Thursday, June 15, 2017

Isu Qatar: Quran Cerita Tentang Perpecahan Arab



A Kadir Jasin


BANYAK juga orang tanya saya berkenaan perkembangan di Asia Barat dan perhubungan Putrajaya dengan negeri-negeri berautonomi di Borneo.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Minta maaf saya kurang menulis bulan puasa ini. Ada tua, tiga masalah kecil yang besar kesannya.

Pertama tabiat saya menulis di kedai kopi. Oleh sebab Ramadhan, tak berapa elok saya duduk menulis di kedai kopi pada siang hari. Kedua, tahap kesihatan pun jatuh sikit kerana susah makan ubat dan ketiga kegiatan biasa berkaitan bulan puasa.

Berkenaan pemutusan hubungan diplomatik oleh beberapa buah negara Islam, khususnya Arab, dengan Qatar, saya sebenarnya tidak berapa berminat mengulas.

Maaf cakaplah kalau saya kata, pendapat (opinion) saya mengenai bangsa Arab tidak begitu positif.

Walaupun orang Arab yang kita jumpa di masjid di negara kita atau berkenalan secara sambil lewa (casual) di Mekkah adalah baik tetapi sebagai entiti politik mereka bukanlah contoh yang mengagumkan.

Mungkin kita terpaksa melihat bangsa Arab dan politiknya, termasuk cara mereka memonopoli Islam, dengan berbalik kepada sejarah silam.

Al-Quran menceritakan betapa tidak eloknya akhlak orang Arab. Mereka berpecah-belah, berkelompok, bermusuh-musuhan dan tidak bertamadun.

Kalau tidak kerana Nabi Muhammad Rasulullah (SAW) dan al-Quran boleh jadi bangsa Arab sudah lama pupus.

Betapa tidaknya. Mereka menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka. Bila tidak ada wanita, macam mana nak membiak. Bila tidak membiak, jawabnya pupuslah.

Tak tahulah apa pandangan ulama, tok guru, tuan guru dan tok lebai. Tapi itulah pandangan rambang saya apabila mendengar cerita berkenaan akhlak orang Arab zaman jahiliah.

Kalau kita tengok sejarah, kita akan berasa dukacita bahawa zaman kegemilangan Islam di bawah kepemimpinan Arab sangat singkat dan terhad.

Tidak lama selepas kewafatan Rasulullah, umat Islam Arab mula berpecah kerana berebut kuasa. Yang lebih malang bagi Islam ialah perebutan kuasa itu berlaku kerana interpretasi yang berbeza mengenai al-Quran dan Hadis.

Islam menyerlah dan menjadi pencipta ilmu hanyalah apabila ia berkembang keluar daripada Semenanjung Arab ke Afrika Utara, Sepanyol dan Baghdad.

Kepemimpinan moden bangsa Arab menyerlah sedikit selepas Perang Dunia Kedua tetapi bukan atas nama Islam tetapi kerana nasionalisme yang dipimpin oleh nasionalis Arab seperti Gamal Abdel Nasser (Mesir), Ahmed Ben Bella (Algeria) dan Habib Bourguiba (Tunisia).

Mereka adalah antara pemimpin pasca-Perang Dunia Kedua yang menyemarakkan api nasionalisme di jiwa saya sebagai remaja pada tahun 1960’an. Yang lain adalah Sukarno, Fidel Castro dan Ernesto Che Guevara.

Cerita keperwiraan mereka saya baca dalam Utusan Melayu (tulisan jawi) dan Warta Negara serta majalah seperti Mastika dan Dian.

Tetapi era kegemilangan itu pun tidak kekal lama. Kuasa-kuasa besar Perang Dingin (Amerika, Kesatuan Soviet, China dan negara-negara Eropah) berasa terancam dengan nasionalisme Arab dan serentak itu mengidamkan kekayaan minyak bumi Arab.

Mereka mencipta senjata mutakhir bagi memusnahkan bangsa Arab dan sekali gus menghuru-harakan Islam secara total.

Dengan menyalahgunakan mandat Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka mewujudkan Israel di atas bumi yang selama ini dikenali sebagai Palestin. Dalangnya British dan Perancis.

Hari ini, tidak dapat tidak apa saja krisis, peperangan dan penaklukan yang berlaku di dunia Arab adalah kerana dua faktor ini – Israel dan minyak.

