A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
DALAM tampalan di
dinding Facebook saya semalam, saya menulis: “Di Konvensyen Pakatan Harapan
2018. Calon PM: Dr Mahathir Mohamad. Calon TPM: Dr Wan Azizah Wan Ismail.”
Pakatan Harapan janji perubahan |
Suara penghebah, ((Datuk)
Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH)) tenggelam apabila dewan
persidangan IDCC, Shah Alam, meledak dengan sorak rosai dan tepukan gemuruh perwakilan
disertai dengan asakan para jurugambar media untuk merakamkan “the best shot of
the occasion”.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali menitiskan air mata sambil didakap oleh Dr Wan Azizah. Tetapi bukan Dr Siti
Hasmah seorang yang menitiskan air mata. Ramai yang turut dilanda emosi dan
mengalirkan air mata gembira.
Yang tidak gembira adalah Umno dan Barisan Nasional serta alat-alat propaganda mereka.
Maka tidak hairanlah apabila
seorang laskar siber mereka pantas menjawab tampalan saya dengan komen: “Apa fasal
tidak pilih Dr Chen Man Hin sebagai DPM ll? Umur dia dalam band umur PM pasca
PH menang majoriti PRUXIV nanti.”
Bukan dia sahaja malah
keseluruhan gerombolannya - daripada yang duduk “berwassap” di warung tepi longkang
sambil minum kopi murah hingga yang duduk di kerusi empuk cigar bar sambil menghisap
cerut Cohiba buatan Cuba yang amat mahal harganya - pasti kecewa dengan
perkembangan itu.
Walaupun mereka melambakkan sosial media dengan caci maki dan carta warna-warni memuji kehebatan
Umno-Barisan Nasional, realitinya mereka dilanda ketakutan yang amat
sangat.
Mereka menggeletar dan boleh jadi ada anggota badan mereka yang kecut ibarat lelaki gagah yang tiba-tiba
diserang sindrom koro. Sesiapa yang berminat mengenai sindrom koro boleh baca di sini.
Dua Doktor Dalam Parti
Gandingan dua orang doktor
perubatan itu bererti penjelmaan semula – selepas hampir 20 tahun - gabungan luar
biasa Mahathir-Anwar Ibrahim.
Sebagai seorang yang
bernasib baik (atau buruk) berada dalam kedua-dua era itu (1982-1988 dan
sekarang), saya rasa saya cukup faham dengan sentimen yang melanda Umno-BN dan
rakan pilihan raya mereka, Parti Islam se-Malaysia (PAS) berikutan Konvensyen PH
itu.
Presiden Umno merangkap
Pengerusi BN dan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak pasti lebih
daripada sedar implikasi gabungan itu kerana beliau sendiri adalah serpihan era
gemilang Mahathir-Anwar.
Saya berada dalam sidang
akhbar di Jabatan Perdana Menteri lama di Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur apabila
Dr Mahathir memperkenalkan Anwar sebagai “the newest member of Umno” (ahli
terbaharu Umno) pada awal tahun 1982.
1982: Sidang akhbar penyertaan Anwas dalam Umno |
Saya berada di Rumah Sabah,
Jalan Ampang pada malam pilihan raya umum 1982 – PRU sulung Dr Mahathir sebagai
Perdana Menteri – apabila beliau menyifatkan kejayaan Anwar merampas Permatang
Pauh daripada PAS sebagai anak ayam baru tumbuh bulu pahat tetapi sudah
diterima rakyat.
Malangnya, saya juga
berada di situ apabila Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998.
Seboleh-bolehnya Dr Mahathir tidak mahu memecat Anwar. Tetapi dalam kepanasan
keadaan pada waktu itu, banyak perkara yang sepatutnya berlaku tidak berlaku
dan yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.
Sedikit sebanyak saya terperangkap
dalam peristiwa itu atas kapasiti saya sebagai Pengarang Kumpulan akhbar-akhbar
berbahasa Inggeris Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan “empat budak Melayu”
yang terlibat membuat pembelian pengurusan (management buy-out/MBO) ke atas
NSTP.
Pada tahun 2000 saya meletak jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP kerana saya merasakan bahawa “tuntutan”
oleh sebahagian kepemimpinan Umno mengenai cara menangani “isu Anwar” adalah di
luar kemampuan saya untuk melaksanakannya tanpa mengorbankan idealisme dan etika
kewartawanan.
