A Kadir Jasin
SELARAS, selari dan seia dengan dakwaan yang kerap dibuat oleh pembahas blog ini iaitu rakyat Malaysia sudah cerdik, sudah dewasa dan sudah matang, maka saya membuat kesimpulan bahawa mereka juga sudah bersih, sudah berani dan sudah telus.Selaras, selari dan seia dengan sifat bersih, berani dan telus mereka itu, maka saya membuat kesimpulan seterusnya bahawa pembahas blog ini tidak takut lagi untuk telus dan berterus terang.
Atas kesedaran itu, saya membuat keputusan tidak akan melayan lagi komen yang menggunakan label “anonymous” walaupun pembahas memberikan nama di awal dan penghujung ulasan mereka.
Kalau para pembahas lihat di bawah kotak ulasan, para pembahas akan nampak ada empat pilihan di situ – (1) Google Account (2) OpenID (3) Name/URL dan (4) Anonymous.
Mulai tampalan ini, pembahas diminta memilih antara 1,2 dan 3 saja. Anonymous, sama ada bernama atau tanpa nama, tidak akan dilayan lagi. Lagipun, blog kita ini pun sudah enam tahun. Mengikut usia blog, enam tahun sudah cukup dewasa. Jadi saya andaikan yang para pembahas kita pun sudah dewasa dan oleh kerana itu sudah cukup berani dan telus.
Apa yang hendak kita takutkan sangat sehingga menggunakan nama samaran pun tak berani. Lagipun, kalau kita guna Google Account, OpenID dan Name/URL, komen kita lebih selamat kerana orang lain susah sikit hendak curi identiti kita. Yang jahat dan suka baling batu sembunyi tangan, dia akan cuba juga.
Misalnya, dalam kaedah sekarang di mana ramai pembahas menggunakan label “anonymous”, pencurian identiti boleh berlaku atau timbul syak sangka mengenai identiti pembahas tertentu.
Contohnya, ramai mendakwa pembahas Anonymous/Din klang dan Anonymous/OrangBaruLahir” adalah pengulas yang sama atau identiti Din klang dicuri oleh beberapa orang lain.
Daripada pendakwa Kepada Pembela
MENGENAI isu pula, saya hendak sebut sikit berkenaan bekas Peguam Cara Kanan II Mohd Yusof Zainal Abiden yang gagal dalam pendakwaan sodomi 2 Anwar Ibrahim menyertai pasukan yang akan membela beliau dalam kes langgar perintah mahkamah berkaitan demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Ketua Pembangkang Parlimen itu menyifatkan penyertaan Mohd Yusof dalam pasukan pembelaan beliau sebagai kemenangan simbolik.
Adalah sangat menarik melihat seorang bekas pegawai undang-undang berjawatan tinggi dalam kerajaan yang terbabit mendakwa Anwar tiba-tiba bertukar haluan menjadi pembela beliau pula selepas tidak berapa lama bersara.
Mungkin itulah keistimewaan perbicaraan kes sodomi 2 Anwar di mana Mohd Yusof jadi pendakwa yang berkesudahan dengan pendakwa kalah dan Anwar menang.
Peristiwa ini juga membuktikan kefleksibelan kerjaya guaman. Ada masa dakwa yang dituduh dan lepas itu bela dia pula. Soalnya, kalau Mohd Yusof gagal dalam pendakwaan terhadap Anwar adakah dia akan berjaya dalam pembelaan Anwar?
Siapakah yang lebih baik untuk menilai peguam kalau bukan peguam yang lain. Maka berkatalah peguam Amerika, Melvin “Bellicose” Belli: “ There is never a deed so foul that something couldn't be said for the guy; that's why there are lawyers.’
Diterjemahkan ke bahasa Melayu, ia berbunyi lebih kurang: “Tidak pernah ada perbuatan yang begitu jahat sehingga tidak ada sesuatu yang boleh dikatakan (bagi membela) orang yang melakukannya; sebab itulah ada orang (yang bergelar) peguam.”
Dan penulis terkenal Amerika, Ambrose Bierce pula berkata: “Lawyers are one skilled in the circumvention of the law.” Dalam bahasa Melayu, peguam adalah seorang yang pandai mencari jalan untuk memintasi undang-undang. Wallahualam.
setuju tok..
ReplyDeleteDato.