Yang lain – raja lawan presiden, syeikh lawan raja, raja lawan sultan – adalah cetusan kegiatan geopolitik yang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Rusia dengan Iran dan China sebagai agitator tambahan.

Tuduhan bahawa Qatar melindungi dan membantu Hamas serta menyokong gerakan ekstremis adalah rai·son d'ê·tre atau alasan bagi menghalalkan tindakan saja.

Qatar terlalu kecil (warganegara 313,000 orang dan pendatang asing 2.3 juta) untuk menjadi ancaman. Yang mungkin menjadi ancaman kepada negara-negara yang memusuhinya ialah tahap kemajuannya.

Pendapatan per kapita nominal Qatar sebanyak AS$68,940 (kira-kira RM310,230) adalah yang keempat tertinggi di dunia. Kalau ikut ukuran pariti kuasa membeli (PPP), Qatar nombor satu di dunia. Kemajuan Qatar boleh menyebabkan negara-negara jiran berasa cemburu dan malu.

NOTA KAKI: Berkenaan pertelingkahan cukai pelancongan di antara Putrajaya dan Sarawak yang dicetuskan oleh “menteri celupar” Nazri Aziz, saya tak perlu komen banyak. Memadailah kalau saya kata ia adalah cerminan tentang betapa kacau-bilau dan tidak berdayanya kepemimpinan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak. Dia hilang kawalan ke atas kabinetnya sendiri sehingga watak seperti Nazri boleh bermaharajalela.

Wallahuaklam.

12 comments:

  1. Hud hud9:06 AM

    Regarding the quality of the Arabs, just compare them with the our very own ASEAN. We are so different from one another in terms of race and religion but we are able to work together more harmoniously than the Arabs ever had. Apart from being the origin of Islam, I don’t have high regards for the Arabs. Perhaps their harsh living environment in the desert make them become who they are. They are so fractious, tribal, short-sighted. Had it not been because of the oil that god has granted them, no one will take notice of them! I really wonder what will happen when the oil runs dry! Even then I wonder how much of that oil generated wealth actually flow to the west via the weapons that were bought.

    ReplyDelete
  2. sukasamasuka10:50 AM

    Datuk,

    - Stok barangan untuk Chinese New Year tahun ini berada dipasaraya 2-3 bulan selepas perayaan tersebut, mungkin orang Cina terasa kesan ekonomi...atau, mungkin juga orang Cina sengaja tak mau spend duit, malas mau bayar GST.

    - Begitu juga, macam kurang meriah Hari Raya tahun ini...kurang orang beli belah...stok2 barang masih mengunung tinggi dipasaraya macam tak laku...mungkin juga gaji belum masuk...atau, sudah terasa barang mahal, jadi kena berjimat2...BRIM sudah masuk ka Datuk?

    Sebab, siiiiiikit saja orang Felda di Sabah...bonus mereka tak jana apa2 pun...90% orang Felda Sabah balik kampong...balik Indon Pak.

    - Kampung kami ni agak terpencil, dekat hutan belantara Borneo, kadang kala ada juga babi hutan dan anak cucu dia keluar dari hutan, bertandang beramai2 kesini, makan angin sambil menjamu selera tanaman jagung, ubi kayu, keladi dan pisang.

    Rasa2nya mau juga pasang perangkap, tapi macam mana mau menghalalkan babi hutan...nama pun babi...kalau bolih tukar nama dia bagus juga...bolih kaitu kalau bolih, kami minta tolong sama orang di Putrajaya tukar nama itu babi ba, macam tukar TIA jadi 1MDB?

    - Tahun nie juga agak sunyi senyap tentang penangkapan orang tak berpuasa...mungkin juga tak ada duit nak makan siang, jadi alang2 bagus puasa saja la.

    - Yang sedih nya, agak kurang sambutan pasar Ramadhan tahun ini...kurang orang...lauk2 mahal...juadah pun mahal...agak sunyi sikit...masih banyak makanan di gerai2 selepas buka puasa...membazir.

    - Kedai2 makan India pun agak sunyi juga kecuali ada satu kedai makanan orang "Kelata" yang agak ramai...hampir semua orang Semenanjung yang datang makan disitu buka puasa...yang peliknya, mereka suka letak pinggin2 lepas makan, gelas2, sudu2 dan alat perkakas dapur ditepi jalan raya untuk dicuci...jadi, aku sempat tanya, bos dia kata tidak ada air sudah lama...aku suka loghat Kelantan dia...nice guy.

