Thursday, June 16, 2011

Majikan Durjana Busukkan Nama Malaysia

A Kadir Jasin

TERIMA kasih dan teruskan berbincang mengeai isu kepemimpinan Pas. Saya rasa ramai mendapatinya hangat dan bermanfaat. Tetapi saya rasa saya perlu segera menyentuh mengenai kes penderaan, penyeksaan dan pembunuhan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Untuk itu, saya mulakan dengan memohon maaf dan meminta izin untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati saya mengenai kesesueaian orang Cina khasnya dan orang bukan Islam amnya mengambil pembantu rumah Muslim dari Indonesia.

Saya mohon kepada para pembahas supaya berhati-hati agar tidak membuat fitnah dan menghasut, tidak rasis dan tidak berbahasa kasar.

Setelah melihat dan mengulas dalam blog ini mengenai kes pembunuhan dan penyeksaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Cina, saya rasa sudah sampai masanya kita berhenti daripada sikap hipokrasi dan ketidakpedulian kita.

Hari ini, akhbar percuma The New Straits Times dan The Sun memukadepankan berita dan gambar sepasang suami-isteri Cina Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh pembantu Indonesia mereka.

Terima kasih dan tahniah kepada NST dan The Sun. Tidak sebuah pun akhbar Melayu menyiarkan berita itu di muka depan, melainkan sebagai "blurb".

Fong Kong Meng, 55 tahun dan bininya, Teoh Ching Yen, 33 dituduh membunuh Isti Komariyah di rumah mereka di Sea Park, 5 Jun lalu. Pasangan Cina ini dituduh menyeksa Isti, menyebabkan luka di dahi dan tangannya. Dia mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 5 Jun.

Nama Kita Busuk

Baca laporan BBC (British Broadcasting Corporation) berikut: “A former Malaysian flight attendant who repeatedly scalded her Indonesian maid has been jailed by a court in the capital Kuala Lumpur for 18 years.

The court convicted Yim Pek Ha, 40, of three attacks on Nirmala Bonat using boiling water and a hot iron.”

The Associated Press, pula melaporkan: “A Malaysian court has charged a woman and her son with killing their Indonesian maid, a judge said Thursday, in the country's latest case of alleged abuse against foreign workers.

”Canteen operator K. Letchmy, 55, and university student K. Kannan, 26, did not enter pleas when they were charged with murder Wednesday in a magistrate court in southern Malacca state, Judge Muhamad Faizal Ismail said. If found guilty, they could face death by hanging.

”Nurul Aida M. Nur, 31, died at their home on Jan. 21. The Star newspaper reported that an autopsy showed she died of injuries caused by a blunt object.”

WWW.smc.org/ph pula melaporkan: “Ng Boon Tee, 26, a Malaysian national, was sentenced to 14 years in jail after pleading guilty to killing Indonesian domestic worker, Sumiyati Muniri, 25, on 17 April 1999. Ng, who worked for a factory owned by Muniri’s employer, had allegedly grabbed the domestic worker’s hand and attacked her following a sexual encounter at their employer’s home.”

Itu contoh sahaja. Hakikatnya mungkin banyak lagi peristiwa dan kejadian seperti itu yang dunia tahu. Malunya kita.

Sebelum lebih banyak orang Cina Malaysia atau sesiapa saja dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh melakukan pelbagai perbuatan jenayah ke atas pembantu Indonesia mereka dan membusuk nama baik negara serta menegangkan perhubungan persaudaraan dengan Indonesia, eloklah sesuatu dilakukan.

Jangan diserah kepada mahkamah sahaja kerana bila sampai ke mahkamah, sudah terlambat.

Saya rasa, masanya sudah lama berlalu bagi kita memikir dan melaksanakan peraturan undang-undang dan moral bagi memperjelaskan pengambilan pembantu rumah Indonesia, khasnya yang beragama Islam, oleh orang bukan Islam, tak kira Cina atau bangsa-bangsa lain.

Timbang Kesesuaian Majikan

Kita perlu pertimbangkan sekali dan untuk selamanya kesesuaian orang Cina atau sesiapapun yang tidak beragama Islam mengambil pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam.

Saya tahu orang miskin Indonesia, lelaki perempuan, perlukan pekerjaan. Mereka sanggup menjadi pembantu dan kuli di negara kita. Tetapi janganlah kita, khasnya orang Melayu dan Muslim (yang mengaku berkuasa dan beriman), bersikap tidak peduli dan lepas tangan terhadap kebajikan saudara serumpun bangsa dan seagama.

Saya tahu ramai mengalami peristiwa buruk dengan pembantu rumah dan pekerja Indonesia mereka. Saya pun tidak terkecuali. Tetapi janganlah keburukan segelintir mereka kita balas dengan sikap tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi menyeksa dan membunuh.

Mungkin juga ramai orang Malaysia tidak layak dan tidak berhati perut untuk menjaga orang lain. Tetapi kerana mereka kaya, berduit dan berkuasa, mereka mengambil kuli dan pembantu rumah, kemudian melayan mereka macam haiwan. Mereka lebih sayang kepada anjing dan ikan kelisa mereka daripada peduli kepada pembantu dan kuli mereka.

Yang amat saya takuti, dan saya harap saya silap, adalah kemungkinan wujudnya sentimen kaum dan agama di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam yang mengambil pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam.

Melihatkan kekejaman sesetengah orang Malaysia terhadap pembantu rumah dan pekerja asing mereka, perasaan simpati dan peduli saya semakin luntur apabila membaca berita majikan tempatan diserang atau dibunuh oleh pekerja mereka.

Akhirnya, nama negara menjadi busuk dan jelik. Kerana beberapa ekor kerbau yang membawa lumpur busuk, kita semua terpalit, kotor dan jijik.

Kementerian (Keselamatan) Dalam Negeri, polis dan pihak-pihak lain yang bersangkutan mungkin tidak mahu mengaku, malah menafikan dengan sekeras-kerasnya jolokan negara kita sebagai “the murder capital of the world”. Tetapi kalau kita baca akhbar, itulah gambarannya. Wallahualam.

73 comments:

  1. Majikan berbangsa Non-Muslim seharusnya mengambil pekerja yang bukan beragama Islam. Ini untuk menyenangkan kedua-dua belah pihak, jika tidak, kita akan terus mendengar kes pekerja Islam tidak dibenarkan bersembahyang, harus makan makanan tidak halal, terpaksa memandikan anjing dan sebagainya.

    Lebih baik mencegah sebelum terlewat

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:59 PM

    Tok, Majlis Raja-Raja, Majlis Ugama Islam dan Mufti pun kena main peranan. Mereka kena nasihat kerajaan. Saya rasa menteri buruh pun kena orang Melayu juga sebab majoriti buruh di negara kita ni Melayu/Islam. Saya sedih tengok perempuan Indonesia yang kerja dengan jiran saya kena mandi, bagi makan dan bawa anjing exercise tiap petang. Salam

    Melayu pencen

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dato'.
    Saya amat bersetuju dengan penjelasan dan hurian Dato, kerana saya pernah mempunyai amah daripada Indonesia sewaktu dulu, dia tinggal bersama-sama saya selama lebih 12 tahun. Ini kerana dia menghormati saya kerana saya serta keluarga saya menghormati dia lebih anak-anak saya yang membesar besama-sama dia. Bukan mendabik dada saya, yang saya baik, tetapi sifat saya yang amat menghasihi orang yang berbudi dengan saya.
    Tetapi apabila negara dikejutkan dengan berita seperti ini, saya yakin majikan tersebut, bahkan banyak lagi majikan yeng bersikap demikian tidak akan mengaku salah, kerana mereka akan mengatakan amah tersebut salah. Bagaimana untuk membenteras masaalah ini ? adakah terletak dibahu penguatkuasaan sahaja ?.... Sama-samalah kita renungkan dan jadikan panduan.
    Sekian, terima kasih Dato' diaharap Dato serta keluarga dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  4. Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Pembantu rumah yang bekerja di rumah non-muslim mengalami situasi ini. Ramai yang dihina dan terhina agamanya kerana sesuap nasi. Kena masak babi, bela anjing, tak boleh sembahyang, tak boleh bersembang dengan jiran Melayu di sebelah rumah dll menjadi syarat untuk bekerja. Majikan seperti ini tidak peduli soal hak asasi, biarpun mereka berkelulusan tinggi dan faham undang-undang. Bagi mereka setiap sen yang dikeluarkan mesti berbayar dengan perkhidmatan terbaik pada pandangan mereka.

    Mampukah kita meletakkan syarat supaya pekerja muslim dilarang bekerja di rumah non-muslim?

    ReplyDelete
  5. Pak Lang5:04 PM

    Salam Dato' dan Warga Blog.

    Dicadangkan Syarat Mengaji Amah oleh Majikan Non Muslim.

    1. Majikan kena buat kontrak perjanjian. Perjanjian perlu letakkan syarat2 yang ketat untuk dipatuhi. Antaranya hak pekerja Muslim tentang halal haram, tempat tinggal, jenis kerja, makan minum, hak beribadat dan lain2.

    2. Majikan perlu ikuti kursus Majikan Berhemah dan perlu renew lesen kontrak mengaji pekerja asing.

    3. Hadkan jumlah dan Ketatkan Syarat Majikan boleh ambil jumlah tertentu pekerja Muslim. Misalnya, dokumen kontrak perlu sandaran cagaran - jika aniaya pekerja, wang sandaran yang dikira sebahagian pampasan diberi kpd amah tersebut.

    4. Kontrak perlu ada saksi dan diperakukan oleh Ketua Kampung, Jasa Pendamai, Kumpulan A, Peguam atau Wakil rakyat kawasan. Salina kpd Pengerusi/JK Masjid berdekatan/ Majlis Agama Negeri.

    5. Denda dan hukuman lebih berat diperkenalkan. Rekod amah Muslim ada dalam sistem pangkalan data anak kariah Masjid/ Majlis Agama - untuk kebajikan amah dan pengesanan pematuhan syariah.

    6. Perlu ada sistem audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari pihak berkuasa bersama agen amah secara berkala.

    7. Perlu ada sesi temuduga mengambil pekerja asing - kesan sejarah rekod jenayah majikan (jika ada).

    8. Perlu hadkan bukan hapus sama sekali sistem bekerja dengan majikan non Muslim.

    9. Majikan yang membela anjing dan ada premis kedai makanan tidakhalal/arak TIDAK BOLEH sama sekali mengambil amah Muslim sebagai pekerja premis atau amah di rumah.

    10. Amah Muslim dan Majikan perlu renew kontrak setiap enam bulan untuk pastikan amah mendapat pembelaan dan boleh mengadu jika majikan langgar kehendak syariah.

    11. Kempen besar2an hak Amah Muslim dibuat secara Meluas oleh pihak Masjid, Media, NGO dan pejuang hak asasi, ahli politik dan tokoh masyarakat (spt yang Dato' usahakan ini).


    Terima Kasih.

    Nota:

    Baik sungguh cetusan idea Dato' ttg isu ini. Isu ini selalu dipandang remeh. Kita semua bersaudara seIslam. Ini juga unsur negara berkebajikan secara tidak langsung. PAS/PR atau BN/UMNO perlu ambil perhatian hal ini. Bolehkah dato' dapatkan data amah Muslim yg bermajikankan Majikan Non Muslim ikut negeri?

    Wassalam.

    Ikhlas,

    Pak Lang.

    ReplyDelete
  6. Salam dato,



    Kalau utusan letak gambar tu kat muka depan akan RIOH RENDAHLA DEPA kata racist!.



    Akan sampai masanya pekerja bunuh tuan yang kejam rumah juga,tak lama lagi....saya harap pekerja akan datang tak takut pertahan diri mereka,cina ni kalau dok diam depa buat laa macam macam sampai bunuh orang...apa kata kita bantai balik yang bunuh tu, adik beradik dia ka,mak bapa dia ka,sementara tunggu hukum,pasti DEPA LARI PI TANG LAIN sebelum matahai terbenam!...



    BAB MUFTI DAN YANG PANDAI UGAMA DAN HUKUM HAKAM ni,saya dah mual dan muak dengan `persidangan',
    meeting, appointment,muktamamar, blah blah,blah...DOK TENGUK MACAM TU JUGA PEMBANTU RUMAH/HAMBA ABDI ISLAM dirumah cina mandikan anjing dan masak babi juga! dok macam tu jugak..diseksa dan mati pun depa ni juga.



