A Kadir Jasin
[Komen “Anonymous”
tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama
samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam
saya lagilah bagus.]
PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul
Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.
Inilah kali pertama seorang
pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.
Mohd Najib berkata, mereka ini
makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.
Kerana itu, beliau menyifatkan
mereka sebagai bangang.
Merujuk kepada Naib Presiden
Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid
yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang,
friendly fire. Friendly fire is not friendly."
Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers
kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak
menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang.”
Beliau berucap dalam sesi penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)
Pendedahan dan herdikan Mohd
Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa
pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.
Seperkara lagi, kalau benar
blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin
parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.
Namun Mohd Najib bukan orang
pertama mencemuh dan melabelkan blogger.
Zainuddin Maidin (kini seorang
blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger “goblok”, Khairy
Jamaluddin menanggil mereka “beruk” dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi
Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan
pengulas blog sebagai penembak curi.
Maaf cakaplah kalau saya katakan
istilah “bangang” yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar
dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.
Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP
mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.
Kesian juga saya kalau selepas
ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.
Wallahuaklam.
as salam, sir.
ReplyDeletesaya sendiri ada tulis mengenainya di blog saya. pengakuan 'jujur' PM mengenai bloger upahan umno ini akan jadi bahan terbaik pihak pembangkang, di samping menelanjangkan siapa mereka di sebalik modus operandi media sosial umno ini.
tapi nak marahkan bloger upahan ni pun tak berapa adil.
kita lihat sendiri di kalangan pemimpin BN pun ada yang 'cross-firing' secara terbuka. Umno kecam MCA, MCA hentam Umno, MIC tibai Umno... dan begitulah. Ikut suka merekalah, bergantung kepada isu, misalnya hudud.
jika BN dan bagi contoh sedemikian, maka apatah lagi di kalangan bloger dan ahli Umno sendiri!
Blogger yg cari makan dari Kerajaan dan paling Najib takkut ialah....
ReplyDeleteTun Dr Mahathir...
Tapi apa nak takut, kalau kita buat tu betul. Org yg takut adalah org yg bersalah. Najib mengaku bersalah ke?
Kali pertama dalam sejarah hidup saya tidak lagi menjadikan perhimpunan UMNO sebagai tumpuan.
ReplyDeleteSaya rasa UMNO tak banyak berubah sedangkan pilihan raya dah hampir.
Jangan salahkan blogger sahaja. Salahkan juga diri sendiri yang semakin kurang asam dan garam
Salam Dato,
ReplyDeleteYang dikatakan bangang tu adalah dari penulis yang terbaik dah..
Yang tukang upah upah tu tahapnya mungkin lebih terkebawah lagi kut ni tuan presiden...sapa pilih depa tu?
MAI sini kita tolong pilih. bole ka tuan presiden?.
Buat AJK blogger pulak,bukan AJK goblok....
Abu Bakar Ab Rahman
Mohd Najib takut dengan bayang-bayang sendiri..he3
ReplyDelete1. Kiranya Najib pro sangat Bahasa Melayu (anti Bahasa Inggeris/PPSMI) ia patut mencontohi kehalusan bahasa terutamanya jutaan rakyat akan mendengarnya:
ReplyDeletePisau makan tuan
Talam dua muka
Harap pagar, pagar makan padi
Seperti meludah kelangit
2. Ada blogger otai dapat RM4 juta sebagai upahan? Masyaallah. Senang hidup jadi pembodek.
3. Bahasa halus untuk Najib: Apa sebab tuan suka tembak kaki sendiri? Ini akan menimbulkan kekeliruan, pertelingkahan antara blogger-blogger upahan menegakkan benang yang basah.
4. Lain-lain bahasa halus:
Hanya jauhari mengenal maknikam
It takes a thief to catch a thief
Hanya yang bangang upah bangang
Dato
ReplyDeleteKomen yang tidak cermat oleh Najib ini memberi gambaran banyak aspek tentang dirinya. Tentang tahap savvyness politik, kepimpinan beliau didalam parti,kepimpinan dan kebolehan meneraju pemerintahan negara.
