A Kadir Jasin
سْمِ اللهِ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
BANYAK orang bertanya
saya mengenai Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan
di Parlimen pada 26 Mac.
Azalina: Denda RM500,000 atau 10 tahun penjara |
Saya tidak bercadang memberi
jawapan khusus mengenainya kerana perkara itu boleh dibaca di banyak saluran,
termasuk DI SINI dan Di SINI.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Apa yang hendak saya katakan adalah, undang-undang dan peraturan tidak sepatutnya menyekat hak bersuara dan
menyatakan perasaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu adalah
menjadi tugas pihak yang arif dalam hal undang-undang memastikan sama
ada undang-undang baru ini buruk atau baik dan bercanggah dengan Perlembagaan
atau tidak.
Undang-undang yang tidak
baik (bad law) apatah lagi yang bercanggah dengan Perlembagaan (ultra virus)
wajib ditentang.
Sebagai seorang wartawan
dan penulis yang telah bergiat dalam dunia penulisan hampir 50 tahun saya sudah
biasa dengan undang-undang dan peraturan seperti ini sehingga saya tidak berapa
peduli lagi. Alah bisa tegal biasa.
Kalau saya berasa
terkongkong dan takut kerana wujud banyak undang-undang dan peraturan bersangkutan
hak bersuara dan menyatakan perasaan, pastinya saya sudah lama berhenti menulis
atau saya didenda dan dipenjarakan kerana menyuarakan pendapat.
Tetapi kalau kita faham
undang-undang dan tahu cara-cara memaksimumkan hak serta kebebasan kita, kita
masih boleh menulis dan bersuara tanpa terperangkap. Banyak cara boleh kita
gunakan untuk mengelak daripada terjebak.
Sedikit sebanyak saya perpegang
kepada ungkapan Inggeris “there are many ways of skinning a cat” (ada banyak
cara melapah kucing).
Maksudnya, ada banyak
cara bagi kita melepaskan diri daripada kongkongan undang-undang tanpa melanggarnya.
Hal ini banyak bergantung kepada kedalaman ilmu, kecerdasan minda dan
pengalaman kita.
Kebenaran Pasti Muncul
Pengalaman saya mengatakan
bahawa kebenaran (truth) tidak boleh disekat oleh mana-mana undang-undang dan
pihak berkuasa. Ia akan menyerlah akhirnya.
Cuma pihak yang cuba
menyembunyikan kebenaran akan terus berdalih dan berbohong sehinggalah
pembohongan mereka menjadi perangkap maut bagi mereka.
Ambil contoh penafian
mengenai skandal 1MDB. Setelah sekian lama diuar-uarkan sebagai berjaya, untung dan
lestari oleh pemerintah dan agen-agen propagandanya, akhirnya kebenaran menjelma.
Pada 23 Januari lalu, Perdana
Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan
Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak sendiri mengakui kegagalan 1MDB dan berkata
ada sebab sah untuk berasa bimbang mengenainya.
“Sekarang, saya tidak akan menafikan isu ini. Memang
berlaku kegagalan dalam syarikat itu, kelemahan tadbir urus,” katanya kepada
kira-kira 1,000 hadirin di persidangan Invest Malaysia 2018. (Baca di sini).
Kesimpulannya, saya memilih
untuk melihat Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ini secara falsafah, iaitu Parlimen yang dikuasai, buat masa ini, oleh Barisan Nasional boleh melulus
atau memansuhkan apa saja undang-undang dan peraturan tetapi ia tidak boleh membenamkan
kebenaran dan menyekat hak asasi manusia.
Wallahuaklam.
Huh... RUU merapu ni. Hukuman maksima 10 tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
ReplyDeleteMak Datin pukul pembantu-rumah separuh-mati pun, dikenakan hukuman berkelakuan baik dan jaminan bond (baca hutang) RM20,000. Maknanya RM20,000 tu... sama seperti 'unit' atas kertas saja.
Jangan-jangan, hukuman terpilih. Antara golongan elit dan Rakyat-biasa atau Rakyat-marhean, perlaksanaan hukuman berlainan. Mungkin WANG boleh dijadikan 'pelincir'. Akhirnya, lagi banyak undang-undang, makanya lagi banyak membuka ruang kepada amalan RASUAH.
it is ultra vires, not virus dakj.
ReplyDeleteKalau tak hendak komen tentang RUU ni, baik kita ulas tentang standard 'professor-profesor' kita. Agak terkejut dgn 'professor hijau' yang muncul di Forum Sjnar Harian baru-baru ini. Tambah terkejut melihat reaksi professor hijau ini pada selepas Forum (post event reaction). Adakah beliau hilang kewarasan, terlalu hijau (cetek pengalaman) atau hanyut ditelan sombong , riak dan ego? Atau sememangnya taraf para professor di IPTA sekarang sudah merudum begitu sadis sekali?
