Thursday, May 25, 2017

Proton Bukan Projek Nasional Lagi


A Kadir Jasin


TIDAK hairan kalau ada penggiat media sosial yang memprotes atau berjenaka mengenai penjualan kawalan Proton kepada syarikat China, memberi nama baru kepada projek kereta nasional itu.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Mereka memanggilnya “Ploton” iaitu sebutan yang lazim di kalangan sesetengah penutur bahasa Cina. Dengan penjualan kawalannya kepada Zhejiang Geely Holding Group, berakhirlah status Proton sebagai projek nasional atau kebangsaan.

Proton bukan lagi projek pendayaan ekonomi tetapi hanyalah sebuah perniagaan biasa. Jadi adalah wajar status nasionalnya ditarik balik. Apatah lagi majoriti sahamnya kini milik orang asing.

Semalam, DRB-HICOM, pemilik utama Proton, mencapai persetujuan untuk menjual 49.9 peratus saham Proton kepada syarikat negara China itu. Sebagai tambahan, Geely juga akan membeli 51 peratus saham pengeluar kereta sports British, Lotus.

Menteri Kewangan II Johari Ghani bertepuk Proton jual kepada China
Zhejiang Geely Holding Group kini memiliki Geely Automobile Hong Kong dan Volvo Car Group, Sweden.

Kalau kita masih ingat dan peduli, projek kereta nasional ini dilancarkan pada tahun 1983 dan mengeluarkan kereta pertamanya – Proton Saga – pada tahun 1985.

Sebagai projek pendayaan ekonomi, ia telah mencetuskan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir dalam industri automotif.

Pada suatu ketika ia menjadi kereta paling laris di Malaysia sebelum kerajaan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah.

Adalah tidak mustahil selepas penjualan kepada Geely, Proton akan melalui proses rasionalisasi yang mungkin melibatkan pemberhentian pekerja seperti yang berlaku dengan banyak syarikat yang bertukar tangan.

Banyak penganalisis dan pemerhati pasaran berpendapat yang menjadi buruan syarikat China itu bukanlah jenama Proton tetapi Lotus.

Setelah membeli jenama berprestij Volvo adalah logik bagi Geely mengidamkan kereta sports seperti Lotus. Tidak menghairankan kalau selepas ini kereta Proton rekaan tempatan akan diganti dengan model dari negeri China.

1985: Proton Saga Cetus Patriotisme ekonomi
Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).

Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.

Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan (Datuk Seri) Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.

Kedua, kerajaan sendiri tidak ada duit. Walaupun Najib memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan kadar pelbagai cukai, yuran dan tol serta memotong peruntukan pembangunan, kedudukan kewangan kerajaan dan negara masih lemah.

Disebabkan kekurangan wang dan kejatuhan keuntungan, banyak syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) terpaksa menjual harta mereka di dalam dan luar negara.

Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari negara China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita.

Secara tersirat ekonomi kita, walaupun berkembang pada kadar yang agak tinggi, sedang mengalami masalah sistemik (wabak) yang semakin teruk – kadar tukaran ringgit lemah, harga barang dan perkhidmatan naik, kadar inflasi makin tinggi, hutang kerajaan dan isi rumah melambung, pengangguran meningkat dan gaji membeku.

Jadi apalah sangat kerajaan membenarkan Proton dijual kepada China kalau masalah ekonomi negara dan kewangan kerajaan lebih buruk daripada itu?

Wallahuaklam.

39 comments:

  1. Says khuatir juga sikit hari nanti Malaysia pula d jual kepada negara asing.
    Dradtic situations call for drastic measures.Bukan begitu Datuk?
    Seperkara yg saya pelajari, pemimpin negara tidak boleh any Tom, Dick n Harry. Harus cinta pada negara dan rakyatnta sekali, bukan self interests.

    ReplyDelete
  2. zun_nas@yahoo.com6:50 PM

    During mo1 era..no business development, no creating strong Malaysian brand...he only dismantle Malaysian existing brand...lucky us.

    ReplyDelete
  3. *Dr M kata Najib mesti bertanggungjawab kerana Ringgit menurun?*

    Dr M jadi Perdana Menteri pada 10 Julai 1981. Masa itu, USD1 bersamaan dengan RM2.30.

    Selama 22 tahun Dr M menjadi PM, _tak pernah sekalipun Ringgit mengukuh_ berbanding US Dollar.

    Lalu jatuh ke tahap RM4.86 sebelum Dr M tambat kat tahap RM3.80 sehingga dia bersara pada 30 Okt 2003 - maksud merosot 65% berbanding RM2.30 bila dia mula menjawat.

    Najib pula jadi Perdana Menteri pada bulan April 2003 semasa USD1 = RM3.73.

    Sejak itu, *Ringgit pernah mengukuh 25%* sehingga tahap USD1 to RM2.96 pada bulan Mei 2013.

    Selepas harga minyak turun dan negara Amerika Syarikat melakukan polisi Quantitative Easing II (QE2), Ringgit turn balik sehingga tahap USD1 kepada RM4.27 hari ini,, 25 Mei 2017.

