Friday, August 16, 2013

Kes Surau: Elok Jangan Terlebih "Emo"


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 17 Ogos - (1) Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini. SOKONG! (Baca di sini).

 

(2) Status penduduk tetap (PR) pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan, telah ditarik balik dan berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan kajian mendalam terhadap status PR yang diberikan kepada pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu. Hmmmmm.(Baca di sini).


POSTING ASAL

ADA juga baiknya jadi binatang purba (dinosaur) yang tidak pupus macam saya. Banyak yang telah dilihat, didengar dan dicakapkan.

Jadi saya tidaklah “emo” berlebih-lebih sangat sampai mendedahkan diri kepada serangan jantung dan strok.

Bagi dinosaur macam saya, soal kiblat tak betul atau orang bukan Islam “sembahyang” di dalam surau atau masjid bukanlah perkara baru.

Tapi bagi orang muda, orang kurang baca, orang yang umpama katak bawah tempurung dan orang yang pandai menangguk di air keruh, khasnya di kalangan generasi Internet, ia adalah isu emosional kelas dunia.

Soal surau, masjid dan orang solat tak ikut kiblat atau kurang tepat kiblat bukanlah perkara baru atau asing. Puncanya banyak orang Islam tidak saintifik, malas belajar dan malas berfikir.

Surau kontroversial di Sedili Besar, Johor
Banyak lagi orang Islam Malaysia, bila kita tanya mana arah kiblat, mereka kata, matahari turun atau matahari jatuh. Bukan Kaabah tetapi matahari jatuh. Mereka tidak tahu kalau mereka pergi ke Eropah mereka kena sembahyang menghala matahari naik.

Mungkin mereka tidak sedar atau tidak ambil peduli bahawa bila sembahyang di depan Kaabah ada kala mereka menghadap ke arah matahari naik, ada masa menghadap ke arah matahari turun, ada masa ke arah utara dan ada masa ke arah selatan.

Sampai hari ini pun ada lagi orang Islam Malaysia yang ubah kiblat ikut pergerakan matahari. Inilah akibat kita diajar sembahyang menghala matahari turun dan guna bayang untuk tentukan masuk waktu sembahyang.

Itu cara lama. Cara sebelum ada kompas, sebelum ada peta Google dan sebelum ada takwim. Malangnya, setelah ada kompas khas Kaabah dan peta Google pun ada lagi orang kita yang tidak tahu yang matahari bergerak mengikut musim dan kedudukan Malaysia bukan bertentangan dengan Kaabah.

Kalau kita di Kuala Lumpur, arah Kaabah adalah 292.6 darjah dari utara arah ikut putaran jam (clockwise). Maksudnya kita tidak menghala barat tetapi utara barat laut (northwest). Kalau ikut kedudukan, kita berada di koordinat 3° 51' 44.5638" Utara dan 101° 59' 0.1608" Timur, iaitu atas sikit dari Khatulistiwa manakala Makkah 21° 25' 36" Utara dan 39° 49' 34" Timur.

Jadi eloklah kita jangan emosi sangat sampai nak roboh surau dan masjid kerana tidak jajar (align) dengan Kaabah. Lagipun, sejak kefahaman dan amalan Islam menjadi semakin luas di negara kita, orang bukan Islam pun banyak yang sediakan ruang untuk surau.

Perkara biasalah kalau ada surau yang atur ruangnya tidak jajar dengan kiblat. Apalah nak dihebohkan. Kita hampar sajalah sejadah agar menghala Kaabah dengan menggunakan kompas. Sekarang ada banyak kompas khas untuk pastikan kiblat. Sepatutnya kita kena bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada orang yang sediakan ruang untuk surau.

Tapi kalau bangunan yang didirikan khas sebagai masjid dan surau lain hal lah. Sepatutnya sebelum didirikan, mintalah persetujuan pihak berkuasa agama dan mintalah mereka bantu pastikan kiblat dengan tepat. Janganlah main agak-agak atau suka-suka.

Ada Tempat Ibadat Untuk Semua

Berkenaan pengusaha calet dari Singapura itu pula, saya rasa eloklah disiasat kefahamannya terhadap Islam dan pengetahuannya berkenaan hukum-hakam kita. Janganlah cepat sangat melatah sampai hendak tarik balik taraf pemastautin tetap dia.

Boleh jadi dia jahil atau terpengaruh dengan amalan di negaranya. Di Singapura, ada tempat “ibadat” yang dikongsi oleh semua agama misalnya macam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Di situ, “prayer room” (bilik sembahyang) adalah untuk kegunaan penganut semua agama atau orang yang hendak bermeditasi. Bukan Singapura saja, di banyak negara bukan Islam kemudahan bilik sembahyang adalah untuk kegunaan semua agama.

Notis Bilik Sembahyang Pelbagai Agama di Lapangan Terbang Changi, Singapuraa
Mungkin tidak di Malaysia. Lagipun tidak perlulah orang Islam Malaysia toleransi dan terbuka sangat sehingga benarkan orang bukan Islam “beribadat” di surau atau masjid sebab mereka pun ada rumah ibadat masing-masing. Malah bagi sesetengah mereka, tokong dan kuil mereka ada di merata tempat. Melawat bolehlah. Itu pun kenalah tertib dan sopan.

Di tempat-tempat di mana orang pelbagai agama berkongsi tempat ibadat asal usulnya adalah peninggalan sejarah. Misalnya di kalangan penganut Islam, Kristian dan Yahudi.

Akhir kalam, marilah kita jadi orang Islam yang bertolak ansur (bukan menyerah), berilmu dan budiman. Wallahualam.

37 comments:

  1. Rakyat dan orang bawahan kebanyakkannya jahil, kurang pendidikan, kurang pendedahan, kurang berpeluang bergaul dng org atas atau keluar negara - pelbagai kekurangan.

    Kesempatan itulah diambil oleh pemimpin untuk memperbodoh, memperguna rakyat... mereka bagi 500 kepada rakyat, mereka kaut 5 B anak beranak sebagai contoh.

