A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara
dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk
mengulas. Terima kasih.]
PADA mulanya saya memang tidak bercadang mengulas
mengenai Belanjawan 2013 kerana secara ikhlas, saya kurang yakin dengan kemampuan
saya untuk memahaminya.
Ini mungkin kerana kefahaman dan pengetahuan saya
mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau kerana dokumen itu
canggih dan kompleks.
Manakala saya mengalu-alukan langkah mengurangkan
defisit belanjawan (daripada 4.5% kepada 4%) dan menjanjikan pembahagian sumber
yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan rumah murah, namun
saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan
ini.
Saya tergerak untuk menulis mengenai belanjawan
secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang bekas menteri kanan
yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor Perdana Menteri, Mohd
Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan.
Seorang bercakap secara terbuka kepada khalayak.
Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana Mohd Najib mendapat begitu
banyak wang untuk ditaburkan. “Macam keluar dari hidung,” kata beliau. Tetapi
maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional.
Seorang lagi bercakap di belakang tabir. Kedua-dua
mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan Perdana Menteri memberikan duit
kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam bentuk bonus sebulan setengah
kepada kakitangan awam.
Malangnya, dalam usaha mencari populariti jangka
pendek menjelang pilihan raya umum itu, kedua-dua belah pihak – kerajaan dan
pembangkang – nampaknya mengabaikan apa yang dalam dunia kewangan disebut
sebagai “financial prudence.”
Kerajaan memberikan berbagai macam pemberian tunai
dan peruntukan luar belanjawan. Pembangkang pula, antara lain, memberikan air
percuma dan menjanjikan kereta murah dan memiliknegarakan semula bekalan air.
Orang Ramai Keliru
Masalahnya, orang ramai yang kurang arif atau
jahil mengenai perjalanan ekonomi dan pengurusan kewangan mungkin termakan
janji-janji itu dan membuat pilihan yang akhirnya memufliskan negara.
Saya tidak menentang usaha mana-mana pihak
membahagikan kekayaan dan sumber ekonomi negara secara meluas dan saksama.
Itulah pun landasan Dasar Ekonomi Baru yang menggabungkan pertumbuhan ekonomi
dengan pembahagian kekayaan.
Walaupun DEB tidak berjaya seratus peratus, tetapi
ia berjaya mengurangkan kemiskinan, memperbesarkan bilangan anggota kelas
menengah dan sedikit sebanyak menyusun semula masyarakat.
Tetapi, yang perlu atau wajib dielakkan adalah
memberi subsidi untuk kepenggunaan, iaitu memberi wang kepada orang ramai untuk
berbelanja.
Ada ungkapan mengatakan, lebih baik memberi alat
menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada memberikannya ikan. Beri
ikan, dia makan. Esok kena bagi sekali lagi. Tetapi kalau kita berikan alat
menangkap ikan dan mengajarnya menangkap ikan, insya-Allah dia boleh mencari
makan sendiri.
Utamakan Subsidi Pengeluaran
Kita beri bantuan dan subsidi untuk tujuan
menambah dan menaikkan produktiviti dan bukan untuk kepenggunaan.
Jadi, saya sokong cadangan mengurangkan subsidi
gula yang memudaratkan dan tidak adil. Mudarat dari segi kesihatan kerana gula
murah menyebabkan merebaknya penyakit kencing manis dan tidak adil kerana
syarikat raksasa yang mengeluarkan minuman dan makanan pun dapat gula subsidi.
Harga mungkin naik, tetapi kalau Kementerian
Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna cekap, tahap kenaikan
boleh dikawal dan bekalan dijamin.
Penjimatan subsidi itu boleh disalurkan kepada
kegiatan yang produktif seperti menaikkan taraf sistem pengairan dan perparitan
di kawasan-kawasan tanaman padi, memulihkan sawah yang keracunan dan melatih
petani amalan pertanian terkini.
Tidak guna kereta murah seperti yang dijanjikan
oleh pembangkang kalau jalan raya makin sesak dan tidak diselia dengan baik
kerana pembangkang juga bercadang menghapuskan tol.
Saya pun tidak tahu dari mana kerajaan dan
pembangkang – kalau ia menang – hendak mendapatkan hasil bagi menampung
perbelanjaan negara kerana pada masa yang sama mereka berjanji mengurangkan
cukai itu dan ini.
Yang kita dengar, Petronas pun secara terbuka
sudah berkata ia tidak akan membayar dividen yang tinggi lagi kepada Kerajaan
kerana ia perlu membuat pelaburan baru yang banyak.
Sementara itu, syarikat swasta, termasuk yang
berkait dengan kerajaan (GLC) pula sedang ditekan oleh krisis ekonomi dunia.
Serentak dengan itu, harga minyak kelapa sawit dan getah juga semakin menurun.
Daripada 100 buah syarikat terbesar di Bursa
Malaysia mengikut nilai pasaran, 10 mengalami kerugian dan 34 menderita
kemerosotan keuntungan pada tahun kewangan semasa berbanding tahun sebelumnya.
Yang rugi tidak akan bayar cukai dan yang kurang keuntungan akan bayar cukai lebih rendah.
Jangan Sedap Cakap Saja
Saya rasa, kerajaan dan pembangkang hendaklah
realistik dan berterus terang dengan rakyat jelata, khasnya pengundi.
Realitinya, dunia sedang melalui krisis ekonomi paling getir selepas Perang
Dunia Kedua.
Ekonomi Amerika runtuh pada tahun 2008. Kini
giliran Eropah pula. Greece sudah muflis dan Sepanyol bernyawa ikan.
Pertumbuhan ekonomi China dan India mula menurun dan Jepun terumbang-ambing.
Sebagai negara perdagangan, naik-turun ekonomi dunia memberi kesan langsung
kepada kita.
Pakar-pakar ekonomi meramalkan yang kemelesetan
tahun 2008 itu akan mengambil masa 10 tahun untuk diatasi dan pakar-pakar
antarabangsa meramalkan sehingga 100 juta penduduk dunia akan mati kebuluran
menjelang 2030.
Saya mula membuat laporan ekonomi pada tahun 1972
dan terbabit sedikit sebanyak dengan perniagaan. Saya melalui kemelesetan
ekonomi tahun 1973/74, 1985/86 dan 1997/98.
Orang yang berniaga, bekerja dengan sektor swasta
atau bekerja sendiri tahulah pahit getirnya. Banyak yang muflis atau kena buang
kerja. Orang yang makan gaji dengan kerajaan mungkin tidak tahu atau tidak
peduli.
Melihatkan keadaan hari ini, saya sangat bimbang.
Dan dua orang bekas menteri yang memberikan pandangan mengenai Belanjawan 2013
dan cara Mohd Najib berbelanja adalah dua pakar ekonomi terulung di Malaysia
dan di dunia. Kalau cakap mereka tidak boleh dipakai, saya tidak tahu cakap
siapa lagi boleh dipercayai. Wallahualam.
Tok, it had been awhile. Please compare this.
ReplyDelete1) Barisan Nasional budget – The expected revenue is RM208.6 billion and the projected expenditure is RM251.6 billion with a deficit of RM43 billion.
ii) Pakatan budget – The expected revenue is RM197.1 billion and the projected expenditure is RM238 billion with a deficit of RM40.9 billion.
Prognosis, 1) If Pakatan rules, the public consumption will fall by RM13.6 billion next year. They will surely throw away Najib’s budget.