    Ini bermakna Ringgit pernah naik 25% dan kini turun 14% hari ini berbanding tahap RM3.73 bila Najib mula menjawat.

    Nak tanya Tun Mahathir atau pengikut dia...

    Kalau Najib mesti bertanggungjawab kerana matawang Ringgit pernah mengukuh 25% dan kini jatuh 14%...

    *Maka siapakah yang perlu bertanggungjawab kerana matawang Ringgit terus merosot 65% dan tidak sekalipun mengukuh selama 22 tuhan Mahathir menjawat Perdana Menteri?*

    LSS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti Pengampu11:25 AM

      Kelas kamu tak faham bende bila membuat analisa yg kurang cerdik pasal Ringgit Malaysia zaman Tun M berbanding Najib. ..semua kerana mahu mempertahankan Najib......kesian.

      Delete
    2. Anti Pengampu9:46 PM

      Ralat...

      Sdra Kamil Tajuddin..

      Pembetulan..."kelas kamu tak faham...."

      Dibetulkan....'Sah kamu tak faham....'

      Delete
    3. Apa yang kamu faham tentang kejatuhan nilai ringgit zaman Mahathir dulu?

      Delete
    4. Apa yang kamu faham tentang kejatuhan nilai ringgit semasa zaman Mahathir tu dulu?

      Delete
  4. Zed-859:32 PM

    Sallam Dato’

    Kalau dulu bolehlah kita boleh tunjukkan Proton kepada Presiden Indonesia atau ketua kerajaan lain kereta nasional yang menjadi kebanggaan kita.

    Sekarang ini tak adalah lagi.

    Apa yang tinggal yang menjadi kebanggaan negara kita.?

    1MDB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu orang panggil Proton ninkereta tin Milo. Apa yang dibanggakan sangat?

      Delete
  5. Komunis dulu dalam hutan, sekarang di bandar kampong jalanraya

    ReplyDelete
  6. Hubungan Kesultanan Melaka Dengan China


    Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatannegeri Melaka. Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China.Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Melayu yang tidak dapat digugatkan oleh Majapahit dan Ayutthiya.

    Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.


    Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China dan bermulalah kehadiran masyarakat imigran di Semenanjung Tanah Melayu.Persahabatan Melaka-China bertambah erat,tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari Kerajaan China. Hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu pada abad ke 15.

    Dan kemudiannya bermulalah penjajahan Portugis, Belanda dan British di Melaka dan Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  7. Salam Datuk

    Niat Najis ialah utk menghapyskan kesemua legasi Tun M satu persatu. Kerana Tun M seorg saja yg lantang mempersoalkn cara si Najis ini mentadbir negara selaen merompak,menyamun dan mencuri berbillion2 Ringgit duit rakyat.

    ReplyDelete
  8. Pompuan12:11 AM

    Salam Bahagia DAKJ
    Just one question. Is this a failure on the part of Tun as chairman? That under his watch, Proton did badly and sold to Chinese? A crying shame indeed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti Pengampu11:33 AM

      Kurang cerdik sekali komen kamu Pompuan...mcm Pak Pandir sahaja.
      Tapi apa Nak Kata lagi....kamu memang begitu...setiap kali menulis...isi hampas sahaja.....kosong.... gunduk...yillaik pochit.

      Delete
    2. Semua orang lau kata kurang cerdik. Cuba tunjukkan sikit kecerdikkan tu. Jangan simpan sorang2. Ilmu elok di kongsi.

      Delete
  9. Maaf Dato AKJ.

    Tajuk posting Dato... 'Proton Buka Projek Nasional lagi'... dengan Negara Komunis China, kah?
    Atau... 'Proton Bukan Projek Nasional lagi'.

    Izinkan saya mencerita mengenai pe'el orang terdesak.

    Saya ada kawan. Nak kata dia kaya, tak jugak, kerana dia bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk atau bercerita mengenai kemewahan beliau. Cara berpakaiannya macam orang tak berharta. Berkereta Proton-Saga, generasi pertama yang warnanya sudah lusuh. Bila anak-anak dah besar, baru nampak kereta Camry & Myvi baru, parking depan rumah. Anak-anak, mungkin naik malu, tumpang atau bawa kereta bapak mereka itu.
    Tinggal ditaman perumahan-murah. Tak tahulah saya jika dia ada rumah banglo di kawasan Bandar Besar.
    Yang saya pasti... dia memiliki banyak tanah di merata-rata tempat. Kebanyakannya ditanam kelapa-sawit. Ada juga tanah bersaiz lebih kecil yang dipajak kepada mereka yang mahu mengusahakannya.

    Rahsianya... dia punyai simpanan WANG yang banyak dan sesiapa yang 'TERDESAK' akan cari dia. Tapi... dia hanya sanggup beli tanah atau emas saja. Kereta atau lain-lain jentera, dia enggan terima. Katanya... orang selaunya akan jual jentera yang sudah nak rosak.

