A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEMALAN, Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak, membuka Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan memberi pidato berjudul “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran” yang puitis, emotif, menyentuh hati dan membakar emosi.
Buat masa ini, saya hanya ingin mengulas atau, lebih tepat, terpaksa mengulas, satu hal sahaja demi memperbetulkan dan seterusnya mempertahankan maruah serta kewibawaan generasi pengasas Umno.
Khasnya Allahyarham ayah saya yang hidup matinya dengan Umno. Walaupun beberapa tahun sebelum kembali ke rahmatullah dua raya dulu hatinya tawar terhadap kepemimpinan Umno, namun cintanya kepada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu tidak pernah luntur.
Penegasan saya -- ahli pengasas Umno adalah progresif. Hasil sikap progresif merekalah, maka mereka mementang Malayan Union dan bergabung menubuhkan Umno.
Lama sebelum Umno ditubuhkan, orang Melayu sudah cukup progresif dan tinggi kesedaran politiknya. Mereka menubuhkan pelbagai pertubuhan dan kesatuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Persatuan dan pertubuhan ini bergabung menubuhkan Umno.
Maka mengatakan penolakan cadangan Presiden pengasas Umno, Onn Jaafar, supaya keahlian Umno dibuka kepada bukan Melayu adalah kerana idea itu terlalu progresif kepada mereka adalah tidak tepat.
Dalam ucapannya, Mohd Najib berkata: “Jika dihimbau sebenarnya, pada awal tahun 1950an, Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.
“Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli Umno yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin Umno.....”
Orang Melayu menolak cadangan itu bukan kerana ia terlalu progresif, tetapi atas beberapa sebab. Antaranya:-
1. Umno adalah parti kebangsaan orang Melayu dan anak peribumi;
2. Majoriti orang bukan Melayu pada waktu itu bukan warganegara Tanah Melayu atau warganegara negeri-negeri Melayu (state citizens);
3. Majoriti orang bukan Melayu yang mempunyai kesedaran politik ketika itu lebih mengutamakan politik negara ibunda mereka. Pendatang Cina dengan politik Negeri China dan India dengan nasionalisme India. Malah, pendatang Cina yang menyokong Parti Komunis China dan Parti Kebangsaan Kuomintang pernah bergaduh menggunakan senjata kerana fahaman politik tanah besar China.
Sejarawan Cheah Boon Kheng, dalam bukunya “The Masked Comrads” antara lain menulis: “MCP-KMT rivalry involving the ABH (Ah Bin Hoay secret society) came to a head in December 1946, in the bloody outbreak at Pangkor.”
(Persaingan MCP-KMT membabitkan ABH (Ah kongsi gelap Bin Hoay) memuncak pada bulan December 1946 dengan pertumpahan darah di Pangkor.)
4. Orang bukan Melayu menyokong Malayan Union. Cheah Boon Kheng mengulas lagi: “The idea of a single state or a large union which combined all the Malay states and the Straits Settlements appealed, in fact, only to the British and the non-Malays but not to the Malays who were still extremely parochial in their attitude.”
(Idea sebuah negeri atau kesatuan yang besar yang menggabungkan negeri-negeri Melayu dengan negeri-negeri Selat pada hakikatnya menarik minat Inggeris dan orang bukan Melayu sahaja, tetapi tidak orang Melayu yang masih kuat perasaan kenegeriannya.)
Walaupun Melayu bersemangat kenegerian, tetapi melalui Umno mereka meluaskan pandangan dengan berjuang atas landasan kebangsaan Melayu; dan
5. Orang Cina Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu terbahagi kepada tiga kumpulan – Cina pendatang, Cina kelahiran tempatan dan Cina Baba. Yang jelas mahu menjadi warganegara Tanah Melayu merdeka adalah Cina Baba yang sudah berabad lamanya menetap di bumi Melayu.
Jadi adalah songsang pendapat mengatakan orang Melayu menolak saranan Onn Jaafar kerana idea beliau terlalu progresif bagi orang Melayu.
Sebaliknya, kerana orang Melayu progresif dan dalam kefahaman politiknya, maka mereka menolak cadangan itu, tetapi mereka tidak pula menolak kerakyatan orang bukan Melayu asalkan mereka mengikrarkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu adalah cukup progresif dan melepasi keadaan masa dan persekitaran mereka. Mungkin juga mereka lebih progresif dan berilmu daripada sesetengah Melayu yang ada hari ini.
Yang pasti, mereka lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri dan lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi. Mereka tidak berasa bersalah atau apologetik menjadi Melayu dan peribumi.
Mengenai pidato Mohd Najib keseluruhannya, mesej saya kepada beliau mudah saja. Kotakanlah kata-kata yang panas menyala. Jangan umpama tahi ayam yang hangatnya hanya seketika.
Tetapi sebagai budak kampung, saya tahu tahi ayam pun berguna. Disimpan lama ia jadi baja. Sebaliknya buaian dongeng saudagar mimpi akan membuat orang Melayu hilang jadi diri dan akhirnya bangsat di negara sendiri. Barang dijauhkan Allah.
kebimbangan saya hanya satu...kita mendakwa kuasa Melayu tidak akan lenyap di sisi perlembagaan - apakah mungkin mesej ini menggambarkan orang Melayu bisa sahaja mengubah kerajaan?
ReplyDeleteDatuk'
ReplyDeleteDari apa yg saya dengar dan baca sepintas lalu - ucapan DS Najib adalah memberangsangkan. Suatu kelainan mengenai dirinya sejak menjadi Presiden UMNO.
Cuma saya berharap agar isi ucapan tersebut tidak hanya semata-mata kerana berdepan dengan ahli-ahli di PAU sahaja. Harapnya isi ucapan tersebut juga dilaksanakan diluar PAU. Lagi menyakinkan kalau ucapan yang semirip itu diucapkan juga dalam perhimpunan ahli-ahli MCA terdahulunya.
Lihat NEM. Di depan Perkasa - Kongress Ekonomi Bumiputera, nada ucapan NEM terus berlainan dari yang sering diucapkan. Apakah saranan-saranan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak itu (terutamanya Bumiputera & Melayu) telah diambilpakai untuk memperbaiki NEM? Atau NEM masih juga diteruskan mengikuti landasan asal yang dikritik hebat itu?
Kita tidak mahu ucapan tidak serupa bikin. Anyways, kita tunggu dan lihat.
BRAVO TOK KADIAQ
ReplyDeleteBaru dengaq Najib berdongeng,
ramai dah mulut ternganga semangat membara..kah kah kah.
Esok pi depan cina lain plak cerita
dia.Jangan lah anda termasuk golongan
tipah tertipu.
ingat apa yang dia buat untuk melayu yang masih ketinggalan!Mana dia tau semua tuu!
Jangan jadi tanggang wahai kengkawan.Kalu nak ikut,aku lagi pandai dari Najib,Pi universiti lg top pada dia,semua pasai DEB.
Tapi bila bergelumang dengan pendatang 'HEAD ON',cukup perit sampai la ni.
SAPA KATA JADI MELAYU ADA KELEBIHAN? POOODAAH!
TK
Dato',
ReplyDeleteKalau dengar ucapan Pres UMNO, kita tak percaya dia sanggup habiskan RM 65 juta repair rumah PM atau naikkan 75 % bajet untuk JPM semata-mata untuk elaun keluar negara dan macam-macam hal.
Kalau rakyat didahulukan, bajet patut potong tax untuk orang-ramai bukan tambah poket /keperluan sendiri . 300 barangan import tak kena tax untuk sapa? Untuk pelancong dan bukan utk rakyat pun.
Bangunan 100 tingkat untuk sapa? Sapa yang boleh naik 100 tingkat tu? Untuk jana ekonomi dan tambah peluang pekerjaan? Pekerjaan untuk sapa? Bangla? Indon? Myanmar? Kalau macam tu boleh lah tiap-tiap tahun buat bangunan 200 tkt , 300 tkt supaya ekonomi boleh dijana.Kadangkala pemimpin mengeluarkan alasan yang kebudak-budakan. Rakyat biar mampuih makan bata dan pasir.
Kerajaan masih gagal mendengar rintihan rakyat, Contohilah kepimpinan UMAR ABDUL AZIZ dalam mentadbir negara, rakyat didahulukan bukan perut didahulukan, bukan kroni didahulukan, bukan suku sakat didahulukan.
BN diambang mala petaka bila PM ke 4 mendahulukan menantu dan suku sakat, umpama kejatuhan kerajaan Melayu Melaka bila Sultan terakhir yang tidak bijak lebih banyak mendengar pembesar yang khianat dan mempunyai agenda peribadi dari menyelidiki perkara yang sebenarnya terjadi. Kerajaan Melayu jatuh pada tahun 1511 sehingga tahun 1957 iaitu selama 446 tahun dijajah oleh barat.
Kita baru 53 tahun merdeka, tetapi kita dah mula lupa bahawa kita pernah dijajah 446 tahun oleh kuasa luar, sikap tamak , haloba dan menindas rakyat sendiri hanya akan menyebabkan pemimpin semakin jauh dari hati rakyat.
Ketidakbijakan pemimpin membuatkan rakyat semakin ingin menukar kerajaan yang sedia ada.
Jangan jadikan PRU 13 sebagai PRU terakhir BN mampu istiharkan kerana BN akan wujud hanya dalam lipatan sejarah dan dipersalahkan oleh generasi akan datang kerana pimpinan yang terakhir BN menyebabkan BN jatuh tersungkur dan pupus dari bumi tercinta ini.
Tahun 2020 kita ingin menjadi negara maju, pemikiran pemimpin kita masih ditakuk tahun 1957 bilamana banyak mengeluarkan ucapan mengugut jika tak sokong BN, kadangkala terasa sangat memperbodohkan diri bila ucapan retorik sedemikian dikeluarkan oleh seorang pemimpin negara.
Berubahlah...sebelum rakyat mengubah selera.
Anak Parit/ Bota
dah biase dah dengar hujah-hujah macam ini datuk...
ReplyDeletecuba tengok sejarah nabi musa a.s. dipelihara oleh firaun, dibesarkan oleh firaun tanpa melakukan apa-apa kerja (ni lagi teruk dari kerja dengan kerajaan, at least, kita kerja then dapat gaji).
kemudian, dapat wahyu, jadilah nabi musa itu orang yang paling kuat menentang firaun atas dasar untuk menegakkan hukum Allah. dan kerana penentangan nabi musa itu, matilah firaun.
sekarang ini ada sape2 yang berani nak kata nabi musa tu salah?
minah ronggeng
Hanya orang bodo yang jatuh lubang dua tiga dan beratuih2 kali. Lepas tu, 'kita tunggu dan lihat'.
ReplyDeleteMuahahaha.. Lebai Malang sungguh la Melayu.
Salam DAKJ...
ReplyDeleteSemangat perJuangan UMNO ini hanya di Perhimpunan Ahli UMNO ini sehaja, Percaya lah ianya hanya boleh mempertahankan selama 45 hari sahaja seperti Orang Pantang (bahasa Melayunya) lepas beranak . Lepas 45 hari semua pantang dilupai, nasihat Mak bidan pun dilupai...Macam ini lah perjuangan Ahli UMNO sekarang.
Sedar-sedarlah wahai sahabatku...
Dato,
ReplyDeleteBagi saya kalau UMNO nak progresif, saya rasa perwakilan mesti berani bercakap, bertanya dan berani menegur ketua dan tidak perlu berselindung dengan pantun atau lawak jenaka.
Dari sedutan TV dan akhbar, saya masih tidak dengar lagi persoalan yang berani untuk dibincangan ataupun dijawap. Contoh kenapa perlu PNB melabur RM5billion untuk HQ baru. Sedangkan Warren Buffet orang terkaya didunia masih tinggal dirumah yang dibeli lebih 50 tahun dulu. Ini mengingkatkan saya dengarnya rumah PM untuk renovate saja lebih 60 juta. Mengapa tiada seseorangkan bertanya dan jika betul mengapa sampai begitu besar sekali bagetnya.