ReplyDeleteMenarek sekali apa yang berlaku.Saya kenal sdr Yusof dari university.Saorang yang lurus dan baik hati.Ramai yang terkejut dengan tindakan dia tapi saya rasa ia tidak akan buat jika itu satu kesalahan dalam proffesion Peguam.Kenapa kita hendak marah kapada dia kerana dia sekarang merupakan peguam bebas.
Kenapa Najib tida menawar kapada nya Jawatan Hakim salepas ia bersara.Atau koncession highway saperti yang di beri kapada. Zaki.
Bagaimana pula engan tindakatan Tun Hanif XIGP salepas besara tak sampai satu bulan menjadi pengarah Genting sariat perjudian terbesar dan di baar bonus 7juta ringgit ?
Salam Dato'
ReplyDeleteMari jadi orang berani.....
saya sokong kerana kita bukan dalam zaman Jepun.....dengar radio sorok dalam tempayan beras......saya bukan ada lagi pun masa itu....tapi wayang P Ramlee banyak kebenarannya....
Bekas penjawat awam yang ketuai pendakwaan kes liwat pemimpin pembangkang dulu itu mungkin tidak 100% hatinya ketika itu....hakim pun sama....isu DNA tidak boleh confirm untuk dibawa jadi bukti.......yang kita tengok CSI, NCIS,Hawai-5-o, National Geographic-Forensic, Crime Investigation itu apa bendanya....USM pun ada course Forensic.......MALAYSIA BOLEH!!!...jadi bahan lawak jenaka kat kedai kopi...opss...CAFE lah kalau kat KL ini...kedai kopi kat Cerok Tok Kun, Simpang Pertang, Hulu Tembeling, Changkat Jering, Bario, Paitan ada lah....
Saya faham dan setuju dengan "pembahas" yang curi nama saya dengan menggunakan pilihan ketiga iaitu Name/URL.
ReplyDeleteDalam tulisan saya, saya pun dah kata "Yang jahat dan suka baling batu sembunyi tangan, dia akan cuba juga."
Jadi seelok-eloknya cubalah buka Google Account dan OpenID.
Terima kasih
Peristiwa ini juga membuktikan kefleksibelan kerjaya guaman. Ada masa dakwa yang dituduh dan lepas itu bela dia pula. Soalnya, kalau Mohd Yusof gagal dalam pendakwaan terhadap Anwar adakah dia akan berjaya dalam pembelaan Anwar?
ReplyDeleteSalam Dato' ,
Saya berpendapat peguam adalah satu profession yang sangat unik.
Persoalan yang lebih penting adalah apa kes yg didakwa dan apa kes yg di bela oleh si peguam, bukannya siapa peguam yang berada dipihak pendakwa atau pihak yg membela.
Kes itu sendiri yg memberi gambaran kredibiliti individu peguam tersebut....Wallahualam.
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya `tetamu' kat sini, saya hormat dato sebagai `tuan rumah' kena ikut `houserules' la..baguih la dato, buat macam tu, patut awai sikit lagi dah buat dah macam tu....!
Pikiaq mungkin senang,tulis mungkin senang,cakap lagi la senang,nak buat(act) susah kut ni.sebab kena berani.Berani
sikit ka,berani banyak ka tak pa, asaikan berani......MUSIM MELAYU MELAYU kena berani dah sampai dah la ni....
Sebagai ``Amicus Curiae' - (Latin `friend of the court'). elok sangat
kita tau sikit sikit hai loyar loyar ni...
Elok tau sikit hai hai `The Prosecutor's Fallacy' dan `Defense attorney's fallacy'..
The prosecutor's fallacy is` the name given to a mistaken assumption about probability unfavourable to the defendant in the context of a trial. It results from ASSUMMING that the prior probability that a piece of evidence would implicate a randomly chosen member of the population is equal to the probability that it would implicate the defendant'..dalam kes sodomi 2 tu bukti air mani/DNA.
The Defense Attorney's Fallacy is to focus on the unlikelihood of an event while neglecting other available information that makes the event more likely...
Tengok la nanti, apa cerita depa, mungkin kena pakai videographer expert ka,sign language expert ka, sound engineer ka,lucasfilm engineer ka, waltdisney expert producer ka,apa ka dll..
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang gagal dalam pendakwaan sodomi 2 mungkin dah kena `jinx' `prose-cutor's fallacy' ...
Kali ni tak tau la lagi, kalau kena `jinx' dua kali mungkin elok pi tulis memoir panjang panjang laa no...
YANG saya tak tau ialah...can a lawyer `acts' on the same client on 2 separate occasions, while being on prosecution team in one court case and in the defense team on the other, with history of losing the first case.....
