A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account,
OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
KETIKA meninjau kawasan Parlimen Raub, Pahang,
terlintas dalam fikiran saya adakah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini
mencerminkan 1Malaysia atau satu lagi contoh transformasi politik semasa?
Raub adalah di dalam negeri
Perdana Menteri Kerajaan Sementara (Caretaker Government), Mohd Najib
Tun Abdul Razak. Secara tradisinya ia adalah kawasan Barisan Nasional yang
diwakili oleh MCA walaupun DAP kuat.
Pada PRU 2008, calon BN ialah Ng
Yen Yen yang mendapat 18,078 undi manakala pencabarnya, Abu Bakar Lebai Sudin
(DAP) mendapat 15,326 undi.
Kali ini, secara agak “mysterious”,
Ng yang dilihat sebagai seorang menteri yang cergas dan berkesan, mengambil
keputusan mengundur diri daripada bertanding. Sebagai ganti, BN memilih Hoh
Khai Mun, yang sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dalam kawasan
Parlimen Bentong.
Yang menjadikan pertandingan
kali ini menarik adalah pencabar BN ialah seorang Melayu DAP yang berprofil
tinggi, iaitu Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang dalam tempoh 2004-2008 adalah
Adun BN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.
Populariti PM teras BN
Populariti PM teras BN
Dalam konteks itu, Raub mencabar
kedudukan BN sebagai parti penyandang dan menaikkan prestij DAP sebagai
pencabar. Hatta mengalami majoriti yang lebih rendah pun sudah berupa satu
tamparan kepada BN kerana Raub adalah kawasan tradisional BN dan terletak di
dalam negeri Perdana Menteri.
Peluang Mohd Sabri mencatat
sejarah sebagai calon Melayu DAP pertama di Pahang mengalahkan BN tidak boleh
ditolak begitu sahaja. Mohd Sabri nyata lebih berwibawa daripada Abu Bakar,
calon DAP 2008.
Ahli Parlimen Melayu DAP
terakhir ialah Allahyarham Ahmad Nor yang menang kerusi Bayan Baru dalam PRU
1990. Adakah Mohd Sabri boleh menjadi pewaris legasi itu?
Daripada tiga DUN dalam kawasan
Raub, dua dimenangi BN (Batu Talam dan Dong) (diperbetulkan) dan sebuah oleh DAP (Tras) pada
PRU 2008.
Roket Menang DUN Tras 2008
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Kemudian ada drama sampingan yang cukup menarik. Mohd
Arif yang juga seorang blogger disokong oleh bekas isterinya (juga seorang
blogger) yang mendedahkan dalam blognya yang dia adalah orang Umno dan
menggunakan blog itu untuk menyokong BN walapun sekali-sekala kritikal terhadap BN.
Dalam rencana mengenai bekas suaminya, dia antara lain, menulis:
“Ya Allah..Please help Mohd Ariff Sabri Bin Haji Abdul Aziz win BIG in the PRU
13 in Raub Parliament P080, Pahang.
“Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP
for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian
leaders around..Ameen.”
Wallahualam.
Datuk A Kadir Jasin,
ReplyDeleteAssalamualaikom.
Semoga saya adalah pembaca pertama 'entry' Datuk kali ini.
Sedaya upaya saya tidak akan memberi ulasan/komen dalam 'entry' Datuk kerana saya berpendapat kecondongan sokongan politik seseorang itu banyak dipengaruhi oleh;
1. Persekitaran latar belakang keluarga, kehidupan dan pendidikan.
2. Nasib/Bahagian masing-masing.
Sedemikian, segala hujah mengenai kebaikan/kelebihan pihak yang kita sokong tidak akan banyak membantu untuk meyakinkan pihak yang 'berlawan' dengan kita.
Kita saksikan sendiri betapa pemimpin politik yang menjadi sanjungan satu pihak adalah seorang yang tidak mempunyai sedikit pun kebaikan kepada pihak lawan.
Contoh, pesona Datuk Seri Najib hampir pada tahap sifar dari kaca mata pengikut PR.
Begitulah juga pesona Dato' Nik Abd.Aziz mungkin berada pada tahap 'minus' sifar dari kaca mata pengikut UMNO.
Namun demikian, semoga blog Datuk akan menjadi gelanggang kepada para pembaca mendapatkan persekitaran bacaan yang kondusif dan harmoni sampai bila-bila (bukan setakat PRU 13 sahaja).
Pembaca tidak ada hak menekan Datuk untuk mengkasi naluri berpihak kerana itu hak individu. Bagaimanapun, sedikit timbangrasa yang telah ditunjukkan sudah mencukupi kepada pembaca menunggu-nunggu 'entry' Datuk yang berikutnya.
salam dakj
ReplyDeletesaya tunggu sahaja berapa lama dia boleh kekal dalam DAP.
Salam Dato' A Kadir Jasin,
ReplyDeleteIzinkan WZWH membuat pembetulan pada penulisan Dato' tentang kerusi DUN-DUN yang dimenangi oleh BN di parlimen Raub pada PRU 12. BN menang di DUN Batu Talam dan DUN Dong (Bukan DUN Bilut yang terletak dalam parlimen Bentong. DAP menang di DUN Teras.
Sekian Terima kasih.
mengapa PM caretaker gomen, boleh membuat pengumuman perbelanjaaan berjuta-juta dalam 2 minggu ni? Pergi situ 'tabur' duit. Sini 'tabur' duit. Mengalahkan pembentangan belanjawan negara.
ReplyDelete“Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian leaders around..Ameen.”
ReplyDeleteameeen
pasal tomoi fan ini bantu fgv
Salam Dato,
ReplyDelete1.Pertandingan antara DAP Melayu Sakmongkol dan calon MCA sdra Hoh Kai Mun menggantikan penyandang Yen Yen bolehlah dikatakan menarik juga kerana ianya juga satu ujian kecenderongan dari segi kaum bagi pengundi Raub.
2.Secara tradisinya Pahang adalah 'fix deposit'BN hasil pengundi Pahang menghormati pejuang UMNO/BN arwah Tun Abdul Razak dan kini anaknda beliau Dato Seri Najib dari Pahang bakal diberi mandat sebagai PM sekira BN menang meneruskannya. Pada PRU 12 keputusan bagi Pahang adalah adalah saperti berikut;
Parlimen BN 12/14 , PR/PKR 2/14 di Kuantan dan Indra Makhkota.
Bagi DUN BN 37/42 , PR 4/42 (Pas 2 dan DAP 2)
Diramalkan Kuantan dan Indra Makhkota akan jatuh ke tangan BN.Kenapa tidak ?
3.Ariff Sabri @ Sakmongkol berhijrah ke DAP pada Jan 2012 bersama sdra Aspan Alias.Keduanya adalah kenalan saya.Ariff di calonkan dan sdra Aspan diketepikan.Tidak mudah bagi DAP menerima calon Melayu kerana ianya adalah 'RARITY' bagi parti racis socialis DAP ini.
