Thursday, June 28, 2012

Saham FGVH Dibuka Tinggi

A Kadir Jasin

MASIH ada lagi pembahas yang guna pengenalan “Anonymous”. Kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila
guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.

DI MANA penginktirafan, pujian dan penghargaan wajar diberikan, maka kita berikanlah. Dalam konteks itu, pengasas IPO Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) patut diberi pengiktirafan, setidaknya berkaitan permulaan perniagaan saham syarikat itu di Bursa Malaysia pagi ini.

Saham FGVH dibuka lebih tinggi daripada harga tawaran runcit RM4.55. Ia naik hingga RM5.43 pada satu peringkat. Ini bermakna, pelabur yang ada satu lot atau 1,000 unit saham sudah boleh mendapat keuntungan modal RM880 kalau dia menjual pegangannya.

Palabur yang arif mengenai pelaburan saham, tentu tahu yang keuntungan RM880 itu adalah jauh lebih baik daripada menunggu dividen setahun atau enam bulan dari sekarang.

Katakan FGVH bayar dividen 10 peratus, pelabur yang ada 1,000 saham akan dapat RM100 sahaja. Pelabur yang guna wang sendiri, bolehlah simpan saham mereka sebagai pelaburan jangka panjang untuk dapat dividen.

Tetapi pelabur yang beli saham melalui pinjaman, mereka mungkin terpaksa jual, kalau tidak semua pun, sebahagian untuk bayar balik hutang mereka.

Bayangkan pula kalau pelabur yang ada 1,000 saham boleh dapat keuntungan modal RM980, berapa pula keuntungan modal pelabur yang ada berpuluh atau beratus juta saham? Wallahualam.

26 comments:

  1. berdasarkan apa yang ku dengar.

    disebabkan kerenah birokrasi, benarkah orang biasa bukan peneroka hanya boleh dapat pegangan saham yang kecil sahaja?

    ReplyDelete
  2. Salam dato,


    Bagus...


    Kalau ada duit tunggu turun sikit beli lagi,simpan 10-20 tahun.



    Ni nak ulang post lama punya....



    Saya yakin saham/syarikat felda ini berjaya tambah nilai didalam jangka 5-10 tahun dan seterusnya, KALAU DIURUSKAN dengan betui....

    Ini kerana syarikat ini ada `physical products' dan ada produk produk baru.... dalam dunia ni orang makin ramai,makan makin kuat dan banyak, minum ayaq pun makin banyak,nak macam macam jenis makanan,minuman,`snacks' dll... produk felda banyak dalam kategori ni..

    Nanti kalau depa buat polimer baru ka,minyak untuk `cosmetic-base' ka,`heat-absorbing material' ka, `new gelatin' ka, `industrial grease'ka ,`universal polution-cleaner'ka, dll, tentu nilai saham tu naik lagi...

    Nak banding dengan facebook ni susah sikit, facebook tu `leisure-and-pleasure virtual goods' dan `advertisement-driven revenue'... dalam kategori `harta khayalan'!.
    Jangan lupa kisah dotcom bust tak lama dulu, sama modality juga..harta khayalan jugak.
    Harap felda dapat buat pelabuhan, jalan lebuh raya,lapangan terbang,jenakuasa elektrik besaq
    besaq dan`bukak' contract plantation diafrika ka, asia tengah ka,di negera cina ka,dll.

    Lagi naik la kut dividen dan bonus PNB products( asb,asn,dan macam macam as,as,as),tabung haji, LTAT,KWSP dll dimasa depan nanti...


    Kalu dah rugi juga lepas dah buat macam macam,itu la yang dinamakan
    takdir,qada dan qadar la...BUT AFTER A MAXIMUM effort...



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  3. Salam DAKJ

    Tahniah Dato’. Satu artikel yg mantap, yg membentangkan fakta dan bukannya auta. Juga dengan sendirinya terhapuslah persepsi-persepsi yg negative dan jahat (pada mula rancangan penubuhannya) daripada mulut-mulut yg jahat. Saya juga amat setuju jika benda yg baik, tak ada salahnya kalau kita puji. Ini secara tak langsung mendedahkan siapakah golongan-golongan yg busuk hati, pembelit, yg berfikiran kolot, yg berdelusi kejahatan terhadap apa sahaja usaha YAB Dato’ Seri PM dan kerajaan UMNO walaupun tujuannya hanyalah semata-mata untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia dalam mencari keredoaan Allah.

