A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DALAM tampalan kali ini saya akan menyentuh sedikit mengenai orang India. Tidak kiralah orang keturunan India Malaysia atau orang India dari benua kecil India. Secara kebetulan dalam masa 24 jam yang lalu, saya banyak berinteraksi dengan mereka.
Malam tadi saya menghadiri majlis meraikan perkahwinan anak perempuan seorang billionaire Malaysia keturunan India. Kata seorang tetamu yang akrab dengan beliau, laksawan ini adalah keturunan Tamil.
Ukuran kekayaan dan pengaruhnya boleh dilihat apabila majlis di hotel lima bintang dalam kawasan KLCC itu dihadiri oleh Sultan Pahang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dua bekas Perdana Menteri – Dr Mahathir Mohamad (Tun) dan Abdullah Ahmad Badawi (Tun). Tak kiralah pembesar-pembesar awam dan swasta yang lain.
Beliau begitu berjaya dalam perniagaan, khasnya sebagai agen industri persenjataan, sehingga mampu memiliki rumah ibarat istana di London.
Duduk semeja dengan saya adalah seorang pegawai pemasaran bank keturunan India yang neneknya datang dari negeri Kerala. Dia bekerja dengan sebuah bank Arab Saudi yang 100 peratus melaksanakan sistem perbankan Islam. Dia terlibat dalam kegiatan pemasaran hartanah. Katanya, dia dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Hindu.
Dalam majlis itu, saya berjumpa ramai rakan-rakan India, termasuk bekas pemilik Globe Silk Store dan seorang bekas ahli ekonomi Bank Negara.
Kemudian pagi ini, saya pergi sarapan di kedai India kegemaran saya di Petaling Jaya. Ada dua orang pekerja yang baru tiba dari India bagi menggantikan dua orang yang sudah pulang. Seratus peratus kakitangan kedai ini adalah orang India dan majoriti daripadanya pendatang benua kecil India. Majoriti pelanggannya Melayu dan Cina.
Ada orang India Malaysia yang kutuk negara sendiri tetapi pencari kerja dari benua kecil India berduyun-duyun datang mencari makan kerana negara mereka sendiri tidak mempu memeberi mereka kesenangan.
Dan dalam masa 24 jam yang akan datang, kita semua secara langsung atau tidak akan terseret ke dalam satu kegiatan dipelopori oleh orang India atau lebih tepat orang India beragama Hindu.
Media massa arus perdana dan alternatif melaporkan yang pertubuhan haram Hindraf (Hindu Rights Action Force/Pasukan Bertindak Hak Hindu) akan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di sekitar KLCC.
Antara lain tujuan mereka adalah membantah penggunaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, sebagai buku sastera tingkatan lima kerana di dalamnya terdapat istilah pariah.
Pada 25 November 2007 pertubuhan haram yang sama mengadakan tunjuk perasaan haram di tempat yang sama bagi membantah apa yang didakwanya sebagai penindasan terhadap masyarakat India dan agama Hindu.
Apabila saya mengulas mengenai tunjuk perasaan itu dalam blog ini, ramai pembahas yang mengakui diri mereka India marah dan kecewa kerana saya gagal membezakan penunjuk perasan Hindraf daripada keseluruhan rakyat Malaysia keturunan India.
Antara sungutan mereka adalah:-
1. Penunjuk perasaan Hindraf itu umumnya orang India keturunan Tamil dari negeri Tamil Nadu dan beragama Hindu. Ini jelas daripada nama pergerakan mereka;
2. Bukan semua orang India Malaysia berbangsa Tamil dan beragama Hindu. Ada orang India Malaysia yang berasal dari Punjab (Punjabi), Bengal (Benggali), Kerala, Goa dan negeri-negeri lain di India serta Sri Lanka;
3. Ada yang beragama Hindu, Islam, Sikh, Kristian dan Buddha. Selain Tamil mereka bertutur bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi dan Hindi; dan
4. Kata mereka, menyalahkan semua orang India kerana perbuatan Hindraf adalah tidak adil kerana bukan semua orang India Malaysia menyokong tindak-tanduk Hindraf.
Laporan media mengatakan Ketua Polis Negara, Ismail Omar (Tan Sri) telah bertemu dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan masyarakat India bagi membincangkan ancaman tunjuk perasaan Hindraf itu.
Baguslah kalau begitu. Berundinglah dengan pihak-pihak yang boleh dibawa berunding dan bertindaklah mengikut undang-undang, budi bicara serta timbang rasa tetapi tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Serentak itu, berhati-hatilah menyamakan tunjuk perasaan Hindraf yang dicadangkan itu dengan kebangkitan umat Islam di Asia Barat dan Afrika Utara. Jangan kita remehkan kebangkitan umat Islam Asia Barat dan Afrika Utara itu.
Kerana sanggup mempertahankan sebuah buku novel Melayu yang kontroversi yang jelas menyakitkan hati bangsa-bangsa lain, maka sekarang sudah timbul masalah lain yang mungkin menjahanamkan ketenteraman awam dan menjadi bahan untuk dipolitikan.
ReplyDeleteNak tanya, Berbaloi ke?
Kenapa bermati-matian mempertahankan sebuah cerita novel Melayu?
Tak adakah buku novel Melayu lain yang lebih sesuai untuk dijadikan buku sastera di sekolah?
Tak Faham Orang Politik.
Salam Dakj
ReplyDeleteApabila permintaan demontrasi Hindraf pertama dulu di layan sampai dibaginya daging betis sekarang mereka dah namapak daging peha lagi sedap.
silapnya orang melayu sendiri yang bagi muka kat depa ni
ReplyDeleteTok Kadir, anon Tak Faham Orang Politik tanya pasai apa kita "bermati-matian mempertahankan sebuah cerita novel Melayu?". Tok, Kalau kita tak faham politik atau kita tak ada prinsip ni lah jadinya. Ada saja orang bangkang kita buang, kita batal. Bukan ada langsung semangat nak pertahan atau nak perjuang, nak berhujah. Semua nak cari jalan mudah. Serah kalah pun tak apa. Kalau tak faham politik tok sah dok pening kepala masuk bincang dalam blog Tok Kadir ni.
ReplyDeleteKamjat Penang
Dato '
ReplyDeleteSaya setuju tak sama Hindraf dengan Protest di Asia barat.Bezanya saperti kasta pariah denga brahamin.
Perangai orang India ini sama sahaja dengan orang India yang kita tonton dalam filem tamil di Astro.Jikalau dia kena tumbok boleh dengan satu rumah.
Nasehat kapada Polis.Biar kan mereka berdemonstrasi.hanya tolong kawal traffik.Jika mereka menganas,tangkap sahaja pemimpinnya.