Sakmongkol dalam blog beliau cenderong memberi kutukan peribadi pada Datuk Seri Najib dan UMNO dimana salepas 2008 beliau digugurkan satelah sepenggal sebagai DUN Pulau Manis,di Pekan kerana sebab tertentu.Atas kekechewaan beliau bertukar perjuangan kepada DAP yang saya kira satu landasan yang salah.Kenapa tidak Pas?.
4.Pengundi Raub harus menolak DAP/Ariff dan memberi undi kepada BN.Ariff mengkhianati parti UMNO bagi agenda peribadi beliau.DAP tidak pernah memperjuangkan Melayu dan islam malah banyak bercanggah dengan ideoologi Pas dan UMNO/BN.
Ramalan dan harapan saya BN berjaya memenangi semua kerusi parlimen Pahang termasok di Raub.Pas dan PKR tidak relevan di Pahang.Pahang bertuah akan mendapat bakal PM dari Pahang.KM dari Melaka tentulah berasa cemburu.Maaf,terima kasih.
@ Terkini -Bapa Saiful sdra Azlan mengakui bahawa anak beliau sah diliwat oleh DSAI dan menarik balik pengakuan salah beliau 8 March baru baru ini dan membuat permohonan maaf terbuka.
Salam Dato AKJ,
ReplyDeleteIzinkan saya memberi sedikit komen walaupun tidak selari dengan tajuk yang Dato kemukakan.
Saya ingin menzahirkan sedikit kekecewaan di atas kesilapan sebahagian petugas SPR yang tidak menggoncang botol dakwat kekal untuk kegunaan pengundi-pengundi pos semalam hingga menimbulkan issue kredibiliti SPR.
Ini diakui oleh Tan Sri Pengerusi SPR dalam rancangan TV Alhijrah.
Ketika kita menghadapi ibu segala pilihanraya pihak SPR mesti berhati-hati dan effisen dalam menjalankan tugas sehingga telah mencetuskan persoalan dari pelbagai pihak.
Sebagai rakyat marhean, kita tidak mahu sesiapa pun mempersoalkan kredibiliti SPR yang kita semua mahu berfungsi adil dan berkecuali seperti yang diakui oleh SPR sendiri.
Jadi, persoalannya sekarang apakah tindakan yang boleh diambil bagi meyakinkan dan menutup ruang untuk pihak-plhak tertentu dari menyatakan ada kemungkinan orang yang telah mengundi semalam yang dakwat kekal itu telah hilang daripada mengundi sekali lagi?
Bagi saudara Azlan bapa kepada Saiful, kes liwat anaknya Saiful ni serius ke main-main?
ReplyDelete1. Sdr Wan Zamzuri, terima kasih atas maklumat. Sudah saya perbetulkan.
ReplyDelete2. Kepada pembaca mohon maaf.
3. Sdr Kampong Man, Mohd Ariff keluar Umno masuk DAP dan jadi calon DAP. Jelas.
4. Zulkifli Nordin keluar PKR selepas menang atas tiket PKR. Saya tak pasti dia masuk Umno atau tidak tapi jadi calon BN di Shah Alam.
Terima kasih
umno kena banyak bersyukur kerana masih ramai melayu masih jauh dari taraf cerdik berpolitik....
ReplyDeleteDato.
ReplyDeleteMudah sahaja jika hendak membuat speculasi siapa akan menang dalam pilehan raya ini.Ini panduan yang diberi kapada saya oleh SB di bukir Aman.
Mana mana kawasan Parliment dan dewan undangan Negeri yang mempunyai pengundi 65%Melayu,calon UMNO atau PAS akan menang.
Mana kawasan yang mempunyai pengundi 50% Cina dan India,calon DAP atau PKR akan menang.
Mengikut tapsiran kawan SB saya,maximum BN akan menang kawasan Parliment ialah 80 kerusi.
Pergolakan dalam UMNO maseh berlanjutan sunggoh pun tinggal lagi 4 hari.
Pemimpin pemimpin watita UMNO maseh marah kapada Najib kerana mereka si ketipikan.
Ramai calun calun UMNO yang di pileh bukan cadangan dai bahagian,maseh belum mendapat kerjasama bahagian.
Pemuda UMNO jugabtidak berfungsi,kerana ramai ketua ketua pemuda negeri tidak mendapat tempat.Khairymsebok dengan Rembaundanntidak ada masa untok berkempen di tempat lain.
Kawasan Felda yang menjasi kubu kuat UMNO sudah mu.la di tembusi oleh PAS.
abah dan Serawak sudah hancor fixed depositnya,kerana sikap Najib mahu mempertahan kan pemimpin yang corrupt.
apalah nak kita hairan kan.
ReplyDeletesedangkan bapa tiri Saiful pun boleh tarik balik minta maaf pada Anwar dan keluar dari pkr.
ni pulak arif sakmangkok.
Assalamualaikum Dato. Izinkan saya.
ReplyDeletePertandingan antara calon Melayu Islam dgn calon MCA Cina ini akan menyerlahkan kepura-puraan slogan "Hidup Melayu", "Berjuang utk Agama, Bangsa Negara" dan yg sewaktu dgnnya.
Baanyak lagi kerusi yg menyerlahkan kepura-puraan ini. Yg tidak mahu menggunakan akal saja menafikannya.
Dato.
ReplyDeleteRaub milik BN PRU 13.
----------------------------
Ramai kenalan saya yang jadi pengundi diParlimen Raub kini semasa satu asrama dulu-dulu mengatakan Raub akan kekal milik BN.
Oleh itu PM Najib bolehlah tandakan ok dalam bilik gerakan BN tentang Raub.
Kata mereka semasa Tsunami dulu pun BN menang inikan pula masa kini yang kian tenang.
Raub kawasan majoriti Melayu yang tipis tetapi pengundinya bercampur-campur.
Calon Dap Melayu adalah strategi meraka.Calon BN Cina atas dasar kongsi kuasa amalan BN.
Tapi kalau dalam bandar Dap sama sekali tak akan letak calon Melayu.Tapi BN kawasan Melayu rela letak calon bukan Melayu.
Itulah Melayu ini baik hati sangat.
Termasuk Pas makin sehari makin jual diri.PKR dia tak ada pendirian yang yang konkrit pada Melayu kerana dia adalah parti super majmuk.
Banyak isu-isu kepentingan Melayu/Islam terkubur kerana jual beli untung rugi politik kini.
Sebelum mengundi nilailah calon dulu.Pilihlah calon yang low profile bukan low class dan lain-lain kriteria yang luhur.
Terima kasih.
Datuk,
ReplyDeleteRegardless of the party they belong, I always look at their stand with their religion. Everybody will reach their crossroads, eventually. And they will make their choice, whether for their personal benefit, their political mileage or for the sake of their religion.
When PAS collided with DAP pertaining to the issue of Islamic state and Hudud, PAS stood with their religion and caused disagreements with DAP. Some in UMNO, particularly the TPM, sees it as negative point to the Pakatan Rakyat. But, I see it as a plus point for PAS.
When MCA argued on the suitability of Islamic implementations in the country, UMNO kept silent for the sake of political unity. Some may see it as a sign of political unity of Barisan Nasional. I see it as UMNO has sold their religion for the sake of their political benefit.
