Tuesday, June 12, 2012

Pakatan Rakyat: Pakat Tetapi Tidak Terikat

A Kadir Jasin

[SILA guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih]

GABUNGAN pilihan raya (election pact) DAP, PKR dan PAS telah membuktikan kemujarabannya pada pilihan raya umum 2008 dan dalam beberapa pilihan raya kecil selepas itu.

Bagaimanapun, sejak itu nampak yang tiga parti berkenaan seolah-olah hangat-hangat tahi ayam atau semakin tidak yakin yang pakatan mereka perlu atau boleh disahkan sebagai pakatan rasmi.

Petunjuk terbaru yang tiga parti itu terus tidak yakin atau kurang berani untuk diijabkabulkan secara sah ialah pengumuman yang mereka akan bertanding PRU akan datang dengan menggunakan lambang parti masing-masing.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang aka Tian Chua dipetik oleh Sin Chew Daily sebagai berkata parti-parti PR akan menggunakan simbol masing-masing hatta jika Pendaftar Pertubuhan memberi pengiktirafan rasmi esok.

Kenyataan Tian Chua itu senada dengan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akhir tahun kalu. Katanya, pembangkang tidak pernah berhasrat menukar lambang pada pilihan raya nanti, sebaliknya PAS, PKR dan DAP akan menggunakan lambang masing-masing pada kertas undi.

Tidak kira apa pun kedudukan sebenar, alasan kesuntukan masa untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah parti politik campuran tidak boleh diterima lagi kerana keputusan merasmikan (formalise) PR dibuat hampir empat tahun lalu, iaitu beberapa hari selepas ia menang besar dalam PRU 2008.

Bukan itu saja, pada tahun 2009, PR telah melantik bekas menteri BN, peguam Mohd Zaid Ibrahim, yang ketika itu ahli majlis tertinggi PKR, sebagai penyelaras dan pengerusi jawatan kuasa sementara (protem committee) “parti” Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) dengan tugas mendaftarkannya secara rasmi.

Sentimen Halang Pengesahan PR

Nampaknya, bukan saja parti-parti PR kurang yakin dengan kelangsungan jangka panjang pakatan mereka, tetapi aspek sentimental masih kuat mempengaruhi tindak-tanduk mereka, khasnya PAS dan DAP yang berupa parti tua politik Malaysia.

Ahli dan penyokong kedua-dua buah parti itu mungkin akan tawar hati dengan pertubuhan masing-masing kalau lambang mereka yang ikonik lesap dari kertas undi dan digantikan dengan lambang baru yang asing.

Dalam konteks ini, PAS telah berpengalaman menanggung musibah kerana mengorbankan lambangnya ketika menjadi anggota BN dan bertanding menggunakan lambang BN dalam PRU 1974.

Lagipun, selain daripada kesepakatan untuk menjatuhkan BN, parti-parti PR tidak mempunyai banyak persamaan dan kata sepakat.

Selain itu, kehadiran ramai “free operator” yang kerap cakap celopar dan merapu dalam parti-parti itu memudaratkan satu sama lain, khasnya antara PAS dan DAP yang umpama langit dengan bumi.

Malah dalam PAS sendiri ada ramai ubi rebus tidak empuk yang menyukarkan usaha parti itu mengembangkan sayapnya melepasi negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung.

Kejadian terbaru ialah keceloparan mulut bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, yang mempersoalkan pembidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor.

Perbuatan pendek akal beliau itu memudarkan harapan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam usahanya menggempur negeri Johor dalam PRU nanti.

Kalau benar DAP, PAS dan PKR mahu pakatan pilihan raya mereka dirasmikan sebagai pakatan formal, mereka tentulah sudah membuat bising satu Malaysia dan melemparkan berbagai tuduhan terhadap ROS kerana lambat mendaftarkan parti mereka.

Sebaliknya, selepas pengunduran Mohd Zaid daripada PKR pada tahun 2010, cakap-cakap mengenai pendaftaran PR amat jarang kedengaran. Salah satu sebabnya ialah DAP yang amat berpengaruh dalam PR, menaruh harapan terhadap Mohd Zaid sebagai orang yang berkemungkinan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai ketua de fakto PR. Wallahualam.

35 comments:

  1. leman tapai5:49 PM

    Ubi rebus yang tidak empuk - satu kiasan yang tepat dan sesuai dengan orangnya.

    Pakat tetapi tidak terikat - dalam rumah tangga bila suami dan isteri tidur berasing bilik, susah tu.

    sebab waktu ini sajalah segala masalah harian keluarga boleh di bincang tanpa perlu di tunjuk di hadapan anak anak.

    jika setakat tergigit lidah itu, perkara biasa sebagai suami isteri

    ReplyDelete
  2. Anak Tanah Rancangan6:55 PM

    As salam Dato' dan semua,

    Saya ingin memberikan pandangan sebagai seorang pengundi atas pagar yang mengundi PAS dan PKR di PRU12 yang lalu.

    Pertamanya saya memberikan undi saya kepada PAS (tidak wujud lagi istilah Pakatan Rakyat seperti mana kini) kerana tidak senang dengan corak pentadbiran PM sebelum Dato' Najib.

    Keduanya, saya mengundi PAS bukan sebab dia (Pas) bergabung dengan DAP dan PKR. Masa itu tidak pun digemburkan berkenaan pakatan ini. Tidak wujud pun nama Pakatan Rakyat sebelum PRU12. Pakatan Rakyat hanya dimomok selepas kejayaan luar biasa PKR-DAP-PAS semasa PRU12.

