A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
APAKAH benar Pengerusi
Perhubungan Umno Kelantan, (Datuk Seri) Mustapa Mohamed aka Tok Pa, telah memberontak
terhadap bosnya (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone
Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak?
Mustapa dengan pemimpin Umno Kelantan |
Banyak orang
mungkin terlepas pandang akan keberanian luar biasa yang tiba-tiba dipamerkan
oleh Mustapa di arena politik Umno sejak kebelakangan ini.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau
samaran.]
Ahli Majlis
Tertinggi Umno merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah
membuat beberapa kenyataan yang inti patinya adalah Barisan Nasional akan
berusaha keras merampas Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya umum tahun
ini.
Boleh jadi banyak
orang tidak perasan atau tidak begitu peduli kerana Mustapa telah membuat
kenyataan yang serupa dalam beberapa PRU sebelum ini tetapi gagal merampas balik negeri itu.
Hanya mereka yang
mengetahui latar belakang kepada kenyataan Mustapa itu sahaja akan menyedari
keberanian beliau secara tiba-tiba itu.
Apa latar
belakangnya?
Jawapannya adalah pendirian Presiden Umno berkaitan Kelantan. Beliau dikhabarkan telah membuat keputusan “menyerahkan” Kelantan
kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya
Umno-PAS.
Dikhabarkan lagi,
keputusan itu dibuat secara bersendirian tanpa berunding dengan kepemimpinan
Umno Kelantan kecuali sekerat dua yang intim dengan beliau. Ini telah
menimbulkan ketidakpuasan hati para pemimpin Umno Kelantan yang lain, termasuk
Mustapa.
Itulah konon ceritanya.
Sumber bukan Umno dan bukan PAS tetapi rapat dengan Mustapa berkata, beliau
tekad untuk membantah tindakan unilateral Najib itu dan ini dilakukannya dengan
meminta bantuan putera politik Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.
Najib tidak boleh kata “no” kepada Ku Li sama ada kerana hormat kepada
mentornya itu atau mengakui bahawa dalam Umno, Ku Li masih ada sedikit kuasa untuk
“eye-balling” (jege) beliau.
Jadi suka tidak suka, Najib dikatakan terpaksa berunding dengan Ku Li dan
Mustapa di rumah Ku Li di Jalan Langgak Golf off Jalan Tun Abdul Razak.
Berbalik kepada apa yang disifatkan sebagai perjanjian rahsia Najib-PAS itu,
beliau dikatakan telah bersetuju untuk tidak cuba merampas Kelantan daripada PAS.
Sebaliknya bersedia memberi laluan mudah supaya PAS menang 40 kerusi Dewan
Rakyat.
Apakah ini benar?
Banyak orang mungkin cenderung mempercayai teori ini
memandangkan keakraban Najib dengan teman sehati sejiwanya, (Datuk Seri) Abdul
Hadi Awang, Presiden PAS.
Tujuan Najib adalah menjadikan PAS “kaki kacau” kerana beliau lebih takut
kepada Pakatan Harapan (PH), khususnya PPBM, daripada PAS. Najib tahu PAS lemah selepas penyingkiran golongan bukan agama dan penubuhan parti Amanah.
Kita lihat bagaimana Umno dan PAS telah masuk gear empat menakut-nakutkan orang Melayu
luar bandar dan peneroka Felda bahawa jika PH menang DAP akan kuasai kerajaan.
Tetapi mereka tidaklah hebahkan yang DAP hanya bertanding 37 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. Yang
penting bagi Umno dan PAS adalah pembohongan mereka itu dipercayai oleh orang
Melayu.
Dalam pemikiran mereka, orang Melayu luar bandar dan peneroka Felda
boleh diperbodohkan. Inilah “Islam” PAS dan wassatiyah Umno, iaitu berbohong dan memperbodohkan rakyat jelata.
Manakala Mustapa amat yakin Umno boleh tawan Kelantan, Najib
pula dikatakan telah mengarahkan kajian yang penemuannya menjurus ke arah kegagalan
Umno merampas balik negeri itu.
- Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa wujud satu bentuk persefahaman sulit di antara Najib dengan PAS yang tidak diketahui oleh kepemimpinan Umno tetapi diketahui dan disokong sebulat suara oleh beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang “terhutang budi” kepada Presiden Umno itu.