2) The public sector growth will be immediately affected negatively, unless private consumption increases, the whole economy shrinks.
3) FDI in on the declining trend and the outflow of funds remains unabated. Our own companies are taking out billions to invest abroad where opportunities and profits are better.
4) In last few years we suffer net outflow of FDI.
You are right. The situation is dire.
Ex-Banker
Salam Dato,
ReplyDeletesaya setuju benar dengan rumusan Dato bahawa orang kerja dengan kerajaan tak merasa pahit getir kemelesetan ekonomi berbanding yang kerja swasta atau kerja sendiri.
ada yang kena potong gaji, ada yang diberhentikan (retrenched. masa tu semua orang cari Union untuk minta bantuan.
Usabukata
ReplyDeleteSalam Dato'
Apakah dua orang bekas menteri yg Dato sebutkan itu tidak termasuk dalam senarai 16 penasihat PM?
Salam Dato'
ReplyDeleteApakah dua orang bekas menteri yg Dato sebutkan itu tidak termasuk dalam senarai 16 penasihat PM?
Bukankah di belakang belanjawan ada saf pakar ekonomi yang tentunya sangat arif dan merupakan planner kepada budget negara?Apakah peranan mereka menyeluruh atau terpengaruh?Nampaknya kerajaan dan pembangkang sedang mempamerkan persaingan dan teka-teki yang boleh membingungkan orang awam.Apapun, semoga yang haq akan muncul dan yang batil akan lupus.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteKenapa rumah Pr1MA takde diskuan untuk bumiputra perdepatan sederhana and miskin tapi , rumah banglow berjuta juta oleh Sime Draby and sebagainya ada diskuan sampai 8 % untuk bumiputra yang kaya .
Inikah kejayaan DEB?
Ku li Dan daim?
ReplyDeleteSaya setuju sangat dengan ungkapan "Subsidi Pengeluaran".
ReplyDeleteContohnya hasil padi.
Selain pengurusan pengairan dan tali air, kenapa tidak digalakkan koperasi seperti dilakukan kepada pertanian getah? Bila berlaku kerosakan, yang penting adalah benih untuk penanaman semula selain perbelanjaan apa yang patut sementara menunggu hasil yang baru.
Ini, tidak, diadakan pula skim insuran. Dimana pembelian benih kemudiannya tentu akan kena mark-up. Itupun masalah pengairan kemungkinan besar akan berterusan. Sara hidup petani sementara menunggu hasil seterusnya, bagaimana pula?
Yang seronok adalah BERNAS kerana mereka ada monopoli untuk mengimpot.
Sudah lama saya menulis dalam blog DAKJ ini, kita sudah lama perlukan kepada pengurangan kepada kebergantungan terhadap ekonomi luar.
Tingkatkan pengeluaran makanan dalam negara supaya kita tidak perlu bergantung kepada import beras, gula dan sebagainya. Selain itu, naikkan cukai untuk eksport hasil makanan.
Secara mudah, jika berlaku keruntuhan ekonomi dunia, setidak-tidaknya rakyat malaysia tidak akan tidak cukup makan.
Kita tentunya tidak boleh makan petroleum, minyak sawit(mahal untuk pasaran tempatan malah industri lebih suka mengeksport minyak sawit mentah) dan peralatan letrik dan elektronik.
Sejak Najib berjaya meletakkan proksinya sebagai orang no. 1 di Petronas sehingga memaksa mantannya berkelana ke Singapura, sudah beberapa kali diumumkan "dividen Petronas kepada kerajaan" akan dikurangkan.
Namun ia masih kurang berlaku. Malah bonus khas Petronas kepada kerajaan juga semakin besar jika tidak kekal sama amaunnya.
Yang terakhir, bonus khas kepada kerajaan daripada Petronas jumlahnya adalah sebanyak RM60 Billion.
Kita boleh nilai sendiri samada kenyataan Petronas berkenaan adalah serius atau semata-mata retorik sahaja. Maklum sahaja Lembaga Pengarah Petronas perlu mengikut arahan pemegang sahamnya yang terbesar.
Adakah DAKJ faham tentang struktur kos penjualan sebuah kereta? Antara kos besarnya adalah kos pengeluaran, kos AP, kos bagi cukai jualan dan kos bagi duti import.
Pengurangan kepada kos-kos tersebut, tidak semuanya akan mengurangkan kantung kerajaan.
Pada masa kereta Proton dijual pada harga RM18,000 sebuah dahulu, adakah Proton menanggung kerugian? Apa pula bezanya struktur kos penjualan kereta proton semasa itu?
Adakah ini bermaksud akan lebih banyak kereta dijalan raya, apatah lagi jika tol dihapuskan?
Soalan saya, bukankah lebuh raya itu dibina untuk menghuraikan kesesakan jalanraya?
Bila berlaku kesesakan jalanraya, adakah salahnya kerana kereta yang banyak atau perancangan dan perlaksanaan lebuhraya itu sendiri?
Bukankah dulu pun, TDM mengimpikan proton untuk membolehkan kereta sebagai mampumilik kepada semua rakyat Malaysia?
Pemberian wang secara terus kepada rakyat, apa sangatlah kesannya. Ini kerana pemberian itu hanyalah secara one-off.
Namun dari segi pembiayaan skim ini, ia memang membimbangkan kerana memerlukan dana yang agak besar dari kerajaan.
Yang paling menarik perhatian saya, bagaimana PERMATA diletakkan sekumpulan dengan unit-unit dibawah Kementerian Pelajaran untuk bajet berjumlah RM1.1 Billion. Berapa untuk PERMATA dan berapa untuk unit-unit berkenaan, tidak pula dinyatakan.
p/s dari yang saya dengar, ramai pegawai di Kementerian Pelajaran yang menyuarakan rasa tidak puas hati. Dan ramai pula katanya akan ditukar dari sana kelak. Entahlah apa yang betul.
Fed Up
Assalamualaikum Dato'.
ReplyDeleteSaya tidak tahu dan gagal menagak siapa 'dua orang pakar ekonomi terulung di Malaysia dan di dunia' yang Dato' maksudkan. Hari ini di Malaysia terlalu ramai 'tokoh ekonomi' terkemuka. Dato' sepatutnya memperkenalkan mereka khasnya kepada pengikut blog Dato' supaya kami dapat menilai dan mungkin merujuk kepakaran mereka. Adakah Dato' telah diminta untuk tidak mendedahkan identiti mereka dalam tulisan Dato'?
Sepatutnya kedua2 tokoh tersohor tersebut merasa bangga jika namanya tercatit dalam tulisan Dato'. Saya pasti mereka adalah tokoh2 yang paling banyak jasanya didalam membangunkan Malaysia apalagi seorang daripada mereka adalah Bekas Menteri Kewangan. Saya juga hampir pasti mereka pernah berkhidmat dibawah Tun Dr Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri. Kalau tidak silap saya Tun Dr Mahathir ada memberi gambaran positif keatas Bajet 2013.
Dalam tulisan Dato' sebelum ini, Dato' ada menulis mengenai Najib yang 'dikelilingi' oleh 16MPs dan Ex-MPs yang elaun mereka mencecah puluhan ribu sebulan. Adakah dua tokoh tersebut tidak berada didalam kelompok berkenaan?
