A Kadir Jasin
RAMAI orang baik buat kebaikan. Tetapi ada orang baik yang buat kebaikan menyangka mereka boleh buat lebih banyak kebaikan jikalau mereka menyertai politik.
Jadi mereka pun terjun ke gelanggang politik. Yang berani, masuk politik parti manakala yang kurang berani tetapi hendak berpolitik juga masuk badan-badan bukan kerajaan yang partisan.
Dua orang baik yang saya kenal secara peribadi dan banyak buat kebaikan tetapi berasa mereka boleh buat lebih banyak kebaikan dengan menyertai politik ialah Dr Chandra Muzaffar dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
[PERINGATAN. Kalau mengulas guna “anonymous,” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tanpa nama tidak akan disiarkan.]
Dr Chandra, seorang cendekiawan kelas dunia dari Bidong, Kedah, begitu teruja dengan teriakan reformasi lantas menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjadi putera mahkota Umno dan bakal pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Dr Chandra kritikal terhadap beliau. Tetapi apabila Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan, Dr Chandra mula teruja dengan beliau dan reformasinya.
Orang sebaik Dr Chandra pun masuk PKR dan kerana PKR dahagakan orang baik maka dalam sekelip mata Dr Chandra naik menjadi timbalan presiden. Tetapi Dr Chandra segera dapati yang idealisme, kecendekiawanan dan kemanusiaan tidak ada tempat lagi dalam politik kontemporari Malaysia.
Kerana teruja dan beranggapan bahawa orang politik lain juga baik dan idealistik seperti beliau, Dr Chandra menderita pemusnahan imej yang teruk. Pihak-pihak yang menyanjung beliau sebagai wira ketika menyertai PKR, memaki hamun dan menghina beliau apabila beliau keluar PKR. Dr Chandra orang cerdik, tetapi tidak pandai selok-belok politik.
Begitu jugalah dengan Tunku Abdul Aziz, pengasas Transparency International Malaysia. Beliau pun berasa boleh membuat lebih banyak kebaikan dengan menyertai politik. Lantas beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan sebagai wakil Melayu paling kanan beliau dengan cepat dinaikkan pangkat menjadi timbalan pengerusi.
Tetapi beliau juga mendapati bahawa idealisme demokrasi damai dan bertamadun yang ingin beliau perjuangkan melalui DAP tidak bertempat dalam sebuah parti yang cenderung kepada pencetusan gelora.
Batang jerami yang mematahkan belakang kerbau (padanan kepada ungkapan Inggeris the straw that breaks the camel’s back) bagi Tunku Abdul Aziz adalah perlanggaran Dataran Merdeka oleh penunjuk perasaan Bersih 3.0 pada 28 April lalu yang turut didokong oleh DAP. Beliau keluar DAP kerana “perbezaan yang tidak boleh diatasi lagi.”
Politik adalah mengenai kuasa. Kuasa, kata pembesar Inggeris kurun ke-19, John Emerich Edward Dalberg-Acton, boleh membawa kerosakan dan kuasa mutlak membawa kerosakan mutlak (power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely).
Apabila Anwar menyertai politik kepartian pada bulan Mac 1982 dengan menganggotai Umno, ramai berharap dan menyangka beliau akan membawa bersamanya idealisme dan perjuangan yang menjadikan beliau unggul sebagai pemimpin pelajar dan pejuang gerakan massa.
Tetapi orang yang oportunis segera mengelilingi dan memagari beliau. Sama ada daripada kelompok politik, korporat atau media massa, mereka “mengkorupkan” beliau dengan kesenangan, suit Brioni dari New York, kasut tempahan khas dari Milan dan segala bentuk kemewahan dan “decadence” sehingga hilanglah idealisme.
Saya tidak tahu lagi kalau pemuka politik kita hari ini, tidak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat masih mempunyai idealisme dan melandaskan kerjaya mereka di atas perjuangan. Atau mereka masuk politik kerana mata benda dan glamor. Wallahualam.
PS.
1. Saya sokong Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas gesaan beliau agar Mufti Perak, Harussani Zakaria, tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan PAS. Saya sokong sebab Nik Abdul Aziz orang politik dan Harussani bukan. Betullah seperti yang saya selalu katakan, Nik Abdul Aziz adalah, yang pertama dan terulung, seorang ahli politik. Secara kebetulan latar belakang beliau adalah agama.
2. Lagi cerita orang Cina dari Negeri China di Singapura. Seorang Cina dari Negeri China yang tinggal dan menjadi kaya raya di Singapura membeli sebuah kereta Ferrari merah. Dengan kereta mewah itu dia melanggar mati dua orang di tengah-tengah Bandaraya Singapura. Dia pun mati juga. Menurut laporan syarikat berita Perancis AFP, peristiwa itu menyemarakkan lagi sentimen anti pendatang di kalangan warganegara republik itu yang majoritinya keturunan Cina.
Dato.
ReplyDeleteSaya tidak setuju dengan pandangan Dato atas peribadi Chandra Muzafar.Saya golong kan dia sabagai "pelacor intellectual"
Kenapa saya kata bagitu.Dia sanggup mengadai maruah intellectualnya kerana wang.
Samasa dia baik dengan Anwar,dia menkritik Tun Mahathir.Dia tubok NGO bernama Just World dan Anwar memberi kapadanya sabanyak 5 juta untok membiatai kegiatannya.Dia diberitahu yang wan itu perlu di beri saparoh kapada SM Idris,President CAP.Dia gaal untok memberikan wang itu kapada SM Idris.SM mengambil tindakan mahkamah terhadapnya.
Salepas Anwar tewas dia menjadi pengampu kapada Tun Mahathir.tun Merupakan orang yang dia puja.
Salepas Tun berhenti menjadi PM dia mula mengampu Pak Lah.,dan menubohkan satu baan untok mempelopori Islah Hadihiri.Memuji policy Pak Lah.Apabila Pak Lah berhenti maka badan yang mempelopori Islah Hadihiri terus hilang.
Sekarang dia dengan Najib pula dengan mempelopori konsep 1 malaysia.Ia terus menyerang Anwar.Ini merupakan flavour yang baru.
Perlukah kita menghormati orang bagini.?
Masaalah intelectual cuba memasok politik bukan baru.Syed Hussein Al Atas dan Adeknya Syed Naqib juga menceborakan diri dalam politik Gerakan.Akhirnya kechundang.
Samasa Tungku Aziz memasoko DAP saya memberitahu kawan saya ianya akan kechundang.Kawan saya tidak percaya.Ini kerana idelisma mereka tidak sama dengan idlisma orang Politik.
UMNO juga tidak ketinggalan,Mereka pernah membawa masok Dr Halim dan Tan Sri Azman.Apa yang terjadi.Bila Azman bertanding untok jawatan ketua cawangan UMNO ia kechundang.Sekarang ini siapa kah ahli chendrakawan Malayu yang ada dalam UMNO.Dalam MKT.Tiada ada.Yang ada ialah orang saperti Dato Aziz,Putra UMNO.
Cerdik pandai Malayu tidak boleh untok lepak di kedai Mamak,minum tek tarek ,hisap Cigar dan bersembang sampai pukul tiga pagi.
Saya maseh percaya apa yang di amalkan oleh PAP dai Singapura memang betul.Coerdek pandai yang di jemput unfok menjadi calun dan menjadi Menteri dan di bayar gaji dua juta sing satahun tak akan mahu buang masa minum tek tarek tepi jalan.Kenapa kita tidak mahu mengambil apa yang telah berjaya(proven ringht)
Najib sekarang mempunyai hampir 15 Penasehat di Pejabatnya tapi kenapa ia maseh terun membuat policy yang salah.?Ramai pak menterinya yang tidak faseh berbahasa Inggeris,Yang tidak tahu membuar foreigh policy yang betul,yangblebeh banyak berpolitik dari membuat kerja Kementerian.
Good Luck.
Salam Dato, sangat dalam maksud tulisan Dato Kali ini..
ReplyDeleteWalaupun Dr Chandra Muzafar bekas pensyarah sains politik USM, tetapi beliau jelas jahil dengan parti politik.
ReplyDeleteMemang orang baik jadi makanan orang jahat.
Hari ini orang jahat tetap menang. Orang baik kalah serba serbi.
Chandra Muzafar saya kenali dia semasa jadi penssyarah USM lagi.
Saya kenali dia sebelum dia memeluk Islam.
Pada saya dia terjun dengan laba labanya.
Tengku Abdul Aziz Ibrahim memang langsung saya tak kenali.
Pada saya kemasukan Tengku Aziz dalam DAP ada agenda tersembunyi.
Mustahil dia tak kenal parti DAP yang dipengerusikan oleh Karpal Singh.
Mustahil dia tak kenal Lim Kit Siang dan anaknya.
Apa yang dia mahu, kita tak tahu. Tapi itulah realitinya.
Sama dia keluar DAP- DAP mendapat sokongan 22 peratus pengundi china.
iaitu sokongan yang tak terbelah bahagi setakat hari ini.
Cuma 62.50 peratus pengundi Melayu saja yang terbahagi kepada 4.
satu pada PAS, satu pada Keadilan dan satu pada UMNO/BN.Satu lagi pada DAP.
Adakah DAKJ kini setuju, lebih baik undi calun berbanding undi parti?
ReplyDeleteFed Up
Salam Dato,
ReplyDelete`dalam' sengat dato kali ni!.
To wannabe politician,a simple way to understand politic is to know the word( literally...)
Poli- many
Tic- blood sucking insect.
I read somewhere about `a characterictic of `a politician' as below:
......`A politician is one who would not like to retire for eternity. A politician simply means the one who does not take any responsibility. One who finds faults with others and situations. One who indulges in blame game. One who finds scapegoats. One who does not take ownership. One who does not take the responsibility'....
Idealist has no place in politic lah.
SO, if you fulfill the `features', you are `qualified' to jump into fulltime politic!.
Abu Bakar Ab Rahman
Kalau ikut pandangan Pak Amin, maka elok sangatlah kalau golongan cendekiawan membina parti sendiri demi kepentingan rakyat. Pasti ramai pengikut jika idealisme mereka tidak tercemar dek kemewahan.
ReplyDeleteSalam Sejahtera Dato'
ReplyDeleteSesungguhnya kita diciptakan oleh Allah SWT dimukabumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir dengan berpandukan hukum Allah. Setiap individu akan ditanya dipadang mahsyar nanti apakah sumbangan usaha yg telah kita berikan untuk menjayakakan apa yg dituntut oleh syariat agama Allah SWT mengikut kedudukan dan kemampuan setiap individu dari segi ilmu, hartabenta, kuasa yg ada pada setiap individu.
Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW sudah cukup sebagai panduan yg sewajarnya menjadi pedoman hidup kapada setiap individu supaya tidak TERSESAT dan diSESATKAN.
Persoalannya kenapa terlalu ramai manusia yg terpelajar, kurang terpelajar, tidak terpelajar, orang baik, orang sederhana baik, masih tersesat dan mampu disesatkan?
Pandangan saya saya kurang ilmu ni Dato, punca utamanya adalah orang jahat, kuasa jahat, pemimpin jahat, hartawan jahat, kuasawan jahat, mediamassa jahat, terlalu dominan dan telah membentuk persekitaran yg SANGAT JAHAT terhadap majoriti ummat manusia.
Apakandaya kita Dato, tidak ada planet lain yg mampu kita berhijrah
untuk tinggal dalam kebaikan. Yang paling pastinya kita semua akan berhijrah ke alam akhirat. Menentang segala kejahatan terhadap syariat agama Allah yg berlaku disekeliling kita, hanyalah satu sahaja pilihan yang ada pada kita, tidak kira samada kejahatan itu datang dari kaum sebangsa dengan kita maupun dari kaum yg tidak sebangsa dgn kita. Itulah contoh perjuangan Rasulullah SAW bertembung dgn puak jahiliyyah yg sebangsa dgn baginda.
Wallahualam....
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. di antara doa yg maha penting ialah agar Allah pelihara iman kita agar tak mati sebagai org kafir dan Allah sentiasa pelihara hati kita drpd tergiur mengikut gerakan jahat......walaupun atas nama nak memperbaiki situasi dari dalam.
2. ada orang dah elok2 berada dlm jamaah yg di pimpin oleh mereka yg sudah terbuktirajin beramal, ikhlas, bersih dan takut pd Allah....tiba2 beralih arah ikut perangai syaitan. Saya hendak sangat lihat apa kesudahan nasib orang2 yg mengaku baik seperti Zul Nordin, Zaharin Hashim, Ibrahim Ali, Hassan Ali dan Gobala.
3. ada pulak orang yg Allah berikan pengetahwan agama yg tinggi hingga pernah menjadi mufti negeri selatan semenanjung dan imam besar masjid negara tapi tergiur dgn bujukan syaitan yg bertopengkan pemimpin Umno.
Din klang
4.
Assalamualaikum Dato',
ReplyDeleteSesaorang itu bebas membuat pilihan. Pada peringkat awal membuat 'Pilihan', betul atau salah bukan menjadi persoalan penting. Pilihan yang mereka buat mungkin bersandarkan faktor2 tertentu seperti dijanjikan dengan jawatan, kewangan atau sebagainya. Perinsip peribadi boleh dikesampingkan buat 'sementara' waktu mungkin dengan 'harapan' untuk membuat perubahan 'dari dalam'. Ini yang berlaku pada PAS hari ini apabila 'berjuang' bersama2 dengan DAP dan PKR sehingga PAS sanggup mengorbankan perinsip perjuangan menegakan Negara Islam. Tetapi terbukti PAS tersepit dan terhimpit malah 'pengorbanan PAS selama ini diperleceh oleh sekutunya sendiri.
Bayangkan jika PAS sebagai sebuah organisasi boleh 'tewas' apalagi dengan individu seperti Dr Chandara dan Tunku Aziz. Mereka tergolong dalam kategori 'orang baik' dan mempunyai perinsip dan idealisma sendiri tetapi akhirnya kecundang kerana mereka 'gagal' menyesuaikan diri dengan kehendak dan kepentingan parti politik yang mereka sertai. Perkara yang sama berlaku keatas Dr Hasan Ali. Kerana memperthankan perinsip dan perjuangan akhirnya beliau disingkir dari PAS dengan cara yang amat tidak demokratik.
Akhirnya reputasi dan penghormatan tinggi yang mereka nikmati sebelum menyertai politik tercalar kerana 'kesilapan' mereka membuat pilihan itu sendiri.
Dan untuk membersihkan nama mereka, hari ini mereka terpaksa pula berhempas pulas untuk membuktikan bahawa mereka adalah 'orang baik' yang tertipu dengan silap mata oarng lain. Secara peribadi saya berpendapat seorang cendiakawan tidak harus menjerat dan mengikat diri mereka sendiri dengan ilusi dan fantasi kerana mereka telah Allah anugerahkan dengan kebijaksanaan yang bukan semua orang mendapatnya. Apa pun yang jelas manusia tetap manusia. Melakukan kesilapan adalah lumrah kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak sempurna tidak kira siapa mereka. Yang penting kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang2 kali kerana jika ianya berlaku maknanya kita adalah manusia paling lemah. Wallahua'lam.
MOHD TAIB KAMIN
Hakikatnya hidup ini sgt singkat. Saya dan semua org sentiasa ada pilihan untuk menentukan jalan hidup. Politik hanya satu ranting pengurusan manusia. Sedang byk lagi ranting2 yang menyebabkan pengurusan manusia menjadi rimbun. Kita boleh pilih ranting mana yang boleh atau senang memberi markah (pahala)untuk kita di akhirat. Politik itu umpama kita mengembala kambing ditepi sumur yang dalam; bila-bila masa kita boleh tergelincir. Yang tergelincir itu bukan kambing sahaja tetapi tidak terkecuali gembala sendiri (atas byk sebab dan situasi). Jadi, kenapa kita pilih ranting yang ini?
ReplyDeleteAbdullah
Ijin Datuk Kadir YM,
ReplyDelete1. Sebagai bekas ahli akademia seperti Dr Chandra yang juga seorang rekan seperjuangan, saya rasa tidak salah cendekiawan seperti Dr Chandra dan Tunku Abdul Aziz menguju nasib dan bakat dalam arena politik. Malah, kekeranian mereka wajar diiktiraf dan dipuji.
2. Saya kurang cocok dengan pendapat Pak Amin kerana bagi saya, dunia kecendekiawanan atau dunia intelek tidak ada batasan. Dalam tradisi intelektuil sejati dan sejagat, kita bisa mengubah pendirian dan pendapat berdasarkan pengalaman dan kajian. Itulah premis perubahan pendirian kami golongan intelek, bukan oportunistk seperti Pak Amin gambarkan.
3. Tapi jelas dalam arena politik semasa dan kontemporari Malaysia sekarang, tidak ada tempat bagi cendekiawan dan profesional yang idealistik dan komited. Malah demokrasi hanya hiasan mulut dalam semua parti politik di Malaysia.
4. Pokoknya sokong atau tidak sokong, setia atau tidak setia kepada Najib, Haji Abdul Hadi/Nik Abdul Aziz, Anwar/Dr Wan Azizah, Kit Siang/Guan Eng. Itulah pengertian dan ukuran demokrasi dalam politik partisan Malaysia dewasa ini.
5. Maka dalam konteks itu, saya kurang yakin yakni cendekiawan,idealist dan pejuang ada tempat dan peluang dalam politik arus perdana Malaysia.
Profesor Pencen,
Bangi.
Memang orang baik tak boleh masuk parti politik.
ReplyDeleteTidak ada ruang dan peluang untuk orang baik duduk dalam parti politik.
Kalau dia masuk dalam parti politik macam dia masuk dalam tong tahi.
tengok Anwar Ibrahim dari ABIM masuk umno, macam duduk dalam tong tahi.
Hingga hari ini nak berish bukan main susah.
Macam Datuk Seri haji Hadi dilebal dengan pelbagai label.
Macam juga datuk Nik Aziz dilabel sebagai bapa kafir.
inilah bahana duduk dalam parti politik.
Setuju dengan catatan Dato'. Sesungguhnya idealisme akan sentiasa diganggu, dipermainkan hatta dihancurkan oleh sang opurtunis - di mana-mana jua pun.
ReplyDeletePolitik yang hukumnya harus menurut Islam, yang sebetulnya wajar, perlu dan patut wujud dan berharmonis dalam masyarakat sivil dihancurkan oleh opurtunis (lebih-lebih oleh Michiavellism)demi kepentingan segera.
Orang yang terlalu idealistik akan temui hasilnya di syurga sahaja -jika ada nantinya.
