A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TERIMA kasih dan syabas kepada para pembahas kerana hangat membahaskan, antara satu sama lain, dua posting terbaru. Selamat datang kepada "followers" baru menjadikan bilangannya 1,170.
Mengenai kepemimpinan Pas semakin banyak diwakili oleh golongan bukan ulama dan peralihan daripada matlamat Negara Islam kepada Negara Kebajikan, saya yakin ia akan menjadi isu hangat dalam pilihan raya akan datang.
Dengan “menangguhkan” agenda Negara Islam dan memilih Negara Kebajikan, Pas bergerak lebih dekat kepada dasar sosialisme ala DAP dan keadilan sosial anjuran PKR.
Negara kebajikan bukanlah konsep baru dan pastinya tidak asing dalam sistem pemerintahan Islam sejak zaman berzaman. Tetapi konsep negara kebajikan ini memperoleh label ideologi yang tebal apabila ia diamalkan oleh komunis bermula Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917.
Tentunya perubahan agenda Pas itu akan mempengaruhi pertimbangan orang Islam/Melayu, khasnya yang komited kepada keunggulan Islam. Di pihaknya pula, Umno sudah mengurangkan penekanan kepada nasionalisme Melayu kerana menjadi fait accompli kepada 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Tanpa frasa yang lebih sesuai, saya terpaksa berkata begini: Pas semakin kabur agenda Islamnya dan Umno semakin kabur agenda Melayunya.
Oleh kerana kedua-dua anjakan dasar ini adalah keputusan politik, maka adalah sukar mengagak dan cuba mengukur apalah implikasinya yang sebenar. Saya menjangka kedua-dua parti berasaskan Melayu-Islam ini akan memikirkan semula perubahan dasar mereka selepas melihat hasil pilihan raya akan datang.
Kalau perubahan dasar itu memberi hasil nyata, khasnya dalam memikat sokongan bukan Melayu-bukan Islam, mereka mungkin mengekalkannya, tetapi jika tidak, mereka mungkin kembali semula kepada dasar asal.
Haiwan Pun Jadi Mangsa Manusia Durjana
Mengenai manusia durjana yang menyeksa dan/atau membunuh pembantu rumah Indonesia mereka, saya ingin menambah seperti berikut. Bukan pembantu rumah Indonesia saja yang menjadi mangsa penyeksaan mereka, hatta haiwan pun mereka seksa juga demi keuntungan.
Dulu orang Asli yang tinggal di pinggir tasik dan di tepi sungai menangkap ikan sekadar cukup makan. Sekarang mereka mencuri memukat secara komersial dengan dibiayai oleh peraih-peraih dari bandar. Tidak hairanlah sungai dan tasik kita kepupusan ikan asli.
Tidak ada haiwan yang selamat selagi ada nilai komersial – sama ada kerana sedap dimakan, memberikan kesihatan dan menguatkan kejantanan.
Pembangunan Pangkalan Udara Sg Besi
Mengenai puji-pujian Pakbelalang terhadap Mohd Najib kerana berjanji memperuntukkan sebahagian pembangunan raksasa Lapangan Udara Sungai Besi kepada Bumiputera, saya tidak akan bersorak gembira.
Pakbelalang, antara lain, mengulas: “I am glad Najib is planning to build Rumah Rakyat at the old airport. But just a portion of the land to be utilised is not good enough if the demand is great. It does not solve the problem of homeless city dwellers. The whole airport runway should be converted into a huge Rumah Rakyat Complex with all the facilities like schools, multi-purpose hall, lbrary, park, mosque etc..”
Saya setuju dengan Pakbelalang, tetapi saya akan tunggu dan lihat jika kata-kata yang Perdana Menteri ucapkan itu akan dikotakan. Lagipun, Harga RM220,000 seunit itu bukanlah murah bagi kebanyakan Bumiputera walaupun diberikan pinjaman 100%. Apatah lagi dalam suasana kenaikan harga sekarang.
