A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila
guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
Inilah bunga Arab Spring |
ADA pembahas meminta pandangan saya mengenai
pergolakan berdarah di Mesir. Saya sengaja tidak mengulas sebab saya rasa tidak
cukup memahami minda dan tabiat orang Arab.
Saya dilahirkan dalam suasana
yang mengajar saya menghormati orang Arab “atas sebab-sebab agama”. Antaranya
kerana mereka lebih awal Islam daripada kita.
Al-Quran dan Hadis banyak
menceritakan mengenai akhlak orang Arab. Saya tidak perlu mengulangi atau
mengulasnya.
Secara ringkas dan rambang,
berikut adalah pendapat dan pemerhatian saya berkaitan krisis di Mesir,
khasnya, dan dunia Arab amnya:
1. Pemerintahan demokrasi bukanlah
kekuatan orang Arab. Dua sistem pemerintahan yang lazim di dunia Arab adalah
sistem raja dan republik. Persamaan kedua-dua sistem itu adalah mereka
bergantung kepada angkatan tentera yang kuat sebagai kunci kuasa.
2. Angkatan tentera di majoriti
negara Arab adalah sebahagian daripada sistem politik. Kebanyakan pemimpin dunia
Arab yang berjaya membawa ketenteraman dan kemajuan kepada negara adalah
daripada kalangan tentera atau yang mendapat sokongan tentera.
3. Sistem raja dan tentera kukuh
dan kuat dalam era Perang Dingin apabila Blok Barat dan Komunis memecahkan
dunia Arab ke dalam sfera pengaruh masing-masing. Negara-negara beraja mirip
kepada Barat manakala republik mirip kepada Kesatuan Soviet.
4. Keruntuhan empayar komunis dan
dominasi oleh Barat membawa idea baru ke dunia Arab, iaitu demokrasi yang asing
bagi majoriti orang Arab.
5. Barat mahu mendemokrasikan dunia
Arab, tetapi majoriti gerakan politik yang bergiat secara haram atau dengan
dikawal ketat pemerintah adalah anti-Barat. Kebanyakan mereka berpaksikan
ideologi agama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau atas landasan puak
seperti di Iraq, Syria dan Lebanon.
6. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin
bermula pada tahun 1928 - sejak zaman Mesir di bawah pemerintahan raja lagi –
dan berkembang ke banyak negara Arab walaupun ditekan dan dimusuhi. Banyak
pemimpinnya dibunuh, dipenjarakan dan dibuang negeri. Ia kekal sebagai gerakan
politik dan sosial dunia Arab sampai ke hari ini.
7. Apabila pemerintahan Hosni
Mubarak yang disokong tentera jatuh akibat tunjuk perasaan raksasa rakyat
jelata, tentera hilang pengaruh kerana bersekongkol dengan Mubarak, seorang
bekas jeneral. Lagipun tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan pada peringkat awal
kebangkitan.
8. Pilihan raya adalah jalan keluar
bagi tentera untuk terus berkuasa. Tetapi tentera tidak ada boneka yang kuat
bagi menentang Ikhwanul Muslimin. Selepas kejatuhan Mubarak, tentera dan
Ikhwanul Muslim sokong pungutan suara, tetapi golongan liberal menolaknya.
Golongan liberal secara natural adalah pilihan Barat.
9. Tentera tidak dapat menerima
hakikat bahawa musuhnya selama ini, iaitu Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya
presiden. Walaupun Mohamed Morsi dianggap terbuka dan tidak fanatik namun
beliau tidak diterima oleh tentera dan golongan liberal pro-Barat. Ikhwanul
Muslim ada pengalaman politik, tetapi lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan
ekonomi. Ekonomi Mesir yang sudah pun lemah menjadi kaku. Rakyat jelata yang
pada mulanya menyokong beliau mula tawar hati dan marah. Kekacauan melumpuhkan
industri pelancongan yang berupa penyumbang utama kepada ekonomi Mesir.
10. Setelah gagal menggunakan jalan
demokrasi untuk mengekalkan pengaruh dan kuasanya, tentera kini kembali ke
jalan raya menyokong penunjuk perasaan yang menentang Morsi dan menggunakan polis
untuk bertindak kejam terhadap penyokong Morsi.