'Rugilah' Najib kerana mengabaikan dua pakar ekonomi terulung di Malaysia yang bertaraf dunia. Dalam konteks ini Dato' yang pada awalnya agak 'malu2' untuk menulis mengenai Bajet 2013 dilihat lebih beruntung kerana hanya dengan satu pertemuan dengan mereka akhirnya Dato' telah menjadi berani untuk mengulas mengenai Bajet 2013.
Siapa dua orang pakar ekonomi terulung diMalaysia dan didunia itu Dato'?
Wallahualam.
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
...
'Ada ungkapan mengatakan, lebih baik memberi alat menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada memberikannya ikan'.
Kalau dah nak ambil hati kanak2 Dumex... kenalah disuapkan.
ALFATIHAH, AMIN
Ps. The Samuraimelayu still sits on the dock of the bay watching the Golden Chersonese being washed away.
Datuk,
ReplyDeleteSaya terpinga-pinga apabila PM Najib mengumumkan peruntukan RM300 juta untuk subsidi pembelian smartphone 3G. Subsidi ini sudah tentu dengan syarat tertentu, untuk mendapatkannya seseorang perlu membeli dari syarikat tertentu yang diberi konsensi menjualnya. Persoalannya, wajar ke barangan mewah diberikan subsidi?
Hayat seunit smartphone 3G cuma setahun dua, dan akan rosak lepas tu. Jadi andaikan subsidi ini diagihkan tahun 2013, maksudnya tahun 2014 duit ini habis terus.
lebih baik duit RM300m tu digunakan untuk membiayai subsidi gula, ataupun digunakan bagi subsidi talian internet. Sungguh malang apabila internet di malaysia sangat mahal, sedangkan ia bisa menjadi punca ilmu.
Siapa tu 2 org tersebut? tun Daim ke?
ReplyDeletesalam dakj
ReplyDeletenamanya pun belanjawan,satu cadangan perbelanjaan dan anggaran pendapatan sahaja.
bila melaksanakanya adjustlah apa yang patut mengikut reality semasanya.
kalau pendapatan tak seperti diramalkan mungkin projek ditangguhkan,dikecilkan saiz atau dibatalkan begitu juga sebaliknya.
salam dakj
ReplyDeletenamanya pun belanjawan,satu cadangan perbelanjaan dan anggaran pendapatan sahaja.
bila melaksanakanya adjustlah apa yang patut mengikut reality semasanya.
kalau pendapatan tak seperti diramalkan mungkin projek ditangguhkan,dikecilkan saiz atau dibatalkan begitu juga sebaliknya.
As salam Datuk,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju. Pendekatan sedemikian janya akan memberi faedah sementara kepada para penerima dan akan dilupai apabila habis dibelanjakan.
Sebagai pembayar cukai, saya berpandangan bahawa pendekatan sedemikian mempersia-siakan sumbangan saya selama ini.
Ianya juga akan menidakkan peluang untuk kita membina keupayaan tambahan untuk sektor produktif demi kebajikan rakyat, kini dan masa hadapan.
Saya amat kecewa dan khuatir sebenarnya...
Datuk AKJ,
ReplyDeleteMaka tersepitlah kita ditengah - tengah tanpa ada alternatif.
Sedih tengok leaders of both divide berlumba - lumba nak jadi the ultimate benefactor.
Api lawan api. Hangus semuanya.
ReplyDeleteSalam dato,
ReplyDeletePakar pakar konomi selalu tersasar...
Walaupun begitu,pandangan mereka perlu sebab kita lagi tak tau, dan tak mahir nak kira kalau nombor 0 lebih dari 5.....
Nak ransang ekonomi, kalau ikut US, bank negara cap duit bagi kat bank swasta...`nampak' macam tak jadi pun....
Nak ransang ekonomi ikut europe, tipu buku akaun,minta `special new
body' tak tau sapa punya negeri punya body..dan cap duit untuk semua central banks dan bank bank bank swasta!...`nampak macam tak nak jadi jugak ni...macam conwork
ni...
Nak ransang ekonomi macam jepun pinjam duit rakyat dalam negeri,
...dah 20 tahun dekat dah..dah tak nampak jadi pun,kecuali ramai dah tua tua dah...
Ni style malaysia, gomen bagi cash
kat rakyat...BOLE JADI TAK?.
Nak kata tak jadi,dah buat dah,nak kata tak jadi, dok buat lagi,tak nampak apa pun....
ADA KAH DINYATAKAN DIMANA MANA, TENTANG MAKLUMAT EKONOMI,
TENTANG retail domestic consumption contribution to GDP, ada berapa peratus?...
Kalu saya tak silap total domestic consumption merupakan
75-80% activity ekonomi keGDP kita,sebelum bagi cash ni...
Kalau dah tinggi macam tu, TINGGI MANA LAGI bolih dicapai dengan tambahan direct cash distribution to consumers ni?..Tak ka impaknya
minimal, kalau ada..
DIRECTLY increase `new jobs' dan
removes `hurdles' to new jobs creation adalah lebih baik dan meyakinkan saya dalam usaha meransang ekonomi...
Tapi kalau jadi, nanti US,EU dan Jepun berebut la ikut macam kita.... TAPI BANYAK MANA LAGI nak
distribute cash ni,kalau ada banyak lagi,elok sewa helicopter, tabuq duit kat bandar dan kampung...TU BARU BETUI duit dari `langit' punya!
Abu Bakar Ab Rahman
Saya setuju dengan padangan Datuk. Dalam usaha memancing undi dan memastikan kejayaan jangka pendek, kita gadai asas ekonomi jangka panjang. Pengundi yang dangka menganggap kerajaan yang memberi air percuma sebagai kerajaan berjaya tidak melihat kesan terhadap pembajiran penggunaan air lantaran kepercumaan. Banyak negara yang berunsur kebajikan sudah menjadi tidak berdaya-saing dan banyak juga ekonomi negara yang berkepimpinan popularist melihat masa depan bergelora akibat tidak berani membuat apa yang betul. Semasa Tun Mahathir membina Plus highway dan Jambatan Pinang, pelbagai dakwaan membazir dilontar pembangkang tetapi negara maju akibat keberanian Tun. Kepimpinan adalah membawa rakyat ke arah kemajuan dan bukan menggembirakan rakyat.
ReplyDelete
ReplyDeletePendek kata terlalu ramai yang setuju dengan pemberian bantuan kepada rakyat itu dan ini sepertimana yang dato sebut itu.
Tetapi apa boleh buat itulah saja yang baik untuk Najib lakukan ketika jadi perdana menteri.
Najib yakin rakyat akan undi umno/BN PRU 13 nanti.
Walaupun dato tak berani sebut bahawa bantuan itu dan ini ialah beli undi.
Pada saya apa yang dilakukan Najib itu ialah untuk membeli undi rakyat.
Jadi apa salahnya kerajaan beri sikit wang kepada rakyat setelah rompakan harta negara dilakukan secara sewenang wenangnya oleh para pemimpin negara.
bercakap pasal wang negara, memang kerajaan kita banyak wang.
Najib pernah istihar yang kerajaan pusat sekarang ada wang sebanyak RM 1.3 triloin.manakala bajet hanya RM 26o bilion saja.
Saya boleh buat kesimpulan yang dato takut nak sebut bajet 2013 adalah bajet beli undi.
