Tuesday, January 16, 2018

Penyelesaian Ajaib Isu Kehilangan Tanah Felda Jalan Semarak



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

ADAKAH penyelesaian skandal “kehilangan” hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semudah itu?

Pengerusi Felda Shahrir Samad senyum terima "penyelesaian"
Adakah kes itu dikira selesai semata-mata hanya kerana hak milik ke atas 16 lot tanah yang dikatakan hilang itu sudah dipulangkan?

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Kalau itulah caranya, nampak sangat bahawa ada silap mata dalam “kehilangan” dan “perolehan balik” tanah bernilai tinggi itu.

Hanya orang betul bendul dan tidak tahu apa-apa sahaja akan percaya penyelesaian ajaib ala wayang kulit itu.

Jadi elok sangatlah audit forensik dan siasatan polis ke atas bagaimana sebuah syarikat persendirian berjaya mengambil alih pemilikan tanah itu, diteruskan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.

Dalam satu pesanan “Tweet” hari ini yang dilaporkan oleh New Straits Times atas talian, Najib berkata dia bersyukur 16 lot tanah itu dipulangkan tanpa sebarang kos.

Inilah yang menakjubkan. Bagaimanakah tanah yang dianggarkan bernilai RM270 juta, dengan nilai terbangun kasar (gross development value) melebihi RM1 billion, boleh dipulangkan tanpa kos?

Kalau pemindahan hak milik tanah itu dilakukan dengan telus mengikut undang-undang, tentulah ada perjanjian dan pembayaran.

Bila ada perjanjian dan pembayaran maka pemindahan balik hak milik kepada Felda pun mesti ada perjanjian dan pembayaran.

Tetapi macam Najib sendiri akui, pemulangan hak milik tanah itu kepada Felda tidak melibatkan sebarang bayaran atau kos.

Jadi apakah jenis urusan jual-beli yang menyebabkan tanah itu terlepas daripada tangan Felda dan kemudiannya dimajukan menjadi Kuala Lumpur Vertical City?

Apakah sebenarnya syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd yang memulangkan 16 lot tanah itu kepada Felda dan siapakah di belakangnya?

Apa yang kita ketahui daripada laporan media adalah ia diwakili oleh seorang ahli lembaga pengarahnya bernama (Datuk) Marina Hashim.

Carian Internet mendapati Synergy Promenade ini adalah syarikat kontraktor dan peniagaan umum yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Kalau Marina Hashim itu sama dengan wanita yang dipersembahkan oleh majalah Nona pada 18 September tahun lalu, maka dia adalah seorang jelitawan dan ibu dalam usia 40-an.

Dalam laporan itu, majalah tersebut memetik salah seorang anaknya, Muhammad Nuraiman Rayyan Erwazri, sebagai berkata ibunya “bekerjasama rapat dengan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).” Sesiapa yang berminat boleh baca DI Sini.

Jadi audit forensik dan penyiasatan polis yang Najib sebutkan itu perlulah memastikan apakah bentuk kerjasama rapat di antara wanita itu dengan pengurusan Felda.

Memandangkan banyaknya kejadian berbentuk skandal dan rasuah yang berlaku dalam Felda dan Felda Global Ventures (FGV) yang semuanya mengancam kepentingan peneroka Felda serta generasi kedua Felda, maka wajiblah skandal tanah Jalan Semarak ini disiasat hingga ke akar umbi.

Manalah tahu mungkin benar-benar wujud apa yang dipanggil “FGVMafia” dalam FGV dan Felda yang menjadi dalang menghisap darah peneroka.

Wallahuaklam.

19 comments:

  1. Selamat Datuk.

    Menarik. Seperti mana wang 2.6 bilion dipulangkan dengan mudah begitu juga tanah felda dipulangkan dengan mudah.

    Bravo Malaysia..

    Terima kasih Datuk.
    Selamat.

    ReplyDelete
  2. Isa Copperfield Dato.. APA peliknye..

    ReplyDelete
  3. Orang tukar milik tanah atas dasar kasih sayang sign borang 14A pun harus kena bayar cukai stem,, tak temasuk RPGT cukai keuntungan mengikut nilai semasa,, kalau semua tak perlu bayar bermakna bermakna semua rakyat Malaysia berhak mendapat pengecualian semua cukai,,
    Tanah mesti ada peningkatan nilai dari tahu di pindah milik kepada tarih pindah milik yg baru,, nilai akan tertera dari surat penilaian dari LHDN,, nilai akan belandas dari kwsn bersebelahan,,
    Cuba kita tanya Felda kenapa tanah ni di pindah milik pada bla bla bla
    Dan tanya balik felda kenapa bla bla bla pindah semula tanah ini pada Felda,,
    Tanya SPRM bila mereka mula belajar menipu dan bermain silap mata,,,

    Satu Malaysia di perbodoh kan,,, ibarat Felda membakar wang seratus ringgit jntuk mendapat kan cahaya bagi mencari wang felda yg hilang bernilai lima ringgit,,
    Bila felda berjaya dapat kan semula wang lima ringgit yg hilang maka muncul lah HERO dalam Felda ,, tapi macaman nilai 100 ringgit yg di bakar,, duit siapa tu, duit PM duit Sharil, duit Felda atau duit Kita rakyat Malaysia,,, agak agak lah klu nak bodoh kan org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencipta = Dicipta tetapi mata akal yang tajam akan kata ianya 'tercipta'. Langgam Pak Dogo.