Para pedagang, bangsawan dan pak dalang sejak dahulu hingga kini dan selamanya akan sentiasa mengambil peluang , selagi dapat. Tidak boleh salahkan mereka kerana memang begitu pun pendirian mereka. Percayalah jika tahun 2020 nanti Anwar Ibrahim jadi PM dan Hishamuddin Hussin Onn buat himpunan bersih, maka pedagang dan bagsawan Kuala Lumpur hari ini jugalah yang akan katakan bahawa Bersih ganggu periuk nasi mereka...
bukankah Nik Aziz juga pelacur agama?
ReplyDeletetengoklah PAS yang menghalalkan cara demi matlamatnya. tengoklah penceramah PAS yang tak sudah-sudah memaki-mencerca anggota polis yang majoritinya orang Islam. selepas Bersih pun banyak rakaman-rakaman video menunjukkan penceramah PAS menghalalkan darah anggota Polis.
nah buktinya:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wjBorEFq0DI
apakah Nik Aziz yang diangkat menjadi Tuan Guru oleh pengikut-pengikutnya menghalalkan perkara sebegini? nampaknya begitulah.
PAS sendiri mengangkat pendokong Lesbian-Gay-Bisexsual-Transexual sebagai pemimpin mereka.
Huh! apa saja demi kuasa. Bertepatan sangat teguran Tan Sri Harussani kepada ahli-ahli politik yang melacurkan agama sebegini.
Pembahas Fed Up bertanya: "Adakah DAKJ kini setuju, lebih baik undi calun berbanding undi parti?"
ReplyDelete1. Saya tak kata saya setuju undi calon lebih baik daripada undi parti. Cuma di Malaysia, boleh dikatakan semua calon adalah calon parti. Calon bebas sangat kurang malah ramai calon bebas lebih teruk daripada calon parti.
2. Tapi kita boleh beri keutamaan kepada faktor calon dalam membuat pilihan sekali pun mereka mewakili parti.
3. Tetapi daripada apa yang saya perhatikan, ramai calon yang baik, sama ada dari BN atau PR, tidak kekal lama. Yang lemah berjaya dikorupkan oleh kuasa dan mata benda manakala yang idealistik disingkirkan oleh parti mereka sendiri.
4. Malah, dalam jangkaan saya, dengan adanya dua pakatan parti iaitu BN dan PR yang sangat hebat bersaing, calon-calon akan dipilih atas landasan taat setia dan bukan kerana kelayakan akademik atau pengalaman.
5. Mereka tidak akan pilih calon yang tidak mereka yakini kesetiaannya kerana takut keluar parti macam yang berlaku di Perak.
Terima kasih.
Salam Dato'.
ReplyDeleteZaman sudah berubah. Sepatutnya individu berintelek dan golongan profesional yang meminati politik tidak patut dipinggirkan lagi. Gaya berpolitik 'bunuh karier' pun patut dijauhi jika ada individu dalam parti yang nampak terlebih melawan big boss dalam menegakkan pendapat dan idea.
Saya sebenarnya ingin mengulas mengenai berita tentang kehadiran YB Nizar (ADUN Bukit Gantang)ke salah satu ceramah yang dianjurkan oleh UMNO yang kebetulan tajuknya mengenai diri YB Nizar sendiri. Sebagai seorang yang telah ditauliahkan sebagai seorang pengamal bidang profesional dengan memegang title 'Ir', saya berpandangan tindakan beliau hadir ke ceramah parti lawan beliau tersebut adalah tindakan berani. Tiada timbul isu beliau tidak diundang, kerana ceramah tersebut menjemput orang ramai datang. Isunya pula memperkatakan tentang dirinya.
Ahli politik masa kini baik dari BN atau Pakatan Rakyat sepatutnya ambil bahagian iaitu menyertai mana-mana ceramah parti lawan masing-masing...jika boleh duduk dibarisan hadapan supaya penceramah yang menyerang individu ini nampak muka orang yang dikata.Tidak intelek bagi saya kini bagi mana-mana parti politik menyerang keperibadian atau apa saja isu mengenai individu lawan masing-masing di 'belakang'.
Jika kita benar...siap ada bukti...tak perlu takut mana-mana penceramah untuk menghentam individu yang kita maksudkan walaupun beliau ada didepan mata lagi-lagi secara terbuka.
Bagi kami golongan jurutera profesional....dah biasa sangat kena hentam secara berdepan didalam mesyuarat projek. Tak puas hati...cakap berdepan. Lagi-lagi kalau ada projek melibatkan consultant atau client US atau Europe.Sekurang-kurangnya walau hati berbuku marah, tapi kita tahu kita silap jika....cukup BUKTI!.Dan bagusnya 'Orang Putih'ni habis meeting boleh bergelak dan makan semeja seolah tiada apa-apa......
Nordin
Damansara
Salam Dakj,
ReplyDelete"Saya sokong Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas gesaan beliau agar Mufti Perak, Harussani Zakaria, tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan PAS. Saya sokong sebab Nik Abdul Aziz orang politik dan Harussani bukan."
Dari sudut dasar awam, tanggungjawab ahli politik seperti Nik Abdul Aziz ialah mencetus dan membesarkan isu atau masalah masayarakat atau negara,yang mana jika mereka mempunyai kuasa dicari penyelesaiannnya dengan cara mengubal dan membentuk dasar awam dalam bentuk perundangan, belaqnjawan dan projek atau rancangan (jika belum wujud). Manakala tanggungjawab orang kerajaan seperti Harussani Zakaria ialah menterjemahkan dasar2 awam yang telah digubal dan dibentuk oleh orang politik di atas kepada objektif2 atau realiti2 yang diinginkan.
...SAJI
Dato.
ReplyDeleteOrang yg cerdik-cerdik kalau masuk politik kebanyakannya mana mahu jadi pengikut dari belakang.
Mereka tentu sekali mahu berada dibarisan hadapan atau teratas.
Sebab itu mereka mana ada pendirian.Masa ada diatas atau dihadapan mereka lah akan beretorik nombor satu dan hebat-hebat.
2.Bila tak dapat atau di takdir tak dapat maka mereka pun naik angin dan mula mengamuk satu dunia.
3.Mereka tak ada idealisma pun.Bohong sahaja.
4.Mereka cuba dagangkan atau lebelkan ilmu mereka supaya diheret sama dalam kancah politik.
Sebab itu bila sesuatu tokoh dan pakar suatu bidang itu bila dia terjun dalam politik mula-mula nampak bagus.Tapi lama kelamaan nampak riak kotor sepak terajang politiknya.
Politik ialah kuasa dan pangkat untuk jadi pengawal kuasa moden kini.
Tak timbul ulamak atau pejuang.Semuanya topeng pada kuasa.Asal kuasa mereka jadi ego dan sombong.Tegur pun sudah melenting dan naik angin kerana arus politk yang tak sama.Tapi kalau satu aliran apa pun tak apa.
Ini lah yang menimpa pada nasib PAS yang dulu cemerlang keislamannya.Pantang ditegur dan dikritik mudah naik angin.tapi kalau pemimpin DAP tegur pada Islam nampak diam sahaja seribu bahasa kerana berada dalam satu kelambu.
Habis siapa lagi nak kita harapkan.UMNO pun cara dia juga banyak main wayang kulit dan wayang tongkoi.PKR pun serupa cakap terlalu umum.Berubah-bertubah.Sekejap begini sekejap begitu.
PRU 13 makin hampir.Latar belakng calon faktor utama.Parti nombor dua.
Selamat mengundi.
Terima kasih.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteKenape berpendirian seperti masih mentah dan tidak punye pegangan?.
Tidakkah didalam Islam politik punye tempatnye tersendiri?.Rasul diutus untok memperelokan perjalan kehidupan manusia setelah jauh tersasar dari ape yang Allah kehendaki.
Setiap umat manusia dihidupkan didunia ini dengan perjanjian bahawa perlu menjage alam ini.
Allah menjadikan alam ini dengan sempurna segalanye dan sempurna perancangannye,hanye manusia akan melakukannye dengan kehendak Allah jua, kite boleh memberi dan menerima tetapi kite tidak boleh menentukannya.
Perancangan Allah akan terbukti setelah dunia ini hancur,dan itu dinamekan kiamat..
Datuk,
ReplyDeleteKalau mengikut ilmu sosio politik.. manusia adalah haiwan politik... dalam apa keadaanpun baik sebagai ahli keluarga, ahli komuniti, ahli organisasi.. setiap gerak geri kita saling berhubung rapat dengan kegiatan "melebarkan pengaruh" supaya tindakan dan pendirian kita diikuti atau diterima oleh manusia lain.
Kesimpulannya, manusia tidak dapat lari dari kegiatan politik. Cuma kita sering sempitkan fokus politik kepada aktiviti parti politik sahaja. Justeru itu, orang melayu/islam menjadi terlalu tabsub dengan parti politik..
sepatutnya kita semua belajar berpolitik.. supaya setiap tindak tanduk kita mendatangkan faedah yang paling maksimun kepada bangsa kita.. Pada saya kita sepatutnya:
- berusaha mewujudkan persaingan yang sehat.. barulah rakyat sentiasa menang dan didahulukan
- berusaha memilih wakil (bukan pemimpin) yang jujur dan bijaksana serta takut menyeleweng dengan amanah
- berusaha mendidik parti politik memilih calon wakil yang berkualiti.. bandingkan kelulusan, banding pencapaian dalam mendidik keluarga..
- sentiasa belajar dan beramal... saya rasa yang ini orang kita paling kurang.. ramai yang lebih gemar berforum daripada mendengar tok guru baca kitab... ramai yang gemar baca blog daripada membaca buku ilmiah
Sekian Datuk... tulisan sayapun sebahagian daripada aktiviti politik.. bukan politik parti..
ANAK TAMU POKOKSENA
PR tidak bertangunjawab. ...kerana tidak bedaftar. ...mereka cuma mahukan kuasa politik. ...bukan untuk berhikmat pada rakyat Malaysia :-)
ReplyDeleteDatuk Kadir Jasin
ReplyDeleteHendak orang politik belajar mencari persefahaman daripada membuat dasar benci-membenci. Paling kurang adakan forum sebulan sekali. Tak payahlah seorang melontarkan politiknya jauh-jauh.
ARMUS KHAMAL
Saudara Datuk Kadir Jasin,
ReplyDeleteUSAH sia-sia ilmu yang diperolehi, belajar hingga ke tahap yang lebih tinggi.
ARMUS KHAMAL
Tok,
ReplyDeleteSaya orang lama Umno. Saya tak benci kepada Umno. Saya tetap sayang Umno yang jadi parti keturunan saya. Tapi yang malu jadi ahli Umno dengan pemimpin yang ada hari ini. Mereka ini tak layak mengaku waris Dato' Onn, Tunku dan Tun Razak. Mereka cakap hal Melayu, tapi mereka biar anak di rumah mati kelaparan kerana mereka ashik susui kera di-hutan.
Dulu boleh juga harapkan Pas sebab Islam. Tapi hari ini Pas pun dah tolak Islam tepi sebab nak bersatu dengan bukan Islam. Dalam Islam, kafir tetap kafir walaupun dia baik. Orang Melayu hari ini Tok macam anak yatim piatu dibuang ayah dan ibu. Masa depan anak cucu kita gelap.
Veteran Umno
OrangBaruLahir
ReplyDelete... dengan izin Dato' .... bagaimana nak memastikan ORANG BAIK-BAIK MENANG jika SPR masih tidak mahu membersihkan daftar pengundi ....
.... setiap pertubuhan akan lumpuh tanpa barisan pemimpin terus berada dibarisan hadapan untuk memimpin pertubuhan tersebut ...
... UMNO mempunyai barisan kepemimpinan mereka yang terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri, Setiausaha Agung dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi ....
... kata ORANG PUTIH if you cant beat them then join them, - jika kamu tidak mampu mengalahkan mereka maka bergabung lah dengan mereka ....
... Untuk memastikan UMNO mendapat pelajaran dari GERAKAN BERSIH, maka oleh kerana UMNO masih gagal melaksanakan sebarang tuntutan BERSIH ....
1. ... Maka adalah disarankan BERSIH mengadakan kem PEKAN, kem PAGOH, Kem SEMBERONG ... yaini satu kem bagi setiap kawasan Parlimen yang menjadi kawasan pilihanraya pemimpin tertinggi UMNO
2. ... disetiap kem ini diwujudkan sekretariat sementara untuk mendaftar mereka-mereka yang telah turut serta dalam perhimpunan BERSIH tempoh hari
3. ... setiap kem ini harus mendaftar sekurang-kurangnya 20,000 hingga 30,000 pengundi baru dari kalangan perserta BERSIH;
4. ... setiap sekretariat akan menyiapkan daftar alamat-alamat rumah / pejabat yang boleh diguna pakai oleh setiap pengundi BERSIH yang akan menukar alamat mengundi dan peti mengundi mereka ke setiap kem yang akan ditandingi oleh para pemimpin UMNO
5. ... Untuk kem PEKAN, PAGOH dan SEMBERONG, REMBAU, LEMBAH PANTAI dan juga PUTRAJAYA sekretariat dikawasan terlibat di saran untuk mendaftar lebih ramai pengundi BARU untuk mengatasi strategi UNDI POS TAMBAHAN yang sering diguna pakai oleh UMNO jika calon mereka didapati akan kalah oleh SPR ....
Dengan keanggotaan melebihi 300,000 yang telah mengikuti BERSIH pada 28hb April adalah tidak mustahil UMNO - ULAR BERKEPALA 7, dapat dikuburkan dengan menguburkan barisan kepemimpinan UMNO dikawasn yang mereka mengira selamat buat mereka selama ini ....
Dengan ini akan dipastikan hanya ORANG-ORANG BAIK saja akan menang yang akan dapat membuat perubahan kepada daftar yang terlalu kotor ....
OrangBaruLahir .... lets play UMNO game
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... janji manis mu .... sudah 4 kali pilihanraya .... apakah ini janji ORANG BAIK ...
.... Samy Vellu dah kata dia tak boleh menurunkan kadar TOL, perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi menghalang sebarang tindakan penurunan kadar TOL dan kerajaan harus membayar kepada syarikat konsesi jika mereka tidak dibenarkan menaikkan kadar TOL mengikut peningkatan pengunaan kadar TOL .... UMNO menyorok belakang kain Samy dan seolah-olah perjanjian yang mereka buat memang BERAT SEBELAH bagi syarikat-syarikat yang mereka pegang
.... Samy Vellu kemudian berjanji memperbaiki jalan-jalan persekutuan yang ada bagi memberikan pilihan kepada RAKYAT tidak mengunakan jalan TOL .... tak jadi apa-apa pun .... janji manis mu .... memang Samy bukan ORANG BAIK
.... Kemudian datang lah pula Mohamad Zin, [Setiausaha BN Selangor, yang sekarang berusaha kuat menambah pengundi bagi menawan semula Selangor], dia buat lawak, kalau guna TOL waktu tengah malam akan dapat diskaun, sedangkan pada masa yang sama kerajaan masih dibebani dengan membuat bayaran kepada syarikat pemegang konsesi .... dia juga bukan ORANG BAIK ...
.... Kemudian datang pula Shaziman, dia juga buat lawak dengan membuat konsesi baru bagi membina Trans Borneo Highway, dan masih tidak belajar untuk memperbaiki perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi .... apakah dia ini ORANG BAIK ... mungkin tidak, dia hanya orang tinggalan kem Pak Lah yang sudah mula digugurkan satu persatu ....
EMPAT Menteri Kerja Raya - semua tidak mampu menghapuskan bayaran TOL, yang kadarnya kian tahun mencengkam kehidupan RAKYAT MALAYSIA yang terpaksa mengunakan JALAN TOL ... apakah ini bukan satu bentuk KEZALIMAN yang harus di tentang oleh kesemua WAKIL-WAKIL RAKYAT yang dipilih oleh RAKYAT baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang .... kerana mereka WAKIL RAKYAT ....
Mengikut ceramah Setiausaha Agung PKR, kutipan PLUS setahun adalah RM2billion sementara bayaran kerajaan pada PLUS adalah RM800,000 jadi REVENUE PLUS RM2.8billion sementara KOS OPERASI PLUS hanya RM600,000 jadi PLUS menikmati keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.2billion.
Apakah kerajaan ini lansung tidak ada keupayaan MENGURUS yang baik .... kurangkan lah TOL atau hapuskanlah TOL yang ada sekarang ini .... apakah yang ada ini semua ORANG BAIK-BAIK atau kesemua nya penyamun tarbus ....?
OrangBaruLahir .... sudah lama sedar tak ada ORANG BAIK dalam UMNO
Salam. Sdr OrangBaruLahir
ReplyDeleteKeanggotaan BERSIH yang hadir bukan 300,000 pada 28 April lalu. Kenapa tak sebut 500,000 spt dalam poster, atau tulis saja sejuta? Sdr digamekan dengan fotoshop oleh org BERSIH sendiri. Kalau tak percaya TV kat Malaysia, sdr patut lihat AlJazeera dan CNN, jumlah dia sebut berapa? Sekadar bermain angka, atau tunjuk buku atas pentas itu modal lama. Jangan syok sendiri.
Anon
Off topic sikit Datuk.
ReplyDeleteMohon tulis sikit artikel tentang penyenaraian Felda.
Kami anak felda pun sudah keliru. Tak pasti mana berita yang boleh dipakai.
Jadi datuk selaku penulis dan pengamat ekonomi dan politik yang disegani, kami mohon sedikit pencerahan.
Terima kasih
Dato.
ReplyDeleteDalam UMNO/PAS/PKR.
Golongan cerdik lebih kecil drp dolongan kurang cerdik yang jumlahnya cukup besar.
Oleh itu mengikut hukum demokrasi maka suara orang kurang cerdik mengatasi golongan cerdik.
Golongan kurang cerdiklah yang ada kuasa angkat atau kasi turun golongan cerdik ini.
Oleh itu mahu atau tidak golongan cerdik TERPAKSA ikut cakap golongan kurang cerdik kalau mahu jadi pemimpin atau bos.
Ini lah segala punca yang sedang berlaku pada umat Melayu/Islam di Tanah Melayu kini.
Kerana ingin jadi pemimpin maka segala kecerdikan dikorbankan demi kepoentingan diri yang sudah nampak tidak cerdik lagi.
Mampukah umat Melayu/Islam dicerdikkan semula supaya dapat menilai masa depan Melayu/Islam.
Politik dia ikut suara teramai atau majoriti.Orang cerdik pun takut hilang segalanya pada golongan kurang cerdik.
Maka sesuai dengan Tema ORANG BAIK TERPEDAYA DENGAN POLITIK.
Selamat mengundi PRU 13.
Terima kasih.