Y. Bhg Dato'@ Letakan diri kita di kedudukan Najib. Kita mungkin akan buat perkara yang sama untuk pastikan kemenangan di PR 13 nanti.
ReplyDelete2. Soal Negara mempunyai kemampuan atau tidak untuk berbelanja bagitu besar adalah soalan yang hanya boleh dijawap selepas pilehanraya nanti. Dalam keadaan terdesak dan diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang sewajarnya Najib menggunakan setiap peluang dan sumber yang ada untuk menentukan kejayaan BN.
3. Najib boleh membuat semakan semula kepada Bajet yang diluluskan sekiranya BN kembali berkuasa selepas PR 13 nanti. Sekarang bukan masa untuk membincangkan samada Bajet itu prudence atau tidak. Soal hidup mati BN menjadi keutamaan Najib.
Iklas,
Rahim
salam dato,
ReplyDeletesaya bukanlah pakar ekonomi ke apa, saya yakin PM kita dah dapatkan khidmat nasihat pakar2 dan perunding2 ekonomi negara utk buat bajet 2013, tapi jgn la bagi alasan2 merepek kenaikan harga gula dikaitkan dengan pesakit diabetes, kalau rasa perlu naik kerana harga gula dunia dah naik, cakap sahaja tak perlu buat2 alasan tak masuk akal...
- Noob
TERIMA kasih kepada para pembahas.
ReplyDelete1. Sdr Awang Batuburuk, Wan Kamarul Ariffin dan Mohd Taib Kamin, a) Dua orang itu bukan antara 16 MP dan bekas MP yang jadi penasihat dan duta khas PM. Mereka ini tidak pernah jadi "yes men." b) Benar, Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim adalah antara pakar ekonomi/ahli politik terulung negara kita. dan c) Siapa yang saya maksudkan itu biarlah jadi teka teki.
2. Sdr Rahim dan Sdr Azhar, belanjawan bukanlah dokumen olok-olok yang dibuat dan dipinda sesuka jati semata-mata kerana pilihan raya. Itu sangat tidak bertanggungjawab.
3. Sdr Abullahngah, rompak kecil atau besar tetap salah. Menyogok rakyat supaya membutakan mata terhadap perbuatan salah lagi hina. Rakyat yang terima sogokan itu pun turut sama bersalah.
4. Sdr Cina Sarawak, kita sudah ada asas atau acuan belanjawan yang baik. Tapi nampaknya di negara kita, yang baik tak semestinnya dicontohi. Pembesar Malaysia suka ubah, hatta yang baik semata-mata untuk buktikan yang mereka berkuasa. Kita bukan negara yang hormati sejarah. Malah kita buta sejarah.
Terima kasih.
Salam Tok Scribe!
ReplyDeleteSaya mendapati 2 masukan ahli ekonomi HishamH di laman webnya 'Economics Malaysia' paling membantu memberi pencerahan tentang kedua2 Belanjawan 2013 yg dibentangkan oleh pihak Kerajaan dan Belanjawan Alternatif yg ditawarkan oleh pihak Pembangkang.
Izinkan saya berkongsi pautan di sini untuk yg berminat:
http://econsmalaysia.blogspot.com/2012/10/budget-2013-some-thoughts.html
http://econsmalaysia.blogspot.com/2012/10/budget-2013-head-to-head-comparison.html
Dato.
ReplyDeleteBudget 2013 .
Kesimpulannya adalah budget pilihanraya 13.
Baiknya ialah bila gajah besar sama gajah besar bertarung hendak kuasa berebut jawatan,berkuasa dan pangkat rakyat jelata dapat habuan.
Yang berebut kuasa dan jawatan ini pun bukanlah untuk faedah rakyat sangat.Ada yg pernah kecewa angkara sendiri punya fasal.
Ada yg mahu jawatan dan kuasa kerana kepentingan sendiri.
Budget 2013 adalah budget yg luar biasa .Hanya untuk rakyat biasa juga.
Habuan untuk rakyat luar biasa selalunya selepas itu lah.
Ini adalah sejarah.
Apa pun tahniah pada PM Najib kerana mampu memberi sesuatu pada rakyat biasa.
Lama juga rakyat biasa cuma merasai kuah dan tulang.Sekarang baru lah rasa sedikit nikmat daging kotak.
BN/PR sama-sama buat budget bodek rakyat biasa untuk mereka yang luar biasa.
Kelebihan ada pada BN.
Rakyat terima saja siapa yang beri dulu.
PRU 13.Rakyat nak tengok calon dulu.Parti soal kedua.
Walaupun budget terbaik tapi kalau calon teruk dan tak terpakai tidak memberi apa-apa erti pada BN.
Terima kasih.
Ab,
ReplyDeleteTidak perlu pandang ke US, Europe atau Jepun. China dan India adalah dua ekonomi yang paling berjaya dalam tempoh 10 tahun terakhir ini.
Apa yang mereka buat ialah mengukuhkan asas ekonomi dalaman terutamanya sektor pertanian dan industri pemakanan.
Bezanya bila China kini masih kuat bertahan berbanding India, adalah kerana mereka menggunakan lebihan dana negara untuk membuat stok penimbal bagi barang-barang makanan, terutamanya 5 tahun kebelakangan ini.
China juga mempunyai sistem dua matawang (satu untuk perdagangan local dan satu untuk perdagangan antarabangsa) bagi melindungi diri dari impak luaran.
Berbeza dengan Malaysia; bila harga minyak naik mendadak dan pendapatan negara juga meningkat mendadak, kita lebih cenderung membina masjid kristal, pengelolaan lumba layar, pembinaan bangunan runtuh, mengadakan pengabungan mega GLC, meliberasikan pemilikan tanah kepada orang asing, mengembangkan portfolio GLC (termasuklah KWSP) ke negara-negara maju selain melabur dalam REIT antarabangsa.
Kononnya sudah sembuh sepenuhnya dari impak krisis 1997-1998 sehingga sanggup meninggalkan preskripsi tambatan ringgit.
Pertumbuhan ketara dalam sektor pertanian pula bertumpu kepada penternakan ikan eksotik, burung walid dan buah-buahan selain yang bersifat komoditi seperti kelapa sawit. Semuanya berorientasikan EKSPORT.
Adakah krisis bawang (akibat kemarau di India) dan krisis beras (akibat banjir di Thailand) tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kita? Sila semak, kenapa daging lembu kita, harganya tidak banyak beza berbanding harga lembu Australia?
Sila juga rujuk dimana kedudukan ekonomi China dan India pada 20 tahun yang lepas.
Nakkan contoh yang lebih kecil, rujuk Brazil.
Selain itu boleh juga rujuk kepada Republik Ireland beberapa tahun selepas IRA meletakkan senjata.
Anda juga boleh rujuk apa kedudukan Brazil dan Ireland 20 tahun yang lepas.
Bagi yang mahu komen dengan merujuk China dan India sebagai punya rakyat yang beratus juta sekaligus punya segmen consumer local yang amat besar, saya katakan, lihat kedudukan ekonomi Singapura 30 tahun yang lepas.
Sebelum matawang mereka menjadi semahal sekarang, industri sumber tani mereka hanya sedikit rendah kemajuannya berbanding Taiwan.
Fed Up
Y.Bhg Dato'@ Minta maaf Dato. Saya tidak sekali-kali bermaksud Bajet Negara boleh dibuat secara olok-olok. Saya berpendapat Najib harus menggunakan setiap kebijaksanaan dan kesempatan untuk mempastikan BN terus menerajui Putrajaya.