    Ramai pengundi atas pagar macam saya yang mengundi PAS ketika PRU12 adalah kerana yakin kononnya PAS boleh berjuang bersendirian tanpa perlu berkawan dengan DAP yang begitu lantang menentang perjuangan PAS.

    Saya mengundi PKR bukanlah sepenuh hati sebaliknya kerana tidak suka kepada mantan PM sebelum Najib. Bukan undi PKR kerana perjuangannya.

    Setelah PAS mendapat kemenangan yang agak besar, saya lihat PAS tersalah membaca sokongan rakyat yang diperolehinya. Pas beranggapan bahawa sokongan yang diperolehi adalah sebab kesepakatannya dengan PKR dan DAP.

    Hakikatnya, pengundi atas pagar, TIDAK mengundi atas sebab kononnya kesepakatan DAP, PKR dan PAS atas nama Pakatan Rakyat. Sebaliknya sokongan diberikan atas 2 sebab:

    1. Tidak suka dengan corak pentadbiran BN semasa di bawah mantan PM sebelum Najib.

    2. Percaya yang PAS akan jadi dominan menggantikan UMNO ketika itu. Bukan sebaliknya seperti yang berlaku kini yang mana PAS mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaja.

    PAS nampaknya dibuai mimpi kononnya rakyat terutamanya orang Melayu menyokong PAS kerana kesepakatan mereka membentuk Pakatan Rakyat. Sebaliknya itu tidak ada dalam kotak fikiran orang Melayu.

    Sekian. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato’ Kadir Jasin

    Saya cadangkan agar Dato’ menjadi orang tengah utk menggabungkan ketiga-tiga parti tersebut menggantikan Zaid Ibrahim yg fail dulu. Sebabnya, Dato’ masih “ngam” dgn Anwar (walaupun beliau telah disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman, dan macam-macam kontroversi lagi), masih memuji Nik Aziz (walaupun Anggota fatwa Masjidil Haram mengatakan adalah kesesatan yg nyata jika kata mengundi sesebuah parti boleh masuk syurga) dan sentiasa menjustifikasi tindakan DAP (walaupun merugikan org Melayu seperti tanpa segan silu Karpal Singgh nak melihat Guan Eng menjadi perdana menteri eh!!! tersasul katanya.)

    Diharap Dato’ tidak marah dgn cadangan ‘serkap jarang’ tersebut. Sekadar ingin menilai keikhlasan Dato’dan dipihak yg mana sebenarnya supaya ramai tidak tertanya-tanya lagi….. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  4. Bagus Tajuk, The Scribe.

    YABhg CHEDET
    Salam Hormat

    Dengan izin.

    Life: To Each His Own
    (halal is halal haram is haram)

    1. Only An Ahli UMNO Marhaen Tanjung
    (umno is umno but halal trade is for me)

    It is so sad; the whole thing - being in Africa with blood diamonds and blood in the hands. Reminds one of Moses a.s. and none tells the tale of Moses as well and as excellent as Muhammad al-amin.

    One did not catch the trial in full, understanding not much than that in equality before the law is what life is all about and inequality before the law is doing a Moses a.s.; but as the man with the thick glasses and fancy cloak was reading a tale of horror in west of Africa, one could only begin to understand the African culture one said even after the RAMD in Congo witnessed a massacre a long time ago: Charles Taylor was only doing his best to please all parties - even that beautiful girl in the eyes on one Charles Taylor - the then President of Liberia, Africa: was Charles Taylor thinking yes that was all the facts: the events and the dates, the names - the girl - yes being african and yet tribal: all so surreal to one as one watched and listened late in the night. Saddam Hussein he was lucky; he was a just another Muslim Arab. Gaddafi, was too; but he was an African, too. All Muslims are lucky, is to draw a simple conclusion and be thankful for being written as a Muslim in this Life.


    2. One have been reprieved - Alhamdulillah!
    (but what about the rohingyans tun mahathir)

    Life is a personal journey of being
    one couldn't care less now for UMNO

    saya naik kerana umno, kata tun
    kata manira, what does that mean
    up where the the angels meet
    that's what some one think

    oh lord i have been reprieved
    said i my lord is al-qahhar



    Sekian
    ps.
    o umno penang! - http://bernama.com.my/bernama/v6/newsindex.php?id=672031
    umno o umno! http://bernama.com.my/bernama/v6/newsindex.php?id=672341

    biarlah
    saya marhaen umno naik bukan kerana umno
    umno umno punya hal

    biarlah
    bak kata marhaen
    for me - halal trade


    Salaams.

    ReplyDelete
  5. Mohd Fairus4:31 AM

    keculaparan akhbar kosmo bagaimana pulak dato'?....adakah ini sikap double standard?....

    bagaimana pula dengan sikap ROS yang enggan mendaftarkan PR sehingga hari ini...adakah ini juga sikap double standard?

    ReplyDelete
  6. 1. Malang sekali apabila ada "orang muda" yang kata dia faham dan sokong Nizar sambil menuduh "situa" tidak faham, tetapi takut memberikan nama.

    Saya tidak minta pun nama sebenar dan nombor kad pengenalan. Saya hanya minta guna URL/Name. Itu pun takut.

    Tak guna menghaku muda, cerdik dan matang kalau baling batu sembunyi tangan. Sejak saya mengetatkan syarat identiti dalam blog ini, ramai anggota cyber trooper parti-parti politik berhenti berbahas. Kalau hendak main politik, hendak tolong parti dan boss tetapi penakut macam mana?

    2. Terima kasih kepada OKJ. Kalau saya nak masuk politik, awal tahun 1980-an dah masuk. Tapi saya bukan orang politik. Saya penulis dan pemerhati saja.

