A Kadir Jasin
سْمِ اللهِ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
ADA orang marah dan
melemparkan berbagai-bagai tuduhan terhadap kakitangan awam khususnya anggota polis.
Mereka marah kepada
polis kerana menangkap penentang-penentang kerajaan dan menghalang kegiatan
yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Begitu juga dengan penjawat awam. Mereka turut dituduh berlaku tidak adil
terhadap pembangkang.
Memang ada kakitangan awam khususnya yang berpangkat tinggi yang bermain politik dengan menjadi ejen dan kuda tunggangan Umno/Barisan Nasional (BN).
Malah kita tahu ada antara mereka yang dilantik khusus untuk melindungi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, anggota Kabinet dan para pembesar Umno/BN daripada pelbagai dakwaan jenayah.
Kita sudah lebih daripada maklum mengenai skandal pemecatan Peguam Negara, (Tan Sri) Gani Patail pada tahun 2015 atas alasan beliau tidak sihat semata-mata untuk menyekat tindakan mahkamah ke atas kes-kes berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Beliau bukan setakat segar-bugar malah mampu kembali mengamalkan kerjaya guaman dengan membuka syarikat guaman sendiri pada tahun 2016. Dan kita tahu semua keputusan AG baru, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersangkutan 1MDB adalah bagi melindungi Najib.
Memang ada kakitangan awam khususnya yang berpangkat tinggi yang bermain politik dengan menjadi ejen dan kuda tunggangan Umno/Barisan Nasional (BN).
Malah kita tahu ada antara mereka yang dilantik khusus untuk melindungi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, anggota Kabinet dan para pembesar Umno/BN daripada pelbagai dakwaan jenayah.
Kita sudah lebih daripada maklum mengenai skandal pemecatan Peguam Negara, (Tan Sri) Gani Patail pada tahun 2015 atas alasan beliau tidak sihat semata-mata untuk menyekat tindakan mahkamah ke atas kes-kes berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Beliau bukan setakat segar-bugar malah mampu kembali mengamalkan kerjaya guaman dengan membuka syarikat guaman sendiri pada tahun 2016. Dan kita tahu semua keputusan AG baru, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersangkutan 1MDB adalah bagi melindungi Najib.
Apandi membebaskan Najib daripada skandal 1MDB |
Kita juga tahu
pelantikan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kehakiman
dilakukan atas dasar politik.
Begitu juga dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan beberapa jawatan utama lain yang dibuat atas pertimbangan politik khususnya untuk melindungi Najib.
Apel Busuk
Begitu juga dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan beberapa jawatan utama lain yang dibuat atas pertimbangan politik khususnya untuk melindungi Najib.
Apel Busuk
Adalah tidak adil dan
tidak masuk akal kita membuat andaian dan menuduh bahawa kesemua 1.6 juta anggota
perkhidmatan awam, polis dan tentera adalah tali barut Umno/BN.
Sebaliknya saya yakin
ramai daripada mereka bersikap berkecuali dan profesional. Mereka tidak
mencampuradukkan tugas mereka sebagai penjawat awam dengan politik kepartian.
Tetapi apabila
pegawai-pegawai atasan mereka menjadi tali barut dan kuda tunggangan Umno/BN,
sedikit sebanyak mereka turut terseret dan terpalit.
Saya amat yakin ramai
anggota polis, pendakwa raya dan kakitangan penjara keberatan untuk bertindak
terhadap penentang kerajaan. Mereka terpaksa bertindak kerana arahan daripada
ketua-ketua mereka yang pro-Umno/BN atau yang tidak profesional.
Kita tahu ada di kalangan penjawat awam yang mempunyai perkiraan lain selain daripada berkhidmat untuk rakyat jelata seperti kenaikan pangkat, anugerah dan gelaran.
Saya sendiri, melalui pembabitan saya dalam politik sejak dua tahun kebelakangan ini, mendapati ramai anggota polis bertindak secara profesional apabila ditugaskan untuk memantau dan melaporkan mengenai ceramah-ceramah politik.
Kita tahu ada di kalangan penjawat awam yang mempunyai perkiraan lain selain daripada berkhidmat untuk rakyat jelata seperti kenaikan pangkat, anugerah dan gelaran.
Saya sendiri, melalui pembabitan saya dalam politik sejak dua tahun kebelakangan ini, mendapati ramai anggota polis bertindak secara profesional apabila ditugaskan untuk memantau dan melaporkan mengenai ceramah-ceramah politik.
Sebenarnya mereka tahu lebih daripada rakyat biasa mengenai apa yang sedang berlaku di tempat-tempat
kerja mereka seperti pemotongan peruntukan, kekurangan, kelengkapan
dan campur tangan orang politik.