Saya ingat kesilapan beliau bertanya kepada pengunjung konsert gangnam korea di Penang sebelum PRU 13 dulu dengan bertanya ARE YOU WIF BN?, yang dijawab oleh pengunjung dengan resounding NO adalah blunder terakhir Najib. Rupanya tidak. Najib tidak belajar dari kesilapan lalu.
Jadi tak heranlah bila harga minyak dipasaran dunia menurun, Najib naikkan minyak Ron95/Di3sel sebanyak 20 sen. Kemudian Najib terlupa apabila menurunkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen tetapi lupa membuat adjustment kepada harga Ron 95/Diesel. Walahasilnya jika dibandingkan harga RON 97 dan Ron 95 ( harga dipam + subsidi 28 sen) , harga RON 95 l3bih mahal dari RON 97 s3banyak 3 sen!
Ni satu lagi hal yang akan m3mbuat rakyat marah dengan Najib apabila harga RON 95/Diesel diapungkan pada 1 Disember 2014. Bila diapung maknanya subsidi untuk Ron 95/Diesel sudah tiada! Let me explain the best part ....jika leak news yang RON 95 akan diturunkan s3banyak 4 sen dan diesel dinaikkan sebanyak 3 sen tu betul.
Harga baru bagi Ron 95 = RM 2.26 ......ini yang paling best ni....
Memandangkan sekarang duit syiling 1 sen dah takde, jika kita guna sistem rounding off yang diamalkan sekarang, RM 2.26 = RM 2.30!......MANA P3NURUNAN YANG SEPATUT DINIKMATI APABILA HARGA MINYAK DUNIA SEKARANG PADA USD 80 SETONG????????.....Mengikut Rafizi, jika harga minyak dunia USD 80 setong, harga runcit RON 95 sepatutnya RM.1.92!....Katalah RM 2.00. Masih ada p3nurunan yang rel3ktif dengan keadaan pasaran dunia.
Walaubagaimanapun, bukan tak ada p3njimatan langsung apabila harga apungan RON 95 sebanyak RM 2.26. Saya telah buat pengiraan cepat untuk mengetahui p3njimatan ini.
Jika kita isi RON 95 sebanyak RM 50..........................................kita jimat 87 sen!
Kalau kita guna RON 95 sebanyak RM 400/bulan........................kita jimat RM 6.96!
P3njimatan sebulan ini nak cover makan pagi dan tengahariuntuk satu hari kat ofis di Lembah Klang pun tak lepas!
MASUK AKAL TAK HARGA APUNGAN RON 95 ( dimana subsidi ditarik balik) SAMA DENGAN HARGA SEMASA SUBSIDI SEDANGKAN HARGA MINYAK DUNIA SUDAH JATUH DARI DIBAWAH PARAS SUBSIDI ZERO!
Saya harap leaked news t3ntang harga apungan RON95/Diesel ini tak benar. Jika benar letih kita Dato. Ini satu hal. Itu b3lum kita tahu dengan l3bih jelas tentang k3dudukan sebenar cerita 1MDB!
Datuk...
ReplyDeleteSaya mengikuti penulisan Datuk sejak dalam ruang My Thots-NST dan tak ketinggalan juga dalam Malaysian Business.
Saya rasa senang membaca penulisan Datuk.
Datuk pernah menyebut dalam The Scribe bahwa Datuk bukan dibayar untuk menulis . Saya percaya kepada pengakuan ini.
Tiba-tiba satu pendedahan daripada Presiden UMNO membuat saya terkejut. Betul ke Datuk diantara blogger pro-UMNO yang diupah?
Kalau ye pun Datuk blogger pro-UMNO saya rasa Datuk tulis yang benar.
Ikhlas adalah satu perkataan yang telah luput dalam kamus orang UMNO.
Selagi Datuk ikhlas hendak menegur pemimpin tak kira daripada mana parti politik lebih-lebih lagi daripada parti yang memerintah, apa salahnya?
Tegur menegur adalah wajib dalam Islam. Kita menegur untuk memperbaiki keadaan bukan untuk mengaibkan sesiapa.
Waullah hu'alam
Salam Dato.
ReplyDeleteLucu juga hal ini.
