Sunday, June 11, 2017

Insentif Peneroka Felda Daripada Titik Peluh Sendiri



A Kadir Jasin


ALHAMDULILLAH, peneroka Felda dapat balik hasil penat lelah, peluh dan air mata mereka apabila Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak umum Insentif Raya RM500 satu keluarga semalam.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Selain itu, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang sedang dilanda krisis kepemimpinan akan beri “dividen” RM280 kepada setiap peneroka.

Pembayaran insentif babitkan peruntukan RM47.28 juta manakala “dividen” berjumlah RM26.4 juta. Seramai 94,555 orang peneroka akan dapat dua bayaran itu.

Insentif Raya menjelang pilihan raya
Pemberian lain daripada penat lelah peneroka Felda dan duit pembayar cukai yang Najib umumkan adalah:

# Pemberian sagu hati, RM500 kepada imam, RM400 kepada pengerusi masjid, RM300 kepada bilal dan RM200 kepada siak yang jumlah besarnya RM674,400 manakala bagi “surau utama” imam akan dapat sagu hati RM500 dan bilal RM300.

#Insentif khas di antara 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok kepada 3,625 kakitangan Felda bulan ini.

# Insentif tambahan sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok kepada petugas barisan hadapan iaitu kakitangan rancangan.

#Empat rancangan Felda dalam kawasan Parlimen Tenggara iaitu Bukit Ramon dibagi peruntukan RM1.35 juta, Pasir Raja (RM700,00), Sungai Sayong (RM2.2 juta) dan Bukit Besar (RM2.2 juta) untuk bina jalan 13.7 kilometer.

Berucap di majlis Sambutan Ihya' Rahmat Ramadan Felda peringkat kebangsaan di Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor Najib berkata: "Bayaran insentif Hari Raya ini, saya mahu jelaskan, kita akan bayar kepada semua yang berurusan dengan Felda sahaja...yang tidak berurusan, hendak saman Felda, minta maaflah...tidak termasuk."

Maksudnya ada peneroka dan anak pinak mereka yang tak dapat, iaitu mereka yang tidak berurusan (dengan Felda) dan yang hendak saman Felda.

Hakikatnya, insentif yang Najib umumkan itu ditanggung sendiri oleh peneroka dan oleh pembayar cukai. Namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda.

Beban hutang luar biasa peneroka
Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.

Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum, dana pembukaan tanah, tanam semula, pendidikan tinggi, beli komputer, insentif usahawan dan ubah suai rumah.

Ditambat Dengan Hutang

Ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan Felda.

Apabila Almarhum Tun Abdul Razak Hussein wujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), tujuannya adalah untuk hapuskan kemiskinan, keberhutangan (indebtedness) dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin.

Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka. Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang. Malah hutang mereka lebih besar. Kalau dulu mereka berhutang kepada ceti, sekarang mereka berhutang kepada Felda.

Sama ada disengajakan atau kebetulan, sistem hutang dalam Felda menjadikan peneroka “hamba” kepada Felda dan  kerajaan.

Keadaan ini dieksploitasi oleh Umno/BN untuk memeras ugut peneroka supaya mengundinya.

Lingkaran ganas (vicious cycle) ini akan pecah hanyalah jika peneroka berani membebaskan diri daripada belenggu hegemoni Umno/BN.

Wallahuaklam.

20 comments:

  1. Kita tidak perlu simpati sangat dengan peneroka kerana mereka sendiri telah bersetuju dengan memilih BN.

    Dalam lain perkataan, sikap orang Melayu ialah mereka malas nak fikir sangat procedure dan process, yang mereka nak tahu, hujungnya, berapa saya dapat???

    Oleh itu menjelang raya mereka akan dapat lebih kurang RM780, kata mereka, siapa nak bagi?

    Terima kasih umno..

    # Itulah nilai mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong lagi amat bersetuju dgn pandangan tuan.

      Delete
  2. Salam Dato,
    Begitu lah kehidupan orang melayu Felda dibawah UMNO Dato,.
    Bukan makin baik tapi nampaknya makin melingkop. Kesian saudara saudara kita kat rancangan Felda tu.
    Dah ada KPF yg mendatangkan keintungan yg lumayan kepada mereka, gatai gatai di buat FGV pulak. Last last bukan laba yg mereka dapat tapi bala yg diterima. Kalau tak ubah jugak kali ni tak tau dah nak kata apa lagi. Lingkop teruih la Felda tu lagi baik.