The Scribe A Kadir Jasin
ReplyDeleteSalam Hormat
Halwa Basuh Mulut
(seribu nama sejuta ngo)
Macamanalah manira yang lanun-bahasa
alammaya ini kenal calun baik-baikan
selepas mengikuti blog Dato' sekian lama?
chobaan tingal cubaan
rakyat sebuah negara yang maju
berbudaya tamadun tinggi kenal
akan kepala-kepala masyarakat
mereka kenal yang dipercayai membawa mereka capai wawasan mereka
dua ratus duapuluhdua nama pilihan
akhirnya bagaimana pekan membuat keputusan?
paguh perhati-perhatikan
para cendikiawan sasterawan
idola pengundi remaja
di kampung bandar
di metropolitan
tidak melimpah robohkan pentas
senget kerusi di dewan negeri
rakyat sebuah negara yang maju
mengundi dengan hatinya di hari itu
ada yang pangkah rupa emosi
bertapanya nasib sebuah negara
terukir dengan niat di dada
seenteng-enteng kerja meletak tanda
pada muka kertas dan memasukannya
kedlam peti undi
alahai, kita yang kurang arif pun mengundi
hanya pandai menggigit beras
sekian
Assalamualaikum,
ReplyDeleteOrang baik sekali-kali tidak akan terpedaya dengan politik. Orang yang terpedaya dengan politik bukanlah orang baik.
Hanya penilai yang baik, ikhlas menilai baik terhadap ahli politik yang baik; demikian juga menilai jahat terhadap ahli politik yang jahat.
Penilai yang jahat akan menilai jahat terhadap ahli politik yang baik; sebaliknya menilai baik terhadap ahli politik yang jahat.
Penilaian sebenarnya bergantung pada hanya tanggapan masing-masing.
Saya fikir, DAKJ sebagai penilai, sudah tentu menilai Tun Dr Mahathir sebagai orang politik yang baik. Tidak hairanlah saya mengapa DAKJ tergamak menterjemahkan buku tebal Tun daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, seolah-olah kandungannya seratus peratus benar, tanpa fitnah dan pembohongan sedikit pun.
Saya ikhlas; saya bimbang DAKJ akan senantiasa terperangkap dalam dosa selagi buku itu dibaca dan lebih-lebih lagi dijadikan sumber rujukan.
Saya harap DAKJ bermurah hati untuk menerangkan kepada saya rasional DAKJ menterjemahkan tajuk buku itu 'A Doctor In The House' kepada 'Doktor Umum'.
Wassalam. Tolong maafkan saya.
gaji nurse di arab saudi 16 ribu riyal datuk gaji nurse di malaysia berapa? gaji tukang masak melayu di saudi rm 14 ribu riyal.. gaji tukang masak malaysia berapa lah sangat.. semua ini menunjukkan negara ini tidak diurus dengan baik sangat pun, rakyat dah bosan dengan 66 tahun (66 ke bukan 24?) bawah umno..sesuaut yang sama dinikmat untuk jangka masa yang lama mesti muak.. jadi jgnlah marah pada org yg muak.. sebab itu natural.. dan jgnlah sindir org baik itu terpedaya mereka bukan terpedaya tapi cuba mengubah selera baru supaya rasa "muak" itu tidak terasa lagi..
ReplyDeletesalam Dato
ReplyDeletedin klang dah tukaq nama jadi orang baru lahir pulak.
macam macam nama dia ada, tapi style tulisan tetap sama. nasib lah pak amin
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDengan izin Dato, nak jawab saudara Anon ...
Saudara Anon ....
1. .... cubalah luangkan masa dialam maya YOUTUBE untuk mengira ULAT TAIK yang digerakan di seluruh pelusuk dunia untuk hadir ke pentas BERSIH 3.0 ... hingga kan di Mekah pun ada, sehingga UMNO tumboh bulu dan terus berbulu, dan terus berkomplot dengan ARAB Wahabi untuk mengambil tindakan menyekat keberangkatan jemaah haji Malaysia kerana mengadakan BERSIH di Mekah ... semuga orang UMNO yang berniat menghalang umat Islam mengerjakan HAJI tidak dilaknat Allah
2. .... its a numbers game, saudara Anon, setelah UMNO terkedu dengan jumlah hamba RAKYAT yang hadir pada tanggal 28 April menghadiri BERSIH 3.0, terkeluarlah suara-suara Panglima UMNO, yang UMNO harus menunjukkan jumlah yang lebih BESAR dan lebih RAMAI untuk menghadiri acara sambutan ulangtahun UMNO yang ke 66, dan UMNO harus menghadirkan 1/2 juta ahli UMNO untuk hadir untuk sambutan pada malam tersebut ... maka keluar sekali lagi duit UMNO - yang saya dengar ada ahli rombongan dapat RM40 duit kocek dari Ketua Cawangan yang tidak bebebrapa BAIK , ada yang dapat RM120 duit kocek yang dari Ketua Cawangan yang mungkin agak BAIK ... malangnya sekali lagi UMNO terkedu kerana mereka hanya berjaya menghadirkan kira-kira 80,000 orang saja itu termasuk mahasiswa yang dihukum paksa hadir dan kanak bawah 18 tahun yang datang dari taman berdekatan
3. .... Saudara Anon, untuk menutup kemaluan UMNO dan mengembalikan semangat Presiden UMNO yang kecewa dengan sokong yang diharapkan dari 3.4juta ahli UMNO, media arus perdana pun mengarang cerita acara sambutan mendapat sokongan hangat dengan kehadiran seramai lebih dari 250,000 orang pada hari-hari sambutan yang berikut
4. .... Presiden UMNO terasa sangat malu dan tersangat kecewa, kerana gagal mendapat sokongan dari ahli parti nya sendiri, dan dia juga turut pasti dari jumlah ahli yang hadir, ia merupakan petanda burok yang akan melanda UMNO .... secara psikologi UMNO sudah kalah
5. ..... UMNO terpaksa menunjukkan yang ia masih mampu mengembeling LEBIH RAMAI RAKYAT menghadiri majlis yang dianjurkan oleh UMNO, jadi dari MAJLIS 1 JUTA PEMUDA, UMNO akan merubah nya ke MAJLIS 2 JUTA PEMUDA .... ini adalah satu logistical nightmare yang hanya menghabiskan DUIT [2juta x RM100 = RM200juta harus dibelanjakan ..]
6. .... Jumlah yang hadir pada UPACARA 66 tahun penubuhan UMNO juga diTEMPLAK parti pembangkang, kerana di acara-acara ceramah biasa parti pembangkang kehadiran RAKYAT adalah lebih ramai lagi dari di acara kemuncak UMNO ...
7. .... Kalau saya bercerita BOHONG mungkin saudara Anon boleh saksikan sendiri BUKTI YANG SAHIH dari apa yang terakam pada sistem CCTV DBKL dan sistem CCTV Bukit Aman ....
Tapi walau berapapun yang hadir pada tanggal 28 April saya boleh mengaku kalah lah pada saudara Anon dan sanggup menerima berapa saja yag saudara ingin khabarkan .... yang penting UMNO is doing a LOT of DAMAGE CONTROL and implementing action which can be considered DESPERATE, sampai terpaksa lah Presiden UMNO membatalkan niat untuk mengadap AGUNG untuk membubarkan Parlimen .... walaupun segalanya sudah siap dari segi tempahan kain rentang, wang yang berlonggok-longgok ...
OrangBaruLahir .... manusia se BAIK mana pun boleh merancang, tapi ALLAH lah yang berupaya menentukan .
.....
ReplyDelete..patutle @orong baru lahir / din klang senang senang dapat pelbagai nombor dan dengan menggunakan teori binomial untuk menguatkan hujah untuk menyalahkan orang yang tidak berkenan di hatinya secara rawak... rupa rupanya di kutip dari ceramah2 seperti contoh ini...
'..Mengikut ceramah Setiausaha Agung PKR, kutipan PLUS setahun adalah RM2billion sementara bayaran kerajaan pada PLUS adalah RM800,000 jadi REVENUE PLUS RM2.8billion sementara KOS OPERASI PLUS hanya RM600,000 jadi PLUS menikmati keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.2billion
petia
Assalamualaikum
ReplyDeleteYBhg Dato'dan Pembahas yang saya hormati. Rakyat Malaysia sepatutnya sudah matang untuk membuat keputusan siapa yang mereka akan pilih untuk memimpin mereka. Begitu juga Perlembagaan kita memberi ruang kepada kita untuk memasuki mana-mana parti politik yang kita berkenaan dan keluar apabila kita rasa tidak perlu lagi menjadi ahlinya. Disamping itu jika kita mampu kita boleh menawarkan diri untuk menjadi calun.Kita sudah bolih menilai sekarang parti mana atau calun mana kita boleh harap. Kita ingat lagi dengan ungkapan " You can fool some of the people all the time,all of the people some of the time ,but not all of the people all the time."
54 tahun adalah satu jangka masa yang panjang yang bolih memberi kita gambar sebenar apa yang berlaku dinegara kita selama ini.Dari itu saya percaya rakyat akan memilih calun yang mereka bolih harap kecualilah mereka yang bergantung kepada sesebuah parti untuk hidup.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya
Pembahas Yangretibase, antara lain, menulis: "Saya harap DAKJ bermurah hati untuk menerangkan kepada saya rasional DAKJ menterjemahkan tajuk buku itu 'A Doctor In The House' kepada 'Doktor Umum'."
ReplyDeleteTajuk "Doktor Umum" adalah tajuk yang diberi sendiri oleh penulis buku. Saya terjemah saja.
Terima kasih.
Salam Datuk,
ReplyDeleteHari ini saya happy giler. Oleh itu, rasa nak tulih comment kat sini.
Datuk,
Ingat lagi tak, pada petang hari Anwar sbg TPM diumumkan dipecat, TV (tak ingat TV apa)tayangkan cerita Musang Berjanggut. Semenjak itu, saya membina tafsiran sendiri tentang mesej dalam cerita Musang Berjanggut. Tidak seperti Dr Chandra yang cendekia itu, saya tidak pernah pula terfikir nak sebelahi Anwar walaupun masa tu saya tdk sokong Tun Dr M, walaupun masa itu saya sangat tak tau apa-apa ttg politik. Saya lebih mula menghargai Tun M dan korek lebih tentangnya bila sedari Malaysia ni hampir terbalik dikerjakan Anwar dek reformasinya.
Lagi satu, sudah menjadi amalan politik negara ini, yang dulu dicerca buruk dan keji pun jadi baik dalam sekelip mata. Begitu juga sebaliknya.
Datuk, saya ada hantar komen dekat posting Datuk 11/05. Dah dibakulsampahkan ek ? Takpa. Takpa.
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... janji manis mu yang masih belum tertunai ... Menteri Pengajian Tinggi yang tak BAIK
... PEKAN keeping PAGOH in check .... roger-roger
Jumlah GRADUAN yang menggangur tidak kian menurun ....
.... semasa PRU yang dulu kita diberikan statistik yang mengejutkan yaini lebih dari 80,000 graduan menggangur ....
... masing-masing yang terlibat menuding jari termasuk kepada kesalahan mahasiswa memilih jurusan yang tidak diperlukan oleh para majikan ...
... terdengar juga komentar bidang pengajian yang sudah luput tempoh masih diberikan oleh pusat-pusat pengajian tinggi tanpa mengambil kira keperluan industri ....
... jari juga ditunjuk kepada Naib-Naib Canselor yang tidur yang gagal memainkan peranan aktif memperbaharui bidang pengajian yang ditawarkan sekian tahun ...
... Menteri Pengajian Tinggi melarikan diri dan bertukar portfolio kerana baru tersedar masalah ini boleh menjatuhkan kedudukannya yang sudah terlalu seronok dapat membuka begitu banyak pusat pengajian tinggi swasta tanpa menentukan standard dan bidang pengajian akan berguna kepada negara .....
... sekarang untuk mengelakkan diri dari dipersalahkan dengan jumlah graduan yang melambak tidak punya pekerjaan, UMNO mengeluarkan strategi " mari kita salahkan mahasiswa, SPIN - 76,000 mahasiswa tidak punya kemampuan untuk mencari pekerjaan sendiri ...."
janji manis UMNO akan membebankan negara yang berpunca dari kurangnya kawalan dan pengawasan keupayaan pusat-pusat pengajian tinggi swasta 'yang diberikan lesen cop duit' oleh kementerian pengajian tinggi, mengeluarkan graduan yang bermutu ...
pusat pengajian tinggi swasta tumbuh bagaikan cendawan selepas musim hujan, yang bernasib malang hanya graduan yang akan keluar sebagai penggangur terhormat kerana dasar dan perlaksanaan UMNO yang cuai ..... 76,000 adalah jumlah yang cuklup tinggi, yang seharusnya sudah memicu pengkajian semula kenapa masalah ini berlarutan dan apakah langkah pembaikkan yang boleh diterima pakai
OrangBaruLahir .... tak semesti nya ada 2 menteri PELAJARAN tu BAIK dan sampai bile graduan akan terus menggangur kerana "tak pandai cari kerja"
Sdr OrangBaru Lahir
ReplyDelete"Mengikut ceramah Setiausaha Agung PKR, kutipan PLUS setahun adalah RM2billion sementara bayaran kerajaan pada PLUS adalah RM800,000 jadi REVENUE PLUS RM2.8billion sementara KOS OPERASI PLUS hanya RM600,000 jadi PLUS menikmati keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.2billion."
Boleh sdr tanyakan kat Setiausaha Agung PKR atau semak semula fakta yang dia berikan di atas tentang butiran KOS OPERASI PLUS sebanyak RM600,000 itu yang pada saya tidak munasabah. Maksud saya, adakah ianya kos gaji campur bonus? Maksud saya lagi, adakah ianya sudah mengambil kira kos penyelenggraan seperti potong rumput, pelebaran lebuhraya, pembesaran bangunan plaza tol untuk tambahan lane, menyelenggara cerun tepi lebuhraya dsb?
...SAJI
11:53 AM
salam Dato
ReplyDeletesaya salah seorang pengikut tulisan dan pandangan dato walaupun mempunyai pandangan kepartian yang berbeza,tapi tulisan dato ada mempunyai sedikit keterbukaan and worth reading, kadang kadang saya kurang faham dgn setengah manusia yang langsung tidak dapat menerima pandangan orang lain padahal itu adalah pandangan semata, contoh pandangan dato tentang pemerintahan negara yang saya rasa adalah mirip kepada pro, walaubagaimanapun dato dapat menerima hakikat ketentuan tuhan untuk pemerintahan negara bolih berpindah kepada pakatan rakyat syabas dato. inshaalah sekiranya pandangan pengundi adalah lebih terbuka kerana mengundi adalah hak kita, pada dasarnya setiap manusia yang berakal waras akan mengidamkan sesuatu yang baik untuk masa depan dengan berpandukan alquran dan haddhis
Aslkum Dakj
ReplyDeletesdr cybertrooper
Sdr dan yg serumpun sesungguhnya buat kesilapan besar bila menyangka org2 yg selalu tegur Umnobn di blog ini sebagai org yg sama.
Saya ulangi Din klang dan OrangBaruLahir adalah insan yg berlainan tapi
akhamdullilah punya banyak persamaan dalam memperjuang kebaikan serta membanteras kezaliman.
Saya berdoa akan ramai lagi pembahas baik spt OrangBaru Lahir yg saya kagumi.
Din klang
DAKJ,
ReplyDeleteKali ini saya tidak dapat bersetuju bila dirumuskan, disebabkan persaingan kuat, parti-parti akan mengutamakan kesetiaan.
Sedikit masa dahulu, dalam UMNO sendiri sudah membincangkan tentang soal sumpah kesetiaan seperti dalam amalan PAS.
Jika tidak sumpahpun, alternatif lain juga telah dibincang untuk membuat tali tambat kepada kesetiaan.
Bagi saya, disebabkan persaingan kuat, parti-parti akan (secara sukarela atau paksa-rela) untuk meletakkan calon yang "winnable".
Walaupun saya sedar Najib kerap flip flop dalam tindakannya. Namun tag-line winnable candidate kerap diulang dari masa ke semasa.
Winnable saya tafsirkan sebagai popular. (Popular sebab bijak, berkarisma, boleh dipercayai, dan sebagainya.
Mana-mana pemimpin yang cuba membariskan ikut rasa syok sendiri akan hanya membunuh diri.
Kita perlu terima hakikat, untuk menang PRU, sokongan terhad kepada ahli parti sendiri sudah tidak memadai.
Semakin lama, semakin ramai ahli masyarakat yang lebih kritikal dalam memilih kotak pangkah. Dan mereka ini berada diatas pagar, bukan penyokong tegar mana-mana parti.
Jika DAKJ dapat menerima hakikat ini sebulat-bulatnya, percayalah, tidak akan sukar mencari intan didalam lumpur.
p/s adakah DAKJ tidak merasakan yang sentimen kepartian sudah semakin kurang lakunya? Semakin kurang penganutnya?
p/s jika MSM benar sudah diliberasikan, kenapa masih belum ada paparan temuramah dengan pihak disebelah sana berkaitan isu hangat semasa seperti BERSIH dan penyenaraian anak FELDA?
p/s Saya harap tidak ada yang akan buat protes punggung didepan rumah Setiausaha Agung FAM atau Rajagopal nanti. Mudah-mudahan tuah Malaysia bertemu Filipina awal bula Jun nanti akan lebih baik dari sebelum ini.
Fed Up
Dato.
ReplyDeleteTengku Aziz hari ini membuat kenyataan memintaa raayat memberi peluang kapada Najib dan mengundi BN.
Sekali lagi Tengku Aziz amat cetek pemikiran nya dalam politik.Dia tidak tahu sepak terajang politik dan dia sangka ia mempunyai pengikut yang ramai.
Dia juga nampak nya saorang yang keliru dalam pemikiran.Tengku aziz saorang yang memperjuangkan ketulusan dalam pemerentahan.Boleh kah kita memtahankan Najib dalam ketelusan dalam pemerentahan.Kes NFL,Kes Kapal Selam,Kes contract MINDEF untok membeli tank P oland dan Kes isterinya yang hidup diluar kemanpuannya.
Jika kita telah membuat silap dalam perjalanan hidup kita,lebeh baik kita dudok senyap sahaja supaya orang maseh boleh menghormati kita.
Saya ingat PR 13 sudah dekat,Raayat telah membuat keputusan party mana yang hendak di undinya.Maseh ada 5 percent sahaja lagi yang maseh belum membuat keputusan dam mereka ini tidak akan dapat merobah keputusan undi PR 13.
Chandra Muzaffar, dibawa dari USM ke University malaya oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteDilantik Director of Centre for Asian Civilization .Beliau pengkrik utama Kerajaan semasa menerajui ALIRAN.
Apabila Anwar dipenjaralan,beliau ditamatkan kontrak dengan Uni Malaya.
Beliau saman University Malaya dan dapat pampasan beratus ribu.
Beliau masuk PKR. Terus dilantik jawatan tinggi.
Apabila Anwar dibebaskan, Chandra tidak dapat buat apa 2 di peringkat tinggi. Dia pun tak berani bertanding untuk jawatan tinggi dalam parti. Hanya harapkan dilantik kerana intelek konon.
