Friday, December 18, 2009

KPI, Undi Belanjawan dan Akhlak Wakil Rakyat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 24 Disember] - MENURUT portal berita Malaysian Mirror, berikut adalah kalian BN yang tidak hadir ketika pengundian Belanjawan 2010 dibuat pada malam 14 Disember lalu:-

Husni Hanadzlah (Finance II), Nor Yackop (Minister in PM’s Department), Bernard Dompok (Plantation Industries and Commodities), Hishamuddin Hussein (Home), Ahmad Zahid Hamidi (Defence), Shafie Apdal (Rural and Regional Development), Maximus Ongkili (Science, Technology and Innovation), Douglas Uggah (Natural Resources and Environment).

Khaled Nordin (Higher Education), Dr Rais Yatim (Information, Culture and Communications), Mustapa Mohamed (International Trade and Industry), Kong Cho Ha (Housing and Local Government), Shabery Cheek (Youth and Sports), Shaziman Mansor (Works), Noh Omar (Agiculture and Agro-based Industry), S Subramaniam (Human Resources), Ng Yen Yen (Tourism) and Anifah Aman (Foreign Affairs)

The Deputy Ministers who were absent:

Jacob Dungau (Internatiional Trade and Industry), Puad Zarkashi (Education),Lajim Ukim (Transport), SK Devamany (Prime Minister’s Department), Mukhriz Mahathir (International Trade and Industry), Lee Chee Leong (Foreign Affairs), Hou Kok Chung (Higher Education), Hamzah Zainuddin (Plantation Industries and Commodities), Razali Ibrahim (Youth and Sports), Rosnah Shirlin (Health), Ahmad Maslan(Prime Minister’s Department) and Noriah Kasnon (Energy, Green Technology and Water).


MPs (non-Cabinet members) who were absent:

Fong Chang Onn (Alor Gajah), Tiong King Sing (Bintulu), Mohamed Sirat (Bukit Katil), Edmond Chong (Bukit Sapai), Nancy Shukri (Batang Sadong), Tan Ah Eng (Gelang Patah), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Billy Abit (Hulu Rajang), Abdul Wahab (Igan), Tengku Azlan (Jerantut), Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas), Rafidah Aziz ( Kuala Kangsar), Ghapur Salleh (Kalabakan), Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), Joseph Pairin (Keningau), Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Ong Ka Ting (Kulai), Tiong Thai King (Lanang), Henry Sum Agong (Lawas).

Juslie Ajirol (Libaran), James Dawos (Mamboing), Tiki Lafe (Mas Gading), Leo Michael Toyad (Mukah), Tajuddin Ramli ( Pasir Salak), Azmi Khalid (Padang Besar), Azalina Othman ( Pengerang), Nurjazlan Mohamed ( Pulai), Makus Mojigoh (Putatan), Tengku Adnan (Putrajaya), Khairy Jamaludin (Remnbau), Jamaluddin Jarjis (Rompin), Richard Riot (Seria), Zulhasnan (Setiawangsa), Ahmad Lai Bujang (Sibuti), Teng Boon Soon (Tebrau), Idris Haron (Tanjung Batu), Ong Ka Chuan (Tanjung Malim), Norah Rahman (Tanjung Manis)and Mujilip Bumburing (Tuaran). - Malaysian Mirror

NB: Jamaluddin Jarjis, Duta Besar Malaysia di Washington DC. YB yang hadir tetapi tersenarai dimohon maklumkan blog ini dan saya dahulukan dengan permintaan maaf. Tapi jangan bohong. Tak baik. Dosa.

[MUTAKHIR, 20 Disember – UNTUK renungan. Komen pembahas Pakbelalang mengenai kecurian enjin jet TUDM.

[Malaysian fighter jet engine stolen from airbase(AFP) – KUALA LUMPUR — Malaysia will take action against air force personnel involved in the theft of a 14.5-million-dollar fighter jet engine sold to a South American company, according to reports Sunday.

Comment:REALLY, IT IS BEYOND MY IMAGINATION THIS THING COULD HAPPEN. Syabas !! Syabas !! MALAYSIA BOLEH !!

The Minister of Defence, the Chief of Armed Forces and the Chief of Air Force must take full responsibility and resign immediately. But unfortunately it won't happen in Malaysia.

The greatest joke of the year! If this can happen I wonder what's next? Perhaps our newly bought Submarine.]

Madi pula berkata:

[Apa nak heran datuk....enjin jet tudm pun boleh hilang inikan pula mp-mp ponteng/hilangmalaysia boleh.]

Saya sendiri nak sangat tahu, pada zaman Menteri Pertanahan mana enjin-enjin itu dicuri dan dijual?

[Posting Asal]

KALAU pun Yang Berhormat (sic) Barisan Nasional tidak takut dan tidak hormat kepada bos-bos mereka tetapi takutlah kepada pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata.

Tak takut dan tidak hormat kepada bos-bos mereka tak mengapa.

Apalah sangat dengan bos. Bos hanya lantik mereka jadi calon. Kalau hari ini bos marah, esok hantar bunga, hantar coklat, kirim salam dan ampu bos dalam media massa selesailah.

Lagipun, bos-bos itu pun di atas fasal disokong di cawangan, bahagian dan negeri oleh para YB. Jadi, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau. Sama-sama garu dan ampulah.

Tapi dengan pengundi jangan buat macam itu. Dengan pengundi kena takut oleh sebab pengundilah yang pangkah para YB sehingga boleh jadi MP, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Ketua Pembangkang dan Whip dan macam-macam lagi.

Jangan kurang ajar dengan pengundi nanti pengundi ajar YB semua. Ingatlah, ahli dan penyokong parti YB sendiri ramai yang dah meluat dengan akhlak buruk YB semua. Fasal itulah parti YB hampir tersingkir dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Tapi nampaknya YB tak belajar juga. Tidak kiralah sama ada YB laung atau tidak laung cogan kata Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan sama ada YB sokong atau tidak KPI dan NKRA, perangai sebahagian YB nampaknya tetap tidak berubah.

