A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
BUKAN mudah bagi BN menggalas Galas dan mengangkat Batu Sapi. Kerusi DUN Galas, Kelantan milik Pas manakala kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah walaupun disandang BN, namun menghadapi pertandingan sengit tiga penjuru.
Di Galas, BN (Umno) berdepan dengan Pas. Pas akan disokong oleh DAP dan PKR. BN mengemukakan setiausaha bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, manakala Pas menawarkan seorang ahli profesional, Dr Dr Zulkefli Mohamad, 45 tahun.
Pada pilihan raya umum 2008, calon Pas Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan kelebihan undi sebanyak 646. Beliau mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753. Sebanyak 80.89 peratus keluar mengundi.
Di Batu Sapi, BN yang meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54 dari PBS akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.
Hakikat bahawa Batu Sapi sangat penting kepada BN dan PKR diserlahkan oleh kehadiran Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada awal 2009 dan Sibu (Sarawak) Mei lalu, BN tidak mampu kalah di Batu Sapi. Kekalahan di Batu Sapi akan menjadi petanda buruk kepada kemampuan BN mempertahankan kesepaduan sokongan di Sabah. Pada PRU 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi DAP.
Dalam PRU 2008, mendiang Ir Edmund Chong Ket Wah dari BN (PBS) mengalahkan calon bebas Dr Chung Kwon Wing (bebas) dengan majoriti 3,708. Beliau mendapat 9,479 undi manakala Dr Chung mendapat 5,771. Hanya 63.6 peratus keluar mengundi dan undi yang ditolak agak banyak –730 – membayangkan wujud unsur protes.
Faktor Ku Li Di Galas
DALAM keadaan biasa, pilihan raya kecil Galas tidaklah menjanjikan apa-apa di luar jangkaan. Tetapi keadaan menjadi tidak biasa, walaupun bukan luar biasa, apabila BN melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah PRK itu.
Seperti kita maklum, Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan Galas adakah salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan itu. Dua lagi adalah Paloh dan Nenggiri yang dimenangi BN. Pada PRU 2004, Galas dimenangi BN.
Ada pendapat mengatakan pelantikan Ku Li adalah tepat kerana Gua Musang adalah “empayar” beliau dan beliau berupa pemuka Umno yang paling kanan dan, boleh jadi juga, paling popular di Kelantan sekarang kerana pendiriannya mengenai isu royalti petroleum negeri itu.
Malah ada yang berpendapat, jika BN berjaya merampas kembali Galas atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti Pas, imej Ku Li akan mendapat anjakan dan sesuai dijadikan ketua de facto Umno Kelantan bagi menghadapi PRU akan datang.
Ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau luar biasa, malah berupa salah satu formula yang berkemungkinan membawa kejayaan kepada BN/Umno. Untuk itu, kita perlu berbalik kepada sejarah.
Pada tahun 1977, Ku Li menjadi wajah Umno dalam krisis kepemimpinan BN Kelantan yang tercetus akibat perselisihan antara Presiden Pas, Allahyarham Asri Muda dan Menteri Besar, Allahyarham Mohamad Nasir, yang juga dari Pas.
Apabila perkelahian itu mencetuskan tunjuk perasaan di Kota Baru dan persidangan DUN diganggu oleh penunjuk perasaan, darurat diisytiharkan, pemerintahan Kelantan diambil alih oleh kerajaan pusat dan seorang Pengarah Kerajaan dilantik mentadbir Kelantan.
Dalam tempoh itulah, Allahyarham Tun Hussein Onn, memberi mandat kepada Ku Li menerajui pembangunan Kelantan sebagai ketua de facto Umno/BN. Ku Li memperkenalkan Rancangan Pembangunan Kelantan dan dalam tempoh itulah pembangunan Kelantan, khasnya daripada aspek infrastruktur ekonomi dan sosial, paling rancak.
Pada akhir tahun 1977 Pas disingkirkan daripada BN dan dalam PRU 1978 BN menewaskan Pas dan memerintah Kelantan sehingga tahun 1990 dengan Ku Li sebagai ketua de factonya.
Pada PRU 1990, Ku Li membantu Pas merampas semula Kelantan daripada BN melalui parti barunya, Parti Melayu Semangat 46. Beliau menubuhkan pakatan pilihan raya dengan Pas, Barisan Jemaah Islamiah se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang diberi nama Angkatan Perpaduan Ummah (Apu). APU menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN Kelantan -- 24 Pas dan 15 Semangat 46.
Tetapi jiwa Ku Li adalah jiwa Umno. Apabila perselisihan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad reda dan pengaruh Semangat 46 semakin merosot, pada bulan Mei 1996, Ku Li mengumumkan kepada 200,000 ahli parti itu yang beliau akan membubarkan Semangat 46. Parti itu dibubarkan dalam bulan Oktober dan majoriti ahlinya menyertai Umno semula.
Dalam PRU 2008, hanya dua orang pemuka BN Kelantan masih berdiri. Salah seorang daripadanya adalah Ku Li dan seorang lagi, Mustapha Mohamed aka Tok Pa. Yang lain hanyut. Bagi saya, dua orang inilah yang masih menjanjikan harapan bagi BN kembali menguasai Kelantan.
Belum Ada Formula Berkesan BN Tawan Kelantan
SETELAH pelbagai formula dilaksanakan dan berbagai watak dilantik mengetuai Umno Kelantan, BN terus gagal menakluki semula negeri itu. Hatta pada tahun kemuncak kejayaan BN iaitu dalam PRU 2004, BN masih gagal menjatuhkan Pas.
Siapa tahu, mungkin dengan memberi peranan lebih besar kepada Ku Li, BN mampu bermimpi dengan lebih realistik untuk memperbaiki prestasinya di negeri itu, bermula dengan Galas.
Tetapi kalau Umno dan BN terus menggunakan pendekatan “carpet bombing” dengan menggula-gulakan pengundi, harapannya untuk menang mungkin tidak secerah yang diuar-uarkan. Kesombongan, tunjuk kuat dan tunjuk kuasa semakin tidak berkesan sebagai strategi pilihan raya.
Ahli dan penyokong Umno sendiri semakin mengakui kesederhanaan dan keakraban pemuka-pemuka Pas. Mereka sentiasa di padang bersama rakyat jelata berbanding pembesar Umno yang semakin elitis dan eksklusif walaupun Presiden Umno sendiri, Mohd Najib Abdul Razak, kini menjadikan keterangkuman (inclusiveness) dan keadilan sosial mantera beliau.
Buat masa ini, ramalan memberikan BN dan Pas peluang yang sama rata untuk memenangi Galas. Tetapi di segi kelulusan, nampaknya calon Pas menyerlah. Inilah yang nampaknya memberi Pas kelebihan sejak sedekad dua ini.
Pas mampu mengemukakan ramai calon profesional dan berwibawa, sedangkan Umno masih terperangkap dalam sistem mafia dan warlords di mana kepemimpinan yang sedia ada sangsi, curiga dan takut dengan kemasukan ahli muda dan golongan profesional.
Selagi amalan menyekat kemasukan ahli muda dan golongan profesional ini berterusan, selagi itulah kepemimpinan muda akan tersisih dan memberi peluang mudah kepada Pas untuk mendapat suntikan darah muda.
Namun bagi PRK Galas, Pas pastinya bimbang situasi Manik Urai di mana BN hampir-hampir merampas kerusi DUN itu Julai lalu akan berulang. Apatah lagi ia menang di Galas dengan kelebihan undi yang lebih kecil berbanding Manik Urai. Bagi BN, kalau trend Manik Urai berterusan, harapannya menang adalah baik.
