tenguk lah apa jadi dengan Singapura. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di singapore, tapi apa jadi dengan bahasa melayu, bungkuih, macam orang jerlun bungkuih lepat."

    Saya kata, apa gunanya bahasa melayu bahasa resmi di malaysia, jika PAPAN IKLAN, NAMA TAMAN PERUMAHAN dan NAMA SYARIKAT kebanykannya bahasa inggeris, PAK MENTERI2 MELAYU kita jika bercakap bahasanya rojak Melayu + inggeris dengan loghat pekat negeri, FILEM dan DRAMA melayu terikut2 PAK MENTERI MELAYU kita guna bahasa rojak, ORANG MELAYU berperang sesama sendiri untuk memastikan bahasa melayu didaulatkan di bawah pemerintahan UMNO/BN, AKHBAR bahasa melayu tak selaris akhbar bukan bahasa melayu dan kebanyakan ANAK MUDA MELAYU hari ini tak tahu tulis surat resmi bahasa Melayu dengan baik!

    Sedangkan PAK MENTERI2 CINA petah bercakap bahasa melayu macam ahli akedimik melayu dan sdr saya ORANG MELAYU SINGAPURA masih boleh cakap bahasa melayu lebih baik daripada kebanyakan PAK MENTERI MELAYU kita!

    ReplyDelete
  42. Sdr Amoker..

    Define EQUALITY? As i can see it, so far we only able to achieved FAIRNESS which happens to work good enough over 5 decades until our economy were completely ruined in AAB era..that was the main turning point that moved Pakatan Rakyat up the political wheel. Now PR people love to spin it the other way around..

    Do you really mean to say that those BN components like MCA, Gerakan & MIC already work hard enough for the solutions toward EQUALITY?

    Try finding your answer in Satu Sekolah and Satu Bahasa Kebangsaan..

    I really doubt..dream on unless you're looking towards equality like in Indonesia & Thailand..

    What equal? Everybody just love to preserved their differences here..am i right?

    (",)

    ReplyDelete
  43. sdr org Jerlun..

    Kalau semua Ahli Parlimen Melayu bijak-bijak macam saudara maka saya akan yakin dan percaya kata-kata anda..boleh tidur lena..

    Depa WAKIL kita rakyat..belum tentu apa rakyat cakap depa ikut dan dengaq..ntah2 cuma dengaq cakap anak, bini, menantu dan kroni..

    Dunia dah nak kiamat..masa berlalu cepat..ini zaman IT..5 tahun tu kira lama sgt.. mcm2 dah boleh buat..ingat2 sempat ka sampai masa esok kita nak pangkah? Org dah riuh rendah syok 999 thn dpt geran tanah ibarat sekali bah terus pantai berubah..

    Kalau tidak Khairy tu tak menang la Ketua Pemuda UMNO.. tanya akar umbi..depa suka dia ka? Sebab apa dia menang? Sebab yang pilih tu WAKIL..bukan AHLI.

    Dilema kita hanya dua saja:
    1) Takut tersilap buat PILIHAN
    2) Tiada PILIHAN (maka pilihlah mana2 badut sarkas yg rasa elok sikit perangai)

    itulah senario nya..

    Jadi apa makrifat dan firasat tuan terhadap perkara2 yg dah pun ternoktah menjadi ketentuan?

    (",)

    ReplyDelete
  44. Sdr rakyat tak bodoh

    1. Sdr tanya, "Berapa byk teori, kajian dan kertas kerja dibentangkan para cendekiawan islam dlm negara telah dimanfaatkan sepenuhnya dlm urusan pentadbiran negara ni?"

    Memang tidak banyak teori, kajian dan kertas kerja yang dibentangkan oleh para cendekiawan Islam dalam negara telah dimanfaatkan dalam urusan pentadbiran negara ini.

    Tetapi, sdr kena ingat, jika pun sesuatu teori, kajian dan kertas kerja itu tidak dapat dimanfaatkan, ia, berdasarkan pengalaman saya sendiri, merupakan khazanah negara yang boleh/akan dimanfaatkan oleh pengkaji lain yang sesuai dengan kajiannya. Dalam kes saya,misalnya, saya telah memanfaatkan beberapa kajian dan kertas kerja Islam terdahulu berkaitan yang menliputi teori, konsep dan prinsip kewangan dan perbankan Islam dan mekanisme kontrak Islam yang membandingkan di antara kontrak Islam dan konvensional.

    2. Sdr tanya, "Nyatakan badan agama yg mana berjaya dlm perlaksanaannya jd rujukan, wadah perjuangan ekonomi dan sosial di negara ini?"

    Bagaimana saya katakan YAPEM?

    3. Sdr kata, "Begitu juga dgn byknya jawatankuasa2, suruhanjaya yg telah ditubuhkan setiapkali berlaku isu panas dan skandal negara. Akhirnya keputusan dicapai setakat NATO(no action talkcheap only). Endorsement dari org politik juga diperlukan pengakhirannya."

    Saya bersetuju. Tetapi untuk saya memberikan pandangan, sdr kena sebutkan isu dan skandalnya.

    4. Sdr kta, "Pegawai atasan yg menerajui jabatan agama negeri2 bkn semuanya org yg arif dlm bidang agama. Kebanyakannya dilantik atas kapasiti org politik. Berbuihlah mulut bercakap tapi perlaksanaanya ttp mengecewakan."