Mereka juga pastinya
mendengar keluhan rakyat jelata dan turut berasa beban GST, kejatuhan nilai
mata wang dan kenaikan kos sara hidup.
Natijahnya, seperti
rakyat lain mereka juga merasa kesempitan hidup dan pelbagai masalah yang
timbul akibat pengurusan ekonomi dan kewangan yang lemah, rasuah dan menyeleweng.
Gula-gula pilihan raya
dan ancaman bahawa undi mereka diketahui oleh kerajaan tidak akan memberi kesan
sekiranya mereka faham yang gula-gula yang mereka terima itu adalah hasil keringat
mereka sendiri dan undi tidak dapat dikesan kepada individu.
Mereka juga boleh
membandingkan bagaimana rakan-rakan mereka di dua buah negeri yang diperintah
oleh pembagkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang menikmati ganjaran yang lebih
baik.
Melainkan mereka memilih
untuk menjadi pemakan dedak dan kuda tunggangan Umno/BN, kakitangan awam akan
kekal profesional, berkecuali dan akan mengundi dengan bebas.
Wallahuaklam.
Salam Datuk
ReplyDeletePenjawat awam adalah golongan rakyat yang berkhidmat dalam kerajaan dimana emolumen mereka dibayar dari pendapatan negara terutama dari pelbagai cukai termasuk GST.
Mereka adalah golongan yang "informed" kerana mereka berpelajaran, tidak seperti rakyat diceruk kampung yang hanya mendengar berita dari RTM dan TV3suku.
Sepatutnya mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam negara masakini. Tidak dinafikan...sesetengah mereka terhasut dengan tekanan dan gertakan dari ketua majikan yang juga menjaga periok nasi dan pangkat sendiri.
Kerajaan BN dibawah Najib sudah terlalu kotor bukan kerana kakitangan kerajaan tetapi kerana ketua kerajaan dan kabinet yang sudah tidak peka dengan rakyat.
Mentimun dan pisau ditangan anda sendiri....potonglah ikut suka hati anda.
mita maaf dato,
ReplyDeletesaya kurang bersetuju sepenuhnya dgn kenyataan bahawa k/tangan awam berkecuali.
memang betul selaku 'civil servant' mereka wajib mendokong prinsip 'civil service neutrality'.
tetapi selaku mantan peg kanan kerajaan yg masih mempunyai banyak kenalan d antara mantan n yg sedang berkhidmat, saya berani mengatakan bahawa mereka dah cemuih n menyampah dgn pasangan klepet ini berserta dgn 'gang2' pengampu mereka.
tapi buat masa sekarang mereka hanya mampu bersabar sahingga hari mengundi d mana mereka akan melepaskan 'geram'.
that is d push factor. d pull factor is their deep gratitude 2wards Tun M that has catapulted their stature n well being 2 a comfortable level.
Najib (dgn pengaruh Rosmah) tlh memperkecilkan pengaruh Tun d kalangan rakyat jelata (termasuk k/kerajaan).
He n UMNO/BN is going 2 pay heavily 4 this miscalculation n 'kebiadapan' yg melampau.
Insya'allah, God is d greatest.
Assallam dato'. Rasanya kestiaan para penjawat Awam terhadap goverment of the day tidak perlu dipeetikaikan lagi. mereka memang ternyata golongan rakyat yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini telah mampu membela dan mensejahterakan nasib mereka dengan begitu cemerlang sekali dari segala segi. Apatah lagi, dewasa ini,para Penjawat awam menikmati pelbagai perks dan insentif yang tak pernah mereka alami semasa pemerintahan Tun M dulu. Tengok ajelah dari segi jumlah gaji dan pelbagai jenis elaun yang diterima, kemudahan perubatan, perumahan dan peluang kenaiakn pangkay yang terbuka luas yang tak ujud di zaman Tun M dulu tu. malah ada juga PA yang membandingkan kemudahan yang disediakan di antara kedua2 PM ini adalah ibarat langit dengan bumi, dah tentulah amat2 baik lagi kondusif suasananya di zaman DSNR. Kerajaan tak pernah mengenakan sebarang bentuk tekanan dalam apa jua cara sekalipun untuk mendapatkan sokongan terus dari penjawat Awam, mereka sebagai golongan yang terikat dengan sumpah setia perkhidmatan lebih maklum dan pakar dalam hal ini. jadi jiia dijalankan kajian dalam kalangan PA di Msia, rata2 akan mengatakan tidak ada keperluan untuk menukar kerajaan yang sedia ada, yang ternyata telah memberikan segala apa yang diinginkan oleh mereka dalam kehidupan sehari2an dan menukar kepada pemerintahan alternatif yang hanya berpaksikan kepada teras perjuangan janji2 palsu dan tidak mampu dipenuhioleh mereka nanti.