    ReplyDelete
  3. Zalman A11:36 AM


    Salam Datuk,

    I hope your health is going well, it is part of patience in the Holy Month that our bodies must endure.

    The Qatar issue certainly demonstrates Trump's naive grasp of politics and his opportunistic nature. The "ganging up" on Qatar is merely a Saudi proxy front against Iran. Now Trump has jeopardised the USA's largest air base in the MENA region. He is not a fit leader nor an intelligent one.

    Interesting take from En. Farouk Peru:

    "Politik Timur Tengah sentiasa bermasalah. Walaupun umat Islam adalah majoriti, konsep kesatuan Islam hanya tinggal slogan sahaja. Bangsa Arab bermusuhan sesama sendiri, memutuskan persahabatan dengan alasan nipis dan berperang tanpa belas kasihan.

    Tetapi, orang Melayu Islam beria-ia mentaksubkan diri mereka kepada bangsa Arab. Mereka setia kepada negara seperti Arab Saudi sampai mereka terus menikus apabila negara itu melanggar hak-hak asasi manusia.

    Sepatutnya, umat Islam yang paling lantang bersuara apabila kezaliman berlaku tetapi oleh kerana sebab tertentu, agamawan Melayu Islam pun terdiam seribu bahasa.

    Hanya beberapa hari lepas, beberapa negara Arab seperti Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Mesir, Libya dan Yaman memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, satu negara kecil di semenanjung Arab. Alasannya ialah Qatar menyokong beberapa kumpulan pengganas, dan menamakan kumpulan seperti Ikhwan Al-Muslimin, Al-Qaeda, IS dan sebagainya.

    Tindakan Arab Saudi ini boleh diungkapkan dengen peribahasa Melayu, mengata dulang, paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih!

    Pada zahirnya, Arab Saudi tidaklah menyokong mana-mana gerakan teroris. Masalah utama dengan Arab Saudi ialah ideologi yang didukungnya iaitu Wahabisme.

    Wahabisme sudah lama meresap masuk ke dalam DNA Islam dunia Melayu. Pada mulanya, kita tidak dapat menangkap ajaran Wahabi.

    Saya meminati bidang ini sejak awal zaman 90an dan memang tidak asing kepada pusat buku Islam di Lembah Klang. Tetapi saya tidak pernah nampak pemikiran yang seperti aliran Wahabi. Jadi dalam taksiran saya, gerakan ini telah menular mungkin hanya 20 tahun yang lampau.

    Satu sebab utama gerakan ini tidak jelas ialah mereka tidak akan menggunakan nama Wahabib (atau nama lain sekarang, “Pak Wahab”!). Malah nama yang dipakai sesama mereka pun, “salaf as-salih” (pengikut generasi pertama Islam), tidak biasa dipakai kerana akan dapat dikesan orang ramai.

    Sebaliknya, mereka menggunakan nama Ahlus Sunnah wal Jamaah sahaja walaupun mereka banyak mengkafirkan golongan tersebut.

    Wahabisme ini bukan mazhab mahu pun puak seperti mana Sunni atau Syiah. Ia adalah satu aliran pemikiran yang sukar kita nampak dan saya akan menerangkan sebab-sebabnya di bawah."


    See:

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/06/14/qatar-saudi-dan-kemaraan-pak-wahab-di-malaysia/


    Do not assume that Saudis are solving problems, without seeing their other motives.


    ReplyDelete
  4. Bangsa Nelayu sendiri jika tanpa Islam, mungkin setaraf atau lebih teruk dari bangsa arab.

    Kemungkinan besar, hanya bangsa cina sahaja yang agak stabil terbentuk atas asas adat dan bangsa, bukan ugama.

    Sebab itu tidak banyak pertelingkahan berlaku antara cina budha dan cina kristian.

    Apapun malu untuk kita mengaku melayu dan Islam secara puratanya kerana kita sudah menjadi juara dalam keruntuhan akhlak dan amanah.

    Kalau seekor kerbau membawa lumpur pun habis semunya terpalit, apatah lagi kalau banyak ekor dan saling sokong menyokong, satu negara terpalit termasuklah bangsa dan ugama.

    Kita ada banyak ulama label, bukan ulama ilmu dan amal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangsa Nelayu sendiri jika tanpa Islam, mungkin setaraf atau lebih teruk dari bangsa arab.saya rasa orang Melayu Malaysia harus tinggal kan fahaman islam ciptaan Arab dan kembali kepada islam berpandukan Quran.