Whether it is UMNO, PAS, PKR or DAP, as long as they are Muslims, we have to look at how they stand with their religion.
Datuk,
Please allow me to answer a commentator's question. Allah has created us in races so that we could understand and interact with each other. Race is not something which is negative, we have to look at it positively. After all, it is the creation of Allah. Of course, being in a race does not mean that we have to discriminate others. It is a way so that we could work in teams. Being in a race, like being in a team should mean that we ought to have the spirit to strive, develop and make improvements for our race. Only with good teamwork spirit can we flourish. Developed races are those who are united and works in a team. Malays in Malaysia is a race of 100% Muslims. Fighting for the rights of the Malays also means fighting for the Muslim rights, it does not mean that we have to discriminate others. But, foregoing the right of our race while letting the other races to demand and stressing for their racial priorities is plain stupidity on our side.
Competente
Salam Datuk,
ReplyDeleteApa ramalan Datuk tentang PRU 13 tentang kedudukan Parlimen dan negeri2.
Akhir2 ini ramai pulak pundit2 yang beri ramalan tentang kedudukan negeri2.
Saya tertarik dengan negeri ini:
Selangor - Ada feedback yang akan kekal kepada PR (saya berpendapat sedemikian). Namun ada juga pendapat bahawa BN berkemungkinan besar akan ambil balik selangor kerana ceramah2 mereka ada yang tidak mendapat sambutan di tempat2 yang dahulunya dikuasai.
Pulau pinang - Saya berpendapat bahawa PR (DAP) masih boleh menang di Pulau Pinang. Namun, melihat sambutan terhadap Najib selasa lepas membuatkan saya berfikir semula.
Apa ramalan datuk?
Ariff Sabri di Raub wakil DAP
ReplyDeleteZairil Khir Johari di Bukit Bendera wakil DAP
2 dari 51 kerusi parlimen DAP ditandingi oleh Melayu.
doa mereka berdua menang, Amin.
Dengar Ariff ceramah. Pengerusi ceramah imam masjid. Calon PKR DUN Batu Talam, Khairul Hakimin Mohd Ali, pun ada. Dia ditemani emaknya.
ReplyDeleteBudak muda ini seorang jurutera di Shah Alam.
Salawat Ariff sama panjang dengan Anwar Ibrahim, Pak Lah dan tok-tok guru PAS. Dia petik Al-Quran (dalam bahasa Arab) dan bagi terjemahan. Nampak ada usahawan Melayu dari KL yang iring beliau.
Imam masjid kata ini ceramah 1Malaysia sebab ada Melayu, India dan sekerat dua Cina hadir.
Tapi berita sensasi yang imam sampaikan ialah ceramah Abi Abadi.
Terima kasih.
Dato
ReplyDeletesoalan saya, sebagai seorang Melayu Islam, kenapa Ariff tidak meneruskan minat politiknya di atas pentas PAS atau PKR ?
Kenapa DAP ?
Ariff dan kita semua sedia maklum dengan asas perjuangan DAP yang sebenarnya.
Dato
ReplyDeletesambungan...
Ariff mempunyai pilihan sebagai Melayu Islam dengan menggunakan PAS atau PKR sebagai platform.
Dia bukan bertanding di Singapura di mana dia tiada pilihan yang realistik.
Jadi, kita kena faham agenda tersirat Ariff yang sebenarnya.
Jika menang dalam PRU, ia adalah bonus untuk dia.
Jika kalah, mungkin dia tetap mendapat "quota" didalam DAP kelak sebagai "Melayu" yang berada di dalam Exco pusat DAP demi survival politik dan dirinya.
My 2 sen.
Competente said...
ReplyDeleteDatuk,
Regardless of the party they belong, I always look at their stand with their religion. Everybody will reach their crossroads, eventually. And they will make their choice, whether for their personal benefit, their political mileage or for the sake of their religion.
When PAS collided with DAP pertaining to the issue of Islamic state and Hudud, PAS stood with their religion and caused disagreements with DAP. Some in UMNO, particularly the TPM, sees it as negative point to the Pakatan Rakyat. But, I see it as a plus point for PAS.
When MCA argued on the suitability of Islamic implementations in the country, UMNO kept silent for the sake of political unity. Some may see it as a sign of political unity of Barisan Nasional. I see it as UMNO has sold their religion for the sake of their political benefit.
Whether it is UMNO, PAS, PKR or DAP, as long as they are Muslims, we have to look at how they stand with their religion.
Datuk,
Please allow me to answer a commentator's question. Allah has created us in races so that we could understand and interact with each other. Race is not something which is negative, we have to look at it positively. After all, it is the creation of Allah. Of course, being in a race does not mean that we have to discriminate others. It is a way so that we could work in teams. Being in a race, like being in a team should mean that we ought to have the spirit to strive, develop and make improvements for our race. Only with good teamwork spirit can we flourish. Developed races are those who are united and works in a team. Malays in Malaysia is a race of 100% Muslims. Fighting for the rights of the Malays also means fighting for the Muslim rights, it does not mean that we have to discriminate others. But, foregoing the right of our race while letting the other races to demand and stressing for their racial priorities is plain stupidity on our side.
Competente
9:01 AM
TERIMAKASIH DAN TAHNIAH SDR KU COMPETENTE
Terima Kasih atas pembetulan fakta;
ReplyDelete...Atas kekechewaan beliau bertukar perjuangan kepada DAP yang saya kira satu landasan yang salah.Kenapa tidak Pas?...
Ariff mengkhianati parti UMNO bagi agenda peribadi beliau...
and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian leaders around...
Zulkifli Nordin keluar PKR selepas menang atas tiket PKR
personal note:
i wish the market is still open
trading horses on land and water
turbid and clear
by what magic can it be
for a dun penang 20-20
or 19-19-2
all dap to parliamen...
a super majority means...
unemployment in euro 12.4%
middle-east still site clearance phase
asean expects 2-3% growth
trouble in myanmar
and at home customs no2 dead
- shot in the head
asleep with news of kiram the terrorist sultan
funny world when a building crumble
and a pm popular on line
and sarji comes to mind
when will asn gives 12%
penang 20-20 ameen
Kampong man said...
ReplyDeleteSalam Dato,
Langitbiru has shown certain statistical probalities and scenarios figuratvely in his comments above.This appear to favour PR .The assumption is too simplistic and as expected coming from a pro pakatan supporters.It is worth reading at a non-partisan blogger DAH IKHWAN Weblog who use statistical analysis by simulation model eg Linear regression method to come out with a scientific results which is non bias.
“statistical probalities” memanglah tak sama dengan “statistical analysis”.
TAPI bagi saya tunjuklah apa apa model simulasi statistical analysis, Linear regression ka, confident interval ka apa-apa lah, baik yang memihak kepada PR atau BN, semuanya tak boleh pakai.
Kalau research cuma 2000 orang, kawasan pula 100,000 pengundi, 2000 tu tidak mencerminkan 100,000 orang. Apapun, bagaimana kita nak jangka pengundi 100,000 memihak kepada BN/PR.
MACAMMANA NAK BACA APA DALAM FIKIRAN 100,000 ORANG?