ReplyDeleteDengan ada pertembungan 3 penjuru pun BN tak yakin menang. PH tidak didaftarkan sebagai satu gabungan rasmi masih lagi was-was nak bubar parlimen. Lalu diubah sempadan kawasan pilihan raya. Tak yakin lagi. Undang-undang anti-berita palsu diperkenalkan.
ReplyDeleteApa pula selepas ni? MAPPA 4 April 2018. Manifesto BN 7 April 2018..Jeng jeng jeng...
Alahai Datuk ...
ReplyDeleteKan PM DSN ni dulu protege Dr M .
Dan a very good student too ..
So ..apo yang dipelajari dari Turn M ?
1) Hobing Timb PM Musa
2) Kontut Mentari Kewangan Tengku Li
3) Hobing Timb PM Ghaffar.
4) Carutkan mantan PM TAR ..kluar Umno
5) Carutkan mantan PM Tun H..kluar Umno
6) Penjarokan Timb PM Aljuburi .
7) Hobing ketuo hakim negaro .
8) Hobing 3 hakim kanan .
9) Lontung kuaso2 rajo .
10) Hobing Timb Gab BNM
11) Hobing PM Dollah
12) dll
Pado maso dinasti Turn M tu ...
Penjawat awam poning kepalo dongar cerito gomen takdo duit nak bayar gaji.
Cerito yg didongar.. gomen hilang duit berbillion sobab judi forex BNM ..dikhobar olih Ultrakiasu LKS.
Tapi rakyat tak percayo ...
Datuk Murad (Timb Gab BNM) kono hobing sobab buko mulut .
Gomen buek perbagai pinjaman hinggo sampai tahap 100% GDP..( Tapi Turn M dah lupo atau buek2 lupo ).
Keadaan cukup teruk hinggo penjawat awam takdo kenaikan gaji selamo 2 tahun
Turn M cukup percayo pado polisi kadar upah rondah untuk tarik pelabur ...akibat ehhh kemampuan penjawat awam terjejas hinggo DSN ambik alih dan cubo reversekan polisi tu kpd polisi pendapatan tinggi .
So .. camno Datuk ..?
Kan Turn M dulu nyusahkan dan bebankan rakyat dan akibatnyo teraso hinggo sekarang .
Suatu cabaran untuk PM DSN cubo pulihkan .. dan nampak ehh banyak perubahan positif .
Yang ponting rakyat sekarang lobih bebas dan tak meraso takut untuk buahkan pandangan2 yg berbezo .
Waghih.
Waghih.......
DeleteSebab nak sokong orang kampung kamu sendiri, sudah sah orang itu berak tengah jalan pun....kamu kata orang itu baik......orang alim......sebab senang untuk kamu minta dedak jika kenalan sendiri.
Kamu imi takda beza dengan TOK BOMOH TEMBRRANG dalam cerita P Ramli......he....he.....
Masalah paling besar ialah undi pos. Yang ini sukar sikit nak halang. Sukar untuk mengesahkan yang sesaorang itu benar2 pohon untuk mengundi pos dan siapa yang sebenarnya memangkah kertas undi itu.
ReplyDeleteKalau ada 400,000 undi pos dan dibahagi 222 kerusi parlimen, itu bermakna hampir 2000 undi untuk satu kerusi. Satu jumlah yang cukup besar untuk memenangkan kerusi2 tipis.
Persoalannya Adakah mereka lebih takut kepada ancaman manusia ataupun kemurkaan Allah swt.
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم
ReplyDeleteDengan izin hang, aku seleweng sikit dari tajuk hang pasai kakitangan kerajaan tu dan kopipes siaran akhbag presiden Majlih Peguam Malaysia, 3 April, 2018, dimana dia bagitau persempadan kawasan mengundi depa selengkoh habih ('fundamentally flawed'), tidak a'dil, dan menyalahi pelembagaan.. :
Press Release | Redelineation Proposals are Fundamentally Flawed, Inherently Unfair, and Unconstitutional PDF Print E-mail
Tuesday, 03 April 2018 03:03pm
.... Malaysian Bar is deeply disturbed by the overall manner in which the redelineation exercise was conducted by the Election Commission (“EC”), leading up to and including the indecent haste in which the EC’s redelineation proposals were tabled and passed by the Dewan Rakyat on 28 March 2018.
The redelineation exercise was dogged by procedural issues from the very beginning, starting from the redelineation exercise for the state of Sarawak, the proposals for which were presented for public review in January 2015. In the High Court case of See Chee How & Anor v Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, the High Court of Sabah and Sarawak at Kuching ruled that the preliminary information provided in the EC’s public notice was insufficient, although this finding was reversed by the Court of Appeal. The Federal Court in turn refused to grant leave to appeal, on the ground that the proposals had, by then, already been submitted to the Prime Minister.
