A Kadir
Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam
tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya
sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang
mungkin saya pegang.
Zaman awal Felda: Peneroka kerjakan sendiri kebun mereka |
BEKAS Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dalam tampalan Facebook beliau
pada 27 Oktober telah menuduh saya “sangat tidak jujur serta seorang bermulut
cekupar”.
Dia menaggil saya “Pak Kadir”. Terima kasih. Tetapi sepanjang ingatan saya, selama saya mengenalinya sejak tahun 1977, saya tidak ingat dia menanggil saya “Pak Kadir”.
Akan tetapi ada seorang bekas pegawai kanannya yang menggunakan panggilan itu. Kebetulan pegawai itu terlibat terus dengan penjualan/penggadaian harta Felda bagi melakukan tawaran awam permulaan (IPO) FGV Holdings Berhad (FGV).
Kita tidak dapat menolak kemungkinan Facebook seorang yang berkemampuan seperti Mohd Najib mempunyai pentadbir atau sekumpulan pentadbir (Admin) yang menulis, menampal dan menjawab bagi pihak tauke mereka.
Daripada pengeboman maki-hamun dan carutan yang saya terima dalam Facebook saya, jelaslah bahawa Mohd Najib mempunyai laskar siber (cybertroopers) yang sangat ramai. Tidak mustahil sebahagian daripada mereka mengendalikan akaun palsu (fake accounts).
Tidak kira dalam bahasa apa dan mengenai isu apa asalkan menyentuh Mohd Najib mereka akan serang dengan maki-hamun dan carutan kerana itu tugas mereka. Daripada komen mereka, jelaslah mereka tidak pun baca apa yang ditulis.
Ini pun menyentuh soal maruah. Mohd Najib sebagai bekas pemimpin Umno tentu mengutamakan maruah Melayu. Tetapi daripada komen yang dihantar kepada saya, jelaslah maruah, budi pekerti, akhlak dan intelek tidak bermakna sedikit pun.
Yang nampaknya menjadi matlamat adalah “salam” atau duit. Dalam perbicaraan bekas Pengerusi Felda/FGV, Mohd Isa Abdul Samad, mahkamah diberitahu setiap kali dia mahu wang sogokan dibayar, dia akan mengirim “salam” melalui perantaranya.
Kalau itulah cerminan pemikiran dan tahap budi serta akhlak penyokong dan pelindung Mohd Najib maka saya tidak hairan dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya.
Namun saya berterima kasih kepada pengikut Blog dan Facebook saya yang berkongsi (share) tulisan saya dalam apa bentuk sekali pun. Terima kasih.
RM8 bilion Musnah
Bagi menjawab serangan Mohd Najib, izinkan saya mengemukan fakta dan perkara berikut:-
1. Tidak dapat dinafikan bahawa Felda lestari (sustainable) dan mampu menjaga kebajikan peneroka sehinggalah 2011 dengan pendapatan purata RM3.1 billion setahun.
2. Pada masa itu, selain tanah peneroka yang diuruskannya, Felda juga mempunyai ladang sendiri seluas 350,000 hektar (864,868 ekar) yang sebahagian pendapatannya digunakan untuk menokok tambah pendapatan peneroka.
3. Malapetaka mula melanda apabila Mohd Najib menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012. Mulai tahun berikutnya (2013), FELDA menderita kerugian secara berterusan akibat pengadaian hartanya kepada FGV.
4. Sebuah agensi kerajaan yang sepatutnya menjaga kebajikan 112,635 peneroka serta ahli keluarga mereka menjadi begitu tenat akibat rasuah dan penyelewengan sehingga memerlukan penyelematan melalui suntikan RM6.3 bilion oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
5. Jika betul dakwaan Mohd Najib bahawa IPO dan penyenaraian FGV pada tahun 2012 adalah untuk tujuan tanam semula maka pada pendapat saya kegiatan itu boleh dibiayai dengan mudah menggunakan rizab dalaman FELDA atau dengan mendapatkan pinjaman murah daripada kerajaan.
6. Sebaliknya, kerana ada duit mudah (easy money) yang boleh dibuat dengan menyenaraikan FGV, Mohd Najib dan para penasihat serta perundingnya – termasuk ahli lembaga pengarah Felda dan FGV – telah membinanasakan kelestarian Felda.
7. Amat jelas bahawa propaganda mereka bahawa penyenaraian harta Felda melalui FGV adalah langkah bijak sebenarnya satu pembohongan dan penyelewengan fakta. Felda parah dan GFV terus berdarah. Tahun lalu (2018) FGV rugi RM1.08 bilion.
8. Salah seorang penasihat IPO FGV, Omar Mustapha Ong, atau lebih terkenal dengan panggilan Omar Ong yang menjawab tulisan saya berkata, Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah FGV sewaktu proses penyenaraian dipengerusikan Shahril Ridza Ridzuan (waktu itu beliau Ketua Eksekutif KWSP & kini Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad) dan turut dianggotai oleh Abdul Rahman Ahmad (mantan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PNB dan akan menjawat Pengerusi Sime Darby Bhd pada 31 Oktober 2019).
9. Omar Ong yang
memanggil saya “Pak Kadir” berkata, mereka berdua ini masih boleh dihubungi
oleh pihak yang berwajib sekiranya ada bukti berlakunya maksiat perogolan dalam
penyenaraian FGV pada tahun 2012.