ReplyDelete2.Saya juga tidak fikir Bajet yang disediakan terlalu luar biasa sehingga memberikan gambaran negatif seolah-olah Kerajaan sekarang tidak bertanggong jawap.
3.Saya nampak juga ada komitment Kerajaan untuk mengurangkan defisit kepada suatu nisbah yang boleh diterima dan dihormati oleh pasaran sekiranya Negara ingin menjual bon untuk membiayaai defisit tersebut.
4. Proses penyedian kebiasaannya Bajet melalui peringkat-peringkat yang melibatkan ramai pakar-pakar dalam Kerajaan dipelbagai Kementerian.
5.Saya yakin tidak mudah bagi Najib untuk sewenang-wenangnya mengusulkan sesuatu tanpa nasihat pakar-pakar mengenai kedudukan dari segi kemampuan mengutip hasil dan yang paling penting adalah kemampuan untuk melaksanakan perbelanjaan. Setiap tahun negara mengalami shortfall dari segi perbelanjaan pembangunan berbanding dengan peruntukan yang diluluskan.
6.Saya percaya sekiranya pegawai-pegawai Kerajaan dapat menterjemahkan Bajet 2013 kepada pelan tindakan yang aggresif dan berkesan, banyak faidah yang boleh diperolehi oleh rakyat dan Kerajaan mampu untuk bebelanja dengan jangkaan hasil yang munasabah.
7. Najib hanya perlukan kebijaksanaan untuk menentukan BN terus berkuasa. Berbeda dengan setengah Negara lain yang mana politk tidak stabil sehingga membawa porak peranda kepada Negara untuk sesabuah Kerajaan hendak ditegak atau dikekalkan kuasa.
8. Bajet sudah disediakan. Bagi mempastikan kejayaannya maka kita patut sokong tidakkira apa fahaman politik supaya kestabilan ekonomi Negara tidak terancam.
9.Persepsi orang luar juga penting bagi kestabilan kewangan Negara.
iklas,
Rahim
Sorang lagi, MP ... dari PPinang I think ... aduhhh lupa pula namanya ... formerly with TDM ... yang TDM jemput ke Latin America to cerita to him about how cash moves in and out of the country ... something like that ...:)
ReplyDeleteAbout cash gifts ... please ... let's look at how to help our people in education ... education ... education ... and ... health ... and food production ...
Recent incidences jolted me about the dropouts among Pelajar Melayu ... dropping out at secondary level. I am aware of indigenous children dropping out at primary level ... but these pelajar Melayu I cannot comprehend ... yet ... mereka bukan di pedalaman ... di bandar ... bagilah cash tu to increase provisions (either aids or remedial provisions) in schools supaya ada ruang bagi membantu pelajar yang menunjukkan kecenderungan menjauhkan diri dari alam persekolahan ... to some mungkin ... bukan anak kita ... bukan permata kita ... but kesian saya anak-anak negara ... Deming (1986) kata everyone is educable ...
XERONINE
p/s: am very happy to see tanah sawah diperjalanan dari seremban ke kuala pilah yang dipinjamkan ke dragon sudah kembali ke padi ... alhamduLillah...
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteBelanjawan kali ini istimewa sedikit dari tahun tahun sebelumnya,kenapa? sebab ada 2.
Belanjawan dari kerajaan yang memegang kuasa adalah yang sebenarnya patut di bahaskan,kerana itu sebenarnya yang boleh dirakyatkan hasilnya,sama ada baik atau tidak.
Jikalau pembangkang perlu buat belanjawan pon mereka bolehlah buat dinegeri yg mereka perintah, dengan itu rakyat boleh nilaikan kejayaan mereka, tapi kenapa nak buat belanjawan negara,itu belum jadi tanggungjawab mereka lagi.Jikalau benda yang belum jadi tanggungjawab lagi,mereka tak komited dalam membuat keputusan,kerana mereka tahu mereka tidak akan dipertanggungjawabkan,mereka buat benda yang diluar dugaan hanya kerana nak di buat perbandingan sahaja,bagi saya itu adalah tidak adil buat pemerintah.
YBhg The Scribe
ReplyDeleteSalam Hormat
Canggih Bahasa
(pekan kunjung unga natural gas)
Bukankah Budget2013 ini memudahkan penyelaksanaan GST?
"saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan ini"
- kenapa, Datuk?
canggih bahasa merendahkan diri
dan betulkah ada usaha baik untuk mengalakan pertumbuhan ekonomi mesra syariah yang mantap? Siapakah yang akan melabur dalam model ekonomi mesra syariah itu bilamana matawang USD dan Euro masih bermaharajalela; george washington berlabuh di kelang; dan "natural gas futures rose 2 cents to $3.24 per 1,000 cubic feet in New York"?
canggih bahasa merendahkan diri
Apakah tanpa budget 2013 ini pertubuhan ekonomi negara tetap akan tumbuh saperti ramalan IMF san World Bank dan pakar-pakar mereka?
canggih bahasa merendahkan diri
baru begini dah pening - bila kena 'spin' nanti mengangguk mengia sahajalah macam orang lesu setengah sedar - bak terkena biol lah, Dato'
Terima Kasih kerana ada budget2013 walau apa pun ia tetap budget;
canggih bahasa merendahkan diri
engkau tuhan katakan
Sekian
itu yang saya cakap ngan kengkawan tak payah lagi pegi mengundi buat habis duit minyak je pegi tempat mengundi
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Sungguh menarik tajuk kali ini. Setengah dari kita melihatnya dari segi emosi dan yang lain dari segi strategi. Memanglah kedua-dua pihak mahu menang dan dengan itu mengeluarkan bajet untuk menarik perhatian rakyat. Ini sebenarnya perkara yang serious dan bukan main-main.Kita boleh memperhalusi apa yang dibentang dan dengan itu membuat kesimpulan yang mana menguntungkan kita.Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak semata-mata melontarkan sesuatu untuk kita berfikir bersama-sama. Mungkin sesetengah pihak masih ada masa untuk membuat pembetukan sebelum terlambat. Masalah kepimpinan kita "one track minded" dan tidak mau mengambil pendapat pihak lawan walaupun ianya baik untuk negara. Pemerintahan adalah untuk rakyat. Pemimpin perlu meringankan beban rakyat jika terus mahu memimpin. Saya mulakan dengan membincangkan kutipan tol berbanding dengan pemberian cash one off.Sekiranya tol dimansuhkan maka faedahnya kepada saya yang balik kampong tiap-tiap hujung minggu RM 20 X 4 = RM 80 sebulan atau RM 960 setahun.Ini akan dinikmati berterusan. Begitu juga pemberian air percuma.Sekarang dengan wujudnya 5000 orang menyaman Kerajaan Negeri menunjukkan gulong miskin memerlukan air percuma.Dengan mengeluatkan pandangan tersebut bukan bererti saya bersama dengan PR sekadar memberi ingat betapa besar impaknya kepada pengundian PRU 13 jika setiap rakyat muka mengira apa yang mereka akan perolehi dari bajet kedua-dua pihak itu.