The same concerns spilled over once the redelineation exercise was commenced for Peninsular Malaysia, with questions raised about the adequacy of the preliminary information, rejection of some of the objections on procedural grounds, rush of the first round of the local inquiry, refusal to allow objectors to fully ventilate their objections, denial of the right for legal counsel to be present, and refusal to hear some objectors during the second round of the local inquiry.
The Malaysian Bar is also appalled by some of the judicial pronouncements taken in the various legal challenges made in the course of this electoral redelineation process. The courts appear to have denied litigants access to a legal remedy and, in so doing, failed to protect and uphold the Federal Constitution. In particular, the decision of the Federal Court on 19 February 2018 — involving applications brought by two opposition Members of Parliament from Perak and seven voters from Melaka — where it was held that the proposals of the EC could not be judicially reviewed, because they were actions of the EC that did not bind parties, was astounding.
The combined effect of this decision and that in See Chee How is that the EC’s proposals can never be tested against the principles of the Thirteenth Schedule to the Federal Constitution. This is a wholly untenable position. As William Blackstone wrote in his Commentaries: “It is a settled and invariable principle…. that every right when with-held must have a remedy, and every injury its proper redress.”
( besambong, insyaA'llah ... )
(Sambongan)....
ReplyDeleteWhen it comes to Parliamentary procedure, the Malaysian Bar fully supports the fact that the doctrine of separation of powers is a feature of the Federal Constitution, as most recently reaffirmed by the Federal Court in the cases of Semenyih Jaya v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat and Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Applying the principle to this situation, Parliament is the master of its own affairs. However, if there is to be a real respect for the doctrine of separation of powers, and not mere tokenism, then the Legislative branch of government must not only be independent, but must be seen to be independent. It should not bow or tie itself to the Executive branch, and must oppose any attempt by the Executive branch to rush through legislation to meet the latter’s own political agenda and timetable. The Speaker of the Dewan Rakyat should not act in a manner as to give rise to the irresistible impression that Parliament was but a mere rubber stamp for the exigencies of the Executive branch.
Further, even though Parliament is the master of its own affairs, the Speaker must exercise his discretion in a fair and non-arbitrary manner. His ruling earlier in the year that a debate on the matter of 1MDB could not proceed — on the ground it was the subject of court proceedings in the United States of America and therefore “sub judice” — is hard to reconcile with his recent ruling that debating the EC’s redelineation proposals — although the subject of court proceedings in Malaysia — was not “sub judice” and could therefore proceed. This inconsistency is an abuse of the rule of law.
After 60 years of independence, it is incredible that the variation between the smallest and largest seat (by voter size) in Parliament has actually increased over time, rather than decreased. In the 2018 redelineation exercise, the largest constituency will be the renamed Damansara seat in Selangor, with 150,439 voters, which is 8.53 times larger than the smallest constituency, the Federal Territory of Putrajaya, with 17,627 voters.
Even comparing within states, the variations remain huge. In Selangor, the difference between Damansara and the constituency of Sabak Bernam with 37,126 voters, is 4.05 times, the highest in any single state in Peninsular Malaysia. For this to be occurring in Selangor, arguably the most developed state in Peninsular Malaysia, is incredible. Section 2 of the Thirteenth Schedule to the Federal Constitution states this as one of the principles that “shall as far as possible be taken into account in dividing any unit of review into constituencies pursuant to the provisions of Articles 116 and 117”:
(c) the number of electors within each constituency in a State ought to be approximately equal except that, having regard to the greater difficulty of reaching electors in the country districts and the other disadvantages facing rural constituencies, a measure of weightage for area ought to be given to such constituencies;
The order relating to the 2018 redelineation exercise was passed by the Dewan Rakyat on 28 March 2018, and then submitted to and made by the Yang Di-Pertuan Agong, published in the Federal Government Gazette, and brought into force in the short space of 24 hours. The redelineation proposals are being implemented for the imminent 14th General Election.
By disrespecting and totally disregarding the principle of “one person, one vote, one value”, the proposals are fundamentally flawed. The inherent unfairness, and unconstitutionality, of the redelineation exercise and its results may well cast a long and deep shadow over the legitimacy of the outcome of the upcoming 14th General Election, as well as future General Elections.
George Varughese
President
Malaysian Bar
Munkin, kalu depa teruih teruih melanggag undang2, undang2 yg dok ada macam mana sengkek sekali pon akan jadi tak guna se det ...
Wallahu a'lam.
Maghap no.
Aku
Waghih,
ReplyDeleteKamu ini membandingkan Tun M dengan Najib.
