A Kadir Jasin
[ATTENTION, anonymous comments will not be
published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]
JUST in case some readers of this blog have been wondering
why some politicians cling on to their party positions at whatever cost, the
following parliamentary reply by the Minister in the Prime Minister's Department, Mohamed
Nazri Abdul Aziz may provide a clue.
"The total members of Parliament or former members of Parliament that are in Government Agencies, Government Linked Companies (GLCs), Commissions, Bodies and Boards in various capacities under the Prime Minister's Department is 16," Nazri said in a written reply to DAP’s Batu Gajah MP, Fong Po Kuan.
According to the news portal, Nazri provided a table detailing the MPs and ex-MPs, and their appointments.
The MPs receiving RM20,000 or more under the heading of fixed allowance or allowance for attending monthly meetings (elaun tetap/elaun kehadiran mesyuarat bulanan) include special envoys and advisors to the Prime Minister, and chairman of the Land Public Transport Commission (SPAD).
The Rompin MP, Jamaluddin Mohd Jarjis and the defeated BN Sungai Siput MP, S. Samy Vellu were paid RM27,227.20 for respectively serving as Special Envoy to the US and as Special Envoy of Infrastructure to India and Southern Asia.
Former MCA President, Ong Ka Ting, who serves as the Prime Minister's Special Envoy to China, was listed as receiving RM20,000.
The Special Advisor to the Prime Minister for the Northern Corridor Economic Region (NCER), Shahidan Kassim receives RM24,022 and Dr Abdullah Md Zin receives RM25,106 in his capacity as Prime Minister's Religious Advisor.
The list also showed Datuk Seri Syed Hamid Albar receiving RM20,000 as SPAD chairman.
As I had noted in my Other Thots column in the Sept 16 issue of Malaysian Business magazine: “The talk of town (and the village too) is that the Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak is too reliant on his inner circle that he might not have his fingers on the pulse of the nation.”
I dare not say that these MPs and ex-MP do not have their fingers on the pulse of the nation, but they are certainly well paid and well rewarded over and above the generous MP allowances and pensions (in the case of ex-MPs) that they are already receiving.
We can only hope and pray that the taxpayers’ money is well spent on these and many more special envoys and advisers to the Prime Minister and, the rakyat are well served in the true spirit of 1Malaysia “Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan”. Wallahualam.
Sebenarnya saya dah tahu lama tentang perkara ini. Tapi selepas Datuk yang mempunyai bisa yang lebih membuka pentas, saya pun nak tumpang sekaki. Datuk, sesetengahnya tak berfungi pun. Mereka hanya berfungsi terima elaun. Sebagai pembayar cukai saya dan sekalian rakyat lain sangat kecewa dengan belanja yang tak kena tempat ini. Kenapa perlu begitu ramai? Saya harap Datuk boleh huraikan lebih panjang tentang perkara ini. Sebab pen Datuk lebih berbisa daripada pen saya.
ReplyDeleteSdr Ku Seman dan para pembahas,
ReplyDelete1. Saya pun boleh lantik banyak penasihat dan duta khas - saya pilih yang come-come - kalau duit yang saya bayar mereka tu bukan duit saya.
2. Bila saya lantik banyak penasihat dan duta khas, saya tak perlu pening-pening sebab mereka tentu tak lawan saya lagi. Tak buat kerja pun tak apa, asalkan jangan susahkan saya.
3. Boleh jadi juga banyak penasihat dan duta khas dilantik sebab penasihat dan duta biasa tak buat kerja atau tak terror macam 16 MP dan bekas MP tu. Wallahualam.
4. Ini macam cerita bangsawan di mana raja ada banyak pahlawan, panglima, juak-juak dan pecacai untuk jaga raja dan buat raja gumbira.
5. Satu lagi, saya rasa banyak pembesar kita kurang rasa malu dan rasa segan. Banyak yang hemoi. Dengar cerita, ada yang tawar diri jadi pengganti bila penyandang sakit.
6. Tapi kita pun salah juga. Kita hormat kepada pembesar sampai mereka percaya mereka benar-benar berkuasa dan terror. Kita tunjuk hormat tak kena tempat.