    Akhirnya, lembut juga hati Dato’ ni. Sebenarnya, disebalik terjahan-terjahan Dato’ kepada YAB Dato’ Seri, saya dapat rasakan di hati kecil Dato’ masih mempunyai sifat keyakinan yg mendalam kepada parti UMNO umumnya dan kepada YAB Dato’ Seri PM khususnya. Tidak mungkin Dato’ mempercayai parti-parti lain termasuk PAS, DAP dan juga PKR apabila melihat track record yg begitu teruk di negeri-negeri yg mereka kuasai, yg hanya pandai bercakap je.

    Juga mungkin Dato’ agak sedikit malu untuk berterus terang sebenarnya kerana tersalah menilai antara kaca dan permata dalam beberapa artikel terdahulu. Walaupun YAB Dato’ Seri dan isteri serta kerajaan UMNO sentiasa difitnah, namun mereka tidak sedikit pun gentar dan masih meneruskan perjuangan semata-mata utk mendapat keredoaan Allah. Dan juga rasanya YAB Dato’ Seri Presiden lembut hatinya dan pemaaf orangnya.

    Diharap, Dato’ dapat memperbanyakkan artikel-artikel yg membina sebegini dan kalau bolehlah, kurangkan artikel-artikel yg kontroversi. Pada lain kelapangan, bolehlah kita berdiskusi tentang satu lagi ‘pembohongan mega’ dan hasutan jahat pembelit seperti Kilang Lynas pula. Siapa yg berkata benar sebenarnya dan siapakah yg menipu. Apa kata pakar-pakar tulen dan apa pula kata ‘perasan pakar’. Akhir kata, syabas Dato’ kerana berani berkata benar kepada sesuatu yg benar. Dan marilah kita sama-sama mendidik masyarakat dari hasutan dan ‘delusi jahat’ dari pembangkang terhadap apa jua projek kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  4. Lahuma4:12 PM

    Dato.

    Kalau begitu punya cerita tentang Saham FGVH maka didoakan supaya ia dapat bertahan atau terus melonjak naik.

    Tapi janganlah ketawa dipermulaan kemudian menangis pula selepas itu.

    Banyak juga saham yg hebat dipermulaan kemudian kantoi terus.

    Mungkin sebulan dua lagi ramai jual semua bila ada untung yg munasabah.

    Terima kasuh.

    ReplyDelete
  5. Just two cents thought9:46 PM

    Nak jual sebenarnya serba salah.

    Sekiranya FGV ditadbir dengan baik, bukan sahaja ada dividend tapi juga capital appreciation yang boleh mencecah 15% setahun. High risk, high gain. Lagi pun buat masa ini, FVG ada modal untuk acquire company lain.

    Bayangkan, dengan acquisition kilang gula pada harga RM1.2 billion boleh tambah earning FGV beratus-ratus juta setahun, inikan pula FGV mempunyai modal RM 4 billion untuk acquire syarikat-syarikat bagus yang lain.

    Mungkin FGV harus menumpukan perhatian kepada value added product. Daripada fresh fruit bunch, kepada processed cooking oil. Sebabnya simple sahaja, fresh fruit bunch adalah berdasarkan harga komoditi antarabangsa, boleh turun dan boleh naik. Sekiarnya harga buah kelapa sawit turun, maka cost of good sold untuk product cooking oil akan turun. Maka untung lebih dari situ. Lose one part of profit due to commodity cycle , regain back that part of profit through value added product margin increase.

    Sebenarnya, adalah lebih mudah untuk syarikat yang sudah ada banyak duit untuk menjana pendapatan lebih tinggi, kerana kadang-kala syarikat di back-up kerajaan boleh beli gajah dengan harga lima puluh sen.

    ReplyDelete
  6. Kadir.
    Saya kasehan peneroka peneroka Felda yang kena tipu.50 tahun dahulu mereka meyabong nyawa untok membuka tanah Felda,Sekarang Najib dan Isa Samad telah memgambil semua hasil keluaran felda dan dimasokkan dalam Felda Global untok di sinaraikan .

    jika hendak di sinaraikan saham Felda Global kenapa harganya ditetapkan pada tahap 4.60.Sapatutnya harga listingnya pada kadar 6.50 rgt.Ini baru setanding dengan valuation plantation company saperti KL Kepongbdan IOI.