Memang boleh sangat untuk bandingkan Tun M dengan Najib.
Tun M jadi PM bukan 1 atau 2 tahun tapi 22 tahun. Lebih dari 2 dekad.
Kalau nak bandingkan Tun M dengan Najib,
Setakat ini, setahu sayalah ramai sangat orang kata zaman Tun M jauh lagi baik dari Najib.
Sebabnya kita dah rasa dan lalui zaman kedua-dua PM ini.
Kalaulah bakal PM adalah orang lain, memang susah sikit nak duga. Tapi Tun M dah perintah 22 tahun.
Banyak pembangunan dan jasa Tun M.
Saya dan ramai orang melayu pun dapat biasiswa masa zaman Tun M.
Kalau betul-betul nak bandingkan Tun M dan Najib, kenapa gambar poster Tun M dilarang.? Heran juga.
Kalau nak bandingkan betul-betul, ikut cara negara demokratik maju, masa berkempen adakan debat.
Di Indonesia, di UK dan USA ada debat antara ketua pembangkang.
Di Indonesia ada 2 parti gabungan juga, lebih banyak dari Malaysia sampai lebih 5 parti gabung jadi satu. ROS Indonesia tak menolak atau tak iktiraf gabungan parti pembangkang macam Malaysia.
Assalamualikum Datuk,
ReplyDeleteBercakap pasal keprofesionalan Pejawat Awam, hari ni
Perdana Menteri, Najib mengumumkan kenaikan gaji dan
pangkat kakitangan awam dan juga pesara bernilai 1.46
BILLION.
Persoalan yang timbul di kepala saya ialah, dari mana
Najib nak cekau duit 1.46 BILLION ni.....?????
Adakah ini bermakna, kalau BN menang, GST akan naik
dari 6 kepada 13%........??????
Wagihah jangan cepat melatah, memepertahankan Najib ye.
Jangan lupa, Najib pernah mengunkapkan kata-kata ini
untuk mempertahankan GST:
KALAU TAKDA GST, DARI MANA KERAJANA NAK CARI DUIT,
BAYAR GAJI PEJAWAT AWAM...?
KERAJAAN AKAN BANKRAP!!!!
Ini bererti, kenaikan gaji dan pangkat pejawat awam,
akan ditanggong oleh orang ramai yang bukan pejawat
awam. Kesianlah kami.
Harap Pejawat Awam berfikir tentang ini sebelum
memangkah BN dalam PRU14 nanti - Kegembiraan anda
adalah kepertian kami.
Be professional, ya.
AsSalam Cik Minah ...
DeleteMemang boto la tu ...
Kalau takdo GST ..mano nak cokau 1.46 billion tu .
Common sense la kan ...mesti dari cukai ... takkan lak nak cetak duit.
Nak harapkan duit minyak ... hargo minyak dah merudum.
Nak harapkan SST ... peniago2 ultrakiasu lak yang jadi kayo rayo dan nipu gomen dan rakyat marhain .
Dongan GST ... peniago2 ultrakiasu ni takleh lari dah ..
Penjawat2 awam yg professional ni akhirnyo dapek pembelaan dan pengikhtirafan yg setimpal .
Waghih.
Salam Saudara Aku.
ReplyDeleteBetul la seperti dilapor Majalah Economist: Stop Thief! Malaysia's PM is about to steal an election.
Dalam Bahasa Melayu: Hentikan Pencuri! PM Malaysia akan mencuri Piliharaya.
Nak buat macam mana? Negara kita pun sudah dicop sebagai Kleptocracy atau diperintah oleh segerombolan pencuri. Bukan setakat mencuri WANG Rakyat melalui 1MDB-Jho Low, PRU14 pun depa nak curi juga.
Dah la muka Dr. M pun depa takut, sampai tak bagi guna dalam poster piliharaya.
Nampakgayanya UMNO-Najib & BN sudah tak tentu hala. Banyak berita, perkara atau hakikat-sebenarnya, kerajaan telah selindung atau tidak bersikap terus-terang kepada Rakyat. Lama-kelamaan, Rakyat tidak lagi percaya apa yang keluar dari mulut mereka.
Contohnya:-
- Ahmad Mazlan kata, GST akan menurunkan harga barangan.
- Ketika itu juga, Kerajaan tidak beritahu hakikat sebenar kepada Rakyat bahawa bil-bil utility (air, letrik, internet) akan meningkat sebanyak 6%.
- Demi popularity, Najib berbangga memansuhkan tol Batu 3 dan Sg. Rasau yang memang sepatutnya akan tamat tempoh konsesi pada 2018, setelah 30 tahun beroperasi. Hakikat bahawa pada 2011, konsesi itu telah dilanjutkan 20 tahun lagi sehingga 2038, tidak diberitahu kepada Rakyat. Buta-buta, membazir RM2.04 Billion WANG Rakyat untuk bayar pampasan.