    ReplyDelete
  3. adion8:56 AM

    najib berteriak teriak dengan bangganya kepada peneroka felda yang akan diberi "dividen $280" dan insentif raya $500 kepada setiap keluarga.

    apakah dia rasa dan faham bahawa teriakan habuan nya itu lebih menyakitkan terutama peneroka yg sudah tua akibat hutang mereka kepada felda yang jauh lebih besar akibat sikap tidak peka pihak pengurusan dan juga pemimpin kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Zalman A1:09 PM


    Datuk,

    More bribes from "Cash Is King" MO1.

    Sadly people go for short term gain.

    Many FELDA folk will vote from gratitude.

    Just the BOD of 1MDB, the people who abused FELDA would be doing jail time in any civilised country, but Malaysia is not a civilised country.

    Malaysia is a highly corrupt, 4th world mentality country.

    Why don't Bersatu & PH start their manifesto with a policy for FELDA.

    Choose someone to be Shadow Agriculture minister.

    Right now, FELDA is under PMO, and anything under PMO becomes a victim of MO1's theft.

    Tell the FELDA folk that under PH, the governance and policies will improve.

    Tell them not to sell their children's futures for RM500.



    ReplyDelete
  5. Catatan peribadi.

    Dalam segala kejadian ada hikmah. Almarhum ayah saya sangat kecewa apabila permohonannya masuk rancangan tanah LKTP ditolak. Alasannya ayah saya ada tanah walaupun tidak seluas tanah rancangan. Dia lagi hampa bila kawan-kawannya yang bukan petani tetapi peniaga dan tukang gunting berjaya.

    Tetapi menoleh ke belakang ayah saya sebenarnya bernasib baik. Dia mati tidak berhutang dan anak-anak pun boleh dikira berjaya juga. Kawan-kawannya di Felda mati lebih awal dan muda kerana kencing manis, sakit jantung dan strok. Bila mati mereka tinggal hutang.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  6. sukasamasuka9:18 PM

    Datuk,

    Siapa kasi dapat duit tunai time time kering begini Datuk, siok juga dapat duit raya...kira Ang Pow la tu...syukur!

    Rezeki jangan ditolak, bala jangan di cari...begitu la orang kata.

    Siapa suruh Datuk jadi wartawan, cuba jadi orang Felda, ada juga terpelenting walaupun sikit, itu nama nya rezeki Datuk.

    Kapada warga2 Felda, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia.

    ReplyDelete
  7. sukasamasuka10:20 PM

    Datuk,

    "Namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda.

    Beban hutang luar biasa peneroka
    Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.

    Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum..."


    1. FGV ini adalah kerja sial (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak sebelum PRU13...sebiji macam 1MDB....untuk mengaut kekayan untuk segelintir kaum2 Melayu dalam UMNO yang pintar2 saja.

    2. Semua asset Felda dari hasil titik peluh peneroka asal Felda dan bukan peneroka Felda (tetapi kakitangan Felda) telah di jadikan kertas atau unit sebanyak 2,188,890,900 ORDINARY SHARES RM1 tiap satu. (1)

    3. Setiap unit di jual pada RM4.55 satu.

    4. Peneroka2 asal Felda dan kakitangan Felda yang bertungkus lumus siang malam hanya dapat 9% (200,648,000 units) sahaja dari jumlah unit2 tersebut. (1)

    Kerja gila juga si Najib ni.

    5. Tapi yang dapat itu pun bukannya free. Kena bayar RM4.55 seunit atau berhutang nak beli saham.

    6. Kalau harga hari ini seunit sudah jatuh merundum kepada RM1.66...aku rasa seeokor orang Felda pun tidak ada pegang saham dah...siang2 mereka kena jual.

    7. Kalau jual masa harga RM4.55 seunit, kira2nya tak untung, tetapi tak juga rugi.

    8. Tetapi, kalau pada harga sekarang RM1.66, hutang beli saham mampus nak bayar...silap2 tapak tanah 15 ekar pun tergadai sama.

    9. Jadi kalau dulu peneroka ada tanah, ada rumah, ada banyak bini...sekarang tinggal biji la...tapi, kalau biji tua siapa mau.