    DAH SAMPAI MASANYA,pekerja rumah/ hamba abdi BUKAN ISLAM kerja dengan MAJIKAN CINA/INDIA...
    Kalau hai ni pun tak bolih diuruskan macamana lagi..tunggu seorang lagi mati,seorang lagi mati,seorang lagi mati....!heboh sehari dua lepas tu sengap balik sampai kematian seterusnya,lepas tu hingaq satu dua hari lepas tu diam buat bodo balik!.


    MENTERI BURUH melayu islam DIPERLUKAN diMalaysia.


    Abu Bakar Ab Rahman.

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:52 PM

    Dato,
    Apa yg ab nyatakn tentang pekerja bunuh tuan sudah pun terlksana tempoh hari.Seorang pekerja asing india kejar tuan nyer dgn parang d kuil d Kapar Selangor.Tuan nya seorang Dato yg kaya .

    wawa

    ReplyDelete
  8. Saya merasa hairan mengapa PERKASA dan PEKIDA serta NGO NGO melayu lain tidak membangkitkan isu ini.Bukanke ini isu cina bunuh melayu? Walaubagaimanapun isu ini tidak menaikkan populariti UMNO.Itu sbb NGO NGO melayu ni tak ambil pusing

    ReplyDelete
  9. Tok Kadiaq

    Pasai tu kot bumiputra kristian di Sabah Sarawak sanggup pangkah Taib Mahmud dan Musa Aman walaupun Islam.

    Pasai tu kot depa masyuk bila dok kerah tenaga,putaq belit dan tiada halal haram bila berniaga.

    Pasai tu kot depa ni semua hidup penuh tekanan.Dok ligan duit,bila tension,pukui orang.

    Pasai tu kot tok sah la kita nak 'maju' macam depa tapi mundoq dan buta perut.

    TK

    ReplyDelete
  10. abdullahngah10:02 PM

    Mana lebih buruk dan jahat seorang amah Indonesia bekerja dengan majikan China dengan pihak kerajaan memberi mandat kepada orang china (kafir) melaksanakan hukum syarak halal haram di negara ini.

    Amah yang bekerja dengan majikan China Kafir hanya seorang saja yang terbabit, manakala memberi mandat kepada China (kafir) melaksanakan hukum syarak halal haram membibit semua umat islam.

    Bukan seorang orang islam yang makan makanan haram jika China (kafir) yang diberi mandat tidak amanah atau mendapat logo halal sedangkan bahannya haram dari segi hukum syarak.

    Buakn bermakna tak sedih dan kecewa dengan tindakan majikan china membunuh amah Indonesia itu. tapi bahayanya kecil berbanding memberi mandat melaksnakan hukum syuarak halal haram kepada China Kafir, sedang orang islam sendiri pun kadang kadang tak patuh dengan haram halam yang telah disyariat oleh Allah, kerana mahu cari untuk dan cepat kaya, termasuk menjual arak.

    ReplyDelete
  11. rahimlpp@yahoo.com10:54 PM

    Y. Bhg Dato'@ kes pembunohan pembantu rumah Indonesia ini merupakan satu lagi trajedi kepada orang Islam. PAS sebagai sabuah parti politik yang ingin menegakan negara berkebajikan harus memperjuangkan supaya keadilan sewajarnya kepada mangsa kes yang tidak berperikemanusiaan ini. Tetapi sanggup ke PAS mencuit perasaaan orang china yang menjadi harapan PAS untuk pilehanraya akan datang. Kita juga ingin melihat respon dari DAP semaada pemimpi-pemimpin DAP bersetuju dengan cadangan supaya diadakan peraturan pembantu rumah Islam tidak dibenarkan bekerjasama dengan majikan bukan Islam. Kita sendiri sebagai orang Islam terasa terhina melihat majikan bukan islam terutama keturunan china yang memperhambakan pembantu rumah yang berugama Islam dengan kerja-kerja yang sangat berat saperti membasuh beberapa buah kereta atau tugas lain yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Pembantu Rumah.
    2. Sebelum keaadan menjadi lebih kusut, eloklah Kerajaan bertindak sagera. Proses undang-undang perlu disegerakan supaya rakyat Indonesia tidak benci dengan orang Malaysia yang boleh menjejaskan hubungan baik antara dua negara. Sebenarnya disebalik beberapa kes yang zalim ini kebanyakan majikan melayan Pembantu Rumah dengan baik sehinggakan ada pembantu rumah yang berjaya membantu keluarga mereka di Indonesia. Kita perlu tunjukan betapa perijhatinnya kita kepada pembantu rumah yang menjadi sebahagian dari keluarga kita. Publisiti yang meluas patut diusahakan supaya yang bersalah telah diambil tindakan setimpalnya dan tunjukan kepada rakyat Indonesia yang kita tidak berkompromi dengan manusia yang bersifat binatang buas ini.

    Iklas,
    Rahim.

    ReplyDelete
  12. Salam Dato',
    Banyak lagi kes-kes begini yang tak dilaporkan.

    Sebenarnya, ini bukan pasal agama ataupun perkauman tetapi komen-komen yang menyusul agaknya menuju ke arah itu jugak. Ada juga majikan bukan Islam yang baik.

    Apa yang kita harus tanya, mengapa pembantu rumah Indonesia yang majoritinya beragama Islam sanggup membuat tugas yang menjijik dan terhina? Jawapannya, di Indonesia walaupun kebanyakkannya Islam tetapi liberal. Itu saja.

    Yang diharapkan, orang Malaysia sebagai masyarakat yang berbudi lebih prihatin kepada keperluan seseorang - dari segi agama, keselamatan dan lain-lain. Kalau nak sembahyang, bagilah sembahyang. Kalau nak makan babi,
    janganlah paksa dia orang prepare. Kan ada pembantu rumah dari Kemboja, Philippines, SriLanka, dan sebagainya.

    Pembantu rumah BUKAN hamba.

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:27 AM

    Kalau tak silap saya, beberapa tahun lalu ada saranan dibuat untuk memastikan pembantu2 Indonesia beragama Islam hanya dibenarkan bekerja dengan majikan Islam. Tetapi syor itu ditinggal begitu saja lantaran kebisingan orang2 Malaysia non-Moslem...kononnya mereka akan mengalami kesukaran mendapatkan pembantu. Dan bila kerajaan bagi syor untuk menambah bilangan pembantu dengan mengimport dari Cina, diberi pula alasan yang pembantu2 Cina ini akan merosakkan rumahtangga keluarga majikan (dengan menjadi perempuan simpanan secara diam2 dan meniduri majikan)...next round ni kalau kerajaan tetap dengan pendirian, apa agaknya hujah yang dibentangkan oleh mereka....

    farha

    ReplyDelete
  14. Pekerja indon rela kerja di rumah orang non-muslim.Mereka tidak tahu fasal agama kerana terlalu miskin atau tidak peduli sejak kecil lagi.
    Hatta bab fardu ain pun tak tahu seperti mandi wajib bila habis period.
    Mereka memang tak suka kerja dirumah orang Melayu. Dengan China tak payah sembahyang, tutup aurat, makan suka hati.
    pekerja rumah dari Philipine pula tidak didera. Mereka ada pendidikan sampai kolej, boleh bertutur english dan jaga standard.
    Cuba lihat di gereja pada pagi setiap Ahad di jalan Gereja disimpang Jalan Raja Chulan. Mereka berkumpul beramai2.pada cuti.
    Sebaliknya pekerja Indon tidak diberi rehat oleh majikan. Kalau lah tiada kerja dirumah, dibawa pula ke kedai atau rumah adik-beradik untuk buat kerja-kerja rumah.
    Sepatutnya Kerajaan Indonesia lah yang perlu letak syarat-syarat seperti gaji, cuti, kesihatan, insuran dan lain2. Majikan peganag passport, gaji dan tidak izin nya keluar adalah biasa di Malaysia.
    Gadis-gadis Indon ini kalau diberi peluang untuk keluar, lagi bahaya. Dia cepat bawa pacar kerumah bila majikan tidak ada dirumah !Kadang kadanag yang dibawanya ialah orang Indon.
    Bila majikan tahu, maka jadilah kecoh.

    ReplyDelete
  15. Assallamualaikum Dato; ...alhamdulillah atas keterampilan Dato' memaparkan isu yang memang patut menjadi paparan dan keutamaan media utama jesteru ianya melibatkan hak asasi , kebebasan dan kemanusiaan sejagat tanpa mengenal bangsa dan agama .

    Rakyat Malaysia memang tidak terkecuali dengan pelbagai pendedahan kebejatan pemikiran minda sesetengah golongan hingga sanggup maelakukan penganiayaan dan pembunuhan .

    Hal melibatkan pembantu rumah asing terutama yang Muslim bekerja dengan majikan bukan muslim mesti dibuat kajian mendalam demi mengutamakan keunggulan Islam agar ianya tidak merusakan hubungan antara dua negara serumpun .

    Malaysia sebagai negara Islam mesti bangkit dengan ketegasan dan keupayaan melaksanakan dasar serta memberikan perlindungan kepada perkara perkara yang melibatkan hal ehwal Islam agar tidak diperlekehkan.

    Semua pihak mesti bangkit tanpa kompromi demi mengungguli kemanusiaan jika hak asasi serta kebebasan individu diperlekehkan olih mana mana majikan .

    Pihak berkuasa juga mesti mampu mengambil tindakan tegas keatas pekerja asing dan majikan yang melanggar peraturan yang ditetapkan . Memandangkan kebanjiran pekerja asing diMalaysia juga telah mendatangkan pelbagai kerosakan dan keruntuhan sosio budaya dan persekitaran , jesteru kealpaan minda kepemimpinan negara yang hanya mahu melihat kejayaan pembangunan mesti kembali menilai keberadaan mereka dan mengawalnya dengan ketegasan agar semua peraturan yang ditetapkan dipatuhi .

    Kedatangan pekerja asing , pelajar asing yang didokong atau dikongkong sendikit untuk dilacurkan juga kini semakin membimbangkan dan makin berkembang . Oleh itu semua pihak mesti berganding bahu menyokong dan mendokong usaha kerajaan dalam menangani kemelut yang telah lama ujud dan menyebabkan negara ini hilang semerbaknya didunia.

    ReplyDelete
  16. Salam Dato’ A Kadir

    Bagi sayalah, inilah satu lagi petunjuk yg terang lagi nyata sepertimana di dalam Al Quran yg sentiasa mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dengan musyrikin dan munafikin. Cuma yg sedihnya, ada lagi orang Islam yg mengaku lebih Islam dari orang lain, tapi lebih mempercayai kafir laknatullah sehingga sanggup memusuhi seagama sendiri. Juga akhir-akhir ini, keadaan LEBIH PELIK terjadi dimana mereka sanggup ‘langkah mayat’ untuk mempertahankan kafir harbi semata-mata nak menang pilihanraya. Begitulah bodohnya golongan tersebut, yg sentiasa menukar-nukar tafsiran mengikut kesesuaian dan keadaan. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  17. abdullahngah8:17 AM

    Firdaus Shahnaz,

    Anda minta supaya "Majikan berbangsa Non-Muslim seharusnya mengambil pekerja yang bukan beragama Islam. Ini untuk menyenangkan kedua-dua belah pihak, jika tidak, kita akan terus mendengar kes pekerja Islam tidak dibenarkan bersembahyang, harus makan makanan tidak halal, terpaksa memandikan anjing dan sebagainya.

    respon saya, bahawa kebanyakan rakyat Indonesia berbeza pegangan dengan rakyat Malaysia.

    bercakap pasal sembahyang, rakyat Indonesia ada pegangannya bahawa tak solat mereka tak jadi kafir.

    Sebab itu solat orang Indonesia tidak kosisten sepertimana yang tetap oleh Allah.

    sehubungan dengan ini orang Indonesia boleh mengaku kristian dalam waktu waktu tertentu dengan alasan ucapan itu hanya di mulut saja tidak dihati.

    Pelacuran dibolehkan jika terpaksa sepertimana yang pernah kita dengar suatu masa dulu bahawa melacur itu dibolehkan jika ibu tunggal terpaksa menanggung anak.

    Pasal mandi anjing kebanyakan orang Indonesia dibolehkan. Usaha mandi anjing pegang daging babi pun dibolehkan, kerana berpegang pada pendapat Hassan bandung bahawa daging babi saja yang haram dimakan dipegang atau dibawah daging babi yang dibungkus deangar surat khabar ke dalam masjid pun boleh.