Terima kasih.
As usual a waste of precious money to maintain ageing dinosaurs.
ReplyDeleteBTW don't these ministers and ex ministers have enough money of their own??
Ku Seman. Kalau dah tahu tapi tak war warkan nama nya subahat.
ReplyDeleteSalam Dato' dan para pembahas
ReplyDeleteSaya pernah tengok dokumentari di mana seorang YB (UMNO) dulu2 ditemuramah baru-baru ni(nama tak ingat, rasa malu pulak..). Menurut beliau "dulu kita kat mana-mana pun boleh bermesyuarat kalau ada keperluan. Kalau ketua kata bawah pokok, bawah pokok lah. saya tengok sekarang ni orang makin senang, buat mesyuarat bahagian pun kadang-kadang di hotel. Saya tak dapat terima benda ni.." macam tulah lebih kurang (bukan verbatim).
Saya kurang senang dengan orang politik ni pada benda-benda beginilah, buat sesuatu kerana nakkan balasan; sama ada hotel lima bintang ke, jawatan beserta elaun ke, dan lain-lain. Di pihak kerajaan mahupun pembangkang masing-masing ahli politik sejati dan tak boleh lupa politik walaupun dah dapat tugas mentadbir. Pembangkang kekal main politik mengutuk dan mencerca walaupun dah tubuh kerajaan di beberapa negeri. Ahli politik kerajaan pula kekal main politik "kau bagi aku elaun, aku sokong kau".
Cadangan saya, DS Najib ambil potongan gaji/elaun (teladan), kemudian 'potong' orang-orang yang tak perlu dalam pentadbiran (kepimpinan).
..kerja macam nak mati untuk gaji 3 ribu lebih, mestilah geram dengan orang tak buat kerja dapat elaun 20 ribu lebih..
Salam dato,
ReplyDeleteNi dah 12 tahun dah kita dikurun ke21.
Bolih dikatakan hampir semua ahli politik dan pentadbir `senior' adalah dari kurun dulu,kurun ke20.
Saya pun macam tu jugak..
Problems approach dan problems solving kebanyakannya ikut `aqal'kurun 20,kalau lagi teruk tak sempat `grow in intelectual', bolih lagi pakai acuan kurun ke19...ni LAGI MENAMBAHKAM masaalah..
Saya selalu kata kat rakan rakan, kita mesti sudah `selesai' semua masaalah asas kehidupan iaitu makan minum,rumah,keenderaan, pelajaran anak dan simpan `saving' sakit demam sikit ketika umur 50an...kalau MASIH TAK siap lagi, maknanya dah fail dah,kalau 50 tahun hidup,dah setengah kurun tuhan bagi nyawa dan badan, masih tak `siap' lagi perkara perkara asas hidup tu..YOU ARE A FALURE, sebab baki hidup kat sini tak lama dah..dalam 20-30 tahun saja kebanyakanya...
1/3 of you given life is to educate yourself, another third to
prepare yourself and your family for `all basic needs' and the final third is to prepare yourself to leave this world `poorest' and aim for the afterlife `richness' as much as possible!.
Balik yang dok `tenggek' kat jabatan PM,(yang bukan kat situ lagi ramai,termasuk kat kerusi KM/MB)depa tu dari jenis `dinasour' dah, dah kurun terlepas punya dah...UDAH la tu.
Kalau dah `pass 50s' masih dok ligan duit,maknanya diri depa pun dah gagal,macam mana nak buat nation building!...pi dok rehat lagi baik, buat apa yang patut untuk diri sendiri,jangan lupa `the
living balance is very thin'...
The 21 century future nation builders/ making are the present youths and belia belia la...let them do it,betui ka,salah ka kena lalu juga, betuikan while
in progress...
Duit... oh duit,nasib baik la kat dalam kubuq malaikat tak tanya berapa balance duit,kalau tidak lagi teruk laa depa himpun duit!( halai haram lain cerita la kut).
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
ReplyDeleteMereka tidak berkehendak untuk melakukan perubahan ( transformasi) dalam perkara-perkara begini dan kita juga tidak mampu untuk merubah mereka.
Dato.