Kalau Najib dan Zahid kata begitu....sah lah yg Umno pun ada 'Bloggers Upahan'.
Persoalannya kini;
# Berapa ramai mereka ini...dan berapa yg dibayar?
# Hebat sangatkah penulisan mereka hingga diupah Umno?
Apa yg sy rasai...Umno cuma buang duit dan masa sahaja mengupah mereka ini
Sy tidak nampak atau rasai apa2 kelainan yg positif hasil dari penulisan mereka untuk kita lebih menyangi Umno dan Ketua2 sedia ada dari artikel2 yg mereka tulis cuma membodek dan membodek lagi.
Dan kadang2 pula ada suatu mcm serangan2 yg berlaku sesama sendiri antara ketua2 dlm parti.
Kini 'bloggers Upahan' dan gigit tuan pula.
Ada logik nya bila Najib memarahi bloggers serupa ini...
....."jika mereka diupah...mereka kenalah jaga dia atau Umno....ini mereka menggigit tangah yg mengupah".
Barangkali upah kecil sangat dan tak berbaloi kot.
Kesian Najib..
Inilah Umno sebenar nya..
Terima kasih
salam dato'
ReplyDeletepertama kali bg komen..sy bukan ahli umno tapi rakyat yang patriotik..sedih tgk pau tak keluar langsung isu pati dan cameron highland. ada lg pembahas dok buat lawak bodoh..sesaat gelak lupa seribu masalah..betul la..keluar dewan lupa semua masalah rakyat
Pewakilan Umno patut rasa malu bila PM berucap begitu depan mereka sbb bila PM berucap dengan media asing, boleh pula ckp elok elok...
ReplyDelete.
ReplyDeleteItulah dalam UMNO pun nama saja sama rata.Tapi tak sama rasa.
Upah pun ikut kelas dan kasta.
Ada juga upah yang tersangkut tengah jalan.Tak sampai sebagai upah.Mana boleh tahan.
Nama pun upahan.
Surat-surat khabar , TV dan radio serta lain-lain nampaknya tidak berkesan sehingga mengupah blogger yang ada di antaranya sangat amatur dan tidak berapa cerdik.
ReplyDeleteRugi menggaji mereka.
Najib should be asking himself..WHY the pro-bloggers are attacking UMNO and its leaders. Everything has a reason. My believe is..the pro-blogger are unhappy that UMNO is still full of corrupted leaders. One one must remember, the Rakyat be it Malay, Chinese , Indian, etc has all this while been disliking UMNO not because of defending the Malay Rights but because they all know how corrupted this party is. At the recent PAU,did any of the delegates raised this issue ? NO !!. Even simple rakyat without proper education knows that UMNO is really corrupted. If Najib is brave enough, he should start doing some sort of Spring cleaning. Just look at Indonesia..even the President's men are hauled by their Anti Corruption agency. Same in Chine, Korea, etc.
ReplyDeleteSalam Dato Kadir
ReplyDeletePertamanya, eloklah kita mengucapkan syabas kepada Kerajaan Kelantan kerana telah dapat lampu hijau utk membentangkan pelaksanaan hudud di Kelantan tahun depan. Dan belum pun dibahaskan, menteri agama dah memberi hint LULUS utk dilaksanakan di Kelantan tahun hadapan. Syabas PAS Kelantan. Jangan tak jadi pulak sudahlah.
Keduanya, bagi sayalah, apa yg dibangkitkan oleh YAB Dato’ Najib tu adalah hak beliau sebagai presiden UMNO. YB Pokok Sena pun menyuarakan isu yg sama dlm Harakahdaily harini bagi pihak pemimpin PAS. Prinsip saya pula mudah. Yg benar kita sokong, yg salah kita hentam. Jauhi amalan assobbiyah dan ikut Islam jika nak selamat dunia akhirat.
Terakhir, saya berasa amat sedih kerana harga diesel naik, dan akan memberi kesan mendalam terhadap saya. Saya hanya mampu pakai kereta x6 diesel semata-mata nak jimat duit minyak utk travel jauh tengok projek, tapi nampaknya tak dapatlah saya berjimat selepas ini. Nak pakai kereta petrol, tak mampu dgn kos “long distance”nya. Inikah balasan kerajaan kepada orang-orang dari kampong macam saya ni, penyokong kuat kerajaan????? Yg kena sentiasa berkais utk mencari rezeki. Sampai hati betul. Sekian TQ.