    Moral of the story:

    Negara China juga memegang kepada perinsip-kehidupan seperti kawan saya ini. Selain dari 'menolong' orang terdesak, kawan saya ini mendapat untung yang lumayan.
    Maklumlah, orang yang 'TERDESAK' atau mereka yang berhutang keliling-pinggang sehingga dihambat bank atau Along, selalunya akan melelong harta-pusaka yang mereka ada, demi WANG segera.
    Jika disaman oleh bank, kemudian di istihar bankrupt, sudah tentu akan mendatangkan kesipuan yang amat besar. Inilah sebenarnya situasi yang dihadapi oleh PM yang pada masa yang sama, melantik diri-sendiri menjadi Menteri KeWANGan.

    Bertambah rumit lagi... Harga minyak dunia jatuh. Pendapatan Negara merosot. Belanjawan
    sentiasa deficit (mahu berbelanja melebihi kemampuan) walaupun dilaksanakan GST.
    Tapi, reputasi dan air-muka nak kena jaga. Walaupun 'poket sudah kosong'... jangan harap Kerajaan akan lancarkan austerity-drive (kempen berjimat-cermat). Potong gaji Menteri ke apa. Mana boleh. Malu la. Nanti hilang credibility dimata dunia... Credit rating jatuh. Ditempelak Rakyat dan masyarakat dunia... Tu la tubuh lagi 1MDB dengan berhutang, guna Jho Low sebagai orang-tengah dan klepet berpuloh-puloh Billion.

    Yang paling bangang... kalau nak klepet pun, mengapa ambil dari WANG Rakyat yang dihutang. Mestilah Rakyat akan tahu, kerana hutang mesti dibayar-balik.

    Kata orang... biar papa, asal bergaya. Maka dilancar banyak lagi project berpuloh-puloh Billion untuk menampakkan bahawa Kerajaan beliau masih kaya-raya. Atas sebab itu juga BR1M terpaksa diteruskan, lebih-lebih lagi, bila PRU14 sudah tidak boleh ditangguhkan seperti tertangguhnya PAU.

    Berserabut dengan pelbagai scandal hingga sudah tidak boleh berfikiran waras... Pak Lah pun diangkatnya sebagai Negarawan Setia terunggul dan terbilang. Diberinya grant 5 Juta, nak buat legasi, seolah-olah WANG itu keluar dari poket beliau sendiri. Akan diberinya juga kursi di IPTA... maka akan jatuh lagilah nilai & reputasi mahasiswa-mahasiswi yang dihasilkan. Sudah terlupa kah bahawa bangsatnya mertabat Malaysia bermula dengan manusia ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dato...dan RD.

      Setuju sngat dgn pandangan sdra.

      Benarlah...org yg tiada 'competence' akan hanya memuji dan memuja org2 spt Pak Lah.

      Sekarang telah membuktikan bahawa Pak Lah 'failed miserably' semasa menjadi PM negara....tetapi lebih Lucy lagi Najib mempertahankan Dia.

      Tetapi sebenarnya mereka berdua berdendam sngat dgn Tun....dan kerana itu sanggup melakukan semua yg mereka lakukan semata2 mahu melepas dendam itu.

      Mereka memang berhati busuk bila melepas dendam pd Tun dgn Cara begini walau pun 'at the expense of the nation'.

      Semua adalah kerana dendam belaka.

      Cuba kita imbau kembali...Dan bertanya..
      # apa kehebatan Pak Lah?
      # apa pula kehebatan Najib?

      Kosong belaka.

      Kalau dlm dunia koperat jika org2 atau manusia initial sudah lama dibuang...kerana GAGAL DLM TUGAS.

      Malang sekali nasib Melayu ADA Ketua spt ini...bak kata Zam...Umno (parti org Melayu sudah hancur lebur) dikerjakan oleh org2 spt ini.

      Maruah bangsa berakhir diEra Tun M....

      Delete
    2. Pembetulan ..

      Sejarah telah membuktikan bahawa Pak Lah 'failed miserably'.....tetapi lebih pelik lagi bila Najib mempertahankan dia.
      Malah dia (Najib) juga menyokong Tun semasa Pak Lah disingkirkan.

      Kesimpulannya...kita faham sahaja lah...apa manusia Najib ini.

      Delete
  10. sukasamasuka1:20 PM

    Datuk,

    "Jadi apalah sangat kerajaan membenarkan Proton dijual kepada China kalau masalah ekonomi negara dan kewangan kerajaan lebih buruk daripada itu?"

    1. 'membenarkan' itu juga membawa erti bahawa mungkin policy automotif negara sudah berubah, tetapi kerajaan tidak mejelaskan apa yang sudah diubah, maka kita tidak tau.

    2. Proton, macam juga company biasa yang lain ada tiga options..iaitu menjual share...membeli share company lain...atau buat strategic partnership dengan satu atau dua buah company yang berkaitan.

    3. Kerajaan tidak ada urusan dengan dunia perniagaan, semada Proton, TRX atau Bandar Malaysia.

    4. Kerajaan mentadbir negara bukan menjalankan dunia perniagaan....dengan ertikata lain menggubal policy negara untuk memudahkan aktivity ekonomi, menyediakan infrastrukur awam dan membuka peluang pekerjaan selain mengurus kos sara hidup rakyat.

