Wednesday, July 04, 2012

Bukan Semua Orang Baik

A Kadir Jasin

MASIH ada lagi pembahas yang guna pengenalan “Anonymous”. Kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.

KERANA bukan semua orang baiklah, maka sejak dahulu kala lagi, orang baik buat undang-undang untuk lindungi orang baik dan hukum orang tidak baik.

Sebab itu jugalah, apabila undang-undang untuk lindungi orang baik dan hukum orang tidak baik dimansuhkan, orang tidak baik ambil kesempatan dan keselamatan orang baik terancam.


Undang-undang pencegahan bertujuan melindungi 99 peratus orang baik daripada 1% orang tidak baik.

Tetapi hari ini, atas alasan hak asasi manusia, nampakany hak satu peratus yang jahat itulah yang mendapat keutamaan sedangkan pandangan 99 peratus yang baik dan yang hormati undang-undang hampir-hampir tidak dipedulikan.

Yang ramai tidak tahu ialah, undang-undang perlindungan kadang kala memberi lebih banyak perlindungan kepada orang jahat daripada kepada orang baik.

Apabila orang yang ditahan di Simpang Renggam atau dibuang daerah dibebaskan kerana Akta Darurat dan Buang Daerah dimansuhkan, sudah ada beberapa orang daripada mereka yang diserang dan dibunuh oleh musuh mereka.

Masa dalam tahanan mereka selamat kerena dikawal dan dijaga. Yang tanggung mereka adalah orang baik yang cari rezeki halal dan bayar cukai.

Tetapi apabila dibebaskan mereka tak selamat. Mereka diserang dan dibunuh oleh musuh mereka. Bagi orang baik, hakikat bahawa orang tidak baik itu saling berbunuhan adalah berita baik.

Malangnya, yang tidak kena bunuh dan tidak bertaubat, mereka kembali mencuri, menyamun, merompak dan memeras ugut.

Wallahualam, tak tahulah apa lagi nak yang kita boleh kata selain berjaga-jaga kerana jadi orang baik belum tentu kita akan dibalas dengan kebaikan.

Susah hendak faham, hak asasi siapa yang lebih utama, 99 peratus yang patuhi undang-undang atau 1% yang langgar undang-undang?

Terima kasih

17 comments:

  1. Salam Dato

    Justice must be served and seen to be served. This couple with natural justice which is a great humanizing principle intended to invest law with fairness. Its aim is to secure justice and to put it negatively, to prevent miscarriage of justice with two essential elements.

    1. Nemo debet esse judex in propria causa
    2. Audi alteram partem.

    However, in Malaysia the whistle blower especially in case vs VIP is the one who being investigated, harassed and tantamount to be blackmailed with other charges namely OSA etc. Citing example ex-CID Director and his lawyer(s) and many more, too long to be listed here.

    Therefore, when we can accept the fact that in Malaysia there is an Apartheid policy in silence, we don't have to fening kefala to think about it.

    ReplyDelete
  2. Mohd Taib Kamin10:39 AM

    Assalamualaikum Dato'

    Saya teramat setuju dengan Dato' dalam isu yang Dato' utarakan kerana saya adalah dalam golongan 99%. Sekadar berkongsi pengalaman ,Hanya sekali saya menerima saman pada tahun 1995 kerana memandu pada kelajuan 122 kmj. Pegawai polis yang mengeluarkan saman tersebut dengan penuh hemah memberi tahu saya: 'Encik memandu dengan kelajuan 122kmj. Kalau encik memandu pada 120kmj saya boleh pertimbangkan untuk tidak disaman. Maaf encik saya terpaska menyaman encik'. Saya tidak membantah kerana saya tahu saya telah melanggar undang2 dan patut menerima akibatnya. Esoknya saya membayar saman dan diberi potongan yang munasabah tanpa saya memintanya. Selepas itu saya tidak pernah disaman kerana kesalahan2 jalan raya yang lain kerana saya sentiasa mematuhi undang2 dan peraturan yang ditetapkan. Ramai diantara kita yang akan tergesa2 mengenakan talipinggang keledar apabila melihat kelibat polis atau melalui sekatan jalan raya kerana sikap mereka yang lebih 'takutkan' polis daripada menghormati dan mematuhi undang2. Saya pelik dengan sikap manusia yang sebegini.Tetapi saya yakin mereka bukan dari golongan 1% yang Dato' maksudkan.

