Saturday, October 24, 2015

Mana Sedakah Arab RM2.6 Bilion?


A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

BELANJAWAN 2016 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak semalam dapat sambutan “banget” hangat daripada para Yang Berhormat Pembangkang.

Sebaik saja Mohd Najib, yang juga Perdana Menteri, tamatkan ucapan 90 minit beliau, para YB pembangkang itu menaikkan sepanduk berbunyi ‘Mana RM2.6 bilion’.

PAS tak tanya mana RM2.6 bilion
PAS tak tanya. Boleh jadi para ulama PAS tahu Arab mana yang bagi “sadakah” itu dan di mana duit itu atau bakinya disimpan.

[Untuk liputan Belanjawan 2016, sila baca The Star, Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian.]

Wallahuaklam.

33 comments:

  1. Salam Datuk...

    Laju sahaja rtm & tv3 tamatkan siaran dari parlimen sebaik Daeng habis bentang bajet. So, pada yang tiada siaran altenatif lain tak nampak la detik 'mana 2.6 billion' ini. Yang sangat jelas, laju je camera dihala pada Muhyiddin bila Daeng sebut "api dalam sekam & gunting dalam lipatan" ini.

    Datuk orang lama dalam bidang wartawan-penulisan. Mesti Datuk tertanya-tanya adakah kini tetap sama dengan zaman 70an dimana pihak kerajaan punyai rangkaian halal untuk manipulasi rakyat... Pada perkiraan Daeng & bala tenteranya, maybe masih percaya, yakin manipulasi ini berjaya. But jika diukur pada 48% to BN last election then Daeng tau but sahaja buat-buat tak tahu fakta ini.

    Itu sebabnya terpacul dar bibir merah Daeng ungkapan ini "layar dikembangkan, sauh dilabuhkan" = sama-sama tenggelam.

    Saya sentiasa meneliti bajet sejak dari zaman sekolah lagi. Tiada apa yang terlalu istimewa apa pun. Ada pihak yang senyum then ada pihak yang muram. Bajet kali ini dibentangkan dengan pantas, ringkas cos itu la realiti yang Malaysia miliki masa kini. Sama-sama la kita nantikan pagi Isnin apa reaksi Bursa KL & Ringgit.

    Daeng dengan bangga menyatakan Index Bursa melonjak & akan terus melonjak. Persoalannya, adakah lonjakkan Bursa selari dengan nilai Ringgit masa kini...?

    ReplyDelete
  2. Pas tak tanya sebab Tuang Presideng kata kena ada saksi yang nampak Najib bawak karung2 guni berisi RM2.6 billion ke bank dan masukkan duit berkarung2 tu dalam akaun dia. Tuang Murshidul am pulak langsung tak percaya yang Najib dapat sedekah berbillion sebab hanya orang miskin je yang terima sedekah. Pastu dia pun belum dapat "confirmation" dari sahabat2 ghaib dia tentang duit najib sebab kat alam ghaib ni diaorng tak pakai duit tapi pakai "harta karun" yang simpan kat dalam gua atau dalam tanah. So bila nak selidik pasai duit najib kat bank tu agak susah sikit sebab sahabat2 tuang murshidul am semuanya halimunan maka susahlah nak berurusan kat bank (pegawai bank tak nampak makhluk2 ghaib tu yang datang nak selidik duit Najib tp kalau nampak pun dah tentu semua pegawai2 bank cabut lari).

