Saturday, May 04, 2013

Cerita Dari Pulai: Sape-Sape Pun Tak Ape


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SETELAH melihat kempen BN di Kedah (Merbok dan Jerlun) dan DAP Melayu di Raub, sebentar tadi saya jenguk pula kempen PAS di P161 Pulai, Johor.

Di Kedah, saya berjumpa calon BN bagi Parlimen Merbok, Ismail Daut seorang bekas profesor di USM, calon DUN Tanjong Dawai, Tajul Urus Mat Zain dan calon DUN Bukit Selambau, Maran Mutaya.

Dalam PRU 2008,  BN kalah di ketiga-tiga kerusi tetapi kali ini mereka amat yakin akan rampas balik bukan sahaja tiga kerusi itu malah akan memperoleh semula Kedah. Mereka kata, orang sebelah sana – maksudnya orang PAS – pun mula sokong mereka.

Di Raub saya berjumpa calon Melayu DAP, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang bertanding kerusi Parlimen Raub dan Khairun Hakimin Mohd Ali PKR DUN Batu Talam. Mereka kata, keadaan lebih baik daripada 2008 kerana orang Felda pun mula benarkan mereka berkempen tetapi kampung-kampung Orang Asli (Orang Asal, kata mereka) masih tidak boleh ditembusi.

Saya berjumpa calon PAS bagi kerusi Parlimen Pulai Salahuddin Ayub di Masjid CIQ Link Kedua. Dia singgah solat Magrib di situ.

Salahuddin turut bertanding DUN Nusa Jaya sebagai rakan selarian calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Cukup menarik melihat Salahuddin berceramah di atas lori tiga tan di hadapan sederet kedai yang ada sebuah “pub” (kedai arak), sebuah pusat karaoke dan sebuah kedai makan Islam dengan dihadiri orang Melayu, Cina dan India.

Seorang tua yang saya dekati di situ berkata, dalam loghat JB yang tebal: “Sape-sape pun tak ape asal jangan gadoh sudah le.” (E dalam ejaan itu adalah e yang bertanda).

Alhamdulillah, polis Bukit Aman pun sudah panggil beberapa orang yang khabarnya berstatus VIP untuk “berbual-bual” kerana disyaki terbabit merancang kerja-kerja yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam dalam tempuh PRU ini. Tahniah PDRM.

PS – Saya ambil maklum dan ucap terima kasih kepada pembahas yang surah saya ke Makkah sekali lagi dan yang kata ada tanda bulan di dada saya. Saya tak ada “tatoo” apa pun di badan saya. Lagipun, sebagai wartawan pencen dan bukan blogger partisan, saya rasa adalah hak saya pergi ke mana saja dan jumpa siapa saja yang sudi jumpa saya.

39 comments:

  1. Salam datuk,

    Saya pengundi melayu bekerja di kuala lumpur, rumah di ampang. Saya tidak akan undi bn sebab kecewa dengan pemimpin umno pada hari ini. Menjerit ketuanan melayu tol sana sini, rakyat didahulukan kroni sapu dulu, pembaziran harta negara harga rumah mencanak gila. Kereta makin mahal cukup 9 tahun xde harga.benarkah umno tolong melayu cukup bulan saya anak beranak ikut perut makan magie. Duit gaji bayar rumah kereta buruk beli susu tepung anak tidak berbaki. Kerja part time baru merasa internat. Balik kg bini di johor dkt tepi bili kain murah ketua bahagian umno bukan main mewah lg . Rumah macam istana kereta lebih 10 biji tayang depan rumah bagai nak rak. Rakyat lalu sakit hati. Bila minta gaji naik kerajaan bawa bagla mari. Apa yang tolong melayu kalau tol sana sini. Datuk oklah dapat anugerah tokoh wartawan tak perlu brim. Saya anak 3 gaji 3 ribu makan pun miss. Macam mana saya nak tolong parti melayu kalau asyik penting diri dan kroni.

    ReplyDelete
  2. Salam Datuk,

    Ada bulan dihatinya, bintang di matanya, dan keris di tangannya ...

    Selamat mengundi datuk ... surely dengan mata hati insyaAllah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,




    Saya pilih parti yang telah berjasa pada saya hampir 60 tahun.



    Depa berbudi,saya berbahasa.TAPI kalau tak betui kita korek dan bantai kawa kaw... sampai depa buat baik baik balik.



    Ask youself on what you want,see what you have and have had,and see whether anything else that you need..than choose your government.


    DO NOT WASTE of what you already have.



    Your desire is always more than your needs, and your wants are always unlimited..nafsu la tu!.
    Tamak haloba.



    Pilih yang dah ada plan,yang nak execute the plan,ada duit dan ada otak...



    Kaki gaduh dan kaki demo hanya bagus untuk gaduh dan demo..not good for other purposes..bole la buat spare pukoi orang ,itu pun kalu ada orang nak bayaq!.



    Selamat mengundi.



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  4. Elok sangat jenguk Dan memantau - sambil menyelam minum air.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikom Datuk,

    Ini bahagian atau tuah seseorang. Bukan semua orang yang 'bertamunya' diterima oleh semua tuan rumah.

    Saya rasakan ziarah Datuk sangat mengujakan - berjumpa dengan rakan-rakan BN dan Pakatan di markas, surau, kedai kopi,.... dalam suasana murni dan ikhlas.

    Alangkah beruntungnya masyarakat jika wartawan yang masih bekerja dengan akhbar-akhbar dapat menikmati sedikit harga diri yang tidak pernah diberi kepada Kunta Kinte.

    ReplyDelete
  6. Aslkum Dakj

    Antara kandungan khutbah kelmarin ialah berpolitik danmelantik pemimpin yg baik, amanah, islamik adalah wajib bsgi setiap org Islam.