    Mereka bagi jawatan pembantu khas kpd anak bini dan bayar gaji dari duit yg mereka rompak dari rakyat kononnya tanpa melibatkan duit kerajaan (menteri kaya duit dtg dari mana????) tetapi anak petani beratur dlm online utk dapat kerja.

    Pemimpin memang memerlukan rakyat yg bodoh pada sesuatu masa untuk dimanipulasikan dan kemudiannya mempersalahkan pula kebodohan itu sebagai emo!!!

    ReplyDelete
  2. Salam dato,




    Saya dah pernah tulis sebelum ini akan ada masjid swasta dan surau swasta dinegara ini....pemilik BOLIH dapat duit punyaaa!.




    KATAKAN lah dato bina sebuah masjid atau surau yang elok binaan dan bentuk, serta menarik kawasan sekelilingnya....





    Dato bolih benarkan orang islam mana pun solat disitu FOC la.



    TETAPI DATO bolih sewa ruangan untuk kenduri kahwin,kenduri aqeqah,majlis bersunat beramai ramai,sekolah tadika,mesyuarat mesyuarat penduduk tempatan, mensyuarat perniagaan penduduk, sewa ruang untuk jualan harian, macam pekan rabu ka pekan ahad ka,sewa ruang buat bilik tidur ka, sediakan ruang kotak sejuk untuk simpan sayur atau daging sejuk untuk jualan,ruang untuk orang ambil upah gunting rambut atau cukur muka, warna rambut,parking lot ka,stor,restoran, workshop, muzium,galeri lukisan dan lain lain...




    SALAHKAH dato kalau buat begitu.?



    Adakah undang undang sedia ada atau perlembagaan Malaysia yang bolih hukum dato sekarang?.



    Adakah undang udang islam yang mengharamkan perniagaan perkara perkara tersebut di masjid atau
    surau?




    Salah satu rukun solat ialah mengadap kiblat/kaabah.




    Ada kah tidak ada orang orang berilmu tinggi dibidang solat/fiqh terangkan apa hai bila sembahyang
    dalam bas,dalam keretapi,kapal terbang,kapai laut..kan arah kiblat tu berubah ubah?




    Saya bersetuju sangat dengan pendapat dato, ORANG ISLAM(bukan semua)dinegara ini sangat malas untuk lebih maju....pakai ikut orang buat,apa salah `verify' apa apa yang kita nak buat....verify kiblat betui betui dulu BARU solat.




    Kompas bersepah dimalaysia ni. Kalau nak semak ikut bayang matahari pilihlah hari hari tertentu dibulan mei dan julai setiap tahun bila matahari betui betui atas kaabah, bila semua bayang objek tegak dibumi mengarah kekaabah.





    MANGKOK HAYUN kat Johor tu buat bisnis SPACE FOR RELIGION ACTIVITIES....DIA TAK KIRA APA UGAMA asai dapat juai ruang untuk aktiviti tersebut. OLIH KERANA DIA tu mangkok hayun laa dia pi namakan bangunan itu SURAU!...



    Walaubagaimana pun saya setuju dia tidak jadi PR negara lagi,sebab dia ni tak tau menghargai budi langsung....




    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  3. The Scribe
    Salam Hormat

    Di Mana Tuhan Yang Esa?
    (di setiap arah dan wajahku)

    Keyakinan akan arah kiblat apabila saya mendirikan solat bak sekiranya saya terus kehadapan saya akan bertemu dinding Kaabah dan hajar aswad ke kanan saya - within easy reach. Bukan sebarangan cara bahkan semua tiga-tiga cara yang telah Dato' ceritakan.

    Bukan emosi.

    Saya hanya mahu tahu apa akan anda katakan bila 70,000 rakyat Mesir akan mati dalam perang saudara dasyat yang berlarutan sedekad lebih?

    Mulalah ramai bak syiah turun 'imam yang hilang' - tak gittu dato'?


    subhanallah
    walhamdullilah
    wa laa ilaha illal-lah
    wallahu-akbar


    Can Tun Mahathir bring peace to the Middle-East? Can Malays be good friends of Iran, Dato? Jangan emosi - just an halalan-toyiba economics question.

    Biar saya beremosi bila saya kata Sdr Dr Mahathir Mohamad sudah hilang arah kemana wawasan2020nya membawanya.

    Maka saya haruslah tidak beremosi bila saya tanya Dr Hilmi Yahya apa dia Wawasan2020 Pulau Pinang - tak begitu , The Scribe?

    Tuhan ku tuhan Muhammad Rasullulah
    Ar-Rahmaan - Az-Zohiru wal-Baatin
    Yang Maha Hidup


    Salam Hormat

    ReplyDelete
  4. Orang kampung Sedili1:57 AM

    Salam Dato

    saya setuju dengan sembang kali ini walaupun bukan dalam semua cerita itu.

    Di Malaysia kita tak perlu menyerah pasal tempat sembahyang tetapi harus bertolak ansur. semua dapat kemudahan masing masing.

    Kita cuma perlu menyerah bab sekolah cina yang minta bantuan sahaja. kalau tak minta pun kita mesti beri secara tolak ansur.

    Dato tidak menyiasat cerita sebenar apa yang berlaku dan dilakukan oleh pengusaha chalet yg lupa diri itu.

    Orang kampung sedili yg mendapat maklumat dari salah seorang pelanggan chalet itu yg hendak solat di surau tetapi dia terkejut bila melihat ada sami buddha & pengikutnya sedang bermeditasi di situ.

    bila pelanggan itu bertanya kepada kakitangan mereka cuma diam sahaja dan bila pelanggan itu memberitahu kepada orang kampung, mereka pun datang untuk berjumpa dengan pengurus untuk meminta penerangan.

    bila jawapan yg di berikan tidak dapat di terima oleh norma penduduk kampung, pengusaha tersebut menempelak lebih kurang demikian :

    Ini lah masalah dengan orang Melayu di Malaysia. semua tak boleh. sampai bila pun mundur. kalau di Singapura perkara berkongsi tempat sembahyang tidak menjadi isu besar sampai nak bergaduh..

