A kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEJAK dulu lagi, saya berpegang kepada pendapat bahawa Pas adalah parti politik. Dan hal ini saya nyatakan berulang kali dan tulisan dan kenyataan lisan saya.
Berbeza daripada pergerakan Islam yang berkecuali dan non-partisan, Pas, awal dan akhir, adalah perjuangan politik partisan.
Justeru itu, Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulamanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah ahli politik.
Hakikat bahawa mereka ulama adalah kebetulan dan bukan hal pokok. Kerjaya harian mereka ada sebagai ahli politik.
Di Malaysia, bukan mereka sahaja ulama. Ada ramai lagi ulama, tetapi mereka tidak terkenal dan tidak menjadi idola kontemporari kerana kegiatan harian mereka tidak banyak mendapat pendedahan media.
Hari ini, ahli politik bukan sekadar pemimpin masyarakat, tetapi juga selebriti. Mereka sama naik dengan bintang filem dan dikenali bukan semata-mata kerana mereka berwibawa, tetapi tidak kurang pula kerana mereka popular.
Kalau diikut pengertian lama dan semantik asal, seseorang atau sesuatu yang popular tidak semestinya berwibawa dan bermutu. Politik dulu kala membezakan antara pemimpin popular dengan yang berwibawa.
Jadi saya tidak melihat keputusan pemilihan pucuk pimpinan Pas bagi tempoh 2011-2013 sebagai luar dugaan. Namun saya tidak menolak pemilihan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden sebagai perkembangan menarik.
Hakikat beliau mengalahkan penyandang, Nasharuddin Md Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man adalah penting. ” Dalam sistem pemberian nama (nomenclature) Pas, Nasharuddin dan Tuan Ibrahim adalah “ustaz” manakala Mohamad Sabu hanya “haji” biasa.
Nasharuddin dan Tuan Ibrahim dilihat oleh kawan dan lawan sebagai berwibawa, tetapi Mohamad Sabu tidak syak lagi seorang yang popular. Dalam litar ceramah politik, beliau adalah selebriti – pemidato hebat yang boleh membuat khalayak gelak terbahak-bahak sampai senak perut dengan kelucuannya. Berikanlah apa pun tajuk, beliau boleh memintalnya menjadi parodi.
Mungkin gabungan Abdul Hadi, seorang “tuan guru” mengikut “nomenclature” Pas, Mohamad Sabu seorang “haji” biasa dan Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang “tok guru” di tangga tertinggi kepemimpinan parti itu menjadinya lebih “lengkap” berbanding kepemimpinan di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh “ustaz”.
Mungkin benar kata Mohamad Sabu selepas kemenangannya bahawa kepemimpinan baru Pas berharap dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menjinakkan lagi orang bukan Islam terhadap Pas.
Namun begitu, adalah kurang tepat melabelkan golongan bukan ulama ini sebagai “Erdogan”. Malah bercanggah langsung dengan Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan. Dalam politik sekular Turkey yang menyekat kebebasan Islam, Erdogan ada reformis Islam. Dia mencabar dasar sekular dan mahu Islam memainkan peranan lebih penting.
Rasa-rasanya, pendirian Erdogan lebih mirip kepada para ulama Pas, sedangkan Mohamad Sabu dan tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah “reformis” yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi.
Soalnya, sejauh manakah pemilihan Mohamad Sabu dan kekalahan Nasharuddin serta penyertaan lebih ramai pemuka muda aliran bukan agama akan mempengaruhi dasar dan pendekatan Pas?
Dasar pokok Pas daripada aspek deklarasi seperti Islam, Syariah, Hudud dan Negara Islam tidak akan berubah. Ini adalah lambang yang memberikan legitimasi kepada kelangsungan Pas sebagai parti Islam.
Tetapi pendekatannya telah dan akan terus berubah. Pas akan mengekalkan slogan Negara lslam tetapi akan berdolak-dalik mengenainya bergantung kepada suasana politik, tempat dan masa. Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam.
Justeru itu, apa yang lebih menonjol daripada keputusan pemilihan Pas ialah bagaimana barisan baru itu melaksanakan rancangan dan pendekatan jangka pendek dan sederhana, khasnya bagi menghadapi pilihan raya umum.
Imej liberal Pas boleh membantu parti itu berdialog dan seterusnya bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu bergantung kepada peranan PKR sebagai orang tengah. Jika ini menjadi kenyataan, ia akan memberi kesan besar kepada bila PRU akan datang diadakan dan bagaimana parti-parti yang mengambil bahagian akan mengatur strategi masing-masing.
Tiada siapa boleh menafikan yang “pembebasan” kepemimpinan Pas daripada monopoli golongan ulama telah dan akan terus mengubah persepsi umum terhadap parti itu. Malah sudah terdengar
cakap-cakap bahawa Pas sudah hampir menyerupai Umno dan kaukus Melayu PKR.
Ini akan memberi kesan langsung kepada parti-parti yang bergantung kepada undi Islam/Melayu dan kepada kerjasama antara parti dalam kerangka politik pelbagai kaum Malaysia.
Kelebihan kepemimpinan bukan ulama Pas ialah mereka mempunyai sistem dan keupayaan “out-reach” yang lebih luas. Dengan itu, mesej mereka boleh sampai kepada audiens yang lebih besar dan pelbagai. Itulah peluang mereka dan itulah juga cabaran kepada lawan-lawan mereka.
Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam.
ReplyDeletecomment:
Alahai Hadi, memang tak terlaksana. Politik punya cakap tak serupa bikin. Kalau dah bersama DAP dan PKR lagi hanyut !!!Itulah hakikatnya. Tak payahlah nak temberang kepada rakyat. Rakyat bukan semuanya bodoh. Rakyat dapat ramalkan apa akan terjadi kepada Negara Islam apabila Pakatan dapat memerentah. Hanya omong-omong kosong je!!
Tapi biasalah, ada yang taksub bahawa Negara Islam akan menjelma. he he he he !!! Tunggulah sampai kucing bertanduk !!!
Juleng
Dato'
ReplyDeleteJika nak diibarat posting Dato ini sebagai gulai,ianya gulai yang lengkap semua rasanya.Satu ulasan yang cukup berkualiti,berpijak apa yang Dato lihat.Mungkin tidak ada lagi yang perlu ditambah.
Namun izinkan saya menambah sedikit saja ramuan ini bagi memerahkan lagi gulai yang memang sudah merah itu.
Apa yang berlaku itu adalah kehendak ahli yang disalurkan melalui perwakilan dari kawasan kawasan.Ruang untuk melobi amat terhad,lantaran itu media,blog dan FB memainkan peranan utama.Jika ini dikaitkan ,ternyata perwakilan PAS ramai terdedah dengan kebolihan IT dimana mereka mengorek dan menyelak kebolihan calun calun .
Mereka menilai kebolihan calun calun dan calun yang mempunyai sifat cakap dan buat telah diangkat.
Perwakilan(ahli)juga telah memahami realiti sebenar sistem politik dan sistem perlembagaan persekutuan.Menongkah kehendak perlembagaan adalah kerja yang sia sia.Pembesar pembesar UMNO dalam ulasan ulasan yang tidak dijemput merasa kecewa apabila perwakilan PAS telah memahami apa yang ada dalam perlembagaan.Mereka mahu PAS berkhayal dengan negara Islam,satu yang susah terjadi apabila perlembagaan berkata dalam sistem pengundian satu individu berdaftar hanya berhadk satu undi.Dan apabila ahli PAS merasakan khayalan perlu dihentikan,mereka (UMNO)ternyata kecewa dan mulalah bercakap PAS telah lari meninggalkan cita cita negara Islam.Seolah olah mereka lah juara negara Islam dan PAS gagal membantu mereka melaksanakan nya.
Salam Dakj
ReplyDeleteKomen pemula saya, adakah kemunculan 'golongan liberal dalam PAS' itu satu berita baik bagi UMNO menghadapi PRU 13?
Tok Kadiaq,
ReplyDeleteBerita baiknya 'AMENO TAK BUAT PEMILIHAN TAHUN NIE'. He3..terpaksa la TPM ulas pemilihan PAS. Yang dalam BN semua tangguh pemilihan tahun nie pasal apa. Takut pecah lepas pemilihan?. Apa2 pun tahniah kat abg Mat Sabu (lepasan Uni. ISA)-sender Rakyat Penang lo.
Salam Dakj dan pembahas
ReplyDeleteAntara Dasar dan Pendekatan:
"Dasar pokok Pas daripada aspek deklarasi seperti Islam, Syariah, Hudud dan Negara Islam tidak akan berubah. Ini adalah lambang yang memberikan legitimasi kepada kelangsungan Pas sebagai parti Islam.
Tetapi pendekatannya telah dan akan terus berubah. Pas akan mengekalkan slogan Negara lslam tetapi akan berdolak-dalik mengenainya bergantung kepada suasana politik, tempat dan masa. Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam."
Komen:
1. DEB dasar ciptaan manusia UMNO.
2. Negara Islam dasar ciptaan manusia PAS.
3. Saya setuju Dato' cakap pendekatan dasar Negara Islam PAS telah dan akan terus berubah
4. Dan saya rasa Dato' juga setuju jika saya cakap pendekatan DEB pun telah dan akan terus berubah, khasnya di bawah kepimpinan Melayu, DS Najib.Tak percaya, sila kaji Dasar persyarikatan Malaysia TDM dan MEB DSNajib
5. Dalam pembahsan saya sebelum ini,saya berkata, menjadi tanggungjawab pak2 menteri2 yang mengetuai kementerian2 menjaga DEB daripada diselewengkan, dari satu aspek, dan dari aspek lain, berkejasama dengan golongan pentadbir dan profesional di bawah kementeriannya masing2 khasnya bagi menterjemahkan DEB dalam bentuk akta, belanjawan, rancangan, program dan projek kepada bentuk pelaksanaannya masing2, berdasarkan matlamat2 yang disasarkan di bawah dasar tersebut
Tetapi, orang Melayu mana yang banyak menyelewengkan DEB kalau tidak para pemimpin UMNO sendiri yang diberikan jawatan menteri2 dipelbagai kementerian itu?
6. Berdasarkan hujah saya no. 5 di atas, tidakkah pemilihan atau kemunculan golongan liberal PAS yang dikatakan berlatarbelakang profesional itu, sesuatu yang baik dan dinantikan oleh orang Melayu jika mereka dapat memainkan peranan lebih sedikit daripada golongan profesional UMNO dan kakitangan kerajaan sekarang dari segi keperluan untuk menterjemah dengan berkesan dasar2 awam negara yang meliputi DEB yang kerajaan UMNOBN sejak dulu bermasalah dalam hal ini?
Salam Dato'.
ReplyDeletePAS pun sudah menjalini transformasinya sendiri. Walaupun sesetengah setuju ke tak setuju halatuju depa, itu terpulanglah kepada pendirian tersendiri.
Apa yang UMNO tunggu lagi? Cakap pasal transformasi dan macam-macam labs tapi kat peringkat bahagian pun tak habis maki-memaki.
Sebagai contoh, kalau Manchester Utd membeli player yang handal dan menang beberapa perlawanan, takkanlah Chelsea duduk kat sidelines dan menjerit dan membangkang pembelian MU tersebut (sebagaimana reaksi sesetengah pihak terhadap mukhtamar PAS baru-baru ini). Pasukan Chelsea haruslah berlatih dengan lebih giat ataupun 'field' player baru yang sama handal. Maksudnya, perbarisan pertama UMNO haruslah setaraf dari segi keupayaan dan komitment.
Yang kaki bodek, kaki projek boleh dudok sebagai 'reserve' ataupun jadi budak air. Kalau tak hadir kerana kekurangan 'insentif' pun tak apa!
Mungkinkah UMNO akan ataupun lebih tepat lagi boleh berubah mengikut masa?
Aslkum DAKJ dan pembahas budiman
ReplyDeletePemilihan pucuk pimpinan PAS tetap bejalan walaupun PRU 13 semakin hampir. Ertinya pimpinan PAS tidak mengambil peluang untuk terus mengekalkan kuasa dengan menangguhkan pemilihan atas alasan konon hendak menumpukan pd PRU 13........Tapi ada parti yg mendakwa demokratik telahpun lama menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan mereka.
Benar , perwakilan telah memilih bukan ustaz menjadi timbalan presidan dan ketiga2 naib presiden. Tapi kenapa konco2 UMNO pulak yg sibuk2 nak beri komen yg jelas bermotif jahat. Cubalah bandingkan air muka bersih mereka berbanding dgn air muka pemimpin yg suka buat dosa dlm parti ...Orang yg terpilih ini walaupun bukan ustaz atau ulamak tetapi menyokong perjuangan memartabat nilai2 Islam. Adakah sdr Juleng fikir Muhyidin, Hishamudin, Zahid Hamidi dll dlm UMNO tu lebih baik penghayatan Islamnya?
Sdr Juleng tolong jgn kurang ajar dgn manusia apatah lagi dgn ustaz. Kalau sdr nampak terlalu banyak pemimpin UMNO yg sdr sokong tu jahat jangan pula borong bahawa pemimpin PAS pun sama. Ustaz Hadi cuma kata belum masanya melaksanakan negara Islam........ mungkin sebab nak tunggu org Islam lain dlm UMNO termasuk sdr bertobat dan mula menyokong perjuangan menentang segala maksiat.....seperti perbicaraan olok2, pilihan raya yg tercemar( dgn pengundi hantu,pengundi berkali2 , media putar belit) , budaya finah, samseng, curi dll.
Soal berpolitik, wakil2 syaitan sering menghujah bahawa ulamak hanya layak jadi tok imam je. Mereka tak layak menjadi menteri. Yg layak cuma kalangan bukan ustaz. Itu tak betul. Sepatutnya lebih ramai ulamak atau yg seperjuangan(kecuali ulamak jahat seperti ulamak UMNO) terlibat dgn politik lebih baik kerana secara umumnya mereka ini lebih baik akhlaknya kerana takut pd Allah.
Oleh yg demikian pernyataan seperti ahli politik dahulu, ulamak kemudian adalah tidak adil, mengeliru dan tidak perlu berbangkit langsung. Pada pemahaman saya pernyataan seperti itu bererti perbuatan menipu yg biasa dibuat oleh ahli politik bukan ulamak akan juga menjadi budaya ulamak spt Nik Aziz setelah beliau menjadi ahli politik.
Oleh kerana Nabi juga saorang ahli politik adakah boleh kita kira baginda politikus dulu dan Nabi kemudian?
Pemimipin Islam banyak khayalan. Itu sebabnya terkial-kial nak majukan ummah. Idea-idea yang diajukan tidak mendatangkan hasil yang boleh dibanggakan. Tidak ada lansung kedengaran dari pemimpin PAS tentang kemajuan yang di lakukan oleh kerajaan Kedah dan Kelantan. Bagaimana prestasi pembangunan di kedua negeri yang di perentah oleh PAS. Tidak ada yang di bincangkan. Mungkin tidak releven dipersoalkan kerana semua rakyat di Kedah dan Kelantan dah senang lenang dan puas hati!!!!!.
ReplyDeleteRaman
Salam Dato’ A Kadir Jasin
ReplyDeleteSaya mengucapkan terima kasih kerana Dato’ sudi menulis tentang muktamar PAS tahun ni. Saya juga cukup bersetuju Dato’ melebelkan PAS hanyalah sebuah parti politik saja. Juga ulasan dan pandangan golongan liberal memang tepat dan padat. Pendek kata, saya cukup bersetuju dengan artikel Dato’ pada kali ini. Dato’, izinkan saya tambah sikit.
Tuan-tuan dan puan-puan, kata Presiden PAS: - “Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan,” kata Hadi pada sidang medianya semalam. Itulah kata-kata Tuan Presiden yg terlupa akan amanatnya 20 tahun lepas.
Dikesempatan ini, izinkan saya saling ingat mengingati jika ada yg sudi mendengar. Pertamanya, sebelum mencaci para ulama’ yg masuk parti UMNO, apa salahnya bertanya khabar dan sebab kenapa mereka membuat keputusan secara bertentang mata. Dan janganlah kita PERASAN ilmu ulama’ kita lebih tinggi darjatnya dari ilmu orang lain. Sesungguhnya orang yg takbur termasuk di dalam orang-orang yg rugi.
Keduanya, sesungguhnya Islam AMAT menitik beratkan keadilan dan keadilan hanya boleh dicapai dengan membuat soal selidik dan bertanyakan kepada kedua-dua belah pihak. Janganlah kita MEMFITNAH orang lain membuat fitnah dengan hanya mendengar kepada satu pihak sahaja termasuklah dalam VIDEO SEKS supaya kita tidak termasuk di dalam orang-orang yg zalim. Azab Akhirat amat berat menunggu pemimpin yg zalim dan memfitnah orang lain tanpa usul periksa.
Ketiganya, sebelum bercakap tentang negara kebajikan, rasanya eloklah dimulakan dengan negeri berkebajikan dulu sebab rakyat Malaysia semuanya dah tahu kemampuan SEBENAR mereka. Air yg macam teh tarik, sampah yg tak terurus, tikus yg berlambak-lambak, tandas yg kotor, koperasi yg rugi, tanah universiti sekangkang kera pun nak diambil premium, anak yatim pun dibelasah sampai mati. Idea untuk majukan negeri pun tak ada walaupun ada pusat pelancongan yg menarik tapi jadi macam High Chaparral jelah. Senang cakap, eloklah tengok cermin dulu sebelum berjanji LAGI. Sebabnya, dulu rakyat percaya tapi sekarang rakyat dah MELOYA.
Akhir kata, saya stop dulu sampai disini.Banyak lagi nasihat yg saya nak bagi, itupun kalau sudi. Saya akhiri dengan serangkap pantun; “Orang Muda ditangkap berkhalwat dengan anak dara logiklah juga, TAPI...." Saya nak sambung pun rasa malu. Sehingga berjumpa lagi, TQ.
UMNOlah yang kecewa besar dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS . juak-juak mereka dalam PAS kalah. Jadi kalahlah pula hajat mereka untuk mengajak PAS menubuhkan kerajaan perpaduan.
ReplyDeleteSorry guys,we PAS are moving up with new faces and strategies.UMNO preferred a stereotype PAS image. A turban clad kampung pakcik wearing sarong and baju melayu shrieking "Allahhukbar"at the top of his voice.Nothing more than that.They dont want a more appealing image of intelligent,state of the art muslims who could compete with the world.
ReplyDeleteI could see a panic stricken UMNO people.We dont care what you UMNO people said.Whatever you intention are.Your intention can be anything otehr than good wish to PAS.
We also had made our mind.No unity with UMNO.Berputus arang berkerat rotan.My hope for UMNO " May you rot in Hell".Good bye UMNO
saji: bagi saya itu bukan berita baik buat UMNO..
ReplyDeletebenda ni aku dah jangka lama cuma tak sangka muncul ketika pakatan umno lemah, bukankah telah aku nyatakan dalam posting yang lalu bahawa tiada kumpulan islam yang ingin membawa islam akan berjaya dibumi ini, ingat nabi pernah bersabda akhir zaman satu sujud lebih mulia dunia dan isi nya, kalau tak macam mana dajjal nak turun, cuma yang aku sangat kecewa kenapa ekonomi melayu tidak maju padahal orang melayu yang memerintah tapi ekonomi melayu jauh kebelakang, bukan sekadar ahli perniagaan tapi orang yang makan gaji pun ekonomi kita orang melayu ketinggalan, cuba lihat berapa banyak anak melayu yang bayar tax berbanding dengan yang lain.(jangan hanya nak kerja gomen je)
ReplyDeletemohd paizal
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteSaya berbeza sedikit dengan pandangan Datuk yang mengatakan PAS akan boleh dengan dirinya berhubungan langsung dengan DAP tanpa perlu melalui PKR lagi setelah kepimpinan baru PAS ini berjaya. Pada hemat saya PAS akan lebih susah selepas ini kerana line up baru ini sebenarnya adalah gerombolan PKR juga yg telah lama bersembunyi, memasang perangkap, membina strategi di dalam PAS. Oleh itu, akan berlaku konflik yg hebat barangkali selepas ini diantara kehendak pemimpin parti dgn kehendak majlis syura mereka sendiri.Kita sama-sama saksikanlah ...Juga soalnya apakah PAS sekrang ni adalah PKR kedua?. Ia semacam proses reincarnation dalam Teori kewujudan Alien.
Sdr Juleng
ReplyDelete"Rakyat bukan semuanya bodoh. Rakyat dapat ramalkan apa akan terjadi kepada Negara Islam (Malaysia)apabila Pakatan dapat memerentah."
Komen:
Atas alasan muamalat Islam bukan sekadar berleggar dalam ruang lingkup bidang kewangan dan perbankan dan sub-bidang masing2 seperti yang mungkin disangka oleh kerajaan UMNOBN, bagaimana jika dikatakan bahawa PAS dengan saf pimpinan barunya yang kebanyakannya dianggotai oleh golongan profesional kewangan dan teknikalnya itu akan mungubah dan memfokuskan dasar perjuangannya untuk melaksanakan hukum2/prinsip2 muamalat Islam lain membabitkan bidang pembuatan dan pembinaan.
Salam Datuk,
ReplyDeleteDengan pemilihan golongan liberal di Pas, maka sudah lengkaplah aspek kebodohan berpolitik orang Melayu. Umno dengan kekurangannya disana sini dan Pas pula dengan kejahilan melampaunya dalam usaha untuk menjadi juara politik Melayu.
Melayu akan makin tersepit akibat tidak berkesepakatan dalam memperjuangkan agenda Melayu.
Biar menang sorak kampung tergadai...biar putih tulang jangan putih mata...peribahasa warisan nenek moyang kita ini akhirnya benar-benar memakan bangsa Melayu dikala ini.
Mungkin Melayu mudah dan sudah lupa sejarahnya sendiri. 500 tahun dijajah, diperhamba dan diperbodoh kan kuasa asing tidak menjadi tauladan berguna. Melayu lupa bahawanya mereka hanya merdeka dan memerintah sendiri negara dalamasa lebih sedikit dari 50 tahun tetapi sudah lupa diri dan tidak pernah insaf bahawa sejarah pahit bangsanya mungkin berulang....
Kata-kata 'keramat' Hang Tuah sudah tidak relevan lagi kerana dia sendiri ghaib membawa diri kerana amat malu dengan diri dan bangsanya sendiri...mungkin...
Jimizul
Golongan ulamak atau liberal dalam kepimpinan Pas tidak sebenarnya menjadi masalah kepada rakyat macam saya.Yang penting pemimpin2 Pas yang baru dilantik berubah sikap terutama sekali dalam tutur bahasa mereka dan hentikan kutuk mengukut pihak lawan. Biarkan BN kata atau 'provoke' Pas tetapi mereka kena pandai bertindak secara bijak tanpa menyakit hati pemimpin2 BN dan penyokongnya kerana dengan cara demikian, insyaallah, ramai rakyat jelata dan penyokong2 BN yang memegang kuat dengan ajaran2 Islam akan tertarik dengan sikap sederhana itu. Inilah Pas dan Pakatan kena amalkan untuk menang PRU13 dan bukan secara konfrontasi! Kita tak mau dicop parti politik Pas dan Pakatan sebagai parti politik ganas, tak bertamadun dan extremis! Muslimat Pas/Pakatan patut ingat jangan sesekali ikut sorak menyorak dan pekik memekik macam Wanita dan Putri UMNO kerana sebagai pemerhati politik saya berasa begitu meluat dan jijik! Biarkan cop itu ada diBN sahaja......
ReplyDelete1.Barisan baru kepimpinan PAS tidak ada yang nak dibanggakan.
ReplyDelete2.Kalau mengikut benchmark saya, saya tidak nampak barisan kepimpinan PAS boleh membawa umat Islam dan Melayu khasnya kemercu kejayaan yang lebeh cemerlang.
3.Jika kita perhatikan barisan kepimpinan PAS yang baru ini dan jika ditakdirkan PAS dapat memerentah kerajaan pusat, saya rasa PAS ketinggalan jauh kebelakang untuk mentadbir negara dengan lebeh hebat dari UMNO.
4.Tentunya ada yang kurang senang dengan statement saya ini dan bepadang serong, tapi kalau kita benar-benar ikhlas kita fikir-fikirkan lah dengan hati terbuka dan pandangan yang luas.
5.Saya tidak berpihak kepada UMNO atau pun PAS tapi itulah rumusan peribadi saya tentang kebolehan PAS mentadbir negara.
6.Saya telah membuat keputusan tidak akan undi PAS atau pun UMNO kerana saya kecewa keduanya tidak mengambil jalan yang terbaik untuk menyatu padukan bangsa Melayu yang telah bepecah belah semata-mata kerana nakkan kuasa hingga membelakangkan perpaduan ummah yang saya lihat sudah makin terombang ambing tidak ada haluan untuk maju kehadapan. Masih bercakaran tidak ada noktanya.
7.UMNO dan PAS masih leka dengan percaturan politik yang tidak membawa apa-apa faedah kepada bangsa Melayu yang saya cintai.
8.Kita dah merdeka selama 50 tahun tetapi malangnya perpaduan orang Melayu semakin kusut, tetapi perpaduan bangsa lain semakin kukuh demi untuk mempertahankan hak mereka dan kalau boleh dipertingkatkan lagi penampilan mereka dalam semua bidang terutama sekali bidang politik dan ekonomi supaya tidak terjejas.
9.Itulah perbezaan yang sungguh ketara masa kini.Dan pemimpin Melayu dari PAS dan UMNO semacam tidak ambil peduli. Yang diutamakan hanyalah untuk mendapatkan kuasa. Tetapi apabila dah dapat kuasa lain ceritanya!!!