    Lagipun tak pernah dengar lagi yang alam ghaib ni ada cawangan SB atau SPRM diorang sendiri..... kalau takat nak halau hantu2 tu memanglah diorang tu handal! SB dan SPRM mesia ni pun tunggang terbalik dikitai dek Najib dan Rosmah dan belum tentu SB dan SPRM alam ghaib boleh mengatasi SB dan SPRM mesia dalam hal ni! Belum tentu pawang Murshidul am PAS boleh tewaskan pawang najib dan rosmah! So sebelum apa2 terjadi baiklah tikus2 PAS yang duduk dalam parlimen tu berdiam diri atau lepak kat kafe, berborak kosong dan bercerita tentang hukum hudud yang tak jadi nak dibentangkan sebab benda tu bukan hukum hudud pong! Hidup Vellfire...err..Islam...(den tersasul tadi)!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Macc ex Dep Chief Comm Zakaria jaafar on the eve of his retirement even said that the Macc didn't know yet who is the giver of the RM2.6billion. All they know now is the receiver ie Najib. They said the case is still under investigation. So where did the idea of 'donation' came from when the Macc said they are still investigating and had yet to determine whether it is a corrupt payment or a gratuitous payment(donation).

    ReplyDelete
  4. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ,

    Izinkan,

    YB Pembangkang sampai naik 'sawan babi' bertanya 'mana RM2.6 billion'
    YAB Kerajaan pula 'pekak badak'

    Guna lah 'akal kancil'.. kalau unta tidak mahu ke perigi, bawa lah air kepada nya..

    Amacam kita (rakyat) yang saman WSJ dan lain2 ajensi antarabangsa yang telah memalukan negara dengan berita2 'palsu' dan berniat jahat (bekukan akaun) ke muka pengadilan.

    Memandangkan duit 'sadakah' dah lesap dan duit 1MDB dah dibekukan, amacam kita (rakyat) kutip 'sadakah' RM2.6 sahaja dari setiap rakyat untuk membiayai tindakan mahkamah itu nanti..

    Perhaps then the TRUTH will PREVAIL!!!

    Have a free and easy weekend with the loved ones, Sdr AKJ..

    ALFATIHAH, AAMIIN
    Ps.. we are watching channel 613 (Astro) with the sweet grandchild of mine instead of the Bugis ship..

    ReplyDelete
  5. Zed-8512:47 PM

    Sallam Dato'

    Saya paham kenapa PAS tidak persoalkan sedekah RM2.6Billion.

    Mengikut Hadi Awang, kalau kes mencuri mesti ada 4 orang saksi.

    Umpamanya kalau curi basikal, ada 4 orang saksi yang nampak. Saksi mestilah bukan orang fasik. Barulah boleh ditangkap.

    Kalau RM2.6 Billion yang dimasukkan ke Malaysia dari luar negara, mesti ada 4 orang saksi di luar negeri (Kalau orang perempuan, mesti ada 8 saksi kalau tidak silap) yang nampak semasa transaksi berlaku. Orang yang melakukan transaksi ini sepatutnya panggil saksi untuk tengok melihat transaksi tersebut di depan komputer.

    Kalau tidak ada saksi maka walau RM1000 billion pun tidak boleh dipersoalkan. Sebab itu, saya rasa PAS tida turut serta dalam mengangkat sepanduk kerana menganggap sebenarnya tidak ada kesalahan yang berlaku.

    Uztaz Harun Din pun berkata, adalah tidak masuk akal, RM2.6 bilion masuk dalam akaun sendiri.

    Sekarang ini, PAS sudah terdiri dari golongan Ulama yang bijak pandai dan yang bodoh-bodoh, yang belajar ilmu duniawi telah keluar buat parti baru, Amanah.

    ReplyDelete
  6. Zalman A12:51 PM


    Salam Datuk,

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/13-negri-sembilan-umno-branch-chiefs-urge-najib-to-step-down

    Breaking news. Tahniah, this is a good step to show that some people's maruah is not for sale. Let us see how the other KBU react.

    "PAS tak tanya mana RM2.6 bilion PAS tak tanya. Boleh jadi para ulama PAS tahu Arab mana yang bagi “sadakah” itu dan di mana duit itu atau bakinya disimpan."