    Tadak ada istilah tak tau, tak ambil kisah maupun atas pagar. Oleh kerana kita org Islam maka menilai orang dan parti pemerintah jugak mesti berdasarkan nilai2 ajaran Islam. Bukan ikut perasaan atau ikutpertimbangan kepentingan peribadi.

    Yg pasti sejarah peribadi pemimpin UBN TIDAK MEMEPATI CIRI YG DIKEHENDAKI ISLAM LSNGSUNG.

    Sekadar mengulangi agar jadi panduan menjelang hari mengundi besuk iaitu UMNO:

    1. perintah ikut akal bukan hukum Allah.

    2. tanpa segan pd ALLAH DAN MANUSIA jadikan fitnah sebagai budaya. Spt isu mengkafikan ahli UMNO oleh TGHA, isu kalimah Aalah, PAS lari drpd perjuangan demi berkawan dgn PKR DAN DAP, kerajaan PAS KELANTAN salah guna kuasa kebas hingga 1/3 hutan balak di KELANTAN,video seks, sodomi,pencerobohan lahad datu.

    3. suka menghabiskan harta negara dgn pelbagai kos yg tinggi dan meragukan.

    4. menyekat rakyat mendapat maklumat spt kontrek UBN dan kroni melalui pelbagai undang2 zalim.

    5.sanggup mengadaikan nyawa polis dan perjurit demi menfitnah pembangkang.

    6. Lebih sayang pd pendatang drpd Melayu sendiri hinggakan ramai Melayu termasuk siswazah menggangur.

    7. membuat dasar cukai kereta yg membuatkan rakyat dicengkam beban hutang berpanjangan.

    8. mempromosi budaya tindas dgn membayar upah yg sgt rendah kpd yg dah sedia susah.

    9.hanya peduli dgn nasib rakyat marhaen bila menjelang musim PILIHAN RAYA dgn memberi sedikit rasuah jangka pendek spt BRIM.

    10. Lagak macam samseng asyik membuli...mereka boleh guna jentera dan wang rakyat walaupun berstatus kerajaan senentara. Terbaru seorang pegawai tentera ditukar 24 jam sebab pertikai dakwat yg tak kekal.

    11. sekat kuasa mahkamah dalam urusan Pilihan Raya. Taukah anda hakim2 tak diberi kuasa dengar petition yg pertikai senarai pengundi? Apakah tujuan UBN buat begitu? Pstulah NAJIB YAKIN TAK SUDAH. UBN MEMANG BERGANTUNG PD PENGUNDI HANTU.

    12. mencampur aduk buat kebaikan dgn kejahatan. Contohnya buat sekolah yg sepatutnya pd kos 5 jt di kembongkan jadi 20jt. buat istana negara sepatutnya 400jt naik jadi 900jt. buat hospital shah alam yg sepatutnya 400jt dah terbengkalai dan percayalah akan naik paling tidak jadi 900 jt. Kesannya tentulah peruntukan pd rakyat susah semakin tiada. Terbaru buat UNISEL SEPATUTNYA TAK LEBIH 270JT TAPI JADI 1450JT. MAMPUS PELAJAR KENA DERA BAYAR YURAN TINGGI.

    Kpd pembodek UBN. DIAKHIRAT NANTI JANGAN GUNA ALASAN BODOH SPT TAK TAU, HANYA CARI MAKAN ATAU TIADA SIAPA BERI NASIHAT.

    DEMI MASA DEPAN SDR2 DAN ANAK CUCU TOLONGLAH BERI PELUANG PD PR PULAK KALI INI.

    5.

    ReplyDelete
  7. As salam dato

    Semoga SA menang Di Pulai
    P.s wartawan/blogger mazidul dah semakin sewel dan sakit jiwa...

    ReplyDelete
  8. Segara dan penting. Awas awas awas.

    Sdr Kluangman, hanya orang yang tidak tahu menyelam saja berkata, sambil menyelam minum air.

    Kalau kita menyelam dan munum air, kita pasti lemas dan munkin mati kalau tidak cepat sedar atau tidak diselamatkan.

    Kadang-kadang pepatah dan ungkapan Melayu kurang atau tidak saintifik. Misalnya: "Cenderawasih burung di awan, terbang tinggi berkawan-kawan."

    Sebalinya, burung cenderawasih adalah burung di hutan dan bersendirian. Ia berkumpul hanyalah ketika mengawan. Masa itulah burung cenderawasih jantan memperlihatkan bulunya yang warna-warni dan kehebatannya menari "moon walk" yang Michael Jackson tiru.

    Cenderawasih bersayap pendek maka nisbah weight-to-power tidak hebat jadi ia tidak terbang tinggi.

    Jadi kalau Melayu saintifik, liriknya harus berbunyi: "Cenderawasih burung di hutan, terbang rendah tidak berkawan."

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Kampong man9:01 AM

    Salam Dato,

    1.Kedua belah pihak menaruh harapan yang tinggi untuk menang. Walaubagaimana pun saya diberi tahu dari sumber perisikan yang sahih mereka yang MENGKHIANATI negara akan dibawa ke meja perundangan dan tindakan diambil sekira terbukti bersalah.

    2.Kita tidak perlu memburukan negara dari luar bagi meraih simpati konon pilihanraya kita di Malaysia ini tidak telus menyalahkan SPR ,PDRM dan agensi kerajaan yang lain.Kepada TGNA, LKS, DSAI PRU 13 ini adalah last kopek kata anak muda di kampong bagi karier politik mereka.Mereka gembira kerana calon bagi Parlimen Mesjid Tanah dan DUN Kuala Linggi adakah saorang peguam dan arkitek. Pilihan pelapis muda professional winnable candidates BN yang tepat bagi daerah kampong saya di Melaka.