Saya pong blogger juga, memang benar kata PM tu sama seperti saya.
ReplyDelete
ReplyDeleteKetua borek, anak buah rintek
dlm umno ada bloger yg di bayar najib..ada yg dibayar bukan najib...biasalah beb...kawan yg baik adalah memberitahu kawan perkara yg sebenar....itu pun tak paham2...kah kah kah
ReplyDeleteDato
ReplyDeletePerhimpunan Agong UMNO this time is, at best Lacklustre in Performance.
The only time the delegates went into a Frenzy was when Najib started bashing Anwar Ibrahim (striking resemblance to the feeding frenzy exhibited by fish after not being fed for a while).
Looks like UMNO will never get beyond bashing Anwar Ibrahim. Perhaps if the President used the Word SO-DO-MY instead of the SO-LI-DA-RI-TY he was espousing he might have got a better reception from the Delegates.
On UMNO Blogger Bashing by Najib...At least Anwar Ibrahim received much better treatment than the UMNO Bloggers. He was never called Bangang by Najib.
Sindrom tak boleh kena tegur. Tak tahu beza menyerang dgn membetulkan. Bodoh sombong.
ReplyDeleteSalam Tuan ,
ReplyDeletePerkataan " Bangang " yang dilontarkan itu adalah justifikasi betapa tahap kematangan berpolitik Tuan Presiden yang cukup tak setanding dengan keperluan seorang pemimpin negara .
Pemikiran saya berpendapat , ini adalah pusingan akhir politik Tuan Presiden dan prinsipnya ialah " Kalau aku tak dapat , biar yang lain turut putih mata " .
Rakyat pula terus dikocak hati dengan kenaikan harga diesel dan seterusnya dibebani kenaikan harga barang berterusan . Siapa BANGANG sekarang ni ????
Harap PM faham bila kita kritik kita sayang, kita perihatin dan kita mahu yang terbaik dari pemimpin kita. Bukan sekadar memuji dan mengangkat banner "I Love PM" tetapi mencaci dan menikam dari belakang.
ReplyDeletePM kena kikis sikap "minta puji" dan buat sesuatu yang mengundang pujian. Di awal pentadbirannya dia nampak fokus dan efisyen. Saya pun yang run blog non-sopo pun turut tulis yang baik tentang PM. We give credit when it due.
Tetapi bila kita dah rasa kurang puas hati, takkan kita masih hendak puji lagi? Kalau kita buat juga, nah baru lah sesuai dikatakan "bangang".
As salam Datuk, beberapa bulan lalu saya pernah menulis tentang blogger hantu raya peliharaan UMNO iaitu pemimpin pemimpin UMNO. Mereka hidup mewah dibayar gaji oleh pemimpin tertentu. Tetapi orang UMNO tembak saya balik kononnya saya mereka reka cerita, orang UMNO tak bela blogger hantu raya. Syukurlah akhirnya Najib sendiri mengaku UMNO bela hantu raya. Tetapi sejak dulu lagi saya percaya yang saya tulis adalah benar. Hatu raya peliharaan UMNO itu ada sesetengahnya berperangai buruk, ada yang dibuang kerja kerana rasuah diambil jadi blogger untuk mempopularkan pemimpin tertentu. Tetapi maaf cakaplah saya tak selera nak baca tulisan sesetengah daripada mereka. Kalau saya tak selera orang lain pun sama juga. Orang meluat dan menyampah kerana tulisan mereka hanya untuk ampu tuan yang bagi makan kepada hantu raya itu. Soalnya Datuk, tidak cukup lagikah media arus perdana menulis yang baik baik tentang UMNO?
ReplyDeleteDaripada : KU SEMAN KU HUSSAIN
Dato.
ReplyDeleteUMNO mana blogger.Yang ada hanyalah blogger upahan tokoh tokoh UMNO yamg diberi tugas mempromosi boss mereka.