FIKIRAN BINI TIDUR SEBANTAL PUN BELUM TENTU BOLEH BACA!!!
Tengok analisa Pemilihan Presiden US, analisa sebelum dan selepas semuanya tak sama.
TAPI, kita tengok lah apa jadi di Selatan Tanah Air, Johor. Di Muar, Batu PAhat, dan semalam di Skudai, berapa ramai yang membanjiri ceramah PR?
ITU BOLEH JADI UKURAN!
Melayu DAP Cabar Cina BN : UNTUK APA?
ReplyDeleteDILEMMA NAJIB TEMUI TITIK NOKTAH.
May 1969 berlaku selepas PRU, Perikatan “kalah” teruk sebenarnya. MAKA Presiden Perikatan perlu dipertanggungjawabkan. Siapa berani menyanggah Presiden, Bapa Kemerdekaan? Tiada siapa berani.
TAPI, perasaan itu perlu juga disampaikan kepada Sang Presiden, Bapa Kemerdekaan.
Perasaan itu disampaikan melalui kaedah “marah menantu, pukul anak”. Kebetulan kemenangan pembangkang diraikan agak hebat, kesempatan itu diambil dan dijadikan alasan.
APAPUN, SEJARAH DITULIS OLEH YANG BERKUASA!
PRU2008, UMNOBN “kalah tersangat teruk”. MAKA Presiden Barisan (dulu Perikatan) wajib dipertanggungjawabkan. Presiden ini bukan Bapa Kemerdekaan, Bapa Koridor juga bukan, boleh jadi Bapa Hadhari.
Bapa Hadhari “tiada nilai” bagi UMNO, maka Sang Presiden terus menerus dihentam.
Perasaan tidak puas hati itu disampaikan melalui kaedah “marah menantu, pukul menantu”. Istana kayangan Menantu di Tingkat 4, hari hari kena torpedo yang dilancarkan dari jauh, jauh-jauh.
NAJIB menerima “baton kekalahan”, termenung sejenak memikirkan strategi.
DILEMMA NAJIB, “strategi menjulang Melayu mengcengkam CinaIndia” atau “strategi mengongkong Melayu menjulang CinaIndia”.
Di Pulau Pinang, UMNO yakin seyakinnya ada komplot Gerakan dan DAP, hinggakan Gerakan tumpas begitu dasyat, maka berlakulah “Perang Dingin Yang Teramat Dingin” antara UMNO-Gerakan. UMNO Pulau Pinang mengambil pendekatan “membakar jambatan” antara Melayu UMNO dan Cina.
TAPI pendekatan NAJIB jauh berbeza dengan UMNO Pulau Pinang.
NAJIB “menjulang Cina-India, menghambat Melayu” melalui transformasi 1-Malaysia.
Melalui Transformasi 1-Malaysia, Cina-India beroleh manfaat terlalu besar di bawah Najib. Sang Presdien MCA tidak berjawatan pu hidup sangat senang!
TAPI mentor Najib kurang bersetuju. Mentor Najib kata julang Melayu, kalau nak menang PRU13, julang Melayu. Najib “berdegil”, Melayu dijanjikan dengan airliur, Cina-India bukan dijanji TAPI terus diberi cek jutaan ringgit.
HARI ini, tinggal 2 hari lagi sebelum PRU13, Najib Nampak kebenaran Mentornya. Cina-India yang dijulangnya, terus meninggalkannya. Melayu yang dijanjikannya, sedang marah tapi dipendam. Apa mungkin selepas PRU nanti mereka masih mampu memendam rasa?
ITU YANG SAYA bimbang. Orang kalah, akan guna emosi amarah nya untuk menunjukkan kekecewaan, hampa, marah, semuanya bercampur bersebati.
Melihat sokongan Cina begitu hebat kepada PR, MAHATHIR “tidak hiraukan” strategi Najib, menggunakan senjata terakhir senjata keramatnya, JULANG MELAYU, HENTAM CINA.
Tidak pernah Mahathir marah kepada Kit Siang dalam PRU sebelum ini, TAPI hari ini tanpa berselindung menyerang Kit Siang,
DIA RASIS,
DIA RASIS,
DIA RASIS.
PUNAH RANAH SEMUA STRATEGI NAJIB disaat akhir dek kerana Mahathir, “ingkar” arahan Presiden.
DILEMMA NAJIB TEMUI TITIK NOKTAH HARI INI!
DILEMMA NAJIB, NAK JADI PRESIDEN UMNO ATAU NAK JADI PM 1-MALAYSIA!
Amarah Mahathir itu sangat bahaya, terutama kepada penyokong tegar UMNO. Apakah mereka boleh menerima kekalahan dengan berlapang dada?
BAHAYA, BAHAYA,BAHAYA MENANTI DI GUNUNG SEMANGGOL!
Salam DAKJ,
ReplyDeleteYou are no longer a respectful Tokoh Wartawan Negara.
What the shame!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Posting Dato kali ini boleh membuat orang yang berlapang dada berfikir apakah sebenarnya politik tanah air masakini berbanding dengan perkara yang diwar-warkan parti tertentu sebelum ini.Nampak sangat parti yang dikatakan tidak sehaluan dengan orang Melayu dan Islam meletakkan calun Melayu yang berpengetahuan Islam sebagai calun mereka.Dalam politik semua boleh berlaku.
Saya percaya BN telah menggunakan semua option yang ada padanya untuk memenangi PRU 13.Sekarang terpulang kepada rakyat memberi respon sewajarnya. Sukar hendak meramalkan siapa yang akan dimenangkan Allah.Dalam 5 tahun yang lepas BN telah membantu PR memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menegor tindak-tanduk PR yang salah. Secara tidak langsung lebih ramai rakyat mengenali PR sekarang berbanding jika BN menggelapkan berita bersabit PR dalam masa tersebut.
Kita berdoa semoga orang yang terbaik memenangi PRU 13 kali ini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Posting Dato kali ini boleh membuat orang yang berlapang dada berfikir apakah sebenarnya politik tanah air masakini berbanding dengan perkara yang diwar-warkan parti tertentu sebelum ini.Nampak sangat parti yang dikatakan tidak sehaluan dengan orang Melayu dan Islam meletakkan calun Melayu yang berpengetahuan Islam sebagai calun mereka.Dalam politik semua boleh berlaku.
Saya percaya BN telah menggunakan semua option yang ada padanya untuk memenangi PRU 13.Sekarang terpulang kepada rakyat memberi respon sewajarnya. Sukar hendak meramalkan siapa yang akan dimenangkan Allah.Dalam 5 tahun yang lepas BN telah membantu PR memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menegor tindak-tanduk PR yang salah. Secara tidak langsung lebih ramai rakyat mengenali PR sekarang berbanding jika BN menggelapkan berita bersabit PR dalam masa tersebut.
Kita berdoa semoga orang yang terbaik memenangi PRU 13 kali ini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
Sdr Fikir Tajam, terima kasih. Izinkan saya memperbetulkan bahasa Inggeris saudara/i. Ayat yang betul ialah "You are no longer a respected Tokoh Wartawan Negara.
