Monday, December 14, 2009

KPI: PM Puas Hati Tetapi Bagaimana Kita?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BEBERAPA orang pembahas blog ini dan orang luar, termasuk seorang bekas menteri pusat, bertanya mengapa saya belum mengKPIkan Perdana Menteri dan kerajaan walaupun November telah datang dan berlalu.

Mereka mengingatkan saya (atau mengungkit) bahawa saya pernah menulis dalam blog ini mengatakan saya akan KPIkan Mohd Najib Abdul Razak pada bulan November iaitu enam bulan selepas beliau mengumumkan pelaksanaan KPI dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Bagi mencari petunjuk, saya melayari laman web Jabatan Perdana Menteri dan menemui sebuah laporan bertarikh 4 Mei mengenai KPI yang bertajuk “Rakyat Penanda Aras Utama KPI, Kata Najib.”

Saya petik perenggan berkenaan:

“Kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan justeru (itu) KPI merupakan medium peringatan yang paling relevan...penanda aras utamanya ialah rakyat. Secara keseluruhannya kita mesti memuaskan (hati) rakyat," katanya.

"Beliau berkata KPI yang mula diguna pakai selepas pertukaran kepimpinan Mac lepas bukan sekadar berkisar kepada prestasi pekerjaan semata-mata sebaliknya terletak kepada kecekapan dalam memenuhi dan memuaskan kehendak rakyat.”

Pada 13 Disember, Bernama menyiarkan berita bertajuk “Najib Puas Hati Pencapaian Keseluruhan NKRA”

Saya petik perenggan berkenaan:

“KUALA LUMPUR, 13 Dis. (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Perdana Menteri berkata bagaimanapun masyarakat umum boleh membuat penelitian mengenai laporan itu yang akan dibentangkan kepada wakil badan bukan kerajaan pada Khamis ini, dan kepada orang ramai Jumaat ini di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.”

Mohd Najib berharap rakyat dapat memberi maklum balas mengenainya kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas mendengar pembentangan mengenai pencapaian enam NKRA di ibu negara.Turut hadir, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang tanggungjawab terhadap pengurusan KPI dan prestasi NKRA Senator Dr Koh Tsu Koon dan Senator Idris Jala.

Walaupun Perdana Menteri secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan enam NKRA di bawah KPI tetapi adakah rakyat jelata merasa kesan yang sama?

Mohd Najib mahu rakyat jelata memberi maklum balas. Justeru itu adalah wajar kita menyatakan pendapat kita.

Berpaksikan tajuk berita 4 Mei yang berbunyi “Rakyat Penanda Aras Utama KPI, Kata Najib”, saya sarankan kita buat satu kajian persepsi (perception survey) di kalangan pembaca blog ini sementara menunggu pembentangan lengkap KPI/NKRA.

Pembentangan kepada wakil badan-badan bukan kerajaan akan diadakan Khamis ini (17 Disember) manakala kepada orang ramai pada hari berikutnya.

Selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, kajian persepsi kita ini akan bertanya satu soalan sahaja iaitu:-

Adakah anda puas hati dengan pencapaian Kerajaan sejak KPI/NKRA diperkenalkan Mei lalu?

Anda boleh jawab:

1. Ya/Yes
2. Tidak/No dan
3. Tidak Pasti/Not Sure.

Pengundian boleh dibuat dalam ruang khas yang disediakan. Ini adalah kajian persepsi. Selepas NKRA dibentangkan kepada umum, mungkin kita boleh buat satu lagi kajian yang lebih terperinci.

Sambil itu Saudara/Saudari bebas berbahas seperti biasa.

71 comments:

  1. akm dato AKJ, moga sihat dan sejahtera hendak nya...

    Saya memilih "TIDAK"

    Kerana saya adalah rakyat yang menggunakan perkhidmatan awam. salah satu pekara dalam NKRA itu ialah tamabah baik mutu perkhidmatan awam.

    Apa yang saya perhatikan selaku pengguna, bukan nya tambah baik tetapi tambah buruk. Contoh nya

    KTM komuter yang sangat sesak setiap hari, di tambah pula langsung tidak mengikut jadual waktu.Itu belum di ambil kira factor keselamatan. Mungkin boleh dato pi try sekali dekat KL sentral pada sebelah petang hari jumaat. Ataupon setiap hari pada sebelah pagi dari Pantai Dalam dan sebelah petang dari Kl Sentral ke Pantai Dalam..Malu kat pelancong asing.

    2.Pudu Raya atau pon Plaza Rakyat, ada sedikit perubahan hasil lawatan Ds Najib, tetapi penipuan oleh pengusaha-pengusaha Bas masih berterusan, contoh BAS pergi Penang, beli tiket pukul 2pm, tapi bas datang pukul 5pm. Tujuan nya nak himpun orang.Tiket pergi Penang hantar sampai buterworth, lepas tu kirim kat bas lain yg nak pergi penang, penumpang kena berdiri tak pon bersila atas lantai.

    3.Tiket BAS ekspress still mahal, menteri kata surcaj adalah untuk tambah baik mutu perkhidmatan.Tapi perkhidmatan masih macam tu juga.

    4.Pendatang asing, sangat ramai, bila naik komuter tolak rakyat tempat, raba, senggol rakyat tempatan, terutama anak gadis.

    5.Rumah Flat dalam KL, sangatlah teruk terutama rumah yang di selenggara oleh DBKL.Kalau tak percaya sila lawat rumah di DBKL di sekitar Sentul, dan cuba turun melalui tangga kecemasan, lihat juga keadaan lift nya.

    ReplyDelete
  2. Datuk,

    Saya tidak berpuashati...

    Salah satu sebabnya, menteri atau MP BN lebih byk dibuai dengan permainan politik pembangkang dari membuat kerja. Kurangkan politik, lebihkan kerja... Saya tak nampak lagi hasilnya yg saya boleh bangga utk tempoh 6 bulan ini. Mungkin saya kena tunggu setahun dua. Tapi mungkin sudah terlambat utk BN.

    Secara ikhlas. saya kira masih belum capai 50% dari zaman TDM.


    BTW Datuk, saya penyokong BN..

    ReplyDelete
  3. Roti Planta5:47 PM

    Dato',
    Sebagai pengundi boleh ubah iaitu telah/boleh mengundi mana2 parti, saya masih belum puas hati KPI kerajaan terutama berkenaan keselamatan negara (jenayah, pendatang, rasuah dsb) dan kewangan negara (FDI, ketirisan pembelanjaan, inflasi dsb). Namun pemerintahan Najib nampak peningkatan dan perubahan yang positif.

    ReplyDelete
  4. Salam dato,


    Saya kata TIDAK...


    Sebab:

    1.Jalanraya makin sesak.

    2.Bas dan teksi,samaada sesak,lambat,tak ada /tak ikut jadual dah jadi macam culcutta dan manila,lebih teruk dari jakarta dan bangkok sekarang.

    2.Berita keganasan rakyat bertambah .. bunuh orang, rogol ,peras ugut dsb..

    3.Bilangan rumah kosong ditaman
    perumahan bertambah..

    4.Iklan `ah long' macam-macam bertambah di metro,star, utusan..tapi tak kena tangkap orang yang buat iklan dan editor surat khabar siarkan dan `promote' ah long ah long ni....

    5 Poster-poster muka CM Melaka,MB NS, dan PM sendiri masih sering menutup tiang lampu jalan dan BUAT SEMAK di persimpangan jalan.. penuh di tiang lampu jalan...kat jamban ada tak? bolih buat gabuis pungkoq!..

    6.Bila timbul SATU isu..kalau 10 menteri/tim.menteri buat state-ment, 9 macam statement kat PLANET MAR dan yang lagi satu macam diPLANET BENGAP kat GALAXI MERAPU!.

    7.PALING MENYAMPAH DAN SAKIT HATI DAH LA DEPA NAIKAN HARGA BARANG , CUKAI BARU,CUKAI KAD KREDIT....(elektrik,minyak,?gula,?tepung,?tol tahun depan).....PI HEBUH SANA SINI SEMUA INI TAK MEMBEBANKAN RAKKKKKYATTT!!! rakyat tak bebal laa bro.

    8.KENAPA tak BOLIH HAPUSKAN APs
    gula,tepung,bawang,cilikering dsb? ADA KA GOMEN macam ni, gomen takut kat peniaga besaq,tapi pras peniaga keciq sampai tak bernafas!...