Silap-Silap Sapi Terlepas Batu Hilang
SITUASI di Batu Sapi dikatakan lebih membimbangkan bagi BN kerana bukan sahaja akan berlaku perlawanan tiga penjuru, tetapi juga kerana BN akan berdepan yang calon yang pada PRU lalu adalah rakan akrab.
BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54, mewakili BN, bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.
Dalam PRU 2008, SAPP adalah parti komponen BN Sabah. Ia keluar BN dalam bulan September 2008 ketika khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar Ibrahim akan melakukan rampasan kuasa Parlimen menjelang Hari Malaysia pada 16 September.
Kesimpulan
BAGI BN, keputusan pengundian PRK Galas dan Batu Sapi pada 4 November ini adalah penerusan ujian penerimaan pengundi terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Mohd Najib dan dasar-dasar serta rancangan yang ditajanya sejak mengambil alih pemerintahan negara 18 bulan lalu.
Sejak PRU 2008, sebanyak 11 PRK telah diadakan, sembilan daripadanya dalam era Mohd Najib. Daripada jumlah itu, empat disandang BN. Selebihnya adalah kerusi parti-parti lawan. Daripada empat kerusi yang disandangnya BN itu, ia hanya berjaya mempertahankan dua, kalah satu dan berjaya merampas sebuah kerusi lawan. Ini bermakna BN mengalami defisit satu kerusi. BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada PKR tetapi kalah Kuala Terengganu kepada Pas dan Sibu kepada DAP.
Jadi, merampas Galas dan mempertahankan Batu Sapi adalah sangat utama dan mendesak bagi BN. Selain isu maruah, dua PRK ini menjadi barometer kepada iklim politik semasa yang akan mempengaruhi penentuan bila PRU akan datang akan diadakan.
Bagi DAP, PKR dan Pas pula, dua PRK ini menguji persepsi dan penerimaan pengundi terhadap gagasan longgar mereka dan reaksi kepada perkembangan terbaru yang melanda kepemimpinan mereka.
Perkembangan di sekitar perbicaraan liwat 2 Anwar, perebutan sengit jawatan dalam pemilihan PKR, pergolakan dalaman DAP dan perselisihan faham antara Pas dan DAP mengenai Negara Islam, Hukum Hudud dan sekularisme pasti akan diperalatkan oleh BN.
Manakala bagi BN, ujian terbesar ialah sama ada pengundi bukan Melayu yakin terhadap dasar berlembut dan bertolak ansur Mohd Najib serta pemulihan parti-parti komponen yang mewakili Cina dan India. Apa pun, kita tunggu dan lihat.
Dato', APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA BILA PENTADBIRAN PM NAK JADIKAN MALAYSIA HUB MAKSIAT DUNIA DEMI EKONOMI.
ReplyDeleteETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
KONONNYA DEMI KEMAJUAN EKONOMI, KESAN JANGKA PANJANG PENUBUHAN KELAB MALAM AKAN MENGGAMIT PELACURAN,PERJUDIAN, KONGSI GELAP, JENAYAH DAN BERMACAM LAGI MASALAH SOSIAL.JANGAN MALAYSIA AKAN DITIMPA LAKNAT DAN BENCANA SEPERTI DI ACHEH. NAUZZUBILLAH.
ANAK PARIT/BOTA
Salam dato,
ReplyDeleteLebih baik BN menang..bolih nak TENGUQ `TERJEMAHAN' polisi, rancangan pembangunan ekonomi PM ni...
Kandungan ucapan penggulongan Presiden UMNO Jumaat sudah CUKUP BAGUS pada saya....
NAK TENGOQ `follow up acts' pulak ni....
TRH jadi MB Kelantan lagi baguih, dia bolih jadi perantaraan terbaguih diantara istana dan dewan negeri....
Kalau tenguq keadaan ekonomi dunia la ni lagi baik `the present devils' jaga negara ni daripada serahkan kepada ` new setans'....putaq alam `devils lama' ni ramai dah tau, nak taram depa pun orang dah tau kat mana, celah mana....
Kalau `new setans' jaga negara kena ada KEMENTERIAN SURAT SOKONGAN dan MENTERI SOKONG PUNYA.... lagi terok nanti depa tibai harta rakyat dan negara!!.....
Abu Bakar Ab Rahman
Pada pengamatan saya pasukan BIN tidak ada masalah untuk mengalas batu di Sapi meskipun 'sapi tambatan' yang baru adalah berlawanan gender dengan sapi tambatan yang terdahulu namun ia bukanlah satu 'handikap' tetapi satu kekuatan dalam keadaan semasa.
ReplyDeleteBegitu juga ayam tambatan milik Pah tidak mempunyai masalah untuk mengalas harapan Pah di gelanggang Galas kerana ayam tambatan ini dari sudut profesionalisme bukan saja lebih dari segi taktikal tetapi dari segi fizikal seumpama fizikal sapi -- juga satu kelebihan.
Namun seperti biasa, itu hanyalah ramalan dan ramalan ini masih bergantung pada faktor berikut: gelangang, tahap pengadilan, kehadiran penyokong, doa dan tidak lupa faktor cuaca.
Aku Yang Bingai
Dato agak tepat dengan penilaian bahawa tabur gula,kesombongan,rakus, tunjuk kuasa semakin tidak digemari oleh pengundi. Harap ahli politik di kalangan Umno terutamanya cepat sedar....
ReplyDeleteSalam Dato.Drp apa yg dato cetuskan cuma satu perkara yang menarik perhatian saya.Bila dato ada selit tentang latar belakang kelulusan calon di Galas ini.Saya pun hairan tentang sikap pemimpin umno yang selalu memandang remeh akan kualiti calon dari aspek pendidikan.Ternyata PAS mempunyai ramai calon profesional.Saya rasa kalau begini punya keadaan dan sikap ambil mudah UMNO akan disisih oleh golongan cerdik pandai.Memang pun dah berlaku.Hari soal perbandingan merupakan suatu yang lumrah kerana kecerdikan pengundi.Berbagai perbandingan akan berlaku sepanjang kempen diGalas nanti.Termasuk mengenai latar belakang pendidikan calon.Mungkin bukan isu besar tapi cakap-cakap begini akan mempengaruhi pengundi muda dan pengundi yang tidak berparti.Ini lah bagi saya apa yang Dato selitkan itu jangan dipandang ringan.Mungkin UMNO terlalu yakin dengan tepukan gemuroh semasa PAU 2010 baru-baru ini.
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteUMNO tidak akan menjadi pilihan rakyat terutama orang muda selagi mereka terus menghalang kemasukan pemuda yang profesional dan berkerjaya. Lama kelamaan UMNO akan menjadi Parti Orang Tua (POT) sepertimana terjadi kepada Wanita UMNO dahulu sebagai Parti Mak Chik-Mak Chik.
Saya bukannya mempertikaikan kelayakan akademik calon UMNO namun difahamkan calon UMNO sekarang adalah Setiausaha Bahagian yang tidak tahu/mahir menggunakan basic work processor seperti MS Word, MS Excel dsb apatah lagi Facebook dan Twitter. Cuba bayangkan kemanakah dia ingin membawa generasi muda Gua Musang?.
UMNO sepatutnya menjadikan kes Manik Urai sebagai panduan. PAS hampir kalah kerana meletakkan calon 'penjual ikan' namun PAS cepat belajar daripada itu. UMNO sepatutnya juga belajar walaupun ianya terjadi kepada PAS.
Rakyat akan memilih calon yang akan membawa mereka ke depan bukannya kebelakang kerana Wawasan 2020 tidak akan tercapai jika kita mengundur.