Janji perpisahan saya kepada
Dr Mahathir apabila saya memaklumkan kepada beliau keputusan saya untuk
meletak jawatan adalah “we shall remain friends” (kita akan kekal bersahabat).
Saya juga berada di situ
apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004 atas keputusan mahkamah.
Saya mengunjungi beliau pada sebelah petang hari beliau dibebaskan dan menulis
sebuah rencana dalam majalah Business Times mengatakan bahawa ini bukan kali
terakhir kita melihat Anwar.
Tetapi apa yang berlaku
semalam adalah lebih daripada “sequel” kepada apa yang selama ini saya labelkan
sebagai “cinta lara Mahathir-Anwar.”
Ia pastinya bukan
mengenai Dr Mahathir dan Anwar semata-mata. Bukan nostalgia tentang hari-hari
yang telah berlalu apatah lagi kerana gilakan kuasa. Dan tidak sekali-kali kerana
cemburukan Najib yang merah bibirnya dan mewah hidupnya.
Ia adalah kemuncak kepada
satu siri percambahan minda, tolak ansur dan pengorbanan yang melibatkan banyak
pihak - daripada kalangan politik kepada badan-badan bukan kerajaan, cendekiawan
dan seorang ilmuwan buta yang dalam kegelapan dunianya percaya wajib ada cahaya
di hujung terowong.
Semua itu atas landasan
dan kesedaran bahawa Malaysia dan rakyat jelatanya perlu diselamatkan daripada pemerintahan
oleh pencuri (kleptokrasi) yang sedang memufliskan negara dan menjadikan Malaysia
negara paria.
Pakatan Harapan adalah
jawapan mutakhir kepada segala percubaan yang sebelum ini menemui jalan buntu –
daripada usaha mengubah dari dalam kepada titah Raja-raja Melayu, undi tidak
percaya dan akhir sekali Deklarasi Rakyat oleh lebih sejuta peserta yang semuanya
dibakulsampahkan oleh Kleptokrat MO1 dan konco-konconya.
Malah melihat kepada apa
yang telah dan sedang dilakukan oleh kleptokrat - daripada melacurkan institusi
pentadbiran kepada menjual dan menggadaikan harta negara, membebankan rakyat
jelata dengan hutang dan cukai, menyogok peneroka Felda dan orang kampung dengan
dedak sambil merompak harta yang diamanahkan untuk mereka, tidur sebantal
dengan Parti Komunis China dan menafikan kuasa Parlimen membincangkan skandal
1MDB – kalau BN menang juga, samalah dengan kita mengucapkan selamat jalan kepada
Malaysia negara tercinta.
Tanah Semenanjung yang dibaratkan
sebagai permata nilam oleh seniman aktivis Aishah dalam dendangannya di konvensyen
semalam akan menjadi permata kaca murahan yang berkecai di lantai menunggu
untuk melukakan kaki anak-anak kecil yang bermain bunga api.
Justeru itu, pilihan
raya kali ini adalah pertarungan rakyat jelata yang tertindas melawan kleptokrasi
Umno-BN yang menindas.
PH hanyalah pemudah cara
bagi rakyat jelata yang pedulikan hari ini dan masa depan mereka, anak mereka
dan cucu-cicit mereka untuk melakukan perubahan.
Wallahuaklam.
well written.
ReplyDeletegood strategy.
Selamat berjuang.
Rakyat mahu perubahan.
Pernah tak berlaku dalam sejarah sejak merdeka akaun-akaun syarikat milik kerajaan tidak dihantar untuk di audit? Hatta di zaman Mahathir yang dikatakan banyak skandal? Ada ke tak?
ReplyDeleteSatu GLC pinjam 4 billion daripada KWAP. Akaun tidak dihantar untuk diaudit. Tiada siapa yang tahu dengan apa yang dibuat dengan 4 bilion tu. Yang kita tahu 42 juta telah masuk dalam akaun bank PM dan dia tidak perasan ada duit sebanyak tu dalam akaun dia!..