    Oleh itu, soal memasak dagiing babi ketika menjadi amah dengan majikan bukan Islam di malaysia tak punya masalah.

    oleh itu saya setuju dengan kebimbangan datuk Kadir jasin bahawa ada yang tak kena dengan kedudukan orang islam dengan orang bukan Islam sepertimana yang penah dijelaskan oleh Al Quran bahawa orang kafir tak akan duduk diam jika orang islam tidak ikut mereka.

    bercakap pasal pegangan agama, orang Indonesia ada pegangan bahawa "tiada paksa dalam islam". Kerajaan tak boleh paksa mereka jadi seorang islam. Mereka bebas memilih apa agama yang mereka mahu.

    Ibu bapa juga tak boleh paksa anak anak mereka memilih agama islam. Mereka bebas memilih apa saja agama yang mereka minat.

    Persoalan kahwin campur orang Indonesia boleh berkahwin dengan bukan islam. kekeluargaan mereka hanya ikut kehendak anak anak keluarga itu, sama ada mereka mahu memilih beragama kristian dan Islam setelah baligh.hal ini ikut suka anak anaklah.

    Soal aurat, hanya wajib tutup sema hendak mendirikan solat saja. Sebab itu mereka ke masjid untuk menunaikan solat pakaiannya tak menutup.sedangkan tak tutup aurat itu tak diterima segala amal ibadat yang dilakukan.

    begitulah pegangan kebanyakan orang Indonesia sehingga sehingga kehari ini, sebab itu mereka tak kira bekerja menjai amah dengan majikan bukan Islam sekali pun asal dapat wang.

    Apa yang boleh kita lakukan terhadap orang yang punya pegangan terlalu bebas. Apa tak lagi agama bagi mereka tiada paksaan.

    ReplyDelete
  18. Salam Dato'

    Kita hanya memandang sebelah mata tentang kejadian yang berlaku.

    Sedangkan Menteri Sumber Manusia TERLENA di buai mimpi indah.

    Juga agensi Pekerja Asing leka mengaut keuntungan.

    Kita harus adil !!

    Fikirlah kerugian yang di tanggong oleh majikan tempatan dalam kes pembantu rumah 'lari' sebelum dua tahun.

    Belum lagi kes pembantu rumah melarikan harta benda lebih-lebih lagi anak majikan nya.

    Kenapa semua ini di diamkam ??

    Sebenarnya pada pendapat saya di pihak Malaysia ini banyak kelemahan yang perlu di atasi.

    Jangan hanya pandang sebelah mata sahaja. Yang eloknya MenSumMa mestilah arif terntang 'Putar elit" pihak bertentangan. Jangan jadi menteri asalkan dapat JAWATAN DAN GAJI sahaja.

    JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN SEWENANG-WENANG NYA.

    CERMINMUKA SENDIRI DAHULU !!

    ReplyDelete
  19. mtgbertam11:55 AM

    Sekali saya sedang makan di kedai. Tokey kedai pompuan, duduk di kaunter.

    Sedang makan di meja lain, sekeluarga bangsa cina sedang maid mereka bangsa Indon dok jaga anak2 depa.

    Lepas makan, majikan cina tadi suruh maid perabih nasi dia (baki) yg dalam pinggan. Belum sempat suap, tokey kedai meluru mai dan tarik pinggan. Dia jerkah majikan tadi mcm2, terkezut juga saya.

    Ini yg terjadi di kedai, di rumah kita pun tak tau depa layan maid ni macamana.

    Kalau gomen buat peraturan yg macam2, tapi enforcement takdak pun takdak makna.

    Ada ka di Malaya ni enforcement yang betui2 baik mcm di negara maju?

    ReplyDelete
  20. Anonymous12:38 PM

    Tok Kadir, saya tau Tok Kadir ikhlas tulis pasai ini, tapi berapa ekor orang melayu peduli Tok? Kalau peduli, tak la jadi macam ni. Tak cukup depa pijak kepala kita, orang Indon pun depa pijak jugak.

    Kata Malaysia. Malay tu Melayu la. Sia tu satu la. Satu negeri orang Melayu. Macam Indonesia, negeri orang Indon.

    Raja Melayu, PM Melayu, Ketua Pembangkang Melayu, ketua polis Melayu, ketua imigresen Melayu (Tapi menteri boroh India), Mufti Melayu. Tapi orang bukan Melayu dan oranf kafir dok seksa orang Islam, macam mana ni tok? Lekeh sangat ka Melayu?

    Ni rasis ka Tok? Saya kata ini hak. Hak orang Melayu, bangsa serumpun kita dari Indonesia dan orang Islam yang berlindung di bawah Yang diPertuan Agong. Kalu orang Cina dan orang agama bukan Islam bulih tuntut hak Tok, pasai apa kita tak boleh?

    Tok Kadir janganlah dok censor sangat komen kami. Biar Melayu Melayu yang tak ada batu tu tahu perasaan kita dan kalau cina baca, depa pun tahu kita marah.

    Kamjat Penang

    ReplyDelete
  21. Anonymous1:51 PM

    Senang je. Buatkan peraturan/undang-undang majikan tidak beragama Islam tidak boleh mengambil pembantu rumah yang beragama Islam dan orang beragama Islam tidak boleh mengambil pembantu rumah yang tidak beragama Islam. Kan selesai masalah.

    Asyik cerita lain-lain benda tak akan selesaikan masalah pembantu rumah Islam dibunuh atau didera oleh majikan bukan Islam.

    Bila dah terlaksana undang-undang tu, kita tengok pulak lain hari kalau ada lagi tak berita pembantu rumah beragama Islam atau bukan Islam dibunuh atau didera lagi.

    Mamak.

    ReplyDelete
  22. Anonymous4:05 PM

    Salam Datuk,

    Berkobar-kobar saya membaca entri ini. Sememangnya saya amat bersetuju. Sebab itulah barangkali saya tergerak hati membuat catatan di sini.

    Bukan sahaja pekerja dari Indonesia Datuk, dari Filipina, Bangladesh, dll pun ada juga yang muslim. Mereka dibawa masuk tetapi kadang kala hanya diambil kesempatan sahaja.

    Selepas tenaga mereka dikerah membuat bangunan, menjaga ladang, menjadi amah, para pekerja ini lalu dibiarkanlah merempat tanpa pembelaan, dan lebih parah, dilabelkan sebagai PTI. Mungkinkah mereka terpaksa melarikan diri dek musibah seperti yang Datuk nyatakan? Saya memang tak pasti. Realitinya, memang ada amah melarikan diri. Pekerja bertukar-tukar majikan dsb.

    Barangkali boleh juga digunakan perumpamaan habis madu, sepah dibuang merata-rata.

    Akibatnya, bertebaranlah mereka di bumi Malaysia untuk mencari sesuap nasi bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka. Ada yang sudah berkeluarga, dan tidak kurang juga yang terpaksa menjadi penjenayah.

    Lambat laun, kesannya, kita juga yang merasainya. Moga-moga para Pemimpin dan Pembuat dasar yang sememangnya bijaksana dapat mengambil tindakan dengan segera.

    Terima kasih Datuk.

    Abgbent

    ReplyDelete
  23. Terima kasih kepada semua pembahas dan pembaca,

    1. Kepada Kamjat Penang, insyaAllah saya tidak akan halang perbahasan yang berpatutan. Cuma kita wajib terus beringat dan berwaspada;

    3. Pembahas Abdullah Ngah, walaupun mungkin benar ada saudara Islam kita dari Indonesia yang tidak beriman, ini tidak bermakna kita membiarkan mereka jahil dan diapa-apakan. Di negara kita, Islam istimewa. Jadi kita kenalah jalankan tanggungjawab kita agar imej agama kita tidak bercela. Kalaupun bukan isu agama, tetapi tetap isu kemanusiaan. Janganlah kita sangka kita saja baik dan diredhai Allah, riak bunyinya;

    3. Sdr Abgbent, kalau ada pembantu rumah lari atau jahat sekali pun, undang-undang tidak bagi hak kepada kita menyeksa apatah lagi membunuh mereka. Macam saya kata, saya pun alami pembantu bermasalah. Ada yang lari malam dan saya kena buat laporan polis. Ada seorang yang dibawa tarawih di Taman Tun, dia cabut. Tapi lebih banyak yang baik, yang akhirnya jadi macam saudara sendiri. Alhamdulillah.

    4. Ingatlah, jangan sangka kita akan senang selama-lamanya. Saya pernah susah. Pernah pungut padi tumpah di sawah, pernak ke sekolah bawa nasi bekal, pernah raya pakai kasut sekolah, pernah pakai kasut kulit secondhand sepupu. Saya juga pernah tengok orang yang lebih miskin daripada saya -- makan ubi kayu, makan nasi dengan garam, pakaian sehelai sepinggang. Alhamdulillah, kerananya saya erti makna simpati dan empati, termasuk kepada pendatang asing yang miskin tetapi baik.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Salam Dato'..

    Saya secara personal memang tertarik dengan isu Malaysia-Indonesia. Mungkin kerana saya dah 5 tahun tinggal di Indonesia, dan sudah melihat sendiri kedhaifan mereka.

    Dalam masalah majikan & pembantu ini, xperlulah kita tunding jari kepada iman & kedhaifan yg mereka alami. Kalau kita ditempat mereka, apa yg akan kita lakukan? Sy yakin kita akan melakukan hal yg sama. Perbezaan kita dengan mereka adalah kita tidak merasa apa yg mereka rasa.

    Dan xperlu juga kita tunding jari pada sesiapa yg tidak menjalankan tanggungjawab untuk membanteras hal ini kerana sy yakin pihak berkuasa sudah berusaha semaksimal mungkin untuk bertindak adil & tidak cepat melatah seperti warga Indonesia.

    Banyak patients yg sy hadapi di sini mempunyai ahli keluarga yg tidak pernah pulang ke pangkuan keluarga semata2 untuk mencari sesuap nasi & menyekolahkan anak mereka.

    Memang nama negara kita busuk pada pandangan segelintir warga di sini. Namun, mereka tidak menolak yg negara kita lebih baik dibandingkan negara mereka. Buktinya, ramai yang bertanyakan saya bagaimana hidup di Malaysia & sangat teruja bila melihat gambar2 keluarga yg saya bawa.

    Saya pernah bertanya, andai diberi pilihan bekerja di Jakarta & Malaysia, yg mana kamu mahu? Mereka memilih negara kita. Itu kenyataannya.

    Berbalik kepada isu majikan & pembantu rumah. Yang paling penting adalah sikap majikan terhadap pembantu, kerana apa yg baik kita berikan pada orang insya Allah akan dibalas dengan kebaikan.

    Prinsip orang sini, kita baik dengan mereka, mereka akan sangat baik dengan kita. Tapi, berpada2lah kebaikan yg diberikan kerana orang di sini berusaha dengan pelbagai cara untuk hidup dalam suasana yang susah. Tidak salah kita memberikan mereka kerja ttp jangan menabur gula yg akhirnya kita sendiri yg ditindas.


    Maaf atas komen yg agak panjang..

    ReplyDelete
  25. Saya fikir sudah sampai masanya kerajaan bertindak membuat peraturan melarang pembantu rumah dari Indonesia dan lain-lain negara yang beragama Islam dilarang berkerja dengan majikan yang bukan beragama Islam. Banyak mudharatnya dari kebaikannya.

    Bila perkara keji sebegini berterusan berlaku kemungkinan satu hari nanti akan tercetus rusuhan apabila simangsa mengalami kecederaan hingga mati dalam keadaan siksa yang amat sangat hinggakan timbul kemarahan orang Islam disini.

    Prevention is better than cure. It will become a serious political issue that could affect the credibility of the government internationally.

    So jangan tunggu lama-lama untuk nak bertindak "once and for all".

    I think we have learned enough lessons about this despicable act and now is timely for the government to act immediately.

    ReplyDelete
  26. Anonymous6:55 PM

    Tinta Hitam,

    Comment sdra macam orang merapu !!

    Janggut

    ReplyDelete
  27. Sdr Melayu pencen

    Tak cukupke timbalan menteri buruh orang Melayu?

    ReplyDelete
  28. Salam Dakj

    Kalau pemimpin Melayu yang berkuasa pemikirannya dan sistem ekonominya berteraskan idealisme kapitalis, masakan orang Cina yang nenek moyangnya kita tahu asas pemikirannya ialah kapitalis seperti tak sukakan anak perempuan!

    ReplyDelete
  29. Sdr Pak Lang

    Seperti yang saya katakan dalam perbincangan isu kepimpinan PAS sebelum ini, dasar awam negara yang meliputi dasar buruh dibuat secara piece meal atau suku suku atau adhok yang, antara kelemahannya, banyak menimbulkan pemasalahan yang diduga dan tidak diduga di kemudian hari.