Salam Datuk;
ReplyDeleteOrang orang India berketurunan TAMIL patut bersyukur atas layanan yang mereka dapat di Negara ini. Di India mereka adalah gulungan paling RENDAH sekali dan di anggap seperti NAJIS. Malah gulungan ATASAN TIDAK akan bersentuhan dengan Gulungan BAWAHAN ini, seperti berjabat tangan.Mereka patut sadar diri.......
Kita jangan layan puak puak seperti ini. jika dilayan, maka mereka akan NAIK KEPALA dan akan minta yang bukan bukan....Mereka mesti ubah sikap mereka sendiri dan buktikan bahawa mereka bukan PARIAH.
Disini suka saya sentuhkan tentang apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya........
Harapnya Pemimpin kita sedar akan CONTOH tersebut. TIDAK MUSTAHIL perkara seperti itu TIDAK akan berlaku di Negara kita.
Semua Pemimpin Pemimpin kita MESTI sedar dengan WARAS bahawa JAWATAN yang MEREKA duduki itu adalah dari pilihan RAKYAT. Jadi kerja lah dengan AMANAH lagi JUJUR. Jangan jadi PEROMPAK di siang hari.Rakyat melihat apa yang MEREKA lakukan. Rakyat DIAM bukan bererti BODOH, tapi memberi peluang untuk MEREKA berubah.....dan menjadi GULUNGAN yang AMANAH.
Siapa saja kumpulan yang nak cuba berdemonstrasi seperti yang berlaku di Timor Tengah mesti di ambil tindakan tegas. Kumpulan yang inginkan buat huru hara di negara kita harus di tangkap sebelum perkara yang tidak diingini belaku yang boleh menggugat ketenteraman awam. Masanya telah sampai untuk mengambil tindakan tegas. Rakyat tidak perlu dihasut untuk kepentingan mereka. Jangan cuba nak menguji pihak berkuasa. Itu adalah perkara bodoh.
ReplyDeleteParti-parti politik jangan cuba menjadi dalang kepada kumpulan tersebut untuk kepentingan politik cetek mereka.
Tangkap pemimpin mereka kesemuanya dan jangan diberi peluang untuk menghasut orang lain supaya bertindak ganas. Negara kita tidak mampu ada hura-hara kerana ini akan merugikan rakyat.
Hapuskan gangster-gangster yang cuba nak jadi hero dengan berdemonstrasi. Enough is enough !!!
-anti gangster gelap-
Kumpulan Hindaraf adalah kumpulan haram. Mengapa biarkan mereka bermaharajelela. Banyak masa dan tenaga terbuang semata-mata nak melayan kerenah mereka hinggakan kepala pemimpin mereka dah jadi besar. Saya sebagai rakyat biasa yang patuhi undang-undang negara tidak rela kumpulan haram ini dibiarkan bermaharajalela.
ReplyDeleteSaluran untuk membantah sentiasa ada dan apakah harus kita berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai untuk menguruskan urusan harian mereka.
Keselamatan awam mesti dijaga "at all cost" oleh pihak berkuasa supaya penyangak-penyangak ini yang cuba hendak menimbulkan kacau-bilau ditangkap "without fear and favour once and for all".
Saya sokong penuh jika pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. We want to live in peace and harmony. Get rid of hooliganism on the street. They are nuisance to society. Yang berdemonstrasi kebanyakannya adalah kumpulan kongsi gelap yang diupah untuk buat kacau.
-kepala ular-
Hindraf pandai main sentimen; masyarakat estet dan setinggan kurang pengetahuan, lebih terpengaruh dengan provakasi.
ReplyDeleteSaya berpendapat, kalau sudah tertulis jangan buang, cuma tambahkan pula novel puji sikit masyarakat India.
Kalau Hindaf persoalkan, jawab saja, sini sudah puji, sana sudah cerita benar..apa lagi mahu, darah saya pun mahu, ka ?
Kalau bangsa yang diprovokasi Hindraf persoalkan, mungkin boleh jawab, Hindraf kelingtong, novel puji pun ada.. tara cerita ka ?
Untuk menangani Hindraf bukan cara direct approach.. Hindraf guna provokasi mental dan emosi, Tapi kalau dia main sama kita, bukan maksud kita tidak boleh main sama dia.. jangan hati sakit, kasi kepala pening sikit.
Salam Datuk,
ReplyDelete1.Orang tua-tua dulu pesan lama dah pada anak-anak,cucu-cucu,oneng-oneng: nampak ular dengan (!),mana yang perlu kita hapus dulu? Maksud (!) di suruh berhati-hati,bukan?
2.Realiti nya pernyataan di atas amat keras dan menyinggung,tetapi keadaan nya benar sekali dan kena tengok dari jenis galur apa seperti sebahagian mereka nyatakan.
3.Bukan semua rakan taulan India kita berperangai kacang lupakan kulit, tidak mesra malah majoriti mereka sentiasa berhemah,berbudi dan berketurunan baik-baik dan amat suka kejiranan melayu.
4.Cuma Geng HINDRAF haram ini yang teruja menyakitkan hati orang-orang melayu.Malang nya kawan taulan India kita yang baik-baik TIDAK PULA MENENTANG perilaku Geng Hindraf ini.Tidak ada pula pihak mereka yang meredakan keadaan.
5.Kalau melayu dah lama bertepuk, bertampar, membenam satu sama lain. Mungkin kita hanya hebat sesama sendiri saja kot? Melangkah keluar kampung,nada kita semua berubah.
Salam DAKJ
ReplyDeletePertamanya, tahniah diucapkan kepada Dato’ kerana jemputan semalam menunjukkan Dato setaraf dengan YAB Dato’Seri Presiden, YAB Tan Sri Timbalan Presiden, YAB Tun-Tun bekas PM dan kenamaan-kenamaan lain. Dan bagi diri saya sendiri, dapat menumpang di blog orang kenamaan macam Dato’ pun kira OKlah tu.
Alhamdulillah juga sebab Dato’ dah berjumpa dengan YAB Dato’ Seri Presiden dan Tan Sri Timbalan Presiden semalam. Diharap Datin Seri ada sekali. Dan Dato’ dah pun meluahkan perasaan geram yg terbuku diblog secara berdepan terutama kepada Datin Seri. Dan diharap semuanya dah berbaik-baik dan bermaaf-maafan semula.
Berbalik tajuk HINDRAF ni, saya pun setuju bukan semua India menyokong. Walaupun begitu, nasihat saya sebagai orang Melayu ; buat baik kena berpada-pada. Bila baca memorandum mereka dulu, memang sakit hati. Cuma silapnya, kerajaan pada masa itu tidak memaparkan kepada seluruh rakyat Malaysia isi kandungan memorandum tersebut, kononnya nak berserderhana. Nah, apa dah jadi sekarang !!!!!!
Jadi, eloklah menteri amaran berbuat sesuatu untuk menaikkan KPInya yg didalam bahaya. Bukan apa, PRU 13 dah dekat sangat dah ni, takut-takut ada nama yg tercicir je. Sekian TQ.