    PERCAYALAH KEPADA FAKTA PENCAPAIAN NEGARA SELAMA INI.TIDAK MUDAH MENTADBIR NEGARA.SELAMAT MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT .JIKA MASIH RAGU BERISTIQARAH BAGI PETUNJUK. Wallahwualam.

    ReplyDelete
  10. antisyaitan9:39 AM


    Saya masih merayu supaya rakyat Malaysia menjatuhkan KIRAM = Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi dlm PRU13.

    Selamatkanlah Negara Malaysia yang tercinta ini dari Kumpulan KIRAM yang telah memerintah selama lebih 55tahun.

    ReplyDelete
  11. x-umno10:17 AM

    Assalamualaikum Datuk. Semoga sihat sejahtera. Izinkan saya.

    Pertama, ramai pengundi seperti saudara AB undi BN dgn alasan: "Saya pilih parti yang telah berjasa pada saya hampir 60 tahun"

    PRU ialah masa utk kita pilih pemimpin baru. Bukan pemimpin 60 tahun yg lalu. Takkanlah tak nampak lagi kegagalan pemimpin sekarang. Pendatang asing. Gaji murah. Kos sarahidup meningkat. Kita mahukan yg lebih baik. Bukan statik.

    Kalau kita kaya, kasihanilah majoriti yg miskin. Bukan sekadar menyuruh org miskin beratur menerima BR1M RM2 sehari.

    Kita semua tahu bahawa iman tidak boleh diwarisi, apatah lagi kepimpinan. Kita mengundi 222 org yg akan membuat dasar. Kita tidak mengundi kakitangan kerajaan yg melaksanakan dasar. Jika tidak ada check-n-balance, tidak ada pesaing dalam politik negara, maka sampai bila pun kita akan ketinggalan.

    Sekarang Allah telah menunjuk jalan untuk kita memilih rezeki dariNya. Kita hanya perlu memangkah calon yg betul.

    1. Perubahan pemimpin akan menjadi satu pemangkin kepada pengurangan budaya rasuah dan salah-guna kuasa.
    2. Pendidikan percuma hingga ke universiti utk masa depan anak cucu kita.
    3. Caj tol untuk berjumpa sanak-saudara dan pergi kerja akan dikurang dan ada yg akan dihapuskan.
    4. Harga kereta yg dua kali ganda dari harga sepatutnya akan dikurangkan. Sekarang kita bayar bunga ke atas cukai+harga kereta.
    5. Di Johor, kadar air paling tinggi di Malaysia walaupun Johor jual air ke negara luar Singapura. Caj tambahan elektrik dinaikkan tanpa pengetahuan pengguna. Tanggungjawab asas kerajaan diniagakan untuk keuntungan peribadi.
    6. Kawalan harga minyak boleh mengurangkan kenaikan inflasi daripada tunai BR1M yg menggalakkan inflasi. Rasulullah mengajar kita berusaha bukan beratur mendapatkan BR1M RM2 sehari.
    7. Sila baca lagi manifesto PR.

    Anggota keselamatan kita cukup bersedia menangani keadaan jika berlaku peralihan kuasa. Yg tidak bersedia ialah pemimpin sekarang yg mewarisi kepimpinan sejak 60 tahun yg lalu.

    Saya lebih risaukan tahap siapsiaga anggota keselamatan jika berlaku rusuhan pendatang asing yg berjuta ramainya di negara ini.

    Kalau UMNO kalah, yg menang org Melayu juga. Bezanya PAS. Yg kalah akan dapat pencen dan kedudukan yg baik dalam bidang pekerjaan lain. Bukan kalah mati. Lima tahun kemudian kita kaji semula dan pilih yg lebih baik.

    UBAH.

    ReplyDelete
  12. As Salam Dato...........apa pandangan Dato mengenai analisis dari satu bloger ini? Syukur Alhamdulillah semua artikel berkaitan PRU 13 mendapat sambutan hangat dari anda sekalian satakat ini. Dengan dorongan anda sekalian, saya telah dapat menyiapkan ramalan untuk kawasan parlimen, walaupun ini memerlukan masa yang banyak untuk menyiapkannya.

    Saya tidak perlu menperkenalkan diri kepada anda yang kerap berkunjung ke laman blog ini, tetapi bagi mereka yang baru terdorong melawat ke sini, terutama dimasa demam pilihan raya sekarang, saya perlu memberi sedikit informasi tentang rekod dan kaedah ramalan.

    Sejak kita memulakan projek ini, kita telah menyiapkan ramalan untuk 12 pilihan raya kecil sejak tahun 2009 lagi. Kita juga telah menyiapkan ramalan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam tahun 2011. Ramalan-ramalan in terbukti ketepatannya , kecuali di satu kawasan sahaja. Kesemua ramalan yang lepas boleh diakses dalam blog ini.

    Ramalan dibuat dengan kaedah multiple regression analysis untuk menghasilkan model yang memerlukan input data yang banyak dari semua kawasan pilihan raya, iaitu sebanyak 222 kawasan parlimen kesemuanya. Beberapa faktor telah dipilih untuk diujikaji bagi mempastikan signifikannya data tersebut dalam model yang akan digunapakai.

    Faktor-faktor penentu (independent variables) yang telah diujikaji dan terpilih sebagai signifikan untuk sesuatu kawasan parlimen ialah jumlah pengundi Melayu, Cina,India, dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah, faktor pengaruh parti dalam kawasan tersebut dan berapa kali penyandang telah bertanding sebelumnya. Semua faktor diatas didapati sangat signifikan, yakni memberi kesan yang ketara keatas keputusan pilihan raya.