Tanpa jaminan seperti ini, Bumiputera akan tercicir dan terpinggir dalam apa saja pembangunan yang kerajaan luluskan atau laksanakan. Hatta di luar bandar pun, apabila tanah rizab Melayu diambil alih, ditukar syarat kegunaan dan dibangunkan, bilangan Bumiputera yang mampu memiliki atau menggunakannya amat kecil.
Maka jadilah pembangunan sinonim dengan peminggiran orang Melayu dan pengukuhan orang bukan Bumiputera.
Masjid, surau, dewan dan macam-macam lagi seperti Pakbelalang sebutkan itu saya setuju. Tetapi saya lebih berharap jika agensi amanah seperti Yayasan Hartanah Bumiputera boleh masuk campur untuk membina dan mempertahankan pemilikan aset hartanah oleh Bumiputera.
Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding.Thank you.
Friday, June 24, 2011
Thursday, June 16, 2011
Majikan Durjana Busukkan Nama Malaysia
A Kadir Jasin
TERIMA kasih dan teruskan berbincang mengeai isu kepemimpinan Pas. Saya rasa ramai mendapatinya hangat dan bermanfaat. Tetapi saya rasa saya perlu segera menyentuh mengenai kes penderaan, penyeksaan dan pembunuhan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.
Untuk itu, saya mulakan dengan memohon maaf dan meminta izin untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati saya mengenai kesesueaian orang Cina khasnya dan orang bukan Islam amnya mengambil pembantu rumah Muslim dari Indonesia.
Saya mohon kepada para pembahas supaya berhati-hati agar tidak membuat fitnah dan menghasut, tidak rasis dan tidak berbahasa kasar.
Setelah melihat dan mengulas dalam blog ini mengenai kes pembunuhan dan penyeksaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Cina, saya rasa sudah sampai masanya kita berhenti daripada sikap hipokrasi dan ketidakpedulian kita.
Hari ini, akhbar percuma The New Straits Times dan The Sun memukadepankan berita dan gambar sepasang suami-isteri Cina Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh pembantu Indonesia mereka.
Terima kasih dan tahniah kepada NST dan The Sun. Tidak sebuah pun akhbar Melayu menyiarkan berita itu di muka depan, melainkan sebagai "blurb".
Fong Kong Meng, 55 tahun dan bininya, Teoh Ching Yen, 33 dituduh membunuh Isti Komariyah di rumah mereka di Sea Park, 5 Jun lalu. Pasangan Cina ini dituduh menyeksa Isti, menyebabkan luka di dahi dan tangannya. Dia mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 5 Jun.
Nama Kita Busuk
Baca laporan BBC (British Broadcasting Corporation) berikut: “A former Malaysian flight attendant who repeatedly scalded her Indonesian maid has been jailed by a court in the capital Kuala Lumpur for 18 years.
The court convicted Yim Pek Ha, 40, of three attacks on Nirmala Bonat using boiling water and a hot iron.”
The Associated Press, pula melaporkan: “A Malaysian court has charged a woman and her son with killing their Indonesian maid, a judge said Thursday, in the country's latest case of alleged abuse against foreign workers.
”Canteen operator K. Letchmy, 55, and university student K. Kannan, 26, did not enter pleas when they were charged with murder Wednesday in a magistrate court in southern Malacca state, Judge Muhamad Faizal Ismail said. If found guilty, they could face death by hanging.
”Nurul Aida M. Nur, 31, died at their home on Jan. 21. The Star newspaper reported that an autopsy showed she died of injuries caused by a blunt object.”
WWW.smc.org/ph pula melaporkan: “Ng Boon Tee, 26, a Malaysian national, was sentenced to 14 years in jail after pleading guilty to killing Indonesian domestic worker, Sumiyati Muniri, 25, on 17 April 1999. Ng, who worked for a factory owned by Muniri’s employer, had allegedly grabbed the domestic worker’s hand and attacked her following a sexual encounter at their employer’s home.”
Itu contoh sahaja. Hakikatnya mungkin banyak lagi peristiwa dan kejadian seperti itu yang dunia tahu. Malunya kita.
Sebelum lebih banyak orang Cina Malaysia atau sesiapa saja dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh melakukan pelbagai perbuatan jenayah ke atas pembantu Indonesia mereka dan membusuk nama baik negara serta menegangkan perhubungan persaudaraan dengan Indonesia, eloklah sesuatu dilakukan.