Blogger -bvlogger inilah yang menembak antara satu sama lain.
Atas nama UMNO tak ada.
PM Najib tak sedar yang dia kecam itu adalah blogger puak UMNO sendiri.
Itulah kroniknya blogger UMNO.
Boleh jadi PM Najib pukul anak sindir menantu.
Khabarnya dari seorang sahabat ada juga blogger pro UMNO hanya hirup kuah sahaja.
Letihnya PM Najib sejak dia jadi PM dan Presiden UMNO.Macam-macam hal timbul.
Cerita hal bolgger ini patut di kendalikan pegawai nya sudah memadai dan mencukupi.
Sekretariat UMNO buat apa.
SU Agong sebok sebagai MP.Sebagai Menteri.Sebagai Pengerusi Perhubungan.Sebok sebagai Ketua bahagian.
Waktu mana dia nak ambil peduli ini.
Lain kali PM Najib tak perlulah bersengketa dengan para blogger ini.
Tumpukan urusan negara dan parti.
Blogger pro UMNO pun nak hidup.Kata mereka lagi.Faham faham lah.
Kesian blogger pro UMNO.Hebat tapi poket kosong.
Terima kasih Dato.
Pertama, dia tak kenai kot mana blogger yang dia bayaq dengan mana blogger yang masih dok kesian kat dia dan parti dia tapi tak dapat apa-apa dari parti dia? Memang pun dia tak kenai, banyak yang dia tak tau...
ReplyDeleteKedua,...dia seronok panggey orang bangang dan depa lain gelak sakan, tapi kalu ada yang panggil dia banggang pulak, apa macam? nak pakai Akta 15??..
Tak payah nak bangga kekalkan akta 15, sapa yang dok janji nak hapuskan akta tu dulu? patutnya sebelum dok kata nak kekalkan akta 15, mintak maap dulu sebab pandai-pandai dok pi janji nak hapuskan akta tu dulu,..
Ka dok perli orang tua tuu? So-li-da-ri-ti tu menantang panama? Akta 15 dok pertahan bahasa Melayu, dia dok rosak bahasa Melayu, tak dak ka perkataan yang sama erti solidariti dalam bahasa Melayu??
Selang sahari pi rasmi satu parti nama PPP, dok cakap bahasa orang putih, apa parti tu dok di UK ke?..tapi tak pa,..janji So-li-da-ri-ti...
Taukah anada kenapa bloger yang diupah umno serang balik.
ReplyDeletekerana umno memperbudakkan orang orang melayu.
Para pembahas dan pelawat dihormati,
ReplyDelete1. Secara kebetulan saya minum teh dengan seorang politikus PR yang pernah jadi orang penting dalam Pemuda Umno zaman Hishammuddin.
2. Saya kata Mohd Najib kekok dalam khalayak. Rosmah lebih mesra. Mohd Najib selesa beri ucapan berapi-api. He plays to the gallery.
3. Politikus PR itu kata, Anwar pun macam itu – kekok dan tidak gemar bermesra dengan khalayak, tetapi sangat selesa berpidato.
4. Jadi ada persamaan antara Mohd Najib dan Anwar. Mereka suka berpidato berapi-api. Secara kebetulan, Mohd Najib mewarisi Pemuda Umno daripada Anwar. Tetapi kalau Anwar tidak dipecat dan naik jadi PM, Mohd Najib tidak ada harapan jadi PM. Jadi DPM pun belum tahu.
5. Apabila mulut lebih pantas daripada otak, inilah yang terjadi – mendedahkan pekung di dada dan menghina jentera perang saraf parti sendiri.
6. Seperi kata pembahas Ku Seman, inilah bahana mengupah orang yang tidak berwibawa menjadi blogger Umno semata-mata kerana mereka pandai mengampu dan sanggup menjual maruah diri.
7. Kalau Mohd Najib kenal mereka ini, beliau tentu tidak terperanjat dan tidak akan guna bahasa kesat (bangang). Dengan menggunakan bahasa seperti itu, beliau telah menurunkan taraf penghujahan beliau sama seperti yang ramai bogger Umno lakukan.