ReplyDeleteWhat a shame!"
Raspectful ertinya berbudi pekerti atau bersopan santun.
Bagaimanapun syabas kerana berani menggunakan bahasa Inggeris. Jangan serik. Macam kata ungkapan Inggeris, "practice makes perfect."
Sama ada saya dihormati atau tidak, terpulanglah kepada pembaca dan pembahas.
Terima kasih.
Amarah Mahathir itu sangat bahaya, terutama kepada penyokong tegar UMNO. Apakah mereka boleh menerima kekalahan dengan berlapang dada?
ReplyDeleteanda boleh tanya DAH Ikhwan
telahan saya - boleh
cuma Anwar boleh terima kekalahan?
Nurrul Izzah?
anda?
Malam Jumaat sebelum PRU13, Tokoh Wartawan negara, malam bersejarah.
Peringkat negeri tuanku meriah.
Salam Dato dan bro Langitbiru,
ReplyDeleteQUOTE "langitbiru said...
Ariff Sabri di Raub wakil DAP
Zairil Khir Johari di Bukit Bendera wakil DAP
2 dari 51 kerusi parlimen DAP ditandingi oleh Melayu.
doa mereka berdua menang, Amin.,"UNQUOTE
Untuk pengetahuan mereka yang masih mempercayai bahawa DAP adalah juga parti multiracial ingin saya mmemberi fakta keistimewaan siapa dia Zairil ini ?
a) Oleh kerana tersalah kira,dalam pengiraan semula kira pemilihan CEC bagi DAP ,Zairil terpilih sebagai ahli CEC yang ke 20.Maka adalah saorang Melayu juga akhirnya.
2) Realitinya Zairil tidak punyai satu titik pun darah Melayu di badannya.
Zairil adalah Christoper Ross Lim.Bapanya adalah Howard Lim dari Singapura dan ibunya adalah Christine yang berkahwin dengan Khir Johari pada bulan Feb 1996.
Zairil dilahirkan pada 17 Oct 1982.
Maka dengan fakta ini hanyalah 1/51 melayu dicalonkan bagi kerusi Parlimen.Bukanlah satu fakta yang boleh dibanggakan pada satu parti multiracial saperti DAP.Harap maklum.Terima kasih.
Selamat Mengundi dan tentukan anda membuat pilihan yang bijak.Kita tolak DAP.
Salam Dato Kadir
ReplyDeleteBagi sayalah, apa yg Sdr Fikir Tajam cakap tu, mungkin pedas sikit tapi eloklah kalau Dato ambil perhatian. Sebabnya, dah ramai sangat pihak yg menegur Dato akhir-akhir ni.
Saya cadangkan agar Dato naik haji sekali lagi tahun ni, boleh minta quota menteri atau jemputan dr kerajaan Saudi. Berdoa betul-betul di arafah nanti. Insyaallah, kebenaran yg dicari akan ditemui nanti jika hati ikhlas.
Sekian TQ.
Tuan AKJ,
ReplyDeleteSaya dapati mcm ada kelainan dlm penulisan Tuan sejak akhir2 ini. Apakah Tuan sudah mengHIDU bauan lain yg tidak terBAU oleh sekalian kami.
Sekian.
“O mankind! We created you from a single pair of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (Not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is the most Righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted with all things.” THE HOLY QURAN: Chapter 49 Al Hujurat, Verse 13
ReplyDeleteAssala mu'alaikum DAKJ
Wise words from Datuk
Pembaca dan pemblogger harus menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita mempunyai pendapat dan fahaman yang berbeda, tak sepatutnya kita meluahkan kata2 yang boleh mengguriskan hati sesaorang. Messages yang kita tulis di blog Datuk ini akan mencerminakan hati budi kita.
Rujuk kepada tafsiran di atas, kita sama dapat refresh dan menghayati ajaran Islam, semoga dapat jadikan tauladan dalam kehidupan harian kita, sama ada di rumah, pejabat dan juga semasa bertemu sahabat handai.
Sekarang balik kepada what type of leader that we are looking for.
Leader lead by example.
These core qualities are what others would see in a person having leadership character.
Leadership is about character - who you are not what you do.
INTEGRITY
Character is grounded in integrity. Leaders must be honest, credible and completely trustworthy. A person with integrity doesn't twist facts for personal advantage, is willing to stand up for what is right, keeps all promises, and can be counted on to always tell the truth. A person with integrity makes sound decisions, especially when faced with moments of indecision, temptation and conflict. Without integrity, no leader can be successful.
RESPECT
Respect helps create a culture of partnership and teamwork. Leaders who demonstrate respect show an unconditional high regard for others, acknowledging their values and people, regardless of their behaviors. Respect comes through in all situations, even during times of conflict or criticism. Leaders must develop and refine the following qualities of respect: Empathy, Lack of Blame, Humility, and Emotional Mastery.
Empathy
Leaders earn trust by relating to everyone in the organization with understanding. Empathetic leaders create strong bonds and are seen as less political. A person who demonstrates the core quality of empathy:
•Understands others' points of view including those that are different from his or her own.
•Shows genuine concern for others.
•Listens with understanding.
•Exhibits respect even when he or she has nothing to gain from the
relationship.
Humility
Leaders with humility shun pompous and arrogant behavior. They realize that we are all fallible – a combination of strengths and weaknesses. People who demonstrate humility don't think less of themselves; they just think more of others. A person with the core quality of humility:
•Listens to others with an open mind.
•Doesn't brag or name-drop.
•Clearly sees and admits his or her limitations and failings.
•Shows vulnerability without fear.
Emotional Mastery
More than 2000 years ago, Epictetus said, “It is not the facts and events that upset man but the view he takes of them.” Leaders who have developed emotional mastery recognize that. Controlling anger may be the most important aspect of emotional mastery for those in powerful positions. Outbursts of anger can quickly destroy a sense of organizational equity and partnership. A person with the core quality of emotional mastery:
•Says what he or she thinks but never berates others.
•Stays calm even in crisis situations.
•Doesn't let anxiety interfere with public speaking or other critical tasks.
•Reflects before reacting and consciously chooses an appropriate response.
RESPONSIBILITY
Great leaders accept full responsibility for personal success and for the success of projects, teams, and the entire organization. Becoming responsible requires developing and refining the following core qualities of Accountability, Self Confidence, Courage, and Focus on the Whole.
Sekian
Terima Kasih
Cina BN tu siapa?
ReplyDeleteMCA Man!
Sejak kebelakangan ni, ramai sangat ulama UMNO bagi FATWA, undi PR haram!
Ulama Pondok Geting Tumpat @ Pondok Minda, dah lama dah bagi Fatwa, undi PAS HARAM.
Ulama bukan Pondok pun ramai juga melatah! Mendahului carta, Tokoh Jalur Tiga Beras Jati, kemudian diangkat bekas-bekas sahabat Anwar, tak kurang juga bekas Presiden ABIM ke 6.
SEMUA SEPAKAT KATA HARAM UNDI PAKATAN.
Alasan kerana gabung dengan DAP.