Kesimpulannya, Musim Bunga Arab
(Arab Spring) adalah musim berdarah bagi banyak negara Arab dan rakyat jelata mereka. Imej Islam turut
terjejas. Pengaruh tentera dan pemerintahan kuasa mutlak semakin dipertikaikan,
tetapi dunia Arab tidak mempunyai institusi demokrasi yang kuat dan menyeluruh.
Akibatnya, angan-angan demokrasi berubah menjadi anarki. Arab berbunuhan sesama
sendiri. Yahudi senang hati. Barat terus menanam tebu di tepi bibir.
Dan selagi dunia Arab tidak boleh menerima kepelbagaian suara dan membawa berunding gerakan politik seperti Ikhwanul Muslimin, selagi itulah dunia mereka akan bergolak dan sistem pemerintahan rakyat tidak akan menjadi realiti.
Harap-harap kita di Malaysia
tidak akan jadi macam orang Arab kerana perbezaan politik atau kerana berbahas
mengenai masjid dan surau yang tak betul arah kiblatnya. Wallahualam.
Assalamualaikom Dato,
ReplyDeleteMula-mula membaca pendapat Dato bimbang juga jika Dato menyebelahi pihak yang tidak saya sebelahi.
Alhamdulillah.
Saya mungkin kurang ilmu agama dari Dato'. Bagaimanapun, saya seperti Dato' tidak sekali-kali akan bersekongkol dengan pencuri kasut jumaah yang mengimarahkan masjid di Mesir.
Wallahua'lam.
Salam Dato,
ReplyDeleteSekadar renungan dan perkongsian berinteraksi atas tajuk : D Day Minus One - The Heavens Open. Sila layari www.saffanskot22.com
Wassalam,
Z
Salam saudaraku AKJ,
ReplyDeleteTajuk perbahasan kali ini mengenai perbedzaan Arab di negara-negara asal nya dan mereka yang merantau ke negara-negara luar ke seluruh pelusuk dunia adalah jauh berbeza dari pemikiran budaya sosial dan integrasi berasas kepada fitrah Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian, maka berjuta-juta bangsa Arab telah meninggalkan negara asal nya untuk mencari nafkah dan rezeki khususnya di negara Islam seperti Malaysia yang telah menjadi pemilihan mereka yang utama.
Mereka tidak begitu cenderong untuk berhijrah ke negara Amerika mahupun dinegara-negara Europah. Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan jika melihat keadaan di Malaysia pada hari ini di mana bilangan pelawat, pelajar-pelajar dan penduduk daripada bangsa Arab semakin hari semakin bertambah.
Orang-orang Arab berhijrah atas berbagai-bagai sebab dan bukan sahaja lari daripada keadaan dan medan peperangan saudara di tanah kelahiran mereka di negara Arab, Timur Tengah mahupun di Benua Afrika. Mereka boleh dikatakan kaum Arab yang pratikal dan bijak pemikiran untuk meneruskan perjuangan hidup untuk membela nasib mereka, anak-anak dan keturunan mereka pada masa hadapan.
Bagi kita orang Malaysia, kita lebih mengalu-alukan mereka jika dibandingkan dengan mereka yang datang daripada negara-negara yang lain seperti China, Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain negara. Kita kadang-kadang mengagung-agungkan mereka dan tidak kurang juga Wanita-Wanita dan anak-anak kita mencari peluang untuk berkahwin dengan mereka. Itu adalah satu hakikat yang harus dimantau oleh Kerajaan kita lebih-lebih lagi pada ketika ini dimana peperangan saudara atau "civil war" sedang berlaku di beberapa negara, termasuk di Mesir yang semakin membimbangkan kita dan negara-negara Islam yang lain.
Dato.
ReplyDeleteKemana perginya Ulamak Tersohor dari Mesir Dr Yusuf Qardawi .Khabarnya beliau juga sudah cabut lari keluar dari Mesir.
Tokoh ini kerap menjadi rebutan sebagai rujukan para tokoh Di Malaysia.
Itulah dunia Arab yang kian tertiarap.
Bijak pandai yang banyak pun belum tentu menjamin sesuautu negara.
Melainkan kalau semua rakyat bersatu.
Punca negara lingkup kerana pemimpin suka bergaduh.Rakyat jadi kayu api sebagai bahan bakar.
Dato.