/Roti Planta
Bagi BN Galas tidaklah sepenting Parlimen Batu Sapi.Perhatian BN sekarang lebih tumpuan pada Batu Sapi kerana kedudokan nya di Parlimen.Keduanya BN juga perlu menang disitu sebagai simpanan tetap BN.Ketiganya kedudokan Sabah sendiri dalam kontek BN.Galas pula macam BN kurang sikit menaruh harapan yang tinggi.Pertama Galas berada dikelantan diperingkat DUN Kelantan.Kalau menang merupakan bonus.Kalau tak menang BN nak tengok pula aras sokongan sebagai perbandingan nanti.Ini adalah jentera pemanas kearah PRU 13 nanti.Apakah bedah siasat semua pilihanraya kecil yang lalu sama ada peringkat parlimen atau DUN telah di kupas dan rawati secukopnya.Atau pun masih dalam simpanan sebagai bahan rujukan sahaja.Aku harap semua jentera UMNO jangan senang hati dan selesa sepanjang masa.Citarasa pengundi hari ini amat sukar dibaca dan diramalkan.Apa sahaja boleh berlaku dihari mengundi nanti.Janganlah tenaga pun terbuang,wang ringgit habis,masa berlalu BN ditahap lama.Akhirnya satu GALAS dan satu lagi BATU SAPI milik siapa nanti.
ReplyDeleteTolak dan campur di Galas:
ReplyDeletePas Umno
Adun dahulu + -
Serambi Mekah + -
Orang Asli terbiar - +
Profesional calun + -
Kemelut istana + -
Royalti minyak + -
Undian bangsa lain + -
Kepimpinan - -
Kekuatan kempen + -
Bersih sogok + -
Isu balak/tanah - +
Jelas yang lebih campur dipihak mana!
Dato Kadir.
ReplyDeleteFormula untok menawan Kelantan dari PAS amat mudah.Tengku Razaligh merupakan factor utama.Tengku Razaligh telah bergabong dengan PAS untok menuntut Royalty minyak untok kelantan.
Mengikut tapsiran Tengku yang mengubal Petroleam Act ia bagitu yakin yakin Kelantan berhak mendapat royalty minyak.
Fomulanya mudah,Jika BN menang di Galas,Tengku perlu di lantek menjadi Ketua Perhubongan UMNo Kelantan.Kerajaan najib perlu memberi jaminan kapada orang kelantan jika BN /UMNO berjaya menawan kelantan ia akan mendapat royalty minyak.Saya jamin 100% orang kelantan akan mengundi UMNO.
Saya hanya nampak hanya satu kesulitan.Tengku Razaligh sacara terbuka menyokong Sultan kelantan yang lama(bapa tengku fariz)ini ada kerana hubongan keluarganya dengan isteri Sultan Tengku Anis.Ini mungkin back fire jika tidak di uruskan dengan betul.
Salam.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSentimen isu-isu janji kosong dalam politik telah menjadi daya penarik kemenangan calon pembangkang masakini.Apa salah laku pun tetap di pandang mulia kerana di dalam hati pengikut telah di benamkan perasaan 'rebellious' dengan memberi input kecelaruan berlaku sumbang pada pihak dan kakitangan kerajaan dan di tanda 'flag' agar sentiasa berfikiran negatif yang berulang-ulang sehingga sebati.
Pengundi lebih tertarik dengan fitnah atau kabar sensasi yang di canangkan di tambah dengan 'janji' pembaruan atau reformasi 'anganan' dalam bentuk sama rata sama rasa dan penghapusan hak-hak melayu yang di dokong sendiri oleh pengkianat melayu untuk meracuni pula pemikiran bukan melayu.
Salah nya pada kerajaan UMNO kerana
telah membenarkan laluan-laluan yang dahulu nya di kawal rapi demi perpaduan,kemudian mengamalkan sikap apologetik dan tidak tegas mengawal keadaan pada era Pak Lah. Makfum nya ingin berlaku adil terhadap kaum bukan melayu yang di serap dalam pemerintahan nya.Saya sendiri mengamati corak pemerintahan nya yang sedikit agak kaku.Bukan menghina tetapi realiti PRU 12 telah menterjemahkan senario nya.
Kita tidak pernah menafikan hak-hak kaum lain,dengan bersikap adil juga tetapi bukan pada semua keadaan. Kecuali kita dari satu rumpun yang sama kerana sejarah telah membuktikan perasaan rakyat majmuk Malaysia teramat berbeza dari segi pendidikan yang makin kian di bezakan dari hari ke hari dan berbentuk 'disperse'.Sepatut nya pendidikan mesti bercorak menjurus persepaduan dan jitu dalam acuan yang sama.
Kata orang melayu bila cacing dah naik kemata,bila kepala sudah di injak baru kita tersedar dari lamunan kerana baru di kejutkan pengundi-pengundi sekarang yang sudah terdedah dengan dunia maya dan teknologi yang memberi input berbeza-beza apabila maklumat hanya di hujung jari.
Sepatut nya kemajuan teknologi membawa keampuhan perpaduan dan pembangunan bersepadu tetapi telah bertukar menjadi WMD secara senyap menyelinap ke dalam setiap sanubari yang sudah pintar dan peka mendapat maklumat dengan mudah di alam maya.
Contoh mudah ialah budak yang berhingus pun sudah pandai dengan perkara lucah dan berani melakukan seks bebas.Berbeza dengan kehidupan kita di satu waktu kejahilan dulu!
Dulu semua rakyat masih jahil dan dahagakan pembangunan,kemajuan, pendidikan,perniagaan dan berharap sangat kepada kerajaan memerintah menyediakan semua nya. Kini hampir semua kemewahan sudah di kecapi dan sudah menjadi lumrah manusia sentiasa lupa daratan setelah mendapat apa yang di inginkan.Yang tidak berilmu dan kurang iman akan mudah di pengaruh oleh mereka yang lebih pintar dan berpendidikan. Sehingga ajaran agama pun boleh di pesong dengan dalil sendiri yang begitu mentaksubkan dalam ketinggian ilmu yang boleh menilai mengikut logik fikiran.Bukan lagi berpaksi pada Maha Pencipta Alam !
Psikologi manusia memang tidak pernah puas.Dari miskin menjadi sederhana,dari sederhana menjadi kaya dan dari kaya berterusan hendak memiliki segala-gala nya untuk berkuasa agar semua keadaan di MILIKI dan di KAWAL sepenuh nya.
Betul ada demokrasi dan kebebasan ?
Walaupun demokrasi tetapi realiti nya semua keadaan mesti di kawal. Kawalan termasuk kepada kejujuran, ketelusan dan penampilan pemimpin, kawalan kepada pengaruh dan sokongan.
Galas dan Batu Sapi sebagai penanda aras.Jika kerajaan tumbang lagi maka 'lonjakan besar transformasi politik' mesti segera di lakukan kepada Kerajaan UMNO yang memegang amanah tonggak serta menjaga 'simpul mati' perlembagaan supaya tidak pula di bakar hangus di depan mata !
Salam Datuk,
ReplyDeleteSentimen isu-isu janji kosong dalam politik telah menjadi daya penarik kemenangan calon pembangkang masakini.Apa salah laku pun tetap di pandang mulia kerana di dalam hati pengikut telah di benamkan perasaan 'rebellious' dengan memberi input kecelaruan berlaku sumbang pada pihak dan kakitangan kerajaan dan di tanda 'flag' agar sentiasa berfikiran negatif yang berulang-ulang sehingga sebati.