Salam Datuk A Kadir Jasin,
ReplyDeleteDulu belanjawan, sejak Tun M jadi bajet. Mungkin sebab tak nak kaitkan dengan (belanja) Wan Azizah. Sama ada musim PRU atau tidak, bajet tetap disedia dan dibentang setiap tahun. Tahun lepas, hampir-hampir BN hilang kerajaan kerana tidak cukup undi untuk luluskan bajet dalam Parlimen. Harap-harap sejarah mengajar kerajaan pimpinan DS Najib agar lebih berhati-hati tahun ini. Jangan sampai terpaksa batalkan penerbangan untuk ke Parlimen mengundi luluskan bajet 2013.
Defisit dikurangkan tapi pembangkang berdendang mengatakan ketika Anwar Menteri Kewangan, dia buat lebih baik. Membandingkan dua zaman dan keadaan berbeza tentulah tidak adil untuk perkara yang sama. Thaksin (Thailand) dulu pun beri tunai 5000 bath kepada rakyatnya yang layak. Dia cuma sempat beri sekali sahaja, selepas itu dia tumbang. DS Najib dah umum BR1M kedua, siap ada tunai khas untuk anak muda, RM250 dan subsidi telefon pintar. Bertuah jadi anak muda zaman sekarang.
Salam DAKJ
ReplyDeleteJANJI DITEPATI
Bagi sayalah, apa salahnya kerajaan memberikan sedikit ole-ole utk seluruh rakyat Malaysia yg layak. Apa salahnya rezeki pertumbuhan ekonomi malaysia yg pesat dikongsi bersama-sama dgn rakyat jelata. Itu tandanya kerajaan amat prihatin dan adil dalam perlaksanaannya. Bersesuaian dgn konsep JANJI DITEPATI.
Memanglah org–org kaya tak suka, tapi sebahagian besar penduduk Malaysia yg layak mengundi amat bersyukur dgn pemberian tersebut. Dan akan diterjemahkan ke dalam kertas undi sebagai ucapan terima kasih yg tidak terhingga terhadap kerajaan UMNO BN. Itu tandanya bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan terhadap pemimpin yg pemurah dan adil.
Sebabnya, bila kerajaan UMNO BN berjanji, janji akan ditepati. Itu sebenarnya yg amat ditakuti oleh pihak lawan, juga beberapa individu. Bukan macam kerajaan Selangor yg disaman oleh rakyat sendiri sebab manifesto pilihanraya katanya tak semestinya ditepati.
Akhir kata, kepimpinan Dato’ Seri Presiden sebenarnya cukup prihatin dgn cadangan dari orang lama dan muka baru. Cuma janganlah terus melebelkan perkataan ‘menjahanamkan’ bila nasihat org lama dipinggirkan. Bukan apa, ‘strategi perang’ mesti betul kalau nak menang. Dan strategi sekarang berbeza dgn dulu-dulu. Janganlah ambil hati. Sekian TQ.
Salam kepada dato yang dikasihi semoga terus menulis dan mengkritik di blog ini. Bajet negara adalah satu penentu keawangan yang akan dibelanjakan bagi tahun tersebut dan juga menentukan hasil yang diperolehi oleh kerajaan pada tahun tersebut. Disini ada konsep yang diguna pakai (1) apakah perbelanjaan lebih dari hasil yang akan diperolehi oleh kerajaan (2) perbelanjaan kurang dari hasil yang akan didapati oleh pihak kerajaan. Ikut bajet yang baru dibentangkan pada bulan lepas ialah bajet pemikat dan penarik kearah menyokong bak kata pepatah SEMUT TAK AKAN DATANG TANPA ADA GULA..TETAPI APABILA DIA SUDAH MAKAN GULA PASTI SEMUT AKAN MATI.Begitulah kaedahnya rakyat yang diberi sesuatu tidak akan memikirkan sama ada pemberian itu nanti akan mengakibatkan negara muflis atau pun tidak kerana bagi mereka dia beri kita ambil dan rakyat tak minta pun itu semua. Kalau kita fikir balik ORANG BUTA TAK AKAN TAHU UNTUK MENCARI ARAH JALAN TANPA ADA TONGKAT....jadi apa yang patut kita beri kepada orang buta semestinya tongkat supaya dia pandai berusha....BR1M kos nya adalah tinggi bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk memperbaiki jalan kampong2 yang sempit dan tidak teratur supaya memudahkan bagi penduduk desa untuk menggunakan jalan yang elok bagi memasarkan barangan mereka dibandar kerana itu adalah pendapatan berpanjangan yang boleh membantu mereka secara berterusan. Kerajaan yang prihatin ialah kerajaan yang memandang rakyat secara berterusan tanpa ada had masa tertentu. Secara keseluruhan BAJET nasional ini agak membingungkan para penganalisa ekonomi kerana pada masa ini ekonomi tidak begitu mampan dan sentiasa menyusut.....anak2 muda tidak perlu rebat smartphon pun yang perlu bagi mereka ialah pelepasan cukai pendapatan ataupun diturunkan takrif insurance kenderaan....tapi bagi kerajaan BN mungkin ada sesuatu yang diperlukan dari BAJET ini...bagi rakyat gunakan la akal kita untuk membuat perbandingan, T/Kasih DATO.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSangat setuju dengan tulisan Dato'.
Pemberian subsidi untuk telefon pintar adalah paling tidak efektif untuk ekonomi negara. Adalah lebih baik jika duit tersebut dibelanjakan untuk meningkatkan kemahiran para belia kita dengan memberi latihan-latihan yang bersesuian untuk meningkatkan kemahiran mereka yang mana akan meningkatkan produktiviti mereka. Ini adalah lebih selari dengan matlamat negara untuk mencapai rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Daripada beberapa bantuan dalam bentuk one off yang disebut dalam belenjawan 2013, pada pendapat saya vaoucer buku sahaja yang patut deteruskan kerana ia dapat menggalakkan rakyat kita membaca.
Sdr fed up
ReplyDelete"Saya setuju sangat dengan ungkapan "Subsidi Pengeluaran".
Contohnya hasil padi.
Selain pengurusan pengairan dan tali air, kenapa tidak digalakkan koperasi seperti dilakukan kepada pertanian getah? Bila berlaku kerosakan, yang penting adalah benih untuk penanaman semula selain perbelanjaan apa yang patut sementara menunggu hasil yang baru.
Ini, tidak, diadakan pula skim insuran. Dimana pembelian benih kemudiannya tentu akan kena mark-up. Itupun masalah pengairan kemungkinan besar akan berterusan. Sara hidup petani sementara menunggu hasil seterusnya, bagaimana pula?"
Untuk maklumat sdr ladang padi FELCRA di Seberang Perak sudah sekian lama diusahakan secara koperasi, di mana koparasi tersebut merupakan antara yang terbaik di Malaysia.
...SAJI
Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya kira suhu kebimbangan politik Najib ditahap yang 'alarming' dengan asakan Bekas Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dan peninggalan warisan yang tidak cantik oleh Pak Lah.
Di mata rakyat Anwar juga bekas Menteri Kewangan jika dibandingkan dengan Hadi Awang, Lim Kit Siang atau Karpal Singh yang hanya membangkang tanpa pengalaman jadi menteri.
Najib lebih tahu tentang suhu politik ini dari mereka yang diluar atau yang sudah mantan.Tun M tahu. Najib juga pernah menjawat Timbalan Menteri Kewangan 1981-1982. Dan ketika dan masa ini Najib terpaksa mengukuhkan kedudukan politik beliau sebagai prioriti utama.