ReplyDeleteSudah terang lagi cerah.
Susah senang rakyat jika dibandingkan susah senang yg takut hilang berkuasa.
Cerita Melayu kelasik dulu-dulu.
Macamana kerbau dibendang yg teruk.Tapi yg makan enak-enak kucing didapur.
Sampai bilakah cerita begini nak tamat.
Pemimpin atasan main retorik ajak rakyat berkorban jiwa raga harta benda demi negara agama dan bangsa.
Wahai pemimpin dan kuam atasan setakat manakah simpati mereka terhadap rakyat dibawah.
Ikhlaslah,murnikah istilah simpati derita rakyat.
Sebab itulah mereka takut yg amat sangat akan kehilangan kuasa.
Maka yg satu pihak lagi bermatian kemaruk kuasa.Rupanya ada udang sebalik batu.
Rakyat jadi taruhan.
Pilih lah calon diutamakan.Bukan parti.
Sekian terima kasih.
Sebab itulah, "transformasi" itu didefinisikan sebagai retorik manakala seruan "rakyat didahulukan" itu didefinisikan sebagai ironik.
ReplyDeleteCuba lihat bajet 2013, lihatlah berapa besar amaun untuk "elaun dan emolumen".
Dan ini berlaku semasa guru (saya ulangi) perlu buat kerja adhoc untuk adakan dana bagi sekolah bayar kepada pengawal keselamatan, tiada kipas dikelas sebelum pukul 10 pagi dan baju sukan kena beli dua helai (satu untuk PJ dan satu untuk sukan tahunan).
Betul agaknya kata Mahfuz, BN = Barang Naik. Tidak wajar Khairy marah-marah.
Fed Up
Lahuma,
ReplyDelete"Macamana kerbau dibendang yg teruk.Tapi yg makan enak-enak kucing didapur."
Bila baca perenggan itu, membuak-buak di dada rasa bangga dengan Bahasa Melayu anda.
Fed Up.
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeleteMohon laluan komen Sdr Ku Seman.
BUKAN pen Datuk lebih berbisa daripada pen Ku_seman, TAPI ku_seman tiada keberanian untuk berkata benar.
Mengapa tiada keberanian?
Takut jawatan di BH melayang?
Jihad akbar adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.
16MP dan elaun puluhan ribu itu sebenarnya SATU KEZALIMAN.
Bagaimana Sdr ku_seman nak berjuang dengan pena kalau takut untuk berkata benar?
Siapa penolong sebenar kita orang beriman?
Siapa pemberi rezeki kita orang beriman?
UMNO dan Kerajaan BN?
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya dan segala makhluk yang berada di pantai batu burok terkedu tak tau nak kata apa lagi.Cuma yang menariknya nya angka 16 tersebut menyamai bilangan kebiasaan awak-awak bot nelayan laut dalam dipantai timur.
Ada kawan yang bekerja di negara timur tengah beritahu keadaan di JPM sekarang sama macam di Pejabat Presiden Mubarak, Ben Ali dan Ghadaffi beberapa tahun sebelum kejatuhan mereka.Apa petanda yang sedang berlaku???
Wallahualam.
Assalamualaikum
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Sekarang ini semuanya atas pertimbangan Kabinet. Jadi siapa yang ada kabel yang kuat dengan pucuk pimpinan berbahagialah dia. Ini telah mengwujudkan keadaan dimana pihak yang berkepentingan akan berkhemah dikeliling pemimpin kita. Ini berbeza dengan dahulu dimana tiap-tiap projek dipertimbang oleh Jawatankuasa Pembangun Negara dahulu sebelum dibawa ke Kabinet.Patutkah kita berpatah balik untuk menentukan tiada pembaziran berlaku kepada hasil negara?
Salam Dato’ Kadir Jasin
ReplyDeleteMaaf lama tak tulis. Baru dapat hobby baru. Tebang pokok pakai chainsaw Makita. Kawan saya ada berpesan, jangan beli sebab nanti asyik nak tebang pokok je. Rupanya memang betul. Beberapa minggu ni asyik nak tebang pokok je sampai tak sempat nak komen dlm blog Dato’.