Salam Dato'
ReplyDeleteMemang jelas kalau kita lihat di luar bandar seperti Daerah Hilir Perak dan sekitar estet Daerah Sabak Bernam Selangor, masih terdapat golongan India yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi juga pendidikan. Perkara ini sepatutnya ditanya pada pemimpin kaum India yang bukankah sepatutnya membawa masalah ini ke peringkat kerajaan pusat. Kita telah merdeka selama 50tahun lebih tetapi agak mendukacitakan jika ada penduduk yang ibu bapanya lahir di Malaysia tetapi anaknya tidak didaftarkan sebagai rakyat Malaysia.Malahan mungkin ibu bapanya yang mungkin sudah berusia lebih 50 tahun tersebut tidak didaftarkan sebagai rakyat Malaysia.Inilah sepatutnya yang diambil perhatian 'lama dahulu' oleh pemimpin-pemimpin kaum India.Begitu juga masalah kaum India ditempat-tempat lain diluar bandar seluruh Malaysia. Saya baru membaca lama web 'Human Right Party (HRP)' ini, bukannya apa kerana ingin mengetahui juga apa sebenarnya yang mereka perjuangkan lagi kini setelah HINDRAF diharamkan. Saya ketepikan mengenai isu novel Interlok, kerana bagi saya ia sudah diselesaikan oleh pihak kerajaan. Tetapi saya lebih risau tentang isu yang mereka bangkitkan sebelum ini iaitu masih ramai masyarakat dari kaum India di Malaysia....yang lahir atau ibu bapa lahir di Malaysia sejak merdeka ketinggalan jauh atau merasa disisihkan dari pembangunan negara. Isu ini jika sentiasa diungkitkan oleh HRP adalah amat bahaya bagi suasana politik Malaysia. Diharap pemimpin-pemimpin kaum India yang ada dapat sama-sama berbincang bersama barisan kabinet kerajaan yang ada untuk penyelesaian yang terbaik. Isu kemiskinan dan rasa terpinggir dari segi ekonomi ini telah mengkucar kacirkan beberapa negara Timur Tengah ketika ini. Ingatlah Malaysia sebuah negara yang masih aman untuk didiami dan kita harus terus mengekalkan suasana aman ini.
Mutiara Damansara.
Tok Kadir, tak kira la protes Afrika atau Arab, memang orang putih dan orang kafir suka pasai yang kena semua negara Islam. Di negeri kita pun macam tu la. Depa suka Hindraf Hindu tunjuk perasaan tentang pemimpin Melayu pasai Melayu Islam.
ReplyDeleteTu la nasib kita tok. Lepas anjin tersepit, anjin patah balik dan tokak tangan kita. Pasai apa, pasai depa tak peduli lagi orang Melayu. Melayu jentik sikit depa kata Melayu balon depa.
Kamjat Penang
AsSalam,
ReplyDeleteEn Kamjat Pening,
Dari tulisan saudara nampak sgt la discussion "politik" anda ni berlandas kan pada "perasaan" semata-mata.
Ulasan "anon Tak Paham Orang Politik" tu hanya berbentuk pertanyaan semata-mata..
Dan persoalan saya, kenapa "interlok" ni tak boleh diubah suai kan "perkataan" tu atau diganti dgn novel yg "sedap" sket utk semua bangsa..
bkn ker PM kata islam itu abt "moderate" ..
Jadi kita sebagai org Islam kenapa TIDAK BOLEH berdiskas utk cari jalan lebih mudah dan menggumbirakan semua pihak..
Bkn nya kita "bertegar" ttg agama kan?
Its all abt one "unconditional" word tu jer..
Ok.. anyway ttg hindraf or apa jenis kumpulan pun hatta perkasa or etc, kalau dah terlebih "DEMAND" mmg la patut kita ambil tindakan..
Use the source!!! to find the solution why this kinda thing happens.. mesti bersebabkan
Terima kasih..
ps: tgh kijer ni dekat jer dgn KLCC.. mmg polis tgh ramai siap ada kuda lagi.. iskk
Sdr OKJ,
ReplyDelete1. Terima kasih atas imaginasi sdr yang begitu subur.
2. Saya dijemput kerana tuan rumah majlis itu kawan saya dan pastinya bukan kerana saya setaraf dengan PM dan TPM.
3. Saya duduk di belakang. PM dan TPM tak nampak saya pun;
4. Saya bukan kaki terpa salam dengan pembesar. Bagi can kepada orang lain. Saya duduk diam-diam di belakang tengok tabiat orang ampu-mengampu;
5. Ayah saya tegah saya mengampu dan ayah kata jangan termakan ampuan;
6. Soal saya baik atau tak baik dengan pembesar dan isteri mereka itu isu peribadi;
7. Bagi saya mereka suka atau tidak suka kepada saya tak penting. Yang penting mereka peduli kepada pandangan dan nasihat saya. Itu pun kalau pandangan dan nasihat saya itu tepat dan berguna.
8. Sdr Mutiara Damansara, Melayu dan India adalah antara paling ramai dalam "the bottom 40%" rakyat Malaysia. Ada Melayu yang sama daif atau lebih daif daripada orang India di bumi nenek moyang mereka sendiri. Di mana pemimpin Melayu? Di mana pemimpin India?
Terima kasih.
Salam Datuk Kadir,
ReplyDeleteMalaysian Insider -- KUALA LUMPUR, Feb 27 — Police detained Hindraf founder P. Uthayakumar this morning ahead of a mass protest scheduled to take place at the Kuala Lumpur City Centre (KLCC) shopping centre from 9am.
His wife S. Indradevi confirmed with The Malaysian Insider that the former Internal Security Act (ISA) detainee was picked up outside his home in Pantai Hillpark at about 7.45am, just as he was about to leave for the protest."
Syabas PDRM. Do the needful. Do not be intimidated by these undemocratic, lawbreakers. Kudos
Peace Loving Malaysian
Buku Interlok tu yang nak dipertahankan dan jadi kontroversi sekarang tu pasal apa?
ReplyDeleteEgo ke maruah? Ego siapa dan maruah siapa sebenarnya?
Tak adakah buku novel Melayu lain yang lebih sesuai untuk dijadikan buku sastera di sekolah?
Masih Tak Faham Orang Politik.
Salam dato,
ReplyDeleteMenteri amaran dah bangun ka belum ni?..
Buat baik berpada pada, kalau depa tunujk buku lima kenala kita dig in, keluaq buku lima juga...
Cakap dan bincang ada had,kalau dah `over' kena `bagi size' depa balik....
Jangan pemimpin pemimpin buat `muka sadin', depan kita `bukan main gempaq', belakang kita `pegang
teloq' dan terkencing dan cirit dalam seluaq bila berdepan dengan depa....
Zaman dah berubah, `orang' nampak
bukan saja muka dan mulut pemimpin, tapi termasuk `teloq' sekali dah ni...dah tranparent dah...