Mereka yang komen di luar itu mungkin masih memakai teory ketika mereka berkhidmat di bawah pentadbiran Mahathir yang kuat.
Saya kira Budget ini adalah budget 'polical survival' dan teory-teory lama sudah menjadi sejarah buat seketika.
WALLAHU'ALAM.
Saji,
ReplyDeleteTerima kasih kerana betulkan saya. Terima kasih juga kerana dengan secara tidak langsung, "cadangan" saya itu praktikal.
Kadang-kadang saya bingung apabila sering terpapar berita dari Kelantan dan Kedah, kisah petani merayu bantuan kerajaan sejurus selepas dilanda masalah banjir, kemarau atau masalah serangan haiwan/serangga perosak.
Isu yang sama berbangkit bila penternak ikan sangkar di Sungai Pahang mengalami masalah penuba haram.
Bukankah sejak zaman TDM lagi kita mahu melihat rakyat kita membuang tongkat?
OKJ,
Orang Hulu Selangor dah dapat ke geran tanah?
Saya percaya, jika penyaman kerajaan Selangor berjaya, kes itu akan menjadi kes rujukan untuk orang Hulu Selangor membuat tuntutan mahkamah.
Atau mungkin Pak Lah juga akan diseret ke mahkamah atas janjinya sebelum menaikkan harga minyak petrol kearas lebih dari RM2.
Nasib baik perjanjian royalti minyak adalah antara negeri-negeri dan Petronas (walaupun inisiatifnya adalah dari Menteri Kewangan).
Sudah 55 tahun BN memerintah. Sudah banyak perkara yang dijanjikan. Betulkah sudah pasti yang SEMUA janji itu telah ditunaikan?
Yang tak akan saman adalah SJKC kerana janji kepada mereka cepat-cepat ditunaikan, tidak lebih dua minggu dari tarikh mengundi.
"I scratch your back, you scratch mine"
Betulkah "skim anugerah" itu diberikan kerana pertumbuhan ekonomi malaysia yg pesat?
Jika betul, kenapa masih perlukan GST atau skim insuran perubatan?
Jika betul, kenapa Pak Menteri asyik merujuk kepada masalah ekonomi di US dan Eropah bila bercakap tentang ekonomi negara?
Jika betul, kenapa masih perlu mengamalkan bajet defisit?
Berapa gred doktor pakar? Gred 54? Atau lebih tinggi? Apa yang anda tahu tentang kesusahan orang susah?
Doktor pandai cakap kat pesakit, "amalkan pemakanan yang sihat" tapi jarang doktor yang sedar apa sebenar, kos modal ringgitnya untuk "amalan pemakanan yang sihat".
Kalau sudah kata diri itu intelek, bagilah hujah yang intelek juga.
Jika tidak, pergilah tebang pokok.
Fed Up
JANJI DI TEPAT?!
ReplyDeleteEkonomi
Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
Mengurangkan lagi defisit fiskal negara
Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi
Keselamatan
Mengurangkan indeks jenayah negara
Menangani isu pendatang asing tanpa izin
Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam
Urus tadbir kerajaan
Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa
Pendidikan
Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,
Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil
Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
Pembangunan
Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli – Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu
Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas
Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru
Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu
Perkhidmatan awam
Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan
Cepatkan pengeluaran lesen dan permit
Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam
Agama
Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari
Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah
Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama
Maaf saya kurang arif dengan manifesto bn2008, Sdr OKJ; maka saya harap anda boleh cerita mengenai perkara ini.
Sekian
salam dakj
ReplyDeletepemberiaan RM500 kepada mereka yang berpendapatan kurang RM3000 itu saya setuju sangat.
sebab ramai rakyat malaysia yang miskin dan tinggal di luar lembah kelang tidak atau tidak pernah menikmati kemudahan yang berbilion ringgit yang disediakan kerajaan di lembah kelang.
MRT,lrt,monorel,komuter,klia,terowong smart,rapid kl,leburaya,klcc dan lain lain lagi.mereka yang tinggal di pulau-pulau seperti sebatik ,banggi,langkawi,tioman sabah, serawak dan luar lembah kelang,mungkin sekadar menikmati gambar kemudahan tersebut sahaja atau sekali sekali ketika berkunjung ke kl.
salam dakj
ReplyDeletepemberiaan RM500 kepada mereka yang berpendapatan kurang RM3000 itu saya setuju sangat.
sebab ramai rakyat malaysia yang miskin dan tinggal di luar lembah kelang tidak atau tidak pernah menikmati kemudahan yang berbilion ringgit yang disediakan kerajaan di lembah kelang.
MRT,lrt,monorel,komuter,klia,terowong smart,rapid kl,leburaya,klcc dan lain lain lagi.mereka yang tinggal di pulau-pulau seperti sebatik ,banggi,langkawi,tioman sabah, serawak dan luar lembah kelang,mungkin sekadar menikmati gambar kemudahan tersebut sahaja atau sekali sekali ketika berkunjung ke kl.
Salam dato,
ReplyDeleteIkut kata auditor, pendapatan kerajaan (2011/12) dalam 185 bilion ringgit, dalam 6 ribu lebih sikit dari seorang penduduk negara.
Ikut pelan bajet 2013, belanja mengurus negara dalam 201 bilion ringgit, dalam 7 ribu ringgit lebih seorang rakyat malaysia(tak masuk belanja pembangunan dalam 50 bilion ringgit dalam 1,800ringgit, seorang lebih kurang).
Kalau ekonomi tak berapa baik la,
buatnya tak sampai 200 bilion ringgit terkumpul dari rakyat,macam mana nak bayar belanja mengurus ni ?, `pinjam' duit pembagunan atau pinjam duit baru?.
SUSAH betui la nak kira kira hai hai macam ni....! patut la selalu pakar pakar ekonomi `tersasar' dan `tersasul' kut ni....
Tenguk la macam mana nanti...tiap tiap tahun kata bajet bagus, kata yang pakar semua kata bagus juga bajet setiap tahun, yang tak pakar kata lagi la baguih,tapi banyak kali `keok' juga akhiaq nya....
`Bagus' tu sekelip mata saja kut, a very very short timeframe asessment punya methodology...
Abu Bakar Ab Rahman
masalah saya, KERAJAAN memberi imbuhan terlalu besar dan berulang ulang kali kepada ahli ahli sukan yang mewakili malaysia dan menang... saya setuju, jika ianya berpada pada... ATE, mun lat melukut asyik muka itu aje yang kenyang.. bukan ke,deme ni akan berkata "... akan menangguhkan persaraan sebab bla.bla.bla...." piiiirahhhhhhhh
ReplyDeleteTETAPI, tidak menjadi masalah kepada saya jika... kerajaan bagi sekali, sementara pihak swasta untuk imbuhan seterusnya.. deme dapat rebit cukai !!!!
Dato.
ReplyDeleteDasar dan janji boleh jahanamkan ekonomi.
Bukan itu sahaja ada juga dasar dan janji yg boleh menjahanamkan agama Islam,Bangsa Melayu,Bahasa Melayu,Budaya Melayu dan Tanah Melayu.
Melayu sedang menempah kerugian dan kehancuran.
Terima kasih.
Salam Dakj
ReplyDeleteDakj, antara lain berkata, saya pun tidak tahu dari mana kerajaan dan pembangkang – kalau ia menang – hendak mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan negara kerana pada masa yang sama mereka berjanji mengurangkan cukai itu dan ini.