- Dasar luar Negara juga tak tentu hala.
Dua hari lepas Putera Mahkota Arab Saudi telah melawat Amerika, bertemu Trump dan pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Beli banyak senjata-perang, minum kopi di Starbuck dan pada waktu yang sama, Tentera Israel sedang bertindak kejam mengunakan peluru-hidup, terhadap Rakyat Palestine.
Yang nyata, Amerika dan Barat sedang menyemarakkan permusuhan antara Sunni & Syiah dengan 'bantuan' Arab Saudi. Kedua-dua pihak (Sunni & Syiah), secara tidak langsung akan berlumba-lumba membeli senjata dan memperkayakan Negara Kapir yang kesemuanya Kuasa Besar Dunia.
Yang peliknya, Kerajaan Malaysia melalui Media-arus-perdana kawalannya, seperti Utusan, BH, TV3 & RTM yang mensasarkan khalayak Melayu, langsung tidak melaporkan hakikat bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, dalam lawatan ke Amerika, telah berkata:-
"Jews have right to nation-state in ancestral homeland. De facto leader of Saudi said Israel has a “right” to a homeland".
Sebenarnya, berita mengenai perjumpaan secara rahsia Raja Mahkota dengan Israel sudah lama dilaporkan oleh media antarabangsa. Hanya di Malaysia, Kerajaan seolah-olah tidak mahu orang Melayu tahu.
Jika tak lama lagi, Kerajaan Arab Saudi bekerjasama secara ketenteraan dengan Israel untuk menyerang Iran, bagaimana?
Kerajaan UMNO-Najib & BN mahu sokong dan bantu pihak mana?
Jika Gaza diserap kedalam Mesir (Sinai dikembalikan bersama) dan Tebing Barat kedalam Jordan, sikap Kerajaan Malaysia bagaimana?
Bukankah Tentera kita sedang berada di Arab Saudi atas alasan 'bantuan logistic', persediaan untuk membawa pulang Rakyat Malaysia di Yemen?
Mengapa Kerajaan Malaysia ternampak seperti menyokong Puak Sunni dalam perbalahan Pak-Pak Arab, terutamanya di Yemen & Syria? Tidak boleh kah kita bersikap berkecuali?
Dahulu, ketika Amerika serang Iraq untuk membunuh Saddam Hussein, kita marah dan anggap Amerika jahat.
Bila Amerika bersama Arab Saudi menyokong dan membantu pemberontak, terutamanya Daesh untuk menjatuhkan Bashyar Assad di Syria, kita seolah-olah menyokong pula Amerika?
Russia yang cuba mempertahankan Bashyar Assad, digambarkan sebagai 'jahat'.
Derma Pak Arab RM2.6 Billion masuk dalam akaun peribadi Najib ke, yang menyebabkan dasar luar Negara kita tak tentu-hala ni?
Benar juga apa yang diperkatakan Saudari Cik Minah.
ReplyDeleteKalau di ikutkan pengalaman masa lalu, terutamanya zaman zaman sebelum Pak Lah, jika ada saja ura-ura kerajaan akan menaikkan gaji penjawat awam, harga barangan akan mula meningkat naik.
Sebab itu saya mengeleng kepala, sebaik saja mendengar Najib melaung hasrat mahukan Negara yang Rakyatnya berpendapatan tinggi.
Suka la Rakyat, bila mendengar, gaji mereka akan naik tinggi. Malangnya, Rakyat kurang peka akan kesan dan implikasinya kepada majikan. Kalau produktiviti turut sama meningkat, OK la juga. Bila gaji naik, caruman majikan kepada KWSP akan turut naik. Nilai Ringgit semakin jatuh berbanding Rupiah & Baht atau USD. Harga bahan-mentah yang diimport, akan naik.
Jangan asyik dok banding dengan USD saja kerana ia tidak mengambarkan kekuatan sebenar ringgit, jika President Trump sengaja menurunkan nilai USD, dalam saingan perdagangan dengan China.
AsSalam RD ...
DeleteZaman sablum Pak Lah ..makno eh zaman Turn M kan ...
Zaman Turn M , selamo 22 tahun , hanyo tigo kali penjawat awam dinaikkan gaji .
Setiap kali kenaikkan gaji ... hargo barang naik ... memang boto .
Persoalan kenapo dan mengapo ...???
1) Selamo 22 tahun ..hanyo 3 kali kenaikan gaji ...sobab gomen takdo duit .
Berbillion losap sobab dijudikan olih Turn M.