10.Suasana politik semakin runcing dan jika kita tidak ambil iktibar maka umat Melayulah yang mendapat tempiasnya.
Melayu Celik Atas Pagar
datuk, semuga allah memelihara kita semua, tulisan datuk menunjukkan datuk belum berkesempatan lagi utk memahami islam secara syumul.marilah kita sama sama berdoa semuga allah memberi kesempatan utk faham islam secara syumul dan dapat amalkannya.... faui hussin
ReplyDeleteSAMA SAJA KUT MANA2 PUN,,,SAPA MENANG PUN LESEN2 BESARK KAUM LAIN YANG MINAT,,,,KAUM PRIBUMI YG BERDARAH MAJMUK JADI PEMIMPIN PULAK MINAT NAK BAGI KAT ORG LAIN,,,LAST2 YANG BERSORAK CUMA JADI SEMUT KERENGGA JAGA BUAH DEREYAN,,,GENG2 ATAIH YANG KENYANG ANAK PINAK .SAPA2 PUN KEPENTINGAN TAK PERNAH BERUBAH.PERUT N BWH.
ReplyDeletePAS tida menghumban prinsipnya utk menegakkan negara Islam.Batu penghalang plg utama kepada pembentukan negara Islam adalah UMNO dan bukan DAP.UMNO perlu dhumban dari persada kekuasaan tanah air terlebih dahulu.Selagi UMNO ada selagi itu lah Islam tidak akan tertegak dibumi Malaysia ini..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteBukannya saya nak memperlekehkan barisan kepimpinan PAS yang baru. Tetapi saya meragui kredebiliti dan pencapaian akademik Mohd Sabu dan Mahfuz Omar.
Mohd Sabu dalam beberapa siri ceramahnya dulu, iaitu semasa DSAI memegang jawatan Timbalan PM, berkata DSAI adalah seorang homoseksual. Tetapi sekarang beliau hanya berdiam diri.
Saya memang kenal dengan Mahfuz Omar, kami pernah main bola sepak bersama-sama. Saya tak pasti kelulusan akademik beliau. Tetapi beliau adalah pekerja di Lapangan Terbang Kepala Batas. Apa yang saya lihat tugasnya membawa fail untuk diserahkan kepada krew di atas kapalterbang MSA ketika itu.
PAPA
Tinta Hitam said...
ReplyDeletePAS tida menghumban prinsipnya utk menegakkan negara Islam.Batu penghalang plg utama kepada pembentukan negara Islam adalah UMNO dan bukan DAP.UMNO perlu dhumban dari persada kekuasaan tanah air terlebih dahulu.Selagi UMNO ada selagi itu lah Islam tidak akan tertegak dibumi Malaysia ini..
...................................
Saudara Tinta Hitam,
1.Islam telah bertapak di Malaysia (Tanah Melayu) lebih dari 700 tahun yg lalu.
2.Pemimpin politik yg menentang 'Negara Islam' sehingga mengeluarkan kenyataan "...langkah mayat saya dahulu sebelum tubuhkan negara Islam" adalah seorang pemimpin kanan DAP dan bukannya UMNO.Sila rujuk dahulu kepada beliau sebelum hendak mengeluarkan apa2 kenyataan mengenai 'Negara Islam'!!.
Semoga HATI tuan tidak sehitam TINTA HITAM.
anakjati_sgway
Salam Dakj,
ReplyDeleteSdr Melayu Celik Atas Pagar, antara lain berkata, " Kita dah merdeka selama 50 tahun tetapi malangnya perpaduan orang Melayu semakin kusut, tetapi perpaduan bangsa lain semakin kukuh demi untuk mempertahankan hak mereka dan kalau boleh dipertingkatkan lagi penampilan mereka dalam semua bidang terutama sekali bidang politik dan ekonomi supaya tidak terjejas. "
Komen:
1. Kenapa tidaknya perpaduan orang Melayu semakin kusut apabila masing2 merasakan dirinya begitu selesa dan selamat sampai bila2 menduduki kawasan perumahan yang bukan sahaja dilengkapi prasarana awam oleh pihak kerajaan, malah ianya disediakan secara percuma termasuk keperluan pengawal keselamatan 24 jam?
2. Macam mana bangsa lain semakin kukuh perpaduannya apabila masing2 merasakan dirinya masih tinggal di rumah dan di kawasan setinggan yang, padanya, tidak begitu selesa dan selamat untuk terus mereka diami, kerana merasakan selalu sangat diancam dahalu -keluar oleh pemilik tanahnya orang Melayu?
Salam Dato,
ReplyDeleteIslam dan PAS....
Bolih saya tanya pasai apa nabi muhammad tak di panggil/gelaran haji,ustaz,tok guru atau ulama??....
WALHAL BELIAU adalah rasul allah dengan segala ilmunya yang terbaik dialam ini,maksumnya,terbaik akhlakya dll....
BEGITU juga dengan semua rasul dan nabi sebelumnya?..
ATAWA SEMUA gelaran ini untuk TIPU ORANG SAJA KUT NI?...riak?.
Abu Bakar Ab Rahman
Dakj dan pembahas
ReplyDeleteSdr Raman, berkata, " Pemimipin Islam banyak khayalan. Itu sebabnya terkial-kial nak majukan ummah. Idea-idea yang diajukan tidak mendatangkan hasil yang boleh dibanggakan. Tidak ada lansung kedengaran dari pemimpin PAS tentang kemajuan yang di lakukan oleh kerajaan Kedah dan Kelantan.
Komen:
1. Saya setuju jika pemimpin Islam yang sdr maksudkan sebagai banyak khayalan dan terkial-kial nak majukan ummah dengan Idea-idea yang diajukan tidak mendatangkan hasil yang boleh dibanggakan itu merupakan pemimpin negara umat Islam di zaman moden ini.
2.Soalan saya, mengapa atau apa rahsianya para pemimpin negara umat Islam di zaman kegemilangan Islam silam dulu atau menjadi kebanggaan umat Islam sekarang mereka tidak seperti para pemimpin negara umat Islam di zaman moden ini dalam hal yang sama di atas?
Tinta Hitam,
ReplyDeleteKomen sdra jelas memperlihatkan tidak ada kematangan untuk berdialog secara rational.
A reflection of having inferiority complex which means a disorder arising from the conflict between the desire to be noticed and the fear of being humiliated, characterized by aggressiveness or withdrawal into oneself. What a pity!!
Pemerhati Tegar
Golongan pemimpin "liberal" PAS nak bawa Melayu ke mana. Ke bulan dan bintang!! Saya lihat golongan ini tidak ada kredibiliti. Hanya serpihan sahaja. Kelayakan mereka di persoalkan. Mungkin ada kata mereka adalah professional. Untuk mentadbir negara bukan sahaja professionalism yang diperlukan tapi lebeh daripada itu. Negara perlukan pemimpin yang visionary dan berkemampuan menjana idea-idea yang bernas untuk melonjakkan bangsa ketahap yang lebeh maju dalam segala bidang bukan sahaja tentang agama. Jadi saya lihat barisan kepimpinan PAS tidak ada seorang pun yang berwibawa dalam ertikata mempunyai charisma dan perwatakan "glokalislam". Tidak ada. ZERO !!! Mereka hanya berpecah kepada dua golongan sahaja iatu ulamak dan "kononnya" liberal. Entah apa yang liberalnya saya pun tak tahu!!
ReplyDeleteWak
Betul ke Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS, Datuk? he he he he he......! Terkejut dan tersedak saya macam mimpi di siang hari !!! he he he he,,,,,,,,,
ReplyDeleteMat Sapu
Salam Datuk,
ReplyDeleteUlasan Datuk tepat. Erdogan lebih pada keulamaan. Reformis pula lagak seperti ulama yang menjayakan sekularisme dalam acuan erdogan.
Jika di kaji, tidak sama kah dengan apa yang UMNO dengan BN sudah lakukan berabad lama nya? UMNO tetap dengan agenda perjuangan Melayu(sinonim beragama Islam) dan bukan kebetulan, manakala BN dalam bentuk kepelbagaian kerana mengisi keperluan rakyat majmuk, tetapi masih atas dasar Islam.
Bagi saya kemenangan politik itu "kuasa" dan kuasa akan menentukan segala-gala nya. Contoh DAP sudah buat ialah seperti tindakan "kuasa" yang sudah berada dalam tangan mereka. Kuasa yang di tagih sebelum nya sudah tidak sama seperti kuasa bermandat di beri. Oleh itu seperti kata Datuk, orang-orang PAS juga sama ialah ahli-ahli politik. Orang-orang yang inginkan "kuasa" Ulama dan Islam hanya kebetulan masakini kerana perjuangan asal sudah tersasar dari perjuangan asal malah mengelirukan.
Nabi sebelum naik ke langit dalam peristiwa israk mikraj, Allah beri dua pilihan minuman, susu dan arak.
Nabi kita orang yang bijak. Maka susu di pilih nya. Kekal lah umat nya sebagai Islam.
Jika di kiaskan kepada manusia biasa seperti kita, akan cenderung lah kepada arak. Natijah nya, maka Allah sesatkan kita untuk selama-lama nya.
Tidak keterlaluan saya katakan, PAS sudah memilih susu bercampur arak! Dulu Negara Islam, sekarang Negara berkebajikan, Isu video di lihat kazaf yang mengelirukan walhal dalam AL Quran (kes untuk Siti Aishah dalam surah An Nur -isteri Nabi) dan mesti di rujuk empat saksi khas untuk Siti Aishah - atau perumpamaan untuk kaum wanita sahaja (kerana kepatuhan, ketaatan seorang isteri kepada suami itu amat tebal dan bermaruah kerana di jadikan dari tulang rusuk lelaki seperti kehendak Allah Yang Bijaksana - tidak seperti kejadian lelaki yang boleh melakukan apa saja - jika tiada iman, apabila melepasi langkah keluar rumah).
Pilih lah arak atau susu. Atau pilih yang lebih teruk arak bercampur susu.
Jika kita tergolong orang-orang terpelihara, maka susu ialah pilihan sejati untuk kita. Tiada rugi nya. Malah badan akan menjadi sihat sejahtera.
Datuk,
ReplyDeleteI could sense a panic stricken UMNO..I am going to enjoy the every minute of the fun.I had been waiting for so long for it.Sorry no pity for you UMNO people.You can say what you like.It make no difference for us....
Salam semua,
ReplyDelete"PAS tida menghumban prinsipnya utk menegakkan negara Islam.Batu penghalang plg utama kepada pembentukan negara Islam adalah UMNO dan bukan DAP.UMNO perlu dhumban dari persada kekuasaan tanah air terlebih dahulu.Selagi UMNO ada selagi itu lah Islam tidak akan tertegak dibumi Malaysia ini.." - tinta hitam.
Nauzubillah.. taksub politik sampai bunyi mcm nak bertumpah darah..? Hitam sungguh minda & hati bunyinya parah..
NEGARA ISLAM
Hukum negara ada Perlembagaan,
Hatta nak menegak Perlembagaan Al-Quran,
Nak diubah kenalah ada pindaan,
Kalau yang saudara seakidah nak dihumban,
Nak pakat dengan sapa pula dapat 2/3 persetujuan?
Nak berpakat dengan LKS, Karpal Singh, Melayu liberalis ataupun syaitan?
Apakah hanya berkokok macam ayam jantan naik sawan,
Ekor tetap bergelumang tahi jatuh berterabur atas jalan.
Ke Raub memetik biji buah lengai,
Taksub fanatik buat otak jadi bingai.
wasalam
("/)
Salam Dato' dan warga blog semua.
ReplyDeleteBerbeza pandangan sesuatu yang sihat sifatnya. Saya tak berminat nak mewakili sisi warna apapun. Namun, sepintas lalu saya rasa ada rasa cemas dan gusar di kalangan kita semua tentang nasib umat Melayu-Islam pada masa hadapan.
Siapa pun yang menang - baik PAS, PKR, DAP atau BN-UMNO dalam PRU-13 akan menentukan hala tuju baru negara. Rakyat biasa ambil pusing apa yang bakal ditawarkan oleh parti yang bersaing dalam pilihan raya.
Rakyat di bawah juga melihat apa yang yang sedang diberikan sekarang oleh pihak berkuasa baik pusat atau negeri. Pilihan rakyat pada PRU 13 hanya pada dua - pilik BN atau PR. Bukan mengikut bendera parti. Ini yang dominan.
Dengan baki kuasa yang ada dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya, pihak berkuasa atau oposisi masing2 cuba menawan hati pengundi. Rakyat rimas dengan kos sara hidup sekarang, rasuah, jenayah dan sebagainya. Jadi rakyat sedang memerhati gelagat pemimpin dan juga parti yang bertanding - PR dan BN yang manakah yang boleh menjamin kehidupan terbaik untuk mereka. PR khasnya PAS menawarkan konsep negara berkebajikan - amat disenangi rakyat pastinya. BN kata dah lama dah konsep kebajikan rakyat dilaksanakan, malah rakyat didahulukan.
Jadi, perang psikogi kepada rakyat dimulakan. Masalahnya rakyat sekarang ni bijak2 belaka - rakyat tahu menilai yang mana bermain kata2 atau berdusta. Rakyat menilai wakil rakyat dan wakil undi pos mereka melalui cara dan kemewahan hidup YB2 mereka.
Apakah rakyat didekati hanya menjelang pilihan raya atau keprihatinan yang berterusan. Jika BN berjaya mengekang kos sara hidup yang melampau sekarang, BN masih berpeluang mempertahankan putrajaya walaupun pasti kehilangan beberapa negeri lagi.
Tapi jika ekonomi negara masih tidak menentu seperti pembekuan jawatan baru d sektor kerajaan, inflasi, dan pertambahan pengangguran terutama dari universiti dan kolej serta peluang lain yang terhad - maka ia satu signal yang kurang bijak dan rakyat akan bertindak memilih PR atas alasan mencuba kerajaan baru yang berkebajikan mengikut buku jingga.
Jika pimpinan PR dilihat lebih bersih, hidup lebih sederhana dan beramanah rakyat terutamnya di bandar, pinggir bandar malah di felda dijangka membuat perubahan.
Jadi kesan pemilihan kabinet piliharaya PAS ini dijangka akan memberi impak yang bukan sedikit kepada BN malah mampu mencorakkan keputusan PRU 13 akan datang.
Mampukan BN pertahan putrajaya dengan 3M (media, wang dan jentera)sedangkan sumber semakin terhad, rakyat makin bermaklumat, strategi PR makin hebat.
Trend pengundi Cina semakin jelas. Sebenarya yang menjadi menentu kepada kemenangan BN atau PR kini ialah undi pengundi atas pagar dan undi Melayu terutama di luar bandar.
Selicik manapun strategi dan taktikal yang dicatur dan diatur oleh para strategis dan profesional BN dan PR - sebenarnya tuhan kita semua, yakni ALLAH SWT sahaja yang mengetahui dan telah menetapkan qada dan qadarnya.
Apa yang bakal berlaku, parti mana yang bakal menguasai putrajaya - masih BN atau PR akan ditentukan oleh usaha parti bersaing, doa rakyat, dan undi rakyat yang sah.
Harap semua YB dan bakal-bakal YB parlimen dan negeri segeralah tawan hati pengundi, jaga kebajikan rakyat semua, jangan amalkan gaya berpolitik kotor, fitnah dan adu-dumba, sebab doa rakyat yang ditindas dan dizalimi akan diperkenankan dan diangkat oleh ALLAH SWT. Moga2 pemimpin bersih, beriman, amanah dan soleh baik dari PR dan BN akan terpilih pada PRU 13. Sebaliknya pemimpin zalim, tidak amanah dan mengamalkan rasuah akan kecundang.
Dengan kemenangan wakil rakyat yang amanah baik PR dan BN akan sama berganding bahu membela dan membaiki nasib rakyat seterusnya meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi dan melaksanakan syariat untuk kebaikan semua rakyat baik Muslim dan bukan Muslim.
Wassalam.
Salam Dato' dan warga blog semua.
ReplyDeleteMemang menarik membaca komen dari dua-dua sisi terutama dari sisi hijau dan merah tentang impak kepimpinan baru PAS menjelang PRU-13.
Berbeza pandangan sesuatu yang sihat sifatnya. Namun, sepintas lalu saya rasa ada rasa cemas dan gusar di kalangan kita semua tentang nasib umat Melayu-Islam pada masa hadapan.
Siapa pun yang menang - baik PAS, PKR, DAP atau BN-UMNO dalam PRU-13 akan menentukan hala tuju baru negara. Rakyat biasa ambil pusing apa yang bakal ditawarkan oleh parti yang bersaing dalam pilihan raya.
Rakyat di bawah juga melihat apa yang yang sedang diberikan sekarang oleh pihak berkuasa baik pusat atau negeri. Pilihan rakyat pada PRU 13 hanya pada dua - pilik BN atau PR. Bukan mengikut bendera parti. Ini yang dominan.
Dengan baki kuasa yang ada dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya, pihak berkuasa atau oposisi masing2 cuba menawan hati pengundi. Rakyat rimas dengan kos sara hidup sekarang, rasuah, jenayah dan sebagainya. Jadi rakyat sedang memerhati gelagat pemimpin dan juga parti yang bertanding - PR dan BN yang manakah yang boleh menjamin kehidupan terbaik untuk mereka. PR khasnya PAS menawarkan konsep negara berkebajikan - amat disenangi rakyat pastinya. BN kata dah lama dah konsep kebajikan rakyat dilaksanakan, malah rakyat didahulukan.
Jadi, perang psikogi kepada rakyat dimulakan. Masalahnya rakyat sekarang ni bijak2 belaka - rakyat tahu menilai yang mana bermain kata2 atau berdusta. Rakyat menilai wakil rakyat dan wakil undi pos mereka melalui cara dan kemewahan hidup YB2 mereka.
Apakah rakyat didekati hanya menjelang pilihan raya atau keprihatinan yang berterusan. Jika BN berjaya mengekang kos sara hidup yang melampau sekarang, BN masih berpeluang mempertahankan putrajaya walaupun pasti kehilangan beberapa negeri lagi.
Tapi jika ekonomi negara masih tidak menentu seperti pembekuan jawatan baru d sektor kerajaan, inflasi, dan pertambahan pengangguran terutama dari universiti dan kolej serta peluang lain yang terhad - maka ia satu signal yang kurang bijak dan rakyat akan bertindak memilih PR atas alasan mencuba kerajaan baru yang berkebajikan mengikut buku jingga.
Jika pimpinan PR dilihat lebih bersih, hidup lebih sederhana dan beramanah rakyat terutamnya di bandar, pinggir bandar malah di felda dijangka membuat perubahan.
Jadi kesan pemilihan kabinet piliharaya PAS ini dijangka akan memberi impak yang bukan sedikit kepada BN malah mampu mencorakkan keputusan PRU 13 akan datang.
Mampukan BN pertahan putrajaya dengan 3M (media, wang dan jentera)sedangkan sumber semakin terhad, rakyat makin bermaklumat, strategi PR makin hebat.
Trend pengundi Cina semakin jelas. Sebenarya yang menjadi menentu kepada kemenangan BN atau PR kini ialah undi pengundi atas pagar dan undi Melayu terutama di luar bandar.
Selicik manapun strategi dan taktikal yang dicatur dan diatur oleh para strategis dan profesional BN dan PR - sebenarnya tuhan kita semua, yakni ALLAH SWT sahaja yang mengetahui dan telah menetapkan qada dan qadarnya.
Apa yang bakal berlaku, parti mana yang bakal menguasai putrajaya - masih BN atau PR akan ditentukan oleh usaha parti bersaing, doa rakyat, dan undi rakyat yang sah.
Harap semua YB dan bakal-bakal YB parlimen dan negeri segeralah tawan hati pengundi, jaga kebajikan rakyat semua, jangan amalkan gaya berpolitik kotor, fitnah dan adu-dumba, sebab doa rakyat yang ditindas dan dizalimi akan diperkenankan dan diangkat oleh ALLAH SWT. Moga2 pemimpin bersih, beriman, amanah dan soleh baik dari PR dan BN akan terpilih pada PRU 13. Sebaliknya pemimpin zalim, tidak amanah dan mengamalkan rasuah akan kecundang.
Dengan kemenangan wakil rakyat yang amanah baik PR dan BN akan sama berganding bahu membela dan membaiki nasib rakyat seterusnya meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi dan melaksanakan syariat untuk kebaikan semua rakyat baik Muslim dan bukan Muslim. Wassalam.
Salam Dato'..
ReplyDeleteTengah menurun naik syeikh ni..sambungan seloka mantra puaka..bersulam rasa cetusan minda,
UMNO
Pemimpin UMNO sekarang memang perasan mcm bangsawan,
Depa memang tak kisah hal ummah, negara atau generasi masa depan,
Hanya pelahap tembolok famili, kroni dan kawan-kawan,
Harta & kedaulatan negara sanggup jadi cagaran & taruhan,
Tapi ahli marhein nya takkan semua lansung tak boleh kawan?
Ramai pejuang sejati yang rata-ratanya asal veteran,
Depa juga nak gulingkan pemimpin apologetik terlebih budiman,
Dengan bangsa lain lembut lidah, takdak teloq, takdak tulang rawan.
Tiada maruah, tiada rasa bersalah, tiada panjang fikiran,
Muka tebal macam tembok China atau kerak bumi ke permukaan,
Lupa yang Melayu itulah akar tunjang terbitnya bunga & buah didahan,
Tempat naiknya si neo-bangsawan yang dah lupa daratan,
Baik kita susukan anak kita dari susukan kera di hutan.
Jika tidak singahsana PWTC yang menjulang ke awan,
Baik dibenamkan kerana dah tiada fungsi & peranan.
SEJARAH BANGSA
UMNO nak diterajang dihumban?
Yang salah pemimpinnya, kenapa parti & ahlinya disalahkan?
Bakar kelambu kerana bising nyamuk menjengkelkan,
Itu membazir ibarat amalan syaitan,
Marah kepada pemandu, kereta sendiri hendak ke gaung dihumban,
Itu analoginya bodoh sengal tahap gaban,
Kalau setengah abad dulu Malayan Union tak dilawan,
Oleh si pertubuhan yang sekarang dibenci sipolan rakan & taulan,
Melalui medium akidah, kesatuan & perpaduan,
Ekonomi & kuasa politik semua puak pendatang dah sapu buat habuan,
Melayu tinggallah merempat bangsat kedarah makan ubi & paku rawan,
Tiada peluang pelajaran dan peluang pekerjaan,
Setakat jadi petani, nelayan atau pencacai pendatang jadi tuan,
Ntah2 dah diterajang dihumban masuk ke dalam hutan,
Niat dah lama ada, menang pilihanraya penyapu besar dah diarak seantero pekan.
Tak kaji sejarah ka, ahlan wa sahlan ya syeikh al-saraban?
PAS
Ini ikut sapa punya fahaman & ajaran?
Ikut Tuhan atau hanya ikut sedap panjang lilit serban?
Rasulullah buka Mekah tiada bangsanya sendiri (Quraisy) dihumban nak dikafan,
Ditarbiah, disahsiah, diajak balik kepangkal jalan,
Yang tiada akidah didakwah dengan furqanNya al-Quran,
Ramailah yang masuk Islam berbondong-bondongan,
Bukan ikut rentak kafir pakat sama main batu seremban,
Syok sendiri jadi balaci berguling-guling atas jalan,
Sanggup mencabar daulat menentang Sultan,
Demi jadi pemerintah proksi cinatokrasi nama pakatan,
Bela penzina berarak tampal poster muka atas badan,
Baik yang jatuh bangunan atau yang bersemayam di Bukit Lanjan,
Pelaku aksi video hitam putih tanpa 4 saksi di muktamar diamankan,
Bukan nak disiasat dulu cari bukti & kebenaran,
Nama Allah tak pula rujuk Al-Ikhlas dalam Al-Quran,
Christian can use it as for PAS it's all fine?
Do you think everybody out there are so dumb & blind?
Tauhid pillar toppled, why don't go further feast the wine & swine?
Its better to refrain the say coz statement can be rewind but not unwind,
Reflect the fundamental knowledge and the state of the mind,
Aduhh... why must sound like an asinine?
Spare us the portray as representative of the Divine..
wallahualam
("/)
Datuk The Scribe,
ReplyDeleteSalam.
Saya hanya ada satu soalan untuk Pas - ke mana sebenarnya arah Pas sekarang?
Adakah Pas berpegang kepada Islam, Negara Islam dan hudud atau Pas berpegang kepada social justice?
Sepanjang saya kenali Pas daripada bapa saudara saya, orang kuat Pas di Kajang, Pas memperjuangkan Islam, negara Islam dan hudud. Social justice pula, sepanjang yang saya ketahui adalah asas perjuangan parti Sosialis Malaya yang kemudian dipangku oleh DAP dan kini dijulang oleh PKR.
Sedangkan Pas berpegang kepada Islam, negara Islam dan hudud sehingga Haji Hadi sendiri, kalau tidak silap saya, mengeluarkan fatwa "haram" bekerjasama dengan bukan Islam.
Jadi sekarang, adakah Pas diarah dan dipandu oleh Islam atau oleh cita-cita untuk bekerjasama dengan DAP yang pernah sebut "langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam."?
Oh, Melayuku Melayu layu!
CT Tanjung Perak
1. Beberapa orang penbahas cuba mengaitkan keputusan pemilihan Pas dengan pergerakan Syiah dan membuat andaian tertentu;
ReplyDelete2. Saya tidak akan membenarkan atau melayan polemik ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun membuat penegasan bahasa Islam di Malaysia adalah Islam Sunnah wal Jamaah; dan
3. Andaian yang mengaitkan Pas atau watak-watak tertenu dalam parti itu dengan Syiah boleh dianggap fitnah dan hasutan.
4. Jadi saya minta maaf dan minta tolong.
Terima kasih.