    Dalam ramalan ini saya menganggarkan sokongan pengundi Melayu kepada BN diparas 61%, undi Cina 25% dan undia kaum India 60%. Juga saya inputkan aras kekuatan tradisi BN di dalam setiap kawasan pilihanraya.

    Dalam membuat ramalan ini, saya ketepikan fahaman politik sendiri bagi menghasilkan ramalan yang objektif dan terbukti tepat sebelum ini. Sama ada ramalan kali ini juga setepat itu, Allahu ‘alam, Allah sahaja yan mengetahui, dan insya Allah kita akan bersama-sama tahu pada 5 Mei ini

    Dalam menyediakan ramalan saya akur dengan respond anda sekalian. Pengunjung pengunjung dari BN biasanya gembira, tetapi yang dari PR ramai yang marah kerana ramalan untuk kawasan kawasan DUN setakat ini memihak kepada BN.

    Hasil kajian menunjukkan BN akan menang dalam PRU ke 13 dengan memperolehi majority melebihi 2/3. Butiran seperti dalam jadual di bawah:

    Jadual: Ramalan Keputusan Pilihan Raya Parlimen Malaysia Tahun 2013

    Semenanjung BN Minima BN Maxima
    BN 113 121
    DAP 27 26
    PKR 17 13
    PAS 8 5
    Jumlah 165 165
    Sabah & Sarawak
    BN 46 49
    DAP 8 7
    PKR 2 1
    PAS 0 0
    Bebas 1 0
    Jumlah 57 57
    Jadual di atas menunjukkan dalam senario minima BN akan memenangi 159 kerusi parlimen di seluruh Malaysia manakala DAP akan memenangi 35 kerusi, PKR 19 dan PAS 8. Dalam senario yang terbaik pula BN akan memenangi 170 kerusi, diikuti DAP dengan 33 kerusi, PKR 14 dan PAS 5. Untuk majoriti 2/3 BN hanya memerlukan 148 kerusi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Osman Pelabuhan Dickson

      Tak payah buat ramalan pada tahun 2007 masa Pak Lah naik harga minyak 70 sen Tun Daim bg ramalan mana Umno nak dengar. Sekarang pun sama dekat PRU 13 yang gatai buat aes dan naikan bil TNB sape suruh.
      Buatlah kajian banyak2 pun tak guna . Nak tahu BN menang tunggulah sama2 pada malam 5 Mei ni. Kejutan besar akan berlaku

      Delete
  13. Desarancang12:06 PM

    Sape-sape pun tak ape

    Perlu setia hingga ke akhir nyawa. Pengundi pedalaman masih sayangkan BN. Pangkah BN. Tetapi orang kata kalau sayang BN, daripada terus lena dan angkuh baik pangkah pakatan untuk kali ini.

    Tetapi saya tetap optimis dengan BN sebab walaupun korup, angkuh, tidak mengenang jasa pengundi tegar pedalaman sarawak, disebabkan sayangnya BN mempunyai pelan NKRA, GTP dan sebagainya, kami masih yakin pilihan ideal adalah BN.

    Jika direnungkan dengan konsep kelahiran atau pembinaan negara bangsa, BN lah yang cukup terbaik dalam hal ini. Sebab konsep thing global at local. Cukup tersusun dan transformasi. Cuma sesetengah ahli/pembesar BN yg tidak cakna, menyebabkan imej BN tercalar.

    ReplyDelete
  14. tapi dato perlu juga ingat orang melayu juga selalu pukul anak sindir menantu..... selalu juga maksud berlawanan dengan kata awak bole jadi dia atau pun saya...... atau pun datuk?????

    ReplyDelete
  15. din JB1:20 PM

    Abg Sam,

    Salahkan diri sendiri kalau banyak yang kamu tak mampu.Kalau semua orang nak salahkan parti politik kerana kemiskinannya dan kemalasannya untuk mencari rezeki yang lebih bankruplah negara.Saya cadangkan cari rezeki wang tambahan dengan membuay kerja sambilan jual Herbalife ke,jual burger ke dan apa juga .Jangan ashik merungut sahaja, ada faham.Di Malaysia ini belum ada orang mati kelaparan.Orang Johor bodoh macam awak ni tak banyak.Ada aku kesah masaalah kau.Jangan di ikut sangat pembodek Anu-war din Melaka bengap tu. Poodah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara yang dimuliakan saat kebenaran akan muncul
      Saya mengucap terima kasih atas nasihat saudara

      Tetapi alasan yang streotype yang selalu diberikan rakyat Malaysia malas
      pilih kerja itu sebab banyak pendatang asing. Tetapi pernah kah saudara terfikir berapa ramai orang melayu seperti saya bekerja siang malam membanting tulang mencari rezeki membantu ekonomi negara dengan membayar pelbagai cukai seperti cukai jalan, cukai rumah, cukai pintu alih2 dirompak kerajaan sendiri siang malam sebagai contoh mengenakan saman aes pada kelajuan 80 km di lebuhraya 6 lorong. Mungkin saudara kata sape suruh bawa laju, laju apakebenda kereta meter 200 km bawa 85km dah kena saman 300. Jadi jangan salahkan rakyat jika BN ditolak, jangan tanya rakyat macam mana nak meningkatkan ekonomi tanyalah pada parti yang masuk pilihanraya yang berjanji nak bela nasib rakyat. Kalau semua nak salah dan rompak rakyat baik BN tak payah perintah negara. Bagi pada yang sanggup dan mampu. Saya bukan anti BN , zaman Tun Dr M gaji sikit tapi Tun bijak mengurus ekonomi negara cina, india dan melayu semua gembira sekarang tinggal legasi. Satu lagi kalau hujah saudara digunakan tak payahlah BN menghasut rakyat selangor PR tak bagus sebab rakyat selangor dah 5 tahun x bayar bil air. Kita jadi kerajaan bukan untuk menyamun tapi membantu rakyat. INI KALILAH

      Delete
  16. Lahuma2:35 PM

    Dato.