Abu Bakar Ab Rahman
TIADA alasan Hindraf berkumpul dan 'berpesta' isu novel Interlok kerana perjuangan ras yang dikaitkan tiada kaitan dengan karya seni.
ReplyDeleteInterlok sebuah karya serius dan intelek, bukan novel picisan. Ia perlu dbincang secara saksama dengan disiplin ilmu, bukan membakar semangat kaum India.
Jika ada pun istilah yang dibencikan dalam karya itu, ia sekadar sentimen murahan yang tak rasional.
Rakyat Malaysia perlu sedar Hindraf sedang meniup angin pada nafas yang semakin sesak sekrang. Mereka sudah mati, yang hidup adalah jelmaan lain yang menjadi hantu jalanan.
Bagaimanapun saya tak setuju karya Interlok dipinda, ditubuh panel untuk menilai dan mengubah novel itu. Mengubah karya asal tak ubah merosakkan karya seni itu sendiri.
Keputusannya... teruskan guna Interlok, atau BATALKAN saja... bukan meminda dan mengubah suai!
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteTolong maafkan saya untuk menunjuk-nunjuk pandai sedikit:
"billionaire" bukan "laksawan", tetapi "bilionair" atau "bilionwan".
Seorang jutawan jauh lebih kaya daripada seorang laksawan.
Bilionair keturunan India kenalan Datuk itu dan orang-orang India yang kaya-raya sewajibnya memaksimumkan peranan dan pengaruh untuk mewujudkan komuniti orang India yang harmoni di Malaysia.
Jangan biarkan orang India menjadi penjenayah, anggota kumpulan samseng dan kongsi gelap.
MIC ternyata gagal dalam misinya; ataupun tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa MIC sudah tidak dihormati lagi oleh majoriti kaum India di Malaysia ini.
Wassalam.
1/ Secara prinsip , bolehkah kita benarkan rakyat berperotes secara aman. Jika boleh bagaimana mekanismanya. jika tidak boleh , maka semnuanya tidak boleh.Kita tidak boleh melaksanakan undang - undang secara terpilih. Walaupun ada isu yang dibangkitkan kita setuju atau tidak setuju.
ReplyDelete2/ Rakyat daif 40% dari penduduk negara merangkumi semua bangsa, hanya peratusan dan bilangan berbeza. Melayu mungkin tertinggi bilangan yang daif. Isu itu wajar diketengah dan diutamakan. Benar ungkapan datuk, tidak mendengar suara pemimpin Melayu .
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteDear Dato'
The SUN kata:
"The rally, which is similar to the massive street protest by Hindraf on Nov 25, 2007, was organised by the HRP as a call to the government to address the socio-economic problems of and perceived racial discrimination against the Indian community in the country. -- theSun" (Updated: 11:36AM Sun, 27 Feb 2011)
Tetapi:
http://en.wikipedia.org/wiki/HINDRAF
Berkata:
"On 30 October, four HINDRAF Group fellows and human rights, namely M. Manoharan, P. Uthayakumar, P. Waytha Moorthy and S. Ganapathi Rao, were arrested and detained for taking part in the 2007 HINDRAF demonstration against the demolishing of a Hindu shrine in Kuala Lumpur."
Maka dari latarbelakang yang dicatat di website yang saya sertakan di atas, jelas HINDRAF itu bermula sebab hal KUIL.
Justeru itu mereka menamakan diri mereka HINDU Right Action Force (HINDRAF). Bukan pula INDIAN Right Action Force (INDRAF)! Hal agama lah mulanya.
Hal-hal lain, seperti isu kemiskinan, bahasa dll, hanya berfungsi sebagai TOPANG dan TOPENG kepada hal keagamaan yang dimulakan itu.
Then I will respond to the actions of HINDUS in HINDRAF, as a MUSLIM.
As a MUSLIM, I am UPSET that you built, and keep on building your IDOLS for PUBLIC VIEWING!
You do not respect MY RIGHTS as a MUSLIM who believe in ALLAHU AHAD.
Before you accuse me of being SENSITIVE, consider this:
It was narrated to me that a MUFTI from sebuah negara* (not negeri) used to avoid using a particular route because of a large STATUE present along the road. The ruler must have taken heed of its impact because the STATUE (of a well knowned European stateman) was removed and stored out of sight.
As a MUSLIM, I am upset bila ANJING jiran melalak tak menentu masa. Anjing bukan kehidupan kami orang ISLAM. Anjing-anjing liar mengorek dan menjilat tong-tong sampah kita. Tetapi masih kita sabar. Apa pun kita mencari sabun samak bila perlu membersihkan diri.
As a MUSLIM in a foreign country, saya sabar bila gereja membunyikan locengnya. Sebab itu memang tempat mereka.
Janganlah TOPANG dan TOPENG menjadikan kita terpedaya. Seperti kenyataan Dato'
"Melayu dan India adalah antara paling ramai dalam "the bottom 40%" rakyat Malaysia. Ada Melayu yang sama daif atau lebih daif daripada orang India di bumi nenek moyang mereka sendiri. Di mana pemimpin Melayu? Di mana pemimpin India?"
Tidak bermaksud untuk bermusuh dengan sesiapa. We accept each other kindly, till YOU say (through your WORDS and ACTIONS) that you are no longer acceptable!
Terima kasih
XERONINE
*Pengunjung Blog dari negara yang berkenaan, jika saya silap tolong betulkan. Begitulah yang telah disampaikan kepada saya.
Orang celik pandai seperti Kadir Jasin boleh anggap orang berketurunan Tamik di negara ini masih seperti Orang India Bukan orang malaysia.
ReplyDeletePernakah saya pergi ke INDIA sebelum ini, ya berapa lama 1 minggu.. itu saja pengetahuan saya tentang India..
SO negara saya India ke Malaysia?
Kalau Malaysia takkan saya tiada kebebasan bersuara.
Saya ini masih Kuli batak ke? sama ke saya dengan Orang India yang datang berkerja disini? Sampai bila?
Reaalitinya kami bukan bodoh? kami faham dan tahu motiv Najib Razak dan Muhiddin bila mereka memutuskan untuk guna Interlok. Satu novel yang tidak boleh diluluskan kalau ikut standard MOE sendiri. SO jangan cuba perbodohkan kami.
Dari pandangan Kadir jasin, adakah orang Tamil yang tanganya pun tidak boleh disentu seperti yang dikatakan oleh Wan Samsudin patut dibunuh ataupun patut di tangkap dan dipenjarakan semuanya?
P.s Untuk pengetahuan semua sela baca Wikepedia tentang Orang Tamil dari Tamil nadu dan betapa majunya mereka daripada pemalas-pemalas yang wujud dinegara ini yang menggelar diri mereka tuan Tanah.
KUALA LUMPUR: Police have arrested 109 Human Rights Party members, including 8 women, for participating in an illegal gathering in the city to protest the Interlok issue.
