A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SETELAH gagal memanfaatkan pertemuan yang “dituan-rumahkan” oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Terengganu di ibu negara Disember lalu untuk mencari jalan sepakat ke arah perpaduan Melayu, Umno dan Pas terus ditekan oleh keperluan meyakinkan orang Melayu bahawa mereka adalah pilihan terbaik bagi orang Melayu.
Serentak itu, kedua-dua buah parti beteraskan Melayu itu terpaksa bertungkus-lumus meyakinkan rakan kongsi masing-masing bahawa kepentingan bangsa, kaum dan agama lain tidak diabaikan.
Pendirian Umno mengenai orang Melayu walaupun sudah terang dan terbukti, tetapi terus dihantui oleh kekangan antara dasar dan pelaksanaan. Pada akhir-akhir ini, kebimbangan dan keraguan orang Melayu memuncak semula akibat pengenalan gagasan serta dasar baru oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak seperti 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi.
Bagi menjawab keraguan terhadap pendiriannya mengenai orang Melayu, Pas pada 19 Feb mengadakan “Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa” di Shah Alam, Selangor.
Menurut laporan media Internet dan media bebas, konvensyen itu bertujuan melenyapkan kritikan bahawa Pas anti-Melayu kerana kerjasamanya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Antara kenyataan penting yang boleh dikesan daripada laporan-laporan itu adalah:
1. Hak orang Melayu akan hanya terjamin melalui pematuhan rapi terhadap prinsip-prinsip Islam dan penolakan supremasi Melayu (Malay supremacy).
“Jika orang Malayu mahu selamat, mereka perlu menjunjung Islam. Jika mereka mahu menjunjung konsep keagungan kuasa Melayu, mereka tidak akan selamat,” kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
2. Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengesahkan komitmen parti itu untuk “mengutamakan” orang Melayu.
Katanya, PR tidak pernah mengabaikan hak orang Melayu.
Tegasnya, walaupun Islam tidak berasaskan bangsa, tetapi “orang Melayu perlu diutamakan dalam agenda kita kerana mereka adalah bangsa dominan di kalangan pemeluk Islam di Malaysia.” dan
3. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (yang hadir konvensyen itu) menyeru rakan-rakan kongsi PR membuat keputusan sama ada menjawab atau mengelak isu supremasi Melayu.
Ahli Parlimen Machang itu mengaku bahawa sejak pilihan raya umum 2008, terdapat peningkatan politik berasaskan kaum.
Percubaan Pikat Semula Pengundi Melayu
Malaysian Insider mengulas bahawa konvensyen itu adalah percubaan Pas menarik balik sokongan pengundi Melayu yang lari daripadanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia memetik contoh pilihan raya kecil Manik Urai, Kelantan pada tahun 2009 di mana majoriti Pas merosot daripada 1,352 pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65.
Katanya lagi, undi Melayu terus berpatah balik kepada Barisan Nasional (BN) dalam beberapa PRK selepas itu sehingga berjaya merampas Hulu Selangor (daripada PKR) dan Galas, Kelantan (daripada Pas).
Seperti telah saya sebutkan dalam posting mengenai PRK Tenang, PR yang diwakili Pas mengalami kekalahan teruk. BN menang dengan kelebihan undi 3,707 atau 38.37 peratus undi popular.
Calon BN (Umno) Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,669 undi (69.03 peratus) manakala calon Pakatan Rakyat (Pas) Normala Sudirman mendapat 2,992 undi (30.96 peratus). Undi popular BN naik 6.87% berbanding PRU 2008.
Dalam perkembangan berasingan tetapi pada hari yang sama, pengkaji politik, Dr Wong Chin Huat, dilaporkan oleh Malaysian Insider sebagai berkata, BN akan mendapat semula majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat jika trend pengundian oleh pemilih Melayu, seperti yang berlaku dalam PRK, berterusan.
Dr Wong, pensyarah Universiti Monash, berkata PR boleh hilang sehingga 34 kerusi jika Pas gagal menambah sokongan orang Melayu.
Dr Wong meramalkan DAP akan mengekalkan kedudukannya kerana kesemua kerusinya adalah kerusi majoriti bukan Melayu dan Bukan Melayu akan terus menyokong PR.
Tetapi, kata Dr Wong, antara tujuh hingga 10 peratus undi Melayu telah kembali memihak kepada BN dalam beberapa PRK lalu. Katanya peralihan lima peratus undi Melayu sudah cukup untuk menggugat kedudukan PR di Parlimen.
Pas Perlu Nyatakan Agenda Melayu
Kesimpulannya, walaupun Pas mengisytiharkan dirinya parti Islam dan menolak bangsa, namun ia terpaksa mengaku bahawa tanpa majoriti undi Melayu ia tidak akan berkuasa.
Pas berkuasa di Kelantan dan Kedah kerana ini adalah negeri majoriti Melayu. Ini adalah realiti politik Malaysia.
Tetapi pengiktirafan bahawa undi Melayu penting kepada kesinambungannya belum memadai.
Pas perlu mengemukakan barisan kepemimpinan serta agenda sosial dan ekonomi yang meyakinkan dan mengurangkan pergantungan kepada pemikiran sosioekonomi DAP dan PKR semata-mata.
Inilah yang ditekankan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid di konvensyen Pas itu apabila dia berkata Pas tidak akan mendapat kepercayaan dan sokongan orang Melayu sekiranya gagal memahami ekonomi masyarakat Melayu dan mencari jalan penyelesaian.
Katanya Pas masih belum mencapai tahap maksimum untuk mendapatkan sokongan orang Melayu keseluruhannya sambil memberi amaran agar parti itu tidak mengabaikan masalah ekonomi orang Melayu di peringkat akar umbi.
Tok Kadir, sebenarnya Umno ni parti yang baik. Kemuncak zaman Tun Razak dan separauh zaman Tun Mahathir. Zaman Tun Husain tak nampak sangat pasai dia pun tak banyak cakap dan lembab. Dua benda saja yang dia buat yang kita ingat. Satu dia tangkap dan bicara Dato' Harun. Dua dia buang Pas dari BN. Yang nombor dua tu silap besar. Tun Razak bawa masuk Pas dalam BN, biras dia terajang Pas keluar BN.
ReplyDeleteUmno ni jadi teruk bila Melayu jadi kaya dan lupa daratan. Umno mula korup dan Melayu ikut sama korup. Melayu korap dalam Umno, civil sevice dan polis jadi alat Cina dan India. Melayu kena tekan dan cicir.
Ni yang kita takut. Kita takut Pas lemah, Umno kuat, Umno naik tocang jadi sombong, korup dan jual bangsa sendiri. Orang Umno ni dia lekas naik tocang dan lupa daratan Tok macam kera Botanical Garden kena cocacola. La ni pun kita dah nampak orang Umno ingat duit negara macam duit depa, belanja atas anak bini macam herta pak depa. Ni lah yang kita takut. Pasai tu lah kita mau Pas kuat sampai boleh cek kuasa Umno. Bukan kita nak pecah belah. Tapi saya dok tanya juga, apa ulamak dan tok guru Umno buat. Tak bolehkah nasihat pemimpin Umno jangan rasuah, jangan sombong dan jangan baham duit rakyat. Kalau Umno bersih kita tak perlu sangat kepada Pas. Pas pun banyak mengarut bila dah pakat dengan Dap dan Pkr ni.
Kamjat Penang
1. "Hak orang Melayu akan hanya terjamin melalui pematuhan rapi terhadap prinsip-prinsip Islam dan penolakan supremasi Melayu (Malay supremacy)."
ReplyDeleteKomen:
Hak orang Melayu menjadi isu kerana Tanah Melayu pasca penjajah tidak lagi menjadi negara yang 100% dihuni oleh satu-satu bangsa tetapi menjadi negara majmuk yakni dihuni oleh kalangan pelbagai ras dan agama.
Sesama Melayu bolehlah Umno dan Pas jadikan agama sebagai landasan untuk menentukan masa depan mereka tetapi kalau dengan lain-lain bangsa apakah saluran agama akan diterima dengan tangan terbuka sebagai wadah untuk mereka memahami dan seterusnya mengiktiraf hak Umno dan Pas?
ATAS PAGAR
Kaum Cina dan India tidak akan menyokong PAS. Undi mereka kepada PAS kebelakangan ini adalah disebabkan kerjasama PAS dengan DAP. Jika tanpa DAP, kaum Cina dan India tidak mungkin mengundi PAS; malah jika PAS bertanding dengan DAP, sudah tentu mereka mengundi DAP. Oleh itu PAS perlu sedar bahawa penyokong mereka sebenarnya adalah orang Melayu sahaja.
ReplyDeleteKaum Cina dan India pun bukan sentiasa memberi sokongan kepada DAP. Mereka akan mengundi siapa yang boleh memberi keuntungan kepada mereka; samada MCA, Gerakan atau DAP. Melihatkan sokongan kepada DAP semakin meningkat, pihak MCA dan Gerakan kini pun telah mula bersifat seperti DAP.
Parti orang Melayu, samada UMNO ataupun PAS mesti sedar bahawa hanya orang Melayu yang benar-benar mengundi orang Melayu. Orang-orang Melayu pula mesti mengenal siapa yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu. Jika selama ini, orang Melayu sangkakan bahawa mereka mengundi MCA, Gerakan atau MIC kerana parti-parti berkenaan menyokong UMNO, mereka tertipu. MCA, Gerakan dan MIC akan mengutamakan kepentingan kaum mereka sendiri. Jangan harap mereka akan membantu orang Melayu jika tiada kepentingan politik bagi kaum mereka.
Malah jika ditandingkan UMNO dengan MCA, Gerakan atau MIC; kaum Cina dan India tidak mungkin mengundi parti UMNO.
Polarisasi kaum di Malaysia masih tebal. Ini boleh dibaca dalam blog-blog yang ditulis oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan, dan juga DAP. Baca sahajalah komen pemimpin MIC mengenai kes Interlok.
Oleh itu pemimpin kaum Melayu haruslah sedar. Rakyat adalah untuk dipimpin dan pemimpin adalah untuk memimpin. Jika pemimpin Melayu terbawa-bawa dengan permintaan kaum lain semata-mata kerana hendakkan undi; di akhirnya orang Melayu juga yang akan tergadai kampung.
Mengurangkan polarisasi bukan dengan cara memberi segala apa yang kita ada kepada kaum lain. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Pas amat gagal untuk menyokong agenda Melayu di dalam PR, kerana itulah ramai orang-orang Melayu yang kembali kepada UMNO. Lagipun PRU 2008 adalah cermin kepada ketidakpuasan hati rakyat Melayu kepada kepimpinan UMNO yang dikepalai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
ReplyDeleteOleh itu apabila berlaku peralihan kuasa yang lebih baik dalam UMNO maka kembalinya sokongan Melayu bukanlah sesuatu yang pelik.
Tetapi malang buat Pas yang gagal untuk menggunakan ruang dan peluang yang amat jarang terbuka untuk meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka adalah pilihan yang lebih baik dari UMNO.
Keangkuhan Pas amat memualkan bagi saya sabagai salah seorang Melayu. Apatah lagi tindakan mereka yang sama-sama menyokong PKR dan DAP menginjak-injak hak orang Melayu. Sikap lepas tangan disaat DAP meminta bermacam-macam milik Melayu untuk dilupuskan.
Bukan saya perkauman, tetapi sejak merdeka senaraikan apakah hak bukan Melayu yang diserahkan kepada Melayu. Tidak ada melainkan orang Melayu saja yang memberikan hak mereka. Hingga ke hari ini DAP hanya pandai meminta. PAS dan PKR pula sekadar melukut mengharap ehsan undi bukan Melayu yang cetek ilmu, angkuh, lupa sejarah dan sangka diri bijak.
Gara-gara inilah Melayu tidak mungkin akan memberi peluang dan ruang buat PAS lagi. Tak perlulah bersandiwara konon mengutamakan Melayu.
Datuk,
ReplyDeleteSaya tak perlu menjelasakan mengenai perjuangaan Islam PAS kerana kita sudah sedia maklum batu penghalang kepada perlaksanaan Islam di negara ini adalah UMNO dan bukannya DAP.Kenyataan Muhyiddn dan Ghani Othman yg menghina hukum hukum Islam semasa PRK Tenang sudah cukup utk membuktikan sikap pimpinan UMNO terhadap Islam.
Faktor pertama "Kemerosotan undi melayu" kepada PAS adalah kerana UMNO sendiri menjalankan serangan dan dakyah mereka menggunakan segala agensi Kerajaan.Ianya hanya memberi kesan kepada golongan yg tidak berpelajaran tetapi tidak dpt menembusi dan mempengaruhi minda melayu yg muda dan berpelajaran.
Maknanya disini UMNO tidak berjaya. Mereka masih lagi mengharapkan sokongan golongan golongan tua yg tidak berpelajaran. Masa depan negara ini adalah ditangan pemuda skg dan golongan yg berpelajaran bukan pd golongan tua dan lapok yang menunggu hari utk mati.
Keduanya adalah kerana undi undi palsu dari undi pos,kad pengenalan palsu,ugutan dan sogokan.
Maknanya disini ianya tidak mencerminkan fakta sebenar trend undi masyarakat. Suharto,Marcos,Saddam Hussein,Hosni Mubarak,Zine Abidin Ali dan lain lain diktator menang besar dlm setiap pilihanraya.Dimana mereka skg??Mereka tumbang selepas "menang besar" sampai 90% majoriti.
Bila UMNO melakukan penipuan secara besar besaran dlm pilihanraya maknanya sokongan rakyat tidak lagi lagi berpihak kepada mereka.JIka betul mereka mendapat sokongan padu rakyat mereka tidak akan buang masa menipu didlm election.
Jika UMNO berterusan menipu begini Insyaallah mereka akan dtumbangkan oleh suara rakyat spt mana yg kita lihat dimerata tempat didunia skg ini. Masanya telah amat hampir bagi mereka dan mereka masih lagi mabuk merompak harta rakyat mcm dinasor zaman purba yg bersukaria sedangkan meteor dah nampak dilangit menuju kearah mereka..
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya setuju orang melayu MESTI BERSATU...
Orang melayu tidak ada pilihan kedua selain dari bersatu.
Besatu untuk apa? SUDAH TENTU UNTUK semua kepentingan orang melayu di negara ini laa...SEPANJANG MASA sekarang dan dimasa hadapan.
Dalam kehidupan rakyat biasa memerlukan pemimpin negara, maknanya ahli politik dan kekuatan jentera ahli ahli politik la kat malaysia ni....
Kalau negara diketuai olih ulama dan kabinet ulama' ulama', semuanya ahli ulama laa...
Orang melayu cuma ADA PELUANG sokong UMNO atau PAS saja kat negara ini...yang lain tu macam
macam jongkong ketui ais kat tengah padang..., la ni ada,sat ni habiih dah.
Saya pelik sikit orang melayu sekarang dinegara ini,atau cuma ahli-ahli politik melayu tertentu sahaja YANG TAK SUKA keistimewaan yang diperuntukan untuk orang melayu didalam perlembagaan... PELIK SUNGGUH MELAYU NI, yang ada tak mau,yang tak ada pula dia pi jerit melolong minta entah sapa nak bagi kat dia pun tak tau la...
Alangkan tuhan pun kata manusia islam ni dah dijadikan`istimewa' di dunia dan diakhirat...ni manusia ni pula kata TA MAU KEISTIMEWAAN yang dah disediakan di dalam masyarakat,olih bangsa dia sendiri!...koman dan sengkek sungguh bangsa saya ni laa!
Macam ni laa, ada orang melayu islam (teramai dan ada orang melayu tak islam dah)....KITA BERSATU LA yang islam, dan `mengajak' balik yang dah `terlanjur' tak islam tu..jangan marah dan `buang' depa sebab allah pun ada `reserve option' untuk orang macam tu.. dengan bertaubat.
Kalau tuhan bolih terima taubat umatnya, TAK KAN ahli politik tak bolih terima orang yang nak `jadi
kawan'dikalangan orang melayu ni!.
KEPADA AHLI AHLI POLTIK MELAYU ( yang islam dan tak islam), jangan la hampa harap bukan melayu akan menyatukan melayu... DEPA BAGI HAMPA MAMPUIH CEPAT ada laa.!
Kalau ketua melayu dah keok, rakyat biasa bolih `kira arwah' dah la.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dakj
ReplyDelete"Pendirian Umno mengenai orang Melayu walaupun sudah terang dan terbukti, tetapi terus dihantui oleh kekangan antara dasar dan pelaksanaan. Pada akhir-akhir ini, kebimbangan dan keraguan orang Melayu memuncak semula akibat pengenalan gagasan serta dasar baru oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak seperti 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi."
Komen:
Jika dilihat dasar awam yang dikaitkan dengan penjagaan kepentingan hak istimewa orang Melayu iaitu DEB, DPN dan Wawasan 2020 membabitkan dasar dalam bentuk projek atau rancangan, UMNO terus dan akan terus dihantui oleh kekangan antara dasar dan pelaksanaan tersebut kerana membiarkan kakitangan dan agensi pelaksana projek kerajaan dan GLC dan menterinya menggunakan bentuk2 kontrak pembinaan konvesional yang menggalakan perlakuan rasuah, kronisme dan alibaba membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build
Dato.
ReplyDeleteTidak ada Dilema dalam PAS.yang ada dilema hanya lah dalam UMNO.UMNO memperjuangan hak orang Melayu dan juga orang Islam.Bukan semua orang Melayu nIslam dan bukan semua orang Islam Melayu.
Perjuangan PAS jelas.Saperti kata NIK Aziz kita membela orang Islam dan Ugama Islam.Dalam Islam tidak ada tindasan.semua kaum sama hak.Yang kaya kena tulong yang miskin.
UMNO party Assibiah dan PAS party Islam.
Sekiranya pertemuan tersebut berfaedah kepada hubungan antara UMNO dan PAS, yang akan berdilema bukan PAS tetapi DAP dan MCA.
ReplyDeleteMalangnya, peristiwa lampau menyebabkan PAS lebih mudah menerima parti kafir daripada parti Melayu Islam sebagai rakan kongsi - satu langkah yang amat kurang bijak dan tidak menepati perjuangan Islam.
Namun, kita patut berterimakasih kepada Yang Amat Mulia,kerana sudi mencemar duli mempertuan-rumahkan pertemuan seperti ini kerana pertemuan tersebut merupakan permainan psikologi yang amat berkesan kepada parti-parti rakan kongsi lain. Ianya memberikan igauan bahawa orang Melayu mampu berdamai kerana keperihatinan Raja Melayu ke atas kemelut yang melanda kaum seagama; kaum seagama yang bulunya lain-lain. Harapnya, dengan usaha Tuanku, makin kurang berbulu.
Juga memberikan peringatan dan rasa kegusaran bahawa pengaruh dan kuasa rakan kongsi sedia ada mungkin berkurangan sekiranya ada kesatuan di dalam masyarakat Melayu.
Amat molek sekiranya Baginda sudi mencemar duli sekali lagi dan memainkan peranan dengan mentuan-rumahkan lebih banyak pertemuan seperti itu, kerana ia adalah peranan yang amat mulia, memupuk rasa cinta sesama saudara seagama, menjamin perpaduan dan keharmonian negara.
Malah, boleh juga dikatakan ianya menjamin kuasa Sultan Melayu di dalam hal-ehwal agama dan budaya agar tidak dicabar melalui tindak-tanduk kuasa politik yang angan-angan Mat Jeninnya besar tatkala memasang impian di parlimen.
Antara hasil tidak secara langsung kelihatan, akhbar berteraskan bukan bahasa ibunda menjadi lebih lembut lidah dari gusi dan mula "bermain kata" untuk "memupuk" semangat berbaik-baik dengan Melayu Islam. Hasil yang lain, pemimpin-pemimpin rakan kongsi lebih manis mulut dan kurang menuntut perkara karut-marut berlebihan.