    10. Kenapa selepas ada FGV, Malaysia jatuh...bukan lagi pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia?

    11. Macam mana Felda nak berfungi kalau Pengerusi sudah telan RM1 juta dari duit curi si Najib?

    12. Dengar2 lagi, Felda ada share dalam FGV...tetapi, rupa2nya sejak 2012, Felda appointed Directors tak ada dalam FGV...bukan la isu ni besar sangat, kira ini kan korporat Melayu UMNO la konon...main hentam2 suka hati saja...kalau ada kekosongan, aku pun mau apply la, dapat juga gaji buta.

    13. Felda ada assets macam TIA...FGV tak ada apa, atas kertas saja macam 1MDB la, tiba2 assets dia berbilion2.

    14. Secara kasarnya, FGV yang ada harta sebanyak RM10 billion sebelum PRU13, sekarang hanya tinggal tulang rangka saja, iaitu RM3.6 billion?

    15. Dengan sekelip mata saja, anakharamzadah dari Pekan ini buat kita miskin dan hilang nilai harta negara sebanyak 6.4 billion!!!!

    16. Apa ka peneroka2 Felda dan kakitangan Felda harus di persalahkan?...atau angkara pembesar2 jahanam dari UMNO..yang rata2 macam kaparat!




    (1) https://klse.i3investor.com/servlets/stk/ipo/5222.jsp

    ReplyDelete
  8. Kadiag, salaam.
    Hampa jugak almarhum Pak Jasin no... tapi alHamdulillah dia dapat bina kehidopan sendiri dan bejaya mengolah yg baik untuk anak2 dia.
    Lagi manih, tak payah hutang ratuih ratuih ribu. Aku ingat memang sudah dibina satu 'ketentuan', atau "truism" pokok keluag hasil untok 30 taun, lebih korang sama tempoh nak langsai hutang, kumudian kena tanam semula.... hutang balik, dgn macam2 ma'nikam potongan, jadi tempoh bayag balik semakin panjang semakin panjang, sampai rasa cukop tecemkam se akan 'hamba tebusan' di zaman dolu2.
    DiKelantan, awai 80an, kami tunggu laa orang pejabat petanian janji nak antag baja padi sabsidi, tapi sampai ke sudah tak mai mai, orang kata sebab kami orang PAS (masa tu). Namun orang2 tua dapat jugak tunai haji di Makkah.

    Aku nampak macam tu Kadiag, mola2 jadi mangsa adalah kelompok masyarakat yg paling lemah, macam bayi2 yg di buang dlm tong sampah, dlm saloran tangki najih.... dan lebih terok yg digugog masa masih janin.
    Masa kecik2 dolu, kita di gerun dgn cerita musyrik quraish tanam anak pompuan depa hidop2.
    Di Mesir dolu kala, bayi jantan yg di cari dan dibunoh ataih perintah Fira'un.
    Laa ni, di Malaya, tak kira jantina, depa ingat nak bunoh, depa bunoh. Dan laa ni, tak kira besag ka kecik ka, budak tafiz maut, lepaih disebat bekali kali, sampai jadi darah beku dan dipotong kaki, siswa unibersiti pon dibunuh...
    Jadi kalu kelompok peneroka pulak di noda, memang manasabah sebab depa dlm keadaan amat lemah dan selalu jugak jadi sasaran 'aktivis' parti2 pembangkang pasai nampak macam 'fixed deposit' UMNO.
    Melayu bukan peneroka juga jadi mangsa melalui 'penodaan' Tabung haji, Tabung pencen, KWSP, MARA....temasok selingkohan parti2 politik orang2 melayu.

    Dolu2 ada sorang pensyarah unibesiti mengemuka satu 'hipotesis' yg melayu menjadi satu bangsa, satu temadun kerana Islam adalah teraih, tapi rata2 masyarakat melayu telah mensampingkan Islam, tak indah lagi pada ajaran2 dan rukun2 Islam... maka gelonsog baliklah depa jadi masyarakat jahiliah atau kehewanan (yg munkin dlm basa hang, makanan ruji kaum elit depa adalah dedak).
    Macam tu laa begitu lemahnya sebagian besag masyarakat melayu di sia2kan, dipebodohkan dan disingkiag. Barangkali jugak macam depa dah begitu lama sinkiag Islam....

    Maghap no.
    Aku

    ReplyDelete
  9. Salam Dato.

    Ini masalahnya bila org Melayu selalu berpuas hati dgn duit Raya..duit bonus..duit insentif...duit sagu hati..atau duit sedekah dan dlm kontek ini Peneroka Felda tidak terkecuali.

