Wednesday, May 31, 2017

Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

WABAK sumpahan 1MDB terus merebak di Singapura. Yang terbaru, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) telah mengenakan hukuman ke atas dua buah bank kerana terlibat dalam urus niaga haram berkaitan 1MDB.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Wabak sumpahan 1MDB berterusan
Dua bank itu ialah Credit Suisse dari Switzerland dan United Overseas Bank (UOB) yang berpangkalan di Singapura sendiri. Credit Suisse didenda S$700,000  (kira-kira RM2.2 juta) manakala UOB didenda S$900,000 (RM2.9 juta).

Mereka didenda di bawah peraturan berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Mencegah Pembiayaan Keganasan.

“Pemeriksaan terhadap Credit Suisse dan UOB mendedahkan beberapa perlanggaran terhadap keperluan anti-pengubahan wang haram (AML) dan kecuaian kawalan.

“Ini termasuk kelemahan meneliti pelanggan dan ketidakcukupan keselamatan terhadap kegiatan dan transaksi pelanggan-pelanggan,” kata kenyataan MAS.


MAS dedah banyak penyelewengan dan penipuan 1MDB
Tindakan terbaru Singapura itu mengukuhkan lagi bukti jenayah kewangan yang melibatkan 1MDB dan pembabitan langsung Perdana Menteri, Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat dan Pegawai Nombor Satu (MO1) 1MDB.

Najib Tak Saman Lagi

Najib masih belum membersihkan namanya daripada tuduhan menerima AS$680 juta (kira-kira RM2.6 bilion pada kadar tukaran 2013) wang yang dicuri daripada 1MDB.

Beliau masih belum mengemukakan saman ke atas akhbar Wall Street Journal seperti yang beliau ancam pada 5 Julai 2015 kerana mengaitkan beliau dengan kecurian duit 1MDB itu.

Utusan kata saman, tapi tak saman lagi
Sejak itu, kes kecurian dan pengalihan haram duit 1MDB telah disiasat dan diambil tindakan oleh beberapa buah bidang kuasa (jurisdiction). Selain Singapura, tindakan juga telah dan sedang dilakukan di Amerika Syarikat dan Switzerland.

Singapura telah pun membicarakan beberapa orang yang terbabit dan menjatuhkan hukuman penjara serta denda ke atas sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dan menutup dua buah bank yang bersubahat mengubah duit haram 1MDB.

Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Kehakiman (DoJ) dalam samannya tahun lalu mengenal pasti Jho Low dan anak kiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, sebagai penerima duit haram 1MDB di Amerika.

DoJ menggunakan udang-undang yang dikenali sebagai KARI. Ia membolehkan pihak berkuasa Amerika merampas harta orang asing yang dibeli dengan duit yang dicuri daripada rakyat jelata sesebuah negara.


KARI adalah singkatan kepada "Kleptocracy Asset Recovery Initiative" iaitu usaha mendapatkan balik harta yang dicuri oleh sesebuah kerajaan. Kleptokrasi bermaksud kerajaan yang mencuri.

Di Swizerland, tiga buah bank masih disiasat kerana disyaki melakukan rasuah dan mengubah wang haram bersangkutan 1MDB manakala kumpulan perbankan terbesar di Switzerland, UBS Group AG, telah diberi amaran atas penglibatannya.

Nampaknya negara asing yang selalu kita sebut sebagai negara kafir lebih mengambil berat terhadap penipuan 1MBD dan beban yang akan ditanggung oleh rakyat jelata Malaysia beberapa generasi akan datang.

Wallahuaklam.



16 comments:

  1. Aduka Teruna2:46 PM

    Awat Tok terpaksa recycle 1MDB?

    Masih teringat Dato kata Malaysia akan gagal dan bankrupt. Kini petanda ekonomi menunjukkan turnaround and Datok sudah mula perakui kenyataan.

    Sudahlah dengan silap mata ini, Tok. Jika ada bukti, keluarkan once and for all.

    1MDB issue has lost its momentum and solution is already in sight. The Singapore court cases only proves bankers were not following regulations. Masih lagi tiada nama Najib sebagai pencuri.