ReplyDeleteCity police chief deputy comm Datuk zulkifli Abdullah said police had to act to maintain order and security within the city.
"It is regrettable but we had advised them multiple times to not go forward with it.
"It shows that they have no respect for the law," he said in a press conference at city police headquarters on Sunday.
comment:
Congratulations to the police. You have done a good job. It is time to act drastically without fear and favour.
Sumbat mereka dalam tahanan ISA. Cukuplah bagi muka kat mereka. Orang seperti mereka ini tak sedar diri dan tak menghormati undang-undang negara. Depa bukan tak paham tapi sengaja untuk menguji pihak berkuasa sejauh mana pihak berkuasa akan bertindak. Tujuan mereka kononnya adalah untuk meraih simpati orang ramai untuk kepentingan golongan mereka.
Kononnya dengan berdemonstrasi mereka akan melemahkan kerajaan. Kerajaan yang bertanggong jawab tidak seharusnya mengikut rentak mereka. Bertindaklah dengan tegas jika ianya didapati akan menggugat ketenteraman awam.
Pihak berkuasa juga mesti memantau pihak media-media yang cuba nak mempertahankan atau menyokong tindakan mereka dengan menghasut. Baca editorial media-media yang berpihak kepada golongan Hindraf ini. Jika perlu tangkap editor-editor ini sekali.
Saya sokong kalau ada Operasi Lalang!!
-kepala ular-
Sdr anti gangster gelap
ReplyDelete"Siapa saja kumpulan yang nak cuba berdemonstrasi seperti yang berlaku di Timor Tengah mesti di ambil tindakan tegas. Kumpulan yang inginkan buat huru hara di negara kita harus di tangkap sebelum perkara yang tidak diingini belaku yang boleh menggugat ketenteraman awam. Masanya telah sampai untuk mengambil tindakan tegas. Rakyat tidak perlu dihasut untuk kepentingan mereka. Jangan cuba nak menguji pihak berkuasa. Itu adalah perkara bodoh.
Parti-parti politik jangan cuba menjadi dalang kepada kumpulan tersebut untuk kepentingan politik cetek mereka.
Tangkap pemimpin mereka kesemuanya dan jangan diberi peluang untuk menghasut orang lain supaya bertindak ganas. Negara kita tidak mampu ada hura-hara kerana ini akan merugikan rakyat.
Hapuskan gangster-gangster yang cuba nak jadi hero dengan berdemonstrasi. Enough is enough !!!"
Komen:
Kita semua tahu demontrasi jalanan amat sensitif kepada kerajaan UMNO/BN kebelakangan ini
Tetapi bolehkah sdr dapatkan kepastian daripada KPN untuk memastikan permit demontrasi tidak dikeluarkan juga oleh POLIS kepada orang2 UMNO dan pendokong2 UMNO untuk tujuan apapun?
Tabik wahai datuk Kadir jasin, kerana dapat tahu dua orang kakitangan sebuah kedai India yang baru datang dari India ganti dua orang yang pulang kenegeri asalnya.
ReplyDeletesaya hanya dengar cerita bahawa pemegang kuasa samseng kuala Lumpur sekarang ini adalah orang India.
Sebelum ini orang China yang jadi pemegangnya
semacam ada kebenaranyan sebab itu Hindraf besar kepala mengadakan tunjuk perasaan protes itu dan ini.
Mereka rasa mereka ada kuasa besar di kuala Lumpur sebab itu mereka sangat berani melancarkan pelbagai protes termasuk protes novel interlok.
Orang India sudah mula tunjuk belang yang ada pada mereka hasil lembeknya kerajaan Umno/BN.
Dengan orang Melayu dibuat sesuka hati sehingga dihalau kemana mana sahaja.
Atau dengan kata lain sudah hampir habis trademark Melayu di negara melayu ini
Kemungkinan suatu masa nanti atau jika dibiarkan umno /BN memerintah negara ini, hilanglah segala galanya.
Anon 2:36,
ReplyDeleteAda banyak lagi parti politik India, badan NGO India dan wakil masyarakat India dan ahi akademik India yang boleh memberikan pandangan secara berhemah dan bertamadun kenapa pula Hindraf memilih kaedah yang tidak bertamadun -- provokatif?
ATAS PAGAR
Datuk,
ReplyDeletePd saya HINDRAF ni cuma golongan oportunis yg tak perllu diambil pusing sgt.Mereka ini bising shj lebih.
Malahan saya sering menganggap mereka ni cuma spt kata tok nenek saya lah.Gertak keling shj...
Saya pernah tinggal dalam estet, pembantu, tukang kebun serta penjaga gate semua kaum India.
ReplyDeleteKeluarga mereka diberi perumahan, kemudahan sekolah, klinik dan sebagainya. Perumahan mengikut garis panduan yang ditentukan persatuan estet, Kalau dibandingkan dengan warga-warga setinggan diIbu kota, taraf hidup mereka lebih teratur dan mewah dengan segala kemudahan yang diberi.
Ramai dari mereka berpencen dengan wang simpanan beratus ribu. Ada dari kalangan anak2 mereka dari golongan professional, doktor, lawyer dan sebagainya.
Hanya segelintir yang kaki minum, kaki judi, kaki pukul ahli keluarga saja yang tercicir dan kebiasaannya akan dihentikan dari bekerja diLadang kerana membebankan majikan sahaja.
Saya rasa mungkin mereka inilah yang dari kumpulan Hindraf. Puak pemalas dan sekadar mencari jalan mudah untuk bersenang lenang..
WARGA ESTET
Salam Dato',
ReplyDeleteBetul tu, memang tak sama demonstrasi Hindraf dengan protes di Asia Barat. Protes di Asia Barat adalah protes mahu membuang presiden atau PM 3 atau 4 dekad yg ternyata semakin gagal memberikan kepimpinan yg efektif tapi mahu terus jadi pemimpin sampai mati. Demonstrasi Hindraf adalah demonstrasi anjuran segelintir pemimpin yg mahu jadi broker politik. Hindraf berorientasikan kehinduan tetapi mula berubah menggunakan isu keindiaan untuk menarik sokongan.
Tak tahu siapa yg menaja Hindraf tapi yg pasti kalau kerajaan tarik balik pengharaman Hindraf dan benarkan parti Hindraf ditubuhkan maka ceritanya akan sama saja dengan parti Makkal Sakhti - berkomplot dan berebut jawatan. Akan lebih hebat komplotnya kalau diterima masuk sebagai komponen BN.
Dato', saya pun nak berimaginasi juga.