Tok Kadir, saya pun minat Mad Sabu. Bukan saja pasai dia orang Pinang macam saya, tapi pasai dia pandai buat kelakar. Lawak dia Tok. Kalah kali rayan Weld Quay Tok. Masa Anwar dalam Umno, Mad Sabu ni la kaki kutuk dia.
ReplyDeleteLani ni To, kalu Anwar naik jadi PM, Mad Sabu dapat jawatan menteri apa?
Tapi tak pa Tok, dalam blog Tok ni ada dua manusia yang sama lawak dengan Mad Sabu, satu Hinta Hitam yang perut dia pun hitam dan satu lagi fanatik Umno OKJ. Dua-dua tak buleh pakai pasai fanatik sangat. Tapi Tinta Hitam ni Tok bila dia tulis orang putih, classic Tok. Dia ni split personaliti ka Tok.
Apa-apa pun Tok, saya rayan juga bila orang Pinang jadi orang nombor dua dalam Pas. Sapa kata kami kaki upar dan kaki gian? Lagi-lagilah Mad Sabu ini dia satu angkatan dan dekat-dekat satu kg dengan Anwar. Yahoo!
Kamjat Penang
Pemilihan Mat Sabu adalah satu tamparan hebat dan mesej jelas kepada Nik Aziz dan Hadi bahawa kepimpinan dan pengurusan ulama di peringkat tertinggi parti sudah tidak cekap dan relevan dari kacamata majoriti ahli PAS.
ReplyDeleteUlama hanya sesuai untuk tinggal mentadbir pondok.
Assalamualaikum Dato'.
ReplyDeleteSetuju apabila Dato' cekal dengan pendapat tentang Negara Islam. Ya, itu adalah matlamat akhir,cuma pendekatan yang lebih mesra dan liberal tanpa kompromi soal-soal dasar adalah langkah baik untuk Islam.
UMNO kaku dan kehabisan idea apabila Abang Mat Sabu menang.Satu kemenangan golongan marhaen yang cukup besar dan bermakna.
Saji,
ReplyDeleteJawapan sdra tidak tepat. Sdra ada jawapannya tetapi sdra cuba elakkan untuk memberi jawapannya.
Melayu Celik Atas Pagar
Tinta Hitam,
ReplyDeleteYou are too over-confident and arrogant. Bila kena sergah sikit dah melenteng. Dah cakap merapu-rapu. Anyway, asal usul sdra dari Afghanistan ke? Janggut bukan main lebat!!
Hamid Kazai
Dato'
ReplyDeleteLantak pi lah apa yang orang luar dari PAS nak kata atau nak tulis apa pun.
Samada PAS ikut atau tidak apa yang depa cadang ,depa akan tetap tidak undi PAS(PR).So biak pi lah kat depa.
Hampir 27 tahun saya terlibat dalam UMNO dan sempat membantu Tun Daim dikawasan parlimen Merbok,saya sudah mangli dengan sepak terajang politik.
Saya biarkan ahli UMNO bernostalgia dengan keupayaan UMNO satu ketika dulu.
Kerja kuat,istiqamah dengan perjuangan,satu perkara yang dilakukan olih ahli UMNO bawahan satu ketika dulu dan kini peranan itu telah dilupakan.
PAS belajar dari sejarah,dan ahli PAS melihat apa yang ditinggalkan olih UMNO adalah satu perkara yang perlu dilakukan dalam PAS.Mereka tau apa yang masyarakat mau.Hasilnya kekuatan bawahan PAS makin utuh,usrah dan kerja kuat dijalankan.Imbuhan hanya sampingan.Kehendak masyarakat diteropong dan cuba dipahami.
Paling penting ahli PAS nampak ruang ruang kosong yang ditinggalkan olih UMNO bolih diisi.
Komen komen dungu bahawa ahli PKR menyelinap dalam PAS perlu dibiarkan kerana mana ada ahli PKR dalam PAS.Komen dungu ini juga kerana depa hanya berada dalam kelompok depa saja tanpa mengetahui ada perwakilan betaraf ustaz,pengendali pondok yang memberi kepecayaan pada apa yang dikatakan golongan pro untuk membantu Presiden PAS pula kali ini.Mustahil depa nak sepak kepala depa sendiri.
Dato'
Politik juga satu strategi.Politik juga berkembang ikut masyarakat.Dan paling penting ikut perlembagaan.
Memahami perkara ini(macam dalam komen awal saya)PAS melakukan pekara yang betul bila melihat ada halangan untuk melaksanakan apa yang dipanggil mengujudkan negara Islam dan menukar kepada negara berkebajikan.Perwakilan menyedarkan bahawa PAS tidak bolih terikut dengan rentak UMNO yang mahu PAS terus dengan perkara yang sukar untuk dilakukan.
Dato'
Setengah pembahas masih kanyiak dengan poliik.Orang cerita A,dia pun cerita A.Macam saya sebutkan diawal tadi,biarkan biarkan.Mereka bukan ahli PAS dan bukan pengundi PAS.Yang paling penting PAS telah mengikut kehendak akar umbi.
Akhirnya untuk yang tak tahu,dan malu untuk bertanya tapi bodoh cerdik untuk komen juga,dinyatakan dalam PAS mereka yang terplih hanya berada diperingkat ke 3 buat keputusan.Paling teringgi Murshidul Am dan diikuti Dewan Ulama.
Untuk OKJ dan yang terover,cerita khalwat tu simpan untuk TV!!! dan media !!! cukuplah atau pun beritahu anak bini sendiri.Kalau nak cerita dan komen apa yang kerajaan negeri dibawah PAS silalah lakukan,tetapi kalau nak sebok dalam urusan parti orang,sila tengok dulu dalam kelambu apa yang ada.
Sdr PAPA
ReplyDelete1. Boleh saya tanya, apakah kelulusan akedemik Tun Gafar Baba dan Datuk Wira Mohd Ali Rustam?
2. Arwah Ibu bapa saya tak ke sekolah pun, tetapi macam mana saya boleh jadi orang pandai?
3. Ada 3 cara untuk kita menjadi orang pandai, pertama belajar di sampai universiti, kedua, melalui pengalaman hidup, dan ketiga, menambah ilmu dari semasa ke semasa dengan cara membaca, mengkaji dan menulis. Kalau saya kata, saya ikut 3 cara di atas, bagaimana dengan sdr?
Aslkum DAKJ dan pembahas yg mulia.
ReplyDeleteKepada sdr RAMAN,OKJ, RYZAL72, JIMIZUL,MELAYU CELIK ATAS PAGAR DAN ANAKJATI-SGWAY......demi masa depan kita dan anak2 maka dalam menghadapi hidup ini, saya berpendapat kita wajib memahami konsep2 dan pengertian seperti yg Islam vs yg Islam pd nama,Allah dan hamba Allah, takwa, good governance, adil, hak dan tanggungjawab, syirik, munafik, fitnah, dosa pahala,syurga dan neraka, syaitan dan hamba syaitan, ulamak baik vs ulamak jahat,salah guna kuasa, kroni, puja pemimpin vs puja Allah, pemimpin baik vs jahat dll.
Kalau dah faham saya yakin hujah2 sdr di masa hadapan akan berbeza kerana tidak hanya bersandarkan akal yg cetek ilmu agama. Dan dalam konteks UMNO - PAS tidaklah ibarat kita samakan Abu Jahal dgn Sayidina Omar al Khattab.Sama2 org Arab tapi satu masuk neraka dan yg satu lagi masuk syurga......saya tak kata semua org Pas baik2 dan dijamin masuk syurga. Apa yg berani saya kata ialah MAJORITI ahli pas dan pemimpin mereka lebih Islamik dan jesteru lebih cerah mengelak dari masuk neraka.
Berkasih-kasihan dan berbencian hanya dibenar kerana Allah SAHAJA......bukan atas dasar nak selamatkan UMNO , habuan harta didunia,atau demi perpaduan Melaya semata2.
Bersambung inshaAllah
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
Salam kasih sayang CT Tanjung Perak,
Orang kampung kami rupanya cikpuan..
Dulu... Party Arah Syurga
Kini... Party Arah Sungai
Syabas..Puak Amat Sapu
PAS...Party Alat Singh dalam PAKATAN
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Sungai Sekamat..
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
Salam kasih sayang Sdr. Affendi Hussain..
Kami juga naik syeikh menghayati seloka mantra puaka tuan yg bijaksana.
YANG TERSURAT ITU PENGETAHUAN
YANG TERSIRAT ITU ILMU
Terima kasih atas sulaman rasa cetusan minda anda.
ALFATIHAH, AMIN
Dah lama tak mai tanya khabar
ReplyDeleteTok Kadir selalu ka balik Alor Star?
Saya dok lalu Kampong Chegar
Tapi tak ikit Jalan Langgar.
La ni kita Melayu dalam dilema
Umno dan Pas dah nak dekat sama
Ada kaki lawak dan kaki drama
Bersyarah merapu depalah panglima.
YB Md Sabu geng kita
Sama-sama merapu zaman muda
Dia ni lawak memanglah tera
Pandai buat cerita lawak jenaka.
Baguslah dia jadi timbalan Pas
Parti Islam lagilah kemas
Ada orang berhempas pulas
Pasai Anwar dulu dia cukup keras.
La ni dah jadi kawan sepakatan
Kenalah tunjuk hormat dan sopan
Cerita lama kelalah disimpan
Kisah kita budak-budak jantan.
Kalau macam ni lah Umno dan Pas
Sama-sama habuk sama-sama hampas
Susahlah Melayu nak naik ke atas
Pasai pemimpin mengaji pu tak pas.
Inilah kita orang Melayu
Kalu bercakap nombor satu
Di belakang kita orang lain sapu
Pasai nak sangat Malaysia bersatu.
Umno dan Pas Mat dah tak peduli PKR dan Kita lebih-lebihlah lagi
Bila sampai masa mengundi
Kita pilih calon ikut peribadi.
Melayu Cina jangan peduli
Asai mereka baik budi
Tinggi hemat berbudi pekerti
Benci rasuah tak takut bini.
Mat Tunjang nak pi dulu
Ada projek di Tasik Pedu
Buat rumah untuk individu
Projek kerajaan dah lama beku.
Mat Tunjang Enterprise
SAUDARA HAMID KARZAI
ReplyDeleteBETUL APA YG SAUDARA KATA DIA ORANG NI NAMPAK IA JE YANG BETUL DAN TAK BOLEH DISENTUH MACAM SAUDARA HAIRUL FITRI KATA MAJORITI ORANG PAS DAN PEMIPINNYA YANG ISLAMIK....
ORAMG LAIN TAK MENGAMALKAN ISLAM TERUTAMA UMNO KOT.DIA ORANG NI KENA 'COUNTER' BALIK DAN JANGAN BERSIKAP DEFENSIVE KALAU TIDAK IA JE YANG BETUUUUUUUL.
ATAS PAGAR
ATAS PAGAR
SAUDARA HAMID KARZAI
ReplyDeleteBETUL APA YG SAUDARA KATA DIA ORANG NI NAMPAK IA JE YANG BETUL DAN TAK BOLEH DISENTUH MACAM SAUDARA HAIRUL FITRI KATA MAJORITI ORANG PAS DAN PEMIPINNYA YANG ISLAMIK....
ORAMG LAIN TAK MENGAMALKAN ISLAM TERUTAMA UMNO KOT.DIA ORANG NI KENA 'COUNTER' BALIK DAN JANGAN BERSIKAP DEFENSIVE KALAU TIDAK IA JE YANG BETUUUUUUUL.
ATAS PAGAR
ATAS PAGAR
SAUDARA JULENG
ReplyDeleteALAH BIASALAH TU INGAT TAK KALAU DULU DIA ORANG NI MARAH SANGAT KT UMNO BERBAIK DENGAN MCA, MIC SEBAB BUKAN ISLAM TAK BOLEH JADI PEMIMPIN TGK APA DAH JADI KINI BERBAIK PULAK DENGAN DAP. DIA ORANG NI LEBIH PECAYA DAP DARIPADA UMNO YANG DIA KTA TAK ISLAMIK.DAH BERAPA RAMAI DAH DIA TARBIAH PEMIMPIN DAN PENYOKONG DAP BELAJAR TENTANG KEFAHAMAN ISLAM......
ATAS PAGAR
Salam Dakj,
ReplyDeleteSaya baca UTUSAN MALAYSIA hari ini mengenai isu PAS menggugurkan dasar negara Islamnya. Bunyinya macam confirm berita baik untuk UMNO Dato'!
Salam Dato',
ReplyDeleteBarisan kepimpnan PAS ug terbaru ini memang semakin menggamit baik kepada non-muslim dan Melayu juga. Saya secara peribadi lemas dengan imej ketayap dan kain gumbang; dan PAS kini bukan lagi parti ketayap dan kain gumbang. Membincangkan samada mereka itu "liberal" atau "erdogan" adalah satu yg subjektif kalau pun tidak akademik.
PAS tentulah berhasrat hendak mengambilalih tempat UMNO dalam mewakili Melayu dan keputusan PRU yg lepas-lepas semakin menampakkan pertambahan sokongan Melayu kepada mereka. Kalau dulu calon PAS di Johor sudah pasti hilang wang pertaruhan PR tapi kini tidak lagi. Itulah faktanya; justeru tidak hairan UMNO semakin menggelabah dengan kemajuan PAS. Semakin gelabahlah UMNO kerana PAS dan DAP boleh duduk semeja sementara sokongan Cina kepada DAP semakin ketara dan mengental.
Baru-baru ini DS Nazri membangkitkan isu DS Abdul Hadi Awang bercita-cita nak jadi PM selepas PRU13. Kelakar betul lah ... Bukankah TDM pernah berkata setiap orang memasuki politik mestilah bercita-cita nak jadi PM. Apa pun maksud DS Nazri, nampak sangat tidak cerdiknya kenyataan itu.
Kekuatan PAS adalah kekuatan akar umbi manakala kekuatan UMNO adalah kekuatan naungan (abangan). Itulah sebabnya, sementara PAS berani mengadakan pemilihan parti diambang PRU13 UMNO tak berani melakukannya. Perebutan jawatan dalam UMNO teralu sengit kerana kita semua maklum bahawa mereka berebut habuan yang bakal datang bersama jawatan yg direbut. Maka jika ada pertandingan parti sudah pasti berlaku perpecahan yang boleh memparahkan.
Dalam kelemasan, UMNO beria-ia cuba memenangi undi Cina yang sebelum PRU12 telah terbukti menjadi faktor pemenang bagi mereka bila berdepan dengan PAS. Nampaknya aliran itu sudah tidak lagi sedemikian pada masa ini. Proses memujuk Cina dengan pelbagai habuan seperti biasiswa, lesen, geran hakmilik tanah dan tambahan peruntukan sekolah dan kuil Cina hanya membuatkan Melayu (yg sebenarnya jadi pengundi tegar UMNO) merasa UMNO yang sudah hilang arah. UMNO tidak sepatutnya mengambil mudah undi Melayu kerana bila undi itu pergi yang hancur bukan Melayu tetapi UMNO sendiri. Kalau Melayu diangap sebagai bangsa yg complacent dengan bantuan gomen maka UMNO terlebih-lebih lah pula complacentnya dengan undi Melayu.
Satu jasa besar UMNO yg tidak boleh dipertikaikan ialah menyatukan Melayu disebalik gagasan Malayan Union. Konsep Melayu seperti yg kita rasakan sekarang bermula dengan UMNO. Maka dalam sanubari orang Melayu, walaupun sedikit, mesti ada rasa sayangkan UMNO. Kemana perginya rasa sayang itu sehingga UMNO kini kelemasan? Semoga para pembesar UMNO yg sedang lemas dengan kemewahan melampau sedar yg jika UMNO tenggelam merekalah yang akan cepat menjadi fosil sejarah. Tidak sukar untuk memahami hasrat Melayu... Kami inginkan kepimpian yang membawakan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Pak Hj JB
Salam Dato',
ReplyDeleteMaaf, lari tajuk sikit.
Petikan dari TheStarOnlie sekejap tadi:
PM: Transparency vital for people to have faith in govt
Openness, honesty and transparency are vital if the people are to have faith that their government is working for them and not for itself, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. He said these guiding principles would also show that leaders and politicians were striving to lift the whole economy and not to "line their own pockets".
Walk the talk dear PM! We'll all behind you.
Pak Hj JB
adi fimiyun,
ReplyDeleteZaman technologi tinggi masa kini kalau dapat 10 pemimpin macam Mat Sabu alamatnya wawasan kita untuk memertabatkan bangsa hanya tinggal angan-angan Mat Jenin sahaja. Nasib baik dalam dunia ada satu sahaja Mat Sabu. Nasib baik dia bersama PAS!!Kena buai laju-laju dengan Karpal Singh dan Kit Siang terus tidur lena tak sedar diri. Bom meletup pun masih dalam buaian !!! he he he........!!! Nasib badan!!
Senyum! Senyum ! Senyum!!
mat senyum
Cerita pasal Islam dalam politik dah macam-macam cerita. Tapi akhirnya tak ada apa yang menjadi.
ReplyDeleteCakap-cakap KOSONG je! Baik PAS mahu pun UMNO!! Hujah dah berbagai hujah. Semuanya teror-teror tapi .........malaslah nak cakap lagi pasal Islam. Cakap-cakap je untuk syok sendiri yang akulah teror pasal hukum hakam tapi tak kemana pun. Hujah tak kehabisan sampai kiamat!!
Back to basic. I am a Muslim. My name is Mat Dargo, period !!
Salam.
ReplyDeleteSetelah berpuluh tahun dok jaja negara islam...baru hadi khatam quran katanya dalam quran tak ada negara islam.
Baca balik amanat haji hadi...
Salam sejahtera Dato'
ReplyDeletePertama sekali saya bersetuju dgn Dato' bahawa PAS ada lah parti politik.
Ekoran dari itu ada lah perkara biasa jika berlaku perubahan barisan kepimpinan didalam PAS, kerana semua parti politik telah dan akan mengalaminya mengikut kehendak ahli demi menyesuaikan dengan iklim dan suasana politik semasa. Bagi pemimpin2 lain2 parti tak payah lah memberi komen2 yang sinis dan berlebihan. Elok mereka melihat kedalam masalah parti sendiri supaya dapat menambahbaik dan memantapkan parti.
Strategi politik itu pelbagai dgn satu matlamat untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya seterusnya memerentah negara.Ia tidak terkecuali kepada PAS.
Jika benar PR itu satu kesatuan 3 parti yang kuat seperti BN dan boleh memenangi PRU 13, ia sesuatu yang baik jika dilihat dari sudut positif dimana lahirnya sistem dua parti yang banyak diamal oleh negara2 maju.
Rakyat akan dapat membuat pilihan menaikan parti yang prestasi nya baik dari semua aspek pemerentahan , ketelusan, dan lain2 disamping itu menurunkan parti yang kurang cemerlang dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat terutamanya dasar yang bersangkutan dengan ekonomi dan kebajikan rakyat
Begitu lah seterusnya proses berjalan setiap 5 tahun sekali sebagaimana peruntukan perlembagaan.
Bagi parti yang jadi pembangkang sekarang jika ditakdir memerentah akan merasakan pula bagaimana susahnya memerentah sebuah negara yang berbagai ugama, bangsa dan budaya. Ia tidak semudah mengkritik sebagaimana sekarang.
Walaubagaimana pun mereka berhak diberi peluang tanpa kita melabel mereka dgn kata2 yang kurang sedap. Mereka berhak menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemerentah, samada kita setuju atau tidak dengan mereka itu soal kepercayaan masing2 dalam politik , bukan soal mereka salah dan kita betul , atau sebaliknya. Ia akan dijawab dipeti undi. Itu lah sistem yang diamal dan yang kita junjung ia itu demokrasi berparlimen. Majoriti yang akan memerentah dan yang kalah mesti akur kepada kekalahan dan cuba lagi pada 5 tahun akan datang.
rakyat lah yang akan membuat pilihan dan keputusan, Wassalam,
orang kampong
Salam DAKJ and all, from Alternatif Nasionalisme, they moved to Ultra-Islamic influenced by Shii'te Revolution. And now, they are known as 'Aggressive Liberalism'.
ReplyDeletePAS is dynamic, but they are not consistent.
And to answer those who said that UMNO is still a stereotype party, probably you're blind.
Assalam Dato,
ReplyDeleteSaya banyak meneliti dan menilai komen komen orang umno di media semenjak kemenangan Mat Sabu dan geng profesionalnya dan saya dapati hanya satu komen yang ikhlas dari orang umno yang datangnya dari Dato A Kadir Jasin.Tahniah Dato di atas keikhlasan yang ada pada hati Dato...nilai amalan kita semasa hidup ini ialah ikhlas.wassalam
hairulfitri
ReplyDeleteApa benda yang Islamiknya tu! Yang Islamik tak semestinya Islamik.Pada lahirnya mungkin Islamik tapi dalamannya mungkin seorang munafik. Sdra tentu tahu ciri-ciri orang munafik kan. Sungguh cetek sekali hujah sdra itu. Orang yang bukan UMNO dan bukan PAS bagaimana pula agaknya Islamiknya.
Sdra tak usahlah nak mengkatagorikan seorang itu lebeh Islamik atau tidak. Bukankah itu riak namanya?
Kalau sdra ada anak, saya harap anak sdra lebeh bijak dari sdra. Dan kalau sdra masih muda lagi " I excuse you".
Orang Johor
Assallamualaikum dato'
ReplyDeleteAlahai begitu rencam sekali komen komen memanipulasikan minda atas kemenangan Mat Sabu . Kepemimpinan UMNO akan tetap sama seperti dulu dulu dan tak berganjak dengan sistem serta dasar tinggalan penjajah , sedangkan PAS terkial kial tak tentu arah melatah tak tentu sebab hingga goyah dan hilang arah .
UMNO dan PAS bercakaran dalam satu wadah Melayu Islam . Ketegasan dan ketekalan kepemimpinan Melayu Islam makin parah , sedang Islam dijadikan agama resmi tetapi perlaksanaan prinsip Islam masih terus dijauhi dan gagal diperbaiki untuk dilaksanakan dengan jatidiri Melayu Islam yang menjadi majoriti dinegaranya sendiri .
Siapa menang , siapa kalah bukan persoalan atau keutamaan kekuasaan , jesteru ketuanan Melayu Islam akan tetap kekal selagi entiti bangsa Melayu ini masih menjadi majoriti dan ketuanan Melayu tetap bersemayam disinggahsana.
Natijahnya yang menyandang senjata dan menjaga keamanan dan ketenteraman akan dijadikan taruhan , nyawa mereka akan tetap dikorbankan ..majoritinya Melayu akan terus memperhambakan dirinya demi kedaulatan dan persekitarannya .
Apapun keghairahan , serakah kemanusian dan kepemimpinan politik jarang sekali menginsafi kebinasaan jiwa raga yang mendokong kekuasaan dan ketuanannya , sedangkan sihamba dalam diam terus menerus merana memikirkan kudrat dan zuriat tak ada sesiapa yang mahu menjagainya .
Merdekakah kita Melayu yang terus kelu dan alpa menegakan serta menjelaskan laungan keikhlasan dan kepatuhan pada agamanya , jika nyawa dijadikan pertaruhan tanpa ada nilai dan penghormatan untuk memperbaiki keadaan sesudah dimerdekakan dan hidup dengan aman tenteram dan mampu menunaikan tanggungjawab Islam tanpa sebarang halangan dan ketakutan .
Sejarah akan terus berubah , Islam akan tetap kekal disejadah . Biarkan mereka melatah ..kita lihat siapa yang akan terjerat .
~~Tinta Hitam~~ Berkenaan negara Islam ada sedikit pembetulan.Dlm hati setengah UMNO mungkin terpaut juga kerana purata Melayu adalah Islam. Tapi DAP dengan Karpalnya ada kemusykilan pada saya.
ReplyDeleteAssalammualaikum Dato & pembahas,
ReplyDeleteAda cerita:
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Rasanya semua dah tau cerita ni, cuma nak peringat aja.
Wassalam.
JJ
Sdr Orang Johor
ReplyDelete"Apa benda yang Islamiknya tu! Yang Islamik tak semestinya Islamik.Pada lahirnya mungkin Islamik tapi dalamannya mungkin seorang munafik. "
Komen:
1. Saya juga orang Johor lahir di Jalan Salleh,Parit Setongkat, Muar. Sdr lahir di mana?
2. Rakan saya, jurutera profesioanl sering mengatakan kepada saya apa yang profesional dalam bidang teknikal ciptaan Barat itu adalah Islamik. Apa pandangan sdr?
3. Apa pula pandangan sdr jika saya katakan bahawa, apa yang dikatakan yang profesional yang Islamik itu adalah berteraskan prinsip2 muamalat Islam sahaja.
Yang tidak Islamik pula ialah apa yang dikatakan profesional yang berteraskan pemikiran kapitalis yang dikesan bercanggah dengan prinsip2 muamalat Islam, termasuk pandanagan mazhab kita, Shafi'e khasnya. Seperti menawarkan tender projek awam secara direct nego, wujud elemen ketidakpastian dan spekulasi dalam dokumen BQ dan lukisan tender, kontraktor yang menipu kualiti pembinaan, mengali-babakan kontrak awam dsb
Minda datuk dah sebati dengan UMNO. Manakan dapat datuk buat pemerhatian yang telus.