Bagi saya Arab dulu dan Arab sekarang sama sahaja.Begaduh sepanjang masa.Negara Israel besar telur cicak pun tak boleh dikalahkan.
Dalam dunia sejarah konflik yang paling banyak sekali didunia Arab.
Sampai Pro.Dr Yusuf Qardawi pun pening.Boleh jadi bomoh local tak menjadi.Dia kena pakai bomoh luar.
Bomoh luar itu lah yang perlu dicari.Sama ada bomoh dari barat,timur atau Afrika.
Kesimpulan Mesir sudah hancur.Tentera juga tak boleh disalahkan 100% kerana Ikhwanul Muslim juga ditolak oleh seterunya melalui demontrasi jalananan.
Maknanya kerajaab Morsidi sekadar berada 50/50.
Tentera jadi penyelamat yang makin tak selamat.
Dato .Ini pun masuk dalam kategori EMO jugalah.
Gajah sama gajah bertarrung rakyat jadi mangsa dan korban.
Terima kasih.
Perdana Menteri Turkey Tayeb Erdogan membuat kenyataan keras mengenai Mesir.
ReplyDeleteRaayatnya bebas untok memileh antara Pemerentah di bawah Nabi Musa atau Firaun.
Nabi Muhammad saw ada berkata apabila dunia sydah akhir zaman,pertumpahan darah akan berlaku dengan meluas dikalangan umat Islam.
Nah.ini dia.
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeleteKena ambil masa sikit nak hadam tulisan Dato'
Tulisan Dato, menyeluruh, macam satu ringkasan sejarah Arab amnya dan Mesir Khususnya.....terutama sejarah politik..
Terimakasih Dato' dan Tahniah.
Salam Dato,
ReplyDeleteYang saya faham hai orang arab ni diutara afrika,semenanjung arab, iran,iraq,jordan, gaza, Israel, lebanon dan syria ni adalah manusia dari berbagai keturunan bedouin gurun padang pasir.
Orang badouin ni tebal semangat kekeluargaan dan keturunan mereka,asalkan dapat pertahankan `tribal values' mereka, mereka akan bergaduh dan berbunuhan dari dulukala lagi, terutama mengenai air,kurma dan ugama..
Dalam sejarah negara negara `arab' ni cuma dua perkara yang sangat penting untuk mereka samaada military atau militant,tengah tengah punya pilihan tiada option untuk berjaya dikalangan mereka.
Kalau hai ugama ni, lecih betui kalau diteliti dengan `halus halus'.
Tenguk Israel,satu negara dulukala adalah negara contoh ugama allah,dimana ramai rasul dan nabi lahir dan berkembang ugama allah,tempat orang negara lain tumpang `berteduh' untuk ugama allah, last last dah jadi 100% negara bantah allah dan kafir..!
Begitu juga dengan palestin,sedang menuju dari negara kuat ugama islam,kalau tak silap lebih kurang 1200 tahun lalu,kecuali 200 tahun lebih kurang dikuasai olih orang kristian, tu pun dah berterabur...
Sekarang ni,pada pendapat saya barat ni tak mau islam berkembang, sebab islamphobia,walaupun mesir tu negara islam,depa akan `promote' puak military...jangan terkejut kalau Hosni Mubarak atau geng dia jadi ketua lagi!.
Kalau itu terjadi barat akan sokong presiden bashar kat Syria atas alasan yang sama...SUNNI must die!,jangan sampai ahli sunnah waljammah berkuasa.
YANG pelik raja Saudi pun ikut begitu... ada la harapan barat U-turn baik balik dengan iran kut laa ni....
HISBOLLAH adalah contoh kumpulan militant yang sangat berjaya dinegara negra tersebut ( mungkin didunia sekarang ni), israel pun takut dengan mereka,israel yang jajah negara mereka pun berjaya dihalau, dan mereka paling banyak senjata `berat berat' dan paling banyak sumber duit dan bantuan duit....
Abu Bakar Ab Rahman
Kalau PR ambil-alih pentadbiran negara, Malaysia akan jadi arab spring.
ReplyDeleteDAP akan tekan PAS (yang sepatutnya jadi suara Islam) supaya mencium tapak kakinya. Ini telah pun terbukti di Pulau Pinang dan Selangor.