    Datuk, my friend (who is a PAS member) assured me that a quite substantial chunk of the 2.6 billion was given by the pendekar Bugis to the "pendekar Islam" Hadi Awang, under the guise of "Islamic brotherhood" kononnya, but actually for far more nefarious purposes, being an "election insurance", shall we say.

    Despite my repeated and sceptical questions, he stuck to his story: PAS got some of the money.

    I must point out that this very same friend once predicted, years ago, that Ghana would win the World Cup by 2014.

    He is not always right.

    ReplyDelete
  7. panglimo potaseh2:01 PM

    Pembentangan Bajet 2016 oleh MOF Datuk Seri MDMKS Mohd Najib Abdel Razak, meriah dengan petikan angka miliyun dan biliyun .. mirip semacam janji pulangan Skim MLM.

    Ratusan ribu unit rumah dijanjikan siap menjelang 2018 (PRU 14). Satu rekod yang tidak pernah dibayangkan .. menanah telinga mendengarnya.
    Tanah Sg. Besi yang dapat daripada kerajaan dengan harga murah sebab tujuan murni nak buat perumahan mampu milik PRIMA apahal ..

    Semasa banjir tsunami di wilayah serambi Mekah (Kelantan). PM janji peruntukan RM500 miliyun .. tapi dah masuk setahun ngapa masih lagi ramai yang tinggal dalam khemah .. kesihan tenggok anak-anak mereka .. sebenarnya pitih 500 juta rial tu ado ko takdok .. kalau ada mana perginya ..

    .. atau yang RM 2.6 biliyun (USD 700 ribu) tu tak boleh bantu ke. Kalau lah guna yang RM 2.6 biliyun tu tak luak pun sebab tukaran duit USD dah lebih RM 4.30 .. dah jadi berapa biliyun RM tu .. ting tong ting tong agaknya habis kuat pun mangsa banjir tahun lepas mungkin dapat khemah baru untuk sampaikan pada tahun depan.

    ReplyDelete
  8. Salam Dato,



    First thing always comes first...


    Sidang kelmarin itu untuk membentangkan rancangan perbelanjaan
    kerajaan untuk tahun 2016.


    Rancangan perbelanjaan tersebut melibatkan usaha beribu orang kakitangan kerajaan
    dan swasta juga!. PM baca saja, dia bukan bolih buat rancangan yang sangat terperinci tersebut.



    Perkara itu saya terima dengan senang hati walaupun ada bahagian bahagian tertentu
    yang dibentangkan itu tidak memuaskan hati saya,tetapi itu berkaitan dengan bajet 2016.


    SAYA SANGAT `BENGANG,MARAH DAN KECIL HATI' DENGAN AP AP PEMBANGKANG TERSEBUT berdiri tunjuk placad tersebut!!!! Kalau mereka letak placad TAK SETUJU DANGAN BAJET 2016 ,saya bolih terima..tetapi kalau letak placad `manan 2.6 bilion' ramai ramai itu tidak kena dengan majlis langsung...


    Tak kena majlis,tak kena tajuk,tak kena masa pun!. Sedangkan persidangan parlimen masih panjang masa sampai bulan december nanti.


    Apa perasaan meraka kalau ramai tetamu hadir kemajlis perkahwinan anak perempuan mereka dengan placad ` MANA PEROGOL ANAK KAMU NI?'.



    Kalau pembentangan rancangan perbelajaan setahun akan datang pun `diterima' dengan sifat dan perbuiatan sedemikian rupa, simpati saya kepada mereka berakhir petang kelmarin.


    NONE OF YOU HAVE THE CUT TO LEAD THIS NATION!!!..period.


    Jangan terlalu bongkak dan sombong,kerana nafsu mereka keterlaluan begitu tidak menjadikan mereka lebih baik dari PM yang dibenci dan dikeji!!.


    THEY MAY BE WORSE actually.



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam Dato AKJ.

    Saya nak mempertahan Kerajaan, terutamanya UMNO pun sudah tak terdaya. Setiap kali penyokong Pakatan keluarkan issue 1MDB, saya jadi tergamam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Mereka tanya siapa Jho Low? Pegawai Kerajaan ke? Saya cepat-cepat 'log-out' dari FB.

    Kalau orang bertanya mengenai buget........?
    Tak sampai lima minit saya dengar laporan Bugis, terus tertidur.

    Moral of the story: Berhenti sajalah Najib. Jangan menyusahkan kami yang secara sukarela mahu membantu BN dan UMNO supaya menang PRU.

    ReplyDelete
  12. Pemerhati Setia5:34 PM

    Salam DAKJ..

    Tuan Nick - tepat sekali pasal PAS tak sokong kerana belum turun isyarat ghaib dan difatwakan Tok Gurunya. Tapi pelik juga, memang pun Mursyidul Amnya suka harta karun dan harta ghaib ni sampaikan pernah berzikir sampai ke subuh nak naikkan harta karun kat satu kampung di sempadan Pahang-Kelantan. Tapi tak naik2 pun sampai laa ni. Agaknya masih tak cukup maqamnya kot. Gitu pun, jangan lupa orang M-Am puja2 tu pun teramat suka benda-benda karun macam ni sampaikan terkena ketulahan dan bala kat negara.

    Orang-orang PAS patutnya sedarlah yang Tok2 Guru mereka tu tak lah se-gah mana macam wali2 besar hinggakan mereka terlupa nak tengok dan membela nasib bangsa yang kian tercicir. Tak kan tak boleh fikir kot atau masih tunggu isyarat trompet Tok Guru ditiup. Tuan YB PAS yang orang kata tersangat alim tu, apakata buatlah tiap malam sholat hajat mintak petunjuk Illahi dan bertindaklah ikut naluri hati, bukan membuta ikut Tok Guru.



    ReplyDelete
  13. Pompuan5:41 PM

    PASlah yg cerdik. Buat apa rugi duit buat sepandukk?Ada orang kisah? Orang dah syok dapat tambahan BR1M.
    Eleh, undi tak percaya kepada Najibpun tak lepas. Jadilah macam anak-anak kecil bawak placard my name is Minah.
    Kesiannya mentaliti pakatan pembangkang. Najib bertambah kuat. Korang makin tang tu jugak. Tak improve-improve. No class.

    ReplyDelete
  14. Zed-856:11 PM

    Saudara Nick,

    Komen Saudara

    Pas tak tanya sebab Tuang Presideng kata kena ada saksi yang nampak Najib bawak karung2 guni berisi RM2.6 billion ke bank dan masukkan duit berkarung2 tu dalam akaun dia.

    Komen Saya,

    Sebenarnya RM2.6Billion untuk masuk karung guni tak cukup.

    Kalau kita buat andaian kasar, RM100 (denomation) sebanyak 150 keping tebalnya adalah 1 cm.

    Mengikut dimensi kertas RM100, dan ilmu matematik tahap sekolah menengah, Isipadu RM15,000 adalah 0.00010005 meter3.

    Maka,
    (2600000000/15000)x0.00010005 = 17.342

    Oleh itu, RM2,600 juta (RM2.6 billion) , isipadunya (volume) adalah 17.342 meter3.

    Untuk Kontena Kapal saiz 20 kaki, Isipadu penuhnya adalah lebih kurang 32 meter3.

    Oleh itu, RM 2,600 juta adalah lebih kurang separuh kontena kapal.

    Tidak ada manusia yang boleh pikul duit sebanyak itu termasuklah Arnold Swazenagger.

    Kalaulah ada orang yang bangang dan bahalol dan RM2600 juta ini dibawa dalam kapal kontena dan dimuatkan dalam lori dan ada 4 orang saksi yang Islam dan tidak fasik nampak, maka mengikut Hadi Awang, boleh dituduh bersalah dan saya yakin PAS akan bantah dalam parlimen kenapa orang bawa RM2,6 billion guna lori tidak dipersoalkan.

    Tetapi kalau guna transfer akaun guna elektronik, tidak boleh didapatkan 4 orang saksi lelaki (atau 8 orang saksi perempuan kalau tidak silap).

    ReplyDelete
  15. Dear Datuk,
    I like the title (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) that you use every time you refer to Najib. I know it was given to him by some 'Sultan' from Indonesia. Other than it is a mouthful it sounds like a joke .He He He .

    ReplyDelete
  16. Salam Dato.

    Ini hal 'Perbentangan Bajet Negara'.... bukan pasal hal2 peribadi.

    Najib tentu berfikiran;

    Pertama sekali...dia dan Penjilat Tegar sudah memaklumkan pd rakyat bahawa duit itu dari seorg Arab yg sayang pd dia dan negara Malaysia.
    Lagi pun derma itu diberi atas kepercayaan pd dia dan suka hati lah apa yg dia hendak lakukan dgn duit itu.

    TPM pun kenal dgn penderma itu...dan derma itu adalah sah belaka...jadi apa perlu ianya dipersoalkan lagi.

    Jika Najib ingin berkongsi sekali pun...tentunya dgn org2 Umno yg menyokong dia dan dgn semua mereka yg dia sayang sahaja.

    Sebagai seorg Islam...jika Najib ingin atau telah menderma sedikit sbnyk atau semua sekali pun...adalah tidak wajar untuk dia bercerita pd semus

    ReplyDelete
  17. Zalman A8:33 PM


    For detailed followers of the 1MDB mess, some pieces of the puzzle just got clearer:

    http://www.theaustralian.com.au/business/malaysias-1mdb-scandal-australian-connection-in-malaysia-scandal/story-e6frg8zx-1227580538357

    Keen observers will notice some "missing pieces" of the 1MDB jigsaw puzzle in there.

    Note the threads reaching to HK and UAE.

    Makes sense...

    ...in the meantime, Monday will be an interesting day in Negeri Sembilan! Let us hope the predictable knee-jerk sacking does not occur.

    ReplyDelete
  18. Anonymous12:54 AM

    Pak Kadiak,
    Say no evil against Hadi sotong. Else, he will summon Allah to condemn to hell.......hahahaha

    ReplyDelete
  19. 1. Berkenaan Tok Guru dan Mursyid-ul-PAS, mereka pun manusia. Bukan malaikat.

    2. Dalam sejarah Islam, banyak cerita golongan agama bersekongkol dan bersubahat dengan khalifah dan raja yang kejam dan korup yang akhirnya jatuh.

    3. Mursyid-ul-PAS adalah ahli perniagaan dan penasihat "spiritual" kepada ramai tokoh korporat Melayu.

    4. Tapi kena ingat. Pembangkang tanya di mana duit RM2.6 bilion. Adakah mereka akan undi tolak belanjawan? Boleh jadi sebab kalau mereka tolak sekali pun belanjawan akan lulus sebab BN campur PAS cukup undi.

    5. Kalau tak lulus, tak adalah duit naik belanja mulai 1hb Januari nanti. Percaya tak percaya, betul atau karut, Belanjawan kena diluluskan juga. Nak buang Mohd Najib itu cerita lain.

    Wallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. awang batuburok7:07 AM


    Demi perpaduang kabilah nasi kangkang, maka kitab biru telah di rujuk....Keputusan nya
    RM2,600,000,000 itu hukumnya halal lagi suci.

    ReplyDelete
  21. Malindo9:04 AM

    Salam hormat DAKJ:beberapa minggu yg lalu saya minum pagi dgn beberapa kenalan baru(diJakarta dan kenalan tersebut org Jakarta),saya kaget,beliau kata temannya org Indonesia dapat dana uang KWAP dgn berpartner dgn org Malaysia dan beliau juga kata 'Penderma Arab tersebut juga main mata dgn org sini/Indonesia).Saya tak pasti cerita beliau atau beliau hanya nak menunjukkan pada saya yg beliau tahu dan boleh jadi beliau dapat cerita dari google.Dan boleh jadi juga macam macam boleh jadi.Kenalan baru tersebut pembusiness yg besar juga(bangunkan lapangan terbang baru)entahlah...saya juga tak tahu.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Zalman A2:58 PM


    "5. Kalau tak lulus, tak adalah duit naik belanja mulai 1hb Januari nanti. Percaya tak percaya, betul atau karut, Belanjawan kena diluluskan juga. Nak buang Mohd Najib itu cerita lain."

    Fully agree.

    In fact the Opposition are either brilliant or clowns. The budget will of course be passed because they do not want to be accused of destroying the country. But due to late filing of no-con-motion, it cannot happen in this sitting.

    When a mongoose circles a cobra, he waits to deliver one killer, fatal bite. So there is no need to rush this. By the next session of Parliament, the Bugis warrior will have a clean bill of health from local investigations and PAC - he hopes.

    But the truth is now becoming clearer overseas.

    There is really no feasible escape; he is done for.

    The only question is when.

    The mongoose must not male mistakes.

    Be patient.



    ReplyDelete
  25. Pas tgu durian runtuh pd pru14 nti. Kekal najib berti menambah peluang pas utk tambah kerusi

    ReplyDelete
  26. Salam bahagia Dato,

    This is an interesting article in Msiakini..everybody should read..

    http://m.malaysiakini.com/news/317095

    Interesting article. How budget is pulling wool over eyes ...

    Hanya ada Dua manusia di bumi Malaysia ini yg ' Above The Law. Mereka ialah NAJIB dan ROSMAH

    Yg bawah dr mereka ini seperti Peguam Negara , Dewan Speaker ..IGP ( yg memberi malu kpd anggota dlm uniform dgn kelemahan dan ketakutan dia pada PM ) harus ikut arahan atau bruk padah nya nanti.

    Seperti nya saya lihat, hanya Allah swt sahaja yg boleh menghukum mereka berdua ini. Mari la kita semua berdoa agar Allah swt turun kn bala setimpal dengan keselahan dan kejahatan mereka itu.

    Kita semua skrg sudah tidak ada lagi saluran resmi utk menunjuk dan membukti kpd mereka apa Keburukkan, Kesalahan dan Kejahatan yg mereka lakukan kpd Rakyat dan negara ini.

    Seperti saya pernah tulis di artikel laen..Jgn heran atau terkejut kalau dlm bbrp waktu ini Tun M dan Dato Kadir akan di tangkap kerana artikel2 yg mereka tulis dengan lantang ini menyalahkan kepimpinan dan pentadbiran Najib ini..

    Wallahualam


    ReplyDelete
  27. SALAM TOK... maaf....


    Tengok sendiri dangan dengaq cerita lain..

    kita di malaysia ni semua nya dengaq cerita..je
    tapi Alhamdullilah saya dapat tengok sendiri..

    terima kasih YAB MOHD NAJIB RAZAK..

    world class prime minister

    ReplyDelete
  28. Budget ini dengan bangganya PM mengumumkan kutipan GST sebanyak RM27b telah menyelamatkan Malaysia setelah harga petroleum jatuh dan Petronas kini kurang menyumbang untuk pembangunan ekonomi Negara.

    Cukai GST mendapat bantahan. Rakyat diperah dan dikerah dan Perdana Menteri bangga mengumumkan satu pencapaian besar dalam kutipan Cukai. What the heck! Kononnya semua Rakyat bodoh kerana keputusan Kerajaan tepat.

    Nyata Perdana Menteri yang bernama Najib yang berketurunan Bugis ini tidak berupaya untuk menambah pendapatan Negara. Tidak ada pendapatan tambahan wang Negara yang dilakukan oleh Najib ini melainkan pertambahan perbelanjaan yang amat besar yang tidak berfaedah dan hanya membawa kerugian.

    Aset aset Negara telah dijual dengan harga murah kepada 1MDB. 1MDB pula membuka portal jualan dengan harga yang lebih tinggi. Namun dimanakah keuntungannya untuk Negara melainkan 1MDB diberi pinjaman berupa tunai dan SUKUK.

    Dengan gaya,lagak dan pakaiannya, Najib telah menjadi seorang yang berwatakan ala James Najib Bond namun keuntungan untuk Negara tidak dipamerkan melainkan berjaya secara solo dan penuh misteri mendapat'derma peribadi' sebanyak RM2.6b. Wang derma dibelanjakan secara berseorangan dengan mewah dan tanpa sedar diri. Bila hendak ditangkap, terus diguna kuasa mengugut, menekan, memecat dan memfitnah termasuklah kepada bekas Perdana Menteri yang banyak jasanya Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Wang dan khazanah Negara telah disedut secara professional untuk kepentingan diri sendiri dengan disalurkan kepada 1MDB. Kegagalan 1MDB membayar hutang telah menyebabkan wang kutipan cukai GST diperkenalkan dan lain lain dana penampan Negara seperti KWAP dan Tabung Haji diguna pakai untuk membayar hutang.

    Pelik dan hairan kerana perbelanjaan 1MDB tidak dinyatakan dalam budget. Bukankah wang sebanyak RM975 juta telah diberi sebagai tambahan kepada 1MDB oleh Kementerian Kewangan? Malahan Najib tidak menyebut dan menjawab perihal 1MDB walaupun di asak dan ditanya berkali kali oleh ahli Parlimen. Pekak dan bisu ke Najib Razak ini?

    Akhir kalam, marilah kita berdoa, berusaha dan menambah kekuatan untuk menghalang Najib Razak dari terus menjahanamkan ekonomi Negara Malaysia. Juga memohon Menteri Menteri dungu kembali sedar dan diberi kekuatan untuk sama sama mengembeling tenaga menghalang Najib Razak.

    Pahlawan Bugis Gagah Berani
    Menaiki Kuda memegang cemeti
    Berlawan habis seisi Negeri
    Biar terluka sehingga mati


    Wallahualam.

    ReplyDelete
  29. nothing to hide6:33 PM

    datuk.
    now you are asking where the money is.
    i told you so but you would not show it. the 2.6B went to the biggest crocodile who shared it with smaller crocodiles but all the same, they are all crocodiles.

    ReplyDelete
  30. Salam Dato,

    To learn who rules over you....find out who you are not allowed to critize..

    Is this the " Penderma ' of the 2.6 billion ?? Who knows

    After I viewed this video, something tells me this is what is happening in this country..along that line...

    https://www.youtube.com/watch?v=Zw9EhjyU3JU

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  31. I like the title "Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone". Apa kata 'Sanrobone' ditukar 'Sanbarono'...

    ReplyDelete
  32. The eagle has fallen3:05 PM

    Dato, that grandiose title DSMDMKS does not make the man, it diminishes him in the eyes of all.

    ReplyDelete
  33. Salam DAKJ dan pembahas sekalian,

    1) Jika kita follow mainstream media dikatakan PAS tidak tnya tentang 2.6b tu. Rajin2 lah check harakahdaily misalnya, PAS pun tanya sebenarnya.

    2) Kenyataan mursyidul am telah diulas lama dulu dlm harakahdaily. Yg tersurat dan tersirat. Yg tersirat adalah bodohlah Najib membenarkan derma masuk personal acc dlm jumlah yg bnyk. Tapi ini tidak dihighlight, yg digembar-gemburkan yg tersurat shj.

    3) Dlm gmbar tersebut kalau tak silap ada MP PAS yg pegang placard tu iaitu Mahfuz Omar.

    Sekian.

    ReplyDelete