    Selepas PRU 13.
    -----------------------

    Pecayalah selepas hari mengundi PRU 13 iaitu 6hb.5,2013 maka tamat segala rentak retorik politik.
    Rakyat akan ternganga lah pula.
    Maka yang akan buat duit,harta dan segala isi uncang ialah para YB-YB yang menang.

    1.tukar kereta baru/besar.
    2.mula tukar imej kena bersapa dengan panggilan YB.
    3.tidak lagi ziarah rumah-rumah rakyat.
    4.hand phone pun sukar dilayan.
    5.macam-macam lagi perubahan yang dilihat oleh masyarakat.

    Tak percaya tunggu dan lihatlah akan rangginya wakil kepada rakyat ini.

    Pilih calon.Bukan parti.
    Utamakan yg low profile.
    Bukan low class.

    Terima kasih.

    ReplyDelete


  17. Tahniah Mohd Najib BN - 142 di parlimen
    sayang penang 18 adun bn sahaja.
    tunggu bebas menonjol diri

    bukit bendera - bn punya
    cina bukit tak suka setengah masak

    ReplyDelete
  18. Salam DAKJ,

    Dato' agak sinis terhadap kerajaan BN yg tindak tanduknya dikira ada yg tak kena. Lalu telahan bahawa memilih pembangkang tak mestinya merugikan kita. Ini benar sekiranya pembangkang ikhlas dan berperinsip spt Dato'. Dgn pembohongan dan eksploitasi mereka terhadap orang kita yg 'gullible'ini ditambah hasrat tersirat mereka Dato' rasa patut ke kita liberal dalam hal ini?

    Seperkara lagi adakah Dato' benar-benar yakin yg sistem BN ini memang korup atau opotunist ekonomi dlm BN yg sebenarnya punca masalah?. Jika begitu, adakah kita yakin jika PR berkuasa mereka tak ada oprtunis sebegini. Bagaimana pula dgn oportunist lain dgn agenda "winners take all", perkauman dsb.?

    ReplyDelete
  19. Din Kalut.6:24 PM

    Cerita pengundi hantu mengarutlah.Rekaan Din Melaka saja.

    ReplyDelete
  20. Sdr Din Kalut,

    1. Rasa rasa, saya pun jatuh dalam kategori pengundi hantu.

    2. Saya mengundi di sebuah kerusi Parlimen dan DUN di Selangor walapun saya dah jual rumah saya di situ dekat 20 tahun lalu.

    3. Jadi kalau mana-mana parti politik atau pihak cari saya di alamat itu tentu tak jumpa. Tapi saya mengundi juga di situ sebab nama saya ada dalam daftar SPR.

    4. Ada baiknya jadi pengundi hantu atau pengundi tak ada alamat sebab tak ada siapa cari kita atau hantar bahan kempen kepada kita.

    5. Kepada hantu-hantu macam saya, selamat mengundi dalam misteri.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Aslkum Dakj

    Besuk2 kalau sdr din kalut punya anak perempuan kena rogol dgn mat bangla pun din kalut nafikan.

    Yg sibuk dgn RCI SABAH TU DIN KALUT TAK BACA KE?

    KALAU BODOH TAK MAU BELAJAR MACAM MANA NAK DEBAT DI BLOG DAKJ.

    ReplyDelete
  22. Aslkum Dakj

    Saya tak pernah ragu dgn kemampuan PR perintah.

    Terpenting mereka tiada rekod rasuah.

    Kalau ada tentu SPRM dah ngap org spt TGNA, LGE, UST AZIZAN, KHALID MAUPUN ANUAR.

    BESTNYA KALAU PR MENANG.

    MALAYSIA AKAN DPT ORG BARU...RAMALAN SAYA.

    YG TERPELANTING IALAH:

    KSN, PENGERUSI DAN TIMB PENGERUSI SPR, PANGLIMA ATM, KSU KEM PENERANGAN, AG, NAIB CENCELOR UUM.

    PENGERUSI SPR SIAP BUAT PENGAKUAN KHAS BAHAWA BELIAU TERPAKSALAH, BLA, BLA.....

    SEMOGA ALLAH KABULKAN DOA SAYA INI

    ReplyDelete
  23. Aslkum Dakj

    Din JB jangan berlagak tak takbur.

    Memang Allah dah jadikan ramai manusia miskin berbanding yg kaya. Dan tak ada org yg mau jadi miskin. Kalau din JB kaya sdr harus bersyukur . Jangan menhina org yg tak berjaya.

    Setiap org cuma ada batasan waktu 24 jam sehari. mereka perlu kerja, rehat dan urusan lain.

    kerajaan baik mesti padtikan rakyat tak terlalu dibebankan dgn mscam2 kerja. contoh terbaik kalsu pemandu teksi klia terpsksa kerja 18 jam sehari untuk dpt sesuap nasi ansk isteri, adalah yg tak kena dgn sistem upah di Malaysia.

    Begitu jugak kalau ramai org terpaksa buat dua kerja, maka tak timbul soal org tu malas tapi tapi dia telah di tindas dgn upah yg rendah.

    Hanya kerajaan hampas macam UBN yg BELA ramai kroni tak bekerja tapi hendak bahagian mereka menyebabkan ramai tertindas dgn gaji yg rendah.