Kesudahannya, orang Islam di Malaysia akan bangkit melawan kerajaan DAP yang mengawal pentadbiran negara. Tragedi berdarah mungkin tidak dapat dielakkan.
Para pembahas dan pelawat dihormati,
ReplyDeleteSaya tidak berani mengatakan kitab Muqaddimah oleh Ibnu Khaldun berupa tulisan difinitif mengenai sejarah dan tamadun, khasnya sejarah dan tamadun Arab.
Tetapi banyak cendekiawan dan ilmuan Timur dan Barat menganggapnya sebagai catatan dan analisis sejarah yang lengkap dan unggul.
Jadi sesiapa yang berminat mendalami dan memahami sejarah silam, baru dan kontemporari orang Arab bolehlah membaca buku itu.
Saya mendapatinya amat menakjubkan kerana pada abad ke-14 (1377) Ibnu Khaldun sudah bercerita mengenai assabiyah (berlainan daripada difinisi PAS) dan berkenan "deflasi" (yang melanda ekonomi Jepun sejak lebih 10 tahun lalu dan baru berakhir beberapa bulan lalu). Demikianlah hebatnya ilmuan dan pemikir Islam silam. Wallahualam.
"...Ikhwanul Muslim ada pengalaman politik, tetapi lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan ekonomi. ...."
ReplyDeleteMemang diakui geng lebai ni tak reti bab ekonomi, sama mcm Pas le. Di Kelantan, depa "gadai" tanah hutan dan balak kpd taukey utk buka ladang sawit. Patutnya depa usaha ja sawit tu sendiri, bukan susah pun tapi nak dapat tunai segera punya pasai, depa "gadai" le. Lebai di mana pun sama ja. Buat malu je.
Sdr Lahuma.
ReplyDeleteDr Yusuff Qardawi tidak lari dai Mesir.Dia sekarang tinggal di Qatar dan menjadi Raayat Qatar.
Qatar merupalkan satu satunya negara Arab yang menyokong Morsi dan ia membuat kenyataan keras mengenai ramoasan kuasa di Mesir.
Muslim brotherhood bukan lah gerakan yang baru.Ia nya sudah bertapak di mesir hampir 90 tahun.
Satu gerakan politik yang tidak militan.
Banyak pertubohan Islam dan gerakan Islam di dunia meniru gerakan ikhwan muslimin ini termasoklah ABIM.
Salam Dato,
ReplyDeleteWe are wasting our time even talking about the Arabs.
The Quran itself says about the Arabs:
9:97 The Arabs are the worst in disbelief and hypocrisy, and the most likely to ignore the laws that GOD has revealed to His messenger. GOD is Omniscient, Most Wise.
9:98 Some Arabs consider their spending to be a loss, and even wait in anticipation that a disaster may hit you. It is they who will incur the worst disaster. GOD is Hearer, Omniscient.
9:99 Other Arabs do believe in GOD and the Last Day, and consider their spending to be a means towards GOD, and a means of supporting the messenger. Indeed, it will bring them nearer; GOD will admit them into His mercy. GOD is Forgiver, Most Merciful.
9:101 Among the Arabs around you, there are hypocrites. Also, among the city dwellers, there are those who are accustomed to hypocrisy. You do not know them, but we know them. We will double the retribution for them, then they end up committed to a terrible retribution.
Three verses in the Quran condemn the hypocritical behaviours exhibited by the Arabs. the only Arabs who are exempted are those who are believers :
9:100 As for the early vanguards who immigrated (Muhajerin), and the supporters who gave them refuge (Ansar) and those who followed them in righteousness, GOD is pleased with them, and they are pleased with Him. He has prepared for them gardens with flowing streams, wherein they abide forever. This is the greatest triumph.
But other than these, most other Arabs are condemned.
We have to make a comparison - the type of Arab that we see parading on Tv today, as well as in the mosques and in the jihadi movements - are they the hypocrite or non hypocrite type?
Unfortunately the prevalent Arab attitude now has led them to disaster - a continuous series of disasters that has been going on for the past 700 years or more.
So please be careful who we become infatuated with. Just like a bad virus, foolish behaviour is also highly contagious, especially when it is camouflaged under the name of religion.
Syed Akbar ali
Salam Dato
ReplyDeleteSebetulnya nak bezakan arab dgn melayu sekarang lagi susah.