      Delete
  5. Kadiag, Salaam.

    Munkin macam hang jugak aku pon tak berapa peduli kpd sebagian orang Arab laa ni. Macam ramai orang melayu laa ni, ramai orang Arab jugak dah jauh dari ajaran Islam. Wallahua'lam.

    Hanyasanya aku nak coret sikit apa yg tercempera dlm pikiran pasai kementerian Pelancongan.

    1. Pasai ahli parlemen dia yg masyhog tu aku rasa tak payah komen, hanya aku ingat dia dilapog kata dia suka nilai duit Malaya jatuh, pasai ramai pelancong luag negeri nanti mai sini, kenunnya nanti belanja sakan... kesudahannya aku baca jumlah yg mai Malaya jatuh, tapi ramai lagi yg pi Siam dan Singapo yg nilai duit depa semakin mahai.... dan sudahnya jatuh nilai duit Malaya jadi antara punca harga barang naik.

    2. Kenunnya cukai hotel ni nak tampung kewangan, kerana peruntukkan untuk Kementerian tu dikata semakin mengecut. Tapi yg aku tau kementerian ni yg boroih belanja, teringat aku masa kementerian ni dibawah Ah so Ng Yen Yen, dia dilapog belanja lebih RM5 juta diRaub untuk keraian ka apa ka, dan sunggoh pon dah di tolak rakyat Raub, dilantik pulak jadi pengerusi majleh Galak pelancongan Malaya ka apa ka. Gaji dan keraian ('perks') dia sapa bayag? Dan berapa banyak? Dan dah berapa lama?
    Lagi pulak Ah so ni dikatakan ada taraf permastautin tetap di Ostolia pada hai Dr Ting (Pujut) dari DAP dinyahkan dari Dewan Serawak baru2 ni sunggoh pon dikata dia dah bataikan taraf kerakyatan Ostolia dia di taun '14 lagi.

    Pejabat pelancong Malaya ni ada di banyak tempat di donia ni,
    Selain dari Majleh galak pelancong, ada pulak ''tourist development board', 'tourist ambassadors' dan kementerian pelancongan sendiri, Aku pon tak berapa pasti, tapi kemunkinan tindih2 tugaih tu, aiii, takut aku nak sebut. Tak salah aku jugak, hak kena penjara di Sweden dua tiga taun lepaih pasai keh pukui anak tu pangkat 'pengarah', ikut laporan sorat habag.

    3. Masaalah cukai hotel ni aku cukop ngeri, pasai nampak gaya, rakyat Malaya pon akan kena. Bulihlah sapa2 pon buat hujjah nak penaik harga barang lain pulak kod atau buang pekerja.. dolu depa kata orang ramai nak mai Malaya pasai duit morah, laa ni depa nak pekena cukai pulak... haru. Aku tau hotel besag2 dolu, macam Genting dapat pengecualian cukai untok satu tempoh yg panjang, dasag tu ada lagi ka..?
    Macam mana Pak cik Mak cik yg usahakan 'homestay', lagu mana....? Dengag kata yg tepi2 sungai jejaih sikit pasai kencin tikuih... ni pi boh cukai lagi...

    4. Ni pulak geng2 Abang J(Z)ohari dok bunyi lain macam... masa arwah Adenan Satem dolu2 pon dok bunyi Serawak dah untuk orang Serawak, (masa tu pasai nisbah kakitangan Petronas, agihan kontrek ka apa ka...) Kot nanti semakin ligat laa... menteri depa pon munkin ada hujjah atau data2 yg kuat untok tolak menatang cukai ni... yg aku tau anak Abang Hj Openg ni pon mengaji tinggi jugak dan dah lama bepolitik, jadi bila tarik diri serta merta tu ... kod ada mag... na tuu (ajok cakap Pak Ali no). Terasa macam sunggoh Kadiag oi, pasai menteri pelancongan dia tak salah aku sampai ungkit "Malaysia agreement 18 point" tu, yg member tu pi pulak buboh macam ni:

    "Mr Abdul Karim’s comments led to a rebuke from Mr Nazri a day later. He labelled his Sarawak counterpart as inexperienced, and advised him not to behave “like a gangster”.(todayonline.com 15 Jun 2017).

