A Kadir Jasin
[MASIH ada lagi pembahas yang guna pengenalan “Anonymous”. Kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
SEPERTI yang saya nyatakan dalam posting yang lepas, saya telah dianugerahkan gelaran Tokoh Wartawan Negara oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI).
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pembahas yang menghantarkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan saya. Saya amat terharu dan terhutang budi.
Namun, ada seorang dua pembahas yang kurang jelas atau keliru mengenai anugerah itu. Bagi memperjelas dan memperbetulkan persepsi serta menghargai ketelitian Panel Hakim, izinkan saya menyiarkan teks pidato Pengisytiharan Anugerah Tokoh Wartawan Negara 2011 oleh Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, Ketua Panel Pemilih.
“Tak tumbuh tak melata
Tak sungguh saya tak kata
“Itulah yang akan saya sampaikan dalam Ucapan Anugerah meraikan tokoh kita pada hari ini.
“Karya-karya kewartawanan ialah bayangan kehidupan, gambaran sejarah dan jiwa tukang cerita itu sendiri. Akan tetapi tukang cerita itu mempunyai banyak pilihan dalam menentukan arah tuju kerjayanya. Dan kerjayanya itu menjurus kepada satu kewajipan yang berat lagi murni. Inilah yang tersurat dan yang tersirat dalam kehidupan dan kerjaya Datuk A. Kadir Jasin.
“Sejak tahun 1969, Datuk Kadir telah menulis untuk hampir semua genre kewartawanan dari berita dan rencana, komentar dan lidah pengarang, ulasan dan kritikan, blog dan buku. Panel Pemilih sependapat bahawa Datuk Kadir ialah satu-satunya nama besar dalam kewartawanan dwi bahasa di Malaysia.
“Datuk Kadir telah melalui pelbagai era perubahan sosial, kepimpinan dan politik negara. Beliau adalah pencatat dan perakam zaman yang setia dan dipercayai.
Malah, beliau ialah seorang daripada yang tidak ramai yang masih gigih dan aktif memberikan sumbangan penulisan yang bertenaga dan semasa kepada pembaca.
“Datuk Kadir ialah tukang cerita yang cemerlang dan terbilang. Dalam era media baru, Datuk Kadir melalui ‘The Scribe’ merupakan wartawan yang unggul. Blog tersebut memperlihatkan kesedaran akan peranan beliau dalam pembinaan masyarakat dan negara bangsa. Suara ‘Kunta Kinte’ terus berkumandang dalam ruang siber. Beliau merupakan salah seorang peneroka penulisan blog di Malaysia.
“Walau bagaimanapun, Datuk Kadir, yang dilahirkan pada tahun 1947 di Kedah, yang kini menjawat Ketua Pengarang syarikat penerbitan Berita Publishing Sdn. Bhd., mewakili antara generasi terakhir wartawan dalam era yang semakin berakhir.
“Beliau ialah tukang cerita yang ‘versatile’ – menulis melalui pelbagai media, dan menggunakan pelbagai teknologi. Sepanjang zaman, peranan sesorang tukang cerita tidak akan lengkap tanpa penulisan buku. Beliau telah menulis sekurang-kurangnya sebanyak sembilan buah buku, antaranya Membangun Bangsa dengan Pena (2009), Komedi & Trajedi – Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009), PRU 2008 – Rakyat Sahut Cabaran (2008), Blogger (2006), Damned that Thots (2006), Mencari Dugalia Huso (2006), The Wings of an Eagle (2003), Other Thots – Opinions and Observations 1992-2001 (2001), dan Biar Putih Tulang (1998).
“Datuk Kadir ialah tukang cerita yang rajin berkongsi pendirian dan pengalamannya melalui pelbagai seminar dan persidangan mengenai media dan kewartawanan. Dalam penampilan beliau melalui pelbagai forum, kita dapat lihat kemahiran ekspresi dan penulisan, kejelasan penghujahan dan logik pemikirannya. Beliau adalah tukang cerita moden.
“Jika pada suatu masa dulu Penghulu Mukim Chenderiang, Perak, Raja haji Yahaya memperkenalkan penglipur lara Pawang Ana kepada Pentadbir Kolonial Richard Winsted, yang kemudian merakamkan certia-cerita rakyat, Datuk Kadir tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita telah diperkenalkan dengan Datuk Kadir melalui pelbagai avatar dan medium – antara nya ‘Kunta Kinte,’ ‘Other Thots,’ dan ‘The Scribe.’ Beliau berfungsi sebagai penglipur lara.