Selepas itu berbilion-bilion wang tunai ditemukan dalam akaun bank PM. Dia menafikan pada mulanya kewujudan wang dalam jumlah yang besar tersebut tetapi kemudiannya mengaku. Dikatakan wang itu adalah derma Pak Arab. Bila disuruh tunjuk bukti hanya sekeping surat dikemukakan tanpa resit-resit jejak wang.
Satu lagi GLC pengauditan akaunnya oleh Ketua Audit Negara diletakkan bawah OSA. Rakyat dicukaikan dengan pelbagai cukai sehingga habis semua harga barang naik tapi kerajaan tidak telus dengan akaun-akaun pelaburannya.
Sudah terang lagi bersuluh berlaku penyelewengan secara terang-terangan di Kementerian Kewangan tetapi sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang diambil tindakan.
Bolehkah rakyat Malaysia memberi kepercayaan untuk tempoh selama 5 tahun lagi kepada kerajaan ‘serigala menjaga biri-biri’ seperti ini?
Pesara jabatan kjaan yg di swastakan secara purata terima pencen kurang 500 sebulan.
DeleteMohon kenaikan sedikit KWAP tak layan.
Tapi SRC rembat 4 billion duit KWAP macam tiada apa berlaku.
Itu lah JASA KJAAN BN kepada pesara2.
Buka lah mata besar2 wahai rakan2 pesara ku.
Alhamdulillah! Syabas kapada semua yang inginkan kemajuan dan menebus marwah negara Malaysia! Mari lah sama2 kita banyakkan berdoa mohon kapada Allah agar semua orang2 Melayu khususnya dan Orang2 Malaysia sanegara amnya yang mencintai kemajuan dan keadilan negara Malaysia menyokong penuh 100% platform Dr Mahathir Muhamad dan Dr Wan Azizah.
ReplyDeleteDan juga untuk Tuan A Kadir Jasin, Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati perjuangan kamu semua. Ameen! Ameen! Ameen! YaRabbal Alameen!
Wassalam
Yang mendoakan kamu semua dari jauh,
AF
ZERO VOTE FOR BN
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDelete1. Syukur la proses mencalonkan Tun sebagai PM baru Pakatan Harapan berjalan dengan baik walaupun bukan semua orang puas hati.
2. Wan Azizah sangat tepat jadi calon TPM...dan moga2an jadi PM ke-8.
3. Kita perlukan PM yang baik dan tidak suka mencuri duit rakyat...itu saja yang kita mau.
4. Tun dan Wan Azizah dapat kembalikan semangat Perjanjian Malaysia 1964 khususnya dari segi pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.
5. Wang hasil dari minyak dan gas mesti digunakan untuk free tertiary education for Sabahans macam di zaman USNO dulu.
6. Pesakit buah pinggang...pesara kerajaan...terpaksa kena drive 2 jam setengah...3 kali seminggu...dari Beufort ke KK untuk heamodylsis...ini lagi penting diselesaikan sebab wang dari Sabah diangkut ke Malaya untuk bayar hutang Najib.
7. Aku sokong Tun jadi calon PM Pakatan Harapan.
8. Aku sokong Dr. Wan Azizah jadi calon TPM...dia real doktor tanpa was was...orangnya sangat baik.
Alhamdullillah Datuk,mudah2han segala yang termaktub dalam Konvensyen PH semalam terus menjadi kenyataan,kita sebagai rakyat MALAYSIA yang tercinta ini harus terus pastikan kejayaan gemilang dalam PRU14 dan harapan kita agar semua parti gabungan dalam 'grand coalition'ini dapat laksanakan segala yang telah dijanjikan..rakyat bersama anda..insyaAllah berkat doa semua, kejayaan tetap milik kita.
ReplyDeleteSekiranya PH memenangi pilihan raya ini, kita akan melihat fasa baru dalam pembangunan negara kita.
ReplyDeleteDalam fasa pertama kita melihat UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang mendominasi BN. PM sangat berkuasa. Apa yang terbaik dan yang terburuk yang kita lihat dari fasa ini?
Yang terbaik adalah mungkin ketika TDM menjadi PM. Ya dia autoritarian. Tetapi dia meletakkan kepentingan negara terdahulu. Oleh itu negara menikmati kedamaian dan pembanguan yang amat pesat.
Kemudian kita juga melihat yang terteruk. Zaman Najib sekarang ini. Rasuah berleluasa. Rakyat dan negara menderita.