ReplyDeleteSaya tidak pandai hendak komen mengenai undang2.
ReplyDeleteTapi saya nak tanya kepada alim ulama, mufti2, tok2 guru, ustaz ustazah, pemimpin2 politik beragama Islam dan juga rakyat yg beragama Islam sekalian.
Apakah hukumnya menyokong kerajaan yg dipimpin penyamun ?
Subahat dengan kemungkaran...neraka laa..
DeleteMaaf Datuk cos guna bahasa kasar sedikit.
Delete'Mati tak mahu tapi sakit terlantar berpanjangan' ini hukum karma bagi orang yang buat 2 perkara ini serentak 'amal maarof-nahi mungkar'...
Sepertimana RUU355, RUU Berita juga dibentangkan untuk mendera rakyat dengan nilai denda ratusan ribu... untuk mencekik rakyat yang sudah nazak tercekik dengan GST dan kenaikan kos sara hidup.
ReplyDeleteSudah tidak ada perkara yang lebih baik untuk rakyat yang mampu difikirkan oleh kerajaan dan geng lebai punasihat MO1/1MDB???
Bertanya, berbincang untuk mencari jawapan/kesimpulan & beri pendapat ini 'berita palsu' juga ke?
ReplyDeleteSudah semestinya segala perkara-perkara tersebut kita akan gunakan media sosial. Aduihhh...
Ahmad Maslan kata "hari ini kita laksana gst, esok harga barang akan turun" ini boleh tak dikira sebar 'berita palsu'...
Undang-undang yang diluluskan oleh golongan penyamun untuk menghalalkan segala rompakan dan segala amalan mencuri.Negara pertama di dunia yang mana sistem perundangannya dikuasai oleh penjahat.
ReplyDeleteTerima kasih CTG atas pembetulan. Mohon maaf atas kesilapan.
ReplyDeletePihak yang mana pula yang akan mengesahkan yang mana yang benar dan yang mana yang palsu? Pihak Kerajaan sahaja ke yang boleh menentu sahkan sesuatu berita?
ReplyDeleteBagaimana pula jika sesuatu berita yang datang dari pihak Kerajaan dan disahkan oleh pihak ketiga (third party) sebagai tidak benar atau palsu, adakah tindakan undang-undang berita palsu boleh di ambil ke atas Kerajaan? Atau tiada tindakan boleh di ambil? bukankah ini melanggar prinsip ‘kesama rataan disisi undang-undang’ (equality before the law)?
Jika isu-isu seperti ini masih kabur dan samar-samar, rang undang-undang tersebut tidak layak untuk berada atas meja MP-MP kita di Dewan Rakyat untuk diperdebatkan. Apatah lagi diperdebatkan dan diluluskan secara sebulat suara majoriti. Ini kerana rang undang-undang ini jika terpakai dan berkuat kuasa kelak, ianya lebih bertindak sebagai ‘alat’ kepada kerajaan untuk menekan mereka yang menyebarkan dakyah yang memberikan kesan buruk kepada parti pemerintah daripada bertindak melindungi rakyat jelata daripada berita-berita yang KONONnya tidak benar.
Walaupun sesuatu isu memang benar-benar berlaku seperti banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku sekarang bawah Kerajaan pemerintah kleptokratik, masakan kita hanya melihat dan berpeluk tubuh jika kesalahan berlaku di depan mata kita?
kita harus bangun dan bangkit bersuara dan bertindak untuk membetulkan keadaan. Salah satu cara untuk bangkit membetulkan keadaan adalah dengan mengundi Pakatan Harapan dalan PRU14 yang akan datang. Sekian.
Don’t be Martin Niemoller....
ReplyDeleteJojo
ReplyDeleteHukumnya haram tetapi masaalah semua yang dinamakan saudara adalah manusia biasa dimana kepentingan peribadi dan keluarga lebih mustahak dari kepentingan agama.Semua Nabi Nabi menyatakan mereka tidak meminta gaji dari pengikutnya dan hanya Allah yang membayar gaji mereka sementara puak puak diatas bergantung gaji dan bonus dengan pihak tertentu jadi soal haram dan halal bukanlah isu utama.Quran menjanjikan Neraka bagi orang orang memakan harta orang lain dengan secara haram.