Sebab itulah mereka begitu lantang menyerang Dr Mahathir dan PH. Musuh
Najib sudah menjadi musuh mereka. Apa yang Dr Mahathir serang seperti skandal
1MDB, GST, skandal Felda/FGV, penjualan aset negara, skandal Tabung Haji dan
banyak lagi semuanya dipertahankan oleh PAS seolah-olah rasuah, penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa adalah halal di sisi Islam yang PAS amalkan.
Tetapi saya rasa pemimpin PAS yang celik hukum amat bimbang dengan
perjalanan kes saman Abdul Hadi terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare
Rewcastle Brown, di mahkamah London. Kes itu mungkin menjadi senjata makan tuan.
Bagi Najib pula, masalah beliau di Amerika menjadi semakin rumit walaupun
telah berjumpa Presiden Donald Trump dan menjanjikan berbilion ringgit
pelaburan dan import bagi memperkukuhkan ekonomi Amerika.
Trump dan Najib: Senyuman penuh muslihat |
Perintah itu mengisytiharkan darurat kebangsaan bersabit pelanggaran serius hak asasi manusia dan rasuah di seluruh pelosok dunia.
Ia memperuntukkan sekatan ke atas pelaku-pelaku perbuatan hina ini dan sekali gus memberi kuasa kepada Jabatan Kewangan Amerika (U.S. Treasury) membekukan harta orang-orang yang melakukan pelanggaran serius hak asasi manusia dan yang terlibat dengan rasuah.
Keakraban Najib-Abdul Hadi tidak dikongsi semua |
Kesimpulannya, sebarang percubaan unilateral oleh Najib untuk berpakat dengan
PAS atau dengan pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS yang termakan budi dengan
beliau pasti mencetuskan masalah.
Ketua-ketua Umno dan PAS yang tidak dibawa berunding pasti tidak puas hati kerana perang Umno-PAS selama ini adalah sumber kuasa dan pendapatan bagi mereka.
Penggiat serta penyokong akar umbi ke dua-dua buah parti yang bermusuhan
begitu lama dan mendapat habuan daripadanya juga tentu tidak akan berdamai dan
berpeluk-pelukan secara spontan macam Najib dan Abdul Hadi berpegangan tangan
dan berganding bahu.
Wallahuaklam.
Bapaknya Kadir,
ReplyDeleteWak enggak terkejut jIka Tok Pa bertindak melawan towkay. Dalam kabinet dapur Najib, Wak berpendapat Tok Pa boleh dikatakan bebas dedak dan skandal dari segi luaran. Sudah sampai masa PH berusaha memujuk Tok Pa agar terjun kapal dengan menjanjikan jawatan MB Kelantan. Wak percaya ramai penyokong UMNO Kelantan akan menyokong beliau. Awang Adik pun boleh dipujuk jika imbuhannya berbaloi. Pikiaq tengok lagu mana.
Selepas jumaat 2 minggu sudah, saya ngeteh dgn pembantu yg sudah bersama TR begitu lama.
ReplyDeletesemasa 'precouncil' yg hanya 5 orang jumlah yg hadir (beliau hadir sama), TR tlh mengemukakan beberapa pertanyaan utk d jwb olih najib.
saya mengenali tok pa sejak saya berkhidmat d bawah nya d treasury. dia lah satu satu nya 'PM material' pd satu ketika dahulu.
di antara najib n tok pa, saya berani kata kan yg TR lebih condong n lebih sedia menerima panadangan n pendirian tok pa.
ReplyDeletesyaitan sedang berpesta,
sijahil menipu dan berdusta,
sialim tersenyum bermuka muka,
demi secebis kuasa dan harta.
syaitan sedang berpesta,
sijahil songlap beribu juta,
sialim tersengeh mendapat sisa,
rakyat marhain semakin derita.
Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum),
ReplyDeleteNih Kadiag nak habag mai, tiap kali hang boh gambag MOI dlm blog coretan hang ni, aku nanti sikit tesentak,
sunggoh pon aku paham para mustahaknya peranan gambag dlm menjayakan satu2 naratif atau jalan cerita...
dan hang memang kerap boh gambag dia ni.