    Kalau saya masuk politik dan menulis macam blogger politik lain, boleh jadi OKJ tak baca, apatah lagilah kalau saya masuk parti yang sama dengan Anwar dan Nik Aziz yang sangat OKJ benci.

    Saya realistik. Ada buruk dan ada baik dalam diri setiap manusia. Tak tahulah kalau OKJ "maksum".

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Dato'

    Pada pandangan sayalah parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak akan mengikat diri mereka dengan satu ikatan rasmi yakni yang menggunakan satu simbol untuk semua. Lebih lagilah dalam masa dekat-dekat dengan pilihan raya umum ini.

    Simbol yang digunakan secara berasingan la ni sudah sebati dengan pengundi dan bakal pengundi.

    Menukar simbol maknanya mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dan bakalpengundi.

    Jadi apa yang penting sekarang ini ialah memperhebatkan kempen perang saraf serta propaganda agar simbol yang sedia ada itu sentiasa melekat kuat di dalam minda orang ramai.

    Dengan itu mudahlah diterjemahkan ingatan itu di petak undi bila sampai waktunya.

    Melainkan apabila mereka sudah berkuasa dan telah dapat memperkukuhkan kedudukan.

    Waktu itu mungkin sesuai barangkali untuk disatukan simbol atau dirasmikan ikatannya. Wallahu alam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dato'

    Ada orang PAS tak suka PKR dan DAP tapi tetap pangkah PAS.

    Kalu buat satu logo, takut orang-orang seperti ini akan rosakkan kertas undi. Rugikan PAS.

    Kalu serius nak berpakat, amat molek atas satu nama..baru kukuh. Jangan jadi macam orang dulu-dulu, tolak pusaka pakai mulut sebab parcaya, akhirnya bila meninggal pusaka jatuh kepada orang yang berkuasa iaitu penerima amanah 'mulut'. Anak-anak arwah huru hara dan lintang pukang berebut yang sedikit.

    Dewasa ini semakin tak sehaluan dan mereka cuba tunjuk mereka serasi.

    Pendek kata dulu tidur satu katil, lain lain bantal dan mimpi, tapi sekarang tidur satu rumah, tapi lain-lain bilik, katil, bantal dan yang 'baru' sama hanya satu mimpi iaitu putrajaya.

    Ada cerita pasal 'Nasi Besan' di blog sy. Mungkin Dato boleh panjangkan..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. salam dakj

    dasar beza langit dengan bumi mana boleh bersatu.

    kalau bersatu dia akan merosakkan satu sama lain.

    ketika mereka menang PRU 2008 mereka adalah entiti lain lain.tiada pakatan rakyat sebelum sebelumnya.itu pasal negeri yang diperintah oleh tiga parti pakatan sangat kecoh.

    kalau perintah malaysia entah dasar apa yang boleh semua orang setuju.tapi elok dijauhkan dari terjadi.musibah rasanya.

    ReplyDelete
  10. Salam dato,



    Ni bukan pakatan kalau tak ada ikatan...



    Macam aku pecaya dan tak pecaya kat hang,kalau dapat aku ambik dari hang,kita pi sama sama tapi aku nak balik dulu bawak reta,hang tunggu sampai aku panggil,kalau hang lemas,hang pi mati pun tak pa...lebih kurang macam tu la kut ni..



    Macam saya terbaca sebelum ni......`A politician is one who would not like to retire for eternity. A politician simply means the one who does not take any responsibility. One who finds faults with others and situations. One who indulges in blame game. One who finds scapegoats. One who does not take ownership. One who does not take the responsibility'

    A leader, is the opposite of a politician.



    Kalau masih menharapkan `politician' yang `baik',elok la pi dok kat `kota khayalan'...


    Politician ni,depa ni kalau bolih juai nyawa kat setan pun depa pi juai la,kalau `bolih beli' malaikat maut pun depa sogok , kalau itu yang bolih bagi kuasa kat depa... hai lain lain tu
    `no hal punya' la....



    Banyak tanda tanda dah la ni yang tunjuk the future law makers dan politicians are LAWBREAKERs in the making and training...setengah dah `passed' dah.


    Tak pa la, bukan politicians saja
    yang bolih perintah negara, ada lagi institusi lain yang sudah `time tested' untuk perintah negara, sejak dari dulu kala lagi...raja,askar,diktator, ahli ugama ka, malah pelakon,
    penyanyi,pencuri,perompak,pembunuh pun dah berkali kalai jadi pemerintah kat dunia ni..bolih semak kalau tak tau.


    So tak payah `sebak dada' dan `susah kepala'..kalau sampai masa `sayunara', bai bai , sayonara la kat depa...lepas 1-2 minggu kia lupa la nama dan muka depa,kalau kena tangkap ka,baru cuba ingat balik nama dan muka depa,tak gitu?.


    So if you politicians choose to be damed,then you are damned..period.


    Saya mengharapkan leaders, bukan politician sebagai ketua.


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  11. tentang pakatan rakya
    nak seribu daya, taknak seribu dalih.

    tentang DAP jadi ikutan PAS
    pipit manakan terbang bersama enggang?

    tentang ideologi PAS-PKR-DAP
    tidur sebantal, mimpi lain-lain

    tentang pemimpin PAS mengunjungi gerai babi untuk beri angpau kepada peniaga babi semasa tahun baru cina lepas
    kera di hutan disusukan, anak di rumah ditinggalkan

    ReplyDelete
  12. Salahuddin12:10 AM

    Bagi pendapat saya...

    DAP berjaya menaikkan (ROKET) ke (BUlAN) PAS dan akhirnya pecah menjadi 2 bulan sabit (PKR)

    Logo parti menunjukkan sesuatu makna tersirat dan tersurat...