      Delete
  4. panglimo potaseh6:15 PM

    Pak Kadir.

    Tanah Felda dah dipulangkan ..tapi dengar khabar projek diteruskan.

    Dia macam cerita Sang Henjut yang ngerjekan bini orang. Baru setengah jalan henjut.. bini orang tu tanya, "macam mana kita lepas ni".. Si Tukang Henjut jawab, "You tetap milik suami you.. tapi henjutan ini perlu diteruskan".

    Cerita cuti Tanah Felda ni tak sama dengan cerita pencuri telur ayam yang memulangkan telur ayam itu. Pencuri tu tak dapat apa pun.. mungkin jika ditangkap, dia akan dihukum, walau pun telur itu dah dipulangkan.

    Tapi jika kes curi Tanah Felda ini berlaku di negara kafir seperti negara China.. sudah pasti pelaku nye akan di hukum TEMBAK. Mungkin jika di Korea, PM nye dah letak jawatan.

    ReplyDelete
  5. Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum),
    Cerita songlap tanah FELDA tanpa bayag satu duit pon dan bagi balik pon tanpa satu duit jugak ingatkan aku
    akan nobel orang kata, tependek di donia :
    " “It was a dark and stormy night. Suddenly, a shot rang out! A door slammed. The maid screamed.
    Suddenly, a pirate ship appeared on the horizon! While millions of people were starving, the king lived in luxury.
    Meanwhile, on a small farm in Kansas, a boy was growing up.”
    ― Charles M. Schulz, It Was a Dark and Stormy Night, Snoopy.
    Cerita ni memang pelik, tapi hak lagi heran, ia dikatakan dikarang oleh se ekog anjing, sunggoh pon dia ni katun.
    Malaya laa ni banyak cerita katun antaranya macam hang besa coret dolu :
    " Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan. "Bersamalah kita berdiri, bersamalah kita ...(Sinar Harian, 30.8.2015).
    Banyak lagi cerita katun diMalaya, terutama dikalangan 'pendokong'2 je ni ('enablers'), temasuk yg bepakaian seragam (sedondon)
    dgn 'nakhoda' yg kembang layag dan labuh sauh.
    Kadiag, dgn rendah diri, mintak izin nak peringat terutama diri aku dan kepala dan ahli2 parti agama dan sapa2 saja :
    " Surah Hud ayat 113;
    وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
    Yang lebih korang maksud dia :
    “Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan.” ( dari Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda Pas).
    Mintak maghap no.
    Aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni org lbh takut kat pemerintah drpd takut kst Pencipta.

      Delete
  6. Ismail Muda8:37 AM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. rakyat marhain9:46 AM


    ini lah salah satu dari keajaiban keajaiban yang dapat dilakukan oleh kerajaan pimpinan bijaN
    yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir walaupun 22 tahun memerintah.

    keajaiban keajaiban inilah juga AGAKNYA telah memukau pimpinan parti Lebai sehingga sanggup berasmara dalam gelap dengan bijaN, kononnya berdasarkan kapada prinsip politik matang (natang?) sejahtera....

    permainan wayang politik terhebat dlm abad ini!!!

    ReplyDelete
  8. Thosrin Jharvanthi1:35 PM

    As Salam bapaknya Kadir,
    Dalam isu tanah Felda ni, Wak teringat lagu Wal Hasil Balik Asal. Nampak macam ada yg tak kena . Pemuka pemuka besar Felda sebut tiada wang yg terlibat. Tapi tak sebut pulak sama ada melibatkan bayaran pampasan kpd sykt berkenaan. Si Azam SPRM kata hanya isu pengurusan. Lebih kurang ayat dari si Apandi. Jumping the gun.

    Isu BNM beli tanah se banyak RM 2,000,000,000.00 pun kelakar. Rupa nya nak bayar utang. Senangnya. Pak Muhammad Ibrahim pun tak boleh harap nampaknya. Ibarat melantik musang jaga ayam, Harap kan tin, tin makan biskut!

    ReplyDelete
  9. Ikan membusuk dari kepalo. Menteri mano yg jago FELDA ni ?

    Waghih, hang buleh tolong jawab ka

    ReplyDelete
  10. Yang pentingnya sekarang ini peneroka felda dah tak marah lagi ngan najib dan UMNO/BN sbb tanah ni dah dapat balik dengan begitu mudahnya,dan dalam hati mereka dah ada taman bunga yang membuak2 dan tak sabar2 nak undi UMNO/BN dalam pru akan datang.Begitulah peneroka felda,sokong UMNO/BN kalau dapat keuntungan sendiri dan menyebelahi pembangkang kalau rasa kepentingan sendiri ditindas oleh UMNO/BN...pendirian umpama 'lalang'.

