A Kadir Jasin
[SILA guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih]
FELDA Global Venturea Holdings Berhad (FGV) bukan Facebook Inc dan Mohd Najib Abdul Razak bukan Mark Zuckerberg.
FGV adalah syarikat Malaysia milik bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan peneroka serta kakitangan Felda.
Facebook, laman sosial siber terbesar adalah milik “computer geek” Zuckerberg. Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan computer geek sebagai gek komputar.
Computer geek adalah orang yang sangat pintar dalam hal komputer tetapi agak kekok dalam pergaulan sosial. Lebih kurang macam ulat buku atau book worm.
Zuckerberg adalah antara gek komputer terkemuka di dunia, tetapi dia nyata tidak kekok dalam perhubungan dengan khalayaknya. Bukan saja Facebook berjaya, tetapi sahamnya diberikan penarafan yang sangat tinggi sebelum disenaraikan di Pasaran Saham Nasdaq, New York.
Bagaimanapun, sejak saham-saham Tawaran Awam Permulaan (Initial Public Offering/IPO) Facebook itu diniagakan pada 25 Mei lalu, Zuckerberg yang didewa-dewakan itu bertukar menjadi “orang buruan”.
Pelabur Derita Zuckerberg Tetap Kaya
Dalam masa 10 hari sejak diniagakan, nilai saham Facebook telah merosot 25 peratus. Pembeli yang membeli dengan harga tawaran AS$38 (kira-kira RM121.60) telah kerugian AS$9.90 (RM30.40).
Nilai saham milik Zuckerberg pun merosot juga. Kekayaan beliau hasil IPO Facebook itu dianggarkan bernilai AS$15 bilion (RM48 bilion) berbanding AS$19 bilion (RM60.8 bilion) apabila IPO diumumkan.
Tidak hairanlah kalau beliau masih boleh berbulan madu dengan isterinya, Priscilla Chan, yang dikahwininya seminggu selepas IPO. Zuckerberg masih kaya raya dan bergembira dengan isterinya, tetapi ramai pelabur kecil dan besar sedang keluh-kesah kerana spekulasi mereka meleset.
Itulah realiti IPO. Sama ada ia dilakukan oleh Facebook, Freescale (yang ada kilang di Kelana Jaya), Spirit Airlines dan Lone Pine Resources di Amerika (yang semuanya jatuh apabila mula diniagakan) atau FGVHB di Malaysia, risiko tetap ada.
Dalam mengharapkan durian runtuh kerana percaya kepada apa yang diuar-uarkan dalam prospektus, pelabur hendaklah juga bersedia menghadapi ancaman dan risiko yang ada dalam semua bentuk pelaburan dan perniagaan.
FGV Jangan Jadi Macam Facebook
Hari ini, FGV mengumumkan prospektus IPOnya. Kalau Zuckerberg menjadi wajah dan jurucakap Facebook, Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak menjadi wajah dan ketua jurucakap FGV.
Beliaulah yang melancarkan prospektus FGV di ibu negara hari ini.
Namun saya menaruh harapan yang IPO FGV akan menjanjikan prestasi jangka pendek dan panjang yang lebih positif daripada IPO Facebook demi kebajikan pelabur, peneroka dan kakitangan Felda serta kita semua.
Saya juga berharap yang harapan Mohd Najib agar IPO FGV mencapai prestasi lebih baik daripada Facebook akan menjadi kenyataan.
Mohd Najib tentulah tidak memandang remeh prestasi pasaran FGV. Zuckerberg boleh pergi berbulan madu di Eropah kerana itu duit dia, tetapi Mohd Najib terpaksa berdepan dengan pengundi dan pembayar cukai yang mempunyai hak ke atas FGV.
Penyenaraian FGV adalah antara projek pra-pilihan raya Kerajaan Barisan Nasional.
Menurut Mohd Najib, FGV akan menjadi syarikat berasaskan kepala sawit ketiga terbesar di dunia dengan modal pasaran RM16.6 bilion.
Melalui IPO itu, FGV akan menawarkan 2.188 bilion saham atau 63 peratus daripada modalnya yang diperbesarkan pada harga tanda runcit RM4.55 sesaham.
Saham-saham itu ditawarkan kepada kepada institusi pelaburan tempatan dan asing, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
200.6 Juta Saham Khas Kepada Peneroka dan Kakitangan
Tawaran kepada pelabur runcit berjumlah 273.61 juta saham pada kadar RM4.55 atau dua peratus lebih rendah daripada harga tawaran institusi. Daripada jumlah itu, sebanyak 200.6 juta saham dikhaskan kepada peneroka dan kakitangan Felda.
Ini bermakna pelabur runcit diperuntukkan 73.61 juta saham sahaja.
Pembeli institusi boleh menjadi proksi kepada pihak-pihak tertentu dengan bertindak sebagai pemegang amanah.
Jadi “public spread” IPO FGV tidaklah besar dan pelabur runcit terpaksa bersaing untuk mendapatkan jumlah yang terhad itu.Mungkin inilah cara pemegang saham utama FGV mencuba mengekalkan penguasaan mereka ke atas syarikat itu sambil menjamin tidak berlaku pengambilan keuntungan yang berlebihan.
Mereka tentu mahu mengelakkan harga saham mereka daripada jatuh di bawah paras harga terbitan apabila mula diniagakan di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.
Mereka tentulah tidak mahu nasib malang yang menimpa Facebook berlaku kepada mereka kerana risiko perniagaan dan politik IPO FGV sangat tinggi bagi Mohd Najib dan kerajaan Barisan Nasional yang beliau pimpin.
Sama ada IPO FGV menjanjikan durian runtuh atau bertukar menjadi pohon durian tumbang, bergantung kepada kecekapan, inovasi dan sifat amanah lembaga pengarah dan pengurusan kanannya.
Dan sama ada saham FGV akan mendapat penarafan positif atau negatif bergantung kepada keyakinan pelabur terhadap pengurusannya dan terhadap masa depan ekonomi Malaysia dan dunia. Wallahualam.
Salam dato,
ReplyDeleteSaya yakin saham/syarikat felda ini berjaya tambah nilai didalam jangka 5-10 tahun dan seterusnya, KALAU DIURUSKAN dengan betui betui....
Ini kerana syarikat ini ada `physical products' dan ada produk produk baru.... dalam dunia ni orang makin ramai,makan makin kuat dan banyak, minum ayaq pun makin banyak,nak macam macam jenis makanan,minuman,`snacks' dll... produk produk felda banyak dalam kategori ni..
Nanti kalau depa buat polimer baru ka,minyak untuk `cosmetic-base' ka,
`heat-absorbing material' ka, `new gelatin' ka, `industrial grease' ka ,`universal polution-cleaner' ka, dll, tentu nilai saham tu naik lagi...
Nak banding dengan facebook ni susah sikit, facebook tu `leisure-and-pleasure virtual goods' dan `advertisement-driven revenue'... dalam kategori `harta khayalan'!.
Jangan lupa kisah dotcom bust tak lama dulu, sama modality juga..harta khayalan jugak.
Harap felda dapat buat pelabuhan, jalan lebuh raya,lapangan terbang,
jenakuasa elektrik besaq besaq, dan
`bukak' contract plantations diafrika ka, asia tengah ka,di negera cina ka,dll.
Lagi naik la kut dividen dan bonus PNB products( asb,asn,dan macam macam as,as,as),tabung haji, LTAT,KWSP dll dimasa depan nanti...
Kalu dah rugi juga lepas dah buat macam macam,itu la yang dinamakan
takdir,qada dan qadar la...BUT AFTER A MAXIMUM afford....
Berniaga tu macam tu la,ada masa untung,ada masa rugi, harap harap lebih banyak `masa untung'!..Tak gitu dato?
Abu Bakar Ab Rahman
bercakap pasal FELDA Global Venturea Holdings Berhad (FGV, teringat 10 buah syarikat di bawah permodalan nasional berhad (PNB) yang telah dilupuskan.
ReplyDeleteDari segi istilah "lupus" dihapuskan.
yang peliknya Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, akan dijualkan bumiputera yang berdayasiang.
Bagaimana bumiputera hendak membelinya sedangkan 10 syarikat itu sudah lupus.
Walaupun ada yang mengharapkan FELDA Global Venturea Holdings Berhad (FGV) akan mencapaikan kejayaan,tetapi bagi saya ia akan jadi senasib dengan PNB yang duar uarkan mampu membayar dividen yang tinggi kepada pemegang saham, tapi 10 syarikat dibawahnya lingkup.
Jadi kemakmuran rakyat yang diharapkan oleh Mohd Najib akan jadi realiti kepada pemegang saham yang besar saja.
Apatah lagi kemakmuran itu akan dikecapi oleh para pemimpin negara.manakala peneroka FELDA hidup dalam "keluh kesah".
mengapa tidak? seramai 112,000 peneroka telah dan sedang menunggung hutang tak kurang dari RM RM80,000.
Mereka walaupun dalam duit sebanyak RM 15,000, tapi hutang mereka tak kurang daripada RM80,000 setiap seorang.
Berapa banyak faedah yang mereka dapat dari penyaraian FELDA Global Venturea Holdings Berhad (FGV) itu.
Bagi saya ia memberi keuntungan kepada para pemimpin negara, bukan kepada rakyat. Apatah kepada para peneroka yang sudah lemas dengan hutang yang tidak pernah langsai sejak dulu itu.
Dato'
ReplyDeleteApa yang amat dibimbangkan ialah FGV ini semata-mata nak ambil modal tunai dan...ehem2...lepas ni kita joli..sepuas-puasnya hingga habis. Mungkin makcik pakcik felda tak faham atau tak mahu fikir lagi sebab ditimpa durian runtuh....
Berniaga yang dibuat oleh orang politik amat sukar bahkan hampir tidak boleh dipercayai...percayalah Dato'. Saya pasti jauh di dalam hati dan daya fikir Dato' ada perkara2 sebegini....
The Scribe
ReplyDeleteSalam Hoemat
Last Kopek For FELDA
(termasuklah lanun-bahasa pun tersenyum)
Bagus Dato masih ingat Sime
Bank mana yang sesuai pakai
range for felda - lanun's bid
2.80 - 3.20
all the best
mengharap pagar-pagar makan padi
maka pandai-pandailah bertuan-tuan sawah
bertaukeh-taukeh koporat
macamana lanun's bid boleh jadi?
dengan izin
(simple write to buy)
http://beritasemasa.com/bursa-malaysia-fgvh-listing-ipo
tanpa riba, mahaguru
fikir macam yahudi berniaga
apapun 'Pekan has decided'
smooth safe sailing, kata lanun-bahasa
Sekian
Beringas tulisan Dato kali ni ....
ReplyDeleteGoing for BROKE : Making history after the FACEBOOK flop or really pushing MALAYSIA of the face of any further GLOBAL IPO - da biggest flop in the world ...
Kalau kena TIMING EURO CRASH, melopong lah investor yang beli saham FGV ni nanti
Nasib SABUT timbul, Nasib BATU tenggelam .... tapi MALAYSIA ada submarine yang boleh terapong dan tak boleh tenggelam, sudah pasti lah terapong ....
Kenapa PASTI timbul,
Learning from the previous IPO or PROJEK-PROJEK PENGSWATAAN MEGA UMNO, kesemua nya ada BAIL OUT OPTION
BAILOUT Option:01 - Apa lagi ada KRONI UMNO yang banyak duit atau pinjam dulu duit PETRONAS yang kata akan bayar separuh dari keuntungan pada kerajaan
BAILOUT Option:02 - Dah tentu la, duit EPF + PNB + Tabung Haji,
BAILOUT Option:03 - Hah mestilah combination KHAZANAH + TEMASEK + CIMB Group
Jadi sudah pasti TAK akan jadi senasib FACEBOOK ... yang kesian JIKA foreign investor lari kalau Peranchis mengeluarkan RED NOTICE melalui INTERPOL
Nasib ..... Yang allahyarham Tun RAZAK buat investment ORANG MELAYU, anak jadi tukang pelingkup
OrangBaruLahir ... tak ada duit nak beli pun, kita ini selamanya melopong
Dato.
ReplyDeleteSayang sekali Dato tidak mengulas IPO Felda tapi hanya berminat supaya saham IPO Felda akan melonjak tinggi bila di sinaraikan.Mungkin Dato dapan saham Felda peruntokan MITI,sebab itu Dato hanya berminat akan harga saham nya.
Saya berani berkata di sini,apabila saham Felda di niagakan,harga hari pertama bila di sinaraikan ialah $5.20.Ini target market maker.Saya yakin ia akan tercapai kerana ada tiga Anchor pelabor yang amat pintar dalam manipulasi saham dan sebut sahaja nama mereka ramai pelabor mahu join bersama.Mereka ia lah tan Sri Quek,tan Sri Chua Ma Yu dan Pelabor yahudi yang paling rakus dari Pranchis L.Dreyfus.masing2 mereka mendapat 4.5% saham Felda,ia itu hampir 200 juta saham.
Dato saya hanya kesian Penoka Penoroka Felda yang kena anaiya .Mereka orang kampong yang tidak tahu sepak terajang dunia korperat.
!.tanah mereka hanya di bayar sewa oleh Felda Global $70 satahun untok satu ekar untok tempoh 99 tahun.($250 juta satahun untok tanah keluasan 880,000 ribu ekar)Satu penipuan yang amat ketara.Jika kita memileki kebun kelapa sawit sekarang hasil satu ekar untok satu tahun ia lah $1,400.MashAllah.
Peneroka2 felda yang mempunyai tanah di kawasan bandar saperti Selangor,johore dan N,Sembilan nilai tanah mereka satu ekar ialah antara $500 ribu dan sampai $1 juta>Ini bermaana mereka tidak ada lagi kebebasan untok memajukan tanah mereka yang mahal ini.
Sabayak l00 ribu ekar tanah reserve Melayu dibawah Felda juga tergadai.
Oleh kerana felda Global mendapat pajakan tanah ladang Felda ini bagitu murah saya tak nampat kenapa harga saham felda tidak boleh melonjak tinggi bila di sinaraikan.
Salam Melayu mati kerana melayu tamak.
Salam hormat DAKJ,
ReplyDeleteDalam dunia perniagaan risikonya bertimbun. Tapi jangan lupa "pulangan" 9/10 dalam Islam.
Tapi orang kita selalu berdamping dengan ketakutan iaitu "rugi".
Walaumacam mana pun bergantung kepada usaha seseorang penaraju yang "jujur" dan mempunyai kepakaran....Jangan jadi "MAS" kedua dalam FGV atau "PROTON" dalam FGV.
Wallahualam.
Dato.
ReplyDeleteBicara soal FGV.
Kita kena ambil sikap positif.Biasalah dalam saham dan urusniaga tentu ada risiko nya.
Bila baru nak mula sesuatu itu tak sunyi dari suara sumbang dan sumbing.
Sejarah Felda masa nak mula dulu pun macam ini lah juga cerita.Berapa ramai yang cabut lari kerana tak tahan.Katanya hidup dengan harimau dan gajah.
Banyak benda kita semua negatif kerana bimbang dan ragu.
Dulu pun masa nak buat jambatan Penang apa DAP tak kata.Sekarang tak cukup nak lagi satu.Tengah dok buat.Siapa pun tak komen kata nak rugi atau tak sesuai.
Atau pun kerana jambatan itu dibuna zaman DAP jadi kerajaan Penang.
Sebab itu MCA/DAP/Gerakan mimpin mereka serupa dan selari.
Yang amat kalut ini Melayu.
Politik pun kalut.
Ekonomi pun kalut.
Pelajaran kalut.
Ugama Islam pun kalut.
Pasar malam pun kalut.
Yang penting orang Felda kena satu hati tanpa kira jenis apa fahaman politik mereka.Waraskan fikiran untuk mambuat kritikan demi masa depan dan keutuhan Felda.
FGV kena telus dan jangan ada rasuah dalaman atau luaran.
FGV mesti diuruskan oleh yang ada kepakaran dan ada ilmu yang mantap dalam bidang berkenaan.
Elakan amalan kroni dalam pengurusan tertinggi FGV nanti.
Orang Felda bila senang atau dapat nikmat jangan lupa pada yang menberi rezeki.
Dugaan ,cabaran,jatuh bangun ,risiko tetap ada dimana-mana.
Berdoa lah semoga semuanya selamat sejahterta orang Felda/Melayu.
Terima kasih.
The Scribe
ReplyDeleteSalam Hormat
Dengan Izin
Kudos - Zuckerberg's Timing
(orangbarulahir ishak collateral)
BAILOUT Option:02 - Dah tentu la, duit EPF + PNB + Tabung Haji
Peneroka2 felda yang mempunyai tanah di kawasan bandar saperti Selangor,johore dan N,Sembilan nilai tanah mereka satu ekar ialah antara $500 ribu dan sampai $1 juta>Ini bermaana mereka tidak ada lagi kebebasan untok memajukan tanah mereka yang mahal ini
Fikir Lanun-Bahasa Fragmentasi
fikir fikirkan Halal Trade
Mega Islam Bank antaranya
China and Japan has direct currency exchange:
Harap TSNor MY senyum lebar macam
si-joker dalam cerita batman
kenapa perlu bailout kalau invest?
soyabean pun bagus mainan komoditi
isu - macamana anglophile mampu
pandai look east?
Halal Trade Exchange Dubai?
TSNor MY joker in the pack
timing itu penting
maka perang ekonomi bermula
yahudi berniaga semacam china berniaga
di mana-mana sahaja
mana ada euro crash
cuma a greek problem
- volatility in middle east
putin in kremlin
negara maju kenal rakan dagangnya
mahir mainan ekonominya
maaf, fragmentasi
Salam Takzim
Pembahas Ishak, antara lain, berkata: ".Mungkin Dato dapan saham Felda peruntokan MITI,sebab itu Dato hanya berminat akan harga saham nya."
ReplyDelete1. Saya tak dapat saham FGV. Satu laporan akhbar berkata hanya syarikat Bumiputera dengan modal RM13 juta ke atas saja akan ditawarkan saham FGV. Saya tak layak.
2. Namun, seperti IPO lain yang berdaya maju, Insya-Allah saya akan cuba. Ini memang cuba nasib sebab peruntukkan kepada pelabur runcit sangat kecil.
3. Mengenai pajakan tanah peneroka atau penggunaan mana-mana aset yang sah dimiliki peneroka atau koperasi mereka, itu adalah hak mereka. Kalau mereka setuju, siapalah saya hendak kata jangan.
4. Lagipun, sudah tidak ramai peneroka asal yang masih hidup atau cergas. Jadi kenakah dicari jalan bagi menjamin kelangsungan serta daya maju tanah yang mereka miliki.
5. Lagi pun kalau ada hal yang tak kena dengan IPO FGV, masakan begitu ramai anak peneroka Felda yang dah jadi profesor, akauntan, ekonomis, doktor, peguam dan arkitek tak buat apa-apa atau tak tahu.
6. Yang kita perlu pastikan ialah pengurusan Felda/FGV telus, cekap dan amanah. Kita tidak mahu tragedi Sime Darby, Sime Bank, Bank Bumiputra dan seumpamanya terjadi kepada Felda/FGV.
Terima kasih.
Assalamualaikum..pak Kadir
ReplyDeleteSaya bukan pakar ekonomi yang mampu buat analisa,dan bukan juga ahli peneroka Felda atau generasi ke 2 atau ke 3..hehehe
Tapi ingin juga turut bicara kerana merasakan Felda adalah kelansungan kemampuan kaum Melayu malah Malaysia mengharungi persada dunia yang semakin hari semakin mencabar.
Jika kita perhatikan bagaimana mantan PM kita Tun M memacu negara?, kalau itu bolih dijadikan contoh, tetapi contoh itu telah tebukti bukan?, mengapa tidak, PM sekarang mengikut jalan yang telah dirintis olih orang terdahulu.