    ReplyDelete
  13. BenDol6:56 AM

    Datuk,

    1. Saya pun macam Anak Tanah Rancangan tapi saya bukan dari masyarakat Felda, saya dari masyarakat padi macam Datuk.

    2. Saya dan ramai adik beradik beralih undi Pas pada tahun 2008 bukan sangat sokong Pas jauh sekali Pakatan Rakyat, tapi sebab menyampah dengan Pak Lah dan budak2 tingkat empat.

    3. Negeri saya undi Pas, federal yang rosakkan undi sebab DAP bertading lawan MCA. Saya pun menyampah juga dengan MCA.

    4. Bagi pilihan raya akan datang, saya tak akan undi Pas lagi sebab YB Pas bisu dalam DUN dan yang dia cakap hanyalah dia bantah bina panggung wayang di kawasan dia. DAP lagilah saya tak undi. Tapi Umno pun half past six juga.

    5. Kalau saya undi Umno ialah kerana saya benci dengan PR, Ambiga&Samad Said, Bersih dan tunjuk perasaan. Itu saja. Bukan suka sangat dengan Umno, tapi dah naik meluat dengan Pas yang jadi hamba DAP, PkR dan Bersih.

    BenDol

    ReplyDelete
  14. Lahuma7:15 AM

    Dato.

    Pakatan Rakyat belum belum daftar cuma berpakat.

    Bagi saya soal pendaftaran PR tidak penting sangat.Mereka pun tahu susah juga nak menang jadi kerajaan Persekutuan.
    Yang penting peranan Pakatan Rakyat sebagai PEMBANGKANG cukup penting.Peranan mereka sebagai suara rakyat.Tanpa pembangkang kerajaan akan JOLI dengan kuasa yang ada pada mereka.

    Bila Pembangkang berkesan baharulah ada tranformasi berlaku dalam banyak perkara yang menguntungkan rakyat hari.

    Nafsu pemimpin kerajaan dan pembangkang sama sahaja.Siapa leka dan lalai maka berlakulah agenda isi perut sendiri.Sebab itu kini selapas 54 tahun merdeka peranan pembangkan seperti Pakatan Rakyat perlu di kekalkan.

    Dua komponen kerajaan dan pembangkang biarlah seimbang dan selari dengan amalan demokrasi.

    Bila ada pembangkang yang kreatif dan aktif maka rakyat sentiasa terdedah dengan pelbagai isu yang kadang kala cuba di lindungi atau disembunyi.

    Rakyat sebagai hakim dan penentu bila undi nanti harus bijak menilai dan buat keputusan.Rakyat pun sudah mampu menilai baik buruk yang mana kelentong dan yang mana benar.

    PRU 13 nanti pengundi akan pertamanya menilai siapa calon nya dahulu.Faktor parti sudah kurang penting lagi.

    Dari sudut ini BN dan Pakatan Rakyat tentu sekali akan tonjolkan calon bersih terbaik.Kalau BN /UMNO masih guna teori tangkap muat soal calon maka terima lah padah iaitu antara Wineable Candidate atau Win cable Candidate.

    Apa yang nampak sekarang saat ini Pakatan Rakyat dengar kata sebok berebut kerusi.

    Manakala dipihak UMNO/BN pula punyalah sebok berebut nak jadi calon.

    Pusingan pertama pakatan PKR/DAP/PAS sudah pun berhasil.PRU 13 adalah pusingan kali kedua mereka.Kurang yakin masih ada.Goyang sana sini.
    UMNO/BN pun serupa juga jadi macam panik dan gelabah.

    Pengundi kena bijak dan pintar.

    Begitulah ragam parti politik bila nak undi dari rakyat.Pilihanraya umpama pasar malam yang sebok selalu.

    Selamat pengundi PRU 13 nanti.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Salam Dato’

    Terima kasih kerana jawapan di atas. Juga bukannya saya berdendam dgn PAS. Tapi macam pembahas kata, bila bagi Angpau dalam pasar babi yg masih fresh dagingnya, darahnya dan air basuhannya (siap posing lagi), nampak sangat tidak berilmu penderma tersebut. Macam ini ke kita nak standard pemimpin kita? Tidakkah Sdr Fed Up rasa fed up dgn standard pemimpin sebegini???
    Juga bila disuruh tangguh pergi haji semata-mata takut kalah pilihanraya, dah teruk dah penyakit mereka ni. Cuma MB Kedah je yg sanggah, tapi ada yg sokong, menunjukkan betapa tebalnya assabiyyah dalam parti tersebut. Diharap Sdr langitbiru dapat elaborate sikit dgn jujur dan ikhlas.

    PKR pulak, pemimpin mudanya suruh tengok bukti bervideo siapa yg mulakan provokasi. Tapi video sex china doll dan video dalam jamban disenyap pula. Bukanke ini dipanggil Double Standard?? Tapi parti mereka ni bernasib baik sebab ada pengikut-pengikut yg buta mata hati menerima kebenaran dan juga dilatih menyalahkan UMNO dalam apa jua keadaaan. Kesian saya tengok mereka. Mungkin Sdr Saji boleh membantu.

    Akhir kata, cuma saya sedih bila ramai penulis dan pemerhati yg mengaku adil dan katanya tidak berpihak, tetapi tidak nampak atau saja buat-buat tidak nampak. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  16. Mohd Taib Kamin11:10 AM

    Assalamualaikum Dato'

    'Pakatan Rakyat: Pakat Tetapi Tidak Terikat'

    Mereka bukan 'pakatan rakyat' itu sebab mereka 'tidak terikat'. Mereka hanya menggunakan 'rakyat' untuk mengaburi dan membohongi rakyat.