“Datuk Kadir banyak terlibat dalam pentas wacana awam dengan melontar dan menyebar ideanya untuk disambut, dibincang dan dicabar. Penulisan dalam blog ‘The Scribe’ – yang mengambil makna asal kegiatan kewartawanan dan melihat wartawan sebagai pencatat tanpa nilai kepentingan melainkan ketepatan dan kebenaran. Blog itu pernah mencatat hits sebanyak 5.27 juta – satu angka yang membuktikan keberkesanan wacana beliau yang jarang kita lihat di kalangan wartawan tempatan.
“Dalam satu sesi temubual pada bulan Julai 2009, Datuk Kadir ditanya mengapa beliau memulakan kegiatan penulisan blog. Jawapannya ialah beliau ialah seorang pencatat (penulis), dan blog merupakan satu lagi ruang yang boleh diterokai. Beliau mempunyai kepercayaan kepada media baru.
“Visi Datuk Kadir mengenai kewartawanan media baru telah dengan sendirinya menjadikan ‘The Scribe’ salah satu blog yang berpengaruh di Malaysia. Dalam hal ini saya terpanggil untuk menyatakan satu contoh pengaruh beliau kepada masyarakat awam melalui kolum ‘Kunta Kinte.’ Tidak lama dulu terdapat kekeliruan tentang penggunaan nama ‘Kunta Kinte.’
“Penulis laman ‘Kunta Kinte Malaysia’ (bukan Datuk kadir) menjelaskan bahawa beliau menggunakan nama tersebut bagi membezakannya dengan nama pena ‘Kunta Kinte’ yang asal. Nama samaran tersebut digunakan oleh Datuk Kadir semasa beliau menerajui Berita Harian antara tahun 1987 hingga 1988.
“Penulis ‘Kunta Kinte’ tiruan itu mengaku bahawa beliau adalah “antara anak muda yang ‘membesar’ dalam pemikiran dan pemahaman ke atas masyarakat melalui pandangan alam ‘Kunta Kinte’ (Kadir Jasin).” Dari catatan itu kita dapati bahawa Datuk Kadir amat berpengaruh:
“Nostalgiknya gelaran abdi ini kerana ia digunakan oleh kolumnis yang cukup mempengaruhi penulis ketika sekolah, biar pun tidak mengetahui siapa sebenarnya di sebalik nama ‘Kunta Kinte’ di Berita Harian.
“Kalau ditanya siapa guru atau mentor paling berpengaruh dalam hidup penulis, nescaya ‘Kunta Kinte’ di Berita Harian itulah guru dan mentor terbaik penulis, biarpun beliau tidak pernah menjadi guru atau mentor penulis secara langsung
“Sememangnya, seseorang wartawan yang unggul lazimnya dianggap sebagai mentor dan guru. Datuk Kadir banyak memberi panduan, dan ‘mencerahkan’ kekusutan kekeliruan di kalangan masyarakat pembaca. Datuk Kadir bukan hanya menulis dan menerbit, tetapi juga menelusuri penulisan kewartawanan yang membentuk negara bangsa Malaysia.
Ramai yang kurang maklum akan kepentingan buku The Early Years: 1947-1972 yang disusun dan disuntingan oleh Datuk Kadir. Diterbitkan pertama kali pada tahun 1995, dan diterbitkan semula dengan tajuk baru The Writer: The Early Years 1947-1972, dan dengan Pengenalan baru, buku tersebut merangkumi koleksi rencana C.H.E. Det dalam Straits Times dan Sunday Times di Singapura pada ketika itu.
“Jika bukan kerana usaha dan sensitiviti beliau, kita tidak dapat mengenali Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang penulis. Kepada Datuk Kadir, penulisan-penulisan awal Dr. Mahathir bukan hanya karya seorang pemerhati sosial yang kemudiannya menjadi perdana menteri, tetapi juga karya kewartawanan yang unggul yang perlu diketahui dan diteliti oleh warganegara Malaysia.