Pengundi lebih tertarik dengan fitnah atau kabar sensasi yang di canangkan di tambah dengan 'janji' pembaruan atau reformasi 'anganan' dalam bentuk sama rata sama rasa dan penghapusan hak-hak melayu yang di dokong sendiri oleh pengkianat melayu untuk meracuni pula pemikiran bukan melayu.
Kita tidak pernah menafikan hak-hak kaum lain,dengan bersikap adil juga tetapi bukan pada semua keadaan. Kecuali kita dari satu rumpun yang sama kerana sejarah telah membuktikan perasaan rakyat majmuk Malaysia teramat berbeza dari segi pendidikan yang makin kian di bezakan dari hari ke hari dan berbentuk 'disperse'.Sepatut nya pendidikan mesti bercorak menjurus persepaduan dan jitu dalam acuan yang sama.
Kata orang melayu bila cacing dah naik kemata,bila kepala sudah di injak baru kita tersedar dari lamunan kerana baru di kejutkan pengundi-pengundi sekarang yang sudah terdedah dengan dunia maya dan teknologi yang memberi input berbeza-beza apabila maklumat hanya di hujung jari.
Sepatut nya kemajuan teknologi membawa keampuhan perpaduan dan pembangunan bersepadu tetapi telah bertukar menjadi WMD secara senyap menyelinap ke dalam setiap sanubari yang sudah pintar dan peka mendapat maklumat dengan mudah di alam maya.
Dulu semua rakyat masih jahil dan dahagakan pembangunan,kemajuan, pendidikan,perniagaan dan berharap sepenuh nya kepada kerajaan.
Kini hampir semua kemewahan sudah di kecapi dan sudah menjadi lumrah manusia sentiasa lupa daratan setelah mendapat apa yang di inginkan.Yang tidak berilmu dan kurang iman akan mudah di pengaruh oleh mereka yang lebih pintar dan berpendidikan. Sehingga ajaran agama pun boleh di pesong dengan dalil sendiri yang begitu mentaksubkan dalam ketinggian ilmu yang boleh menilai mengikut logik fikiran.Bukan lagi berpaksi pada Maha Pencipta Alam !
Psikologi manusia memang tidak pernah puas.Dari miskin menjadi sederhana,dari sederhana menjadi kaya dan dari kaya berterusan hendak memiliki segala-gala nya untuk berkuasa agar semua keadaan di MILIKI dan di KAWAL sepenuh nya.
Betul ada demokrasi dan kebebasan ?
Walaupun demokrasi tetapi realiti nya semua keadaan mesti di kawal. Kawalan termasuk kepada kejujuran, ketelusan dan penampilan pemimpin, kawalan kepada pengaruh dan sokongan.
Galas dan Batu Sapi sebagai penanda aras.Jika kerajaan tumbang lagi maka 'lonjakan besar transformasi politik' mesti segera di lakukan kepada Kerajaan UMNO yang memegang amanah tonggak serta menjaga 'simpul mati' perlembagaan supaya tidak pula di bakar hangus di depan mata !
Komen saya pendek sahaja. Undilalah Barisan Nasional.
ReplyDeleteTun Mahathir secara langsung telah pun "endorse" keberkesanan pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan Najib. Saya percaya Najib boleh mengotakan apa yang dikatakan dalam pidatonya. Insya'allah!!
Salam Sdra AJK,
ReplyDeleteTerima kasih pada awal pagi senja ini.Kita bersua kembali atas tajuk Galas and Batu Sapi pilihanraya kecil di Kelante dan Sandakan.Kedua-dua kawasan berdekatan laut jadi sudah semesti nya akan mengwujudkan politik tsunami. "Galas itu akan dipecahkan dengan batu sapi tanpa minyak sapi?"
Apa penanda kuasa politik ini pada 4hb November nanti?, msyaAllah itu tanda perlawanan 1Malaysia di Kelantan dan juga Sabah.BN akan menang jika Allah swt memberkati perjuangan bangsa kita, iaitu jangan kita bertikam lidah sama sendiri yang pasti akan merugikan negara bumi tuah kita ini. seandai nya Melayu sendiri sanggup bunuh Melayu sendiri di Kelantan, Trenggangu, Perak dan Kedah apa akan terjadi dengan "hak keistemewaan orang2 Melayu dan juga hak orang2 bukan Melayu yang telahpun"kunci" di peti Perlembagaan.Yang sebenar nya kunci" ada pada PM Najib sendiri melalui keadaan yang lembut atupun keras dibawah ISA dan OSA.Saya nak tanya kepada Anwar Ibrahim dan anak beliau yang comel dan berkaliber itu, apa "kunci" PKR itu yang telah dilaungkan melalui akbar tabloid baru2 ini? Rakyat nak tahu dan janganlah memboduhkan rakyat dengan mata celik sepet itu!!!Sekarang kak Wan nak saman Najib jika PM tak tarik kenyataan fasal pertaruhan Putrajaya itu.
Umum mengetahui bahawa "Bangunan Putrajaya" yang berkuasa di PMO itu seharus nya ada fen-shui mengikut kepercayaan kita sebagai ummah, iaitu berdekatan dengan Masjid Perdana. Kita tunggu aje dan lihat menjelang PRU13 yang pasti akan ditarungkan selepas Julai 2010.
InsyaAllah dengan kuasa Allah BN akan ada harapan untuk menang di kedua kawasan walaupun bukan atas dasar siapa yang ada kelulusan tinggi. Semas saya di Brazil, Presiden mereka yang berkuasa itu hanya pekerja biasa buuh di landasan pembikinan karpal Lech dan kemudian Presiden yang terkini seorang tokoh yang tiada kelulusan kertas.Di Malaysia kita fikir MPs atau Adun dan kini ada k kelulusan yang hebat dan silat mereka di parlimen dan DUN! Tanyalah sekarat Menteri apa kelulusan mereka yang ada, cakap Inggeris dan BM pun kelamkabut!!!!Itu lah nasib PM Najib yang akan merobakan barisan bakal wakil rakyat di Parlimen dan Dun.Pada hemah saya kenapa Najib tak sebut semua komponen parti BN dan hanya UMNO aje? agak "another bomshell" will be dropped when we cnvened the coming BN Convention in November nanti.
Tahniah Presiden UMNO yang tetap berkuasa dan saya sebagai seorang ahli Veteran UMNO yang setia dan semarak akan tetap sokong pejuangan politik ala Najib 1Malaysia. Saya tidak pernah kecewa walaupun selepas saya melepaskan jawatan parti sebagai ahli Majlis Veteran dan juga Timbalan/Penyelarsan UMNO Wilayah Persekutuan walaupun "kelayakan saya untuk dijemput secara terhormat ke Perhimpunan'.SAYA TAK HADIR SAMA SEKALI DAN BUKAN JENIS NAK SALAM DENGAN PEMIMPIN DAN MAKAN PERCUMA.I HAVE POLITICAL PRINCIPLE ATAU MARUAH DIRI YANG TAK PERNAH KECEWA SEPANJANG PENGHIDUPAN SAYA SELAMA INI INSYAALLAH.
Namun demikian banyak tokoh UMNO lain yang telah berjasa DAHULU DAN KINI juga tidak dijemput. I think that is certainly divide and rule by UMNO HQ and we demand AND IMMEDIATE RESPONSE FROM SUA UMNO KU NAN, SAHABAT SAYA SEJAL TAHUN LAPAN PULUHAN. SHAME ON KU DAN JIKA NAK TAHU TANYLAH TOKOH2 YANG LAIN, TERMASUK YAN PERNAJ JADI MENTERI DAN KETUA2 BAHAGIAN YANG HEBAT PUN DIKETEPIKAN. SEDIH NAMA NYA SUNNGUH PUN SAYA YANG KERDIL YANG TELAH BERJASA KEPADA UMNO ERA TOK MAT TIDAK KECEWA TETAPI BOSAN DENGAN KEBUDAYAAN POLITIK YANG MEMILIH KASIH ITU.