    Saya tidak akan terkejut jika tiga minggu lagi hatga Felda Global naik ka tahap 6.50 rgt.

    Siapa yang untong dalam listing ini.Bukan peneroka Felda tapi Fund Manager di New York,Singapora ,Hong Kong dan juga pelabor Malaysia saperti Chua Ma Yu dan Quek yang telah kaya raya.

    Kita dengan bangga memberitahubParliment yang saham Felda Global 40kali over sucribe.

    Ini sama dengan perumpamaan Malayu,Menang sorak kampong Tergadai.

    ReplyDelete
  7. Salam Dato,

    orang sg tiang dok senyum lebaq la ni....

    ReplyDelete
  8. The Scribe A Kadir Jasin
    Salam Hormat

    Fi Mardatillah & Tree Stress
    (demi halal trade kata silanunbahasa)
    alhamdulillah.

    maka kibarkanlah layar kapal
    si-lanunbahasa menyusur haluan sultanulariffin membilang tasbih
    segala sesuatu ada makamnya

    kurang lapan bulan begitulah
    'market volatility' kata si-engel
    silap haribulan karam tenggelam
    maka salam kita 'alan-nuh fil-'alamiin

    si-lanun mengukur ioi
    2.20-2.80 ;)

    sekian

    ReplyDelete
  9. The Scribe A Kadir Jasin
    Salam Hormat

    DENGAN IZIN


    Fi Mardatillah & Tree Stress
    (demi halal trade kata silanunbahasa)

    alhamdulillah.

    maka kibarkanlah layar kapal
    si-lanunbahasa menyusur haluan
    sultanulariffin membilang tasbih
    segala sesuatu ada makamnya

    kurang lapan bulan begitulah
    'market volatility' kata si-engel
    silap haribulan karam tenggelam
    maka salam kita 'alan-nuh fil-'alamiin

    si-lanun mengukur ioi
    2.20-2.80 ;)

    sekian

    Palm Oil And Its Global Supply And Demand

    FGVH IPO – What You Should Know Before Investing

    Plantation - OVERWEIGHT - 26 June 2012



    italy versus spain
    dan garu kaki, mahaguruku

    ReplyDelete
  10. Mustapha Ong2:43 AM

    Salam bro,

    Hope you bought some shares. upbeat with 84 sen gain.I am barred from buying the shares, which i feel disappointed just because my son is involved in the process..undang2 mano tak tahulah.sekarang dah 69 tahun dan tua jika tidak saya akan memprotest dan lawan sama dia orang as a matter of principle.Alhamdulillah kita bukan miskin tetapi kaya dengan ilmu pun ok juga!Selamat berjuang dan janganlah kita jadi pak berlalang atau katak di bawah tempurung!

    ReplyDelete
  11. Salam hormat DAKJ,

    Apa jenis perniagaan pun ada risiko. Untung atau rugi. Alhamdulillah kalau untung..dan Alhamdulillah juga kalau rugi. Itu adat. Tetapi tanpa menggunakan akal ,ilmu, usaha, kesabaran dan sebagainya untuk mendapatkan keuntungan, saya rasa lebih elok jangan berniaga. Kerja 9am hingga 5pm sahaja.

    Saya rasa Datuk lebih arif tentang saham terbitan, kalau duduk tunggu dan malas untuk mengkaji kadangkala harta(sijil) jadi kertas kosong sahaja.

    Kalau ada yang ingin mencuba terpulanglah. Kalau tidak mencuba tentu tidak tahu. Jangan tamak.

    ReplyDelete
  12. Mohd Taib Kamin4:50 PM

    Assalamualaikaum Dato'

    Dengan izin Allah SWT Saham FGVH Dibuka Tinggi walaupun mungkin ada yang berharap sebaliknya. Siapa sangka Lurah Bilut dan Felda2 lain diseluruh negara hari ini sudah bertukar wajah menjadi 'lombong emas'. Alhamdulillah.
    Saya bukan warga FELDA namun saya amat berbangga dengan kejayaan FELDA.