    9.KALAU PAKEJ RANSANGAN EKONOMI 60 bilion 2009 dan 7 bilion sebelumnya pada 2008 berjaya PASAI APA DITAHUN 2010 kena POTONG PERBELANJAAN???..kenapa tak buat teruskan paket ransangan ekonomi 2010, 2011,2012....ATAU nak tunggu tenguk rakyat puji kiri kanan dan pilih komen puji kiri,kanan,atas, bawah,baru kata semua MINTA PAKEJ RANSANGAN EKONOMI BARU 2010!!


    10.PASAI APA PM cepat cepat letak
    pencapaian NKRA/KPI , bukan tunggu rakyat beri feedback dulu,baru beri final decision...NI MACAM HAKIM BERI judgement,lepas tu suruh pendakwa dan pembela bentangkan kes...NI BUKAN RAKYAT DIDULUKAN,TAPI PM DAN MENTERI DI DULUKAN!!



    PM dan geng bolih CUBA LAGI!.. kalau nak pastikan rakyat berkenan ka tidak,tapi PASTIKAN sebelum pru13,nombor 13 ni suii punya kiraan kata mat saleh...



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  5. bulat6:08 PM

    Kerajaan buang masa dengan benda KPI ni.
    Tak ada pencapaian utama yang boleh disenarai atau dibincangkan.
    Apa usaha kerajaan jangka pendek dan jangka panjang untuk memakmurkan negara malaysia ni? Tarrak!!
    Apa projek? Tarrak!!

    Sekurang2nya buatlah balik jambatan bengkok tu......jangan banyak berpolitik!!

    ReplyDelete
  6. AKUM DATO AKJ=KPI sudah menjadi KAPAL PENYAMBUNG IMPIAN? Impian siapa saya pun tak tak tahu apakah kita dalam kapal yang selamat kerana penyambung nya hanyalah impian sahaja sedangkan kehidupan kita dihimpit pelbagai kebimbangan pada masa ini. Bimbang dengan GST bimbang dengan YURAN SEKOLAH termasuk YURAM MAKAN ASRAMA YANG AKAN NAIK semua ini membingkan kita sebab pendapatan kita tidak seberapa yang pasti kenaikan adalah satu beban.Harap KPI ini tidak menjadi mimpi yang mengerikan bagi people same to me. tq dato

    ReplyDelete
  7. Y.Bhg Datuk AKJ,

    Jika PM benar-benar berpuas hati mengenai implementasi KPI/NKRA, saya berpendapat ianya boleh mengundang beberapa perspektif/implikasi. Di antaranya:

    1. Bahawa Kerajaan Malaysia sudah berjaya mencapai satu rekod di dalam mengalahkan mana-mana Kerajaan di dunia di dalam aspek mengimplementasikan KPI/NKRA diperingkat tertinggi sesebuah negara.

    Ini bukan suatu perkara yang boleh dianggap remeh / enteng. Ini adalah satu breakthrough! Negara-negara maju pun hanya masih mengimplementasikan KPI/NKRA/Balance Scorecard diperingkat “municipality” atau di peringkat agensi kerajaan sahaja.

    Whoaa…hebat Malaysia ini!

    2. Bahawa konsep “not for profit” yang menjadi tunjang / teras pentadbiran kerajaan akan bertukar kepada “for profit” pula akhirnya nanti. Terutamanya di dalam era “limited government funding” ini, bibit-bibitnya sudah mula ternampak di mana pengurangan peruntukan ke atas beberapa kementerian / agensi kerajaan dijadikan pula sebagai “batu loncatan” untuk mencapai KPI agensi masing-masing.

    Akhirnya nanti, semua KPI-KPI akan berunsurkan kpd “financial perspectives” sahaja daripada mengambil kira perspektif-perspektif lain (contohnya perspektif rakyat sebagaimana survey yang Datuk jalankan sekarang).

    Terima kasih

    Azman Mohd Isa

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:42 PM

    Datuk,
    MACC has done survey, allocation for constituencies misused due to corruption practices. Today, there are manufacturing companies with operator working under amount RM around 500 monthly. What can Rm500 pay if prices of fuel, sugar, toll, milk, roti canai, school fees etc increase and they need to raise their families? Their pay does not grow in tandem with price inflation.....their income has shrunk while prices increase. The poor are getting desperate while we enjoy F1 & MoonSoon cup racing.

    From,
    Money Not Enough

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:23 PM

    Najib buang masa tipu diri sendiri dan rakyat Malaysia.
    Jawapan nya TIDAK PUAS HATI.
    Membazir wang rakyat buat kerja bodoh!!! apa lah nasib rakyat Malaysia dapat pemimpin yang kelabu asap!!!
    TIDAK
    MatrempitKampong69

    ReplyDelete
  10. datuk, saya vote tidak puas hati dan nampaknya majoriti pengundi juga sependapat dgn saya. selama ini kerajaan hanya banyak bercakap tapi perlaksanaan amat tidak ketara.

    saya ambil satu contoh, kerajaan bertekad membasmi rasuah tapi baru2 ini pemimpin yg pernah disabit rasuah diangkat menjadi calon prk. tak usahlah cakap tentang skandal pkfz yg tak nampak ada jerung besar yg akan didakwa walaupun kita semua sudah maklum siapa mereka. ini baru bab rasuah sebagai contoh.

    pada keseluruhannya saya kpi kan pentadbiran najib 40% saja menepati slogan yg digembar-gemburkan.

    ReplyDelete
  11. terima kasih datuk kerana berani mengadakan vote di blog datuk walaupun datuk tahu keputusannya berkemungkinan tidak menyebelahi kerajaan.

    nampak gaya pihak kerajaan awal2 lagi sudah syok sendiri bila pak najib mengumumkan berpuas hati dgn pencapaian nkra. sekarang lihat pula pendapat rakyat di blog datuk, walaupun dari sebahagian kecil rakyat dari berbagai latar hidup.

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera Dato' AKJ
    Sebagai rakyat biasa saya kena pilih "TIDAK". Sebabnya saya tak nampak apa-apa yang mengurangkan kesusahan hidup orang kampung macam saya. 1 MALAYSIA hanya tambah ucapan salam oleh petugas media elektronik, sama dengan Islam HADhari (terumbang-ambinglah penganutnya; nak kena jadi penganut Islam yang tidak HADhari kot) yang tak bawa apa-apa perubahan dalam hidup kami. Dengar2nya harga beras dan gula, juga yuran asrama sekolah akan berubah nanti. Inikah yang ditakrifkan rakyat diutamakan (?)
    Apa yang akan dinikmati oleh YB2 berkenaan jika KPI tercapai dan apa ruginya jika KPI tak tercapai. Ada kah sistem pergerakan elaun menegak, melintang atau statik akan diperkenalkan.
    Nampak seolah-olah nak "gempaq kelin botoi" saja

    ReplyDelete
  13. Salam Dato'

    Saya undi tidak pasti

    Sebab:

    Belum baca laporan KPI lagi

    Namun ingin meninggalkan persoalan berikut:

    Kalau lapuran prestasi KPI untuk 6 bulan pertama PM DSN dah puas hati, bagaimana bagi 6 bulan kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya?

    Maksud saya, adakah tahap kepuasan hati tersebut boleh meningkat dari semasa kesemasa?

    ReplyDelete
  14. ting tong guy11:04 PM

    Dear Dato'

    I just happened to drive along Federal Highway from Kelana Jaya to Shah Alam this evening ( after having teh tarik at mamak restaurant behind RGT Golf...your usual place dululah Dato'!!!!).

    What I saw next to federal highway really shocked me! I saw electric train KTM komuter coaches being pulled by diesel locomotive. What really amuzed me was that in between the loco and the komuter, there is 1 inter-coach meant for generator set to energize the electric Train set!!!!

    This is something that I never see in any part of the world even in countries like India and Pakistan!!! How indigineous!!!.

    And because of that I choose big "NO" for the KPI rating. Sedihlah Dato', apa dah jadi dengan Malaysia post Dr. M sampai orang boleh terima that kind of service standards????