ReplyDeleteSementelahan, datuk diberi pendidikan sekular yang memisahkan agama dengan aktiviti kehidupan.
Sebab itu datang ayat, Ulama sekian sekian adalah ahli politik. Datuk bermindakan politik terpisah dari agama, sama seperti minda yang disemai oleh sekular dan didokong oleh UMNO.
Minda seperti ini tidak akan sekali2 bertemu pada track yg sama dengan pemikiran Islam. Ia track yg berlainan sama sekali.
Sebab itu saya tidak kisah perbedaan pendapat datuk dengan pemimpin2 PAS, disebabkan latar belakang pendidikan yang tidak sama dan tidak mahu menerima kaedah Islam dalam semua aspek kehidupan.
Salam Datuk dan Salam semua…
ReplyDeleteSaya tertarik dengan tulisan saudara saji
2. Arwah Ibu bapa saya tak ke sekolah pun, tetapi macam mana saya boleh jadi orang pandai?
3. Ada 3 cara untuk kita menjadi orang pandai, pertama belajar di sampai universiti, kedua, melalui pengalaman hidup, dan ketiga, menambah ilmu dari semasa ke semasa dengan cara membaca, mengkaji dan menulis. Kalau saya kata, saya ikut 3 cara di atas, bagaimana dengan sdr?
Komen
Saya setuju pandangan saudara saji, tetapi saudara mesti ingat bahawa ilmu itu kepunyaan Allah dan terpulanglah kepada Allah memberi kepada siapa yang di kehendakiNya.
Sekian Terima Kasih,
Harap Maaf,
Wassalam
Salam Dakj dan semua pembahas,
ReplyDelete"Dasar pokok Pas daripada aspek deklarasi seperti Islam, Syariah, Hudud dan Negara Islam tidak akan berubah. Ini adalah lambang yang memberikan legitimasi kepada kelangsungan Pas sebagai parti Islam.
Tetapi pendekatannya telah dan akan terus berubah. Pas akan mengekalkan slogan Negara lslam tetapi akan berdolak-dalik mengenainya bergantung kepada suasana politik, tempat dan masa. Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam."
Komen:
1. Jika kita berkunjung ke pejabat jualan pemaju perumahan untuk meninjau atau membeli rumah2 yang ditawarkan, pegawai jualannya akan tujuk lukisan2 rumah yang kita minat membelinya dalam bentuk 2 dimensi berwarna- plan, elevetion dan section lengkap dengan ringkasan specifikasi bahan dan kelengkapan binaan, lukisan2 tiga dimensi berwarna-perspektif dan model rumah terbabit serta model kawasan perumahannya sekali. Ada juga pemaju yang menyediakan rumah contoh untuk meyakiankan pembelinya.
2. Tetapi, sama ada kita sedari atau tidak, pemaju tidak menunjukan helaian lukisan2 detail pembinaan arkitek dan jurutera, di samping method of statement bagaimana elemen dan komponen binaan rumah2nya dibina oleh kontraktornya. Bahkan mereka tidak akan menjelaskan jenis kontrak pembinaan yang mereka gunakan untuk memastikan kualiti binaan dan tempoh siapnya menepati seperti yang mereka janjikan.
3. Itulah analogi saya menganai negara Islam yang cuba dipasarkan oleh parti PAS setakat ini, iaitu PAS bagaikan pemaju perumahan.
4. Hakikat yang PAS, tidak dapat tidak, kena terima hari ini ialah, mengapa kebanyakan rakyat Malaysia tidak berminat membeli rumah2 yang cuba dipasarkannya itu, termasuk kalangan umat Islam sendiri!
Sdri suhana,
ReplyDelete"Sementelahan, datuk (DAKJ) diberi pendidikan sekular yang memisahkan agama dengan aktiviti kehidupan.
Sebab itu datang ayat, Ulama sekian sekian adalah ahli politik. Datuk bermindakan politik terpisah dari agama, sama seperti minda yang disemai oleh sekular dan didokong oleh UMNO.
Minda seperti ini tidak akan sekali2 bertemu pada track yg sama dengan pemikiran Islam. Ia track yg berlainan sama sekali."
Komen:
Antara rahsia ilmuan Islam di zaman kegemilanan/keemasan Islam silam hingga mereka berjaya menjelmekan tamadun Islam yang berteraskan ilmu pengetahuan dan terkenal dengan penciptaan sains dan teknologi itu, lantaran menjadi rujukan ilmuan Barat khasnya ialah penguasaan sekali gus ilmu ukhrawi dan duniawi yang dimulakan dengan ilmu ukhrawi.
Datang tamadun Barat dengan fahaman sekularnya yang terkenal dengan pengasingan di antara tuntuntan hidup duniawi dan beragama itu entah macam mana berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam dan ilmuannya sekali di seluruh dunia mengenai pentingnya di lakukan pengkhususan ilmu ukhrawi dengan ilmu duniawi tersebut, di satu peringkat, dan di peringkat lain, membabitkan pengkhususan terhadap semua pecahan ilmu ukhrawi dan duniawi.
Sementara di pihak tamadun Barat pengasingan ilmu2nya membabitkan di antara ilmu kemanusiaan dengan teknikal.
Apa komen sdri?
Salam Datuk dan Salam Semua
ReplyDeleteSebenarnya orang melayu banyak masalah. Tapi sayangnya pemimpin UMNO dan PAS tidak tahu mengatasi masalah orang melayu.
Bila mereka tidak dapat mengatasi masalah orang melayu, mulalah mereka berlakon dan main wayang. Akhirnya mereka takut dengan bayang-bayang sendiri.
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam
Orang Melayu jangan banyak sangat cerita pasal politik lah terutama sekali di kaitkan dengan Islam.
ReplyDeleteCuba kita cermin diri kita tentang tahap ekonomi orang Melayu. Tanya macam mana nak pertingkatkan produktiviti orang Melayu. Macam mana nak kurangkan kebergantungan kita dengan subsidi dari kerajaan. Tanya macam mana nak nak pandaikan anak-anak kita. Tanya macam mana nak maju berniaga. Tanya macam mana nak kurangkan anak-anak muda menaggih dadah.
Inilah yang patut diutamakan dalam perbahasan.
Ia memang benar Datuk AKJ membahaskan tentang Pemilihan PAS. Tapi akhirnya pembahas berbalik semula menceritakan tentang Islam. Islam tidak akan bawa kita kemana-mana kalau siang malam cerita pasal Islam. Sepatutnya sambil menghayati Islam kita mesti fikirkan apa yang saya cakap di atas tadi. Barulah selari! Kalau otak tak bergerak untuk perkara "bread and butter", Islam tidak akan bawa kita kemana-mana. Kita masih ke takok lama. Terkapai-kapai nak mencari rezeki. Wal hal rezeki di negara kita ini Allah bagi mencurah-curah tapi orang Melayu masih cerita pasal politik dan Islam dari pagi hingga ayam berkokok. Dan yang sedihnya suka menyalahkan orang lain tapi diri kita orang Melayu masih merapu-rapu.Buat ini salah buat itu pun salah! Semua salah!!
Yang betulnya apa? Tak ada apa !!! Alangkah sedihnya !!
Mungkin memang sudah sifat semula jadi orang Melayu. Susah nak berubah kepada yang lebeh baik lagi. Kalau suruh bergaduh atau bercekak tentang politik dan Islam memang nombor 1. !!!Tak boleh di nafikan. Tapi apa hasilnya? ZERO !!!Cakap Kosong je lah !!!
Orang lain dah ke bulan kita dah ke mana? Kapal terbang Discovery dah pun masuk muzium!!!
Enough is Enough!!
Melayu No. 1
Marah benar Mahathir, katanya Karpal yang menang, menang menentang Islam!
ReplyDeleteTahun 90an, Pas Kelantan gubal undang-undang Hudud. Mahathir hantar surat kpd Nik Aziz,tak boleh. Tak cukup dgn itu, Zaid Brahim saman kerajaan negeri Kelantan kerana DUN Kelantan luluskan usul undang-undang hudud.
Tak cukup dgn itu, Mahathir mempersendakan hudud,katanya akan ramai Melayu kudung tangan kerana mencuri.
Tak cukup dengan itu, tiap-tiap PAU, Pas diperbodohkan,dipermain-mainkan,jadi bahan jenaka PAU,baik dari perwakilan UMNo termasuk Presiden UMNO,dan hudud juga dipermain-mainkan!
Itu Mahathir sudah lupa? Siapa yang lebih keras penentangan Negara Islam,antara Mahathir(UMNO) dengan Karpal(DAP)?
Itu Mahathir sudah lupa?
Dan Mahathir ditendang keluar dari umno,pernah berceramah dipentas Pas,itu mahathir sudah lupa?
Dan bila Kuasa UMNO mula terancam,maka dipalunya sekuat-kuatnya retorik perpaduan Melayu!
Dan jangan lupa,bila UMNO kuat,bukan saja Pas dihempas,Raja-Raja Melayu pun berani dibidas,digertak!
Itu Mahathir dan UMNO sudah lupa?
UMNO itu Melayu! Melayu itu UMNO!
ReplyDeleteUMNO dulu, kini dan selamanya ....
Tak ada Melayu, tak adalah UMNO !!
Perjuangan UMNO tetap untuk Melayu dan Islam.
Tidak boleh di nafikan.
Orang yang menafikan UMNO itu untuk Melayu dan Islam adalah orang yang "in a state of denial"!
Berbincanglah sama ada benar atau salah apa yang saya katakan ini.
Pemimpin UMNO ada yang bijak, ada yang kurang bijak ada yang korup dan ada yang haprak. Tapi UMNO tetap berpegang kepada prinsip memperjuangkan bangsa dan agama.
UMNO sebagai persatuan akan tetap subur selama-lamanya. Tapi pemimpinya akan datang dan pergi. Ada yang berjasa kepada bangsanya dan tak kurang juga ada yang pergi meninggalkan "tahi" kepada bangsanya. Tapi UMNO akan kekal dulu, kini dan selamanya. Insyaallah !!Percaya pada qada' dan qadar Allah Melayu berlindung kepadaNYA menuju kejalan yang lurus dan di redhai ALLAH. Hidup UMNO!!
Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah!!
Saya Melayu Jati mempelawa sesiapa jua untuk komen hujah saya ini, jika sudi. No harm done!!
Melayu Jati
Dato'
ReplyDeleteAlhamdullilah,banyak sekali kutu brahak'' penyokong UMNO yang membuat komen dalam TSAKJ,mempunyai pendapat yang seimbang,caca marba dalam ulasan kecuali beberapa pembahas tetap(tidak termasuk OKJ)yang mengulas mengikut lojik politik yang bolih dipertimbangkan dan diperbahaskan.
Kerap kali saya menulis dan kini saya ulangi,jika inilah mereka mereka yang mahu menjadi juru kempen UMNO dalam PRK atau PRU,Pakatan bolih menarik nafas lega.
Ada setengahnya pula ada keinginan membuat komen,tapi ibarat sipenakut dan mungkin si pencuri,sambar dan cabut lari.Tulis sepatah dua,dan belah.
Paling tidak berguna adalah depa depa yang duduk atas pagar,semua orang buat tak betul(PAS tak betul,UMNO pun tak betul),manakala diri sendiri tiada wadah atau platform untuk memperbetulkan kecuali melalak dan akhirnya menumpang sumbangan dari orang orang yang dikatakan tidak betul ini.
Pemahaman dan asas politik yang longgar menyebab ujud depa depa yang seperti ini.Berkawan dengan sikucing atau si anjing dan lebih beuntung jika berkawan dengan si lembu dan kerbau daripada berkawan hanya dengan satu kelompok dalam masyarakat kerana ia bolih membekukan otak hingga tidak dapat berfikir seperti mana jenaka bodoh bebarapa manusia yang mengandaikan ikatan serban besar menyebabkan pemikiran "mati" ini terjadi.
TSAKJ adalah satu blog yang punya catatan yang seimbang dan berkualiti.Amatlah malang jika ianya jika ianya mahu diturunkan sebagai blog "low class" dengan komen tangkap dan cabut.Penakut namanya.Cubalah melihat dengan mata yang terbuka dan bukan dengan mata yang juling.
Rumusan saya diakhir catatan ini, sekali lagi saya nyatakan pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini menyebabkan ramai sekali pemimpin dan penyokong UMNO amat kecewa,bukan kecewa simpati tetapi kecewa kerana PAS telah menemui jalan sebenar sebagai parti politik.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteIslam diturunkan kedunia untuk dimanfaatkan, ia mencakupi segale bidang.
Manusia adelah makhluk Allah yang paling beruntung, kerane mendapat segale galenye hanye dengan menggunkan akal fikiran yang dikurniakan Allah juge.
Allah hanye mahu kite bersyukur.
Salam dato' dan pembaca blog.
ReplyDeleteJudul dato' pilih ini memang kena dengan situasi semasa - PRU13.
Saya hanya nak minta dato' terus kekal sebagai penganalisis politik dan sosial yang berwibawa dan profesional. Blog dato' dibaca oleh rakyat biasa, ahli akademik dan peminat politik dari dalam dan luar negara.
Kupasan dato' menarik tetapi ada juga silap sikit sesetengah faktanya.
Kita berharap dato' kekal neutral dalam hujah dan pandangan bagi kekalkan minat warga siber dari pihak BN dan PR terus membaca blog dato'.
Tak semua yang PR buat tu betul dan yang BN buat tu salah...
Manusia dan parti politik semua tak maksum. PR jangan ghairah sangat, BN jangan angkuh dan sombong!
Tak semua kerusi akan dibolot oleh satu-satu parti baik BN atau PR. PRU 13 akan hasilkan satu keputusan campuran - ada yang PR menang ada yang BN menang, pastinya...
Saya fikir dato' juga cuba mengajak pembahas memberi pandangan dan hujah yang seobjektif mungkin, bukan dengan emosi atau sentuhan dan pandangan dangkal.
Rakyat biasa, kelas menengah dan profesional kini melihat perubahan kepimpinan Pas dalam menghadapi PRU 13 ini - sebagai bayangan kabinet negara masa depan. Jika PR ditakdir menang majoriri 2/3 dan BN tumbang, pimpinan PAS yang menang akan mengisi jawatan2 utama menerajui kementerian dan sebagainya. Persoalan pada rakyat terutama penyokong tegar UMNO/Melayu (tapi bukan komponen BN) dalam konteks ini akan melihat apakah ada keupayaan PR khasnya PAS untuk pertahankan hak dominan orang Melayu selama ini.
Jika PAS mampu meyakinkan masyarakat luar bandar dan felda khususnya, maka pasti secara automatik BN dan UMNO akan kecundang. PAS masih dilihat belum mampu memberi keyakinan kepada orang Melayu mereka mampu membela nasib orang Melayu terutama kepada generasi lama (saluran 1 - 2), setinggan dan sesetengah kolompok belia di kawasan yang mana pengaruh BN amat kuat. PAS pula kini dimomokkan dengan gambaran bukan lagi memperjuangkan negara Islam malah lebih bersifat liberal.
Walaupun dengan semangat dan barisan kabinet baru PAS akan terus mengasak parti BN namun, rakyat pastinya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka dengar, lihat dan baca serta pengaruh rakan, keluarga serta masyarakat sekitar baik di bandar atau di luar bandar.
Berdasarkan pilihanraya2 lepas, PRU 13 dijangka amat sengit dan komposisi pemenang dijangka bercampur.
Parti bersaing jangan terlalu yakin akan menang mudah sebab setiap saat strategi lawan sentiasa berubah dan siapa lebih kehadapan dan pandai memanipulasi sumber, isu, masa dan tenaga pasti akan berjaya.
Rakyat memang ingin membuat percubaan merasa pemerintahan baru, namun kalau pihak BN atau PR boleh menjamin kehidupan yang lebih baik dari aspek keselamatan, harga barang, pekerjaan, kesihatan, sara hidup serta keselesaan dan ketiadaan beban akibat kesan ekonomi - maka rakyat akan lebih condong kepada parti yang menjamin kelangsungan hidup untuk masa depan.
Kepada pemimpin buatlah jasa kepada rakyat, tunaikan apa yang dijanji, jangan bermewah dan angkuh sementara ada kuasa yang berbaki. Setiap amanah akan dipersoalkan. Tinggalkan dosa dan noda serta berubahlah parti jika perlu untuk sama-sama membina negara baru yang lebih aman, makmur, sejahtera dan maju.
Rakyat telah bersedia menunggu PRU13 untuk masa hadapan yang lebih baik. Kepada pihak SPR dan agensi berkaitan tunaikan amanah sebaiknya untuk negara Malaysia agar menjadi negara Maju dalam masa yang terdekat ini.
Wassalam.
-RAKYAT PINGGIR BANDAR-
Sdr Melayu No 1
ReplyDelete"Cuba kita cermin diri kita tentang tahap ekonomi orang Melayu. Tanya macam mana nak pertingkatkan produktiviti orang Melayu. Macam mana nak kurangkan kebergantungan kita dengan subsidi dari kerajaan. Tanya macam mana nak nak pandaikan anak-anak kita. Tanya macam mana nak maju berniaga. Tanya macam mana nak kurangkan anak-anak muda menaggih dadah.
Inilah yang patut diutamakan dalam perbahasan.
Ia memang benar Datuk AKJ membahaskan tentang Pemilihan PAS. Tapi akhirnya pembahas berbalik semula menceritakan tentang Islam. Islam tidak akan bawa kita kemana-mana kalau siang malam cerita pasal Islam. Sepatutnya sambil menghayati Islam kita mesti fikirkan apa yang saya cakap di atas tadi. Barulah selari! "
Cantik komen sdr di atas.
Saya cuma nak tanya soalan yang saya rasa ada kaitan dengan komen sdr di atas berbunyi, pernahkah sdr bertanya mengapa agaknya golongan agama Melayu kita atau ustaz2 jarang sekali kita lihat terlibat bidang pembinaan sebagai kontraktor khasnya?
Mungkin ada yang menjawab dengan mengatakan bidang pembinaan merupakan bidang teknikal.
Tetapi, mengapa begitu ramai golongan bukan teknikal (selain daripada ustaz) memasuki bidang pembinaan sebagai kontraktor dsb?
Saya timbulkan persoalan di atas kerana, pertama, bidang pembinaan banyak sekali menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan, kedua, kebanyakan taiko2 Cina yang kaya raya sekarang asalnya kontraktor utama atau sub kontraktor, ketiga, kegagalan DEB ciptaan UMNO adalah angkara kontraktor Melayu yang mengali-babkan kontraknya, dan keempat, kontraktor2 di negara maju terdiri daripada golongan amanah, tetapi kebanyakan kontraktor di negara ini terdiri daripada golongan tidak amanah!
Sdr RAKYAT PINGGIR BANDAR
ReplyDelete"Jika PAS mampu meyakinkan masyarakat luar bandar dan felda khususnya, maka pasti secara automatik BN dan UMNO akan kecundang. PAS masih dilihat belum mampu memberi keyakinan kepada orang Melayu mereka mampu membela nasib orang Melayu terutama kepada generasi lama (saluran 1 - 2), setinggan dan sesetengah kolompok belia di kawasan yang mana pengaruh BN amat kuat. PAS pula kini dimomokkan dengan gambaran bukan lagi memperjuangkan negara Islam malah lebih bersifat liberal.
Walaupun dengan semangat dan barisan kabinet baru PAS akan terus mengasak parti BN namun, rakyat pastinya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka dengar, lihat dan baca serta pengaruh rakan, keluarga serta masyarakat sekitar baik di bandar atau di luar bandar."
Komen:
Saya cuma yakin dengan sesuatu penjelasan mengenai dasar, gagasan, wawasan, selogan, konsep, model dan pelan daripada mana2 parti politik jika ianya disekalikan dengan mekanisme2 penterjemahannya dalam bentuk pendekatan2, struktur organisasi, sistem2 dan tatacara2 pelaksanaannya. Jika tidak,maka ianya saya anggap sekadar retorika politik!
Saji,
ReplyDeleteSaya orang Parit Ponorogo !! Nama saya Wak Paiman. he he he Jangan marah bersuluruh sahaja. Maklum lah orang Muo!!
Parit Setonkat orang bandar. Tapi saya rasa orang Parit Setongkat memang dah lama buang tongkat kan macam sdra Saji. Syabas!!!
Satu hari nanti kita berkenalan makan mee bandung kat Jalan No. 2 ( Jalan Abdullah? betul ke? dah lupa. Dah lama tak balik Muo). Panggong Asiatic ada lagi ke? Saya orang UMNO kuno!!
Orang Johor
Datuk.
ReplyDeleteUMNO hendak tuboh ulama wing untok menganti PAS yang sudak tidak mahu memperjuangkan Negara Islam.
Ha Ha Ha .Apa ini satu joke ka?.Bukan kah pada mulanya PAS merupakan Ulama Wing di dalam UMNO.Bila ulama tidak setuju dengan dasar liberal yang hendak di laksanakan oleh Tengku Abd Rahman,Hj Fuad telah mengetuai satu golongan ulama didalam UMNO keluar dan menubohkan PAS.
Susah lah sidikit untok UMNO mencampori dengan ulama kerana banyak dasar kerajaan bertentangan dengan Islam.Tidak usahlah cari pasal,nanti Allah laknat kita semua.
Dato
ReplyDeleteKetua Dewan Ulama Pas,bukan Nik Aziz,tapi Harun Taib. Nik Aziz adalah Mursyidul Am,Pengerusi Majlis Syura,badan tertinggi dalam Pas.
Badan Eksakutif,terdiri dari Presiden hingga AJK Pusat. Fungsinya sbg badan yg mengatur strategi dan tektikal parti,selain jadi jurucakap parti.
Dewan Ulama,mempastikan parti berda diatas landasan yang sebenar.
Majlis Syura,badan tertinggi parti,terdiri daripada wakil-wakil dari dewan ulama dan eksakutif. Berfungsi menentukan halatuju parti.
Dewan Ulama semuanya ulama.Majlis Syura majoritinya ulama.
Presiden semestinya ulama.
Salam Dakj,
ReplyDeleteSdr WADIRONI, antara lain berkata, "UMNO dan PAS bercakaran dalam satu wadah Melayu Islam . Ketegasan dan ketekalan kepemimpinan Melayu Islam makin parah , sedang Islam dijadikan agama resmi tetapi perlaksanaan prinsip Islam masih terus dijauhi dan gagal diperbaiki untuk dilaksanakan dengan jatidiri Melayu Islam yang menjadi majoriti dinegaranya sendiri ."
Komen:
Tak semudah apa yang sdr sangka dan cakap di atas kerana, pertama, kajian yang diperlukan bagi pembentukan dan pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam mengambil masa kira2 20 tahuan, dan kedua, saya sendiri mengambil masa 7 tahuan melakukan kajian teks sahaja bagi pembentukan sistem kontrak pembinaan Islam atau al-Muqawalah dan 3 tahun bersama ISDEV, USM. Sdr tahu mengapa masa begitu lama diambil untuk mengkaji dan menghasilkan sistem kewangan dan perbankan Islam? Tetapi saya tidak tahu berapa lama masa diambil bagi pembentukan undang2 Hudud di Kelantan?
Kisah seekor burung berulang alik mengisi air dalam paruhnya dalam sejarah Nabi Ibrahim dibakar Namrud, amat besar maknanya bagi mereka yang mahu berfikir.
ReplyDeleteUMNO yg berkuasa cukup hebat.
Boleh bina Menara Petronas.
Boleh bina lebuhraya dari Perlis ke Singapura.
Boleh bina jambatan P.Pinang.
Boleh pinda akta-akta di Parlimen dengan bantuan MCA,MIC termasuk mengikis kuasa Raja-raja Melayu
UMNO bukan tak boleh buat,bukan malas nak buat,bukan tak reti nak buat,TAPI mengharamkan sesiapa yang nak buat,nak pinda akta di parlimen kearah perundangan dan pentadbiran Islam.
Mengapa?
Sebab MCA menentang Negara Islam?
Sebab MIC menentang Negara Islam?
Kalau UMNO menentang Negara Islam kerana MCA MIC menentang Negara Islam, maka kalau mengikut sifir Mahathir (mat sabu menang sebenarnya karpal yang menang),kemenangan Mahathir sbg Presiden UMNO sebenarnya kemenangan Liong Sik dan Samy Vellu!
Kembali kpd kisah burung Nabi Ibrahim, PAS nak berpakat dgn siapa nak pinda di Parlimen?
Nak pakat dengan UMNO?
Sejarah menunjukkan UMNO jadi penghalang,walaupun mengaku dirinya Islam!
Nak pakat dgn MCA,MIC?
2x5 UMNO!
Nak pakat dengan DAP?
Kita beri keutamaan Negara Berkebajikan dulu. InsyaAllah kita implementasikan keindahan Islam dalam mentadbir Negara Berkebajikan,kita angkat nilai-nilai kesyumulan Islam ke tingkat yang tertinggi dalam pentadbiran negara,mudah-mudahan InsyaAllah, Allah swt merahmati dan menunjuk jalanNya.
Sekurang-kurangnya,di Padang Masyar nanti,bila ditanya usaha saya berjuang menegakkan Negara Islam,InsyaAllah,jawapan burung Nabi Ibrahim itulah jawapan saya.
selagi di kawasan saya, tok imam org PAS, org mandi mayat org PAS, orang surau ramai orang PAS, selagi itulah saya memilih PAS.. sebab orang yang menunaikan solat di surau berjamaah ini pastinya dalam keredaan Allah SWT.. dan orang orang yang saya sebut inilah yang mengubah saya dari seorang penyokong UMNO kepada penyokong PAS kerana merekalah yang banyak bertungkus lumus menguruskan jenazah bapa saya.. sejak dari situ sy memilih untuk bersama mereka..