    Nmpknya semua kejahatan...kemungkaran..dan penipuan yg telah dilakukan oleh Pengerusi penuh kntroversi kerana terpalit dgn politik wang dan dipilih khas oleh Ketua Melayu yg perangai 2x5 terhadap mereka berkemungkinan dilupakan atau dimaafkan begitu sahaja.

    Ini mcm sudah menjadi tabiat semula jadi Melayu agaknya....bak kata org utara...

    .."janji mashuk...bnyk sikit aku tak peduli...hangpa yg dok bising kat luark tu bukan dpt apa pon....dengkilah tu..sebab tu dok bising.".

    Mcm kata Dato..."siapa nak bagi...'time' nak ghaya pulak tu".

    "Teghima kaseh Najib...teghima kaseh Isa.... hangpa lah Ketua yg cukop paham dgn kebodohan dan ketololan kami...apa yg orghang tuduh hangpa dua buat.. kami tak peduli...janji hangpa tak lupa kami...di 'time2' mcm ni...hangpa memang 'best'..".

    Alahai Melayu...Kesian.

    Logiknya..Penerok Generasi Ke2 ini sepatutnya bertambah senang kerana bapa dulu sudah buat semua tetapi sebaliknya yg terjadi.

    Mana dgn hutang yg hendak dibayar...dan ada anak yg menggangur bertahun2...ada yg kena tangkap polis...kerana berjudi...curi motor...ada yg bermustatin dipusat kerana asyik khayal...dsb.

    'Last2'...yg menjadi bertambah kaya....Isa dan Najib juga.

    ReplyDelete
  10. sukasamasuka10:45 AM

    Datuk,

    "Ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan Felda.

    Apabila Almarhum Tun Abdul Razak Hussein wujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), tujuannya adalah untuk hapuskan kemiskinan, keberhutangan (indebtedness) dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin.

    Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka. Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang..."

    1. Ini adalah suatu pengamatan yang paling tepat sekali Datuk...iaitu mereka terus berhutang.

    2. Sebenarnya apabila mereka2 ini berhutang untuk membeli IPO pada kadar RM4.55, ini adalah hutang yang baik sebab mereka dapat membina asset baru untuk kebaikan mereka juga.

    3. Tetapi, pengurusan FGV sangat lemah sebab pihak atasan bukan ahli perniagaan yang cekap macam Sime Darby, Guthrie, Lam Soon dsbnya.

    4. Orang2 atasan UMNO sudah kenyang masa IPO dulu...banyak yang kenyang masa listing bila saham RM4.55 (harga IPO) melonjak hingga RM5.46 dipasaran Bursa...atau RM0.91, 20% premium(1).

    5. Bila FGV duit banyak, otak orang2 UMNO yang menerajui FGV tiba2 jadi gila...hingga melabur disana sini yang tidak ada kena mengena dengan modal business asal...untuk dapat commission yang mudah...hingga banyak tanah terbiar.

    6. Hanya 20% sahaja tanah Felda di Sabah gunakan untuk tanaman. (2)

    7. Ada 306,000 acres tanah Felda di Sabah. (3)

    8. Jadi bukan saja peneroka asal dan kakitangan Felda mati berhutang bayar saham FGV, tetapi Felda sudh gagal membasmi kemiskinan di Sabah.

    9. Yang ada kerja di ladang2 di Felda Sabah bukan orang tempatan, tetapi kebanyakannya pekerja asing dari Indonesia...jangan hairan pula, ramai mereka2 ini juga sudah jadi pengundi hantu.

    10. Felda Sabah bagaikan anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran...itu la Sabah sebuah negera yang termiskin di Malaysia!

    11. Yang mengaut harta kekayaan Sabah adalah orang Malaya dengan kerjasama barua2 mereka dalam UMNO Sabah.

    12. Mana UMNO Sabah dalam hal ini?..terutama sekali si Bung Mokhtar, kawasan Felda tempat dia sangat la besar...tapi tidak ada peluang pekerjaan untuk anak2 tempatan.

    13. Besar la harapan kita kerajaan baru nanti dapat menyelesaikan masaalah2 pokok ini.

    - mengkaji semula hutang piutang warga Felda terutama sekali yang melibatkan "pendidikan tinggi dan beli komputer"

    - kembalikan tanah Felda yang sebanyak 300,000 ekar itu balik pada rakyat Sabah.