    ReplyDelete
  15. AKUM DATO AKJ= Saya disini juga mengucapkan taniah kepada bekas boss saya yang sekarang bergelar DATO yang dianugerahkan oleh DYMM SULTAN SELANGOR sempena hari keputeraan baginda saya juga menjujung kasih kepada DYMM SULTAN SEMOGA SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH DAN DAPAT MENJALANKAN PEMENRITAHAN BAGINDA DENGAN AMAN DAN RAKYAT BERNAUNG DIBAWAH DAULAT TUANKU. KPI adalah pengukur pencapaian sesuatu urus tadbir sama ada peringkat rendah dan tinggi dan apakah pencapaian nya dari situ kita akan dapat menilai sesaorang itu berjaya atau tidak.Apakah penilaian yang patut diberi kepada PM dan anggota KABINET NYA bagi saya tahap zero kerana banyak isu tidak dapat ditangani dengan sempurna oleh beliau dan juga jemaah menteri nya. Apakah peranan yang boleh diambil oleh jemaah menteri nya hingga gagal untuk mencapai matlamat yang diharapkan oleh rakyat dari pengguna kenderaan awam keperingkat sektor pendidikan.Ekonomi.Kesihatan.Pertanian.Apakah semua nya berjaya ditangani nya dengan berkesan dan bebanan rakyat dapat dikurangkan. Kadar kemiskinan semangkin meningkat. Banyak perkara perlu ditangani oleh pihak kerajaan sebelum mereka dapat merangka KPI yang boleh dijadikan ukuran kejayaan kerajaan barisan nasional dan dapat dibentangkan dan rakyat akan membuat penilaian dalam PRU 13 NANTI. SEKIAN WSLM DATO TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  16. Jawapan senang datuk, Tidak!

    1. 10 out of 30 ministers did not submit. 33% failed and that is satisfactory?
    2. Those are high level KPIs that does not seem to impact normal people.
    3. Najib is becoming like Abdullah with flip flop policies. The latest is our stand in Iran.

    ReplyDelete
  17. Anonymous11:36 PM

    Salam Dato', Jawapan saya "TIDAK" kerana:1.Setakat ini PM hanya banyak membuat pengumuman tentang dasar dan rancangan sahaja tetapi perlaksanaannya kurang dan hasilnya tidak seberapa. 2.PM semacam tiada kawalan terhadap isteri,khususnya didalam hal pemaikaian sebagai isteri PM yg berugama Islam.3.Tidak ada sebarang peningkatan,bahkan semakin terok,di dalam kegiatan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan seperti PDRM ,SPRM dan perkhidmatan awam .4.Masih terdapat sindrom pengaroh "Tingkat 4" didalam urusan kerajaan dan perlantikan tertentu seperti Omar Ong dan penglibatan Setpol PM didalam urusan kerajaan. Askar tua

    ReplyDelete
  18. penyokongUMNO12:20 AM

    Dato. DS Najib masih takutkan pembangkang. Masih terikut rentak pembangkang.

    Saya kecewa tentang PPSMI, BTN, perkauman dan sebagainya. Pm seharusnya tegas dan bukan terikut rentak orang.

    Dan saya mahu lihat, apa akan jadi selepas timbalan menteri kita berhenti. Adakah Kj akan dilantik? Jika ya, maka, DS Najib tak ubah hanya cakap kosong.

    ReplyDelete
  19. Dato radzi12:29 AM

    Dato.

    Najib Puas hati dengai KPI.Masok dalam bakui dan angkat sendiri.Segalagi Najib tidak dapat mengawal nafsu Romah selagi itu lah KPInya tidak betul.Selagi Najib tidak dapat menjawab tudohan Bala dalam SDnya selagi itu lah KPI nya tak betul.Selagi Najib tidak dapat mengawal Pak Menterinya yang bertindak sesuka hati selagi itu lah KPI nya tidak betul.

    Untok penghatuan dato,Singapora boleh menjadi Kaya raya dan maju dan kurang Rasuah tampa KPI dari Menterinya.Bagaimana.

    Ramai raayat kita di luar bandar ia tak faham apa itu KPI.Yang ia mahu ia lah Belanja hidup turun,dapat api ayer,ada rumah sendiri,anak boleh pergi sekolah dan gaji cukup.Ada kah kita dapat menunaikan harapan raayat ini.Jika tidak tak payah lah sebok dengan KPI.

    ReplyDelete
  20. I am non-commital to say yes or no. To me it is irrelevant because I can expect that the results will be negative. There is a strong inclination that the answer will be NO.
    I think the element of biasness will be on the high side which could reflect how sincere the voters are. I am not comfortable to vote. Therefore, I would prefer to remain in the sideline for the time being.

    ReplyDelete
  21. Sdr Ting Tong Guy, in part, said: "What I saw next to federal highway really shocked me! I saw electric train KTM komuter coaches being pulled by diesel locomotive."

    1. Yes, I had seen it too. I had been like that for a while;

    2. I tipped off the MSM, but I am not sure if they did a report. A good picture and human interest story;

    3. Call it ingenuity, call it desperation, but it helps the commuters I guess;

    4. BTW, I still frequent the Mamak restaurant.

    Thank you.

    ReplyDelete
  22. PM puas hati dengan kerajaannya sendiri? So what?

    Iman kita pun Allah SWT yang nilai. Ada tidak orang Islam yang mampu berkata dia sudah berpuas hati dengan segala amal dan ibadatnya?

    Mungkin ada. Tapi manusia yang sudah terpisah dengan realiti, yang agak bongkak dan sombong dan tidak sedar diri.

    Maka, apabila PM berpuas hati dengan dirinya sendiri - kita fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  23. saji said mengaku yang dia adalah seorang pengkaji.

    Adalah tersangat malang sekali apabila seorang pengkaji boleh beri jawapan saya undi tidak pasti sebab belum baca laporan KPI lagi.

    Laporan benda atas kertas bukan atas kerja, yang rugi boleh tulis untung atau tanda hijau.

    Demikian juga yang gagal boleh tulis berjaya. Tetapi realitinya tidak begitu.

    BelumMacam mana seorang pengkaji oleh jawap begitu, sedangkan keputusan seorang pengkaji bukan atas laporan orang lain, tetapi atas inisiatif kajian yang dibuat.

    Saya percaya kajian yang dibuat juga kadang kadang berlaku penipuan untuk jaga pihak kerajaan atau kajian itu berupa kajian palsu yang tidak berpijak dialam nyata.

    Saya boleh buat laporan kewangan syarikat saya untung. Orang tidak tahu. Tetapi apabila orang buat kajian orang akan dapat tahu jika akhirnya sama ada syraiukat saya itu untung atau rugi.

    Bukan setakat itu sahaja soal bedah siasat terhadap mayat juga boleh berlaku penipuan. Doktor boleh buat laporan bahawa mereka bunuh diri bukan dibunuh.

    Maaf sya tidak prejudis pada Saji,tetapi saya sangat terkilang seorang pengkaji boleh beri jawapan tidak pasti pada KPI yang boleh dikaji dan beri jawapan sama ada sudah ada tanda tanda prestasinya sudah berjaya atau gagal setakat 6 bulan satu tahun.

    Seorang guru boleh tahu pecapaian pelajarnya sebelum keputusan UPSR dan SPM dibuat kerana kearifanya.

    Malang sekali seorang pengkaji tidak pasti dengan prestasi kerajaan dibawah kepimpinanan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

    ReplyDelete
  24. Anonymous9:36 AM

    Datuk,

    I had commented in the article prior to this..... DS Najib is in no position to make any difference coz he is beholden to too many interests and I do not consider him to be shrewed nor vicious enough to have the political will to get things through.

    If my political assessment is correct with the sentiments that is being echoed at the different blogs or on the streets or teh tarik gathering, the next election will see the death of the BN.

    It is very simple mathematics really, after all I remember Tun M himself has said this before..you can lie to some of the people some of the time but not all the people all the time.....

    Given the current economic climate which is another factor that will bury DS Najib he has shown his "turkeyness" in many areas which includes his cabinet of ministers. Again I quote Tun M, In a gale, even a turkey can fly and right now economy is not in a "galing" situation and therefore economic or financial stupidity decisions or programs will exarcebate itself....

    BTW I had the pleasure of meeting a Pengarah Negeri BTN whom I had an interesting conversation.... My take as I told him, you can put in as much campaign and propaganda as you like...the truth will always prevails in the individual hearts because we are all human being with the ability to detect lies. The question will always come down to one thing only, do we still want to live with the lies? and the answer will always go back to how strong is the push or pull factors to continue with the lies...

    Keturunan Jebat

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:44 AM

    Salam dato dan semua pembaca.

    Undi saya adalah TIDAK. Kerajaan sekarang tidak ikhlas berkhidmat utk rakyat kebanyakan.

    Ekonomi negara dan rakyat dlm keadaan membimbangkan.Pemimpin pula masih rakus berbelanja pd perkara2 yg membazir. Dijangkiti sindrom `BIAR PAPE ASAL BERGAYE'(kata org Perak).

    rakyat tak bodoh.

    ReplyDelete
  26. Salam semua,

    Kepuasan itu adalah subjektif. Ada org 1 juta pun tak cukup, ada org 1pun dah cukup. Kebanyakan "somebody" hanya "listen & believe to what they choosed to believe and from whom they wish to listen".