Berbalik pada topic kali ini, bagi sayalah, pertamanya, kita jangan sesekali BERDENGKI dgn rezeki org lain yg halal. Sebabnya, di dalam Surah Al Qasas ayat 82 juga jelas mengatakan “Allah memewahkan rezeki kpd sesiapa yg dikehendaki dan menyempitkan kepada sesiapa jua yg dikehendaki. Orang yg kufur nikmat Allah tidak akan berjaya.”
Juga bagi sayalah, YAB Dato’ Seri Presiden cuma menjalankan amanah yg dipikul sebagai PM Malaysia yg berjumlah 28 juta orang. Kalau mengikut nisbah, hanya seorang penasihat peribadi utk 1 juta penduduk Malaysia, itupun utk kesejahteraaan seluruh rakyat seperti BR1M, TR1M dan macam-macam 1M lagi. Takkan itu pun tak boleh? Dan yg terpilih pun bukan sebarangan orang.
Akhir kata, marilah kita meningkatkan keimanan kita dan beriman dgn Al Quran dan beriman dgn Qada dan Qadar sepenuhnya. Sesungguhnya rezeki adalah dari Allah semata-mata. Eloklah juga kita jauhkan diri dari sifat HASAT DENGKI dan PENGHASUT org lain utk berfikiran negative terhadap pemimpin. Sekian TQ.
tahniah dato'kadir
ReplyDeleteDisini dapat kita lihat bahawa kepentingan diri sendiri dan kroni lebih utama berbanding rakyat yang diuar uarkan.
ReplyDeletesoal elaun yang dibayar kepada 16 orang itu kecil berbanding dengan rasuah yang membabit projek mega.
Projek kecil harga RM 4 juta jadi RM 7 juta. RM 2 juta dalam tangan.
Projek RM 100 juta jadi RM 250 juta. Dijual dengan harga RM 100 juta. RM 150 juta dalam tangan.
Bayangkan jika projek yang berharga berbilion ringgit? Habis wang rakyat.
Rakyat dapat RM 500 untuk tutup mulut. Para pemimpin rakus baham duit.
Yang palik, masih ada yang beri sokongan pada pemimpin yang dosa besar mengkhianati negara, agama dan bangsa.
Salam Hormat Yg Mulia DAKJ,
ReplyDeletePada saya, kalau kerajaan membida sebegitu banyak pada golongan muda mungkin juga boleh dikata sebagai pemangkin untuk nation building. Tapi pada orang pencen atau yang sudah berumur dimana datang logiknya. Lainlah Datuk yang saya kira walaupun berumur tapi pena sentiasa tajam. Satu dalam sejuta.
Sampai bila DS Najib dapat bertahan dalam permainan bujuk membujuk. Wallahualam.
Dato'
ReplyDeleteSaya tidak terperanjat dengan perlantikan mereka tetapi terperanjat sebabnya jumlah nya hanya 16. Saya merasakan selama ini jumlahnya jauh dari itu.
Saya tiada masaalah jika mp atau bekas mp ini diberikan jawatan oleh pemerintah. Pasti ada yang mereka boleh sumbangkan.
Yang saya rasa terganggu adalah bab jawatan dan elaun yang diterima tu. Setakat jadi ahli lembaga pengarah anak syarikat GLC dengan elaun RM 2000 dan elaun kehadiran tu rasanya ok lagi tetapi bab dilantik jadi wakil kerajaan bertaraf menteri dgn gaji puluhan ribu tu rasanya keputusan yang kurang siuman.
BN ni masih tak sedar walaupun sudah diberi amaran. Jika menang pun pilihanraya kali ini, ianya terhasil disebabkan Pakatan Rakyat dilihat masih tidak stabil dengan pelbagai isu. Tunggulah lagi 2 pilihanraya bila mana pembangkang solid ditunjangi oleh bukan orang2 bekas UMNO. Dimasa itu jika BN masih kekal dengan keangkuhan nya maka bye bye lah.