Tengku Razalegh MP Gua Musang dilantik jadi Pengarah Pilihan Raya Gua Musang.
ReplyDeleteTPM umumkan projek perumahan rakyat dan dijangka beberapa projek "untuk rakyat" akan dumumkan lagi.
Pengumuman ini membuktikan selama ini Gua Musang amat ketinggalan.Dan inilah rahmat bila ada ADUN-MP yang meninggal.
Ia bukan saja bolih "membocor rahsia" secara terangan apa yang dilakukan olih Tengku Razalegh yang menjadi MP bagi kawasan ini selama lebih 30 tahun,malah ia perlu menjadi medan menguji minda pengundi samada MP mereka sebelum ini berjaya atau tidak dan adakah mandat melalui proksinya perlu diteruskan.
di Galas, UMNO menjadi Juara Fitnah.. kata "jangan serang peribadi" calon UMNO.. tapi UMNO membuat fitnah secara peribadi calon PAs apa cerita????
ReplyDeleteTok Kadiaq
ReplyDeleteSat tadi saya lalu kot batu sapi,indah permai tepi laut. lalu jalan mcm ulaq naik bukit udara
nyaman cuaca redup.
Saya mai bukan pasai pilihan raya,pasai kais pagi makan petang.rezeki dimana mana di bumi
indah Malaysia.
Dengaq cerita 'TOUGH FIGHT'.dalam hati lg baguih kalu BN kalah.Biaq depa tau rakyat Pribumi dah tak mau tertipu lg.
Penat sokong,pendatang yg kaya.
Umno dikatakan memang ada harapan untuk merampas semula kerusi DUN Galas berdasarkan keputusan pilihanraya umum ke11 (2004).
ReplyDeleteHujjah pertama, bahawa Mohd Saufi Deraman menang dengan majority 1,729 undi pada pilihanraya umum ke 11 dan kalah ditangan Che hashim sulama (PAS)pada pilihanraya umum ke 12 dengan majority 646 undi.
Hujjah kedua, galas adalah DUN dibawah parlimen kubu kuat Umno sejak sekian lama miskipun peratusan kaum 65.81 peratus Melayu,22.03 peratus China dan 1.18 peratus India yang menjadi factor umno kalah pada pilihanraya umum ke 12.
Hujjah ketiga, ia diukur berdasarkan kerusi DUN Manek Urai bahawa Allah yarham Ismail Yaakub menang dengan majority I,352 pada pilihanraya umum ke 12.
Apabila berlakunya pilihanraya kecil atas sebab kematian Ismail Yaakub Pas hanya menang dengan Majoriti yang sangat kecil dengan satatus peratusan kaum 99 peratus melayu 0.44 peratus China dan 0.26 peratus India.
Indeks inilah yang membuat umno optismetik miskipun calonnya tidak sepopular Tengku Razaliegh Hamzah yang di war warkan sebagai calon oleh Muhyidin Yassin timbalan perdana menteri.
Meneliti status dan indek ini PAS tidak boleh buat mudah, kerana kubu kuat Manek Urai menang dengan majority yang kecil dalam pilihanraya kecil berbanding dalam pilihanraya umum ke 12.
Umno Juga harus ingat bahawa Mohamed Zulkifli Omar hanya menang dengan majority 53 undi saja dalam pilihanraya umum ke 11.
Inilah punca kalah dalam musim pilihanraya umum ke 12 ditangan Allahyarham Che hashim dengan majority 646 undi.
Oleh itu, bukan mudah bagi kedua dua parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung pada 4 November nanti.
kalau KU LI menjadi presiden umno dan sekaligus PM malaysia selepas ini, pastinya ia perlu menunaikan janji untuk memulangkan wang royalti minyak itu. itu juga boleh menjadi faktor untuk rakyat kelantan undi BN dan menang di galas. tapi yg pentingnya, adakah orang umno bersedia menerima itu?
ReplyDeleteSdra Anak Parit/Bota,
ReplyDeleteHujah sdra adalah cetek dan pendek akal.
Sdra masuk hutan dan "betapa" dalam hutan je lah!!
-Jintana-
Elok sangatlah PRK Galas & Sapi lepas PAU UMNO.
ReplyDeleteMacam kata Sdr Ab (Abu Bakar Abdul Rahman,
"Kandungan ucapan penggulongan Presiden UMNO Jumaat sudah CUKUP BAGUS pada saya....
NAK TENGOQ `follow up acts' pulak ni...."
Ya, nak tengoq 'follow up acts'. Maklumlah berapi-rapi berdamak beracun, bercerai nyawa badan, kalau dengan aura semangat membara api, kalah di kedua-dua Galas and Sapi, maknakata ucapan PM tempoh hari sekadar hangat-hangat tahi ayam, melepas batuk di tangga. Maknakata, petanda awal PRU13 boleh bungkus!!
GALAS bukan kubu PAS. GALAS dan Gua Musang adalah kubu kuat UMNO. PAS berjaya menembusi kubu UMNO (Galas) dalam PRU lepas. Dan undi Ku Li juga kalah dalam DUN Galas PRU lepas. JAdi, PAS bermati-matian akan pertahankan GALAS. InsyaAllah, PAS menang.
Batu Sapi, kawasan majoriti Muslim Bumiputera 60%. Majukah Batu Sapi selama dibawah BN? 3 penjuru dengan seorang wakil Muslim dari PKR, insyaAllah ada kelebihan. Yong Tek Lee bakal jadi 'pengacau' memecahkan undi Cina bagi BN dan Pakatan, maka penentu sebenar adalah Muslim Bumiputera Batu Sapi.
Elok jugalah PRK Galas & Batu Sapi, yang kedua-duanya sebenarnya kawasan yang mundur, kurang sangat pembangunannya, bolehlah Puteri-Putera UMNO yang dilahirkan bersambut dulang emas bukan kain batik buruk melihat kemiskinan rakyat, yang sebenarnya DINAFIKAN oleh kerajaan yang memerintah!
"MAHA SUCI ALLAH YANG DITANGAN-NYA LAH SEGALA KERAJAAN" ( aL-MULK Ayat 1)
Salam Datok KJ dan semua perwakilan UMNO yang dihormati.
ReplyDeletePRK Galas, PRK Bt. Sapi.
Kalau betul ikhlas, melayu jangan diketepi.
Doakan agar kerusi melayu bertambah di Parlimen. Kalau melayu kalah juga kerana bantuan melayu, maka tahulah kita apa maksud melayu yang UMNO kerap laungkan. Kalau memang itu berlaku, maka saya tak respect lagi slogan melayu dari UMNO yang munafik dan menipu umat marhaen. Saya dan rakan2 perwakilan tempohari, akan istihar keluar UMNO cawangan saya di Baling dalam tempoh 24 jam, sekiranya calun melayu dikalahkan atas faktor bantuan yang tidak serius dari melayu tempatan dan melayu pusat yang diketuai oleh YAB Timb Presiden. Mad Baling.
Salam Dato'
ReplyDeleteDiPRK Galas, UMNO dilihat terus menggunakan tektik kempennya secara defensif. Biasaya kumpulan yang mengatur taktik defensif ini mempunyai banyak kelemahan, berbanding dengan lawannya.Sedangkan proses transformasi UMNO telah diusahakan.Tak tahulah, ianya masih di peringkat awal.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBgh Dato' dan Pembahas yang dihormati.