2) Peniago ultrakiasu naikkan hargo barang sobab takdo sistem nak pantau ... iolah sistem SST dulu ...
So sekarang .. sumo visible .
No problem .. takleh lari .
KP kastam sekarang like a tiger ...
So we r much better now than those Turn M time .
Waghih.
********** NOT FOR PUBLISHMENT **********
ReplyDelete********** FOR YOUR EYES ONLY **********
As'Salam Maestro Sir...
Wishing U the best of health.. Stay sharp dear Sir.. Stay tough as well.. :-)
If it does not trouble U Maestro Sir, please convey my warmest salam to His Excellency TDM.. Both of U are always in my doa.. Do take good care of yourselves, please.. :-)
Kerana kesuntukan masa, Saya hanya sempat membaca sahaja sekarang.. Maaf tak dapat bersama "brain-storming" dgn 'Fellow³ Sahabat²' seperti selalu.. My sincere apology..
There are some things that I myself wish to share with U Maestro Sir.. Perhaps U might share this with His Excellency TDM as well..
Telah dikhabarkan bahwa ROS enggan meluluskan BERSATU.. It is already highly expected.. Not a surprising move at all, coming from a Kleptocratic Regime.. But U Maestro Sir already know this fact right?! :-)
It is also being said that PH plans to unveil its common logo tomorrow.. PLEASE DO NOT RUSH THRU THIS.. Do wait until AhJibGO dissolves Parliament.. Unveiling the PH logo must be done AFTER Parliament is dissolves, NOT BEFORE!
From my honest & humble observations, using AMANAH's logo is more strategic than using PKR's.. AMANAH's logo resembles more of that PH "Arrowhead" plus AMANAH is a "fresh-start" progressive Islamic moderate party that 'camaraderie' with DAP no doubt.. So if BERSATU decides this as well, DAP will have no problem "following suite" & PKR cannot do anything but concede to using AMANAH's logo.. Thats it! 2 birds with 1 stone, Problem solved! :-)
Okay Maestro Sir.. Until next time, do take good care of yourself.. Do continue the momentum dear Sir..
Take care & W'Salam
Mr.Tai-pan.Jr
P/s: Humble opinion to His Excellency TDM.. Use 'right hand/tangan kanan' each time being offered some water on stage.. Truthfully that fits superbly for a Statesman.. :-)
********** NOT FOR PUBLISHMENT **********
********** FOR YOUR EYES ONLY **********
Kadiag, السلام عليكم
ReplyDeleteDengan izin hang, aku nak panjangkan komen En RD (1.01 am) pasai tak keruannya tadbir uruih dlm banyak bidang namun
semuanya munkin dicekau dgn istilah 'sistemik' yg hang besa pakai :
Dari www.businessdictionary.com ›
"System-wide: affecting or relating to a group or system (such as a body, economy, or market) as a whole, instead of its individual members or parts. Not to be confused with 'systematic' which means 'methodical.' ... "
Yagni kepincangan atau kebobrokkan atau kegagalan yg menyeluruh, bukan betompok tompok.
Banyak ayat2 dan hadith yg munkin cerita pasai 'gejala' ni, antaranya dlm suroh al Isro' ayat 16 dan seteruihnya
(sekali dgn lebih korang maksod dia).:
" وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِنْ بَعْدِ نُوحٍ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا
Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah Kami binasakan. Dan cukuplah Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-hamba-Nya.
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا
Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (dari Tafsirq.com).
Antara pokoknya, selingkohan ni dilakukan olih sekelompok orang2 kaya/pemimpin2... dan bukan olih sorang dua.
Huraian yg lebih jitu munkin bulih didapati dari Tafsir fi zilalil qur an (Sayyid Qutb) atau Tafsir Azhar (Prof. Hamka).
Mutakiag, kenunnya ROS dah gantung pendaftaran parti hampa (Sundaily)....
" The temporary deregistration of the party, she said will take effect for 30 days where PPBM would not be allowed to conduct any activities nor use its logo and name during the period." (5, Apr, 2018).
Makin tunjok belang dan hampa munkin kena teruih2 siap betahan, dan macam breder Cherok Tok Kun kata...
LAWAN TETAP LAWAN. Banyak2 istigfar.