    Apa yang mereka lakukan selepas PRU12 umpama cerita pengembala kambing yang menipu orang kampung kononnya ada harimau yang mahu membaham kambing yang digembalanya. Setiap kali dia menjerit2 meninta tolong orang2 kampung akan datang untuk membantu tetapi hanya ditertwakan oleh sipengembala yang seronok kerana berjaya menipu dan berhong. Akhirnya orang kampung bosan dengan 'lawak' sipenembala yang akhirnya apabila benar2 diserang harimau tidak ada orang yang datang membantu.

    Saya melihat dalam kontek politik pembangkang hari ini mereka menggunakan 'rakyat' untuk meraih sokongan sedangkan semakin ramai rakyat yang menyedari akan tipu helah mereka.

    Menggunakan satu lambang dalam PRU13 oleh pembangkang tidak mungkin berlaku kerana mereka semakin tidak yakin dengan kemampuan mereka sendiri. Mereka akan terus dengan identiti berbeza mereka. Apa yang akan mereka lakukan ialah berterusan untuk mengelirukan rakyat dengan cuba menimbulkan isu2 yang kadang2 ditafsir sebagai 'terdesak' dan 'bodoh' untuk menarik perhatian umum. Tetapi agak malang bagi mereka kerana bukan sedikit isu2 yang mereka timbulkan akhirnya memakan diri mereka sendiri dan menampakan kebodohan mereka.

    'Rakyat' yang mereka gunakan khasnya selepas PRU12 lalu akhirnya menjadi liabiliti kepada pembangkang kerana rakyat telah membuka mata dan semakin bijak menilai siapa pembangkang sebenarnya dan apa sumbangan mereka selepas PRU12. Wallahualam.

    ReplyDelete
  17. Ubah skit lay out blog Tuan boleh tak? Satu lagi bagi justify artikel tu. Baru baru selesa hendak membaca.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Salam Dato'

    Saya setuju bahawa Pakatan Rakyat memang berpakat tetapi tidak terikat berbanding dengan BN. Antara sebab-sebab yang dapat saya fikirkan adalah:

    1. Barisan kepimpinan komponen parti dlm Pakatan Rakyat adalah di kalangan org yg stand firm dengan perjuangan parti tanpa mementingkan diri sendiri.

    2. Berbanding dengan barisan kepimpinan di dalam BN, mereka sanggup mengabaikan ahli parti masing-masing demi kuasa utk membuat harta. Sbb itulah terdapat 1001 mcm punya parti di dalam BN.

    3. Contohnya, MCA yg semakin ditolak bangsa Cina terutamanya di bandar2 besar. Kaum India yg terkial-kial utk menempatkan diri di dalam tekanan ekonomi dan semasa.

    4. Malah bangsa Melayu pun dah semakin layu di bumi sendiri terutama di dalam penguasaan ekonomi negara yg menampakkan jurang yg besar di antara kroni, anak bini dan laymen on the street.

    ReplyDelete
  19. Yangretibase1:41 PM

    Assalamualaikum,

    Kepada BenDol, sukalah saya tolong menyampaikan maksud daripada beberapa Firman Allah dalam al-Quran bahawa orang- orang yang beriman penuh serta bertaqwa dengan semurni-murni taqwa terhadap Allah SWT akan menjadi penghuni syurga Allah SWT di alam akhirat nanti.
    Oleh yang demikian, sekiranya BenDol seorang yang beriman penuh serta bertaqwa dengan semurni-murni taqwa kepada Allah SWT, dan BenDol mengundi calon Islam daripada parti PAS, maka BenDol akan masuk syurga.
    Dengan kata lain, undi PAS masuk syurga.

    Walau bagaimanapun, jika BenDol mengundi UMNO, BenDol belum tentu akan masuk syurga. Ini kerana, apabila BenDol bersekongkol dengan UMNO yang sekular lagi fasiq itu, status iman dan taqwa BenDol sudah tiada lagi, sudah tersirna.
    Maka saya harap BenDol akan mengundi PAS. Lagipun, PAS bukanlah hamba DAP, PKR dan Bersih. PAS ialah parti Islam yang berjihad untuk menjadikan Malaysia "baldatun toyyibatun warobbun ghofur".

    Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

    ReplyDelete
  20. Salam dato,


    Yangretibase tulis,



    .....mengundi calon Islam daripada parti PAS, maka BenDol akan masuk syurga.Dengan kata lain, undi PAS masuk syurga....

    Undi Pas tu tu iman ka? undi Pas tu
    semuni-murni taqwa ka?..


    katun la telahan dan alasan perbahasan saudara ni hehe..


    MANA hang tau sapa masuk syurga? hang dah pi sana ka? dah jadi penunggu pintu syurga ka? ...mengarut betui hang pi, kat mana hang belajaq hai ni....


    Kalau minta orang undi wakil pas,cakap gitu udah la...jangan sabitkan quran,sabitkan syurga,sabitkan taqwa,sabitkan iman..rukun iman dah tambahka?..




    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,
    YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Pada saya adalah penting mengikut perkembangan terakhir dari terus berpegang kepada pendapat kita sahaja,
    Trend sekarang tidak lagi melihat kepada slogan atau lambang tetapi kepada kebolehan wakil masing-masing.Saya rasa pengundi kali ini akan mengundi calun yang mereka percayai. Dalam konteks ini tiap-tiap parti akan mengekalkan identiti mereka disamping mendapat sokongan dari rakan kongsi mereka. PAS umpamanya akan mendapat bantuan DAP untuk mendapat undi bukan Melayu dan sebaliknya.
    Beberapa pembahas sebelum ini mengaku mereka tidak mengundi calun BN pada PRU lepas kerana wujudnya perasaan benci dalam jiwa mereka. Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita bahawa benci dan hasad dengki terhadap kaum sendiri membawa padah yang amat merugikan.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  22. salam,

    saya tidak melihat perihal menggunakan satu lambang bagi mewakili gabungan parti2 politik sebagai satu perkara yang maha penting.

    apa guna satu lambang amalkan sikap telunjuk lurus kelingking berkait, atau lebih mudah disebut sebagai hipokrit.