    Takkan din JB tak tau berapa puluh ribu gaji eksekutif kanan CIMB berbanding dgn seciput gaji kerani dan eksekutif rendah.

    apakah din JB fikir mereka tu binatang, tak perku rumah, kereta dsb.

    kalau otak katak bawsh tempurung ni susah. cuba din JB banding kadar upah Malaysia dgn Australia atau negara maju lain.

    kita lantik kerajaan untuk baiki kehidupsn rajyat. Tapi UMNO salah guna kuasa dgn import mat bangla.

    ReplyDelete
  24. Haji Md Zaid., Terengganu10:46 PM

    Salam Datuk.

    Dalam kesibukan kita memberi komen/pendapat/hujah, kita jangan lupa bahawa apa yang kita lakukan/katakan akan ditanya di hadapan Allah Taala da mahkamahNya nanti. Jadi berhati-hatilah dalam menyatakan pendapat agar tidak terkeluar dari landasan syariat Islam. Maaf Datuk, saya tidak mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Datuk ini terkeluar dari syariat. Cuma peringatan kepada diri saya sendiri dan mana-mana pembahas yang menulis di blog Datuk.

    Datuk,
    Isu yang kita hadapi sekarang ini adalah berkaitan dengan pemilihan pemimpin. Pemimpin yang macam mana yang akan kita pilih? Dari segi percakapannya mudah tetapi amat sukar untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun keputusan terpaksa kita buat, jadi cara yang paling tepat bagi kita sebagai orang Islam ( mukmin/mukminah ) adalah dengan merujuk kepada dua perkara yang ditinggakan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Quran dan sunnah.Maaf Datuk, saya bukan orang alim yang layak untuk menunjuk-ajar Datuk dan para pembahas semua, cuma kita kena ingat, setiap apa yang kita lakukan akan ditanya walau sekecil mana sekalipun. Tambahan pula pemilihan pemimpin adalah perkara yang sangat penting, yang menentukan masa hadapan agama kita. Jangan ada lagi suara-suara penghinaan terhadap agama yang kita cintai. Apakah dengan penghinaan yang telah dan sedang diterima oleh agama kita, tidak menjadikan kita seorang yang dayus? Pilihan di tangan kita Datuk, apakah dengan menjalankan undang-undang syariah yang diperintah olah Allah Taala akan menjadikan kita miskin, huru-hara, korapsi akan bertambah dan berbagai lagi masalah? Jawapannya Datuk, tidak sekali-kali, malah saya sangat yakin negara kita akan menjadi lebih makmor dan aman damai.Insya'Allah Datuk, cuma yang menjadi persoalannya mampukah pemimpin yang kita pilih melaksanakannya? Tetapi Datuk, memilih pemimpin yang berjanji dan berazam untuk melaksanakannya adalah seribu kali lebih baik daripada pemimpin yang dah mengesahkan tidak akan menjalankannya. Semoga dengan memilih pemimpin begini, insya'Allah kita dapat mengemukan hujah yang dapat membebaskan diri kita dari siksaan Allah Taala di akhirat nanti.Maaf Datuk

    Terima kasih

    ReplyDelete
  25. Haji Md Zaid., Terengganu10:47 PM

    Salam Datuk.

    Dalam kesibukan kita memberi komen/pendapat/hujah, kita jangan lupa bahawa apa yang kita lakukan/katakan akan ditanya di hadapan Allah Taala da mahkamahNya nanti. Jadi berhati-hatilah dalam menyatakan pendapat agar tidak terkeluar dari landasan syariat Islam. Maaf Datuk, saya tidak mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Datuk ini terkeluar dari syariat. Cuma peringatan kepada diri saya sendiri dan mana-mana pembahas yang menulis di blog Datuk.

    Datuk,
    Isu yang kita hadapi sekarang ini adalah berkaitan dengan pemilihan pemimpin. Pemimpin yang macam mana yang akan kita pilih? Dari segi percakapannya mudah tetapi amat sukar untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun keputusan terpaksa kita buat, jadi cara yang paling tepat bagi kita sebagai orang Islam ( mukmin/mukminah ) adalah dengan merujuk kepada dua perkara yang ditinggakan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Quran dan sunnah.Maaf Datuk, saya bukan orang alim yang layak untuk menunjuk-ajar Datuk dan para pembahas semua, cuma kita kena ingat, setiap apa yang kita lakukan akan ditanya walau sekecil mana sekalipun. Tambahan pula pemilihan pemimpin adalah perkara yang sangat penting, yang menentukan masa hadapan agama kita. Jangan ada lagi suara-suara penghinaan terhadap agama yang kita cintai. Apakah dengan penghinaan yang telah dan sedang diterima oleh agama kita, tidak menjadikan kita seorang yang dayus? Pilihan di tangan kita Datuk, apakah dengan menjalankan undang-undang syariah yang diperintah olah Allah Taala akan menjadikan kita miskin, huru-hara, korapsi akan bertambah dan berbagai lagi masalah? Jawapannya Datuk, tidak sekali-kali, malah saya sangat yakin negara kita akan menjadi lebih makmor dan aman damai.Insya'Allah Datuk, cuma yang menjadi persoalannya mampukah pemimpin yang kita pilih melaksanakannya? Tetapi Datuk, memilih pemimpin yang berjanji dan berazam untuk melaksanakannya adalah seribu kali lebih baik daripada pemimpin yang dah mengesahkan tidak akan menjalankannya. Semoga dengan memilih pemimpin begini, insya'Allah kita dapat mengemukan hujah yang dapat membebaskan diri kita dari siksaan Allah Taala di akhirat nanti.Maaf Datuk

    Terima kasih

    ReplyDelete
  26. Haji Md Zaid., Terengganu10:48 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. Kampong man11:20 PM

    Salam Dato dan Sdr Osman pot dikson,

    1.Syabas, saya tahu anda membuat berbagai ramalan terbaharu adalah PRU 13 menggunakan multiple regression satu pendekatan scientific tanpa emosi.Saya mengikuti ramalan tuan dari dulu lagi kerana saya lebih berminat dengan cara pendekatan begini.