Selagi UMNO dalam mode "self denial" dengan permasalahan dan keresahan rakyat, selagi itu counter progresif akan melanda UMNO yang disandarkan harapan oleh orang Melayu.
Sejak DS Najib jadi PM apakah bakti dia kepada Melayu. Cuba Fikirkan ? Berapa ribu dia tabur kat CINA ? Sekarang dia cakap umnolah jagoh melayu. Jangan cakap pasal PM yang terdahulu. Mereka ni dah disahkan kecuali Paklah.
ReplyDeleteY.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteUcapan PM Najib semalam sedikit sebanyak berjaya memberi sedikit suntikan ubat terhadap ketandusan kepimpinan progresif, yang di alami oleh Umno sejak Dr Mahathir bersara.
Suntikan ubat ini adalah penting untuk keseluruhan organisasi Umno itu untuk berubah. Seperti semua perkara-perkara negative mempunyai sifat “infectous”, gejala ucapan PM Najib semalam juga mempunyainya.
Bagi mereka-mereka yang bermentaliti negative atau musuh-musuh politik (baik di dalam terutamanya di luar Umno) atau yang menjadikan misi hidupnya untuk mencari kesalahan orang, ucapan PM Najib semalam sememangnya akan dipandang negative dan mempunyai bermacam kesalahan.
Bukanlah maksud saya supaya semua orang memuji ucapan beliau tersebut kerana ianya juga mengandungi beberapa kecacatan di sana-sini, tetapi jika kita benar-benar menyelami permasalahan Melayu yang di alami sejak beberapa tahun kebelakangan ini, serta meletakkan objektif criticism kita di landasan yang betul, kita tidak dapat lari dari mengatakan bahawa ucapan semalam telah menjawab pelbagai kemusykilan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara yang PM Najib telah/hendak lakukan untuk perjuangan Umno dan BN.
Isu hangat-hangat tahi ayam adalah isu lain. Itu adalah permasalahan perlaksanaan. Masalah perlaksanaan adalah berkait rapat dengan pemimpin-peminpin Umno di peringkat atasan & bawahan. Jika mereka tidak boleh memahami dan melaksanakan maksud PM tersebut, mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin. Atau, mohon maaf saya cakap, tidak layak jadi ahli Umno.
Begitu juga halnya dengan skepticism. Memanglah sifat skeptical terhadap apa jua perkara baru itu adalah baik kerana ia dapat menjadikan kita sentiasa berwaspada. Tetapi hanya segelintir sahaja yang mempunyai “guts” mengakui mereka tidak percaya / salah pada awalnya walaupun setelah kebenaran muncul.
Saya melihat bahawa jawapan sudah diberikan oleh PM Najib. Beliau berjaya mengartikulasikan jawapannya sehingga semua persoalan mengenai perkara-perkara yang beliau telah lakukan selama ini mempunyai justifikasinya yang boleh diterima akal. Saya secara peribadi boleh menerima dasar-dasar beliau itu sebagai memenuhi aspirasi saya sebagai orang Melayu dan rakyat biasa.
Cuma saya berdoa agar pemimpin atasan dan bawahan Umno juga nampak perkara yang sama. Jika kefahaman mereka sekadar berlegar semasa mereka berada di PWTC sahaja, dan hilang apabila pulang ke bahagian / cawangan masing-masing, PM Najib yang akan menerima segala “blame” dan kutukan dari masyarakat.
Sedarlah wahai Umno, anda adalah besar, berkeupayaan dan handal. Janganlah masih bersikap kecil, penakut dan bodoh berpolitik.
Dan kepada pemimpin-pemimpin Umno yang lain, jangan nak heboh kejar populariti. Jika itu yang dimahukan, eloklah pergi jadi penyanyi/artis.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Perdana menteri dan timbalan berbohong?
ReplyDeleteMengapa tidak? Berkata umno membela Melayu jelas telah berbohong besar, kerana fungsinya tidak demikian.
Ya, memang betul pada asalnya penubuhan umno itu ialah untuk membela bangsa Melayu, tetapi praktisnya jauh tersasar.
Jadi sesiapa yang berkata umno membela Melayu jelas tidak betul malahan boleh kita katakana itu adalah satu pembohongan yang mungkin tidak dapat dimaafkan.
Cuba kita bayangkan apa sudah jadi dengan kuasa politik yang begitu besar sebelum ini tapi sekarang ini ia sudah mengecil.
Cuba kita bayangkan kuasa ekonomi orang Melayu berbanding dengan ekonomi orang china. Semakin hari semakin lemah kuasa ekonomi orang melayu semakin rendah, malahan sudah merundum dek dipinggirkan.
Tidak dinafikan ada bbeberapa kerap orang Melayu yang masih teguh kuasa ekonominya, tetapi mereka itu adalah kroni kroni mereka yang memegang tapuk pemerintahan.
Bercakap memang bukan main sedap, itu dan ini, tetapi siapakah yang memiliki bangunan tinggi di Bandaraya bandaraya seluruh pelusuk Negara. Melayu ke.
Kalau Melayu bolehlah di dakwa umno membela bangsanya dan wajar disebut dengan kuat dan lantang sebagai tanda ia suatu yang realistic dan tidak boleh dinafikan lagi.
Bercakap biar ada asas. jangan pakai hentam keromo kerana rakyat masih ada yang cerdik dan jangan sekali memperbodohkan rakyat yang tidak berdosa ini.
Ingat kuasa memlih wakil rakyat ada ditangan rakyat seratus peratus Umno boleh tumbang bila bila masa saja jika fungsi asal dibawa lari oleh kepimpinan yang di diberi amanah sekarang.
Usah berbangga dengan hak melayu yang terkunci kemas dalam perlembagaan Negara. Apalah ertinya jika dibiarkan ia terkunci .
Cuba bayangkan seorang pakar ekonomi yang dikurung dan dikunci didalam bilik dan apakah manfaat yang kita dapat. Tiada guna sama sekali.
Malahan kita dianggap megah dan besar hati yang membawa makna bertakbur dengan kunci yang ada pada tangan kita, sedangkan kunci itu harus diguna pakai untuk membuka bilik bagi membebaskan pakar ekonomi agar berfungsi untuk melonjakkan ekonomi Negara seadanya.
bercakap juga mengikut musim. macam musim banjir. hujan memang lebat. air melimpah ruah. lepas itu habuk tak ada. begitulah perangai mereka tahun berganti tahun.
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDatuk AKJ
Izinkan,
...Sebaliknya buaian dongeng saudagar mimpi akan membuat orang Melayu hilang jadi diri dan akhirnya bangsat di negara sendiri. Barang dijauhkan Allah.
Datuk,
Zaman pengasas UMNO dulu batang nyior Melayu sentiasa dijaga supaya lurus dan teguh... tidak perlu dipagarkan kerna buahnya sentiasa jatuh dilaman sendiri
Tapi zaman Najib kini lain pula. Batang nyior Melayu sudah lah condong, lemah pula...buatlah apa jua transformasi, buahnya tetap jatuh dilaman orang!
ALFATIHAH, AMIN.
Ps. MBE ( Model Baru Ekonomi) lebih condong kepada MEB (Model Ekonomi Beruk) kerna masih ramai beruk...?
Datuk,
ReplyDeleteSetahu saya penerimaan kaum pendatang sebagai rakyat negara ini adalah syarat yg ditetapkan olih British utk memberi kemerdekaan.
Perlu apa kaum pendatang berjuang utk kemerdekaan jika mereka akan lebih untung dan selesa didalam Malayan Union.
Sukar utk saya menerima kenyataan Najib yg kaum pendatang sama-sama berjuang utk kemerdekaan.
Seolah-olah Najib secara halus mahu mengubah kenyataan sejarah utk menjaga hati kaum pendatang.
Pada saya sejarah tetap sejarah dan hak tetap hak.
Saya tidak akan mempertikaikan perjuangan UMNO tapi setelah 2 tahun saya masih tidak yakin akan kepimpinan Najib dalam hal-hal berkaitan kedudukan dan kepentingan orang Melayu.
Diperhatikan dalam banyak hal, Najib selalu syiok sendiri.
Apa yg Najib buat lebih penting dpd apa yg Njib cakap.
Mat Sabun
Kesian orang melayu di kampung2, tak habis2 kena tipu.
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteAyah saya juga pernah hangit UMNO, bahkan pernah diiktiraf (dapat sijil) antara pejuang kemerdekaan peringkat setempat. Sekarang dah uzur.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini ayah saya menolak habis2an UMNO. Katanya, kalau UMNO benar2 nak buat Islam dan lama dah depa boleh buat.
Salam dato,
ReplyDeleteMEMANG BETUI hak orang melayu dan raja raja melayu tak akan hilang dalam perlembagaan malaysia la ni....
TAPI MANA ada kepastian PERLEM-BAGAAN itu tak dibubarkan dan diganti dengan perlembagaan baru, tanpa hak melayu dan raja raja melayu didalamnya?.....
KUAT sungguh dan begitu bersungguh sungguh PM berceramah..YANG KAT ATAS PENTAS dan KAT DALAM DEWAN tu ingat tak lagi kandunganya HARI INI?, esok tak tau lagi, lusa hari ahad,tak ramai orang pikiaq apa pun....minggu depan,bulan depan,taun depan ingat lagi dak?
`CINTA/SAYANG' orang orang melayu HAD KAMPUNG SAJA DATO'!...tu pun masa raya aidilfitri dan aidil adha.....
NAK UBAH DAN SURUH KEPADA `CINTAKAN/ SAYANGKAN' daerah,mukim,negeri dan negara adalah macam suruh tok nik gunakan lap top atau facebook!....
ORANG MELAYU SIKIT sangat yang sayangkan bangsa dan negara! termasuk yang dok atas pentas dan line depan kat PWTC kelmarin!....
Orang melayu dulu tak cukup makan...la ni dapat makan,depa makan betui betui sampai sakit diabetes, darah tinggi,kolestrol tinggi dll...dah ramai keok dalam umuq 40-50 tahun.....
Orang melayu tak ada duit masa dulu......laa ni dah nampak duit sikit, depa tibai betui betui,tak kisah lah duit halal atau haram........sampai lebih `kenyang',tak ingat lagi `benda lain'...kalau malaikat maut bolih di`suap' tentu depa ajak sekali malaikat tu jadi `geng'!!...tetapi allah mahabesar dan maha agung....
Bukan saya tak percaya,tetapi dah keterlaluan hal HANGAT HANGAT TAIK AYAM punya hal ni...SAYA tak yakin langsung perasaan cintakan/ sayangkan kepada/terhadap negara dikalangan orang melayu terbanyak
akan jadi orang melayu macam dulu dulu......
Sat lagi yang dok depan dan atas pentas tu pun akan pi cerita kat galas dan sapi...dengaqla cerita cerita depa tu, kalau ada 10-20%
kandungan cintakan negara dan bangsa pun dah cukup baik dah!!
YANG SAYA PASTI DEPA AKAN berdengung MINTA PILIH DEPA JADI WAKIL RAKYAT!! tu saja kerjanya,lepas tu lesap sampai waktu pilihanraya akan datang,....datang balik sebab` SAYA SAYANGKAN KAMU SEMUA!,SAYA AKAN BUAT TU BUAT NI KAT SINI,SAYA AKAN BANTU TU BANTU NI KAT SINI ...piiigggiiiiraaahh!
NEVER TRUST A POLITICIAN, DO FOLLOW A `GOOD' LEADER.....
Abu Bakar Ab Rahman
Dato',
ReplyDeleteSemasa perhimpunan MCA bercakap pasal memenuhi kehendak dan tuntutan bangsa pendatang sehingga si adik sanggup mengaku pendatang dan beberapa tuntutan bangsa pendatang dipenuhi.
Semasa perhimpunan Melayu bercakap untuk menaikkan emosi orang Melayu, kononnya orang Melayu didalam bahaya diancam bangsa pendatang. Habuk pun tak ada untuk dibagi kepada orang yang menadah tangan.