ReplyDeleteSdr langitbiru
ReplyDelete"Ketua Dewan Ulama Pas,bukan Nik Aziz,tapi Harun Taib. Nik Aziz adalah Mursyidul Am,Pengerusi Majlis Syura,badan tertinggi dalam Pas.
Badan Eksakutif,terdiri dari Presiden hingga AJK Pusat. Fungsinya sbg badan yg mengatur strategi dan tektikal parti,selain jadi jurucakap parti.
Dewan Ulama,mempastikan parti berda diatas landasan yang sebenar.
Majlis Syura,badan tertinggi parti,terdiri daripada wakil-wakil dari dewan ulama dan eksakutif. Berfungsi menentukan halatuju parti.
Dewan Ulama semuanya ulama.Majlis Syura majoritinya ulama."
Komen:
Dari sudut konsep dan ciri dan pengurusan organisasi moden ciptaan Barat yang membahagikan ilmu, pengetahuan dan kepakaran individu dan kumpulan kepada aspek kemanusiaan dan aspek teknikal seperti yang saya kupas dan bahaskan sebelum ini, penjelasan sdr mengenai struktur organisasi parti PAS membabitkan hiraki kuasa dan pembahgian tugas setiap entiti organisasi parti PAS di atas khasnya, tidak keterlaluan jika saya katakan di sini bahawa, ia cukup menjelaskan persoalan yang saya tertanya2 berbunyi, mengapa parti PAS tak habis2 bermain dengan selogan,dasar dan teori Islamnya,dari satu aspek, dan dari aspek lain, mengapa parti PAS perlu mengubah strategi2 atau mencipta strategi2 baru politiknya dari semasa ke semasa yang berkitan dangan slogan,dasar dan teori Islamnya itu bagi mendepani dan melepasi realiti politik tahah air.
Alhamdulillah! Saya telah nampak Najib sedang berusaha gigih untuk mereformasikan UMNO kelandasan yang lebeh baik lagi setelah mengalami suasana yang begitu mencabar akibat dari segelinter pemimpin UMNO yang dah lupa daratan dan tidak sedar diri.
ReplyDeleteSaya rasa pemimpin-pemimpin "dajal" dalam UMNO yang memimpin di Bahagian dan Cawangan tentunya akan merasa "panas bontot" kerana kali ini tentunya mereka telah di kenal pasti untuk di "cold storage" dan seterusnya berundur dari jawatan mereka.Kali in mereka akan kecewa kerana peluang mereka untuk menjadi calon tidak akan tercapai kerana mereka tahu bahawa untuk menjadi calon mereka hendaklah seorang calon "winable candidate"! Jika tidak mereka terpaksalah gigit jari.
Syabas kepada Najib kerana telah berjaya menukar mind set UMNO. Kalah dan menang itu terpulanglah kepada rakyat untuk mengadilinya sama ada UMNO masih lagi releven.
Hanyak rakyatlah akhirnya yang akan menentukan parti mana yang akan terus membela nasib mereka dan anak cucu mereka supaya qualiti kehidupan mereka akan terus meningkat dan selamat di dunia dan akhirat.
pena emas
As'kum Dato',
ReplyDelete1. Memang betul kata Dato' Pas itu adalah sebuah parti politik dan pemimpin2nya juga adalah ahli politik. Cuma selama ini mereka cuba gambarkan seolah-olah Pas itu berkait rapat dengan Islam. Ini kerana mereka telah meletakkan perjuangan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam jika mereka berjaya memerintah negara. Memang selama ini pun ramai beranggapan sedemikian, termasuklah penyokong Pas sendiri. Sebagai orang Islam kita tentu sokong jika hasrat Pas itu menjadi kenyataan.
2. Namun hakikatnya ialah mereka tidak mampu memegang perintah negara secara persendirian tanpa sokongan parti2 lain. Mereka tidak mahu dan tidak sanggup bersama UMNO kerana pada hakikatnya pemimpin UMNO dan pemimpin Pas adalah sama2 orang Melayu dan beragama Islam. Jadi jika bersama UMNO mereka tidak dapat menonjol diri sebagai kononnya Ulama atas sebab tersebut.
3. Jadi sekarang, untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menerajui kepimpinan negara, mereka terpaksa setia kepada parti2 dalam PR agar nampak menyerlah sedikit sebagai Ulama (walaupun mereka ini adalah orang politik seperti yang lain juga). Jadi untuk diterima oleh komponan lain dalam PR, khususnya DAP maka Pas terpaksa menukar "sedikit" perjuangan dari penubuhan negara Islam kepada negara kebajikan.
5. Pas tidak sanggup untuk "melangkah mayat" Karpar Singh. Mereka tahu kalau mereka cuba melangkah mayat beliau, mereka pula akan jadi mayat. Jadi bagi meneruskan hasrat untuk jejak kaki ke Putrajaya maka terpaksalah Pas tukar hala perjuangannya agar selaras dengan DAP.
6. Maka jadilah sekarang parti DAPAS atau PASDAP.
dan kajang.
Salam Datuk,
ReplyDelete1.Sdr Saji antara lain berkata,"Komen pemula saya, adakah kemunculan 'golongan liberal dalam PAS' itu satu berita baik bagi UMNO menghadapi PRU 13?"
2.Pendekatan yang lebih terbuka yang menghampiri kefahaman awam. Selagi berlandaskan iman dan rendah hati, tunduk insaf bahawa kita hanyalah wakil sementara di dunia yang juga sementara ini ...
3.Sdr Jab sp ...Berkata-katalah ... semuanya dialu-alukan ... jika kita mahukan undi semua ... maka perlulah kita mendengar semua ... Reflection of real life ...spirit and emotion ...
4. Only then boleh nampak dan jelas di mana perlunya penambahbaikan penjelasan ...Seperti Sdr Langit Biru yang menjelaskan struktur organisasi Pas yang mungkin ramai tidak maklum... dan mungkin pula ramai yang susah hati kenapa hasil muktamar sedemikian rupa ...
5. Seumpama di sekolah, kita dengar dan pertimbangkan semua pandangan ... barulah murid itu terbuka hati dan mindanya untuk mendekati guru ... begitulah umpamanya forum ini.
Terima kasih
XERONINE
Salam dato'
ReplyDeleteTajuk ni serabut sikit....
KAT MALAYSIA NI sekarang:
NAK SATU KAN MELAYU KA?
NAK SATUKAN PARTI POLITIK KA?
NAK SATUKAN UGAMA KA?
NAK TUKAR PERLEMBAGAAN KA?
Saya fikir semuanya bermula dipangkal. Perlembagaan negara.
Nak ubah perlembagaan kepada perlembagaan islam,macam mana?
Kat parlimen tu bukan semua islam.
KATUN kalau malaun bukan islam nak cerita hal islam dan hukum hakam islam dan tentukan hukum islam....
Yang Dipertuan Agong pula kalau nak terima undang undang baru,kena tunggu `hukum' dari parlimen dan peguam Negara, dua dua orang ini tak bolih ubah perlembagaan,hatta sampai kiamat pun kat MAlayisa ni tak bolih tukar perlembagaan!...
Ada tak ruang Yang Dipertuan Agong dibolihkan menerima undang undang islam ikut majlis raja raja dan majlis mufti negara TANPA DATANG DARI PARLIMEN ,dan PEGUAM NEGARA BOLIH terima dan lepas itu tak pi PARLIMEN lagi dan diwartakan??
Kalau semua tak bolih yang saya nampak ialah anarki. TETAPI anarki tidak MENJADIKAN terjamin perlembagaan islam pula!.Kalau nasib tak baik perlembagaan entah apa apa pula yang dibuat.
MACAM MANA nak keluar dari perangkap perlembagaan ni?. KALAU difikir lama lama orang dulu dulu ni pandai betui la,buat undang undang sampai perlembagaan dah tak bolih digugurkan....
NAK satukan ugama....ugama mana ni?
ISLAM dah satu dari asal lagi.
TAK BOLIH LA kalau satu ugama rojak islam,kristian,hindu,buddha dll...jadi macam kafir asal dah la...
NAK SATUKAN parti politik?...tak syiok langsung ni!.kat RUSIA,CHINA Singapura dan Jepun pun dah tak mahu depa dengan satu parti politik saja...tak berselera lagi pun depa la ni,dah nak banyak banyak parti politik,baru syiok mengumpat,caci mencaci,kutuk mengutuk,saman sana sini, ya tak?..KEPANDAIAN ahli ahli politik teramai adalah dibidang bidang tersebut juga...
NAK SATUKAN MELAYU?...ni cerita doremon ka cerita pirate of the carribean?...kuboq pun semak samun lebih dari yang bersih,masjid dan surau pun lebih luas/banyak sangat ruang jemaah,tandas masjid dan surau kotoq lebih dari yang bersih, ketayap penuh titik bintik hitam dan bau hapak tak elok bersepah sepah, pinjam duit tak tau bayaq,janji ditunaikan dengan ota , dan lagi,lagi,lagi...
Orang-orang macam ni bolih disatukan ka?
NOW, ADA tak kajian ataupun survey ilmiah yang bolih tunjukan status quo la adalah BURUK dan dah sampai KEPERLUAN DHARURAT untuk tukaq perlembagaan semua ?.
Kalau tidak ada saya fikir elok stus quo laa..
Abu Bakar Ab Rahman
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeletePost(kiriman)kali ni memang mengundang pelayar laman pak Kadir untuk berinteraksi.
Saye meminati geye pak Kadir menghasilkan rencana,ianye melihatkan keupayaan pak Kadir, orang media lah katekan mesti banyak membaca dan banyak pule pengalaman hidup,gabungan keduanye memberi kami pelayar laman ini berfikir dan ingin melontarkan pendapat.
Pade saye politik sifatnye seperti air yang cair,oleh kerane sifatnye yang cair itu ia akan selalu mencari ruangnye yang tersendiri dan akan selalu berubah mengikut keadaan.
Manusia pule sangat tertarik kepade politik kerana bersifat seperti air yang akan selalu dapat mereka ubah mengikut kehendak akal dan fikiran, make politik tidak akan pernah statik sifatnye selagi manusia meminatinya.
Allah memberikan manusia dua pilihan:-
1.Mencari keredhoan(Allah)
2.Mencari kemurkaannya(Allah) kedua duanya dapat manusia rasekan jika menggunakan akal jua.
kermitt,
ReplyDeleteSaya boleh buat andaian yang sdra telah gagal hidup bermasyarakat. Prinsip hidup sdra mungkin tidak kuat. Dalam hal kematian, kenduri kendara, perkahwinan dll kita tidak boleh fikirkan tentang sama ada dia orang PAS atau UMNO. Yang penting urusan fardu kifayah diuruskan dengan baik asalkan ayahanda sdra selamat dikebumikan.
Melayu Jati
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Memanglah matlamat tiap-tiap parti politik adalah menguatkan kedudukan untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya memerintah.Ahli-ahli Pas telah memilih pemimpin yang mereka percaya akan membawa kejayaan.Terpulanglah kepada kita samada bersetuju dengan pendirian tersebut dan memberi undi kita kepada siapa yang kita percaya akan membawa kejayaan atau sebaliknya.
Alhamdulillah PAS sedar bahawa sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa ugama rasmi Malaysia adalah Islam. Tidak perlu dibahas lagi kerana yang penting adalah perlaksanannya.Jangan diungkitkan lagi perkara ini kerana ianya sudah baik kerana sebarang pindaan tidak akan membawa kebaikan kerana ianya akan mengurangkan kedudukan Islam dengan kemungkinanan akan wujudnya peruntukan baru yang menyamakan taraf semua ugama dinegara ini.Kematangan pemikiran PAS dalam hal ini telah berjaya merapatkan jurang pemikiran penentang tegar Islam masa dahulu kepada mahu mengambil tahu apakah Islam itu.Sebaliknya apabila ada pihak yang tidak tegas mempertahankan apa yang telah dipersetujui seperti quota dalam perkerjaan , pemberian biasiswa dan sebagainya maka berlakulah kepincangan yang tidak berkesudahan.
Menumpukan perhatian kepada mewujudkan negara berkebajikan adalah suatu strategi yang baik kerana ianya sesuatu yang boleh dirasai/dinikmati oleh rakyat.UMNO yang berkuasa sepatutnya terus menumpukan perhatian dalam bidang ini untuk memperkukuhkan kedudukan dan tidak menghabiskan masa mencari kelemahan orang lain.Saya yakin masih tidak terlambat untuk berbuat demikian .Rakyat sekarang sudah bijak dan boleh menilai apa yang baik untuk diri dan bangsa mereka.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya
Salam Dato'
ReplyDeleteBagi rakyat biasa macam saya ni tak lah ambil berat sangat tentang siapa pemimpin PAS atau UMNO.
Apa yang penting mereka yang diangkat dan diberi mandat memerentah dapat menggubal dasar yang membantu rakyt disamping mempertahankn Peruntukan Perlembagaan terutama perkra 152 dan 153. Dasar2 yang baik untuk orang melayu seperti DEB (tak kira apa nama barunya) hendak lah dikekalkan dan dilaksanakan. Semangat DEB itu telah banyak jasanya dalam menyusun semula masyarakat dari segi pembahagian ekonomi dan taburan penduduk bandar dan luar bandar. Tambahan lagi ia merupakan warisan pemikiran cerdik pandai negarawan2 seperti TD Ismail, TN Razak dan lain2.
Berkaitan pergolakan parti2 politik dinegara ini ia adalah perkara biasa TETAPI perlu diingat bahawa jika anda lari dari perjuangan Dato nenek kita dahulu maka jangan salahkan sesiapa jika anda atau parti ditolak oleh rakyat.
Ahli politik tak kira PR atau BN kurangkan lah bercakap dan beretorik tetapi elok lh duduk semeja dlm mencari jalan menyelesaikan masalah sosial, moral,dadah. ekonomi, pengangguran, penyusunan masyarakat,pendatang asing,inflasi dan seterusnya dimana masalah ini akan membawa masalah kepada rakyat dan akibat buruk kepada kestabilan negara.
Akhir sekali pemimpin akan dinilai oleh rakyat dari hasil kerja dan keperibadiannya. Mereka tidak perfect tetapi gaya hidup, kemewahan , ketelusan sentiasa diperhatikan. Mengapa orang tertarik dgn TGNA sebab beliau hidup sederhana dan beliau masih orang politik ada yng suka dan sebaliknya tentang statement beliau
tentang politik.
Wassalam
Dato'
ReplyDeleteRespons apabila Saudara Saji mempertikai tentang pencapaian akademik Tun Ghafar Baba dan Dato' Seri Hj Mohd Ali Rustam.
Tentang Tun Gahfar Baba, itulah saja pemimpin yang ada ketika tu.
Ini yang saya dapat tenatng Datuk Ali Rustam. Beliau merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
PAPA
Salam Datuk dan Salam Semua
ReplyDeleteSaya tertarik dengan kata-kata…..jap sp
TSAKJ adalah satu blog yang punya catatan yang seimbang dan berkualiti.Amatlah malang jika ianya jika ianya mahu diturunkan sebagai blog "low class" dengan komen tangkap dan cabut.Penakut namanya.Cubalah melihat dengan mata yang terbuka dan bukan dengan mata yang juling.
Rumusan saya diakhir catatan ini, sekali lagi saya nyatakan pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini menyebabkan ramai sekali pemimpin dan penyokong UMNO amat kecewa,bukan kecewa simpati tetapi kecewa kerana PAS telah menemui jalan sebenar sebagai parti politik.
Komen
1) Saya membaca TSAKJ setiap hari tetapi saya tidak membuat ulasan kerana tiada idea.
2) Saya mengalu-ngalukan pemimpin baru PAS seperti Mat Sabu dan lain-lain lagi kerana dapat bersaing dengan pemimpin UMNO
3) Dengan ini lengkaplah politik orang melayu kerana kedua-dua pihak ‘kaki pusing’
4) PAS kuat kerana UMNO terlebih makan dan bermasalah.
5) Bagi saya setelah 53 tahun lebih merdeka, UMNO dan Pas sama je. Masing-masing tidak dapat memajukan orang melayu samada dari segi ekonomi, politik, akidah dan akhlak.
Sekian Terima Kasih
Harap MAaf
Wassalam
Sdr azman
ReplyDelete"Pade saye politik sifatnye seperti air yang cair,oleh kerane sifatnye yang cair itu ia akan selalu mencari ruangnye yang tersendiri dan akan selalu berubah mengikut keadaan.
Manusia pule sangat tertarik kepade politik kerana bersifat seperti air yang akan selalu dapat mereka ubah mengikut kehendak akal dan fikiran, make politik tidak akan pernah statik sifatnye selagi manusia meminatinya."
Komen:
Asasnya politik merupakan satu bentuk seni yang boleh mengubah sesuatu yang dianggap mustahil menjadi tidak mustahil. Antaranya ialah;
1. Kalau sebelum ini orang Cina cukup takut mengundi parti Pas, kini mereka tidak ada masalah untuk mengundi PAS
2. Kalau sebelum ini parti PAS memperjuangkan penubuhan Negara Islam bersama2 Hukum Hudud, kini kedua2nya ditinggalkannya
Datuk,
ReplyDeleteKenapa orang Melayu terlalu sangat banyak mas'alah?
Bertelingkah sesama sendiri tak habis-habis dalam semua hal baik politik atau ekonomi dll.
Macam mana nak maju !!
Bangsa lain ketawa dan perlikan kita je!
Tak malu ke?
Tak kesian ke kepada anak cucu kita?
Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu merapatkan barisan bersama menuju kearah yang sama.
Cuba kita ambil contoh apabila kita solat Jumaat. Sebelum kita mendirikan solat Jumaat Pak Imam biasanya akan suruh kita rapatkan saf.Semuanya ikut apa Pak Imam cakap. Kita semua rapatkan saf dengan rapi.
Tapi apabila kita keluar dari masjid kita tidak dapat menghayati seperti mana kita berada didalam masjid.
Mengapa?
Mohd Aliff
Pontian
Salam DAKJ dan para pembahas yg dihormati sekalian
ReplyDeleteTQ Dato’ dan para pembahas blog kerana lebih berinteraksi antara satu sama lain. Macamnilah yg kita nak. Cuma saya perasan, interaksi Dato’ dengan para pembahas nampak kurang sikit. Mungkin Dato’ penat kot. Jadi, eloklah rasnya kita ubah tajuk yg ringan sikit di hujung minggu ni.
Seronok pula saya membaca Kelab Isteri Taat yg katanya dah ada lebih seribu ahli dah pun. Ingatkan cuma kaum lelaki saja yg ada kesedaran berpologami sejak dari dulu lagi, rupanya sekarang, Alhamdulilllah, orang perempuan juga pun begitu. Ish!Ish! Ialah, dulu lain sekarang lain. Tapi yg bagusnya, ia akan menjadi satu persaingan yg sihat di antara isteri-isteri merebut suami. Yelah, suami pun sekali-sekala teringatkan dan teringinkan body isterinya yg macam baru kawin dulu. Glup! Glup!! telan air liur. Nak tipu pun tak guna. Tapi janganlah si isteri salah faham kata “You tak sayang kat I lagi”. Setiap suami akan kata “Sayang, you are the most beautiful, gorgeous and sexiest wife in the world”.
Akhir kata, nasihat saya, kita pakat-pakat beli treadmill dekat rumah. Sekurang-kurangnya, dapatlah tengok isteri kita berpeluh-peluh selepas berlari-lari anak macam dalam filem Hindustan tu. Huh!!! Seronok sungguh rasanya. Sekian TQ.
Sdr Wak
ReplyDelete"Golongan pemimpin "liberal" PAS nak bawa Melayu ke mana. Ke bulan dan bintang!! Saya lihat golongan ini tidak ada kredibiliti. Hanya serpihan sahaja. Kelayakan mereka di persoalkan. Mungkin ada kata mereka adalah professional. Untuk mentadbir negara bukan sahaja professionalism yang diperlukan tapi lebeh daripada itu. Negara perlukan pemimpin yang visionary dan berkemampuan menjana idea-idea yang bernas untuk melonjakkan bangsa ketahap yang lebeh maju dalam segala bidang bukan sahaja tentang agama. Jadi saya lihat barisan kepimpinan PAS tidak ada seorang pun yang berwibawa dalam ertikata mempunyai charisma dan perwatakan "glokalislam". Tidak ada. ZERO !!! Mereka hanya berpecah kepada dua golongan sahaja iatu ulamak dan "kononnya" liberal. Entah apa yang liberalnya saya pun tak tahu!!"
Komen:
1. Pada saya, visi negara dalam bentuk dasar awam Wawasan 2020 sudah memadai untuk memenuhi apa2 orang macam sdr impikan di atas, dengan maksud tidak perlu orang politik dan cerdik pandai lain mengada2 untuk memikirkan yang lain buat masa ini!Nak dibetulkan atau ditambah itu cerita lain.
2. Tetapi bagaimana untuk memilih mekanisme penterjemahan yang disesuai dan diselarikan dengan pemikiran atau idealisme politik pemerintah - liberal atau demokratik atau nasionalis atau Islam atau sosialis atau kominis atau campurannya yang sesuai dalam bentuk struktur( perorganisasian, pembahagian tugas dan saiz), penyediaan kemudahan dan peralatan, sistem dan tatacara, dari satu aspek, dan dari aspek lain, bagaimana mekanisme penterjemahan tersebut mampu di sesuaikan dengan keadaan masa dan persikitran yang berubah2 dan cabaran dan kekangan yang dihadapi dari semsa ke semasa untuk keperluan mempertejemahkan dasar awam Wawasan 2020 tersebut bersama2 sebilangan dasar awam lain yang menyokongnya, demi mencapai setiap set matlamat dasar awam tersebut masing2 seperti yang digariskan itulah masalah besar yang dihadapi oleh negara. Mengapa?
Sdr pena emas
ReplyDelete"Alhamdulillah! Saya telah nampak Najib sedang berusaha gigih untuk mereformasikan UMNO kelandasan yang lebeh baik lagi setelah mengalami suasana yang begitu mencabar akibat dari segelinter pemimpin UMNO yang dah lupa daratan dan tidak sedar diri."
Komen:
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa apa yang sdr nampak mengenai transformasi parti UMNO yang sedang diusahakan oleh DSNajib ialah apa yang disebut dalam penyelesaian masalah cara Islam sebagai yang didasarkan kepada pandangan mata (kasar) dan mata bersama akal (logika akal).
Jika diumpamakan sdr pandang ke laut, sdr nampak ombak, kapal, bueh, sampah dsb- menjelaskan maksud penyelesaian masalah berdasarkan pengelihatan mata tadi. Kemudian sdr akan kata di bawah permukaan air ada ikan, sotong, plankton dsb-menjelaskan maksud penyelesaian masalah berdasarkan pandangan logika akal tadi.
Yang pasti, kedua2 pandangan di atas adalah terbatas kerana pemikiran manusia adalah terbatas. Dan, penting juga dijelaskan bahawa kedua2nya hanya mempu menemui kesan pada masalah yang UMNO cuba selesaikan. Sedangkan, dalam Islam, yang hendak di atasi ialah punca pada masalah.
Tidak dinafikan kedua2 pandangan di atas diperlukan oleh si penyelesai masalah dalam usahanya menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi, Islam menekankan kepada penyelesaian masalah yang didasarkan kepada pandangan mata hati. Nak dijelaskan juga apa itu penyelesaian masalah yang didasarkan kepada pandangan mata hati?
Slogan,Dasar,Teori Islam
ReplyDeleteDasar Pas tetap sama.Majlis Syura dan Dewan Ulama akan mempastikan Dasar Pas berada dilandasan Syariat.
Sebab itulah mana-mana pemimpin dari Badan Eksakutif,terutama Presiden dan Timbalan Presiden tidak mempunyai kuasa Mutlak.Mereka boleh disingkirkan jika tidak menepati dasar Pas, yang ditentukan oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama.
Ambil contoh,Ustaz Nakhaie, Timbalan Presiden Pas. InsyaAllah,sebab itu Pas tak berpecah bergolak walaupun Timbalan Presiden keluar Parti.
Slogan berubah mengikut keperluan dan keutamaan semasa. Tapi,setiap slogan dipraktikkan,tidak ditinggalkan sama sekali,kerana slogan juga merupakan intipati ringkasan Dasar Pas. Tidak seperti slogan UMNO yang diwujudkan bilamana Presiden UMNO yg baru dipilih. Kemana slogan atau konsep Islam Hadhari? Masih adakah pintu-pintu gerbang bertemakan Islam Hadhari?
Teori Islam.
Banyak sumber berdasarkan Hadis dan Quran,dikaji oleh Dewan Ulama dan Majlis Syura.
Kitab/buku karangan Dr Yusof Al-Qadarawi menjadi salah satu buku utama rujukan Siasah(Politik) Islam,seperti kerjasama politik dengan non-muslim,pencalunan wanita sbg wakil rakyat dan sebagainya.
Strategi dan pendekatan Pas dibebankan kepada Badan Eksakutif. Badan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Strategi perlu berubah mengikut peredaran masa,kesesuaian isu politik semasa dan keperluan keutamaan semasa.Parti politik yg tidak peka kpd masalah semasa rakyat,macammana nak yakinkan rakyat?
s
Nak satukan Melayu?
ReplyDeleteNak satukan Islam?
Nak satukan Agama?
Nak satu pinda Perlembagaan?