    Of all person, you should know better that Najib is not as hands on and do not interfere PM as Mahathir is. He give trust to his people and some do failed him.

    Fitnah itu dosa. Make sure you have something of substance.

    Your PPBM is left with 1MDB and barang naik to play on. It is a losing concern. Muhyiddin is not trusted even by former Mahathir's lietenents. The Mahathir's name and legacy is getting from bad to worse.

    ReplyDelete
  2. Salam Dato AKJ.

    Kebetulan, dalam gambar muka depan Utusan yang Dato lampirkan, ada muka Sirul, Si-pembunuh Altantuya yang telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tertinggi di Malaysia. Dia sempat lari ke Australia dan sekarang menetap di Pusat Tahanan Immigration di sana. Di Australia, tiada hukuman-mati.
    Makanya undang-undang Australia tidak membenarkan, dihantar-pulang sesaorang pelarian keNegara asal untuk menjalani hukuman-bunuh.

    Namun, selepas lebih 15 tahun... setelah pembicaraan panjang... kontrak pembelian kapalselam guna orang-tengah Razak Baginda yang membawa kepada pembunuhan Altantuya, masih lagi menghantui Kerajaan BN/UMNO dibawah Najib, dan kali ini dalam bentuk persoalan... Siapa yang beri arahan membunuh Altantuya?

    Hakikatnya, Kerajaan Malaysia dan Rakyat sudah banyak membazir WANG untuk menutup pekong-Najib. Dari scandal pembelian Kapalselam, Deepak Carpet, Jho Low & 1MDB. Selain membazir, emej dan martabat Negara sudah banyak terjejas. Undang-undang Negara kita manjadi caca-merba, tidak lagi dihormati dan diperlekehkan oleh Rakyat, dalam dan luar Negara. Rakyat yang berada di Luar Negara juga sudah menjadi malu untuk mengakui sebagai Rakyat Malaysia.

    Najib-Najib, hebat sunggoh legasi kamu.

    ReplyDelete
  3. Zalman A5:30 PM


    Datuk,

    Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil just needs to steal more public money and buy votes.

    The trick he will play soon is to try and push through the EC's gerrymandering exercise.

    Without Selangor, this exercise is illegal.

    Prepare your lawyers and your injunctions in advance.

    MO1 and BN have become quite cunning in sneaking in things late at night.

    The kurang Mulia fella will know his script and follow orders from above.

    Beware.

    ReplyDelete
  4. sukasamasuka9:35 PM

    Datuk,

    "Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB"

    1. Bagi mereka2 yang di labelkan sebagai negara, media atau individu2 yang "kafir" itu sebenarnaya tidak membawa erti apa2 langsung kepada mereka.

    2. Begitu juga negara2, media atau individu2 yang kita panggil sebagai Islam atau Muslim pun tidak ada membawa erti apa2 kepada sesiapa.

    3. Itu cuma label saja...label politik.

    4. Walaupun seseorang itu dipanggil Muslim, ulama, ustaz, haji sekali pun bukan bermakna ibadahnya diterima Allah Taala.

    5. Yang mana satu ibadah yang diterima Allah Taala, dia tidak akan tau sebab itu antara dia dengan Tuhannya...walaupun dahinya ada bertanda hitam kerana sujud 24 jam atas tikar sembahyang!

    6. Yang penting antara kita sebagai manusia dengan manusia yang lain adalah perbuatan kita, bukan iman kita atau niat kita...tetapi perbuatan kita sebab manusia itu bukannya tuhan.

    7. Maka itu nya perbuatan negara2 "kafir" seperti Singapura, Switzerland dan Amerika dalam konteks 1MDB adalah dilihat lebih mencerminkan jiwa "keIslaman" itu sendiri sebab mereka mengutamakan penguatkuasaan undang2 untuk keadilaan.

    8. Buat apa dipanggil Islam kalau "rumah tangga dan negeri" kotor....sangat kotor...banyak lalat dan bau busuk...kafir pun tidak, Islam pun tidak.