TAK PA LAH alasan tu, cuma Langitbiru nak tanya para ulama di atas, MCA tu Islamic Friendly ka. Tak dengar, tak baca apa kata CSL pasal Hudud? Lupa ka CSL kata 8 negara dunia termiskin adalah kerana laksanakan undang-undang Islam? Lupakah betapa biadapnya CSL hina Hudud? DAN jangan tak lupa CSL terbabit dalam skandal dengan wanita simpanan?
KALAU MUSLIM yang berzina, mereka dikira sebagai FASIQ. FASIQ tidak layak dan haram dijadikan saksi dalam apa jua keadaan, hakim lagi tak boleh.
Bagaimana NON-MUSLIM yang terang terangan mengaku berzina dengan terbukti videonya sebagai saksi. APAKAH mereka ini layak diambil sebagai kawan, teman seperjuangan dalam Islam????? Mereka inilah ynag sebenar-benarnya KUFFAR. HARAM BAGI PEMIMPIN ISLAM MENGAMBIL MEREKA SEBAGAI KAWAN, SAKSI, HAKIM, APATAH LAGI BERKONGSI KUASA PEMERINTAHAN DENGAN MEREKA.
UMNO dan Ulama UMNO diam seribu bahasa bila CSL bercakap dan hina Hudud. "Takut" kepada CSL hanya semata-mata demi undi Cina, gadai agama!
NAK HARAP UMNO membela dan pembela Islam?????
Kalau Ketuanya (MCA) haram bergabung, dnegan anak buahnya juga haram bergabung dan memberi sokongan (undi).
NYATA ADA SEBAB YANG KUAT UNTUK MENGHARAMKAN BERGABUNG DENGAN MCA DI BAWAH PIMPINAN CSL
DAP TIDAK HINA HUDUD WALAUPUN MEREKA TAK BERSETUJU.
NAH SEKARANG, undi siapa haram????? DAP vs MCA???
ASSLAMUALAIKUM DATO'
ReplyDeleteNak tanya Dato' dah siap ke Kuil Hindu terbesar di Asia Tenggara di Putrajaya, projek Samy Vellu tu?????
BERAPA BUAH SEKOLAH AGAMA ada di Putrajaya??????
TAK ADA SEBUAHPUN sekolah agama di Putrajaya!!!!!!
APA ini semua?????
Kampung Man , OKJ apa komen?????
Melayu Dap lawan cina BN.......From day 1 BN had lost the battle.....Can MCA Place a malay candidate? DAP has out played MCA here, racism tagged down to DAP somehow unleashed. Ha ha ha Who say BN not a bunch of racist?
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato’
ReplyDeleteDato’ nasihatkan seluruh rakyat Malaysia jangan lakukan fenomena “ARAB SPRING” di Malaysia.
Apakah Dato’ terlintas WALAUPUN SESAAT, bahawa akan berlaku peristiwa ARAB SPRING?
Husni Mubarak menang pilihanraya, satu kemenangan amat besar 90% kuasai kerusi Parlimen. Akan tetapi, reality semasa dan momentum kekuatan pembangkang semasa tidak mencerminkan kekuatan pembangkang hanya 10%, tapi jauh lebih daripada itu sehinggakan persepsi umum berkata pembangkang menang! Kalah TKO itu memulakan bibit-bibit demontrasi jalanan dan akhirnya Dataran Tahrir menjadi saksi segalanya.
PRU13 sudah lama digembar gemburkan sebagai IBU SEGALA PRU. Semua cakap ibu segala pru. Muhyiddin cakap, Najib pun cakap, arkitek pun cakap, pemandu teksi pun cakap,pekedai runcit pun cakap, apatah lagi kedai-kedai kopi. SEMUA CAKAP CAKAP IBU SEGALA PILIHANRAYA.
Semuanya kerana momentum pembangkang dilihat SANGAT KUAT selepas PRU2008. 55 tahun Merdeka, PERIKATAN kemudiannya bertukar nama kepada BARISAN NASIONAL tidak pernah bagi “duit pilihanraya”, bukan duit raya kepada rakyat seperti BRIM 1.0, BRIM 2.0 dan pelbagai KRIM MRIM lagi. Semua ini kerana dilihat pembangkang sangat kuat, kena kembali pujuk rakyat!
Ukuran momentum itu boleh dilihat dalam semua ceramah politik pembangkang (PR) di seluruh Negara. Di Alor Setar, stadium nya sentiasa penuh bila program politik PAS diadakan. Kelantan pun sama. BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 jelas menunjukkan satu fenomena luar biasa. Pengumuman keputusan perbicaraan Anwar penuh sesak jalanraya.
DAN sejak 2 minggu kempen PRU, pembangkang jelas menunjukkan kekuatan dengan hadirin bukan 1-2 ribu TAPI puluhan ribu hadir. Ceramah Chua Soi Lek dengan hidangan makan percuma tiada sambutan. Shahrir Samad berucap dihadapan kerusi kosong di JB, tapi di Skudai ceramah PR mencecah 60,000 orang. Di Esplanade Pulau Pinang mencecah 50,000 orang. Di Kedah dan Kelantan sediamaklum hadirinnya, semua ini menunjukkan kebarangkalian PR menang PRU.
Saya sangat bimbang jika BN kalah, apakah peralihan kuasa berlaku dengan aman atau tercetus rusuhan ???
JIKA PR kalah tipis, saya fikir keadaan kekal aman.
TAPI, JIKA BN MENANG BESAR 2/3 Parlimen, saya sangat bimbang.
KERANA seperti saya katakan momentum sebelum PRU tidak menunjukkan isyarat BN menang besar.
APATAH LAGI dengan insiden DAKWAT YG SEPATUTNYA KEKAL 5-7 HARI, TAPI HILANG HANYA BILASAN AIR SABUN!!!!!
Begitu juga dengan lapuran lapuran senarai daftar yang amat meragukan, bukan sedikit, TAPI RATUSAN RIBU, termasuk naik turun mahkamah, Nampak LANGSUNG tidak diendahkan oleh SPR. BAgaimana SPR hanya cakap itu Cuma 1-2% dari jumlah senarai pengundi!!!!! Ini langsung tidak boleh diterima.
BUKAN NIAT UNTUK MENGAPI-APIKAN KEADAAN, TAPI SAYA BERASA SANGAT BIMBANG!!!
YA, SAYA TERLINTAS JUGA DI FIKIRAN INI,WALAU SESAAT, JIKA BN MENANG 2/3 PARLIMEN, KEMUNGKINAN “ARAB SPRING” BOLEH TERCETUS!!!!!
Salam Datuk,
ReplyDeletePlatform perjuangan dalam politik itu adalah hak dan preference individu.
Ada yang opportunist, ada yang ikhlas, ada yang idealis, ada yang realis, ada yang setia, ada yang lalang..macam-macam, Datuk..
Dalam PR, ada Melayu yang bertanding sebagai calon DAP.
Dalam BN pula, ada Melayu yang bertanding sebagai calon PPP.
Ya ya ya Melayu DAP lawan Cina BN..nanti kita tengok siapa yang menang. pada PRU12 dulu Cina PAS lawan(kalahkan) Cina BN pun ada.Cina PAS lawan (kalahkan) Melay BN juga ada. Sekarang dalam PRU13 semua ada.