Hari ini perkataan "pariah" novel Interlok dijadikan isu. Mungkin esok lusa perkataan "keling" yg menjadi isu. Maka bolehlah demonstrasi sambil bakar buku yang ada peribahasa / simpulan bahasa berikut: (i) Macam Keling karam (ii) Kalau jumpa Keling dengan ular, bunuh Keling dulu (iii) Auta Keling. Lepas itu demonstrasi lagi minta tukarkan nama Tanjung Keling kepada nama lain. Kalau nak jimat cat dan dakwat tukarkan kepada Tajung Keli dgn tutup aja huruf "ng". Belum puas hati lagi, minta sesiapa Melayu yang nama nya Keling atau Kling kena tukar nama baru. Kalu nak "umph" lagi ajak orang Cina demonstrasi sama, bakar buku yg ada istilah "Kawin Cina buta".
Bila semua buku yg diatas sudah dibakar atau diharamkan maka boleh demonstrasi lagi meminta wartakan beberapa bekas tapak kuil lama peninggalan kerajaan Ganga Negara dan Langkasuka dipulangkan untuk dibina semula kompleks ibadat lama tu. Perjuangan yang belum selesai...
Meminjam idea buku Interlok, para pekerja India mudah bergaul mesera kerana sesama status pariah maka orang Malaysia berlainan keturunan pun mudah bergaul mesera jika sama taraf. Yang saya tahu ramai orang India golongan menengah tak benarkan anaknya bergaul dengan anak-anak India golongan miskin. Itu tak ada kena mengena dengan kasta atau pariah tapi kerana apabila kita miskin maka kita menjadi lebih terdedah dengan unsur negatif (ibu-bapa mabuk, berjudi, mudah untuk bergaduh, bahasa kesat (swearing), jahat spt mencuri dan macam-macam lagi yg negatif). Semua bangsa ada masalah dan pemikiran yg sama macam ni.
Lebih baik rasanya kalau Hindraf demonstrasi depan bangunan MIC minta MIC perjuangkan nasib orang India.
Pak HJ JB
Sdr husin syedmohamad
ReplyDelete"1/ Secara prinsip , bolehkah kita benarkan rakyat berperotes secara aman. Jika boleh bagaimana mekanismanya. jika tidak boleh , maka semnuanya tidak boleh.Kita tidak boleh melaksanakan undang - undang secara terpilih. Walaupun ada isu yang dibangkitkan kita setuju atau tidak setuju."
Komen:
Yang saya nampak kalau orang UMNO dan pendokong UMNO buat protes pakat dengan mdia kerajaan hentam pembangkang itu protes aman namanya.
Datuk, pernahkah kita terfikir kenapa Hindraf dan MIC desak kerajaan berkaitan nobel Interlok tersebut? Kerana melayu kita lemah. Asyik bercakaran. India, cina minta sedaya upaya kerajaan nak bagi. Semuanya kerana politik melayu lemah! Bila lemah isu kecil jadi besar.
ReplyDeleteINDIA KECIL YANG DKBL DAN RAJA NONG CHIK IDAMKAN...
ReplyDeleteTOK KABINET MELULUSKAN LAWATAN MENTERI WILAYAH KE SAUDI(MECCA) KONON INGIN BELAJAR BAGAIMANA ISLAM MENGURUS TANAH WAKAF DI MECCA... DENGAN MEMBELANJA WANG RAKYAT.. OK LAH TU LEPAS BELAJAR BOLEH TUNAIKAN UMRAH SEKALI... PADA 14/2/2011...PTG WILAYAH,BAHAGIAN PERANCANG./TKSU KEMENTERIAN WILAYAH YANG BAKAL MAYOR PUN PI SAMA...
''YANG MENARIK NYA ALLAH MAHA KUASA... KESEMUA ROMBANGAN MENTERI INI TAK DAPAT VISA."DEPA PI TUNGGU DI AIRPORT.. ADA YANG DAH BUAT DOA SELAMAT KERENA NAK SAUDI.."
PERSOALAN SAYA... AWAT JAKIM DAN MAIS DAH TAKDAK KITAB UNTUK RUJUKAN TANAH WAKAF.
Najib: Rosmah’s travels boost ties with other countries
ReplyDeleteBy SA’ODAH ELIAS
newsdesk@thestar.com.my
TEMERLOH: Datuk Seri Najib Tun Razak has come to the defence of his wife Datin Seri Rosmah Mansor over Opposition criticism of her recent travels abroad.
The Prime Minister said it was unbecoming of the Opposition to attack Rosmah for her travels to several Middle-Eastern countries when her visits had actually enhanced Malaysia’s image.
“When my wife visited Saudi Arabia, they (the Opposition) said all kinds of things. But when we wanted to take our students out of Egypt, King Abdullah (of Saudi Arabia) gave our chartered flights unlimited use of his country’s air space.
“Had we not had a good relationship with Saudi Arabia, do you think we would have been treated so well?” he asked a gathering of Felda settlers at Felda Jengka 23 near here.
comment:
Bolehlah kita buat andaian bahawa Rosmah lebeh berpengaruh lagi dari Najib. Ini bemakna Najib sangat berpaut kepada Rosmah untuk meningkatkan image Malaysia. Tanpa Rosmah apalah ada pada Najib!!! kah, kah, kah
Sdr musangpulut, antara lain berkata, "Datuk, pernahkah kita terfikir kenapa Hindraf dan MIC desak kerajaan berkaitan nobel Interlok tersebut? Kerana melayu kita lemah. Asyik bercakaran. India, cina minta sedaya upaya kerajaan nak bagi. Semuanya kerana politik melayu lemah! Bila lemah isu kecil jadi besar."
ReplyDeleteBanyak yang saya dengar dari mulut pakar motivasi Melayu kita, kalau kita asyik berulang kali kata kat anak kita bodoh,anak kita akan jadi bodoh.Kerana kata2 tak baik yang diulang2 itu akhirnya menjadi doa yang dimakbulkan.
Yang saya dengar daripada mulut rakan orang Cina saya, orang Melayu semakin pandai berniaga. Contoh yang mereka sering berikan ialah perniagaan stesen minyak
Dari mulut orang Melayu sendiri saya dengar yang mengatakan Melayu orang Melayu lemah, bercakaran, tak bersatu dsb adalah di kalangan pemimpin UMNO dulu dan sekarang.
Salam Pak HJ JB
ReplyDelete"Demonstrasi Hindraf adalah demonstrasi anjuran segelintir pemimpin yg mahu jadi broker politik. Hindraf berorientasikan kehinduan tetapi mula berubah menggunakan isu keindiaan untuk menarik sokongan.
Tak tahu siapa yg menaja Hindraf tapi yg pasti kalau kerajaan tarik balik pengharaman Hindraf dan benarkan parti Hindraf ditubuhkan maka ceritanya akan sama saja dengan parti Makkal Sakhti - berkomplot dan berebut jawatan. Akan lebih hebat komplotnya kalau diterima masuk sebagai komponen BN."