    9. Islam tidak perlukan penganut2 yang kotor...dimana kandang2 babi di Amerika lagi bersih kalau dibandingkan dengan kandang2 UMNO dan PAS!

    10. Biar la kalau masih ada orang2 Melayu yang mau bergelumang dengan najis2 dalam kandang UMNO dan PAS...itu pilihan mereka...tetapi, itu bukan pilihan aku lagi...perjalanan aku sudah jauh, Datuk...terlalu jauh untuk pulang kembali.

    Selamat tinggal UMNO.

    Tetapi jasa2 baik yang dulu2 itu tetap dalam kenangan ku jua.

    ReplyDelete
  5. Kadiag, salaam.
    Terima kasih pasai coret "Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB".
    Tajok hang kali ni belantagkan banyak andaian. Tapi secara ringkaihnya aku rasa, hang nak bandingkan Malaya dgn negara2 lain dlm mendepani masaalah 1MDB, dimana negara2 bukan Islam lebih kedepan menrungkainya. Magnanya Malaya sebagai satu negara 'Islam' tercorot bebanding dgn negara2 kapiag.
    Kalau lagu tu, izin aku bawak satu takrif negara Islam ~ "
    ....Imam Ibnu Muflih Rahimahullah berkata,
    “Setiap tempat di mana hukum Islam berkuasa di dalamnya adalah Darul Islam. Sebaliknya, setiap tempat di mana hukum selain Islam berkuasa di dalamnya, maka tempat tersebut adalah Darul Kufur, dan tidak ada jenis negara ketiga,” (Al-Aadaab Asy-Syar’iyah: 1/313). dari Mukminun.com.
    Hakikat Malaya bukan negara Islam ikut takrifan ni kekai sungguhpon dlm perlembagaan Malaya disebut Islam adalah agama resmi persekutuan. Ini jugak jelaih dari segi 'amalinya, jenuh tindak tanduk kebanyakkan penduduknya mempelekehkan dan menghinakan Islam. Aku ingat hang cukup 'arif bab ni...
    Satu contoh, bila Rafizi kata duit songlap di salog untok majlih 'mega' selawat, setakat aku tengok tak dak sapa pon nafi... jadi, nak habag mai, antara banyak2 negara, Singapo, Suis, Luxembourg (?) jauh ke depan bebanding dgn Malaya (yg paling banyak atau paling parah tebeban/tejejaih) tak payahlah nak sebut bab kapiag ke dak...

    Sekali lagi, Kadiag, mintak maghap no, kalu ada salah silap pd sapa2, dan bukan niat aku nak gurukan sorang tokoh dan beteran sorat habag Malaya, hanyasanya ayag mata terngenang teruih mengaliag dlm hati.... dan selamat sempornakan posa.
    Aku

    ReplyDelete
  6. Our economy is in havoc. Our poor country is on autopilot. Just look at the mushrooming roadside gerai...it is a good indicator how our economy is performing...no need rocket science or big data to figure it out...

    ReplyDelete
  7. Assalam Dato

    Masalahnya orang2 melayu sendiri tak sokong proton...sokong bermaksud membeli kereta proton. Ramai org komen ttg penjualan saham proton ttp mereka sendiri tidak membeli kereta proton. Mereka sebaliknya lebih bangga memandu kereta jepun, korea & eropah.

    Org melayu tak seperti org korea...org korea sangat menyokong kereta buatan mereka walaupun pada mulanya kualitinya juga tidak baik berbanding kereta jepun/eropah. Kalau berjalan di Seoul...80% kereta dijalanraya adalah kereta jenama korea.

    Bukan saja orang melayu tak sokong industri yg dikuasai melayu...bahkan pemimmpin melayu sendiri (selepas DrM) dilihat membawa polisi yg hanya membawa kejatuhan proton.

    Kalau org melayu & pemimpin melayu sendiri tidak sokong proton, adalah lebih baik DRB jual sebahagian saham kpd Geely...bahkan DRB masih lagi menguasai proton walaupun dgn hanya 0.1% majoriti.