ReplyDeleteKampong man
ReplyDelete"Tidak mudah bagi DAP menerima calon Melayu kerana ianya adalah 'RARITY' bagi parti racis socialis DAP ini."
Tolong bagi difinisi parti rasis?
...SAJI
Salam sejahtera Datuk, gembira rasanya dapat bersua muka dan sembang walaupun beberapa minit dengan Datuk di Kompleks Karangkraf tadi. Harap kita dapat berjumpa lagi.
ReplyDeleteADAKAH ANDA PENING KEPALA, SAKIT OTAK, CONFUSE, CELARU DAN MENGHADAPI TEKANAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN PADA 5HB INI?
ReplyDeleteJANGAN JUMPA DOKTOR, TAK PERLU TELAN PANADOL, TAK PERLU MENCARI DUKUN ATAU BOMOH, TAK PERLU DENGAR CERAMAH, TAK PERLU MINYAK CAP KAPAK ..HANYA KILK BLOG INI UNTUK MENDAPATKAN PENAWARNYA.
PASTI BAHAGIA di DUNIA DAN AKHIRAT :http://merboktimes.blogspot.com/2013/05/parti-mana-yang-patut-kita-pangkah.html
negara dah 55 tahun merdeka tapi sentimen perkauman dan racist masih lagi menebal, kasihan betul...
ReplyDeleteMASANYA TELAH TIBA!!!
"INI KALI LAH!" atau "LAIN KALI LAH!", mana satu yang anda pilih???
Buat pilihan cepat di sini.
Saudara Kampung Man,
ReplyDeleteKalau saya tak silap ada dua orang lagi calon DAP melayu; Mahdzir Ibrahim di Parlimen Tg Piai Johor dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di DUN Mentakab
Aslkum Dakj
ReplyDeleteMelayu jangan rasa takut berubah.Sebab kepentingan Melayu TIDAK akan tercalar jika PR menang.
Agong dan Sultan masih org Melayu
Menteri Besar org Melayu
Ketua polis dan tentera masih org Melayu
Ketua hakim dan ketua pendakwa org melayu.
ANUAR SEBAGAI PM JUGA MELAYU.
Jangan layan dakyah media UMNO yg ulang isu basi.
NAJIB LAGI MERAPU. KSN PUN LANTIK BUKAN MELAYU
Sdr Fikir Tajam first try to learn how to write proper English before commenting on how respected a Tokoh Wartawan Negara DAKJ really is. I think your Fikiran is Tumpul and not Tajam !
ReplyDelete
ReplyDeleteKaum Punan Sokong BN. Mari kita tengok, siapa yang kena. Parlimen P216 Hulu Rejang
1. Piliharaya 2004- Sarawak simpanan tetap dan menang. Apa kaum minoriti dapat khas kaum punan di pedalaman belaga sarawak. Pembesar BN kata takpe kita tidak payah, dengar suara pedalaman sebab BN akan menang juga. Mereka memandang enteng suara penyokong tegar mereka di pedalaman. Justeru isu seperti infrastktur asas seperti jalan raya, api dan air tidak dibuat dan dipandang sepi.
2. Plihanraya 2008. Sarawak simpanan tetap dan menang juga. Pembesar BN tetap angkuh. Keperluan asas jalan, air dan api untuk komuniti punan tidak dibuat dengan alasan mereka menyalahkan muka bumi sarawak yg bergunang-ganang memerlukan kos yg besar. Tapi yg menghairankan sumber balak di mukabumi bergunang ganang dapat diambil pula..Rakusnya mereka.
3. PRU 13 sekali lagi mereka kata sarawak simpanan tetap. Pengundi luar bandar dikatakan mereka penyokong tegar mereka. Perasaan anak muda bergitu kecewa melihat semua ini.
selama 55 tahun memerintah pembesar BN tidak mengenali dengan dekat penyokong mereka di pedalaman sarawak. Sungguh angkuh mereka. Kami hanya menjadi penonton dan mengundi BN, dengan harapan tidak tahun ini, tahun depan mereka bagi, tetapi kini saya berusia 30 tahun, jalan raya, bekalan air dan api tetap tidak kunjung tiba di sini.
apabila berada di semenanjung msia dalam masa 10 tahun sebagai penjawat awam, sedih dan rasa terpinggir kami di pedalaman sarawak di arus pembangunan dan sorakan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan... moga-moga selepas PRU 13 ini, moga kami tidak tertipu lagi....
Sdr langitbiru
ReplyDeleteKalau Kampong Man dan OKJ nak tahu, anak saudara saya yang ibunya Dr dan bapanya orang komputer mampu hantar dua anaknya ke sekolah agama swasta di rumah kedai yang beraircond. Yang susah hidup cari makan terima BRIM tu macam mana?
...SAJI
Salam Dato, sdr Langitbiru & para pembahas
ReplyDeleteApa yg saya rasalah, Pru kalini PAS & PKR akan kalah teruk. Sebabnya, Pengikut 2 PAS cakap je besar tapi penakut. Penakut dalam mendapatkan kebenaran. Al Quran menyuruh kita selidik setiap berita w/p ianya dari orang fasik untuk mengetahui kebenaran, tetapi Sdr Langitbiru dan juga yg lainnya takut teramat sangat utk mengetahui kebenaran.
Tapi nak salahkan pengikut je pun tak boleh juga, sebab dewan ulama PAS pun tak berani nak menyiasat sehingga hari ni. Takut utk meminta diselidiki kisah china doll, pluerarism, spenderman dan keceluparan ulama mereka mengatakan rasulullah sebagai mamat kampung.
Akhir kata, Pas hanya akan mendapat undi dari org-org penakut sahaja. Cuma masalahnya, majority umat islam di Malaysia adalah mereka-mereka yg berani didalam mengetahui dan dahagakan kebenaran. Sekian TQ.
Salam Dato,
ReplyDelete1.Saya yakin Najib/BN akan diberi mandat penuh meneraju Putrajaya.Ini jelas dari momentum sambutan rakyat akhir akhir ini.Saya bersetuju dengan statistical analysis sdra DAH IKHWAN Weblog bahawa BN akan menang mengembalikan semula 2/3 majoriti.
Mengikut kajianya beliau menganggarkan 61% pengundi Melayu, 25% undi Cina dan 60% India akan mengundi BN.
a) BN dijangkakan akan perolehi minima 159 kerusi parlimen keseluruhan dari 222 kerusi yang dipertandingkan.
b) Parti chauvanistik DAP akan berjaya memperbaiki kerusi mereka ke minima 35 krerusi(29 di 2008) atas sokongan nekad pemngundi Cina, PKR menurun ke 17 (2008,31 kerusi) dan Pas dengan minima 8.(Source:dah ikhwan weblog)
c) Adalah juga diramalkan KEDAH dan SELANGOR akan jatuh ketangan BN.
Faktor KETIDAKPERCAYAAN pengundi pada PR dengan ramainya ahli PKR dan DAP yang telah meninggalkan/keluar parti.