    5. UMNO sudah gagal dengan mentadbir negara di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

    6. Kegagalan ini berpunca bila lubang skandal kewangan 1MDB terlalu besar untuk ditutup.

    7. Ada pun dilihat secara umum bahawa penjualan harta negara sejak kebelakangn ini ada lah disebabkan bahawa ada orang tengah atau negara tengah yang jadi Pak Sanggup untuk bantu tutup lubang 1MDB...tumbuk rusuk.

    8. Secara ringkas, policy kerajaan Najib bukan untuk selesaikan 'masalah ekonomi negara dan kewangan kerajaan'...tapi cari duit nak selesaikan masaalah peribadi dia.

    9. Kalau silap haribulan, Najib akan jadi Sinalau Bakas, atau dalam bahasa Dusun bermaksud babi hutan salai.

    10. Bukan dia seorang saja tu bos ku, kita ingat siapa2 yang bersubahat melalui ucapan2 dimedia2.

    Selamat Menyambut Bulan Puasa.

    ReplyDelete
  11. sukasamasuka1:48 PM

    Datuk,

    Kamil Tajuddin 10.44 PM...*Maka siapakah yang perlu bertanggungjawab kerana matawang Ringgit terus merosot 65% dan tidak sekalipun mengukuh selama 22 tuhan Mahathir menjawat Perdana Menteri?*

    1. Tun yang harus bertanggungjawab pada masa itu dan kalau itu satu kesalahan maka Tun harus dihadapkan ke mahkamah.

    2. Salah satu sebab yang kita masih ingat kenapa ini berlaku mungkin ada dalam catatan ini....

    'The Asian crisis was sparked in 1997 by a loss of confidence on the part of foreign investors. In Malaysia the situation was dire. Funds were pulled out of Malaysian markets and investors speculated against the local currency, the ringgit. By September 1998, the local currency had fallen 40% from pre-crisis levels and $140 million had been wiped off the value of the stock market. As the currency slid, pressure increased to raise interest rates to try to keep money in the country. But higher interest rates hurt businesses. The Malaysian economy contracted 2.8% in the first quarter of 1998. Prime Minister Mahathir bin Mohammed was enraged by the disruption to the country's recent history of steady economic growth and accused financier George Soros, the Jews and “rogue speculators” of trying to destroy Malaysia's currency. He railed against the world financial order and said that countries that insulated themselves had a better chance of survival.

    Calling for reform of the entire world financial system, Mahathir imposed capital controls on September 1, 1998. The ringgit's value was fixed at 3.80 ringgit to the dollar (about 10% higher then where it was trading in the market at the time). All ringgit that had been taken out of the country was ordered to be repatriated by the end of the month—although that deadline was later extended. The government then imposed tight limits on transfers of capital abroad by residents in Malaysia and froze all foreign portfolio investment (in stocks, bonds, etc.) from being taken out of the country for 12 months.' (1)

    2. The most famous advocate of capital controls for Asia was Massachusetts Institute of Technology economist Paul Krugman, who, in a widely-publicized article in Fortune magazine, advised Asia's leaders to take drastic action. “There is a virtual consensus among economists that exchange controls work badly,” Krugman wrote in a piece entitled “Saving Asia: it's time to get radical” which ran on September 7, 1998. But “when you face the kind of disaster now occurring in Asia, the question has to be: badly compared to what?” Krugman asked. (1)

    (1) http://policydialogue.org/publications/backgrounders/casestudies/capital_controls_malaysia/

    ReplyDelete
  12. sukasamasuka2:01 PM

    Datuk,

    Pompuan 12:11 AM said..."...Just one question. Is this a failure on the part of Tun as chairman? That under his watch, Proton did badly and sold to Chinese? A crying shame indeed."

    1. I think so.

    2. Tun is a politician, not a businessman or even a well-known corporate figure.

    3. I am not sure whether Tun appoint himself to Proton...and if he did, that's a pretty bad idea.

    4. Perhaps...just perhaps, many retired politicians were appointed to chair various GLCs/GLICs...though I must admit that I can't remember any name except Tun.

    5. Having say that, perhaps Tun would be the last person to sell Proton to China because it's just not him...or, it's just against the idea of setting Proton in the first place, that is, as a backbone to industrialize Malaysia, which happened to be his idea after all.

    ReplyDelete
  13. Kamil Tajuddin.

    Kamu hanya pandai copy-paste tulisan blogger upahan tanpa boleh berfikir dengan sendiri.
    Memang benar nilai ringgit meningkat pada Zaman Tun Dr.M. Tapi bezanya... sepanjang 22 tahun itu, nilai naik-turun matawang Negara-Negara jiran seperti Baht dan Rupiah juga berada pada paras, lebih-kurang sama dengan Ringgit.

    Tidak seperti zaman Najib, Ringgit masih laku dan diyakini peniaga-peniaga Thailand pada zaman Dr.M, lebih-lebih ketika krisis ekonomi 1997/98.

    Dan... sudah tentu hari ini, brainchild... 1MDB Najib-Jho Low dan kleptocracy adalah punca utama yang menyebabkan prestasi Ringgit jatuh lebih teruk dari Baht & Rupiah.