Rakyat Malaysia sudah matang dengan itu tidak mudah terpengaruh.Kita tunggu sahajalah keputusan rakyat.
UMNO sudah memalu gendang perang pilihan raya dan ahli-ahlinya sungguh bersemangat .Mereka yakin berpeluang untuk menang.
Pas bolih menggunakan strategi yang sama dengan mengutuk lawan habis-habisan atau mengguna pendekatan Islam.Mereka menghindar diri mencari musuh dan sebaliknya berusaha mendapat kawan dengan menunjukkan akhlak yang baik.Tanda Allah redha dengan seseorang ia sentiasa tenang dan tenteram. Mereka berhujah dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan undi. Mereka mengajak rakyat bersama-sama sebagai satu kumpulan yang kuat yang boleh pada akhirnya mendapat royati minyak. Mereka juga akan menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke 13 ada kemungkinan Kelantan dan Sabah akan menjadi makmur dengan mendapat royalti minyak sebanyak 15%. Tidak guna menghabiskan masa berbincang mengenai menara 100 tingkat , fesyen show , akan wujudnya pusat hiburan dan lain-lain perkara negatif kerana ianya tidak relevan kepada penduduk kampong dan dengan itu tidak membawa undi.
PKR juga boleh membantu dengan menerangkan cara untuk mendapat pendapatan RM 4000 sebulan dengan memberi contoh seperti berikut :-
Seorang penoreh getah dengan pendapatan RM 1000 sebulan boleh menambahnya melalui kerja sampingan katakan menternak kambing (RM1000 sebulan),menternak cendawan dalam kebun getah (RM 2000 sebulan )dan sebagainya.
Marilah mula dari sekarang kita nyatakan dengan jelas yang kita memerlukan wakil rakyat yang berwibawa yang boleh membawa kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat. Hanya dengan demikian wakil rakyat akan sedar bahawa peranan mereka adalah memberi perkhidmatan kepada rakyat dan bukan sebaliknya.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Datok KJ
ReplyDeleteSaya semakin keliru sebenarnya. Lebih keliru lagi melayu-melayu yang yang dok bela talapia, keli, ternak cacing madu dan sebagainya. UMNO bercakap soal melayu, PERKASA pun lagi lebih malayu. Tapi macamana melayu tak kurang, kalau calun melayu di Bt. Sapi nanti kita abaikan. Jangan jadikan kita bodoh selamanya. Serius la kalau nak sembang soal maruah, soal ketuanan, soal hak. Cakap la serupa bikin. Kadang-kadang menyampah giler. Sakit hati dok kena perli dari sahabat2 sebelah sana. Rasanya nak istihar je keluar UMNO. Sebenarnya pemimpin kita ni risau tentang kuasa melayu atau risau tentang kuasa ekonomi, risau tak dapat duit mudah, risau tak dak kuasa nak songlap. Ada ketika rasa benci pada diri sendiri kerana terlalu taksub pada parti yang dilihat seolah menipu kaum. MAD Baling.
orangutanpenang,
ReplyDeleteSiapa yang tipu siapa? Guna akal dengan baik!! Sdra punya komen akal sangat pendek !! Tak malu ke keluarkan pandangan yang tak ada standard. Kalau saya baik tak usah komen kerana jadi bahan ketawa orang yang membacanya. Bodohkan diri sendiri.
-jintana-
kepada jintana,kalau tak boleh terima pendapat orang tak usah masuk campo - megat
ReplyDeleteSANDIWARA POLITIK SUBJEK WAJIB?
ReplyDeleteDato'
Bangsa Ultrakiasu dalam konteks politik nusantara terbahagi kepada dua puak. Pertama ialah puak yang menghayati konsep ‘di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung’. Kedua ialah puak yang berpegang pada konsep ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok lagi negeri orang’.
Namun kedua-dua pihak masih mempunyai persamaan dalam banyak perkara. Antaranya ialah: mereka makan itu dan ini, minum ini dan itu, berkelab itu dan ini, bertaruh itu dan ini, berlaga itu dan ini, bersosial gitu dan gini, berdagang itu dan ini, melanggan sana dan sini, dan korek sini dan sana.
Dan oleh kerana kedua-dua pihak ultrakiasu berasakan mereka mempunyai hak untuk meneruskan semua kelaziman dan kebiasaan itu maka adalah sukar untuk dipercayai bahawa ada kumpulan KETIGA (atau orang luar) yang mampu mengubah kelaziman dan kebiasaan ultrakiasu (sesuatu yang telah sebati) semata-mata kerana politik.
Ini bermakna cakap-cakap besar yang mengatakan sebuah parti (iaitu parti islam -- PIS) mampu mengubah apa yang telah sebati dalam diri ultrakiasu pasti menimbulkan pertanyaan yang berupa ini: betulkah? dan seriuskah? Dan sekiranya benar dan serius sekiranya ia menjadi kenyataan, ia bolehlah dianggap pencapaian yang membanggakan dalam konteks transformasi.
Dalam kalangan skeptik, kesanggupan ultrakiasu menjadi kurang ultrakiasu atas pengaruh PIS tanpa ada ‘udang di sebalik batu’ adalah terlalu sukar untuk dipercayai kebenarannya. Ia adalah seumpama mempercayai PIS mampu mengubah dari citra rasa sedia ada kepada yang baru. Seolah-olah PIS akan berubah kepada pengambilan fishball, otak udang dan bak kut teh dan sanggup melupakan budu, belacan , cincalok dan tempoyak tanpa ada dorongan yang besar lagi menarik. Biar betul?
Ha ha mungkin betul kalau kesemua itu tidak lebih sebuah lakonan. Dalam konteks lakonan, pelakon yang berbakat boleh dengan mudah membawakan watak seolah-olah penonton nampak watak berkenaan sebagai satu yang benar-benar berlaku. Soalnya apakah PIS dan ultrakiasu berlakon bagi menampakkan seolah-olah apabila mereka 'masuk kandang kambing mereka boleh mengembek dan masuk kandang kerbau mereka boleh menguak'?
Mungkin masa saja yang akan memperlihatkan kebenarannya.
AntiHipokrit
Mindef spent RM300,000 on luxury items
ReplyDeleteA SET of chandeliers valued at RM10,000, home theatre set at RM12,000, wallpaper at RM95,880, sofa set at RM13,000 and other luxury items were among the Defence Ministry’s purchases for its VVIP room, Mawilla 3, under the First Economic Stimulus Package.
The Auditor-General’s Report revealed that RM301,900 was spent on luxury items, including decorative outdoor lights and carpets, for the Langkawi Naval Base and Lumut Naval Base.
The audit discovered that RM144,118 under the First Stimulus Package was billed as maintenance cost – replacement of floor tiles (RM72,960), plaster ceiling (RM31,008), cornices (RM5,950) and nine units of air-conditioners (RM34,200) – for its dining hall.
Worse still, the replacement and upgrading work were all seen as unnecessary as the condition of the dining hall was still good.
comment:
This is a glaring example of abuse of public funds. Why this thing happens? Who is responsible to initiate the spending of such unecessary luxury items? Is the instruction came from the "big Generals" or the "little Generals"? Or 2 x 5?
Zahid Hamidi should make an enquiry and explain this matter to the public.
Tok Kadiaq
ReplyDeleteNampak gaya apa yang Najib dok ligan tak dapat,yang kendong berteraboq di
Batu Sapi..
Bravo Batu Sapi!Let him learn the hard way!