Kemudian beliau keluar parti dan asik burukkan pimpinan parti.
Beliau tubuhkan Just World Trust.
Apa agenda nya ?
Sekarang beliau balik ke USM dan tubuhkan NGO 1Malaysia, apa benda ?
Apa perjuangan dia ?
Sama sahaja lah Tunku Aziz pun.
Dia dah masuk DAP. Terus dilantik Naib Chairman dan Senator.
Kita tak pernah dengar ucapan dia langsung selama ini.
Bila DAP tidak mahu lanjutkan jawatan Senator setelah satu penggal, dia mula perpaling tadah dan buat macam -macam kenyataan. Surat khabar tidak pernah sebut hal dia selama ini. Setelah dia keluar parti, dia dijemput NTV7 dan muncul setiap hari di akhbar.
Sama hal dengan Zulkifli Nordin , Dr.Hasan Ali,Ibrahim Ali,EZAM, Nalla dan Hashim.
.....hypocrites ......
You know their true characters someday.
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... kepada teman-teman yang baru mengenal apa itu sebuah kehidupan, kembalilah meniti ke pangkal jalan mencari apa itu sebuah kehidupan yang BAIK ....
.... kepada saudara petia dan saji, siri ceramah saudara Saifudin Nasution Setiausaha Agung PKR dan wakil rakyat Macang di YOUTUBE, adalah pandangan alternative berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara tentang ketimpangang-ketimpangan pengurusan yang merugikan negara ....
.... sebagai WAKIL RAKYAT mereka WAJIB menyemak sistem pengurusan negara untuk memastikan RAKYAT mendapat faedah dari setiap USAHA yang digerakan oleh pemerintah .... ini tidak dibuat sama sekali oleh WAKIL RAKYAT berlabel UMNO
.... siri ceramah YOUTUBE bagi saya hanyalah satu sumber maklumat untuk saya jadikan mendapatkan pandangan alternative untuk mendidik diri saya sendiri, sementara untuk pengesahan FAKTA; Laporan Tahunan PLUS bolehlah dijadikan sumber sahih jumlah pendapatan PLUS dan jumlah kos pengurusan PLUS ... ini boleh didapati dari akhbar dan majalah seperti MALAYSIAN BUSINESS yang Dato Kadir juga turut menyumbang buah fikir, kritikan pedas dan kekadang sinis.
Pendapatan dan kos pengurusan PLUS adalah FAKTA-FAKTA umum tentang sebuah gergasi MALAYSIA yang mempunyai model perniagaan yang jelas menguntungkan buat badan koperat tersebut tetapi merugikan RAKYAT
... Model ini sekarang diguna pakai oleh UMNO untuk sumber AIR, sumber LETRIK, sumber KOMODITI - BERAS, GULA, SAWIT dan apa saja yang UMNO boleh jadikan punca duit buat kroni yang diharapkan menyumbang kepada UMNO ....
... termasuk juga untuk JUDI 4D, ASTRO, syarikat KOMUNIKASI, syarikat MEDIA dan hampir setiap bidang perkhidmatan yang lain termasuk syarikat seperti KFC, McD .... dan juga syarikat seperti NFC, lembu yang tinggal di kondo Dato Salleh
... UMNO pulak berbagi dengan parti komponen mereka, dalam bidang KESIHATAN - MCA memegang konsesi pembelian UBAT-UBATAN dan rangkaian FARMASI dan syarikat UJIAN MAKMAL, MCA satu masa dulu juga memegang konsesi bagi semua aktiviti PENGANGKUTAN baik sistem PELABUHAN, rangkaian sistem PENGANGKUTAN DARAT untuk mengangkut barangan industri dan juga orang awam ...
.... MIC dapat konsesi untuk semua PROJEK JKR ..... mungkin bukan MIC tetapi lebih tepat Samy Velu ....
.... secara khusus untuk semua hal dalam BIDANG PERTAHANAN NEGARA - baik DARAT, LAUT dan UDARA - hanya dikawal oleh PM sekarang dan Menteri Pertahanan dulu ...
Jadi buat saudara petia dan SAJI, selama ini sebagai sebuah PARTI POLITIK UMNO juga mempunyai KUASA keatas setiap sudut EKONOMI ... dan kalaulah ditakdirkan UMNO ini kalah PRU13 ---- semua ini mungkin akan hilang dari kawalan UMNO .... inilah ketakutan dan kekalutan UMNO dan the feudal-feudal LORD dalam UMNO ....
OrangBaruLahir .... muga-muga saudara petia dan SAJI satu hari nanti dinaikkan taraf ke INNER CIRCLE UMNO dan tidak hanya menjadi soldadu upahan - mungkin saudara boleh membuat kajian AKADEMIK "Rangkaian Perniagaan yang dikawal KRONI UMNO"
OrangBaruLahir ....
ReplyDeletesaudara petia dan SAJI, I see your point jumalh yang dibicarakan adalah RM 300juta kos operasi dan RM 300juta kos pembangunan = RM600juta .... silap saya bukan RM600,000
Saya dah search semula di YOUTUBE untuk ceramah tersebut ...
OrangBaruLahir
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... janji manis mu .... RM600 nak hidup apa di KL ....
sewaktu PRU12 satu bahan berita yang jelas membuktikan Kerajaan BN gagal mensejahterakan RAKYAT adalah GAJI PEKERJA KILANG, yang tidak membolehkan MINAH dan MAT KILANG menikmati hidup dan dikira bebas dari kelompok kemiskinan .....
GAJI MINAH dan MAT KILANG yang mungkin hanya berjumlah RM600.00 meletakan mereka sebagai SUMBER tenaga MURAH, setara HAMBA ABDI ....
Pecahan RM600 yang mereka terima setiap bulan hanya mendorong mereka kekancah maksiat untuk membolehkan mereka MENIKMATI sedikit kemewahan .... sewa bilik RM200, transport RM120, makan apa adanya RM5x30 = RM150, dan kalau ada lebih mungkin untuk telefon ... dan sama sekali tidak membolehkan mereka memakai pakaian mewah ataupun yang murah sekalipun .....
UMNO kini mampu memberi GAJI MINIMA RM900.00, ini juga tidak melepaskan mereka dari kancah kemiskinan ..... sedangkan isteri Perdana Menteri boleh bermewah dengan duit RAKYAT, dan hutang-hutang pemimpin UMNO boleh dihapuskira begitu saja ....
GAJI RM900.00 tidak menjanjikan sebarang kebahagian bagi para MAT dan MINAH KILANG yang sudah begitu lama membanting TULANG memberikan KEKAYAAN kepada LINTAH-LINTAH KOPERAT yang dilinbdungi UMNO ... jangan kata nak beli rumah, malah untuk mengirim sedikit buat orang tua tersayang dikampung juga merupakan satu yang mungkin tidak mudah dibuat ....
UMNO sanggup menghamburkan DUIT RAKYAT dalam terlalu banyak PESTA RAKYAT dan ACARA TAJAAN UMNO, bila kah akan didatangkan ORANG BAIK yang dapat memperbaiki taraf kehidupan ORANG MISKIN dalam BANDAR yang tidak jauh beda dari HAMBA ABDI dengan wang yang tidak cukup pun buat makan .....
Sampai BILA lah UMNO ini benar-benar akan memperjuangkan NASIB RAKYAT dan bukan hanya MENGKAYAKAN KRONI dan TEMBOLOK SENDIRI ...
OrangBaruLahir ..... satu hari HUJAN akan turun juga diBUMI yang tidak pernah memjanjikan satu HARAPAN buat para HAMBA ABDI yang masih disiksa ....
Datok Kadir, sebagai orang lama yang mengikuti perkembangan semasa dari dahu sampai hari ini, saya merasa amat kecewa dan bimbang dengan daya intelek dan toleransi generasi muda berpandukan komen dari orang macam Din Klang, Yangretibase dan orangbarulahir.
ReplyDeleteKalau mereka inilah wakil generasi muda, saya sangat kecewa dengan bahasa mereka yang kesat dan sikap benci mereka yang menggeledak. Kita pon berpolitik, tapi kita tidaklah benci dan maki musuh kira macam mereka.
Dalam generasi saya, orang yang suka maki-hamun dikira sebagai orang yang kurang cerdek, yang tidak boleh berhabas dan berhujah secara tenang dan rasional. Mungkin kerana generasi saya, macam generasi Datuk, kita belajar sekolah Inggeris dan kita belajar sekolah agama belah petang.
Daripada sekolah Inggeris kita diajar fairplay dan jadi gentlemen. Kita hormat hak orang lain untuk tidak bersetuju dengan kita. Daripada sekolah agama pula kita belajar akhlak dan kesebaran. Kita ditegah caci dan hina sesama Muslim. Kita disuruh bagi petunjuk melalui ajaran dan teladan.
Tak tahulah Datuk, apa dah jadi dengan sistem pelajaran kita hingga orang Islam dan orang Melayu hilang akhlah, hilang hemah dan hilang persaudaraan Islam.
Wassalam
Haji Kuala Kundor
Haji Kuala Kundur,
ReplyDeleteSaya ni generasi baru Haji, tapi saya tak dibesarkan dengan cara menghamburkan kata nista, menyimpan perasan benci yg meluap-luap. Janganla haji melihat kepada orang macam DinKlang dan contoh yg haji bagi sebagai panduan bagaimana rupa generasi baru sekarang.
Orang macam Din Klang atau lebih baik saya kata orang parti pembangkang, lebih cenderung berhujah dengan kata nista kerana pemimpin mereka yg halalkan cara sebegitu. Mereka adalah orang yg kecewa kerana walaupun telah berjuang perbagai cara dan melalui banyak masa, rakyat masih kurang menerima mereka. Kata nista dan menanamkan perasan benci adalah pilihan terakhir mereka. Saya jumpa orang sebegini dimana-mana sahaja sekarang. Dengan stategi yg mereka pakai dan ada sekarang, saya takkan lihat mereka akan menjadi pilihan mutlak rakyat.
Berbalik kepada tajuk DKJ, pada pendapat saya, orang yg sangat naif sahaja yg berpendapat orang "baik" boleh memasuki politik. Politik adalah kisah populariti, yg baik kekadang boleh jadi tidak popular.
Wassalam
MelayuBelumHaji
OrangBaruLahir
ReplyDeleteMaaf kepada Tuan Haji Kuala Kundor, jika gaya bahasa penulisan bukan sesuatu yang disenangi oleh Tuan Haji ....
Tidak semua diberikan anugerah keupayaan menulis tanpa mencarik bulu ayam yang sudah pun tercarik, malah tidak mudah untuk menyenangkan hati setiap pembaca ... tetapi yang penting isi yang hendak disampaikan mudah-mudahan membuka mata ORANG MELAYU yang sudah terlalu lama menyerah diri kepada UMNO untuk berbuat kebaikkan untuk mereka, tanpa mereka membuat check and balance apakah WAKIL-WAKIL RAKYAT dari UMNO benar-benar menjaga kepentingan UGAMA, BANGSA dan TANAH AIR ....
.... kalau dulu WAKIL RAKYAT UMNO dari kalangan GURU-GURU mereka benar-benar mencurahkan bakti dan berkorban untuk BANGSA
.... tetapi setelah diganti dari WAKIL RAKYAT yang hanya bekas BUDAK PEJABAT dan BEKAS JAGA memanglah mereka yang tidak mempunyai ilmu di dada mengunakan jalan KEKASARAN untuk mengalahkan siapa saja yang mereka anggap musuh
.... tetapi yang lebih TERUK apabila WAKIL RAKYAT UMNO datang dari kalangan KONTRAKTOR yang mencari UNTUNG CEPAT .... maka NASIB ORANG MELAYU lah yang diperjudikan ....
1 BIADAB .... UMNO tidak mengganggap TINDAK LAKU Menteri Besar PAHANG sekarang menunjuk BONTOT pada satu ketika dulu sebagai KURANG AJAR dan bukan lah keperibadian ORANG MELAYU yang berbudi bahasa malah dia disanjung ....
2 PEROGOL .... UMNO juga tidak menggangap TINDAK LAKU perbuatan bekas Ketua Menteri Melaka berzina dengan anak gadis Melayu itu salah dan berdosa , malah tidak ada seorang anggota UMNO yang memperjuangkan nasib gadis Melayu tersebut melainkan seorang Cina yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang;
3 PENCURI ... UMNO juga tidak megutuk perbuatan Menteri UMNO menyalah gunakan peruntukan PROJEK LEMBU KEBANGSAAN untuk kepentingan keluarga sebagai satu kesalahan;
4 PEMBUNUH ...UMNO juga tidak merasakan jenayah membunuh seorang RAKYAT ASING dengan bahan letupan C4 itu kesalahan berat; begitu juga nasib allahyarham Jalil Ibrahim yang menyiasat kerugian BMF di Hong Kong - matilah anak Melayu kerana ingin menyiasat bagaimana negara dirugikan RM2billion
Jadi Tuan Haji jika ADAB pemimipin UMNO BERBOHONG, BERLAKU KHIANAT, MEROGOL dan MEMBUNUH itu bukan sesuatu yang salah, salah kah penulisan yang mengutuk KEZALIMAN kepemimpinan UMNO ....
Maaf sekali lagi tuan Haji ... saya akan mentelaaah contoh keperibadian yang lebih BAIK dari keperibadian pemimpin UMNO, dengan mengkaji sejarah hidup NEGARAWAN seperti Mahatma GANDHI, Nelson MANDELA, Martin Luther KING, Che GUEVERRA, Fidel CASTRO, dan kempemimpinan KHULAFAK arRASHIDIN yang jelas mempunyai sifat-sifat KENABIAN yaini SIDIK, AMANAH, TABLIGH dan FATANAH .... yang jelas tidak ada pada mana-mana pemimpin UMNO sekarang ini
OrangBaruLahir .... mungkin pada kamilah terpaksa kami pikul, sedikit sebanyak menentukan nasib anak bangsa yang masih belum lagi dilahirkan pada waktu ini
din klang
ReplyDeleteawak puji orang baru lahir serupa lah masuk bakul angkut sendiri.
yalah, sendiri tulis sendiri puji.
tak payah lah nak psycho pembaca Tok Kadiaq, mereka semua orang lama yang non partisan dan tahu yang mana permata dan yang mana kaca.
baca rangkap pertama saja, dah boleh bau siapa yang mengomel.
suruh lah boss awak ganti saja cycbertrooper yang lebih mantop dan bukan tahap mat sabu atau mahfuz.
Assalamualaikum,
ReplyDeletePendapat saya tidak sama dengan pendapat DAKJ tentang Nik Aziz, dan TS Harussani Zakaria. Pada fahaman saya, Nik Aziz ialah seorang ulama Rabbani yang sekali gus merupakan seorang khalifah Allah di muka bumi-Nya ini yang wajib bertanggungjawab dalam pengurusan politik pemerintahan negeri atau negara demi kesejahteraan umat manusia. Oleh sebab itulah, politik sekali-kali tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan daripada Islam.
Saya cukup yakin, Nik Aziz menepati Firman Allah dalam al-Quran, al-Baqarah: 207 yang bermaksud, "Dan ada antara manusia yang berkorban diri demi mengharapkan keredhoan Allah; dan Allah Maha Pengasih kepada hamba-Nya".
Kalau Nik Aziz menepati Ayat 207 daripada Surah al-Baqarah, Mufti Perak, TS Harussani Zakaria pula sebaliknya berlawanan dengan Ayat 92 daripada Surah Ali 'Imran yang bermaksud,"Kamu tidak akan memperoleh kebaktian/kebajikan sehingga kamu membelanjakan/menginfakkan/mensedekahkan apa-apa harta yang kamu sayangi".
Memang jelas TS Harussani Zakaria tidak beramal dengan Ayat 92 Surah Ali 'Imran apabila terus memegang jawatan Mufti Perak hingga sekarang, walhal dia wajib bersara pada usianya 55 tahun sekitar 18 tahun yang lalu. Jauh sekali untuk bersedekah hak yang disayanginya, hak orang lain pula yang diambil.
Saya ingin mendengar pendapat Tuan Haji Kundor.
Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.
1. Saya MINTA tolong kepada orangbarulahir dan din klang tolong guna nama sendiri atau tolong registerkan URL atau buka satu emil khas.
ReplyDelete2. Dengan cara itu orang tidak ciplak nama anda atau anda-anda dan saya pun tak susah-sasah garu kepala.
3. Anda adalah orang yang berani mengulas dan mengkritik. Anda Sering petik AlQuran dan Hadis, jadi mengapa takut guna nama yang mak bapa bagi atau buka satu emel khas.
4. Marilah sama-sama kita BERSIHKAN diri kita daripada ketakutan. Marilah kita jadi ANAK JANTAN yang berani buat berani tanggung.
5. Saya pun sebenarnya dah tawar hati nak layan pengulas nama samaran yang tak berdaftar. Kalau anak jantan, buatlah macam Hj Munawir, Saji, Umar, Abdullahngah dan ramai lagi anak jantan yang ada emel dan URL.
6. Saya pun tidak mahu bersubahat wujudkan orang kembiri, ponen, pondan dan darai melalui blog ini.
7. Macam Sdr Fed Up, saya pun kadang-kadang fed up juga dengan pembahas yang berani buat tapi tak berani tanggung.
Terima kasih.
Salam. Kurang setuju dgn pandangan datuk, terutama dalam bab tafsiran ttg orangbaik. Patutnya gunalah neraca agama dalam mnegukur baik atau buruk.
ReplyDeletePak Engku
Assalamualaikum Dato'
ReplyDelete“Orang Baik Terpedaya Dengan Politik” kata Dato’ Kadir.
Sekali baca, dua kali baca, tiga kali baca membawa maksud politik itu bukan untuk orang yang baik, politik itu sesuatu yang kotor, sesuatu yang tidak baik untuk orang yang baik baik.
Maka, Langitbiru suka bertanyakan Dato’ Kadir, apa maksud POLITIK Dato’?
Apakah Dato’ bermaksud, politik hanya cocok dan sesuai untuk orang yang bukan baik?
Langitbiru sediamaklum fahaman politik secular, yang bermatlamatkan mengHALALkan apa jua cara demi mencapai matlamat politik iaitu KUASA. Kuasa Politik bererti Kuasa Kerajaan. KUASA yang MENGUASAI sebuah Kerajaan.
Langitbiru pernah mengulas kata-kata Dr Yusuf Al-Qaradawi, bahawa Politik tidak lengkap tanpa Islam, DAN Islam itu sendiri tidak lengkap tanpa politik.
Ini bermakna, dalam Politik Islam, di sebuah Negara yang majoritinya penduduknya adalah beragama Islam, ISLAM itu sendiri WAJIB menguasai kuasa politik sekaligus kuasa kerajaan, bagi mendirikan sebuah Daulah Islam yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber utama perlembagaannya.