    Apabila Kerajaan memansuhkan beberapa akta seperti ISA, saya merasa pelik juga kerana orang2 seperti saya tidak pernah pun ditahan dibawah akta tersebut kerana saya bukan dari golongan 1% seperti yang Dato' maksudkan. Lebih pelik apabila orang2 yang dahulunya membantah ISA sehingga sanggup menganjurkan demonstrasi, menjadi orang yang pertama mengatakan ISA lebih baik dari akta baru yang bakal menggantikan ISA.

    Saya juga pelik dengan sikap Kerajaan Malaysia yang nampaknya seperti tunduk dengan desakan pertubuhan2 yang mendakwa sebagai 'pejuang hak asasi manusia' malah lebih teruk lagi kerana ada diantara mereka merupakan pertubuhan yang 'diragui' status mereka- 'halal' atau 'haram'. Sesetengah mereka pula 'berani' melanggar undang2 secara terangan2an. Tidak perlu saya nyatakan siapa mereka. Pastinya Kerajaan mempunyai maklumat tentang mereka. Soalnya mengapa dan sampai bila perkara2 seperti ini sebegini mahu dilihat sebagai 'kes terpencil'. Kita harus ingat isu2 yang diletakan sebagai 'kes terpencil' suatu ketika dahulu, hari ini telah menjadi wabak yang sukar dibendung-sebagai contoh : Pendatang tanpa izin, pengedaran dadah, penyeludupan disempadan dan mungkin banyak lagi.

    Saya fikir Kerajaan hari ini telah memberi mesej yang salah kepada golongan 1% ini dengan terlalu 'memanjakan' mereka dan pada masa yang sama menanam bibit rasa tidak puas hati kepada golongan 99% ini.

    Dahulu Dr Mahathir ketika menjadi PM dilabel sebagai diktator, autokratik, zalim dan macam-macam lagi dengan niat untuk memburukan2kan cara kepimpinan beliau yang tegas. Ternyata 'kezaliman' Dr Mahathir berjaya membangunkan Malaysia. Kalau lah apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir dahulu itu 'zalim' maka saya lebih rela dan selesa dengan cara 'zalim' Dr Mahathir daripada menjadi 'mangsa' golongan 1% yang lebih banyak menyusahkan. Terima Kasih .Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. X-crimebuster11:31 AM

    A mindful and timely article Dato'. Truths always hurt, much more so for a retired crime buster that I was for nearly 40 years. I have scars to show for.

    1. Most of the detainees under Emergency Ordinance were lowly members of Indian gangs. They were naughty boys than hardened criminals. As such, it was better to detain them under EO than to charged them under Penal Code that made criminals out of them.

    2. You are right. They were sent to Simpang Renggam for their own good as much as for the good of the law abiding citizenry. But when the were released recently, they were hunted down by rival gangs and some went back to their bad habits.

    3. I can't blame my fellow serving officers and men for their tidak peduli attitude towards law and order because their hard work had gone waste when these people were released.

    4. The truth hurts because majority of EO detainees were Indians and Banishment Act restrictees were Chinese. The Indians were involved in gangsterism associated with besi buruk trade and Chinese with illegal gambling and prostitution.

    5. The Malays, because they were not good a lying were charged under PC and became criminals and banduan.

    6. Finally I agree with you Dato' that the law abiding citizens and residents who are paling the price of this new liberalism.

    8. God bless all.

    ReplyDelete
  4. Hanezam10:36 AM

    Salam,
    Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,

    Buat baik berpada-pada (ertinya jangan buat baik lebih-lebih sangat)
    Buat jahat jangan sekali (ertinya, buatlah berulang-ulang kali) he he ..

    Masa saya kecil-kecil mak dengan ayah saya suka tengok cerita hindustan. Kami pun dibawa sekali. Ketika itu saya belum bersekolah. Cerita hindustan dulu-dulu, temanya selalu kebaikan menentang kejahatan; ada watak baik dan ada watak jahat. Saya dan kakak saya (jarak umur kami cuma setahun) selalu berbincang semula cerita yang kami tonton. Kami cipta istilah baru iaitu "pembaik" sebagai antonim kepada istilah penjahat. Misalnya saya akan bertanya kepada kakak saya, "dia tu penjahat ka pembaik ?"

    Realitinya, hidup terlalu kompleks untuk semudah mengkelaskan secara mutlak seseorang itu sebagai orang baik (pembaik) atau penjahat (orang tidak baik). (Saya sedar Datuk gunakan istilah "tidak baik" dan bukannya "jahat"). Hidup ini pelbagai warna, dan antara hitam dan putih sahaja, ada rona kelabu dalam pelbagai tona. Ada pula kawasan kelabu, tempat orang mencari makan.