    2.Cuma saya kurang bersetuju tentang pencapaian Pas yang cuma perolehi 8 kerusi.Boleh tuan memberi pencerahan dan basis pada keputusan ini.Pas perolehi 23 kerusi Parlimen di PRU 12 dulu.Analisa saya pula Pas masih boleh mendapat lebih kerusi melebihi minima 15.Kita semua tahu kekuatan Pas hanya banyak di Kelantan dan Kedah sahaja.8 kerusi agak terlalu pessimistic.PKR yang akan bermasaalah dan DAP akan menjuarai PR dan UMNO tetap terus menjadi parti TERKUAT dari parti lain dan terus relevan.Tak percaya tunggu keputusan nanti and prove me wrong, a question for din Melaka.

    3.Berkenaan isu pengundi hantu ini saya rasa ianya adalah hanya satu persepsi politik sebagai satu 'excuse' bagi menutup kekalahan PR yang diramalkan kalah .Wallahwuaalam.

    4.Saya yakin dengan keyakinan rakyat majoriti yang akan sentiasa memilih BN di PRU 13 ini.

    5.Kepada abg Sam kita mungkin berbeza pandangan politik tetapi sdra menerima sumbangan Tun Dr Mahathir secara positif dan objectif.Apa kah pula penerimaan dan pandangan sdra pada DSAI sebagai PM kita sekira PR menang besar ?.Boleh kah PR menang kali ini?.Sekian, terima kasih.

    @ pssst... Saya kagum dengan din Melaka yang amat PERSISTENTdan RESPONSIVE dalam perbahasan politik di blog ini.Lepas PRU 13 kita mahu berbincang isu lain pulak lah.Further, life is not just about politics only right?.Cheers..

    ReplyDelete
  28. dato, tidak wajar 'sambil menyelam minum air ditafsirkan secara langsung sedangkan hakikatnya lebih kpd makrifat, atas dasar tersirat itulah menebabkan dato' terasa hati nak mengulasnya. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.
    Terkilas ikan di air sudah tahu jantan betina satu lagi contoh maksud mendalam Dan jika mahu ditafsir secara langsung sudah tentu kurang logik!

    Temberang pembangkang bukan sahaja dapat menawan golongan bawahan tetapi ribuan yg El it Dan ilmuan - mereka mempunyai sebab tertentu untuk terpengaruh Dan menyokong.

    ReplyDelete

  29. YgBhg The Scribe,
    dan mereka yang berkenaan


    selamat mengundi
    dan jangan percaya ada gaduh-gaduh

    salaams

    ReplyDelete
  30. Salam DAKJ..
    Saya merupakan peminat penulisan artikel datuk di DM sejak di bangku sekolah hinggalah kini.Lebih kurang sudah 9 thn saya mbaca artikel datuk.Hal ini krn sy dapati datuk tidak bias dlm mberikan pandangan.
    Pd pndangan sy mengenai PRU kali ini, sy melihat keamanan yg ada pd hari ini harus dikekalkn. Pd pndapat sy menyatukan beberapa kaum di negara ini bkn satu tugas yg mudah apatah lg utk mcapai kmerdekaan pd satu wktu dulu. Sbl merdeka sudah terlampau byk pertumphan drh blaku sbl generasi kita hdup senang di bumi bertuah ini..Konteks kesenangan bknlah perlu dilihat dlm prospek ekonomi smata2 tp perlu diberi pghayatan yg lbh mndalam lg bg setiap warganegara. Smkn bkembang teknologi seharusnya kemudhn digunakn di landasan yg betul dan perlu menepis sama sekali 'maklumat sampah'..Menerusi pengalaman sy selama 8 thn di universiti, kbyakan pelajar luar negara mengagumi Msia krn ketiga2 kaum utama di negara ini blh duduk semeja berbincang serta berdiskusi ttg hal2 pelajaran tanpa situasi kacau ganggu. tidaklah dpt sy bayangkan jiwa peristiwa hitam negara berulang kembali krn ketika peristiwa2 itu blaku saya pcya genarasi kini tidak pernah melalui apatah lg merasainya. Apa yg saya lihat pengikut setiap parti terlebih meladeni perasaan sehingga wujud perkara2 di luar jangkaan. Seharusnya iklim perpaduan ini perlu disemai di setiap ketika bkn ditiup dgn api kebencian. Rakyat juga perlu sentiasa rajin berusaha dan perbaiki diri supayabudayakebergantungan thadap pemerintah tidak disalh tafsir pula oleh sesetengah pihak.Hakikatnya utk mcapai status negara maju, rakyat juga perlu menggembling idea pembangunan dan tidak hny berpaut dgn momokan kosong kata2 nista. Mentaliti subsidi juga sebaiknya dielakkan dan carilah pelbagai maklumat berilmiah sbl melontarkan bhs. Pokoknya, agen sosialisasi spt keluarga jika berfungsi mengikut aturan yg ditetapkan oleh NYA, tidaklah mustahil pengaplikasian manusia sbg aktor sosial itu sendiri dpt dikagumi dan diteladani.
    -WAHAI KAU CINTA-

    ReplyDelete
  31. Aslkum Dakj

    Kg Man juga amat gigih.

    Sayang kalau ibarat dua beradik NAKAEI DAN NAJMI, KM TU NAKAEI SEMENTARA DIN MELAKA NAJMI.