    Jadi lain kali elok lah Dato siasat sampai habis dahulu sebelum nak beri komen. Dato orang dinosor.

    jangan la pulak menyerah bulat bulat dengan apa yang Dato baca atau dengar di Internet. Kena lah bertolak ansur dengan orang kampung Sedili yang berada di tempat kejadian sebelum menulis sebarang pendapat.

    Salam Aidil Fitri Dato dan Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  5. Salam Datuk,

    1. He..he.. Datuk gelar diri macam binatang purba lak... orang lama lah... Tun M lagi lama, pun di sekeh LKY yang sikit lagi lame dan seangkatan... jahat cina ni Tuk. Asyik tejengvMelayu je... lupa daratan pulak bahawa Melayu lah yang beri di semua tempat di Malaysia ni. Singapura milik Malaysia. Jika Datuk dapat akses perjanjian nya kembali.... firasat je Tuk.

    2. Kalau lah penduduk bukan melayu di Malaysia ini jenis satu muka (bukan talam dua muka + gergaji dua mata) tidak apa juga. Tetapi mereka jenis yang di beri betis hendakkan peha. Sebiji kek di atas meja seboleh nya tidak boleh di kongsi samarata, tetapi selalu meminta hak-hak yang ada pada kita. Tamak haloba. Rasis semacam, kita pula yang di balikkan cop nya.

    3. Buat ritual, tafakur boleh saja. Tapi apa hal wajah dewa dan colok dalam premis khas untuk muslim di buat sebegitu rupa. Signboard Datuk paparkan ketat syarat nya. Salahguna, penjara. Di Malaysia, berkokok lah sepuas-puas nya, kita semua sakit jiwa. Ini yang emo....

    4. Tempat suci mesti suci sepenuh nya. Ada kah kita begitu pasti yang masuk rumah Allah suci akidah dan iman nya ? Ada kah mereka mengEsakan Allah sehingga berani memijak dan masuk "Rumah Allah" ia itu masjid-masjid? Boleh tidak kita berprasangka sedemikian jika kita tahu hakikat mereka? Yang mana berdosa, melarang atau membenarkan? Jika begitu Mekah tidak di panggil Tanah Haram..... Jika dengan niat melawat masuk lain pula cara nya. Memang di benarkan mematuhi syarat nya. Bila-bila selamat datang.

    5. Berlainan dengan surau kerana kebanyakkan nya hasil kutipan derma jemaah Islam yang berlapang dada di sekeliling nya. Kadangkala sebahagian bantuan dari Jabatan Islam. Demi itu tempat ini juga suci untuk Umat Islam dan mesti di jaga. Dalam kes di Johor, pemilik di katakan Islam. Kena siasat juga kenapa surau beliau menjadi tok pek kong sementara, lengkap dengan dengan aksesori ritual mereka. Syirik hukum nya jika ada patung, gambar yang di puja dengan bauan colok khas jika terdapat dalam masjid dan surau, betul tak? Orang Islam boleh bersolat dalam tok pek kong? Jika boleh, saya pun tak tahu apa nak kata.

    6. Sejarah gereja dan masjid ada rakaman peristiwa nya. Ada jenis gereja yang Islam boleh bersolat dalam keadaan darurat atau menghormati rumah ibadat ini. Berlaku dalam zaman Nabi dan para sahabat. Atas peristiwa dan bersebab.

    6. Di Malaysia rumah ibadat terlalu banyak bilangan nya. Kita hormati ritual dan anutan mereka. Masjid dan surau juga ada di mana-mana. Kenapa pula ada "conflict of interest" pada pengusaha Islam ini ? Siapa pula di belakang nya, jika ada ?

    Rumusan saya Datuk, penghinaan terhadap Melayu Islam di bumi Malaysia ini sudah kronik. Melayu Islam sambil lewa. Bangsa bukan Islam menghina kita seteruk-teruk nya, masih diam dan tak apa. Kita harap mereka faham dan menghormati, maaf lah ini tidak akan terjadi.

    Kita tidak sungguh-sungguh membela Hak Allah ! Ini bukan ekstrim atau taliban sebagaimana sangkaan buruk dari beberapa kalangan Islam di sini. Jenis mereka ini akan menyatakan Haji itu menyembah batu di Mekah! Ini lah sebenar nya musuh Islam yang nyata, berpagi-pagi kafir dan berpetang-petang juga penuh kekafiran.

    Mohon maaf Datuk.

    ReplyDelete
  6. Kamal7:03 AM

    Kadir.
    Saya setuju dengan tulisan Dato.
    Amat sedeh sekali kefahaman orang orang Islam kita mengenai ugama Islam.

    Tarafnya amat lah rendah sahingga tidak boleh berfikir dengan betul.
    Saya bagi satu contoh.Pada tahun lepas Imam Besar Mesjid Haram,Sheikh Sudis datang melawat Malaysia dan memberi beberapa ceramah.Kedatangan nya atas jemputan satu NGO Islam.
    Saya amat terkejut apabila saorang Pegawai Jakim mengeluarkan satu arahan yang tidak membenarkan ia berceramah di satu majelis di.Kuala Lumpur.Alasan nya ialah ianya pengikut Wahabi dan ia tidak mahu fahaman Wahabbi ini menular di sini.Ia juga melarang Sheikh Sudis menjadi Imam Sembayang di Masjid Wilayan dan melarangnya membaca Khutbah Jumaat.

    Soalnya apabila kita pergi ka Mekkah dan setiap tahun saramai 30 ribu orang pergi Haji,di Mekkah setiap hari kita berimamkan Shikh Sudis.Ini termasoklah pegawai Jakim ini,jika ia pergi Haji.

    Soal Orang Buddah bermantra di surai di Johore ini,bagi orang kampong dan orang yang janggal ugama ,ia merupakan satu perkara yang mengejutkan.Bagi orang yang berilmu saperti Bekas Mufti Asri dia kata tidak salah.