Semasa berbincang kita akan ada premis dan andaian. Premis dan andaian mungkin bersifat palsu tapi dgn perbincangan ia akan menuju kepada kebenaran. Jangan
ReplyDeleteBagus juga kalau ada undang-undang supaya orang tak berbohong lagi dimedia, tetapi jangan fokus kepada pembangkang sahaja. Kerajaan pun kena membuat kenyataan yang benar.
ReplyDeleteRahim
Sallam Dato’
ReplyDeleteSaya agak khuatir juga selepas ini.
Kalaulah Rang Undang-Undang ini diluluskan, maka polis berkuasa menangkap sesiapa saja yang didapati melanggar akta ini.
Sepertimana Polis menahan dan masukkan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ke dalam lokap mengikut Akta Sosma. Walaupun akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah.
Mengikut kata peguam Hanif Khatiri di Internet,
Apa dia yang dimaksudkan “Berita Palsu” tidak jelas.
Kalau di luar negara perkara skandal 1MDB dianggap satu skandal besar.
Tidak ada apa-apa pun usaha kerajaan menyaman mereka yang menyebarkan berita skandal 1MDB yang mereka kata adalah skandal yang sangat besar.
Di Malaysia, 1MDB mengikut kerajaan tidak ada kesalahan apa-apa.
Jadi itu, skandal 1MDB adalah berita palsu atau berita benar?
Sebagai contoh, kalaulah sebuah kereta itu warna merah tetapi mengikut kerajaan, kereta itu bukan warna merah tapi warna hitam.
Maka sesiapa yang menyebarkan di Facebook dan mengatakan kereta itu warna merah adalah menyebar berita palsu dan boleh ditangkap.
Tidak kira walaupun satu dunia mengatakan bahawa kereta itu warna merah.
Jadi, persoalannya adalah, siapa yang tentukan satu perkara itu benar atau tidak benar.?
RUU 'Penyebaran Berita Palsu' ini secara logiknya memang baik. Tapi ianya telah dilakukan secara gelojoh kerana kepentingan.
DeleteIanya kelihatan sama seperti perlaksanaan GST yang dilaksanakan secara gelojoh atas faktor kepentingan keadaan.
Boleh ke masa akan datang, RUU ini juga mesti mendapat undi majoriti 2/3 seperti meluluskan perlembagaan agar Telus menjadi sangat Telus...?
ReplyDeletesambungan....
setiap RUU yang dibentangkan mesti lah dengan niat dan matlamat yang betul betul untuk mendidik rakyat menjadi berakhlak mulia dan adil kapada semua lapisan masyarakat. Jangan lah mengutip denda yang tinggi dijadikan matlamat.
undang undang yang tidak berteraskan tujuan untuk mendidik rakyat akan gagal, seperti akta dadah yang ada pada hari ini.
Undang² perlu ada tp kerapkali disalah guna. Penguatkuasaan terpilih jg menjadi isu. Maka adalah wajar kita memilih kerajaan yg blh diharapkan. Kerajaan sekarang sudah korup.
ReplyDeleteGunalah akta apa sekali pun. Bangkai gajah jika di tutup sekali pun tetap akan berbau busuk.
ReplyDeleteCuma burung vultures dan Buaya saja yg sanggup makan..
Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
ReplyDeleteAku nak menyimpang sikit dari tajuk hang "antiberita-tidak-benar-banyak-cara..." kpd "u-turn" oleh pihak hukum,
aku potong dan tempek dari berita harian online :
" SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara terhadap seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu...
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan bermula hari ini dan menolak permohonan penangguhan pelaksanaan.
Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun ke atas Rozita, dan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin." (29.3.2018).
Ni satu contoh stended penghakiman di Malaya... tu pon mujog ramai orang hingag bangag ...lepaih tu depa tambah lagi undang2, anti berita bohong la, (macam la undang2 sedia ada belum cukop, persempadan semula laa (yg kenunnya depa pon tak berapa bekenan tapi bila undi, pakat sokong habih)...menjadi lebih genting prinsip sorang rakyat satu undi ('equal weighting') yg dah lama dilongkangkan...
yg nampak sangat untuk menekan rakyat, dlm ruang bepolitik, selari dgn menekan rakyat dlm kehidopan ekonomi macam GST,
menjatohkan nilai ringgit, mencacak naik hutang, penarikkan 'sabsidi'.dan macam2 lagi yg zahiag dari korupsi, kronisme yg bediri
ataih semacam 'igtikad' bahwa duit tu raja (cash is king).