    ReplyDelete
  14. Kadiag, salaam.
    'Pojok' hang kali ni pasai
    'Proton bukan projek nasional lagi' dapat liputan dlm banyak blog dan macam hang singgong Johari dok betepok tu memang janggai. Tapi dlm otak atau 'mindset' depa, juai kad Geely tu kena ra'i sebagai satu capaian yg cukop baik...almaklumla, Malaya masih dok pegang 50.1% saham dlm Proton, kira majoriti la tu...
    walaupon 'Lotus' terlepaih majoriti kak Geely. Aku ingat dlm otak orang koporat kalu hilang pegangan walaupon 1%, magna pengurusan sebenagnya (kuasa eksekutif) secara mutlak dah bepindah ke Geely, jadi apa paedah nak teruih pegang 49% dlm Lotus tu....dan kalu juai perabih dpt la fulus lebih sikit. Tapi lain pulak dgn keh Tan Sri Peter Sondakh, 'cukong' dari Indonesia tu. Pemegang saham tebesag (dari Malaya) tak dak kuasa buat keputusan atau 'executive'.
    Tapi yg tak seronoknya, hang tak cerita 'nilai' sesaham yg tukag tangan dlm juaibeli Proton dgn Lotus ni. Teringat aku keh depa juai syarikat moto Augusta dulu, tak sampai harga besi buruk. Kalu ingat2 balik bulih nangih tak belagu...

    Pasai harga sesaham Proton dgn Lotus ni, aku tengok dlm 'the Edge' pon tak dak...tak tau la kod aku telepaih pandang....

    Hang senarai masaalah ekonomi yg Malaya dok hadapi macam ni:

    'Secara tersirat ekonomi kita, walaupun berkembang pada kadar yang agak tinggi, sedang mengalami masalah sistemik (wabak) yang semakin teruk –
    1. kadar tukaran ringgit lemah,
    2. harga barang dan perkhidmatan naik,
    3. kadar inflasi makin tinggi,
    4. hutang kerajaan dan isi rumah melambung,
    5. pengangguran meningkat dan
    6. gaji membeku...'

    Mintak maghap Kadiag, masaalah ekonomi lazimnya mai sekali dgn aspek sosio-politik, tu kod orang dolu2 guna istilah macam 'political economy' bila nak ungkap pada keadaan di Malaya ni. Dan dari isu2 yg hang senarai tu, yg paling teruk pada aku ialah isu 'kredibiliti' dan kejahatan jabatan atau 'malfeasance' orang2 besag.
    Contoh semasa yg hang bulih nengok dua kepala mata2 (peringkat daerah) bulih kena tahan SPRM pasai bagi pelindungan katanya pada romah hurud (?) dan romah judi haram (di Malaya ada romah judi halai kod...). Dilapog jugak di romah koporal ('kuarters' kod) depa jumpak 800,000, kalu orang besag no. satu 2.6 ribu juta dlm akaun bank dia bulih kira manasabah...dak ka?
    Jadi kalu ada mata2 tahan Bangla ka Indon naik moto tak dak lesen, lepaih tu mintak 50 ringgit, hai ...nak marah pon macam kena bepada pada, benci pada kerja tu tepaksa sandag pd murkanya Allah ta'ala dan kena cepat2 istighfar.
    Jadi aku agak la, lebih baik kalu hang senaraikan masaalah yg kita dok hadap ni nombo satu ialah masaalah selingkohan/kredibiliti/integriti pemimpin sebagai 'ataih' sekali.
    Maghap Kadiag no.
    Aku

    ReplyDelete
  15. Apa yang rd coretkan sesuai juga dijadikan jawapan untuk persoalan Kamil Tajuddin dan Pompuan.
    Membandingkan TDM dengan Najib is like comparing Durian and cowdung,pompuan and Kamil can claim cowdung is as delicious as durian or more delicious than durian and maybe get some people who never eat neither to believe them.But to those who have tasted durian,we know whom you both are kidding.what make it worse is,forbthose who happen to prefer cowdung than durian,they also knew,whom you two are trying to kid.

    ReplyDelete
  16. Zalman A1:32 PM


    Datuk

    This PRU is not about saying right or wrong but about getting the right message to the masses.

    It seems the Opposition still prefers internal drama.

    There is no manifesto, no logo, no PM candidate and no shadow cabinet.

    It's all too vague.

    All MO1 has to do is throw money around.

    And he will win.

    ReplyDelete
  17. sukasamasuka4:53 PM

    Datuk,

    1. Era Tun sebagai PM sudah berlalu.

    2. Kita buat teladan apa yang beliau buat masa dia mempimpin.

    3. Salah silap Tun sebagai PM kita jadikan sempadan supaya pemimpin yang kemudian jangan ulangi lagi.

    4. Seharusnya pemimpin selepas beliau memperbaiki apa kesalahan/ kesilapan zaman Tun sebab zaman selepas Tun sudah tentu berbeda dengan zaman sebelum Tun.

    5. Kerajaan sebelum Tun ada la UMNO...dan, selepas Tun pun UMNO juga...itu la salah satu sebab sangat sukar mau diubah atau diperbaiki.

    6. Di UK, US, Canada, Australia, NZ, Jepun dan Korea Selatan, perkara memperbaiki semula policy2 kerajaan senang dibuat sebab party yang baru memerintah menang sebab manifesto mereka mau mengubah keadaan yang sebelum itu dirasakan olih rakyat sudah tidak menguntungkan rakyat.