Tapi kali ni macam Mat bin Salih akan kata, hang betoi2 'outdone yourself', nilai strategiknya pada aku, cukop menkagumkan ...
maksud aku yang gambag dia dok pegang tangan kepala parti agama, dlm suasana santai sama2 dok senyum simpoi
dan pakaian orang laa ni kata 'sedondon'....
Bukan 'photoshop' no...? Kelakag habih.
Hang dulu bukan ka kam cheng dgn Mustapha ni....?
Yg aku paham ramai kalangan kepala parti tu hang hulog lebih sikit depa dok diam laa... yg lagi sorang tu, Nuar Musa
tak kata apa ka..? Nampak kalang kabut di MARA macam tak tinggai kesan apa2, kenunnya SPRM pon dah bagi 'OL kelia'.
Kepala2 politik diKelantan ni sebagiannya lain sikit Kadiag... al fulus dan sentimen (atau persepsi) masih main peranan besag.
Terima kasih Kadiag dan jaga diri baik2,
mohon maghap no.
Aku
Belum pernah dengar lagi tok pa memberontak dengan boss. Antara org umno yg dipilih lebih clean dari pak lah. Dia juga amat cermat dalam perkataan dan perlakuan. Dia mengalahkan semua mereka yg berada di atasnya. Cuma lemahnya dia ialah, mulutnya juga terkunci untuk memerangi kemungkaran.
ReplyDeleteITULAH DIA TOK PA..
Datok Mustapa kena pertimbangkan samada Umno BN masih bolih menang di Putrajaya. Kalau tak bolih untuk apa masih bersama Umno. Kalau menangpun di Kelantan tapi tak di Putrajaya apa gunanya. Lebeh baiklah bawa orang orang dia masuk PPBM atau Amanah. Saya rasa PH akan berbesar hati untuk menerima mereka mereka ini. Soal siapa menjadi calon bolih diatasi asal formulanya ialah siapa yang mempunyai peluang paling baik untuk menang dan bukan parti siapa yang kuat dll. Kalau beliau berbuat demikian Kelantan pasti akan jatuh dari tangan Pas. Saya lebeh suka melihat Husam menjadi MB walaupun beliau tentunya amat gembira kalau dapat menjadi menteri dibawah TDM.
ReplyDeleteMana lebih baik umno rampas Kelantan dengan hilang kerajaan persekutuan. Inilah yang difikirkan oleh Datuk Seri MOhd Najib Razak.
ReplyDeleteUmno Dapat kelantan dan hilang kerajaan persekutuan yang mesti ada dalam Fikiran semua orang Melayu, lebih lebih lagi misi dan visi umno ialah memperjuangkan bangsa agama dan negara.
Perdana menteri punya fikiran lebih baik tak dapat kelantan daripada hilang kerajaan persekutuan.
Tak dapat maruah umno dan melayu masih boleh dipertahankan lagi, akan tetapi hilang kerajaan persekutuan melayu akan jadi melayu di Sangapura.
Kerajaan persekutuan akan jadi macam kerajaan pulau Pinang. Islam akan terpinggir dan Melayu menjadi mangsa yang lebih buruk berbanding semasa berada di bahawa kerajaan umno.BN.
Memang Melayu sudah berada dalam kaadaan buruk,akan tetapi apabila berada diabwah kerajaaan pakatan harapan ia akan lebih buruk lagi.Melayu akan jadi tali baruk DAP, macam melayu yang pernah jadi tali baruk kepada bintang tiga dahulu.
Maaf cakap Tuan Abdullah Ngah. Baru sekarang nak cakap pasal kalau UMNo tewas benda ni akan jadi, benda itu akan berlaku. Kami(rakyat) dah bagi mandat PRU yang lepas dan lepas-lepas, apasal tak perintah dan jaga rakyat elok-elok.Kenapa pulak kami(rakyat) di persalahkan dan di pertanggungjawabkan sekiranya sesuatu yang lebih buruk berlaku jika BN( baca UMNo) kalah kali ini.Sekiranya BN kalah, bukankah itu juga merupakan satu 'tanggungjawab' parti keramat yang gagal menjalankan amanah,tanggungjawab,harapan kita selama ini. Masih nak salahkan org lain??? ... Ish,ish,ish
DeleteSalah seorang penyokong 'berkarat' UMNO.