“Sebagai tukang cerita, wartawan yang hebat amat mengawal tatabahasanya dan penggunaan istilah untuk memelihara kualiti ilmiah tulisannya dan penyampaian pemikiranya. Berkali-kali beliau memperingati pembacanya mengenai kepentingan integriti dalam penulisan.
“Datuk Kadir telah berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak tahun 1969 lagi. Selama 43 tahun, beliau telah berganding bahu dan menjalin rangkaian yang akrab dengan pemimpin, penggubal dasar serta cendekiawan negara.
“Kecendekiaan yang ada padanya itu telah menyerlahkan dirinya sebagai peneroka kewartawanan ekonomi Melayu di Malaysia. Ini terjadi dengan penghijrahan beliau ke Business Times daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Perjuangan ‘kewartawanan ekonomi’ dimantapkan apabila beliau menyertai “Business Times dari tahun 1976 hingga 1984. Ia diteruskan sehingga kini melalui Berita Publishing.
Malah, Datuk Kadir telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam memperkasakan liputan ekonomi negara, terutama sekali dalam konteks pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun-tahun 1970an dan 1980an. Beliau mampu melihat sesuatu isu itu dalam perspektif yang sesuai lalu mendekati dan menganalisis pelbagai sektor ekonomi termasuk dunia korporat.
“Dalam penulisannya, beliau membayangi pengaruh ekonomi ke atas perjalanan politik negara, serta ke atas ideologi dan amalan kewartawanan di Malaysia.
“Datuk Kadir adalah antara wartawan di Malaysia yang memimpin banyak organisasi suratkhabar. Setelah memegang jawatan Pengarang Bersekutu Business Times, beliau dilantik ke jawatan penolong pengarang kumpulan Berita Harian dan seterusnya pengarang kumpulan Berita Harian pada tahun 1986.
“Pada tahun 1988 selama 10 tahun, Datuk Kadir menerajui The New Straits Times sebagai Pengarang Kumpulan dan seterusnya Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dari tahun 1998 ke 2000. Sebagai Ketua Pengarang Kumpulan, beliau bertanggungjawab ke atas semua penerbitan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kumpulan akhbar tersebut.
“Selain dari itu, Datuk Kadir juga banyak terlibat dalam membangunkan beberapa jalinan dan institusi. Atas kepercayaan yang diberi berdasarkan kepada kebolehan, kepakaran dan kewibawaan beliau, Datuk Kadir, antaranya telah terlibat sebagai ahli kepada beberapa pertubuhan termasuk Ahli Majlis Perniagaan Malaysia (Malaysian Business Council), Ahli Asia-Australia Institute, University of New South Wales, Ahli Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaaan (National Information Technology Council), Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ahli Majlis Perundingan Perpaduan Negara, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Press Foundation of Asia yang berpusat di Manila.
“Pada tahun 1978, ketika berusia 31 tahun, beliau menerima anugerah Editor of the Year untuk Asia daripada Mitsubishi/Press Foundation of Asia. Dua puluh tahun kemudian, semasa beliau berumur 51 tahun, Datuk Kadir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia atas sumbangan beliau kepada alam kewartawanan di negara ini.
“Pada tahun 1971, Datuk Kadir memenangi biasiswa Colombo Plan untuk melanjutkan pelajaran ke Wellington Polytechnic, New Zealand, dalam bidang kewartawanan. Seterusnya pada tahun 1977, beliau dihantar ke Berlin International Institute of Journalism untuk kursus ‘Advance Journalism.’
“Semasa saya baru menjadi ahli akademik yang mengkaji kewartawanan dan media, saya teringat dalam pertengahan tahun 1980an di mana Datuk Kadir menerajui inisiatif menubuhkkan Organisation of Newspaper Editors (ONE/Pertubuhan Editor-editor Suratkhabar) dalam usaha memperkukuhkan fraterniti kewartawanan di Malaysia serta mewujudkan saluran aduan terhadap wartawan dan akhbar. Walaupun, ONE tidak kelihatan mengambil langkah seterusnya, idea dan inisiatif itu amat kritikal pada profesion kewartawanan. Dan Datuk Kadir amat akur mengenai persekitaran dan keperluan profesionnya itu. Usaha mewujudkan saluran aduan keatas kewartawanan dan persuratkhabaran di Malaysia, seharusnya perlu diteruskan.