Kesan keseluruhan, masyarakat Malaysia yang lebih berharmoni dan cuba memahami antara satu sama lain akan tercipta, walau pun di pihak yang lain mungkin rasa cinta itu cuma di permukaan, dan bukan mendalam dilubuk hati.
jika orang melayu yg terbuka mindanya, mereka tidak sepatutnya merasakan bahawa melayu itu terpinggir. hanya sesetengah pihak sahaja yg menganggap diri mereka PEMBELA melayu tulen, walaupun pada hakikatnya Allah saja yg tahu.kita semua perlu akui bahawa melayu itu Islam(majoriti). jika Islam diangkat ke tempatnya,bukankah melayu juga yg mendapat kebaikannya. sebenarnya, minda melayu telah dimomok & didoktrinkan berpuluh2 tahun bahawa PAS memusuhi melayu melalui media2 massa. fahaman sebegini sengaja disemai di dalam benak minda melayu agar survival politik sesetengah pihak kekal relevan.
ReplyDeleteTok Kadir silap memetik kata-kata TGNA. Sila baca di link ini:
ReplyDeletehttp://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3385&mode=thread&order=0&thold=0
Sdr ATAS PAGAR
ReplyDeletePernyataan sdr di bawah menarik perhatian saya untuk mengulasnya.
""1. "Hak orang Melayu akan hanya terjamin melalui pematuhan rapi terhadap prinsip-prinsip Islam dan penolakan supremasi Melayu (Malay supremacy)."
Komen:
Hak orang Melayu menjadi isu kerana Tanah Melayu pasca penjajah tidak lagi menjadi negara yang 100% dihuni oleh satu-satu bangsa tetapi menjadi negara majmuk yakni dihuni oleh kalangan pelbagai ras dan agama.
Sesama Melayu bolehlah Umno dan Pas jadikan agama sebagai landasan untuk menentukan masa depan mereka tetapi kalau dengan lain-lain bangsa apakah saluran agama akan diterima dengan tangan terbuka sebagai wadah untuk mereka memahami dan seterusnya mengiktiraf hak Umno dan Pas? ""
Berdasarkan kajian saya, lain-lain bangsa akan hanya menerima saluran agama dengan tangan terbuka sebagai wadah untuk mereka memahami dan seterusnya mengiktiraf hak Umno dan Pas jika pemantuan rapi prinsip2 Islam tersebut dilakukan secara profesional dan berteraskan Islam serta membabitkan isu2 keadilan sejagat.
Di mana yang dimaksudkan pemantauan dilakukan secara profesional dan berteraskan Islam ialah mulakan dengan hujah Barat dan diikuti dengan hujah Islam yang sesuai
Sebagai contoh, jika Barat menggalakan prinsip jual beli secara tender terbuka membabitkan penggunaan wang rakyat, Islam bukan sahaja mengharuskan jual beli secara tender terbuka tersebut, malah menganggap tender terbuka adalah berdasrkan pinjamamn prinsip jual beli Lelong Islam
Ybhg Datuk Kadir
ReplyDeleteKata satu pihak , penyokong UMNO ini terdiri dari orang tua yang tidak berpelajarn dan kolot yang menunggu masa untuk mati . Kata pihak lain pula penyokong Pas terdiri dari orang tua kolot yang hanya memiirkan tentang mati.
Konflik antara orang tua dengan orang muda sekarang ini adalah kitaran semula senerio tahun 20 an di mana golongan muda yang baru balik dari Mesir bertentangan pendapat dengan golongan ulama tua tempatan.
Sekarang golongan muda yang mendapat akses internet pula menuduh orang tua yang membaca akhbar cetakan sebagai generasi kolot dan tidak berilmu pengetahuan
Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan tua pada masa sekarang. Berikut saya senaraikan beberapa nama dan tuan puan cuba tandakan nama yang tuanpuan anggap tua. Senarai bermula Nik Aziz, Lee Kuan Yew, Anita Sarawak, Anwar Ibrahim, Aziz Satar, Kadir Jasinn Karpal Singh. Akhir senarai.
Bagi saya jika dihitung mengikut umur semua dalam senarai di atas adalah golongan tua. Tetapi adakah mereka ini dalam golongan yang kolot. Ada ramai lagi orang lain yang seangkatan dengan mereka yang mempunyai keupayaan seperti mereka. Ramai orang tua yang mengetik Blackberry untuk mendapat dan menyampai maklumat.
Orang tua abad ke 21 di Malaysia adalah generasi baby boomer. Lahir selepas zaman Jepun. Lahir selepas zaman perang di mana kilang kilang berhenti membuat peluru dan mula membina petis ais dan peti televisyen. Waktu itu negara sedang berusaha untuk membangun dan pendidikan menjadi agenda utama negara.
Kesimpulanya ialah golongan tua di abad ke 21 ini tidakah kolot seperti yang diperlekehkan.
Gen Baby Boomer
Saya beranggapan orang Melayu yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menjamin hak istimewa orang Melayu sebagai pengkhianat. Orang Melayu yang bersetuju dengan pendapat manusia seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim bahawa kaum
ReplyDeletebukan Melayu tertindas, kerajaan tidak adil terhadap mereka, bla, bla, bla. Secara jujurnya adakah mereka ini benar-benar ikhlas berfikiran bahawa mereka ini tertindas, atau tidak lebih untuk kepentingan politik?
Orang Melayu sebegini mungkin tidak menyedari bahawa besar kemungkinan mereka atau saudara mara mereka ini menjalani kehidupan yang lebih "miskin" dari kaum yang "tertindas" tersebut. Seperti yang kita tahu, kaum yang "tertindas" ini
merupakan top billionaires
dan millionaires, menjawat jawatan penting di syarikat swasta, mendapat gaji yang teramat lumayan di syarikat swasta, boleh menjalankan perniagaan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak, mampu memiliki hartanah
bernilai jutaan ringgit, the list goes on and on.
Mereka kemudian akan berkata tak semua mereka itu kaya, tapi jika dilihat dari segi peratusan, ianya amatlah rendah berbanding Melayu.
Usahlah diperlekeh usaha kerajaan mengimbangi jurang perbezaan antara kekayaan kaum ini. Jika ada kecacatan, sama-samalah berusaha memperbaikinya, bukan bersama-sama dengan kaum yang "tertindas" itu mengutuk dan mengecam bangsa sendiri.
Katakanlah bangsa Melayu dan Cina ini diterbalikkan di M'sia ini, Melayu jadi Cina, dan Cina jadi Melayu, saya berani jamin mereka tidak akan sedikitpun mempertikaikan kerajaan mereka. Malah mereka mungkin akan memberi beberapa cadangan memperkasakan lagi keupayaan mereka.
Mungkin juga sepatutnya orang-orang melayu sebegini merasa sedikit gembira sekarang apabila kerajaan sekarang (atas desakan pihak-pihak yang kita semua tahu) melaksanakan sistem meritocracy. Inilah masanya supaya setiap bangsa bertanding secara "adil", dan kita lihatlah siapa yang akan menang.
-sayangkan bangsa dan agama-
salam dato
ReplyDeletePAS menghadapi delima kerana Peminpin PAS sendiri tak tak dapat menerima realiti bahawa bangsa melayu beragama islam.Pas tidak menerima keyataan bahawa manusia memang ujud berbangsa-bangsa.
dalam berpolitik PAS adalah parti islam dan ianya mesti bergerak selari dengan kesucian agama islam.Peminpin mesti bercakap benar tak boleh bohong,tak boleh fitnah,mesti menyatukan umah,sabar,amanah,dan akhlak mulia lagi baik dan terpuji.persoalanya adakah peminpin PAS sebegitu?
Adakah sahabat PAS juga begerak selari dengan agama islam?Masalah-masalah inilah parti PAS menjadi semakin bermasalah kepada orang islam/melayu.
Datuk,
ReplyDelete1/ Orang Melayu akan dapat pembelaan jika keadilan di dahulukan. Orang Melayu tersebut ialah mereka yang bukan elit dan terpilih tetapi mereka dari golongan majoriti yang perlu di tolak keatas supaya lebih mudah mendaki untuk mencapai kejayaan.
2/ Perlukah PAS menyuarakan mereka akan menegakkan Islam atau Bangsa , jika diberi peluang memerintah.? .
Mungkin corak memerintah ( Islam) yang akan dilakukan PAS jelas pada mereka tetapi masih kabur kepada orang lain termasuk orang Melayu sendiri.
3/ PAS tidak mungkin dapat memerintah secara bersendirian begitu juga UMNO . Undi Melayu sahaja mengikut pola pengundian semasa tidak memungkinkan. PAS juga jika ditakdirkan diberi peluang sebagai satu parti dalam PR ( agak sukar dalam masa terdekat) , tidak akan dapat sokongan dari parti dalam PR untuk melaksankan pemerintahan Islam ( utamanya hukum hakam), begitu juga UMNO.
4/ Oleh kerana PAS tidak nampak akan berpeluang memerintah, maka tumpuan wajar di arah kepada UMNO. keputusan , dasar dan pelaksanaan UMNO ( BN) akan menentukkan orang Melayu secara relatif akan hampir atau lebih jauh melebar pencapaian dari bangsa lain. Di bimbangi dasar lebih kepada retorik dan propaganda manakala pelaksanaan jauh tertinggal kebelakang dari realiti. Bila Melayu tersedar dibimbangi sudah terlewat.
5/ Dasar dan tindakan semasa Tun Razak, memacu orang Melayu yang ketinggalan, tertutama dalam bidang pendidikan. Pemacuan seperti zaman tersebut tidak kelihatan sekarang.
Salam DAKJ,
ReplyDeleteSaya sangat sedih melihat masyarakat Melayu kita bergaduh dan berpecah-belah. UMNO kata PAS dan sebaliknya. Kedua-duanya mewakili bangsa Melayu dan masyarakat Islam. Sungguh indah Islam yang mereka bawa dan jati diri Melayu yang disajikan. Sangat berhikmah dan menarik sehingga mampu memikat hati orang bukan Melayu mahupun bukan Islam yang menyaksikannya baik di dalam mahupun di luar negara.
Kalau kita lihat politik orang Cina, sangat jelas. Mereka dah tetapkan perkara dasar yang tidak boleh dikompromi dan perkara yang ingin ditagihi baik melalui parti komponen BN mahupun parti di bawah PR. politik orang India pun sama. Ibarat duri dalam daging, kalau dibiarkan dan dilayani takut menjadi racun pada asas kenegaraan dan perpaduan. Kalau tidak dilayani, habis disumpah seranah bangsa Melayu dan Kerajaan hingga memburukkan negara di luar negara. Hakikatnya, kita semua tahu keadaan bangsa lain di negara ini yang ditatang bagai minyak yang penuh berbanding dengan bangsa lain di negara jiran kita.
Kalau begini keadaannya, kenapa tidak boleh UMNO dan PAS bersetuju mengenai perkara dasar yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu dan asas kenegaraan yang bertunjangkan bangsa Melayu? Soal bahasa, pendidikan sebagai medium integrasi dan perpaduan kaum, soal sejarah dan banyak lagi yang penting bagi sesebuah negara. Adakah apabila kita mempertahankan isu-isu berkaitan bangsa Melayu kita tidak Islam? atau adakah dengan bermodalkan SLOGAN memperjuangkan bangsa Melayu maka kita sewenang-wenangnya boleh boleh meratah bahagian bangsa kita untuk kepentingan diri dan keluarga kita?
Keadaan saya ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Tegur UMNO dikata membangkang, tegur PAS dikata menentang Islam. Nampaknya kedua-duanya mempunyai gen yang sama, besar kepala dan tidak boleh ditegur. MAKSUMkah? Akhirnya, masalah dan isu berkaitan masyarakat Melayu terserahlah kepada bangsa itu sendiri untuk menghadapinya. Kalau UMNO dan PAS hendak menjadi juara pun hanyalah sekadar isu-isu picisan untuk menjual dan mengangkat diri.
Sedarlah, tiada bangsa lain yang akan membela bangsa kita. Bilakah DAP, Gerakan, MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu pernah membangkitkan permasalahan masyarakat bangsa kita? Apakah perkara yang sering mereka perjuangkan? tidak nampakkah? Adakah mereka tidak bersifat perkauman? Bukalah mata luas-luas dan pasang telingamu saudara-saudaraku sekalian. Mempertahankan bangsa Melayu bukanlah bererti menindas bangsa lain. Tetapi, mempertahankan dan memperkasa bangsa Melayu adalah juga memperkasa tunjang negara Malaysia. Lemah bangsa Melayu, lemahlah majoriti rakyatnya dan lemahlah negara. Inilah Dilema orang Melayu, bukan dilema PAS atau dilema UMNO.
Banyak yang hendak ditulis, tapi apalah sangat tulisan rakyat yang tidak dikenali seperti saya ini. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada saya untuk membela agama, bangsa dan negara melalui jalan selain politik.
لا Øول ولاقوة إلا بالله
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIslam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi - hadith. Apa yg dilema nya tu datuk? kalau masih lg dilema antara Islam vs bangsa, parti mn pun, baik tak payah sambut maulid lepas ni.
tolong ingat sikit..org melayu tu 99% islam..kita tak boleh lari dari kenyataan yang melayu tu sangat rapat dengan islam..bila orang melayu tidak mampu mempertahankan survival politik mereka,maka kejatuhan orang melayu akan memberi kesan kepada islam.mengambil contoh negara palestin,apabila islam dan arab bersengketa antara mereka dan Fatah serta Hamas bersengketa,sedikit demi sedikit tanah palestin telah di rampas yahudi.sebelum PRU12,adakah ada orang-orang kafir yang berani mempertikaikan agama islam?pengunaan nama ALLAH oleh gereja katolik?kritikan tentang Laungan Azan?kesimpualnya,orang-orang kafir malaysia tidak kira dari DAP,MCA,GERAKAN,MIC atau mana2 parti politik serta NGO bukan melayu dan bukan islam semuanya sama sahaja,semuanya hanya mahu menjatuhkan Melayu dan Islam.Jangan sampai Politik kita dikuasai mereka yang kafir..bersatulah wahai orang islam dan melayu..UMNO dan PAS jadilah pengerak kepada penyatuan ini..
ReplyDeleteOrang Melayu mesti bersatu. Begitu juga orang Islam mesti bersatu. Akan selamatlah orang Melayu+Islam.
ReplyDeletePemimpin Melayu dan pemimpin Islam mesti bijak main politik kalau tidak selamanya kena "kencing". Kuasa yang ada sekarang (kalau masih ada lagi)gunakanlah dengan sebaiknya demi untuk menaikan martabat dan maruah orang Melayu dan orang Islam. Kini kita lihat orang Melayu dan orang Islam dah hilang pegangan dan pedoman. Tak tentu hala kejalan mana yang nak dituju. Dah kacau bilau akibat dari perbuatan pemimpin yang dah lari dari perjuangan.
Yang untungnya siapa? Tepuk dada tanya selera.
Kita boleh menuding jari kearah UMNO dan juga PAS dengan menuduh bermacam-macam tuduhan. Adakah dengan cara begini orang Melayu dan orang Islam akan dapat manfaat?
Inilah dilema orang Melayu dan orang Islam. Dilema ini akan berterusan hingga ke anak cucu selagi "mindset" orang Melayu dan orang Islam tidak mahu berganjak untuk berubah kepada yang lebeh baik lagi. Ianya akan terus bergolak tanpa haluan. Sedih! Sedih! Akhirnya kita jadi "burung gagak" mengais sampah sarap di tong sampah!!
-che dot-
Pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO dan PAS tidak mampu menubuhkan negara Islam. Kalau pun mampu hasilnya HP6. Malaysia akan jadi negara Islam Celup!! Nak menubuhkan negara Islam adalah khayalan politik sahaja. Kalau nak tubuhkan negara Islam, kesemua pemimpin Islamnya mestilah dapat menghayati nilai-nilai Islam yang sebenarnya. Cakap memang senang nak tubuh negara Islam tapi apabila nak melaksanakan hukum Islam kepakaran setakat HP6. Haram jadi halal, halal jadi haram !! Jadi karut mengarut dan akhirnya dapat dosa besar dan kemungkinan bala akan menimpa kepada negara dan diketawakan oleh orang kafir!!
ReplyDeleteSheikh Kairo
Umno mesti menerik sokongan melayu.... Bukan cina... seperti yang najib lakukan la ni. hanya selepas najib beri ucapan di perhimpunan umno nampak perubahan sokongan melayu.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas-pembahas yang saya hormati. Mengapa kita perlu marahkan Pas . Mengapa kita tiba-tiba menggelabah. Bukankah Negara ini di pimpimpin oleh orang Melayu semenjak merdeka lagi. Kalau betul ada masalah sekarang selesaikanlah dengan ikhlas dimana terletaknya kesilapan. Jangan marahkan bukan Melayu kerana selama ini kuasa ditangan orang Melayu.Kalau Bahasa Melayu tidak dimertabatkan lagi bagi keseluruhan hidup di Negara ini , bangsa mana yang menyebabkan ianya jadi demikian.
Saya harap kita berhenti dari dari menghina bangsa kita sendiri.Biarkan mereka berfikir siapa yang mereka boleh beri kepercayaan.Terpulanglah kepada pemimpin UMNO dan Pas membuktikan kebolehan mereka.Lebih cepat kita berterus terang apa sebenarnya yang berlaku dan mengambil tindakan yang betul lebih baik bagi semua.
Saya lihat masih ada orang bercakap mengenai penubuhan negara Islam. Ugama rasmi negara ini adalah Islam. Yang pentingnya adalah pengisiannya dan bukannya selogan.
Masanya masih tidak terlambat bagi kita membaiki kedudukan kita.Bukankah negara masih dipimpin oleh orang Melayu .Dengan kuasa yang ada baiki kedudukan kita dan jangan mengalihkan perhatian dengan menuduh orang lain. Tanya diri sendiri dimana kesilapan kita yang menyebabkan orang berpaling ketempat lain dan ambil tindakan positif mengatasinya.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
PAS memperjuangkan nasib Melayu dan Islam ni dok cakap-cakap politik kosong saja. Dalam,11 tahun Nik Aziz perintah Kelantan, apa yang dia dah beri pada masyarakat Islam Kelantan ? Bina masjid, ada peruntukkan ? Dari segi fizikal, ada nampak faedah dan manafaat orang Islam Kelantan? Rakan sekongkol PAS, PKR, apa yang dia dah buat di Selangor ? Nak bina universiti UITM untuk menaikkan taraf pendidikan Islam dan Melayu pun susah. Takut sangat Melayu Selangor dapat satu UITM ? Takut hilang populariti ? Kalau orang nak beri manafaat dan faedah kepada Melayu Islam Selangor, tak boleh ? Sekat manafaat pada Melayu, ada berikan manafaat gantirugi ?
ReplyDeleteMain sentimen perasaan memang mudah. Beretorik politik pun amat mudah. Memang amat mudah mengutuk orang dan puji diri sendiri. Bekerjasama sesama Islam PAS-UMNO pun tidak sudi ?
Kalau cakap tak serupa bikin, satu jari telunjuk pada orang lain, empat jari tunjuk semula diri sendiri.
Sheikh Kairo,
ReplyDeleteYang penting bukanlah menubuhkan negara Islam, tetapi mengamalkan Islam. Jika mahu mengamalkan Islam, hendaklah mempunyai ilmu terlebih dahulu. Jadi, kita perlulah belajar dahulu ilmu Islam. Samada kita dapat mencapai sepenuhnya atau tidak dalam mangamalkan Islam adalah kuasa Allah yang menentukan. Yang wajib kita lakukan ialah mempunyai niat untuk melakukannya, kemudiannya berusaha untuk melakukannya sedaya-upaya kita. Jika tidak kesampaian, kita serahkan kepada Allah.
Yang bertanggungjawab untuk berusaha dalam mengamalkan Islam bermula dari diri kita sendiri. Jangan tanya PAS, jangan tanya UMNO; tanya diri kita sendiri. Adakah kita sudah berusaha untuk mengamalkan Islam bagi diri kita dan negara kita?
Tetapi, jika kita tidak mahu langsung supaya negara kita mengamalkan Islam, malah memperlekehkan orang lain yang berusaha untuk mengamalkan Islam di negara ini, orang Islam yang bagaimanakah kita ini?