Melayu sukar nak disatukan! Melayu Malaysia ada 2. Satu,berketurunan Kaum Melayu. Dua,Melayu berdasarkan pada difinasi Melayu dalam Perlembagaan Malaysia-individu mengamalkan budaya Melayu dan Islam. Bangla,syeik pakistan,mamak india,filipinos indon pun boleh jadi Melayu. Tu pasai depa ni boleh duduk dalam UMNo spt zambry kadir,azeez putra umno, musa kadir syeik fadzil dan lain2. Nak bersatu atas nama Melayu susah sb bAnyak sangat 'kepala'
Tapi hari ni ramai Melayu dah murtad! Islam tah kemana Melayu tah kemana! Tapi masih ada hak mengundi tentukan pemimpin negara. Penzina,perompak,penyamun,kaki judi,kaki botol,kaki perempuan tak kira apa agama semua boleh mengundi tentukan pemimpin. Ni yang susah!
Nak satukan agama MANA boleh? Memang sah tak boleh. Tapi ada juga pemimpin UMNO kata semua agama adalah sama. Kena minta dia tobatlah!
So, saya fikir kita kena ada usaha satukan Muslim dan Mukmin. Bila berkata dia dusta,bila janji dia mungkiri,bila diberi amanah dia khianat, orang macam ni tak payah nak diajak bersatu,darah biru.
Nak satukan muslim mukmin kena kembali kpd Islam. Muslim Mukmin tidak boleh berbeza pada dasar islam,rukun islam dan rukun iman. Boleh berbeza kpd soal-soal 'ranting'tapi tidak boleh perbezaan itu membawa kpd perbalahan dan perpecahan.
n
"Saya boleh buat andaian yang sdra telah gagal hidup bermasyarakat. Prinsip hidup sdra mungkin tidak kuat. Dalam hal kematian, kenduri kendara, perkahwinan dll kita tidak boleh fikirkan tentang sama ada dia orang PAS atau UMNO. Yang penting urusan fardu kifayah diuruskan dengan baik asalkan ayahanda sdra selamat dikebumikan.
ReplyDeleteMelayu Jati"
tak boleh MJ.. saya tetap terfikirkan juga.. Ia merupakan titik perubahan dalam perkiraan sy utk memilih pemimpin.. sy tidak akan memilih pemimpin yang sombong lagi elit.. keelitan membuatkan sy rasa canggung seperti canggungnya saya didalam rumah YB yang diseliputi perabot mewah.. yg jauh dari realiti rakyat kebanyakan..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTertanya-tanya saya adakah Melayu No.1 itu seorang Islam? Kalau dia bukan Islam, fahamlah saya mengapa dia kelihatan membenci dan menolak Islam sehingga dia tergamak membawakan satu kesimpulan "Islam tidak akan bawa kita ke mana-mana kalau siang malam cerita fasal Islam".
Namun, kalau Melayu No.1 itu seorang Islam, saya dengan seikhlas hati, menasihati Melayu No.1 supaya dia bersyahadah, beristighfar serta bertaubat nasuha. Mudah-mudahan terselamatlah dia daripada terjerumus ke lembah kekufuran.
Melayu No.1 juga harus bermuhasabah diri selalu dan bersikap berlapang dada senantiasa. Dalamilah 'ilmu tafsir Quran' dan 'ilmu Hadith'. Mudah-mudahan Melayu No.1 tidak lagi mengasing-asing dan memisah-misahkan politik daripada Islam.
Melalui posting 9:55 PM, Melayu No.1 bukan sahaja memisahkan politik daripada Islam, tetapi aspek ekonomi juga diasingkan daripada Islam. Nampak sangat dia tidak faham bahawa seluruh langit bumi semesta alam fana' dan alam baqa' milik mutlaq Allah SWT. Dan Allahlah yang al-Razzak, Maha Pemberi Rezeki.
Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.
Wassalam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSama ada anda berpura-pura, atau anda betul-betul tidak faham, biarlah saya terangkan kepada anda sekalian bahawa PAS sekali-kali tidak menggugurkan dasar dan hasrat perjuangan bagi menubuhkan kerajaan Islam Malaysia. Sesungguhnya PAS senantiasa istiqomah dalam jihadnya itu demi mencapai keredhaan Allah SWT.
Konsep negara berkebajikan hanyalah merupakan satu strategi bijaksana PAS dalam ikhtiarnya mencari kejayaan untuk berkuasa. Lagipun konsep negara berkebajikan cukup menepati kehendak dan keperluan serta selari dengan negara Islam.
Buat masa ini, PAS belum berkuasa; tetapi setelah Allah SWT menganugerahkan amanah pemerintahan negara Malaysia ini sepenuhnya kepada PAS nanti, barulah PAS berkuasa melaksanakan pemerintahan negara berdasarkan perlembagaan Malaysia yang berasaskan, bertunjangkan dan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah.
Ada orang melabel PAS 'gila kuasa'. Pada saya, tidak salah, bahkan teramat wajar bagi PAS berusaha dan berjuang bermati-matian untuk merampas kuasa daripada UMNO yang mengingkari Perintah Allah SWT. Dengan demikian, dapatlah PAS melaksanakan amanah sebagai Khalifah di muka bumi Malaysia ini bagi menjunjung tinggi akan Titah Perintah Allah SWT sebagaimana Perintah Allah SWT melalui Firman-Nya dalam a-Quran. Natijahnya, zuriat kita akan beroleh 'selamat dan sejahtera' buat selama-lamanya, insya-Allah.
Wassalam.
1. Terima kasih kepada para pembahas sekalian, khususnya kerana berbahas antara satu sama lain. Tapi, mintalah jangan emosional sangat hingga keji-mengeji. Hormatilah pandangan orang lain.
ReplyDelete2. Saya ambil perhatian maklum balas dan teguran pembahas. Seorang pembahas baru (atau nama pena baru) "Suhana" -- nama yang unik dan jarang - mempersoalkan latar belakang pendidikan saya. Saya tahu, politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Tetapi saya rasa ada beza di antara memperjuangkan agama dengan menggunakan agama sebagai modal perjuangan politik. Juga ada beza di antara politik agama dengan politik kepartian agama;
3. Ada pembahas berasa hujah pembahas Kermit remeh. Saya tidak berasa begitu. Ramai orang tertarik dengan sesebuah parti politik, dalam konteks ini dengan Pas, kerana kemesraan dan kepedulian penggiatnya terhadap hal-hal harian seperti sakit deman, beranak dan mati;
4. Ada orang kata penggiat Pas tak ada kerja, jadi ada banyak masa untuk tangani hal-hal sebegini. Itu dulu. Sekarang mungkin tidak lagi kerana ramai sudah jadi YB dan ahli Exco. Tetapi apa yang saya perhatikan (dan alami), amalam mesra masyarakat mereka berterusan;
5. Umno pun dulu macam itu. Itulah Umno yang saya kenali daripada Allahyarham ayah saya. Penggiat Umno pun makan kenduri dan ziarah orang mati. Itu dulu, masa YB Umno tinggal di kawasan. Sekarang boleh kata jarang sangat YB Umno tinggal di kawasan. Ada orang kata YB dan penggiat Umno, termasuk yang totok dan asal usulnya kampung, sudah jadi elitis dan orang bandar; dan
6. Kepada ramai pengundi yang tidak bergantung kepada politik untuk hidup dan boleh berdikari, sikap dan sifat mesra, peduli (caring) dan amanah adalah penting apabila mereka memilih calon mana hendak diundi.
Terima kasih.
Sdr OKJ
ReplyDelete1. Minta maaflah sebab sejak beberapa minggu lalu dan untuk beberapa bulan akan datang, saya agak sibut. Adat tugas yang berjangka waktu (yang ada deadline) yang perlu disiapkan. Macam saya kata, saya tak ada pencen, jadi kena terus kerja;
2. Mengenai apa-apa kelab pun, saya rasa itu hak rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan. Asalkan tak subversif dan, bagi orang Islam, tak melanggar akidah, buatlah;
3. Tapi bagi saya (saya tak cakap bagi pihak orang lain), yang saya tahu, isteri wajib setia kepada suami dan suami pun macam itu juga. Jadi kalau kita berpegang kepada peraturan itu, tak payahlah buat kelab. Dalam Islam dah ada. Tak tahulah, boleh jadi ada orang lain yang berasa dan berani mengaku dia seorang isteri atau suami lebih setia berbanding orang lain sampai hendak tubuh kelab;
4. Tapi tak apalah. Kalau nak tubuh juga tubuhlah. Lebih baik kelab orang yang setia daripada kelab orang yang tak setia. Cuma, janganlah kita terpesong daripada hal-hal lebih pokok dan fundamental yang kini menekan Islam dan umat Islam; dan
5. Akhir sekali, kita kena juga bagi perhatian kerana kelab-kelab atau persatuan boleh menjadi manifestasi kepada sesuatu yang lebih mendalam dan serius. Saya dibesarkan dan dewasa di zaman gerakan Komunis Antarabangsa menggunakan konsep "united front" atau barisan bersatu untuk mempopularkan ideologinya kepada masyarakat.
Terima kasih.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteSdr. Saji
Bersetuju untuk tidak bersetuju adelah falsafah yang sebaiknye untuk komen sdr.mengape begitu?:-
Sdr.Saji kate, kaum cine tak takut lagi untuk undi Pas?.
Saye kate, sudahkah kajian dibuat?.Jika kaum cine tak takut, kenape perlu kite orang Melayu takut?.Itu namenye takut tak bertempat.
Sdr.Saji kate,Pas sudah tinggalkan konsep Negara Islam dan undang undang hudud.
Saye kate,Sejak dahulu lagi Pas memang suke beretorik, kenape mereka tak dapat menonjolkan sebuah model negeri Islam dan menjalankan hukum hudud di Kelantan?.
Rakyat Malaysia sekarang telah mempunyai ekses kepade maklumat hampir sepenuhnya, kalau pon tidak semua kepade internet tapi kepada media cetak dan elektronik hampir 100%.
Akal kurnian tuhan akan memandu kite kejalan yang benar.
Sdr langitbiru
ReplyDelete"Teori Islam.
Banyak sumber berdasarkan Hadis dan Quran,dikaji oleh Dewan Ulama dan Majlis Syura.
Kitab/buku karangan Dr Yusof Al-Qadarawi menjadi salah satu buku utama rujukan Siasah(Politik) Islam,seperti kerjasama politik dengan non-muslim,pencalunan wanita sbg wakil rakyat dan sebagainya.
Strategi dan pendekatan Pas dibebankan kepada Badan Eksakutif. Badan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Strategi perlu berubah mengikut peredaran masa,kesesuaian isu politik semasa dan keperluan keutamaan semasa.Parti politik yg tidak peka kpd masalah semasa rakyat,macammana nak yakinkan rakyat?"
Komen:
Kerana sdr, secara khusus, menyebut buku2 karangan Dr Yusof Al-Qaradawi, sdr, dalam konteks perbincangan ini, kena beritahu Dr Yusof meletakkan politk Islam di bawah bidang muamalat yang harus dilakukan ijtihad terhadapnya, dalam erti kata diubah2 pendekatannya dari semasa ke semasa mengikut keadaan masa dan tempat, demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia, amnya dan umat Islam, khasnya.
Sdr Melayu No.1
ReplyDeleteSdr, antara lain berkata" Ia memang benar Datuk AKJ membahaskan tentang Pemilihan PAS. Tapi akhirnya pembahas berbalik semula menceritakan tentang Islam. Islam tidak akan bawa kita kemana-mana kalau siang malam cerita pasal Islam. Sepatutnya sambil menghayati Islam kita mesti fikirkan apa yang saya cakap di atas tadi (....... tentang tahap ekonomi orang Melayu. Tanya macam mana nak pertingkatkan produktiviti orang Melayu. Macam mana nak kurangkan kebergantungan kita dengan subsidi dari kerajaan. Tanya macam mana nak nak pandaikan anak-anak kita. Tanya macam mana nak maju berniaga. Tanya macam mana nak kurangkan anak-anak muda menaggih dadah)."
Komen:
1. Saya faham dan berkongsi pendapat dengan apa yang sdr cuba luahkan di atas.
2. Bagi saya, kalangan pembahas dalam memberi komen masing2 tentang pemilihan PAS yang mereka kaitkannaya dengan Islam itu merasa begitu yakin dengan pendekatan/strategi Negara Berkebajikan PAS yang di sebut oleh sdr langitbiru sebagai intipati dasar Negara Islam PAS itu adalah segala2nya.
Ini, dalam erti kata, pendekatan Negara Berkebajikan PAS mampu mengatasi apa yang telah gagal diusahakan oleh kerajaan UMNOBN dalam hal yang sama yang, antaranya, seperti sdr sebutkan di atas, meskipun ia masih dalam bentuk perkataan2 yang tidak semua orang boleh faham.
Bahkan mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam adalah segala-galanya, dalam erti kata Islam mempunyai cara untuk memaju dan mengatasi permasalahan orang Melayu yang, antaranya, seperti yang sdr sebutkan di atas
4. Padahal parti PAS sendiri, belum pun, secara resminya, mengumumkan bagaimana pendekatan Negara Berkebajikannya itu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaannya.
Saya nak lihat bagaimana rupa bentuk manifesto PAS untuk PRU13 yang akan dicanang dan diuli setelah mengenepikan prinsip Negara Islam kepada Negara Kebajikan!
ReplyDeleteNegara Kebajikan ala negara mana yang akan di sogokkan oleh PAS. Saya rasa mungkin merip kepada negara Singapura untuk menyamai prinsip DAP Malaysian Malaysia!
Kita tunggu dan lihatlah kemana arah tuju PAS nak bawa rakyat terutama sekali orang Melayu Islam.
Class 69 Sekolah Pondok
kenapalah bangsa aku macam ni, nak kata bodoh tahu cakap nak kata banggang cepat bertindak.
ReplyDeletealangkah baiknya kalau malaysia buat dua sistem parti jadi tak payahlah bertekak sesama bangsa sendiri, dengan ini kita dapat lihat apa seratigi satu2 parti untuk memajukan negara tak payah fikir dari bangsa mana yang penting rakyat malaysia(begitu jugak kekayaan negara dibagi tak kira kaum yang penting rakyat malaysia)
mohd paizal
pada saudara saji
ReplyDeleteapa yang saya nampak saudara ni makan gaji, saudara dalam satu organisasi satu bos berapa kuli, jadi kena fikir kuli yang paling bawah sekali sama.
pengalaman saya kerja swasta anak melayu kelulusan atas langit sekali pun belum tentu dapat gaji besar, tapi kalau kaum yang menguasai ekonomi tamat tingkatan lima
gaji dah boleh bayar tax
jadi renungkanlah apa jadi anak cucu kita, sebab kita berasal dari perut yang sama.
mohd paizal
Salam Sdr Azman
ReplyDeleteTak perlu kajian mengapa orang Cina tidak takut lagi mengundi PAS.
Kerana politik tidak lebih dari persepsi, bukan realiti.
PAS memainkan persepsi memburu2kan apa yang UMNO buat selama ini sebagai parti Melayu yang memperjuangkan bangsa, negara dan Islam.
UMNO pun melakukan hal yang sama - memburuk2kan apa yang PAS sebagai parti Melayu yang memperjuangkan Islam.
Kalau sdr tak tahu, masalah tu!
Yang penting, UMNO dilihat melayan dan defensif terhadap persepsi2 yang dimainkan oleh parti pembangkang. Terbaru persepsi yang mengenai perjanjian berat sebelah IPP.
Assalamualaikum
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Melalui blog ini kita boleh mendapati banyak maklumat untuk kita berfikir. Ini adalah kerana Dato' memberi seluas-luasnya ruang untuk kita berbincang dengan syarat kita tidak melanggar peraturan negara dan adab perhubungan sesama manusia.
Memandangkan peringkat umur dan pengelaman hidup antara kita berbeza maka kita perlulah bersedia mendengar perbezaan pendapat kalau kita mahukan minda kita terbuka. Sama ada kita menerima atau menolak pendapat yang diluahkan tersebut terpulanglah kepada kita sendiri.Kita tidak boleh hidup bersendirian dikelilingi dengan orang kita sahaja dengan tidak mengambil tahu apa yang berlaku diluar.Ini mungkin telah terjadi kepada bekas Presiden Mesir dan Tunisia yang dengan sekelip mata hilang kedudukan mereka .
Kita bersyukur kerana kemerdekaan telah membawa pembangunan kepada negara walaupun pada akhir-akhir ini agak ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka diatas sebab-sebab yang benar ataupun persepsi sahaja.
Pada saya apa yang penting adalah kita membebaskan diri daripada terikat secara terpaksa kepada mana-mana pihak. Kita hendaklah berani meluahkan samada secara bersendirian ataupun melalui kumpulan apa yang kita mahu pemimpin kita buat. kita sokong apa yang baik dan kritik apa yang salah.Pada masa dahulu kita (melalui perhimpunan politik umpamanya) melahirkan apa yang kita kehendaki dan pemimpin mengadakan kongress membincang keperluannya dan seterusnya melaksanakannya. Situasi sekarang berbeza dimana Kerajaan melantik firma perunding untuk mencadangkan sesuatu dan kemudiannya dibentangkan kepada kabinet untuk diluluskan.Ini tidak memuaskan kerana kadang-kadang ianya diselitkan dengan ajenda peribadi
dan dengan itu terdapat perbezaan antara apa yang dirancangkan dengan apa dilaksana.
Marilah kita berlapang dada dan menyatakan apa yang kita mahu dari wakil rakyat yang kita menaruh kepercayaan.Hanya dengan demikian kita akan dapat apa yang kita mahu , Insyaallah.Ini adalah kerana buruk padahnya kepada orang politik yang tidak mahu mendengar apa yang pengundi mahu.
Raja Abul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Salam.
ReplyDeleteEkonomi Islam. Pendidikan Islam. Pentadbiran Islam - Islam Satu Cara Hidup!
Islam bukan milik mana2 parti. Islam patut diamalkan dan ditnggikan syiarnya. Sekarang yang menariknya parti PAS dan UMNO bersungguh-sungguh mewar-warkan kamilah parti yang mengamalkan kebajikan tidak melupakan rakyat dan prihatin rakyat. Maka banyak lah keluar kenyataan kami yang buat dulu, kami dah lama buat, kami selamanya susah senang bersama rakyat.
Yang pakcik makcik di kampung tu pun tergangga bila JKK Kampung kata parti ni baik kita kena sokong dan undi jangan tak undi.
Abang Ngah dan Kak Long di tanah felda pun gitu dengar semua parti kata mereka amalkan dan sbut slogan - kami pentingkan hidup rakyat bawahan.
Pakcik, makcik, abang, kakak, tok aji dan mak aji pun tengok tv dan dengar dalam radio kata semua pemimpin buat baik dan khidmat untuk rakyat.
Tapi semua hairan lihat hari ke sehari hidup tak macam dulu. Barang mahal, pemuda/i banyak tak ada kerja, hidup di kampung dan di bandar dihimpit kos sara hidup yang makin tinggi. Ahli politik cakap macam2 dan lunak2. Tapi mereka terus bermewah, ada dua tiga banggalo. Tanah berekar2, kereta tak usah cakap - ada kereta mewah lampu besar dan lampu kecik, dan macam2 kemewahan yang menjelekkan.
Kereta berderet2 kat rumah wakil rakyat tertentu. Bukan rakyat tak tahu. YB patut malu kalau ada rakyat kawasan mereka yang hidup melarat, miskin dan susah. Jangan tunggu tv tunjuk dan keluar berita baru YB nak bagi bantuan. Apa lagi bila pilinraya baru nak buat kebajikan.
Senario di atas akan berterusan... Jadi baik PAs atau UMNo (juga PR atau BN) yang ingin menonjolkan mereka paling layak menjuarai kami juara membela rakyat - fikir2kan. Pimpinan dan YB2 UMNO/BN yang dah lama berkuasa dan belum pasti akan terus menang - carilah rakyat yang perlu dibantu. YB PR pun sama. Bagi PAS, ramai yang melihat mereka lebih sederhana dan tidak bermewah, ini rakyat suka...
Jadi negara berkebajikan seharusnya negara yang mendapat rahmat Allah SWT. Negara yang pada kaca mata rakyat- sebuah negara yang aman sejahtera, rakyat tidak berasa beban dengan kehidupan seharian, mendapat pembelaan dan kasih sayang sesama masyarakat.
Penat juga rakyat di bawah lihat UMNo dan PAS asyik bercakar dalam akhbar. Rakyat dok takuk tu jugak. Banyak sangat dedah aib sana sini.
Kan lebih baik UMNo tunjuk banyak berita bagaimana mereka santun kapada masyarakat. Turunkan harga minyak dan tingkat ekonomi dan pengeluaran bahan makanan untuk rakyat. Tak salah PAS menyaingi UMNo yang dah lama memerintah. Jika niat baik, parti yang mengikut syariat agama dan pemimpin ikhlas akan dipilih rakyat.
Jangan susahkah rakyat dengan menimbulkan masalah baru. Basmi kemiskinan. Tingkatkan zakat. Jangan membazir wahai pemimpin semua...
Guna sumber ekonomi dengan cekap. Agih kekayaan dan sumber pendapatan negara kepada rakyat dengan sempurna, cekap dan letak pada haknya. Janganlah banyak bercakap barisan baru PAS yang ada campuran latar belakang dsb. UMNO pun ada ada.
Rakyat tak kira PAs yang lebih layak atau UMno yang dah pernah berjasa yang bakal dipilih. Rakyat nak pemimpin yang bersih, tidak rasuah dan bermewah.
Sokong yang beriman dan terbaik.
Saya masih ternanti-nanti nak tengok pelan induk (masterplan) NEGARA KEBAJIKAN dan NEGARA ISLAM cadangan PAS?
ReplyDeleteNak tau juga intipati, latarbelakang justifikasi serta methodologi perlaksanaannya..
Apa perbezaannya antara keduanya..?(Jangan lak yg buat kertas kerjanya DAP..tu baik ciplak saja Karl Marx punya karya.)
Kalau Program Transformasi Kerajaan (GTP) dah ada dlm internet utk kita kaji, kritik, puji atau keji..memang ada benda2 yg saya tak setuju dgn Idris Jala..
Betul ka auta? Kita mau cerita dgn fakta..
wallahualam
("/)
Salam Dato',
ReplyDeleteRupanya saya mampu bertahan utk tidak memberikan apa2 komen sehingga skrg. Apa yg dpt saya kesan dgn exposure yg agak melampau dan komen2 yg tak kunjung padam oleh Utusan atau MSM lain selepas pemilihan yg dimenangi golongan liberal dlm PAS adalah rasa cemas dan gusar Umno/BN yg luar biasa - akibat keputusan yg luar dugaan, seperti kata dato'. Harap2 reformis2 ini akan bergandingan dgn erdogan2 mereka dlm PAS utk mencabar Umno/BN nanti. Negara amat perlu pembangkang yg kuat dan bagi saya BN sudah pun memenuhi ciri2 pembangkang itu.
Salam Datuk,
ReplyDeleteIzinkan saya COPY & PASTE ingatan Datuk berikut supaya mana yang terlupa, ingatkan semula ...
"6. Kepada ramai pengundi yang tidak bergantung kepada politik untuk hidup dan boleh berdikari, sikap dan sifat mesra, peduli (caring) dan amanah adalah penting apabila mereka memilih calon mana hendak diundi."
The thing is sifat begini memang tak boleh nak pura-pura ... because otherwise, sooner or later akan ketara ...
And the magic words are "pengundi yang tidak bergantung kepada politik untuk hidup dan boleh berdikari."
Mudahan lebih ramai kita begitu so that boleh kita menilai dengan adil dan saksama (Dengan mata hati katanya Sdr SAJI) sebelum memilih seseorang pemimpin ...
Terima kasih
XERONINE
Saya dah baca semua mereka yang comment dalam blog Datuk. Ini analysis rambang saya:
ReplyDelete1. 50% cakap merapu tak ada substance.
2. 10% hentam UMNO.
3. 10% cakap pasal Islam tapi kosong.
4. 15% bijak berhujah dan ada substance.
5. 5% hentam PAS.
6. 10% impressionists kosong hanya cuba nak ambil perhatian.
So overall I give those who comment in your blog Datuk a Grade C plus. A long way to go to achieve a better quality dialogue and comment. It looks like you have to continue giving them a chance to be more polish in their comment! Cheers Datuk!
Class 69 Sekolah Pondok
Sdr azman
ReplyDeletePolitik lebih banyak persepsi dari realiti (sambungan)
"Sdr.Saji kate,Pas sudah tinggalkan konsep Negara Islam dan undang undang hudud.
Saye kate,Sejak dahulu lagi Pas memang suke beretorik, kenape mereka tak dapat menonjolkan sebuah model negeri Islam dan menjalankan hukum hudud di Kelantan?."
Komen:
1. Apa yang saya kata di atas tidak lebih untuk memebrikan contoh lain bagimana politik PAS hari ini boleh mengubah sesuatu yang dianggap mustahil menjadi tidak mustahil.
Cuma saya tak jelaskan, dasar Negara Islam dan Hukum Hudud PAS yang ditinggalkannya sekarang yang saya anggap suatu tindakan mustahil itu akan dikembalikannya semula dalam perjuangan PAS di masa2 akan datang, seperti sebelumnya
2. Yang penting, PAS telah berusaha untuk memeberi kefahaman tentang rupa bentuk Negara Islam dan Hukum Hudud yang hendak dilaksanakanya di negara ini yang mereka anggap ramai yang telah memahminya, hatta di kalangan bukan Islam. Jika tidak, masakan ramai yang menentangnya,termasuk di kalangan umat Islam sendiri.