    Pendapat saya, sekiranya majoriti orang melayu termasuk pemimpin melayu tak malu memandu kereta proton di jalanraya, saya rasa saham proton masih tak perlu dijual..proton masih berdaya maju.

    Silap2 dato sendiri pun tidak memandu proton, kenapa? maaf dato sekiranya saya silap.

    Saya menulis komen ini kerana sejak mula kerja 1993 hingga sekarang saya tak pernah beli kereta yang lain dari proton..saya bangga membawa kereta proton saya kemana saja..kereta buatan orang melayu islam negara kita..saya melaksanakan tanggungjawab saya kpd bangsa/negara & fardhu kifayah

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong 100%. Kepimpinan kita bukan saja langsung tak menanamkan sifat rakyat cintakan produk malaysia malah tak ambil apa2 langkah membantu supaya industri negara ini terus berkembang. Bukan saja Proton, Petronas juga menempuh nasib yg sama.Kita bangga dengan produk luar seperti Shell,Petron dll.Stesen pesaing ini bercambah dengan banyaknya di tempat2 stratejik.Kalau di luar negara seperti Indonesia,pesaing luar seperti Petronas di tekan sehingga gulung tikar.Di Malaysia sendiri syarikat kita dianaktirikan.Pada hal ia menjadi 'Peggy bank' kerajaan. Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

      Delete
  8. Tebing Tinggi XVII2:40 PM

    Salaam, Dato

    Obviously 'Aduka Teruna' has not read the reports in the Singapore (oops "negeri kafir") newspapers. Nothing surprising there.

    Let's see now.

    The S'pore Straits Times carried the reports under the headlines " 1MDB scandal:MAS fines UOB and "Credit Suisse" and "1MDB probe: Two banks penalised over breaches".

    Note the use of the words "scandal" and "probe" in relation to 1MDB. In the S'pore Business Times: "MAS caps 2-year extensive probe into 1MDB fund flows".

    It was also reported that "Singapore's probe into 1MDB monies which is still ongoing began in 2015"

    Still think that everything is A-OK?

    ReplyDelete
  9. Zed-8512:17 AM

    Saudara Aduka Teruna,

    Petanda ekonomi yang mana ada menunjukkan turnaround.?

    1 US sekarang RM4.30.

    1 Singapore dollar bersamaan RM3.2

    Indeks rasuah meningkat.

    Ada beza antara fitnah dan membuat teguran.

    Albert Einstein ada mengatakan dunia ini merbahaya bukan kerana orang yang zalim dan jahat tetapi oleh kerana orang yang berdiam diri walaupun di sekelilingnya ada kezaliman dan kejahatan.

    Kedaulatan undang-undang adalah sebahagian dari rukunegara.

    Adakan undang-undang kita berdaulat dan berjalan secara betul?

    Kalau kita hendak buat derma kepada kerajaan negeri Selangor, bolehkah derma itu dimasukkan dalam akaun peribadi Azmin Ali?

    Singapura maju kerana undang-undang dimartabatkan tinggi.

    Rakyat Singapura tak buang sampah merata-rata dan bawak kereta dengan baik di negara mereka kerana menghormati undang-undang.

    Kalau di Malaysia, ramai orang Singapura bawak kereta macam hantu, sama juga dengan rakyat kita kerena tidak hormati undang-undang.

    Dalam keadaan negara kita bermasalah dalam soal amanah, integriti, rasuah, ketidakcekapan, adakah patut orang berdiam diri sahaja?

    ReplyDelete
  10. joe black10:45 AM

    Dato',

    Singapore terutama MAS sudah malas dan tidak lagi mahu ambil tahu tentang 1MDB, itulah sebabnya mereka akan menyaman dan tutup kes kes yang berlarutan tentang 1MDB. Negara negara lain pun akan begitu juga. Nanpaknya Najib sudah menang dalam perang saraf attrition. Ini kerana rakyat Malaysia tidak punyai tulang belakang berprinsip bersih dan berkesahihan walau pun mengaku besandang pada agama yang dicanang setiap hari di media massa semasa.....