    1) PM Malaysia sekarang ada 2 portfolio atau mungkin 2 org. Politik & komersial..Sorang pegang politik yg lg sorang pegang portfolio komersial. Teka sapa pegang komersial? :P

    2) Fokus perlaksanaan polisi kerajaan Tanah Boleh lazimnya amatlah tidak profesional dan tidak praktikal yg majoriti rakyat sendiri boleh nilai. Mereka masih beranggapan rakyat umumnya tahap pendidikan mcm thn 60an.

    3) Polisi & perlaksanaan kerajaan Tanah Boleh masakini tidak berpaksi kepada "logic & sense" ...hanya "dollar & cents" semata-mata.

    4) Jika pembuat & perlaksana itu bijak2 belaka, segala tindakan sepatutnya menghala kepada "treating the disease" bukan "treating the symptoms".

    5) Kualiti ekonomi rakyat diukur dengan PPP (Purchasing Power Parity) atau kuasa membeli..itulah "disease" sebenar rakyat tertekan dan marah kpd kerajaan BN (Barang Naik).

    6) Kalau kuasa membeli RM tinggi, tak payah nak bagi bonus, stimulus dan apa2 tambahan..org gaji RM500 pun boleh hidup cukup makan bukan tertekan..yang penting adalah keperluan utama seperti makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan & tempat tinggal. LIMA (5) saja? itupun susah hangpa org2 besaq kat Putrajaya tu nak faham ka?

    7) Masalah pengangkutan awam di Malaysia bukan acuan semalam..dah lama dah, skrg masa dia melarat. "reaping what the Govt. sow".

    8) Kesian kat KTM, depa "operate & maintain" aset kerajaan. Kalau kerajaan bagi besi buruk dan tak mahu melabur beli aset baru, maka rakyat pun dpt besi buruk lah..yg komuter ditarik dgn lokomotif tu kira idea terdesak lah tu..

    9) Jangkahayat ekonomikal sesuatu jentera atau mesin tu lazimnya 10thn saja..lepas tu disebabkan perkembangan teknologi alatganti pun susah nak dapat. Kalau ada pun sgt mahal. Baik beli baru.

    10) Kalau Pak Lah tak bekukan pembangunan infra pengangkutan awam masa zaman Tun M, dah lama dah kita boleh naik tren elektrik 140km/h JB-KL-B'worth. Bila Pak Lah sambung balik projek, kos dah naik 2 kali ganda.. duit lagi! bijak..bijak..

    11) Kerajaan Tanah Boleh sgt suka melabur kat projek gajah putih mega yg 2-3 kerat je dpt merasa habuan lumayan, bukan faedah kpd rakyat majoriti. Cth: PKFZ, Koridor2 mistik, IDR dll.. Melabur kat projek2 rakyat membazir kot..sebab tak 'masyuk' (tiada 'return cycle').

    12) Kualiti pembangkang di Malaysia pun amat menyedihkan.."loose cannon, no intelect". Asal projek mega semuanya bazir w/pun untuk kepentingan rakyat. Abis duit cukai nak buat apa? tak payah belanja, simpan bawah bantal busuk sbb takut hilang?

    13) Dato' AKJ..apa kata buat “internet poll” yg klik2 tu...senang kita tengok gambaran keputusan daripada biarkan mereka terus syok sendiri. Sekadar cadangan.

    (",)

    ReplyDelete
  27. Saya memilih tidak.

    Kerana apa? Kerana saya rakyat marhaen dan rakyat biasa, dan semestinya buat masa sekarang, saya masih belum merasa "didahulukan".

    Kehidupan makin menghimpit. Makin tak sejahtera. Nak renew road tax kereta yang berusia 19 tahun pun kena bayaq insurans yang bukan sedikit kerana polisi "rakyat didahulukan" ini.

    Itu belum masuk bab barang keperluan untuk hidup (makan, pakai) yang orang Kedah kata "pelan-pelan dok koi lama koi naik". Naik dalam senyap. Peliknya, keadaan ini semakin tak terkawal oleh Kerajaan terutamanya KPDNHEP.

    Itu baru contoh secara am. Belum lagi dihurai secara terperinci Dato. Sekarang ni pun ada ura-ura GST dan kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan (2 minggu lagi tahun depan). Kononnya kerana perubahan (baca kenaikan) harga minyak.

    Justeru, sekali lagi saya undi "TIDAK" pada kali ini.

    Ya memang rakyat didahulukan. Didahulukan dalam erti kata "kalau ada kenaikan apa-apa, rakyat kena dulu".

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  28. pengundi12:32 PM

    Datuk

    Dah di beri peluang dan tempat untuk bersuara dan kalau kita memang tak puas hati, cakap aje terus terang kat Najib.

    Jangan pulak cakap berapi rapi tak puas hati kat kedai mamak atau dalam ceramah aje. Yang untung mamak juga.

    ReplyDelete
  29. Sdr Sdr/Sdri pembaca dan pembahas yang dihormati,

    1. Nampaknya rakyat jelata belum faham KPI/NKRA;

    2. Tidak menghairan. Dalam sektor swasta yang dah lama menngunakan sistem penilaian sepert ini pun ramai yang belum faham dan hasilnya boleh dipersoalkan;

    3. Ada macam-macam sistem KPI. Ada Hey System dan ada sistem yang digunakan oleh perunding macam Boston Consulting;

    4. Ketidak fahaman ini boleh membawa padah kepada pelaksana dan kepada yang menjadi sarasan, khasnya rakyat jelata;

    5. Justeru itu, kebijaksanaan melaksanakan sistem ini dalam bentuknya sekarang dan diuar-uarkan kepada umum mungkin boleh dipersoalkan; dan

    6. Takut-takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. ORANGUTAN PENANG1:03 PM

    Tok Kadiaq

    Jawapan saya 'YA'

    Tu pun pasai PM yang lama nak cerita pun tak guna.

    Kalu lumba kuda orang putih panggil 'winning by a nose'(tu pun pasai hidung PM la ni mancung sikit kot).apa pun, 2 kuda paling belakang!

    Ni hanya persepsi,fakta belum tentu.

    ReplyDelete
  31. Salam Dato radzi

    1. Dato kata, "Untok penghatuan dato,Singapora boleh menjadi Kaya raya dan maju dan kurang Rasuah tampa KPI dari Menterinya.Bagaimana."

    2. Rakan saya peniaga Cina kata, " Singapura tak ada pasir pun maju."

    3. Saya kata, Malaysia mempunyai dasar awam yang baik. Bahkan, ada yang mengatakan lebih baik dengan negara maju membabitkan dasar bentuk PERUNDANGAN, BELANJAWAN dan PROJEK/RANCANGAN, tetapi dibelenggu/menghadapi masalah pelaksanaan dasar yang berkesan, dalam erti kata kemampuan ajensi2 pelaksana kerajaan yang diketuai oleh menteri berkaitan masing2 sebagai penjaga dasar menterjemah 3bentuk dasar tersebut kepada objektif2 yang disasarkan oleh kerjaaan PM,DSN dalam dasar tersebut.

    4. Bagi saya,kepuasan hati PM,DSN tehadap hasil lapuran KP1 6 bulan pertama yang dibentngkannya itu ialah markah penuh iaitu 10/10 yang diperolehinya melalui pelaksanaan dasar BELANJAWANnya itu, dengan maksud semua wang kerajaan yang diperuntukan dalam bajet tahunan negara sudah diagih2kan kepada menteri2 dan agensi2 pelaksana masing2 terbabit untuk mereka belanjakan bagi pelaksanaan dasar PROJEK2/RANCANGAN2nya yang baru melepasi peringkat permulaan membabitkan peringkat pengenalpastian projek/rancangan kerajaan yang hendak dilaksanakan, penganugerahan kontrak bagi projek dan rancangan kerajaan dan permulaan kerja2 pembinaannya yang cuma memberikan marakah kecil sekitar 2/10.

    5. Saya percaya,ketidakpuasan hati rakyat terhadap KPI para menteri dan agensi2 pelaksana tersebut seperti yang digambarkan dalam blog ini,khasnya kerana mereka beranggapan dasar bentuk PROJEK/RANCANGAN sudah dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  32. ali ahmad5:31 PM

    Dato,

    PM puas hati dengan KPI. Mana boleh PM cakap tidak puas hati.....nanti rating turun....rakyat tidak sokong....

    Inilah hakikat bahawa pemerintah masih tidak dapat bercakap benar....

    Dalam beberapa bulan menjadi PM, kita lihat perkara begini:-

    1. subsidi gula akan ditarik balik...menteri kewangan ke 2 kata kerajaan boleh jimat RM... TAPI, alasan bahawa untuk mendidik orang Malaysia supaya kurangkan makan gula adalah alasan yang paling BODOH.....