“Pemerhatian Datuk Kadir amat tajam dan mendalam. Seketika dulu saya pernah bertanya beliau tentang sikap Tun Dr. Mahatir mengenai dunia Barat. Jawabnya, Tun Mahatir memuji Barat kerana kebijaksanaan dan kemajuannya, tetapi mengeji Barat kerana nilai moralnya yang rendah.
“Sebagai tukang cerita, Datuk Kadir sentiasa peka dan berperanan sebagai penterjemah dan mentafsir isu, idea dan tema semasa. Mungkin juga inilah sebabnya Datuk Kadir diberi kepercayaan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menterjemah memoir Doctor in the House ke Bahasa Melayu dari karya asal bahasa Inggeris.
“Doktor Umum bukan hanya dapat dilihat sekadar suatu terjemahan oleh seseorang yang menguasai dua bahasa tetapi ia menampakkan terjemahan seseorang yang memahami dan menghayati pemikiran dan perwatakan penulisnya. Hanya seorang wartawan yang berfikiran sebagai tukang cerita yang dapat mengikuti sebuah cerita yang lebih besar.
“Usaha Datuk Kadir merupakan sumbangan terjemahan (dan tafsiran) besar dan amat bernilai dalam dunia kewartawanan dan persuratan tanah air.
“Baru-baru ini pada 16 Jun, Datuk Kadir mencatat dalam blognya ‘The Scribe’ sempena genap 43 tahun beliau menjadi wartawan.
‘Pada pagi hari ini, dalam tahun 1969, saya melaporkan diri di Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sebuah banglo lama di Jalan Tun Abdul Razak. Ketika itu, lebuh hias ikonik itu lebih dikenali sebagai Circular Road atau sekali-sekala disebut Jalan Pekeliling.
‘Saya datang dengan bas dan kereta api. Dengan bas dari kampung saya, Tanah Merah, Mukim Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star) ke Butterworth. Dari situ, dengan Kereta api Tanah Melayu menggunakan waran kelas tiga yang dikeluarkan oleh Bernama.
‘Allahyarham ayah memberi pesan sambil menadah tangan ke langit memohon keberkatan. Dia memberikan saya duit saku RM25. Pesan mutakhir ayah kepada saya adalah “jangan bagi malu keturunan kita.” Bukan alang kepalang pesanan. Bukan sekadar jangan malukan diri atau ibu bapa, tetapi jangan aibkan keturunan.’
“Seterusnya, Datuk Kadir menceritakan pengalaman awalnya sebagai seorang wartawan.
‘Peristiwa 13 Mei baru sebulan berlalu dan Kuala Lumpur masih dalam ketakutan. Pergaduhan kecil dan perbuatan membakar masih berlaku di sana sini.
‘Di rumah mayat Hospital Besar Kuala Lumpur masih ada mayat mangsa pergaduhan yang belum dituntut. Sesetengahnya kerana tidak dapat dicamkan manakala yang lain tidak diketahui siapa warisnya.
‘Di situlah saya melihat iaitu, di saat-saat tragis dan duka, manusia tidak kenal bangsa. Saya melihat ibu Melayu, Cina dan India sama-sama meratap dan berpelukan apabila datang menuntut mayat anak-anak mereka yang beberapa hari sebelum itu saling berbunuhan.
‘Asap dan abu mengalu-alukan pelawat dan orang yang lalu-lalang di jalan dan lorong yang memisahkan Melayu dan Cina di Kampung Baru, Setapak dan Kampung Pandan.’
“Perjalanan Datuk Kadir sudah lama dan jauh – dari pinggir Sungai Pendang ke Sungai Danube di Eropah dan Sungai Mississippi di Amerika Syarikat. Sebagai tukang cerita, beliau telah menyaksi, mengalami dan mencatat pelbagai perubahan teknologi
“Dari era mesin taip Royal dan Olivetti kepada mesin taip elektrik IBM dan komputer riba. Dari era telefon awam kepada teleprinter telefon pintar dan komunikasi Internet.
“Beliau juga menyaksi , mengalami dan mencatat pelbagai transformasi dan revolusi besar dunia. Dari era Perang Dingin yang tegang dan berideologi kepada era pasca-Perang Dingin yang anarkis dan penuh pertumpahan darah.