Kalau pengundian belanjawan negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (kerana dia jaga Menteri Kewangan) pun YB buat main-main, apa halnya dengan agenda, rancangan dan aspirasi rakyat jelata?

Kerana akhlak buruk dan sikap tidak bertanggungjawab para YB yang curi tulang, Kerajaan BN hampir-hampir tumbang akibat “undi tidak percaya” terhadap Belanjawan 2010.

Dilaporkan oleh media massa – besar-besaran oleh media alternatif dan kecil-kecilan oleh arus perdana – Belanjawan 2010 diluluskan malam Isnin lalu (14 Disember) dengan tiga kelebihan suara sahaja.

Menurut laporan The Star, daripada 140 YB BN dalam Dewan Rakyat, hanya 66 hadir untuk mengundi menyokong manakala daripada 82 YB pembangkang, 63 hadir untuk menentang.

Nampaknya ramai sekali kaki tuang dan kaki curi tulang di kalangan MP BN – 74 orang. MP pembangkang pun sudah terikut-ikut akhlak buruk ini. Sembilan belas tidak hadir. Kalau lebih ramai MP pembangkang hadir, Belanjawan 2010 Kerajaan BN sudah masuk longkang.

Bagilah apa pun alasan – lewat malam ka, ada kerja lain ka atau balik kawasan ka, tak jadi hal. Yang jadi hal adalah betapa tidak hormatnya kalian-kalian itu kepada tugas dan tanggungjawab pokok iaitu membuat undang-undang.

Adakah kalian yang ponteng itu tidak mendapati Belanjawan Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan penting dan utama?

Kalau inilah akhlak, sikap, sifat dan komitmen begitu ramai wakil rakyat BN, bagaimanakah rakyat jelata, khasnya pengundi, diharapkan akan mengembalikan sokongan kepada BN?

Kalaupun mereka tidak peduli kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, setidak-tidaknya pedulilah kepada pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata. Inilah kontrak kalian dengan pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata.

Saya sengaja panggil anda semua kalian kerana dalam konteks ini, gelaran Yang Berhormat, mengikut ungkapan Inggeris, adalah hogwash.

Terlalu tidak sedap maksud ungkapan itu maka saya tidak akan memberi maksudnya dalam bahasa kebangsaan. Carilah sendiri.

Jelas kalian telah gagal mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian yang berupa inti pati KPI dan NKRA yang sedang diuar-uarkan oleh bos nombor satu kalian.

Saya tutup kes saya. Sumpahlah saya kalau kalian mahu. Saya bayar cukai dan saya tidak pernah tidak mengundi. Kata ungkapan, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Nota Kaki: Untuk laporan PKI/NKRA yang diumumkan semalam, silalah baca dari media massa. Teruskan berbincang isu ini dalam posting terawal.

54 comments:

  1. abdullahngah8:40 AM

    saya pernah kata tidak lama dahulu umno bertahan lama kerana duit.

    Duitlah segala galanya.

    Oleh itu apa perlu takut pada pengundi.

    Pengundi juga manusia yang perlu duit dalam kehidupan ini.

    Lebih lebih lagi pengundi terbahagi kepada dua. Satu pengundi rasional.

    Yang rasional ini tidak akan undi parti lain atau calon lain kerana mereka komited dengan parti itu.

    Dua, pengundi cita rasa. Pengundi citarasa ini lebih ramai jumlahnya berbanding dengan pengundi rasional.

    Mereka sama juga sepertimana yang digambarkan dalam tulisan ini.

    Kalau bos boleh diampu dengan pelbagai bentuk ampu, termasuk yang perempuan harus cium tangan bos.

    Apalah sangat dengan pengundi cita rasa yang jumlahnya begitu ramai itu.

    Mereka undi apabila dapat duit. Mereka tidak kira sama ada cukai naik ke. hidup tertekan ke asal dapat duit sudahlah.

    Mereka tak kisah pasal hidup yang perjalanan masih jauh itu.

    pemimpin pun tidak pernah fikir pasal apa akan berlaku suatu masa nanti terhadap bangsaku dan agamaku. asal aku kayaraya sudahlah.

    Yang penting bagi mereka dapat jawatan dan dapat harta yang dikumpul sepanjang menjawat jawatan yang diamanahkan.

    Kalau mereka fikir mana mungkin boleh berlaku semacam menjadi pengkhianat bangsa dan agama.mereka tak kisah apa akan terjadi pada orang Melayu. hendak murtad ke boleh sahaja.

    atas sebab itulah apabila Mahkamah syariah hendak laksanakan sebat pada peminum arak bising seluruh dunia.Pada hal sebat yang hendak laksanakan itu bukan sebat Islam, cuma ada persamaan dengan Islam.

    PAS hendak hentikan penjualan arak dikawasan Melayu bising seluruh dunia.Takut nanti mereka tidak boleh minum arak dan kena sebat pula.

    Bukan rakyat yang bising, malahan para pemimpin umno sendiri yang buat bising agar segala yang baik tidak boleh dlaksanakan.

    Apabila rakyat jadi manusia baik susahlah mereka.

    pengundi apalah sangat mereka terdiri daripada perlbagai ragaman manusia yang tidak boleh dijadikan ukuran.

    Sebab itu wakil rakyat tidak takut pada sesiapa pun baik pengundi yang memberi undi kepada mereka.

    Usah pengundi hatta Allah pun mereka tidak takut. Kalau mereka takut mana mungkin yang perempuan tidak tutup aurat, sedangkan nabi sendiri yang beritahu barang siapa yang tidak tutup aurat tak bau mencium syurga.

    Demikian juga pasal riba dan rasuah yang Allah sendiri jelaskan siapa yang terus menerus makan riba dan rasuah kekal dalam neraka.mereka tak takut juga.