    Akibatnya, gula dah kena sorok......

    Apakah kita ingin jadi seperti negara jiran Filipina atau Indonesia yang amal pasaran terbuka sehingga harga gula menjadi mahal......sehingga mereka seludup gula dari negara kita....

    Bukan gula sahaja.....malah harga telur ayam pun dah jadi barang mewah.......

    2. subsidi beras......orang yang pendapatan kurang RM1,500.00 sebulan sahaja yang boleh dapat subsidi.....

    Apakah rakyat yang pendapatan lebih RM1,500.00 sebulan duduk dalam kategori orang kaya?

    Apakah cukup gaji RM1,501.01 tinggal di bandar?

    Tahukah kita bahawa ramai anak gadis jadi PRO kerana gaji kerani kurang dari RM1,000.00 sebulan memang tidak cukup untuk belanja di kota?

    Apakah kita sedar atau BEBAL?

    3. harga RON97 dah naik jadi RM2.80 se liter......Rakyat kena main.......tidak sampai beberapa bulan dari RM1.80 se liter...

    4. macam-macam lagi....dah bosan nak cerita......

    JANGAN HAIRAN KITA BUKAN MENJURUS KEPADA NEGARA MAJU TAHUN 2020 TETAPI AKAN JADI SEPERTI NEGARA JIRAN......tidak payah nak sebut....BILA SEMUA BARANG MAHAL, DAH NILAI DUIT KITA MEROSOT.......

    Tapi, PM apa nak kisah......minyak kereta tak payah beli....tol tak payah bayar......


    .............

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Dato,

    Bukan nak meniru bulat2 US tapi kita boleh ambil contoh untuk buat perbandingan.

    Pres Obama memberi rating "B" kepada diri sendiri mengenai pencapaiannya setakat ini. Tindakan bijak kerana secara "psycology" memberi cabaran kepada pegawai2 kanannya untuk lebih berusaha.

    Rasanya kalau kita awal2 lagi sudah memberi rating bagus, apa rating nak diberi lepas ini. Ataupun mungkin cara Malaysia, untuk suruh berkerja lebih dengan memberi pujian dulu???

    Wasalam

    ReplyDelete
  34. Dato'
    Saya menjawap "Tidak Pasti" kerana sebagai bekas seorang anggota Syarikat dalam GLC berada dalam pengtahuan saya,sesuatu KPI harus diberi petunjuk aras sewaktu pelaksanaan hendak dumulakan.Selain itu ciri ciri dan kreatiria untuk pencapaian juga wajar diumumkan.
    Dalam kes sekarang KPI bolih dimainkan dalam bentuk graf yang diada adakan.Contohnya,peratus kelulusan bagi sesuatu subjek akan tinggi jika had pencapaian direndahkan.Dengan sedikit mainan formula dalam komputer,semua prestasi akan ditunjuk amat memuaskan.
    Saya juga memberi contoh KPI pencapaian mengurang jenayah.Tahukah kita bahawa bagi memastikan % jenayah dikurangkan,perubahan section code yang membedakan jenayah dan sivil bolih dilakukan sewaktu aduan dibuat.Dengan mengurangkan jumlah aduan jenayah dan diterbalikan pada aduan sivil,% jenayah akan kurang dan secara tidak langsong KPI jenayah akan menepati sasaran.

    ReplyDelete
  35. Salam Datuk AKJ,

    Saya sangat puas hati dengan KPI dan KRA tu semua. Manakan tidak, kerajaan sekarang sangat kriatif dan bijak menjana pendapatan untuk "faedah" rakyat. Contohnya harga barang2 tak pernah turun, cukai2 baru tak pernah lupa diperkenalkan dalam setiap bajet, AP masih dikekalkan untuk hampir semua benda, TOL tak pernah tidak naik, harga minyak pun tidak lupa dinaikkan disamping rakyat diberi peluang menyumbang subsidi minyak kepada kerajaan. Selain itu rakyat juga akan "menikmati" kadar baru yuran persekolahan anak2, kadar baru yuran asrama anak2, kadar tarif baru elektrik dan lain-lain lagi. Ini semua merupakan "berita2 gembira" kepada rakyat menjelang 1 Januari 2010. Tidak cukup dengan itu, kita akan mendapat satu "lonjakan" baru dengan adanya projek F1 Racing Team "kebanggaan" kita yang tentunya akan menelan berbillion ringgit. Itu semua pun sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa KPI dan KRA telah tercapai! Apatah lagi kalau dicampur dengan peningkatan indeks kadar jenayah,kejatuhan indeks persepsi rasuah (CPI) dan lain-lain kejatuhan lagi. Memang cukup meyakinkan. SYabas kepada mereka2 itu....

    ReplyDelete
  36. Anonymous7:19 PM

    Salam Abdul Kadir,
    Jawapan saya Ya/Tidak
    Ya kerana dalam 6 bulan pertama, ada perubahan yg baek2...dasar2 pada zaman Dollah telah pun diobah sedikit2..nak perobahan sekaligus, saya rasa dengan resource yang ada dan 6 bulan pertama, Obama pun belom tentu dapat tangani isu satu negara...
    Tidak, kerana KPI ini belum betul2 jelas maksudnya pada ra'yat. Kenapa PM boleh berpuas hati tetapi rakyat tidak. Apa yang dia puas hati...melalui tanda aras yg bagaimana?
    KPI satu benda yg bagus dilaksanakan...cuma perlaksaannya, bergantung pada pelaksana dan caranya...perlu transparensi dan ada target ikut time range..
    Hai dah tua2 pun masih duk tengok anak2 muda berbahas pakai lutut dan terlalu beremosi....suroh mereka2 ni pegi putrajaya waktu bekerja, masih ramai anak2 muda kebanyakan melayu tengah isi perut walau opisnya kosong...tanyalah anak2 muda ni, mereka tu sedar diri tak rata2 mereka buat benda yg sama? jikalau semua buat kerja sunggoh2 maka tak perlu ada kpi ni...kalau anak2 muda berpikir bijak dan berobah mulai sekarang maka generasi akan datang akan ikut rentak dan matlamat malaysia untok first class service pasti boleh..
    Jangan la ada yang marah dengan kata2 ni, sebab saya tahu ada yang benar2 rajin dan jujur dalam bekerja..

    terima kaseh

    Adam

    ReplyDelete
  37. Anonymous8:26 PM

    Dato',

    Rakyat didahulukan apa kalau kehidupan kebanyakan mereka semakin tersepit kerana pelbagai tindakan yang menyusahkan mereka. Harga barang bukan main melambung, jenayah semakin menjadi-jadi dan pendatang asing terus bebas berbuat apa saja macam negara ni depa punya. FRU, PGA dan pasukan keselamtan lain di simpan di mana? Takkan diturunkan untuk mengawal tunjuk perasaan saja! Tahun 70-an dulu, kaki busuk tak berani angkat muka dengan adanya kawalan anggota FRU yang ditempatkan di merata tempat. Nak naik basikal tak pasang lampu pun orang tak berani.

    Nampaknya, para pemimpin dan orang politik terus mengutamakan keluarga depa saja. Cakap saja sedap, perbuatan depa amat meloyakan. Malah, depa sanggup buka pintu kepada pendatang dan biarkan saja golongan tu memasuki dan bermaharajalelas di rumah kita dengan lebih bebas. Pendatang tuntut yang bukan-bukan pun depa tak berani nak jerkah.

    Balanglama

    ReplyDelete
  38. Anonymous9:27 PM

    DAKJ,

    Nak tergelak dgn Datuk punya last comment pasai ramai tak tahu KPI/NKRA. Saya tahu ramai tak tahu sebab saya consultant buat KPI especially untuk HR. Bayangkanlah, kebanyakan local companies, job description (JD)pun tak dak macam mana nak buat KPI.

    Pak Menteri, pun caca merba, serba serbi nak buat apa lagi anak buah.... Nak KPI kan apa... Main component of JD is Accountability and Responsibility.... macam mana? Cakap pun tak betul (banyak membohong)nak KPI?

    Luculah Datuk....