Untuk diri aku dan sesapa lain yg sudi, ingat lah surah Ibrahim ayat 21 & 22 (antara lain) dgn maksodnya lebih korang...:
" وَبَرَزُوا لِلَّهِ جَمِيعًا فَقَالَ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ۚ قَالُوا لَوْ هَدَانَا اللَّهُ لَهَدَيْنَاكُمْ ۖ سَوَاءٌ عَلَيْنَا أَجَزِعْنَا أَمْ صَبَرْنَا مَا لَنَا مِنْ مَحِيصٍ
Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? Mereka menjawab: "Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri".
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ ۖ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih." (dari tafsirq.com). (bersambong)
(Sambongan)
ReplyDeleteDlm tafsir Fi Zilalil Qur an oleh asSyahid Sayyid Qutb, antaranya nulih apa yg dimulakan didonia bulih bekesudah di aqirat...
keduanya menyempurnakan satu sama lain, tanpa teputuih dan terasing...
dan yg menundukkan manusia kepada pemimpin yg sombong
dan munkag ialah kelemahan jiwa, kelemahan semangat, marwah dan sanggop menyerah kehormatan yg dikorniakan
Allah kepada manusia. Ringkaihnya para toghut atau pemimpin yg dzolim tidak dapat menghina orang ramai melainkan dgn keinginan (sama ada dlm keadaan sedag atau korang sedag) orang ramai itu sendiri.
Lantaran, para pentingnya usaha hang dan geng hang menebag maklumad, satu untok memberi maklum, dan dua
untuk menyah penipuan yg teruih2 dihambogkan kad rakyat. Aku rasa hampa kena pulon habih dan pecut sampai ke PRU ni.
Untok tu aku terima kasih banyak2 kad hampa semua dan mohon maghap ataih salah silap.
Insya'allah hampa akan capai 'critical mass' untok merubah.
Aku
Salam Datuk
ReplyDeleteSeperti yang saya pernah komen dulu, negara Malaysia sekarang adalah negara demokratik palsu.Kalau ada yang tak percaya, sila tengok persidangan parlimen.
Salam Datuk
ReplyDeleteThe Legislative and the Judiciary is cobtrolled by Najis. Even Security too. What can the ordinary rakyat like us can do? Nothing actually.
Kalau kita bersuara keras sikit alamat nya ada yg ketok rumah kita pada waktu malam.
Institusi Raja2 we might as well forget it. Honestly saya tidak tahu pendirian dan arah mereka.
The only way is through the ballot jox which again Tun M recently said that Najis may even rigged the election. But the Rakyat shud try n not give up
Selarn itu saya lebih takut dgn pendirian majoriti org Nelayu. Mereka lebih suka gunakan emosi dan sentimen dari Akal. All Najis had to do continue feeding them and put them in Comfort Zone. Mereka tidak mahu mikir 10-20 tahun akan datang. " Rezeki di tangan Tuhan..Mereka akan di soal di Akhirat..Mereka akan terima balasan Allah.. ". Very simple concludsion. " Yang penting kita Happy "
Wallahualan
Tun dan PH bila diberikan kuasa selepas pru nanti perlu pikirkan untuk meminda akta2 yg disalahguna oleh yg berkuasa untuk melindongi kejahatan orang yg berkuasa...pengecualian perlu diberi kod kes2 salahguna kuasa dlm akta2 seoerti BAFIA OSA dan SOSMA...najib telah gunakan OSA untuk 1 mdb...akta fake news juga perlu diberi pengecualian jika melibatkan salahguna kuasa...orang2 yg terkemudian tidak boleh menggunakan akta2 ini untuk menutup kejahatan...
ReplyDeleteAsSalam Datuk ...
ReplyDeleteMemang elok ado undang2 dari takdo ..
Kalau takdo .. jadi haru-haro ...
Yang berkuaso .. jadi maharajo ...
Kem Kemunting .. jadi umah nyo ...
Yg dibuek Turn M ..terhadap musuh dio..
Tapi alahai .. dio dah lupo ...
Ramai yg kono .. merano ...
Aljuburi dipenjaro .. tersekso ...
Nak lopehkan .. kek mano ...
Datuk DAKJ .. memang bijaksano ..
Nunggu parlimen ..notapkan untuk sumo..
Waghih.
By World Bank Estimate, Malaysia is Worse than South Sudan, Malawi, Bolivia, Mozambique, Comoros, Dominican Republic, Peru, Djibouti, Chad, Zimbabwe, Nigeria, Togo, Angola etc.
ReplyDeleteIn this list of 149 countries and territories, the World Bank estimates income inequality around the world. On a scale of 0 to 100, 0 represents total equality.
https://www.npr.org/sections/goatsandsoda/2018/04/02/598864666/the-country-with-the-worlds-worst-inequality-is?utm_source=quora