Antara halangan yang mencegah penyatuan orang Melayu adalah media orang Melayu. Saya lihat media orang Melayu, terutama Utusan Malaysia amat bersifat 'batu api'. Kebanyakan kata-kata pemimpin orang Melayu, baik dari UMNO atau dari PAS akan ditambah perisa oleh media berkenaan untuk menyakitkan hati pihak yang lagi satu. Saya ada terbaca mengenai kata-kata TPM dan juga kata-kata Nik Aziz yang ditokok-tambah dan diubah perkataan oleh akhbar agar berita berkenaan menjadi lebih sensasi, kononnya. Sehinggakan baru-baru ini tulisan dari blog Dr. Mahathir pun ditambah perisa apabila disampaikan oleh akhbar berkenaan, dan jawapan dari Nik Aziz diputar-belit untuk menjadikan isu berkenaan lebih hangat.
ReplyDeleteBatu api sebegini tidak diperlukan oleh masyarakat. Penulis yang suka memburukkan lagi keadaan seperti inilah yang menyukarkan lagi penyatuan orang Melayu.
Pemimpin Melayu hendaklah berbincang bersama demi kepentingan orang Melayu beragama Islam. Saya percaya, samada parti UMNO mahupun PAS, tetap berusaha untuk meningkatkan amalan Islam dalam negara dan memperjuangkan orang Melayu. Namun, kepentingan survival politik memperdaya mereka untuk mencari sokongan dari orang bukan-Melayu dan bukan-Islam dan akhirnya terpaksa bersetuju dengan tuntutan kaum lain. Keadaan ini merugikan orang Melayu.
Survival politik orang Melayu menjadi lemah akibat perpecahan, dan mengakibatkan pemimpin Melayu perlu mendapat sokongan kaum lain.
Oleh itu, pemimpin Melayu perlu membuang yang keruh, ambil yang jernih. Perlu bersetuju atas perkara-perkara asas, dan berbincang atas perkara yang mempunyai percanggahan. Kepentingan masyarakat majoriti perlu diambil-kira terlebih dahulu, sebelum membincangkan kepentingan kaum minoriti.
Pemimpin yang hanya mementingkan kepentingan peribadi dan keluarga mereka sahaja perlu dibuang jauh-jauh kerana merekalah antara sebab berlakunya perpecahan.
perbincangan antara golongan tua yang dah lemah minda dalam melihat masa depan, isu diutarakan oleh orang tua juga, berkisar tentang pemimpin-pemimpin tua yang sezaman dengan mereka. macam peminat bola yang dah tua, asyik-asyik cerita pasal superstar zaman dia, yang kalau suruh berlari pun boleh kena sakit jantung, strategi 4-4-3 masih disanjung tinggi. sedarlah orang-orang tua, tempat kamu dah takde dalam perjuangan, banyak harta karun yang kamu nak jaga, duduk diam-diam sambil baca suratkhabar.
ReplyDeleteOrang Muda
Tok Kadir, saya setuju dengan Sufian Idrus. Amal dulu Islam baik-baik. Tak payah ada nagara Islam kalu nak jadi orang Islam yang baik. Masa saya mengaji di Amerika dan England dulu, saya jumpa dan belajar dari ramai orang Islam yang betoi-betoi Islam. Depa buat surau sendiri. Depa semelih kambin biri-biri sendiri.Mereka buka kelas agama dan al Quran sendiri.
ReplyDeleteTapi bila balik Kedah, negari Pas kuat, banyak pondok dan la ni Pas perintah, kaki khayal, kaji judi, kaki arah dan kaki curi di merata tempat. Bencana Aids dan Hiv di mana-mana saja. Saya serender dan pindah mai duduk negara kafir Pulau Pinang.
Di Kelantan Pas perintah lebih lama dari Umno sejak merdeka. Tapi Kelantan papa kedana penuh maksiat dan bala. Macam Kedah juga. Banyak GRO di Kuala Lumpur dan Penang budak-budak perempuan Kelantan. Tapi nak azit tak tau la pasai dia tak pi karaoke dan Spa. Nik azit dok cakap pasai ugama di rumah dia, di mesjid dan surau. Cuba pi dakwah sikit di belakang mati. Silap-silap jumpa oghe kelate di situ. Haha.
Umno buat banyak untuk Islam. Tapi orang tak tahan dengan Umno pasai banyak sangat pemimpin yang sombong, salahguna kuasa dan korup. Itu saja. Kalau depa ni rendah diri sikit dan jangan jahat sangat, orang sokong dan orang pun tak peduli sangat dengan Pas atau PKR. Yang buat pemimpin UMno lagi sombong adalah laporan media massa perdana yang Umno senori milik.
Penin Tok.
Kamjat Penang
Dear Dato'
ReplyDeleteStating the obvious ... Islam tu Agama, Bangsa tu Keturunan, Malaysia pula Negara tempat kita aman bernaung so that we can jaga agama kita.
Beyond this life kita tidak akan ditanya apa bangsa kamu.
Hal yang satu menjaga yang satu lagi. Kebetulan pula di negara kita yang molek ini, Melayu itu sinonim dengan Islam.
Katakanlah kebanyakan orang Islam di negara Malaysia permai ini orang China. Macam mana pula tu?
Tak ada dilemanya. Kita menjaga Islam, bangsanya kebetulan pula ditanah air kita ni kebanyakannya Melayu. Jadi kita jaga bangsa Melayu sebab dek Islamnya. Otherwise what difference does it make? Kita menjaga negara kita Malaysia ini supaya kita dapat menjalankan kehidupan beragama kita dengan aman. Otherwise, again what difference does it make?
Kalau di Libya for instance, bangsa Arab pula yang majoriti Islam. Kalau kita Melayu di Libya dah jadi orang sana katakanlah, apalah agak rasanya, kalau asyik sajalah Orang Arab di Libya tu melaung-laungkan ini Tanah Arab, ini Tanah Arab.
Islam yang berbangsa lain pun pasti rasa terpinggir. Jangan macam tu.
Cumanya janganlah kita compromise Islam kita dengan keseronokan silang budaya. Kalau bukan kebenaran dalam framework agama kita tak payahlah tu semua. Orang ber Thaipusam kita pula sama dikalongkan bunga di Bt Cave tu. Malu alah pula rasanya!
Tossing the Yee Sang lah. Tak perlu rasanya hal-hal sebegitu.
Dulu kita berkawan baik dengan semua orang tanpa membeza bangsa. Belajar mathematics dengan siapa lagi kalau bukan rakan bangsa China. Di universiti pula, rakan India. Bukan apa, rakan Melayu sama pula tak faham. Then ilmu tu kita share pula dengan rakan Melayu. Macam tu je lah.
So it's okay. Islam minta kita berbaik dengan semua. Dan sampaikan keindahan Islam itu kepada mereka, melalui tutur kata, budi bahasa, tingkah laku orang Melayu yang sangat terkenal sopan dan baiknya.
But again I think sopan dan budi bahasa kita bukan 100% sebab dek Melayu, tetapi Islamnya kita. InsyaAllah.
And definitely we must be strong. Muslim must be strong in all the aspects so that we can manage the challenges posed to us.
Saranan saya antara lain ... tingkatkan kebolehupayaan dalam pelbagai ilmu dan kemahiran. Dalam pelbagai bidang ... pendidikan, kesihatan, komunikasi, perniagaan dll.
Anak-anak muda mesti ada pelbagai kemahiran. Semua pekerjaan sebagai pengalaman dan penambahbaikan yang berterusan. Dan disitulah pentingnya dasar-dasar yang menyokong keperluan dan awareness tersebut.
Dan minta maaf ... buanglah sikap yang sentiasa tak boleh melihat orang lain lebih baik dari kita.
XERONINE
Salam Dato' dan rakan pembahas
ReplyDeleteKalau orang Melayu tak lupa sejarah, sejarah politik orang Melayu membuktikan bahawa PAS akan hanya bersatu dengan UMNO jika kerajaan UMNOBN kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Buktinya PRU 69. Buktinya apabila kerajaan KHIR TOYO jatuh ketangan PR. Cuma tak mungkin berlaku dalam PRU 13
Sdr azmie
ReplyDeleteAssalamualaikum,
"Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi - hadith. Apa yg dilema nya tu datuk? kalau masih lg dilema antara Islam vs bangsa, parti mn pun, baik tak payah sambut maulid lepas ni."
Bagi saya, yang dilema antara Islam vs bangsa ialah bagaimana PAS dengan barisan/saf golongan ulamak dan profesional yang mereka miliki seperti sering mereka war2kan menterjemahkan hukum2 atau prinsip2 Islam yang mereka tahu atau sepatutnya tahu untuk membangun dan memajukan negara dalam era globalisasi ini termasuk yang belum dilakukan oleh UMNO lagi yang mereka tahu bukan Islam tidak ada masalah untuk memenyertainya tetapi menghadapi masalah yang sama seperti dihadapi oleh UMNO iaitu untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan
Salam Ybg Dato'
ReplyDeleteMembuka ruang untuk bersama berbicara dan berbincang dalam isue yang amat besar seperti apa yang DAKJ lakukan dalam lamannya The Scribe A Kadir Jasin amat kurang dilakukan olih penulis besar kecuali ulasan yang ditonjolkan adalah ulasan yang telah ditapis demi tapisan,meski pun ulasan itu tidak punya isue sensitive yang bolih memporak peranda laman itu.
Minggu ini DAKJ kembali dengan isue Dilema Pas:Islam Vs Bangsa.
Initipati kepada semua catatan beliau terletak pada mukadimah DAKJ
SETELAH gagal memanfaatkan pertemuan yang “dituan-rumahkan” oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Terengganu di ibu negara Disember lalu untuk mencari jalan sepakat ke arah perpaduan Melayu.
Dato'
Kenapa gagal.
Banyak sekali dikalangan kita yang menganggap Melayu itu adalah UMNO dan PAS.Diletak jauh samada sengaja atau tidak Melayu PKR yang didalamnya ada Anwar Ibrahim sebagai tunjangnya kerana mereka ini mungkin ditakrif bukan Melayu lantaran parti PKR melibatkan juga kelompok bukan Melayu didalamnya.
Pertemuan yang "dituanrumahkan"olih Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bukan sekadar pertemuan menemukan Melayu dengan Melayu,tetapi satu pertemuan yang melibatkan percaturan dan monopoli kuasa Melayu ditanah yang asalnya milik Melayu.
Sejarah membuktikan(ini adalah pemahaman PAS)bahawa PAS pernah dikianati.PAS menyifatkan UMNO juara kepada pecah untuk terus perintah.Inilah juga yang dilakukan olih UMNO untuk kali ini.Jika matlamat perbincangan penyatuan Melayu ,untuk apa Anwar dan orang orang kuatnya dipinggirkan dalam pertemuan ini.Bagi PAS,ia adalah strategi mudah yang dapat dibaca bahawa UMNO sengaja mahu menjauhkan PAS dari PKR-Anwar bagi kelangsongan politik UMNO.Tiada niat lain dan kalimah perpaduan Melayu hanya satu alat.
Sewaktu pertemuan di atur,khianat UMNO terhadap Melayu-PKR juga turut dirancang.Jika tidak,masakan isu SUK Selangor menjadi cacamarba.
PRK mutakhir membuktikan Melayu telah mula kembali pada UMNO.Itu yang dicanangkan.Tapi adakah 100% totalnya begitu.
Samada Melayu benar benar telah kembali pada UMNO,kita perlu imbas kembali PRK 1 hingga 8 .
Daripada 8 PRK ini 6 daripadanya dimenangi olih Pakatan Rakyat dan bakinya olih BN,itupun Batang Ai di Serawak yang memang diletak tunggul pun bolih BN memenanginya dan DUN Galas yang merupakan awalan penggunaan semula apa yang tidak mahu dilakukan olih PM Najib sebelumnya.
Apakah yang tidak mahu dilakukan olih PM Najib?.
Setelah kalah teruk dalam PRU12,PM Najib pernah berkata bahawa BN tidak akan lagi berbelanja besar dan menjanjikan sebarang projek sepanjang PRK.Ini berpunca(katanya)rakyat tidak menghargai apa yang dilakukan(pembanggunan)olih Kerajaan BN.Kata kata PM Najib menjadi benar.Tiada jentolak diwaktu malam,tiada tar diturap diwaktu subuh.Malah tiada ada sebarang acara pecah tanah.Tiada katakata Wa tolong Lu,Lu tolong Wa,I tolong You,You tolong I. Dan kita telah ketahui apakah keputusan semua PRK itu.
Melihat perinsip ini sudah tidak bolih diteruskan,PM Najib kembali kepada modus operasi sebelumnya.Pengundi perlu dijamu dan dijanji.Jentolak dan tar perlu diturap tanpa mengira masa.Pecah tanah perlu diperbanyakkan.Hasilnya Galas menjadi milik BN semula.
bersambung
(sambungan)
ReplyDeleteDato'
Membuat kesimpulan bahawa Melayu telah kembali pada UMNO berdasar keputusan PRK ke 9 dan seterusnya juga tidak tepat.
Selain disogokkan dengan projek demi projek,realiti yang harus kita ingat bahawa kawasan yang dimenangi olih BN adalah kawasan tradisi BN-UMNO.Jika dalam tsunami pun ia tidak terusik,apatah lagi jika dalam situasi UMNO-BN punya segala galanya.
Untuk mengetahui apa pengundi Melayu mahu dan siapa pilihan mereka pada PRU13,kita perlu berada dikalangan mereka.Bukan setakat mengadap laptop,layar laman demi laman,lihat komen dalam Astro,terus kita buat rumusan.
Sekurangnya Melayu(pengundi atau tidak) berada dalam 3 katagori.
1-Melayu kedai kopi
2-Melayu masjid dan surau.
3-Melayu sepanjang masa bekerja/dirumah.
Melayu kedai kopi dan Melayu masjid dan surau tidak berapa sukar dipahami apa yang akan dipangkahnya kelak.Yang sering menjadi persoalan adalah Melayu sepanjang masa bekerja.
Melayu kedai kopi pula mempunyai pola tersendiri.
Kumpulan happy go lucky berada disini,tahi judi dan ekor juga berkumpul disini,geng geng masjid dan surau juga berkumpul disini.
Kalau di negeri utara Malaysia keinginan politik mereka amat mudah dipahami.Yang minat ke surau dan masjid,majoritinya pasti milik PAS sementara tawar menawar dan lihat apa yang bolih mereka dapat akan menjadi pilihan kumpulan yang selebihnya.
PRU12 mereka melihat suasana harubiru dalam BN.dan kini mereka juga melihat suasana yang sama dalam Pakatan.Tapi itu bukan pasport untuk mereka sah kembali pada BN.Dikedai kopi mereka bukan setakat bersembang kosong,tapi ada juga menatap akhbar dan media.Ini juga penentu arah mana mereka kali ini,bergantung akhbar apa yang dilanggan olih tuanpunya kedai.
Sikap politik Melayu berkerja sepanjang masa banyak bergantung pada kelompok majoriti dikalangan dan pergaulan sesama mereka ditempat kerja.Apa yang dilakukan diluar amat jarang diambil tahu olih mereka.Dunia mereka adalah dunia pekerjaan.Siapa perintah pun aku tetap sama. Mereka ini adalah kumpulan yang lebih mudah dipengaruhi disaat saat akhir.Siapa yang lebih awal mendekati mereka dan berjaya menyakinkan mereka,inilah pilihan mereka.Dan dalam apa juga perkara,pembangkang punya kelebihan atasnya.Tidak kira siapa pembangkang,jika negeri BN sebagai pembangkang,maka BN lah akan dapat rahmatnya.
Kata kata bahawa lebih banyak ADUN atau MP meninggal adalah lebih bagus merupakan satu kata kata yang tidak bolih dipandang ringan.Mereka tahu bila ADUN-MP meninggal ,rezeki bergolek akan datang kekawasan mereka.Jika dalam PRK ,BN akan bersungguh mengeluarkan dana "kebetulan" bagi menarik pengundi memilih BN,adakah BN mampu melakukan semua ini dalam satu PRU.Jika tidak,usahlah diharapkan kemenangan demi kemenangan sebagai petunjuk bahawa rakyat Melayu kini kembali pada BN-UMNO.
Sdr Competente, antara lain, berkata, "Oleh itu, pemimpin Melayu perlu membuang yang keruh, ambil yang jernih. Perlu bersetuju atas perkara-perkara asas, dan berbincang atas perkara yang mempunyai percanggahan. Kepentingan masyarakat majoriti perlu diambil-kira terlebih dahulu, sebelum membincangkan kepentingan kaum minoriti."
ReplyDeleteBagi saya, pemimpin Melayu tahu sangat kaum Melayu mudah diperbodohkan berbanding dengan kaum bukan Melayu minoriti diambang PRU.UMNO dengan caranya dan PAS dengan caranya (memperbodohkan orang Melayu). Oleh itu masing2 selepas PRU12 tumpukan perhatian medapatkan undi memenangkan di kalangan kaum bukan Melayu minoriti. Kerana PRU dah dekat sekarang PAS mulakan caranya itu dan UMNO kekal gunakan NGO Melayu
Apa pun kite jgn lupa. Penentu mutlak kemenangan pada PRU ialah ahli - ahli dari parti PAP ( Parti Ataih Pagaq ). Depa ni betoi2 silent voters
ReplyDelete500,000 penuntut Melayu dah graduate di UiTM. Syabas !! Pandai-pandailah cari makan sendiri. Jangan pulak suruh kerajaan suap juga. syabas UMNO !!
ReplyDeletebudiman
Dilema ini bukan hanya kepada PAS, tetapi kepada orang Melayu keseluruhannya.
ReplyDeleteMasalah ini tidak terletak kepada parti, tetapi kepada pemimpin. Jangan disalahkan parti, tapi salahkan pemimpin. Sebagaimana kita lihat seorang pemandu yang memandu kereta terlalu laju, jangan kita salahkan kereta. Kita salahkan pemandunya. Ahli-ahli biasa dalam mana-mana parti adalah penumpang. Yang memandu adalah pemimpin parti. Saya pasti kedua-dua parti politik UMNO dan PAS mempunyai matlamat yang baik. UMNO untuk memperjuangkan orang Melayu yang juga Islam, manakala PAS memperjuangkan Islam. Namun, bukan itu yang dilakukan oleh pemimpin dalam parti-parti politik berkenaan.
Orang Melayu mengalami dilema kerana ramai pemimpin Melayu; samada dari UMNO mahupun PAS, tidak sungguh-sungguh; malah malu dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu Islam. Mungkin kerana undi orang Melayu sangat mudah untuk dimenangi, dan telah berada dalam tangan. Maka mereka lebih perlu menjaga kepentingan orang bukan-Melayu supaya dapat memenangi undi kaum bukan-Melayu pula.
Pihak PKR amat berbeza kerana terang-terangan menyamaratakan kepentingan orang bukan-Melayu dan orang Melayu. Bukan bermakna UMNO atau PAS lebih baik dari PKR; mereka juga lakukan perkara yang sama walaupun tidak disebut sedemikian. Mereka lupa bahawa 'action speaks louder than words'. Dalam heboh-heboh mereka katakan memperjuang kepentingan orang Melayu, mereka umumkan kesamarataan dan meritrokrasi. Sebagai contoh; kini biasiswa JPA akan diberi kepada semua yang mendapat 9A dalam SPM. Berapa ramai anak Melayu dari kampung yang mendapat 9A berbanding dengan anak bukan-Melayu yang diasuh dengan pelbagai tusyen di bandar?
Sifat tamak dan ingin kekal berkuasa dikalangan pemimpin orang Melayu akan merugikan kesemua orang Melayu termasuk pemimpin Melayu itu sendiri.