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato..
ReplyDeleteMengikuti perbicaraan Sodomi 2,kita tidak dapt lari dari membuat anggapan bahawa betapa lemahnya sains penyiasatan kita atau mungkin kita boleh kata lemahnya pegawai yang melakukan penyiasatan itu.Kegagalan untuk mendakwa Anwar pada pendapat saya bukan terletak pada pendakwa tetapi bahan bukti dah kaedah penyiasatan itu sendiri tidak kedap udara(air tight).Ini mungkin juga sabotaj secara senyap pengawai-pegawai penyiasat yang mungkin tidak bersetuju atas pendakwaan itu tetapi untuk pihak AG meneruskan kes itu kelihatan pandir(folly].Satu kelalaian paling teruk bagi saya dalam kes itu adalah rantaian bukti{chains of evidence]yang mana sampel yang diambil disimpan lebih 90 jam tanpa diproses.
Tetapi mengulas mengenai isu itu,tidak dapat kita lari juga dari pembebasan dari tuduhan rasuah beberapa profil tinggi yang mendapat liputan kecil sahaja oleh MSM seperti Dato Kasitah Gadam,Dato Saidin Thamby dan banyak lagi.Terbukti pembebasan Anwar,yang masih akan dirayu kesnya adalah tidak sebebas mereka ini yang kebanyakkannya dibebaskan oleh mahkahmah rayuan.Sekali lagi dimanakah kelemahnya Dato?
Pendapat saya yang naif.
Idrisfaizal
Rakyat pun makin keliru jadinya. Kalau dalam politik, tak mustahil kawan jadi lawan. Ini dalam profesyen kehakiman, ia buat ramai orang garu kepala. Bila nak komen berkenaan kes liwat yang lepas, takut ditafsir menghina mahkamah.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun Anwar (bukan Yusof sendiri) siang-siang lagi dah kata dia difitnah dan penyertaan Yusof dalam pasukannya sebagai tanda dia pun tak percaya Anwar menyetubuhi dubur Saiful. Ini boleh ke ditafsir sebagai menghina mahkamah ataupun memang Anwar tidak peduli implikasinya?
Nampaknya usaha nak merayu keputusan oleh pendakwaraya pun sejuk begitu sahaja.
Rakyat terus keliru dan semakin keliru dengan wayang peringkat kebangsaan ini.
Pembaca dan pembahas mungkin berminat membaca lebih lanjut berita berita berikut:-
ReplyDelete"New York Senate bill seeks to end anonymous internet posting.
"A new bill in New York would require anonymous posters to verify their IP and personal addresses.
"Introduced by New York State Sen. Thomas F. O'Mara (R—Big Flats), S6779 would require that any anonymous post online is subject to removal if the poster refuses to post — and verify — their legal name, their IP address, and their home address."
Terima kasih
Pembaca dan pembahas boleh juga membaca mengenai pendakwa yang bertukar menjadi pembela daripada blog guaman beralamat http://cynthiahenley.blogspot.com/2009/02/prosecutors-becoming-defense-lawyers.html.
ReplyDeleteKata puan punya blog itu, Cynthia Henley dalam posting 20 Feb. 2009 bertajuk "Prosecutors becoming defense lawyers (PNDL)"
"This ought to stir the pot. I'll be a bit less specific than I was on HCCLA's site a while back, but my feelings surrounding the same general subject haven't changed. My experience today just reinforced my thoughts. My first appearance on a new case & I see a former prosecutor who is now a defense lawyer - not by choice I'm told (and I certainly believe given the attitude I've always seen exhibited by PNDL1 - prosecutor now defense lawyer 1 - this specific PNDL.) Of many prosecutors who have become defense lawyers recently, this particular change is, to say the least, shocking. My experience with PNDL1 is nothing but bad - no, it is BAD (all caps). I know for a fact that Brady (exculpatory) information was not disclosed dispite a specific request in a case I tried. (Interestingly, 3 prosecutors had their hands on it and never turned it over - that is another story itself.) My thought on PNDL1 was definitely career ADA - natural born killer, or if ousted, PNDL1 would become a civil lawyer. So, given some of my recent HCCLA comments in which I was extolled to "give a chance" to the PNDLs (and some, like Murray, I have never doubted. In fact, I tried a case against him many moons ago & thought he would soon be a defense lawyer - I was years off unfortunately for the defense.) But I digress. At the urging of some fellow long time or only been defense lawyer (LTers), I thought I'd be open-minded, listen (while taking notes - we still aren't getting copies of offense reports as promised - another story) & watch. It didn't take 10 minutes for PNDL1 to come out of the holderover where prisoners are kept & loudly bad mouth client's claim of innocence for all to hear, and expound upon why it just couldn't be true. When the blabbering continued, I moved across the room trying to avoid the confrontation I wanted to start about the "defense" being provided by PNDL1. I'll keep this short, as I plan to do with all my blogs, but I'll share this - my client noticed & heard, & talked to me about how bothered he was by the blabbering, asked if PNDL1 was a prosecutor, and expressed his appreciation of my feelings about the kind of representation PNDL1 will be giving to current and future clients. There are just some people who CAN'T defend - not that they could not do a great job because they have years of experience & training - but the mindset is WRONG. So, what can be done? I put this out for discussion & comments because I have suggestions but would like to hear the thoughts of others."