    Ini lah konflik umat Islam sekarang ini.

    Dalam bulan puasa baru bau ini saya pergi buat Umrah di Mekkah.Setiap malam salepas sembayang terawikh Imam besar membacha Doa meminta keadaan politik di Mesir menjadi Aman.Tapi apabila saya membaca berita Luar Negeri,Negara islam yang menyebabkan puncha huru hara di Mesirialah kerajaan saudi sendiri yang tidak dapat menerima muslim brotherhood menerajui kerajaan Mesir.
    Salam.

    ReplyDelete
  7. Lahuma7:41 AM

    Dato.

    Kenapa Islam diperkotak katikkan.
    Puncanya orang Islam itu sendiri yang beri masaalah.

    Sebab itu orang bukan Islam buat sekupang dua dengan permain Ugama Islam.

    Bukan Islam pun permain dan perlekeh Islam.Hatta Penganut Islam pun permain dan perlekah Islam.

    Penganut Islam sudah lemah dan lembik dari segi akidahnya.Bukan salah Islam agama Allah SWT.

    Bila kejar dunia dia lupa akirat.Bila kejar akhirat dia tolak dunia.

    Tuntut ilmu bukan berguru dan berkuliah ikut tempoh pengajian.

    Ilmu cuma sekadar melalui ceramah-ceramah.Lebih malang pengajia nagama melalui ceramah politik

    Orang Melayu/Islam memang suka emosi fasal Islam walaupun tengah mabuk atau selepas berjudi atau berzina.

    Pada hal dosa sama sahaja.seperti:

    1.rasuah
    2.zina
    3.berjudi
    4.arak
    5.makan daging babi.
    6.penipu
    7.mencuri

    Banyak benda orang Islam pandang mudah dan ringan.Termasuk isu surau'Lagi pun banyak tok guru cakap Islam itu mudah.Bila ada orang tak faham fasal mudah.Itulah jadinya.

    Dia letakkan Islam itu sama dengan agama lain .Habis cerita lah jadinya.Mana boleh macam itu.

    Kita berpolimik ikut musim dan isu.Bukan berterusan sebagai pencegahan.

    Ulamak pun tak beratu hati lagi celarulah yang bukan ulamak.

    Soal asas dosa pahala,haram halal pun belum selesai dan ramai jahil.Inikan pula soal-soal kesucian serta kedaulatan Islam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Saya tertarik dengan kenyataan MB Johor,apabila beliau mematuhi titah Sultan.
    Datuk orang berpengalaman dan tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang.Apakah Sultan berkuasa memberi arahan supaya bangunan persendirian di robohkan?Yang saya tahu Sultan hanya ketua adat dan agama,tetapi kuasa terletak pada executive.

    ReplyDelete
  9. abdullahngah9:48 AM

    Tidak lain dan tidak bukan ia terjadi puncanya, satu malaysialah itu.

    ReplyDelete
  10. Pakcu Rantau Panjang.10:15 AM

    Dalam Pakcu melayari blog yang terpapar tu ..entah macam mana Pakcu tersangkut pula pada blog tuan. Pakcu cuma nak mencelah sikit saja...lagu ni lah. Kalu jenis pengusaha chalet tu punya wang punya otak...buat saja tempat ibadat untuk Cina, Hindu dan gereja Kristian secara berasingan.

    Tak payah campur aduk dalam satu surau..kan pelik dan ajaib..tu dah timbul isu dan rasa kurang senang antara kaum.

    Apa motif sebenarnya ???. kalu kat lapangan terbang tu ..lain hal lah ia terdedah dengan berbagai bangsa dan agama...Pakcu bukan emosi tapi otak Pakcu kampung sikit bukan cara pemikran orang bandar...walahualam. haraf maaf kalu komen Pakcu tak masuk akal....

    ReplyDelete
  11. KIBLAT salah tak perlu roboh Surau! Pusing je sejadah tu mengadap kiblat yg betui.....

    EMO sangat lah Tok kalau nak roboh surau....

    TANYA tuanpunya diri, muhasabah diri, berapa kali pi solah berjemaah di Masjid, Surau?????

    "SUBUH GAJAH" berapa kali seminggu?????

    Sibuk emo sana , emo sini, Chua Soi Lek HINA HUDUD diam seribu bahasa??????

    Sibuk emo sana , emo sini, ORG UMNO TAK PERCAYA HUDUD WAJIB DILAKSANAKAN.....????

    ReplyDelete
  12. PENGUNDI AMPANG11:59 AM

    Dato',

    Kita terpaksa terima hakikat bahawa ' negara ' yang dibaca oleh etnik bukan Melayu hari ini tidak lagi sama dengan yang dibaca oleh nenek moyang mereka.

    Kendatipun demikian, masih ada segolongan kita yang masih membaca mantera lama itu terutamannya semasa pilihan raya, tidak banyak yang dapat dianjak atau dibetulkan. Ianya seperti anjing melalak bukit.

    Bukan sahaja etnik lain, bacaan etnik Melayu juga tidak lagi sekata.

    Melalak dan menyalahkan ' mereka ' ( termasuk menggunakan istilah baharu ' ultra kiasu ' )tidak banyak membantu untuk mengembalikan 'gah' Melayu yang masih menganggap kita sebagai ' Abang Sulung ' di kalangan berbagai etnik di negara bertuah ini.

    Apabila tidak mampu melalak kepada ' mereka ', kita melalak sesama sendiri dan saling tuduh menuduh sebagai penyebab kepada masalah yang kita tanggung bersama.

    Kita pun menjadi etnik yang 'Emo Bersiri'. Kerana, selepas ini akan timbul lagi isu yang 'mengemokan' kita.

    Ini permasalahan yang sangat kompleks. Generasi ' dinosaur ' ada saham dan cucu cicit dinosaur juga ada saham.

    Penyelesaiannya?

    Sementara menunggu adiwira bangsa Malaysia yang dapat menjernihkan permasalahan seperti ini, maka amat wajarlah kita jangan terlalu ' EMO ' .