Saya nak tunggu perhimpunan MIC pula apa PM nak cakap dan memenuhi tuntutan bangsa pendatang sekali lagi
/Roti Planta
Ybhg Datuk,
ReplyDeleteMohon sedikit ruang untuk pengkisahan tahap kegusaran orang Melayu terhadap orang-orang asing sebelum kedatangan Jepun. Cerita ini disampaikan oleh arwah ayah saya ketika saya masih kecil. Cerita ini bukanlah cerita keadaan keseluruhan orang Melayu di Tanah Melayu tetapi hanya di kawasan Hulu Selama.
Kawasan Hulu Selama ini didiami oleh orang Melayu yang berasal dari Pattani. Datuk nenek kami datang ke Hulu Selama dan membangunkan kampung halaman pada zaman British Pertama. Istilah British Pertama dan British Kedua ini cukup kerap disebut pada masa saya kecil. Setelah belajar tarawikh di sekolah kebangsan barulah saya faham maksudnya. British pertama ialah semasa campur tangan British di Perak manakala British Kedua ialah pemerintahan British selepas kekalahan Jepun.
Kata ayah saya, sewaktu British pertama, orang Cina datang ke Hulu Selama. Kedatangan orang Cina ini disambut baik. Jumlah orang Cina ini semakin hari semakin bertambah.Mereka datang untuk mendapatkan getah jelutung. ( Saya pun tidak tahu getah jelutung tu macam mana) Kebanjiran orang Cina ini hinggalah ke tahap melebihi orang Melayu di situ. Pada tahap ini mula timbul kegusaran pada orang tempatan. Timbul beberapa gejala sosial baru seperti hisap candu, judi, mahjong. Ada juga berlaku gangguan seksual terhadap anak gadis dan kaum ibu oleh pendatang ini. Kedatangan orang asing ini telah menggugat mata pencarian orang tempatan. Hutan-hutan yang subur telah diteroka dan dimonopoli oleh orang asing. Getah jelutung telah menjadi milik mutlak mereka.
Sambung ayah saya, orang-orang tua di madrasah (Belesah istilah kami) bermesyuarat setiap malam memikirkan jalan untuk menjaga hak orang Melayu di sini.
Saya berhenti cerita di sini. Mungkin beginilah mukadimahnya UMNO ditubuhkan.
Orang Cina pada waktu itu samlah seperti orang Vietnam dan orang Bangladesh pada masa sekarang. Mereka datang ke sini semata mata untuk mencari makan. Pernahkah kita melihat orang Vietnam berkawan dengan orang Melayu? Pernah kita lihat orang Vietnam berkumpul dengan orang Melayu di pasar Malam?
Membuka atau menutup keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu tidak memberi apa-apa makna. Memetik frasa budak-budak sekarang " Ada Aku Kesah ", kata mereka.
Melayu Lama.
Salam, sekadar mengigatkan terus perjuangan pm najib,,, rakyat mampu membuat perubahan, terbokti boleh. Itulah kuasa yg ada pada rakyat dan ahli umno. TQ
ReplyDeleteDatok
ReplyDeletesaya tak pasti pengasas umno adalah progresif.saya hanya tahu para pemimpin umno sahaja ynag terima perlembagaan federal yang dikemukakan oleh British untuk merdeka.semua parti melayu (pkmm) dan ngos melayu,cina dan india menolak tawaran British kerana perlembagaan tersebut tidak adil dan menipu.maknanya umno dari dulu lagi ditipu dan menipu.bacalah sejarah kemerdekaan kita dengan sempurna dan cermat.kenapa umno sahaja dijemput oleh British untuk berunding mengenai kemerdekaan dan adakah benar umno mewakili majoriti umat melayu waktu itu,dimanakah majoriti umat melayu menyokong british (umno ) atau menentang british.baca dan bacalah sejarah negara kita.
zmy
Ucapan Presiden UMNO memang "mengancam". Inilah pertama kali saya dengar seorang Presiden UMNO berucap di persidangan UMNO macam Sukarno berpidato. Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu tidak pernah berucap berkobar-kobar macam Najib. Atau macam orang jual ubat herba dibelakang Masjid India. Itulah style Najib berucap. Ada kelainannya.Tapi saya nampak gaya persembahan Najib berucap agak ada elemen "artificial" sikit.
ReplyDeleteWalau apa pun saya harap Najib betul-betul menghayati apa yang diucapnya. Jangan pulak cakap tak serupa bikin seperti "tin kosong MILO !!! Hangat-hangat tahi ayam saja untuk menyedapkan perwakilan dan orang Melayu syok mendengar!!
Datuk,
ReplyDeleteSaya amat berterima kasih kepada Datuk kerana mengetengahkan perkara ini untuk ditatapi oleh khususnya generasi baru yang bangkit di celah-celah Umno sudah dewasa dan negara sudah berubah rupa dan semoga dengan tulisan datuk itu depa boleh merenung kembali dengan mata hati, bukan mata muka terhadap apa yang ada masa ini, termasuk beberapa isu yang timbul kebelakangan ini mengenai Umno, orang Melayu dan sebagainya.
Oleh kerana umur Datuk dan saya lebih kurang sama serta lahir dalam persekitaran masyarakat, sosio ekonomi dan sosio politik yang sama maka saya amat faham tentang apa yang Datuk ingin ketengahkan itu , malah saya sendiri juga sangat mengenali arwah ayah datuk dan pernah beberapa kali saya datang ke rumahnya untuk mendapat pandangan beliau mengenai politik, khususnya UMNO ketika saya bertugas di daerah kota setar sekitar hujung tahun 1970-an dulu, menerusi `tinjauan' itu saya telah banyak perolehi maklumat mengenai politik amnya dan sejarah perjuangan UMNO khasnya daripadanya. Justeru ketika membaca tulisan datuk itu hati saya terus tersentuh dan tergerak untuk merakamkan pengalaman itu di sini ketika mana saya masih ada lagi kudrat untuk melakukannya demi untuk dikongsikan bersama , terutama sedikit tentang cara orang dulu dengan cara orang la ni `berjuang'. memang kita perlu berubah tapi caranya juga mesti betul, dalam erti kata bangsa, negara dan agama tidak `tergadai'. Terima kasih banyak Datuk .
Dato Kadir.
ReplyDeleteUcapan Najib itu di tulis oleh satu kumpulan penulis politik saperti Johan Jaafar dan Ahmad taib.Saya tidak yakin Najib faham apa yang di ucapkan jika tidak tak kan dia berai mengeluarkan kata2 yang mengancam dan racis dalam memperetahankan PUTRAJAYA dari jatoh ka tangan pembangkang.
Pertukaran Kerajaan di Amereika,UK,Australia merupoakan perkara biasa.Di Malaysian jika terjadi macam Kiamat.
Sejak Najib menjadi Perdana Menteri tahun 2008,kita dapati Ucapan Najib amat bagus tapi tak ada follow up.Cakap Tak Serupa Bikin.
Saya hairan apa kan feadah nya membena bangunan wawasan 100 tingkat.Jika PNB mempunyai wang lebehan 5 billion,apa salahnya ia mengunakan wang itu untok membeli ladang kelapa sawit atau ladang gula atau membeli saham Coca Cola diNYSE.Yang hairan nya Najib menyokong 100%.Ini lah contoh perumpamaan Melayu Sokong Menbawa rebah.
Jika Najib bijak tak kan lah ia boleh bergantong kapada nasehat JOO LOO untok membuat pelaboran dengan dalam 1Malaysia Devt.
Saya percaya salepas Persidangan UMNO habis dan bila pulang ka kampong bermacam masaalah yang ada,maka saranan Najib itu akan menjadi mimpi sahaja.
Dato',
ReplyDelete1/ Saya perhatikan bahawa ucapan waki-wakil masih ramai bersifat rendah diri ( apologetic).
2/ Ramai masih menumpukan kepada kesalahan pembangkang dan bukan melontar idea untuk membetulkan jalan yang telah tersasar. Ramai juga masih tidak sedar bahawa mereka telah tersasar, maka bagaimana mungkin akan sampai kejalan yang hendak dituju.
3/ Mereka kata orang lain buta sejarah, tidak pasti siapa yang buta, terutama sejarah UMNO sendiri.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya amat kagum dan terpesona dengan ucapan Presiden UMNO,DS Najib kali ini.Ucapannya penuh sarat dengan rangsangan,dorongan,nasihat dan jaminan yg cukup menyakinkan.Gaya penyampiannya cukup hebat,begitu bertenaga dan bersemangat,dan kehebatanya setanding dengan Sukarno.Saya percaya para perwakilan dan juga ahli-ahli UMNO yg mendengar ucapan itu telah turut terpesona dan terpukau dengan ucapan itu.
Namun,disebalek kehebatan ucapan itu ada sesuatu yg menerjah perasaan saya yg mencetus rasa bimbang dan gusar.
Saya menaruh bimbang takut nanti orang UMNO amat terpesona dan terpukau dengan ucapan presiden yg hebat itu sehingga merasakan amat selesa dan selamat kerana meyakini jaminan bahawa hak dan keistemewaan orang Melayu terjamin selamat selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang dilangit.Lantaran itu,mereka akan terlena dibuai mimpi indah sedangkan hak dan keistemewaan kita dirobek dan diambil orang.
Kita semua harus sedar dan insafi bahawa ucapan yg hebat yg disampaikan dengan lantang dan garang seperti harimau jantan tidak akan menjamin apa-apa jika tindak tanduk dan perlakuan kita tidak menampak keberanian,ketegasa dan ketangkasan.Apatah lagi jika kita dilihat terlalu mengalah,tunduk kepada desakan dan tuntutan mereka yg berkenaan ,sentiasa berubah pendirian dan tidak bertindak keatas mereka yg menjadi ancaman kepada keselamatan negara.Lantaran itulah kita dapati hari ini satu demi satu dasar yg menjaminkan hak dan keistemewaan orang Melayu telah dipinda dan longgarkan untuk diberikan kepada kaum pendatang.Memangnya perlembagaan negara tidak dipinda tetapi polisi pentadbiran negara boleh dipinda dan diubahsuai yg akan menyebabkan hak orang Melayu terhakis sedikt demi sedikit, dari masa kesemasa.
Apa yg diharapkan semoga kehebatan,keberanian dan ketegasan yg dizahirkan oleh DS Najib melalui ucapan yg lantang,bertenaga dan bersemangat bak hulubalang mengapalai balatentera dimedan perang diterjemahkan kepada segala tindakan dan urusan kerja beliau seharian selepas ini.Disamping itu, kita berharap para pemimpin UMNO sentiasa peka dan berwaspada untuk bangkit menentang dengan berani dan bersemangat terhadap sesiapa yg cuba mengugatkan kedudukan orang Melayu dan agamanya.Jika tidak,orang Melayu akan hanya menang sorok tetapi kampong tegadai dan bangsa Melayu akan merepak dibumi sendiri.
Askar Tua
SALAM DATO AKJ YANG SAYA HORMATI..Ini adalah kata2 sahaja MENGAPA ENGKAU MENGHAYAL HAYALAN ITU HANYA MENGGODA HATI MENIPU DIRI AKAL BEKU OTAK JADI LESU JIWA PARAH TAK SIAPA YANG AMBIL TAHU...Itu la nasib umno yang diabaikan oleh pemimpin nya dalam perhimpunan macam nak pecah dewan bila keluar apa pun tak ada yang ada hanya angin busuk sahaja.Dari dulu nak buat ini nak buat itu untuk orang melayu puhhhhhhhh cantik sungguh namun hakikat nya hanyalah hayalan si pak pandir baru panjat pokok dah berkokok bagai ayam jaguh namun di tipu oleh ayam betina sahaja kerana ayam betina tak bertelur pun...itu la nasib si umno....dasar macam2 dasar semua nya menjurus nak tolong melayu tapi sebenar nya membebankan orang melayu itu sendiri...beribu-ribu anak2 melayu hutang dengan PTPTN kerana nak belajar siapa yang ambil tahu mereka ada kerja ke tidak ker..semua tutup mata...ala cukup la malas nak cerita umno ini kerana para pemimpin nya semakin membocet perut nya....apa isi nya entah la..jumpa lagi dato di lain kali...wassalam...