Komen saya, kita tengoklah prestasi Mohd Yusof pertahankan Anwar dan pesekongkolnya.
Terima kasih.
Datuk, keberanian datang dari dalam, bukan dari kelompok atau suara siasah. menjadi berani terlalu sukar jika kita hanya melihat kulit sahaja
ReplyDeleteSalam Dato'.. oleh kerana saya bukan lawyer.. mungkin tak berapa faham apa yang berlaku.. saya cuma cakap apa yang saya rasa..
ReplyDelete1) Peguam adalah kerjaya profesional.. dia dibayar upah untuk menjadi pembela dalam perbicaraan mahkamah.. kalau kena dengan upahnya.. tak kira apa kes pun.. apa salahnya dia membela DSAI?
2)Datuk Yusof membina kerjaya yang begitu lama dalam perkhidmatan awam.. sebagai pendakwa.. setelah begitu lama menjadi pendakwa apa salahnya dia menjadi pembela pula.. tak kira apa kes pun.. asal kena dengan upahnya..
3) Datuk Yusof telh begitu lama berada dalam kerajaan.. pengalaman beliau begitu luas.. tetapi hanya dalam lingkungan pihak kerajaan sahaja.. apa salahnya dia mencari pengalaman baru di luar skop kerajaan.. sebagai pembela pula..tak kira apa kes pun.. asal kena dengan upahnya..
Sekian..
Dato'@ Dato' Mohd Yusof sekarang telah bersara dari perkhidmatan awam . Beliau sekarang seorang peguam yang layak mewakili siapa sahaja. Kita harus berperangsaka baik bahawa Dato' Mohd Yusof tidak ada sebarang agenda tersembunyi.
ReplyDeleteKemungkinan sepanjang perjalanan kes pendakwaan Sodomy 2, DSAI telah membuat penilaian keterampilan Dato' Mohd Yusof sebagai seorang peguam. Siapa sahaja akan mengambil seorang peguam yang terbaik untuk mewakilinya bagi mempertahankan kes yang boleh menentukan masa depan politiknya.
Pertuduhan yang sedang dihadapi oleh DSAI sekarang sekarangnya disabitkan kesalahannya boleh membawa implikasi masa depannya dalam politik.
Dari segi Kerajaan, ini boleh memberi tenggapan kepada dunia luar bahawa Malaysia mempunyai sistem perundangan yang amat bebas dan telus. Seorang pendakwa yang berhempas pulas selama dua tahun, apabila bersara dari perkhidmatan Kerajaan boleh berada dipihak yang ditudoh sebelumya atas sifat sebagai seorang professional peguam bela. Juga boleh memberi tahu dunia luar bahawa tidak sabarang konspirasi politik dalam pertuduhan kes Sodomy 2. Dari segi politiknya, nampak seolah DSAI yang rugi.
Rakyat sudah faham peranan peguam bela kerana Karpal Singh sendiri dahulunya musoh politik DSAI dan pernah menudoh di Parlimen yang Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Umno harus bijak menangani isue ini supaya tidak diputarbelitkan oleh Parti lawan saperti mereka putarbelitkan isue PTPTN. Sabuah Tabung yang banyak berjasa kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederharna, telah diputarbelitkan seolah-olah Tabong itu berperanan menghisap darah pelajar-palajar yang membuat pinjaman.
Iklas,
Rahim
dato adalah idola baru saya. kenapa sekarang baru saya perasan blog dato ni? penulisan2 dato lebih ke arah percambahan minda dan saya sangat meminati pandangan dan idea dato. teruskan menulis dato, saya sokong dari jauh...