    Saranan Dato' sangat sesuai dan praktikal.

    ReplyDelete
  13. Lembah Tasnim1:34 PM

    Salam Datuk..


    Mula-mula pelik juga kenapa surau pulak menjadi tempat meditasi penganut Bhudda.. apa sudah jadi..
    rupa-rupanya sebab pengusaha resost yang tak cermat dan mungkin sebab kurang faham tentang peraturan agama Islam.

    Dalam hal surau ni Saya setuju dengan Datuk yang orang Islam malas belajar dan malas berfikir.. ramai yang tertinggal dibelakang..

    Sesetengahnya pula termasuk yang berperanan dalam agama mencadangkan perkara yang memalukan orang Islam sendiri.. orang Islam nak robohkan surau.. tak malu ke..

    Bertindaklah dengan cara yang waras ..

    TQ Tok..







    ReplyDelete
  14. Joe Black2:27 PM

    Dato'

    Pada Penjaga Agama Islam di negara ini, Dato' sudah keluar dari akidah dan mungkin di anggap menghadap pintu neraka. Olih sebab umur Dato' sudah lanjut baik bertobat cepat cepat sebelum terlewat.

    Teruk juga jika Dato di label sebagai Melayu liberal. Dinosaur Liberal!

    ReplyDelete
  15. Aslkum Dakj

    1.Tahniah pd Dakj kerana tulisan yg pendek tapi bermutu tinggi.

    2. Bagi rasa merobohkan surau tu mendeksti perbuatan emo.

    3. Kalau saya ada kuasa saya akan dekati pemilik chalet berkenasn. Silap2 hari bulan Islam secara keseluruhan boleh dirugikan jika kes ini mrndapat persepsi negatif.

    4. Harap2 tiada yg cuba jadi hero konon pertahan Islam dalam isu ni.

    Akhir sekali bila Dakj nak komen tentang huru hara di Mesir berikutan lanun2 bersekongkol mengulingkan kerajaan demokrasi Islam pimpinan Morsi?

    ReplyDelete
  16. Aslkum Dakj.

    Pd umat Islam baguslah kalau masih sensitif dgn isu surau di guna jugak oleh penganut ugama lain utk beribadat.

    Selain drpd tempat2 yg Dakj sebut yg menyediakan tempat khusus sebagsi kemudahan tempat ibadat yg dikenali sebagai prayer room, baru2 ini saya jumpa pihak pengurusan beli belah di UK juga afa berbuat demikian.

    Kepada mrreka2 berkenaan dalam kersjasn UBN yg tiba2 menjadi Islamik lebih baik anda salurkan kematshan anfa terhadap perkara yg jugak penting:

    1. Kenapa kerajaan tutup mata terhadap mat Indon yg sepatutnya jadi peketja tapi dah jadi konterktor di merata tempat hingga kontrektot Melayu sendiri gulung tikar.

    2. Kenapa mat Indon dan Bangla dibenar menjadi peniaga di pasar harian hingga bersaing langsung dgn penisga Melayu bagi mrndapst rezeki yg terhad.

    3. Di msna ada penempatan majoriti Melayu disitulsh tamai org luat berani masuk tanpa segan silu menyempitkan lagi kehidupan otg Melayu. Hairannya pendatang ni tak berani pulakmasuk ke tempat2 majoriti Cina .

    UBN....JUAL JANGAN TAK JUAL MASA DEPAN ORG MELAYU.

    ReplyDelete
  17. Datuk, isu kiblat ni menarik perhatian saya. Kebanyakan masjid atau surau di Kelantan didirikan mengikut arah kiblat. Tidak timbul arah solat betul atau tidak. Di kawasan perumahan saya di Lembah Klang pula, masjid yang dirasmikan Sultan memang kurang tepat kiblatnya. Ia tak jadi masalah kerana arah kiblat dibetulkan melalui membetulkan saf melalu karpet yang bergaris panjang. Saf tak lari. Tak timbul pun masjid perlu dirobohkan. Kita hendaklah bijak dalam isu kiblat. Jia bangunan senget, luruskan kiblat menerusi karpet atau sejadah yang dibentangkan.
    Surau tempat saya kerja juga senget arah kiblatnya. Tapi dibetulkan dengan karpet ke arah yang sebenar.. bukan merobohkan bangunan yang sedia ada. Saya yakin Datuk masih ingat kedudukan surau ini kerana DAtuk pun pernah berjemaah dulu.
    Sekian pandangan saya yang masih jahil tentang agama

    ReplyDelete
  18. Anti Emo9:38 PM

    Dato jangan lah emo sangat. Biarlah kerajaan selesai kan.

    ReplyDelete
  19. Y.Bhg Datuk AKJ,

    Ramai orang mencemuh pihak-pihak bertanggungjawab dalam hal ehwal agama bahawa dengan bertindak tegas terhadap sesiapa yang “mempersendakan Islam” sebagai bertindak dengan emosi atau tidak bijak.

    Semua tindakan-tindakan pihak-pihak tertentu tersebut dianggap sebagai kolot dan tidak moden pemikiran mereka. Mungkin, orang-orang yang suka mencemuh ini menganggap bahawa ilmu akademik tinggi yang mereka perolehi, atau kejayaan-kejayaan yang mereka kecapi di dalam kehidupan; adalah terlalu hebat melangkaui ilmu-ilmu agama Islam yang mereka sendiri tidak arif & alim mengenainya.

    Di sini, saya mohon berselisih pendapat dengan Datuk dan mana-mana pembahas yang bersetuju dengan Datuk. Saya merasakan bahawa “orang-orang” yang Datuk katakan sebagai “emo” adalah sebenarnya golongan-golongan yang bertindak betul. Disebabkan ketidakfahaman kita mengenai ilmu Islam, kita begitu cepat melabelkan mereka sebagai emo dan sebagainya. Padahal kita yang telah melakukan khilaf.