    Hari ini dilapurkan bahawa FGVH berada ditangga kelima dunia sebagai syarikat komoditi terbesar dunia. TAHNIAH kepada FELDA dan peneroka2 FELDA. Bagi saya FELDA adalah 'luar biasa'dalam berbagai sudut.Saya percaya majoriti peneroka FELDA hari bukan sahaja boleh tersenyum lebar malah mereka boleh berbangga dan diberi kredit kerana mereka hari ini telah berjaya bukan sekadar menukar wajah hutan belantara menjadi ladang2 kelapa sawit yang moden tetapi juga merupakan PENEROKA GLOBAL yang telah berjaya menerobos dunia. Peranan mereka bukan calang2.

    Kejayaan FELDA hari ini adalah terhasil dari ilham yang diterjemahkan menjadi realiti dengan gabungan berbagai elemen dan seterusnya diurus dengan baik dan bijaksana.

    Walaubagaimanapun saya percaya bahawa ada pihak2 yang menjuihkan bibir bila bercakap soal kejayaan FELDA. Tidak mengapalah kerana golongan ini pun bukan medatangkan sebarang faedah kepada peneroka FELDA sendiri. Mereka mungkin ditakdirkan untuk menjadi orang2 yang kecewa dan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan cuba 'memusnahkan' apa telah dibena dengan baik.

    Saya hanya boleh berharap dan berdoa agar peneroka2 FELDA tidak cepat 'gelap' mata dan mengabaikan FELDA itu sendiri. Mereka seharusnya bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri kepada mereka dan janganlah sesekali 'menggigit' tangan orang yang menyuapkan nasi dimulut mereka. Wallahualam.

    ReplyDelete
  13. Sdr Ishak

    "Saya kasehan peneroka peneroka Felda yang kena tipu.50 tahun dahulu mereka meyabong nyawa untok membuka tanah Felda,Sekarang Najib dan Isa Samad telah memgambil semua hasil keluaran felda dan dimasokkan dalam Felda Global untok di sinaraikan ."

    Peneroka Felda seperti abang ipar saya, bapa saudara saya dan sepupu saya masuk tanah rancagan Felda di Johor masa anak getah sudah berumur 2 tahun.

    Maksud saya, yang sebenarnya membuka tanah rancangan Felda ialah kontraktor membersih hutan, kontraktor membuat jalan pertanian dan saliran dan kontraktor pertanian milik orang Cina yang diurus oleh kakitangan Felda.

    ...SAJI

    ReplyDelete
  14. tokman8:07 AM

    Datuk,
    Ingin saya dapat pandangan Datuk mengenai ulasan saya ini. Lazimnya kuota saham yang diberi kepada pekerja2 dan pihak pengurusan mengikut pangkat mereka. Ini mungkin wajar jika didalam kes2 seperti NST, Sime Darby dan saham2 lain. Walau bagaimana pun kuota2 saham itu juga patut diberi mengikut jangka masa perkhidmatan mereka bukan hanya pangkat mereka. Keduanya dalam kes FGVH ini peneroka2 yang mempunyai tanah dan hasil2 maknanya mereka 'TUAN TANAH' jadi mengapa peneroka2 yang dah lama bertungkus lumus mungkin 30-50 tahun dapat hanya sedikit walhal pegawai2 dapat lebih walaupun hanya bekerja 2-3 tahun? Ini persoalannya hari ini kerana saya ada ramai saudara mara yang menjadi peneroka2 yang rasa 'confused'.....RM800 sebagai 'TUAN TANAH' bukan durian runtuh berbanding dengan berpuluh2 ribu yang pihak pengurusan dapat sebagai pekerja2 saja.

    ReplyDelete
  15. rasanya boleh capai x RM10

    ReplyDelete
  16. Sdr tokman

    "Keduanya dalam kes FGVH ini peneroka2 yang mempunyai tanah dan hasil2 maknanya mereka 'TUAN TANAH' jadi mengapa peneroka2 yang dah lama bertungkus lumus mungkin 30-50 tahun dapat hanya sedikit walhal pegawai2 dapat lebih walaupun hanya bekerja 2-3 tahun?"

    Dalam sistem ekonomi kapitalis yang negara kita pakai sejak dijajah Inggeris hingga sekarang, kumpulan pemodal yang mendahulukan wang dan kumpulan pemodal yang mendahulukan pengetahuan merupakan golongan yang mendapat keuntungan lebih, berbanding dengan kumpulan yang bermodalkan tulang empat kerat.