Jangan diserah kepada mahkamah sahaja kerana bila sampai ke mahkamah, sudah terlambat.
Saya rasa, masanya sudah lama berlalu bagi kita memikir dan melaksanakan peraturan undang-undang dan moral bagi memperjelaskan pengambilan pembantu rumah Indonesia, khasnya yang beragama Islam, oleh orang bukan Islam, tak kira Cina atau bangsa-bangsa lain.
Timbang Kesesuaian Majikan
Kita perlu pertimbangkan sekali dan untuk selamanya kesesuaian orang Cina atau sesiapapun yang tidak beragama Islam mengambil pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam.
Saya tahu orang miskin Indonesia, lelaki perempuan, perlukan pekerjaan. Mereka sanggup menjadi pembantu dan kuli di negara kita. Tetapi janganlah kita, khasnya orang Melayu dan Muslim (yang mengaku berkuasa dan beriman), bersikap tidak peduli dan lepas tangan terhadap kebajikan saudara serumpun bangsa dan seagama.
Saya tahu ramai mengalami peristiwa buruk dengan pembantu rumah dan pekerja Indonesia mereka. Saya pun tidak terkecuali. Tetapi janganlah keburukan segelintir mereka kita balas dengan sikap tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi menyeksa dan membunuh.
Mungkin juga ramai orang Malaysia tidak layak dan tidak berhati perut untuk menjaga orang lain. Tetapi kerana mereka kaya, berduit dan berkuasa, mereka mengambil kuli dan pembantu rumah, kemudian melayan mereka macam haiwan. Mereka lebih sayang kepada anjing dan ikan kelisa mereka daripada peduli kepada pembantu dan kuli mereka.
Yang amat saya takuti, dan saya harap saya silap, adalah kemungkinan wujudnya sentimen kaum dan agama di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam yang mengambil pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam.
Melihatkan kekejaman sesetengah orang Malaysia terhadap pembantu rumah dan pekerja asing mereka, perasaan simpati dan peduli saya semakin luntur apabila membaca berita majikan tempatan diserang atau dibunuh oleh pekerja mereka.
Akhirnya, nama negara menjadi busuk dan jelik. Kerana beberapa ekor kerbau yang membawa lumpur busuk, kita semua terpalit, kotor dan jijik.
Kementerian (Keselamatan) Dalam Negeri, polis dan pihak-pihak lain yang bersangkutan mungkin tidak mahu mengaku, malah menafikan dengan sekeras-kerasnya jolokan negara kita sebagai “the murder capital of the world”. Tetapi kalau kita baca akhbar, itulah gambarannya. Wallahualam.

Sunday, June 05, 2011
Implikasi Pemilihan Golongan Liberal Terhadap Pas
A kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEJAK dulu lagi, saya berpegang kepada pendapat bahawa Pas adalah parti politik. Dan hal ini saya nyatakan berulang kali dan tulisan dan kenyataan lisan saya.
Berbeza daripada pergerakan Islam yang berkecuali dan non-partisan, Pas, awal dan akhir, adalah perjuangan politik partisan.
Justeru itu, Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulamanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah ahli politik.
Hakikat bahawa mereka ulama adalah kebetulan dan bukan hal pokok. Kerjaya harian mereka ada sebagai ahli politik.
Di Malaysia, bukan mereka sahaja ulama. Ada ramai lagi ulama, tetapi mereka tidak terkenal dan tidak menjadi idola kontemporari kerana kegiatan harian mereka tidak banyak mendapat pendedahan media.
Hari ini, ahli politik bukan sekadar pemimpin masyarakat, tetapi juga selebriti. Mereka sama naik dengan bintang filem dan dikenali bukan semata-mata kerana mereka berwibawa, tetapi tidak kurang pula kerana mereka popular.
Kalau diikut pengertian lama dan semantik asal, seseorang atau sesuatu yang popular tidak semestinya berwibawa dan bermutu. Politik dulu kala membezakan antara pemimpin popular dengan yang berwibawa.