ReplyDeletehttp://buasirotak.blogspot.com/
rani kena berani, bak kata perpatah berani kerana benar dan takut kerana salah.
ReplyDeleteOleh itu, kesimpulanya manusia terbahagi kepada dua.
Jahat satu pihak dan baik satu pihak.
Kalau ulamak ada yang jahat dan ada yang baik, apalah sangat orang awam.lagi teruk dan buruk.
Mengikut kaedah agama yang diajar oleh Rasulullah SAW dari atas muka bumi ini kita kena pilih antara dua, syurga atau neraka.
Sejak dulu hingga hari kebanyakannya lebih ramai yang memilih neraka berbanding syurga.
Kita suruh buat yang keruh ambil yang jernih, tetapi ramai yang pilih ambil yang keruh buang yang jernih.
Namun demikian ramai yang berani buat jahat dan takut buat baik, sedangkan buat baik dituntut oleh agama dan buat jahat dilarang sama sekali.
Yang paling parah lagi ramai yang tak mahu jadi hamba Allah sebaliknya tersangat gemar jadi hamba syaitan sehingga tak kisah digelar sebagai pengkhianat agama negara dan bangsa.
Datuk,
ReplyDeleteSebenarnya peguam tidak boleh sewenang-wenang mewakili anak guam yang lain dengan menentang bekas anak guam. Peguam masih tertakluk kepada keistimewaan peguam dan anak guam(klien).
Apa yang berlaku disini berbeza. Peguam kerajaan yang dahulunya Penolong Pendakwa Raya telah berhenti dan kini mewakili anakguamnya yang pernah didakwanya semasa dalam kerajaan.
Pendakwaan semasa dalam tugas kerajaan tidak diambilkira dalam keistimewaan tersebut.
Selepas ini peguam tersebut tidak boleh mewakili anak guamnya yang lain dalam membuat tuntutan sivil ke atas anakguamnya, Dato Seri Anwar.
Dato.
ReplyDeleteEmpunya cerita Dato Yusop jadi loyar Anuar Ibrahim pula.
Saya rasa dalam dunia loyar ini adalah perkara biasa.Tak ada luar biasa.
Lagi pun dia bukan beri khidmat free.Ada bayaran kos yg istimewa agaknya.
Duit pun dapat nama pun hebat.
Saya masih yakin dengan kebijaksaan Hakim yang berlaku adil didunia ini.
Kita semua jangan kalut.
Rakyat pun sudah profesional.
Apa nak buat.Kes kecil sahaja.Cuma yg hebat bela orang BESAR.Maka loyar pun kena hebat jugalah.
Dunia Dato.Ada pyulus semua ok.
Apa hal kalau rakyat biasa yg kaya dgn kemiskinan.
Siapa jadi tuan bela mereka.
Terima kasih.
...
ReplyDeletelupa pulak... tapi pernah terbaca..
"...nak cari lawyer yang jujur seperti kita mendengar cerita UFO.."
tepat !
dato'
ReplyDeletesekarang ni kemenangan simbolik kepada si nuar, tetapi apabila si usop tukar fikiran adakah ia akan jadi kekalahan simbolik atau konspirasi simbolik.
usabukata
Dato' AKJ
ReplyDeleteGulungan karyawan of exact science, saperti (1) doktor, silap potong, pesakit mati (2) suruh ingenieur reka jambatan, silap kira kira, jambatan roboh (3) suruh arkitek rekabentuk pencakar langit, voila- Petronas Twin Tower.
Gulungan karyawan of non exact science, (1) suruh Akauntan,MBA's , buat feasilibility dan viability studies, future returns,semua cantik belaka , tapi...(2) suruh loyar present kes, no problem, kita lawan., misti boleh menang punya!
Di sini saya nak sikit bantuan, ulama, mufti , karyawan exact or non exact science?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan pembahas yang saya hormati. Apa yang hendak ditakutkan jika kita berkata apa yang kita tahu adalah benar dan tidak fitnah,
Kita hendaklah terus majuke hadapan dan tidak mengungkit perkara yang sudah berlalu. Mahkamah sudah membuat keputusan maka kita terimalah keputusan tersebut. Jika tidak bersetuju kita buatlah rayuan.
Raja Abdul Rahman bin Raja mohammad Dain
Pj
The Scribe A Kadir Jasin
ReplyDeleteSalam Hormat
Bilakah pendakwaan bermula?
Siapalah yang 'konekburst' yang uruskan pendakwaan kes Bersih3.0?
Baik sangka: Banyak orang sudah fed-up dengan BN.