Jika Sdr OKJ seorang Pakar Perunding Perubatan bahagian USUS, jika pada satu hari tiada seorangpun pakar bahagian usus bertugas, dan pada masa yang sama, ada pesakit yang sangat perlukan khidmat pakar usus, maka tugas Sdr OKJ sudah jadi Fardhu Ain, bukan lagi Fardhu Kifayah.
Dalam konteks politik, wajib ada sekumpulan orang-orang yang beriman berjihad untuk menegakkan kekuasaan politik Islam. CUMA, dalam lanskap politik di Malaysia, acuan dan permainan politik berada di atas padang secular, system yang dicedok dari pemerintahan secular, termasuk system demokrasi yang secular menjadikan usaha kepada Pemikiran Politik Islam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
MAKA, sesungguhnya Langitbiru tidak terkejut bagi mereka yang mengaku beragama Islam, tetapi mengenepikan nilai-nilai Islam, sebaliknya memegang erat fahaman sekularnya, meracuni pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan sekalian kakitangan kerajaan untuk menyetujui cara dan fahaman mereka, MAKA bilamana bekas Ketua Polis Negara dalam NSTP menggelar pemimpin politik Islam sebagai “BAPA KAFIR”, itulah sebenarnya cerminan politik secular UMNO.
Bagi manusia yang ada kesedaran Pemikiran Politik Islam, mereka sedar POLITIK adalah satu kewajiban dan tanggungjawab yang utama. Ciri-ciri ini tiada dalam KAMUS perjuangan orang-orang UMNO. OBJEKTIF UTAMA perjuangan UMNO adalah KUASA, yang kemudiannya nanti akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.
HAKIKAT sebenarnya, KUASA POLITIK sangat sangat menggiurkan bagi orang-orang jahat.
POLITIK adalah sesuatu yang sangat baik. IANYA sepatutnya dipegang oleh orang-orang yang baik dan beriman.
HAKIKATNYA, “Orang JAHAT, sangat Terpedaya Dengan Politik”.
Hakikat hari ini, orang politik yang jahat itu, tidak lain melainkan orang UMNO!
OrangBaruLahir ...
ReplyDelete.... cabaran Dato tak dapat saya sambut kerana saya dari golongan yang bernasib malang sebagai WHISTLE BLOWER yang berniat baik dan sudah melakukan yang terbaik untuk BANGSA dan NEGARA, cuba menyelamatkan hampir USD12million dari angkara bekas BACKBENCHER UMNO, apabila bukti-bukti telah jelas di teliti dan disemak dan disahkan oleh pegawai-pegawai penyiasat Jabatan Perdana Menteri, dan di bawa ke PUTRAJAYA dan diserahkan kembali kepada Lembaga Pengarah sebuah GLC, saya pula telah dipersalahkan, kerana pehak pengurusan tidak sanggup berdiri dibelakang saya untuk dilanjutkan dengan membawa ke Mahkamah, malah saya pula yang terpaksa mengundurkan diri ..... kehilangan hak kekananan, hak pencen .... berhenti dengan hanya berbekal maruah yang tidak sanggup saya jual beli memulakan ikthiar baru, dengan keyakinan hanya ALLAH yang menentukan rezeki seseorang
Tidak mudah bagi saya untuk menjadi berani sekali lagi, apabila UMNO dengan segala kekuatannya, lebih khusus PUTRAJAYA bertindak " with action to protect their own ".
UMNO dengan kepemimpinan yang ada sekarang masih belum bersikap terbuka dan bersedia untuk mengatakan YANG HITAM itu HITAM dan YANG PUTIH itu PUTIH, jika sesuatu itu melibatkan ahli-ahli UMNO atau barisan kepemimpinan UMNO ....
OrangBaruLahir .... Salam perjuangan menyelamatkan AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR ....
Asklum Dakj
ReplyDeleteHj kuala kundur
1. kalau tak pandai menari jangan disalah lantai tidak rata. Kalau memang tiada point untuk menyokong kedurjanaan pemimpin Umnobn yg sdr agong2kan jangan pulak putar2 kata kami guna bahasa kesat, punya sikap benci membenci, tak tenang atau rasional bila berbahas. Dgn menghebtam kami dgn perkara yg sabjektif sdr sebenarnya telah mengelakkan diri dari berbahas isu yg fundamental iaitu mementang kemungkaran pemimpin Umnobn yg saya yakin sdr sudah terlalu taksub dgnnya.
2. Oklah cuba sdr bericontoh ayat lunak, berakhlak lagi berteladan yg boleh kami gunapakai bila berhadapan atau cuba menjelaskan dgn penzalim perasuah, penipu,penzina, perogol, pemfitnah,pembodek,sihipokrit dll!!!!!. Yg betulnya sdr dari awal tidak bersetuju kalau pemimpin Umnobn digelar begitu, dalam keadaan sdr tak berupaya mengenegahkan bukti lain yg boleh melawan hujah serta bukti2 kami.
3 sdr janganlah berbangga dgn sekolah inggeris waktu tu. Standard Bahasa Inggeris sdr mungkin lebih baik dari generasi sekarang. Malang nilai2 baik org Inggeris saya TAK fikir sdr dpt menjiwai. Sdr setakat tahu tapi tak ikut. Apalah beza dgn setengah org ada ilmu agama tapi jadi barua Umno untuk jual ayat Allah dgn harga yg murah
4. Mulai sekarang mari kita raikan blog Dakj dgn hujah2 yg membina dan bernas, bukannya ambil mudah buat kenyataan umum yg menyakitkan hati serta menyerlahkan ketidak cerdikan sdr sendiri dan pembahas bernama MelayuBelumHaji
.
Kepada cybertrooper sila habiskan masa sdr dgn asyik meneka siapa lagi nama samaran Din klang.
Din klang
Aslkum Dakj
ReplyDeleteSuhakam atau nama penuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia adalah badan bebas yg terpaksa dilantik secara malu2 alah atau melepas batuk ditangga oleh kerajaan Umnobn demi memenuhi tuntutan pihak Pertubuhan Bangsa2 Bersatu.
Kalau kerajaan serious dgn penubuhan Suhakam kenapa kerajaan mengenepikan Suhakam dalam penubuhan badan konon bebas bagi menyiasat dakwaan salah laku polis kpd peserta Baesih 3 dan wartawan.
Bukankah bajet Suhakam sendiri sudah berjuta rgt setahun. Kenapa kerajaan tak gunakan Suhakam saja untuk siasat. Taklah anggota Suhakam spt makan gaji buta atau seperti tak cukup kerja!!!!
Kini panel Hanif, siapa nak percaya? Bukankah beliau yg gelar para pendemo sebagai kominis.
Din klang
DAKJ kata,
ReplyDelete"7. Macam Sdr Fed Up, saya pun kadang-kadang fed up juga dengan pembahas yang berani buat tapi tak berani tanggung."
Untuk rekod, saya sudah agak lama berasa fed-up. Cumanya, sudah tidak tertahan lagi fed-upnya bila Pak Lah membiarkan negara di urus oleh tingkat 4.
Dan meluap-luapnya fed-up saya belum dapat reda bila model pentadbiran Pak Lah diteruskan Najib. Walaupun tajuk dramanya lain (dulu Hadhari, kini 1Malaysia) tapi skripnya sama sahaja.
Kesimpulannya, harap DAKJ janganlah fed-up dengan perkara-perkara kecil begitu.
Fed Up
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteIngin rasenye untok bertindak atas ape yang ditulis oleh langit biru,iaitu KPN tidak seharusnye memperlekehkan "Pemimpin politik Islam",yang semua orang akan merujuk kepade parti PAS.
Saye bertanye,pemimpin lebih bersalah jike sesuatu kecelakaan berlaku atau pengikut yang bersalah jika kecelakaan terjadi?.
Jika langit biru memahami konsep bahawa ape yang diberi akan kite terima kembali,tuan akan juge memahami bahawa Allah maha adil.
Ingin saye imbau kembali bahawa manusia yang same juge yang mengkafirkan ramai orang Melayu yang tidak sealiran dan tidak menyokong mereka, adelah tidak Islam(Kafir).Saye berharap tuan berlapang dade.
Salam Pak Engku
ReplyDeleteKalau guna neraca agama orang baik ialah orang bertanggungjawab disamping pintar ilmu ukhrawi dan duniawi sekaligus
...SAJI
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... Dato ini contoh budi bahasa ORANG UMNO ......
http://www.youtube.com/watch?v=bte-4WpB1e4&feature=related
politik mencerca, mengampu, menghentam, mana ada cerita nak perbaiki kehidupan ORANG MELAYU ....
ini lah contoh POLITIK budak pejabat UMNO
OrangBaruLahir
din klang 5.54.
ReplyDeleteMemang saya dah agak sebegitu balasan hujah dari Encik Din Klang. Mengajak orang berhujah dengan bernas dan bijak, tapi masih menggunakan ayat yg kotor dan jijik.
Selama saya hidup dibawah kepimpinan UMNO BN ni, tidak pernah pun saya rasa diri teraniaya, tidak cukup makan minum, atau terasa dipimpin pemimpin yg zalim. Kalau ada pun pemimpin UMNO yg kotor contohnya macam Anwar, dah lama disisih/dibuang UMNO.
Saya telah pergi banyak negara, tapi tiada satupun macam Malaysia yg saya rasa sangat unik acuannya, dari segi politik, bangsa, budaya dan adat.
#Maaf dato, saya masih guna anon, mungkin masa depan saya akan guna identiti dan ada email atau URL.
MelayubelumHaji
OrangBaruLahir 10.08AM,
ReplyDeleteUMNO dah buat dan perkenalkan perlbagai kaedah dan cara untuk majukan orang melayu, cuma kamu saya baru lahir dan kurang berpengetahuan.
Tapi walau banyak macammanapun cara dan kaedah pemimpin UMNO perkenalkan untuk majukan orang melayu, tidak dapat dinafikan, punca permasalahan adalah kerana MAJORITI orang melayu sendiri kurang bakat, tinggi hasad dengki, mudah membenci, suka cari kesalahan orang lain tanpa sedar kesalahan sendiri, dan paling klasik, cepat mahu senang dengan usaha yg sedikit.
Pilihlah kerajaan manapun, selagi bangsa melayu tak berubah, takkan Allah mahu merubah bangsa melayu ini.
MelayubelumHaji
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. ketua wanita MCA Melaka Kian Kit Har tegas dgn pendapat bahawa segala penyelewengan Umnobn mesti ditentang.....adakah bererti usia Umnobn semakin tamat?
2. mantan pengarah JSJ persekutusan Polis iaitu Datuk Fauzi Shaari sah sertai PAS......syukur semoga ramai lagi org besar akan diberi hidayah okeh Allah.
Moral ceritanya ialah berdasar pengalaman di Mesir, Libya, Yemen dll bila semakin ramai org kanan tinggalkan parti asal mereka maka tanda2 kejatuhan semakin hampir. Kan Allah tak pernah bagi lesen pd penjahat sampai bila2.
Kalau tiada org baik2, siapa yg bakal menempati syurga?
Din klang
OrangBaruLahir ....
ReplyDelete.... menarik dari bekas WAKIL RAKYAT Sungai Petani ... "Perpaduan PAS-UMNO cerita karut " UTUSAN 21Mei2012 ....
... ya mana mungkin sesuatu yang BAIK bercampur dengan sesuatu yang tidak BAIK .... ya mana mungkin MINYAK bercampur dengan AIR ...
... tapi tulisan Zainudin Maidin bukan untuk menjernihkan suasana tetapi hanya untuk menghentam PAS dengan sekutu PAKATAN, ini mungkin hasil BRAIN STORMING the de facto STAND IN PM from the past yang sedang TURUN PADANG memastikan Ahli Yang Berhormat dari JERLUN tidak menjadi KORBAN PRU13 ...
... sayang seribu kali sayang YB JERLUN ini sama seperti Marina BERSIH 3.0, mungkin dapat LEBIH didikan dari ibu berbanding dari sang ayah, maka jadilah mereka ini lebih bersifat adil dan TIDAK dapat menjiwai the DIE HARD politician, sang ayah.
... rasa-rasanya YB JERLUN pun akan kalah ... sebab selalu sangat berada di LUAR NEGARA sebagai Timbalan Menteri PERDAGANGAN ANTARABANGSA ... maka akan tersenyum lah Lee Kuan Yew melihat MALAY NEMESISnya tumbang dan tidak lagi meninggalkan sebarang DINASTI seperti dia.
ORANG BAIK seperti YB JERLUN ini mana mungkin menjadi JAHAT kalau tidak di didik menjadi JAHAT, tapi sebab sang ayah PAKSA, terpaksa lah dia mengikut .... YB JERLUN harus menang kalau tidak susah lah sang ayah nak dapat TAHU apa yang berlaku dalam UMNO ...
Tapi kenapa sepertinya ZAM bersikap RASIONAL, yaini memang tidak akan ada perpaduan antara PAS dan UMNO,... antara lain adalah sebab ZAM telah TERLALU banyak menjalankan begitu banyak tindakan untuk menghancurkan PAS disatu masa dulu, termasuk menghancurkan akar umbi sokongan PAS, sampai sanggup menghapuskan KESEMUA SEKOLAH AGAMA RAKYAT yang bukan ditaja UMNO ... ZAM bertindak untuk menghancurkan PASTI supaya anak-anak Melayu tidak mendapat didikan AGAMA yang sempurna, yang secara langsung akan mencondongkan akidah kepada perjuangan ISLAM dan berpehak kepada PAS ...
... oleh kerana de FACTO Stand In PM sudah memberi laluan, sudah tentu UTUSAN akan kembali lebih GANAS terhadap PAS dan Pakatan Rakyat ...
OrangBaruLahir .... adakah harapan yang TIDAK BAIK menjadi BAIK sebelum RUH sampai di halkum ... mudah-mudah Allah memberi hidayah ... PAS sudah pastilah "pas" yang UMNO aje say "NO"
din klang akak orang baru lahir
ReplyDeletekami ke blog Tok Kadiak untuk membaca dan membahas secara non partisan dan tidak akan memparti-politik kan apajua tajuk yang Tok Kadiak lontarkan demi benefit kepada semua rakyat Malaysia.
Tok Kadiak telah pun mencadangkan saudara (saudari) membuka blog sendiri, jika saudara adalah "saudara" dan bukan saudari.
so please grow up.
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... terbaca dari MalaysiaInsider ... "Malaysian self styled KU KLUX KLAN head honco", PERKASA President will defend his PASIR MAS seat .....
... tak tahu lah samada pengundi di Pasir Mas akan terus mengundi Presiden PERKASA ini, kalau kalah maka hilanglah suara EXTREMIS MELAYU yang sanggup memberi sampul SURAT PUTIH pada DAP pada hari Tahun Baru Cina, sanggup membuat UPACARA KEMATIAN bagi YAB Lim Guan Eng yang masih HIDUP dan sanggup mengarahkan laskar untuk merosakan majlis ceramah PEMBANGKANG ....
... TAPI dimanapun didunia ini kelihatan KUMPULAN EXTREMIS seperti PERKASA ini tumbuh jika diberikan naungan dan baja dari pemerintah, kalau di BOSNIA dulu extremis SERBIA membunuh beramai-ramai hampir 8,000 orang ISLAM, di Netherland juga ada ahli extremis yang menembak rambang anak-anak pendatang tanpa merasa kesal atau belas kasihan malah berasa bangga kerana membunuh kanak-kanak tersebut.
... kelihatan PERKASA ini juga seperti telah diberi double zero "00" license, untuk memulakan pergaduhan dengan orang cina ditaja oleh UMNO seperti yang di buat oleh Ali Rustam di Melaka, juga pemimpin kanan UMNO di Johor dan pemimpin kanan UMNO di Pulau Pinang, walaupun seolah-olah yang diPulau Pinang sorok tangan setelah baling batu setelah disergah teman seselimutnya dari GERAKAN.
OrangBaruLahir ... mudah-mudah pengundi di Pasir Mas akan menolak Presiden puak pelampau Melayu, yang bermatlamat akhir untuk menghancurkan 1Malaysia
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... an UMNO Minister gone bonkers ... RAIS kata yang datang BERSIH3.0 hanya 22,000 orang STAR Online 21st May 2012 ..... ini seperti Zainudin Maidin meroyan setelah ditemuramah oleh alJazerah
.... Dato Seri kalaulah kenyataan Dato tu berasas sudah pastilah kekuatan pehak POLIS yang dilaporkan 10,000 orang akan dapat dengan mudah mengatasi sebarang kekecohan dilapangan ....
... kalau ya pun nak menipu RAKYAT bagi lah nombor yang masuk otak sikit, dan kalaulah betul hanya 22,000 kenapa pada keesokan hari tu tak LAPOR KEHADIRAN BERSIH3.0 HAMBAR, seperti majlis-majlis ceramah pemimpin UMNO yang cukup suram sekarang ini ....
... it is a numbers GAME, tapi kalau MEDIA tak pandai tipu macam time ZAM dulu menipu dan kalau nak tipu pun selepas 2 minggu, mana le ada orang nak percaya ....
OrangBaruLahir .... its time to change the Minister I think ......
Salam,
ReplyDeleteSatu perkara yg saya tau ialah org melayu ni dalam dirinya dah macam semula jadi dengki dan busuk hati pada bangsa sendiri. Kalau bangsa sendiri luku dia, sakitnya makan taun dan tak lupa sampai mati. Tapi kalau bangsa lain balon, sampai benjolpun tak apa.. skit ja... bila betoi2 dah tersandar... mengamuk... kena tembak n kojol. Al syahid mengamuk. Satu sen pun tak guna. Pasai buka tembelang, tambah cerita, tokok tambah tentang bangsa sendiri pandai tak dak dah...
Sebab tu ilmu hitam, santau, toyol, polong ke... tala kat org melayu oleh org melayu. Jadi, jgn hirau komen biadap dan kurang ajar kat sini. Semua ini mengesahkan teori ini... Semoga Allah ampun kan saya sebut begini pada bangsa sendiri yang tak sedar diri.
Abdullah
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. Lain yg Presiden Pas cakap, lain yg ketua pengarang media tak baik Umnobn lapor. Presiden tak cakap pun nak muzakarah dgn Umno tapi cuma dgn NGO yg selalu persoal konon matlamat perjuangan Pas konon dah berubah.
2. Hero senam tunjuk punggung depan rumah Ambiga mengaku beli gelaran Datuk. Dah tak hairan kerana biasa dengar. Malah baru2 ni Dakj pun bangkitkan bagainana ada org dpt sampai 2-3 gelaran Datuk tabpa jastifikas yg jjelas dan meyakinkan tentang jasa org berkenaan. Seorang bertitle Datuk hanya sanggup berbakti dgn tunjuk buntut....tak malu dan tak tahu hormat title. Perangai seperti ini, haji kuala kundur tak komen pulak sebagai tak bermoral.