    ReplyDelete
  11. Kita patut berterima kasih pada Kerajaan Pulau Pinang kerana membuat pinjaman dari Exim Bank. Di FB, penyokong-Najib giat memperleh pinjaman Guan Eng. Kata mereka, ia sebenarnya adalah 'Bank of China' dengan nama yang lain.

    Khabar tidak rasmi mengatakan, BOC sudah buka 3 @ 4 buah Bank diMalaysia. Di Klang ada sebuah... kata sumber ini. Ini yang saya pelik.
    Mengapa RTM & TV3 tidak menghebahkan pembukaan Bank-Bank ini kepada Rakyat?
    Mengapa dilulus pembukaannya, guna nama 'Exim' dan bukan, Bank of China?
    Apakah untuk mengaburi hakikat sebenar, bahawa ekonomi Negara sangat bergantung kepada China?
    Takut Rakyat terbeliak biji mata kah... jika guna nama BOC?

    Dulu... dipaksa bank-bank tempatan, terutamanya yang lebih kecil supaya bergabung dengan Bank-Bank lebih besar untuk memperkuatkan industry perbankan Negara. Jika dibenarkan BOC bula cawangan, tidak kah ia akan menggugat bank-bank tempatan.

    Saya harap Najib tidak membuat sesuatu keputusan bangang seperti Pak Lah, yang membenarkan dibawa masuk kereta-kereta import, terutamnya dari US, dengan begitu banyak sehingga mengugat industri kereta nasional.

    ReplyDelete
  12. Tuhan akan memberi azab yang maha dahsyat kepada para perlaku 1MDB.

    ReplyDelete

  13. "According to the documents obtained by Sarawak Report, the controversial lawyer Muhammed Shafee Abdullah was one of the biggest individual recipients of money from Najib’s 1MDB slush fund accounts.

    Shaffee, who is known to be an extremely close confidante of Najib and who was controversially appointed as the public prosecutor during the appeal against the acquittal of opposition leader Anwar Ibrahim on sodomy charges in 2014, received two payments.

    11th September 2013 Najib paid him RM4,300,000 from his AmBank account no 2112022011906 and again on 17th February 2014 he received RM5,200,000 from the same account.  This account has been identified as having been funded by money stolen by the Prime Minister from the 1MDB subsidiary SRC, which had borrowed some RM4 billion from the civil service pension fund KWAP.

    AG Apandi inadvertently confirmed that finding by waving MACC investigation papers showing the money trail into Account no 2112022011906 in January 2016, at the very press conference during which he announced that no wrong-doings had been committed and he was closing down investigations into 1MDB."

    Lets see shafee berani nak saman SR?

    If not MO! should be investigated.....

    ReplyDelete
  14. Hidup parti ppbm! Akan menang besar dlm PRU nnti. Hihi

    ReplyDelete
  15. Zalman A1:35 PM


    Datuk,

    Lying to Parliament is a serious matter.

    It was said there that Shafee was paid only RM1,000 for his services:

    "It raises some extraordinary issues, because back in 2014 the public was told to believe that this high-powered barrister, a known favourite of the Najib administration, had conducted the entire Appeal prosecution against Anwar for a paltry sum of just RM1,000 (US$230 at present rates).

    This was the sum that Nancy Shukri, a minister in the Prime Minister’s Office, provided to Parliament when questioned on this very matter, owing to the unusual nature of Shafee’s appointment to a job that would normally have been done by members of the Public Prosecution Service.

    The opposition parties had suspected that Shafee must have been paid far above the normal rates at public expense to conduct the Appeal and then to further take the case through the Federal Court.  However, Shukri stunned them with the opposite information.

    In an extraordinary statement she said that the government had made an exception to normal rules of privacy in this case, in order to disclose the miscroscopic fee.  In fact, the minster added, Shafee had wanted to do the job for nothing at all, hence the token payment. “We wanted to be transparent” she said."

    This matter cannot be allowed to rest.

    Why was Shafee given so many millions?

    Where did the money go?

    Who was it given to?


    ReplyDelete