    Di dalam kes “surau” ini (dan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan ritual agama Islam), saya berpendapat ianya berkait sangat rapat dengan Syiar Islam. Apakah itu Syiar Islam? Siapakah yang wajib mengembang serta menjaga kesucian Syiar Islam ini?

    Beberapa ayat di dalam Al Quran Allah s.w.t. mengatakan “Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati” (Al Hajj, 22); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah” (Al Maidah, 2); “Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah sebahagian dari syiar-syiar Allah” (Al Baqarah, 158).

    Dari perbahasan ulama, syiar-syiar Allah di dalam ayat-ayat di atas adalah bermaksud juga syiar-syiar Islam, dan syiar-syiar Islam ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) bahagian – (i) tempat-tempat beribadah, (ii) waktu-waktu beribadah, dan (iii) ritual-ritual ibadah. Tempat-tempat beribadah adalah seperti Kaabah, Arafah, Muzdalifa, tiga Jamrah, Safa & Marwa, Mina, dan semua masjid-masjid di dunia ini. Manakala ‘waktu-waktu beribadah’ adalah seperti bulan-bulan mulia – Ramadan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Hari Jumaat, dua hari raya (fitri & adha), dan hari Tasyrik. Dan ‘perbuatan-perbuatan ibadah’ adalah seperti Solat, Zakat, Puasa, Haji, Azan, Iqamah, berkhatan, dll.

    Mungkin ada yang berpendapat bahawa surau (musholla dalam bahasa Arab) adalah tidak termasuk di dalam kategori masjid. Ya, saya boleh bersetuju. Tetapi bukankah di surau-surau juga umat Islam di Malaysia ini melakukan ibadah? Kita bersolat juga di surau-surau. Kita melaungkan Azan juga di surau-surau. Kita membaca, mengajar dan belajar Al Quran juga di surau-surau. Cuma kebanyakan surau-surau tidak mengadakan Solat Jumaat.

    Bolehkah kita dengan secara selamba mencemuh golongan-golongan yang mempertahankan syiar Allah / Islam ini daripada dicemari dengan mengatakan mereka sebagai “emo”? Padahal kita yang sepatutnya bersama-sama menyokong tindakan mempertahankan Syiar Allah di Negara kita ini.

    -bersambung-

    ReplyDelete
  20. -sambungan-

    Ibadah Solat adalah merupakan satu ibadah yang sangat tinggi kedudukannya kerana antara lain ianya diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. di langit paling tinggi ketika peristiwa Isra’ & Mikraj.

    Ibadah Solat bukan sahaja mesti dilakukan dengan keadaan kita suci & bersih, dan pada waktu-waktu spesifik; tetapi juga mesti mengadapkan muka dan anggota badan kita ke arah Kaabah. Di sinilah salah satu lagi Syiar Islam iaitu berpusat tumpu mengadap Kaabah ketika bersolat.

    Jika tempat kita melakukan ibadah Solat pun sudah herot-berot jajarannya ke Kaabah, adakah “emo” apabila pihak-pihak tertentu ingin mengembalikan Syiar Islam ke landasan yang betul? Ya, tidak salah menjajarkan semula saf atau sejadah jika diketahui surau tertentu sudah herot, tetapi itu sepatutnya hanya sekadar “temporary measures” sahaja. Di dalam konteks mengembangkan syiar Islam, adakah perbuatan “temporary measures” itu adalah satu contoh yang bijaksana dan boleh dicontohi?

    Apakah kita boleh menerima sikap “cincai-boncai” di dalam urusan membina salah satu tempat Syiar Islam? Mengapa di dalam hal-hal yang lain kita begitu teliti perinciannya, tetapi di dalam hal surau yang herot, kita tutup mata sebelah?

    Saya berpendapat Datuk, eloklah kita bersama-sama memperdalami ilmu-ilmu berkenaan Islam kerana ianya akan menolong kita umat Islam di dunia dan akhirat. Otak kita kurniaan Allah s.w.t. ini adalah sangat ajaib kejadiannya. Bukan sahaja ianya mampu menerima ratusan ilmu-ilmu akademik keduniaan, malah pada masa yang sama ianya juga tersangat mampu menerima ratusan lagi ilmu-ilmu keagamaan Islam ini. Kita sahaja yang menghadkan kemampuan otak kita menerima ilmu dengan pelbagai alasan.

    Dan yang paling menyedihkan, kita merasa sentiasa betul walaupun pada hakikatnya perspektif yang kita bina adalah menyimpang dari perspektif Islam yang sebenar…..dan kita berbangga dengan perspektif yang salah.

    Wallahua’lam.

    Mohon maaf Datuk.

    Azman Mohd Isa

    ReplyDelete
  21. Kampong man8:43 AM

    Salsm Dato dan sdra semua,

    1.Setuju dengan penerangan dan analisa sdra Azman yang baik dan saya juga percaya perbuatan mereka bermeditasi di "common prayer room " ini tidak bertujuan menghina islam sebenarnya lebih kepada TIDAK menghindahkan sensitiviti penganut ugama Islam di negara ini.Inilah yang selalu akan terjadi sekira KEUNTUNGAN wang lebih diutamakan dari penhayatan agama walaupun pemilik saorang Muslim dari Singapura.

    2.Walaupun terdapat di banyak negara lain tempat ibadah boleh digunakan oleh berbagai ugama bagi tujuan ibadah,perkara begini susah diterima di negara kita kerana society kita masih sensitif dan belum dapat menerimanya.Mana mungkin kita orang Islam mahu atau cuba bersembahyang di kuil India atau Tok Pekong Cina.Kita menghormati rumah ibadah penganut ugama lain dan kita akan tetap mencari tempat lain yang lebih sesuai walau bagaimana pun terdesaknya kita.