8. Memang inilah modus operandi ramai blogger Umno. Mereka tidak jawab “message” tetapi cuba bunuh “messenger”. Mereka tidak mampu berhujah jadi mereka caci dan belasah.
9. Seperkara lagi, ramai blogger Umno kecewa. Saya tahu sebab di kalangan mereka ramai anak buah saya. Operator Umno yang mewakili PMO, menteri dan kementerian janji upah mereka sekian banyak. Tapi bulan demi bulan, upah berkurangan dan akhirnya kering terus. Kemudian mereka merayu kepada blogger-blogger pokai ini jangan bagi tahu “boss”. Mereka sendiri hidup mewah dengan kereta besar sedangkan budak-budak blogger ini nak bayar ansuran kereta pun tak mampu. Jadi nak lepas geram mereka buka blog sendiri yang bebas daripada kerangka Umno.
10. Kalau Presiden Umno kata blogger Umno "bangang", apa agaknya label yang sesuai untuk beliau sendiri?
Wallahuaklam.
Terima kasih.
jawapan kepada perkara no.10. Bengong
DeleteDS Najib, the President of Bangang Nasional! a.k.a BN
ReplyDeleteY.Bhg Dato'@ Sedih rasanya membaca tulisan Dato' dan komen-komen berkaitan pengakuan Najib mengenai ketidakberkesanan peranan bloggers upahan UMNO.
ReplyDelete2. Zaman sekarang ini tidak ada benda yang percuma. Semua ada nilai dan betul harganya maka manusia boleh berubah. Sudah tidak ada kesetiaan yang berkekalan.
3. Penulis blog juga ada harganya. Mereka juga perlu dibayar untuk meneruskan kehidupan mereka. Mungkin kerja mereka menjadi tidak berkesan kerana harganya yang dibayar tidak setimpal dengan tanggomg jawap yang diberikan.
4. Kembali kepada isu pokok. Boleh kah UMNO kembali berkuasa selepas pilehan raya akan datang. Para perwakilan nampak seolah-olah menerima suntikan semangat baru tetapi boleh kah mereka meraih sokongan generasi muda atau generasi Y.
5. Saya suka kembali kepada satu senario yang pernah dibincangkan dalam blog ini oleh seorang pengkritik blog ini. Iaitu senario kemungkinan UMNO hilang kuasa dan menjadi pembangkang selepas pilehanraya akan datang.
6. Membincangkan apakah yang terjadi kepada orang Melayu dan kedudukan islam sekiranya UMNO hilang kuasa.
7.Saya fikir kalau kita bincangkan senario tersebut akan lebih bermakna daripada kita membincangkan isu-isu semasa yang sudah tidak lagi sensitif kepada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Contohnya berapa orang pemimpin UMNO yang betul-betul sensitif kepada isu-isu berkaitan rasuah dan mereka bertekad kearah mencapai tahap sifar dalam isu rasuah.
8. Kita juga patut bincang senario yang boleh menakutkan pemimpin-pemimpin UMNO sekiranya mereka membiarkan keadaan sehingga UMNO hilang kuasa selepas pilehanraya akan datang.
iklas,
rahim
AKU RASA TAK SALAH KALAU KITA KATA " IT TAKES A BANGANG TO CALL ANOTHER A BANGANG"
ReplyDeleteJust like " it takes a thief to catch a thief"
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya terpanggil (oleh bat8) untuk menyampaikan 'dapatan' saya dalam membuat perbandingan penggunaan antara RON97 dengan RON95.
Bagi saya, pada hakikat sebenarnya, harga RON97 lebih 'murah' berbanding harga RON95 apabila perbezaan harga antara dua jenis bahan api itu kurang daripada 50 sen.
Hakikat kebenaran ini terbukti apabila anda melakukan perjalanan jarak jauh melalui lebuh raya.
Anda akan dapati bahawa dengan
RM100 RON97, anda pasti akan memperoleh lebih banyak kilometer berbanding dengan RM100 RON95. Ini bermakna, menggunakan RON97 menguntungkan anda.
Saya mendasarkan pengalaman saya berkereta Hyundai Elantra (1.8 CC) dan Suzuki Grand Vitara (2.0 CC).