Jadi saya tidak melihat keputusan pemilihan pucuk pimpinan Pas bagi tempoh 2011-2013 sebagai luar dugaan. Namun saya tidak menolak pemilihan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden sebagai perkembangan menarik.
Hakikat beliau mengalahkan penyandang, Nasharuddin Md Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man adalah penting. ” Dalam sistem pemberian nama (nomenclature) Pas, Nasharuddin dan Tuan Ibrahim adalah “ustaz” manakala Mohamad Sabu hanya “haji” biasa.
Nasharuddin dan Tuan Ibrahim dilihat oleh kawan dan lawan sebagai berwibawa, tetapi Mohamad Sabu tidak syak lagi seorang yang popular. Dalam litar ceramah politik, beliau adalah selebriti – pemidato hebat yang boleh membuat khalayak gelak terbahak-bahak sampai senak perut dengan kelucuannya. Berikanlah apa pun tajuk, beliau boleh memintalnya menjadi parodi.
Mungkin gabungan Abdul Hadi, seorang “tuan guru” mengikut “nomenclature” Pas, Mohamad Sabu seorang “haji” biasa dan Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang “tok guru” di tangga tertinggi kepemimpinan parti itu menjadinya lebih “lengkap” berbanding kepemimpinan di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh “ustaz”.
Mungkin benar kata Mohamad Sabu selepas kemenangannya bahawa kepemimpinan baru Pas berharap dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menjinakkan lagi orang bukan Islam terhadap Pas.
Namun begitu, adalah kurang tepat melabelkan golongan bukan ulama ini sebagai “Erdogan”. Malah bercanggah langsung dengan Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan. Dalam politik sekular Turkey yang menyekat kebebasan Islam, Erdogan ada reformis Islam. Dia mencabar dasar sekular dan mahu Islam memainkan peranan lebih penting.
Rasa-rasanya, pendirian Erdogan lebih mirip kepada para ulama Pas, sedangkan Mohamad Sabu dan tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah “reformis” yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi.
Soalnya, sejauh manakah pemilihan Mohamad Sabu dan kekalahan Nasharuddin serta penyertaan lebih ramai pemuka muda aliran bukan agama akan mempengaruhi dasar dan pendekatan Pas?
Dasar pokok Pas daripada aspek deklarasi seperti Islam, Syariah, Hudud dan Negara Islam tidak akan berubah. Ini adalah lambang yang memberikan legitimasi kepada kelangsungan Pas sebagai parti Islam.
Tetapi pendekatannya telah dan akan terus berubah. Pas akan mengekalkan slogan Negara lslam tetapi akan berdolak-dalik mengenainya bergantung kepada suasana politik, tempat dan masa. Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam.
Justeru itu, apa yang lebih menonjol daripada keputusan pemilihan Pas ialah bagaimana barisan baru itu melaksanakan rancangan dan pendekatan jangka pendek dan sederhana, khasnya bagi menghadapi pilihan raya umum.
Imej liberal Pas boleh membantu parti itu berdialog dan seterusnya bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu bergantung kepada peranan PKR sebagai orang tengah. Jika ini menjadi kenyataan, ia akan memberi kesan besar kepada bila PRU akan datang diadakan dan bagaimana parti-parti yang mengambil bahagian akan mengatur strategi masing-masing.
Tiada siapa boleh menafikan yang “pembebasan” kepemimpinan Pas daripada monopoli golongan ulama telah dan akan terus mengubah persepsi umum terhadap parti itu. Malah sudah terdengar
cakap-cakap bahawa Pas sudah hampir menyerupai Umno dan kaukus Melayu PKR.
Ini akan memberi kesan langsung kepada parti-parti yang bergantung kepada undi Islam/Melayu dan kepada kerjasama antara parti dalam kerangka politik pelbagai kaum Malaysia.
Kelebihan kepemimpinan bukan ulama Pas ialah mereka mempunyai sistem dan keupayaan “out-reach” yang lebih luas. Dengan itu, mesej mereka boleh sampai kepada audiens yang lebih besar dan pelbagai. Itulah peluang mereka dan itulah juga cabaran kepada lawan-lawan mereka.