    Memburukan keadaan negara lemah dari aspek kawalan dan penguatkuasaan undang2 yang diperuntukan disetiap dasar awam dan dasar2 yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  30. abdullahngah8:01 PM

    Datuk Kadir Jasin,

    Saya nak tanya datuk apakah yang boleh kita buat jika mereka berfahaman begitu.

    Seperkara lagi umat terbahagi kepada 73 puak. puak puk ini ada pegangan terssndiri.

    mereka rela bekerja dengan majikan kafir hatta kena memasak daging babi sekalipun.

    Kalau mereka seorang Islam tulen mana mungkin boleh menerima tawaran bekerja dengan majikan kafir.

    Mereka bukan tak tahu kafir kan makan babi, minum arak, judi dan seks amalan biasa sebelum kahwin.

    Jika di malaysia umat islam 90 peratus tak solat (kajian yang dibuat IKIM) Indonesia mungkin lebih tinggi lagi peratusnya.

    Saya setuju jika kita nak bercakap pasal kemanusiaan. Tapi saya tak boleh setuju jika hendak bercakap pasal dia seorang muslim, kerana sorang muslim wajib memilih yang terbaik.

    Muslim tidak harus memilih yang makruf. Jika dia seorang msulim dia wajib memilih yang terbaik dunia dan akhir.

    Sekarang ini mereka bukan saja memilih yang makruf malahan telah memilih hidup berdosa sepanjang hayatsedangkan dalam islam wajib memilih untuk patuh kepada Allah dan rasul SAW. Dahlah tak solat lima waktu sehari semalam sebaliknya tak patuh dengan perintah Allah.

    Pengalaman saya dengan dua profesor rakyat Indonesia yang buat PHD di Universiti Sains Malaysia tahun 1979.

    Saya berkawan, makan bersama dan malah menonotn filem Indonesia pun kadang bersama, serta berkelah tanjung bunga pun kadang bersama.

    Mereka punya peganagan terlalu bebas sehingga boleh buat apa saja jika terpaksa. Aurat bagi mereka tak wajib boleh pakai pakaian kegemaran hatta menjolak mata sekalipun serta dilarang oleh Allah.

    Bebasnya beragama sehingga dalam satu rumah dari keluarga yang saya ayah beragama islam anak lelakinya kristian. Inilak ajaran yang diajar oleh Rasulullah SAW.

    Dalam satu rumah kadang kadang ada tiga agama sebagai anutan satu keluarga kerana dalam Islam tiada paksaan.

    Malaysia pun mungkin akan jadi begitu, kerana Indonesia guru yang sudah lama mengajar tukar agama menjadi perkara biasa.

    Macam mana hendak kita buat kepada mereka yang tak patuh dengan perintah.

    hendak kata belum sampai masanya mereka mahu berubah sepertimana yang berlaku kepada rakyat Turky jelas dan terang terangan hidup ikut kafir jadi macam kafir sehingga tergamak mengapa "kami tak mahu undang undang islam" dalam satu tujukan perasaan jalanan setelah AKP menang dan memerintah.

    Tak dinafikan ada rakyatnya yang beriman tetapi sedikit saja bilangan.

    Nak bercakap baik bukan atas dasar agama sata rasa tidak boleh bawa kemana. tokoh Yahudi yang dapat anugerah novel seramai 180 sepanjang 100 tahun itu baik. Baik kah mereka itu terhadap Islam.

    Atau tiga orang Mesir yang pernah di anugerah hadiah novel sepanjang 100 tahun baik? kalau baik mengapa negara mesir tutup pintu keluar masuk kepada rakyat palestin.

    ReplyDelete
  31. Salam Datuk,

    1.Mendera, bersikap kejam hingga sanggup membunuh ada lah penyakit "keangkuhan" di mana setiap sen gaji di bayar mesti di ganti sepenuh nya dengan nilai keringat yang melampaui batas kehidupan seorang manusia yang di panggil amah/kuli/pembantu rumah. Tiada waktu rehat(7hari/seminggu)kecuali tidur sejenak selepas lewat malam. Esok nya? Sesiapa yang waras pun boleh menjawab keadaan pembantu rumah tersebut.

    2.Manusia perlu rehat dan perlu kepada pengisian asas rohaniah dan jasmaniah. Majikan kejam akan buta mata hati sepenuh nya terhadap kuli yang di gajikan.Ini kerap terjadi jika majikan nya seorang bukan muslim (cina/india) kepada pembantu rumah orang muslim berketurunan melayu terutama dari negara jiran. Majikan melayu tidak bersikap sedemikian kecuali majikan yang "selalu di kenakan" oleh pembantu rumah yang nakal, pantas mengambil kesempatan atau memang jahat.

    3.Kisah benar, saya khabarkan seorang kenalan saya, lelaki cina mualaf lulusan Dr. (memeluk Islam kerana kahwin dengan lulusan Dr. perempuan melayu ; kerana cinta mungkin) sehingga satu waktu masih tidak dapat mengawal/mengikis sikap kejam terhadap pembantu rumah beliau. Pembantu rumah di hambat bekerja berterusan dan di larang meminum atau menjamah apa sahaja kecuali makanan berasingan untuk kuli nya. Pelik bukan? (tidak pula sama perilaku isteri nya seorang melayu yang baik budi-bicara nya)

    4.Mungkin sudah di didik dengan sikap amarah tanpa ihsan, sikap kiasu dan di tanam sikap prejudis terhadap bangsa lain) maka sikap nya menjadi muslim yang alim mudah terhakis begitu sahaja. Bayangkan jika beliau bukan muslim! Sudah tentu menjadi "super kiasu" kerana status elit nya. Senario hodoh yang sinonim di Malaysia.

    5.Sebagai kenalan dalam komuniti setempat, beliau akrab dan hormat pula dengan jiran/rakan taulan. Oleh itu sedikit demi sedikit saya terapkan unsur-unsur murni Islam supaya bertakhta di hati nya. Kini, alhamdulillah, kenalan tersebut sudah menjadi majikan muslim yang jauh berbeza baik nya dan prihatin.

    6.Oleh itu saranan saya ialah supaya dasar sesi mentarbiyah majikan dan pembantu rumah nya (sesi kaunseling dari aspek perbezaan budaya/agama) mesti di buat sebelum nya. Berilmu tidak bermakna bukan jahil dalam aspek lain.

    7.Tugas wajib ulama - ulama Islam setempat(dengan kawal selia berwajib) di mana majikan bermastautin. Ia amat berkesan secara kaedah pemantauan kejiranan yang di tunjangi AJK surau, masjid kawasan itu dalam bentuk berdaftar dan berkala.

    8.Tanggung jawab penuh agensi pekerjaan mesti memberi laporan kepada pihak berwajib selama tempoh khidmat pekerja (insuran individu hidup-kebertanggungan) sehingga pekerja tamat perhidmatan dan wajib di hantar pulang. Mesti di akui berekod dari majikan dan pekerja nya setiap putaran 3/6 bulan (Yuran khidmat ringan boleh di fikirkan cara nya untuk di caj) Bukan kah cara ini berkesan untuk tugasan rekod imigresen?

    9.Demi maruah dan nama Negara Malaysia, semua pihak terlibat (badan yang di sebut di atas)di gerakkan dalam bentuk persepaduan/ kerjasama untuk menjalankan tugas-tugas tersebut.

    10.Tidak terkecuali kepada sektor -sektor lain, tetapi mesti di bawah agensi pekerjaan dan pihak prinsipal terbabit yang memerlukan pekerja. Bukan bekal sahaja, urusan tamat kemudian lepas tangan dari rekod imigresen, setelah laba di perolehi.

    ReplyDelete
  32. Dato Kadir,

    Kita terlalu alfa. Umat akhir zaman, saudara seakidah diperhambakan kita bisu seribu bahasa. Itu tandanya kita telah terlalu jauh dari pegangan kita sebagai muslim. Dalam kitab suci, hadis dah terang menyatakan hak saudara se akidah.

    Hati-hati yang belum dapat hidayah,sifat haiwan masih ada dalam hidupnya. Bukalah kitab-kitab kelasik ada menceritakannya.

    Sedarlah kita semua & kembalilah kepangkal jalan. Moga kita umat yang tauhidnya satu terus bermaruah.

    ReplyDelete
  33. Salam dan terima kasih kepada semua pembahas.

    1. Sdri Wan Nadzirah, Alhamdulillah kita berpengalaman merantau ke negara orang -- kaya dan miskin. Kerananya sikap peduli dan kemanusiaan kita lebih tajam. Ini bukan mengenai pembantu Indonesia solat atau tidak. Ini soal penyeksaan dan pembubuhan. Malahan, kalau kita majikan Muslim yang baik, kita akan dan kita boleh menunjukkan jalan yang baik kepada pekerja kita. Sekurang-kurangnya, kita sediakan sejadah, telekung dan kita tanya, sudah solat atau belum;

    2. Letakkan diri kita dalam situasi mereka. Tak payah miskin, melarat dan diseksa serta dihina. Yang sudah mengerjakan haji atau umrah, apa rasa Tuan dan Puan apabila dihalau dengan kasar oleh pengawal Arab/bukan Arab di masjid? Apa rasa hati ditibai dengan sejadah kerana silap tempat duduk atau terlelap kerana letih? Apa rasa diherdik oleh pemandu bas dari Turki?

    3. Saya tak kata semua majikan Cina buruk dan jahat. Ada yang baik. Tetapi masalahnya tetap ada bila orang bukan Islam menggaji orang Islam di rumah. Saya tahu ada juga majikan Muslim yang sama durjana sampai menodo pembantu mereka. Celaka orang macam ini;

    4. Sdr Maae, kalau Muslim sendiri ada yang durjana, seorang Cina terpelajar dengan gelaran "doktor" yang masuk Islam kerana berkahwin dengan perempuan Melayu, belum tentu baik. Ramai yang mendera, menyeksa malah membunuh pembantu Indonesia bukan orang bodoh. Orang terpelajar pun ramai yang bernaluri haiwan.

    5. Ironinya, ramai kanak-kanak Cina dan India Malaysia hari ini belajar bahasa Melayu (Indonesia) daripada amah Indonesia. Malahan, bagi sebahagiannya, itulah bahasa Melayu yang mereka tahu kerana ibu bapa mereka tidak berbahasa Melayu dan mereka pula dihantar ke sekolah Cina dan Tamil, dan bagi yang mampu terus ke sekolah swasta Inggeris.

    6. Seperkara lagi, manakala pembantu rumah dari Filipina lebih berpelajaran, bergaji lebih tinggi dan diberi cuti mingguan, ramai pula yang berkahwin dengan lelaki India Malaysia beragama Kristian atau menjadi "teman" mereka. Anak-anak kacukan India Malaysia dan perempuan Filipina ini amat eksotik wajahnya.

    7. Walhasil balik asal, Muslim juga yang tertindas, hatta di Malaysia yang kononnya Islamik dan majoriti pemebesarnya Muslim. Malu nak mengaku Muslim. Wallahualam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Salam sdr abdullahngah

    Ajaran Islam atau syariat Islam mencakupi komponen akedah, akhlak dan syariah

    Untuk mendapat nikmat Islam yang dicari2 atau barakah atau keredhaan Allah SWT, ketiga2 komponen ajaran Islam bukan sahaja wajib dipelajari dan di amalkan, malah diseimbangkan.

    Berdasarkan komen sdr berkitan 'pegangan' agama orang Islam Indonesia, sdr seperti mengatakan pegengannya terhadap ketiga2 komponen ajaran Islam tersebut, bukan sahaja longgar, malah diabaikan.

    Sebagai perbandingan, boleh sdr jelaskan juga mengenai 'pegangan' agama orang Melayu kita berdasarkan 3 komponen ajaran Islam tersebut?

    Juga,dalam hal yang sama, mengapa di negara2 maju Barat seperti UK, masalah penyeksaan membantu rumah jarang sekali kita dengar, meskipun kita tuduh mereka sekular dan sesetangahnya atis, berbanding dengan di negara umat Islam seperti Malaysia dan Arab Saudi?