Ada penasihat banyak pun tak mengapa. Asalkan memang betul-betul berfungsi. Marilah kita bersangka-baik sesama manusia. Paling molek, eloklah penasihat-penasihat berkenaan bentangkan laporan tugasan mereka untuk perhatian rakyat, bukan pada PM sahaja, samalah macam tugas-tugas menteri.
ReplyDeleteAl-maklumlah, ada yang benar-benar bekerja, ada juga yang hanya menumpang tuah orang lain. Ada orang rezekinya berpanjangan, ada yang rezeki bersangkut-sangkutan. Begitulah resam hidup.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteBudak budak bermain congkak
Permainan tradisi zaman berzaman
Jika hati dan kalbu hitam bertokak
Layakkah kita menghakimkan kerajaan?.
Buah cempedak diluar pagar
Gunalah galah agar tak jatuh
Analisa tuan membuat diri terasa gusar
Sedangkan belum dibaca apa yang disuruh.
Kalau perahu mudik kehulu
Berhati hati terlanggar jeram
Jikalau tulus hati mu guru
murid mu berdoa agar tak karam.
AbdullahNgah,
ReplyDeleteElaun yang dibayar kepada 16 orang itu memang kecil berbanding dengan rasuah yang membabit projek mega.
Tapi jangan ingat elaun RM20,000 (yang belum dicampur gaji) itu cukup untuk mereka.
Selalunya orang macam ini ada letak tangannya dalam menaikkan kos projek dari 4 juta kepada 7 juta.
OKJ,
Pergilah tebang pokok banyak-banyak.
Fed Up
Salam Dato'.
ReplyDeleteGuess some just got to be sticking like glue. Come rain or shine, they keep on sticking...
I don't really care anymore what they do or what they are going to do. I have come to a point in my life that I just got to say, "screw it"... well, you don't expect a leopard to lose its spot, do you?
16 or 30 or a hundred, they are just numbers. The end result that matters. Rakyat of today are not the same as rakyat of yesterday. Everybody's got to learn, unlearn and re-learn...
They have to learn as much as we, the rakyat... "first class infrastructure, third class mentality" is so yesterday.
I prefer, "First class goverment, first class mentality." But sadly, I don't think this will happen in my life time... maybe a couple of generations down the road from now.
Most of the time, they do feel the pulse... but its their pulse, not ours.
Sdr OKJ
ReplyDeleteCuba sdr tebang rumpun besar buluh rebong guna chainsaw sdr tu. Kalau ada masalah cakap. Kalau tak ada masalah pun cakap.
...SAJI
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBagi saya, persoalan yang dibangkitkan oleh DAKJ di sini bukanlah isu hasad dengki; tetapi isu keegoan seorang PM yang sombong dan angkuh "aku berkuasa, aku boleh buat apa saja".
Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan isunya di sini ialah isu 'kemelampauan guna kuasa' sehingga berlakunya salah guna kuasa, pembaziran wang rakyat, ketidakadilan dan kezaliman.
Tidak timbul langsung isu DAKJ sebagai penghasut supaya rakyat berfikiran negatif terhadap PM Mohd Najib. Rakyat bukan bodoh; lagipun majoriti rakyat yang sedar dan siuman memang sudah lama meluat serta menyampah terhadap Mohd Najib. Hanya segelintir manusia dayus yang 'menjilat' punggung Mohd Najib.
Rakyat yang beriman menilai pemimpin negara daripada perspektif amanah dan tanggungjawab sebagaimana janji pemimpin sewaktu 'menyembah' rakyat demi mendapat undi.
Beramanahkah dan bertanggungjawabkah PM Mohd Najib melantik Abdullah Md Zin sebagai Penasihat Agama PM, sedangkan rakyat melihat Abdullah gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya pula?
Saya berpendapat, kalaulah Abdullah Md Zin selaku Penasihat Agama kepada PM Mohd Najib itu seorang ulama benar, dia wajib patuh akan Perintah Allah SWT untuk memastikan isteri PM Mohd Najib berpakaian menutup aurat; kecualilah kalau dia tidak sedar akan Firman (perintah) Allah SWT yang termaktub, antaranya, dalam Surah an-Nur: 24 - 31, dan Surah al-Ahzab: 33 - 59.