Yang kita dengar.
Jika Dato' pergi ceramah PR atau baca media alternatif/ pro pembankang, setidak-tidaknya, pihak pembankang/PR kata mereka akan mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan negara melalui penjimatan perbelanjaan dengan menjelaskan 2 perkara berikut:
a/ Apabila pengurusan sampah setiap PBT di Negeri Selangor tidak lagi di berikan terus kepada Syarikat Alam Flora (seperti dilakukan oleh kerajaan negeri BN sebelumnya ) tetapi diberikan kepada syarikat2 lain melalui tender terbuka penjimatan kos dinikmati oleh PBT2 berkenaan.
b/ Mengurangkan kos projek per M/Persegi atau K/Persegi (berbanding dengan kos projek di bawah belanjawan kerajaan BN semasa dan sebelumnya) dengan cara menawarkan projek kepada kontraktor secara tender terbuka dengan memberikan beberapa contoh projek di bawah tadbiran Kerajaan Negeri PR.
...SAJI
Sdr Lahuma
ReplyDelete"Dasar dan janji boleh jahanamkan ekonomi.
Bukan itu sahaja ada juga dasar dan janji yg boleh menjahanamkan agama Islam,Bangsa Melayu,Bahasa Melayu,Budaya Melayu dan Tanah Melayu."
Maknanya, UMNO yang diberikan kuasa dan diamanahkan oleh orang Melayu selama lebih setengah abad itu tidak cukup bagus untuk menjaga kepentingan agama orang Melayu Islam,Bangsa Melayu,Bahasa Melayu,Budaya Melayu dan Tanah Melayu.
...SAJI
dato mana pergi duit berbilion2 pada zaman,pah lah.mana pege nya,bila pembangkang membentangkan bajet mereka,kata negara muflis,macam kat kerajaan PKR selangor,bukan main lagi kata selangor kan muflis sebab bagi air free,tapi sekarang ,lagi banyak duit selangor adalah lagi,audit dah terbukti,walaupun ada yang rugi,tapi masih terbaik dari pegurusan duit,apa macam negeri umno bn pegang,macam melaka,buat hutang reti,bayar sikit,lain kali,jangan serkap jarang,tanah melayu kita,ini banyak hasil,tapi kroni saja yang makan ,rakyat cuma dapat,500 hinggit,
ReplyDeleteMODEL EKONOMI BARU MESRA SYARIAH
ReplyDelete(menjawab volatility kapitalisma gering)
Susah bila Mahaguru mohon satu rangka model mantap ekonomi baru harus dipertengahkan oleh kerajaan.
Tetapi si-lanunbahasa hanya tahu mengkritik: hindsight wisdom; sama saperti dua bekas menteri yang saperti bankai bernyawa menyalak bukit yang disebutkan dalam posting The scribe ini.
(farkers with big pen parker, kata lanunbahasa)
Atonomi untuk Bangsamoro kemana arah tuju? adalah satu peluang bagi pakar ekonomi Islam pamirkan kebolehan mereka.
Tetapi bagaimana Acheh, dan Timur Leste?, bilamana dana pembangunan akan di'prioritas'kan ke Myanmar< Dato'?
Datuk AKJ,
ReplyDeleteKomen Datuk betul megenai UMNO/BN yg menjanjikan bulan bintang serta menaburkan emas perak pd rakyat sedangkan sumber yg didapati adalah dari hutang.Itu akn membahayakan negara.
Tetapi tidak bagi PR.Pihak kami tidak menjanjikan bulan bintang tetapi lbh kepada apa yg ada dibumi nyata.Pengurangan rasuah dan dasar pengurusan yg lbh efektif akan memberikan pulangan lebihan kewangan kepada kerajaan.Ini dpt dibuktikan melalui prestasi kewangan Kerajaan kerajaan negeri dibawah PR baru baru ini.Beza diantara Kerajaan PR dgn kerajaan UMNO /BN ialah PR memberi wang kepada rakyat kerana terdapat lebihan kewangan dan saiz hutang yg semakin menurun tyetapi UMNO berhutang utk memikat rakyat.Jauh bezanya tu.Antara langit dan bumi.Jadi utk menuduh PR sama mcm BN adalah terlalu awal sbb PR blm lagi buat spt mana BN buat.
Kita kena ingat dan malahan Datuk sendiri telah pun memberi komen byk kali mengenai ketirisan kewangan negeri dan negara yg dikuasa oleh UMNO dan BN adalah melalui rasuah dan kelemahan pengurusan.Perkara ini lah yg tidak mungkin dpt diatasi oleh UMNO/BN.Sbb dah tiba masanya kita ucapkan selamat jalan pd UMNO /BN
Tuan A Kadir,
ReplyDeleteBelanjawan negara kita samada dari BN ataupun PR adalah bersifat semata untuk memenangi hati majoriti pengundi. Majoriti pengundi tidak memberi perhatian langsung kepada bagaimana dan mampu kah pihak yang berjanji itu mengotakan janji janji manis tersebut. Defisit pun bukan satu isu besar kepada majoriti pengundi kita.
Kerajaan BN ini sangat arif tentang kehendak majoriti ini. Sebab itulah BN boleh bertahan bertahun tahun. Apa yang BN perlu beri adalah imbuhan yang direct dirasai oleh majoriti pengundi. Sebab itulah kita ada BR1M, bantuan RM 100 utk pelajar dll. Ini kehendak majoriti pengundi maka inilah yg BN kena beri.
Dalam menguruskan kewangan negara dalam keadaan deficit pun, kakitangan kerajaan masih diberikan bonus. Kita yang di swasta ini jika syarikat kita hanya at par sahaja pun dah panas telinga kena ceramah apatah lagi kalau deficit.
Saya yakin BN akan menang lagi dalam election kali ini. BR1M dan pelbagai janji yg diberikan terus kepada majoriti pengundi akan diberikan sebelum BN bubar parlimen maka akan lantang lah suara PM dengan slogan janji ditepati nya. Minoriti pengundi yang bayar cukai tetapi tidak layak terima habuan direct dari BN ini hanya akan menjeling sahaja lah.
Kesimpulan nya tuan, persoalan samada belanjawan ini munasabah/logik/terjangkau dalam lingkungan keupayaan BN ataupun PR adalah tidak penting. Yang penting adalah memuaskan hati majoriti pengundi yang akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti. Selepas menang nanti parti yg menguasai parlimen boleh lah bentangkan belanjawan tambahan untuk perbetulkan belanjawan yg lalu. Inilah yg BN buat sebelum ini.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteSebelum belanjawan PR umumkan bahawa mereka dapat jimatkan wang kerajaan, tapi bila selepas belanjawan hal penjimatan tah kemana perginya,rakyat merasa tertipu, siapa yang harus disalahan atau kerajaan mesti ambil tanggungjawab tersebut.
Di Selangor rakyat dah cukup menderita, menderita mental dan fizikal, kerana PR tak buat apa yang dijanjikan dalam manifasto mereka tempuhari, kepincangan dalam pentadbiran membuatkan rakyat menderita,Orang Islam yang mengundi Pas(PR) sangat sangat tertekan jiwa mereka,kerana sangkaan mereka hanya Pas yang akan membela nasib mereka hacur musnah disebabkan tindak tanduk pemimpin yang mereka pilih tak mampu melakukan sesuatu yang Islam tuntut.