“Di atas semua itu, kata Kadir: ‘Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya keselamatan, kesihatan dan kecekalan, dan berterima kasih kepada begitu ramai ahli keluarga, guru dan mentor, penyelia dan ketua, kawan dan taulan, pekerja dan majikan DAN, yang paling utama, pembaca setia. Terima kasih.’
“Kewartawanan tidak boleh wujud tanpa kemanusiaan. Malah, kewartawanan juga adalah ‘agama’ Datuk A Kadir Jasin.
“Saya akhiri dengan serangkap pantun:
Pucuk pauh delima batu
Sayang selasih hamba lurutkan
Sumbangan Datuk Kadir diakui wartawan baru
Menjadi Ikutan zaman berzaman.”
Nota kaki: Seperti kata pembahas CT TANJUNG PERAK, Panel pemilihnya, yang dipilih oleh pihak MPI sendiri, terdiri daripada Profesor Dr Ahmad Murad Merican, UiTM (sic) (Universiti Petronas); Prof Madya Dr Adnan Hashim, UiTM; Profesor Dr Mohd Safar Hashim, UKM; Dato' Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid, UIA; Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Ahmad Rejal Arbee dan Datuk Johan Jaaffar.
Mereka adalah pakar dan tokoh tersendiri dalam bidang masing-masing.
Wallahualam.
YBhg The Scribe A Kadir Jasin
ReplyDeleteTokoh Wartawan Negara Ke-9
Salam Hormat
Long Live The Scribe!
(the qalam rejoice)
Mahathirisma...
destroy the scribe
crumbles the foundation
for what is a grasshopper
but an avatar for a shoa-lin actor
the act of a fool
is to like pekan to kepala batas
and langkawi safe for the act of
of a living legend still on his saddle
for sure for sure
to destroy a legend is easy transfigure it into a myth
say a wordpirate
as for pekan
forgetting a free school boy
whose foreplays last all thru the night
sadly his orgasm misses the crack of dawn
oh but for mahathirism
to destroy mahathirism
break the nib
of the scribe
sallams and salaams
Sahut Azman, Hormat Mahaguruku
ReplyDelete(perjuangan belum selesai)
Bagus sungguh!
Dr Ahmad Murad Merican pandai karang cerita!
syukur kita
anugerah mencabar
perjuangan belum berakhir
melayu mudah lupa
harap-harap dr murad tak keciwa
private contrator dari tanjung lambat
setelah dua ahad terbit ramadan
lambat berjalan masa dan amalan
dan di usm, visi tersenyum mengapai
harapannya nanti ada pengganti
dahulunya intekma di tanah gersang
bak lembing daik kembali pulang
anugerah mencabar
perjuangan belum berakhir
melayu mudah lupa
dan mishari mendendang taha
si-lanunbahasa rindukan madinah
kampung melayu di zaman baru telah
akan hancur suria kerana tanah palestin
kenapa tun m terlalu halus bahasa
kenapa tidak di katakan sambil lewa
negara islam patut datang belajar
dari malaysia bagaimana mahu kenal timur
anugerah mencabar
perjuangan belum berakhir
melayu mudah lupa
Salam Ramadhan almubarak, mahaguru ku
Sahut Azman, Hormat Mahaguruku
ReplyDelete(perjuangan belum selesai)
Bagus sungguh!
Dr Ahmad Murad Merican pandai karang cerita!
syukur kita
anugerah mencabar
perjuangan belum berakhir
melayu mudah lupa
harap-harap dr murad tak keciwa
private contrator dari tanjung lambat
setelah dua ahad terbit ramadan
lambat berjalan masa dan amalan
dan di usm, visi tersenyum mengapai
harapannya nanti ada pengganti
dahulunya intekma di tanah gersang
bak lembing daik kembali pulang
anugerah mencabar
perjuangan belum berakhir
melayu mudah lupa
dan mishari mendendang taha
si-lanunbahasa rindukan madinah
kampung melayu di zaman baru telah
akan hancur suria kerana tanah palestin
kenapa tun m terlalu halus bahasa
kenapa tidak di katakan sambil lewa
negara islam patut datang belajar
dari malaysia bagaimana mahu kenal timur
anugerah mencabar
perjuangan belum berakhir
melayu mudah lupa
Salam Ramadhan almubarak, mahaguru ku
Bagi meriahkan lagi seronok
ReplyDeletemera'ikan Tokoh Wartawan Negara
dan menyambut Ramadhan:
Pantun Budi - S.M. Salim
(hamba menompang gembira saja)
lailatul qadr terkepung!