Komen:
Kalau sebelum ini imaginasi saya mengatakan parti PAS, DAP dan PKR merupakan penduduk kawasan setinggan yang berusaha memperjuangkan hak mereka masing2 untuk memilki rumah sah di taman2 perumahan setanding dengan taman2 perumahan yang sekian lama diduduki oleh orang2 UMNO dan para pendokongnya, di mana setakat ini mereka berjaya memiliki 4 taman perumahan
Kini imaginasi saya mengatakan Hindraf merupakan penepatan kawasan setinggan baru kaum India di Malaysia
Kalau ada negara lain di dunia yg tulis mengenai kita samada atas tiket `sastera', apa perasaan kita? Mungkin ada kepala lembu lagi yg kena pijak.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSaya terlupa nak komen bahawa walaupun saya mmg tidak setuju dgn polisi HINDRAF tetapi saya mempertahankan hak mereka utk berdemosntrasi secara aman spt yg sepatutnya amalan demokrasi.Jadi hak sebegini tidak seharusnya dicabuli oleh UMNO yg sememangnya tidak demokratik samda didalam UMNO sendiri atau semasa UMNO memerintah negara..
Pak Belalang,
ReplyDeleteSaya jadi keliru; kalau DS Rosmah yang membawa imej negara di peringkat antarabangsa, apa jadi dengan menteri-menteri?
"Najib kah Perdana Menteri? Rosmah kah Perdana Menteri?"
Jadi kita biarlah Rosmah handle masalah Hindraf pulak ...
Saji kata:
ReplyDelete"Banyak yang saya dengar dari mulut pakar motivasi Melayu kita, kalau kita asyik berulang kali kata kat anak kita bodoh,anak kita akan jadi bodoh.Kerana kata2 tak baik yang diulang2 itu akhirnya menjadi doa yang dimakbulkan.
"Yang saya dengar daripada mulut rakan orang Cina saya, orang Melayu semakin pandai berniaga. Contoh yang mereka sering berikan ialah perniagaan stesen minyak.
Komen:
Ini membuktikan tidak semua iltizam politik retorik sifatnya yakni kalau janji dikota tidak ada jurang dalam kalangan rakyat yang tidak dapat diatasi. Dalam konteks Melayu dan peniagaan stesyen minyak, ia membuktikan bahawa tindakan afirmatif yang dihulurkan kepada orang Melayu kalau diagih dengan telus dan rebuti oleh merek yang layak, akan mampu membuahkan hasil. Cumanya apakah tindakan afirmatif ini akan ditiadakan kerana ia dianggap bertentangan dengan nilai yang ditetapkan oleh agama?
PELAYAR BLOG POLITIK
ReplyDeletenkp777 said...
Orang celik pandai seperti Kadir Jasin boleh anggap orang berketurunan Tamik di negara ini masih seperti Orang India Bukan orang malaysia.
Pernakah saya pergi ke INDIA sebelum ini, ya berapa lama 1 minggu.. itu saja pengetahuan saya tentang India..
SO negara saya India ke Malaysia?
Kalau Malaysia takkan saya tiada kebebasan bersuara.
Saya ini masih Kuli batak ke? sama ke saya dengan Orang India yang datang berkerja disini? Sampai bila?
Reaalitinya kami bukan bodoh? kami faham dan tahu motiv Najib Razak dan Muhiddin bila mereka memutuskan untuk guna Interlok. Satu novel yang tidak boleh diluluskan kalau ikut standard MOE sendiri. SO jangan cuba perbodohkan kami.
Dari pandangan Kadir jasin, adakah orang Tamil yang tanganya pun tidak boleh disentu seperti yang dikatakan oleh Wan Samsudin patut dibunuh ataupun patut di tangkap dan dipenjarakan semuanya?
P.s Untuk pengetahuan semua sela baca Wikepedia tentang Orang Tamil dari Tamil nadu dan betapa majunya mereka daripada pemalas-pemalas yang wujud dinegara ini yang menggelar diri mereka tuan Tanah.
4:26 PM
Keling dah naik hangin...
Salam Datuk,
ReplyDeleteIsu Hindraf ini tak ada kesudahan nya jika tiada tindakan afirmatif dari kerajaan. Tapi bila mengenangkan menteri dalam negeri kita begitu bacul dan pengecut (akibat lidahnya pendek?) maka lama-kelamaan ianya akan berlarutan ke isu-isu yang lebih besar lagi dimasa hadapan(mungkin menteri berkenaan hendak melihatnya berlaku?).
Sungguhpun bukan semua orang India yang menyokong pertubuhan haram ini, natijahnya mereka sudah mempunyai satu ruang untuk 'bermain kasar' dengan kerajaan demi mendesak apa saja tuntutan mereka dimasa akan datang. Maka sebab itu tiada kedengaran mereka menentang mahupun mengutuk tindakan Hindraf ini secara konsisten atau bersungguh-sungguh. Anologinya begitu mudah: "We'll demand something from the Govt, but if we could not have it, then we'll unleash our wild dog to do it for us"....renung-renungkan lah perkara ini wahai pemimpin kerajaan (read: Melayu)
Jimizul
Salam Sdr PELAYAR BLOG POLITK
ReplyDelete"Ini membuktikan tidak semua iltizam politik retorik sifatnya yakni kalau janji dikota tidak ada jurang dalam kalangan rakyat yang tidak dapat diatasi. Dalam konteks Melayu dan peniagaan stesyen minyak, ia membuktikan bahawa tindakan afirmatif yang dihulurkan kepada orang Melayu kalau diagih dengan telus dan rebuti oleh merek yang layak, akan mampu membuahkan hasil. Cumanya apakah tindakan afirmatif ini akan ditiadakan kerana ia dianggap bertentangan dengan nilai yang ditetapkan oleh agama?"
1. Terima kasih memberikan respon
2. Yang kata tindakan afirmatif yang dikaitkan DEB bertentangan dengan nilai yang ditetapkan oleh agama ialah kalangan tuan guru kita yang tidak mahir sistem perundangan Islam Masalih Mursalah dan sistem muamalat Islam dalam konteks pelaksanan moden
3. Mereka juga terlepas pandang sasaran pencapain DEB baru sekitar 19% daripada 30% yang disasarkan yang dipersetujui oleh kaum bukan Melayu
Sdr PELAYAR BLOG POLITIK
ReplyDelete(sambungan)
Mengenai perniagaan stesen minyak ia, dalam muamalat Islam, membabitkan jual beli mutlak
Yang dimaksudkan jual beli mutlak ialah kontrak jual beli membabitkan transaksi barangan yang wujud ketika akad iaitu minyak serta barangan lain di kedai setesen minyak
Atau, ia membabitkan dua pihak yang berkontrak iaitu sipenjual (pemilik setesen minyak) dan pembeli dan satu akad
Jual beli seperti ini bukan sahaja diharuskan oleh semua 4 mazhab Islam dan semua tuan guru kita faham dan mahir mengenainya, malah dianggap jual beli mudah untuk orang Melayu menceburi dan berjaya dengannya seperti dibuktikan dalam perniagaan stesen minyak.