FGV ingin untuk menjadi pemain terbesar dalam industri pemakanan yang mendapat pengiktirafan halal terbesar dunia, jadi kita perlu menyediakan segalanya yang bertaraf dunia. Rakyat perlu memberikan sokongan tidak berbelah bagi terutamanya kaum Melayu, khasnya para peneroka Felda itu sendiri.wallahualam.
Salam Dakj
ReplyDeleteAntara ungkapan PENEROKA FELDA dengan PESERTA FELDA:
1. Arwah ayah saya dalam umur belasan tahun datang ke Tanah Melayu dengan bapanya bersama2 keluarga lain dari Pulau Jawa menaikai kapal laut untuk membuka tanah hutan dara di sekitar kawasan Gersik, Muar Johor untuk dijadikan kebun getah.
2. Menantunya yang berkawin dengan kakak sulong saya semasa berkerja sebagai penoreh getah di estet Orang Putih di sekitar Keluang, Johor menerima tawaran Kerajaan untuk menjadi PENEROKA/PESERTA Tanah Rancangan FELDA Cemplak, Labis, Johor dengan tanaman pokok getah. Masa itu pokok getah sudah berumur 2 tahun yang memerlukan kerja2 penjagaan sahaja.
3. Siapa PENEROKA siapa PESERTA?
...SAJI
Dato.
ReplyDeleteSaya kenal rapat dengan Tan Sri Razali,Pemilek Puncak Niaga.Dia merupakan anak Felda yang berjaya dan Peguam.Ia juga Pengerusi NGO Bapak.
Bila saya beranya mengenai Felda IPO dia mengeloh panjang.Dia kata dia sudah membawa perkara itu kapada Najib dan TS Isa.Mereka sedar tapi mahu juga meneruskan dengan Listing itu.Tan sri berkata ramai peneroka Felda tidak berpuas hati.
Saya juga berjumpa dengan kawan saya dari Pahang.Namanya Malim.dia saorang Engineer.Dia mengeloh dengan perkara yang sama.Saya bertanya kenapa orang Felda tidak berdemonstrasi.Dia berkata orang Felda bila di beri wang,mereka jadi lemah.Sikap oang Felda dari dahulu jika di beri baja ia jualnya,bila di bei racun tanaman juga ia jual,Buah kelapa sawit dia akan curi dan jual kapada orang luar,bagitu juga dengan getah.
Dia idak nampak IPO ini akan berjaya,bila orang Felda tidak berkerjasama semua nya akan lingkup.Felda bukannya estate,Mereka ada mandor.Di Felda Manager nya pun dua kali lima.
semoga melayu berjaya
ReplyDeleteSalam Dato' dan Pembahas
ReplyDeleteMengenai tawaran permulaan IPO saham FGV ada beberapa persoalan yang perlu difikirkan.
1. Para peneroka/peserta felda faham/tahu atau tidak mengenai kaedah/sistem jual beli saham.
2. Adakah mereka memahami risiko dan pulangan yang bakal diterima daripada pegangan saham berkenaan atau sekadar mengikut halatuju samasa.
3. Kenapakah pihak yang bertanggungjawab tidak memberi penerangan yang jelas dan mencukupi bagi memastikan semua peneroka/peserta yang bakal memiliki saham dapat membuat keputusan dengan tepat.
4. Adakah terdapat sebarang "agenda tersembunyi" dalam penawaran ini.
wassalam
Pak Engku
Salam Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteIPO atau penyeneraian dilakukan untuk antara dua (2) tujuan iaitu:
(1) modal atau capital untuk berkembang; atau
(2) cash-out oleh para pelabur asal (initial shareholders); atau
(3) kedua-dua (1) dan (2) diatas.
Tiada sebab lain untuk IPO.
Persoalan saya dari dulu hingga sekarang...
Adakah FGV betul-betul perlukan IPO tersebut..?
Saya dah baca secara cursory prospektus FGV dan saya tidak yakin akan alasan-alasan yang diutarakan dan saya juga tidak yakin harga RM4.55 berpatutuan...
Sekian.