Fasa seterusnya di bawah PH akan melihat beberapa perbezaan utama.
1. PM tidak terlalu berkuasa seperti sebelum ini kerana tidak ada satu parti yang terlalu dominan sebagaimana Umno mengawal BN.
2. Parti-parti yang melampau seperti PAS akan ditolak dan tidak ada tempat dalam masyarakat.
Apakah yang terbaik dan yang terburuk yang mungkin kita dapat dari fasa ini?
Yang terbaik kita melihat konsensus. Semangat tolak ansur. Semua akan mendapat suatu tapi tak ada seorang yang akan membolot kesemuanya. Negara aman, pembangunan tidak terjejas. Cuma mungkin perlahan sedikit.
Apakah yang terburuk yang mungkin berlaku?
Tak ada konsesus. Tak habis habis berbalah. Akibatnya semua kerja tak jadi. Yang menderita, rakyat dan negara.
Assalamualaikum wbt ybhg dato,
ReplyDeleteSaya doakan pihak yang benar akan beroleh kemenangan demi kesejahteraan negara dan rakyat malaysia. Dalam hal ini, saya percaya tun m berada di pihak yang benar manakala yang salah dan tidak dapat dijelaskan juga sudah terang lagi bersuluh.
Saya akan gunakan hak saya sebaiknya. In shaa Allah.
Alhamdulillah doa majoriti rakyat telah dimakbulkan Allah, tapi apakah semua halangan telah berakhir?. Jawapannya pasti tidak, pembuat mungkar dan penyokong kebatilan tidak akan berhenti begitu saja.
ReplyDeleteRegim Najib pastinya merancang segala tipu daya utk mengekalkan kebatilannya. Dalam senario skrg selain penipuan di peti undi semasa PRU, langkah mengistyiharkan DARURAT merupakakan senjata ampuh yg mungkin digunakan oleh regim KLEPTOKRAT ini.
Oleh itu kepimpinan PH mestilah selalu menghebahkan niat busuk REGIM NAJIB ini agar rakyat tidak mudah terjebak dlm sebarang PROVOKASI oleh NAJIB utk mengistyiharkan DARURAT.
ReplyDeletesyabas dan tahniah pakatan harapan!!!
keikhlasan seseorang manusia dapat dinilai berdasarkan kapada akhlaq, amalan dan perbuatan manusia...BUKAN diukur dengan berapa tinggi songkok yang dipakai, berapa besar serban dililit dikepala, berapa banyak wang didermakan (disogokkan???).
dalam peristiwa fathul makkah, Rasulullah SAW telah menunjukkan akhlak dan berjiwa luhur apabila memaafkan penentang penentang daawah islam demi membawa rahmat kepada semua makhluk dimukabumi. Tidak ada kata kata cemuhan, caci maki, penghinaan kapada penentang daawah demi membuktikan keluhuran dan keindahan islam sebagi addeen,rahmatan lil-'alamin.
Hanya beberapa individu sahaja yang dihukum akibat kesalahan jenayah yang sangat serius terhadap ummat islam yang dizalimi di kota makkah.
kemaafan itu lebih besar nilainya dari segi strategi daawah islam, tidak dapat dijual beli dengan wang sogokan puluhan/ratusan juta dari pemerintah yang menipu dan mencuri khazanah /harta negara (baca harta milik rakyat)..
Dacing lambang BN menghantui orang atas BN. Be you ever so high the law is above you.
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum),
ReplyDeleteAlhamdulillah banyak2. Semoga hampa dapat kekaikan lajak ni selangkah demi selangkah dgn izin Allah S.W.T.
dan insya'Allah bina kesejahteraan rakyat dan anak cucu cicit semuanya. Aamiiin.
Banyak dah pengorbanan, keperitan yg ditanggung dan pait maung yg tepaksa telan. Antaranya yg kita sendiri cari...
Lantaran, kita kena banyak2 istighfar.
Kali ni, kalah atau menang, kita kena paut kuat2 pada tali Allah dan jangan lagi bercerai berai.
Dari surah Aali 'Imron, ayat 103 :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Yg maksud dia lebih korang :
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan,
maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara;
dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
(teraihnya dari TafsirQ.com).
Maghap no.