    Keturunan Jebat

    ReplyDelete
  39. Anonymous10:30 PM

    akum dato..saya pilih tidak sebab harga barang makin mahal. Cth ayam sekilo rm 8. dulu rm 6. Bras jati dulu rm 18 skang dah 25. menteri2, ahli dan penyokong UMNO tak jadi masalah sebab dia org semua dapat free. Beras gula kopi blanja anak sekolah Pejabat UMNO bahagian antar kerumah. kami yg susah ni sapa yg nak peduli. org2 besar tiap kali hari jadi sultan berduyun2 dapat gelaran dato itu ini. mcm ne lah dato..tak yah lah ceta pasal KPI atau NKRA. kami org biasa tak faham dan tak tau pun menda tu. Yg kami tau bila pendapatan nak naik. Bila harga barang nak murah..bila tol dan petrol nak turun. Tu je dato..OrgLame

    ReplyDelete
  40. Anonymous10:35 PM

    Akum Dato. Rakyat bukan tak faham tapi malas nak faham sebab menda ni biasa lah lebih bersifat retorik. yg rakyat nak tau bila petrol dan tol nak turun. Bila beras dan brg makanan nak turun. KPI dan NKRA tu cuma angka dato. Budak tadika kemas pun len buat....JinTanah

    ReplyDelete
  41. Anonymous12:14 AM

    Salam Dato'
    Saya masih tidak berpuashati degan KPI sebab :
    1.Cukai/harga barang terlalu tinggi berbanding negara jiran.
    Contoh:Harga bateri Energizer 4biji = $3.50 (Singapura)tapi di Msia jualharga RM11.50
    2. Perkhidmatan pengangkutan awam yang amat mengecewakan. Tak tepat masa, tak mesra pelanggan dan tidak selesa.
    3. Keselamatan rakyat yang tidak terjamin.Dah rasa mcm tinggal di Afgan pula.
    4. Pembaziran yang melampau2. Contoh PPSMI yang kembali ke Bahasa Melayu akibat keputusan yang dibuat tergesa-gesa.
    5. ihgway pun dah macam jalan lama dah. Sesak giler time perayaan

    From :brotaz

    ReplyDelete
  42. nasir1:42 AM

    Mengapa selepas ada KPI ni Insuran motor lagi tinggi ? Kalau dahulu bayar road tax mahal tapi takdaklah sampai seratus . Sekarang road tax RM2 tapi + insurang seratus lebih untuk motor kapcai saja . Mungkin kjaan nak rakyat ingat bahawa yang menaikkan bayaran adalah syarikat insuran ? kjaan dah bagi road tax murah .. ?

    Rakyat dah bijak

    ReplyDelete
  43. Anonymous11:47 AM

    YBhg Dato,
    KPI ini kalau setakat cantik diatas kertas saja semua boleh buat....tetapi impak nya tiada,,,,hanya impak atas kertas sahaja.Bagi industri ianya senang dikira dengan profit...perkhidmatan hanya boleh diketahui dengan kepuashatian rakyat....penjenayah bermaharajalela...perkhidmatan sama saja....tambah mahal....dana untuk jana ekonomi hanya kontraktor dan peniaga saja yang untung besar.....rakyat biasa.....??? adalah...sikit kerajaan dapat cukai.... pekerja awam....dan pekerja swasta???sekurang-kurangnya sektor swasta ada juga bagi bonus hingga 3 bulan....bumiputera yang menjimat di ASB pula.... dibayar dividen rendah kononnya ada peningkatan contohnya PNB mengumumkan kenaikan ASB...kenaikan dividen 0.30sen dan diturunkan pula bonus pada 0.45.....Masa zaman TDM tak kurang dari 9 sen dividen...tiada ASB bagi serendah ini.....saya sarankan Ahmad Sarji tu letak jawatan saja lah beliau pun dah kaya raya......saya rasa tahun depan ekonomi kita bertambah teruk kerana tindakan kerajaan menjana ekonomi...salah pada tempatnya dan tahun depan ekonomi Malaysia akan merudum....jauh lagi...
    Semutkecil

    ReplyDelete
  44. Anonymous3:03 PM

    Pencapaian KPI mmg tidak puas hati. Tp bab byaran tender bg company yg buat kajiselidik bg kpi ni mmg puashati. total kos rm16 juta, peh! sy bonus 4 bulan tahun ni company sy bg psl dpt tender kpi ni.

    menteribangang

    ReplyDelete
  45. Assalmualaikum Dato',

    1. Congratulation Dato' for your effort to conduct the survey on PM KPI evaluation. I hope it will not be a wasted effort. I think you can still remember when TDM through his Chedet Blog on the PPSMI. The survey showed more then 80% are against the abolishing the PPSMI. But in the end what happen. The goverment still decided to abolish it.

    2. I dont't think the PM will change his "puas hati" stands even though your final survey shows 100% say "NO". I can expect the goverment will come out with the statement to say that mejority of the rakyat don't quite understand what is KPI and NKRA as they are new approach. The next statement by the goverment is that "the goverment will take note on the comment made by the rakyat and will try to explain to rakyat of what is KPI and NKRA are all about. Of course after this million of RM will be spend on the explaination kempen on KPI and NKRA.

    3. Anyhow let us wait and see what will be the next step by the goverment.

    ReplyDelete
  46. Dato' AKJ,
    Saya nak ucap tahniah kerana Dato' bijak memilih topik KPI ni.
    Baca comment rakan blogger dalam blog ni membuatkan saya PENIN PALA dan sesak dada.
    Makin meluap2 rasa KASIH saya pada pemimpin2(?) yang di"KASIHI". Kalau mahu utamakan rakyat sepatutnya mereka tidak dapat terlalu banyak kemudahan. Itu free ini free sampai berapa harga gula sekilo pun tak tahu. Berapa haarga insuran dan road tax pun tak tau. Apa jenis leader macam tu.

    ReplyDelete
  47. Dato' AKJ,
    Saya nak ucap tahniah kerana Dato' bijak memilih topik KPI ni.
    Baca comment rakan blogger dalam blog ni membuatkan saya PENIN PALA dan sesak dada.
    Makin meluap2 rasa KASIH saya pada pemimpin2(?) yang di"KASIHI". Kalau mahu utamakan rakyat sepatutnya mereka tidak dapat terlalu banyak kemudahan. Itu free ini free sampai berapa harga gula sekilo pun tak tahu. Berapa haarga insuran dan road tax pun tak tau. Apa jenis leader macam tu.

    ReplyDelete
  48. 5786alunPara peniaga cina sudah menyatakan tahun hadapan harga barang akan melambung gila2.saya jadi bingung sekejap taktau nak kata apa.mungkin benar kut apa yang depa kata.Dari apa yang pemerintah BeeEnd ulas sebelum ini tentang gula,tnb,gst yang akan diberi keutmaan oleh mereka.Maka saya kata TIDAK untuk BeeEnd pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  49. Datuk,

    "“Rakyat Penanda Aras Utama KPI, Kata Najib”

    err.. orang Melayu tu dikira sebagai rakyat juga oleh Najib?

    (Saya sudah undi diruangan khas tersebut)

    "Negara ini dahulunya dinamakan Semenanjung Tanah Melayu"
    Semerah Padi

    ReplyDelete
  50. abdullahngah10:36 PM

    Rakyat didahulukan kena 10 kosong. tetapi prestasi diutamakan 80 peratus mencapai target sasar,kerana cukai barangan GST dapat pungut pendapatan negara sebanyak RM12 bilion pada 2011 nanti.

    Ini membuat Datuk Seri Mohd Najib Razak berbangga dan megah tanpa sedari beban terkena atas kepala rakyat, terutama sekali rakyat yang berpendapatan rendah.

    Kenaikan harga dari RM 2.00 kepada RM 2.70 dahulu kerajaan dapat pungut pendapatan negara sebanyak RM 18 bilion.

    Kurang RM 6 bilion apabila GST yang dikena 4 peratus pada barangan berjalan nanti.

    Inilah prestasi yang diutamakan punca rakyat jadi mangsa pembunuhan senyap yang jarang sekali disedari oleh rakyat yang IQnya rendah.

    Bagaimana pula soal timbang taranya. Kita sama sama tunggu dan rasakan siapa yang diutamakan dan siapa pula yang jadi mangsa dan dibunuh hidup hidup oleh para pemimpin pengkhianat bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  51. SAtu habuk apa pun tak berubah nak puas hati apa bendanya, Yang paling peliknya diumum nak buat semuanya (KPI) hamppir pertengahan tahun (ataupun awal sikit)lepas tu hujung tahun dah umum result. Dasyat sungguh!!!..........jangankan kata kerajaan ataupun perkhidmatan nak berubah, kerani kerajaan (ooppss silap, PEGAWAI KERAJAAN)yang kerja taip surat pun ketuk keyboard tulis surat pengumuman indicator ni pun tak sempat habis tulis lagi, ini dah siap ada result. Tak logik betul, pegawai-pegawai yang dok ada tu pun yang sedia lembab masih tak berubah, macam manalah nak harap result yang berbeza. Belajaq tinggi tapi akai ada ka?!?!?!!......(mula-mula diumum dulu dok kata jugak dalam hati 'baguihla kalau buat macam tu' tapi bila umum result tu.....PTUIH!!!!!........