    3.Tahukah anda di Britain terdapat juga Churches yang telah digunakan dan digantikan(convert) kepada mesjid.Ini terjadi kerana churches ini tidak lagi digunakan lagi kerana tidak ramai penganut kristian yang menghadiri Sunday Mass.Ramai(beratus ribu) memilih menonton EPL di Stadium Old Trafford di hujung minggu umpamanya dari bersembahyang menghadiri Sunday Mass.Tidak hairan Lee Kuan Yew dalam buku terbaru beliau "One Man's Vidion of The World" ada berkata kurang lebih'Malaysia has become more ORTHODOX than before..' Beliau amat bangga dengan pencapain SECULAR di Singapura dan menerima hakikat ini tidak mungkin berlaku di negara Malaysia.Harap pencinta DAP dapat menghayati realiti di negara Malaysia ini.Meritokrasi dan Malaysian Malaysia ala Singapura tidak akan mendapat tempat selagi ekonomi negara TIDAK dapat dikecapi dan diagih secara adil dan saksama.Maaf, terkeluar topik pulak.

    4.Tindakan Zahid melucutkan PR pemilik resort ini kerana kurang perihatin pada penduduk setempat(Kota Tinggi) adalah satu tindakan TEGAS yang tidak berkompromi.Permohonan maaf dari Buddhist Council amat dihargai dan diharap rakyat Malaysia akan bertambah matang dalam isu sensitiviti agama di negara ini.

    "When in Rome do as the Romans do"

    Teringat saya dengan kata kata ini di zaman sekokah dulu dulu..Wallahwualam.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  22. Mullah emo,
    Home minister - terlampau emo.
    Kapan Home Minister mau revoke status pendatang yang dapat status penduduk tetap melalui Mahathir tapi melancarkan perang terhadap NEGARA KITO.
    rajraman666.Kalau dato dinosaur saya syaitan.PERCAYA?

    ReplyDelete
  23. Tok.. pertama kali tajuk Merdeka tak bersangkut dengan peminpin parti memerintah.. .Moga rakyat Malaysia terima MALAYSIA KU BERDAULAT Tanah Tumpah Darah Ku..

    Selamat berjuang tok

    ReplyDelete
  24. Lanun Bahasa,
    Apa kaitan TDM dengan isu ini? Maaf saya tak faham.

    ReplyDelete
  25. din kelang1:30 AM

    Din melaka pergi lah kelas mengeja bahasa Melayu. Minta lembah tasnum tolong ajaukan

    Ngeja pun tak reti komen berapi api. Macam mahfuz lak

    ReplyDelete
  26. Pembahas Imlan Abadi dan pembahas lain, terima kasih atas komen saudara dan saudari.

    1. Saya kurang pasti surau mana Sdr Imlan Abadi maksudkan, tetapi saya kerap solat di surau Uptown, Damansara. Surau itu dalam komopleks pejabat milik konglomerat Cina. Surau itu kecil, tetapi berhawa dingin dan memedai. Saya ingat setahun atau dua dulu kiblanya diperbetulkan sedikit dan pemberitahuan rasmi ditampalkan.

    2. Kalau boleh janganlah roboh surau atau masjid. Ubahlah hala solat menghala Kaabah. Kalau kotor, bernajis, basuh dan kalau perlu "samak".

    3. Kalau roboh, wajib diganti dengan yang baru. Surau tempat solat dan juga simbol Islam.

    4. Tok-tok Mufti, Kadi, Penasihat Agama Raja-Raja, tok imam, tok guru dan pegawai jabatan agama Islam jenguk-jenguklah surau di pejabat-pejabat dan di kompleks beli-belah. Yang tak betul diperbetulkan. Jangan nyebuk dan tunjuk kuasa bila akhar lapor saja. Media massa pun kurangkanlah sikit unsur sensasi dan mengapi-api.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  27. awangbatuburok9:44 AM


    Salam Eidulfitri Dato,

    Memang benar sangat ramai pemimpin Melayu hari ini malas berfikir dan malas menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama dan siasah islamiyyah.

    Dinegeri Terengganu Darul Runtuh, kerja meroboh surau dan masjid yang tidak sealiran dengan kehendak pihak berkuasa memang telah banyak berlaku; contoh nya surau kg bujal kemaman, surau di jabi dll. Cerita runtuh juga banyak.

    Kalau pemimpin sudah terlalu emosional, sampai ke tahap menafikan hak rakyat yang tidak mengundi kumpulan mereka, memang patut dilucutkan saja pemimpin tersebut. Setakat menjadi penjaga mini-zoo boleh lah kot...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Dato'

    Dato tidak mengulas Isu Mesir. Berminat juga nak tahu pandangan Dato'.

    Najib pun masih diam seribu bahasa soal Mesir dan Syria. Sedangkan Negara Amerika Selatan dan Kesatuan Eropah menimbang untuk ambil tindakawan wajar ke atas Mesir.

    Bagaimana dgn isu Saifudin-Zahid Hamidi adakan rundingan rahsia ke arah Kerajaan Perpaduan?
    Mungkin Dato ada info lagi hangat?

    ReplyDelete
  29. Anonymous11:41 AM

    What does it matter whether the surau is facing the kiblat or not.
    Even if you use the compass, you will face the kiblat only if the world is flat.
    In reality in Malaysia, you will be required to pray at an incline towards earth to be perfect after calculating the angle required, which will make observing the ritual a tedious balancing act.
    Otherwise, Malaysian are actually facing deep space because earth is a shere.

    ReplyDelete
  30. abdullahngah1:48 PM

    majisd ke, surau ke, apa apa ke,jika disalahgunakan harus dirobohkan.

    ReplyDelete
  31. ..pada saya,posting kali ini agak sombong..dari diri yang merasakan lebih berpengalaman dari orang lain.. mungkin merasakan dirinya "...aku dulu makan garam.."
    saya setuju dengan @ Din Melaka tentang persaingan peniaga dan kontraktor Melayu.. memang total,kesalahan kerajaan yang memerintah...
    tahniah dengan tulisan @ Azman..
    orang tua lagi banyak silap.. sama sama le kita tegur..

    ReplyDelete
  32. Lahuma4:15 PM

    Dato.

    Betul apa yg Dato katakan dan ramai juga kata tak perlu surau yang terlibat itu dirobohkan.