    ...SAJI

    ...SAJI

    ReplyDelete
  17. Saji.
    Abang ipar awak dan bapak saudara awak masok Felda tahun berapa.Kawasan Felda yang mula mula di buka di lembah belut,selangor tahun 60.Saya tengok gambar yang di buar menceritakan sejarah pembukaan Felda samasa Yusof noor menjadi Pengerusi Felda.Ada peneroka Feda mati kena deman kura atau malaria.ada peneroka felda mati kena serangan haimau,ular,babi hutan.

    Saudara pergi ka Pejabat Felda jalan Dato Keramat.Masok librarynya,semua cerita Felda ada.

    Awak tidak percaya Peneroka Felda kena tipu Cluba awak tanya kapada orang yang mempunyai kelapa sawit.Satu ekar tanah kelapa tahun hasil untong bersehnya 2000 ringgit.Felda Global hanya membayar kapada Peneroka felda dan kooperasinya 200 rgt satu tahun.

    Soabelum listing peneroka felda dan kooperasi memileki 100 peratus hasil ladangnya.sekarang milek mere hanya tinggal 37 peratus.apa ini bukan penipuan.

    Peneroka Felda hanya mendapat 800 saham Felda global.Isa Samad dapat 180 ribu soaham.Sobri dapat 150 ribu saham.Ada ketua bahagian UMNO dapat satu juta saham.Apa ini bukan penipuan.

    Sampai bila orang Melayu hendak kena tipu.bukan oleh orang cina atau India tapi dari bangsa sendiri,Pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  18. Salam Datuk,

    1.99% rezeki dari perniagaan. Rezeki dari Allah SWT mesti di urus secara bijak dan saksama.Kelak nikmat NYA melampaui kemampuan nikmat yang di fikirkan manusia.

    2.Penyenaraian FGVH memang satu keputusan dan tindakan yang bijak. Cuma sentiasa berwaspada merujuk dan mengendalikan produk-produk yang benar.Jangan spekulasi menjadi taruhan atau mainan spekulator atau kata lain di libatkan dalam ala-ala "future trading". Masih ingat lagi dalam kes pemilik awal KFC dan minyak sawit Malaysia satu waktu dahulu? Satu contoh yang mesti di jadikan sempadan.

    3.Ingatan kepada FGVH mesti selalu menyempurnakan 'tanggungjawab sosial koporat' mereka. Ramai lagi di luar sana yang tidak dapat atau berpeluang menikmati limpahan rezeki ini. Sempurnakan secara skala dan penuh berkebajikan meliputi kepentingan bersama. Ini mengisi keperluan saranan Allah SWT

    4.Semoga kemampuan kita sebagai Bangsa Melayu akan terserlah berwibawa dan secara terus terlibat sebagai pemain-pemain pengimbang dalam ekonomi skala besar dan semoga dapat di sebar-luaskan. Maka semoga akhir nya boleh mewujudkan rangkaian dan rantaian perniagaan di bawah nya yang sokong menyokong di antara satu sama lain yang wujud dalam sistem ini. Kelak akhir nya mereka yang terlibat akan sama-sama tersenarai pula.

    5.Peringatan kepada melayu yang tamak, berhati jahat dan amat suka menjahanamkan bangsa sendiri, mohon lah keampunan Allah SWT. Jauhi lah api neraka! Sedarlah dan binalah mertabat bangsa yang masih lagi memerlukan kekuatan. BERSATULAH.

    ReplyDelete
  19. Peringatan1:44 PM

    Wahai penghasad dengki, Penyenaraian Felda tidak melibatkan tanah peneroka. Sedarlah wahai orang-orang yang beriman kepada kitab Allah dan rasulnya, tidak dibenarkan sama sekali kamu berdengki sesama mukmin...sesungguhnya rezeki halal mereka ditangan Allah, dan mereka yang menerima15 ribu tanpa perlu melabur adalah daripada golongan yang bersyukur dan mengorbankan keringat dan masa menyahut seruan Allah untuk memperbaiki kehidupan mereka sendiri. Alhamdulillah. Wahai pendengki, apabila kamu masuk ke kubur kamu nanti, akan ada catatan dengki dan lidah bercabang kamu itu disisi liamg lahadmu.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum pak Kadir

    Terpanggil memberi tindakan dari apa yang dicetuskan olih maee..

    Setuju sangat dengan peringatan anda,janganlah jadi tangan yang merobohkan dan jadilah tangan yang membena,semuga Allah meredhoi seluruh kehidupan anda dan keluarga.