    ReplyDelete
  35. husdin syedmohamad8:44 PM

    Datuk,
    1/ Satu paparan supaya kejadian tidak tenggelam begitu sahaja. Kejadian yang berlaku adalah satu kesan (symptom) . Punca sebenar telah Datuk jelaskan dalam jawapan kepada komen-komen dalam blog ini.
    2/ Apa yang kita boleh lakukan?. Penulisan Datuk satu darinya. Kita tidak boleh mengubah keadaan secara tiundakkan kerana kuasa bukan ada pada pihak kita.
    3/ Bagi yang ada kuasa dan mampu bersuara, mereka memilih subjek yang mereka ada kepentingan sahaja.
    4/ Sangat benar ulasan Datuk, isu penyeksaan manusia, tiada kaitan jika yang kena siksa itu Islam atau tidak, manusia atau binatang.
    5/ Kita tidak semestinya sentiasa senang, masih teringat zaman 50'an dan 60'an, kehidupan makan nasi hanya dengan minyak kelapa dimasak sendiri dengan garam , bukan satu yang yang asing.
    6/ Isu juga tidak ada kaitan dengan UMNO atau PAS, tetapi siapa yang ada kuasa untuk mengambil tindakan .

    ReplyDelete
  36. abdullahngah7:43 AM

    Memang sangat wajar mereka malu nak mngaku muslim.

    Mengapa? kerana memang benar mereka bukan seorang yang layak digelar sebagai muslim.

    Mereka juga mungkin malu nak mengaku, kerana mereka sedar yang diri mereka bukan benar benar seorang muslim.

    kalau berjanji tak tepati janji bila bercakap bohong dan diberi amanah tapi mengkhianati amanah.

    Layak mereka mengaku yang dirinya seorang muslim.

    Lebih lebih lagi mereka makan riba makan rasuah, minum arak, berzina dan berjudi.

    Tak dinafikan mereka masih layak bergelar umat islam, kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak.

    Ini bukan saya yang kata, tapi Rasulullah yang sebut bahawa hanya satu saja yang diterima iaitu yang ikut ajarannya.

    Bermakna 72 puak lagi ditolak. Tak diterima keislamannya.

    Oleh itu sangat wajar mereka malu mengaku diri mereka sebagai muslim.

    Dalam pentadbiran kerajaan, menjadi kesalahan membabitkan undang undang apabila seorang yang tak berjawatan "polis" mengaku "polis".

    Demikian juga manusia seorang yang kristian melakukan kesalahan besar jika dia mengaku Islam.

    Juga seorang islam yang mengaku dia seorang kristian.Dari segi persepktif Islam,bahawa mereka yang mengaku itu rosak akidahnya iaitu menjadi kafir hukumnya.

    ReplyDelete
  37. Dato Mazlan.11:57 AM

    Dato.

    Masaalah bunoh pembantu rumah Indonesia atou filipino bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di Singapore dan Saudi di mana ramai pembantu rumah berkerja.

    Jika ini berlaku hanya mahkaman saja akan menentukan hukum yang setimpal untok penjenayah.

    Saya ingat perlu kita satu jawatan kuasa kawalan dan susulan untok perkeja2 asing di bawah kementerian buroh atau Dalam Negeri suapya dapat memantau nasib perkerja2 asing ini.Pelaksanaan nya perlu di halusi dan di bincang kan.Badan ini perlu bertindak sabagai pengawal buroh asing.

    ReplyDelete
  38. Dato' dan Para Pembaca Blog

    Isu utama yang Dato nak sampaikan ialah imej KL sebagai 'maid murder capital of the world'. Isu lain adalah isu sampingan.

    Adakah isu ini sudah sampai keperingkat yang perlukan tindakan??

    Kalau imej Malaysia di peringkat antarabangsa sudah terjejas, ayuh jangan lengah-lengah lagi. Ambil tindakan.

    Dan kalau apa yang telah berlaku (ramai muslimat indonesia dibunuh oleh majikan kafir di Malaysia) tersangat pedih untuk di terima oleh para muslimin dan muslimat Malaysia, maka -- ayuh ambil tindakan segera.

    Apakah tindakan yang boleh di ambil?

    1. Perjumpaan dengan kedutaan Indonesia perlu segera diadakan. Kita desak supaya Kerajaan Indonesia haramkan rakyatnya yang beragama Islam bekerja dengan keluarga kafir di Malaysia

    2. Majikan yang masih ada kontrak, perlu dibiarkan hingga tamat kontrak masing-masing. Orang Islam Malaysia perlulah menyumbang tenaga secara sukarela untuk memantau kedaan mereka yang berada di dalam kontrak ini.

    Kalau tak sanggup buat - tak payah buang masa membuat komen di blog ini. NGO, Rala dan Polis boleh bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia untuk buat pantau.

    Sebelum buat pantau, perlukah cekalkan hati dan perasaan. Bolehkata semua muslimat yang bekerja dengan keluarga kafir ini,

    a. Masak (harap janganlah) makanan yang mengandungi babi,

    b. Bekerja untk lebih dari satu keluarga,
    i. pagi-pagi rumah utama,
    ii. bila kedai dan restoran buka, buat kerja di sama juga,
    iii. Bila kedai tutup, pergi pula bekerja di rumah ibu-bapa, rumah kakak atau pun rumah adik, ataupun rumah kawan-kawan majikan
    iv. Juga disuruh cuci kereta, van lori dan lain-lain.
    v. Waktu rehat hanya bila tidur. Itu pun tidak awal dari 12.00 atai 1.00 malam. Esoknya jam 5 sudah perlu bangun dan sediakan sarapan untuk keluarga utama.
    v. Kerja tanpa cuti selama berlangsungnya kontrak - 2 tahun.

    Perkara ini berlaku setiap hari. 'Penderaan' mereka ini tidak manjadi berita akhbar. Tapi tindakan majikan kafir mereka tidah beza denaan perhambaan.

    Buatlah apa yang patut.

    Ekonomis Kampong

    ReplyDelete
  39. abdullahngah5:35 PM

    Saji,

    Adakah ada pembantu orang Indonesia di UK.Kalau di Arab memang terlalu ramai yang pernah saja jumpa.

    Kalau sekiranya ada bolehlah cuba ulas berdasarkan pengalaman kawan saya yang belajar buat MA dan PHD selama 6 tahun disana

    Sekarang beliau bergelar Profesor disalah sebuah universiti di malaysia.

    Beliau pernah nyatakan budayahidup orang UK begini dan begitu.

    Memang ramai pelajar kita yang sangat kagum dengan orang UK kerana kebaikan rakyat UK.

    Malah ada yang berpendapat orang UK perangainya lebih baik berbanding dengan orang Islam sendiri.

    Di Malaysia pun ada orang china lebih berbanding dengan orang Islam.

    Ada orang china banyak beri diut kepada rumah orang susah. Orang China ada yang tak minum arak dan berjudi tapi orang islam minum arak siang malam. Main judi sampai berhari hari tak balik rumah.

    Orang UK tak ambil barangan orang yang jatuh ke, tertinggal ke.

    Profesor Datuk Dr Ismail Ibrahim pernah pujian perangai orang UK, kerana baik.

    Saji juga berkata, tak pernah dengar amah di UK dibunuh dan malaysia amah dibunuh sebagai trade Mark bahawa jahatnya orang Malaysia.

    Di Malaysia jika amah itu orang china pasti tak berlaku sepertimana yang pernah berlaku.

    ReplyDelete
  40. Hj Munawir11:07 PM

    Dato.

    Hari ini saya terbacha berita dalam akhbar STAR.Saorang pembantu rumah Indonesia di Saudi di hukum pancong kepala kerana bersalah membunoh majikan nya.

    Ini bermaana masaalah pembantu rumah Indonesia bukan sahaja berlaku di malaysia tetapi di Saudi.

    Di malaysia pun ada juga berita yang saya baca yang ada pembantu rumah Indonesia mendera budak kechil yang ia jaga.Ada pembantu rumah yang melarikan budak kechil dan ada juga pembantu rumah tidor dengan majikan.

    ReplyDelete
  41. Anonymous11:52 PM

    malas nak cakap, bab sekolah pun tak setal lagi, sek keb tamil ada, sek keb cina ada, sek keb melayu ada tak, sek keb ade le sek keb melayu takde, jadi faham2 sendiri le, melayu memang bodoh, bila cakap takut perkauman tapi bab sekolah pun melayu dah kena.

    mohd paizal

    ReplyDelete
  42. Anonymous8:11 AM

    Salam Dato',

    Memang benar, nama Malaysia telah tercemar kerana berlaku penganiayaan, penderaan dan pembunuhan keatas pekerja asing. Kerap kita membaca berita mengenai majikan tidak atau lambat membayar gaji (kepada pekerja asing, dari peringkat pembantu rumah sehinggalah kepada profesional bolasepak). Kalau hal seperti ini tidak mencemarkan nama negara maka apa lagi yang tidak?

    Saya fikir sebahagian daripada majikan pembantu rumah di sini tidak layak untuk menggaji pembantu rumah. Sebahagiannya kerana pendapatan per kapita mereka yang tidak cukup selesa untuk menggaji pembantu rumah manakala sebahagian lagi tidak cukup waras/siuman untuk memiliki pembantu rumah. Memang diakui sukar untuk mencipta inventori bagi menyukat kedua-dua aspek tersebut secara tepat namun adalah terlalu naif dan cuai apabila dua aspek tersebut tidak dijadikan syarat dalam pengambilan dan penggajian pembantu rumah khususnya yang datang dari negara asing.

    Cerita pembantu rumah asing dianiaya, didera dan dibunuh berlaku hampir disetiap negara. Kebejatan ini berlaku di Malaysia, di Arab Saudi, hatta di USA pun. Yang membezakan ialah bilangannya. Penaniayaan keatas pembantu rumah, khususnya TKI/TKW Indonesia berlaku disepanjang perjalanan mereka sejak dari saat meninggalkan desa mereka sehinggalah mereka kembali semula ke desa. Semakin rendah taraf pelajaran mereka maka semakin parah penganiayaan yang diterima. Oh ya, bukan semua mengalaminya tetapi kepada mereka yang bernasib malang. Saya tuliskan ini dengan tidak sezarah pun bermaksud mewajarkan penagniayaan kepada pembantu rumah asing; tidak sama sekali! Saya fikir amat wajar dan bertanggungjawab sekiranya pihak berwajib negara asal pembantu rumah mewajibkan/mensyaratkan tahap persekolahan tertentu kepada pembantu rumah yang mahu dilepaskan bekerja dinegara luar. Saya masih ingat dialog dalam sebuah filem Indonesia tahun 1970an dulu; seorang ibu yang sedang sakit tenat berpesan kepada dua orang anaknya "..si miskin makanan si kaya..si bodoh makanan si pintar.." Katakan dan labelkan apa saja kepada dialog semacam itu, kenyataannya itulah yang sedang berlaku didunia ini.

    Dalam apa juga aktiviti manusia, mau tidak mau mesti ada peraturan/undang-undang bagi megawal perlakuan. Saya pasti Malaysia mempunyai undang-undang yang melindungi pekerja asing khasnya pembantu umah. Kalau ada kelemahan wajiblah dibaiki. Tetapi undang-undang hanyalah catatan diatas kertas. Ianya mesti ditafsir secara tepat, disediakan saluran untuk memudahkan pelaksanaanya dan dikuatkuasakan tanpa memilih bulu.

    Khusus untuk pembantu rumah; sebahagiannya diperlukan untuk menjada anak-anak kecil bagi ibu yang bekerja. Sedikt masa dulu heboh diperkatakan tentang menyediakan pusat asuhan ditempat bekerja. Apa agaknya yang menjadi halangan sehingga hal itu tidak menjadi kenyataan? Jika idea lebuhraya bertol sudah menjadi kenyataan kenapa agaknya pusat asuhan ditempat bekerja mati ideanya begitu saja?

    Saya telah selamat melalui zaman menggaji pembantu rumah kerana isteri saya bekerja. Kini giliran anak-anak saya pula pening kepala mencari pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak yang sesuai bagi menempatkan anak-anak mereka. Walaupun ada pembantu rumah, setiap pagi isteri saya bangun awal menyiapkan sarapan keluarga (termasuk untuk pembantu rumah tentunya). Saya tidak pernah menyuruh pembanu rumah buat kerja diluar rumah seperti membasuh kereta, menyapu sampah atau memotong rumput. Semua kerja luar itu saya lakukan sendiri, maklumlah gaji cuma superscale G aja. Semua anak-anak saya kohort PPSMI berjaya memperolehi keputusan SPM yg baik sehingga semuanya memenangi biasiswa PILN daripada JPA. Alhamdulilah, barangkali itulah balasan dari Alah kerana kami tidak menganiaya pembantu rumah yang turut menyumbang tenaga membesarkan mereka. Allahu a'lam.