Din klang
Salam Datuk,
ReplyDelete1.Orang baik ini ada dua jenis. Baik kerana memang baik dan baik kerana mengampu atau membodek. Baik boleh berada di antara dua sifat manusia tamak(tidak pernah merasa kecukupan walupun sudah memiliki segal-gala fana dunia) dan yang pasrah(orang biasa-biasa) setelah berusaha sehabis upaya.
2.Baik dalam politik tiada benar nya. Baik mengatasi politik, ini yang di tuntut. Maka insan-insan yang Datuk nyatakan, kita semua kenal siapa mereka dan apa jenis perjuangan nya. Baik ada makna.
3.Orang baik tidak meludah ibu-bapa,kaum kerabat, sahabat handai malah sesiapa jua. Orang baik menerima baik dengan kesyukuran dan menahan sakit dengan munajat. Orang baik jauh dari kemungkaran lebih-lebih lagi MENABUR FITNAH, malah berkata sesuatu melangkaui dan mengatasi Rasul Allah(Jika Islam). Orang baik tidak mengguna Logik Akal mengatasi Ilmu-Ilmu Allah (semua ilmu yang di ajar di dunia ini) lantas merujuk penemuan sains serta mengabaikan sahih pernyataan Al Quran tentang penemuan sains itu sendiri.
4.Semoga Datuk dan kita semua tergolong dalam golongan orang yang baik-baik.
5.Yang tidak baik nya sombong, ujub, takbur, angkuh, melanggar dan menafikan FITRAH manusia !
Salam DAKJ,
ReplyDeleteOrgBruLahiaq ni model dia Youtube, ceramah pembangkang n blogger yg jenis ada penyakit hati. Dia pilih yang dia suka saja n yang semuanya busuk2. Sebab tu ulasan bunyinya gah, macam betul, biadap n byk yg menipu. Sama macam ceramah PKR.
Abdullah
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBagi UMNO, sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda UMNO Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya 'orang baik'. Maklumlah, dia mengetuai kumpulam ulama muda UMNO. Besar kemungkinan dia akan bertanding dalam PRU ke-13 ini nanti.
Bagi Mufti Perak, TS Harussani Zakaria dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta Jakim, Fathul Bari juga memang 'orang baik'.
Oleh sebab tanggapan mereka terhadapnya baik, maka mereka mengambil sikap membisu sahaja terhadapnya, jauh sekali hendak menegurnya walaupun Fathul Bari telah tergamak mengeluarkan beberapa kenyataan sesat yang pula boleh menyesatkan umat Islam Malaysia yang jahil dan percaya kepadanya.
Baru-baru ini, dalam satu sesi ceramahnya yabg bertajuk "Islamnya UMNO" di Melaka, Fathul Bari telah membuat kenyataan bahawa Islam tiada kaitan dengan kepentingan politik; Islam tiada kaitan dengan UMNO, PAS atau PKR; Islam tiada kaitan dengan mana-mana individu. Semasa dilahirkan ke dunia, tidak pula seseorang bayi itu diberitahu sama ada bayi itu PAS atau UMNO atau PKR".
Astaghfirullahalazim!!!
Saya simpan dahulu ulasan saya. Saya persilakan pembahas sekalian membuat ulasan. Saya ingin mendengarnya.
Wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIni ialah kenyataan terbaru Ketua Ulama Muda UMNO, Fathul Baru sebagaimana dilaporkan oleh The Malaysian Insider 18 May, 2012:
"We must discuss politics to empower religion, not discuss religion to empower politics."
Doesn't the above statement made by Fathul Bari mean that Politics is more powerful and more authorititative than Islam?
What say you UMNO bigots?
Wassalam.
Bodohnyalah UMNO , seorang Anwar Ibrahim pun tidak mampu untuk dikendalikan secara profesional, bijaksana dan beradab sopan. Masih perlu menggunakan jentera kerajaan dan cara-cara yang diluar batas agama dan tatatertib untuk mematikan kerjaya politik bekas timbalan presidennya itu. Dengan begitu banyak wang,tenaga dan ikhtiar yang dilakukan hasilnya masih tak seberapa.
ReplyDeleteSdr azman
ReplyDeleteCukup syaratkah bekas KPN Rahim Nor itu melakukan ijtihad persendirian, berbanding dengan TGHA dan TGNA dalam soal mengkafirkan antara sesama umat Islam?
...SAJI
Sdr Maae
ReplyDelete"Orang baik jauh dari kemungkaran..."
Saya setuju. Tetapi, adakah seseorang itu digolongkan orang baik jika nampak kemungkaran berlaku di depan mata dan di dalam organisasinya sendiri ia dibiarkannya terus berlaku?
...SAJI
Salam hormat DAKJ,
ReplyDeleteAgaknya manusia baik seperti yang dimaksudkan ini tidak boleh berlebeh-lebeh dengan kemewahan. Kemewahan sekelip mata. Hilang keidealismnya. Tetapi pada pandangan saya kemewahan yang di bayangi hanya dari satu sudut...sudut berpolitik yang cenderung memberi kesan begitu.
Ada yang sukar meninggalkan tempat yang diterokai. Sangat sukar walaupun tidak dikehendaki.
Maaf datuk, ini cuma persepsi saya sahaja.
-anakmelayumalaysia
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDengan izin Dato jika masih diberi laluan
... kepada yang BERILMU dan BERJIWA BANGSA berikan lah sumbangan ilmu kepada anak bangsa untuk MEMERTABATKAN anak bangsa ... dan janganlah terus diperalat anak bangsa menjadi SAMSENG dan KUTU BERAHAK ... kasihanilah mereka, dan janganlah dididik mereka dengan KEBENCIAN dengan KECETEKAN ILMU yang akan hanya merosakan BUDI BAHASA dan PEKERTI mereka ...
Buat saudara cybertrooper soalan yang mudah buat saudara ... siapa kah sebenarnya PERDANA MENTERI Malaysia waktu ini, sudah PASTI bukan Tun Mahathir, tapi seolah-olah warga EMAS ini berperanan menerima segala SERANGAN dari RAKYAT untuk menyelamatkan Perdana Menteri yang TIDAK PERNAH mendapat MANDAT dari RAKYAT ...
... Perdana Menteri yang ada sekarang hanya menjadi Perdana Menteri kerana Pak Lah DIPAKSA melepaskan JAWATAN PERDANA MENTERI akibat serangan dari orang yang paling berdendam terhadap Pak Lah yaini Tun Mahathir ... sekarang pulak setelah menyerang begitu hebat Pak Lah, Tun Mahathir pulak memberi nasihat supaya ORANG UMNO jangan saling menjatuhkan satu sama lain
.... jadi saudara cybertrooper siapakah sebenarnya Perdana Menteri Malaysia .... salah satu jawapan yang saudara boleh pilih adalah isteri kepada Perdana Menteri sekarang yang kelihatan mampu menentang Tun Mahathir dan War LORD-War LORD UMNO ....
OrangBaruLahir .... kepada saudara Abdullah, cybertrooper,Anon tujukanlah KEMARAHAN saudara kepada tempat yang betul ... kalau saya salah terhadap saudara saya mohon maaf, KEBENCIAN saya hanya kepada KEMUNGKARAN yang terus dilakukan oleh UMNO, saya tidak benci saudara semua ....
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... of Interest PM is giving the KEYNOTE address at FIQH Seminar ON OBEYING THE LEADER ..... BERNAMA 22 May 2012
1. ... if the Prime Minister would take question from the floor, maybe a clarification from the Prime Minister on the ROLE attributed to the WIFE of the Prime Minister
a. should a WIFE dictate the action and in action of NATION leader, as exemplified by the current PM wife demands ....
b. should OBEYING the LEADER include following ALL the whim and fancies of the LEADER wife by the RAKYAT or the current Government Administrator
c. is the new "BIRTH to CRADLE" learning policy as announced by the Prime Minsiter a dictate from ROSMAH
d. should Malaysia have a LEADER, who lives in fear of the threat and demands of leader wife ....
2. Maybe the PM could prepare the answers ahead of the seminar so that he looks better prepared .....
3. It would also be interesting if the WIFE was also invited to be present while the PM is answering the question from the floor
OrangBaruLahir ... setiap hari saya lalu di SETIAWANGSA saya dapat melihat bertapa berkuasa nya isteri Perdana Menteri kerana dikatakan memilik Kompleks PLKN diatas bukit di Setiawangsa
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. Nasib tak menyebelahi OrangBaruLahir kerana sdr bersusah payah perah otak si cybertrooper tetap tak iktiraf sdr tak sama dari Din klang
2 sdr maae....nak tambah sedikit. Kita tak mungkin jadi baik jika berfikir celaru sehingga menyokong segala kejahatan pemimpin Umno sebagai baik atau boleh dimaafkan. Malah lebih teruk kalau ada ulamak yg dgn mudah buta hati gingga sanggup tercari2 alasan untuk tetap bersama pemimpin Umno demi cari makan.
3. Kalau saya kena kutuk kerana beri maklumat salah saya boleh terima. saya juga boleh terima kalau saya sokong pembangkang. Dan saya tak perlu naik darah sebab dalam hati saya, saya menyokong apa yg Allah suka dan suruh. Tapi saya tau org yg tak ada modal macam cybertrooper, abdullah, dll sentiasa mendidih darah sebab tak tau nak berhujah dgn jitu.
Dan orang2 spt ini oleh kerana asyik baca Utusan dan dengar atau tenguk tv1 dan 3 maka bagi mereka pembangkang tu jahat dan pemimpin Umno lah yg benar. Tak hairanlah kalau mereka dgn senang2 tuduh org lain sebagai biadap, bongkak, putar, fitnah dll.
Saya doakan org spt ini segera mendapat ampunan dan hidayah. Carilah rezeki secsra halal kerana rezeki tu Allah yg beri bukan tuan2 Umno.
Ramai org Pas jadi jutawan tanpa bergantung pd projek meragukan dari pemimpin Umno.
Masaalah besar kita ialah kita selalu ingat pemimpin Umno yg beri rezeki, bukan Allah
Din klang
Dato.
ReplyDeleteCerita Muzakarah hangat-hangat tahi ayam.
Muzakarah politik Melayu gara-gara PRU 13 nak tipu rakyat lagi.
Mursyidul Am Pas cakap begini.
Mursyidul Am Umno cakap begitu.
Mursyidul Am PKR cakap begini-begitu.
Maka ,
Mursyidul Am Dap pun tersenyum tengok perangai Melayu main sandiwara.
Riuh rendah macam ayam betina tak jadi bertelur kerana gangguan bapak ayam pondan.
Rakyat pun tahu ini semua silat pulut sahaja.Tikam pun serong.Tumbok pun bengkok.Tendangkan pun tak sampai.
Kesimpulannya semua ini adalah sandiwara wayang kulit dan wayang tongkoi belaka.
Semoga pengundi ,rakyat dan manusia baik-baik tidak terus terpedaya dengan sains politik murahan ini.
Selamat mengundi.Calon adalah faktor utama untuk jadi suara kita.
Terima kasih.
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDengan izin Dato ... definisi ORANG BAIK menjelang 2020 ....
.... kelahiran "Hitler Youth Movement" versi UMNO melalui pemberian markah 10% jika mengikuti Pertandingan Tulis Surat 1 Malaysia ... Berita Harian 22 Mei 2012 ....
Sewaktu Hitler bangun membangkitkan semangat kebangsaan bangsa Jerman, dia telah mengasaskan penubuhan Hitler Youth, kumpulan ini di indoktrinasi dengan fahaman dan dogma bahawa bangsa Jerman adalah bangsa ulung dan menduduki tempat lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain.
1. ... Waktu ini Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan supaya mana-mana penuntut sekolah yang terlibat dalam "Pertandingan Mengarang Surat 1Malaysia" akan secara automatik mendapat 10% markah penuh untuk kegiatan Kokurikulum, yang mana ditentang oleh PIBG, yang merasakan korkurikulum bukan hanya sebatas mengikuti pertandingan menulis bahkan juga aktiviti sukan, aktiviti pasukan beruniform dan juga kegiatan persatuan seni dan ilmu.
2. ... Cinta kasih dan taat setia pada negara ini bukan lah semudah memaksa anak-anak sekolah menulis karangan surat 1Malaysia, tetapi harus menjurus kepada kefahaman hidup dalam negara demokrasi yang mempunyai pelbagai bangsa dan kepercayaan,
3. ... Matlamat sosial masyarakat 1Malaysia bukan boleh datang dari cetusan penulisan kanak-kanak tapi harus lah menjadi "homework" - kerja rumah para pemimpin yang matang dan jelas mendokong matlamat negara maju menjelang 2020
4. ... Tidak ada jalan pintas melahirkan taat setia anak-anak Malaysia dengan "merasuah" mereka dengan pemberian markah 10% untuk kegiatan ko-kurikulum.
OrangBaruLahir .... Maaf Dato' definisi ORANG BAIK terpaksa saya lebarkan kepada generasi ORANG BAIK dimasa mendatang
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDengan izin Dato
.... keluhan bekas Perdana Menteri mengenai nasib ORANG MELAYU Pulau Pinang di kawasan Batu Uban .... "jika tidak diberikan perhatian maka akan lenyaplah perkampungan / penempatan ORANG MELAYU di Pulau Pinang" .... BERNAMA Photostory 22 May
1. ... Mungkin UMNO Pulau Pinang boleh memberi buah pandangan apa yang telah mereka rancangkan selama Pulau Pinang berada di bawah Ketua Menteri dari parti GERAKAN sebelum ini
2. ... Mungkin juga UMNO Pusat juga mempunyai MASTER BLUE PRINT - Peta Cetak Biru Utama perancangan yang mereka telah siapkan selama ini bagi memastikan KESEMUA perkampongan tradisional MELAYU di Semenanjung kekal dan juga maju seiring dengan kemajuan negara
3. ... Janganlah UMNO hanya bercerita tentang ORANG MELAYU Pulau Pinang saja, cerita ORANG MELAYU di Kampong Baru ditengah BANDAR RAYA Kuala Lumpur masih belum dapat UMNO tanggapi dengan BAIK ... itu yang didepan mata, dan itu yang memang yang sudah lama digembar gembukan oleh UMNO
4. ... Banyak lagi penempatan ORANG MELAYU di Semenanjung yang telah di hilangkan oleh UMNO atas nama pembangunan dan banyak juga TANAH ORANG MELAYU yang telah diubah syarat oleh UMNO dan dihalalkan untuk dimiliki oleh orang BUKAN MELAYU, kenapa ini masih belum diganti
5. ... Bekas Perdana Menteri itu mungkin bukan ada niat pun nak tolong ORANG MELAYU Pulau Pinang, sebaliknya hanya untuk mengalih pandangan pembangkang supaya tidak memberikan perhatian kepada kerusi-kerusi Parlimen di KEDAH termasuklah yang di LANGKAWI
6. ... diMalaysia ini di mana-mana ORANG MELAYU mengalami nasib yang sama, jika selama ini UMNO benar-benar memperjuangkan nasib perkampungan ORANG MELAYU sudah lama ada pelan tindakan bersepadu untuk memperbaiki dan memajukan perkampungan ORANG MELAYU ...
OrangBaruLahir .... tanyakanlah dari PEMIMPIN UMNO MELAYU mana rancangan mereka untuk mempertahankan perkampungan atau penempatan ORANG MELAYU setelah 66tahun menjadi parti yang mendakwa menjaga kepentingan MELAYU
Aslkum Dakj
ReplyDeleteMantan peguamcara negara 2, iaitu Datuk Yusof Zainal Abidin wakili Anuar dalam kes Bersih 3.
Satu lagi contoh orang bersih dan baik yg selama ni memendam rasa demi sesuap nasi di jabatan peguam negara....sarang bermacam2..... Tubggulah kalau Umnobn tersungkur.
Ya Allah berilah kekuatan kepada peguam yg lain di jabstan berkenaan menentang kezaliman yg jelas....contoh kezaliman iyg jelas ialah pendakwaan sekejap ada sejejap tak ed dalam kes dua Adun PKR Perak yg akhirnya berpaling tadah atau pendakwaan berdasar saksi paksa spt Azizan dan Munswar dalam kes sodomi 1.
Hati kecil saya mengataksn bahawa 1.3 jt pengundi rakyat asing tidak mampu menyelamatkan Umnobn dari tersungkur.
Kepada ahli biasa Umno, cukup2lah tu. Jangan lagi bersubahat dgn pemimpin kalian yg sudah terbukti tak baik.
Din klang
Aslkum Dakj
ReplyDeleteBerita terkini dari Manila...ketua hakim negara Filipina yg pekertinya di ragui ramai tetapi dek rapat dgn mantan presiden sedang diadili atas tuduhan salah laku.
Beberapa bulan sebelum tamat pemerintahannya yg diwarnsi rasuah dan salah guna kuasa maka presiden ketika itu iaitu Gloria Arroyo melantik hakim berkenaan dgn harapan dpt menutup kesalahan beliau walaupun bekiau bukan lagi presiden.
Malangnya presiden beru Aquino yg terkenal dgn no nonsense bertindak menghapuskan sarang perompak dalam sistem kehakiman Filipna.
Tak hairanlah kalau baru2 ini CNN melapur betapa pesatnya ekonomi Filpina berkembang dgn pelabur asing berlumba2 drg melabur.
Kalau rencana spt itu di buat untuk Malaysia, saya rasa 24 jam media bodek kerajaan putar.perkara yg sama.
Kalau ada yg makan cili terasa pedas, sendiri mau ingatlah iaitu langit tak selalu cerah. Carulah ezeki yg halal. Kalau pun di dunia terlepas, di akhirat Allah tak bodoh.
Din klang
Assalamuallaikum Dato’
ReplyDelete‘Idea’ yang mengatakan baik dan jahat sesaorang itu sebenarnya datang dari mana?
Sedangkan setiap perkara dalam dunia ini termasuk nulari manusia kalau ada baik sudah tentu ada jahatnya. Kalau ada pandai mesti ada bodohnya.
Kita juga diberitahu, dalam kehidupan ini, samaada kita makan atau dimakan.
Yang jelas, semuanya ada ‘t e t a p i’.
Orang Melayu mengaku dirinya baik kerana berugama Islam tetapi mudah terpedaya - jenis suka tikam-menikam sesama sendiri.
Orang Cina mengaku dirinya baik kerana mereka bersatu tetapi mereka tak suka pendatang macam diri mereka - jenis tak suka berkongsi.
Orang India pula mengaku dirinya baik kerana mereka diterima tetapi jika tidak – mereka ini lebih sudu dari kuah.
Jadi semakin tua dunia ini semakin banyak cerita orang jahat dari cerita orang baik.