    KALAU SHAHRIR SAMAD DAN KHALID SAMAD MAKA KM ADALAH SHAHRIR SEMENTARA DIN MELAKA ADALAH KHALID SAMAD.

    ha ha.....ini semua soal hati.

    Nabi sendiri tak berdaya mengislamkan semua org.

    ReplyDelete
  32. Yangretibase10:47 AM

    Assalamualaikum,

    'Kampong man' tolong maafkan saya kalau saya mengatakan bahawa anda seorang yang gelap hatinya daripada cahaya kebenaran sehingga tidak sedar UMNO:
    1. Telah gagal memartabatkan Islam dalam sistem bernegara yang berstatus negara Islam sehingga kerajaan UMNO tergamak mengingkari perintah al-Quran yang mengakibatkan UMNO dan orang UMNO seperti anda jatuh fasiq.
    2. Telah gagal memartabatkan ekonomi Melayu sehingga sekitar 70% daripada keluarga Melayu hidup dalam kesempitan.
    3. Telah gagal memartabatkan budaya murni Melayu, tetapi sebaliknya gemar mengamalkan budaya kuning sehingga rela hidup bergelumang dosa.
    4. Telah menjahanamkan bahasa Melayu sehinggakan bahasa Melayu pada masa ini sudah menjadi bahasa cacamarba. Buktinya amat ketara sekali sehinggakan Kampong man tidak sedar bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu Kampong man teramat rendah.
    (Bahasa Inggeris Kampong man juga bobrok; tak mengapa, BI bukan bahasa mak bapak kita).

    Saya berasa kasihan kepada Kampong man (dan OKJ, Fikir Tajam, Lat Juno dan mereka yang membabi buta bersubahat dengan UMNO)sehingga tergamak dengan megahnya menolak perintah al-Quran.

    Saya mengalu-alukan Kampong man dan sesiapa yang sudi untuk memberikan penjelasan dan
    penerangan kepada saya akan kerasionalan anda mengingkari Perintah al-Quran: al-Maidah: 44, 45 dan 47; juga Surah Ibrahim: 3.

    Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

    ReplyDelete
  33. Salam Saudara Kampong Man

    Semoga saudara sihat seadanya,
    Saya baru selesai menunaikan tanggungjawab sabagai rakyat Malaysia, bagi menjawab persoalan saudara saya akan ringkas begini.
    1. Tun Dr M adalah idola saya meskipun saya sekarang berbeza ideologi sumbangan tun terlalu besar dan bg saya tun adalah rahmat kepada rakyat malaysia kerana berjaya mengubah mentaliti rakyat dari rakyat low class kepada high class.
    2. Saya menerima sesiapa sahaja yang dipilih rakyat dengan sistem yang adil dan saksama termasuk Datuk Seri Anwar. Formulanya senang bila rakyat buat keputusan kita mesti terima dan faham bahawa persaingan yg wujud yang untungnya rakyat. Saya bukan nak hidup mewah tetapisekurangnya waris saya atau generasi saya selepas ini tidak merempat dibumi sendiri dek kerana mengundi ahli politik yang Kapitalis.
    3. Saya rasa soal PR menang tak timbul kita biarkan rakyat buat pilihan. Saya pun berbincang dengan isteri siapa beliau nak undi beliau menyatakan aka undi BN. Saya menghormati keputusan beliau. Kerana sebagai rakyat Malaysia kami bukan taksub dengan politik tetapi kami berharap sesiapa yang memerintah akan menjaga kebajika rakyat. Esok kalau menganiya rakyat gunakan kuasa mengundi yang ada lagi 5 tahun.

    Saya ingin mengucap terima kasih kepada Datuk A Kadir Jasin kerana membuka ruang kepada rakyat marhaen seperti saya untuk berdiskusi . Berbeza pandangan bukan lesen untuk bermusuhan. Kita rakyat MALAYSIA . TERIMA KASIH DATUK

    ReplyDelete
  34. Kampong man9:46 AM

    Salam abg sam,

    Terima kasih dengan keterbukaan.Rakyat kini masih memilih BN sebagai kerajaan. Sebagai saorang ushawan dan bukan pakar politik saya bersyukur kehadirat Allah yang menentukan kemenagan BN dan UMNO.

    All is over and done.We need to move forward.All are winners after all.We sre gonns have a good government and a good opposition.The chinese are deterimed to see the demise of MCA and Gerakan.Let it be.Let it be .Wishing words of wisdom , let it be (Th Beatles)

    "MY CATS DIED.I BLAME UMNO" does not work this time.Cheers..

    @ LAIN KALI LAH..

    ReplyDelete
  35. Tetap BN2:31 PM

    Salam Datuk

    Persepsi BN korup, salah guna kuasa dan tidak amanah berjaya ditanam dalam-dalam ke jiwa pengundi. Sebabnya, adalah mereka sebut perkara setiap hari beratus2 kali. Padahal semuanya half-truth dan Datuk pun tahu perkara itu. Ini semua kerja Mastermind mereka Anwar Ibrahim. Blogger2 Umno pula cuba mempertahankan semua tuduhan ini dengan alasan merapu dan ayat mencarut.

    Malah ada blogger Umno yang mengeluarkan tuduhan liar kpd pemimpin pembangkang untuk mendaptkan perhatian. Keadaan ini memburukkan lagi imej Umno. Datuk pun tahu kan? Orang2 mcm Datuk yg berkelana di KL atau bandar2 besar balik mengundi di kampung sambil membawa tekad untuk mengajar Umno dan mengundi pembangkang. Atas nama tidak berpihak, Datuk dengan bersenjatakan tulisan2 tajam di dalam blog ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada amarah orang2 bandar yang balik kampung sekali sekali ini. Nah, Datuk mungkin gembira dan tersenyum simpul sekarang.

    ReplyDelete