Saya tak kata Datuk Kadir Jasin tidak layak di anugerahkan sebagai tokoh kewartawana negara 2011.
ReplyDeleteSememangnya dia layak. Tetapi masih ada orang lain yang lebih layak dan harus di anugerahkan.
Tapi sayang dibiarkan, kerana tidak sebulu dengan pihak kerajaan.
Saya tahu memang ada Panel pemilih yang dipilih. Mereka di pilih oleh pihak MPI sendiri.Cuma saya tak tahu nama masing masing.
Kini saya tahu nama masing masing.Mereka itu terdiri daripada Profesor Dr Ahmad Murad Merican, UiTM (sic) (Universiti Petronas); Prof Madya Dr Adnan Hashim, UiTM; Profesor Dr Mohd Safar Hashim, UKM; Dato' Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid, UIA; Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Ahmad Rejal Arbee dan Datuk Johan Jaaffar.
Datuk kata Mereka adalah pakar dan tokoh tersendiri dalam bidang masing-masing.Saya tidak tolak kepakaran mereka.
Jika doktor perubatan boleh "salah bedah" punca kematian 6,000 orang pesakit satu tahun. Apalah sangat mereka ini.Lebih lebih lagi periuk nasinya duduk pada kerajaan.
Walau pun Mereka itu pakar dan tokoh tersndiri, tetapi kiblatnya pasti berkiblatkan pada kerajaan yang memerintah.
siapa sebenarnya mereka itu. Semua kita sedia maklum. Pasti mereka menilai atas nama "budi bicara" bukan berdasarkan realitik sebenarnya.
Tidak lebih daripada itu.
Saya kenali mereka itu, yang paling saya kenali Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk Johan jaafar, Datuk Ahmad Rejal Arbee.
Nasib baik nama Profesor Madya DR.Azmi Hassan (UITM) tidak terpilih.Pada saya dia sangat pakar dalam bidang penulisan.Tetapi berkarat biru pekat.
Kalau dia terpilih menjadi panel pemilih pasti parah lagi.
Tak tumbuh tak melata...
ReplyDeletetak sungguh orang tak kata.
perjalanan yang jauh dalam masa yang begitu lama dalam bidang kewartawanan.
salam takzim buat datuk.
Tahniah sekali lagi Datuk!
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato'
ReplyDeleteTak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata. Indahnya ungkapan itu. Tidak tahu siapa yang memulakan dan mempolularkan kata2 tersebut. Yang jelas ia membawa maksud yang boleh dilihat dari dua sudut iatu baik dan buruk. Tetapi ianya juga sangat bergantung kepada pemahaman mengenai sesuatu. Kadang2 jika pun perkara itu baik tetapi orang melihat dari sudut yang tidak baik kerana kurangnya pemahaman apalagi jika disulam dengan 'aku sahaja yang terbaik', maka akan terlihatlah perkara itu sebagai 'tidak baik'.
Mungkin ada khalayak yang melihat Anugerah yang Dato' terima sebagai 'hadiah' kepada Dato' kerana Dato' dilihat sebagai 'pengampu' Kerajaan. Mereka ini mungkin hanya membaca satu dua artikal Dato' yang memuji kerajaan sedang tulisan Dato' yang mengkritik Kerajaan mereka tidak membaca. Bagi saya orang seperti ini tidak bersifat adil didalam membuat sesuatu penilaian.
Apa pun Dato', 'nobody is perfect not even near to it'. Wallahualam.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN.
Salam dato,
ReplyDelete`Baguih' sugguh la depa depa yang dok `balun' dato cara sinis...macam depa dah buat lebih baik dan lebih banyak sumbangan `aqal' dan `tulisan' kat malaysia...
Biaq pi kat depa la dato... kadang kadang orang tenguk zircon dia kata
berlian masa laa ni..
Hanya `peers' yang jadi jauhari untuk kenai manikam...