Terima kasih. Maghap ataih segala salah silap,
Aku
Zamani kata,
ReplyDeleteSaya mula memasuki alam pekerjaan pada tahun 1988 dalam sektor awam di Alor Setar. Pada masa itu PM kita adalah Tun Dr Mahathir. Pada sekitar 1990an dengan jawatan dan pendapatan saya pada masa itu mampu beli sebuah rumah teres 2 tingkat. Pada masa itu makan nasi campur harga antara rm1.60 hingga rm2 sahaja dan nilai tukaran mata wang singapura pada masa itu iaitu $1 bersamaan rm1.50 matawang kita. Tidak ada siapa mengeluh kos sara hidup tinggi pada zaman Tun Mahathir. Pada masa zaman DS Najib, rakan sepejabat saya dengan pendapatannya pada masa ini dan jawatannya seperti saya tidak mampu membeli rumah walaupun hanya sebuah rumah teres 1 tingkat. Makan nasi campur pula antara rm7 hingga rm8 sepinggan kini dan kadar tukaran mata wang singapura pula bersamaan $1 berbanding rm3.20 duit kita. Rata2 rakyat mengeluh kos sara hidup tinggi kini di bawah kerajaan DS Najib. Cuba kita fikirkan, mana lebih baik antara pemerintahan semasa Tun Dr matahir ataupun semasa pemerintahan DS Najib?
BERSATU TIDAK PERLU BUAT RAYUAN
ReplyDeleteSalam Datuk,
Saya berharap agar Bersatu tidak membuat rayuan diatas perintah pembubaran oleh ROS.
Ini adalah kerana sekiranya rayuan di buat dan perintah pembubaran di batalkan maka PERMOHONAN PENDAFTARAN LOGO PH juga mungkin akan diluluskan di saat akhir.
Maka adakah dengan ini kita akan gunakan logo PH di kertas undi?
Ini akan mengelirukan pengundi.
Sekiranya tidak digunakan logo PH ini, kita akan di kecam BN. Mereka juga akan gunakan logo PH ini untuk mengelirukan pengundi serta menghebahkan logo ini pada rakyat.
Tiba hari mengundi, pengundi PH tidak melihat logo ini pada kertas undi. Mereka akan keliru.....
Ingat, bukan semua pengundi bijak..
Awas dengan taktik DS Zahid yang dengarnya sedang menunggu rayuan Bersatu.
AsSalam Datuk ...
ReplyDeleteZed .. quote :
" Tun M jadi PM bukan 1 atau 2 tahun tapi 22 tahun ..."
Sohih tu Zed ... 22 tahun @ 2 dekad yang tolah menghantukan kito hinggo sekarang .
Impak dari kroniism dan proxiism yang diamalkan dalam perancangan pembangunan negaro olih Turn M tolah mengakibatkan kos saro hidup tidak setimpal dongan perkembangan semaso .
Turn M sanggup menekan kadar upah pekerja demi untuk menjanakan perkembangan ekonomi .
Memang diakui .. dio efektif .. tapi hanyo untuk maso tu .
Turn M tak lihat untuk maso dopan .
Misalan kadar tarif api , air dan tol dll yg naik berkala hinggo membebankan rakyat .
Kekalutan Turn M menjudikan Forex BNM tu menyobabkan compounding effect hinggo negaro tak mampu menaikkan kadar upah pekerja . Iolah dah koring BNM dibueknyo .
Perbandingan , sebagai protege ... DSN kono bersihkan 22 yrs of shit yg dilakukan olih Turn M untuk ngurangkan beban2 rakyat dalam maso yang singkat 10 tahun .
Perbandingan memang perlu Zed ...
One create the shit ...
One clean the shit ...
Waghih.
ReplyDeleteSalam Datuk,
Dengar ceritanya HARAPAN perlu mendapatkan kebenaran SPR untuk menggunakan logo tunggal untuk kesemua parti komponennya.
HARAPAN telah sepakat untuk mengguna logp PKR.....
Untuk menyelesaikan masalah SPR ni, saya cadangkan:
SEMUA CALON PRU 14 DARI HARAPAN DENGAN SEGERA MENDAFTAR MENJADI AHLI PKR.
Tun M mungkin jadi ahli biasa dalam PKR, namun apa masalahnya untuk kita lantik sebagai PM. Habis pilihanraya masuklah balik parti masing masing.
Maaf, saya kurang pasti dari segi undang undang samada boleh atau tidak cadangan ini dilaksanakan.
UMNO/BN terlalu lama memerintah sehinggakan penjawat awam menganggap BN itu sebagai kerajaan. Mereka keliru antara parti politik & kerajaan. Kerana itu mereka takut mengundi selain BN sebab selama ini anggapan BN itu kerajaan terlalu menebal.
ReplyDeleteSudah tiba masanya untuk rakyat (org Melayu khususnya) dididik dengan politik matang. Rasa sangat sedih bila melihat Melayu sehingga ke hari ini masih terperangkap dengan permainan politik sempit & tidak bermaruah.
"Biarlah BN yg korup itu terus berkuasa...jangan biarkan Melayu hilang kuasa."
Tapi kita lupa selagi BN berkuasa, Melayu terus dipandang hina!