Terima-kasih Dato’
....saya merasakan @din klang menyapu bersih anugerah 'nama samaran terbanyak' dalam padang ini kerana telah berjaya mempergunakan pelbagai nama dalam berkarya...nombor/angka yang di berikan dalam wasiatnya pada pandangan peribadi saya, cukup2 membosankan...amat mudah dia ini, mengatakan bodoh kepada mereka yang tidak sehaluan dengan pandangannya sedangkan mereka masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengundi "siapa" untuk next GE, insyaALLAH
ReplyDeletepetia
Sdr anon saji dan seangkatan,
ReplyDelete1.Susah sangatkah mencari kebenaran dan kebaikan? Kenapa kuman di seberang di jengah, hakikat nya gajah di depan mata di abaikan? Orang baik akan bermuhasabah diri dan membetulkan kesilapan dan kesalahan nya. Bukan terus-terusan berada dalam kemungkaran dan mendabik dengan kemusnahan?
2.Jika kajang kita kajang berlipat, kenapa masih tercari-cari lagi mengkuang layu? Suka sangat kah mencari hidup seperti di Palestin?
3.Manusia tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan dan dosa. Ini memang fitrah kita. Maka janji kita kepada Yang Esa, akan kembali kepada NYA semula dalam keadaan fitrah asal(macam mula di lahirkan) bersih bersama jiwa (roh) yang tenang(anda semua tahu ayat Al Quran yang ini )... tidak kah terlalu hina jika mati terpekik, terlolong macam gila meroyan dalam bersih-shit 1/2/3... Hakikat nya, apa yang di perjuangkan? atau ingin sangat kembali 50 tahun kebelakang dengan hanya berseluar dalam (bercawat)?
4.Banyak lagi kemungkaran nyata berlaku di depan mata semenjak dua menjak ini.Kita semua tahu siapa yang melakukan. Malang nya idelogi ketaksuban sudah menutup pintu hati sehingga membelakangkan sistem (sunnatullah) dan peradaban Islam! Perpaduan Ummat Melayu/Islam juga di pandang hina?
5.Untuk pengetahuan anda semua, saya tidak mendapat laba atau apa2 jua secara terus dengan mendabikkan umno. Saya tidak sokong kepada yang korup, pemusnah bangsa (tikaman belakang)serta sampai menggadai Negara (tidak kira dalam umno atau pas atau pkr atau mana jua pihak yang zalim).
6.Hakikat nya saya inginkan Melayu menjadi TERAJU dan Bangsa yang MAJU dalam Sistem Allah SWT seperti apa UMNO perjuangkan dahulu sehingga kini.Pernah PAS(maaf)melaksanakan sistem ini?
7.Kita sudah lihat penat jerih (perjuangan tokoh-tokoh Melayu) transisi tempoh masa,di mana apa yang kita miliki kini bukan lagi fantasi dan bukan datang menggolek sekelip mata!! Malah ia semakin sukar hendak di laksanakan..... kerana apa? kerana sikap kita yang masih lagi tidak mengapa dan SAMBIL LEWA!
Aslkum Dakj
ReplyDeleteKalau org fikir dia dah terlalu hebat, tapi tiba2 kena snub maka merahlah mukanya menahan kemarahan.
Itulah yg terjadi pd Umno yg cuma nak dptkan markah politik murahan dgn pura2 nak bermuzakarah dgn PAS tapi ditolak mentah2 oleh PAS.
Sekali lagi pembodek2 Umno putar cerita bahawa PAS tak berminat cakap soal perpaduan sesama Islam. Strategi yg dah lapuk.
Muhyidin bolehlah bermuzakarah dgn NGO spt Perkasa, Perkida, Jati dll yg sentiasa lapar nak kebas duit rakyat melakui perbagai peruntukan.. Kalau mesy kosong org2 tu pun tak akan dtg. percayalah.
Din klang
OrangBaruLahir
ReplyDelete... demi menjaga kepentingan Melayu mengikut fahaman UMNO, GERAKAN akan terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun GERAKAN dan MCA tidak memenangi sebarang kerusi DUN di Pulau Pinang .... statement by Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Zainal Abidin Osman MALAYSIAKINI TV 21 May 2012 [ noted TIDAK ada suratkhabar cetak membawa BERITA ini]
1. ... inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, macama mana dalam sistem amalan demokrasi parti yang TIDAK MENANG dan dapat sebarang MANDAT dari RAKYAT boleh lagi menjadi Ketua Menteri, dan jelas di TOLAK masih mahu dikehadapankan
2. ... macam mana UMNO yang dikatakan menjaga kepentingan ORANG MELAYU sedangkan mereka yang seharusnya menjadi KETUA menolak menjadi KETUA bagi menjaga kepentingan AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR, atau GERAKAN hanya kuda tunggangan UMNO buat mengabui mata pengundi Cina
3. ... kenapa PERKASA Pulau Pinang tidak langsung MELENTING menentang UMNO yang sudah menyerahkan JIWA dan RAGA bangsa kepada GERAKAN ...
4. ... jadi platform NGO bernama PERKASA ini langsung tidak mempunyai makna bagi ORANG MELAYU Pulau Pinang, walaupun berdegar-degar melaungkan kami menjaga kepentingan UMNO dan ORANG MELAYU ....
5. ... Sekarang ini yang sebenarnya UMNO Pulau Pinang ini menjaga kepentingan SIAPA - GERAKAN atau ORANG MELAYU Pulau Pinang
6. ... seharusnya UMNO mengotakan kata Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi pada 2008, yang mengatakan "sebab MCA dan GERAKAN kalah di Pulau Pinang UMNO akan mengambil alih jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang .... ",
7. ... pelbagai isu yang melibatkan MELAYU Pulau Pinang seharusnya ditangani oleh UMNO jika benar-benar mempertahankan HAK ORANG MELAYU, tapi ini kalau hanya berani bersuara masalah "surau yang hendak dirobohkan" tapi tak ada semangat menjadi pemimpin baik tidak payah lah berkokok berjuang mempertahankan HAK ORANG MELAYU ...
OrangBaruLahir ... UMNO tak punya matlamat untuk menjaga kepentingan MELAYU hanya kepentingan "DUIT RAKYAT DUIT AKU"
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya tidak setuju dengan mana-mana pendapat yang mengatakan orang baik tidak ada tempat dalam politik.
Seharusnya orang baik-baiklah yang kita perlukan dalam politik, tidak kira politik kesatuan, NGO mahupun pemerintahan.
Bukan tidak ada orang baik dalam politik, tetapi ramai telah dirosakkan oleh kuasa yang diberikan oleh politik. Ini kerana orang baik yang masuk politik sama ada hilang pegangan atau tidak lagi berasa perlu untuk mempertahankan kebaikan mereka.
Politik mana-mana negara pun akan rosak dan jahanam kalau politik dipenuhi oleh orang jahat. Atau apabila orang baik yang masuk politik turut menjadi jahat.
Saya harap dan berdoa dalam pilihan raya akan datang parti-parti politik akan memilih orang baik untuk menjadi caloun, bukannya bergantung semata-mata kepada veterean atau orang lama yang sudah cacat dan kotor peribadinya akibat dirasuah oleh kuasa dan kesenangan.
Wallahualam.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteSdr.Saji..
Pada pandangan saye yang tidak mendalam pendidikan agamanya, saye berpendapat Tan Sri Rahim Noor bukanlah berijtihad, malah itu adelah pendapat peribadinye sahaja.
Tetapi berlainnan sekali dengan pemimpin Pas yang bergelar Tuan Guru Haji Hadi, itu dinamekan ijtihad,kerane die memberikan fatwa kepade ribuan pengikut,
dan jika pengikut mempercayai segale kate katenye secara membuta tuli,alangkah hinanye beliau(TGHA)kerane die yang merasekan dirinye cerdik sanggup memperbodohkan pengikutnye sendiri hanye kerane pengaruh politik duniawi.
Sedangkan Nabi kite tidak pernah mencela umatnye yang menjadi penentangnye, malah nabi mencari pendekatan berhemah untok mengajak mereka mendekati Islam dan bukan dengan care bersekongkol sekali dengan mereka.
Kenape sekarang pemimpin Pas bertindak tidak mengikut lunas lunas Islam yang pernah satu ketika dahulu mereka berpegang kuat dengannye?.Adekah wajib jika penentangnye mengelarkan mereka pemimpin KAFIR LAHANAT?.wallahualam.
seronok tengok debat antara ketua pemuda umno dan ketua strategik pkr semalam di astro awani. Banyak betul input yang saya dapat dari mereka berdua untuk menyokong hujah masing-masing dalam isu PTPTN.
ReplyDeleteSepatutnya debat macam ni diperbanyakkan lagi dimana setiap pihak bersedia dengan fakta masing-masing.
Macam nilah baru anak jantan.
http://maafsebut.blogspot.com/
Salam DAKJ,
ReplyDeleteDAKJ lebih arif dengan corak perbincangan,kekuatan hujah,nekadnya pendapat, istiqamahnya pemikiran. Bahkan dari semua itu melihat juga kesudahan perbincangan. Golongan beremosi akhirnya fed up mempertahankan hujah kerana letih, terasa tiada sokongan atau sendiri menyedari hujah itu tidak jelas (datang entah dari mana) walaupun tersangat logik. Makanya, perbincangan tamat tanpa kesimpulan dan menyerah kerana faktor itu (walaupun perbincangan itu sebenarnya baru hendak menemui titik rasionalnya). Hakikatnya itulah Melayu, kuat dan gempaq memang hebat. Terasa menang tapi tak ada hasil. Terasa kalah dan memang tiada hasil. Bila fed up pada sesuatu mengambil langkah berakal pendek. Contoh bukan politik ialah, Ali baba, jual tanah, sewakan/pajakan tanah, poligami dan 1001 macam. Percayalah... kembalilah kepada ISLAM seluruhnya. Jangan mengaji agama guna ceramah politik, tetapi rujuk dan halusi dan cari guru agama yang mengajar kita tentang ISLAM seluruhnya. Wallahualam. (Name dan URL saya sertakan)
Syaifullah
Sdr Maae
ReplyDelete1. Terima kasih kerana memberikan respon berkenaan
2. Soalan saya ialah,adakah daripada 2 komen sdr mengenai orang baik berkenaan sdr kini kelaskan Tungku Aziz sebagai orang baik?
...SAJI
Sdr Maaf Sebut
ReplyDeletePendapat sdr sendiri mengenai PTPTN?
...SAJI
Aslkum Dakj
ReplyDeleteKalau badut2 politik macam Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Hasan Ali buat lawak bodoh, saya tak berapa kisah.
Tapi bila MM kata beliau sedih nasib Melayu Pulau Pinang maka saya lagi sedih. Sebab betapa rendahnya moral org spt MM hingga lupa bahawa selama 22 tahun beliau lagak macam diktator apa yg beliau buat dgn nasib org Melayu bukan saja PP tapi Melayu2 lain?
Jangan marah ye.
Din klang
Aslkum Dakj
ReplyDeleteMustapha Mohammed kata artis masuk Pasbukan untuk berdakwah tapi berpolitik.
Saya setuju 100% sebab terang2 artis yg masuk Umno memang mengharap untung politik. Dakwah jauh sekali.
Kalau sendiri hampas janganlah samakan diri dgn org PAS.
Kan lebih baik Mustapha yg terkenal org Umno baik, menjauhkan diri dari jemaah pemimpim anti Islam bergelar pemimpin Umno.
Din klang
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDengan izin DAto
BREAKING NEWS .... berita DURIAN RUNTUH buat semua RAKYAT MALAYSIA .... Kerajaan Malaysia menyaman Pengerusi Bersama BERSIH2.0 dan ahli jawatankuasa BERSIH2.0 sebanyak RM122,000 .... MALAYSAIKINI 23Mei 2012
.... Ini adalah BERITA yang paling mengembirakan buat seluruh RAKYAT MALAYISA yang cintakan DEMOKRASI, apabila Kerajaan yang diberikan kuasa oleh RAKYAT menyaman RAKYAT yang memberikan ianya KUASA pemerintahan ....
.... ini lah peluang kita melihat sendiri KEZALIMAN Barisan Nasional menentang kebangkitan RAKYAT melalui proses UNDANG-UNDANG Sivil setelah GAGAL menamatkan kebangkitan RAKYAT dengan BELANTAN dan GAS PEMEDIH MATA ....
..., buat saya pribadi ini PELUANG KEEMASAN RAKYAT memberitahu seluruh DUNIA tentang KEBODOHAN dan KEZALIMAN sebuah rejim yang sudah MATI AKAL cara mematikan kebangkitan RAKYAT ....
.... saya KIRA setiap RAKYAT MALAYSIA akan sudi menyumbang 10 sen seorang sebagai TANDA sokongan kepada Pengerusi BERSIH untuk membayar kos TUNTUTAN SIVIL yang dibuat PUTRAJAYA sebagai gerakan RAKYAT yang mahukan PILIHANRAYA YANG BEBAS dari penipuan ....
.... BAHAN BERITA ini perlu dibuatkan BERITA untuk seluruh pembaca ALAM MAYA seleuruh DUNIA ... menceritakan KESANGGUPAN RAKYAT bangkit memperjuangkan penindasan oleh pehak pemerintah ....
1. ... Minta BERSIH berikan KOTAK-KOTAK tabung wang supaya bayaran tuntutan ini dibuat dengan WANG 10 sen bagi membayar tuntutan sebanyak RM122,000.00
2. .... Sukarelawan BERSIH harus menjelajah SATU MALAYSIA mengutip sumbangan RAKYAT SATU MALAYSIA sebagai tanda SOKONGAN RAKYAT kepada BERSIH
OrangBaruLahir .... Hidup ... Hidup .... tolong sumbang 10sen bagi membayar HARGA mendapatkan Pilihanraya yang BERSIH .... hidup ... hidup
Aslkum Dakj
ReplyDeleteDebat tajuk lain mungkin ada faedahnya. Tapi debat yg Khairi sejak mula tak ada peluang untuk menang 50-50 patut2 tak payah debat langsung. Buang masa rakyat semata2 nak dengar org Umno gelembong.
Hanya org yg nak tegak benang basah pura2 tak suka PTPTN dihapus.Bukankah PR nak ganti dgn pendidikan percuma kecuali pd anak org kaya spt anak Khairy.?
Tolonglah berhenti dari buat kerja2 membazir.
Kalau sekadar nak tunjuk ketidak cerdikan Khairy, org ramai pun dah lama tau.
Disuruh Najib turun berdebat tak mau pulak.
Din klang
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDengan izin Dato'
.... PM Najib jadi Superman dalam Buku KOMIK yang diberikan kepada GURU-GURU sekolah, sementara cartoon Anwar digambarkan sebagai lelaki yang berkawan dengan lelaki ....
Untuk apa komik ini dibuat mungkin hanya Kementerian Pelajaran yang tahu .... tak ada cara lain ke UMNO nak berkempen yang menunjukan UMNO tu baik ....
Baca disini .....
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-schools-politics-rears-a-sinister-comic-appearance/
Apabila diajak berdebat tak berani, tapi dalam buku komik jadi SUPERHERO ....
OrangBaruLahir .... apa lagi lah yang dibuat UMNO untuk menunjukkan yang UMNO BAIK ....
Baca disini
Dalam debat tersebut nampak dengan jelas yang Khairy Jamaluddin telah mendedahkan kejahatan kerajaan yang memerintah.
ReplyDeletesebagai contoh, kata Khairy bahawa kos pembinaan sebuah universiti awam dinegara ini berharga RM 2 bilion, sedangkan kos sebenarnya yang dijelaskan oleh Rafizi ialah RM 600 juta saja.
Inilah punca berlaku ketirisan dengan sewenang wenangnya sebanyak RM 28 bilion setahun.
Kalau dulu kita marah betul pada penjajah membawa balik hasil manshul negara.Tetapi sekarang para pemimpin negara pakat masuk wang rakyat dalam aku.
Jika benar kos pembinaan sebuah universiti awam negara berharga RM 2 bilion sudah tentu lebihan sebanyak RM 1.4 bilion masuk dalam saku para pemimpin.
maka betullah wang yang tiris sebanyak RM 28 bilion setahun.
Kalau selama 40 tahun,selepas negara mencapai kemerdekaan bermakna angkanya jadi RM 1,080 bilion.
Sebab itu kita tengok para pemimpin begitu mewah dan kayaraya sepertimana pernah disentuh Anwar bahawa setiap menteri ada RM 300 juta tak termasuk lain lain harta.
Ya Allah, Ya Tuhan mengapa begitu jahatnya pemimpin negara kita, sedangkan mereka telah diberi amanah memerintah oleh rakyat melalui pilihanraya umum lima tahu sekali.
Kejahatan ini telah dibuktikan sendiri oleh datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa dia Adalah Hurni Mubarak bekas presiden Mesir yang diguling dan dikatakan memiliki harta ratusan bilion.
RESPONS KEPADA KOMEN PAK AMIN DALAM BLOG KADIR JASIN
ReplyDeleteSaya menghargai ulasan Dato A. Kadir Jasin bertajuk “ Orang Baik Terpedaya Dengan Politik” ( 15 Mei 2012) dalam blog beliau. Kadir yang lazimnya bersikap adil dan seimbang dalam komentar beliau benar-benar memahami dilema golongan idealis yang terlibat dalam politik kepartian.
Tetapi saya sungguh kecewa dengan komen individu-individu tertentu yang mengulas komentar Kadir. Pak Amin khususnya membuat beberapa tuduhan palsu dan memutarbelitkan maklumat.
1. Pelacur dan Wang.
Beliau menggelarkan saya “ pelacur intelektual” yang “ sanggup menggadai maruah intelektualnya kerana wang.”
Saya mahu Pak Amin membuktikan tuduhan liar beliau ini. Bilakah saya menerima wang yang disebutkan beliau? Berapakah jumlah wang yang saya terima? Siapakah yang menghulurkan wang ini?
Pak Amin harus tampil ke depan dengan bukti kukuh tentang “ pelacuran intelektual “ saya melalui wang dalam tempoh waktu 48 jam selepas respons saya diterbitkan dalam blog Dato Kadir. Jika beliau tidak dapat memberi bukti, beliau harus memohon maaf pada saya secara terbuka melalui blog ini. Kalau tidak, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.
2. JUST
Anwar Ibrahim, semasa Timbalan Perdana Menteri, tidak pernah memberi 5 juta untuk membiayai kegiatan JUST. Tetapi beliau meminta beberapa syarikat perniagaan tempatan memberi sumbangan kepada Just World Trust, yang pada ketika itu, dipengerusikan oleh Haji S.M. Mohammed Idris dan saya sebagai setiausaha dan pengarahnya. Oleh kerana saya dan Haji Idris berselisih fahaman atas isu akauntabiliti dan tidak sealiran, dana JUST dibahagikan melalui perundingan pihak ketiga. Saya atau Idris tidak mengambil tindakan mahkamah. Ini adalah satu pembohongan oleh Pak Amin.