    Perbetulkan mana yang silap dari segi kiblat atau kecemeran yang berlaku.

    Surau itu tak bersalah pun.

    Yang jelas zaman kebangkitan Islam pun ramai juga yang jahil.

    Bersidanglah ulamak dan intelek Islam.

    Rumusannya bukan roboh rasanya.

    Dalam badan manusia pun banyak yang yang betul.
    Makan rasuag.Duit judi.Penipu.Tak amanah.Tak solat.Tak puasa.Tak bayar zakat dan macam-macam lagi.

    Emosi biarlah seimbang dengan cermin diri sendiri.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  33. Lembah Tasnim1:02 AM

    Salam Tok..

    Peristiwa surau diresort Sedili Besar telah membuka mata kita tentang perkara yang tersangat asas dalam syarat sah solat iaitu mengadap arah kiblat.

    Walaupun kita tahu sebelum peristiwa ini ada masjid dinegara kita yang arah kiblatnya dipercayai salah tapi kenapa orang Islam buat tak kesah, cukup hanya dengan membetulkan posisi sejadah sahaja masjid itu terus digunakan.

    Bila kita berbicara tentang Syiar Islam yang sememangnya wajib kita daulatkan dan agongkan tentunya akan menyentuh semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang rasanya tidak memadai dalam ruang yang terhad disini.

    Kalaulah ditakdirkan surau diresort Sedili Besar yang salah arah kiblat akan tetap
    diroboh.. bagaimana dengan masjid-masjid yang juga salah arah kiblatnya..


    TQ Tok..



    ReplyDelete
  34. Aslkum Dakj

    Siapa jua nak sokong atau bangkang soal pihak berkuasa nak roboh surau saya kira wajar2 saja.

    Tapi bila ada ADUN Johor kata derhaka jika bangkang maka boleh bisu penduduk kerana tak boleh beri pandangan langsung.

    Lagi pun sejak bila raja2 Malaysia dah dinobat sebagai raja hakiki bukan raja berpelembagaan?

    Contoh pembodek dalam masyarskat Melayu yg tak bertempat.

    Ketua2 pihak berkuasa agama Islam Johor nak diibaratkan tunggul ke.

    ReplyDelete
  35. mat sentul2:43 AM

    inila jadinya bila ummah melayu terus menerus sejak berzaman menelan bulat2 ajaran pak arab padang pasir. logik akal terus dihumban dlm longkang. semua benda ditentukan oleh emosi semata2 utk mempertahankan suapan pak arab dgn cerita syorga neraka mereka.
    sedang ummah dunia sibuk mengkaji segala jenis ilmu utk membolehkan manusia lebih bertamadaun, ummah melayu dok sibuk dgn isu surau tak ikut arah kiblat bagai.
    macamana budaya kritis dlm pemikiran melayu nak berkembang kalu isu common sense pasal surau ni pun tak boleh nak dirasionalkan? tapi seperti biasa, kepercayaan ttg agama telah diajar sekian lama tidak boleh dan tidak perlu dirasionalkan. maka sampai kesudah la dok dlm vicious cycle ummah melayu ni

    ReplyDelete
  36. Aslkum Dakj

    Kejadian seorang rakyat Melayu Islam asal Singapore memberi kebenaran penganut agams Buddha telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh puak2 pemimpin UMNO dan regu mereka.

    Berbekalkan aduan drpd penduduk konon surau hendak di roboh.

    Untuk sementara waktu kerajaan UMNO dapatlah tutup pekung spt:

    1 jumlah umat Melayu yg miskin semakin ramai gara2 ketuanan melayu bukan lagi retorik tapi bawah Najib dah jadi kosong.

    2. Hutang negara semakin bertambah dgn mendadak berbanding GDP sejak 2009 memberi amaran semakin hari kuranglah Melayu yg bioleh bergantung kerja dgn sektor kerajaan.

    3. Hutang keseluruhan rakyat berbanding GDP meningkat dari 40% pd 1998 kepada 83% pd tahun 2012.

    4. Kalau 30 tahun dulu graduan yg baru masuk pasaran kerja mendapay gaji antara rm1100 ke 1600 sebulan, sekali gus mengeluarkan mereka dari golongan miskin tetapi sekarang dgn gaji yg kecil antara 1500-2800 dalam environmen haraga rumah 10 kali lebih mahal, kereta 6 kali lebih mahal ditambah dgn hutang PTPTN maka nasib graduan sekarang semakin malang. DENGAN KERAJAAN UMNO YG TAK LAGI PERIHATIN BILA MEREKA BENAR KEMASUKKAN PENDATANG ASING MAKA BERTAMBAH GELAP NASIB MELAYU DI PASARAN KERJA.

    5. Dah lebih 100 hari berlalu bila lagi kerajaan UMNO nak turunkan hsrga kereta yg dijanji dalam PRU 13. Yg diwar2kan cuma BRIM yg jumlshnya tak sebesar mana jika dibanding dgn kenaikan harga bahan makanan dan bil letrik tak lama lagi.

    6. Terakhir pertanyaan pd pengikut blog ni. Duit siapa yg diguna oleh PERSATUAN BOLA SEPSK JOHOR yg kelihatan kaya raya tu?

    Moral cerita, pemimpin UMNO dan konco merrka dapatlah menunjuk2 betapa islamik mereka di kaca mata rakyat apsbils seorang insan buat silap.

    ReplyDelete
  37. mat sentul11:03 PM

    ironi sungguh isu mau roboh surau semata2 kerana penyembah patung buddha sudah mencemar kesucian rumah ibadat orang islam. kalu ummah memeriksa  barang sedikit fakta sejarah ttg kaabah semasa era pra islamik, dlm kaabah itu sendiri ada 360 patung ukiran yg dijadikan objek yg dimuliskan didlm kepercayaan anutan astrotheology ummah arab ketika itu. ditakdirkan kaabah itu terletak di johor dan jika digunakan logik yg sama, sudah tentulah kaabah juga akan menerima nasib yg sama dgn surau itu.
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete