Wednesday, October 21, 2015

Urus Niaga 1MDB Luar Biasa Terus Bebani Malaysia


A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

MULA-mula mohon maaf pasal lama tak siar rencana baru. Maklumlah apabila usia masuk kategori warga kanan (senior citizen) ada saja masalahnya – kalau tak besar, kecil.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

KEMUDIAN saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.

1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja. Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.

2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.

Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah
3. Pada mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company) setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

4. Dengan modal permulaan RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara. Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena tanggung bebannya. Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar. Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri.

5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan. Dengan modal yang sangat kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun 2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52 bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA asal.]

6. Cara ia berhutang pun luar biasa. Contohnya pada tahun 2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang). Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei 2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar purata komisen bagi “junk bond” (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi tahun 2013. Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada “junk bon” maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya sebab susah nak jual.

7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014 ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.

8. Walaupun modal RM2.4 bilion tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal (debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.

10. Bila saya tanya pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang akan bagi.

Penjaja, sukar bank nak layan
11. Kemudian 1MDB beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di antara pembeli dan penjual.

12. Tapi bila 1MDB beli harta kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.

13. Dari segi moral, ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan ini disebut “conspiracy to defraud”.

14. Perdana Menteri dan para pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang kredibiliti.

15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat, macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa akaun yang bersangkut-paut dengannya?

16. Kalau semua laporan media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman tapi tak saman?

Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman
17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman malu ke atas mereka?

18. Selain kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib.

19. Natijahnya, katalah apa nak kata berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat, kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.

20. Tak keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan bau busuk. Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan lagi. Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati.

21. Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar ratusan ribu ringgit ganti rugi.

Main stream media lost repeatedly
22. Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah. Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah “private consumption”. Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding keluaran dalam negara kasar. 

Wallahuaklam.



43 comments:

  1. Salam Datuk...

    Saya juga dah lama tiada kesempatan untuk lontarkan pendapat. Terpaksa sibuk berkerja cos 'miskin bandar'. Protein murah pada saya adalah maggie yang memang kena gst juga even Ahmad Maslan kata orang miskin tak kena gst, selepas 6 bulan perlaksanaannya, harga maggie akan turun. Now dah menghampiri penghujung October, nilai la sendiri kenyataan Ahmad Maslan itu.

    Rasanya tarik tali isu 1MDB ini tiada noktahnya. Ke depan pun kena, kebelakang or kekanan or kekiri pun tetap kena juga. Isu IPP akan selesai dalam masa 2 bulan lagi jika TNB ambilalih-beli dari 1MDB. Betul ke? Yes memang betul but betul untuk 1MDB la. TNB pula memulakan hutang-bon baru. Sedangkan untuk lengkapkan Jimah Plant pun TNB terpaksa terbitkan Bon 10 billion.

    Saya lebih cenderung agar segala urusan 1MDB ini digantug, kerajaan ambilalih segalanya & lunaskan all hutang. Siasat semua dokumen & cari siapa punca masalah 1MDB ini seperti kata Muhyiddin di Janda Baik & seperti kata Najib baru-baru ini.

    Saya juga melihat apa yang berlaku ini sebagai 'KARMA' kepada individu tertentu then tak pasal-pasal rakyat pun terbabit sama

    Ahli Nujum Bursa KL selalu bangga dengan status pakar analisi mereka. Yes, saya akui kepakaran mereka but perlu ingat bahawa atas kertas tak selalunya sama atas padang. Buktinya, Najib sendiri tak sangka harga minyak dunia merudum teruk till Petronas terasa impact nya. Kerajaan pulak drastik hilang pendapatan dari Petronas, 1MDB berdepan masalah, gst terpaksa dilaksanakan untuk tampung perbelanjaan negara.

    Rakan saya yang aktif dalam Bursa menyatakan telah berlaku pembetulan pada Index Bursa but saya tetap dengan pendirian bahawa betul memang telah berlaku pembetulan but itu saya istilahkan as 'pembetulan paksa'. Pakar Bursa faham kot apa yang saya maksud as 'pembetulan paksa' itu. Pembetulan Index Bursa tak selari pembetulan nilai Ringgit...

    ReplyDelete
  2. choc-mint6:01 PM

    Assalamualaikum..
    pd saya lah ye...1 Malaysia dijual borong ni hanya 1 cara najib kumpul harta selepas bersara kerana tamak haloba dan khianat...tak menahan streessss dibuatnye...

    ReplyDelete
  3. Balik kg di Melaka baru2 ni saya sempat berjumpa seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno Cawangan. Berborak2 sambil minum sbb dah lama x jumpa. Saya tanya kenapa Umno nampaknya masih sokong dan kukuhkan Najib walaupun macam2 benda dah berlaku.

    Dia jawab selamba je. Katanya orang lain cuma pandai cakap. Tu tak kena, ni tak kena.
    Dulu masa Tun M, orang suruh turun. Masa Pak Lah pun suruh turun juga. Jadi tak heranlah sekarang orang suruh Najib turun.

    Dia minta saya buktikan pada dia Najib yang lakukan semua ni dan satu lagi dia kata, cuba beritau dia, kalau Najib tak da, siapa boleh ganti?

    Dia kata lagi kalau dah ditakdirkan Umno jatuh pasal benda ni, apa boleh buat. Sama-samalah kita orang Melayu tanggung.

    Maka barulah saya faham kenapa DSN berani kata dia mendapat sokongan 2 juta ahli Umno. Barulah saya faham kenapa Umno dikatakan tidak akan berubah.
    Barulah saya faham kenapa DSN kata dia tak akan letak jawatan dan akan memerintah sehingga tamat tempoh.

    Mungkin pandangan ini tidak mewakili pandangan majoriti ahli Umno kerana saya hanya berjumpa seorang sahaja pemimpin akar umbi dan mungkin dia sahaja yang berfikiran begitu.

    Tapi mungkin juga ramai lagi grassroot Umno yang seperti dia.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hehe, saudara Saja saja, berxzaman dulu saya sudah dapat Amouage. Saya dapat sample bila melawat kilangnya. Jadi saya tahulah sedikit sebanyak tentang minyak wangi itu. Tok Mia itu khabarnya seorang pelatih dan tuan punya gajah yang tersohor di Utara lama dulu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Mat Duit7:29 PM

    RM tentu ada minyak wangi Amouage.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Mat Bakar9:23 PM

    Sallam Dato'

    Terima kasih kerana penjelasan 1MDB, betul kata Dato'bahawa Najib tersalah langkah kerana kejatuhan harga minyak global. yang lecenya modal adalah wang rakyat jelata begitu juga sandaran juga Negara ini, apa akan terjadi seandainya pembangkang menerajui kerajaan selepas PRU akan datang ?

    Yang saya peliknya kenapa nak tubuh 1MDB sedangkan dari era Tun M dan Pak Lah Negara kita menikmati ekonomi yang baik tanpa sebarang kejatuhan nilai RM yang teruk. Perkenal GST dan macam macam lagi yang memeningkan fikiran. kenapa benda benda macam ni muncul sekarang ?

    Kata isteri saya ini adalah ujian Allah kepada umat Islam (Melayu) Malaysia yang lalai kepada Pencipta, contoh ketara Mat Rempit, kehadiran PATI kerana orang kita tak mahu berkerja, banyak menghabiskan masa melepak di siber café main game on line sehingga melepasi masa yang dibenarkan (penguatkuasa tidur dan tak ambil peduli) sedangkan yang terlibat rata rata adalah remaja melayu hingga ada yang tak mahu ke sekolah. kebanjiran warga asing berniaga di Negara ini macam di Negara sendiri, bebas sebebasnya. Munkin bila kita sudah papa kedana barulah kita sanggup berkerja walau gaji kecil. Kita tunggu dan lihat saja lah. Tauke tempat saya beli barang harian sudah buat persiapan berhijrah ke Australia kerana ada banyak saudara maranya di sana. Kita nak lari ke mana ?

    Ingat Dato' tahun 66 dulu lepas OSC/MCE saya pergi minta kerja buruh binaan pun kena ujian dulu dengan Mat Korea tengok macam mana cara bawa wheel barrow. Harap harap anak cucu kita tidak menerima bala kerana pemimpin masa kini.

    Wallahhukalam.

    ReplyDelete
  9. Mokcik Tudung10:14 PM

    Assalamualaikum.

    Awat Najib ni ketegaq (degil yang teramat) sangat Dato? Turun ja la. Nak tunggu sampai rakyat lapaq tak dak makanan ka? Saya ni peniaga tudung kecik-kecik saja. La ni orang perempuan dah tak tukaq tudung macam dulu. Depa kata pakai la had dok ada. Makin lama makin parah bisnes saya. :'(

    ReplyDelete
  10. Mohd Najib said, 1MDB could be rationalised if not put on trial by the media. Mot the pliant mainstream media but the independent media. Let me stress the following:-

    1. Nobody says 1MDB could not be rationalised.

    2. Would there be a trial by media had there not been something fishy about 1MDB?

    3. Did the media subject Khazanah to such a treatment?

    4. Yes 1MDB can be rationalised, but don’t burden others, especially the TNB and the GLIC lenders. 1MDB must be made to pay its debt to the fullest. No haircut.

    4. People guilty of negligence, mismanagement, cheating, breach of trust and corruption must be punished.

    5. Until such a time, independent media must continue to shine the spotlight on 1MDB, its benefactors and beneficiaries.

    Wallahkuaklam. Thank you.

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:39 PM

    Kadir Jasin dan Mamak Zam balaci Mamak Medey dah bersuara...hellllloooo ko janganlah frust tak dapat jawatan...wartawan sampah....ko ni setaraf dgn Huzz jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11.39 PM
      Ini lah sikap yg buruk. Ini lah kaki bodek. Ini lah membela secara buta. Tidak malukah. People talk base on facts. You are really disgusting. Shame on you. Dato please do not mind him. He is irrelevant.

      Delete
    2. Pemakan dedak macam ni lah buat rakyat makin benci dengan Najib.
      Kualiti cytro yg xda klas mahupun otak.

      Benak lebih tepat.

      Delete
  12. Zalman A2:15 AM


    Salam Datuk,

    The funniest comment came from Salleh S Keruak - in effect, if there was wrongdoing in 2009 to 2011, it doesn't matter because of 1MDB's rationalisation plan in 2015.

    This is the same logic as saying the burglar who broke into my house in 2014 should not be charged, because in 2015 I repainted my house.

    In short, it's a silly, irrelevant argument.

    The worst sin of the entire saga has been not the theft of money, but the way that institutions of government were sabotaged to cover the wrongdoing.

    That cannot be tolerated.

    The MACC are due for another round of sabotage, by the way.

    They are close to the truth.

    The smear campaign vs. Zeti is also back in action. But she is unfazed. However if BNM plays hardball, then there will be a crisis between the institutions of government who are following the law and those who need to bend the law to cover up. We'll see...

    What a wonderful govt we have!

    ReplyDelete
  13. Salam Datuk
    Terima kasih kerana tulis dalam bahasa "lay man".
    Saya sekarang dah faham.
    Tapi yang pelik menteri2 dan pemimpin umno yang bijak pandai masih tak faham!
    Orang bijak2 termasuk yang mewakili rakyat jelata buat bodo saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi jawatan pangkat wang ringgit...mereka sanggup buat bodoh...so next pru 14...kita buat bodoh jangan pangkah depa pulak..kah kah kah

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam Datuk

    Hidup rakyat marhaen makin hari makin tersepit. Oleh itu mereka semakin bergantung kepada duit BR1M yang ditaburkan. Selagi ini berterusan selagi itu lah mereka tidak akan mengambil endah mengenai 1MDB dan penyelewengan yang berlaku. Buktinya, sesudah sekian lama kita bercerita mengenai masalah integriti kepimpinan negara di dalam kes 1MDB tetapi rakyat marhaen masih tidak bersuara. Mereka seolah-olah tidak ambil peduli. Ini mungkin kerana cerita 1MDB terlalu tinggi inteleknya dan tidak secara langsung memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka.

    Satu hari nanti bila 1MDB berjaya melangsaikan hutang-hutangnya melalui bantuan kuasa istimewa perdana menteri, rakyat marhaen akan dipengaruhi untuk berkata bahawa masalah sudah pun selesai. Tiada apa lagi yang perlu dimarahi. Akan keluar juga suara-suara yang mengatakan lupakan saja kisah 1MDB demi pengekalan kuasa Melayu. Walaupun pada hakikatnya, dalam proses menyelamatkan 1MDB, wang dan tanah Melayu terpaksa digadai.

    Datuk,

    Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa selesainya masalah 1MDB ini adalah seperti menang sorak kampung tergadai.

    Peringatan juga perlu diberi kepada rakyat mereka yang bersalah dan yang bersubahat sudah tidak layak untuk memimpin. Samada diatas sebab tidak beramanah atau diatas sebab terdedahnya mereka kepada ugutan anasir luar.

    Tugas menyakinkan semakin sukar dari hari ke hari tetapi saya harap Datuk dapat meneruskan usaha murni ini demi bangsa dan negara.

    Masa depan bangsa sudah tidak boleh diletakkan ditangan mereka yang cuma bermegah bersongkok tinggi dan mengucup keris. Diamnya mereka bermakna mereka turut bersubahat.

    ReplyDelete
  16. Para pembahas dan pengunjung saya hormati. Komen "anonymous" (11.39PM) di atas sengaja saya siarkan walaupun melanggar syarat saya sendiri, sebagai contoh komen-komen "anonymous" yang banyak saya terima. Mereka ini jenis baling najis sembunyi tangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Dato. We must not mind what they said. They are irrelevant. Please carry on our duty as a responsible Malaysian. Thank you Dato. May god bless you n family.

      Delete
  17. Salam Datuk,

    Dulu semasa kita hendak berniaga ke Sabah, dengan bodoh sombongnya orang Sabah berkata " Sabah hanya untuk orang Sabah". Kata kata ini keluar kerana mereka tahu bahawa orang Semenanjung lebih cerdik dan pandai dari orang Sabah. Dan mereka tidak mahu kehilangan peluang mengaut kekayaan dengan memperbodohkan anak negeri sendiri. Ada jugalah seorang dua menteri semenanjung yang terkena sindrom cara memperbodohkan seperti pemimpin pemimpin di Sabah. kalau yang terkena sihir Koro tu mmg susah untuk diubati lagi.

    Sekarang ini 3 anak Sabah hendak memperbodohkan orang Semenanjung Malaysia. Pandikar, Rahman dan Salleh. Kalau kita melihat jawapan yang mereka berikan adalah jawapan bodoh yang sama seperti mereka memutar belitkan keadaan seperti di Sabah.

    Persoalannya..adakah orang Semenanjung mahu di tipu ikut cara dan style orang Sabah?

    Let us tell them..this is not Sabah! Kita akan lawan habis habisan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed bro. Kita lawan habis habis.

      Delete
  18. Salam Datuk
    Lupa nak letak pantun

    Tiga Orang Sabah
    Pandikar, Rahman Dan Salleh
    Buat orang menyampah
    Sebab bohong meleleh leleh

    Tiga Orang Sabah
    Jadi Speaker jadi Menteri
    Bodek punya la gah
    Sampai semua naik geli

    Tiga Orang Sabah
    Bawa tradisi dayak dan dusun
    Bila kena sergah
    kita pulak dikata kacau daun

    ReplyDelete
  19. Assalam dato,
    Pedulikan anon 11.39 tersebut.
    Harap dato dapat ulas isu rm2.60b masuk ke akaun personal PM dari segi AMLA. Ramai penyokong tegar PM tidak faham bertapa seriusnya kesalahan tersebut.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Sdr Pemikir, bukan semua orang Sabah macam tiga sahabat tu kot. Mereka boleh orang besar Malaysia kerana Mohd Najib. Jadi kenalah ampu walaupun standard ampuan itu half past six. Saya yakin ramai orang muda Sabah yang cerdik dan tak perlu ampu orang Semenanjung untuk berjaya. Wallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Kadiag, salaam.

    Ada baik hang ulang2 susog jalog benda ni, nak bagi orang yg paham, kekai paham, dan orang yg korang paham, akan paham, macam En BoJ 10.07 pagi.

    Dalam pada tu, aku dok perati, jerebu ni, agak lama kali ni. Burung murai yg bertenggek kat tiang letrik pon dah lama tak singgah, burong kunyit (yellow oriole) tak lagi beresoi dekat puncak pokok kekabu. Kekatu, belalang dan ulat2 pon jarang keluag. Dengag kata, ramai orang diJawa tak panen lagi, padi banyak tak jadi....

    Untuk nak lawan jerebu ni, Bapak Joko kata nak buat parit tali ayag banyak2. Kalu buat parit tali ayag biasa, dia akan rendahkan lagi 'water table', dan akag2 dalam tanah gambut akan jadi bertambah kering dan munkin lagi cepat sambag api. Lepaih tu katanya nak buat tali ayag 'insulated' pulak. Mahai tu, kalu seratuih dua ratuih kilometer, munkin mampu, ni ratuih ratuih ribu kilometer...!

    Lagi pulak, jerebu ni lazim belaku di musim kemarau, bukan saja tali ayag saja jadi kering, sungai pon...macam dalam lagu Begawan Solo... 'di musim kemarau, tak berapa ayagmuuu...'

    Hang ni pandai basa Jawa, kod2 hang ada kaki yg kamceng dgn Pak Joko di sebelah sana tulong bagi tau, mat saleh kata 'prevention is better than cure'. Perkara ni dah berulang tak salah aku, dah 17 tahun dah.

    Mangap no. Wa salam.

    Aku.

    ReplyDelete
  22. Pompuan7:04 PM

    Salam 1Melayu DAKJ
    Thanks much for the succinct and simole explanation on modus operandi of IMDB. Good for those still ignorant. Bagi yang lain dah terang lagi bersuluh. Seriously I think everyone knows by now including penjual nasi lemak di gerai-gerai
    I am no ignoramus. But I am just an ordinary Malay earning a decent salary. I have used Amouage before. Infact sekarang hantaran pengantin banyak yang bagi Amouage. Not scions of Tan Sris or Datos. Just ordinary people.
    Jadi saya hairanlah kenapa saja-saja sindir Pak Kadir tentang pakai perfume jenama Amouage. Dah tentulah dah pakai. You pun dengan kedudukan yang tinggi mendapat imbuhan sehebat dan setimpal dengan status you. Not stating you are corrupted. But the rewards we get are worth our station in life.
    I rationalise why question Najib and his alleged $2.6 billion? Sure Arabs have no problem giving him. And why should he reject it? Moreover UMNO benefited from it.
    And the poor will also benefitted. I think the BR1M will be increased in 2016 during Najib's Budget announcement tomorrow. Will increase the number of recipientss to include other groups He will said that is the GST returns filtered to the people. And the people will applaud thank you Datuk Seri. Great man for us to have Mr Cash Is King. We also get cash.
    What is mentioned by Daing is so true everywhere. Not only among UMNO members or Felda settlers but normal people. They think what the heck. How often you go to kenduri and someone mentioned Najib is kelomaniac. I did see a woman proudly saying hey apa bising-bising. Mak chik pun dapat pencen aruah suami dan dapat BR1M. Baguslah tu Najib tak makan sorang.
    Yg risau tentang IMDB ni orang bertaraf you on fb, blogs and online news portal. Yg banyak shares. And you boleh dengar dia ckp tak halal dengan Najib, dunia akhirat. Kerana nilai shares mereka kurang.
    For people like me benda tu tak makan cekak. Bak kata orang kampung saya out of our reach. So it doesn't matters to us. Najib knows this. That's why he's not budging an inch.
    Baca tadi aunt Wan Azizah wanna bring motion of no confidence again on Najib. Carry on woman. No go. Just a matter of record. Nak sangat Najib berhenti. Tup tup, Kit Siang yang kena suspended. Kahkahkah. That's the melodrama of our nation!

    ReplyDelete
  23. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ'

    Izinkan,

    Those eggless 'Anonymous' commentors are DUMBs (Deranged Useless Mental Blockheads) ... fit for the dumps to RAP ( Roam And Puke) amongst the maggots..

    Semoga sdr AKJ sekeluarga sentiasa dalam keaadaan sihat walafiat..

    ALFATIHAH, AAMIIN
    Ps..still sitting on the dock of the bay watching the Bugis ship going in circle..

    ReplyDelete
  24. Dato Anon 11.39 PM tu, orang Sabah kata dapat lah tempias sikit sikit. Itulah oerangai kaki bodek. Bagus juga Dato siarkan supaya semua orang boleh tengok dan baca sendiri contoh kaki bodek comment. As I said before we just read and ignore them because they are irrelevant. Good day Dato.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. 1. Terima kasih para pembahas sekalian.

    2. Pembahas Pompuan kata, ramai orang dah mampu pakai Amouge. Alhamdulillah. Saya tak kata ekonomi kita tak bagus. Hatta ekonomi Melayu pun lebih bagus sekarang daripada belum merdeka. Saya orang tua asal dari sawah bendang di Kedah. Jadi saya faham sangat hal kemiskinan ini.

    3. Cuma yang saya bimbang ialah ekonomi Malaysia, khususnya ekonomi Bumiputera, bukan saja tak berkembang silap-silap tambah mengucup. Kena ingat, kelas menengah Melayu boleh kata 80% bekerja dengan kerajaan atau bergantung kepada kerajaan. Kalau kerajaan hambar, hambarlah mereka.

    4. Balik kepada cerita Amouge, saya mula kenal minyak wangi ini bila saya melawat negara Oman pada tahun 1988. Kilangnya di Muscat, ibu negara Oman dan ia di asaskan oleh keluarga di raja Oman.

    5.Selain Muscat, saya melawat Salala, Nizwa dan Sur. Banyak cerita saya tulis dalam Berita Harian, termasuk mengenai halua (halwa) Maskat. Masa itu saya pengarang BH.

    Wallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pompuan5:59 PM

      Saja saja
      Sedih pulakbaca komen saudara. Please tell your wife no worries. Amouage perfume is really nothing to shout about. Only the price tag.
      You are better off buying for your wife Joy, Annick Goutal orJo Malone parfums.
      They smell better. Amouage is oude perfume or ckp Melayu minyak attar. You can buy cheaper similar scents from Amjad or any Arabic perfume outlets in Malaysia.
      Lebih kurang macam attar Arab yang jemaah haji bawa balik as souvenirs.

      Delete
  28. 1. Peribahasa “berani kerana benar, takut kerana salah” sangat tepat dalam konteks 1MDB dan tindak-tanduk kerajaan mengenainya.

    2. Kalau orang macam Jho Low, Suboh Yasin dan Nik Faisal Ariff Kamil tak bersalah, pasal apa mereka lari atau dilarikan daripada SPRM?

    3. Khabarnya dua orang Melayu itu sedang bersembunyi di Indonesia dan sanggup berjumpa penyiasat SPRM tetapi “dilarang” orang seseorang tertentu. Anak Tan Sri Cina Pulau Pinang itu tak tahu di mana. Mungkin masih di Amerika. Pada 22 Ogos lalu SPRM keluarkan notis terhadap mereka.

    4. Begitu juga dengan dua bekas eksekutif kanan 1MDB - Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan yang dikehendaki Bank Negara. Kalau tak salah, pasal apa lari? (Saya kurang pasti jika secara diam-diam mereka ini telah memberi kenyataan kepada Bank Negara).

    5. Kalau mereka tak salah, 1MDB tak salah, SRC tak bersalah dan Perdana Menteri tak salah, pasal apa lari bersembunyi di negara asing dan buat macam-macam helah tidak mahu disoal siasat oleh SPRM dan Bank Negara?

    6. Kalau mereka tak salah, 1MDB tak salah, SRC tak salah dan Perdana Menteri tak salah, apa pasal mereka takut dan lari macam kawar?

    (Kawar adalah istilah utara yang disadur daripada perkataan Inggeris “coward” yang bererti penakut.)

    7. Kalau mereka tak salah, 1MDB tak salah, SRC tak salah dan Perdana Menteri tak salah, bukankah undang-undang akan berada di sebelah mereka?