Aramaiti!Bring out the tapai!Get ready for a 3 days hangover!
tq
Sdr Cumidanciki,
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat P&C Sdr. Saya berbesar hati. Tetapi buat masa ini, cukuplah dengan blog ini. Saya mungkin tidak ada masa dan sumber untuk melakukan sesuatu yang lebih "ambitious." Namun, Sdr bebas menyebarkan tulisan saya dalam blog ini melalui saluran Sdr. Terima kasih.
Dato
ReplyDeleteKhabar angin kuat bertiup seorang orang lama ( tapi dah tak power ) Umno Kelantan akan keluar dari Umno pada 1hb Nov nanti ?
Anuar Musa ke ????
Macam macam hal la orang politik ni.
Semua nak amek kesempatan.
Salam Datuk Kadir
ReplyDeleteKepada JINTANA, kalau nak jadi jin pergi duduk bawah tanah. Tengah menghayati dan berfikir ketika membaca ulasan-ulasan para pembahas di blog ni, jadi terganggu minda membaca komen dari saudara/ri.Terasa hati ke dengan komen-komen diatas.Kita kena membuka seluas-luasnya minda untuk berfikir dan melembutkan hati untuk melaksanakan perubahan.Jika semua pemimpin UMNO mempunyai jiwa macam saudara,susah kita!Harap-harap saudara ahli biasa yang terasa saja la hendaknya....
Think +ve, Muar.
Salams Datuk AKJ,
ReplyDeleteni ada artikel tentant pelan transformasi ekonomi kelantan, ada orang kata terlalu ambitious, apa pendapat datuk?
Pelan Transformasi Ekonomi Kelantan
Datuk,
ReplyDeleteTeknik lama UMNO akan tetap diteruskan iaitu menggula gulakan pengundi dgn pelbagai hadiah pilihanraya.UMNO tiada sebab utk menghentikan taktik yg terbukti berkesan itu.
Pd pandangan saya Galas akan jatuh pd UMNO memandangkan kawasan tersbut mmg kawasn Kuli.UUMNO ada advantage disini.Pendirian Ku Li mengenai roayalti akan menarik byk undi dari atas pagar.
Di Btu Sapi pula undi PR ada sedikit meningkat tetapi tidak dpt mencabar kekuatan BN disana.Mentaliti pengundi Sabag adalah sesiapa ada gula lebih itu lah yg mereka hurung..
DS Naji boleh bernafas lega dng perkembangan ini.Dijangkakan jika BN menang kedua dua kerusi,PRU13 akan diada dlam masa terdekat.
PR perlu menggiatkan lagi usaha utk menghadapi PRU13 ini
Salam Tok
ReplyDeleteSemalam tengok TV3, Muhyiddin berucap di Lojing, Galas. Katanya di hadapan orang Asli, nak bina 240 buah unit rumah PPRT, kos RM36K/unit. Katanya, ini tiada kaitan dengan PRK, sudah dirancang lebih awal. Tambahnya lagi, nak bina sebuah Sekolah.
Emmmm, Janji Manik Urai dah tunai ke belum?
MAcam tu lah UMNOBN, mengguna kesempatan diatas KEMISKINAN RAKYAT untuk pancing undi!!!
Menariknya juga, TV3 temuramah Ku Li, tanya Ku Li kenapa tak hadir hari penamaan calun? Ku Li cakap itu perkara biasa. PERKARA BIASA ??
Kemuncak PRK adalah pada hari penamaan calun dan hari keputusan prk. Tuan Pengarah tak ada masa penamaan calun perkara Biasa? LUAR BIASA sebenarnya. Tak dak angin,masakan pokok goyang!
Menarik juga, Ku li komen "kita kena ubah cara berkempen". Siapa Pengarah PRK Galas BN? Ku Li ke Muhyiddin?
Menarik juga, Ku Li nafikan calun tu bukan calun pilihannya. TAPI Tok, di Gua Musang semua dah tahu!
Tok,
ReplyDeleteSaya dah baca lah pasal ETP nak jadikan Hub Hiburan Malam di Malaysia ni.
Inilah Tok, yang dikatakan UMNO membela Agama, meninggikan Syariat Islam dan mengembangkan Syiar Islam. Nak tegakkan Islam, tinggikan Syariat, kembangkan Syiar Islam, CARANYA jadikan Malaysia Hub Hiburan.
Bagi saya, ni pemikiran SONGSANG DAN SENGET, sesiapa yang menyokongnya pun songsang dan senget. Memang UMNO dah songsang dan senget.
Konon kata nak bangunkan MODAL INSAN.....mohong ada lah.
Kalau betul2 nak bangunkan modal insan, jadikan lah Malaysia sebagai Hub ILMU, bukannya HUB HIBURAN MALAM.
Tu lah DOK IKUT SANGAT NASIHAT APCO, dah sah Yahudi Laknatullah....dok ikut jugak!!!!
DATO dah baca ke LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA yang terbaru?
Hutang Negara >320 billion!!! Fuuuh!
Ingat lagi Fullah Badawi kata nak dirikan Pusat Kanser Negara dengan kos 340 juta pada 2007, dijangka siap 2010.
DAH SIAP KE BELUM TOK?
Mana nak siap, baru nak pecah tanah!!!! Sekalang, kos nya dah naik 700juta.
Tok,
UMNOBN macam dah jadi Dinasour, kena KENCING ANIS sebab makan makanan haram berlebihan terlalu banyak. ke4empat kaki Dinasour ni dah kena kencing manis, tak boleh jalan, sakit penuh kudis nanah.
SALAM DATO AKJ....Tajuk yang dato utarakan memang wajar dan amat sesuai kerana pada masa ini sedang berlangsung acara kempen PRK di GALAS dan BATU SAPI kedua nya amat penting buat BN kerana daripada keputusan PRK ini akan menjadikan arah tuju parti itu dalam menghadapi PRU 13 yang dijangka dalam masa terdekat ini.Bagi saya BN/UMNO adalah parti yang sudah tidak mempunyai taring lagi kalau menang sekalipun parti ini akan mengalami musibah pada PRU 13 nanti.Apakah yang dapat disandarkan kepada para pemimpin BN/UMNO yang tidak cekap mengurus dana rakyat...kecekapan mereka memang tidak ada langsung melainkan korup...itu sahaja pandangan saya kepada umno...
ReplyDeleteSalam ANAK PARIT/BOT
ReplyDeleteKONONNYA DEMI KEMAJUAN EKONOMI, KESAN JANGKA PANJANG PENUBUHAN KELAB MALAM AKAN MENGGAMIT PELACURAN,PERJUDIAN, KONGSI GELAP, JENAYAH DAN BERMACAM LAGI MASALAH SOSIAL.JANGAN MALAYSIA AKAN DITIMPA LAKNAT DAN BENCANA SEPERTI DI ACHEH. NAUZZUBILLAH.
ANAK PARIT/BOTA
Dari apa yang sdr kelohkan itu, bagaimana kalau saya kata laknat dan bencana yang akan menimpa Malaysia ialah kesan daripada kejatuhan kerajaan gergasi UMNO/BN selepeas PRU 13 !
megat,
ReplyDeleteSaya boleh terima pendapat orang. Banyak pendapat orang dalam blog AKJ saya puji.Sungguh bernas sekali tak kira pro atau anti kerajaan. Tapi kalau pendapat yang merendahkan intelek orang Melayu memang patut dikeji.
Sudah sampai masanya orang Melayu mempunyai akal yang bijak untuk memberi contoh, kritikan atau idea yang baik kepada orang lain.