    Maghap Kadiag no, jaga kesihatan tu, hang tu dah cukop 'slim' tu.
    Aku

    ReplyDelete
  6. sukasamasuka2:20 AM

    Datuk,

    1. "Al-Quran menceritakan betapa tidak eloknya akhlak orang Arab. Mereka berpecah-belah, berkelompok, bermusuh-musuhan dan tidak bertamadun."

    - marah anak sindir menantu...macam 1Malaysia!

    - Sebenarnya itu bukan akhlak orang Arab saja, tetapi akhlak manusia amnya yang tidak akan bersatu hingga hari kiamat.

    - Dalam Surah Al-Hujurat: ayat 13, Allah Taala suruh kita kenal2 dan beramah mesra antara satu dengan lain, bukan nya bersatu.

    - "1Malaysia" itu hanya la simbol pembohongan nafsu politik Melayu Islam saja...yang bermahkotakan 1MDB...konsep yang kosong, dicipta olih hawa nafsu politik malahan bertentangan sekali dengan ajaran Islam itu sendiri.

    - Orang2 "Malaysia" tidak akan bersatu walau macam mana pun, Datuk...percaya la.

    - Tetapi, kita bolih "berkenal2an" dan "beramah mesra" antara satu dengan lain tanpa memaksa budaya dan agama kita pada orang lain...dan, mengotakan janji2 walaupun dengan orang kafir.

    - Puak2 Melayu UMNO bertopeng Islam sudah gagal...mereka2 ini pembohong, pecah amanah dan mungkir janji.

    2. "Mereka (Arab sebelum Islam) menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka."

    - Kalau di negara2 Islam, terutama sekali di Malaysia, isu buang bayi berleluasa, aku rasa dinegara2 kafir tentu mereka lagi zalim...aku pernah terdengar bahawa orang kafir suka makan daging baby sausage ...ish! ish! ish!

    - Kabilah2 Arab yang menang perang bukan suka dengan janda Arab, jadi yang tinggal hanya la anak2 perempuan.

    Jadi bapa2 Arab, mungkin lagi baik dia "tanam hidup2" anak2 perempuan mereka...atau "sembunyi dalam lubang hidup2" macam Saddam Hussein...daripada dijadikan hamba2 seks.

    Nota: Istilah "anak2 perempuan" bukan sama dengan "bayi2 perempuan"...anak2 perempuan makna nya sudah jadi perempuan.

    - Kalau kita tinjau sejarah silam, adakah orang2 asal yang beragama hindu, buddha dan pagan..sebelum adanya "Malaysia" dan "Melayu"...yang jadi penghuni wilayah2 di "Tanah Melayu" Semenanjung, Sabah dan Sarawak ini, ada permasaalahan yang serupa?

    Atau, masaalah ini timbul hanya bila Islam itu mula masuk ke wilayah2 ini saja, macam di zaman Arab Jahiliyah dahulu?

    Kena tanya dengan Zakir Naik sebab dia pakar agama2 hindu, buddha dsbnya.

    - Lagi satu, sebelum aku lupa, bukan akhlak semua suku2 kaum Arab "tanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka".

    “Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)

    Ini bukti sejarah dalam hadis...kalau hadis itu bolih digunakan sebagai bahan ilmiah sejarah...yang Arab Quraisy tidak ada adat yang sedemikian rupa sebab "penyayang" itu sudah cukup membuktikan akhlak mereka.

    NOTA LAGI: Bahasa seni seperti peribahasa Melayu bukan senang mau diterjemahkan, contohnya,

    Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kebuluran.

    Orang Inggeris fikir, lebih kurang 1,400 tahun yang lalu, perempuan asal orang Borneo nie jahil sampai sanggup masuk dalam hutan kasi susu anak kera...padahal hutan itu ialah rumah Orang Utan.

    Begitu la juga bahasa al Quran...ianya bukan buku ilmu sejarah, walaupun ada unsur2 sejarah.

    ReplyDelete
  7. Zalman A10:37 AM


    Datuk,

    The 24-hour replacement still ignores MO1's sins:

    The United States Department of Justice (DOJ) may have finally shed light on what happened to the US$620 million that “Malaysian Official 1” (MO1) had returned to his "donor".

    In a latest civil forfeiture suit filing, the DOJ alleged that at least US$27.3 million was used to buy a 22-carat pink diamond pendant and necklace for “MO1's wife.”