    8. Atau mereka memang bersalah dan tidak yakin bahawa Perdana Menteri berkuasa untuk melindungi mereka jika mereka disoal siasat oleh SPRM dan Bank Negara?

    Wallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato, hairan juga tiba tiba menteri dlm negeri lupa pasal interpol supaya wanted wanted ini semua boleh di extradite balik. He must hv hate them so much unlike Rewcastle Brown that he so badly wanted her to be brought to Malaysia

      Delete
  29. Salam bahagia Dato.

    - Semua nama2 yang kena cari tu bukannya mereka sudah lari atau bersembunyi atau dilarikan.

    - Rahman Dahlan kata "kenapa mau cari orang yang sedang bercuti diluar negeri...tunggu
    mereka balik lah". Betul juga.

    - Salleh pun ada kata "siapa yang kena cari? Kami semua ada diPutrajaya.". Aku setuju.

    - Pandikar Mulia pula kata "isu cari2 tu belum pernah dibahas Perlimen. Tanya 1MDB, SRC, BNM, PDRM, MACC, AG. Jangan tanya di Parlimen sebab itu bukan bidang kuasa Perdana Malaysia kita yang mulia.". Tepat sekali.

    - Aku pula satu hal...bini cari aku pasal aku cari minyak wangi Amouge! Tapi bagus juga kalau ada orang Arab mau cari aku...dapat minyak wangi Amouge. Tapi macam mana mau cari orang Arab? Pandai kan Najib...orang Arab cari dia? Kadir masih mencari-cari ke?

    ReplyDelete
  30. ymase2:55 PM

    Salam Dato

    Saya sangat berminat mendengar dan lihat dlm pembetangan belanjawan 2016 ini sama ada janji untuk membina rumah mampu milik sebanyak 1,000,000(1 juta) dlm masa 5 tahun telah dipenuhi/capai.

    Lebih elok kalau PM boleh nyatakan statistik terlibat:

    a. bil. sebenar rumah yg telah dibina
    b. pecahan mengikut kaum yg telah menikmati belian
    c. lokasi dimana dikatakan rumah2 tsb dibina
    d. harga yg ditawarkan
    e. adakah wanita bujang boleh memohon?

    Seperkara lagi ttg GST: kalau 6% dari
    a. $1000 ialah $60=$1060 nampak tak ketara, tapi
    b. $50 ialah $3.00=$53 nampak membebankan kerana item2 belian belanja dapur dalam kategori bawah dari $50.

    Ada 2,3 orang jiran saya puji BN melambung - maklumlah setiap kali pilihanraya('03, '08, '13) dapat renovate dan cat rumah atas dasar warga emas walaupun ramai lagi warga emas yang lebih layak tak dapat. Ni muka2 tak malu tak sedaq diri nak mengebat dengan meminta2. Tiap2 hari duduk berlonggok di Pusat Khidmat ADUN. Kata depa lagi - orang memberi kita menerima, kalau tak ambik rugi.

    ReplyDelete
  31. ymase2:55 PM

    Salam Dato

    Saya sangat berminat mendengar dan lihat dlm pembetangan belanjawan 2016 ini sama ada janji untuk membina rumah mampu milik sebanyak 1,000,000(1 juta) dlm masa 5 tahun telah dipenuhi/capai.

    Lebih elok kalau PM boleh nyatakan statistik terlibat:

    a. bil. sebenar rumah yg telah dibina
    b. pecahan mengikut kaum yg telah menikmati belian
    c. lokasi dimana dikatakan rumah2 tsb dibina
    d. harga yg ditawarkan
    e. adakah wanita bujang boleh memohon?

    Seperkara lagi ttg GST: kalau 6% dari
    a. $1000 ialah $60=$1060 nampak tak ketara, tapi
    b. $50 ialah $3.00=$53 nampak membebankan kerana item2 belian belanja dapur dalam kategori bawah dari $50.