    - mengkaji semula pemberian tanah2 komersial di Sabah untuk ladang2 Tabung Haji, IOI, IJM dll...dimana anak2 Sabah tidak dapat peluang pekerjaan...tetapi, keuntungan berbilion2 di bawa balik ke KL...infrasturktur awam dikawasan2 mereka terbiar.

    - sekali gus, mengkaji semula syarikat2 korporat dan perbankan yang mengaut keuntungan berbillion2 dari Sabah, tetapi KL yang dapat duit...polisi berat sebelah ini mesti dihentikan dengan serta merta tanpa kompromi dalam konteks pasal 20 Perkara didalam Malaysian Agreement 1963.




    (1)http://www.reuters.com/article/us-malaysia-felda-ipo-idUSBRE85R07S20120628

    (2)https://www.borneotoday.net/warisan-to-take-back-felda-land-not-used-for-settlement-schemes/

    (3) http://www.theborneopost.com/2012/02/13/pkr-sabah-demands-return-of-306000-acres-from-felda/

    ReplyDelete
  11. sukasamasuka2:33 PM

    Datuk,

    Terkini..."12th June 2017, KUCHING: The Sarawak state government has decided to withdraw the participation of its representative in Malaysia Tourism Board."

    1. Itu trick lama Menteri2 BN Sarawak kalau sudah dekat2 PRU14.

    2. Konon cerita, ini pasal "Chief" Samseng dari Padas Rengas "marah2" dekat seorang Menteri Pelancongan Sarawak pasal Tourism Tax.

    3. Jadi merajuk la orang BN Sarawak.

    4. Lalu keluar la Sarawak dari Malaysia Tourism Board.

    5. Menteri Pelancongan Sarawak bukan cantik dan anggun macam si Nancy...kena sayang dan selalu dimanja2.

    6. Siapa la peduli kalau Menteri Pelancongan Sarawak merajuk...bukannya hensem, cantik lagi Datuk AKJ.

    7. Lepas ini banyak fulus masuk...susah kalau lelaki merajuk...itu saja la umpan dia untuk Menteri2 BN di Sarawak...fulus ya habibi.

    8. "Chief" nie tau sikit sebanyak perihal politik Sarawak...dia tau Chief-Chief BN Sarawak biasa potong kepala orang, tetapi kalau ada rambut...sangkut dekat hulu parang, simbol kemenangan...tapi, "Chief" siang2 sudah cukur rambut.

    9. Apa kata pantun BN Sarawak...

    Tak ada rambut, bulu pun jadi

    Pasal duit, semua bolih jadi

    10. Disini la letaknya peranan Chief Putrajaya.

    Maruah orang Sarawak murah saja, MO1 bolih dibeli!

    ReplyDelete
  12. Ismail Muda2:48 PM

    Menteri yg jaga felda hanya tahu umum itu dan ini. Tetapi dia tidak kisah bagaimana felda 'bertarung nyawa' mencari sumber dana utk biayai kos operasi setelah tanah milik felda dipajak 99 tahun kpd FGV utk tujuan listing.
    Sejak menjaga felda 2014, tiada satu projek pun yg dilaksanakan utk menjana pendaparan kpd felda...melainkan dana & rezab felda susut hari demi hari..

    ReplyDelete
  13. James Labu3:24 PM



    Orang cina ada berkata kekayaan yang dibina hanya boleh bertahan 3 generasi :

    1. Bapa yang bertungkus lumus bekerja membina dan mengumpul kekayaan.

    2. Anak-anak yang terus mengurus kekayaan peninggalan bapa.

    3. Cucu-cucu yang akan membelanja dan menghabiskannya.


    Saya nampak dalam masyarakat melayu kekayaan hanya bertahan dua generasi sahaja.

    Dalam masyarakat Felda, generasi pertama pun masih berhutang.

    Almarhum Tun Razak yang membina Felda dan Najib yang memusnahkannya.


    Adakah harta kekayaan orang melayu tidak diberkati Allah ?



    ReplyDelete
  14. anak peneroka2:09 AM

    dato

    saya rasa pelik tapi benar.

    fgv dan sime darby adalah satu organisasi besar yang berasaskan perladangan.

    kenapa sime darby berjaya tetapi fgv gagal walaupun saiz tanah @ ladang sime darby lebih kecil.