Aku
Salam Datuk , melihat pembahagian kerusi parlimen d kedah , kelihatan Parlimen Pendang bakal ditandingi oleh BERSATU . Ada kemungkinankah Datuk sebagai AJK Tertinggi BERSATU bakal bertanding di Pendang ?
ReplyDeleteAnak pendang di perantauan ..
Alhamdulillah semua rakyat boleh bersatu membentuk satu pakatan pembangkang saperti diizin oleh demokrasi. Syukur pada Allah yg mengizinkan nya.
ReplyDeleteTiada yang kekal didunia melainkan Allah. Manusia hanya boleh merencana, takdirnya dari Allah.
Mahasuci Allah semoga merahmati negara ku Malaysia.
Mahasuci Allah semoga mengasihani rakyat Malaysa dan memberi pertolongan dalam perjuangan menentang puak puak Addajjal dan Almunafikun......
Harapan tinggi rakyat Malaysia yg jika kita tanya di jalanan hanya untuk melihat MO1 dan pencacai nya di ganti dan di adili diatas kegagalan mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah yg di berikan dalam PRU lepas.
ReplyDeleteItu sahaja harapan rakyat agar kehidupan seharian mereka menjadi lebih selesa dari sekarang.
Xsobar nak tengok tv3 ngan baca paper yg xda gambar first lady.
ReplyDeleteSemoga kemenangan PH menjadi kenyataan. PH kena pastikan semua cubaan penipuan Najib/BN untuk menang dalam PRU14 dapat dihalang.
ReplyDeleteAsSalam Datuk ..
ReplyDeletePembentangan yang menarik ...
Perpatah melayu ngato " Melentur buluh biarlah dari rebung "
Makno yang mendalam ni ...
Pencalonan Turn M sabagai PM olih PH sekiranyo monang PRU14 bolih dikaitkan dongan perpatah melayu tersebut.
Buluh tuo tu bolih dipercayo ko ..?
Dio minto maaf lopeh tu tak minto maaf.
PH khobar toll jalan rayo itu membebankan rakyat ..tapi bakal PM Turn M tu khobar toll Malaysia paling murah didunio dan amek diperlukan.
Kalau ikut gelagat buluh tuo ..bilo dah lurus totap lurus. Dah bolih agak mano tuju ehh...
So ..
1) Bakal timbalan PM siKipas nampak ehh akan dihobing ...
2) The return of Proxytokrasi ...
3) BNM sebagai kittybank untuk dijudikan ..
4) Subsidi diaktifkan semulo...
5) Toll jalanrayo diaktifkan semulo untuk tampong kos subsidi.
6) Kemungkinan bosar projek lebuhrayo di Sabah dan Sarawak dibatalkan untuk jimat kos.
7) Gomen akan ambik alih Proton dari Geely dan lancarkan model baru pakai engin dan casis buatan Malaysia.
8) ISA akan dilancarkan semulo ...dan target ..faham2 ajolah...
Makno ehh...The Return of Dr M sequel.
Waghih.
Takat itu sajo ekau boleh tulis kali ni ko waghih ?
DeleteBuek mengabihkan dodak sajo khobar ayam den.
Waghih,oh waghih..mike ni masih tersampuk dgn agauan kenangan lalu.zaman dah berubah waghih ooi,..heran le jugak kalau benda- benda tu leh jadi satu round lagi. Tak ke kamu tengok rakan2 parti PH yang sedia ada tu sebagai check and balance. Kamu ingat dema nak senyap je kalau benda2 tu terjadi. Lain le partai yg memerintah sekarang, sejak dulu smpai sekarang asyik tido dan meng'yes' aje ,tak kisah benda yang di buat tak bermanafaat ke, duit hilang ke,menyusahkan rakyat ke, etc,etc... Lagi satu, bukan masalah nak lentur buluh tuo,yang penting kekuatan buluh tue,manafaat dan pelbagaiaan kegunaan buluh tue; maksud teman sama jugak mendalamnye.Lagipun apahal kamu nak panik waghih, Tun M tu bukan nya 'larat' nak perintah lagi 22 tahun, ye tak. Kalu la lu ni waghih.. awat takut dengan bayang-bayang ke sampai megigau tak abis- abis. Jagan marah ye waghih, saja bersilat pulut dengan kamu.