    Ada 2,3 orang jiran saya puji BN melambung - maklumlah setiap kali pilihanraya('03, '08, '13) dapat renovate dan cat rumah atas dasar warga emas walaupun ramai lagi warga emas yang lebih layak tak dapat. Ni muka2 tak malu tak sedaq diri nak mengebat dengan meminta2. Tiap2 hari duduk berlonggok di Pusat Khidmat ADUN. Kata depa lagi - orang memberi kita menerima, kalau tak ambik rugi.

    ReplyDelete
  32. 1. Corrupt politicians around the world would do the unthinkable to avoid going to jail.

    2. It takes a good leader and men of conscience to thwart them.

    3. Incidentally the news like this one from Vanuatu that encourages corrupt leaders to pervert law and justice to remain in power and avoid goal.

    4. "Fourteen politicians in the Pacific island nation of Vanuatu have been handed jail sentences for corruption.

    The members of parliament were convicted of bribery on 9 October, when President Baldwin Lonsdale was abroad.

    In his absence, Parliamentary Speaker Marcellino Pipite used his powers as acting president to pardon himself and the others.

    On his return the president overturned the pardons, and the Supreme Court has now ruled them unconstitutional.

    The verdict puts half the governing party's MPs behind bars and makes it likely another election will be called, despite the current administration only taking power in June, according to New Zealand's TVNZ."

    5. But a man like President Lonsdale is a rarity these days. Marcellino Pipite is everywhere.

    Wallahuaklam. Thank you.

    ReplyDelete
  33. Malaysiaku5:23 PM

    Salam Dato,

    Boleh Dato terangkan lebih lanjut tentang siapa yang terlibat dibelakang tabir TIA? Maksud saya, siapa yang mencetuskan idea penubuhan TIA tersebut dan pendokong TIA on Terengganu interest? Adakah penubuhan TIA ada berhubung kait dengan krisis dan pergolakan kepimpinan di Terengganu pada waktu tersebut?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Salam Dato,

    Msians have to accept only 2 humans Are Above The Law. They are Najib and Rosmah. The rest including the IGP,AG,etc have to toe the lines if they want to keep their comfortable jobs.

    Those that are vociferous and that include You Dato and Tun M always stand a chance to be hauled up and even MIA.

    Najib is lucky bcos Msians are not like their neighbors in Thailand, Phillipines and Indonesia where the people can topple the government by demonstrating in the streets for days. It can turn into voilent too.

    The Malays here worried too much that their ' Special Rights ' be taken away. My definition of ' Special Rights ' is Tongkat or Suap ke mulut. Because of this the Malays are weak in term of willpower and staying power.

    The non Malays have no ' Special Rights ' and they prospers.

    The Special Rights exist since 1957 but I remembered those days we Malays can still survive and prospers ecen though there were no housing loans..no car loans..no study loans..no nothing. We survived bcos we were reselient and tough.

    Of course it is good that the Malays are given a little bit special rights but they become weak and complacent and worse still they get easily corrupted as what is happening now.

    The main culprit is UMNO a Malay party led by very corrupted leaders

    As I noticed now, Najib is shifting his eyes at East Malaysian states. He knows these people in these two states can easily be corrupted..just by giving them important posts and positions such as Dewan Speaker , Ministers, etc.

    Of course he never forgets his friends fm his own homestate too as well as those that he at one time was part of Team B such as Shahrir, Rais Yatim,etc

    Malaysians have to accept thatbNajib is here to stay till the next election or even longer.

    CASH IS KING..esepecially for the Malays..

    ReplyDelete
  36. YBhg. Datuk

    I just came off a Board meeting where the directors are a represented by a mix of local public fund Institution nominees as well as local & international banks nominees, the usual suspects as it were. And nominees of the major shareholders.

    What I can tell you is that investment confidence among them even when it involves a government concession backed project is virtually, zero. They cite government agencies incompetence as one factor, creating tenders and cancelling them and re-tendering again just to create the illusion of fair competition when really, they have already leaked out the best bidder's information to their favoured party. Each tender exercise cost money don't they know that?

    Of course for the PM, money comes out of thin air, but for us mere mortal, we have to work for it, beg or borrow for funds.

    What I keep hearing is their remark, if anything were to be realised by the Government it will be after the next election. Just hope that comes soon.

    ReplyDelete