    Saya juga berpendapat seperti sdr.telah saya hujahkan sebelum ini,bahawa kita bangsa Melayu terutamanya warga Felda,dan juga seluruh rakyat Malaysia semestinya menyokong usaha kerajan ini,kerana jika jenama Felda terkenal,bukan sahaja Felda, malah Malaysia mendapat faedahnya.

    Jika kita tak dapat membelinya sekarang janganlah pula kita berdengki hati,dan kepada warga Felda, beruntunglah kalian semua,dan diharap janganlah dijual sekarang,anggaplah itu sebagai simpanan dimasa darurat anda,dan setiap tahun anda dapat juga dividen dan mungkin bonus,dan kalau anda ada lebih wang tambahlah sedikit demi sedikit.

    Jangan nanti kita berputih mata melihat hasil kita orng lain yg terima labanya.

    ReplyDelete
  21. Hmm baru seminggu tuan, FGVH ada berpuluh tahun lagi. . seandainya satu hari nanti nauzubillah yang sebaliknya berlaku. . apa yang kita nak cakapkan. . hanya menggigit jari. . duit tak dapat n tanah tergadai. . jangan satu hari nanti istilah lama terkeluar MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI. Pada waktu itu siapa kita nak salahkan n siapa pula yang dijadikan kambing hitam. . Sebab FGVH berada di pasaran terbuka. . sesuatu yang di luar jangkaan. . saham tak semestinya naik dan tak semestinya turun. . bergantung kepada spekulasi dan golongan manuplatif. . seperti 2007 . . .Harap dimengerti dengan hati yang ikhlas dan akal yang waras

    ReplyDelete
  22. Sdr maae

    "2.Penyenaraian FGVH memang satu keputusan dan tindakan yang bijak. Cuma sentiasa berwaspada merujuk dan mengendalikan produk-produk yang benar.Jangan spekulasi menjadi taruhan atau mainan spekulator atau kata lain di libatkan dalam ala-ala "future trading". Masih ingat lagi dalam kes pemilik awal KFC dan minyak sawit Malaysia satu waktu dahulu? Satu contoh yang mesti di jadikan sempadan."

    Muamalat Islam mengharuskan jual beli termasuk jual beli saham, tetapi mengharamkan aktiviti spekulasi dalam semua jenis aktiviti muamalat.

    Maaf cakap, sdr seolah2 menharapkan yang baik dan tidak bercanggah dengan hukum2 berkaitan muamalat Islam daripada sistem ekonomi kapitalis yang negara kita guna pakai semenjak dijajah Inggeris. Kita tunggu dan lihat.

    ...SAJI

    ReplyDelete
  23. abdullahngah7:59 AM

    Demikianlah perangai dan tabiat manusia yang mengaku Islam,menilai harga saham FGVH tanpa mengambil kira perintah Allah halal dan haram segala galanya.

    Dan implikasinya diketepikan langsung.

    ReplyDelete
  24. AbgDin12:12 PM

    Mujur tak kena tipu dengan skandal KGT Negeri Kelantan. Dinar Emas rupanya Dinar Emas Celup..., jual atas harga pasaran pulak tuu.

    Nasib baik MB Kelantan dan Exco ekonominya pun tak dibayar gaji dalam 'dinar emas' mereka. Kalau tidak... lilitan serban kepala pun tukar lilitan akar kayu aje laa.

    Inilah akibatnya bila agama Islam dijual untuk keuntungan.

    Inilah akibatnya bila sesuatu perkara khusus diuruskan oleh orang yang bukan pakarnya. Bak firman Allah SWT, maka tunggulah azabnya...

    Singkirkan Ularmak-ularmak penipu ituu!!!!

    ReplyDelete
  25. Anonymous8:49 AM

    salam dato,

    -jangan jadi maca proton sudah,
    -sudah kena jula,kat drb hicom,
    -sikit hari bulan drb jual proton kat syarikat asing,kerana tawaran hebat.

    ReplyDelete
  26. ermm pasaran saham terbuka ni risiko.. org asing boleh menipulate, kalau berlaku perang dunia mcm mcm boleh berlaku.. kalau betul bagai dikata penyenaraian ini tidak melibatkan tanah peneroka takpa.. kalau terlibat juga maka bersedialah dengan risiko.. saham bukan selalu naik.. ada pasang surutnya..

    ReplyDelete