    Pak Hj JB

    ReplyDelete
  43. Ibarat bidalan lama melayu..

    Pukul anak sindir menantu..

    Di peringkat ekstrem..

    Dera & bunuh org gaji Indon .................. (?)

    Penyudah ayat fikir & sambunglah sendiri..

    It is the ego state of the mind.
    Action speaks louder than words.

    ("/)

    ReplyDelete
  44. Hanezam10:44 AM

    Datuk,

    Bibik yang tunjuk perangai dengan majikan bila kena tegur pun ada. Yang makan part yang best-best simpan kat kita bahagian ekor je pun ada. He he he.. Yang takut hantu bila malam-malam tumpang tidur dalam bilik kita pun ada. Yang sampai rumah kita tak sampai 24 jam terus cabut lari dengan passport pun ada. Macam-macam ada.

    Tentang posting Datuk, memang betul yang terpelajar pun ada yang berperangai kebinatangan. Atau sekurang-kurangnya tidak menghormati hak-hak asasi yang telah termaktub dalam undang-undang.

    Pengalaman saya sendiri : untuk satu tempoh latihan, saya telah pilih satu firma dipunyai majikan berbangsa cina. Dalam firm tu cuma saya dan seorang budak kerani sahaja yang melayu. Master saya tu selalu bawa anak-anak ke ofis, jadi bibiknya dibawa sekali. Nama bibiknya Annie, selalu bert-shirt dan seluar pendek. Saya agak dia Indon beragama Kristian atau tak dak agama.

    Memang susah sikit kerja kat situ. Nak makan dan nak solat kena la cari tempat kat luar. Annie masak apa ntah kat dalam slow cooker kat pantry. Kat pantry tu kita hanya boleh tumpang bilik air dia ja. Tapi saya tak rasa susah pun sebab memang niat nak belajar budaya kerja dia orang. Sementara sahaja.

    Suatu hari Annie cakap dengan saya, dia teringin nak pakai tudung. Saya pun macam... ha?? Rupanya Annie beragama Islam. Annie adalah nama yang diberi oleh madamnya, master saya tu lah. Annie dilarang beritahu orang dia beragama Islam. Annie biasa masak babi dan makan babi. Suatu hari Annie pernah mengadu dia kena tibai oleh madamnya itu dengan pembaris, sampai berbekaslah jugak. Sebabnya salah sorang anak madam jatuh dan cedera. Setahu saya anak-anak madamnya tu memang buaeh-buaeh yagmat.

    Saya percaya memang ramai lagi Annie kat luar sana. Annie dan kemelutnya yang tersendiri, yang memaksanya membuat pilihan jadi amah kat rumah orang bukan Islam. Banyak pihak-pihak lain yang terlibat. Agen kat Indon, agen kat Malaysia, sampai ke pak/mak menteri dan penggubal undang-undang. Tapi ultimatenya adalah majikan itu sendiri. Gubal sebeban undang-undang dan peraturan pun tak guna bila kita tidak internalize dalam diri kita orang gaji tu bukan hamba kita,yang ada hak-haknya yang mesti kita hormati. Dia juga manusia macam kita, malahan sanggup tinggalkan keluarga, negara dia untuk cari rezeki yang halal untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  45. "Juga,dalam hal yang sama, mengapa di negara2 maju Barat seperti UK, masalah penyeksaan membantu rumah jarang sekali kita dengar, meskipun kita tuduh mereka sekular dan sesetangahnya atis, berbanding dengan di negara umat Islam seperti Malaysia dan Arab Saudi? "(saji)

    PEMBANTU RUMAH vs PENGURUS RUMAH
    Di negara "sekular" dan maju mereka tiada memerlukan pembantu rumah..ini kerana tanggungjawab mendidik anak utk rakyat kebanyakan (middle class) telah kembali kepada fitrah golongan ibu atas kesedaran, ilmu & pengajaran diperoleh daripada pengalaman generasi mereka terdahulu..pendapatan perkapita dan purchasing power parity sudah cukup bagi hanya golongan bapa keluar bekerja..

    Rumahtangga moden memerlukan pengurus yang berilmu untuk mengurus..itulah yg berlaku di negara maju..pengurus rumah bukan org gaji yang tiada pendidikan formal.

    Saya pernah dengar cerita kawan berkenaan org gajinya yang memasukkan baju beserta baldi ke dlm mesin basuh untuk dibasuh.. Bagaimana mahu dimarah, di kampungnya di Indonesia mana ada mesin basuh hatta tandas flush! Itu belum cerita kesedaran & tahap sanitasi (hygiene)..Tetapi lumrahnya masih ramai org yg beranggapan org gaji mereka mampu memberikan perkhidmatan yg terbaik..

    Bagi kes negara Arab, Malaysia & Singapura..penderaan ini mungkin berpunca dari minda pemikiran superiority complex oleh mereka yang berasa wang mereka terlalu besar dan boleh memperhambakan manusia lain..

    SEKULAR
    Istilah sekular itu sendiri berasal dari "school" (sekolah). Mana ada perbezaan ilmu sekular & Islam..? segala ilmu didunia ini berasal drpd Allah s.w.t..segala kejadian langit & bumi dan hukum2 dlm Al-Quran..yang paling teruk dah tentu manusia berlabel "Islam" yang tiada kedua-duanya..pengetahuan islam mereka ini bukan ilmu tetapi hanya sekadar ikutan tanpa kefahaman.

    wallahualam

    ("/)

    ReplyDelete
  46. Saya kira pihak berkuasa juga bertanggungjawab. Bayangkan dengan pelbagai syarat dikenakan, kos mendapatkan pembantu rumah meningkat. Apa yang saya bimbangkan majikan melepaskan geram mereka apabila perkhidmatan tidak selaras dengan kos yang dibayar.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum Dato’

    Saya berpendapat semua bangsa adalah serupa. Apabila mereka mendapat kuasa yang tidak terkawal, mereka mula jadi pembuli dan berlaku zalim kepada orang yang lemah dan serba kekurangan.

    Umpama seperti negeri ‘super power’, yang dengan sewenang-wenangnya membuli negeri yang tidak terdaya melawan kemahuan mereka.

    Di negeri kita, mereka yang mewah dan berpendidikan tinggi selalunya kaum pendatang. Mereka ini banyak yang mampu mengambil pembantu rumah. Sebahagian daripada mereka mengambil kesempatan membuli orang gaji mereka, sehingga ia kelihatan sebagai hamba. Ini berpunca dari berbagai sebab, yang besar sekali ialah pengawai yang ditugaskan untuk ‘supervise’ tidur dan tidak menjalankan tugas.

    Dan ketika ini gulungan pembantu rumah yang banyak teraniaya adalah orang yang menganut ugam Islam. Kerana punca kemiskinan dan juga kurang berpendidikan menjadikankan mereka ditindas sesuka hati.

    Sudah menjadi tanggung-jawap kerajaan untuk menjaga dan membangunkan negeri Melayu. Namun demikian bangsa pendatang yang mewah dan berwang ini cuba menafikan kebolehan kita dengan berbagai agenda.

    Sedangkan selama ini orang Melayu adalah bangsa yang terkecuali dari gulungan yang kejam kerana keseluruhan orang Melayu tidak bercita untuk menjadi kaya raya dan memiliki kuasa hebat. Pendek kata orang Melayu selalu bertujuan hidup dalam keadaan sederhana saja.

    ReplyDelete
  48. Datuk,

    saya berpengalaman pakai dua maid dalam masa 6 bulan. tapi berbangsa kemboja. yang pertama, buddha, komunikasi memang failed, begitu juga cara kerja. tapi bila dah diajar, boleh buat kerja dengan cemerlang. tapi yang x tahan dia boleh sorok nasi dalam almari bilik, kutip tong/plastik/bekas yang kita buang dan simpan dalam begnya. lalu saya gantikan dengan yang baru, muslim/boleh berbahasa melayu pun budak kemboja. untuk tukar saya perlu tambah 3.5K kpd ajensi. malangnya yang kedua ni lagi teruk. berlagak seperti mem besar dan suka menipu. meninggalkan rumah sesuka hati dan memjaja cerita kami tidak memberinya makan. jadi bagaimana? harus berdiam diri? bila mengenangkan duit sudah beribu melayang, secara tak sengaja tangan dan kaki naik ke badan. rasakan! bila jadi begini majikan di salahkan. bila mengadu pada ajensi, mereka minta kita nasihat maid, sampai bila?

    ReplyDelete
  49. Datuk,
    saya berpengalaman gunu 2 maid kemboja dlm masa 6 bulan. yang pertama buddha, komuniksi failed begitu juga cara kerja. bila di ajar barulah pandai. tapi yang x seronok dia sorok nasi dalam almari buku, kutip/tong/beks/plastik yang kita buang dan simpan dalam begnya. juga mengambil barang2 seperti perfume. tukar yang ke-2, perlu tambah rm3.5k kpd agensi...muslim dan boleh berbahasa melayu. yang ini lagi teruk. lagak seperti mem besar, suka menipu, mengoyak majalah (portfolio saya) sesuka hati, meninggalkan rumah dan merayau ke rumah jiran lain, dan banyak lagi yang buat saya sakit hati. paling teruk dia menjaja cerita, kononnya kami tidak memberi makan. bayangkan, bagaimana kaki dan tangan majikan x naik kemuka dan badan? bila diadu kepada agensi, mereka minta kita bersabar kalau marah maid pun...sekadar ada. sudahnya kita yang merana!

    ReplyDelete
  50. Sdr abullahngah

    Apa komen sdr terhadap pandangan Sdr Hanezam yang saya anggap menjawab peroalan yang saya acukan kepada sdr berbunyi, "mengapa di negara2 maju Barat seperti UK, masalah penyeksaan membantu rumah jarang sekali kita dengar, meskipun kita tuduh mereka sekular dan sesetangahnya atis, berbanding dengan di negara umat Islam seperti Malaysia dan Arab Saudi?"

    Pandangan sdr Hanezam yang saya maksudkan ialah di bawah;

    "Gubal sebeban undang-undang dan peraturan pun tak guna bila kita tidak internalize dalam diri kita orang gaji tu bukan hamba kita,yang ada hak-haknya yang mesti kita hormati. Dia juga manusia macam kita, malahan sanggup tinggalkan keluarga, negara dia untuk cari rezeki yang halal untuk anak-anak."

    ReplyDelete
  51. Salam Dakj

    Sdr abdullahngah, antara lain berkata, "Mana lebih buruk dan jahat seorang amah Indonesia bekerja dengan majikan China dengan pihak kerajaan memberi mandat kepada orang china (kafir) melaksanakan hukum syarak halal haram di negara ini.

    Amah yang bekerja dengan majikan China Kafir hanya seorang saja yang terbabit, manakala memberi mandat kepada China (kafir) melaksanakan hukum syarak halal haram membibit semua umat islam.

    Bukan seorang orang islam yang makan makanan haram jika China (kafir) yang diberi mandat tidak amanah atau mendapat logo halal sedangkan bahannya haram dari segi hukum syarak."

    Komen:

    Bukankah syariat Islam yang diturunkan ke dunia ini ialah demi untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia dalam melakukan aktiviti muamalat antara satu sama lain, khasnya?

    ReplyDelete
  52. Anonymous7:46 AM

    Salam Dato',

    Satu lagi perkara menjolok mata yg semestinya membusukkan nama Malaysia:

    Petikan daripada tajuk NST online:

    Taxi touts ‘reign’ at airport.
    Limousine drivers blame poor enforcement by new transport commission.

    Pak Hj JB

    ReplyDelete
  53. Anonymous11:01 AM

    Salam Datuk,

    1. Ada sesuatu di hati yang berasa kuat yang menggamakkan kita mendera atau menghina yang lemah.

    2. Ada sesuatu di hati yang berasa kaya menggamakkan kita mendera atau menghina yang miskin.

    3. Ada sesuatu di hati yang berasa pandai menggamakkan kita mendera atau menghina yang jahil.

    4. Ada sesuatu di hati yang berasa tuan menggamakkan kita mendera atau menghina yang menumpangnya.

    5. Dan ada sesuatu di hati yang berasa berkuasa menggamakkan kita mendera dan menghina yang mengharapkan kuasa bantunya.

    6. BULLIES we will be. Jika hati banyak berasa yang kita lebih kuat, kaya, pandai,tuan dan berkuasa.

    7. Bukankah yang lemah kita bantu perkuatkan, yang miskin perkayakan,yang jahil perilmukan (sampaikan ilmu), yang menumpang diraikan, dan yang berharap dipermudahkan.