Lagipun, apabila seorang isteri berpakaian menutup aurat dengan sempurnanya, maka terselamatlah suaminya daripada berstatus dayus.
Kalau tidak, dan berterusan hal keadaannya sebagaimana pada masa ini, si isteri kelihatan berpakaian tetapi dia sebenarnya 'bertelanjang'.
Lebih buruk akibatnya adalah apabila suami si isteri yang 'bertelanjang' itu jatuh 'dayus'.
Faktor apakah yang menyebabkan Ustaz Abdullah Mat Zin gagal dalam amanah dan tanggungjawabnya untuk menyelamatkan PM Mohd Najib dan keluarganya?
Maafkan saya kerana saya berpendapat, malu Abdullah Md Zin kepada manusia mangatasi malunya kepada Allah SWT. Kalau dia benar-benar malu kepada Allah, dia tidak takut untuk disingkirkan oleh PM daripada jawatan glamornya itu; dia wajib menasihati PM supaya PM memastikan isterinya kelihatan solihah, sesuai dengan kedudukannya sebagai wanita Islam nombor satu Malaysia. (Lagipun, saya fikir, hampir semua wanita UMNO dan puteri UMNO akan berpakaian menutup aurat juga).
Namun, sekiranya Abdullah sudah pun menyampaikan nasihatnya, tetapi nasihatnya tidak dipedulikan olen PM Mohd Najib, maka Abdullah WAJIB meletak jawatan.
Dengan kata lain, berdasarkan kedudukannya pada masa ini, maafkanlah saya kerana saya berpendapat, sangat jelas bahawa Abdullah Md Zin lebih mengutamakan dunia daripada akhirat.
Tolong maafkan saya, terutama Ustaz Abdullah Md Zin. Saya ikhlas kerana Allah semata-mata.
Wassalam.
Y. Bhg Dato'@ Saya sangat hairan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO khususnya yang memegang jawatan Kerajaan yang tidak sensitif kepada persepsi rakyat dalam perilaku , tindakan atau keputusan yang di buat .
ReplyDelete2. Contoh terbaru majlis sambutan perkahwinan anak Ali Rustam di Melaka yang menimbulkan banyak persepsi burok rakyat kepada pemimpin UMNO. Sekiranya apa yang dilaporkan itu betul , bagaimana Ali Rustam boleh bersetuju untuk mengadakan pesta perkahwinan anak sebegitu besar dan sudah pasti melibatkan perbelanjaan yang sangat besar juga.
3.Diharapkan apa yang dilaporkan hanya tohmahan pihak pembangkang sahaja.
Iklas,
Rahim
Assalamualaikum Semua
ReplyDeletePada pandangan saya, kalau semua menteri2 yang sedia ada buat kerja betul2 sebagaimana yang diamanahkan, maka saya rasa kita boleh kurangkan (reduce) separuh dari menteri yang ada. Dan tak perlu penasihat2 camni.
Assalamualaikum Semua
ReplyDeletePada pandangan saya, kalau semua menteri2 yang sedia ada buat kerja betul2 sebagaimana yang diamanahkan, maka saya rasa kita boleh kurangkan (reduce) separuh dari menteri yang ada. Dan tak perlu penasihat2 camni.
Salam Dato',
ReplyDeleteYang 16 orang ni penasihat PM dan agensi dibawah JPM. Ramai lagi MP, ex-MP, Adun dan bekas Adun yg menjadi penasihat atau memegang jawatan di pelbagai agensi Persekutuan dan negeri. Biasanya yg kalah p/raya menjadi pilihan. Mungkin nak ambil hati atau sebagainya.
Salam sejahtera dan yang dihormati DAKJ,
ReplyDeletetakaful~
Mungkin ini penggal akhir Dato Ali Rustam kot.. dan mengenangkan jasa rakyat Melaka maka diadakan jamuan secara ikhlas beliau untuk mereka..
wallahualam.
Yang dihormati DAKJ,
ReplyDeleteMaaf bukan saudara "takaful" tapi saudara ~ rahimlpp@yahoo.com said..berkaitan "jamuan besar".
Saya pun hampir pening lalat sebentar tadi...
T.Kasih.