Sebaliknya, perniagaan yang orang Melayu kurang menceburi dan kurang berjaya ialah perniagaan membabitkan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad iaitu projek pembangunaan hartanah dan kontrak pembinaan. Inilah tempat orang Melayu gagal di bawah DEB dan banyak tuan guru kita tidak mampu menjustifikasikan mengapa ia gagal dari sudut muamalat Islam moden.
Salam DAKJ serta para komentar,
ReplyDeleteSaya kurang minat bab HINDRAF ni, biarlah mereka dengan apa yang mereka rasa patut nak lakukan asal tidak menganggu.
Amat berminat bila DAKJ cerita tentang restaurant di PJ tu.. Raju? Dato still patronize lagi ka ke situ? Depa tak bagi Dato guna electric atau dah bagi? Habaq kat anak dia.. Your father is watching what you're doing (refer to gambaq Mr Raju yang dok tergantung tu). Kalau dia ada lagi.. sure dia layan Dato dengan penuh hormat. Atau Dato pi kedai sebelah?
Cerita tentang Raju ni,, bukan apa Dato.. masa dok di KL dulu dah jadi macam satu tradisi hari Sabtu atau Ahad mesti kena pi makan situ.. ketagih dengan lauk pauk yang di goreng panas (ni dah macam proposi Jalan-jalan cari makan la pulak). Teringat balik.. mmm.. telioq Dato. Tentang staff dia India mari.. dah macam saudara lah pula.. bila sampai Raju,, dah tau lauk apa yang kita suka, hairan depa ingat Dato' terutama Teloq Ikan Goreng. Kalah bini.. depa lebih perihatin (sebab nak charge mahal kot).
Saya mula patronized Raju tahun 1982.. masa tu main bola tiap minggu kat padang La Salle.. habis main pekena nasi daun pisang dia.. kalau ada frequent eater program (macam frequent flyer program) rasa la ni dah boleh claim makan free dah kot?
La ni pindah mai balik keja di Alor Setar, nasib baik jumpa satu kedai kat lorong belakang dekat Station Bus Lama.. (masuk ikut lorong belakang opposite KFC & PIzzaHut baru.. ex Cathay Cinema) Kedai daun pisang.. boleh tahan juga sedap dia. Dato balik boleh cuba try (hehehe.. dah cuba kena try la).
Kalau ada kaki nasi daun pisang yang tau ada lagi kedai best di Alor Setar, tolong la sound2 sikit kat mana..
P/S.. bagi tone down kemarahan sikit.. tak mau la gaduh-gaduh. Bila dah pekena nasi daun pisang.. HINDRAF kemana .. INTERLOK pun tah kemana.. Good food can foster good friendship !!!! Tak percaya.. Cuba Try Tengok.
1280-K Taman Malik
"Tak Sama Hindraf Dengan Protes di Asia Barat"
ReplyDeleteSudah semestinya Dato'.. hanya cebisan kecil daripada keseluruhan 8% populasi kaum India di Malaysia, mereka perasan ramai & rasa kepala mereka sudah cukup besar untuk menyakiti hati lebih 50% penduduk yang lain yang tak pernah cari pasal dgn mereka..
Sabar jer lah melihat kerenah si lalat..sekurang-kurangnya pimpinan sekarang tak lah selembik mcm dulu, si kepala pengacau dah dicekup polis sebelum sempat buat onar..
("/)
Salam
ReplyDelete"Tak sama Hindraf Dengan Protes di Asia Barat"
Memang tak sama pun. Baik dr segi niat maupun tujuannya. Bandingannya macam langit dan bumi.
Nak sentuh apa yg telah dan sedang berlaku di Asia Barat (dan Afrika Utara) rasa-rasa Melayu Islam di Malaysia ni pun ada ikut jugak sikit-sikit.
Maksud saya berhimpun di dataran-dataran. Saudara-saudara kita di sana duk berhimpun, kita pun ada jugak berhimpun.
Saudara-saudara kita berhimpun minta pemimpin mereka turun (dari tampuk pemerintahan). kita pun duk berhimpun, berduyun-duyun lelaki perempun, tuan muda, kecik besar dari pagi bawa ke petang, sampai ke malam.
Tapi kita berhimpun di Jom Heboh (terbaru di Kuala Terengganu dan banyak lagi yang akan menyusul), karnival-karnival yg entah apa-apa lagi, saya dah tak tau nak kata apa.
Kita berhimpun berseronok, bersuka-suka dan berhibur.
Kita peduli ke apa terjadi kepada saudara-saudara kita di Asia Barat dan di Afrika Utara? Sedang Nabi saw bersabda:
"Barang siapa tidak mengambil peduli urusan umat islam maka ia bukan dari golongan mereka(Islam)"
p/s - maaf kalau 'terkucil' drp konteks perbincangan.
JJ
Salam
ReplyDelete"Tak sama Hindraf Dengan Protes di Asia Barat"
Memang tak sama pun. Baik dr segi niat maupun tujuannya. Bandingannya macam langit dan bumi.
Nak sentuh apa yg telah dan sedang berlaku di Asia Barat (dan Afrika Utara) rasa-rasa Melayu Islam di Malaysia ni pun ada ikut jugak sikit-sikit.
Maksud saya berhimpun di dataran-dataran. Saudara-saudara kita di sana duk berhimpun, kita pun ada jugak berhimpun.
Saudara-saudara kita berhimpun minta pemimpin mereka turun (dari tampuk pemerintahan). kita pun duk berhimpun, berduyun-duyun lelaki perempun, tuan muda, kecik besar dari pagi bawa ke petang, sampai ke malam.
Tapi kita berhimpun di Jom Heboh (terbaru di Kuala Terengganu dan banyak lagi yang akan menyusul), karnival-karnival yg entah apa-apa lagi, saya dah tak tau nak kata apa.
Kita berhimpun berseronok, bersuka-suka dan berhibur.
Kita peduli ke apa terjadi kepada saudara-saudara kita di Asia Barat dan di Afrika Utara? Sedang Nabi saw bersabda:
"Barang siapa tidak mengambil peduli urusan umat islam maka ia bukan dari golongan mereka(Islam)"
p/s - maaf kalau 'terkucil' drp konteks perbincangan.
JJ
nkp777
ReplyDeleteBukan bangsa lain yang selalu menghina bangsamu. Bangsa engkau sendirilah yang sering menghina bangsamu.Kenapa kasta masih berterusan?
Memang di Malaysia bumi bertuah ini banyak melahirkan kaum India yang terpelajar dan kaya raya. Tetapi kenapa mereka tidak membantu kaum mereka yang ketinggalan yang berada di estet estet?
Kenapa bila gadis india yang berasal dari kasta yang rendah bila mahu berkahwin dengan pemuda India dari kasta tinggi sering menjadi satu masaalah besar?.
Ini adalah kenyataan yang masih berlaku.
Betulkan kaum mu sendiri sebelum menunding jari.