Si arab sibuk nak berhijrah dan tinggal di Tanah Melayu sampai kl kita tengok dah macam Doha pulak.
Yg si Melayu pulak sibuk nak jadi pak arab.. Pakai jubah serban besar pakai celak hijab berbelit belit makan nasi arab hisap shisha cakap style arab terawih jemput imam arab....
Ana pun jadi konfius sama ente la
Aslkum Dakj
ReplyDelete1.tulisan Dakj seperti biasa padat dan berkualiti. Bagaimanapun saya tak setuju bila Dakj kata kerajaan Morsi tak pandai urus ekonomi. Lebih tepat jika saya katakan musuh2 Islam sepetti Amerika .Eropah, Israil dan orang Islam Masir yg nama saja Islam (rasanya ramai jugak di kalangan org Melayu) yg takut atas kemenangan parti Islam lantaran dari hari pertama mereka terus sabotaj Morsi dgn pelbagai dugaan dan cabaran termasuk ekonomi.
2. Tiori di atas tetbukti apabila AS dan Barat buat tak tau bila sebuah kerajaan YG DIPILIH SECARA DEMOKRATIK diguling oleh tentera.
3. Raja Saudi lagi teruk. Dengan bermurah hati menawarkan bantuan berbillion dollar US kepada rejim baru. Sia2 saja kaabah dan masjid nabi berada di sana sebab raja saudi mana ada kenal demokrasi?
4. Pertanyaan kepada yg bijak pandai terutama pakar sejarah. Apakah eropah, jepun dan korea sekarang boleh maju jika masih diperintah raja2 hakiki? Dan bolehkah AS , ENGLAND AUSTRALIA dan PERANCIS boleh maju kalau presiden atau perdana menteri berlagak macam raja hakiki memerintah hingga berpuluh tahun dan disambung pulak oleh anak cucu mereka?
Nampaknya tidak ramai yg mau ikut teladan Nabi supaya berhijrah.
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Apa yang kita faham, Arab Spring tidak lain PEMBERONTAKAN yang di catur secara sistematik. Musuh tidak perlu lagi berada dalam kancah pergolakkan. Mereka sekadar penyumbang ide, kewangan, sokongan moral, sokongan logistik, pengenalan dan tokoh pilihan yang bakal menjadi boneka pemerintahan yang boleh di kawal dari luar. Dalam kes Mesir, kita kenal dengan tokoh nuklear tersebut. Siapa di belakang nya.
2. Jika kita hendak bercerita mengenai Bangsa Arab keseluruhan nya, rasa nya tidak adil. Rasul kita berketurunan darah Arab. Allah SWT memutuskan hubungan Nabi- nabi sebelum nya dari keturunun yahudi yang juga pecahan warisan Nabi Ibrahim di mana sejarah Nabi Muhammmad bermula setelah kedatangan baginda sudah di perkabarkan dalam zaman Nabi Adam lagi.
MORAL nya di sini ialah bangsa Arab yang sudah berada jauh dari Sunnah Nabi, yang wajib kita persoalkan.
3. Jika kita amati Israel yang di wujudkan, dari segi geografi nya, di kelilingi Negara- Negara Arab yang tidak mengiktiraf kewujudan nya. Syria dan Mesir dua Negara yang mesti berada di bawah pengawalan penuh dengan penglibatan AS. Mesir zaman Hosni memang tunduk kepada mereka. Apabila Morsi menang, ini satu malapetaka bagi kuasa besar AS dan taktikal Israel zionis. Terusan ikonik menjadi sempit untuk agenda pengawalan sumber minyak mereka. Syria sudah lemah untuk ketika ini. Maka Palestin semakin mengecil. Pintu masuk ke penjara Palestine sudah boleh di kawal sepenuh nya di Mesir.
4. Pemberontakan rakyat dan kemunduran pemerintahan Negara serta konon nya tiada kebebasan kehidupan dan bersuara hanya retorik dan di jadikan sebagai penyebab arab spring. Club of Doom yang berpaksikan Islam yang konon nya membawa kemunduran Negara-Negara Islam. Walhal semua ini permainan musuh- musuh Islam. Islam sentiasa terpedaya dan di perdayakan. Mereka mengadu-domba agar orang-orang Islam berbunuh sesama sendiri dengan menggunakan kelemahan sebahagian Islam lain yang terpedaya dengan sogokan yang lumayan.