Komen yang merapu-rapu tidak usahlah diutarakan. Menyemak je !!!
Orang Melayu mesti tunjukkan akal yang tajam dan bijak untuk merobah intelek orang Melayu kepada yang lebih maju kehadapan lagi.
Berubahlah budaya Melayu kepada yang lebih baik dengan memberikan pendapat yang sihat!!! Jika tidak orang Melayu akan terus dianggap sakit jiwanya!!!
-jintana-
Dato,
ReplyDeleteDari sembang kedai kopi dan tinjauan secara umum melalui rakyat negeri Kelantan yang berada di kawasan Bota/Parit ( kebanyakkannya peniaga kedai makan) meramalkan BN akan menang di Galas dengan majoriti tipis kerana populariti Tengku Razaleigh buka kerana calon UMNO itu sendiri.
Projek Mee Segera yang di lancarkan oleh TPM telah sinonim dengan kempen BN jadi orang Kelantan tak ambik pot pun kerana dah masak dengan janji manis BN/UMNO. Kalau BN/UMNO kalah pun mungkin isu Istana dan royalti petroleum yang berjaya membangkitkan sentimen kenegerian. Pada saya PAS patut membiarkan BN menang supaya PM dapat membubarkan Parlimen dan BN dan PR cuba mendapatkan mandat dari rakyat semula.
Anak Parit /Bota
Pak Kadir,
ReplyDeleteTolong tegoq sat,orang-orang yang duk tolong ceramah untuk Barisan Nasional di DUN Galas,depa duk kata Pembangkang duk buat janji palsu,takkan depa tak sedaq kut yang Pembangkang Kelantan tu UMNO sendiri...duk kata kat diri sendiri buat apa.
Depa nie duk syok jadi kerajaan lama sangat dah nih..sungguh,
saji.
ReplyDeletekata saji kepada anakparit/bota bahawa "Dari apa yang sdr kelohkan itu, bagaimana kalau saya kata laknat dan bencana yang akan menimpa Malaysia ialah kesan daripada kejatuhan kerajaan gergasi UMNO/BN selepeas PRU 13 !".
Begitulah minda orang Umno. Sampai tak ingat langsung dengan kuasa Allah dan janji janji, akan dihancur leburkan mana mana negeri yang rakyatnya ingkar dengan perintah yang diturunkan.
Mereka diberi peringatan tetapi tak ingat dengan peringatan yang disampaikan.
Saya difahamkan, kejatuhan UMNO/BNlah selepas pilihanraya umum ke 13 nanti akan berlaku bala dan malapetaka sepertimana yang berlaku di Acheh dulu.
Seolah olah PRlah puncanya, sedangkan umno/BNlah punca segala, termasuk menggalakan rakyat makan riba, mengajar rakyat berjudi, membiarkan rakyat berzina dan minum arak dan menafikan pemimpin makan rasuah.
Sedarlah bahawa segala itu ibu segala kejahatan yang membuat rakyat dan pemimpin lupa dengan ajaran Allah.
Salam...
ReplyDeleteAnonymous Anonymous said...
Kalau dah ada hati nak keluar umno tu tandanya sdr dpt hidayah dari Allah. Apalagi sdr dah semakin keliru. Kalau dah ckp x serupa bikin apa d tunggu lagi? Berdegar2 tong kosong bergema di PWTC minggu lalu. Dengar pun Loya. Ni ha teliti petikan di bwh ni spya sdr x lagi keliru.
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS mendakwa Melayu dihina dan merempat di bumi sendiri adalah kerana sikap kronisme Umno dan pemimpin mereka sendiri.
Menjawab dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata bukan Melayu yang sering bertolak ansur, tetapi pemimpin Umno yang memegang kuasa yang berbuat demikian sehingga menggadai nasib Melayu.
"Hakikatnya Umno lah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno Putera, menyebabkan Melayu merempat di bumi sendiri.
"Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri," katanya.
Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri.
Zahid juga seperti menyalahkan Melayu yang didakwa sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.
Biarpun tidak menuding jari secara khusus kepada mana-mana pihak, kenyataan Zahid itu dilihat cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya untuk menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia," katanya lagi.
Untuk mencapai maksud itu juga, Umno katanya menggunakan modal lapok dengan memainkan isu Melayu Pulau Pinang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah.
"Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang," jelasnya.
Menurutnya lagi, selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini.
Ianya boleh dibuktikan apabila banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.
"Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.
"Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?", soalnya.
Sehubungan itu, Umno katanya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ibarat seperti "menyuruh serigala menjaga kambing".
Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula diseru menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.
Salam langitbiru
ReplyDelete"Kalau betul2 nak bangunkan modal insan, jadikan lah Malaysia sebagai Hub ILMU, bukannya HUB HIBURAN MALAM."
Komen:
Hub Ilmu kerajaan dah buat.
Tak percaya, kira saja berapa jumalah universiti awam dan swasta kita dan campurkan?
Kalau nak hujah hub ilmu boleh bawa masuk wang luar, memenag masuk. Tetapi wang dari pelajar benua Afrika dan Arab yang kebanyakannya tak diterima di universti diUK,Eropah, USA dll. Apatah lagi untuk jadi pelajar Phd.
Bukan nak perlekeh universiti kita. Tetapi fikirkan kesannya kepada rating dunia universiti2 kita yang tak naik2 tu.
Yang pasti, pulangan daripada hub ilmu tak secepat hub hiburan malam.
Sedangkan untuk trasform ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dalam masa yang singkat perlu pulangan pelaburan yang cepat dan menguntungkan seperti pelaburan hub hiburan itu. Nak naikan ekonomi melalui inovasi masalah brain drain belum diatasi.
Tak tahulah sdr hendak cadangkan hub ilmu Islam.
1/ Faktor Gua Musang, Tengku Razali, Faktor tempatan memungkinkan UMNO mendahului PAS.
ReplyDelete2/ Batu Sapi ,faktor sejarah , tiga penjuru ,simpati mendiang ,melebihkan kepada BN . Faktor ketua Menteri , pengundi Cina memihak SAPP. Ramalan berpihak kepada BN .
3/ Jangka pendek memihak BN tetapi jangka panjang agak sukar kerana peningkatan pengundi muda yang masih belum dapat diyakinkan dasar-dasar seperti GTP akan memberi keupayaan teruatama kepada orang Melayu.
Aneh .. UMNO yang lantang melaung ketuanan MELAYU , menuduh PR mengikis kuasa MELAYU . Tetapi akhirnya akur dengan calon cina bukan muslim di Batu Sapi .
ReplyDeleteKalau dulu di Hulu Selangor juga dilepaskan kepada BUKAN ISLAM sedangkan kawasan tersebut majoriti MUSLIM.
Sekarang di Batu Sapi juga UMNO merelakan calon Bukan Islam sedangkan majoriti pengundinya MUSLIM .
Jadi apa sebenarnya perjugan MELAYU yang dilalakkan oleh UMNO ?
PR sendiri menghormati kerusi setiap kawasan dengan mengambilkira majoriti pengundi sama ada ISLAM atau BUKAN ISLAM . Nampaknya UMNO sendiri menjual kuasa namun menuduh PR kerna ingi menutup keburukannya .
Dun Galas satu lagi ujian kepada kepimpinan Dato' Najib terhadap pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan oleh beliau seperti konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru dan NKEA--samada ia diterima baik oleh rakyat umum. Sekiranya BN menang, ia satu petanda yang amat baik. Sekiranya BN kalah, ia bermakna BN kena membuat post-mortem dan seterusnya membaiki kelemahan kepimpinan beliau.
ReplyDelete