Keadaan ini mula meruncing setelah terbit kemenangan kecil PKR dan PAS dalam PRU yang lepas. Hasil dari kegagalan BN di beberapa negeri, timbul pemimpin-pemimpin politik segera yang rasa mereka cukup hebat. Sifat tamak mula timbul dan ramai yang bercita-cita untuk meningkatkan kuasa mereka. Jika terdapat sebarang halangan, mereka akan tubuh parti baru atau keluar dari parti kerana mereka rasa orang mengundi diri mereka dan mereka masih boleh menang dalam PRU yang akan datang walau parti apa pun mereka wakili. Kita akan lihat ada yang akan berani bertanding sebagai calun bebas. Tidak terlintas kepada mereka bahawa PRU yang lepas mungkin suatu insiden yang terpencil sahaja.
Di pihak UMNO pula, mereka rasa amat mudah untuk mengekalkan kekuatan politik yang mereka kuasai suatu ketika dahulu sehingga mereka leka dan lupa matlamat asal perjuangan mereka adalah untuk orang Melayu, bukan kaum Cina atau India. Kaum Cina dan India ada MCA, Gerakan dan MIC.
Akibatnya, orang Melayu jadi terpinggir di bumi sendiri. Pemimpin PAS dan PKR berangan-angan akan menguasai negara. Pemimpin UMNO masih tidak sedar dan rasa mereka masih kuat. Pemimpin-pemimpin Melayu serpihan pula sibuk dengan agenda menjual diri sebagai ahli politik bebas, dalam NGO, dan dalam parti politik baru. Kesemuanya kerana tamak kuasa.
Jadi, dimana tempat orang Melayu hendak mengadu? Kepada DAP, MCA, Gerakan dan MIC pula?
Allah SWT larang Rasulullah SAW mengharapkan golongan lain selain daripada kaumnya sendiri.
ReplyDeleteBegitulah kehendak Allah dalam perkara yang telah sedang dan akan dibincangkan antara umno dan PAS.
Fikir fikirlah wahai pembahas sekalian.
Dear Dato'
ReplyDeletePanas sangat 'orang muda' tu :-)
Apa masalahnya? Cari kerja. Jangan memilih kerja. Cari ilmu. Cari kemahiran. Cari kepandaian.
Stop wasting time with the playstations.
Stop wasting time watching Arsenal, MU, Chelsea in the wee hours. These things do not affect our productivity? Melayu Muslim productivity?
Ini hal sebenar apa yang berlaku di sebuah syarikat multimedia yang boleh tahan gahnya . CEO Melayu. Seorang penyelia ini bukan Melayu. Bila staf Melayu missing, saya tanya beliau. Mana mereka? Jawabnya PERGI SEMBAHYANG. 10 pagi. 11 pagi begitulah. Saya faham maksudnya. Tetapi kenapa dia sampai memperli begitu?
Think and more real actions. Jangan lari dari masalah. These so called 'orang-orang tua' have done their bit. Right or wrong kita belajar dari semua.
Don't worry about this. It's not about you 'orang muda'. It's about everyone who waste time and energy getting upset about things beyond their circles of influence.
But we refuse to get angry with ourselves for not doing the right things.
XERONINE
Salam DAKJ
ReplyDeleteSebenarnya, antara Islam dan Melayu ‘yg mana dulu’ dah lama difikirkan UMNO sejak dari Dato Onn lagi. Kemudian ia disusuli oleh Tuanku Abdul Rahman dengan merangka satu dasar (perlembaggan) yg begitu bestari. Sebab itulah di dalam perlembagaan kita hari ini, syarat Melayu bukan saja terletak pada kaum keturunan tetapi mesti beragama Islam. Bijak sungguh pemimpin-pemimpin UMNO dari dulu sampai sekarang. Orang kata sekali baling kena dua-dua.
PAS pula sentiasa bercelaru sejak dari dulu hingga sekarang. Sekali Islam, sekali Melayu dan ahkhirnya nak berkawan dengan setan. Sebab itulah Tun kata yg PAS ni cuma pecah belahkan orang Islam je dan nak menang pilihanraya. Bukan saya yg kata, tapi saya setuju 100%. Dan contoh nyata, bukan saja tak dapat jaga kalimah Allah tapi sampai nak digadaikan sekali sehinggalah ditegur oleh ulama mereka sendiri sebagai kufur. Barulah terdiam sekejap. Kesimpulannya, parti PAS ni asyik tertinggal bot je sejak dulu sampai sekarang. Kenapa agaknya ye ?? Sekian TQ.
p/s : Saya cuba olah semula supaya lebih sederhana, harap dilepaskan kali ni Dato’.
Sdr kita orang muda, antara lain, berkata, "orang-orang tua, tempat kamu dah takde dalam perjuangan, banyak harta karun yang kamu nak jaga, duduk diam-diam sambil baca suratkhabar."
ReplyDeleteHai Orang Muda ini pehtua mati cepat la!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Asalam datuk,,,,,Dalam pilihanraya kecil yg lalu di buat analisis , bahawa sokongan melayu menurun kepada pr ???? Peroalan pakah itu akan kekal seandai najib bn kan mengadakan ge 13 secepat yg mungkin ???? Sudah tentu keadaan akan cukup berubah,,,, di mana bn dan umno tidak akan mampu memberi projek kilat ???? Sudah tentu keadaan merasuah kan mengundi tidak akan berlaku dgn sekira di adakan ge 13 nanti....? Di mata rakyat, umno tidak mampu berubah mengikut naluri rakyat ???? Demontrasi yg aman di ganggu gugat oleh polis ??? Mana mungkin rakyat yg bukan terlibat dgn demo tersebut, membantang kerajaan bn umno kini, tidak berubah , sedangkan mereka mampu berubah, hapuskan isa, hapuskan segala undang2 yg lapok ???? Kerajaan yg ada ini tidak mampu mengambil iktbar apa yg berlaku di asea barat ???? Betapa kuatnya president mesir husni mubarak, mana bila rakyat sudah menuntut keadilan , maka kuasa rakyat adalah penentu.....,Cukup lah dgn kerenah umno yg sering mempergudakan polis, spr, dan badan kerajaan yg lain untuk kepentingan sendiri ???? Rakyat tidak mahu kuasa, tapi mampu memberi kuasa, untuk menegakkan keadilan untuk rakyat semua ???? Sudah tentu perubahan akan di tentukan rakyat menjelang g13 nanti... ?tq
ReplyDelete
ReplyDeleteAnonymous said...
Tok Kadir, sebenarnya Umno ni parti yang baik. Kemuncak zaman Tun Razak dan separauh zaman Tun Mahathir. Zaman Tun Husain tak nampak sangat pasai dia pun tak banyak cakap dan lembab. Dua benda saja yang dia buat yang kita ingat. Satu dia tangkap dan bicara Dato' Harun. Dua dia buang Pas dari BN. Yang nombor dua tu silap besar. Tun Razak bawa masuk Pas dalam BN, biras dia terajang Pas keluar BN.
Umno ni jadi teruk bila Melayu jadi kaya dan lupa daratan. Umno mula korup dan Melayu ikut sama korup. Melayu korap dalam Umno, civil sevice dan polis jadi alat Cina dan India. Melayu kena tekan dan cicir.
Ni yang kita takut. Kita takut Pas lemah, Umno kuat, Umno naik tocang jadi sombong, korup dan jual bangsa sendiri. Orang Umno ni dia lekas naik tocang dan lupa daratan Tok macam kera Botanical Garden kena cocacola. La ni pun kita dah nampak orang Umno ingat duit negara macam duit depa, belanja atas anak bini macam herta pak depa. Ni lah yang kita takut. Pasai tu lah kita mau Pas kuat sampai boleh cek kuasa Umno. Bukan kita nak pecah belah. Tapi saya dok tanya juga, apa ulamak dan tok guru Umno buat. Tak bolehkah nasihat pemimpin Umno jangan rasuah, jangan sombong dan jangan baham duit rakyat. Kalau Umno bersih kita tak perlu sangat kepada Pas. Pas pun banyak mengarut bila dah pakat dengan Dap dan Pkr ni.
Kamjat Penang
4:36 PM
Sedara Kamjat Penang,
Kita pun takut jugak bila PAS naik tocang. Kot negara ni jadi negara taliban. Tok-tok guru main quote 'surah quran dengan hadis' untuk kepentingan diri sendiri dan kaum kerabat.
Orang Islam yang juga kebanyakkannya orang melayu kat Malaysia ni bukannya buta perut takdak akai melihatkan di Kedah dan Kelantan jugak berlaku pembahagian konsesi balak kepada kroni-kroni. Tak lupa juga kontrak-kontrak kerajaan negeri yang bagi pada kawan-kawan dan saudara-mara.
Orang Islam yang juga hampir semuanya melayu kat Malaysia ni juga jelak dengan perangai sesetengah pemimpin yang nampak sahaja alim, tetapi kaki perempuan dan pelanggan berkala di golok dan danok.
Jadi saudara silalah nasihat pemimpin anda yang menggelar diri sendiri tok-tok guru belaka tu, tak payah sebut namalah. Cerminlah diri sendiri sebelum menghina sesama Islam lain (ya!! orang UMNO juga Islam seperti orang PAS). Undi PAS bukannya tiket ke syurga.
Saya melayu.
ReplyDeleteTapi saya tak rasa pun budaya dan ugama saya terancam.
Apatah lagi saya tidak terancam dengan kaum lain di negara kita ini.
Yang merisaukan saya hanya dua iaitu isu ekonomi dan kualiti pendidikan.
Halangan dalam ekonomi bukan dalam penguasaan ekonomi oleh kaum cina. Halangan utama adalah dalam pasaran yang masih terhad kepada pasaran tradisi.
Kualiti pendidikan tidak lagi mencapai matlamat pendidikan. Sekadar ada skill untuk makan gaji tanpa kebolehan mencipta peluang keusahawanan dan daya tahan ekonomi.
Saya nyatakan diatas secara umum sahaja. Jika mahu dikomen, harap-harap renungkan lah dulu secara mendalam.
Sekadar mahu menyimpulkan, PAS dan UMNO hanya perlu menyakinkan pengundi dalam skop dua isu itu sahaja. Sudah cukup.
Jika masih mahu berdebat soal ideologi politik, akan hanya menghasilkan lebih ramai fanatik dan membesarkan jurang.
Fed Up
Lupakan agenda politik yang sempit. Hadapilah kenyataan bahawa UMNO dan PAS mesti kekalkan kekuatan politik bangsa dan agama jika mahukan maruah bangsa dan agama dihormati. Inilah realitinya untuk menyelamatkan anak cucu kita dari dihempit dan diherdik oleh anasir yang inginkan kita terus dalam keadaan daif dalam segala-gala lapangan hidup. Allah tidak akan mengubah sesuatu bangsa itu jika bangsa itu sendiri tidak berani berubah atau berhijrah kepada keadaan yang lebeh baik dan sempurna lagi. Ini jelas disebut dalam Quran dan mengapakah kita tidak menghayatinya? Puncanya ialah bangsa Melayu yang menganuti agama Islam lemah jatidirinya. Untuk mencapai kegemilangan bangsa dan menuju ke jalan yang diredhai Allah ialah dengan mengambil iktibar apa yang sedang berlaku kepada bangsa Melayu sekarang ini yang sedang mengalami keadaan berpecah belah. Bangsa Melayu terlalu mengikutkan nafsu-nafsi hinggakan terlupa bahawa jika kita tidak bersepakat sebagai satu bangsa untuk mengambil tindakan ke jalan yang lurus maka akhirnya kelak bangsa Melayu akan hilang segala-galanya dan akan terombang ambing dalam keadaan "hidup segan mati tak mahu".Kesian anak cucu kita!!! Fikir-fikirkanlah dengan bijaksana.
ReplyDeletePak Long
Salam Datuk AKJ
ReplyDeletePAS adalah serpihan UMNO yang masih kekal bertahan sehingga hari ini, berbanding dengan Semangat 46. Ada yang kata, tertubuhnya PAS bertitik tolak daripada kegagalan seseorang untuk merebut jawatan Presiden UMNO ketika itu. Sebahagian pula kata, PAS memang ditubuhkan atas sokongan British untuk memecahbelahkan orang Melayu yang bersatu dalam UMNO pada zaman itu. Pendek kata, penubuhan PAS adalah punca perpecahan Melayu. Jadi kalau nak bersatu dalam keadaan kedua-duanya masih wujud, memang hanya jadi angan-anganlah. Kalau nak bersatu, yang serpihan kenalah balik ke pangkal jalan, seperti parti Semangat 46 yang rela dibubarkan dan kembali ke dalam UMNO.
Berbeza dengan DAP, bukan serpihan MCA dan sebagainya, malahan adalah kesinambungan PAP selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia. DAP dan MCA (termasuk Gerakan) tidak akan bersatu dari segi strukturnya tetapi mereka tetap bersatu dalam menjaga kepentingan kaum yang menjadi majoriti ahlinya. Hal yang serupa tidak berlaku pada UMNO dan PAS kerana masing-masing cuba menunjuk diri sebagai jaguh sebenar kerana mereka satu yang berpecah dua. Yang rugi, bangsa Melayu sebab parti yang mereka menjadi majoriti tidak bersatu hati memperjuangkan kepentingan mereka. Bagi yang tak berapa pandai agama pun tahu tentang ayat Qur'an yang menyebut bahawa "jangan kamu mengambil orang-orang yang tidak beriman sebagai pembantu sedangkan kamu meninggalkan orang-orang yang beriman......". PAS terlupa ayat tu ke atau PAS tolak suku dan cuma terima tiga suku aja Qur'an? Kalau ikut fatwa Haji Hadi dulu, dah kafir tu.
Tuan,Dalam keadaan sekarang orang melayu boleh memilih kepemimpinan Melayu dari golongan melayu UMNO dan Melayu PAS.Bagi saya kedua-dua golongan melayu tadi tidak sempurna dan kita tiada punyai pilihan lain selain memilih salah satu diantara keduanya.Melayu PAS jadi pilihan kerana kepimpinannya lebih islamik .Islam mengutamakan golongan majoriti tanpa menindas golongan minoriti.
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteKalau Dato' masih ingat, dulu saya gunakan ilmu konservasi/pemuliharaan bangunan bersejarah untuk memikirkan bagaimana mungkin ahli dan para pemimpin UMNO mengkonservasikan partinya itu yang saya analogikan sebgai tangki air besi awam seusia UMNO umurnya yang bukan sahaja telah berkarat dan bocor sana sini, malah injab bebolanya sesekali tidak berfungsi.
Berdasarkan nada pembahas kali ini yang saya nampak yang perlu dikonservasikan sebenarnya ialah pemikiran pemimpin Melayu kita
Sdr goldenbear
ReplyDeleteMengatakan PAS Islamik tidak memadai walaupun bayak kebenarannya.Ini kesilapan besar pendokong PAS. Saya katakan begitu kerana ramai yang takut apabila disebut perkataan Islam, hatta dikalangan orang Melayu kita dan termasuk inteleknya. Paling berani mereka lebih suka dengan perkataan Syariah.Jadinya, sdr kena cerita kelebihan lain PAS berbanding dengan UMNO
Salam DAKJ
ReplyDeleteKita perlu bertanya apakah asas penyatuan itu?Adakah perlu kita bersatu atas dasar bangsa dan mengkhianati bangsa lain?Inikah yg disuruh oleh Islam?
Manusia yg beragama Islam perlulah bersatu atas dasar Islam dan yakni kebajikan dan takwa dan jangan kita bersatu atas dasar kejahatan dan kebatilan.
Maka,itu sebenarnya asas penyatuan yg kukuh atas muka bumi ini.Maka sebab itu seluruh pemimpim Muslimin mestilah kembali kepada Alquran dan hadis secara keseluruhannnya utk jadi jalan penyelesaian ke arah itu.Sekiranya tidak,sampai bila2 pun saya rasa kita tidak akan bersatu.
Sudah tentu sekiranya kita sekiranya Melayu beragama Islam kita kena utamakan Islam dahulu kerana Islam ini membawa kita hingga alam selepas mati sdgkan Allah tidak menilai apa bangsa selepas kita mati.
Bagi saya perjuangan utk menegakkan islam yang menyeluruh adalah perjuangan yg sebenar-sebenarnya utk kita sbg Melayu muslim utk kita bersatu bkn setakat perjuangan semasa hidup.
Tidak guna kita bercakap ttg Melayu kena bersatu tapi bersatu atas dasar apa?
Atas dasar bangsa semata sahajeke?Mcm mana dgn rasuah/memfitnah?menjatuhkan maruah org di media?Mengamalkan kebebasan bercakap sebelah pihak ajeke?
Jika kita Melayu nak kena bersatu atas dasar mcm ini ke tuan?,baik tak payah,mendtgkan dosa aje,dan amat memalukan Melayu sendiri apabila pemimpin Melayu yg mengaku Muslim melakukan perbuatan tidak bermaruah sama sahaja mcm pemimpin kafir.
sepatutnya kalau dah mengaku Melayu Muslim tu panggil la berdialogke berbincangke bermuzakarahke ni tidak lagi jadi batu api terhadap pemimpin sesama Muslim.
Dahla takmau dgr pendapat satu hal pastu kata pulak mcm2 seolah2 dia aje betul dlm media tanpa memberi langsung peluang utk pihak yg dituduh.maka benda sebegini akan mejauhkan lagi dari penyatuan atau toleransi sesama Islam itu sendiri.
Saya amat berharap UMNO ambikla pendapat org agama yg betul dlm ahlinya,janganla dok ambik sekerat2 aje,buat punah ranah Islam dan persepsi terhadap Melayu sendiri.
Org yg tak belajar Islam secara mendalam mcm Dr Mahathir boleh komen secara melampau ttg Islam.Nik Aziz mmgla berauthoriti utk ckp ttg Islam psl dia mengaji ttg agama berbanding Dr M.Kalau tak setuju ttg kenyataan Nik Aziz panggil ulamak yg belajr ttg agama jawab bkn ulamak yg berkepentingan politik.Itu pun dh nampak penentangan UMNO terhadap Islam.
Ahmad
che dot,
ReplyDeleteOrang Melayu dah pun kena "kencing" dalam PRU 12 dulu. Dan akan terus kena "kencing" dalam PRU13. Itulah ramalan saya. Orang Melayu akan terus "melopong". Sebabnya jangan nak salahkan sesiapa. Salahkan Melayu sendiri kerana tak pandai main politik. Orang Melayu main politik kampong. Tak macam orang Cina main politik. Orang Cina main politik "internet" untuk untungkan bangsanya tapi orang Melayu main politik untuk menjahanamkan bangsanya. Itu bezanya. Jadi yang untungnya ialah orang Cina. Bangsa Cina adalah satu bangsa yang pentingkan "survival bangsa dan keluarga" untuk terus maju kehadapan dalam semua bidang hidup. Jangan salahkan orang Cina. Orang Melayu dah jauh ketinggalan dalam segala bidang dan akan terus ketinggalan jauh dibelakang dan akhirnya tak terkejar sampailah ke generasi-generasi akan datang.
Kita tak usahlah nak buat komen berjela-jela panjangnya untuk memberikan pandangan kerana hasilnya tak kemana. Sikap orang Melayu masih lagi pi mai pi mai tang tu juga.
Apa orang Melayu boleh buat sekarang ialah terus "main dam" dan minum kopi O kaw bergelas-gelas di kedai kopi bercerita hal nasib malang bangsanya sendiri sementara menunggukan matahari naik. kah, kah, kah.
-siput-
Tok Kadiak
ReplyDeleteSaya nampak banyak lagi penyokong umno(bersiam salah seorang daripadanya)tak dapat mengesan punca umno tidak disokong.
Postmortem demi postmortem dibuat dan sebab sebab dijumpai,tapi ayat yang sama diguna untuk memperlekehkan PAS.
KEBANYAKAN pengundi terutama anak muda yang menyokong PAS tak pernah ambil kisah (berbeda dengan perkataan tak ambil tau)apa yang pemimpin PAS kata .Depa tak pernah kisah dengan fatwa itu fatwa ini,samada dulu bolih sekarang tidak bolih atau sebaliknya.Yang depa tau,banyak penyamun dalam BN.