Selamat berpuasa,semuga panjang umur dan dapat terus menulis lagi.
Abu Bakar Ab Rahman
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteSekali lagi, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada DAKJ.
Izinkan saya membuat sedikit pembetulan bahasa:
....... saya telah dianugerahi gelaran Tokoh Wartawan Negara ......
Maaf. Wassalam.
Dato.
ReplyDeleteRumah siap pahat masih berbunyi.
Biasalah.Ragam manusia dalam hidup.
Sepak terajang dalam perjuangan.
Bukan semua gembira kalau Dato diangkat sikit dgn anugerah.
Melayu memang kaya hasad dengki.
Miskin hati budi.
Kalau tak sanggup dilambung ombak jangan buat rumah tepi pantai.
Tok nenek kita dah pesan.
Teruskan perjuangan Dato.Ada rezeki ada anugerah lagi.
Kami tumpang gembira.
Terima kasih .
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteIndah lagu bersulam kata,
Kata hati tak sapa tahu,
Ramailah kita bersukaria,
"Rumah siap pahat berbunyi" itu biasa,
Luka dihati kau tak mahu,
Bawa tersenyum nampak serinya.
Pak Kadir!..dunia ini berputar tanpa kehendak kita,biarkan ia begitu, Allah yang menentukannya siapa dapat apa,hanya yang terlupa akan tahu juga akhirnya.
Rawa Lanun-Bahasa:
Ta' ku sangka indah bahasanya baik tingkahnya. Hanya terima kasih tak terhingga.
A. Kadir Jasin @ Kunta Kinte Tokoh Wartawan Negara 2011"
ReplyDelete(Oleh Ab Jalil Backer)
...Membincangkan kekuatan dan ketrampilan Kadir Jasin sebagai tokoh wartawan tidak mungkin lengkap tanpa menyatakan beliaulah penulis pojok terkenal bernama Kunta Kinte yang menulis dalam Beita Harian 1987-1993. Pada ketika zaman kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kunta Kinte merupakan satu-satunya berani menegur Timbalan Perdana Menteri tersebut. Akibatnya pada tahun 1993, kolum Kunta Kinte beliau ditamatkan sungguhpun beliau masih kekal sebagai Ketua Pengarang NST.
Menulis dalam kompilasi buku “Biar Putih Tulang…” Kadir secara jelas menyatakan, “tidak segan silu saya nyatakan bahawa saya pasti terus menulis ruangan ini seandainya tidak diarahkan memberhentikannya walaupun tiada sebarang sebab diberikan.”
Gaya penulisan Kadir yang bersahaja dan berterus-terang menjadikan beliau sebagai seorang pencerita yang sangat menakjubkan ketika zaman kegemilanngan.
Tan Sri A. Samad Ismail pernah menulis bahawa Kunta Kinte @ Kadir Jasin bukan sahaja tegas dan keras mengkritik tetapi juga sangat adil. Suatu ketika beliau membelasah Lim Guan Eng, tetapi apabila Guan Eng digantung keanggotaan Dewan Rakyat selama setahun, beliau mengkritik penganggantungan tersebut sebagai terlalu berat. Ketika beliau mengecam Tunku Abdul Rahman kerana perbezaan pandangan, beliau juga membelasah kerajaan apabila terlalu lambat meluluskan permohonan rawatan Tunku Abdul Rahman ke luar negara...Anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada A. Kadir Jasin bukan sahaja melengkapkan perjalanan kerjaya beliau sebagai wartawan tetapi juga merupakan pelengkap kepada tokoh-tokoh wartawan Melayu yang memenangi anugerah ini sebelum ini. Kadir mungkin merupakan pemenang terakhir anugerah ini yang mempunyai hubungan langsung dengan nama besar kewartawanan Negara – Pak Sako dan Pak Melan Abdullah.
Tahniah Datuk Kadir!
Melanun itu kerja dasar si-lanunbahasa, wahai Tokoh Wartawan Negara.
Peranan Media Baru Dalam PRU13?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=XQ-Dcbm_QP4&feature=player_embedded
Soalnya: Dapatkah BN mempengaruhi pengundi muda tionghua mempenagruhi kaum mereka yang tegar mahu undi PR?
Maaf dan Salam Ramadhan