Saya meramalkan BN akan lebih berjaya dari 2008. Pas akan berjaya ke anggaran maxima 18 kerusi dan PKR maxima 18 kerusi juga.
Sama sama kita berdoa kehadirat Allah supaya pilihanraya PRU 13 ini berjalan dengan baik tanpa ada insiden buruk berlaku dan rakyat menghormati pilihan majoriti dengan peralihan kuasa yang lancar,jika ada,tanpa huruhara dan kejadian buruk berlaku.Maaf,Ameen.
SELAMAT MENGUNDI !!
Aslkum Dakj
ReplyDeleteHebat betul OKJ
Hari tu suruh Dakj pergi buat haji( macam dialah tu) agar dpt cahaya kebenaran.
Hari pulak pertkai dewan ulamak PAS tak berani nilai kebenaran.
Kalau yg saya faham org yg pulang dgn haji mabrur tak kan mau jadi hamba pemimpin ZALIM UMNO . APA MACAM!!!
Di kaca mata OKJ, org macam NAJIB, KAK ROS, MUHYIDDIN, ADNAN YAAKOB, GHANI OSMAN DAN SIDEK BABA ADALAH CONTOH MEREKA YG MENDAPAT CAHAYA KEBENARAN.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteDulu eaktu kes sodomi palsu 2 baru bermula saya sangat MARAH bila lihat muka bapa SAIFUL yg lebih kuah daripada lauk.
Bila bapa SAIFUL tiba2 buat kenystaan terbuka mengaku bahawa kes tu sebensrnya perancangan jahat pegawai NAJIB maka saya SEDIKIT GEMBIRA. Kerana saya tak pernah goyah dgn kebenaran berpihak kpd ANUAR.
TAPI bila bapa SAIFUL BUAT U TURN LAGI, SAYA DAH TAK LARAT NAK MARAH TAPI KETAWA DAN KASIHAN.
KETAWA kerana perbuatan terbaru ini hanya membustkan rakyat tak lagi percaya pd cakap NAJIB DAN UMNO.
KASIHAN kerana saya rasa bapa SAIFUL dah teruk kena dera secara fisikal oleh .......agar menukar pengakuan.
Macamlah mendiang PI BALA dgn SD 2 beliau.
Kalau PR menang saya 100% sure pengakuan bapa SAIFUL AKAN BERUBAH MENJADI BENAR2 BENAR.
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya sebagai orang melayu dan yang agak berhampiran dengan Pemimpin Umno melihat kelemahan pemimpin Umno hari ini ialah kuasa yang ada bukan nak kembela rakyat. Sebaliknya tibai duit rakyat. Betulkan fakta saya kalau ada lagi ahli umno yang masih ada nawaitu untuk bela rakyat bukan projek. Saya agak sedih melihat Ketua Bahagian Umno di Johor daerah lebih tepat tempat beli kain boleh bina rumah macam istana kemudian tayan lebih dari sepuluh kereta depan halaman rumah sehingga rakyat disekeliling tertanya dulu kerja peon bila masuk umno rezeki bertambah. Saya sebagai melayu dah tak ambil peduli pasal ketuanan melayu yang karut sebab apa. Apa yang ketuanan melayu bila hujung bulan nak bg anak makan kena pinjam sana sini. Nak pergi keje tol sana sini, harga rumah naik macam gunung everest. Kalau tak beli kereta duduk kat kuala selangor mana ada bas awam. Jadi apa yang umno kata tolong melayu. Cuba datuk jawab?
Sabri menang atau ialah tetap bertaraf tali barut
ReplyDeleteAslkum Dakj
ReplyDeleteMemang ada asas keyakinan tinggi NAJIB bahawa UBN akan menang besar.....sebagaimana diwar2 pencacainya.
Dgn pelbagai hadiah atau rasuah sebelum dan semasa kempen saya akan hairan kalau UBN TAK MENANG BESAR APATAH LAGI KALAU KALAH
Salam din Melaka,
ReplyDelete1.You are always in the state of denial when come to DSAI.Lets assume that Saiful father was paid by UMNO/BN handsomely for him to change his mind and that the SUMPAH LAKNAT by Saiful in front of the KAABA was fake.
2.No muslim in the right frame of mind can accept that PM wannabe DSAIto lead the nation with all due respect for the man, period.Ask Chandra Muzaffar , Prof Sidik Baba and the many PR founder leaders who have deserted him."Anuar Ibrahim perlu BERTAUBAT" said Karpal Singh that over my dead body man.What a shame !! (To fikir tajam NOT "What the shame".Good try nonetheless).
3.Not until this PR weak coalition are together as ONE like BN does the rakyat should REJECT this marriage of convenience PR especially its DUBIOUS leader DSAI. I have no interest to dwell on his personal life takut fitnah but DSAI is a no no leader, Wallahwuaalam.
4.As for bro Ariff Sabri in Raub I wish him all the best.His last article begging for public fund probably explain why he choose to be with DAP, a Malay hero in a racist and chauvanistic DAP fighting for Malaysian Malaysia ideology.Siapa yang berduit?.Apa lagi yang kaum ini mahu ?.Kuasa politik pula ? atau menambahkan lagi kekayaan yang melempah ruah di bumi bertuah ini?.
Apa lagi yang tidak UMNO/BN lakukan terutama yang berbahagia Tun Dr Mahathir untuk rakyat majmuk Malaysia ?.Tidak hairan BN di beri mandat selama ini memerintah negara.Maka buatlah pilihan yang tepat tanpa emosi.
Kita beri mandat penuh pada Najib dan BN esok.SELAMAT MENGUNDI.
@ Pssst...din Melaka masih mimpikan Putrajaya dengan kemenangan PR ?.Biar betul !.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteKampong Man macam low atau tak de class langsung.
Kutuk ANUAR berdasarkan kenyataan bekas2 sampah menunjukkan KM tak boleh fikir sendiri. Atau punya daya fikir yg sangat cetek.
Yg tinggalkan perjuangan ANUAR tu penuh dgn masaalah perbadi.....hutang bank, gila pangkat, tak cukup duit, tamak , dengki cukai tertunggak , kena pulas tangan dsb
Lain lah kalau yg beri komen negatif pasal ANUAR adalah org bernaruah spt TGNA DAN TGHA, boleh jugak din melaka fikir2kan.
Kalau pun ANUAR tu tak betul, apa hak UBN tipu rakyat dgn pengundi hantu.
Memang dasar ulat hati. Yg kotor tu jugak KM nak sekongkol.
On 11:32, you wrote:
ReplyDelete"4. Zulkifli Nordin keluar PKR selepas menang atas tiket PKR. Saya tak pasti dia masuk Umno atau tidak tapi jadi calon BN di Shah Alam."
Zulkifli Nordin bukanlah ahli UMNO tetapi ahli parti PPP, yang menjadi komponen Barisan Nasional. Saya terperanjat Zulkifli Nordin kalah sebab Dato' M Kayveas berkata Zulkifli Nordin adalah calon yang disukai semua kaum di Shah Alam.
Please note that the above comment by "Hafiz Noor Shams" isn't made by me.
ReplyDelete