3. Namun begitu, PAS hingga kini, dari sudut arkitek, dilihat hanya mampu menjelaskan dasar Negara Islam yang hendak dilaksanakan di negara ini itu,khasnya dalam bentuk dalam bentuk gambaran dua dimensi-pelan, elevisi dan sedikit section dan gambaran perspektif yang, pada saya, tidak menjelaskan segala-galanya apa itu dasar Negara Islam PAS.
4. Sekarang, ada kalangan ahli/pendokongnya dalam perbincangan ini mengatakan konsep Negara Berkebajikan merupakan strategi penting dan intipati dasar Negara Islam PAS.
5. Jika Negara Islam yang hendak dibina oleh PAS di negara ini kita analogikan sebagai bangunan masjid, saya tertanya2, adakah Negara Berkebajikan yang dimaksudkannya itu menjelaskan bahagian kubahnya atau menaranya atau arca2nya?
6.
Datuk Kadir, assalamualaikum, Datuk sebenarnya kami golongan lama Pas dah lama tolak Anwar. Kami bertongkos lomos lawan dia masa dia dalam Umno. Masa tu Datuk pun jadi orang suruhan dia jugak. Dia caci cerca kami. Tapi dia pandai. Kami tau pasal kami berjuang dengan dia dalam Abim. Bila dia kena tendang dengan Dr Mahathir, dia kutok orang tua itu dan dia mula cari Tok Guru Nik Aziz yang sebenarnya tak kenal siapa Anwar ini sebenarnya.
ReplyDeleteDalam generasi kami, Allahyarham Ustaz Fadzil tahu tembelang Anwar pasai sama-sama Abim, sama-sama utara, sama-sama minat ghazal parti Kepala Batas dan lagu Hindustan. Md Sabu lagi kenal Anwar pasai kampung depa dekat-dekat. Jadi saya harap Md Sabu sebagai timbalan Pas boleh bisik kepada Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi.
Pelek la Datuk bila orang kafir Amrika mahu pemimpin yang tidak ada akhlak dan terbabit dengan skandal seks macam Weimer dibuang. Orang parti dia sendiri suruh dia berhenti. Jadi generasi Pas macam saya yakin dan berharap pemimpin Pas tahu pilih kawan dan jangan asyik dok buat dalih bukti, konspirasi, fitnah dan macam-macam merapu lagi.
Ingatlah, dulu bila dia kuat dalam Umno, Anwar gasak kita, kita selamat juga. Saya takut la ni kita kena main dengan Anwar pasai dia tak ada tempat lain lagi nak tumpang dan kita pula macam beruk mat yeh bagi perlindungan kat dia. MasyaAllah.
Pas Lama,
Bukit Raya.
anak saya kerani di sebuah sykt kereta terpakai non bumi. dia kata ramai juga costumer yg beli kereta yg bayar cash. yg menarik perhatian saya, dia kata selalu kalau yg beli kereta cash ni org kelantan.
ReplyDeletewow! banyak sgt kah duet org kelantan ni? atau mereka memang pandai bab manage2 duet ni?
tak sangka ye.... nampak kelantan ni lekeh jer, pemimpinnya pun tak glamer tapi rakyat mereka banyak yg kaye2.
hehe... jgn mare....
- org johor juga.
Sdr class 69 sekolah pondok
ReplyDeleteSecara keseluruhanya, saya setuju dengan analisis rambang sdr di bawah
1. 50% cakap merapu tak ada substance.
2. 10% hentam UMNO.
3. 10% cakap pasal Islam tapi kosong.
4. 15% bijak berhujah dan ada substance.
5. 5% hentam PAS.
6. 10% impressionists kosong hanya cuba nak ambil perhatian.
Boleh saya tanya, sdr diklopmpok mana?
Debater "Class 69 Sekolah Pondok", among other things said:
ReplyDelete"So overall I give those who comment in your blog Datuk a Grade C plus. A long way to go to achieve a better quality dialogue and comment. It looks like you have to continue giving them a chance to be more polish in their comment! Cheers Datuk!"
Cheers to you too and syukran. For a sekolah pondok chap (or so you claimed), you are erudite. Bravo.
Thank you for the analysis. My purpose is to give everybody a change to debate. This blog is not intended to be an exclusive domain of the erudite.
It's meant for all -- to the lowest common denominator. The views here reflect the diversity of thoughts, political affiliations and ideologies.
They may not be "Einsteinian" but they are, nevertheless important and relevant because they will determine how the commentators vote (or not vote) in elections and how they can influence others.
Sdr Xeronine, antara lain menulis: "And the magic words are "pengundi yang tidak bergantung kepada politik untuk hidup dan boleh berdikari."
Mudahan lebih ramai kita begitu so that boleh kita menilai dengan adil dan saksama (Dengan mata hati katanya Sdr SAJI) sebelum memilih seseorang pemimpin ..."
Itulah pengalaman saya. Kadang kala kita kena ketepikan sentimen dan pertalian parti, dan mengundi mengikut kesesuaian calon.
Ada orang kata, "a political party is as good as the people running it." Kalau pemimpin dan calon sesebuah parti hambar, masakan parti itu boleh kuat dan cekap.
Mengenai melihat dengan mata dan hati, itu telah diajarkan oleh nenek moyang kita lama dulu. Mereka tidak sekadar menyuruh kita melihat (dengan mata) tetepi mereka menasihatkan kita agar memerhati (melihat dan sambil itu berfikir)-- to observe and not just to see.
Terima kasih.
Salam Dato' dan pembahas
ReplyDeleteBerita terbaru: PAS setelah dicabar oleh Mufti Perlis, baru hendak buat "brianstorm" di kalangan ulamaknya, profesionalnya dan orang2 perseorangan yang dipilihnya Khamis ini untuk menghasilkan 'buku' yang akan menjelaskan kepada umum maksud Negara Berkebajikan yang digembar-gemburkannya itu dari aspek pelaksanaannya pula. Sama-sama kita tunggu ye.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa saya dalam posting Dato' ini dan juga beberapa posting Dato' lalu berkaitan banyak sekali mengulas mengenai dasar awam negara dari segi kelemahan atau ketidakmampuanan atau ketidakberkesanan golongan yang diberikan kuasa dan diamanahkan oleh rakyat di kementerian2 untuk menterjemahkan dasar2 awam negara dalam bentuk perundangan, belanjawan, rancangan, projek dan program itu kepada realiti yang ingin dilihat oleh pihak pembuat dasar masing2 dan rakyat.
Bahkan saya perincikan sekali apa itu mekanisme penterjemahan yang diperlukan oleh setiap dasar awam negara sebagai alat yang mereka perlukan untuk men"transform"kan sesebuah dasar awam negara dalam bentuk perkatan-perkataan itu kepada realiti2 yang digariskan oleh pihak pembuat dasar terbabit.
Cuma atas sebab2 tertentu (yang saya tidak perlu jelaskan) saya mengulasnya dalam ruang lingkup dasar negara dalam bentuk projek dengan paparan istilah-istilah teknikal/ arkitek/ kontrak yang sesetengah pembahas kita merungut tidak faham kerana, padanya, terlalu asing daripada bidangnya, dan sebagainya.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya baca semua komen-tetamu-tetamu Datuk di sini. Yang paling saya suka baca adalah komen Pas Lama, Bukit Raya. Susah kan, nak terbaca komen yang macam gitu ? Tengok tu, betapa terpanggilnya depa nak menyatakan isi hati depa.
Cepat la Datuk tulis pasal ramalan PRU13 yang dekat sangat-sangat dah ni.. Hari Ahad lepas Wanita UMNO dah mesyorat. Depa dah pacak dah bendera UMNO kat simpang-simpang. He he he..
Sdr mohd paizal
ReplyDelete" apa yang saya nampak saudara (saji) ni makan gaji, saudara dalam satu organisasi satu bos berapa kuli, jadi kena fikir kuli yang paling bawah sekali sama.
pengalaman saya kerja swasta anak melayu kelulusan atas langit sekali pun belum tentu dapat gaji besar, tapi kalau kaum yang menguasai ekonomi tamat tingkatan lima gaji dah boleh bayar tax"
Komen:
1. Saya orang pencen berkerja sambilan disamping buat kajian dengan ISDEV, USM bertajuk, Ke arah pembentukan sistem pemerolehan kontrak pembinaan berterskan Islam atau al-Muqawalah
2. Untuk pengtahuan sdr, antara objekif kajian tersebut ialah untuk mengatasi masalah projek kerajaan yang diali-babakan oleh usahawan kontraktor Melayu secara kontraktual yang berlandaskan prinsip2 muamalat Islam.
3. Untuk pengetahuan sdr juga purata 85% projek kerajaan di ali-babakan yang, berdasarkan hasil kajian tersebut, bukan sahaja mampu mengatasi masalah ali-baba tersebut secara kontraktual, dalam erti kata mewujud dan memperbanyakan syarikat kontraktor Melayu tulen yang darinya kajian harapkan bukan sahaja mampu mengajikan lebih ramai anak2 Melayu dan dengan gaji yang lebih lumayan, berbanding dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat kontraktor ali-babanya sebelumnya, atau setidak-tidaknya mengambil pekerja2 Melayu yang berkerja dengan syarikat kontraktor bukan Melayu sekarang.
Sdra Saji,
ReplyDeleteTakkan pula kena tanya saya dikelompok mana. Tentunya jadi " masuk bakul angkat sendiri"!
Class 69 Sekolah Pondok
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Sdr org johor juga kata:"
yg menarik perhatian saya, dia kata selalu kalau yg beli kereta cash ni org kelantan.
wow! banyak sgt kah duet org kelantan ni? atau mereka memang pandai bab manage2 duet ni?"
2. Berhutang melibatkan RIBA ... itu saja ...lebih-lebih lagi untuk membeli kereta terpakai ... tidak mudah untuk mendapatkan pinjaman yang berasaskan tanpa RIBA ...
3. Saya bukan orang Kelantan ... tetapi sangat biasa berurusan dengan kekuatan mereka yang seumpamanya ... buruk lekeh lebih baik dari RIBA ... simpan, pinjam adik beradik, jemaah dsb asalkan tak da RIBA ...
4. Itulah kekuatan mereka ... orang Kelantan dan seumpama mereka ... biar buruk dunia jangan buruk akhirat ...
5. And now please don't say ramai juga orang Kelantan buat buruk ... because that is not the point here ... Wallahu'alam
Terima kasih
XERONINE
Pembahas Hanezam, antara lain, menulis:
ReplyDelete"Cepat la Datuk tulis pasal ramalan PRU13 yang dekat sangat-sangat dah ni.. Hari Ahad lepas Wanita UMNO dah mesyorat. Depa dah pacak dah bendera UMNO kat simpang-simpang. He he he.."
1. Saya dengar daripada orang Umno dan peramal Umno, PM/Presiden Umno/Pengerusi BN cukup yakin dengan populariti beliau;
2. Kata si tiong itu semua, PM yakin populariti beliau boleh atasi apa-apa kelemahan Umno/BN;
3. Kata mereka lagi, semua orang yang rapat dengan PM atau yang PM percaya, semua kata dia popular dan boleh menang besar;
4. Orang kata PM anggap no 11 sebagai nombor bertuah. Jadi kereta dia banyak nombor 11. Mungkin PRU nanti pada 11.11.2011. tapi tak adalah element of surprise pula; dan
5. Pembangkang pun agak PRU akan diadakan tak lama lagi sebab itulah mereka dah mula rancang tunjuk perasaan macam selelum PRU 2008;
6. Mengenai Umno dah mula pasang bendera dan sepandok, saya pun dah tengok. Tapi di kawasan Gerakan yang dirampas oleh PKR pada 2008. Bendera dan sepandok Gerakan tak nampak pula. Eloklah kawasan itu dibagi kepada Umno kali ini.
Terima kasih.
Salam Dakj,
ReplyDeleteAgak2 Dato' siapa atau kumpulan mana dalam UMNO yang akan menang nanti jika ditakdirkan BN dikalahkan oleh PR di PRU ke- 13 nanti?
Dato.
ReplyDeleteErdogan dan menang besar di dalam pilehan Raya di Turkey.Jika kerajaan PAS dan PKR dapat buat apa yang Erdogan lakukan di Turkey,Malaysia akan menjadi satu negara islam yang progressive dan Kuat dan di segani.
baik juga jika pemimpin UMNO dan BN belajar apa yang di buat oleh Erdogan di Turkey.Yang jelas apa yang Erdogan lakukan ia lah semua menteri kabinetnya semua nya orang yang pandai dan cerdek.Menteri Luarnya ,menteri kewangan nya menteri Perdandannya semuanya orang yang geliga.Satu yang jelas di Turkey Akhbarnya bebas dan mereka ti menyebarkan fitnah dan memburokan party pembangkangnya.Jadi mereka di hormati oleh semua raayat Turkey.
Di Malaysia ini kerajaan UMNO dan akhbar2 kita hanya sebok menyebarkan fitnah dan mahu menjatokkan pembangkang dengan apa cara sekali pun.
satu lagi cabaran yang di hadapi oleh Malaysia ialah kekurangan pelaboran asing dan kemasokan wang dari luar.Kita akan benkrup dalam masa lima tahun jika trend ini berterusan.
Kita hendak buar projek LRT yang memakan belanja hampir 50 billion,mana wang nya.Kerajaan hendak mengeluarkan zero coupon band tapi siapa yang akan membelinya,EPF,Petronas.
Kita patut mendabit kapada Lim Guang Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimana ia dapat membawa masok pelaboran dari Cina 11 billion US dollar untok membangun Infrastructura di Pulau Pinang.Kita patut belajar darinya dan bukan memandang rendah usaha nya.
Mengikut kawan saya yang juga orang kuat Najib,UMNO dan BN dan discount Kelantan dan Pulau Pinag dalam pilehan raya ini.Kedah, Tengganu dan Perak 50:50.Mereka hanya berharap dapat merampas baleh Selangor.Saya tidak tahu kenapa mereka hendak sangat merampas Selangor.
Datuk,
ReplyDelete1/ Saya hanya mengharapkan pemimpin berkalibar dan jujur , samada PAS atau UMNO. Saya bimbang jika terdapat ramai pemimpin berkalibar tetapi tidak jujur. Sukar mendapatkan pemimpin jujur masa ini.
2/ Lebih ramai pemimpin profesional yang berjiwa Islam akan memberi kebaikkan kepada PAS, untuk mengutarakan dasar kehidupan manusia dan pemerintahan. Bila disebut ulama, apakah gambaran didalam minda kita, ibadat ( penyembahan), hukuman ( perundangan termasuk hudud) atau satu sistem governan yang adil untuk semua . Perkara utama dalam prinsip islam adalah berusaha mencapai matlamat utama ( higher objective) shariah, iaitu melakukan/menyeru kebaikkan dan mencegah kemungkaran.
3/ Saya keliru apakah Islam yang diutarkan PAS dan UMNO hanya berkisar kepada skop kecil hukuman sahaja, tanpa bermula dengan matlamat utama ?,
kepada saudara saji saya dah dapat agak saudara makan gaji dengan gomen, sebab tu cara saudara macam polis pencen, saya tak cakap orang gomen tak bagus tapi kalau nak keje gomen kena bawak sijil, walaupun orang yang buat kerja tu bagus dalam bidang tu, tapi kalau nak naik pangkat kena tengok sijil, ada satu hamba allah tu dah bertahun keje kena ambik spm apa kena mengena spm dengan keje tu, kalau dia cakap kena pergi krusus bahasa inggeris ke ada le logiknya.
ReplyDeletemohd paizal
Salam Dato'
ReplyDelete"Saya hanya mengharapkan pemimpin berkalibar dan jujur , samada PAS atau UMNO. Saya bimbang jika terdapat ramai pemimpin berkalibar tetapi tidak jujur. Sukar mendapatkan pemimpin jujur masa ini."
Komen:
1.Saya setuju 100% pandangan sdr husin mohamad di atas
2.Tetapi, tahukah sdr orang Barat yang sekular dan sesetengahnya atis/tidak beragama itu terpaksa memikir untuk mencipta sistem2 khusus sifatnya untuk mengatasi masalah kejujuran dan amanah yang sdr cuba terangkan itu?
3. Dalam bidang pengurusan projek yang saya kaji, antara sistem2 yang saya maksudkan di atas ialah berikut
A) BS 5750
B) QA/QC (Quality Assurance/ Quality Control)
C) JCT Management Contract
D) Sistem tender terbuka
E) PMC (Project Management Consultant)
Tetapi,dalam konteks isu politik yang sdr timbulkan di atas, apa pandangan sdr jika saya katakan bahawa, sistem2 berikut kita anggap sebagai cara orang Barat mengatasi masalah kejujuran dan amanah tersebut:
A) Sistem 2 parti
B) Sistem menghadkan jawatan presiden negara hanya 2 penggal
C) Sistem cap jari mengundi pilihanraya
4. Dan, apa pandangan sdr jika saya katakan bahawa, penciptaan sistem LRT tanpa pemandu merupakan contoh mudah untuk menjelaskan bagaimana orang Barat mengatasi masalah pemandu LRT yang tidak jujur dan amanah?
5. Apa yang saya ingin tekankan di sebalik hujah saya diatas, ialah tiba masanya umat Islam yang prihatin dengan masalah kejujuran dan amanah di atas untuk memikirkan juga cara orang Barat mengatasi hal yang sama.
SIAPA KUASAI PUTRAJAYA PRU 13?
ReplyDeleteSebelum itu, elok kita buat analisis jenis2 pengundi PRU 13. Penggundi boleh dikelompokkan mengikut kumpulan berikut:
Pengundi Menetap di Bandar/ Pinggir Bandar, Penggundi di Kampung(Tradiional/Tersusun)
Pengundi Ladang/Tanah Rancangan, Penggundi Pos, Pengundi Baru/Lama, serta Penggundi yang tak mahu dan tak sempat keluar/balik menggundi.
Juga, Pengundi yang berpendidikan tinggi/terpelajar, Pengundi berpendidikan biasa tetapi celik maklumat, Penggundi ikut arus (lalang)/ Penggundi atas pagar, Penggundi kurang berpendidikan dan tidak celik maklumat
Pembahagian ini dibuat sebab cara kita melihat kelompok tersebut pelbagai. Ada yang melihat dari segi demografi, tempat mengundi, tempat bekerja, tempat cari makan, dan mastautin serta tempat diarah mengundi.
Pakar startegi perang saraf datang dengan pelbagai teori komunikasi, psikologi (pujuk-paksa-ugut) dan teori audiens untuk mempengaruhi pemikiran dan sikap politik pengundi.
Ada yang membuat analisis BN terus kekal memerintah tetapi akan kehilangan negeri tertentu dan merampas semula negeri target. Ada yang meramal PR buat kejutan besar dengan merampas Putrajaya dan menambah negeri tertentu. Dan ada pak nujum politik meramal berlaku campuran keputusan kepada BN-PR. Kemudian diselesaikan dengan tawar-menawar dan lompat-melompat.
Pandangan Pak Lang yang membaca dan paham serba sedikit ilmu siasah, baca internet, akhbar dan majalah serta bercampur hampir pelbagai kelompok masyarakat dan pemimpin serta berdasarkan pengalaman menjadi perancang-pemikir biasa, petugas pilihanraya, melihat kempen kedua2 belah BN dan PR adalah seperti berikut:
Jangkaan BN kekal memerintah memang ada - tetapi menang tipis malah berjaya merampas negeri target tapi tewas lebih banyak negeri.
PR atau parti alternatif (dulu) pula parti bermusim kadang kala kuat dan kadang kala lemah. Ramai yang menjangkakan termasuk pak nujum PR yang Sarawak akan tumbang pada pilihanraya yang lepas. Ya, kerusi PR meningkat tapi BN masih berkuasa.
Strategi BN yang Pak Lang jangkakan adalah seperti berikut:
BN akan all out menggunakan senarai pengundi baru untuk semua kawasan parlimen dan negeri yang ditarget sahaja. Pada BN, biar menang kurang 100 undi target berbanding menang 5000 undi majoriti yang tidak apa apa2 makna. Undi mjoriti bukan strategi BN tapi undi lebihan sedikit tetapi lebih banyak kerusi parlimen dan DUN negeri tertentu.
BN akan memberi pelbagai gula2 yang lebih manis kepada pengundi tegar dan pengundi kampung/ladang dan pengundi baru. Bonus akan diberi penjawat awam malah harga minyak akan diturunkan secara drastik bila dekat PRU 13.
Edaran Media cetak PR amat lemah dan tidak berpengaruh dan membosankan. Hanya beragantung kepada ceramah dan media baru. PR belum dilihat sebagai parti yang stabil akibat 'ketidaksetiaan' anggota ahli DUN dan parlimennya terutama PKR dan DAP. PAs lebih nampak solid.
Apapun lihat semula kepada kelompok penggundi di atas, pihak PR dan BN tentu telah merangka strategi luar jangka masing2 sebagai rahsia besar memenangi hati penggundi. Sama2lah kita lihat apakah Husam Musa beserta rakan profesionalnya dengan idea pelan kemenangan akan berjaya atau tukang pengatur strategi BN lebih tahu menggunakan sumber ekomomi yang masih berbaki untuk membenam hasrat PR buat selama-lamanya.
Apapun kita berharap biarlah pilihraya PRU 13 dapat berlangsung dengan seadil-adilnya. Kita lihat kelompok pengundi mana yang akan menjadi fokus jentera piliharaya parti PR dan BN.
PR masih dilihat tidak bersedia terutama da pinggir bandar dan kampung serta ladang berbanding di bandar. BN pula hanya perlu memukul gendang tau meniup siren dan memberi arahan sewajarnya kerana sumber 3M boleh digerakkan bila2 masa!
Negara Kebajikan tagline PAS, Demi Rakyat tagline PR. Malaysian Malaysia tagline DAP. UMNO dan BN bagaimana? Apakah ada kejutan tagline baru dari BN untuk PRU 13?
Komen Pak Lang mungkin cetek tapi boleh sama2 fikirkan.
Pak Lang (Pinggir Bandar).
Assalamualaikum pak kadir
ReplyDeleteSdr. Jb sp:
Nampaknye sdr cube meyakinkan pembaca dan membenarkan ape tindakan Parti kesayangan sdr.
Tetapi menggunakan para ustaz untuk menjadi pendakwah bagi pehak parti adelah satu manipulasi yang sangat berat:-
1.Para jemaah datang kemasjid atau surau dengan niat untok menimba ilmu,tapi mereka dihidangkan dengan ilmu maki hamun dan sumpah seranah.
2.Para ustaz dengan bangganye memberi dalil yang meragukan demi untuk menegakkan hujah mereka.
Tidak salah Parti Pas untuk berubah, biar lah berubah dari baik kepade lebih baik dan bukan sebaliknye.
Parti Pas memang sudah busuk dari kepale hingga ke ekornya.
"Saya masih ternanti-nanti nak tengok pelan induk (masterplan) NEGARA KEBAJIKAN dan NEGARA ISLAM cadangan PAS?
ReplyDeleteNak tau juga intipati, latarbelakang justifikasi serta methodologi perlaksanaannya.."
Wallahualam, saya tak tahu.
Walaubagaimanapun, saya yakin, salah satu intipati methodologi pelaksanaannya menghapunskan elemen-elemen rasuah dan ketirisan projek-projek kerajaan untuk rakyat.
Contoh NEGARA KEBAJIKAN, pelaksanaan terif elektrik. Potong subsidi rakyat banyak-banyak, subsidi IPPs KEKAL. Yang kaya, IPP, yang merana RAKYAT.
Contoh NEGARA KEBAJIKAN, jangan bagi royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu, KECUALI bilan BN memerintah.
Contoh NEGARA KEBAJIKAN, banyakkan projek-projek semacam PKFZ, 12.8 billion entah kemana, rakyat tak dapat apa.
Contoh NEGARA KEBAJIKAN, Saham Bumiputera 54billion, cuma tinggal 2billion, 52billion lagi mana hilang.
DAN Terbaru, contoh NEGARA KEBAJIKAN, buat Facebook untuk setiap kementerian, satu kementerian kos FACEBOOK 1.8Million....kena tanya Ng Yen Yen macammana dia buat FB 1.8million
Ada sesiapa disini boleh tunjukkan MasterPlan Kerajaan Kebajikan UMNOBN??
.....Master Plan atau MODUS OPERANDI????
UMNO dah lama amalkan negara kebajikan. Dah 50 tahun. Parti PAS dah nak tiru pula negara kebajikan. Maka negara Islam yang diperjuangkan dengan sekelip mata dikuburkan.
ReplyDeleteIslam dah belayar menuju ke .........mana ya. Ke bulan!!
Penyokong PAS tegar mungkin akan cuba cari dalih yang munasabah untuk mempertahankan Negara Kebajikan PAS pulak. Macam mana rupa bentuk negara kebajikan PAS. Mungkin macam-macam benda yang rakyat dapat free. Rumah free. Masuk universiti free. Air free. Api free. Tambang free. Toll free. Minyak 50 sen seliter. Tanah free. Baja free. Tractor bajak free. Enjin sangkut free. Penganggur dapat alaun sara hidup free dll.
Harap takbir Allahuakbar masih berkumangdang lagi dalam ceramah PAS. Atau sebagai simbolik sahaja!! Tapi tidak dihayati lagi. Hanya digunakan sebagai slogan sahaja!!!
Mat Jom Heboh
Dato Mazlan,
ReplyDeleteTak kira UMNO memerentah atau PAS. Kedua-dua parti ini dipimpin oleh orang Melayu Islam. Siapa yang memerentah hasilnya serupa juga. UMNO pemimpinnya tak pandai dan PAS pemimpinnya pun tak pandai. Satu rumpun bangsa dan agama. Itulah realitinya. UMNO menghala ke barat dan PAS menghala ke Timur. Wal hasil balik asal.