    ReplyDelete
  52. Dato',

    Kita harus juga KPIkan kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat? Saya rasa kalau kerajaan Pakatan Negeri Selangor diKPIkan bagaimana persepsi rakyat terhadap pentadbiran mereka.

    Saya bagi"F" !!

    ReplyDelete
  53. Anonymous6:19 AM

    Masa kecil dulu ayah rotan saya kalau ponteng sekolah.

    Fast forward sekarang.

    Begitu banyak sekali yang ponteng Palimen dengan lebih 1/2 dpd wakil rakyat BN berbuat demikian.

    Rotan sajalah mereka yang ponteng, termasuk PM tu sendiri sebab dia pun begitu.

    Yang ada di Parlimen itu ialah wakil-wakil tidak bertanggungjawab yang kita sendiri lantik.

    Kita nak cakap pasal KPI amende?

    mat royan

    ReplyDelete
  54. Anonymous10:21 AM

    no!

    I do not understand one aspect of this GST and would appreciate it if anyone could help explain. It is said that the GST rate will be 4 percent, which is lower than the current sales and services tax.

    In that case, how will the government earn extra RM1 billion revenue if the rate is lower than the existing tax?

    fenin

    ReplyDelete
  55. INVITATION to a PUBLIC LECTURE by Dr Jomo Kwame Sundaram on Wednesday, 16 December 2009

    Assalamualaikum Warahmatullah Sir and kia ora!

    Did you manage to listen to the Dr? I am far away and felt so sad that I couldn't listen to him.

    I think he is the BEST bet for our first Noble Prize winner. Not DSAI, not some guy who took a joy ride on someone's space ship.

    Kenapa corridors-of-power di Malaysia tidak mahu minta pandangan seorang yang benar-benar terbukti keahliannya seperti Dr Jomo?

    Dari pengalaman peribadi saya dan juga dari pengetahuan saya yang serba kekurangan ini - ramai anak Malaysia yang 'lebih diterima' di negara orang dari di negara sendiri. Buah fikiran dan hasilan ilmu mereka lebih diterima oleh orang luar dari orang sendiri.

    Almaklumlah, kami ini ramainya tidak pandai bertikam lidah atau suka cakap besar dengan modal air liur sedangkan haram semuanya setakat sembang kosong sahaja.

    Atau mungkin ini pantang orang Melayu sejak zaman-berzaman? Kalau yang benar-benar pintar lagi cerdas, kita cantas sahaja lidah dan kaki serta tangannya. Atau kita buang daerah ke Bangsa-Bangsa Bersatu sedang para pemikir picisan diberi tempat untuk meneruskan agenda anak-pinak dan saudara-mara.

    Yang pasti, khabarnya sistem ini memang sudah terlalu lama diguna pakai di peringkat-peringkat cawangan dan jawatan kuasa kecil di seluruh pelosok kampung dan bandar - demi memastikan kekalnya status quo dan sudah pastinya BUKAN sekali-kali untuk menjana perubahan serta kemajuan. Tidak perlu KPI untuk membuat penilaian kasar ini.

    Yalah, jangan sesekali dilupakan hikayat Hang Nadim dan kisah hidup adik Adi Putra Abdul Gani e-mel dari Encik Abdul Gani tentang susah-payah anaknya MERAYU dan MENYEMBAH meminta peluang mencari ilmu masih saya simpan hingga hari ini. Email me if you'd like to read it, please.

    Sorry to sound so fatalistic and to veer off the topic you gave. I'd definitely lose marks for this essay.

    Also to share, I have completed a research on the academic ability of Malaysian lecturers through internationalisation and industrial linkages - two high and mighty targets of the current people in MOHE.

    I just asked these lecturers to number how many times they have presented papers, done research, been invited to talk outside of their universities or colleges - I HAVE MANY, MANY EMPTY FORMS. What have we got to say about our own think tanks then? Not quite full and very nearly empty?

    Rasanya Dato', keilmuan yang perlu menjadi teras KPI atau segala yang menjana pembangunan. Cukuplah dengan para perwakilan yang saban hari bertekak tentang perkara-perkara mikroskopik di Parlimen.

    Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru kepada para pembaca The Scribe.

    Naku noa na,
    Airil Adnan
    Tamaki
    Aotearoa


    p.s. Two of my students will be doing their industrial training at Berita Publishing - maybe they will have chance to meet you, Sir and to listen to your wise words. Two very capable Malay girls - the product of UiTM Perak Darul Ridzuan.

    If you have a chance to talk to them Sir, please 'grill' them and teach them the true ethics of professionalism and of becoming a true young urban professional within the Muslim-Malay-Asian mould.

    I am sure they can learn much from the team at Berita Publishing when they start in a few weeks.

    ReplyDelete
  56. Datok

    Jawapan saya adalah amat tidak berpuas hati.KPI yg sepatutnya dicapai ialah mengurangkan kadar rasuah dan penyelewengan wang rakyat oleh UMNO dan BN.JIka mereka dapt capai KPI ni,KPI yg lain secara automatik dapat dicapai.

    DS Najib kata NKRA dan cap itu apadianya? Saya tak nampak pun

    ReplyDelete
  57. AntuMelayu4:49 PM

    Salam Datuk,

    Terima kasih kerana menyediakan ruang utk mengundi. Saya dah mengundi juga.

    Semerah Padi,

    Mungkin ini dapat jawab soalan Saudara samada Orang Melayu itu termasuk dalam golongan yang digelar "rakyat" oleh DS Najib?

    Teguran buat DS Najib

    http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/teguran-untuk-pentadbiran-ds-najib.html

    http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/teguran-untuk-pentadbiran-ds-najib-part.html

    Dasar Liberalisasi DS Najib (ingat tak 100 pemerintahannya dan hadiahnya untuk Orang Melayu?)

    "PM:We are liberal on Chinese school"

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/15/nation/5305278&sec=nation

    Bila Prof Khoo mengutarakan Sekolah Satu Aliran, ramai yang menyokongnya dari pelbagai pihak dan parti politik. Tapi DS Najib?

    1Malaysia Najib got delayed.

    "It is understood that the strongest objections came from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Rais Yatim.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/46648-najibs-1-malaysia-initiatives-delayed

    Orang tak faham 1Malaysia DS Najib agaknya. Nama lain, tapi kut-kut akan jadi Malaysian Malaysia juga ke?

    HIDUP RAIS!!!! HIDUP MUHYIDDIN! HIDUP AHMAD ISMAIL!! HIDUP IBRAHIM ALI!! HIDUP AWANG SELAMAT!!!

    Agaknya elok DS Najib menerajui Parti MCA menggantikan Ong Tee Keat. Lepaskan baton UMNO kepada TS Muhyiddin.

    Tak tau mana satu parti Melayu nak pangkah PRU nanti!

    ReplyDelete
  58. Saya rasa percakapan berkenaan dengan KPI ini telah berlaku terlalu lama tetapi hingga kini apa yang diperkatakan hanyalah mengenai konsep sahaja tanpa pergi kepada intipatinya.
    Memanglah tujuan untuk mengujudkan KPI itu kelihatan baik tetapi kalau rakyat hanya dibawa berpusing-pusing hingga bertahun tanpa diberitahu apakah bendanya yang hendak diukur melalui KPI itu maka ini kelihatan seperti permainan politik murahan yang mengelirukan sahaja.
    Sehingga ini saya masih belum mendengar dan membaca apakah elemen KPI Negara, Kementerian, jabatan dan seterusnya.Apa pula elemen pengukurannya sama ada dalam bentuk kewangan, mutu, pengunaan tenaga manuasia, pencapaian fizikal projek pembangunan, tempoh masa sesuatu projek itu perlu dilaksanakan - sekedar menyebut beberapa elemen.
    Tiba-tiba semasa perbahasan budget di parlimen baru-baru ini saya terdengar ada menteri yang mengatakan bahawa KPI kementeriannya telah tercapai. Kemudian nya PM bersuara dengan nada yang hampir sama.
    Kalau begini keadaannya KPI ini lebih banyak memberi kekeliru7an dari kefahaman.

    ReplyDelete
  59. kalau pm betul2 ikhlas dia perlu dedahkan laporan setiap kementerian yg membuat dia merasa berpuas hati itu. biar transparent. biar rakyat lihat sejauh mana cantiknya laporan dalam kertas yg mengatakan kpi kementerian masing2 memuaskan. setakat yg rakyat rasa dan lihat prestasi kerajaan tidak banyak yg berubah. yg pasti harga barang semakin naik dan menyempitkan hidup.