Olih itu,tak ada guna cerita cerita yang dimanupulasi itu dicerita semula.Budak muda kata,kami tak ambil pot pun.Yang depa mau,umno terjunam.
PRU12 sebagai bukti.Kalau depa yang berseluar pendek diluar,kaki segala kaki tak undi PAS,mana mungkin PAS akan menang begitu banyak kerusi.
Sebab itulah saya tegaskan,seribu kali postmortem dibuat olih umno-bn,tapi bedahsiasat itu hanya ada dalam fail,selagi itulah umno akan ditolak.
+++bukan ahli PAS tapi akan sokong PAS
Dear Dato'
ReplyDeleteBenar kenyataan Sdra/Sdri Fed-Up.
Pendidikan - Memang kita pandai. Tetapi kita kurang memandaikan orang lain.
Contoh mudah: Kebanyakan kita masih lagi belajar B.Inggeris dari bukan Melayu. Check out universities, colleges and schools.
Guru Melayu pula sentiasa menjawab "tak ada masa for that" bila disarankan pendekatan pembelajaran yang lebih bermakna.
Ekonomi - Kita kaya. Tetapi kurang menyelesakan dan memakmurkan orang lain.
Contoh mudah: Peniaga-peniaga kecil Melayu menumpang di bawah bumbung HYPERMARKET dan SUPERMARKET milik bukan Melayu. On top of that berdengki bergaduh pula.
Kesihatan - Kita sehat dan dapat rawatan terbaik dengan Medical Cards. Tetapi kurang melihat keperluan kesihatan mereka yang tidak mampu Medical Cards.
Contoh mudah: Pembedahan kalau nak cepat pindah ke Private Specialist Hospital.
Di situlah antaranya kekurangan kita. Setiap kita pasti ada pengalaman yang menyentuh kenyataan-kenyataan di atas.
Tetapi ini tidak bermakna kita terus putus asa.
Kita betulkan ADAB dan SIKAP kita didalam mencari kebaikan dan penambahbaikan.
InsyaALLAH when it is time to meninggalkan "orang-orang muda" kita pergi dalam jiwa yang tenang. Ameen
XERONINE
Orang melayu Islam seharusnya jujur menegur pemimpin,manakala pemimpin (samada PAS or Umno) yg ditegur juga wajar utk menerima dgn hati terbuka. Jika ada di kalangan pemimpin /pengikut kita yg terang2 menjadi pemegang saham mana2 syarikat judi/arak,maka selayaknya mereka tidak diangkat sebagai pemimpin. rakyat memerhati,ada juga melayu Islam yg x ambil peduli.kubur masing2 katanya. kita sbg rakyat mahukan pemimpin yg memimpin kita ke arah kebaikan dan bukannya cuba berbuat2 baik pd rakyat ketika hari mengundi sahaja. kepada PAS & Umno, semoga setiap pemimpin kalian menjadi pemimpin yg ikhlas & jujur. kami rakyat dahagakan pemimpin sebegitu,walaupun dalam keadaan fitnah akhir zaman yg semakin parah,moga2 kita tidak keliru memilih.amin....
ReplyDeleteMungkin tidak tepat jika dikatakan PAS sebagai parti serpihan UMNO. Tidak benar juga jika dikatakan PAS dibentuk oleh pihak British untuk memecah-belahkan UMNO.
ReplyDeleteAhli-ahli UMNO yang keluar untuk membentuk PAS suatu ketika dahulu sebenarnya tidak berasal dari UMNO. Sejarah politik orang PAS tidak bermula dari UMNO; tetapi mereka datang dari parti Hizbul Muslimin yang diharamkan pada tahun 1948 oleh kerajaan British kerana menentang pemerintahan British. Setelah parti mereka diharamkan oleh pihak British, ahli-ahli parti Hizbul-Muslimin menyertai UMNO. Mereka ini kemudiannya membentuk pula PAS dalam tahun 1951. Asalnya mereka itu bukannya orang UMNO, mereka hanya singgah dalam UMNO buat beberapa tahun.
Jadi tidak timbul isu 'kembali kepada UMNO' kerana mereka bukan bermula dari UMNO. Yang kita sarankan adalah untuk mereka bekerjasama (jika tidak bersatu) dengan UMNO demi kebaikan orang Melayu.
Sikap animositi diantara pemimpin dan ahli kedua-dua parti UMNO dan PAS tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang Melayu, malah membuat orang meluat dengan tindakan menuding jari dan salah-menyalahkan. Sikap sedemikian bukanlah peribadi yang baik buat pemimpin, tetapi hanya menampakkan sikap sombong dan tidak mahu bertolak ansur.
Mahu tak mahu, orang Melayu terpaksa memilih salah satu. Benar, penentuan ditangan pemilih atas pagar.
goldenbear said...
ReplyDelete"Tuan,Dalam keadaan sekarang orang melayu boleh memilih kepemimpinan Melayu dari golongan melayu UMNO dan Melayu PAS.Bagi saya kedua-dua golongan melayu tadi tidak sempurna dan kita tiada punyai pilihan lain selain memilih salah satu diantara keduanya.Melayu PAS jadi pilihan kerana kepimpinannya lebih islamik .Islam mengutamakan golongan majoriti tanpa menindas golongan minoriti."
Komen:
Sesiapa saja orang Islam yang jadi pemimpin sudah tentulah kepimpinannya dianggap Islamik dan kalau yang bukan Islam meskipun kepimpinan jauh lebih baik dari kepemimpinan Islam itu sendiri akan tetap dianggap sebagai TIDAK Islamik. Betulkan?
Dan kalau pemimpin Islam melakukan kemungkaran contohnya kemungkaran terhadap alam (menarah bukit bukau seolah-olah besok tiada lagi), apakah akan ditukar labelnya sebagai pemimpin bukan Islami atau terus dikekalkan panggilannya sebagai pemimpin Islamik juga?
Jadinya, mana lebih penting? Isi kepimpinan atau jenis kepimpinan? Bagi saya isi lebih penting dari kulit. Yakni, kemampuan kepimpinannya itu lebih penting kerana semua yang baik yang dilakukan oleh pemimpin itu akan terus selari dengan ciri-ciri yang ditentukan dalam agama Islam.
ATAS PAGAR
Apabila berbicara tentang politik, ramai yang fanatik. Terutama apabila membicarakan tentang UMNO dan PAS, penyokong kedua-dua parti ini amat taksub dengan parti masing-masing.
ReplyDeleteSebenarnya ketabsuban ini tidak perlu. Kita lihat dan amati, banyak persamaan di antara UMNO dan PAS. Pertamanya, PAS dan UMNO adalah parti orang Islam. Kedua, PAS dan UMNO adalah parti kaum Melayu.
Bezanya cuma pada label. PAS guna label Islam. UMNO guna label Melayu. Mengikut perlembagaan, Melayu adalah subset kepada Islam, bermaksud Melayu boleh diertikan sebagai Islam. Oleh kerana itu, di Malaysia, Melayu adalah sentiasa Islam. Mengambil analogi seperti ini, maka UMNO juga boleh dipanggil sebagai "Pertubuhan Kebangsaan Islam Bersatu". Maksud "Kebangsaan" ini diterjermahkan daripada perkataan English - "National", jadi Kebangsaan bukanlah merujuk kepada "bangsa" tetapi merujuk kepada negara. Kita lihat pula PAS, bermaksud Parti Islam Semenanjung. Semenanjung bermaksud negara atau pun "National", jadi sekiranya kita menterjermahkan "National" sebagai "kebangsaan", maka PAS, boleh juga dipanggil Parti Islam Kebangsaan.
Label, secara permukaannya nampak berlainan tetapi sekiranya diterjermahkan dengan cara yang rasional, maka label ini adalah label yang sama PAS = UMNO.
Dari segi prinsip perjuangan. PAS dan UMNO memperjuangkan perkara yang sama. Kedua-duanya memperjuangkan agama Islam. Bezanya, perjuangan PAS banyak berkisar kepada falsafah Islam dan retorik, manakala perjuangan UMNO pula berkisar kepada pembangunan fizikal (pembinaan masjid) dan juga penerapan nilai-nilai Islam. UMNO memperjuangkan ekonomi , PAS pun sewajarnya memperjuangkan ekonomi walau pun tidak nampak kebolehan di dalam perkara ini. Sama juga pendidikan , saya yakin kedua-dua organisasi mementingkan pendidikan.
Masalah atau pun dilema yang dihadapi oleh PAS adalah terjermahan mereka sendiri. PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa Melayu adalah subset kepada Islam. Maka PAS tidak menerima fakta bahawa memperjuangkan nasib Melayu adalah sama dengan memperjuangkan nasib Islam. Terjermahan sempit ini menyebabkan ramai hati kaum Melayu telah terguris. Tambahan pula, dengan pendampingan PAS dengan parti kafir, di samping mengutuk mengatakan Melayu Islam adalah kafir sebenarnya merupakan satu paradox yang memerangkap falsafah dan pemikiran PAS.
Walau pun prinsip asas atau pun asal diantara PAS dan UMNO adalah sama, tetapi di dalam politik, keperluan untuk berkuasa mengatasi keperluan untuk berprinsip.Sekiranya kedua-dua parti ini meletakkan kepentingan berprinsip melebihi keperluan untuk berkuasa, saya tidak nampak bahawa PAS dan UMNO tidak mampu untuk berdamai.
Salam Datuk dan rakan sekalian,
ReplyDeleteTidak ada ruginya kalau mukmin seantero dunia menoleh ke belakang iaitu ke era kegemilangan silam agar ia memberikan sedikit gambaran dan panduan bagaimana untuk bergerak ke depan.
Dalam keadaan mukmin sedunia tercari-cari jalan ke depan yang lebih terjamin menuju sasaran yang dimahukan, mereka seolah-olah tidak nampak perbezaan antara dulu dan sekarang.
Maksudnya sedarkah kita bahawasanya satu masa dulu para mukmin adalah jauh lebih meluas penguasaan berbanding bukan bukan mukmin dalam segenap aspek kehidupan?
Walhal di kedewasaan ini mukmin berada di belakang dominasi bukan mukmin dalam serba serbi termsuklag aspek kesatuan?
Tidakkah aspek ini yang harus mendapat perhatian mukmin sejagat kalau benar-benar serius dalam mengembalikan kegemilangan lampau?
Hik-Hik-Hik
Saudara berasiam,
ReplyDeleteParti PAS bukanlah serpihan UMNO. Mereka berasal dari Parti Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh pihak British dalam tahun 1948. Akibat dari pengharaman oleh pihak British, ahli-ahli Parti berkenaan telah menyertai UMNO seketika, sebelum menubuhkan parti baru mereka, PAS, dalam tahun 1951.
Parti Semangat 46 pun, secara teknikalnya, bukan parti serpihan UMNO. Parti UMNO sekarang adalah parti baru yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir dalam tahun 1988, dan bukan parti UMNO yang ditubuhkan oleh Dato Onn dalam tahun 1946. Parti UMNO yang telah ditubuhkan dalan tahun 1946 itu telah diharamkan oleh mahkamah. Lanjutan dari itu, Tun Dr. Mahathir telah menubuhkan parti yang baru yang dinamakan UMNO (Baru) manakala Tengku Razaleigh pula cuba untuk menubuhkan parti UMNO 46 (untuk mengembalikan semangat UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946). Namun, pendaftaran nama yang dicadangkan oleh Tengku Razaleigh tidak diluluskan dan beliau menamakan parti barunya Semangat 46.
Kedua-dua mereka telah mendakwa bahawa merekalah parti yang mengganti parti UMNO yang lama dan telah berusaha untuk menarik bekas ahli-ahli UMNO lama untuk menyertai parti baru mereka masing-masing.
Majoriti ahli UMNO yang asal telah menyertai UMNO (Baru) dan bukan Semangat 46; maka kelihatan seolah-olah Semangat 46 adalah serpihan UMNO.
Jika kita ingin lihat orang Islam dan Melayu bersatu; jangan kita tertumpu kepada soal parti mana. Adakah UMNO lebih baik dari PAS atau PAS lebih baik dari UMNO? Ataupun, siapa serpihan kepada siapa?
Parti adalah hanya kenderaan atau alat untuk menyatukan matlamat dan objektif masing-masing. Jika masing-masing mempunyai matlamat yang berbeza dan objektif juga tidak sama; maka tertubuhlah parti yang berasingan. Namun, ini tidak bermakna yang kedua-dua parti perlu bermusuhan dan bertelagah. Jika satu parti mempunyai matlamat untuk menjaga kepentingan orang Melayu dimana majoriti adalah orang Islam dan parti yang satu lagi mahu menjaga kepentingan orang Islam dimana majoriti di Malaysia adalah orang Melayu; adakah mereka perlu bertengkar?
Jadi, adalah amat penting bagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli dari parti-parti UMNO dan PAS untuk berkompromi dalam menjaga kepentingan orang Islam dan juga orang Melayu.
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya sokong dengan ulasan dari raja2u.
saya tak suka tengok kita sesama melayu ni bertelagah.
hati saya sedih kerana dalam keluarga yang besar ni(melayu=islam=bersaudara) susah sangat nak bersepakat.
Saya percaya kita semua sayangkan agama, dan bangsa kita. Cuma jalan yang dipilih tu yang berbeza. Tapi matlamatnya 'hampir sama'.
kalaulah kita semua sanggup membuang ego dan sikap pentingkan diri, baru lah boleh bersatu.
Tetapi, semua ini tidak akan terjadi sekiranya kita semua masih lagi bermusuhan dan saling sakit-menyakiti antara satu sama lain.
Kalau kita bergaduh sesama kita bangsa lain lagi suka. masa tu kita sendiri yang rugi.
Senang kita nak cari kesalahan orang tapi kita susah nak mengaku kesilapan sendiri.
mari kita menilai diri kita sendiri, dan membetulkan kesalahan dan kelemahan diri kita.
Saya berdoa supaya semua orang melayu dan islam akan bersatu dan bersama-sama memerintah negara.
saya percaya suatu hari nanti, akan tiba masa dimana semua orang melayu akan bersatu juga.Amin..(mudah-mudahan)
Datuk,
ReplyDeleteTerlebih dulu sy mohon maaf krn telah lama tidak beri apa2 komen dlm blog Datuk ini. Tetapi topik perbincangan Datuk kali ini amat memanggil sy utk memberi sedikit ulasan buat dikongsi bersama.
Kalau tidak silap saya, beberapa ketika dulu, saya pernah beri komen di blog ini tentang dilemma orang Melayu dan Islam. Memandangkan topik ini muncul semula, maka eloklah kiranya saya mengulang-semula komen saya itu.
Datuk,
Kita tahu, diawal kemerdekaan, rata2 org Melayu beranggapan bhw usaha & perjuangan mrk telah berjaya. Tidak terfikir oleh mrk, bahawa usaha & perjuangan mengisi kemerdekaan itu adalah lebih perit & menyeksakan. Hingga sampai ke satu peringkat dimana utk kekal "survive" di tanahair tercinta ini, mrk terpaksa mengadaptasi satu kaedah yg bertentangan dgn tuntutan agama Islam itu sendiri malah secara tidak langsung mrk telah membelakangkan tanggungjawab mrk sbg khalifah di muka bumi ini.
Kaedah yg saya maksudkan itu ialah "Dasar Ekonomi Baru".
Melalui dasar ini, org Melayu diberi pelbagai keistimewaan utk mempertingkatkan tahap pembelajaraan & ekonomi mereka agar boleh bersaing dgn bangsa2 yg lain. Dgn org Melayu mendapat hak keistimewaan, org bukan Melayu dinafi/dikurangkan hak mereka. Apakah ini dibenarkan dlm Islam?
Datuk,
Islam menuntut umatnya bekerja keras, menuntut ilmu, tolong-menolong, jujur, amanah & sbgnya. Jika org Melayu tekun menurut tuntutan Islam ini, sudah pasti org Melayu itu boleh berjaya & mampu bersaing dgn bangsa2 yg lain.
Tapi, ramai org Melayu gagal.
Mungkin akibat faktor sejarah & kelicikan pihak penjajah yg bijak menghakis sifat yakin diri dikalangan org Melayu itu, maka org Melayu tidak mampu lagi untuk kekal bersaing.
Hendak tidak hendak, pemimpin negara terpaksa memperkenalkan DEB, iaitu satu dasar yg bg sy bertentangan dgn Islam.
Namun, sy telah dinasihati oleh seorang guru agama sy, bahawa kita dibenar melakukan perbuatan yg bertentangan dgn Islam atas dasar keadaan yg darurat. Perlaksanaan DEB, walaupun tidak "ideal" dr segi Islam ttp keperluannya amat mendesak krn ia melibatkan "survival" bangsa & seterusnya agama Islam itu sendiri.
Tetapi apa yg paling mengerunkan sy apabila mendengar nasihat guru sy ini ialah, syarat2 ketat bg kita org Islam apabila ingin melakukan perkara yg bertentangan dgn Islam apabila berada dlm keadaan darurat.
Antara syaratnya ialah, mesti perlu ada iltizam & usaha yg bersungguh2 dr kita utk keluar dr belenggu darurat itu. Dlm erti kata lain, dikala kita org Melayu menikmati DEB ini, kita juga perlu berusaha sekuat daya utk hidup berdikari & tidak terlalu mengharap pd DEB ini lagi.
Jikalau kita alpa, cuai & ambil sifat endah tidak endah maka keadaan darurat itu sudah tidak darurat lagi & kita akan tergelincir melakukan satu perbuatan yg haram disisi Islam.
Begitu juga dgn tabiat & tindakan sesetengah pihak yg salahgunakan DEB ini untuk mengkaya & memewahkan juak2 mereka sahaja. Ini lagilah teruk & bercanggah dgn Islam.
….bersambung
-sinbad-
Datuk,
ReplyDeleteSaya sedar ramai yg tidak bersetuju dgn pendapat saya ini. Lebih2 lagi apabila ia menyentuh satu perkara yg memberi faedah & kelebihan kepada mrk. Sudah menjadi tabiat manusia, hanya nampak kesalahan pd org lain tetapi byk berdalih2 apabila melibatkan kesalahan pd diri sendiri. Bayangkan, manfaat org Melayu yg belajar di MRSM, IKM, UiTM kemudian dapat pula biasiswa & pinjaman MARA. Bila saya kata ia tidak ideally Islamic, pasti marah & tak puas hati pelajar2 & ibubapa2 mereka tidak kiralah org UMNO ke, PAS ke PKR ke.
Tapi, itulah hakikatnya. Kita boleh lihat sendiri di negara yg penduduk majoritinya Islam spt Indonesia, Mesir, Turki, Bosnia. Adakah dasar seperti DEB di Malaysia ini?
Datuk,
Saya rasa sudah tiba masanya bagi kita org Melayu utk kembali ke pangkal jalan & berusaha sekuat daya utk bersaing dgn bangsa2 lain. Kurang2kanlah berpolitik & janganlah terlalu kuat menuduh & membenci sesama kita. Sesungguhnya kita org Melayu Islam ada tanggungjawab yg amat penting iaitu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Seorang khalifah sepatutnya memimpin umat dunia tidak kira samada Islam atau bukan Islam. Amat tidak kena gayanya, jika seseorang khalifah itu mempunyai hak keistimewaan bangsa pula. Macam mana org bukan Islam nak tertarik atau terpanggil masuk Islam kalau org Islam itu sendiri asyik2 nak melebih2kan hak mereka sahaja.
Dilema ini bukan hanya pd PAS sahaja. UMNO pun sama. Bagi saya kedua-dua parti politik org Melayu ini mempunyai wadah perjuangan yg suci & murni. Hanya fokusnya sahaja skrg ini agak hilang. Ditambah dgn sifat benci & dendam yg semakin menggila sejak kebelakangan ini.
Saya hanya mahu pemimpin2 kedua-dua parti berkenaan sedar bahawa tanggungjawab org Melayu utk menjadi khalifah di muka bumi ini masih jauh & banyak perkara masih perlu dilakukan.
Buat penyokong2 mereka pula. Marilah kita kembali fokus terhadap objektif memajukan bangsa & agama kita. Kita perlu bekerja kuat & berusaha gigih. Elakkan bersengketa, benci, dendam & cemburu yg melampau.