DeleteAsyik kena kencing dgn najib kalau bn kalah melayu merempat.
Tak faham ka yg DAP hanya bertanding 35 kerusi parliment ja..
Hidup Pakatan Harapan,Hidup Warisan
ReplyDeleteBanyak sangat andaian dan kesimpulan yang mengelirukan, tak sesuai tokoh wartawan menulis serupa ini
ReplyDeleteHang tak faham lagi ilmu politik la kawan...
DeletePi belajaq dgn Ts Zam dulu.
Ts Zam dgn Dato kadiaq ni la pakar strategi Dan perangsaraf UMNO dulu.
Nicks, Jamaludin tu x belajaq sains. Tu la dia tak faham penggunaan andaian dalam kehidupan.
DeleteMasa Tun M jd PM, MCA, MIC dan Gerakan menang la jg. Masa najib, merudum. Mana najib pi mesti ada RM kat sebelah dia. Sebab tu mudah bg peruntukan dekat nak habis nyawa.
Abdullah Ngah, kamu nilah yang dikatakan KATAK BAWAH TEMPURUNG.
ReplyDeleteDuduk bawah tempurung, ada hati nak cerita pasal dunia!!!!
Melayu Singapura jauh lebih maju daripada Melayu Malaysia.
Kamu ingat mudah ke nak berjuang dalam dunia di mana
semua orang menari di atas tanah yang sama rata.....?????
Mereka jauh lebih matang, lebih kuat berusaha dan berjaya.
Mereka tidak hidup menadah tangan.
Mereka berusaha untuk berjaya, sama macam Melayu di Ostralia,
UK, US dan Eropah. Semuanya berjuang untuk hidup dan akhirnya
menjadi manusia lebih matang dan bermaruah.
Harap di baswah pemerentahan PH, Melayu akan bangkit penuh bermaruah.
Berjuang dia tas tanah sama rata dengan bangsa lain.
Yang penting, jangan harta kita di FELDA, PNG, TAB UNG HAJI dijadikan
seperti bank untuk mengeluarkan duit sesuka hati.
Curi duit di KWSP dan Tab ung pencen
Buat perniagaan buluh kasap 1MDB dengan tujuan bukan nak meniaga,
tapi nak mencuri duit rakyat.
Di mana letaknya maruah Melayu.....???????
Cakaplah terus terang, kamu nak hidup disuap dengan dedak
sepan jang hayat.
Kan senang.
Sekali MO1 hantar kucing dia "si Kiki", terus Tok Pa tunduk senyap.
ReplyDeleteSaya setuju dengan telahan Datuk, warlords peringkat akar umbi UMNO dan PAS di Kelantan akan kurang laba mereka jika UMNO dan PAS bekerjasama dalam PRU. Kumpulan inilah yang merancakkan politik Melayu di Kelantan.
ReplyDeleteSetakat ini, jarang-jarang kita dengar Hadi Awang keluarkan kata-kata yang kurang manis kepada Najib.
ReplyDeleteMeriam PAS banyak menghala kepada Pakatan Harapan daripada hala kepada BN.
Orang PAS pun nampaknya kurang minat terhadap soal-soal harga barang tinggi, rasuah tinggi, dan lain-lain masalah rakyat.
Kalau PAS tidak begitu minat dengan masalah rakyat, buat apa nak undi PAS ya?
Patutla Tok Pa mahu jatuhkan PAS kerana dia tahu PAS tak baik untuk Kelantan.
Saudara Abdullah Ngah,
ReplyDeleteSaudara kata orang melayu Singapura tak bagus.
Baru-baru ini, PM Najib pergi Singapura, Presiden barunya orang melayu, heran juga negara majoritinya orang cina, orang melayu tak samapai 20% tapi orang melayu jadi Presiden yang baru.
Kalau Saudara Abdullah Ngah pergi ke JB, banyak restoran orang melayu bercambah, yang datang ramai juga orang melayu Singapura tayang kereta dan motor-motor besar.
Orang melayu JB datang dengan motor kapcai parking sebelah motor orang melayu Singapura besar-besar belaka.
Kalau duit jangan cakaplah sekarang ini duit Singapore 3 kali ganda lebih besar.
Agaknya cerita pasal orang melayu Singapore ini cerita dongeng tak?