Kita tak payahlah berkobar-kobar mempertahankan UMNO atau PAS. Habiskan boghas je!!
Kalau nak jadi macam Turki yang telah bertamadun berkurun lamanya. tidaklah boleh nak di samakan dengan bangsa Melayu yang tamadunnya belum jejak 100 tahun lagi hingga sekarang masih kacau bilau kekuatan inteleknya. Jauh bezanya dengan orang Turki. Itu sebabnya Turki layak masuk European Union kerana orang Turki tahap inteleknya dah sama standard dengan orang Europa walaupun orang Turki adalah menganuti agama Islam hampir 100 peratus penduduknya.
Jadi akhirkata untuk mendapatkan orang Melayu yang cerdik pandai UMNO dan PAS mesti bersatu tenaga. Kalau tidak jangan haraplah Melayu nak maju. Tak tercapai apa yang nak di capai. Mimpi dan berangan-angan kosong saja lah!! Yang rugi sapa? Anak cucu bangsa Melayu. Pemimpin kedua-dua parti masih tak sedar diri.
Kalau suruh berceramah, kutuk mengutuk dan fitnah menfitnah dua-dua parti 2 X 5 !!
Mat Jom Heboh
Salam sdr langitbiru
ReplyDeletePelan Induk atau master plan jika dikaitkan dengan ilmu perancngan bandar dan desa merupakan satu istilah untuk menjelaskan suatu kaedah perancangan bandar atau desa yang dinamakan cara komprehensif atau menyeluruh dan bersepadu. Contoh tempatan ialah Pembangunan Putrajaya (bandar) dan Penempatan Tanah Rancangan Felda (desa).
Antara kelebihannya ialah tidak banyak menimbulkan masalah/kerenah pembangunan di kemudian hari
Antara kelemahannya ialah memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan, memerlukan banyak tenaga pakar dalam pelbagai bidang berkaitan, kos pembangunan yang tinggi di peringkat awal pelaksanaan, khasnya
Lawannya ialah kaedah perancangan cara piece meal atau suku-suku
Antara kelebihannya dan kelemahan ialah lawan kepada kelebihan dan kelemahan kaedah perancngan konprehensif di atas masing2.
Berdasarkan huraian saya di atas dan apa yang diuar2kan baru2 ini oleh para pemimpin UMNO dan PAS mengenai bentuk dan intipati Negara Berkebajiakan masing2, saya percaya, semua setuju PAS mahupun UMNO hanya mampu menggunakan kaedah perancangan cara piece meal di atas dalam menghasilkan bentuk Negara Berkebajikan masing2.
assalamualaikum wbt....
ReplyDelete1. andai PAS betul2 memperjuangkan prinsip2 yang telah digariskan oleh pemimpin PAS generasi awal,tak perlu PAS bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kejayaan..
2. PAS sebaiknya menggunakan Islam sebagai asas/landasan perjuangan, yg nampak hari ini lebih kepada Islam dipergunakan sebagai alat untuk menang..
3. lebih baik kalah demi kebenaran dari menang tapi jauh dari kebenaran..
4. PAS sudah kalah sebaik sahaja mengumumkan kerjasama dengan DAP
5. hari ini DAP dalam diam2 mencabar satu persatu orang melayu dan Islam..isu wang ehsan dari duit judi, penggunaan masjid secara caca merba etc2.
6. sebagai rakan seperjuangan, PAS terpaksa akur..perjuanagan PAS untuk negara berlandaskan ISlam harus ditangguhkan dulu..sekarang lebih kepada perjuangan untuk menang..
7. UMNO yg lemah sekarang sebaiknya dijadikan masa terbaik buat PAS memperjuangkan nasib melayu/Islam, bukan terus menerus menyerang/menghina/ketawa akan UMNO (yg sudah lemah)
8. UMNO memerlukan PAS, dan PAS memerlukan UMNO...
9. seperti mana DAP memerlukan MCA dan MCA memerlukan DAP
10. ulamak harus kekal 'neutral'..sebaiknya ulamak berada diantara PAS dan UMNO..bukannya ulama UMNO kecam PAS dan ulama PAS kecam UMNO..ini bukan ulamak
11. sebaiknya PAS belajar dari jatuh bangun UMNO..bukan mula bersikap seperti UMNO atau bukan menghina2 UMNO
12. sebaiknya PAS berdiri sendirian, keluarlah dari pakatan DAP-PKR..PAS lebih mulia dari gabungan kedua2 parti ini..
13. DAP dan PKR hanya akan menjadi beban tambahan buat perjuangan PAS..
14. susu dan arak, kita mau susu..tapi andai kata susu sudah dicampuri arak...terima kasih sajalah..
15. kita lebih rela menahan dahaga..
wassalam
-adli-
Sdr langitbiru
ReplyDelete"Walaubagaimanapun, saya yakin, salah satu intipati methodologi pelaksanaannya menghapunskan elemen-elemen rasuah dan ketirisan projek-projek kerajaan untuk rakyat."
Komen:
1. Yang saya harap sangat daripada pembentukan konsep dan metodologi pelaksanaan Negara Berkebajikan ala PAS ialah penubuhan Kementerian Baitulmal
2. Kalaupun nanti konsep dan methodologi Negara Berkebajikan ala PAS menjelaskan usaha dan tekadnya untuk menghapuskan elemen2 rasuah dan mengatasi masalah ketirisan projek seperti apa yang sdr maksudkan di atas, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa, ia akan berkisar dalam aspek tender yang akan dipastikannya terbuka atau tiada lagi tender direct nego dengan aspek pemantauan projek2 kerajaan dan GLC yang lebih ketat daripada apa yang telah dan sedang dilakukan oleh Negara Berkebajikan ala UMNO. Apakah ini mencukupi?
Salam sdr affendi hussin
ReplyDelete"Saya (affendi hussin) masih ternanti-nanti nak tengok pelan induk (masterplan) NEGARA KEBAJIKAN dan NEGARA ISLAM cadangan PAS? "
Komen:
Mata hati saya mengatakan PAS akan hanya mampu lakukan proses ciptaan prodek baru yang dinamakan reverse engineering (rekayasa tak silap istilah Melayunya).
Iaitu pendekatan ciptaan baru yang sering dikaitkan dengan cara orang Jepun mencipta produk baru selepas Perang Dunia ke 2 seperti kereta, kamera dsb dengan mutu yang lebih baik dari segi reka bentuk, khasnya dan lebih rendah harganya, jika dibandingkan dengan ciptaan2 Barat yang sama yang mereka lakukan proses reverse engineering itu.
Hujah saya, asas pembentukan dan pelaksanaan Negara Berkebajikan telah dimulakan oleh Kerajaan UMNOBN, seperti Barat yang banyak melakukan penciptaan moden selepas Revolusi Industri dulu itu.
Dato'
ReplyDeleteSaya tau tajuk ini Dato dah nak tutup(bila ada tajuk baru) tapi minta izin saya nak komen RINGKAS saja dengan rujuk komen "en adli"
Gedebok gedebak,hampir dua minggu tajuk ini diperbahaskan dengan lebih 140 komen tapi en adli masih "tak baca" apa yang DAKJ tulis.Kira dia main hantam saja apa berdasarkan apa saja komen komen pembahas lain tanpa rujuk tajuk pokoknya.
Penutup:Tutup
SAUDARA MAT JOM HEBOH
ReplyDeleteSOKONG 100% PENDAPAT ANDA JGN MIMPILAH NAK DAPAT FREE SEMUA ITU DIA ORANG PUN TAK BERANI NAK HAPUS BAYARAN PARKING LOT TAKUT MAJLIS PERBANDARAN ATAU BANDARAYA HILANG HASIL , K2 2 PARTI NI 2X5 JE..... TAK ADA BEZANYA TUNGGULAH KALAU DITAKDIRKAN PAKATAN MEMERINTAH CUBA AWAK TENGOK ADAKAH ORANG POLITIK NI HIDUP DIA SUSAH PAKAI KERETA KECIK JE (BN KE PAKATAN)...
ATAS PAGAR
Timbalan Presiden pun pernah kena tangkap khalwat. Mulut tak berhenti maki-hamun orang. Standard ni ke PAS? Hahaha. Tunggu aje next election. Kita tengok siapa yang kena.....
ReplyDeletePAS dah kena "kentut" dengan DAP dan PKR!! Ha ha ha!! Gadai prinsip Negara Islam! Tak lama lagi kena "berak"!!
ReplyDeleteNegara Kebajikan konon. Aku ingat betul-betul PAS memperjuangkan Islam mati-matian. Rupanya terbabas juga prinsip PAS. Mungkin Iblis dan syaitan dah mula nak meresapi pemimpin PAS. Dalam PAS dah ada "Dajjal" !!!
Negara Islam yang dicita-citakan PAS dah dikapankan untuk selama-lamanya. Bila memerentah nanti Islamnya kemana dan Kebajikannya kemana!!
PAS Oh PAS !! Kemanalah PAS nak bawa umat Melayu. Ke syurga Firdaus !! he he he he
Che Mek Molek
Sdr Mat Jom heboh
ReplyDelete"UMNO dah lama amalkan negara kebajikan. Dah 50 tahun. Parti PAS dah nak tiru pula negara kebajikan. Maka negara Islam yang diperjuangkan dengan sekelip mata dikuburkan"
Komen:
1. Sdr kata PAS dah nak TIRU pula negara kebajkan (UMNO)
2. PM,DSNajib kata PAS jangan TIRU negara kebajikan UMNO.
3. Nak TIRU atau jangan TIRU, rupa2nya orang UMNO /para pendokongnya seperti sdr tidak tahu apa itu proses penciptaan baru yang dinamakan reverse engineering, atau buat2 tak tau!
4. Kalau betul tak tahu sdr kenalah tanya orang Jepun
5. Yang pasti, dasar pandag ke timur negara yang diperkenalkan oleh matan, PM TDM boleh dipersoalkan!
Dato. saya lihat didalam utusam malaysia ada di siarkan satu gambar karton yang jelas menghina Islam dan hukum Islam.Ini akhbar yang di kontrol oleh UMNO.Bagi saya ini satu perbuatan yang bodoh.
ReplyDeleteJika pun hendak mendapatkan sokongan orang Melayu Islam ini buka caranya.Ramai orang Melayu Islam yang bukan ahli UMNO dan PAS berasa terkilan dengan gambar ini.
Saya tidak tahu apakah hala tujuan dan peranan akhbar Utusan ini.
Sdr Mat Jom Heboh
ReplyDelete"UMNO pemimpinnya tak pandai dan PAS pemimpinnya pun tak pandai. Satu rumpun bangsa dan agama. Itulah realitinya. UMNO menghala ke barat dan PAS menghala ke Timur. Wal hasil balik asal.
Kalau nak jadi macam Turki yang telah bertamadun berkurun lamanya. tidaklah boleh nak di samakan dengan bangsa Melayu yang tamadunnya belum jejak 100 tahun lagi hingga sekarang masih kacau bilau kekuatan inteleknya.
Jadi akhirkata untuk mendapatkan orang Melayu yang cerdik pandai UMNO dan PAS mesti bersatu tenaga. Kalau tidak jangan haraplah Melayu nak maju. Tak tercapai apa yang nak di capai. Mimpi dan berangan-angan kosong saja lah!! Yang rugi sapa? Anak cucu bangsa Melayu. Pemimpin kedua-dua parti masih tak sedar diri. "
Komen:
Di satu peringkat sdr kata pemimpin UMNO dan PAS tak pandai kerana tamadun Melayu belum jejak 100 tahun, berbanding dengan tamadun Turkey
Tiba2 sdr buat kesimpulan untuk mendapatkan orang Melayu cerdik pandai Melayu UMNO dan PAS mesti bersatu tenaga.
Walaupun saya keliru, saya nampak ada logiknya. Boleh huraikan lebih mendalam termasuk berikan contoh bangsa lain yang memenuhi maksud hujah sdr di atas?
ulama vs profesional?
ReplyDeleteadakah mat sabu layak dianggap golongan profesional? in what sense dia profesional? apa sumbangan pemikiran mat sabu? berapa banyak buku ilmiah yang membangunkan masyarakat ditulis mat sabu? Apa jasa mat sabu pada masyarakat? saya hanya kenal mat sabu sebagai pakar demonstrasi dan rusuhan.
Mat Sabun @ Mat Sabut
Kalau dah jadi Presiden atau Timbalan Presiden perangai mestilah ada class. Tak bolehlah cakap tonggang terbalik macam bercermah di jalanan. Perwatakan mestilah menyerlah dan mesti bertutur dengan bahasa yang berhemah tinggi. Barulah orang boleh menghormatinya sebagai pemimpin besar negara tak semestinya dia pemimpin kerajaan atau pembangkang.
ReplyDeleteHarap Mat Sabu dapat faham status dia sekarng. Dia harus bertanggong jawab apabila bercakap. Jangan hentam keromo sahaja tak ada isi.
Burung Tiong
Sdr hairulfitri
ReplyDelete"Pemilihan pucuk pimpinan PAS tetap bejalan walaupun PRU 13 semakin hampir. Ertinya pimpinan PAS tidak mengambil peluang untuk terus mengekalkan kuasa dengan menangguhkan pemilihan atas alasan konon hendak menumpukan pd PRU 13........Tapi ada parti yg mendakwa demokratik telahpun lama menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan mereka."
Teringat pesanan orang tua saya, kerja tertangguh tidak menjadi
P/s. Maaf kerana lambat bagi komen
Sdr adli
ReplyDeleteApa jaminan sdr PAS berdiri sendirian, keluarlah dari pakatan DAP-PKR untuk PAS menjadi lebih mulia dari gabungan kedua2 parti itu?
Sdra Saji,
ReplyDeleteSdra tidak harus keliru. Hakikatnya memang nyata. Saya anjurkan supaya UMNO dan PAS bersatu adalah supaya pemimpin yang tak cerdik dari kedua parti ini cuba bersatu tenaga melakukan sesuatu untuk menjadi cerdik, mengasah otak supaya jadi pemimpin yang mempunyai intelek yang tinggi dan tajam dan ada vision. Sama-sama menimba ilmu untuk mengeguatkan kepimpinan supaya jadi lebeh cemerlang, gemilang dan terbilang seperti pemimpin Turki yang disegani oleh pemimpin barat hinggakan dapat diterima mereka dalam keluarga EU sungguhpun berlaina agama.
Mat Jom Heboh.
Sdr Mat Jom Heboh
ReplyDeleteSaya ingatkan sdr akan kata, tengok orang Cina, walupun mereka berlainan parti-MCA, Gerakan, DAP dsb - mereka menghentam antara satu sama lain secara berdepan, tetapi di sebalik semuanya itu mereka bergabung tenaga dan fikiran untuk memperjuagkan nasib dan masa depan kaum Cinanya tanpa jemu2.
Maksud saya, sdr tidak akan merujuk kepada bangsa Turki sebagai contoh yang sdr kata tamadunnya berkurun lamanya berbanding dengan tamadun bangsa Melayu, kerana awal2 lagi sdr kata tidak setuju membuat perbandingan sedemikian.
Sdr Mat Sabun & Mat Sabut
ReplyDeleteUlama vs profesional?
Yang saya tahu istilah profesional digunakan oleh PAS untuk membezakan di antara golongan agamanya dan golongan bukan agamanya yang, dalam konteks pembahagian ilmu Barat, ia mencakupi ilmu kemanusiaan dan ilmu teknikal
Di mana ilmu kemanusiaan mencakupi ilmu2 seperti sejarah, geografi, perakauanan, ekonomi atau di sekolah kita panggil ilmu aliran sastra. Manakala ilmu teknikal dibahagikan kepada ilmu sains tulen seperti kimia dan fizik dan ilmu sains gunaan seperti kedoktoran dan kejuruteraan
"Mata hati saya mengatakan PAS akan hanya mampu lakukan proses ciptaan prodek baru yang dinamakan reverse engineering (rekayasa tak silap istilah Melayunya)." (saji)
ReplyDeleteSalah satu kreteria untuk berjayanya proses reverse engineering (kejuruteraan sonsang?) terletak kepada barisan jurutera-juruteranya yang competence.. Seperti contohnya Jepun, Korea atau China..jurutera-jurutera mereka dihantar dgn modal wang dan semangat membara demi bangsa & negara utk menimba ilmu ke serata dunia, Imperial, MIT hatta hingga ke NASA..sebab itulah mereka berjaya menuai hasilnya.
Yang dapat dilihat, barisan kepimpinan PAS sekarang yang dikuasai golongan "profesional"(?) tidak menampakkan tahap kejuruteraan yang mantap untuk melaksana impian negara kebajikan hatta negara Islam yg dimimpikan..
Intipati negara kebajikan adalah pelan induk ekonomi..paling busuk pun kena ada ilmu akaun & ekonomi..tiada apa yang dapat disajikan sekadar riuk pikuk meraikan sambutan jubli..apakah PAS syok sendiri?
Kemelut UMNO untuk memperkasa orang melayu sendiri adalah kerana kegagalan mendapatkan "jurutera-jurutera" pakar untuk mengemudi kerja membaiki kerosakan akut fabrik sosial akibat dasar pecah & perintah British.. ia banyak di sabotaj oleh makhluk2 politik yang beranggapan merekalah yg terpandai.. distortion sebeginilah yang merencatkan perlaksanaan & pencapaian matlamat DEB walau sehingga berdekad-dekad diusahakan..
Sepatutnya, mereka harus mengetepikan falsafah politically correct dan kembali kepada fitrah technically correct.. Ini adalah satu pengajaran besar jika PAS betul2 serius dalam melaksanakan 'kejuruteraan songsang' yang dicanang..
Tanpa barisan "jurutera-jurutera" berkaliber kemuncak penyudahnya konsep reverse engineering akan berakhir menjadi seperti "tikus membaiki labu."
Saya sendiri seorang jurutera..methodologi penilaian saya tidak berpandu mata hati ..hanya fakta yang akan memberikan kelebihan mata saya untuk membezakan antara kaca atau permata..a.k.a pemerkasaan pancaindera..
Jika hanya ikut hati -jawapannya mati..
wallahualam
("/)
Salam Datuk dan Salam Semua
ReplyDeleteSaya tertarik dengan kata-kata Anonymous said….
ulama vs profesional?
adakah mat sabu layak dianggap golongan profesional? in what sense dia profesional? apa sumbangan pemikiran mat sabu? berapa banyak buku ilmiah yang membangunkan masyarakat ditulis mat sabu? Apa jasa mat sabu pada masyarakat? saya hanya kenal mat sabu sebagai pakar demonstrasi dan rusuhan.
Mat Sabun @ Mat Sabut
Komen
1)Tiap-tiap manusia yang Allah jadikan ada kelebihan dan ada kelemahannya, tak kira golongan ulamak, professional atau pemimpin
2)Begitu juga Mat Sabu ada kelebihan dan ada juga kelemahannya. Bagi saya kelebihannya ia pandai berceramah, dan tajuk ceramah yang saya suka dengar daripadanya di internet ialah Melayu Yang Berfikiran Dengan Kepala Lutut.
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam
Pemimpin PAS tak boleh pakai. Cakap tak serupa bikin. Putar alam No.1. Macam mana nak memerentah negara kalau pemimpinnya putar alam. Orang Melayu pun diputar otaknya macam gasing jadi terombang ambeng tak tentu hala. Kesian orang Melayu diperbodohkan oleh pemimpin Melayu PAS. Sekarang mana Islamnya? Mana sunnahnya? Mana hududnya? Mana Sharianya?
ReplyDeleteKonon selama ini berjuang untuk nak tubuhkan negara Islam. Sekarang dah cakap berbelit macam Karpal Singh. PAS dah pusing cakap. Dah bertukar nak jadikan negara ini negara Kebajikan. Esok lusa PAS putar alam lagi nak jadikan negara in Negara Yong Tau Foo !! Apa bendalah politik PAS ni! Macam main politik "TONGKANG PECAH" akhirnya semua "Karam Sink" terkapai-kapai mati lemas!
Haji Boceng
Salam sdr afendi hussain
ReplyDelete1. Terima kasih kerana mengulas lanjut mengenai "reverse engineering" tersebut
2. Setuju dengan komen sdr mengenai PAS berbunyi, "Yang dapat dilihat, barisan kepimpinan PAS sekarang yang dikuasai golongan "profesional"(?) tidak menampakkan tahap kejuruteraan yang mantap untuk melaksana impian negara kebajikan hatta negara Islam yg dimimpikan.."
3. Setuju juga dengan komen sdr mengenai UMNO berbunyi,
" Kemelut UMNO untuk memperkasa orang melayu sendiri adalah kerana kegagalan mendapatkan "jurutera-jurutera" pakar untuk mengemudi kerja membaiki kerosakan akut fabrik sosial akibat dasar pecah & perintah British.. ia banyak di sabotaj oleh makhluk2 politik yang beranggapan merekalah yg terpandai.. distortion sebeginilah yang merencatkan perlaksanaan & pencapaian matlamat DEB walau sehingga berdekad-dekad diusahakan..
Sepatutnya, mereka harus mengetepikan falsafah politically correct dan kembali kepada fitrah technically correct.. Ini adalah satu pengajaran besar jika PAS betul2 serius dalam melaksanakan 'kejuruteraan songsang' yang dicanang..
Tanpa barisan "jurutera-jurutera" berkaliber kemuncak penyudahnya konsep reverse engineering akan berakhir menjadi seperti "tikus membaiki labu."
4. Sekadar bertanya, bukankah istilah "jurutera-jurutera" yang sdr maksudkan itu jika dirujuk kepada istilah sains sosialnya ialah "Social engineer"?
"Sekadar bertanya, bukankah istilah "jurutera-jurutera" yang sdr maksudkan itu jika dirujuk kepada istilah sains sosialnya ialah "Social engineer"?"
ReplyDeleteSdr Saji,
'Social engineer' itu sudah tentu perlu merangkumi para ilmuan dari segenap disiplin ilmu & pengkhususan bukan terhad jurutera sivil, mekanikal, atau elektrikal..Perlu juga intelek2 dalam sistem kewangan Islam yang sepatutnya menjadi teras reformasi dalaman PAS dahulu sebagai teladan kepada UMNO.. Jika dapat membawa org Islam Malaysia untuk meninggalkan riba & rokok..itu kira pencapaian yang cukup bermakna.
Bagaimana nak fungsikan negara kebajikan ala Islam jika manusia majoriti a.k.a umat Islam itu sendiri miskin melarat hidup mcm keparat menagih simpati & subsidi sedangkan Islam itu agama yang meletakkan Rukun WAJIBnya ZAKAT? Itulah intipati ekonomi kebajikan negara Islam.
(bukan zakat fitrah setahun sekali saja)
Rahsia umat terhebat ada pada perkara 5 Rukun Islam.
Bukankah sepatutnya portal pemerkasaan asas Islam ini dulu yang perlu dicari idea untuk memcapai matlamat, bukan hanya bicara politik berbelit-belat yang kabut dan kelat..hari ini lain, berubah pula esok & tulat..
Masalah sosio-ekonomi ini bukan sekadar perkara kecil mainan mulut atau sekadar angan2 mat jenin. Draf pelan induk negara kebajikan atau negara islam bukan boleh hanya nukilan sasterawan bangsawan tok wan, lebai man semata.
Wasalam.
("/)
Salam Datuk dan Salam Semua
ReplyDeleteSaya tertarik dengan kata-kata Anonymous said….
Pemimpin PAS tak boleh pakai. Cakap tak serupa bikin. Putar alam No.1. Macam mana nak memerentah negara kalau pemimpinnya putar alam. Orang Melayu pun diputar otaknya macam gasing jadi terombang ambeng tak tentu hala. Kesian orang Melayu diperbodohkan oleh pemimpin Melayu PAS. Sekarang mana Islamnya? Mana sunnahnya? Mana hududnya? Mana Sharianya?
Konon selama ini berjuang untuk nak tubuhkan negara Islam. Sekarang dah cakap berbelit macam Karpal Singh. PAS dah pusing cakap. Dah bertukar nak jadikan negara ini negara Kebajikan. Esok lusa PAS putar alam lagi nak jadikan negara in Negara Yong Tau Foo !! Apa bendalah politik PAS ni! Macam main politik "TONGKANG PECAH" akhirnya semua "Karam Sink" terkapai-kapai mati lemas!
Haji Boceng
Komen
Daripada ulasan di atas, nampaknya pemimpin UMNO sahaja yang maksum.
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
WAssalam
Hang nadim2,
ReplyDeleteSerupa juga dengan PAS. PAS sahaja yang maksum. Pendekata, janganlah nak kata mengata. Cari kebenaran. Kalau UMNO betul kita ikut. Kalau PAS betul kita ikut. Kalau dua-dua tak betul Melayu masuk longkanglah. Itulah realitnya! Kalau Melayu tak nak masuk longkang kita jangan terlalu taksub. Ikut yang mana betul. Ambil jalan tengah dan jangan terlalu ghairah sampai yang betul di kata salah dan yang salah di kata betul. Sebabnya ialah kita ikut nafsu dan tak ikut akal!
Sekian, wassalam!
Haji Boceng.
BN dah memerintah M'sia lebih setengah abad, Pas 21 thn kat Kelantan, DAP dan PKR kat Penang dan Selangor (Perbezaan masih ada kerana Persekutuan dan Negeri). Lihat dari segi moral kepimpinan dan sahsiah pemimpin... hasilnya insya Allah akan terbawa-bawa kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan. Golongan yang dah capai nikmat sederhana senang tu, cukup-cukuplah mengejar keduniaan jgn terlalu tamak...
ReplyDelete