    ReplyDelete
  11. Pindah undervalue pulang balik value asal. Pedahal.

    ReplyDelete
  12. Najib ni pelik dan aneh. Cara dia urus Malaysia, mcm syarikat sdn bhd saja. Seperkara lagi, dia ni mcm TIDAK punya malu langsung.
    Yg buat kita geram, he treats fellow Malaysians as stupid fools.
    Mcm dia saja yg masuk uni.

    ReplyDelete
  13. sukasamasuka7:06 AM

    Datuk,

    1. Kalau JLow dalang Cina yang membuat TIA jadi 1MDB, besar kemungkinan Datuk Marina Hashim ini Melayu nya.

    2. Bukan mau menuduh sebab dia seorang ibu yang baik, pandai jaga anak2 dan anak2 sayang padanya...moga2an tidak ada apa2.

    3. Sedih juga kalau Marina ni sebahagian dari FGVMafia...moga2an tidak sama sekali dan beliau dilindungi Allah Taala sebab dia sorang ibu yang baik.

    4. Yang enih isu tanah Felda ini di selesaikan begitu cepat sekali olih Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng sendiri...padahal transaksi tanah la yang paling sukar sekali sebab melibatkan banyak jabatan2 kerajaan, termasuk la pihak bank2 dan legal firms...ini bukan kerja senang...a lot of transaction trails...dan, ada yang mengambil masa sampai bertahun.

    5. Itu la Rosmah, kau rampas laki orang kan...nampak nya the end is near.

    ReplyDelete
  14. Macamana Dgn LHDN,,tuan tanah yg memulang kan semula tanah pada Felda tak kena income tax,, macaman dgn cukai stem yg telah di bayar semasa proses pemindahan antara Felda kpd sykt yg memegang PA,, dan siapa tanggung stem pindah milik semula dari sykt kepada Felda?.. Banyak duit stem tu,,, tukar milik yg dilaku kan atas dasar apa semasa memenuhi borang 14A? Cuba tanya,, takan LHDN senyap je,,,, GST mcmana? Semua org tua muda kaya miskin kena GST penyamun tak penyamun semua kena GST,, takan ada penyamun yg mendapat pengecualian GST,,

    ReplyDelete
  15. Taosuo10:02 PM

    DAKJ,
    I came across this snippet in the chat show 'Conan' in which Anderson Cooper from CNN described to his host Conan O'Brien about Haiti,

    “It’s the poorest country in the Western Hemisphere, but a country can be poor economically and rich in culture and rich in the strength of the people and rich in so many different ways,”
    Cooper said. “And Haiti is in that way among the richest countries I’ve ever been to. The Haitian people are incredibly strong, carry themselves with such dignity, and for generations have had governments which have not paid attention to them, which have stolen from them, and yet, whatever adversity they have faced, they faced it head-on.” (Huffpost).

    It struck me that he might as well be describing Indonesia and its peoples but when it came to the part about governments that for generations had "...stolen from them (its people)" he was like describing brutal events unfolding in this very country.

    Dignity when lost is so very precious.

    ReplyDelete
  16. hai bengapnya1:34 AM

    Hmm..bengap jugak kadir ni kan? Takpelah, dah ditakdirkan dia jadi bengap.

    Menda ni jadi masa Isa jadi kepala dulu. Kes ni orang dah tahu SETAHUN yang lepas. Macam-macam cara dah guna untuk dapatkan semula. Bila Isa mangkuk tu dah tak jadi kepala lagi, senang la nak siasat. Bulan 12 lepas laporan polis dibuat sbg langkah terakhir. Isa pun dah dipanggil untuk siasatan. Disebabkan kes ni le struktur felda dah kena ubah. Takleh sorang pegang kuasa mutlak dah skrg. Ini yang dikatakan penambahbaikan. Benda yang dibuat, tak sempurna terus. Ada kelemahan.

    Ingat berita ni baru 2-3 hari ke Kadir? Kata wartawan, tapi melantun-lantun dia punya bengap. Buat malu orang kedah ja.

    Dah, pi menyalak kes terowong penang pulak. Kertas kerja dah bayar, tapi tak siap2. Bab kena kes DAP, senyap mcm celaka. Kena BN, bising macam anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh10:15 AM

      Hai Bengapnye.

      Pabila Sang Mappadulong bininye Rosmah ambik Isa Kontot @ Khinzir, jadi boss Felda. Kita tahu angin Topan Celaka sedang meniup kearah setiap nyawa yang ada dalam Felda.

      Sapa umat Felda tu kalau bukan Melayu ..siapa pula yang membawa Topan Celaka tadi.. Si Cina Kapir Laknat ke?

      Apa jadi pada Si Kontot tu sekarang?.. tetap bebas dan bahagia.. malah naik pangkat lagi. Siapa yang arah dan luluskan perbuatan celaka tu?

      Tu aku cakap nama dah tukar.. tapi projek masih ON.. poket tetap penuh. Mereka ni anggap tuhan dah mati. Lepas satu.. satu perkara celaka dibuatnye. Bila nak puas Aku tak tahu. Boleh masuk dalam Kaabah lagi.. ..

      Delete