Insya-Allah kita akan pasti berjaya. Dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini akan turut tercapai.
-sinbad-
Sdr XERONINE, antara lain, berkata, "Kita betulkan ADAB dan SIKAP kita didalam mencari kebaikan dan penambahbaikan."
ReplyDeleteKomen:
1. Satu pertiga saya setuju
2. Ajaran Islam seperti yang saya bincangkan sebelum ini dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu akidah, akhlak dan syariah. Di mana Allah letakkan syarat ketiga2 komponen ini perlu diseimbangkan jika nikmat sebenar Islam ingin dirasai didunia dan diakhirat.
3.Maksud saya, jika sdr terima ADAB dan SIKAP terletak di bawah komponen AKHLAK tersebut, bagaimana dengan komponen akedah dan SYARIAHnya?
4.Dan, bagaimana jika saya katakan yang dimasudkan komponen Syariah ialah sistem kesihatan,sistem ekonomi, sistem pendidikanm sistem kewangan, sistem insuran, sistem jenayah, sistem pengurusan projek dll
Dear Dato'
ReplyDeleteTerima kasih Sdr SAJI.
ADAB dan SIKAP itu pendekatan dan kaedahnya.
Pendekatan dan kaedah (Approach and Method) dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan.
Kebaikan dan penambahbaikan dalam apa juga perkara.
Dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan berAKHLAK.
Dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan berAQIDAH.
Dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan berSYARIAT.
Setiap perkara apa pun, dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan ...
- ada niat
- ada guru
- ada cara
- ada sumber dan pelaksanaan
- ada pengawalan dan pemantauan
- dan seterusnya ada strategi dan pelan tindakan untuk penambahbaikan yang berterusan ...
Memang tidak akan putus kitaran ini selagi hayat dikandung badan.
BUT, setiap detik dalam perkara-perkara tersebut mesti ada ADAB dan SIKAP tulus dan murni. Baru mungkin kita nikmati berkatnya. InsyaALLAH.
Mana yang kurang tolong tambahkan. Yang silap tolong betulkan.
XERONINE
Salam Dato'
ReplyDeletePembahas Sekilas Renungan ada menulis bahawa UMNO dan PAS banyak persamaan terutamanya adalah seperti berikut:
'Kita lihat dan amati, banyak persamaan di antara UMNO dan PAS. Pertamanya, PAS dan UMNO adalah parti orang Islam. Kedua, PAS dan UMNO adalah parti kaum Melayu.'
Jadi tidak pernah terfikirkah kita KENAPA...KENAPA ketika ini Negeri Kelantan yang majoriti penduduknya adalah MELAYU beragama ISLAM seperti dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat? Suatu ketika Negeri Terengganu yang pernah ditadbir oleh parti PAS turut dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat. Apakah salah rakyat negeri ini? Bukankah majoriti mereka MELAYU dan beragama ISLAM? Bukankah lebih elok, manis dan membanggakan jika majoriti pemimpin MELAYU di Putrajaya membantu pemimpin MELAYU di negeri-negeri memang sah penduduknya majoriti MELAYU seperti KELANTAN dan KEDAH yang seperti terpinggir kini. MELAYU tolong MELAYU tidak kira siapa yang disokong oleh MELAYU yang dibantu adalah lebih bagus rasanya. Apa yang penting ia lebih nampak ikhlas untuk melihat 'JANJI MELAYU BERJAYA...SENANG DI NEGARA MALAYSIA' ini. Semoga pemimpin-pemimpin besar UMNO dan PAS melihat kesinambungan kemajuan MELAYU dan ISLAM di Malaysia lebih penting dari sifat tamak haloba pada kuasa dan harta masing-masing.
Mutiara Damansara
Sekilas Pandang kata,
ReplyDelete"Masalah atau pun dilema yang dihadapi oleh PAS adalah terjermahan mereka sendiri. PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa Melayu adalah subset kepada Islam. Maka PAS tidak menerima fakta bahawa memperjuangkan nasib Melayu adalah sama dengan memperjuangkan nasib Islam. Terjermahan sempit ini menyebabkan ramai hati kaum Melayu telah terguris. Tambahan pula, dengan pendampingan PAS dengan parti kafir, di samping mengutuk mengatakan Melayu Islam adalah kafir sebenarnya merupakan satu paradox yang memerangkap falsafah dan pemikiran PAS."
Penyatuan perlukan dua tangan untuk bertepuk dan mengeluarkan bunyi.
Sdr mengenengahkan terjemahan sempit PAS. Bagi memperlihatkan komen yang seimbang, saya tambah isi penulisan sdr dengan sokongan pimpinan pusat dan bahagian UMNO yang menyokong judi sukan tempohari.
Seperti yang kita maklum dari bacaan media (terutama internet), perbincangan memang ada berlaku semasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menjadi tuan rumah tempohari.
Namun perbincangan tidak berlangsung lama kerana tidak sama "platform" dalam topik pertama lagi iaitu berkenaan had dan adab bukan muslim didalam kawasan mesjid.
PM dan TPM bukan dari pengajian agama. Namun sebaliknya bagi Tun Abdullah Badawi dan Nik Aziz.
Jika saya silap fakta, harap betulkan.
Fed Up
Menurut Sekilas Renungan;
ReplyDelete"Tambahan pula, dengan pendampingan PAS dengan parti kafir, di samping mengutuk mengatakan Melayu Islam adalah kafir sebenarnya merupakan satu paradox yang memerangkap falsafah dan pemikiran PAS."
Sifat salah menyalahkan seperti inilah yang membuat orang Melayu menjadi kucar-kacir. Adakah orang UMNO yang bergabung dengan MCA, MIC dan Gerakan lebih baik dari PAS yang tidak bergabung, tetapi sekadar bekerjasama dengan DAP?
Adakah MCA, MIC dan Gerakan yang bersatu dengan UMNO dalam BN itu parti Islam? Siapa yang menghina orang perempuan Islam yang tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki bukan mahram; bukankah dari MCA? Siapa yang mempersoalkan pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia; bukankah dari Gerakan?
Sehingga kini Pakatan Rakyat masih lagi sekadar kerjasama dan bukan gabungan rasmi. Masih tiada parti Pakatan Rakyat yang berdaftar secara rasmi. Berbeza dengan penyatuan BN yang membuat kata-putus atas persetujuan bersama semua parti gabungan. Jadi, siapa yang lebih berdamping dengan parti kafir?
Saya bukan menyokong PAS dan saya juga bukan menyokong UMNO; tetapi jika benar-benar hendak Melayu bersatu, hentikanlah memburuk-burukkan pihak yang lain. Cari jalan untuk berbaik-baik, bukan kata mengata.
Mutiara Damansara kata,
ReplyDeleteKENAPA...KENAPA ketika ini Negeri Kelantan yang majoriti penduduknya adalah MELAYU beragama ISLAM seperti dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat?
comment:
Sebabnya pemimpin PAS terlalu mencengkam fikiran rakyat Kelantan supaya anti-UMNO. Jangan salahkan Kerajaan pusat. Saya rasa projek kerajaan pusat di Kelantan terus dibangunkan. Kemungkinan kerajaan PAS di Kelantan tidak ada idea yang boleh menaik tarafkan kesejateraan rakyat dari segi pembangunan physical. Yang ditekankan oleh kerajaan Pas di Kelantan hanya tertumpu kepada pembangunan rohani. Itu yang rakyat Kelantan suka.
Kesimpulannya, Kerajaan PAS Kelantan mempunyai vision dan mission yang berlainan dengan kerajaan Pusat. Vision dan mission yang tidak serasi. Jadi macam mana nak buat? Siapa nak disalahkan. Orang PAS kata UMNO salah dan orang UMNO kata PAS yang salah. Inilah akibatnya kalau orang Melayu tak bersatu. Orang Melayu tak semestinya sokong orang PAS dan begitulah sebaliknya. Jadi orang Melayu kena terimalah hakikat ini dan persoalan ini akan terus berlarutan sebagai bahan politik dan cakap-cakap yang tidak mendatangkan keuntungan kepada orang Melayu dan Islam.
-Kudin-
Dato',
ReplyDeleteAlangkah baiknya jika peminat2 blog dato hanya beri pendapat masing2 atas tajuk yg dato' bentangkan tanpa menolak pendapat orang lain.
Sebab masing2 beri pendapat, sekali lagi saya ulang...PENDAPAT.
Jadi, jangan paksa orang lain terima pendapat kita.
manakah pembahas bernama Langit Biru?Saya dh lama tak baca komen mantapnya itu.Sekiranya beliau membaca sudah tentu komen beliau dihiasi dgn hujah alquran dan hadis.
ReplyDeleteMintak pembahas Langit Biru menyatakan konsep penyatuan yg sebenar-benarnya dlm Islam.
Sekian
peminat Langit Biru
Dear Dato'
ReplyDeleteTolong tambah, selepas pengawalan dan pemantauan, perlu:
- ada penilaian
Begitulah. Bila menilai mesti ada terms of reference atau quality standards. Bunyinya macam pengurusan projek pula, tetapi tidak. Applicable according to context. Menilai pemimpin, apa quality standards kita. Apa niat kita.
Maka pilihlah mereka yang mencapai sebanyak mungkin quality standards yang dipersetujui bersama, sebagai barisan atau saf pemimpin kita.
Baliklah kampong tengok apa yang ada. Di kampong saya sahaja within the last 15 years or so, begitu ramai keluarga kehilangan anak (lelaki) kepada dadah and complications arising from the use of dadah.
Anak-anak yang berpotensi, good grades in school, tergadai kepada dadah.
Sekarang pula, pernah saya bertanya seorang pelajar Tktn 5 yang kelihatannya seperti banyak masa terluang: homework dah siap? Jawabnya ... Takada homework. Kenapa? .. soal saya lagi. Oh, sekolah tu sekolah koboi! Jawabnya. Tak tergamam kita? Yang ini bukan di kampong tetapi di Taman Perumahan penduduk berpendapatan rendah.
Lebih besar cabarannya, maka lebih teliti sepatutnya kita dalam menetapkan Quality Characteristics dan Quality Standards pemimpin kita.
Mudah-mudahan. InsyaALLAH.
XERONINE
Dalam zaman ‘capitalist’ ‘propaganda’ main peranan yang penting.
ReplyDeleteSelalunya kelihatan ‘budaya’ berlawan dengan ‘propaganda’. ‘Propaganda’ adalah umpama ‘product marketing’. Ada isinya betul ada pula sebaliknya.
Bukan saja di Tanah Melayu, malahan di seluruh dunia ‘propaganda’ sudah menghapuskan segala budaya semua bangsa kerana mereka menggunakan ‘propaganda’ dalam sistem ‘capitalist’.
Ada diantara pemimpin Melayu, baik dalam mana-mana parti politik, semakin hari semakin hanyut berdrama.
Ikan busuk bermula dari kepala.
Begitu juga sesuatu bangsa itu hancur bermula dari ketuanya.
Punca yang paling ketara sekali, Melayu masih mengamalkan perasaan rendah diri ( tidak dinamik dalam bersuara ). Ketidak kuasaan masih menebal dalam segala pengurusan.
Bagaimanakah kita harus mengkekalkan budaya Tanah Melayu supaya masa depan orang Melayu terjamin, sedangkan pengaruh Melayu semakin hilang baik dalam budaya mahupun bahasa dalam negerinya sendiri?
Kerap-kali kuasa ekonomi dan juga kuasa politik semakin terumbang ambing.
Dahulu sebelum dan selepas merdeka banyak bangsa pendatang berebut-rebut mengamalkan cara Melayu, dengan mengguna-pakai bahasa dan budaya Melayu kerana rasa terjamin kehidupannya dimasa hadapan di Malaysia. Sungguh malangnys kini sudah terbalik, orang Melayu pula terasa tidak terjamin masa hadapan mereka.
Oleh kerana itu, haruslah menjadi tanggung-jawab orang Melayu bersatu menguatkan kembali pengaruh Melayu dalam segenap penjuru supaya anak muda Melayu tidak menceduk budaya, ugama dan bahasa asing dalam kehidupan di Malaysia.
Andainya Melayu suka bercakap tidak serupa buat, salah siapa?
Adakah …..
Salah ketuanya yang menjadi kepala dalam rumah Melayu kerana tidak mendidik.
Salah ketuanya yang menjadi kepala dalam masyarakat Melayu kerana tidak mengajar ( tunjuk tauladan )
Atau salah ketuanya yang menjadi kepala Negara dan bangsa kerana tidak tahu menggunakan kuasanya untuk kepentingan Melayu.
Mutiara Damansara, Fed Up dan Suffian,
ReplyDeleteSaudara-saudara semua boleh menyoal dan memperoalkan, itu hak saudara. Tetapi sekiranya sdr. ingin UMNO dan PAS berdamai, sdr. perlu damaikan sifat "keganasan" di dalam jiwa sdr. Man can only make peace with others once he is abled to make peace with himself.
UMNO dan PAS cuma sebuah organisasi. Organisasi tidak bersalah, tidak mempunyai roh dan nafsu, berbeza dengan manusia yang mempunyai roh dan juga nafsu.
Kita lihat balik sejarah perpecahan PAS daripada BN. Krisis ini bermula dengan pemberontakkan Nik Aziz kepada pentadbiran Menteri Besar Kelantan daripada PAS sendiri iaitu Muhammad Nasir, sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda dan rusuhan berlaku di Kelantan. Mungkin, sdr. boleh menjawab mengapa PAS memecat Muhammad bin Nasir, MB Kelantan yang merupakan pemimpin PAS sendiri, saya tidak ada jawapannya.
Tun Hussein Onn, mengatakan bahawa beliau akan berdosa lebih besar sekiranya rusuhan di Kelantan tidak dibendung kerana ianya akan membawa kepada pertumpahan darah sesama umat Islam dan sebagai pemimpin beliau mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat. Undang-undang darurat dilaksanakan di Kelantan pada tahun 1977 untuk selama enam bulan sebelum state election baru untuk memilih kepimpinan baru Melayu Islam di Kelantan pada tahun 1978.
PAS tidak bersetuju agar undian di buat pada tahun 1978 untuk memilih pemimpin Kelantan baru, lalu membuat usul untuk mengadakan undi tidak percaya kepimpinan di Kedah dan juga meletakkan calon bertanding dengan calon UMNO di Johor dan di negeri-negeri lain.
Perpecahan berlaku kerana terdapat jiwa yang tidak aman di dalam manusia-manusia yang memimpin PAS. Bukan sahaja pemimpin PAS menolak sebahagian pemimpin mereka , tetapi juga menolak persefahaman dengan UMNO. Berbeza pada hari ini, PAS sanggup tidur sebantal dengan DAP tetapi meng"jahiliyah"kan UMNO. Dari konteks aqidah yang dibawa Rasulullah, bukankah DAP yang sebenarnya jahil ?
Saya tidak boleh komen tentang perkara yang saya sendiri kurang pengetahuan seperti implikasi undang-undang di isu royalti minyak Kelantan, perbincagan antara Nik Aziz dan Najib dan Muhyiddin dengan Yang diPertuan Agung, dan pendapat mengatakan manusia daripada pengajian agama adalah insan kamil.
Tetapi sekiranya sdr.-sdr. berminat untuk melihat perpaduan sesama Islam, sewajarnya bermula dengan persamaan dan bukan perbezaan. Perbezaan berlaku kerana berpunca daripada pendapat manusia, dan tidak ada satu manusia pun di dalam dunia akan bersependapat 100% pada setiap masa. Sekiranya perbezaan pendapat ini ditekan semasa perbincangan untuk persefahaman, memang go-head gostan, pergi Tanjung Rambutan. Tetapi sekiranya persamaan yang ditekankan, seperti PAS sanggup menerima DAP, tidur sebantal pun tiada masalah, asal bukan homoseksual dan muhrim.
salam sdr XERONINE
ReplyDelete"ADAB dan SIKAP itu pendekatan dan kaedahnya.
Pendekatan dan kaedah (Approach and Method) dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan.
Kebaikan dan penambahbaikan dalam apa juga perkara.
Dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan berAKHLAK.
Dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan berAQIDAH.
Dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan berSYARIAT.
Setiap perkara apa pun, dalam mencari kebaikan dan penambahbaikan ...
- ada niat
- ada guru
- ada cara
- ada sumber dan pelaksanaan
- ada pengawalan dan pemantauan
- dan seterusnya ada strategi dan pelan tindakan untuk penambahbaikan yang berterusan ..."
Komen:
Boleh sdr berikan contoh bagaimana mencari kebaikan dan penambaikan tiga komponen Islam di atas telah dilakukan oelh mana2 pihak atau apa yang sdr mahu cadangkan
Untuk makluman sdr, saya ada bincangkan dalam blog ini bagimana Barat yang sekular mengatasi masalah pemandu LRT/MRT yang datang lewat kerja dsb dengan mencipta LRT/MRT tanpa driver, disamping meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatannya.
Salam Sinbad
ReplyDelete"Islam menuntut umatnya bekerja keras, menuntut ilmu, tolong-menolong, jujur, amanah & sbgnya. Jika org Melayu tekun menurut tuntutan Islam ini, sudah pasti org Melayu itu boleh berjaya & mampu bersaing dgn bangsa2 yg lain.
Tapi, ramai org Melayu gagal.
Mungkin akibat faktor sejarah & kelicikan pihak penjajah yg bijak menghakis sifat yakin diri dikalangan org Melayu itu, maka org Melayu tidak mampu lagi untuk kekal bersaing.
Hendak tidak hendak, pemimpin negara terpaksa memperkenalkan DEB, iaitu satu dasar yg bg sy bertentangan dgn Islam.
Namun, sy telah dinasihati oleh seorang guru agama sy, bahawa kita dibenar melakukan perbuatan yg bertentangan dgn Islam atas dasar keadaan yg darurat. Perlaksanaan DEB, walaupun tidak "ideal" dr segi Islam ttp keperluannya amat mendesak krn ia melibatkan "survival" bangsa & seterusnya agama Islam itu sendiri.
Tetapi apa yg paling mengerunkan sy apabila mendengar nasihat guru sy ini ialah, syarat2 ketat bg kita org Islam apabila ingin melakukan perkara yg bertentangan dgn Islam apabila berada dlm keadaan darurat."
Komen:
1. Hujah guru sdr mengenai DEB tersebut dari aspek darurah tidak memadai
2. Sdr kena refer balik guru sdr berkenaan dan suruh dia ulas DEB dari sudut perundangan Islam Masalih Mursalah dan sebelum sdr jumpa guru tersebut sdr kena mensiapkan diri dengan membaca buku PEMBINAAN PERUNDANGAN ISALM oleh Abu Husni yang ada membincangkan bab Masalih Mursalah yang saya maksudkan itu
I think UMNO now is in the right track, Syabas, Najib. You have changed the mentality of UMNO members and the rakyat are beginning to appreciate it even though not 100% but at least things are moving forward towards a better future for the Malays. Not all the Malays will admit that there is a shift in UMNO leaders mindset. Anyway, Najib has shown something positive for the rakyat to slowly but surely beginning to accept his leadership.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSaya ini bukan ahli UMNO tetapi tergerak hati hendak bertanya tentang isu kafir yang dibawakan oleh Nik Aziz -- Ulamak Pas.
Nampaknya Tok guru tidak pernah berganjak daripada memainkan istilah kafir dalam gelanggang politik nasional.
Terbaru, Che Det telah membuktikan bahawa Pas sememangnya menuduh Umno kafir berdasarkan kenyataan-kenyataan umum yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas.
Soalan saya ialah: kafir yang dimaksudkan oleh Tok Guru Pas adalah siapa? Ahli Umno atau parti Umno itu sendiri.
Saya berasakan persoalan ini amat penting didiskusikan kerana ianya membabitkan kepentingan umum dan kesucian agama.
Sebagai contoh, kalaulah yang kafir itu adalah parti Umno, apakah status program Umno (di sisi agama) yang dihadiri oleh kalangan bukan Umno (seperti saya) sejak dulu hingga sekarang? Bla, bla, bla.