    Kalau sdr ikuti pembahsan saya sebelum ini mengenai konsep dan ciri pengurusan organisasi moden atau K&CPOM, saya bukan sahaja telah meletakkan golongan ahli agama sebagai mewakili golongan kemanusiaan seperti sdr yang tanggungjawabnya dalam urusan pentadibiran negara hanya berkisar dalam ruang lingkup apa yang dipanggil ciri2 aspek kemanusiaan - interaksi dan komunikasi, kepimpinan dan kepengikutan, pengetahuan, resolusi konflik, dorongan, sistem nilai dan kefahaman ahli (organisasi), sedangkan untuk memastikan sesebuah organisasi itu bergerak dan memberi faedah kepada ahli serta masyarakat sekelilingnya berdasarkan dasar2 yang diperjungkannya, ia memerlukan suntikan apa yang dipanggil ciri2 aspek teknikal - struktur organisasi (pelaksanaan dasar) yang meliputi carta organisasi, pembahagian tugas, saiz dsb), kemudahan dan peralatan, sistem dan tata cara atau mekanisme pelaksanaan atau penterjemahan dasar oleh kalangan pentadbir/kakitangan kerajaan yang sama ada terdiri daripada golongan profesional teknikal atau golongan kemanusiaan seperti sdr yang mampu menyuntik ciri2 aspek teknikal tersebut.

    ReplyDelete
  45. Anonymous11:23 AM

    Salam Dato',
    Selain DSAI yang mampu mengetuai PR, Zaid dan Nizar juga mampu membawa mesej kesepakatan dalam PR.

    Nizar telah berjaya menjadi MB untuk Perak selama 10 bulan sebelum Perak disamun oleh samseng BN yang memang kita ketahui mempunyai "akhlak terpuji".

    Kepimpinan Nizar diperingkat negeri amat menyenangkan pengundi disebabkan ketokohannya sebagai ahli politik moden dari PAS.

    Setiap lawatan yang dibuat beliau keceruk kampong di Perak tidak memerlukan pegawai kerajaan untuk memasang karpet merah dan sebagainya dan hanya cukup dengan payung cabuk, itupun kalau ada yang sudi nak memegangnya dan berbeza dengan MB samseng BN yang mahukan berbagai persiapan dan protokol sebelum turun padang dan sekurang-kurangnya RM 100,000 dihabiskan untuk majlis yang tak sampai 30 minit.

    Untuk lawatan PM ke Perak baru-baru ini, lebih 2000 buah bas disediakan di Perak untuk mengangkut orang-orang kampung dan diberikan RM 10 -RM 50 seorang untuk semata hadir ke majlis yang kononnya mendapat sokongan rakyat Perak. Sekiranya bas dan wang tak diberikan , saya percaya mungkin 1000 atau 2000 orang jer akan hadir ke majlis tersebut dan pasti PM akan merah muka melihat "ramai" nya penyokong beliau.

    Sewaktu PR mula memerintah Perak, majlis mensyukuri kemenangan telah dibuat di stadium yang sama, lebih 60,000 orang telah hadir dari seluruh Perak tanpa bas dan wang yang disediakan dan untuk menunjukkan sokongan kepada PR.

    Kalau PM dah nyatakan bahawa rakyat dah mula benci dengan PR, bubarkan DUN dan biar rakyat Perak tunjukkan siapa yang mereka pilih, antara PR atau BN.

    Ekonomi Malaysia makin teruk dan merudum tetapi pembodek BN memberikan gambaran yang fantasi pada PM tentang betapa teruknya prestasi ekonomi. Kalau dengan perjanjian bertulis pun BN boleh engkar, bagaimana dengan hanya janji setakat dibibir.

    Pelabur asing makin meminggirkan Malaysia dengan sikap pemimpin BN yang suka berjanji dan tak menepati seperti kes royalti minyak Kelantan. Untuk negeri PR dipanggil "wang ehsan" , untuk negeri BN dipanggil royalti..

    "bila berjanji dia mungkir, bila diamanah dia khianat, bila berkata dia bohong..." itulah sifat pemimpin BN yang ada sekarang..bukan setakat BN Pusat dan Negeri, ia termasuk yang menjadi JKKK.. rasuah berleluasa, pembohonganan umpama mainan bibir

    Malaysia tidak mampu menjadi negara maju pada 2020 sekiranya pemimpin yang berada sekarang terus memimpin... rakus melahap harta rakyat seperti laporan ketua audit 2008 dan 2009, buat stadium runtuh, PKFTZ yang melahap berbillion, Double track , scorpene dan macam-macam skandal yang menyebabkan rakyat menanggung beban.
    Malaysia wajar mencontohi jiran di selatan, walaupun diperintah oleh bukan Islam tetapi mereka memandang jijik rasuah, begitu juga dengan negara China, memandang rasuah sebagai penyakit yang perlu di singkirkan..

    Bilakah pemimpin kita mampu berubah?.. Esok? Lusa? Sampai kiamat?

    Anak_BOTA

    ReplyDelete
  46. Anonymous7:00 PM

    Anak_Bota,

    Tunggulah PRU 13. Kita lihat bagaimana kedudukannya.

    Sekarang ni kita lihat je lah apa kemajuan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang di perintah oleh PR. Kalau meyakinkan rakyat mereka akan terus memerentah. Kalau tidak gigit jari je lah.

    Tak payahlah nak lepaskan geram !!

    pendita

    ReplyDelete
  47. モバゲーでは友達から恋愛まで、様々な出 会いを探せる無料のコミュニティサイトです。常時サポートスタッフが掲示板をチェック、サクラや業者を排除しておりますので安心してご利用いただけます

    ReplyDelete