    On June 2013, two months before the sum was returned, the DOJ said Low had contacted jeweller Lorraine Schwartz, asking urgently for a diamond necklace with a "18 carrot (sic) pink heart diamond".

    The next month, Schwartz travelled to Monaco with a 22-carat pink diamond, to meet Low as well as then Aabar chief executive officer Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny aboard a yacht.

    Also on board the yacht were the wife of MO1, and her friend - dubbed by the DOJ as "Malaysian Friend".

    On the yacht, the group purportedly discussed the design of the necklace which would hold the pink diamond.

    According to the DOJ, Schwartz's next encounter with MO1's wife was in New York on Sept 28 to show a layout of the necklace's design.

    Najib and his wife Rosmah Mansor were in New York at the time for the UN general assembly. Najib addressed the assembly on Sept 28.

    Besides the US$27.3 million pink diamond necklace, the DOJ also accused Low of purchasing 27 different 18-carat gold necklaces and bracelets for MO1's wife, worth a total of US$1.3 million.

    In the month of Ramadan he issues lies to cover this scandal.

    ReplyDelete
  8. sukasamasuka12:20 PM

    Datuk,

    "NOTA KAKI: Berkenaan pertelingkahan cukai pelancongan di antara Putrajaya dan Sarawak yang dicetuskan oleh “menteri celupar” Nazri Aziz, saya tak perlu komen banyak."

    - Datuk nie "orang tua", tau banyak cerita dan memang bijak.

    - Politik BN Sarawak, terutama sekali PBB senang dibaca, macam ABC.

    - Akhlak atau sifat PBB/BN Sarawak berteraskan semangat pengait (the spirits of Borneo Headhunters)

    - Pengait2 dalam BN Sarawak, bukan pakai cawat dan sumpit macam zaman dulu lagi, dimana mereka potong kepala musuh dan gantung tengkorak2 kepala dalam rumah.

    - Pengait2 setahun jagung macam contoh si Menteri Pelancongan Sarawak, nama nya si Karim kalau tak silap aku, mesti cari satu kepala sebagai "trophy", baru la dia bolih di panggil Pengait.

    - Si Karim sudah dapat satu kepla, tetapi kepla yang tak ada rambut, nilai nya paling bawah, belum cukup markah untuk jadi Pengait...sebab, Pengait perlukan rambut musuh untuk jadi hiasan hulu parang...bulu tak bolih, mau rambut juga...kena faham psikologi pengait.

    - Siapa la Nazri?

    - Nazri kasi 1 kursi Parlimen saja.

    - Kepla Pengait BN Sarawak kasi 25 kursi Parlimen.

    - Kalau Nazri mau tau siapa Samseng Paling Besar di Malaysia, dia kena turun ke Kuching, SEKARANG JUGA!...bukan duduk di Putrajaya sebab di Putrajaya ada Kepla Pencuri, bukan PENGAIT!

    - Tetapi, knowing Nazri, kalau Tun yang sudah tua dan tak ada apa2 pun dia takut, nak jumpa Kepla Pengait jauh sekali la.

    - Nazri...ITU BUMI SARAWAK!

    Welcome to the Land of the Borneo Headhunters!

    ReplyDelete
  9. sukasamasuka1:56 PM

    Datuk,

    "BANYAK juga orang tanya saya berkenaan....perhubungan Putrajaya dengan negeri-negeri berautonomi di Borneo."

    - Kalau politik Sarawak senang kita baca, bagaimana pula dengan politik Sabah?...Lagi la senang, tak payah baca pun kita sudah faham.

    Contohnya, bila Nazri marah Menteri Pelancongan Sarawak, si Rahman Dahalan pula tiba2 ikut campur tanpa hujung pangkalnya sebab dia fikir orang Sabah sama orang Sarawak sama saja.

    Bila Nazri herdik Rahman..si Rahman terus kecut, baru la dia tau yang dia bukan "senior Minister" sama standing dengan si Nazri, tetapi hanya budak suruhan siNajib saja.

    Si Said Keruak pula diam2 sebab dia takut nanti kena label sama dengan si Rahman...jatuh saham mau jadi Sabah's Chief Minister.

    Tetapi, si Nazri tak angkat muka langsung bila Anipah Aman kasi komen...adik CM Sabah tu, siapa berani, nak mampos bolih la.