3. Anwar dan Tun Dr. Mahathir.
Pak Amin menyatakan, “ Semasa dia( saya) baik dengan Anwar, dia mengkritik Tun Mahathir.” Ini juga suatu kepalsuan. Selaku Presiden NGO bernama Aliran Kesedaran Negara (Aliran) dari 1977 sehingga 1991, saya pernah mengkritik pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Anwar adalah sebahagian daripada pemerintahan Tun dan tidak terlepas daripada kritikan saya dan Aliran. Kadir mengesahkan perkara ini dalam tulisan blognya. Memang benar, selepas Anwar dibelasah dalam penjara, saya membela beliau dan membidas Tun. Tetapi, dalam tempoh dua setengah tahun dalam Parti Keadilan saya hampa dengan politik Anwar dan terus mengundur diri dari politik kepartian.
4. Pak Lah.
Pak Amin berbohong sekali lagi dalam soal hubungan saya dengan Pak Lah. Badan Islam Hadhari mana yang saya tubuhkan? Apakah namanya dan apakah peranan saya? Saya tidak terlibat dalam program Islam Hadhari Pak Lah.
5. Najib.
Saya dan Tan Sri Lee Lam Thye mengasaskan Yayasan 1Malaysia bukan kerana Perdana Menteri Mohd Najib yang mempelopori konsep 1Malaysia. Bagi kami, 1Malaysia penting kerana komitmen kami terhadap perpaduan kaum. Kami berdua, sepertimana dengan sukarelawan yang lain yang menduduki kerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia tidak menerima satu sen pun sebagai ganjaran.
Pak Amin gagal memahami peranan saya dalam masyarakat Malaysia kerana perspektif beliau terbatas pada personaliti dan parti politik. Untuk memahami pendirian seseorang, kita harus mengkaji prinsip dan nilai-nilai yang mendorong perjuanganya. Prinsip dan nilai-nilai saya tidak berubah dalam persoalan-persoalan besar seperti hubungan kaum, peranan agama dalam masyarakat, hak asasi manusia, keadilan ekonomi dan integriti politik. Kaedah dan pendekatan mungkin mengambilkira persekitaran dan situasi. Sebagai contoh, dalam dasawarsa lapan puluhan, saya memperjuangkan pemansuhan ISA dari gelanggang NGO; tetapi dalam tiga tahun yang lalu matlamat yang sama dikejar melalui interaksi saya dengan pembuat dasar sendiri.
Apakah ini tindakan “pelacur intelektual?”
Chandra Muzaffar.
Assalamualaikum Dato’ dan Sdr Azman,
ReplyDeleteSdr Azman mengajak saya berlapang dada, setuju untuk tidak bersetuju………Tiada hal, tiada masalah bagi saya, cumanya suka saya bertanya, adakah orang yang mengajak itu sebenarnya berlapang dada, setuju untuk tidak bersetuju?
Sebelum itu, suka juga saya menegur Sdr Azman bahawa ejaan Bahasa Malaysia nya banyak sangat yang salah. Ejaan ini saya fikir tak pernah diajar dari darjah 1 hingga 6, dan dari Tingkatan 1 hingga 5. Contohnya seperti dibawah:
……………….Saye, adelah ,peribadinye, dinamekan, die, kepade, segale kate katenye, hinanye, kerane die, merasekan dirinye, hanye …………….
Segala huruf (a) ditukar dengan huruf (e), ini jelas telah merosakkan Bahasa Melayu! Harap-harap, Sdr Azman tidak mengajar anak-anaknya menulis sedemikian! GAGAL jawabnya dalam peperiksaan!
Ya, saya telah membaca hujah Sdr Azman terutama kepada PAS, termasuk isu KAFIR.
Pandangan saya, bekas KPN secara terang dan khusus memanggil Nik Aziz sebagai “Bapa Kafir”. Manakala Hj Hadi, menyebut secara umum, bukan secara khusus ke atas batang tubuh mana-mana pemimpin UMNO sebagai KAFIR.
HAL YANG SAMA berlaku kepada Dr Yusuf Al-Qaradawi, semasa menjadi Ketua Pengarang Ikhwanul Muslimin Mesir, menulis "KEMURTADAN PARA PEMERINTAH, KEMUNAFIKAN PARA PEMERINTAH", beliau juga tidak menyebut atau menulis secara Khusus mana pemimpin yang murtad atau munafik. Natijahnya, beliau diburu oleh Kerajaan Mesir, kerajaan yang telah membunuh gurunya di tali gantung, Hassan al-Banna.
Kembali kepada lanskap Malaysia, Hj Hadi tidak pernah menuduh secara khusus batang tubuh Dr Mahathir, Musa Hitam, Ghaffar Baba, Muhyiddin, sebagai KAFIR. Sebagaimana Al-Qaradawi tidak pernah menuduh Hosni Mubarak dan mana-mana pemimpin kerajaan Mesir sebagai murtad atau munafik.
Apa yang dimaksudkan adalah Sistem, Amalan dan Pelaksanaan pentadbiran dan pemerintahan yang melencong tergelincir dari Syariat Islam. Mereka para pemimpin pemerintah menyedarinya secara SEDAR, tetapi menafikannya dengan pelbagai helah dan propaganda melalui media massa perdana. Mereka TAHU dan SEDAR, tetapi mereka mencipta seribu satu alasan untuk menolaknya hujah-hujah para penentang.
BAB HUDUD contohnya, mereka (UMNO), TAHU dan SEDAR, bahawa mereka WAJIB melaksanakannya, tetapi mereka memilih untuk menolaknya dengan macam-macam alasan dan helah. Penolakan inilah salah satu ciri-ciri ‘kemurtadan dan kemunafikan’ para pemerintah yang dimaksudkan oleh Al-Qaradawi dan Hj Hadi. Maksud ‘murtad’ atau ‘kafir’ di sini bukan bermaksud mereka yang terlibat sudah murtad atau sudah jadi kafir, tetapi REDHA dengan keZALIMan yang mereka lakukan tersebut amat bersalahan dengan Syariat.
Sesetengah Ulama memanggilnya, ‘KAFIR DALAM KAFIR’.
Bila sebut ZALIM, bagi orang Melayu, zalim itu seperti memukul orang lain, itu dipanggil zalim. Dalam Al-Quran maksud ZALIM lebih luas, termasuk penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan kelompak tertentu adalah satu perbuatan zalim. SPR buat pekak badak soal 180,000 senarai pengundi tiada kod negeri adalah satu perbuatan ZALIM. Bila terlalu banyak perkara zalim dilakukan secara SEDAR dan TAHU oleh para pemerintah, maka dengan itu sesetengah masyarakat menyebutnya “murtad” atau “kafir”.
Ini amat jelas jauh berbeza dengan bekas KPN yang secara terang-terangan dan jelas memanggil Nik Aziz dalam NSTP sebagai “Bapa Kafir”.
Pemimpin dan ahli PAS secara istiqamah bertindak berdasarkan lunas-lunas ISLAM. Pemimpin dan ahli PAS sediamaklum dan jelas, apakah yang dimaksudkan pemimpin bersifat ‘munafik dan murtad’.
HANYA musuh-musuh politik PAS yang memutar beli fakta dan mendefinasikan sendiri maksud maksud tertentu semata-mata untuk “menegakkan benang yang basah.”
Kalau benar-benar ikhlas dan berlapang dada, MARI KITA BERMUZAKARAH!
Dr. Chandra dan Tengku Aziz memang orang baik peribadi mereka tapi kedua2nya agak cetek dengan tendang terajang politik sebenarnya. Tapi sebagai dua tokoh yang matang mereka membuat pIlihan terbaik pada masa itu kerana mereka tahu selok belok dalam BN yang mempunyai sistem dan amalan yang amat teruk. Malangnya mereka tidak faham yang semua orang politik daripada kelompok yang serupa hanya nama parti politik saja yang berlainan. Sudah sewajarnya Dr. Chandra dan Tengku Aziz keluar dari kancah politik dan jadi pemerhati dan pengkritik politik saja.
ReplyDeleteAssalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteKhusus buat sdr.Saji,
Sememangnya saye menggemari bunyi dialek perkataan tersebut dieja sedemikian,tapi tak mengapalah jika itu akan mencemarkan bahasa yang saya daulatkan,saye begitu berbangga dengan teguran saudara Saji itu kerane begitu perihatin.
Sdr.pokok yang kita perkatakan adalah bersangkutan "peranan pemimpin sebagai contoh yang baik kepada rakyat biasa" setuju?.
Untuk pengetahuan tuan saya adalah lepasan sekolah menegah aliran Melayu sahaja,jika apa yang saya perkatakan adalah terbatas,mungkin tuan berpengetahuan lebih luas tuan berhak menegur dengan jujur,jika tuan mahu membandingkan tulisan saya dengan yang lain tuan sangat tidak adil.kerana saya adalah saya.
Sebelum sdr.Saji berhujah saye terlebih dahulu memberikan pendapat saye, tuan memberi tindakan,
tuan berhujah seolah olah ape yang saya perkatakan adalah tidak ada kebenaranya mengikut perkiraan tuan,mengapa begitu?.
Tidakkah tuan juga berkata bahawa setuju untuk tidak bersetuju adelah adat kita berhujah,supaya ianya tidak menjadi keruh dan terbantut disitu sahaja.
Saya berpendapat bahawa Tan Sri Rahim,mantan KPN memberi pendapatnya secara peribadi,ye sememangnya khusus kepada Dato' Nik Aziz,dan jika ianya menjadi berdosa,mungkin hanya kepada beliau seorng sahaja,TETAPI jika Nik Aziz mengkafir kan semua pengikut UMNO bagaimane bolih beliau untok memohon maaf? sudah barang tentu beliau akan merasa keberatan atau malu yang amat sangat untuk memohon maaf,tambahan pula beliau adalah seorang yang digelar sebagai tuan guru olih pengikutnya.
Pada pandangan sdr Saji "Amanat Hj.Hadi" itu adalah hanya sebagai simbolik sahaja?, tetapi kenapakah persatuan ulamak semalaysia telah bersidang dan membuat keputusan bahawa "amanat hj Hadi" adelah satu perkara yang boleh memudaratkan akidah umat Islam diMalaysia,dan dengan itu menghukum nya sebagai haram.
Apakah pandangan tuan dengan tindakan itu? tidakkah ianya perlu diperakui kerana itu adelah keputusan himpunan ulamak tersohor diMalaysia ini?.siapakah yang lebih berwibawa? adekah sekumpulan ulamak atau hanya seorang ulamak yang perlu kita hormati?.
Mengapakah kita perlu mencari alasan yang tidak munasabah?.
Asslamualaikum Dato dan khusus buat Sdr Azman,
ReplyDeleteKepada Dato’, izinkan saya menulis dan mengulang-ulang hujah hujah saya yang lepas lepas, soal ISU KAFIR kerana ia dibangkitkan oleh Sdr Azman. Sebelumnya, orang lain pernah membangkitkannya, maka saya fikir ada baiknya saya memberi sedikit penjelasan atau perdebatan (jika ada yang memahaminya sebagai berdebat) soal KAFIR yang dibangkitkan PAS suatu masa dulu.
Terlebih dahulu saya mohon agar Sdr Azman membaca dan memahami tafsir ayat-ayat 44-49 dari Surah Al-Maidah. Bertanyalah kepada mana-mana tokoh-tokoh agama, tafsir ayat-ayat tersebut. TAPI JANGAN LUPA, tanyalah juga relevannya ayat ini dalam iklim politik di Malaysia.
SEINGAT-INGAT UMUR SAYA, tak pernah ayat-ayat ini dibaca dalam Khutbah Jumaat di masjid-masjid yang saya hadiri yang AJK kariyahnya, semuanya penyokong kerajaan. SEBALIKNYA, KERAP sangat pula dibaca ayat-ayat supaya TAAT DAN PATUH kepada Para Pemimpin ISLAM!
Ayat 44-45, Al-Maidah
Membicarakan Kitab Taurat sebagai petunjuk dan cahaya bagi orang Yahudi. Allah swt mengingatkan orang yang beriman supaya jangan takut kepada manusia, sebaliknya takutlah kepada Allah swt. Dan larangan Allah swt jangan menukarkan ayat-ayatNya dengan harga yang sedikit.
Ayat 44, diakhiri peringatanNya kepada kaum Yahudi; “Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR”.
Ayat 45, diakhiri peringatanNya; “Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM”.
Ayat 46-47, Al-Maidah
Membicarakan kesinambungan para anbia bagi Bani Israel dengan perutusan Nabi Isa, bersamanya diturunkan Kitab Injil yang membenarkan Kitab sebelumnya, Kitab Taurat. Kitab Injil sebagai Kitab Petunjuk dan cahaya. Sekali lagi, Allah swt memberi ingatan kepada pengikut Injil supaya memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah swt.
Diakhiri peringatanNya kepada Bani Israel; “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIK.
Ayat 48, Al-Maidah
ReplyDeleteMembicarakan Al-Quran, membenarkan kitab-kitab sebelumnya. Dan sekali lagi peringatnNya kepada pengikut Al-Quran, memutuskan perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.
Ayat 49, Al-Maidah
Rumusan dan peringatan memutuskan perkara menurut apa yang Allah turunkan.
Perhatikanlah pengakhiran ayat 44, 45, dan 47 dari surah Al-Maidah.
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR”. (44)
“Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM”. (45)
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIK. (47)
Siapakah yang berhak memutuskan segala pertikaian antara manusia dalam sesuatu masyarakat? Rakyat biasa atau pemerintah?
Apakah pula alasan pemerintah yang mengaku beragama Islam, mendakwa kepimpinan mereka kepimpinan Islam, dan Negara nya Negara Islam, yang majoriti penduduknya beragama Islam, TAPI menolak untuk memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah?
Apakah mereka ini tidak tergolong seperti ayat 44, 45, 47 di atas?
Apakah maksud sebenar KAFIR, ZALIM, FASIK dalam ayat di atas.
Sebenarnya, ayat-ayat inilah yang digunapakai sebagai hujah oleh Al-Qaradawi dalam tulisannya memanggil “KEMURTADAN PARA PEMERINTAH, KEMUNAFIKAN PARA PEMERINTAH”.
Sebenarnya juga, ayat-ayat inilah hujah Hassan Al-Banna, hingga membawanya ke tali gantung oleh Kerajaan Islam Mesir.
Saya sudah menjelaskan bahawa pemimpin PAS, atau khususnya Hj Hadi dan Nik Aziz tidak pernah mengkafirkan semua pengikut UMNO sepertimana dakwaan Sdr Azman.
ReplyDeleteLafaz UMUM bahawa PARTI UMNO “kafir”, bukan bermaksud bahawa semua orang-orang UMNO adalah “kafir”, tetapi “kafir” di sini sebagaimana maksud ayat Al-Quran Al-Maidah 44,45,47 iaitu KAFIR,ZALIM,FASIK kerana “tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah”.
Apakah contohnya? KISAS DAN HUDUD terus menerus dipolitikkan oleh UMNO, berdalih-dalih hingga ada yang sampai ke tahap “menghina” hukum-hukum Allah swt seperti sup-tangan dsb.
Saya fikir, saya telah cuba sedaya upaya menggunakan bahasa yang sangat mudah difahami, terang dan jelas maksudnya agar Sdr Azman memahaminya.
Menarik juga bila Sdr Azman menyebut Persatuan Ulamak Semalaysia sebagai Himpunan Ulamak Tersohor Malaysia. Atau, Majlis Fatwa Kebangsaan?
Al-Quran menyarankan kita TERUTAMANYA Ahli Agama atau Ulama, jika berlainan pendapat, kembalilah kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Baiklah, Ulama-ulama dari Persatuan Ulama Malaysia seperti dakwaan Sdr Azman, atau mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan, TELAH BERBEZA pendapat dengan Ulama-Ulama dalam PAS.
Bagaimana menyelesaikannya???
Jawapannya, kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu BERMUZAKARAH, berfikir sekuat-kuat akal fikiran IJTIHAD masing-masing, bukan untuk mencari kemenangan dalam berhujah, tetapi KEBENARAN yang mampu dicapai.
Pernahkah PUM dan Majlis Fatwa Kebangsaan mempelawa Ulama PAS BERMUZAKARAH???
Bukankah PUM dan Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan akhbar UMNOBN menghentam PAS???
Maka kita perlu merenungi dan menghayati sebahagian dari ayat-ayat di atas;
…….Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit……..(Al-Maidah 44)
…………….maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu………..(Al-Maidah 48)
………..Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka….(Al-Maidah 49)
Ps. Dalam PAS, Dewan Tertinggi adalah Majlis SYURA, Pengerusinya Mursyidul-Am. Disamping itu, ada Dewan Ulama yang membantu Majlis Syura. Keputusan adalah secara kolektif dan consensus, buka atas kapasiti individu.
“Mengapakah kita perlu mencari alasan yang tidak munasabah?”
Apa alasan munasabah ULAMAK UMNO, MUFTI UMNO menolak KISAS DAN HUDUD???
Assalamualaikum pak Kadir.
ReplyDeleteSdr.Langit biru,
Sedikit,selepas ini saya tidak akan komen lagi,isu ini.
Saya setuju sepenuhnya bahawa perbincangan dan kata putus perlu diambil olih kedua pihak,PAS dan UMNO perlu duduk semeja dan keluar dengan keputusan bersama.Tidak ada alasan,melainkan keputusan...wallahualam.
YBhg The Scribe
ReplyDeleteSalam Hormat
Islam Itu Adil
(memerintah berdiri mizaan)
Subhanallah Tergamam seroja
kelu bahasa perindu teruja
indah bahasa melayu budaya
perpaduan ke hulu maju jaya
Alhamdulillah ingat memperingat
peluh di dahi alur keringat
lembut bicara bisa meragut
perpaduan melayu jihad tok janggut
Laa ilaha illallah sandiwara bermula
politik melayu islam secukup gula
bangsa malaysia melayu celek dunia
perpaduan islam ahad kurnia
Allahu akbar takbir bergemar
rukun berdiri niat melamar
main politik main ambiya dan nabi
perpaduan melayu teragung rabbi
Selawat dan salam untuk Muhammad al-amin
makam baginda syurga terjamin
lembut lidah tertegak kudrat
perpaduan melayu ikhlas tersurat
Aa-miiiiin sahut mukmum semua
selesai habis salam kedua
musim durian bermula habis puasa
perpaduan melayu islam kuasa
alfatehah buat tujuh keturunan
tujuh puteri tujuh beradik sesunan
politik melayu ekonominya halal
perpaduan melayu zikr sehebat bilal
Sekain