5. Di Malaysia permainan nya sama. Bersyukur kerana masih ramai yang beriman dan sedar susur galur mereka. Musuh semakin kuat kerana beberapa golongan dari melayu sendiri yang menjadi munafik menegakkan perjuangan mereka selari musuh Islam. Masaalah agama yang sepatut nya di hayati dan di jaga secara bersama telah di tafsir dan di campur aduk dengan kebathilan fahaman sendiri tanpa merujuk ilmu dan kejadian sejarah nya.
6. Jika kita tidak menjaga masa depan sendiri dan umat Islam, siapa lagi yang berhak ? Perlukah kita berikan kepada bukan Islam menjaga kita ? Perlukah kita bersekongkol dalam acuan lain dan membuang acuan terbaik kita selama ini ? Perlukah kita menjadi liberal jahillijyah ? Ada kah kemodenan dan demokrasi barat menjadikan kita mundur dan tidak membangun ? Sesungguh nya kemunduran melayu Islam Malaysia tidak seberapa jika di bandingkan dengan negara-negara bukan Islam lain nya (banyak contoh) kerana kelebihan mereka sebenar nya berpayungkan negara- negara maju AS dan Eropah yang secara belakang tabir mereka amat besandar sepenuh nya kepada negara-negara Islam yang kaya dan mewah dengan Anugerah Allah SWT semula jadi. Mereka bijak mencatur permainan mengawal dunia.
Kegetiran kita, apa bakal terjadi pada Malaysia sepuluh tahun akan datang ? Kerana amaran Allah SWT, jika kita masih berpecah, berbalah dan tidak lagi peduli amanah NYA, tidak menjaga bangsa dan Islam, maka bersedia lah di gantikan dengan kaum -kaum (bangsa) lain. Murka Allah makin hampir. Masihkah Umno berpaksikan seruan ini ?
"Kalau PR ambil-alih pentadbiran negara, Malaysia akan jadi arab spring."
ReplyDeleteMacam mana ye DAP nak tekan PAS? Saya hairan sebab tak sampai 90 kerusi parlimen pun yang ditandingi DAP?
Mursi tu Islam. Kerajaan Mesir yang sekarang ni bukan Islam ke? Kerajaan Husni Mubarak tu bukan dikuasai orang Islam ke? Kuasa tentera macam mana pulak?
Saya tanya bukan sebab nak bangkang tapi sebab betul-betul nak tahu.
p/s DAKJ boleh komen tentang PTPTN dan CCRIS?
p/s komen saya tentang ahli parlimen vs pemansuhan Ordinan Darurat hanya satu; inilah kelemahannya bila undi ikut parti dan tidak undi berpandukan calun.
Fed Up
Salam Tok..
ReplyDeleteMengikut lapuran terkini Hosni Mubarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam, Mursi pula akan terus ditahan dalam tempuh yang belum diberitahu.. sedang Hosni memang dibenci oleh sebahagian besar rakyat Mesir..
Apa yang akan berlaku selepas ini... tak tau...?
Tq Tok..
Assalamualaikum DAKJ dan semua,
ReplyDeleteWalaupun namanya Salim, namun hatinya mungkin tidak sesalim namanya.
Sekiranya Salim seorang Mukmin yang benar-benar beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT, dia wajib segera kembali kepada Allah SWT dengan semurni-murni kembali.
Prasangka buruk lagi jahatnya terhadap PAS menggambarkan betapa zalimnya, sesatnya serta tiada pergantungan harapnya kepada Allah SWT, atau mungkin Salim tidak yakin akan janji Allah bahawa jihad Islam pasti akan mencapai kemenangannya apabila sampai detiknya.
Bermuhasabah dirilah kamu, wahai Salim. Semoga hatimu juga beroleh kesaliman.
Maaf. Wassalam.
Menurut analasis datuk, nampak macam tentera yang belum bersedia untuk demokrasi.
ReplyDeleteFJP memenangi majoriti kerusi parlimen dan pilihanraya presiden.
2 kali referendum untuk menyediakan perlembagaan.
Malah dalam demonstrasi yang berlaku sekarang, mereka menghalang ahli dan penyokongnya membalas kekejaman kerana bimbang akan menncetuskan 'spiral of violence'.