    Saya tetap berpendapat memansuhkan satu undang-undang restrictive seperti ISA (atau yang seangkatan dengannya) adalah satu kesilapan. Semasa ia wujud kita tidak cari fasal dengannya dan kita menerima manfaatnya di dalam senyap. Menggantikan satu akta baru yang setara dengan ISA dalam iklim politik saling berbangkangan ini ? Saya kata, jangan harap.

    Datuk,
    Kadang-kadang kita buat tak nampak bila orang buat baik. Tapi saya percaya yang baik itu, ia abadi. Untuk perkara baik yang saya dah buat-buat tak nampak, saya gantikan dengan serangkap pantun lama yang sangat saya suka ;

    Tenang-tenang air di laut
    Sampan kolek mudik ke tanjung
    Hati terkenang mulut tersebut
    Budi yang baik rasa nak junjung

    ReplyDelete
  5. Salam Dato

    Further to my recent comment, I wish to add the example of what currently happen in Malaysia.

    1. Everybody knows that the was a leak of information on Malaysia defend assessment or in other word the documents have been sold to 3rd party which has been confirmed by court in France. NO ACTION TAKEN.

    2. When LRT issue being made known, instead of investigating the funny arrangement on its award of contract, special task force being formed to investigate the whistle blower.

    3. Hishamuddin keeps saying that the crime rate is dropping but in actual fact, everyday MSMs are publishing news on rape, theft, etc...

    Therefore, those 99% will become lesser and lesser due to the fact that if you cannot beat your enemy, join them.....

    What a wonderful world of Malaysia Boleh!!!....

    ReplyDelete
  6. Lahuma4:27 PM

    Dato.

    Nasib baik orang baik lebih ramai drp orang tak baik.
    Kalau lah orang tak baik lebih ramai drp orang baik.Alamat karamlah dunia ini.

    Logik dia memang tepat apa Dato kata.

    Apa nak buat demokrasi punya pasal.Orang baik pun ada undi.Orang tak baik pun ada undi.

    Silap-silap kerana undi terpaksalah korban nilai-nilai yang baik demi suara orang tak baik.

    Inilah yg amat menakutkan saya Dato.Benang basah sudah boleh ditegak.

    Semua orang mahu jadi orang baik.Tapi baik itu dalam tafsiran sendiri.

    Sudah nampak macam undang-undang rimba belantara akan kembali muncuk kerana undang-undang sedia ada tidak dihormati.

    Yang penting undang-undang ini ialah penguatkusaan ,kepatuhan dan perlaksanaan.

    Setuju dgn Dato .Bukan semua orang baik.

    Diktator pun ada baiknya.
    Demokrasi pun ada baiknya.
    Feudalisme pun ada baiknya.

    Yang tak baiknya bila salah guna kuasa dan tidak hormati undang-undang.

    Tiada siapa atasi undang-undang mesti di laksanakan tanpa pilih bulu,darjat dan keturunan.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  7. abdullahngah7:41 AM

    Mana ada orang baik atas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  8. Salam Dato’ Kadir

    1. Rasuah: Pegawai SPRM dijel, denda

    SHAH ALAM 6 Julai - Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda lebih RM2.2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah, tiga tahun lalu.

    Bagi sayalah, ini adalah satu berita yg cukup sedih dan tak boleh seluruh rakyat Malaysia terima. Harapkan pagar, pagar makan padi. Pihak pengurusan SPRM PERLU meminta maaf kepada setiap rakyat Malaysia secepat mungkin atas tingkah laku anakbuahnya jika ada rasa tanggungjawab. Nila setitik habis susu sebelanga. Hancur Negara dibuatnya. Mungkin sudah tiba masanya SPRM (zaman Pak Lah) perlu ditransformasikan kepada SPR1M dibawah kepimpinan YAB Dato’Seri Presiden.

    2. Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’ sengaja dilakukan?

    PUTRAJAYA 16 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.

    Apa yg boleh saya kata, kaduk naik tocang. Sungguh kurang ajarnya kafir lakanatullah. Sebab itulah dalam Al Quran mengingatkan kita terhadap batasan bila berbaik degan kafir laknatullah ini dan janganlah sesekali terlalu percaya terhadap mereka. Itu janji Allah.

    Akhir kata, buatlah baik berpada-pada. Jangan sampai kena pijak kepala seperti 2 contoh berita di atas. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  9. Yangretibase11:15 AM

    Sebenarnya, orang jahat lebih banyak daripada orang baik. Akibatnya, orang masuk neraka lebih banyak daripada orang masuk syurga.