ReplyDeleteSalam DAKJ
ReplyDeleteMaafla mencelah. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada pemuda PAS kerana dapat beli dan berbangga dgn bangunan baru. Tapi rasanya lebih afdal kalau bayar balik duit koperasi yg hilang tu dulu. Kesian makcik-pakcik yg lesap duit mereka tu. Juga, lain kali eloklah dapatkan ikut pintu depan bukan ikut pintu belakang. Tak berapa molek ikut contoh yg tak molek. Patutlah ada kes bawak lari anak dara orang depan To’ ketuonya.
Yg kedua, dulu fitnah zoro, sekarang fitnah monte carlo. Sekali lagi rasanya tak berapa molek tu terutamanya lengkap berserban. Bro!!!! Cukup-cukuplah memfitnah tu dan malu-malulah sikit kepada Allah, Rasanya, tak berapa kena nak menipu terutamanya pada zaman maklumat (sedunia) dihujung jari.
Berbalik kepada tajuk ucapan Dato’Seri presiden, ianya memang bagus, bijak, padat, bernas, sedap dan menarik. Ada sejarah, ada perlembagaaan, ada perbandingan dan saudagar mimpi pun ada. Pendek kata; macam-macam ada. Diharapnya semua dah jelas terutama maksud 1Malaysia. Sekian TQ.
Salam Dato'
ReplyDelete"Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu adalah cukup progresif dan melepasi keadaan masa dan persekitaran mereka. Mungkin juga mereka lebih progresif dan berilmu daripada sesetengah Melayu yang ada hari ini.
Yang pasti, mereka lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri dan lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi. Mereka tidak berasa bersalah atau apologetik menjadi Melayu dan peribumi."
Komen:
Saya pasti, antara orang Melayu yang Dato' maksudkan ialah ZA'BA.
Dan, saya pasti, antara pemikiran ZA'BA yang Dato' maksudkan sebagai lebih progresif dan berilmu,lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri, lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi dan tidak berasa bersalah atau apologitik mejadi Melayu dan peribumi daripada sesetengah Melayu yang ada pada hari ini ialah seperti berikut:
Bangsa Melayu akan menjadi kukuh seandainya mereka dibentuk dan dibina mengikut disiplin yang tepat berasaskan nilai-nilai Islam, memberi petunjuk bahawa orang Melayu akan berjaya jika kena dengan caranya
Sdr Azman
Tidakkah maksud ungkapan kena dengan caranya oleh ZA'BA di atas, jika dirujuk dengan perbincangan kita sebelum ini mengenai PERUBAHAN yang dikehendaki oleh orang Melayu zaman globalisasi ini ialah penggunaan sistem kontrak pembinaan Islam Tempahan atau Arabnya al-Ijarah yang telah dipinjam dan dimodenkan oleh penjajah British menjadi Management Contract?
Datuk,
ReplyDeleteKenapa UMNO tidak bersungguh-sungguh mendaulatkan Bahasa Kebangsaan setelah 53 tahun? Bukankah ia terkandung dlm Perlembagaan?
Apa ada pada Perlembagaan jika tidak didaulatkan!
Bahasa rasmi Singapura adalah Bahasa Melayu,adakah itu keadaan sebenarnya?
Kalau Najib mengatakan kepentingan Melayu dijamin Perlembagaan,itu kenyataan, tapi hakikatnya adakah Najib sendiri mengamalkan dasar-dasar yg selari dgn Perlembagaan?
Jika UMNO benar-benar mendaulatkan Perlembagaan maka UMNO tidak akan sama sekali menggunakan peruntukan Perlembagaan sebagai isu utk berpolitik.
Olih kerana UMNO sentiasa mempolitik isu-isu yg sudah termaktub maka itu memberi peluang kpd DAP,MCA,Gerakan dan Hindraf utk memperlekeh,mempersenda dam mempersoal Perlembagaan.
Kita telah lama menerima hakikat bahawa kesejahteraan negara memerlukan perkongsian tetapi UMNO yg menjadi teraju perlu mengamal dan menonjolkan kepimpinan yg selari dgn Perlembagaan.
Bukan UMNO yg sudah tidak relevan kpd org Melayu TETAPI pemimpin-pemimpinnya.
Mat Sabun
agak agak nya kalau tempikan ds najib ni tak keluar tv ada kah sesiapa yg nak komen. ada kah agak nya professor u yang nak bagi pandangan. berapa ramai yg nak puji. berapa lagi yang nak tambah asam garam nya. kesimpulan nya semua ini ada lah tempikan orang yg nak kekalkan kuasa. tak ada makna.
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDelete"Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu adalah cukup progresif dan melepasi keadaan masa dan persekitaran mereka. Mungkin juga mereka lebih progresif dan berilmu daripada sesetengah Melayu yang ada hari ini.
Yang pasti, mereka lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri dan lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi. Mereka tidak berasa bersalah atau apologetik menjadi Melayu dan peribumi."
Komen:
Saya pasti, antara orang Melayu yang Dato' maksudkan ialah ZA'BA.
Dan, saya pasti, antara pemikiran ZA'BA yang Dato' maksudkan sebagai lebih progresif dan berilmu,lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri, lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi dan tidak berasa bersalah atau apologitik mejadi Melayu dan peribumi daripada sesetengah Melayu yang ada pada hari ini ialah seperti berikut:
Bangsa Melayu akan menjadi kukuh seandainya mereka dibentuk dan dibina mengikut disiplin yang tepat berasaskan nilai-nilai Islam, memberi petunjuk bahawa orang Melayu akan berjaya jika kena dengan caranya
Sdr Azman
Tidakkah maksud ungkapan kena dengan caranya oleh ZA'BA di atas, jika dirujuk dengan perbincangan kita sebelum ini mengenai PERUBAHAN yang dikehendaki oleh orang Melayu zaman globalisasi ini ialah penggunaan sistem kontrak pembinaan Islam Upahan atau Arabnya al-Ijarah yang telah dipinjam dan dimodenkan oleh penjajah British menjadi Management Contract?
Manakala ungkapan ZA'BA 'mengikut disiplin yang tepat dan berasaskan nilai-nilai Islam' ialah disiplin muamalat Islam dengan penumpuan kepada hukum/ prinsip jual beli bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad?
Salam dato dan semua,
ReplyDeleteSyabas.. dan amat bersetuju dengan Dato bagi titipan bicara Minda ini.
Umno dibawah pimpinan hari ini hampir semua hanya CAKAP RETORIK sahaja perjuangan tidak untuk kebanyakan rakyat/ahli biasa/melayu.
ikhlas,
Salam pakbelalang
ReplyDelete"Ucapan Presiden UMNO memang "mengancam". Inilah pertama kali saya dengar seorang Presiden UMNO berucap di persidangan UMNO macam Sukarno berpidato. Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu tidak pernah berucap berkobar-kobar macam Najib. Atau macam orang jual ubat herba dibelakang Masjid India. Itulah style Najib berucap. Ada kelainannya.Tapi saya nampak gaya persembahan Najib berucap agak ada elemen "artificial" sikit.
Walau apa pun saya harap Najib betul-betul menghayati apa yang diucapnya. Jangan pulak cakap tak serupa bikin seperti "tin kosong MILO !!! Hangat-hangat tahi ayam saja untuk menyedapkan perwakilan dan orang Melayu syok mendengar!!"
Komen:
Dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden (sudah dibindangkan sebelum ini), ucapan DS Najib yang berkobar2 dalam PRU itu bukan sahaja tidak ada elemen artificial seperti yang sdr dakwa itu, malah menepati ciri2 aspek kemanusiaan konsep dan ciri2 pengurusan organisasi moden dari segi peranan dan tanggungjawab beliau sebagai golongan kemanusian seperti sdr - interaksi dan komunikasi, kepimpinan dan kepengikutan, resolusi konflik dsb dalam memimpin organisasi moden UMNO, yang didasarkan kepada latarbelakang ilmu dan pengalaman serta keahliannya dalam bidang kemanusiaan iaitu sebagai ahli ekonomi industri dan ahli politik sekali gus.
Yang diperoalkan ialah golongan profesional teknikal Melayu dalam UMNO -arkitek, jurutera, jurukur bahan dll yang ramai itu yang dilihat bukan sahaja sudah bertukar menjadi golongan kemanusian seperti sdr, malah tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai golongan teknikal dan ahli/pemimpin UMNO sekali gus yang mengetuai kementerian agensi pelaksana kerajaan dan GLC tentang peranan dan tanggungjawabnya menyuntik ciri2 aspek teknikal melibatkan ciri sistem dan tatcara (rujuk perbincngan saya dengan sdr Azman mengenai PEMBAHARUAN) sebagai mekanisme pelaksanaan yang diperlukan oleh agensi2 pelaksana kerajaan dan GLC yang mereka perlu kemukakan kepada DS Najib selepas PAU ini bagi menterjemahkan apa yang DS Najib ucapkan itu kepada realiti yang diinginkan oleh UMNO khasnya dan orang Melayu amnya.
Selagi orang Melayu menerajui parti politik dinegara ini baik UMNO, PKR atau PAS sama sahaja. Pi mai pi mai tang tu juga. Bila PKR atau PAS ditakdirkan dapat memerentah negara ini hasilnya serupa juga mungkin lebih teruk lagi. Kesimpulannya orang Melayu sebenarnya tidak ada alternatif yang lebih baik lagi untuk memertabatkan bangsa Melayu kearah lebih cemerlang lagi. Darah orang Melayu UMNO, orang Melayu PKR dan orang Melayu PAS sama sahaja. Genenya serupa dan hasilnya pun tak kemana. Serupa juga!!!
ReplyDeleteMISI Putrajaya
ReplyDelete“Kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”
Matlamat Najib mengekalkan kuasa (Putrajaya). Berpuisi damak beracun,berkecai tulang dan badan…..bercerai jasad dari nyawa!!! MasyaAllah! Begitu hebat sekali!!! Maka terlopong ternganga lah, Melayu UMNO mendengarnya. Memang Melayu UMNO terkenal dengan retorik hebat, tiada siapa boleh tandingi, tujuannya mengaburi pandangan Melayu-Melayu, bahawa “AKULAH PEJUANG SEBENAR”! Maka muka depan Utusan hari ini , TAJUK BESARNYA, TIADA UMNO TIADA MELAYU!
Bila sebut Putrajaya, fahamlah semua manusia, ianya KEKUASAAN MEMERINTAH (KERAJAAN).
Maka sayugia kita membaca, mendengar dan memikirkan ayat 1 dan 2 Surah Taba atau Surah Al-Mulk. (Banyak hadis hadis sahih mengingatkan kita membaca,mendengar dan menghafal Surah Taba atau Al-Mulk, kerana Ia akan menjadi peneman di alam kubur). Al-Mulk itu bererti Kerajaan.
“Tabaraka allathee biyadihi almulku wahuwa AAala kulli shayin qadeerun”
67:1 Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
Jangan UMNOBN lupa, segala Kerajaan adalah milik Allah swt (bukan harta pusaka kaum kerabat kroni mereka). Untuk Allah yang Maha Berkuasa, mengubah sesuatu, hanya memadai kataNya, “Kun Fayakun”, “Jadi, maka jadilah”.
“Allathee khalaqa almawta waalhayata liyabluwakum ayyukum ahsanu AAamalan wahuwa alAAazeezu alghafooru”
67:2 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Hidup ini adalah SATU UJIAN dari Allah swt. Kamu pemimpin Kerajaan, akan diuji, kamu fakir miskin rakyat jelata, akan diuji.
Jelas terang, matlamat hidup insan yang beriman adalah pada mencari redha Allah swt. Siapa yang lebih baik amalnya, akan mencapai redha Allah, mencapai hakikat JIWA YANG TENANG (NAFSU MUTMAINNAT).
“Ya ayyatuha alnnafsu almutmainnatu”
89:27 Hai jiwa yang tenang.
89:28 Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.
89:29 Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
89:30 Dan masuklah ke dalam surga-Ku.
(Al-Fajr 27-30)
SIAPAKAH JIWA YANG TENANG?