    7. Pengundi Cina, India dan Pribumi Sabah dan Sarawak sudah berubah tetapi mereka tidak bolih mengubah landskap kerajaan persekutuan.

    8. Hanya pengundi Melayu saja, ini dikira termasuk "Melayu" diSabah/Sarawak yang dapat mengubah keadaan politik di Malaysia.

    9. Dari lubuk hati yang sekecil ini, aku rasa2 bahawa "Malaysia" tidak akan ujud lagi kalau PAS menang.

    10. Jadi, biarkan UMNO dan PAS bersatu kuasa dalam pilihanraya PRU14...ini adalah terbaik untuk Malaysia.


    Note: beberapa minggu sebelum puasa, agak panas betul...kena mandi sampai 4 kali sehari...tetapi, pada hari ini, hari puasa pertama, tiba2 cuaca berubah...sangat la baik sekali...dapat rahmat hujan...mungkin juga kerana kampung kami ini terpinggir di hutan Borneo...atau, rahmat baru untuk orang Sabah...entah la...selamat buka puasa, Datuk dan saudara2 Muslim sekalian...

    Nanti, kami juga akan menjemput saudara2 kami yang beragama Kristian Katholik, Kristian Sidang Injil Borneo, Kristian Seventh Adventist, Kristian Anglikan, Kristian Basel Church, penganut agama Bahai, Pagan dan Buddist untuk berbuka puasa sama sama...dan, harap2 juga mereka yang bukan Islam ini akan menjemput aku buka puasa, kalau durang ada duit belanja tahun ini.

    ReplyDelete
  18. Apalagicinamau5:32 PM

    The Chinese slap the Melayu.
    Tongsan sudah mari.

    ReplyDelete
  19. Zalman A1:03 PM


    Datuk,

    Gerrymandering in full swing. Do not forget who the EC works for:

    According to research by Politweet, BN can win an additional 11 seats in the Selangor State Legislative Assembly with the new boundaries proposed in September 2016. These 11 seats would be won with no changes in votes from GE13 but only through the shifting of voters to strategic seats for BN.

    Similarly, in the September 2016 proposals for Melaka, the seat of Bukit Baru, won by Pakatan Rakyat by 48 votes in GE13, would be won by BN with a 1,600-vote majority with the new boundaries. The marginal seat of Telok Mas, won by BN by just 700 votes in GE13, would become a safe seat with a 3,000-vote majority.

    Worse still, based on the September 2016 proposal, the Bukit Katil federal seat, won by Pakatan Rakyat in GE13 by nearly 7,000 votes, would now be won by BN with a 4,800 vote majority. This move is especially suspicious, given that in August 2016, one month before the proposal became public, the Melaka Chief Minister called for the EC to change Bukit Katil boundaries to make it easier for BN to win.

    The same pattern emerges throughout the country. In Perak, the safe Pakatan Rakyat seats in GE13 of Changkat Jering and Sungai Rapat would be won by BN, with no change in votes. In Kuala Lumpur, Nurul Izzah Anwar would lose the seat of Lembah Pantai.


    http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/the-new-election-boundaries-where-ge14-will-be-won-or-lost-zoe-randhawa


    There is merit in having a snap election in Selangor soon.

    At least retain that before the EC's cheating takes hold.

    ReplyDelete
  20. sukasamasuka1:59 PM

    Datuk,

    Biar la Proton hanya tinggal kenangan manis dalam ingatan...arwah abah aku sangat bangga drive Proton Saga Hijaunya, model pertama...aku beli, harga RM18,900 masa tu...bayar potong gaji, ansur2 tiap2 bulan...selepas 13 tahun, dia jual sebab terlalu tua untuk drive...ada orang beli RM21,000...kira untung pakai juga la...itu la Proton...terima kasih Tun.

    Ini ada satu lagu Dusun, Sabah tentang Proton..."Proton Saga Kelabu"...aku rasa ini saja la lagu Proton yang ada di Malaysia...

    https://www.youtube.com/watch?v=tFApa3pdg8w

    Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.

    ReplyDelete
  21. sukasamasuka2:13 PM

    Datuk,

    Off topic, Datuk...very off topic...minta maaf Datuk...tak payah la coretan ini di siarkan kalau tidak kena mengena...

    I would like to thank the Sandakan Memorial Scholarship Trust, Barker College in Australia, St Michael’s School in Sandakan and the Australians in general, for their kindness and generosity...may God bless you all, especially to those Australians who defended North Borneo and perished during the Sandakan Death Marches of 1945.


    Aussie college honours Dusuns for saving WWII POWs.

    May 29, 2017.

    Barker College is hosting three Sabah girls as a form of gratitude for the Dusun community's act of hiding six Australian POWs during the Sandakan Death Marches.

    PETALING JAYA: One of Australia’s most historic private colleges is honouring Sabah’s Dusun Christian community for its role in saving Australian prisoners of war (POWs) during World War II.

    Through the Sandakan Memorial Scholarship Trust, established by historian Lynette Silver and her husband, Neil, Barker College sponsors girls from farmers’ families in remote villages to attend secondary school at St Michael’s School in Sandakan.