    ReplyDelete
  15. Ismail Muda11:58 AM

    Pembetulan....Najib jaga felda sejak 2004, bukannya 2014. Maaf

    ReplyDelete
  16. sukasamasuka1:04 PM

    Datuk,

    Ini bukan pandangan saya tetapi yang berdasarkan fakta.

    1. FGV bukan Sime Darby.

    2. Sime Darby ialah sebuah conglomerate atas gabungan perladangan Guthrie dan Golden Hope...ada syarikat2 lain lagi. Ketiga2 company itu adalah asalnya British...diambil alih dari tangan British masa Tun jadi PM dulu...jadi Sime Darby mungkin "masih British" dari segi pengurusannya.

    3. FGV 100% Melayu UMNO...macam 1MDB...tidak ada apa2...berniaga atas angin saja...malahan CEO Sime Darby Mohd Bakke pun dari IMDB juga.

    4. Tujuan FGV ditubuhkan adalah untuk mengambil alih semua harta2 Felda...tanah2 dan kilang2 untuk buat listing di Bursa Saham...cari capital lagi besar, konon nak kasi besar lagi business.

    Tujuan 1MDB pun sama juga, kaut hartanah dari kerajaan dengan harga murah, dinilai dan dijual dengan harga mahal.

    5. Kemana sudah duit Felda dan FGV yang berbillion2 itu selepas listing, itu kena tanya Isa Samad (FGV) dan, Sharir Ahmad (Felda)...dua2 ahli veteran politik UMNO yang korup.

    6. Dari sini kita nampak perbezaan Sime Darby dan FGV...satu business perladangan, yang satu pula satu "vehicle" untuk Najib dan Isa Samad "curi duit", sebiji macam 1MDB la.

    7. Dimana salah satu buah company Sime Darby terlibat dengan Project Bakun dengan Taib Mahmud (orang kuat BN Sarawak yang juga korup, tapi sekarang sudah jadi TYT la)...berbillion2 hilang itu duit...itu kena tanya Musa Hitam (ex Chairman Sime Darby, musuh Tun juga).

    8. Semua pemegang saham besar dalam Sime Darby ada appointed Directors mereka masing2...tetapi, Felda yang jadi pemegang saham terbesar tidak ada Directors mereka dalam FGV...tanya Sharir Ahmad...pelik tapi benar.

    9. Jadi siapa yang buat keputusan dalam FGV?...Isa samad dibawah arahan PM sendiri...kenapa saya berani cakap begini?

    Contoh terbaik ialah bila Najib bagi RM500 duit raya dari duit cukai rakyat.

    Kalau duit RM500 itu dari bapa si Najib atau dari Felda atau dari FGV, aku tak kisah...tetapi, itu duit dari rakyat yang tidak ada kena mengena dengan urusan Felda dan FGV.

    Begitu la cara Najib mengurus harta negara...macam duit bapa dia sendiri.

    10. Olih yg demikian, harta FGV sudah merosot sebanyak RM10.5 billion sekarang...atas kertas...sebab pelabur2 sudah jual saham2 FGV yang tidak ada nilai lagi disebabkan kerugian FGV yang berbillion2 ringgit.

    11. FGV bukan Sime Darby...FGV berjiwakan Melayu UMNO yang diketuai olih MO1...harap2 Sime Darby masih terus berjiwakan "British"...tetapi, kena juga awas2 sebab Pengerusi Sime Darby aku dengar2 si Abdul Ghani Othman...dia nie tukang cat rumah ke? atau loyar? atau tukang musik? mungkin doktor? jangan2 wartawan?


    12. Ini aku dengar, mungkin tidak betul...ada "orang dalam" yang curi buah kelapa sawit di Felda dengan sewenang2nya...tetapi, bukan orang UMNO ....bukan juga si Najib sebab Rosmah memasak lauk pakai minyak kelapa sawit dalam plastik.

    Catitan orang kampung sahaja: semalam kami bergaduh di sebuah pasaraya kecil, mau beli minyak sawit 1kg dalam plastik...minyak subsidi...maklum la dekat raya...seorang dapat 2 plastik saja...aku, anak2, cucu2 dan bini kena berbaris mau dapatkan...tetapi cucu2 aku tak dapat sebab bawah umur...nenek durang marah, lalu campur tangan, kecoh la sikit...itu saja ba yang kami mampu beli.