    ReplyDelete
  60. Memang permainan politik pun.OK saya nak tanya pd para pengkomen disini.APA dia KPI Kerajaan Malaysia? Sejauh mana hasil pencapiannya?Adakah excellent,above target,reaching target,below target?

    KPI ni adalah satu perkataan glamer Najib yg nak menunjukkan dia membawa perubahan.Perubahan dia adalah KPI.Apa dia KPI? Dia pun tak boleh nak jawab.

    Mungkin pakcik pakcik kampung ternganga dengan perkataan KPI ni tapi tidak kami generasi muda yang telah lama terdedah dpg perkataan KPI ni sebelum UMNO menyebut perkataan ini.

    KPI sebenarnya ditetapkan oleh rakyat sendiri bukan parti parti memerintah.Apa dia KPI rakyat? Saya rasa ramai yg boleh jawab.KPI inilah sebenarnya UMNO cuba nak elakkan dari dibincangkan.Sebab mereka enggan mencapai KPI ini.Tak masyuk soru.Poket tak kembung...

    ReplyDelete
  61. Dato'

    You said "1. Nampaknya rakyat jelata belum faham KPI/NKRA;"

    Jadi tidak ada makna kita bincangkan berkenaan KPI/NKRA sedangkan rakyat "kelabu" dengan istilah pengurusan ini yang biasanya diguna pakai di sektor swasta.

    Saya bersetuju dengan Dato' memang rakyat tidak faham. Ini jelas nyata dengan comment-comment yang disuarakan di blog Dato'.

    Banyak comment hanya untuk meluahkan perasaan sahaja dan sebenarnya "mungkin" sudah lari dengan apa yang Dato' harapkan.

    Kalau kita hendak tentukan ukuran KPI sesuatu kerja itu saya rasa kita harus diberikan "guidance" atau senarai soalan yang berkaitan dengan prestasi kerja kita dan diberi markah antara 1 hingga 10. Dikumpulkan markah kepada tiap-tiap soalan dan akhirnya dijumlahkan markahnya. Hanya cara beginilah kita akan dapat tentukan KPI yang realistik dan tidak bias.

    Kita ambil contoh untuk KPIkan Pengurus Jualan disyarikat swasta. Soalan berikut akan menjadi criteria penentu sama ada Pengurus Jualan telah menghasilkan prestasi yang baik:-

    1. Berapa peratuskah jualan yang telah dihasilkan berbanding dengan target yang telah dipersetujui?

    Markah: 7/10

    2. Berapa ramai pelanggan baru yang telah dapat diperolehi?

    Markah: 5/10

    3. Berapa ramaikah pelanggan ulangi membeli barangan syarikat(repeat sales)?

    Markah: 6/10

    4. Berapa ramai "customer complaints" yang di terima?

    Markah: 5/10

    Apabila kita sediakan soalan-soalan seperti diatas maka pihak pengurus jualan yang diKPIkan tidaklah terasa teraniaya dan dia akan merasa puas hati bahawa prestasinya telah diukur dengan seadil-adilnya.

    ReplyDelete
  62. salam Dato' kalau penanda aras "rakyat" yang diguna pakai.rasanya KPI DS Najib masih infant.

    ReplyDelete
  63. Keadaan sosio-ekonomi dan situasi politik semasa yang tidak begitu konsisten sudah jelas menunjukkan KPI masih jauh dari genggaman. Selagi elemen-elemen negatif seperti rasuah, sikap prejudis, malas, pecah-amanah, permainan politik yang tidak menentu, sistem undang-undang negara yang tidak menentu, kadar inflasi yang semakin tinggi, penguatkuasaan undang-undang yang agak lekeh dan tahap ketelusan tidak diatasi, KPI hanyalah satu impian dalam khayalan.

    ReplyDelete
  64. -Orang Kampung-3:45 AM

    Yahooo KPI Menteri dapat Markah A.

    Tapi next year

    1. Rakyat kena cukai lagi (GST).
    2. Subsidi minyak nak hapus? Hmm naik harga lagi..
    3. TNB nak naik harga letrik? hmmm

    ReplyDelete
  65. Anonymous8:58 AM

    Tidak Puashati.
    Tidak rasa di-pimpin hanya rasa di-urus.
    Masih besifat bagai pahat dan penukul dengan mainan pembangkang.
    Cina diutamakan, Melayu dipinggirkan.
    Kiryu

    ReplyDelete
  66. Anonymous1:22 PM

    Salam Dato,

    KPI ? Bolehlah....kasi satu pekat baaiiikkk punya. Selalu minum nescafe je tapi sekali sekala ok gak kopi o pekat..KURANG MANIS YA !

    ReplyDelete
  67. Isu:

    - Kebanjiran warga asing,yang masuk secara sah tetapi 'overstay'. Janganlah sampai nak tarik sangat pelancong kita 'buka' seluas-luasnya pintu negara. Britain pun sudah senarai hitamkan kita. Kenapa kita tidak boleh berbuat serupa untuk negara seperti China? Bila ada serbuan di spa, pusat karaoke, dan disko meraka ini yang banyak ditangkap.

    - Dadah. Banyak masalah-masalah lain berpunca dari benda ini.

    ReplyDelete
  68. Najib puas hati atau kerana takut dengan penangan Umno warlord yang mempunyai kuasa menentukan kedudukan Najib, apatah lagi kebanyakan Menteri Menteri Kabinet adalah muka lama dan juga mereka yang dicurgai oleh rakyat. As a layman, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sejak Najib menjadi PM.Segala kata kata economy nya adalah kata kata yang menyeronokan saja. Najib sememangnya sedar akan kepayahan rakyat dalam melalui dugaan hidup dizaman harga barangan yang tidak masuk akal terutama sekali Made in Malaysia disusuli dengan kata kata hikmat Najib supaya berbelanja secara berkhemah nampun dipihak Najib pembaziran terang terang dilakukan upamanya apa perlu retreat KPI di hotel Mewah? Apa perlunya Istana Agung yang baru? Apa perlunya terlalu difocuskan pembangunan Iskandar dan seolah olah menganaktirikan yang lain? Apa perlunya convention KPI di Sunway Lagoon yang rata rata nya cuma mereka yang berkedudukan tinggi dan mampu saja yang boleh datang mengapa tidak dilakukan di tempat tempat awam supaya majority rakyat terutaman mereka yang miskin atau tidak mampu atau orang kampung pun dapat memberi pendapat.Ini cuma sedikit saja. najib patut sedar bahawa rakyat tidak memilih pemimpin yang lemah untuk menerajui negara, tetapi a brave leader that can actually produce result. If you want to fight corruption, the first thing to do is to wipe out those questionable minister regardless of race and party, then followed by the High ranking goverment personal and so on.BN sekarang seperti telur busuk sementara Telur PR dah separuh busuk. Di PRU 13 kita perlukan pembaharuan dengan menolak BN dan juga PR kerana kita perlu mencuci segala najis najis yang di tinggalkan oleh BN sebab Najib masih belum mampu melakukannya apatah lagi ada lagi najis sendiri yang masih timbul didalam tandas walau pun sudah berkali kali di pam.

    ReplyDelete
  69. KPI or whatever is a waste of time in goverment. The real KPI will come in PRU13. For the rakyat what we hear, what we see and what we feel are the realistic measurement. Currenlty we only hear but have not seen it and the worst is feel it.

    ReplyDelete
  70. Apa punya rendah mentaliti barisan menteri yang DSN miliki ini? Tidak malukh dengan rakyat di luar sana? Orang-orang kampung yang ternyata lebih celik, lebih cerdik daripada barisan MP ini?

    YB Nazri Aziz adalah virus dalam UMNO. Bermula dengan diperbodohkan oleh Teresa Kok pasal wanita ketuk ketampi bogel hinggalah dengan jelas sekali menjadi peluru hidup DAP dan AI.

    UMNO adalah milik semua orang Melayu termasuk nenek tua di ceruk kampung. Jangan biarkan Nazri Aziz meruntuhkannya. Ternyata Nazri Aziz mulutnya LEBIH LAJU daripada otaknya boleh berfikir.

    Renungkanlah. DSN usah terlalu dibuai rasa macam bagus ke sana ke mari didendangkan kelunakan mimpi. Apa yang terjadi sebenarnya di luar sana ternyata berbeza. Lihat saja bagaimana The Star tak habis-habis menghentam UMNO. Ong Tee Keat langsung tidak demokratik. Ada resepi komunis dalam perjuangannya. Awaslah...

    Koh Tsu Koon hanya sayangkan posisi diri. Tidak fikir langsung kelangsungan BN di PP. Tidak realistik. Sudah kalah tertonggeng masih mahu bertempik nyaring!

    ReplyDelete