    Umno, mca, mic, gerakan, pbs dan parti2 politik yang lain juga memiliki bendera mereka yang tersendiri. umno contohnya, dok pasang bendera keris dalam kampung melayu. mca dan mic juga sama. lambang dacing itu pada pendapat saya hanya sebagai satu simbolik untuk menghalalkan penggunaan harta kerajaan dan sebagai lesen untuk menerjah masuk ketempat2 yang menjadi larangan bendera2 parti politik yang spesifik.

    saya yakin dan percaya, andai pakatan rakyat menang pru13 di peringkat pusat, hasrat dakj untuk melihat satu lambang mewakili semua parti dalam PR akan dimakbulkan.

    buat masa ini, jika parti2 yang berpakat membentuk pakatan rakyat nak bertanding guna bendera masing2, biarlah. bukan melanggar udang2 pilihanraya pun. dan jika mereka nak mimpi lain2 sekalipun, apa hak kita nak "interframe" mimpi orang?

    setidak2nya kita boleh lihat dan tahu perangai karpal singh tanpa selindung. dia cakap dalam bahasa melayu dan omputih. tak pernah lagi saya dengar dia luahkan ketidaksukaan dia dalam bahasa benggali yang saya tak paham.

    umno pun masa mula2 dulu seorang diri juga. bila dah kuat dan dapat sokongan british, baru mca ngan mic ikut dalam kapal layar.

    sekian.

    ReplyDelete
  23. salam,

    umno masa mula2 dulu pun sorang diri jugak. bila dah kuat dan dapat sokongan dari omputih baru le mca ngan mic ikut dalam kapal layar.

    saya yakin dan percaya, impian dakj untuk melihat satu lambang mewakili PR akan termakbul jua seandainya pakatan menang pru13 dan melangkah dengan bergaya ke putraja.

    buat masa sekarang ini, saya berpendapat ada baiknya dorang guna bendera asing-asing. seingat saya, dia tak pernah lagi guna bahasa benggali keluar media statement. setidak-tidaknya saya sudah boleh tahu dengan jelas pendirian dan perangai karpal singh.

    pada saya, lambang dacing itu telah disalahguna oleh pemerintah sebagai lesen besar untuk masuk ke tempat-tempat yang jadi "haram" kepada lambang2 lain. tapi kat kampung2 tradisional melayu, bendera keris merah makin banyak dikibarkan.

    mengapa tidak dikibarkan bendera dacing semata-mata?

    sekian.

    ReplyDelete
  24. BenDol9:41 PM

    Datuk, minta izin jawab Yangretibase (Yang Mengerti Bahasa atau Yang Mengerti (guiter) Base) kerana ajar orang jahil macam saya tentang ugama.

    Biasalah bagi orang yang tak reti bahas dan reti ugama sikit-sikit, dia mesti petik ayat Quran, Hadis dan ngomong Tok Guru Nik Aziz bila tak boleh jawab hujah orang lain, atau bila otak beku.

    Kalau seseorang itu betul reti bahasa, dia tentulah tak sombang dan tak kasar. Tapi bila orang reti base, dia hanya pandai main base guiter, tapi tak pandai bahas.

    Orang Pas member saya pernah kata main muzik haram sebab boleh buat orang khayal. Jadi yang reti base kena berhenti main base guitar.

    Tapi susah nak percaya cakap orang Pas bila mereka kata tolong Pas dalam pilihan raya lebih penting dari mengerjakan Haji. Kepada orang jahil macam saya, mengerjakan hukum dan rukun Islam lagi penting dari kempen untuk Pas.

    Saya rasa BN pun taklah bodoh sangat dan tak ada hati perut nak buat pilihan raya masa ramai orang Islam Malaysia pergi buat Haji.

    BenDol

    ReplyDelete
  25. Yangretibase11:47 PM

    Assalamualaikum,

    Kepada Abu Bakar Ab Rahman,
    Simpati saya yang amat mendalam saya hulurkan buat saudara yang malang. Agaknya saudara tidak pernah bersekolah. Mungkin takat sekolah dewasa sahaja; itu pun gagal mendapat sijil. Pandai "baca" al-Quran? Kalau pandai, mustahillah komen saudara begitu 'kejahilan' sekali.

    Kejahilan itu sebenarnya satu penyakit. Ubatilah penyakit kejahilan itu dengan ilmu. Oleh sebab itu, saya sarankan kepada ab agar ab segera aktif menuntut ilmu, khususnya ilmu mentafsir al-Quran bergurukan ulama mursyid.
    Semoga ab menjadi orang yang tahap faham agamanya tinggi.

    Sukalah saya ingatkan saudara ab agar saudara tidak sekali-kali berguru dengan ulama UMNO.

    Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum pak Kadir

    Didalam masyarakat Melayu kita selalu merujuk kepada,Perumpamaan, bidalan,simpulan bahasa,pantun dan mungkin juga kita berpuisi untuk kita mencurahkan maksud hati(perasaan), begitu indahnya kita masyarakat Melayu yang terdidik oleh orang tua tua kita,supaya kita tidak berhati batu, tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain walaupun mereka tidak kita kenali secara zahirnya,kita hanya berbicara melalui media yang tercipta secara maya.