    Silver told The Sydney Morning Herald (SMH) that so far, 37 girls had been sponsored to complete their studies, with eight going on to tertiary education.

    However, three girls in particular have been singled out to spend three weeks at Barker itself, as a tribute to six Australian POWs who survived the Sandakan Death Marches of 1945 thanks to the Dusun community.

    The Sandakan Death Marches were a series of forced marches by the Japanese of Australian and British POWs from Sandakan to a jungle death camp in Ranau. Over 1,000 POWs died on the marches.

    Only six survived, thanks to the Dusun Christian community which hid them for up to five weeks, according to Silver.

    “They never gave the POWs away despite the fact the Japanese were offering money and food to starving villagers if they handed over the POWs,” SMH quoted her as saying.

    “The risks were enormous. Had the POWs been discovered, the Japanese would have killed everyone in the village,” she said in the report.

    Genevia Binti Handry, 17; Suzie Binti Aitor, 18; and Agnes Jackson, 18, are being hosted at the college in honour of four Barker “Old Boys” who died in the atrocity – Corporal James Lillyman, Gunner Isaac Sefton, Lance-Bombardier Charlie Starky and Staff Sergeant Alan Waters.

    Lillyman, 37, died of starvation and malaria on June 17, 1943. According to the report, he was too ill to be sent on the death march. The other three, however, all died in 1945.

    Sefton, 43, died from beriberi and starvation on April 4. Starky, whose age was not provided in the report, died in January of starvation and malaria. Waters, meanwhile, died in Sandakan on June 9.

    Tony Gamson, president of the Old Barker Association which paid for the girls’ airfares to Sydney, told SMH that a total of 92 Old Boys died in war.

    “Hosting these girls is an opportunity to give back something to those people who put themselves in great danger protecting Australian POWs,” he was quoted as saying.

    According to the report, Genevia will soon begin university in Kuala Lumpur as a pharmacy student. Suzie wants to be a nurse, while Agnes wants to be a teacher.

    Barker College was founded in 1890. In a statement on its website, it said hosting Genevia, Suzie and Agnes helped form a more meaningful connection with “one of the nation’s saddest stories of WWII”.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/29/aussie-college-honours-dusuns-for-saving-wwii-pows/

    ReplyDelete
  22. sukasamasuka2:51 PM

    Datuk yang mulia,

    "Melayu akan hilang, amaran Dr M.

    May 29, 2017.

    Bekas perdana menteri itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.

    PETALING JAYA: Kata-kata “Tak Melayu hilang di dunia” tidak mencerminkan nasib Melayu di zaman ini, kalau dilihat dari kaca mata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    “Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis di dalamnya, ‘Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu’,” tulisnya dalam catatan blog terkini.

    Pengerusi PPBM itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.

    “Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda.

    “Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko.”

    Beliau membandingkan orang Melayu zaman ini dengan zamannya yang sanggup mengorbankan wang dan kehidupan sendiri demi memperjuangkan kebebasan negara serta menebus maruah bangsa tanpa mengharapkan sebarang balasan.

    “Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara. Semangat kebangsaan dicemuh sebagai perkauman – racist. Kita malu jika bersemangat Melayu.”

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/29/melayu-akan-hilang-amaran-dr-m/


    Luahan hati Tun memang tepat...“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur..."

    Datuk nenek moyang kami ada tinggalkan pesan...ada empat perkara yang akan menjatuhkan seseorang atau bangsa...perempuan, wang, arak dan judi...seperti cakap Tun!

    ReplyDelete
  23. Pompuan9:12 PM

    Dear DAKJ
    Tunku Aziz asked on TV3 is Tun M the real owner of Proton and not Syed Mokhar alBukhary?. His assumption is based on Tun's lamentings on the National car project sold to Geely like it's a personal loss. Geely dah macam geli pulak ya. Hahaha.
    I tend to believe him as many in the industry circle think so too.
    Please set the record straight since you know better. Thanks in advance.

    ReplyDelete
  24. Macam mana Tan Sri boleh kata majoriti pegangan saham Proton dijual kepada pihak asing padahal yang dijual hanya 49%? Itu bukan majoriti.

    ReplyDelete
  25. sukasamasuka11:22 PM

    Datuk,

    "Pemuda Melayu kemalangan tersentuh terima bantuan wanita cantik Sabah.

    May 29, 2017.

    KUALA LUMPUR: Empat hari kemalangan yang berlaku sekitar 11.30 pagi Ahad itu berlalu, namun hati Faizal Hasbullah Alimin, 20 masih rasa tersentuh menerima bantuan dua wanita Cina yang prihatin.

    Menurut Metro pada Rabu lepas, kemalangan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, ketika Faizal bersama abang saudaranya yang menunggang motosikal lain hendak menuju Bentong dari Hulu Langat.

    Ketika itu, singgah dua wanita cuba membantu mengurus kecederaan pada tangannya.

    Kisah dan gambar Faizal dibantu wanita Cina terbabit tular di media sosial selepas abang saudaranya memuat naik gambar tersebut di Facebook, Isnin lalu.