    8. Minta maaf Saudara Abdullah Ngah ...Siapa pun dan apa pun pegangan mereka, sampaikan lah ilmu meningkatkan kebaikan.

    7. Bukankah kita sentiasa mengulangi dalam zikir "Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci ALLAh, Sesungguhnya aku ini orang yang zalim."

    Mudahan kita semua sentiasa dalam hidayah ALLAH SWT. Ameen

    WalLahualam.

    XERONINE

    ReplyDelete
  54. bila saya ke Jakarta jogja atau di mana2 di indonesia sesetengah mereka bertanya mengapa orang malaysia menyeksa pembantu rumah berbangsa indonesia di sana...

    jawab saya mudah... yang seksa, rogol atau bunuh kebanyakan nya dari kalangan majikan bangsa cina dan india yang bukan islam.

    majikan melayu islam biasa nya menanggap pembantu rumah ini sebagai saudara malah ada yang mendidik pembantu2 ini menjadi muslim yang taat kepada ugama...

    ReplyDelete
  55. Salam affendi hussain


    "Di negara "sekular" dan maju mereka tiada memerlukan pembantu rumah..ini kerana tanggungjawab mendidik anak utk rakyat kebanyakan (middle class) telah kembali kepada fitrah golongan ibu atas kesedaran, ilmu & pengajaran diperoleh daripada pengalaman generasi mereka terdahulu..pendapatan perkapita dan purchasing power parity sudah cukup bagi hanya golongan bapa keluar bekerja.."

    Komen:

    Betul sdr affendi golongan middle class di UK telah kembali kepada fitrah golongan ibu atas kesedaran, ilmu & pengajaran diperoleh daripada pengalaman generasi mereka terdahulu kerana pendapatan perkapita dan purchasing power parity sudah cukup bagi hanya golongan bapa keluar bekerja.

    Setahu saya juga, part time maid amat popular di UK

    ReplyDelete
  56. abdullahngah4:02 PM

    Saji,

    Tidak dinafikan bahawa sesungguhnya,syariat Islam yang diturunkan ke dunia ini ialah demi untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia dalam melakukan aktiviti muamalat antara satu sama lain, khasnya?

    Yang silapnya meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya yang disifatkan oleh islam sebagai "zalim".

    Allah telah nyatakan, kami tidak akan beri pertunjuk mereka yang zalim.

    Atas sebab inilah pihak kerajaan memberi mandat melalui logo halal kepada orang kafir melaksanakannya.

    Wajarkah diberi mandat kepada orang kafir melaksanakan hukum syarak yang disyariat, sedangkan orang yang mengaku Islam pun belum tentu dapat melaksanakannya.

    Inilah yang silapnya.

    banyak perkara yang berlaku, termasuk untuk menghalalkan biawak disebut binatang itu "dok".

    Demikian juga untuk meghalalkan riba disebut "perbankan Islam". Untuk menghalalkan rasuah disebut hadiah. betulkah begitu.

    bercakap menyampaikan ilmu penting dalam islam. Persoalan sekarang. bagi mereka yang sudah ketagih dengan pendapat yang dipegang mustahil diterimanya.Sebab itu jarang orang sesat balik kepangkal jalan.Mereka selesa dengan ajaran yang mereka amalkan.

    Lihat Orang Indonesia ketika mengerjakan haji solat berdua dua dalam satu shaf. Mereka tak penduli ilmu yang disampaikan malahan mereka buat juga hatta dihalau dengan kata kata haram... haram... haram... oleh penguasa Masjid.

    ReplyDelete
  57. langitbiru4:54 PM

    Salam Dato’

    Kita membicarakan kekejaman majikan kepada pembantu rumah. Faktanya, majikan itu bukan Islam dan pembantu rumah itu Islam. Pembantu rumah Islam itu mati akibat diseksa majikannya. Maka, Dato ambil kesimpulan, DURJANA.

    Perkataan durjana jarang-jarang, kadang-kadang sahaja digunakan oleh orang Melayu. Bila kita guna perkataan durjana, menggambarkan sejahat-jahat manusia! Durjana juga selalu kita guna untuk pelaku maksiat ‘haruan makan anak’, sekali lagi menggambarkan sejahat-jahat manusia!

    Mengambil kira kita sebagai Muslim, pokok pangkal kepada jenayah dan kejahatan adalah tidak berIMAN. Faktor ke dua adalah ILMU. Faktor ke 3,4,5,6,7,8,9 dan seterusnya banyak lagi, termasuk KEMISKINAN dan persekitaran.

    Muslim wajib ada IMAN dan ILMU, kedua-duanya sekaligus, seperti belangkas. Orang yang beriman, semestinya ada ilmu atau berilmu. Iman dan ilmu saling pimpin memimpin satu sama lain.

    Mungkin, saya katakan mungkin, pembantu rumah Indon tersebut kurang sangat ilmunya, termasuk ilmu agama, kerana sanggup bekerja di rumah bukan Islam, yang kerja sehariannya mungkin bela anjing dan memasak kerbau pendek!!

    Pun begitu, ILMU tanpa IMAN kerap kali lebih dasyat dan bahaya natijahnya.

    Maka timbul pertanyaan, bagaimana BUKAN MUSLIM di Barat, jauh lebih bersih,jauh lebih baik peribadinya, jauh lebih sopan tatasusilanya dan JAUh lebih baik dari Muslim. Mereka tak beriman! Ya, mereka tak beriman. Bukankah mereka juga dianugerah Allah swt akal fikiran yang baik dan sihat? Bukankah Allah swt memberi kenikmatan hidup kepada hamba-hambnya tanpa mengira mereka itu beriman atau tidak? Bukankah Allah swt memberi ILMU kepada hamba-hambanya (beriman, tak beriman) bagi menjalani pengembaraan dunia hingga ke destinasi akhirnya di Barzakh? Dan mereka non-muslim Barat diberi kesedaran sivik yang tinggi. Mereka berjalan-jalan di taman rekreasi bersama anjing-anjing mereka, bilamana anjing mereka berak, mereka mengambil najis-najis anjingnya dan buang ditempat yang sepatutnya. BERSIH namanya. Muslim kita, tandas masjid pun bukan main ‘harum’ baunya diluar, apatah lagi didalam!

    Saya tidak fikir, perlunya kita pertikaikan IMAN sumber kekuatan rohani, yang menterjemahkan kemurnianya dalam kehidupan seharian.

    ……..BERSIH. Dato’ tak bercadang ke mengajak pembahas berdebat?

    ReplyDelete
  58. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ
    Izinkan,

    ...Salam 'Bismillahirahmanirahim' kami mohon dilimpahi kepada insan dibelakang samaran 'XERONINE' serta keluarga atas pandangan baik beliau dan juga kepada tuan rumah blog ini dan pembahas2 dan keluarga yang kami muliakan...

    ALFATIHAH, AMIN
    ps. Bersama kita sambut kedatangan Ramadhan yang dimuliakan..

    ReplyDelete
  59. Sdr PAK HJ JB

    "Dalam apa juga aktiviti manusia, mau tidak mau mesti ada peraturan/undang-undang bagi megawal perlakuan. Saya pasti Malaysia mempunyai undang-undang yang melindungi pekerja asing khasnya pembantu umah. Kalau ada kelemahan wajiblah dibaiki. Tetapi undang-undang hanyalah catatan diatas kertas. Ianya mesti ditafsir secara tepat, disediakan saluran untuk memudahkan pelaksanaanya dan dikuatkuasakan tanpa memilih bulu.

    Khusus untuk pembantu rumah; sebahagiannya diperlukan untuk menjada anak-anak kecil bagi ibu yang bekerja. Sedikt masa dulu heboh diperkatakan tentang menyediakan pusat asuhan ditempat bekerja. Apa agaknya yang menjadi halangan sehingga hal itu tidak menjadi kenyataan? Jika idea lebuhraya bertol sudah menjadi kenyataan kenapa agaknya pusat asuhan ditempat bekerja mati ideanya begitu saja?"

    Komen:

    1. Isu rakyat seperti isu pemebantu rumah yang kita bahaskan ini merupakan cara orang politik pemerintah, mendapat 'keuntungan' politik, dengan maksud mereka segaja mewujudkan suasana bermasaalah atau tidak puas hati di kalangan rakyat yang darinya menyebabkan masyarakat menuntut mereka supaya mengambil tindakan tertentu terhadapnya yang biasanya disudahi dengan pengubalan dasar awam baru atau memperbaiki dasar lama yang tidak mempu mengatasi isu yang sama lagi. Apabila isu tersebut mereka dapat diselesaikan melalui pengubalan dasar awam baru tersebut mereka akan mendapat 'keuntungan' politk daripadanya.

    2. Isu juga boleh timbul disebabkan perjalanan institusi kerajaan yang tidak berkesan yang telah banyak mendapat kritikan rakyat

    3. Cepat atau lambat isu tersebut mereka selesaikan bergantung kepada kuatnya desakan rakyat untuk mengatasinya dan keuntungan komersial yang mereka boleh sama2 perolehi daripadanya

    ReplyDelete
  60. Anonymous4:36 PM

    Datuk,
    Sebagai rakyat Cina Malaysia ni, ramai yang ambil pekerja sebab sibuk nak cari makan (semua barang naik, apa boleh buat?) dan ingin pembantu tolong mereka dalam kesibukkan seharian.

    Pembantu dari Indonesia murah, kalau nak ambil dari lain mahal. Nak ambil dari Cina pun ada banyak "objections" dari wanita MCA dan keluar suratkhabar protes sana sini. Tau tau la boleh jadi kes lain.

    Kerja kerja pembantu ni biasa la, tolong jaga orang tua kat rumah, cuci rumah, cuci kereta, jaga anak, buat begitu begini dan ada pun yang kerja kat kedai Cina basuh pinggan mangkuk, ambil order makan dan lain lain.

    Dalam mana mana society ni, ada la stress dia, dan ada segilintir bad apples. Apa boleh buat. Kes kes yang Datuk highlight ni memang tidak patut dan perlu dihukum jika salah. Saya pun ada dengar cerita horror pembantu rumah yang pukul anak majikan, curi duit, lari dengan pak Indon dan sebagainya.

    Kita sebagai bangsa Cina memang faham lah sensitivity agama Islam dan apa yang saya tahu, tak pernah force pembantu rumah kita makan makanan yang tak halal sebab, kebanyakkannya pun makanan dimasak oleh pembantu rumah Indon. Kalau tah pau pun, lain lain. Walaupun, nothing is perfect, pun tak boleh 100% confirm halal atau tidak sebab grey area.

    Semua yang cadang kat sini bagus idea, tapi implementasi mungkin susah. In future, when there are more middle class join, where the racials compositions of Malaysian employers are more diverse, you could also see the need domestic helpers and future case of abuses.

    Also you can't blame bad apples to whole group of people but I guess people tends to have a myopic and bias views.

    Kelong

    ReplyDelete
  61. Suara Timur11:42 PM

    kita perhatikan bila ada kes penderaan atau pembunuhan pembantu rumah, hanya majikan yang didakwa di mahkamah. Saya rasa ada perlunya agen pembantu rumah diheret sama kerana kegagalan mereka menjaga kebajikan pembantu rumah dan hanya menyerahkan bulat-bulat pada majikan. Ada ketikanya mereka tahu dan dapat merasakan pembantu rumah dianiaya tetapi hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa kerana takut rugi. Pernah seorang agen memberitahu seorang pembantu rumah asing yang diurusnya terpaksa bekerja teruk seorang diri dirumah majikan yang besar, dan beliau menyatakan tidak dapat berbuat apa-apa. Adilkah begitu. Kenapa ini terjadi. Amat menakutkan sekali bekerja sebagai pembantu rumah asing dalam situasi sedemikian. Hanya berserah pada nasib. Sedangkan agen sepatutnya bertanggongjawab atau dipertanggongjawabkan dalam menjaga keselematan pembantu rumah kerana mereka lebih tahu di mana dan kepada siapa pembantu rumah diletakkan.

    ReplyDelete
  62. Sdr langitbiru

    Menarik penjelasan sdr mengenai pentingnya IMAN dan ILMU bagi orang Islam dan ILMU bagi bukan Islam itu.

    Apa kata sdr sambung penjelasanannya dengan menjelaskan mengapa pula Allah memilih menurunkan Islam di kalangan orang Arab

    ReplyDelete
  63. Sdr langitbiru

    "Saya (langitbiru) tidak fikir, perlunya kita pertikaikan IMAN sumber kekuatan rohani, yang menterjemahkan kemurnianya dalam kehidupan seharian."

    Komen:

    1. Saya dah siang2 tekankan dalam komen saya ajaran/syariah Islam terbahagi kepada 3 komponen iaitu akedah atau iman, akhlak dan syariah yang setiap umat Islam bukan sahaja wajib mempelajari dan mengamalkannya, malah meseimbangkan penekanan ketiga2nya dalam kehidupan seharian. Makannya, saya tidak mempertikaikan fungsi iman dalam syariah Islam tersebut dan apa yang sdr cuba terangkan.

    Malah, dalam komen lain, saya turut tegaskan ajaran Islam diturunkan ke dunia ini demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia.

    2. Yang saya cuba bahaskan dalam konteks 3 komponen ajaran Islam tersebut ialah;

    a) mengenai non Muslim Barat yang, saya lihat, mereka seolah-olah hanya memerlukan komponen akhlak dan syariah tersebut untuk menjadi manusia 'baik'

    b) sebaliknya Muslim kita sahaja seolah2 memerlukan ketiga2 komponen ajaran Islam tersebut. Mengapa agaknya?

    ReplyDelete
  64. Anonymous10:53 AM

    Salam Dato,

    Untuk menyedarkan majikan tentang tanggongjawab terhadap pembantu, saya cadang majikan (suami & isteri)dimestikan hadzir kursus mungkin satu hari, macam kursus pasangan nak berkahwin.

    Untuk menentukan kesesuaian pembantu dengan majikan, adakan peraturan, dalam masa 6 bulan kalau tak serasi, pembantu boleh dipulangkan kepada agensi yang membawa masuk. Mungkin 1/2 kos dipulangkan kpd majikan.

    Orang Lama

    ReplyDelete
  65. "Setahu saya juga, part time maid amat popular di UK"

    Sdr Saji,

    Part time maid itu kebanyakannya dilakukan oleh student kita juga. Ia dah dikira mcm professional housekeeping service dan dibayar ikut jam. Undang2 buruh mereka jelas & rigid tak seperti di Malaysia. Kebajikan pekerja rakyat sendiri tak terjaga apatah lagi jaga warga asing..Nak dekat pilihanraya baru dengar2 guruh dilangit pasal kadar upah minima..hujannya tetap tak turun lagi juga.

    Kat Malaysia pun dah ada & popular servis begini. Dunia berubah.

    Lebih baik kaedah begitu dari maid yg duduk full time dirumah dan dilayan seperti hamba, bukan sekadar kemas rumah & luar rumah malah dikemas juga oleh tuan rumah..

    ("/)

    ReplyDelete
  66. abdullahngah3:57 PM

    Orang china mana yang nak bekerja sebagai pembantu, kerana kebanyakan yang datang itu bekerja sebagai pelacur.

    Atau dengan kata lain bekerja sebagai GRO yang pendapatannya lumayan sekali.

    Demikian juga orang Indonesia. Kebanyakan yang jadi pembantu rumah yang usianya sudah lanjut dan tak laku untuk melacur. Sebab itu mereka memilih untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

    Ramai yang masih muda terjun dalam bidang pelacuran yang sering kita dengar dilangkap oleh penguasakuasa maksiat.

    Maklumat yang saya dapat GRO dari media pendapatan GRO RM8,000 ribut hingga 11,000 sebulan.

    Bagaimana mungkin mereka mahu memilih untuk bekerja sebagai pembantu rumah yang berpendapatnya RM600. hingga RM 1,000 sebulan.

    Tak ada sesiapa yang hendak bayar lebih tinggi, kecuali mereka itu jadi hamba seks kepada majikan.

    ReplyDelete
  67. Anonymous6:50 PM

    Salam Dato',

    Izinkan saya relate kpd Sdr Saji:

    Komen Sdr Saji (9.12 AM)antar lain berbunyi:

    Komen:

    1. Isu rakyat seperti isu pemebantu rumah yang kita bahaskan ini merupakan cara orang politik pemerintah, mendapat 'keuntungan' politik, dengan maksud mereka segaja mewujudkan suasana bermasaalah atau tidak puas hati di kalangan rakyat yang darinya menyebabkan masyarakat menuntut mereka supaya mengambil tindakan tertentu terhadapnya yang biasanya disudahi dengan pengubalan dasar awam baru atau memperbaiki dasar lama yang tidak mempu mengatasi isu yang sama lagi. Apabila isu tersebut mereka dapat diselesaikan melalui pengubalan dasar awam baru tersebut mereka akan mendapat 'keuntungan' politk daripadanya.

    Saya rasa ahli politik kita, atau lebih khusus, politik pemerintah TIDAK cuba menjadikan isu-isu berkaitan pembantu rumah di Malaysia ni sesuatu yg mereka sengajakan supaya boleh kemudian kelak mengaut keuntungan politik. Pada saya masalah berkaitan pembantu rumah yg teraniaya/terdera/terbunuh adalah akibat pemerintah kita belum dapat menangani masalah secara efektif. Kita ada pembantu rumah "halal" dan ada pembantu rumah PATI. Masalah PATI pun belum terselesai apatahlagi satu sektor pekerjaan yg melibatkan PATI spt sektor pembantu rumah. Nampak macam tak cukup tangan atau tak cukup idea je atau salah keutamaan.

    Pak HJ JB

    ReplyDelete
  68. Najib said the Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima) would be launched next month to offer houses or condominiums in urban areas that were worth less than RM220,000 for those aged below 35.

    He said that a portion of land at the old Sungai Besi airport would be allocated for the construction of the units adding a developer had yet to be appointed.

    comment:

    Sorry Dato' to divert from your topic.

    I think I had suggested earlier the idea of the old Sg. Besi airport to be converted into medium cost houses or condominiums in your blog.

    I am glad Najib is planning to build Rumah Rakyat at the old airport. But just a portion of the land to be utilised is not good enough if the demand is great. It does not solve the problem of homeless city dwellers. The whole airport runway should be converted into a huge Rumah Rakyat Complex with all the facilities like schools, multi-purpose hall, lbrary, park, mosque etc..

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum pak Kadir

    Banyak cerita berkenaan pekerja asing ni, yang mati pon ramai di bumi Malaysia ini:

    1.Yang mati semase bekerja.
    2.Yang mati dibunuh:
    a.dibunuh oleh teman sendiri.
    b.dibunuh kerane menjadi perompak oleh polis.
    c.dibunuh oleh majikan.
    3.Menjadi mangse dera oleh ejen pekerjaan.
    4.Menjadi mangse dera majikan.
    5.Mendere majikan juge terjadi.

    Mengape semua itu terjadi?,mungkin kerane sifat KEMANUSIAN telah hilang pade diri manusia terlibat.
    Jika sifat KEMANUSIAN itu telah hilang atau tidak diberi nilai lagi, bermaksud manusia tersebut telah bertukar menjadi haiwan yang berwajah manusia.

    Ape yang boleh diharapkan kepade MANUSIA HAIWAN seperti itu?.Pade saye mereka mereka itu perlu diasingkan dari manusia normal,supaye nilai itu tidak berjangkit pula kepada yang lain,dan pade waktu yang same mereka harus diberi tunjuk ajar bahawa manusia ini BERADAP.

    ReplyDelete
  70. Salam dato,

    Apa yang penting semuanya mainkan peranan dengan ikhlas mengikut kapasiti kerja. Nak harap pemerintah... kalau satu penggal jadi Yb dah dapat kumpul duit berjuta, rumah besar dsb.. jgn haraplah semua masalah akan selesai..

    ReplyDelete
  71. Pak HJ JB


    "Saya rasa ahli politik kita, atau lebih khusus, politik pemerintah TIDAK cuba menjadikan isu-isu berkaitan pembantu rumah di Malaysia ni sesuatu yg mereka sengajakan supaya boleh kemudian kelak mengaut keuntungan politik. Tuan Pak HJ JB

    Pada saya masalah berkaitan pembantu rumah yg teraniaya/terdera/terbunuh adalah akibat pemerintah kita belum dapat menangani masalah secara efektif. Kita ada pembantu rumah "halal" dan ada pembantu rumah PATI. Masalah PATI pun belum terselesai apatahlagi satu sektor pekerjaan yg melibatkan PATI spt sektor pembantu rumah. Nampak macam tak cukup tangan atau tak cukup idea je atau salah keutamaan."

    Komen:

    Dari sudut isu dan konsep dasar awam, tanggungjawab ahli politik pemerintah mencari dan mencetuskan isu masyarakat untuk mereka atasi melalui pembentukan dasar awam dalam bentuk undang2, belanjawan, rancangan, projek dan program untuk tujuan dilaksanakan oleh kementerian yang akan dipertanggungjawabkan yang diketuai oleh seorang menteri yang diberikan tanggungjawab untuk memstikan dasar awam tersebut dilaksana hingga mencapai matlamat2 yang disasarkan atau tidak diselewengkan.

    Yang saya nampak, tanggungjawab ahli politik pemerintah bagi keperluan membentuk dasar awam khusus bagi keperluan mengimpot pekerja asing termasuk pembantu rumah sudah mereka laksanakan.

    Namun, tanggungjawab pihak kementerian terbabit dengan kakitangannya yang diketuai oleh seorang menteri itu untuk memilih mekanisme pelekasanaan dasar yang sesuai dan berkesan serta keperluan diubah2 dari semasa kesemasa dalam bentuk struktur organisasi, kemudahan dan peralatan, sistem dan tatacara yang diperlukan oleh kakitangan kementerian tersebut sebagai alat untuk menterjemahkan dasar awam tersebut kepada matlamat2 dasar awam yang disasarkan itu di sinilah letakannya kelemahan dasar negara atau lebih dikenali dengan masalah pelaksanaan (dasar). Namun, tidak dapat dinafikan berlakunya penelwengan dasar di peringkat kementerian atau pelaksanaan tersebut oleh sama ada kakitangan kementerian terbabit mahupun menteri itu sendiri.

    ReplyDelete
  72. Anonymous10:57 AM

    assalamualaikum...

    1. kerajan harus menjatuhkan hukuman seberat2 mungkin keatas majikan durjana ni. biar jadi pengajaran

    2. hentikan pembantu rumah muslim pada majika non muslim. tak perlu pertikai iman atau amalan mereka. selagi mana syahadah dipegang, selagi itu kita bersaudara

    3. shame on u abdullahngah!!

    4. saya tinggal 6 tahun di indonesia. apa yg saudara katakan adalah cuma sebahagian dari orang Indonesia. masih banyak yg pegang teguh pada islam. Shame on u!!

    5. cina malaysia bunuh maid indonesia. yang akan didemo, dimaki, dihujat nanti melayu malaysia..

    6. harusnya disebarkan fakta ini lebih luas..fakta bahawa yg pukul, bunuh maid indonesia adalah 100% non-malay..

    7. dan fakta bahwa pemimpin melayu islam kita gagal mempertahankan hak, nyawa pekerja muslim dari negara lain...

    8. kerajaan harus bertindak segera..majoriti rakyat indonesia membenci malaysi gara2 kes2 macam ni dan penerangan dari pihak kita pon cukup daif..

    9. orang cakap..nak tengok peribadi sebenar seseorang,tgkla macam mana dia layan orang di bawah/bawahan dia...tgkla org kita

    10. maka tak aneh kalau generasi2 akan datang kita perangai serupa jin dan musang...mak bapak pun macam ifrit dan setan..

    -adli-

    ReplyDelete
  73. Anonymous1:20 PM

    Lia said...

    Sepatutnya majikan2 yg ingin mengambil pembantu rumah ini diwajibkan menjalani sessi temuduga dan "aptitude test" (kalau boleh psychological test yg lain juga). Kemudian diketatkan syarat2nya. Kebanyakan majikan fikir, asal ada duit, semua pun boleh. Kita kena ubah mentaliti sebegini.
    Di pihak lagi satu pula, mereka perlu memberikan latihan dan certification utk tenaga kerja mereka, supaya tiada majikan yg memandang rendah seolah2 org gaji itu adalah hamba abdi. Kalau kita lihat, kes2 sebegini byk melibatkan org2 gaji dari negara2 tertentu. Tak pernah sy lihat kes org gaji Filipina didera. Mungkin kerana mereka itu adalah org gaji terlatih dan punya ilmu. Smp majikan pun naik segan nak marah.

    ReplyDelete