    Nampaknya sekarang manusia Melayu telah hilang rasa hormatnya kepada sesama insan yang bergelar mungkin bapa,pakcik,datuk,abang, kakak, ibu, atau apa jua, yang suatu ketika dahulu kita begitu berasa malu malah merasa bersalah untuk menghamburkan kata kata tidak bersopan walaupun siapa dia, malah kita juga merasa perlu untuk menjadi tauladan kepada adik kita sekalipun.Dimanakah semua itu kita buangkan?, adakah dek kerana merasakan kita telah lebih berpelajaran dari mereka, kita tak perlu lagi memberi kehormatan tersebut?.Kita bolih saja untuk tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat,tetapi kita tidak sepatutnya tidak bersetuju dengan orang yang memberi pendapat tersebut.

    Pak Kadir, sejak Anwar Ibrahim mula dipecat dari jawatannya dalam kerajaan dan dalam UMNO, saya merasa Tun M adalah seorang manusia yang sangat zalim, kenapa?, kerana saya berpendapat ketika itu Anwar adalah seorang yang menjadi mangsa kerakusan kuasa politik, olih seorang yang telah membimbing Anwar sebagai menatang minyak yang penuh, tetapi akhirnya dek kerana kuasa politik yang hanya sementara Tun M sanggup untuk membunuh masa depan seorang, saya sangat membenci Tun ketika itu.

    Setelah masa berlalu,saya mula memahami kenapa dan mengapa perkara itu terjadi dan sahingga sekarang saya masih meminati Tun M dan bersyukur kerana perkara yang terjadi ada hikmahnya dan Tun M hanya dijadikan pencetusnya..itulah tanda nya kebesaran Allah jika kita mahu memahaminya.wallahualam.

    ReplyDelete
  27. Lahuma8:56 AM

    Dato.

    Menjelang PRU 13 seronok juga bila lapang ikuti ceramah-ceramah UMNO/PAS/PKR.


    Antara ilmu yg dapat ialah:

    1.banyak buat janji secara umum tidak secara khusus.

    2.banyak melondeh dan memalukan tokoh dan individu.

    3.masalah dan penderitaan rakyat yg kaya,pertengahan dan orang miskin tak selesai.

    4.tak ada fakta yang meyakinkan.ada yang hampir betul dan ada yang tak betul dan ada juga kena cari betul atau tak betul.

    5.tak ada vision yang jelas hala tuju parti mereka selain daripada mahu undi dan nak jadi kerajaan.

    6.tema tentang Islam dan Melayu sudah tak ada lagi kerana takut sangat hilang undi Cina/India/Benggali/Siam/Dayak/Iban/Orang Asli.

    7.kualiti ceramah pun rendah.rasanya baik lagi tukang jual ubat dipekan nat.

    8.banyak tonjol diri daripada untuk kepentingan penceramah drp kepentingan parti mereka.

    9.cubaan untuk buat perbandingan politik antarabangsa pun tak kesampaian.mungkin kurang arif atau kurang ilmu.

    10.ada penceramah yg beri ceramah itu pun cakap tak serupa bikin dari segi latar belakang dirinya.


    Inilah dapatan yg dapat diikuti dari ceramah-ceramah oleh UMNO/PAS/PKR.

    DAP/MCA/Gerakan--------utamakan perpaduan,ekonomi,pendidikan dan kebudayaan.kemudian politiknya pintar.

    Selamat pengundi PRU 13.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Salam dato,



    Ni nak jawab Yangretibase,


    lagi kulup hang ni,mana hang tau orang sekolah apa?..


    To sah dok temerang aku la dengan ` pi syurga kalau undi pas' hang tu...


    jahil jahil aku, aku tau belajaq juga yang syurga tu tak buka lagi,sehingga kiamat dan seleoas perhitungan baik buruk roh sesaorang la!..


    awat hang ingat SORANG saja tau hai islam ka?..


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  29. tokman12:40 PM

    Pakatan Rakyat memang sepakat tapi tidak terikat kerana tiap2 parti politik mempunyai prinsip dan maruah sendiri dan berkerja untuk kepentingan rakyat bukan untuk diri sendiri...thats where BN had failed since 1980s. Betul dalam BN semua parti2 politik terikat kerana semua jadi pak turut UMNO....Jadi dasar BN adalah untuk kekayan diri sendiri dan kroni2 dan rakyat terus hidup dengan subsidi2 seperti BRIM dll sampai ketua!

    ReplyDelete
  30. Kajang Pak Malau7:33 PM

    Salam,

    Kenapa kita mesti mengikut atau terikut ikut amalan orang lain. Penting sangatkah satu logo. Kalau bukan guna satu loga adakah ianya satu menjadi kesalahan yang besar.

    Rasanya kita tak perlu jadi orang lain. kalau kita rasa logo masing-masing boleh diterima apa salahnya. Jangan terikut sangat fikiran orang-orang tua, jangan terikut cara lama, asalkan tidak menyalahi undang-undang dan hukum teruskanlah. Peduli apa dengan komen-komen musuh dan orang yang kononnya nutral tetapi dalam hati tidak dan sering menimbulkan isu-isu yang tidak perlu.

    ReplyDelete
  31. awang batuburok11:22 PM

    Salam Sejahtera Dato,

    Untuk melahirkan sebuah kerajaan yang berintegriti dan mendaulatkan keadilan tidak semestinya tertegak diatas satu parti bersimbolkan satu simbol semata-mata. Dalam banyak keadaan ahli-ahli politik menjadi sangat taksub dan assobiyyah kerana simbol parti semata-mata tanpa melihat isi kandungan dan matlamat perjuangan serta amalan parti tersebut. Amalan politik UBN pada hari sebagai contoh, terlalu jumud dan penuh dgn semangat assobiyyah semata-mata kerana menghormati gabungan dan gagasan BN sehingga gagal melihat kepentingan rakyat majoriti. Lahirlah amalan kronisma yang melampau dan kronik kerana tidak ada yg berani menegur dan mengkritik semata-mata kerana nak jaga hati dan nak jaga perpaduan gabungan BN kononnya....

    wallahu-alam.