'konekburst' itu cara Pekan berfikir: patutlah dia kawin orang minang itu.
Maaf.
Salam hormat DAKJ
ReplyDeleteMemang aneh ..penguam boleh jadi pendakwa dan boleh jadi pembela ..tapi cuma tidak serentak.
Walau macam mana bijak pun, penguam itu adalah manusia. Bernafsu dan mempunyai jiwa.
Peguam adalah satu kerjaya. Nak juga pitih. Nak juga kaya. Nak juga berpolitik.
----------------------------------
rahimlpp@yahoo.com said.
"Rakyat sudah faham peranan peguam bela kerana Karpal Singh sendiri dahulunya musoh politik DSAI dan pernah menudoh di Parlimen yang Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral."
hehe pening lalat
isu pendakwa raya bersara ..kemudian menjadi peguam bela kepada org yg pernah didakwanya...kalau tengok series cerita america byk kes macam ni(x tau boleh ke tak?)
ReplyDeletetapi dari segi politik DSAI dah menang..itu faktanya...
rasanya lepas ni kalau penceramah UMNO cerita pasal kes2 liwat malas org nak dengar dah...(kena cari isu lain) dato.. bila rakyat boleh lihat PM dengan ketua Pembangkang berdebat sebelum pilihanraya Umum?
Karpal Singh juga seorang peguam yang pernah mencabar Dr Mahathir Muhammad dalam kes liwat Anwar Ibrahim yang pertama. Karpal bukan sahaja membuat cabaran di Parlimen tetapi juga diluar parlimen.
ReplyDeleteKetika kes liwat kedua Anwar, Yusof terikat dengan arahan untuk menjadi peguamcara kes tersebut. Karpal Singh pula merupakan ketua peguam yang membela Anwar Ibrahim.
Mungkin kes liwat 2 Anwar Ibrahim merupakan kes terakhir Yusof sebagai penjawat awam sebelum bersara.
Selepas bersara Yusof bebas dan tidak terikat dengan sebarang etika penjawat awam. Keputusannya untuk membela Anwar Ibrahim dalam kes perhimpunan bersih 3.0 tidak ada kene mengena dengan Kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang mana sebagai peguamcara Yusof gagal memenagi kes tersebut.
Sama ada Yusof akan berjaya atau mengulangi kegagalannya bukan isu yang harus didebatkan. Perkara yang lebih penting disini ialah hak dan kebebasan sesaorang untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak melanggari batas perundangan yang telah termaktub walaupun terdapat kecacatan disana sini. Jadi apa yang dihairankan?
salam dato
ReplyDeleteini dikatakan cara peguam cari makan atau berniaga.
bila clint telah lantik sesaorang peguam ,tentulah peguam tersebut akan mewakilinya.
kat sini apa yang kita lihat dan mungkin terfikir ialah dimana harga diri dan maruah peguam tersebut dan mungkin lebih banyak peransangka negetif akan timbul daripada tindakan peguam tersebut.
peguam memang banyak muka dan wajah.berubah mengikut kes dan kehendak pelanggannya.
Mohd Taib Kamin, antara lain, berkata: "Sama ada Yusof akan berjaya atau mengulangi kegagalannya bukan isu yang harus didebatkan."
ReplyDeleteManakala Lahuma pula menyifatkan kes perhimpunan haram sebagai kecil sahaja.
Saya hormati pendapat mereka, tetap kalau sabit kesalahan Anwar dan Azmin boleh hilang kerusi Parlimen dan DUN masing-masing dan tidak boleh bertanding PRU nanti.
Itu belum ambil kira rayuan Peguam Negara terhadap buang kes Liwat 2.
Ditakdirkan makhamah benarkan rayuan, adakah mungkin Mohd Yusof akan sertai pasukan pembela Anwar? Menarik kalau dia sertai. Wallahualam.
Terima kasih.
Sdr JohorMali
ReplyDelete"Gulungan karyawan of exact science, saperti (1) doktor, silap potong, pesakit mati (2) suruh ingenieur reka jambatan, silap kira kira, jambatan roboh (3) suruh arkitek rekabentuk pencakar langit, voila- Petronas Twin Tower.
Gulungan karyawan of non exact science, (1) suruh Akauntan,MBA's , buat feasilibility dan viability studies, future returns,semua cantik belaka , tapi...(2) suruh loyar present kes, no problem, kita lawan., misti boleh menang punya!
Di sini saya nak sikit bantuan, ulama, mufti , karyawan exact or non exact science?"