Sekian terima kasih.
Pelayar Blog Politik
Salam Datuk,
ReplyDeletePerkara pertama yang harus di lakukan oleh orang Melayu sebelum bersatu ialah dengan memilih hanya satu parti sahaja. Tiada pilihan sebenarnya bagi orang Melayu kerana samada Umno atau Pas, kedua-duanya tidak pandai berpolitik 'satu didalam pagar dan satu diluar pagar'. Itulah pegangan politik kaum Cina dan India dinegara ini, cuma yang kita nampak hanyalah benda-benda yang tersurat tetapi yang tersirat itulah yang terus menjadi keutamaan kepada mereka.
Andai perkara ini berlaku kepada politik Melayu maka mungkin tiada perpecahan yang berlaku. Malangnya perkara ini amat mustahil bagi orang Melayu yang amat taksub pegangan politiknya serta bersikap pendendam yang tak berkesudahan (Nik Aziz contoh terbaik).
Melihat akan perkara ini maka orang Melayu harus memilih satu parti sahaja. Dalam hal ini pada saya hanya Umno sahaja tempat orang Melayu bergantung harap, sungguhpun tidak 100% sempurna. Antara dua 'syaitan' didepan mata, pilihlah syaitan yang kurang sikit kejahatannya.
Jimizul
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteBetul tu pak Kadir. Pas yang dalam dilema, bukan bangsa Melayu. Orang Melayu hampir 100% ugamanya Islam, kenapa mesti dimomokan jika tak ikut Pas, Islam kamu tak sah.Siapa kamu yang berhak menilai sedalam itu?.Hanya Allah yang maha mengetahui.
Bangsa Melayu perlu bersatu dalam perkara perkara berkaitan bangsanya, supaya tidak di perlekehkan oleh bangsa lain.
Pak Kadir!!Parti Pas nampaknya tak dapat menerima bahawa orang Melayu tidak perlukan sebuah parti islam yg terlalu extrimis,tapi dalam waktu yang same menyalahkan parti UMNO yang dapat menyerlahkan bahawa Islam itu adelah untuk semua dan ianya tidak extrim...
Dilema Pas: Islam Vs Bangsa
ReplyDeleteBenarkah Dilema Pas antara Islam dan Bangsa?
Atau Dilema Mahathir dan UMNO antara Islam dan Bangsa!
Sesungguhnya,
Terdapat ramai orang yang mengambil berat tentang Islam, tetapi hakikatnya mereka menolak Islam.
Terdapat ramai orang yang berpegang dengan perkara-perkara luaran Islam, tetapi hakikatnya mereka menolak Ruh Islam.
Terdapat ramai orang yang kelihatan beriman dengan sebahagian Kitab Allah, tetapi hakikatnya mereka mengkufuri sebahagian yang lain.
Terdapat ramai orang yang menyambut hari-hari perayaan Islam, tetapi mereka menentang hakikat Syariat Islam di dalamnya.
Dilemma Melayu Islam hari ini adalah bagaimana mewujudkan sebuah Masyarakat Islam di sebuah Negara yang majoritinya beragama Islam.
Islam memberi perhatian terhadap masyarakat sama seperti perhatian terhadap individu. Masyarakat itu sendiri adalah himpunan individu-individu yang berhubungan satu sama atas beberapa ikatan tertentu. Masyarakat dan individu saling mempengaruhi satu sama lain. Baiknya individu, baiklah masyarakat. Baiknya masyarakat, baiklah individu. Individu sukar menjadi baik melainkan jika ia berada di dalam sebuah masyarakat yang dapat membantunya kearah kebaikan.
Masyarakat umpama tapak semaian yang bercambah atasnya benih-benih individu yang membesar didalam iklimnya.
HIJRAH Rasulullah saw bersama Bangsa Quraisy yang telah beriman ke bumi Madinah Al-Munawarrah yang didiami oleh Bangsa Aus dan Khajraj yang berasal dari Yaman, adalah untuk keluar dari Masyarakat Jahiliyyah Quraisy yang teramat sakit jiwa mereka, sebuah tapak semaian yang tidak sesuai untuk benih-benih yang mulai disinari Nur keimanan.
HIJRAH Rasulullah saw hanya satu usaha kea rah mewujudkan satu masyarakat tersendiri yang terbina di dalamnya Akidah, Syiar dan Syariat Islam. Inilah asas dan intipati Masyarakat Islam yang tertunjang ditengahnya Akidah Islam berlandaskan kepercayaan, dan keyakinan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt melalui dua rukunnya, Rukun Iman dan Rukun Islam. Disempurnakanya melalui pengembangan Syair dan Syariat sebagai satu petunjuk dan cara hidup.
Inilah satu masyarakat yang amat berbeza dari masyarakat yang lain. Ia adalah masyarakat Rabbani (berteraskan petunjuk Illahi), kemanusiaan (humanity), berakhlak tinggi dan seimbang.
UMAT ISLAM dituntut menegakkan masyarakat ini, masyarakat Sunnah Rasulullah saw sehingga mereka dapat mendaulatkan Agama Islam. Kehidupan mereka dinaungi petunjuk Illahi dalam segala aspek termasuklah politiknya juga menurut ajaran Islam!
Tiada dilemma bagi kaum Mukmin yang jelas pandangan hatinya dan pegangannya terhadap Islam. Penyakit DILEMMA ini sebenarnya dihadapi oleh individu atau kumpulan individu Muslim yang hidup di tengah masyarakat yang tidak menjadikan Islam sebagai SISTEM HIDUPnya. Islam hanya dikenal sebagai satu cara beribadah yang khusus yang disulami ciri-ciri budaya kaum dan setempat. Mereka seperti ini mengenal Masyarakat Islam adalah semata-mata perlaksanaan Syariat Islam dari sudut perundangan sahaja, terutamanya aspek undang-undang HUDUD dan penghukumannya. SEKALIGUS mereka ini memfitnah Islam dan menakut-nakutkan non-Muslim kononnya kezaliman bakal menimpa masyarakat! Inilah propaganda dari manusia yang mengaku beragama Islam tetapi hatinya menolak Islam. DILEMMA nya tidak berkesudahan. Dan mereka lupa MAUT sentiasa ‘mengejar’ dan semakin hampiri mereka!!!
Sekilas Renungan,
ReplyDeleteSaudara tidak ada pengetahuan tentang royalti minyak kelantan dan pertemuan Nik Aziz-Najib maka tidak ada komen.
Namun ada pengetahuan besar tentang pergolakan di Kelantan pada 1977 sehingga mampu mengolah persoalan.
Fakta dua tiga tahun kebelakangan tidak ada, tapi ada fakta lengkap tentang peristiwa 23 tahun dulu ?
Sedangkan perbincangan royalti kelantan dan pertemuan Nik-Najib diulas meluas di kalangan peminat politik, media siber dan media konvensional.
Ini berhujah ke melawak?
Selain itu mencipta fakta pula kononnya saya ada katakan "pendapat mengatakan manusia daripada pengajian agama adalah insan kamil".
Saya katakan Dollah Badawi dan Nik Aziz keduanya berlatar belakangkan pengajian agama. Perbincangan sepatutnya lebih lama dek kupasan nas dan dalil. Jangan tidak faham dan harap jangan buat-buat tidak faham penulisan saya.
Jika tidak mampu berbincang menggunakan fakta apa kata kita guna logik akal?
Kenapa hanya dipertimbang kemasukan PAS ke UMNO tetapi tidak UMNO ke PAS?
Sudah saya katakan dari komen pertama, bertepuk kedua-dua tangan barulah berbunyi.
Suka juga saya ingatkan, jangan keliru UMNO, PAS organisasi dan UMNO, PAS ahli. Organisasi hanya ada ideologi. Tindakan yang memdefinisikan reputasi datang dari ahli.
Teringin juga saya tahu dari mana datangnya rujukan istilah "keganasan dalam jiwa" itu? Dari penulisan komen baris ke berapa?
Fed Up
Sdr Sekilas renungan, antara lain berkata, "Walau pun prinsip asas atau pun asal diantara PAS dan UMNO adalah sama, tetapi di dalam politik, keperluan untuk berkuasa mengatasi keperluan untuk berprinsip.Sekiranya kedua-dua parti ini meletakkan kepentingan berprinsip melebihi keperluan untuk berkuasa, saya tidak nampak bahawa PAS dan UMNO tidak mampu untuk berdamai."
ReplyDeleteKomen:
Seperti yang saya tulis sebelum ini PAS umpama penduduk rumah kawasan setinggan yang cuba memperbaiki dirinya ke tahap yang sama dengan UMNO yang sudah lama menduduki kawasan taman perumahan yang sah itu.Ini prinsip perjuangan PAS kalau dianalogikan sebegitu.
Atas alasan ini, PAS akan hanya berdamai dengan UMNO jika tahap kedudukannya sama dengan UMNO.
Begitulah kedudukan DAP dan PKR yang juga penduduk kawasan setinggan.
Malah ia bukan sekadar prinsip perjuangan, tetapi haknya memperbaiki tahap kehidupan dari mendiami kawasan setinggan ke kediaman kawasan taman perumahan yang sah itu.
Sdr Sekilas Renungan ada menulis bahawa UMNO dan PAS banyak persamaan terutamanya adalah seperti berikut:
ReplyDelete'Kita lihat dan amati, banyak persamaan di antara UMNO dan PAS. Pertamanya, PAS dan UMNO adalah parti orang Islam. Kedua, PAS dan UMNO adalah parti kaum Melayu.
Komen:
Jika sdr rujuk perbincangan saya sebelum ini mengenai teknik sinektikas cara analogi langsung - merangka, mengenalpasti dan menyelesai masalah yang ingin diatasi secara persamaan/analogi, sdr akan dapati, analisis sdr mengapa UMNO dan PAS tidak boleh berdamai walaupun banyak persamaannya, analisis sdr tersebut akan lebih mantap jika sdr cari dua sistasi bermasalah lain untuk dilakukan perbandingan.
Apa yang saya lakukan saya mencari analogi yang menyamakan UMNO dengan parti di Mesir dan dan menyamakan prinsip perjuangan PAS sebagai prinsip perjuangan penduduk kawasan setinggan pada ketika ini.
Dato, ramai kawan saya bangsa asing yang suka berterus terang dengan saya menyatakan "mereka seronok dan senang berkawan dengan orang Melayu yang sedia terima rasuah tapi mereka takut tapi hurmat kepada orang Melayu yang tak korup"! Mereka gunakan perkataan 'lembu' kepada mereka yang korup dan sebelum adanya handphone ahli2 perniagaan ini mempunyai cara cukup cepat untuk menghantar berita2 diantara satu sama lain walaupun merentasi negeri2! Mereka akan beritahu rakan perniagaan mereka penjawat kerajaan yang akan tukar kenegeri itu korup atau tidak. Pas dan UMNO memang perlu dapat penggundi2 Melayu jika berhajat nak menang PRU13 kerana Cina dan India akan undi DAP, MCA dan Gerakan pada PRU13. PKR dan MIC agak sukar untuk dapat penggundi2 kerana parti politik mereka agak mempunyai banyak masalah dalaman.
ReplyDeleteSdr Pelayar Blog Politik
ReplyDeleteSaya cadangkan sdr singgah2lah ke blog agama sekali sekala. Dan jangan miskan blog pndidikan agama berikut.
http://www.e-bacaan.com/artikal_kafir.htm
Sdr Fed up
ReplyDeleteKenapa hanya dipertimbang kemasukan PAS ke UMNO tetapi tidak UMNO ke PAS?
Cantik hujah sdr di atas.
Lagi cantik jika sdr tambah ayat dengan mengatakan di negara bolehland ini ada bank kecik telan bank besar!
Sekilas renungan,
ReplyDeleteJika kita senantiasa hendak bertelagah atas perkara yang lepas, kita tidak akan ke mana-mana...
Kerana itulah pemimpin-pemimpin hendaklah buang yang keruh, ambil yang jernih; begitu juga kepada pengikut-pengikut. Si-tukang cucuk tidak boleh dilayan.
Usahakanlah yang terbaik bagi kepentingan orang Melayu dan orang Islam; bukan untuk kepentingan peribadi dan perasaan megah.
Orang Melayu majoritinya orang Islam (walaupun tidak semua orang UMNO itu Islam); orang Islam di Malaysia majoriti adalah Melayu (walaupun tidak semua orang PAS adalah orang Melayu). Orang Islam adalah bersaudara; kalau kita hendak berdendam sentiasa, nescaya yang untung adalah kaum lain.
Saya tidak faham siapa yang 'ganas', samada yang menyeru kepada kesabaran dan kebaikan atau yang mengulang-ulang dendam lama?
Sdr Fed. up,
ReplyDeleteTerima kasih kerana turut sama melawak dengan saya.
Saya tidak kata saya tidak tahu tetapi saya "kurang" pengetahuan. Pertama, di dalam komen Nik Aziz mengenai perjumpaan dengan YDP dan Najib dan Muhyiddin, beliau sendiri kata untuk menghormati perbincangan dengan Najib dan YDP, butir-butir perbincangan adalah rahsia. Jadi, kamu lebih pandai daripada orang yang menhadiri perbincangan nampaknya.
Kedua, berkenaan royalti minyak Kelantan, ada dua pendapat, pertama di pihak kerajaan pusat dan kedua di pihak kerajaan negeri. Saya telah membaca pendapat-pendapat tersebut, tetapi seperti saya katakan, saya kurang pengetahuan dari segi undang-undang untuk mengulas pendapat-pendapat bertentangan. Yang cuma saya boleh buat ialah memberikan link.
Ketiga, dari segi penulisan, sdr. meletakkan pengajian agama Nik Aziz dan Abdullah Badawi di perenggan berasingan. Pembaca akan memahami tulisan sdr. sebagai isu lain dari perenggan sebelumnya. Sepatutnya sdr. tulis di dalam perenggan yang sama seperti sebelumnya.
Logik akal ? Saya tidak pernah mencadangkan PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS, saya cuma katakan bekerjasama, sepertimana PAS mampu bekerjasama dengan parti kafir DAP, PAS juga mampu bekerjasama dengan parti (Melayu subset kepada Islam) UMNO.
Ya, betul kena bertepuk dua belah tangan. PAS boleh bertepuk tangan dengan DAP yang meminta tidak diadakan negara Islam, dan juga berkecuali dengan Lee Kuan Yew yang meminta Melayu agar boleh turut sama makan makanan yang mungkin mengandungi minyak babi, tetapi PAS nampaknya tidak sudi bertepuk tangan dengan UMNO untuk menerapkan nilai-nilai Islam.
Keempat, krisis PAS di Kelantan pada tahun 1977, terlalu banyak maklumat dari internet memberikan peristiwa undi tidak percaya PAS kepada Chief Minister PAS sendiri, tetapi tiada maklumat yang menjelaskan kenapa perlu menghukum pemimpin beragama Islam seperti itu ? Saya cuma bertanya - kenapa ? Ada maklumat di internet menyatakan kerana Muhammad Nasir ingin membangunkan perladangan kelapa sawit dengan dana RM 1 billion dari kerajaan pusat , tetapi ditentang oleh PAS kerana pembangunan tersebut terpaksa melalui tanah konsesi kayu balak ahli PAS. Betul ka ?
Jiwa yang tidak aman tidak berupaya untuk berdamai dengan saudara seagama, tetapi suka untuk bekerjasama dengan parti kafir DAP yang berlainan ideologi.
~ Sekilas renungan
Sdr. Suffian,
ReplyDeleteBukan bertelagah ya, cuma ingin mendapatkan maklumat kenapa sebahagian pemimpin PAS menghukum sebahagian pemimpin PAS sendiri yang beragama Islam iaitu - Muhammad bin Nasir dan Mohammad Asri ? Saya masih tertanya. Kuasa ? konsesi balak ? politik ?
Nama samaran membayangkan perasaan dan perwatakan. Fed-up bermaksud marah, meluat, benci dan sebagainya, berpunca daripada kegagalan mengawal nafsu "ammarah", memberi erti jiwa yang bergelora, memberontak dan ganas. Harap-harap dapat diamankan jiwa sdr.
Ya, kita boleh usahakan yang terbaik bila tidak bertepuk sebelah tangan :)
Sekilas renungan,
ReplyDeleteMaksud saya; bukan kita dikalangan pembahas yang bertelagah, tetapi dikalangan pemimpin politik dan ahli-ahli parti politik, terutamanya UMNO dan PAS yang bertelagah.
Parti membawa sokongan dan kepentingan ahli-ahli mereka atas matlamat dan tujuan yang dipegang bersama oleh ahli-ahli parti berkenaan.
Jadi kalau kita lihat secara umumnya; parti UMNO membawa sokongan dan kepentingan ahli-ahli UMNO yang majoriti, tetapi tidak semua beragama Islam. Parti PAS pula membawa sokongan dan kepentingan ahli-ahli PAS yang majoriti, tetapi tidak semua berbangsa Melayu.
Berdasarkan prinsip perjuangan yang berbeza, timbul matlamat yang berbeza bagi UMNO dan PAS. Walaupun demikian, perbezaan matlamat bukanlah alasan untuk bertelagah; samada dari pihak PAS ataupun dari pihak UMNO.
Namun, umumnya kita ketahui bahawa terdapat pertindanan yang besar dikalangan ahli UMNO dan ahli PAS dimana mereka adalah Melayu dan juga Islam.
Justeru, atas pertindanan yang besar inilah kita harapkan agar terdapat kerjasama, (bukan penyatuan) diantara pemimpin (dan ahli) parti UMNO dan parti PAS.
Penyatuan mungkin agak sukar; namun kerjasama atas dasar kepentingan orang Melayu dan juga Islam adalah mungkin; selagi terdapat sifat hormat-menghormati.
Yang pasti, tuntutan keras dari mana-mana pihak agar pihak yang lagi satu dibubarkan demi penyatuan orang Melayu bukanlah suatu sifat menghormati, tetapi tindakan menghina. Oleh itu, adalah amat penting bagi perbezaan juga dihormati sebelum kerjasama dapat dimeterai atas dasar persamaan.
Sekilas Pandangan,
ReplyDelete"Saya tidak kata saya tidak tahu tetapi saya "kurang" pengetahuan."
Namun dalam kes saya, dengan nama "Fed Up" saudara sudah boleh menilai kononnya "Fed-up bermaksud marah, meluat, benci dan sebagainya, berpunca daripada kegagalan mengawal nafsu "ammarah", memberi erti jiwa yang bergelora, memberontak dan ganas"?
"Pertama, di dalam komen Nik Aziz mengenai perjumpaan dengan YDP dan Najib dan Muhyiddin, beliau sendiri kata untuk menghormati perbincangan dengan Najib dan YDP, butir-butir perbincangan adalah rahsia. Jadi, kamu lebih pandai daripada orang yang menhadiri perbincangan nampaknya."
Bukan saya yang kata. Rujukan sdr itu adalah jawapan pertama Nik Aziz. Beberapa minggu kemudian, Nik Aziz sudah menjelaskan sepertimana yang saya tuliskan. Dan saya rujuk di internet sepertimana sdr rujuk kisah 1977 yang juga dari internet.
"Kedua, berkenaan royalti minyak Kelantan, ada dua pendapat,"
Ini saya tidak perlu komen kerana saya sekadar merujuk komen saudara tanpa sebarang ulas balas.
"Ketiga, dari segi penulisan, sdr. meletakkan pengajian agama Nik Aziz dan Abdullah Badawi di perenggan berasingan. Pembaca akan memahami tulisan sdr. sebagai isu lain dari perenggan sebelumnya. Sepatutnya sdr. tulis di dalam perenggan yang sama seperti sebelumnya."
Ayat saya dahulu "PM dan TPM bukan dari pengajian agama. Namun sebaliknya bagi Tun Abdullah Badawi dan Nik Aziz." tidak boleh berdiri sendiri sebagai isi perenggan berasingan. Jadi seperti jati nama sdr; renung dulu baru komen. Jika tidak faham, jangan renung sekilas saja; renung lama-lama.