Saudara OKJ pun bolehlah pakai kereta petrol kerana RON97 lebih 'murah' daripada diesel.
Dalam pada itu, agak malang bagi saya kerana saya terpaksa juga memenuhkan tangki kereta Suzuki saya dengan RON95 pada hari ini (1 Disember) ekoran kehabisan RON97 di seluruh bandar Kuala Terengganu.
Menjadi tanda tanya sama ada kehabisan RON97 itu 'genuine' atau 'palsu'.
Sekian. Wassalam.
Arwah ayah Saya berkata " terlajak perahu boleh undur.. Terlajak kata mala petaka akibatnya "
ReplyDeleteSelamat tahun baru
Mujoq tok independent
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Sungguh besar tekanan yang dihadapi pemimpin UMNO sehingga ada yang terlepas cakap yang menjadikan perkara lebih bercelaru. Mereka hendaklah bertenang sebelum membuat sesuatu supaya wujud keyakinan dikalangan ahli dan penyokong bahawa masih ada pemimpin dalam UMNO yang berkemampuan.
Dalam ucapan penggulongan YB Zahid Hamidi telah menyeru perwakilan apabila balik membawa perubahan dan menggalas tanggungjawab kerana mereka bertanggungjawab kepada Allah atas perkara yang diamanahkan kepada mereka.
Untuk berjaya mereka hendaklah mengikut cara yang ditunjukkan Rasullullah. Mereka hendaklah menunjuk akhlak yang baik bagi menarik kawan dan lawan kepada mereka dan tidak berlaku kasar yang menyebabkan orang menjauh diri dari mereka.
Ayat-ayat 8 , 9 dan 10 Surah Adz- Dzaariyat boleh membantu mereka dalam usaha menarik kembali sokongan kepada parti.Kita hendaklah berpegang kepada kebenaran dan bukannya dengan cara agak-agak sahaja.
Mungkin ada orang yang berkata cara yang ditunjukkan Nabi s.a.w tidak terpakai lagi dizaman sekarang. Ini tidak betul kerana ianya terbukti berkesan.BN mengalami kemerosatan undi pada tahun 1999. Keadaan berubah bila YBhg Tun Abdullah bin Ahmad Badawi mengamalkan dasar berlembut dan menghormati kawan dan lawan. Ini telah memberi kemenangan yang besar kepada BN pada PRU 2004. Malangnya kemenangan besar ini adalah ujian kepada UMNO.Ada yang menganggap mereka boleh mendapat kemenangan lebih besar maka berlakulah perang sesama sendiri yang menyebabkan kemerosotan undi hinggalah sekarang.
Akhir kata YB Zahid Hamidi hendaklah menghalusi strategy dari apa yang diamalkan UMNO sekarang kepada cara yang ditunjuk Islam jika inginkan kemenangan.Jika ia boleh berlaku pada tahun 2004 tiada sebab mengapa ianya tidak boleh berulang seandainya ianya dilakukan kerana Allah.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision ,
Petaling Jaya.
Tok Scribe, been a long time. Maybe Tok Scribe and Tok Scribe's debaters should pause, think and give MNTAR benefit of the doubt.
ReplyDeleteJust think! This chap was scooter-ed off to England at the age of six or nine. I think his Malay isn't that good. He seems impressive because other people wrote his speeches.
But when he spoke off the cuff and in the oratory manner, his mouth, like you said, tended to spew out words faster than his brain could think. Also I think he might not even know how rude and crude the word bangang is. He might have uttered the word because it sounded like banging.
I don't think MNTAR understands the Malay minds. He might have been born a Malay, but his upbringing was English, but unfortunately not gentlemanly.
Lawgiver
Salam Tuan...
ReplyDeleteBlogger sejati sama juga seperti pencipta aplikasi bebas. Mereka adalah yang bekerja sendiri tanpa di bayar gaji, yang mencari bahan dan menulis sendiri dan kalau pun ada yang nak 'membuat duit' ia adalah melalui ruang pengiklanan dan juga 'derma' tapi bukannya di sponsor. Kalau yang di upah itu bukan 'blogger' namanya tapi gelaran yang lebih sesuai adalah 'kader', 'kadiaq', 'macai' atau gelaran yang lebih tepat merujuk kepada tugasan-tugasan mereka adalah 'pecacai' UMNO.