Dalam sistem sekular Barat ulamak dan mufti tidak dikira dalam gulongan karyawan exact science mahupun non exact science.
...SAJI
Assalamualaikum pak Kadir.
ReplyDelete2 isu yang pak Kadir ingin pembaca ulas.
1.Mengapa susah sangat peminat blog ini untuk menerima permintaan tuan punya blog?.Telah beberapa kali pak Kadir minta kita supaya bersikap berani kerana benar, dan berani bertanggungjawab.Marilah kita menyahut cabaran pak Kadir.
2.Peguam yang berani menongkah arus,dari seorng peguam care,bertukar menjadi peguambela.
Ramai yang bersorak,dan ramai juga yang terkejut, tetapi jawapan hanye beliau sahaja yang boleh menjawabnya dengan tepat, kita hanye boleh buat andaian,dan belum tentu betul.
Sungguh menarik bila pak Kadir menyatakan,jika permohonan untok rayuan diterima mahkamah,adakah Datok Y akan terlibat membela lelaki Y?..kita sama samalah tungguuuuuuuuuuuuuu.
Dato.
ReplyDeleteKenapa saya kata kes ini halus dan kecil.
Orang politik ini Dato mereka suka hidup dalam isu.Kalau tak ada isu mereka tidur tak lena.
Mereka memang seronok keluar masuk mahkamah,penjara dikepung polis.
Lebih-lebih lagi bila berada di blok pembangkang.
Itulah cara dan jalan Pemasaran Politik mereka.Kalau tidak politik mereka jadi malap dan padam.
Itulah agaknya disiplin politik mereka.Kelainan mesti wujud dan dicipta supaya politik mereka segar bugar.
Mereka pun cakap soal keadilan dan pembelaan.Maka mereka pun terpaksa cari pembelaan yang kuat yang bertaraf LIMA BINTANG.
Kalau rakyat biasa mungkin SATU BINTANG atau pun bertaraf BUDGET sahaja.
Politik.Kuasa.dan Wang sudah selari dalam sepak terajang kini.
Maka orang akan berani demi kuasa.
Orang akan terus berani demi politik.
Dan orang akan lebih berani jika kerana wang.
Dunia sudah akhir zaman.
Terima kasih.
Dengan izin Dato'
ReplyDeletean alternative view as to how I see Fauzi Shaari joining PAS and the former AG-II joining Anwar defence team
baca di orangbarulahir.blogspot.com
saya kira Anwar sudah ada shadow cabinet, tapi dia juga perlu orang-orang yang lebih berwibawa untuk mengetuai badan-badan seperti Jabatan Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan pelbagai institusi perlaksana yang akan membolehkan Pakatan membuat perubahan besar dalam masa 100 hari pemrintahan Pakatan
OrangBaruLahir.... ada sesiapa tahu dimana boleh dapat borang permohonan jawatan KHAZANAH NASIONAL ...
Salam,
ReplyDeleteBerani, menjadi isu pada datuk kali ini. Seolah datuk sedar dgn keberanian yg semakin menyerlah di kelangan rakyat , terus di cabar pada para pembacar blog datuk , syabas datuk.
Persoalan pernah ke datuk terfikir, mengapa kita menjadikan berani dan setengah berani..walau bagai mana pun masih menjadi hak mereka untuk mengunakan anonymous, mengapa tdk ?
Dlam keadaan mereka yg mengunakan anonymous masih ada hak . Yg penting adalah pendapt dan limparan pendapat yg mungkin memberikan faedah pada semua.
Akibat dasar umno bn selama inilah , rakyat masih ramai yg reserve dlm soal keterbukaan. Inilah kejayaan bn umno yg dato sokong selama ini. Di mana rakyat di takutkan , di gertak, di tipukan , di manipulasikan oleh bn umno.
Kini lihat apa yg berlaku umno dan bn masih mengunakan keadah lama, mereka yg berjawatan awam , di gertak, di pindah dan belbagai lagi keadah yg tdk bermoral dan tdk bertemadun menjadi keadah umno dan bn ?
Mungkin inilah sebab yg mungkin mereka masih mengunakan nama anonymous ...tq
Dato,
ReplyDeleteBagi org yg baru pencen, dan baru nk mula mencari rezki sendiri, xbleh lah biarkan peluang lalu begitu shj. Opportunities come few and far between. Lainlah firma dh establish lama. Tapi bagi rakyat jelata, langkah Dato Yusop tidak dilihat dr isu bread and butter, tapi dr perspektif yg penuh prasangka. Biarkan masa jd hakim. Berilah Dato Yusop ruang dan peluang utk membina kerjaya baru
salam hormat demi perubahan..