    Neraka pun mereka tidak takut usah pengundi. Apa yang boleh pengundi buat setelah dapat duit sesama hari mengundi.

    pengundi mahu duit, dapat duit selesai sudah. Habis cerita. tutup buku. yang penting duit.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dato',

    1. Memang wakil rakyat BN ini tak belajar dan tidak pernah sedar diri. Depa ingat depa masih mempunyai majoriti besar lagi macam dulu. Depa ingat depa masih boleh poteng dan buat acuh tak acuh mengenai persidangan di parlimen.

    2. Lebih elok kalau si ketua darjah Nazri tu pamerkan nama2 YB yang tidak hadzir supaya pengundi tahu sikap wakil rakyat mereka. Kalau majlis terbuka depan PM muka depalah yang didepan. Tapi kalau buat kerja di parlimen kalau boleh nak pergi sains attendance sahaja dan lepas tu pergi kantin berborak. Tak bertanggungjawab langsung.

    3. Kita harap PM Najib jangan lagi letak muka mereka yang selalu ponteng ini sebagai calon dalam PRU13.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,

    Bukan tuang dato,

    NANTI semua hantar MCs kat speaker!...semua KEBETULAN SAKIT HARI ITU....

    Bukan segaja tidak hadir, cuma nak BIASAKAN DIRI KOSONGKAN KERUSI kat parlimen,supaya tak mengalami susah hati nanti bila dah mengosongkan kerusi itu....


    WHIP kedua pihak akan kata,LAIN KALI jangan ulang lagi...

    PM akan kata, saya kesal RAMAI MPs tidak hadir....

    TPM akan kata...saya kesal ramai MP tidak hadir...

    Menteri dan Timb Menteri akan kata....kami kesal ramai tidak hadir....

    Kabinet kata...kabinet kesal MPs ramai tidak hadir....

    SEMUA ITU CAKAP IKUT PM SAMPAI sampai the last person cakap,lepas tu JOMkita cakap topik lain!!!!........

    APABILA POLITICIANS bercakap benar, mereka bukan ahli politik lagi laaa!.


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:22 AM

    Dato,
    YB YB macam ni patut di humban dalam longkang sahaja. Mereka ini sama sahaja baik parti pemerintah atau pembangkang.Pengundi pengundi telah mengamanahkan mereka ini untuk memimpin dan menjadi wakil mereka tetapi mereka telah melupakan amanah tersebut setelah mendapat kuasa.
    Mungkin mereka ini masih terikut dengan mentality semasa mereka bersekolah dahulu. Ye lah, gila harta,gila glamour dan tak lupakan juga gilakan artis!!!
    Saya sarankan mereka mereka ini diaturkan sebaris dan ditembak hidup hidup!!!

    mzr

    ReplyDelete
  5. Dato'..yag tidak hadir biasanya ada tugas kecuali seorang dua yang kaki ponteng dan janganlah terlalu perkecilkan kewibawaan wakil rakyat BN sekadar lebihan 3 undi untuk menjadi kayu pengukur.

    Bolasepak Malaysia lawan Vietnam, menang 1-0 walaupun gol hasil terkena kaki pemain Vietnam sendiri, menang tetap menang kerana kesilapan lawan adalah di antara penyebab kemenangan, dalam peringkat dunia sekalipun, ada gergasi hebat bolasepak menang atas kesilapan lawan sebegitu.

    Dato' juga jangan jadi macam Nazri, termakan kata pembangkang, melayan modal pembangkang.

    Wakil rakyat BN diberi jawatan dan tugas, di dalam dan di luar negara, mereka sedang di amanahkan oleh pengundi dan rakyat macam saya yang tidak layak bayar cukai untuk menjalankan tanggungjawab dan tidak hadir ke parlimen tidak lansung berkaitan dengan akhlak atau KPI.

    Wakil rakyat pembangkang memang 'wajib' ke parlimen untuk bangkang kerana itu sebahagian tugas 'wajib' mereka.

    Di kawasan, mereka tidak perlu bertungkus lumus untuk bekerja kerana tugas mudah mereka di kawasan ialah mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan, tambahan dari itu tugas mereka ialah 'membangkang' segala projek jika itu memusnahkan imej mereka.

    Sayang sekali, Dato' juga terperangkap dengan mainan pembangkang tanpa menghalusi keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  6. spot on Datuk

    pepuak 'kalian' ni masih belum masak masak lagi. kekal enam setengah!

    sebab tu masih tak boleh faham bahawa populariti pembangkang sekarang bukan kerana sebarang kelebihan mereka tapi kerana kekurangan pepuak 'kalian'.

    lebih menyedihkan bila terfikir yang mungkin pepuak ni "are holding the boss at ransom"... back off or we'll jump ship!

    mungkin kah ini masa terbaik untuk menghidupkan kembali S46?

    ReplyDelete
  7. Assalamua'laikum Datok,

    Inilah yang YAB Tun Dr.M kata Melayu mudah lupa.Mereka lupa trgedi PRU 12,sebab kebanyakan macam "kaduk naik junjong." Kita sokong bagai nak rak dan bagi peluang agar BN pulih,"kalian"(pinjam perkataan Datuk) tu nak melingkup BN.Harap PM jangan terlalu asyik dengan 1Malaysia saja takut takut PRU13 tinggal 1Negeri pula.1Malaysia dah mula dirasai macam retorik begitu juga dengan slogan Rakyat didahulukan rakyat yang mana?Percapaian diutamakan apa yang dicapai?

    Wasalam

    ReplyDelete
  8. This refects how successful the slogan "MALAYSIA BOLEH" is!! Syabas kepada YB-YB kerana telah berjaya membawa slogan ini dan dipraktikkan hingga keperingkat Parliament !! Syabas !!!

    ReplyDelete
  9. Wah.betul punya bom!
    Kalu tak terasa , tak tahu nak kata lah!

    ReplyDelete
  10. Salam Dato

    MP2 itu tahukah kesan daripada kealpaan mereka seandainya BN gagal mendapat suara majoriti?

    Selama mana mereka boleh sembunyikan insiden sebenarnya?

    ReplyDelete
  11. YB dari BN umumnya 'hoggish'.

    ReplyDelete
  12. ORANGUTAN PENANG5:38 PM

    Tok Kadiaq

    PULAK DAAAAH!Lepas satu,satu para YB kita buat lawak.Kita tunggu apa tindakan BN dan PR.

    Saya ada terserempak sorang YB di bilik merokok kat airport.Dia sangat di senangi pengundi kerana keramahan,senyuman,senang didekati juga lantang membela rakyat.

    Saya pun pi dok sebelah dia nak bersembang.Cuma kali ni dia dok kalut ber sms,hisap rokok bersambung puntung,senyum tambah meleret.Pelik juga.

    Tup tup berita sensasi pun meletup.
    Kalu betui apa yang dikata,dia tak hadir pun saya paham pasai ada alasan yang 'solid dan gebu'.Tahniah untuk beliau semoga lebih bersemangat membela rakyat.

    Kita pun tau YB pun bukan malaikat.Cuma agak agak la.Apa yang depa sibuk sangat saya pun naik pelik.

    KITA TUNGGU SAJA LAWAK JENAKA SELANJUTNYA YANG BAKAL DIPERSEMBAHKAN OLEH YB YB KITA.KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  13. Dato, ada dua outcome sebenarnya.

    Untuk BN, ada can lagi, 2nd chance kata orang putih, selepas Mac 2008 dan kali ni kat Parlimen, sebab masa DSAI acah 16 September panik sekejab, lega bila tak menjadi.

    Untuk PR, belum sampai masa, dan rasanya belum bersedia kot kot, jadi porak peranda.

    Akhirnya dua dua belah pihak kena fikir panjang, jangan nanti menyesal tak sudah.

    ReplyDelete
  14. Roti Planta6:28 PM

    Dato',

    Tidakkah Dato terfikir bahawa ada dikalangan MP BN memang sengaja tidak pergi mengundi kerana tidak setuju dengan belanjawan tersebut. Bukankah lebih baik mereka tidak hadir daripada mengundi menolak cadangan tersebut?. Jadi BN sepatutnya bersyukur mereka tidak pergi daripada dimalukan dengan mengundi menolak. Lagi pun menang tetap menang walaupun satu undi.

    Syabas kepada MP BN Kelantan yang tidak hadir.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  15. bezanya saya dengan Dato,dato tidak pernah tidak mengundi,tapi saya tidak pernah mengundi.hehe....sebabnya seperti yang dato bincangkan kali ini.

    ReplyDelete
  16. Anonymous9:36 PM

    Kluangman kata,

    "Dato'..yag tidak hadir biasanya ada tugas kecuali seorang dua yang kaki ponteng dan janganlah terlalu perkecilkan kewibawaan wakil rakyat BN sekadar lebihan 3 undi untuk menjadi kayu pengukur."

    Adakah BN tidak sedar, selepas PRU12 lalu, mereka tidak ada lagi 2/3 majoriti? Tambahan pula ketidak hadiran lebih 50% bukan boleh diperkecilkan.

    Malah Menteri Kewangan sendiri kena berkejar dari function walhal pengundian itu adalah tentang usulnya.

    Nasib baik undi berlaku pada jam 11.00 malam.....

    p/s saya pun tak pasti, adakah biasa sesi parlimen dilanjutkan sampai ke lewat malam.

    Fed Up

    ReplyDelete
  17. Saya hormat dato sebagai seorang wartawan terkemuka tanah air.Apapun,tulisan dato tentang undi belanjawan agak tidak berlaku adil terhadap MP BN.Tentu sekali dato pernah membuat liputan sidang parliman pada satu masa dulu, ketika menjadi pemberita. Apakah dato bersetuju bahawa kurang daripada setengah ahli dewan yang hadir jika dewan rakyat berlarutan hingga lewat malam. Kerusi pembangkang hampir kosong. Pemberita yang membuat liputan pun sama. Saya sering lihat yang tinggal hanya RTM dan Bernama. Keadaan ini berlaku sejak zaman Tengku Abdul Rahman lagi dan berlarutan hinggalah ke hari ini.

    Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Saya kira bagi pihak BN ialah Nazri. Beliaulah sepatutnya mengingatkan MP berkenaan tentang implikasi sekiranya tidak hadir. Ramai antara mereka ialah muka baru yang tidak tahu tentang padahnya. Saya kira dalam hal ini, pembangkang juga ada yang tidur tak lena malam itu. Apa tidaknya, kalau majoriti hadir mereka akan bersorak gembita pada malam itu.

    Abd Rahim

    ReplyDelete
  18. Y.Bhg Datuk AKJ,

    1. Sambil membaca posting Datuk ini, saya membayangkan ianya dilakukan oleh PM sendiri. Agaknya apa respon MP-MP jika Boss mereka bersyarah sedemikian?

    2. Namun, di dalam situasi MP-MP dah semacam tak takut dengan Boss mereka, mampukah si Boss bersyarah macam tu?

    3. Baru saja Si Boss dok puji dan berpuas hati dengan prestasi dan KPI menteri-menteri, menteri-menteri dan MP-MP dah tunjuk belang.

    4. Agaknya kalian-kalian itu tunjuk "silent protest" atau sememangnya kalian-kalian itu kaki ponteng?

    Terima kasih

    Azman Mohd isa

    ReplyDelete
  19. Dato',

    Mereka yang tidak hadir untuk undi belanjawan adalah "pengkhianat" dan bolehlah dianggap YB-YB yang TERLOPONG dan MELOPONG!! Mereka dah "bodoh stupid". Jelas mereka tidak tahu peranan dan tanggong jawab mereka sebagai YB. Mereka macam dah khayal dan tak sedar diri. Mereka "arrogant" dan sememangnya tidak layak dipilih semula sebagai YB.

    Saya akan catit semua YB yang tidak hadir dan ingin melihat sama ada mereka ini akan dipilih dan dicalonkan semula pada PRU 13 nanti.

    Mereka ini tak payah ada KPI. Memang patut "write off" sahaja terutama sekali mereka yang telah menjadi menteri.Habiskan boghas je !!

    ReplyDelete
  20. AKUM DATO AKJ=Wakil rakyat sama juga macam penjawat awam mempunyai tanggungjawab kepada PUBLIC yang perlu dilaksanakan dan sentiasa menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung perlu di ingat persidangan hanya berlangsung sesekali sahaja kenapa perlu ponteng.Pemimpin yang mengajar tidak baik kalau pelajar ponteng tahu pula marah kalau pekerja ponteng lagi marah kenapa mereka ponteng rakyat tak boleh marah?.Wakil rakyat sebelah kerajaan sepatut nya bertanggungjawab dan tidak sepatutnya mereka ponteng tugas didewan rakyat kerana mereka perlu menerangkan dasar2 kerajaan kalau tidak hadir mana mereka tahu. yang pasti DSN tidak dihormati oleh mereka iaitu wakil rakyat nya sendiri. ok setekat ini sahajalah dato. wslm

    ReplyDelete
  21. Anonymous2:19 AM

    Tajuk diatas sebetulnya berbunyi begini "Surat Terbuka Buat Pelakon-Pelakon Drama 14 Disember"

    ReplyDelete
  22. tok.

    depa pi kenduri kawin kut.ada yang bila jadi MP baru dapat isteri baru.

    salam awal Muharam

    ReplyDelete
  23. Anonymous8:26 AM

    Dato,

    Secerdik-cerdik pelanduk, ia lupakan jerat. Tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

    Jelas satu perancangan yang teliti tetapi belum dimakbulkan Allah.

    Berusahalah lagi.

    PakChak

    ReplyDelete
  24. Anonymous11:04 AM

    Datuk,

    kan dah cakap.....cakap dgn pak menteri atau pun YB macam cakap dgn tunggul dia bolayan kita nampak kita ni macam semut boleh pijak pijak. Bagi saya belanjawan tu main main aje kat depa. Bayangkanlah kalau macam Pak Menteri Kewangan (kita tak usah sebut which one in particular) masa jadi Pengerusi GLC (pun kita usah sebut yang mana satu)duduk atas pungkor tak buat apa....ingat jadi menteri boleh dapat results ke? Perabis kan boras....kata org negori.....

    Tak usahlah nak marah....datang saja PRU tok seh pangkah dacing...Kalau kita sebagai rakyat bodoh jugak bagi orang bodoh naik jadi YB, ambil je keris hara kiri macam org Jepun sebab kita jual maruah kita....

    Keturunan Jebat

    ReplyDelete
  25. Seperti yang dinyatakan, Najib akan bertemu dengan YB yang tidak hadir - percayalah outcome dari itu ialah pengumuman bahawa mereka yang tidak hadir adalah disebabkan tugas masing masing tetapi bagaimanapun perkara ini tidak akan berlaku lagi.

    Itu sahaja yang mampu Najib 'cover' untuk menyelamatkan maruah BN.

    ReplyDelete
  26. Antu Seruan Nusantara1:35 PM

    Ketidak hadiran wakil rakyat Melayu melambangkan persatuan yang longgar.

    Kenapa?

    Sengaja tidak mahu hadir kah?
    Protes kah?
    Ketua tidak in command kah?

    Mari kita mengambil renungan serta iktibar darinya.

    Saudara-saudara ku!

    Marilah kita jadikan ini sebagai bibit bibit penyatuan semula orang orang Melayu.

    Saudara-saudara kita yang tidak berparti, atau berparti bebas, yang dalam UMNO, yang dalam PAS dan yang dalam PKR.. di mana jua.. marilah kita bersama-sama membimbing saudara-saudara Melayu yang terkeliru sehingga telah menjadi ahli DAP, saudara-saudara kita yang telah termakan pujuk rayu tipu helah Malaysian Malaysia, yang berselindung di sebalik meritokrasi dan berbagai helah itu..

    Ingatlah, secara politiknya kita hanya ada UMNO dan PAS yang tidak bertegur sapa..

    Secara politiknya puak-puak pelampau mereka sudah diam-diam bekerjasama. Mereka ada DAP, Gerakan, MCA, Gabungan 7 persatuan yang amat kiasu..

    BANGKITLAH MELAYU.. bersama-sama keturunan cina, india dan lain-lain yang cintakan negara ini.. Bangkitlah.. kita lenyapkan golongan ultra kiasu yang sedang merancang untuk menerajui negara ini..

    ReplyDelete
  27. Anonymous3:29 PM

    YBhg Dato,
    terkeluar sikit dari topik ...pertanyaan...betul ke kerajaan nak beri hadiah rumah bernilai 12juta ringgit pada Pak lah???Kenapa???
    Semut Kecil

    ReplyDelete
  28. NoMalayApologist4:44 PM

    Kalau Dato', Datuk, Datuk Seri dan Tuan-Tuan boleh ponteng Parlimen kerana sibuk "turun padang", saya pun nak ponteng kerja lah, nak turun padang gak, potong rumput laman rumah. Penting jugak tu

    ReplyDelete
  29. Sdr Anonymous (Semut Kecil) antara lain berkata:

    ".betul ke kerajaan nak beri hadiah rumah bernilai 12juta ringgit pada Pak lah?"

    Saya tak tahu.Yang saya tahu, waktu beliau jadi PM, Seri Perdana diubahsuai dengan belanja lebih RM12 juta.

    Itu ada dalam soal jawab Parlimen.

    Kalau betul kerajaan buat rumah untuk beliau, ia mesti atas kelulusan Parlimen.

    Setahu saya, tidak ada bekas PM yang diberi rumah oleh Kerajaan.

    Apatah lagi yang berharga RM12 juta.

    Saya raya tidak betul kot. Mungkin ini cakap-cakap saja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Dato',

    1. PM DS Najib kata dia dah dapat senarai nama Wakil rakyat BN yang tidak hadir semasa pengundian Bajet baru2 ini dan beliau akan ambil tindakan terhadap merka.Kita tunggu tindakan yang macamana yang dimaksudkan. Takakanlah dia nak pecat mereka ini pula, nanti buruk padahnya. Saya tidak fikir DS Najib berani mengambil tindakan sedemikian. Akhirnya kita percaya beliau akan kata beliau "berpuashati dengan alasan setiap Wakil Rakyat BN itu dan akan menambah lagi bahawa kejadian itu ada hikmahnya".

    2. Dalam hubungan ini kita harap DS Najib janganlah ambil mudah tentang tindakan oleh Wakil Rakyat BN ini.Cari punca sebenar kenapa mereka tidak hadir.Adakah ia mempunyai unsur2 sabotaj atau sengaja ingin mencabar kesabaran PM. Kalau ada unsur sabotaj kita DS Najib ambil tindakan untuk pecat mereka yang berkenaan. Jangan simpan pertualang2 ini. Biarlah majoriti BN bertambah kecil asalkan yang tinggal adalah wakil BN yang tulen dan bukan talam dua muka yang tidak bermaruah.

    ReplyDelete
  31. Anonymous8:50 PM

    Atau agaknya, mereka telah berpakat sengaja-sengaja ponteng untuk memberi markah KPI kurang daripada 50% kepada bos mereka secara tersirat.

    Tetapi aneh bin ajaib kerana mereka memonteng walaupun bos telah berpuas hati dengan KPI YB-YBnya?

    Karut.

    Banyak benda yang karut kat Malaysia ni. Malah kadangkala kita, tanpa disedari, dibenarkan pengempunyaan akal yang karut.

    Dengan itu saya terpaksa "mereng" sekali-sekala untuk berpijak di atas bumi Malaysia nyata, walaupun tanahnya karut.

    mat royan

    ReplyDelete
  32. Besi Berani10:40 PM

    YB-YB yang tak hadir sidang dewan tu, patut dimasukkan dalam jamban oleh menteri diJPM. baru padan muka dia. mereka ni tak sedar lagi akan survival parti mereka. nanti pru 13, melopong baru menyesal tak sudah. kampung tergadai.

    ReplyDelete
  33. mtgbertam10:40 PM

    MP BN dah kaya-kaya belaka. Buat apa susah2 pi parlimen malam2. Pi waktu siang pun sekadar nak tunjuk muka. Bukan nak bahas dengan rasional dan demokratik.

    ReplyDelete
  34. Sdr mack

    Sdr kata, "Wakil rakyat sama juga macam penjawat awam mempunyai tanggungjawab kepada PUBLIC yang perlu dilaksanakan dan sentiasa menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung perlu di ingat persidangan hanya berlangsung sesekali sahaja kenapa perlu ponteng.........Wakil rakyat sebelah kerajaan sepatut nya bertanggungjawab dan tidak sepatutnya mereka ponteng tugas didewan rakyat kerana mereka perlu menerangkan dasar2 kerajaan kalau tidak hadir mana mereka tahu."

    Tidak berapa betul.

    1. Tanggungjawab wakil rakyat pemerintah yang sebenar ialah mencetus dan menyelesaikan masalah/isu rakyat dari semasa ke semasa dengan cara mencari idea baru, membentang dan mengubalnya di Parlimen untuk diluluskan menjadi dasar awam dalam bentuk undang2, belanjawan dan rancangan atau projek.

    2. Setelah dasar awam dalam bentuk undang2, belanjawan dan rancangan atau projek tersebut diluluskan,maka tanggungjawab wakil2 rakyat yang menjadi menteri dan timbalan menteri di Kementerian masing2 menjaganya sebagai satu amanah dengan memastikan iaya di laksanakan oleh para penjawat awamnya, dalam erti kata berikut;

    a) Dasar Undang2- dipatuhi, tidak diselewengkan dsb

    b) Dasar Belanjawan- dibelanjakan mengikut arahan perbendaharan dsb

    c) Dasar Projek - dilaksanakan berdasarkan kos, kualiti, tempoh siap yang disasarkan dsb

    ReplyDelete
  35. I am always forgiven to "kanak-kanak". Lain kali jangan buat lagi, O K !!

    Belajar kesilapan. Satu pengajaran!

    ReplyDelete
  36. Anonymous8:34 AM

    Salam semua.

    Sdr Antu Seruan Nusantara.

    Sebelum sibuk nak suruh melayu bersatu demi politik, suruh PM org melayu kita bayar dulu duit royalti minyak pd Kelantan dan Terengganu.

    Di sana 90 peratus adalah org melayu. Tak kira melayu dari PAS, PKR atau DAP. Berikan hak mrk utk memajukan melayu bukan setakat UMNO je.

    Ekonomi org Islam yg penting bukannya politik melayu kuno. Kamu suruh mrk bergabung, bila kamu dah kuat, tendang mrk spt barang dah tak guna. Sudah berlaku byk kali takkan mrk lupa sakitnya.

    Perjuangkanlah ekonomi org islam di M'sia supaya lebih mantap dan maju setanding dgn bangsa2 lain di sini.

    rakyat tak bodoh.

    ReplyDelete
  37. Dato Amrin11:30 AM

    Dato.

    Saya baru minum kopi dengan saorang Pak Menteri.Dia memberitahu saya maseh ramai raayat yang tidak dapat dan faham message Najib 1Malaysia.Di bawah itu amat keliru sekali.

    Ada juga Menteri Najib yang tak faham dan mengambil berat dengan KPI dan KRA.

    Dia berkata niat Najib baik tetapi banyak sangat distraction untok nya.Najib pun pening sekarang dengan keranah bini dan kawan2 politik.

    Ada kah ia akan servive.Tak tahu jawabnya.

    ReplyDelete
  38.  I asked KJ's cybertroopers to list just one good thing that he has done for the country and Umno... if you want to read the list they sent (its quite funny, the list) follow the link
    http://marahku.blogspot.com/2009/12/why-so-many-people-find-khairy.html

    ReplyDelete
  39. YBhg Dato'

    Assalamualaikum. Selamat meyambut tahun baru Hijrah 1431. Semistinya tiap-tiap kita berusaha untuk menjadikan masa hadapan lebih baik dari masa sekarang.

    Apa yang telah berlaku amat menarik. Pendapat mengenainya berbeza mengikut parti yang kita sokong, peringkat umur dan pengelaman YB yang berkenaan. Ini adalah memandangkan keadaan sudah berubah dan tidak seperti dahulu lagi.Adalah penting bagi pemimpin-pemimpin parti berkenaan membuat kajian yang mendalam mengenai situasi yang berada sekarang.

    Adakah peristiwa ini terpengaruh dengan cakap-cakap akan wujud sistem 2 parti dinegara ini.Adakah YB kita terpengaruh dengan keadaan di Amerika Syarikat dimana Ahli Congress akan mengundi mengikut apa yang mereka fikir baik untuk orang-orang yang mereka wakili. Memandang isu seperti ini baru maka mereka tidak mahu menentang parti mereka dengan terang-terang dan mengambil keputusan menghilangkan diri.Kita sebagai rakyat pula misti menampakkan sikap ahli politik yang kita mahu.Pengundian mengenai GST umpamanya perlukah wakil rakyat parti pemerintah menyokong rang undang-undang tersebut walau pun ramai yang menentangnya.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  40. Y.Bhg Datuk AKJ,

    Maaf lari sikit dari tajuk.

    CEO Pemandu dapat "center stage" membentangkan GTP. Bukan main hebat lagi "promosi" terhadap beliau di akhbar.

    Memanglah CEO tersebut mempunyai kaliber yang hebat mengenai transformasi, tetapi tidakkah strategy menonjolkan beliau ini akan memperkecilkan reputasi / kaliber PM, terutama apabila (jika) GTP tersebut berjaya nanti?

    Benda ini adalah berkenaan pelan transformasi kerajaan, sepatutnya ketua kerajaan lah yang lebih mendapat penonjolan.

    Terima kasih.

    Azman Mohd Isa

    ReplyDelete
  41. Malaysian fighter jet engine stolen from airbase
    (AFP) –

    KUALA LUMPUR — Malaysia will take action against air force personnel involved in the theft of a 14.5-million-dollar fighter jet engine sold to a South American company, according to reports Sunday.

    Comment:

    REALLY, IT IS BEYOND MY IMAGINATION THIS THING COULD HAPPEN. Syabas !! Syabas !! MALAYSIA BOLEH !!

    The Minister of Defence, the Chief of Armed Forces and the Chief of Air Force must take full responsibility and resign immediately.

    But unfortunately it won't happen in Malaysia.

    The greatest joke of the year! If this can happen I wonder what's next? Perhaps our newly bought Submarine.

    ReplyDelete
  42. apa nak heran datuk....

    enjin jet tudm pun boleh hilang inikan pula mp-mp ponteng/hilang

    malaysia boleh

    ReplyDelete
  43. Anonymous11:05 PM

    Bong Moktar menikah lagi
    Bintang kecil pilihan hati
    Mula-mula cuba nak semunyi
    Kerja bodoh macam pencuri.

    Kalu nak menikah, menikah lah
    Pasai apa dok buat susah-susah
    Mana tau bini mida bawak betuah
    Dalam pilihan raya tak boleh kalah.

    Bong Mohtar kahwin punya pasai
    Kacau dalam Perlimen macam selesai
    Pasai undi buget banyak tak mai
    Belanjawa Najib dekat nak tersepai.

    Apa dan jadi dengan wakil rakyat ni?
    Dengan bini takut macam nak mati
    Bila pi menikah artis buat curi-ciri
    Tapi dengan kita depa tak peduli.

    Betoi la macam Datok Kata
    Tak hormat Najib tak pa
    Dia pun bergantung kat depa
    Sama-sama gosok, sama-sama raba.

    Tapi dengan kita jangan cuba
    Kita tak undi tersungjkorlah depa
    Hilang kerusi hilanglah nama
    Silap-silap kena sumbat dalam penjara.

    Mat Tunjang dak naik meluat
    Dengan perangai wakil rakyat
    Depa dok ingat depa lagi kuat
    Pi sama sini tunjuk hebat.

    Depa tak sedar parti depa dah sesak
    Depan belakang orang dah sepak
    Pembangkang naik lagilah sebak
    Depan belakang kena selak.

    Mat Tunjang minta diri
    Nak Pi Sik Kampung Jeneri
    Projek siap duit tak dapat lagi
    DO dok kata, nanti, nanti.

    Inilah nasib kontraktor kampong
    Konon cerita kerajaan tulong
    Hantar surat dah berkarong-karong
    Pegawai kata poket kerajaan kosong.

    Mat Tunjang Enterprise

    ReplyDelete
  44. -Orang Kampong-10:58 AM

    Salam..

    Patutlah Tuan Speaker marah bukan main-main..

    Ini pasal budget gomen.. kalau tak lulus.. Gomen boleh tumbang..Semua projek tak jalan pasal tak ada duit yang diluluskan untuk dibelanjakan.. So no duit no Masyukk..

    Pendek cerita..mana gomen akan ada duit.. kalau tak lulus budget tu..

    Dan kalau tak ada duit.. mana Tuan Speaker nak dapat gaji..

    hahahhaa

    ReplyDelete
  45. -Orang Kampong-11:13 AM

    Kalau yang ponteng itu pelajar

    Hukumannya ialah
    1. Kaunseling (sertakan ibubapa)
    2. Buat kerja amal
    3. Rotan
    4. Gantung sekolah
    4. Buang sekolah

    Sekarang cuba tukar

    Kalau yang ponteng itu Ahli Parlimen

    Hukumannya ialah
    1. Kaunseling (sertakan ibubapa)
    2. Buat kerja amal
    3. Rotan
    4. Gantung Parlimen
    5. Buang Parlimen


    hahaha...baru nampak adil..

    ReplyDelete
  46. Munkin anak mereka sakit.
    Maybe too their wives seliuh urat.
    dah lewat malam tu!
    BERSANGKA BAIK...
    Apa yang nak dihairankan Persepsi Rakyat Malaysia???
    Nanti Pilihan Raya Tabur Je Not HIJAU RM50+kain batik+kain sutera
    Nescaya ke PARLIMEN lagi Kita!
    CONFIRM Punya.
    Bagi WISE MALAYSIANS, Sudah Terang Lagi Bersuluh KABINET NAJIB RAZAK adalah HAMPEH, BENGAP dan MELOYAKAN!
    Sedikit Henjutan Lagi...
    KAMI AKAN TAKLUK PUTRAJAYA!
    Tuhan Maha Besar.

    ReplyDelete
  47. Anonymous6:36 PM

    hua hua hua mr tanjung....

    bung menikah media tak suker,
    rakyat menunggu kenduri makan,
    nasib bantuan 2 timbalan speker,
    kalau tidak budget dah tentu2 ke longkang!!!!!!

    HAMBA ALLAH

    ReplyDelete
  48. abdullahngah7:47 AM

    ponteng parliman yang dilakukan oleh ahli parlimen BN itu semata mata hendak uji pemimpin PR.

    Oleh kerana pemimpin tidak bijaksana maka ujian itu tidak lulus kerana BN tidak tumbang juga.

    Itulah masa dan ketika untuk PR rebut peluang tumbang kerajaan BN melalui undi bajet.

    Kalau BN kalah dalam undi bajet maka bajet tidak lulus yang menyebabkan BN tidak boleh memerintah negara.

    Pemimpin PR tidak sedar yang ahli parlimen BN dan beri peluang istemewa yang seluasnya untuk ambil alih kerajaan atau setidak tidaknya BN terpaksa akur dan bubar dewan dan adakan pilihanray semula untuk tubuh kerajaan.

    Oleh kerana pemimpin tinggi PR tidak bijaksana maka peluang emas itu tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

    Bagi saya BN selamat, PR sesal tak sudah kerana jalan mudah untuk tumbang kerajaan atau memerintah terlepas begitu sahaja.

    macam mana hendak memerintah negara jika tidak bijak baca pelan politik didepan mata.

    ReplyDelete
  49. 63-60 the KPI result of DS Najib lauya team.

    What the shame Datuk!

    ReplyDelete
  50. Anonymous5:45 PM

    Kalau tuhan nak tunjuk kesalahan pemimpin, bila-bila saja boleh ditunjukkan.

    Perkara yang berlaku ini diharap dapat diambil iktibar oleh kedua-dua pihak samada BN atau PR iaitu tidak mengambil mudah tentang belanjawan negara.

    Katakan BN kalah undi pada belanjawan lepas, adakah BN akan berundur begitu sahaja? Kalau ada PRU lebih banyak belanja akan dikeluarkan. PR pun belum tentu dapat merampas tampuk pemerintahan.

    Dengan keadaan ekonomi tak menentu dan bencana alam, lebih elok sekiranya bantuan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

    -peacetoall

    ReplyDelete
  51. Dato Najib ni memang jelas jenis bos yg tak mampu 'control' anak buah dia ka?

    Lagu mana nak 'control' negara ni? Jauh lagi la nak 'control' keyakinan dan rasa hormat dari rakyat..

    Kalau zaman Tun Mahathir dulu depa2 ni tak berani bual pasal dgn benda2 serius ni. MP2 yg dekat2 KL /Selangor pun tak boleh mai ka? Ada drebar, bukan kena jln kaki pun..

    Mukhreez pun? Kena bapak sendiri saja kot baru dia ikut..

    Kalau kat tempat kerja dah lama kena "charge sheet"/ surat tunjuk sebab etc. Silap2 kena buang kerja kalau bagi alasan bodoh atau menyebabkan kerugian syarikat.

    Ka dia dah biasa kena QA & QC ?
    (Q Admin & Q Control)..'Q' not equal to Quality.. hehehe..

    Jadi ketua ni ada 3 faktor saja kita boleh mengawal orang:

    1) Fear
    2) Favour
    3) Respect

    Yang dua di atas tu takkan kekal lama..bila dah tak jadi bos lagi maka siaplah tengok anak2 buah pakat tenggalung dan punggai kepala kita..realitinya kita boleh lihat..masalahnya Tok Najib ni terlalu awai sangat..tgh dia dok "hidup" lagi anak buah dah berani buat perangai...

    Apalah nasib PM 1Malaysia..


    ("/)

    ReplyDelete
  52. Bung @ Kinabatangan tak hadir sebab sibuk dengan bini baru dia kot....!!!

    Ni lah MP yang dok buat joke pasal perempuan sampai Shahrizat pun bengang tapi still ada nafsu nak kahwin dengan artis 'montok'... Again.. it's about Qada' dan Qadar right...!!!

    ReplyDelete
  53. Salam Datuk,

    KPI, NKRA and Pencapaian Diutamakan are rethorics!

    Koh Soo Khoon the failure and was reluctant by the voters still got the Minister post.

    Wat de shame Najib?

    ReplyDelete
  54. Salam Datuk AKJ;

    Amat benar kata kata Datuk.Dimanakah letaknya tanggung mereka? Tidak bolihkah mereka batal semua aturcara pada malam tersebut. Saya yakin mereka tentunya dapat jadual in advance!

    Cuba Datuk siasat, adakah Wakil Wakil Parlimen kita hidup sederhana seperti mana sebelum mereka jadi Wakil Parlimen.
    Setahu saya tak ada pun yang hidup sederhana. Ramai yang cari 'glamour'. Ramai juga yang kahwin dengan artis artis.

    Sudah nasib malang kita dibuat mereka kerana kita memilih mereka. Jadi harapnya kita kena buat pemilihan terbaik.Saya berharap mereka semua tidak menjadi calun pada PRU 13.

    ReplyDelete