"Keempat, krisis PAS di Kelantan pada tahun 1977, terlalu banyak maklumat dari internet memberikan peristiwa undi tidak percaya PAS kepada Chief Minister PAS sendiri, tetapi tiada maklumat yang menjelaskan kenapa perlu menghukum pemimpin beragama Islam seperti itu ? Saya cuma bertanya - kenapa ? Ada maklumat di internet menyatakan kerana Muhammad Nasir ingin membangunkan perladangan kelapa sawit dengan dana RM 1 billion dari kerajaan pusat , tetapi ditentang oleh PAS kerana pembangunan tersebut terpaksa melalui tanah konsesi kayu balak ahli PAS. Betul ka ?"
Rujukan sdr banyak dari internet. Maka tahukah sdr, di internet juga ada maklumat pernah beberapa ADUN PAS diculik untuk memenangkan MB pilihan BN? Saya tidak mengesahkan maklumat ini; sekadar menunjukkan bukti rujukan dari internet BUKANLAH rujukan yang muktamad.
Secara umum, saya ulang sekali lagi. Ideologi politik hanya diutamakan pendokong akrab parti. Begitu juga sentimen dan sejarah.
Yang utama, yakinkan pengundi akan kebolehan parti dalam ekonomi dan pendidikan.
(On personal note) itupun jika mahu mengundi mengikut parti. Saya sendiri lebih suka mengundi berdasarkan siapa yang akan diundi.
Saji,
Bank besar saja yang boleh telan bank kecil? Jika lebih ramai politikus yang memikir out of the box, mungkin banyak masalah yang tidak timbul.
Fed Up
Saya tak faham kenapa UMNO tidak mau dan tidak berminat langsung untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan Islam dalam pentadbiran negara. Apakah nilai2 kepimpinan Islam tidak lebih baik dari nilai2 kepimpinan moden?
ReplyDeleteSaya yakin kalau UMNO mengamalkan nilai2 Islam dalam pentadbiran ngara, sudah tentu PAS akan bekerjasama dengan mereka dan tak perlu berdamping dengan DAP. Ini sudah tentu akan menyelesaikan masalah perpaduan Melayu.
Dan saya perhatikan juga orang Melayu secara umum jarang sekali cuba memikirkan bagaimana Islam boleh diamalkan dalam pemerintahan negara. Ceramah disurau dan masjid kebanyakan nya tentang solat, puasa zikir etc.. tetapi sedikit sekali bicara tentang kepimpinan Islam.
Kurangnya ilmu dan kemahiran tentang kepimpinan Islam lah yang menyebabkan orang Melayu tak bersatu.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteJimizul mendakwa kedua-dua PAS dan UMNO merupakan parti syaitan. Dia menggesa orang Melayu supaya memilih UMNO kerana katanya UMNO itu "syaitan yang kurag sikit kejahatannya".
Saya bersetuju dengan Jimizul bahawa UMNO itu parti syaitan, namun PAS bukan sekali-kali parti syaitan; tetapi saya ingin bertanya Jimizul adakah wujud syaitan yang kurang jahat? Sebenarnya tidak ada sekali-kali syaitan yang kurang jahat, apalagi syaitan baik. Sesungguhnya, syaitan merupakan sejahat-jahat makhluk. Kerja syaitan hanya menyesatkan manusia yang tidak beriman.
Dan sebenar dan sesungguhnya, PAS ialah sebuah parti Islam yang berjihad berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Hanya manusia yang beriman kental yang dengan mudahnya dihidayahi cahaya kebenaran oleh Allah SWT.
Oleh yang demikian, hanya PAS yang wajib menjadi pilihan umat Islam Malaysia; bukan UMNO. Mereka yang fasiq sahaja yang memilih UMNO.
Salam langitbiru
ReplyDelete"Dilemma Melayu Islam hari ini adalah bagaimana mewujudkan sebuah Masyarakat Islam di sebuah Negara yang majoritinya beragama Islam."
Saya lebih setuju jika sdr tambah hujah sdr diatas seperti berikut:
Dilemma Melayu Islam hari ini adalah bagaimana mewujudkan sebuah Masyarakat Islam di sebuah Negara yang majoritinya beragama Islam tetapi masih ketinggalan dalam sektor sosio ekonomi atau muamalat berbanding dengan kaum beragama lain walaupun mereka akui pelbagai usaha telah dilakukan oleh para pemimpinnya yang berkuasa termasuk usahanya memperkenalkan DEB, sistem kewangan dan sistem perbankan Islam.
Sdr. Fed Up,
ReplyDeleteDiculik , berapa kena bayar tebusan? Sedap kan guna perkataan dramatik macam ni.
Katakan saya gunakan perkataan dramatik seperti ayat di bawah,
"Ramai MP-MP yang di buli dan diperhambakan Pakatan Rakyat" membebaskan diri; dan ada MP PAS berfatwa bukan cara Islam menyuruh pekerja kilang arak berhenti kerja". Amat dramatik kan ? Namun, kedua-dua ayat tersebut benar dan tidak salah penggunaan.
~ Sekilas renungan
Sdr Tegas
ReplyDelete"Saya tak faham kenapa UMNO tidak mau dan tidak berminat langsung untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan Islam dalam pentadbiran negara. Apakah nilai2 kepimpinan Islam tidak lebih baik dari nilai2 kepimpinan moden?
Saya yakin kalau UMNO mengamalkan nilai2 Islam dalam pentadbiran ngara, sudah tentu PAS akan bekerjasama dengan mereka dan tak perlu berdamping dengan DAP. Ini sudah tentu akan menyelesaikan masalah perpaduan Melayu."
Komen:
Ada beberapa kemungkinan. Antaranya:
Malaysia sebenarnya negara sekular dalam erti kata tuntutan menjalankan kehidupan harian terpisah dengan tuntutan agama, di mana tuntutan agama Islam berkisar ibadah sembahayang, puasa, haji, zakat, perbankan Islam, pajak gadai Islam, saham Islam dan upucara jamuan hari raya, korban, maulud, awal muharam
Salam Datuk.
ReplyDeleteSaudara TEGAS ada mengatakan….
Saya yakin kalau UMNO mengamalkan nilai2 Islam dalam pentadbiran ngara, sudah tentu PAS akan bekerjasama dengan mereka dan tak perlu berdamping dengan DAP. Ini sudah tentu akan menyelesaikan masalah perpaduan Melayu.
Komen.
UMNO dan PAS sama saje, masing-masing hendak memperjuangkan Islam tetapi tak betul caranya. Akhirnya Islam entah ke mana, orang Melayu pun tak ke mana.
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam
Sdr hang nadim2, antara lain berkata, "UMNO dan PAS sama saje, masing-masing hendak memperjuangkan Islam tetapi tak betul caranya. Akhirnya Islam entah ke mana, orang Melayu pun tak ke mana."
ReplyDeleteKomen:
Saya lebih bersetuju jika sdr tukar perkataan 'memperjuangkan Islam' kepada 'memulih dan memelihara Islam' atau 'mengkonsevasikan Islam'
Maksud saya, lebih ilmiah, jelas dan mudah difahami jika apa yang sdr lihat yang dilakukan oleh UMNO dan PAS dalam memperjuangkan Islam adalah sama tetapi caranya tak betul itu sdr kaji (secara sinektiks) dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah.
Terutama untuk menjelaskan maksudkan cara UMNO dan PAS memperjuangkan Islam itu sdr kata tak betul.
Dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah, ada tujuh cara yang dipanggil darjah intervensi yang dibenarkan untuk seseorang ahli konservasi melakukan konservasi terhadap bangunan bersejarah berikut:
1. Preventition of deterioration
2. Prservation of the existing state
3. Cosolidatioan of the fabric.
4. Restoratioan
5. Rehabilitation
6. Reproduction
7. Reconstruction
Jika sdr boleh faham apa yang saya maksudkan keperluan kajian secara sinektiks terhadap usaha UMNO dan PAS memperjuangkan Islam di atas, boleh sdr bersetuju dengan saya jika saya katakan bahawa
Cara UMNO memperjuanag Islam teletak antara darjah intervensi ke 6 hingga ke 7
Manakala cara PAS memperjuangkan Islam terletak antara darjah ke 1 hingga ke 5
Salam Datuk
ReplyDeleteSalam juga kepada saudara Salji.
Inilah pandangan saya secara peribadi. Kalau salah anggaplah ia sebagai kelemahan diri saya sebagai seorang hamba Allah.
Bagi saya, kalau Islam hendak berjaya atau tidak, kita lihat umatnya. Kalau umatnya menghadapi bermaca-macam penyakit masyarakat seperti rasuah, dadah, jenayah, salah guna kuasa, berpecah belah dan kemiskinan dan lain-lain lagi. Maka islam itu belum berjaya lagi. Sedangkan agama Islam dapat menyelesaikan segala penyakit masyarakat termasuk akidah dan akhlak dan segala sistem kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Adalah malang bagi orang melayu setelah 53 tahun merdeka kita masih menghadapi penyakit masyarakat seperti ini. Tetapi tidak di nafikan Malaysia menjadi sebuah Negara maju jika di bandingkan dengan negara-negara islam lain. Tetapi jangan kita bandingkan negara Jepun dan Korea, nanti masalah lain akan timbul.
Saya juga mebuat penyelidikan lebih 30 tahun secara sendiri bagaiman nak mengatasi masalah orng melayu, dan Islam dapat di tegakkan dengan sebenarnya.
Sekian Terima Kasih
Harap MAaf,
Wassalam
Salam Dato'& para pembahas,
ReplyDelete"Lagi cantik jika sdr tambah ayat dengan mengatakan di negara bolehland ini ada bank kecik telan bank besar!"
Sdr Saji,
Mcm mana nak bank kecil (Islam) telan bank besar (konvensional).. org Islam sendiri yg makin mengecilkan bank2 ini dgn kejahilan & minda yg sempit tetapi bongkak bicaranya a.k.a bodoh sombong..
Kat Malaysia ni ada sesetengah mereka yg suka cakap berdegar2 psl Islam ni tapi mengutuk & mengecam Perbankan Islam..ada satu istilah dlm Islam yg sesuai utk mentakrif org seperti ini tetapi tak perlulah disebut disini kerana kelak ada yg bakal hangin x tentu pasal..itu lu fikirlah sendiri..
Pengorbanan kecil (harta) diri sendiri pun tak mampu, mcm mana nak berbicara soal skala besar pengorbanan nyawa atau negara Islam??
wasalam
p/s: Dah lama x kunjung blog Dato'.. ni pun baru balik dari negara matahari terbit..selamat berbicara mencerna minda..
("/)
Sdr hang nadim2
ReplyDelete"Bagi saya, kalau Islam hendak berjaya atau tidak, kita lihat umatnya. Kalau umatnya menghadapi bermaca-macam penyakit masyarakat seperti rasuah, dadah, jenayah, salah guna kuasa, berpecah belah dan kemiskinan dan lain-lain lagi. Maka islam itu belum berjaya lagi. Sedangkan agama Islam dapat menyelesaikan segala penyakit masyarakat termasuk akidah dan akhlak dan segala sistem kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Adalah malang bagi orang melayu setelah 53 tahun merdeka kita masih menghadapi penyakit masyarakat seperti ini. Tetapi tidak di nafikan Malaysia menjadi sebuah Negara maju jika di bandingkan dengan negara-negara islam lain. Tetapi jangan kita bandingkan negara Jepun dan Korea, nanti masalah lain akan timbul.
Saya juga mebuat penyelidikan lebih 30 tahun secara sendiri bagaiman nak mengatasi masalah orng melayu, dan Islam dapat di tegakkan dengan sebenarnya."
Komen:
1. Boleh saya tahu apa penyelidikan yang sdr buat itu?
2. Untuk pengetahuan sdr, saya pengkaji sendirian masalah yang dihadapi oleh kerajaan untuk meningkatkan kemajuan usahawan kontraktor Melayu semenjak 1990 dengan mensasarkan matlamat kajian untuk mengatasi masalah ali-baba kontrak dan kronisme. Kemudian bergabung dengan USM pada tahun 2006 untuk melakukan kajian teks dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat dan Islam, mendapat dana pembiayaan kerajaan setahun kemudian dan pada 31/12/2010 berjaya menamatkan kajian tersebut. Selepas ini kajian akan disambung untuk peringkat pelksanaannya.
Salam sdr affendi hussain
ReplyDeleteJika sdr menghadapi kekenagan orang Melayu -Islam kita sendiri menolak Bank Islam, saya sedang menghadapi masalah persatuan kontraktor Melayu kita sendiri menolak sistem kontrak pembinaan berteraskan Islam
Salam Datuk
ReplyDeleteKepada saudara Saji dan pembahas-pembahas yang lain….
Sukalah saya memberitahu bahawa ilmu itu adalah kepunyaan Allah. Terpulanglah kepada Allah memberi kepada sesiapa yang di kehendakinya.
Sejarah Melayu ada menceritakan bagaimana ikan todak menyerang temasik(Singapore). Melihat keganjilan itu dan melihat serangan ikan todak itu tanpa henti yang menyebabkan kematian, maka raja menyuruh orangnya menahan betis. Maka bertambahlah lagi kematian. Dalam keadaan yang cemas itu, datang seorang budak mencadangkan kepada raja menggunakan batang pisang sebagai perisai menentang serangan ikan todak itu. Bila batang pisang di gunakan, maka serangan ikan todak pun terhenti dan keadaan kembali aman.
Sejarah tetap berulang cuma cara dan keadaan sahaja yang berbeza. Kalau dahulu ikan todak menyerang kita tetapi sekarang dadah. Berapa ramai pemuda kita tumbang. Bukan setakat luka tetapi parah. Tetapi masalah dadah masih berterusan walaupun undang-undang mati mendatori di laksanakan.
Hasil penyelidikan saya yang berpuluh tahun, akhirnya Alhamdulillah saya terjumpa satu formula bagaimana hendak megatasi masalah sosial seperi dadah, rasuah, jenayah, kemiskinan, berpecah belah dan lain-lain lagi penyakit masyarakat.
Oleh kerana formula ini melibatkan soal politik dan dasar-dasar kerajaan maka tidaklah dapat saya siarkan di sini.
Sekain Terima Kasih
Harap maaf
Wassalam
Sdr hang nadim2
ReplyDelete"Sukalah saya memberitahu bahawa ilmu itu adalah kepunyaan Allah. Terpulanglah kepada Allah memberi kepada sesiapa yang di kehendakinya.
Hasil penyelidikan saya yang berpuluh tahun, akhirnya Alhamdulillah saya terjumpa satu formula bagaimana hendak megatasi masalah sosial seperi dadah, rasuah, jenayah, kemiskinan, berpecah belah dan lain-lain lagi penyakit masyarakat.
Oleh kerana formula ini melibatkan soal politik dan dasar-dasar kerajaan maka tidaklah dapat saya siarkan di sini."
Saya kata berani kerana benar dan formula yang sdr terjumpa itu juga milik Allah. Sdr tidak boleh menyimpannya!
Salam Datuk
ReplyDeleteSaudara Saji
Atas sebab-sebab keselamatan dan memberi keadilan kepada semua pihak samada kerajaan ataupun pembangkang, insyallah selepas pilihan raya ke-13 saya akan siarkan kepada pihak yang berkuasa.
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
satu soalan dari saya apakah semua melayu adalah islam dan semua bukan melayu bukan islam?Jadi apakah Pas atau umno perlu bela melayu atau Islam?Mana lebeh tinggi darjatnya Melayu atau Islam?Kalau betul UMno membela melayu kerana islam kenapa banyak sangat budaya fitnah dan mengiyakan fitnah dalam UMNO?Adakah budaya fitnah itu salah satu ajaran Islam?contoh dalam buku memoir Cek Det yang memburukan Anuar Ibrahim tenteng zina ,apakah pendirian melayu UMNO?apakah melayu umno bertindak dan berfikir sama dengan ajaran ISLAM?tolong jawab wahai sahabat sahabat yang bijak pandai.tolong aku..aku keliru..sebab umno cakap dia bela ugama islam dan melayu.Dan ingat Anwar itu Melayu dan beragama Islam...
ReplyDeletejangan salahkan PAS kalau t ak mau bersatu dgn umno.Sebenarnya PAS mau bersatu dgn UMNO jika cara penyatuan itu bukan mengikut acuan MELAYU UMNO tetapi mengikut acuan Islam.Mau kah umno bersatu jika ikut cara Islam bukan Melayu yang umno bawa.Nanti kurus kering menteri umno...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHussein mengeluarkan PAS dpd BN kerana mainan politik halus dan licik oleh Yahudi. Mereka takut kpd perpaduan Melayu.
Umno sudah tidak ingin untuk memperthankan kepentingan Melayu sejak zaman Mahathir lagi. DEB di hapuskan. Konsep 30% ekuiti sengaja di salah ertikan dpd konsep yang asal. Bahasa Melayu dipinggirkan, sebaliknya Inggeris, Mandarin dan Tamil semakin diperkasakan. Dasar pelajaran 1961 yang pro-Melayu diubah kpd dasar pelajaran 1996 yang boleh dimanfaatkan oleh bangsa lain. Orang-orang kafir dibawa masuk ke dalam negara kita oleh Mahathir, sebaliknya Melayu Indonesia di kurangkan nisbahnya.
Ketuanan Melayu dinodai oleh Mahathir semasa dia jadi PM dahulu. Melayu tidur!
Ini kesemuanya adalah bukti yang UMNO tidak ada keinginan untuk membela Melayu lagi, mungkin kerana terpaksa ikut kehendak Yahudi. Yahudi sedang berkuasa ke atas negara kita melalui "neo-colonialism" - ini adalah sesuatu yang benar-benar wujud dan berlaku.
Strategi yang terbaik untuk kita orang-orang Melayu ialah supaya PAS menang PRU 13. Selepas kalah, UMNO akan berubah. Mungkin ramai pemimpin utama UMNO akan bersara atau lari masuk PAS dan PKR. Harap akan muncul muka-muka baru dalam UMNO yang pro-Melayu.
Mungkin dalam dua tahun selepas memerintah, kerajaan baru PR akan berpecah. Pas dan PKR akan bergabung kembali dgn UMNO. Melayu bersatu kembali di bawah satu bendera.
Sebelum PRU 13, tidak wajar bagi PAS untuk bergabung dgn UMNO kerana UMNO sombong dan mereka tidak mahu pertahankan Melayu lagi. Najib sangat akur kpd Yahudi. Mungkin terikut-ikut cara Mahathir yang begitu taat kpd Yahudi.
Mahathir, Pak Lah, Najib dan Anwar semuanya sangat akur kpd Yahudi. Sebenarnya Mahathir, Pak Lah dan Anwar bukanlah dpd rumpun Melayu, tetapi mereka itu kesemuanya adalah dpd suku kaum atau etnik yang sama. Melaka jatuh kerana orang depa. Jangan jadi pisang berbuah dua kali!
Bagi jangka panjang Melayu nak kena tolak UMNO dan PKR, khususnya bagi jangka pendek ini nak kena tolak Najib dan Anwar dahulu kerana mereka terlalu ikut Yahudi, dan tolak juga Mohyiddin kerana lembik dan tidak ada idea. Tolak juga para pemimpin yang lain yang dilantik oleh Yahudi. Kebetulan pula saya tahu siapakah mereka itu. Tidak susah nak mengenali mereka ini dgn syarat nak kena faham ciri-ciri mereka.
Nasib Melayu pada masa hadapan berada pada PAS, bukan UMNO dan PKR.
Seandainya BN menang pada PRU 13 ini, seperti biasa mereka akan terus akur kpd Yahudi. Nasib Melayu akan kecundang dgn lebih ketara lagi. Barulah Melayu akan serik dgn UMNO. Pada PRU 14 nanti UMNO akan terus hilang lenyap buat selama-lamanya. PAS akan tampil untuk memerintah dan membela nasib Melayu. Harap mereka akan buat apa yang Tun Razak buat dahulu.
Demikianlah celoteh saya.
Wan Soleha al-Halbani