Bukti-bukti diatas menggambarkan yang Ikhwan sememangnya komited dalam proses demokrasi walaupun masih baru dalam pentadbiran
Jelas membuktikan yang hanya sekelompok golongan yang masih belum bersedia utk demokrasi
Inilah hakikat yang akan senang terlepas pandang sekiranya kita melihat dari kerangka 'mereka arab dan kita melayu'
semoga Allah membimbing kita kearah kebenaran.
Kembali kepada Islam, bukan bangsa
ReplyDeleteSalam Dato,
ReplyDeleteSedikit catatan untuk dikongsi bersama;
Does the US really want to destroy Egypt, as it has destroyed Iraq and
Syria?
Apparently, yes. It is worth noting that the US covertly engineered the
overthrow of democratically-elected President Morsi in part because Morsi had spoken out forcefully
against Ethiopia’s plan to dam the Nile, steal most of Egypt’s water supply, and condemn much of Egypt's population to slow death.
Bottom line: The US, through its Ethiopian puppet, is planning a genocide that will kill tens of millions of Egyptians. And if any Egyptian leader tries to stop it, as Morsi planned to, he will be eliminated.
Why does the US feel the need to destroy Middle Eastern countries?
Ironically, it isn’t even about US interests. It’s about Israel’s “Oded Yinon plan” to annihilate Israel’s neighbors and seize all the land betweenthe Nile and the Eup hrates for Greater Israel. That is why, as Gen. Wesley Clark revealed, Israel took over the US via the 9/11 coup d’état - with a
plan to destroy “seven countries in five years” in service to Netanyahu’s “Clean Break” document, itself an update of the Oded Yinon plan to destroy the Middle East for Israel.
There is only one way to resist this impending genocide. All Middle Eastern people, regardless of religion or nationality, must unite and resist the Zionist-sponsored
destruction of their lands.
By Dr. Kevin Barrett
ReplyDeleteSalam sejahtera Dato,
Pada pandangan saya kumpulan Arab Mesir yang diketuai oleh Jenaral A.Fattah Assisi (proksi Jeneral Hosni Mubarak) telah banyak belajar tentang propaganda politik dari UMNO/BN apabila mereka berjaya membentuk persepsi bahawa sesiapa yang menentang puak mereka adalah pengganas dan perosak perpaduan bangsa dan negara. Darah kumpulan yang menentang adalah halal demi perpaduan nasional.
Definasi demokrasi mesti difahami mengikut tafsiran mereka bukan mengikut tafsiran standard antarabangsa.
9. Tentera tidak dapat menerima hakikat bahawa musuhnya selama ini, iaitu Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya presiden. Walaupun Mohamed Morsi dianggap terbuka dan tidak fanatik namun beliau tidak diterima oleh tentera dan golongan liberal pro-Barat. Ikhwanul Muslim ada pengalaman politik, tetapi lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Ekonomi Mesir yang sudah pun lemah menjadi kaku. Rakyat jelata yang pada mulanya menyokong beliau mula tawar hati dan marah. Kekacauan melumpuhkan industri pelancongan yang berupa penyumbang utama kepada ekonomi Mesir.
ReplyDelete-----------------------------------
Berkenaan dengan fakta ke9 dato . Sebagai orang lama di dalam kewartawanan harapnya dato boleh baca fakta yang dibentangkan oleh Dr. Maszlee dan dimuatkan dalam akhbar sinar sebanyak 2 siri. Kenyataan bahawa Dr. Morsi lemah dari pentadbiran dan ekonomi ? adalah sebaliknya . Malahan Dato kena ulas bagaimana sabotaj dari ahli korporat / media massa dan pasukan keselamatan yang tidak memberi kerjasama kepada mursi dengan tujuan untuk melemahkan kedudukan beliau.
Dato boleh lihat bagaimana sumber elektrik yang tidak mencukupi dan minyak yang kehabisan .. tiba2 pulih sehari selepas penggulingan mursi . Ini sudah cukup buat rakyat di sana bangkit berdemo . Media2 massa yang berpuluh2 ada di sana tak kurangnya dengan media di sini yang melaporkan dari pihak tentera sahaja . Malahan saluran berita parti2 yang menyokong mursi telah dihentikan penyiaran dan permit selepas sahaja Morsi diguling.