DeleteDatuk,
ReplyDeleteWaghih 9.48 am...6) Kemungkinan bosar projek lebuhrayo di Sabah dan Sarawak dibatalkan untuk jimat kos.
- hanya kau dan orang UMNO saja yang excited tentang project berbillion ini.
- rakyat biasa tak kesah langsung sebab dari dulu lagi memang sudah ada jalan dari Sabah ke Sarawak.
- walaupun demikian jalan2 itu jarang digunakan sebab sikiiit saja orang Sabah kerja di Sarawak dan sebaliknya.
- sistem pengangkutan laut untuk logistik berniaga lagi murah dari pakai jalan darat.
- aku harap kerajaan baru Harapan bolih kemaskini project ini sebab banyak duit bocor kepada konco konco UMNO.
- gunakan duit dari project ini untuk bina lagi banyak klinik kesihatan lengkap dengan dialysis buah pinggang di kawasan luar bandar.
- gunakan duit ini untuk bayar hutang PTPTN anak anak Sabah dan seterusnya untuk beri pelajaran percuma sampai peringkat universiti.
- gunakan duit ini untuk menurunkan harga barang di Sabah dan kos sara hidup yang antaranya 15-35% lagi mahal dari di Malaya.
Ini la sedikit sebanyak apa orang Sabah mau.
Kau mau apa Waghih?
Ouchh ...
DeleteNampak bonar dondam mendalam suku sakat Turn M terhadap oghang Sabah dan Sarawak .
Samolah cerito dondam Turn M pado rakyat Kelantan ...
Hingokan buek highway setakat sempadan Kelantan je ...
Kesian arwah TGNA terpakso buek 'crowd funding ' dongan rakyat Kelantan.
Rakyat marhain tak mudah lupo.
Waghih.
Bapaknya Kadir,
ReplyDeleteWak berpendapat bahawa Pak Najib tahu kepopularitinya telah merudum dan kemungkinan Tim BN akan tewas sudah jelas. Sebagai langkah desperado, DHARURAT akan diistiharkan. Jangan bilang Wak enggak cakap.
Sekolah ni membebankan. Kena bangun pagi, mandi, bersiap. Kena beli kelengkapan. Kena daftar itu ini. Kena jaga disiplin dan menyesuaikan diri (blend in). Tapi sekolah juga perlu. Dan saya yakin dan percaya pihak2 yang mengendalikan sekolah juga menguruskan kosnya supaya berpatutan dengan kemampuan masyarakat. Kalau saya selaku individu pun boleh mempunyai pandangan berbeza tentang sekolah, tak nampak apa masalahnya kalau ribuan personaliti dalam PH berbeza pandangan tentang tol.
ReplyDeleteIni sajalah hujah saudara Waghih yang berlandaskan bukti berdasarkan kenyataan semasa (recent statements made). Yang lain2 dalam senarai semuanya berdasarkan spekulasi.
Pengucapan umum Hitler boleh dianggap berjaya. Hitler menggunakan taktik pembesar suara di sekeliling dewan (surround) tapi diletakkan pada volume tersangat rendah (barely audible). Pendengar dipaksa fokus pada apa yang diperkatakan lantas kurang fokus menilai kekuatan hujah secara kritis dan mempersoalkan "lojik kah?"
Bolehkah taktik sama dilakukan untuk penulisan?
-Naj
Setuju bonar tu sdr Naj ...
DeletePandangan berbezo tu lumrah manusio .
Perbezaan ni lah yang ngukuhkan kito untuk bersamo buek kebaikan.
Tapi ...dongan Turn M ..kalau tak samo pandangan dio hobing oghang tu dgn ISA dan terus masok jel.
( sejarah jadi saksi ).
Dongan DSN ...kalau oghang tak dgn setuju dio ..dio terimo dgn hati terbuko dan tak ponah guno ISA untuk tutup mulut atau dimasokkan dlm jel.
Keduo2 personality ni mcm langit dan bumi.
Waghih.
AsSalam Datuk ...
ReplyDeleteHari ni berito NGO pro pembangkang hobing habis-habisan Turn M ...
Siaran.media dihadiri Cikgu Bad , Hisham Rais , Yem loyar dll...
Maghah boto panglimo2 NGO yg jadi tunggak Reformasi#1 ... yang menontang dinasti Turn M in the 90's.
Apo makno ehh ?