    ReplyDelete
  17. sukasamasuka8:53 PM

    Datuk,

    1. Dari maklumat yang ada dalam blog Datuk ini, kita dapat suatu bayangan bahawa keadaan peneroka2 asal Felda tidak berubah sejak 58 tahun yang lalu...macam ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    2. Ini bermakna, scheme Felda tidak dapat membasmi kemiskinan bangsa Melayu.

    3. Miskinnya peneroka2 dan kakitangan Felda ini, hingga kerajaan UMNO terpaksa mengambil duit dari cukai rakyat mau bagi bonus sebanyak RM500.

    4. FGV pun kesian juga, sebuah syarikat Melayu yang serba kekurangan, hingga terpaksa mengeluarkan wang untuk kasi bonus walaupun ala kadar, sebanyak RM250 untuk seorang.

    5. Kalau peneroka2 dan kakitangan2 Felda dan FGV, termasuk ahli2 lembaga Pengarah nya sekali sudah miskin papa kedana, kita rakyat biasa memang harus membantu mereka2 yang kurang bernasib baik ini.

    6. Apa ka Datuk mau lancarkan kempen kutip derma untuk orang2 miskin di Felda ini?...saya sedia membantu...ada juga sikit2 kain baju dan selipar kasut yang saya bolih sedekahkan dihari dan bulan baik ini.

    7. Nasib baik juga kita ada pemimpin UMNO macam (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak yang sangat prihatin dan pemurah hati untuk warga2 yang masih hidup serba kekurangan dan miskin dalam scheme Felda dan FGV ini.

    8. Aku rasa tertebus la maruah bangsa Melayu itu dengan sendirinya atas kebijaksanaan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak ini.



    Catitan peribadi tentang maruah bangsa Cina Hakka, bila Auntie aku (my mother's younger sister) tiba2 hantar watsup last week, yang antara lainnya berbunyi:

    Auntie: at the moment u support Tun Mahathir or Najib?

    Aku: ...............

    Auntie: all ur family very support Najib a?

    Aku: ................

    Auntie: me hate people corruption too..of course our XXXXX (name of our Chinese Hakka clan) family members all worked hard we didnt cheating people...u know

    ReplyDelete

  18. CASH IS KING....how our stolen 1MDB money is used.

    To issue cheques from MO1's Ambank account.

    The pre-election cash bonanzas included a RM100,000,000 cheque handed to ‘Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu (UMNO)’ 11th April 2013 a week after the election had been announced. On 22nd April UMNO Malaysia again received two further cheques of RM50 million each.

    Individual cheques were also handed out to all UMNO and related BN divisions, for example Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang received RM15 million on 18th April and the following day, April 19th, UMNO Penang received RM5 million. Kelantan division received RM5 million on 10th April.

    Amongst the many other similar payments was RM5 million both the UMNO state party of Kedah and the MCA Selangor Liason Committee on 8th April and RM20 million to UMNO Selangor on April 24th. UMNO Perak received its handout on April 29th of RM25 million with another five million each going to UMNO Selangor and the MCA Selangor Liason Committee again the following day. Also on 30th April Johor UMNO received RM25 million, less than a week before the election.

    The UMNO womens’ divisions also received significant pay outs, signifying the party’s appreciation of the importance of ‘winning’ the female vote: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia received a RM5 million cheque 27th February and Pergerakan Wanita UMNO Selangor RM1.1 million 22nd March and Wanita Barisan Nasional Selangor RM1 million on 17th May.

    Allied parties also received big money, for example the Liberal Democratic Party received RM1 million 5th April, the Malaysian Indian Congress received RM10 million on the 18th April and a further RM5 million 26th April. SUPP received RM2 million 20th March. The previous year UPCO had received RM2 million, indeed over the election huge sums were dished out to Sabah and particularly Sarawak (of which more later).
    Saudi story

    Since all this money came from stolen public funds, borrowed at punishing rates of interest under false pretenses, the ultimate cost to the Malaysian taxpayer will be at least double the sums handed out in this exercise to buy votes for the ruling party, who was abusing its position in such a spectacular fashion.

    People are entitled to assume that a man who is willing to raid his country’s development fund, as well as the civil servant pension fund, the pilgrims’ fund, the farmers’ fund and doubtless other sources of public money, is unlikely to hesitate to attempt to bribe voters with a little of that money back in the form of payment for votes.

    ReplyDelete