    ReplyDelete
  32. awang batuburok11:35 PM

    Salam Sejahtera Dato,

    Dalam dunia organisasi politik dan perniagaan yang paling penting adalah kejujuran dan keikhlasan untuk mencapai matlamat yg dipersetujui bersama.

    Proses untuk mencapai matlamat bersama tersebut tidak lah semudah yang di perkatakan. Tiada gunanya bersimbolkan satu logo yang sama tetapi didalam hati dan minda penuh dengan matlamat kepentingan peribadi yang di dorong oleh sikap tamak haloba dan penuh dengan penipuan, pembohongan, sikap talam dua muka, menikam dari belakang seperti yang di lakukan keatas PAS dalam tahun 1974-1978.

    ReplyDelete
  33. Bagi saya Pakatan Rakyat tetap pilihan.. dengan prestasi di Selangor ia lebih baik dari BN.. dan Pembangkang yang kuat akan menyebabkan BN lebih bermurah hati daripada berhati batu.. sekiranya pembangkang tidak kuat seperti hari ini, jangan harap BR1M, jangan harap itu ini, ini adalah fakta.. pendaftaran Pakatan Rakyat telah ditolak oleh ROS sebab tidak cukup korum parti rasanya, tetapi adakah ia akan terus kekal begitu masa akan menentukan, sekiranya mereka benar2 bergabung kelak yang akan lebih susah hati adalah BN.. sistem dua parti akan terlaksana dan BN akan lebih susah untuk memenangi PRU.. apa yang berlaku kini bagi saya adalah perancangan Allah.. ini adalah fasa dimana kerajaan yang sombong jatuh, kita lihat pemerintah sombong seperti hosni, ghaddafi, ben ali.. di tarik nikmat menjadi pemerintah walaupun mereka menang pilihanraya dengan selesa, ini terjadi kerana perancangan Allah jua, di negara kita ia tidak mustahil.. BN tumbang tidak mustahil.. Jadi janganlah terlalu yakin BN tidak boleh tumbang.. sekiranya tidak tumbang dalam pilihanraya, perancangan Allah siapa boleh halang.. pointnya yang saya ingin katakan, BN lebih suka PR tidak bergabung dan membentuk entiti seperti BN, sekiranya entiti ini terhasil, BN betul-betul dalam bahaya, betul tak? org boleh kata macam macam mengenai PR tetapi mereka tidak boleh nafikan keberkesanan kerajaan PR di negeri yang diperintah mereka, hasil negeri juga naik dan prestasi juga setanding atau paling tidak pun tidak lebih teruk dari negeri BN ini diulas sendiri oleh audit negara dan dibentangkan di parlimen.. sekali lagi saya ingin katakan kepada org2 BN semua.. tiada kerajaan yang akan kekal selama lamanya.. setiap kerajaan akan jatuh.. tak kira bagaimana hebatnya sesuatu kerajaan itu sekalipun.. dan tidak mustahil negara ini boleh diperintah oleh Pakatan Rakyat satu hari nanti.. sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  34. Nampaknya Datuk pun masih masukkan juga komen tidak berdaftar. Sepertinya perumpamaan melayu dan juga yang menjadi tabiat orang melayu, yakni daripada rakyat marhaen sehinggalah penguatkuasa:


    Hangat-hangat tahi ayam


    Walaubagaimanapun, bolehlah kita bandingkan gabungan longgar Pakatan Pembangkang yang menggelar diri mereka "Pakatan Rakyat" ini.

    Jikalau di kampung, sudah tentu menjadi bahan bualan, si fulan bin si fulan tu dah berkahwin ke dengan si fulanah binti si fulan tu?

    Kalau dah kahwin, mana sijil kahwinnya dan mana kendurinya? Kalau belum kahwin, kenapa tinggal serumah, tidur sebantal?

    Ikut cerita Semerah Padi, lakunan Allahyarham P.Ramlee, dah tentu kena sebat 99 kali ni.

    Tapi... ini mungkin zaman moden agaknya. Kahwin tak perlu, janji hati suka-sama-suka. Tinggal sekali dan buat anak pun tak mengapa...

    Anak haram? Siapa peduli? Janji anak jugak kan? Zina sahaja haram. Anak tu halal.

    Tak mengapa. Dulu kata haram kerja dengan kafir. Sekarang dah halal, wajib pulak tu. Ada 'ostat' yang boleh tafsir kitab. Wa halallku wa harrammu.

    Hai dunia...

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum pak Kadir

    Disini kita berbicara dengan jujur dan ikhlas,pak Kadir sudah tentu mahu melihat ruangan yang disediakan olihnya mendapat sambutan yang diluar dugaan,tapi dalam masa yang sama pak Kadir juga mahukan kita memberi komen secara terhormat dan berintegriti,kerana laman ini dikelolakan olih seorang yang bergelar Datuk.

    Tidak keterlaluan jika saya katakan laman blog ini dilawati olih mereka mereka yang seangkatan dengan Datuk.

    Adakah keterlaluan jika saya mahu mengajak teman peminat blog ini supaya tidak terlalu mengikut emosi sahaja,berilah komentar dengan jujur dan berfakta,supaya kita sendiri tidak berkemaluan.

    ReplyDelete