Gang Reformasi tak terimo Turn M...
Gomen tak terimo Turn M ...
Pak lobai tak terimo Turn M ...
Mano nak poiee Turn M ni ...?
Oghang Ultrakiasu Dap sajo yg terimo Turn M ...
Sodih nengok 'Negarawan' terkuntang kanting dipermainkan olih anak dan kuncu2 yang memontingkan diri sendiri.
Waghih.
Dulu disekitar awal 80an kita di gemparkan dengan berita Chedet nak pi bedah jantung. Riuh masa tu.. kata oghang Noghori, macam "koling karam".
ReplyDeleteAku pun rasa heran ngapa riuh sangat. Ramai pembesar dah pi bedah.. tapi kool je.. kekadang kita tak tahu pun mereka dah bedah jantung.
Saya ingat masa tu semacam separuh dunia ni dilanda wabak Keling Karam. Lee Kuan Yu nak tolong. PM Australia nak Bantu.. ..
Itu lah Chedet.. fikiran nye sangat jauh kedepan. Orang lain hanya buat pintasan sahaja.. macam overhaul enjin.. tak tahan Lama.
Tapi Chedet tukar enjin. Katanye Chedet tukar jantung. Jantung budak 17 tahun. Jadi cuba ambil kalkulator kira usia jantungnye sekarang. Senang ckp usia jantung Chedet lebih muda dari jantung Najib mahupun Zahid.
Jadi kita tak perlu ambil pot tentang usia Chedet. PH perlu pimpinan. Memang kita tahu ramai yg layak untuk memimpin PH.
Malah ramai tenaga muda yang sangat berbakat dalam PH. Mereka ikhlas bekerja siang malam tanpa memikirkan dedak dan kontrek.
Salam DAKJ
ReplyDeleteTun can win hands-down in Langkawi. In Putrajaya am not sosure. I have a simple question for you. Pakatan can't win. BN will get 2/3 majority.Knowing Tun will he want to be just a back-bencher in Parliament. A drop in standard for one who was a PM. Definitely he will resign. And if Nu-war gets the King's pardon (I doubt he will) someone in Pakatan will sacrifice his seat for hin. Which means two seats to be recontested. A waste of the peoples money and time. Knowing Nu-war too he won't want to be a back-bencher. So I feel Pakatan is naive and not forward thinking to still think of the two as candidates. Just choose from the present leaders you have since the party is always boasting of good quality people you have compared to UMNO/BN. But what you did is telling us voters you don't have it. That's why you are choosing this two and Mrs Anwar. Thanks. Awaiting your reply. We still remember Pakatan forcing a by-election in Kajang to make Wan Azizah as MB. But the Sultan disagrees. You can't be cheating the rakyat again if you have 2 vacancies if Tun M or Anwar rejects being just ordinary YB. Ayuh I am scared man. Tiga tokoh tu patut pencen jelah. Betul tak you all??
Saudari Pompuan,
ReplyDeleteIf BN can win for sure and 2/3 majority as you said, then BN should relax and cool down.
Why the anxiety?
I am sure people like Azmin Ali as PM, would be accepted from the town folks.
But, at kampong-kampong and at UMNO stronghold, Tun M will make them think. UMNO or Tun M?
The fight will be at Kampong-kampong right? with all the gerrymandering and all that?
With Tun M as the potential PM, than it will be more interesting right?
Fellow members of the People's Committee for Hope,
ReplyDeleteWhen one stands up against tyranny, injustice, kleptocracy & corruption, abusers of power, destroyers of civil liberties and fundamental freedoms etc., one lights up the candle of HOPE!
A sacred PACT OF the PEOPLE, BY the PEOPLE and FOR the PEOPLE!
Who makes it their first duty is to protect the people and not ruin their lives? The People's Hope.
PAKATAN HARAPAN - PACT OF HOPE
Brought to you by the People's Committee for Hope.
This message is proudly sponsored by A.J. Hakimi.
https://m.youtube.com/watch?v=KOI_L-6T8os&feature=player_embedded
Enough is enough! Kita tak mau lagi dengar ada skandal baru lagi. Cukuplah dengan 1MDB, FGV, Felda, KWAP, Tabung Haji, KWSP, Private Jet, Pink Diamond, Jho Low dan terbaru BNM.
ReplyDelete