Kita boleh lihat sendiri dan tahu dengan sendirinya blog yang dibayar upah ini sudah tentu disyaratkan tidak boleh mempunyai ruang iklan di dalamnya kecuali iklan bagi mempromosi agenda propa kerajaan...
Assalamualaikum Dato,
ReplyDelete1. Sudah lama tsaya tidak minum di Hatini Maju Kelana Jaya, tempat Dato, pesan secawan teh sambil bertemankan notebook setia, kadang-kadang.
2. Ada juga rasa nk tegur bertanya khabar tetapi bila lihat Dato' very serious, tak jadi pulak takut ganngu kelancaran idea-idea menulis yg sedang mencurah curah...
3. Secara peribadi saya merasakan, malang sungguh bagi UMNO yg berahli hampir 4 juta orang, dengan sesetengahnya bijak laksana bijak laksini dengan ada yg punya CGPA 3.85 ( just to be precise) untuk mengupah penulis penulis upahan yang souless, tidak berjiwa, tidak berpendirian sebagai pewakil suara pemimpin dan ahli UMNO.
4. Apakah ini adalah saat saat akhir nyawa sebuah parti politik nasionalis yang hebat idealistik pragmatik demokratik? Tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli ahli yg soufull berjiwa beridealogi lagi dalam UMNO yg mampu berhujah dan mepertahnkan hujah secara ilmiah ariculate dan bijaksana?
5. Malang sekali lagi buat parti ini dan ahlinya p, mereka kemuflisan bukan sahaja ideologi hebat tetapi juga ahli ahli yg boleh berfikitir secara hebat dan grand. Tidak ada lagi.
Sekadar pekikan pekikan kosong diulang ulang di PWTC tanpa soulfull dan jiwa yang besar, parti ini akan menglami zaman gelap yang muram. Blogger blogger upahan akan hanya menjauhkan lagi bujak pandai Melayu dari UMNO.
Persepsi umum mengatakan pembesar UMNO rasuah, salahguna kuasa dan mengamalkan nepotisme dan kronisme. Persepsi itu TIDAK pernah dibuktikan secara berleluasa di mahkamah melainkan adalah satu dua kes misalnya kes Khir Toyo.
ReplyDeleteGaya hidup pembesar UMNO dabn orang-orang yang bergesel bahu dengan mereka umumnya adalah gaya hidup mewah. Sekadar memberi contoh, cerita lembu kondo Sharizat masih belum ditutup dengan tindakan kerajaan UMNO yang boleh dipersepsikan sebagai wajar. Maka amat sukar bagi mana-mana blogger UMNO, baik yang upahan atau pun yang pro-UMNO semulajadi menghujah untuk menangkis persepsi yang merosakkan ini.
Tugas blogger pro-UMNO menjadi semakin mencabar apabila kos sara hidup semakin meningkat manakala ekonomi tidak semakin baik. DSalam PAU yang baharu lalu, Khairy Jamaluddin yang dianggap bintang harapan UMNO hanya sekadar mampu mencadangkan harga kereta 1 Malaysia yang dikecualikan cukai sedangkan yang betul-betul menjadi cabaran ialah harga rumah yang terus mencanak naik. Kita juga tidak dengar ucapan mekanisme menstabilkan harga getah dan sawit yang menjadi nadi ekonomi orang Melayu penyokong tegar UMNO.
Dengan senario semacam itu tugas blogger UMNO sememangnya semakin sukar tidak kiralah sama ada yang bijak atau pun yang bangang.
para pemimpin umno berlumba lumba mengumpul harta. Itulah punca orang melayu yang ada sekit ilmu tak beri sokongan kepada umno
ReplyDeletePemimpin umno sapu daging.
ReplyDeleteAdil ke siblogger gonggong tulang.
'ba~ngang' itu bodoh, dan 'bi~ngong'itu dekat nak jadi gila. Orang bingong tu selalunya bangang. Orang bangang dia tak bingong .... siapakah mereka itu sebenarnya!. Kata-kata itu juga doa....
ReplyDelete