SIAPAKAH JEMAAH HAMBA-HAMBA-KU?
Hidup ini pada mencari redha Allah swt.
TAPI sebenarnya, ramai manusia mencari redha manusia dengan murka Allah.
HANYA segelintir manusia mencari redha Allah swt dengan murka manusia.
Maka puisi Arab menyebut secara berlapik,
“ Ya Allah Ya Tuhanku, aku sanggup ke Neraka Mu dengan REDHA MU,
Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak sanggup ke Syurga Mu dengan MURKA MU”
Datuk,
ReplyDeleteApa shj yg pemimpin dna perwakilan UMNO pekik dna sebut dlm PAU tu hanyalah omong omongan kosong semata mata.Bila balik dari PAU..walhasil balik asal.Mereka akan berterusan pau perbendeharaan negara ini.
Saya nak tanya disini,berapa ramai perwakilan yg membangkitkan isu budget 2011 yag membazir.Menara Warisan 5 Billion,PERMATA yg kita tak tau hujung pangkal aktivitinya diberi peruntukan begitu banyak sampai 111 juta dan lain lain..
Saya ingin memaklumkan disini melayu yang mengasaskan UMNO menuntut kemerdekaan adalah dtgnya dari PKMM yg dibubarkan oleh British.Sebahagiannya masuk kedalam UMNO dan menjadi pressure group kepada golongan elit UMNO utk menuntut kemerdekaan.Kalau nak harapkan UMNO original nak fikir semua tu jgn haraplah.Mereka sebenarnya selesa dgn British..UMNO original hanya mengambil untung dari rperjuangan org lain.UMNO original tidak pernah ditekan oleh British.Yg kena penjara dan diburu adalah parti politik melayu bukan UMNO.Baca buku yg ditulis oleh MUstapha Hussein dan lain lain utk mendapat gambaran sebenarnya
Progressif, tapi tidak agressif.
ReplyDeleteSaharusnya UMNO agressif memperjuangkan hak Melayu dalam Perlembagaan Negara.
Dalam ucapan Presiden yang agressif memperjelaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, semoga semua pihak faham.
Sebarang tuntutan hendaklah kembalikapada persidangan meja bulat dalam BN.
Parti UMNO yang perlu agressif bergerak mempetahankan Melayu/Islam ialah dengan cara, apabila pulang ka Bahgian wajib membina jambatan perpaduan sesama pemimpin, melancarkangerakan bersepadu membanyakkan mendaftar pengundi muda dan membuat follow-up supaya mereka faham kenapa mereka wajib mempertahankan UMNO/BN dalam PRU13 akan datang.
Sebagaimana Dato Othman Aziz Perwakilan Kedah berucap di PAU, perkara utama sejali yang harus dibuat oleh pemimpin UMNO di Bahgian, misti menyusun strateji mendaftar pengundi muda serta mengawal mereka supaya menyokong UMNO/BN. Ini harus di gerakkan secara agressif mulai dari sekarang.
Umno general assembly: Govt urged to restructure national education system
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: The government should restructure the existing national education system to make it more holistic and relevant for the next two to three decades, a Puteri Umno delegate, Idamoerni Zakaria said Saturday.
She said although the existing education system was a blend of the best education systems from various sources, including developed countries, it consisted of too many ingredients that it burdened the children.
comment:
Sudah sampai masanya kerajaan fikirkan Bahasa Arab diajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah sebagai mata pelajaran wajib.
Mungkin satu hari nanti kita boleh tubuhkan universiti aliran bahasa arab dan tarik pelajar-pelajar negara timur tengah belajar di disini. Mungkin kita boleh usahakan supaya ditubuhkan cawangan Universiti Al-Azhar di Malaysia seperti University Nottingham di Semenyih.
Kebelakangan ini kita dah lihat pelancong Arab berduyun-duyun datang ke Malaysia hinggakan di Jalan Bukit Bintang dah penuh sesak dengan pelancong Arab. Kita dah lihat dah semacam ada perkampongan Arab di Jalan Bukit Bintang dan ada bermacam-macam restoran arab dan kedai minyak wangi Arab di situ.
Ini adalah satu petanda baik untuk negara kita dan mesti digalakan supaya hasil pendapatan negara akan tumbuh berkembang pesat kerana kemasukan "wang minyak" dari negara Arab.
Baru baru ini saya telah diserang dan dikutuk,kerana menyebut "Abu Lahab" dan "Abu Jahal".
ReplyDeleteTerbaru, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, naib presiden umno sendiri mengakui bahawa adanya "Abu Lahad" dan "Abu jahal" didalam umno, tidak terkecuali dalam parti pembangkang.
Bermakna dalam pas pun ada juga Abu Lahab dan Abu Jahal. Tak mustahil, kerana dia adalah manusia yang kadangkala ikut hawa nafsu yang dipimpin oleh Syaitan.
Oleh itu, apa yang saya sebut dulu itu ada kebenarannya dan tidak boleh dinafikan lagi.ia realistik sekali.
Cuba bayangkan, zaman pemerintahan Nabi Mohammad SAW di Madinah dahulu pun ada orang "munafik" ada orang "fasik"yang jadi pengkhianat agama islam.
Maka tidak mustahil Abu Lahab, Abu Jahal,munafik dan fasik dalam umno yang telah, sedang dan akan menjadi pengkhianat bangsa,agama dan negara.
Datuk Seri Shafie Afdal sangat bimbang dengan perkembangan terbaru dalam umno miskipun ada tranformasi yang sedang dan akan dilakukan untuk memperkasakan parti orang Melayu.
kebimbangan itu adalah berpunca dari sikap puncuk kepimpinan yang tak pernah adil terhadap rakyat negara ini.
Seperkara lagi puncanya ialah datang dari sikap "megah", "besar hati","sombong", "angkuh" dan "takbur" Presiden umno yang juga perdana menteri semasa berucap merasmikan perhimpunan Agung umno ke 61.
Perdana menteri kelihatan begitu berbangga ketika melaungkan ucapan yang penuh dengan api yang merah menyala dan diberi tepukan bergemuruh yang merupakan sokongan yang akan membawa rebah seperti memuji bahawa perdana menteri seorang yang tawadak dan rendah diri.
History a must-pass subject for SPM from 2013
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: History will be made a must-pass subject for SPM from 2013, says Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
comment:
Yes, yes, yes! Every exam. there must a question on Articles of the Constitution particularly Article 153 !!
Let the students memorise the Constitution until it sticks in their brain "sampai mati"!!
Tahniah pada Dato Naijb yang mampu memberi ucapan yang ada kelas juga.Seperti juga Presiden UMNO yana lepas-lepas hebat dan padat.Cuma sepanjang aku ikuti dari dekat penerimaan dan kepahaman Pemimpin UMNO dibawah Dato Najib sepeti MT,Ketua Bahagian >Pemuda,Wanita dan PU3.Aku nampak mereka lansung tak serious.Macamn burung kakak tua juga.Aku lansung tak yakin yang mereka akan menyahut saranan Dato Najib ini,Ini kerana mereka adalah kumpulan opurtunis politik dalam UMNO.Bukan teras politik .Mereka adalah jambatan broker politik dan broker projek.Sekali lagi gagal inspirasi Peresiden Dato Najib.Aku cuba pasang telinga dekat dengan pemimpin bahagian selepas ucapan itu.Lansung mereka tak sentoh kehendak Dato Najib.Tumpuan pada kedudukan Mereka pada PRU 13 akan datang.Lansung lari dari impian Dato Najib.Aku sedih pemimpin yang datang ke dewan PWTC ini hanya ada matlamat lain dari tujuan UMNO.Beginikah nilai perwakilan yang datang.Tak serupa bikin.Hujah wakil bahagian juga lansung tak bermutu untok diajukan pada UMNO pusat.Kadangnya macam mesyuarat cawangan sahaja.Yang jelas perwakilan banyak lena dalam dewan.Bershoping sahaja.Apa pun aku amat bimbang dengan kesungguhan perwakilan kali ini dan masa depan UMNO.Jangan jadi indah khabar dari rupa.
ReplyDeleteJuara Rakyat..Tema UMNO.Biarlah dia menggambarkan Juara Rakyat kepada petani dibendang,nelayan dilaut,pemandu teksi,buroh ladang,buroh kilang,peniaga kecil yang sedang bertarung dengan rezeki yang tidak menentu.
ReplyDeleteUMNO hebat kerana pemudanya hebat dari segi akhlak,agama.ekonomi,semangat serta amanah.UMNO juga kan terkulai nanti kalau pemudanya tidak hebat.Jika dilihat barisan pemudanya disemua peringkat hari kita amat resah dengan apa yang ada pada mereka.Oleh itu UMNO carilah jalan supya Pemuda perlu ada ciri-ciri kemantapan.
ReplyDeleteSatu perkataan baru yang saya belajar dalam ucapan Najib iaitu KETRANKUMAN!!
ReplyDeleteSejauh manakah perkataan ini dapat dihayati dan diamalkan oleh UMNO.
Perkataan "keterankuman" agak canggih juga dan susah lidah nak sebut apa tah lagi untuk diingati!!
Saya rasa ucapan Najib bolehlah dianggap ada substance tapi sejauh mana ianya boleh diterjemahkan menjadi realiti!!
Salam Datuk AKJ,
ReplyDelete1.Jika begini sikap melayu sekarang (yang menulis dalam blog ini) maka memang sudah patut kita perlukan transformasi major! Ramai dah lupa kesenangan mereka hari ini semua hasil perjuangan UMNO.Masih suka dengan telahan prasangka seperti kesukaan kita menabur fitnah dan menambah tokok kebathilan.Kita gagal menghayati sejarah dan mengambil iktibar dari nya.Sebab kita sudah mula melupakan sejarah.
Apa jaminan 'saudagar mimpi' boleh merubah segala-gala nya? Mungkin kita sudah 'letih ' hidup selesa dan terbela agak nya...kita hendak lagi mengejar mimpi yang indah-indah!Ingin tidur lena panjang lagi
Yang tersedia membela enggan di sokong walaupun benar (dalam benar mesti ada pahit),malah yang kabur sungguh teruja kita alu-alukan...
(tak tahu pula jaminan nya)
Maka Allah beri dua jenis ayat dalam Al Quran.Satu jenis nyata dan satu kurang jelas. Apa tujuan? Tidak lain menguji keimanan kita kerana ayat yang nyata mudah di fahami dan diikut(itu pun ramai yang engkar mematuhi nya) dan ayat yang kurang jelas memerlukan tafsiran dari pakar ilmuan agama tetapi akhir nya di rujuk semula kepada Allah kerana Dia sahaja yang tahu perkara sebenar nya.
Begini lah keadaan kita yang amat teruja memikirkan yang kurang jelas dan mentafsir sendiri tanpa merujuk kepada yang tahu,sehingga di depan mata kita buang begitu sahaja.Kita buang UMNO dan kita perlekehkan semua nya.
Mati nya UMNO maka mati lah melayu progresif.Apa yang tinggal? Maka tiada lain akan melukut lah kita di tepi gantang dan menjadi peminta sedekah di negara (?) sendiri akhir nya.Pupus lah generasi melayu...
Kuasa sebenar ada di tangan kita.
UMNO mewakili kekuatan dan perpaduan melayu.Siapa di dalam nya ialah pilihan kita untuk di beri bebanan tanggung jawab melaksanakan perjuangan kita,orang-orang melayu!
Dear sdra ku KJ,
ReplyDeleteLama i tak post komen.bukan takut kena sekat dan buang daerah! balik Johor pun ok. i orang Istana Bkit Serene dan DYMM Tuanku patik tahu lah. tak baik temberanglah, nanti kena buang dari JB lagi susah.
This morning i reserved my comments on politics after the successful conclusion of UMNO AGM 61thn. ada 2 hero punyaan ku PM ku yang dikasihi dan Maxson Melayu sorry from raggs to riches. siapa lah fitnah kata Melayu tak boleh capai 30% of NEP atau NEM sekarang?
Tahniah dan syabas semua pemimpin bangsaKu especially PM and his 7 Zoros. Nak komen politik tunggu biar pikiran kita tenanglah. tak cukup tidur jadi emosi dan hormon naik. itu aje tak mahu naik2. sori for that, the truth nothing but the Gospel Truth. kita lupakan dulu Gua Musang biar KuLi kita main silat Kelante.di Bt. Sapi(Cina) ok kut, menang atau kalah tak kesah lah CM kena kerja kuat lah.
Kita bertemu lagi insyaAllah bro.
Dalam UMNO, PAS dan PKR bukan sahaja ada Abu Lahab dan Abu Jahal tapi ada juga Mat Jenin dan Pak Pandir!
ReplyDeleteItu sebabnya orang Melayu dah tak tentu arah. Tak tahu yang mana satu penyagak dan penyamun dalam parti mereka.
Pakbelalang,
ReplyDeleteGene orang melayu paling terror. Macam macam darah dah di campur
adukkan and should be super race and most intelligent. The problem is melayu's culture and upbringing. Train the mothers and change the culture.
Selagi tidak dididik ibu-ibu Melayu supaya berubah kepada budaya yang boleh cemerlangkan anak-anak mereka selagi itulah Melayu akan terus di takuk culture yang negatif dan tidak mempunyai daya saing dan semangat untuk maju dan berjaya . Mereka tidak mampu menghadapi segala rintangan dan tekanan hidup disekeliling mereka. Itulah sebenarnya kelemahan orang Melayu. Selagi tidak diubah budaya negatif dan diberi nafas baru kepada anak-anak Melayu, maka apabila menjadi pemimpin kelak mereka akan terus mewarisi budaya negatif hinggalah sampai ke anak cucu mereka. Iaitu menjadi bangsa yang haprak!!!
Wak Ngasan
Tok, 1Msia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Siapa rakyat yang didahulukan tu Tok? Nampak macam bini sendiri. Pencapaian yang diutamakan RM111 juta bagi permata bini Pm, belanja persidangan first lady walaupun kita tak ada sistem 1st lady, Belanja Rm65 juta ubah suai Seri Perdana. Belanja pejabat bini PM. Tulah 1 Malaysia tok.
ReplyDeleteKamjat Penang
Dato Kadir.
ReplyDeleteMelayu Pengasas UMNO Progressiv.
Saya Tidak setuju Dato.Pemimpin Pengasas UMNO bodoh.Ini termasok Tengku Abdul rahman yang menyerahkan Singapura kapada Lee Kuan Yew tampa lawan.Jika pun hendak memberi Singapura kapada Mr Lee,berilah kuasa autonomi untok mentabir sahaja.Kita jangan biarkan dia mengawal Tentera dan polis.
Mahathir sepatutnya menjadi Perdana Menteri yang pandai.Dia pun juga menjual hak Melayu kapada Cina dan India.
Sekarang Najib dan Mahayuddin menghadapi keadaan yang Genting.Tidak paya membuat ucapan ugutan.Orang sekarang mempunyai fikiran yang terbuka.Mereka tidak takut kerana mereka tahu hak mereka di bawah perlembagaan.
Jika Najib dan Mahayuddin progressive,ia perlu bergabong dengan PAS segera.Tukar sahaja Perlembagan UMNO jadikan Islam tunjak perjuagan saperti yang di kehendaki oleh Nik Aziz.Apa yang sulitnya 95% ahli UMNo berugama Islam.kita lihat sama ada Nik Aziz atau PAS IKLAS.
Saudara Maae menulis,
ReplyDeleteMatinya UMNO maka matilah melayu progresif.Apa yang tinggal? maka tiada lain akan melukutlah kita ditepi gantang dan menjadi peminta sedekah dinegara(?)sendiri akhirnya. Pupuslah generasi melayu...
komen saya, memang ada kebenarannya kalau umno kehilangan kuasa mereka akan jadi seperti yang saudara katakan melukut ditepi gantang dan jadi peminta sedekah.
Maklum lah semasa ada kuasa mereka seperti ayam daging yang dihidangkan segalanya dan juga seperti burung dalam sangkar emas apabila terlepas sudah tidak tahu nak terbang....juga ada kebenarannya generasi mereka(umno)akan pupus.
Terimalah kalau itu sudah takdir atas kesilapan diri sendiri jugak!!!bukan silap parti pembangkang.
maae,
ReplyDeleteSatu pandangan yang nyata lagi terang dan jelas. Saya sokong. Saya telah berulang kali melahirkan pandangan bahawa orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan UMNO, sungguhpun ada kalanya saya hentam UMNO. Tapi itu semata-mata hanya untuk melahirkan rasa tanggong jawab saya sebagai orang Melayu dengan menegur mana yang tidak betul terhadap pemimpin-pemimpin yang telah diberi amanah tetapi telah lari dari tanggong jawab mereka untuk memperjuang dan memertabatkan hak orang Melayu. Mungkin suara saya hanya terpencil kedengaran namun melalui blog Dato' AKJ dan kadang kala blog chedet.com saya dapat berpeluang menyalurkan rasa resah gelisah saya terhadap perkembangan yang berlaku dalam negara dan UMNO khasnya. Saya memilih blog Dato' AKJ dan chedet.com adalah kerana saya fikir kedua-dua blog ini ada credibility unuk saya menyeuarakan pandangan saya.
Saya berpegang teguh kepada prinsip "fight within the party" untuk memperteguhkan kekuatan parti UMNO seolah-olah saya ini sebagai "the little whistle-blower".Ini sudah memadai bagi saya untuk melihat UMNO terus disokong oleh orang Melayu dulu, kini dan selamanya ........! Jika ditakdirkan UMNO gagal juga untuk kekal memerentah kerajaan maka putuslah harapan saya dan mungkin harapan orang Melayu lain yang berpandangan sama dengan saya.
Hidup UMNO !!!
Dato AKJ.Saja nak sentuh sikit pasai juara rakyat ini.Macam yang TPM buat di Galas Gua Musang tu barulah JUARA RAKYAT sebenar.Hebat dan kita pun bangga.Janganlah kalau setakat bagi kain pelekat/batik,gula kopi,beras pulut dan RM 30 nak dilebel Juara Rakyat juga.Jangan pakai hantam keromo saja istilah juara rakyat ini.
ReplyDeletesaya sentuh sikit sambutan bahasa;tentu lah bahasa melayu yg sekarang dinamakan bahasa kebangsaan. Bahasa tu bahasa resmi kerajaan Malaysia yaani kerajaan BN kini.Arahannya semua kena pakai bahasa kebangsaan didalam semua urusan resmi.Tetapi PEMANDU dibawah JPM, minit mesyuarat nya pakai bahasa orang puteh!!. Taklimat & penerangan nya tosak kira lee. Menterinya tak macho berbahasa kebangsaan; lagi pun kita nampak maju kalau guna bahasa orang puteh!!! betul ke Dato??
ReplyDeleteDah lama saya ikuti blog Datuk. Saya perhatikan ada setengah orang Melayu dah terombang ambeng fikirannya. Sungguh singkat akal mereka.
ReplyDeleteIni boleh kita baca dalam hujah-hujah diblog Datuk. Memang dah parah akal setengah orang Melayu. Kematangan berfikir ZERO!!
Sungguh cetek pendekatan mereka dalam mengeluarkan pandangan.
Adalah lebih baik Datuk jangan keluarkan komen mereka langsong. Merosakkan kredibiliti blog Datuk sahaja.
Saya setuju kalau Datuk pilih hujah-hujah yang bernas tak kira sama ada mereka itu pro-UMNO, pro-PAS atau pro-PKR asalkan isi kandongan hujah mereka boleh masuk akal. Kadang-kadang meluat saya baca hujah mereka. Very childish!!
-pemerhati sejati-
Dato.semalam saya kat R & R Tapah rehat dan solat kejap.Reaksi pengunjong disitu berbua-bual soal calon BN PAS di Galas.Ada yang kehairanan kenapa UMNO tidak memilih calon yang berkualiti sikit dari segi kelulusan berbanding dengan PAS.Bukan menghina tetapi nak jadi pemimpin ini kata mereka biarlah nampak hebat sikit.Satu ijazah perubatan .Manakala satu lagi SPM sahaja.Reaksi anak muda ini ada juga rasionalnya.Barangkali kali UMNO memang begitu suka tangkap muat atau pun ada muslihat dan strategi politiknya tersendiri dalam pilihanraya kecil Galas ini.Kata nak berubah dan tranformasi....
ReplyDeleteSalam dato' & blogger,
ReplyDeleteKita tak boleh nak harapkan pemimpin sahaja untuk mempertahankan Islam, Bangsa dan Negara Selagi kita sendiri tidak menggunakan sepenuh kudrat kita untuk mempertahankannya. Biaq pi lah dato' Najib nak cakap apa pun.. yang kita ni dok pandai komen, cerita , temberang, cakap tak serupa bikin, dengki-mendengki dok borak di kedai kopi pun tak guna jugak... jumpa kafir harbi tersengih-sengih...
kalau kita kat bawah tak support macamana yang ataih dan kumpulan kita nak jadi kuat... lain lah kalau PERKASA jadi parti politik..
- puf midy -
Salam Dato'
ReplyDeleteTahun lepas Rosmah dapat 36juta untuk program PINTAR.
Tahun ni dinaikkan lagi kpd 111juta.
Jumlah terkumpul Program PINTAR jadi 147 juta.
147,000,000.00
Ketua Audit Negara tak audit ke 36 juta tahun lepas tu habis kemana?
Oooo....tak boleh nak audit laa, sebab Rosmah tu bukan kakitangan kerajaan,bukan YB.
Salah satu masalah UTAMA Melayu di bandar-bandar adalah ISU RUMAH, tempat berteduh.
Di Pulau Pinang,
Luxury SuperCondo harga paling kurang 1 juta RM. Kalau 147,000,000.00 juta bermakna, boleh bina 4 blok supercondo dengan setiap satu 37 tingkat. Boleh dinikmati oleh 147 buah KELUARGA ELIT/MEWAH. Satu keluarga purata 5 orang, 147 x 5 = 735 orang.
Untuk Keluarga Pertengahan, katakan sebuah rumah teres 2 tingkat berharga 300,000.00. Boleh buat 490 buah rumah teres dua tingkat. Besar tu Taman Perumahan tu. Macam Jelutong SimeDarby, Alam Impian I&P dan lain-lain lah. 490 x 5 orang/sebuah rumah = 2450 orang.
Untuk RAKYAT TERMISKIN, sebuah rumah rakyat termiskin (PPRT)di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan, berharga RM 40,000.00. 147 juta bermakna dapat buat sebanyak 3675 buah PPRT, menampung seramai 13,875 orang.
KALAU RAKYAT DIDAHULUKAN, dalam isu rumah, kerajaan boleh buat pilihan untuk 735 orang elit, atau 2450 orang pendapatan pertengahan, atau 13,875 orang rakyat termiskin.
AKAN TETAPI NAJIB MENGAMBIL PILIHAN MENDAHULUKAN BININYA ROSMAH MANSOR UNTUK PROGRAM PINTAR!
Ada sesiapa di sini yang anak-anak anda terlibat dalam Program Pintar?
Najib repair Sri Perdana 65 juta.
ReplyDeleteAmbil contoh PAntai Group atau KPJ Group bina hospital swasta. KPJ Penang contohnya menelan belanja 50 juta, kapasiti 220 katil lengkap dengan kemudahan dan peralatan perubatan yang serba canggih.
PALING KURANG, kalau 65 juta dibuat sebuah hospital, boleh juga membantu rakyat meningkatkan mutu tahap kesihatan, bagi yang mampu beli insuran sihat atau bagi yang mampu bayar sendiri kos perubatan di hospital swasta. TAPI KOS BUAT SEBUAH HOSPITAL KERAJAAN, 65 JUTA TU MUNGKIN UNTUK PILING AND FOUNDATION SAJA! KOS KESELURUHAN 350-500JUTA!!!!! Fuuuh! tapi keleengkapan 10 tahun terkebelakang dari hospital swasta!
BERAPA HARGA KATIL DAN TILAM DI KAMAR UTAMA TOK?
Saya doakan Allah swt tarik nikmat TIDUR Rosmah dan partnernya!
Anak gerik
ReplyDelete"Dato.semalam saya kat R & R Tapah rehat dan solat kejap.Reaksi pengunjong disitu berbua-bual soal calon BN PAS di Galas.Ada yang kehairanan kenapa UMNO tidak memilih calon yang berkualiti sikit dari segi kelulusan berbanding dengan PAS.Bukan menghina tetapi nak jadi pemimpin ini kata mereka biarlah nampak hebat sikit.Satu ijazah perubatan .Manakala satu lagi SPM sahaja.Reaksi anak muda ini ada juga rasionalnya.Barangkali kali UMNO memang begitu suka tangkap muat atau pun ada muslihat dan strategi politiknya tersendiri dalam pilihanraya kecil Galas ini.Kata nak berubah dan tranformasi...."
Komen"
Padah menyekat orang Muda yang berpelajaran tinggi menjadi ahli cawangan!
Setahu saya, anak2 Kelantanlah yang memenuhi universiti kita dan diluar negara.Begitu juga pensyarah2 diuniversiti.
Yang parti, Samy dah tiru apa yang cawangan dan ketua UMNO buat itu. Apa dah jadi kepada MIC? Yang pasti juga, anak2 mereka yang bijak pandai boleh menjadi ahli UMNO.
cakap kat najib kalau dia nak bela melayu, naikkan budget MARA. Cakap aje tak guna..
ReplyDeletemelayutakpandai
Salam.
ReplyDeleteKepada Anak Gerik, macam mana UMNO nak letak calon yang berkelulusan tinggi kalau ramai diantara mereka lari menyokong PAS atau PKR! Kenapa jadi begini? Tanyalah pandangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO, nak ke mereka sebelum-belum ni (nak berubah ni)bersungguh nak naikkan individu cerdik pandai dalam struktur organisasi mereka? Atau mereka lebih rela menaikkan individu-individu diakui setakat suam-suam kuku ilmunya. Yang boleh mendengar kata ketua. 'Yes Man!' sebab balas jasa dah naikkan aku.Salah ke Betul ke tindakan ketua lantak....janji 'Yes Man'.Ramai yang 'fed up' pergi ke PAS, senang tak la juga nak naik....janji boeh sumbang idea dan pandangan dan orang nak dengar.Boleh kritik pemimpin masa muktamar....diorg nak dengar ke tak nak belakang kira. Janji ramai perwakilan yang dengar dan terbuka minda. UMNO? Bila lagi? PAU baru-baru ni nak juga dengar perwakilan berucap mempertikaikan atau sekurang-kurangnya meluahkan pandangan bahawa cadangan pembinaan Menara Wawasan tu tak sesuai buat masa ini. Tapi semua setuju.Takkan la langsung....langsung tiada perwakilan yang di otak mereka terfikir dalam keadaan ekonomi suram begini wajarkah pembinaan tersebut!Dulu...Kini..dan Selamanya la begitu.....
Kalau ada pun yang berpendidikan tinggi naik mudah keatas....lihatlah siapa jadi proksinya!
Malik Klang
Salam Dato
ReplyDeletedari pembacaan dan penghayatan saya, orang Melayu dahulu - baik rakyat mahupun pemimpin adalah lebih progresif dan celik hati tentang untung nasib orang Melayu berbanding dengan yang ada sekarang.
Bahkan tindak tanduk orang dulu mengatasi seruan pemimpin mereka.
Apa melayu kini mahu merasa sendiri di jajah baru mahu bangkit mempertahankan maruah bangsa ?
Jangan sampai nanti di kutuk oleh anak cucu.
Para pembahas dan pelawat yang dihormati,
ReplyDelete1. Mungkin saya ketinggalan masa. Saya baru saja dengar berita yang mengejudkan dan kalau betul berupada satu pengkhianatan;
2. Sesiapa yang ada maklumat sila hubungi saya dan berbincang dalam blog ini. Ia kena mengena dengan sifat progresif orang Melayu tak kira dalam atau luar Umno;
3. Saya mendapat khabar bahawa IPTA ikonik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)akan dipelbagaikan, dikomprehendsifkan dan tidak lagi khusus sebagai universiti perguruan dan pendidikan;
4. Saya rasa ini kerja tidak cerdik dan tidak hormat sejarah, tradisi dan kepentingan perguruan dan pendidikan;
5. UPSI berperanan melahirkan puluhan ribu Melayu progresif dan Melayu berimlu sejak ia masih MPSI/SITC -- lama sebelum wujud IPTA lain yang membuka pintu kepada orang Melayu.
6. Saya mohon maaf kalau maklumat ini tidak tepat, tetapi kalau ada kebenaran, kita wajib membahaskannya dengan terperinci.
Terima kasih.
Datuk
ReplyDeleteSetakat ini say tak dengar pulak berita baru pasal UPSI ini.Tapi tak mustahil iany akan jadi spt Universiti Pertanian yg telah bertukar menjadi Universiti Putra
Saya setuju dgn komen Mat Sabun.Mengapa tiada perwakilan UMNO membangkitkan perlunya menekankan penggunaan Bahasa Malaysia.Sekarang ini terutama diswastaI termasuklah GLC) penggunaan Bahasa Melayu adalah pd tahap yg plg minima.Ianya setakat percakapan di kantin kantin shj..
ReplyDeleteTiada siapa yg boleh dipersalahkan kecuali UMNO.Bahasa Melayu sudah berada dilandasan yg betul,tetapi UMNO yg mengencingnya melalui PPSMI sehingga ianya kembali diketepikan..
Datuk,
ReplyDeleteSekarang depa cakap Melayu dulu tak progresi. Baru-baru ni depa samakan Bugis yang datang ke Pahang berkurun dulu sebagai pendatang.
Apasal depa kelam kabut sangat ni..
Cicit Mat Kilau
Salam dato'
ReplyDeleteBila tengok pm berucap di PAU ni berapi2 cakapnya, disiarkan pula oleh media, dipuji2 melambung2, teringat pula saya video yg terkenal di youtube "i help u, u help me"... maaf cakap, meluat sungguh saya...
entahlah...
Salam pakbelang
ReplyDelete"Ini sudah memadai bagi saya untuk melihat UMNO terus disokong oleh orang Melayu dulu, kini dan selamanya."
Komen:
1. Bagi saya UMNO perlu dikonservasikan atau dipulih dan dipelihara. Maksud saya, istilah 'konservasi' lebih sesuai, berbanding dengan 'transformasi' atau 'perubahan' dalam usaha ahli /pemimpin UMNO menjelaskan dengan perkataan berkod bagaimana caranya mengembalikan semula dasar2 yang diperjuangkan.
Alasan saya, dalam ilmu konservasi bangunan sejarah 'trasformasi', 'perubahan' dan perkataan berkod lain yang meliputi 'pemulihan', 'replika' merupakan perkataan berkod yang memperincikan tahap2 darjah intervensi yang wajar dilakukan oleh ahli konservasi terhadap bangunan bersejarah yang ingin dikonservasikannya, yang mana ianya bergantung kepada nilai2 yang dipengang oleh ahli konservasi terbabit serta masyarakatnya iaitu pemilik bersama harta warisan bangunan bersejarah yang ingin dikonservasikan itu membabitkan nilai emosi, budaya dan kegunaan. Dalam bahasa mudah, 'transformasi' merupakan pecahan kepada 'konsrvasi'.
2. Tetapi apa yang ingin saya katakan kepada sdr secara analoginya ialah, usaha sdr melakukan intervensi terhadap UMNO demi memperthankan kewujudan UMNO selama2nya itu, saya lihat, sdr begitu ikhlas kerana berpegang kepada nilai emosi-keajaiban, budaya -pensejarahan dan kegunaan- ekonomi, berbanding dengan para pemimpin UMNO yang dibenci oleh orang Melayu yang hanya berpegang kepada nilai kegunaan tersebut.
Saya nak cadangkan supaya Najib perkenalkan jawatan baru Minister Without Portfolio.Bolehlah Najib lantik "First Lady" jadi Senator dan pegang jawatan sebagai Menteri.
ReplyDeleteBolehlah diperuntukan badjet untuk Kementeriannya dan tak payahlah dia sibuk sangat kacau Menteri-Menteri lain.
Mengenai UPSI, saya pun ada dengar-dengar begitu. Barangkali peranan besarnya sangat terserlah waktu Institut Perguruan belum buat program ijazah. Kini hidup UPSI seolah terkekang. Mungkin juga sebab UPSI perlu layan dua kementerian.
ReplyDeleteAgaknya kalau jadikan UPSI seperti universiti lain dengan macam-macam program, UPSI lebih selesa berkawan dalam team 20 IPTA. Lagipun UPM yang asalnya pertanian dah jadi rojak jugak. Ingatkan UPSI tentang sejarah bagus juga, tetapi semua kuasa di tangan menteri. Agak-agak saya macam tu la.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Bersyukur kita kepada Allah bahawa dengan keluarnya kata dua dari blog ini maka YAB PM dan Timbalan telah memberi pengakuan akan turun padang untuk menentukan nasib penduduk luar bandar dibela dan tidak terbiar.
Janganlah kita menyangkal kedudukan ini tetapi berusaha bersama-sama menjadikan realiti apa yang dijanjikan.Memanglah janji seperti ini telah berulang-ulang kali diucapkan tetapi tidak memberi kesan .Adalah tanggungjawab kita kepada anakbangsa untuk mendapat sebanyak mungkin apa yang telah diperuntukkan bagi kita.Contohilah MCA dan lain-lain komponen parti BN dimana sebaik sahaja Kerajaan membuka mulut meluluskan sesuatu untuk mereka , dengan tidak berlengah-lengah mereka mengambil tindakan melaksanakannya.Kita hendaklah keluar dari sikap berharap kerajaan akan membuat semuanya untuk kita.Semasa kecil saya telah mendapati ungkapan "Hope against hope a fading dream" memberi pengajaran bahawa berharap itu ada tempohnya. Jika tidak ianya akan menjadi mimpi sahaja dahulu , sekarang dan selama-lamanya.
Sebagai Melayu Islam kita hendaklah yakin janji Allah bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian. Kita hendak bergerak kehadapan sebagai pemimpin yang menjadikan sesuatu dan tidak menunggu untuk sesuatu itu terjadi.
Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan perwakilan UMNO adalah hak mereka .Semuanya sudah diatur sebelum mesyuarat bermula dan dengan itu adalah membuang masa mengharapkan kelainnan akan berlaku. Yang pentingnya janji Presiden UMNO dimana ada pepatah Melayu menyatakan "Jikalau kerbau kita pegang talinya dan jika manusia kita peggang pada janjinya.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya
Sdra Saji,
ReplyDelete"saya lihat, sdr begitu ikhlas kerana berpegang kepada nilai emosi-keajaiban, budaya -pensejarahan dan kegunaan- ekonomi, berbanding dengan para pemimpin UMNO yang dibenci oleh orang Melayu yang hanya berpegang kepada nilai kegunaan tersebut".
comment:
Dengan ikhlas saya mengatakan bahawa saya sangat sentimental kepada parti UMNO adalah kerana selepas merdeka arwah babak saya telah berkorban menyediakan tapak tanahnya untuk mendirikan rumah UMNO di kampong saya. Saya masih ingat lagi apabila rumah UMNO (bangunan kayu) telah siap didirikan Tunku Abdul Rahmam telah dijembut merasmikanya. Orang kampong berduyun-duyun berkumpul dengan kumpulan kompang meyambut kedatangan Tunku. Selepas perasmian dan untuk meraikan Tunku dan Menteri Dato' Sulaiman (adik kepada Tun Ismail)orang kampong bergotong royong menyediakan makanan untuk jamuan makan tengah hari dirumah bapak saya dikelilingi oleh askar-askar dikawasan luar rumah untuk menjaga keselamatan Tunku kerana ketika itu komunis masih aktif lagi. Itulah detik sejarah yang tidak boleh saya lupakan.
Kampong tersebut ialah kampong Parit Jamil, Muar.
Dato AKJ.Apa ada pada UPSI yang sudah dirojakkan pengkhususannya.Akan terima nasib seperti UPM.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSaya agak hasrat Datuk Onn Jaafar membuka keahlian parti UMNO (tahun 1951) kepada bukan-Melayu itu terjemahan kepada apa yang dirasai beliau satu keperluan untuk mencapai kemerdekaan – kemerdekaan mustahil dicapai ketika itu tanpa perpaduan antara kaum. Memang progresif idea itu. Idea mencapai kemerdekaan melalui persepakatan antara kaum itu malangnya mendahului ilham bahawa kemerdekaan boleh dicapai melalui kerjasama/pakatan/pact antara parti-parti (perkauman/racial) sedia ada. Bukankah ketika itu belum ada idea coalition di antara parti-parti ? Beliau mahu mencapainya melalui daripada dalam parti sedangkan sejarah telah mengajar kita, itu bukan caranya. Tidak perlu membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu, yang akan menyanggahi maksud sebenar organisasi politik tersebut. Beliau kemudian keluar drpd UMNO dan tubuhkan parti IMP. Selepas kemenangan IMP barulah diilhamkan dan wujudlah satu coalition/pact antara UMNO dan MCA pada tahun 1952Adakah pakatan lain pernah wujud sebelum coalition/pact di antara UMNO dan MCA pada tahun 1952?
Idea memasukkan bukan-Melayu ke dalam UMNO sudah tentu menyanggahi fitrah politik Melayu. Oleh itu ia bukannya idea progresif. Oleh kerana ia bukannya progresif, ia juga tidak boleh menjadi “terlalu progresif”. Tidak hairan idea itu ditolak oleh orang Melayu, dan tidaklah pula salah orang Melayu buat begitu. Orang Melayu hanya ikut naluri dan fitrah politik dalam diri mereka sahaja. Naluri dan fitrah ini ada dalam semua bangsa, semua puak dalam dunia ini yang diciptakan Tuhan (rujuk ayat Quran yang Datuk sendiri sebut dalam posting lepas) sebab itu parti ideal macam DAP sampai sekarang tidak boleh menjadi relevan dalam majmuknya senario masyarakat kita. Justeru untuk mengatakan idea itu “terlalu progresif” ketika itu adalah tidak tepat sama sekali.
DAN adakah ia juga secara tersirat mengatakan yang sekarang ianya “tidaklah terlalu progresif lagi” (malahan progresif) untuk membuka keahlian kepada bukan-Melayu? Inilah gamaknya idea yang ingin diselinapkan, yang seterusnya buat kita fikir dan rasa perlu kepada inclusivity yang dilalak-lalakkan tempoh hari ?
Desperation in disguise ? He he..
Jangan marah ye Datuk. Saya bukannya menyanggahi kata-kata Datuk yang orang Melayu dahulu memang progresif. Mereka memang progresif, termasuk Datuk Onn Jaafar yang terlalu banyak jasanya. Cuma sayang, daripada baka yang baik-baik itu boleh lahir kita-kita yang serakah dengan nikmat duniawi.
Datuk, saya ni buta sejarah, tapi saya tak malu nak belajar.
Saya Suka dengan perkataan Pak Belalang,
ReplyDeleteSelagi orang Melayu menerajui parti politik dinegara ini baik UMNO, PKR atau PAS sama sahaja. Pi mai pi mai tang tu juga. Bila PKR atau PAS ditakdirkan dapat memerentah negara ini hasilnya serupa juga mungkin lebih teruk lagi. Kesimpulannya orang Melayu sebenarnya tidak ada alternatif yang lebih baik lagi untuk memertabatkan bangsa Melayu kearah lebih cemerlang lagi. Darah orang Melayu UMNO, orang Melayu PKR dan orang Melayu PAS sama sahaja. Genenya serupa dan hasilnya pun tak kemana. Serupa juga!!!
Saya suka menyambung perkataan Pak Belalang dengan berkata,
Selagi orang melayu tidak mempunyai pemimpin yang adil, bijak dan taqwa kepada Allah, selagi itulah orang melayu bermasalah DAN selagi itulah Malaysia tidak akan mejadi sebuah negara contoh.
Sekian terima kasih
Harap Maaf
saya sangat yakin UPSI pengajian akan dipelbagaikan.
ReplyDeleteKerana sudah ramai graduan UPSI tidak diberi jawatan sebagai guru oleh kementerian pelajaran.
Graduan yang keluar tidak ada jaminan lagi untuk menjawat jawatan guru.
Atas sebab itulah pihak kementerian pengajian tinggi memikirkan bahawa UPSI harus bertukar fungsinya.
Baru baru ini telah mendapat maklumat betapa ramai graduan UPSI memohon jawatan guru di Maktab sains Mara diseluruh negara.
Seramai 30 ribu graduan dipanggil temuduga bertulis di maktab2 sains mara diseluruh negara.
Entah berapa kekosongan tidak diketahui.
oleh itu tidak mustahil UPSI akan dipelbagaikan untuk mengatasi masalah pasaran pekerjaan, termasuk jawatan guru yang dikatakan sudah berlebihan sekarang ini.
Kerajaan harus ingat Malaysia perlu ada dan kekalkan sebuah universiti seumpama UPSI disamping Kolej Perguruan diseluruh negara.
Salam dato,
ReplyDeleteminta izin... kpd pak belalang dan hang_nadim2...
saya ingin tahu pd anda berdua. adakah anda tergamak untuk membunuh, atau merompak, atau menyamun orang atau membuang bayi sekiranya ada peluang? InsyaALLAH tidak bukan? tapi mengapa kita lihat, toksah kata org kafir, org Islam pun ramai yg buat kerja2 tak elok tu.
maksud saya di sini, adakah akan sama natijah bagi setiap manusia sekiranya mereka diberi peluang yg sama? maka dgn itu, org yg ditangkap kerana merompak akan berkata, ala.. kalau org lain di tempat dia pun sama jugak, merompak jugak, begitu juga dgn org2 yg membuang bayi atau rasuah, mereka pun munkin kata, ala org lain pun buang bayi jugak, makan rasuah jugak.
jadi, mengapa jika umno sudah teruk, maka anda akan samakan dgn org lain pun teruk juga? oleh kerana terlalu taksub dgn parti sendiri dan benci sgt dgn parti lain, suka menyangka kalau org lain diberi peluang memerintah negara pun sama jugak hasilnya, malah mungkin lebih teruk lagi. saya tak fahamlah org yg bersikap mcm ni.
adakah sama dgn org2 yg beriman dgn yg tak beriman? bukanlah saya nak kata org2 umno tak beriman, tapi tentu ada beza org2 yg takut ALLAH dgn yg tak peduli halal haram. kita tentu tak boleh nilai hati org, tapi sekurang2nya kita boleh nilai melalui diri mereka, ahli keluarga mereka, cara hidup mereka dsbnya.
Org yg takut dgn ALLAH tentu akan apply segala perintah ALLAH dlm kehidupan mereka. di sinilah cara utk kita memilih pemimpin. kalau kata semua org sama, cuma tak berpeluang saja, tentu anda totally silap! Saya tak boleh terima pendapat ini.
cuba beri peluang pula org lain memerintah. bukan sebarang2 org, tapi mereka2 yg kita dpt lihat kesungguhan mereka dlm menerapkan nilai2 Islam dlm seluruh aspek kehidupan mereka. bukan yg separuh2 atau yg hanya mengambil Islam kalau mereka rasa untung sahaja.
kalau tak bagus, time pilihanraya tukar lagi dgn lain orang pulak. dgn cara ini takdelah org yg sama saja memerintah. bila dah pihak yg sama saja, tu yg mereka rasa selesa, tak kesah akan nasib rakyat sebab mereka tahu sampai masa rakyat akan pilih mereka semula. cuba rakyat ubah sikap, sapa yg tak amanah, salahguna kuasa, bila sampai masa, humban mereka biar mereka betapa beratnya tanggungjawab apabila diberti amanah oleh rakyat.
bimbang negara tak stabil kalau tukar2 kerajaan? jepun tu pun entah bila masa pm mereka bertukar, tapi takde masalah pun?
Wallahua'lam...
makbudak,
ReplyDelete1. Terima kasih kerana ambil perhatian komen saya.
2. Itu adalah pandangan saya dan persepsi saya terhadap parti PKR dan PAS setelah menbuat penelitian keadaan politik semasa. Mungkin pada pendapat sdra saya salah membuat tafsiran. Tak mengapalah. Itu adalah pandangan sdra.
3. Walau apa pun,apabila saya dah betul merasai selesa dengan PKR dan PAS mungkin saya akan berubah hati.
4. Jadi untuk seketika ini saya belum lagi nampak ada alternatif yang terbaik untuk saya menolak UMNO.
5. Walaupun parti UMNO ada banyak cacatnya dari segi pelaksanaan dasar tapi dari segi prinsipnya UMNO tetap memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Saya rasa UMNO boleh diperbaiki jika ahli-ahli UMNO bersatu padu mengenal pasti pemimpin-pemimpin yang telah dianggap "deadwood" dan yang telah hilang pedoman prinsip perjuangan mereka supaya disisihkan dengan segera dari menerajui kepimpinan UMNO.
6. Pemimpin PKR dan PAS adalah hampir majoritinya dipimpin oleh orang Melayu Islam. Mereka mesti meyakini saya bahawa mereka adalah alternatif yang terbaik untuk pemerentah negara kita.
7. Malangnya untuk diri saya mereka belum lagi mencapai tahap yang boleh meyakini saya.
8. Biarlah kita berlainan pendapat untuk seketika ini dan menggunakan kebijaksanaan fikiran sendiri tanpa dipengaruhi oleh elemen emosi.
Salam.
Datuk,
ReplyDeleteSalam saya kepada mak budak.
Ni nak cakap sikit la. Setahu sayalah, antara perkara yang penting bagi orang Jepun ni ialah semangat kebangsaan/kenegaraan Jepun tu. Dan Orang Jepun ni rata2 tak kisah sangat hal2 berkaitan agama. Jadi tak kisah lah parti mana pun yang memerintah, asas utama semangat kebangsaan/kenegaraan Jepun tu pasti tidak akan terancam. Jadi tak de hal lah kalau nak tukar PM berapa banyak kali pun.
Tapi kat Malaysia ni lain. BN punya stail lain. PAS punya stail lain. DAP punya stail pun lain. Banyak perkara pokok terutama yang melibatkan agama akan timbul jadi isu.
Sekarang ni, tak payah tukar kerajaan lagi pun dah macam-macam isu sensitif timbul. Bikin tegang urat tengkuk dan menyirap darah senja.
Isu berkaitan penggunaan nama Allah, penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu, isu murtad, isu azan masjid, isu tazkirah, isu rumah ibadat bukan Islam, isu mempersoalkan peruntukan wang kepada badan Islam dan macam-macam lagi isu. Ini semua kalau kita ambil mudah, silap haribulan boleh makan diri sendiri.
Jadi berhati-hatilah bila membuat pilihan tu. Fikir biar panjangggg sikit.
limau bali
Berkenaan UPSI tu, di sini saya letakkan petikan daripada Forum, Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2010 (harap copy dan paste URL kalau hyperlink tak jadi)
ReplyDeletehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive
Ini pula jawapan Naib Canselornya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0707&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_05.htm&arc=hive
INI PULA PENDAPAT PERIBADI SAYA:
UPSI tersepit selepas menolak pelawaan Institut Pendidikan Guru untuk bergabung. Bila dah tolak, baru terperasan bahawa pelajar-pelajar UPSI sendiri terpaksa menagih simpati (daripada Kementerian Pelajaran yang dah sedia ada IPG) untuk jadi guru sekolah. Terpaksalah buka kursus pasaran terbuka. Jual sejarah pun tak apa.Sekarang ni UPSI sibuk nak jadi Ling Kok Wing Universiti. Nak kejar pasaran Industri Kreatif kata Naib Canselor UPSI.