    Dalam negara kita Malaysia ini, pemimpin yang jahat lebih banyak daripada pemimpin yang baik. Akibatnya, pemimpin yang masuk neraka lebih banyak daripada pemimpin yang masuk syurga.

    Biasanya pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang berkuasa. Mereka berkuasa melakukan pelbagai kejahatan yang tak tersenaraikan di sini. Yang menjadi mangsa ialah rakyat biasa.

    Biasanya pula, minda penyokong pemimpin yang jahat akan senantiasa terset bahawa pemimpinnya itu senantiasa benar. Hanya penyokong jahat yang bersekongkol dengan pemimpin jahat.

    Selalunya pemimpin baik yang tolong menyampaikan peringatan al-Quran kepada pemimpin jahat, siapa yang ditentukan oleh Allah untuk masuk syurga dan siapa yang ditentukan oleh Allah untuk masuk neraka.

    Pemimpin baik hanya tolong menyampaikan Firman Allah dalam al-Quran kepada mereka yang tidak 'membaca' al-Quran.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. xeroninemsia.blogspot.com3:35 PM

    To Hanezam,

    The adult in the child that was you at 4 years old!

    Thank you for sharing.

    Xeronine

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum Datuk dan pembahas yang dimuliakan,

    Benarkah masih ramai yang cuba mengulas tulisan Datuk tetapi tidak bersedia memberi pengenalan diri?. Tentulah rugi jika pandangan yang banyak itu dipendamkan begitu sahaja tidak dikongsi sama. Bagi saya setiap lingkaran Datuk dipenuhi ilmu. Dan sudah tentu ramai yang teruji mindanya untuk berkata sesuatu.

    Orang-Tak-Baik tak mungkin bersedia melontarkan pandangan terhadap apa yang kita utarakan. Saya amat ternanti-nanti kritikan Din Klang yang bernas itu. Apalah ada pada nama Datuk!. Namun, pinggirkan saja budaya maki hamun jika ada. Salam.

    ReplyDelete
  12. awang batuburok10:45 PM

    Salam sejahtera Datuk,

    Saya selalu teringat ungkapan sajak seniman mashur Rendra antara nya;

    Semua manusia mengatakan saya berniat baik,

    Soalnya berniat baik untuk SIAPA?

    Islam telah menetapkan niat yang baik mesti dilengkapi dengan amalan perbuatan yang baik. Persoalannya apakah kayu pengukur yang digunakan untuk menentukan apa yang baik dan apa yang tidak baik?

    Fikir fikirkan lah semuga kita semua mendapat petunjuk dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Pencipta.

    ReplyDelete
  13. Asslamualaikum pak Kadir

    Tajuk kali ini bernas sekali,ia menyingkap perihal manusia yang diciptakan Allah sebagai ciptaan yang paling sempurna,manusia dilahirkan bak sahelai kain putih,bersih dan suci(Baik).

    Bagaimana manusia menjadi baik dan tidak baik?,siapa yang bertanggungjawab menciptanya?

    Tetapi didunia,manusia selalu bercerita tentang orang lain tidak baik dan cuba menutup ketidak baikkan diri sendiri,kenapa?.

    ReplyDelete
  14. YBhg A Kadir Jasin
    Salam Hormat

    Kelantan Gold Trading itu menghalalkan prinsip 99% lwn 1%
    kerana tidak boleh terima premis hujah, Dato'.

    Sekian

    ReplyDelete
  15. Amoi langkau , salam datuk , Kerajaan 1 malaysia mansuhkan undang2 hanya hendak undi yg pasti tak akan dapat sebab mereka ini akan tetap sokong pebangkang...Jenayah atas kertas nampak turun hakikat ramai yg masih takut sebab penjenayah kini tau x cukup bukti polis tak boleh buat apa-apa, undang pencegahan di mansuhkan akan menyebabkan rakyat undi protes jika pakatan mainkan isu malaysia tidak selamat, Polis pun da bosan tangkap byk tuduh tak ada atau kurang sebab no bukti jia ada pun tidak cukup kukuh, ingat mungkin ramai yg tidak buat rpt seteka jadi mangsa dari yg melapurkan, sebab undang2 lambat menghukum dan procedure siadatan, mendapatkan ukt dan tuduh telah byk menyukarkan polis, akhirnya kerajaan bn mengantung diri sendiri, caya lah

    ReplyDelete
  16. Tahniah Datuk, dapat anugerah tertinggi kewartawanan malaysia.

    ReplyDelete