    Pada Jumaat, The Star Online melaporkan Faizal sangat terkejut apabila doktor Cina yang pernah menolongnya itu datang melawatnya di wad.

    Faizal berkata, apabila dia mengucapkan terima kasih, doktor tersebut hanya menjawab “sama-sama”...

    Doktor wanita itu enggan mendedahkan namanya dan tempat dia bekerja.

    Memetik SuaraSabah.com pada Ahad, doktor wanita terbabit ialah anak kelahiran Sandakan, Sabah bernama Doktor Koh Siew Ling.

    Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Boon Hai Yeo memuji tindakan doktor muda itu dengan memuat naik status di Facebook: “Well done Siew Ling…We are proud of you…Ur mum and family will be very proud too.. God bless you.”

    http://sarawakvoice.com/2017/05/29/pemuda-melayu-kemalangan-tersentuh-terima-bantuan-wanita-cantik-sabah-dr-siew-ling/


    God bless you Siew Ling!


    Note: Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Boon Hai Yeo is a Chinese Muslim.

    ReplyDelete
  26. sukasamasuka5:00 AM

    Datuk,


    SAJAK A.SAMAD SAID...

    HAI MELAYU..
    berubah lah sempena tahun baru..

    Hai Melayu!
    rumahmu semua dibina indonesia,
    ekonomi pula dikuasai cina,
    golongan profesional semuanya india,
    warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
    Orang bangla pula menjadi Jaga,
    orang Nepal yang menabur baja,
    orang pakistan usung jaja karpet merata,

    Lalu melayu ada apa?
    harapkan ustaz, saling menyesat,
    harapkan hiburan, lagi best filem barat,
    harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
    harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
    harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

    Hai melayu!
    masih mendabik dada?
    sibuk mahu menjadi tuan,
    rupanya kerja kelas bawahan,
    ditipu mentah orang atasan,
    konon perjuangan ini untuk kalian!
    kerja sikit, sembang kencang,
    banyak rungut, sikit rancang,
    siapa tegur, dituduh lancang,
    duduk warung, gigit kacang!

    Hai melayu!
    konon kau pantang di cabar,
    konon kau tangkas menyambar,
    tapi cuma indah khabar,
    rentakmu makin lama makin hambar,
    kau melayu aku pun melayu,
    aku menulis bukan cemburu,
    aku mahu engkau tahu,
    kenapa melayu tak macam dulu.....

    Hai melayu!
    jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
    bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
    kau cuma tahu ber gaya,

    Hai melayu!
    kau melaung-laung di jalan raya,
    bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
    pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

    Hai melayu!
    kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
    bila dah kaya kau jadi puaka,
    ini tandanya kau sudah derhaka!

    Hai melayu!
    sedarlah bangsa ku,
    buka lah minda mu,
    bersatulah bangsa ku,
    kerana malaya bukan lagi milik mu !
    aku pun melayu,
    engkau pun melayu,
    bodoh sombong harus di tepis,
    riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus di guris,

    Bersatulah melayu! kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
    kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......

    Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri
    kita...

    *JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI


    source: https://ms-my.facebook.com/permalink.php?story_fbid=905235246212112&id=103618136373831

    ReplyDelete
  27. Hj Mohd Ali3:35 PM

    terhibur juga aku,Sukasamasuka tentu boleh bagi aku terjemahannya, Kan?.

    ReplyDelete
  28. sukasamasuka9:03 PM

    Datuk,

    Hj Mohd Ali said...3:35 PM..."...boleh bagi aku terjemahannya, Kan?"

    ada kawan saya atas kawan dia dan dari kawan lain diWhatsApp groups lain yang aku rasa hantar permintaan saudara...

    Proton Saga in Gray (English Version)

    I regret
    I regret
    Marrying a young widow
    With a wandering gaze
    With a knack for cheating
    Always following that guy (in the)
    Gray Proton Saga

    With only a mere
    Pay of Six hundred (ringgit) a month
    It won't be enough to eat
    Because she's a gold digger

    With a knack for cheating
    Always following that guy (in the)
    Gray Proton Saga

    Chorus :
    You run and run,
    And keep coming back again
    To me
    You cry and cry,
    and beg forgiveness,

    The tears in your eyes
    Are crocodile tears

    With (your) knack for cheating
    Always following that guy (in the)
    Gray Proton Saga.


    Erti lirik ini aku ambil dari dalam 'Comment Section' dari http://ianjs85.blogspot.my/search?q=proton+saga+kelabu

    ReplyDelete
  29. Biarlan Proton kekal sebagai Proton. Jangan sampai menjadi Prochin pula.

    ReplyDelete
  30. Haji Ali12:40 PM

    Terima Kasih sukasamasuka. Terjemahan saya jauh larinya ... '.. dengan gajiku 600 dah mampu beli kereta,dah mampu jalan-jalan bandar dengan isteri..'. Zaman muda 70han aku kerja Gomen gaji 645. Proton belum ada. Masa belajar dulu orang hitam suka 'look-down' negara aku kerana tak ada kereta sendiri. Now dah ada dah kena jual. Malu lagi sekalik. Betullah Najib ni!..

    ReplyDelete