ReplyDeleteJangan la dato dok pertahan lg kerajaan BN yg ada sekarang ni... Wat malu saja nanti.. memang telah terbukti BN perosak negara, agama bangsa dan Negara
Salam Hormat Dato Demi Perubahan...
ReplyDeleteTak payah la dato dok pertahan lg Kerajan BN ni.. tak lama dah depa nak tahan pun.. Kerajaan Bn ni lah perosak Agama, bangsa dan Negara..
YBhg The Scribe
ReplyDeleteSalam Hormat
Berani Dukung Biawak Hidup
(semur hidup sembrong merasa kekesal)
Tiada peguam seberani yang arif jujur: a fool is still a fool even a beautiful fool - Rawa Lanun-Bahasa
Jadi apa hal kalau si Pesalah salah guna kuasa mata kena tumbuk IGP memang rayuan menang bersih
adakah dia dapat menjatuhkan orang kaya Pekan?
Atau apalah sangat akibat dia tidak dapat bertanding di pru13?
kenapa Sembrong tak pandai jadikan pesalah kena tumbuk igp bayar hutang mega penganur bersih3.0?
Saya mahu lihat karya bung a samad said bila dia didapati bersalah dalam turut menganjur mempromosikan menyertaai perhimpunan haram yang terserlah dikuatiri bertukar ganas oleh seorang senator ahli dap
Barulah itu cerita seelok-eloknya buat tatapan mahaguru ku.
Tidaklah ia seperi cerita 444bilion buat menyogok telinga tetapi kehinaan didenda sehingga muflis tetap muflis tuuh keturunan
baik mantan presiden mahu sasterawan politikus ianya tidak bermakna. Melainkan kehinaan itu terasa mematikan minda. Barulah hebat cerita lanun-bahasa.
Sayang Sembrong takut guna akal untuk berfikir sendiri - sindrom konekburst.
Maaf sekira tersasul agenda kasar kata-kata
OrangBaruLahir ....
ReplyDeleteMungkin Dato boleh bantu dapatkan jawapan
..... siapa yang mendapat keuntungan BESAR dari penganjuran acara Himpunan Jutaan Belia 2012 atau ini boleh ditanyakan di Dewan Rakyat
.... KPI acara ini apa ?
.... Dan apakah dengan menghimpunkan 2.5juta belia [tak tahu siapa yang kira - mungkin Dato Seri Rais] program ini sudah dianggap berjaya kerana mengembalikan daya tarikan UMNO yang dah lupt tempoh
.... Saya dengar ada anak Menteri UMNO yang jadi half baked Event Organiser yang dikayakan .... terus jadi millionaire baru tidak tersenarai di Malaysia
OrangBaruLahir .... jangan adakan acara yang tidak ada kena mengena dengan NKRA, NKEA, atau hanya untuk memberi anak kera duit ?
YBhg The Scribe
ReplyDeleteSalam Hormat
Micheal Schumacher pemandu kereta Silver Arrow Petronas bernombor tujuh adalah seorang pemandu yang bijak dan berani. Syabas Schummi dan tahniah Rosberg.
Siapa cekap dan berani mempromosijayakan Halal Trade?
Itu isu PRU13 ahli marhaen UMNO ini bukan isu keberanian.
Sekian
DAKJ! Been a long time that I responded, though I have been reading reguarly!!
ReplyDeleteFinally, and correctly, we must be "berani". I have always maintained that and it has caused me much bric a bac!!
But , what the hell, that's is what blogging is all about.
Dato Mohd Yusuf is simply putting into practice, what is done in the UK, that is Prosecutors & Defence Counsels, are drawn from one pool of barristers. Hence there is a certain "objectivity".
Many years ago, Yusuf & a few thers, mooted the concept of a Common Bar, as not a pub, but both the prosecution & defence lawyers, belong to one outfit(a congress/a causus), wherein exchange of documents,facts etc could be done in a less hostile manner and justice would be done, and more importantly, delays would be reduced.
We were "shot down", needless to say!
Godspeed!
Assalamualaikum Dato,
ReplyDeleteSaya merupakan salah seorang pembaca setia ruangan ini.
tulisan dato walaupun santai tapi 'berisi', kritis, logik dan yang paling terserlah (tersirat) keazaman dan semangat dato dalam dalam membela agama, bangsa dan negara. syabas