    - Rahman, Said, Pandikar, Anipah dan Musa bergigit macam anjing liar mau jadi CM...siang2 sudah berkempen habis2an ditempat masing2 mau jadi ADUN.

    It's going to be Pandikar...Musa, ganti TYT...yang lain gulung tikar la kamu.

    Welcome home """uncle""""...............kirim salam sama durang si diana and all.

    - Politik Sabah macam orang Sabah..."Land Below the Wind"...romantik, friendly dan welcoming.

    - UMNO Sabah sebiji macam UMNO Malaya.

    - Kalau PM terkentut, UMNO Sabah akan kata "bolih ba kalau kau bosku, mana mana saja, itu bunyi kentut tatap jadi idaman hati ko...kao kasi kuat2 sikit lagi ba, sia suka dengar"

    - Kalau PM terbirak dalam celana, UMNO Sabah akan kata "sssttt...wangi juga kau punya taik itu bos ku, dimana juga kau dapat? kasi sikit2 ba ke sini, jangan kao makan satu orang saja"

    - Kamu fikir aku main main ba kan...ba begini saja la...semua durang ini ada satu common faktor..si Rahman bajau Tuaran, Said bajau Kota Belud, Pandikar bajau Tenghilan, Anipah dan Musa (adik beradik ni mama bajau Beufort, bapa Pakistan).

    Durang2 ini semua bajau darat...kecuali, si Shafie Apdal, ketua Warisan, dia bajau laut...belum ada bajau udara atau bajau langit di Sabah lagi!

    - KadazanDusun dalam BN pula, hanya sidekick saja, jadi penghias ruang tamu - ada pun ok, tidak ada pun ok - macam si Maximus Ongkili la.

    - PAS Sabah?...toilet tissue lagi penting...tetapi yang ada jenama PAS, kasi free pun orang tak mau pakai.

    ReplyDelete
  10. Zed-855:55 PM

    Sallam Dato’

    Bercerita pasal Tok Arab.

    Mengikut cerita terbaru dari Jabatan Keadilan Amerika (DOJ), duit derma yang dipulangkan balik kepada Tok Arab digunakan oleh Jho Low untuk beli hadian barang kemas dan intan belian.

    Kata duit derma dipulangkan kepada Tok Arab? ... Jho Low bukan Tok Arab. Dia cina tembam mata sepet.

    Mengikut DOJ Amerika, ada wang daripada 1MDB yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan telah digunakan sebagai hadiah barang kemas untuk model cantik Australia terkenal Miranda Kerr.

    Macamana boleh duit 1MDB boleh sampai jadi hadiah pada Miranda Kerr...?

    Apa agaknya pandangan Hadi Awang pasal perkara ini.

    Adakah perlu 4 orang saksi?

    ReplyDelete
  11. 1. Jgn ikut org arab sebab mereka ingkar ttg perkhabaran besar dlm al quran. Sebab mereka ingkar lah nabi tidak dapat menyampaikan perkhabaran besar dgn terang terang.

    2. Sebab itulah dalam al quran telah terbahagi 3 bahagian iaitu penceritaan sejarah para nabi, hukum hakam (yg ahli kitab kata ibu kitab) dan yg ketiga ialah perkhabaran besar iaitu risalah Allah

    3. Org org makrifat atau org yg dlm ilmunya,sahaja tahu yg haq dan batil.

    4. Yg haq adalah risalah Allah iaitu perkhabaran besar yg disampaikan oleh nabi tetapi kaum arab ingkar.

    5. Sehubungan itu ahli kitab di malaysia jangan lah islam ikut ikutan dgn budaya arab. Cari lah guru musyid iaitu org org makrifat yg dah kenal mna yg haq dan batil...

    6. Sebab di tanah melayu ada org yg berilmu tetapi disebabkan ulama syariat atau pembesar agama tak kenal ilmu risalah allah, kini kita banyak sgt kebatilan dan berlebihan dlm byk perkara..

    7. Peperangan di dunia skrg boleh dicegah jika mereka tahu ilmu pusaka nabi ini (perkhabaran besar) yg telah berdiam diri 1400 tahun.

    8. Mudah mudahan dgn doa org org makrifat, malaysia terus mendapat rahmat tetapi jika pembesar agama masih degil atau masih buta ayat ayat tuhan, iaitu wahai ahli kitab jgn campur yg haq dan batil sedangkan mereka mengetahui. Allah maha mengetahui dan maha berkuasa....hehe

    ReplyDelete