10. Saya menyahut saranan Omar
Ong itu dengan bertanya kepada Datuk Shahril Riza, kalau pelaburan FGV bagus,
kenapakah KWSP menjual saham FGV dan menanggung kerugian RM203.18 juta?
11. Tidak ada fakta yang lebih jelas untuk menunjukkan kehambaran penyenaraian FGV oleh Mohd Najib dan konco-konconya daripada harga saham FGV. Daripada harga terbitan RM4.55 seunit pada tahun 2012 ia hanya tinggal RM1.06 pada 25 Oktober – jatuh merudum hampir 430 peratus!
12. Dengan fakta-fakta di atas adakah Mohd Najib akan tuduh saya sangat tidak jujur dan celupar kalau saya katakan bahawa dia umpana Sang Kelambai kerana segala yang disentutnya menjadi batu?
13. Perogolan Felda dan FGV menjadi lebih teruk apabila Mohd Najib menyerahkan dua entiti itu kepada Mohd Isa sebagai Pengerusi dan “budak PEMANDU” Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV.
14. Mohd Najib meluluskan dalam masa sehari permohonan Mohd Isa untuk menubuhkan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Syarikat inilah yang membuat pelbagai pelaburan yang tidak kena mengena dengan kepentingan peneroka.
15. Dan syarikat ini jugalah yang membawa bala besar kepada Felda dengan kerugian berbilion ringgit.
Antara kerugian yang dicatatkan oleh Felda, Felda Investment Corporation (FIC) dan FGV adalah:-
i. Kerugian urus niaga projek KLVC Jalan Semarak dianggarkan RM2 bilion (MR2,000,000,000);
ii. Peruntukan susut nilai (impairment) ke atas saham FGV RM2.2 bilion (RM2,200,000,000);
iii. Peruntukan susut nilai saham Eagle High Plantations (EHP) RM2 bilion (RM2,000,000,000);
iv. Peruntukan susut nilai Asian Plantations Ltd RM596 juta (RM596,000,000);
v. Kerugian projek-projek perumahan Felda (PWF/PGBF) RM430 juta (RM430,000,000);
vi. Terlebih bayar untuk
saham Encorp Bhd RM223 juta (RM223,000,000);
vii. Kerugian akibat Felda Wellness Corp Sdn Bhd RM186 juta (RM186,000,000);
viii. Projek LiDAR yang terbengkalai RM148 juta (RM148,000,000);
ix. Terlebih nilaian Dataran Aras Sdn Bhd yang dibeli oleh Felda RM146 juta (RM146,000,000);
x. Terlebih nilaian Kensington Hotel di London RM171 juta (RM171,000,000);
xi. Terlebih nilaian Merdeka Palace Hotel di Kuching RM80 juta (RM80,000,000). (Mohd Isa sedang dibicarakan kerana kes ini);
xii. Terlebih nilaian Felda House and Grand Felda House di UK RM71 juta (RM71,000,000);
xiii. Kerugian pelaburan dalam IRIS Corporation Bhd RM92 juta (RM92,000,000);
xiv. Terlebih nilaian pembelian sebuah hotel di Port Dickson RM40 juta (RM40,000,000); dan
xv.Kerugian pelaburan dalam saham Barakah Offshore Petroleum Bhd RM27 juta (RM27,000,000).
Jumlah semua (jumlah besar): RM8 bilion (RM8,410,000,000).
Tetapu ada satu sumber lain pula berkata kerugian yang diderati oleh Felda mungkin mencecah RM10.5 bilion dan sumber ini amat rapat dengan Mohd Najib.
Tetapu ada satu sumber lain pula berkata kerugian yang diderati oleh Felda mungkin mencecah RM10.5 bilion dan sumber ini amat rapat dengan Mohd Najib.
Boleh jadi sesetengah orang yang terlibat kini berasa bersalah atau takut disabitkan dalam penyiasatan serta perbicaraan kes-kes berkaiatan Felda maka mereka mula bercakap di belakang tabir.
Saya sekali lagi menggesa pengurusan baru Felda dan pihak berkuasa lain, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agar meneliti dengan lebih dalam skandal di atas dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua pihak yang terlibat.
Menyentuh sedikit lagi mengenai pembelian 37 peratus saham EHP dengan syarat “put option”, Mohd Najib menghalalkannya dengan alasan ia mempunyai ladang yang luas - 340,000 ekar.
Dia sengaja tidak menyebut
bahawa EHP menanggung hutang yang besar. Apabila Felda beli EHP, ia bukan saja
beli aset EHP tetapi ia turut memikul hutang EHP.
Kita akan sambung perbincangan mengenai konspirasi pembelian EHP ini pada kesempatan lain kerana kita sudah pun membincangkannya dalam tampalan lepas.
Kesimpulannya, siapakah yang membawa kemudaratan kepada Felda dan peneroka – saya yang Mohd Najib kata “sangat tidak jujur serta seorang bermulut cekupar” – atau dia sendiri?
Wallahuaklam.
TOK..SALAM hormat. Para 11 mengenai kejatuhan saham FGV. Bukan 430 peratus. Tak mungkin nilai saham akan turun melebihi 100 peratus. Kejatuhan di kira dari peratusan adalah sebanyak +_ 76 peratus. Yg ada nilainya sekarang lebih kurang 23 peratus. Ini cara yg betul kiraan peratusan. Maaf nak nasihat walaupun Datuk tentu tak sedar. Ini bukan kes pertama Datuk guna peratusan yg tak betul.
ReplyDeleteSalam . Demi mempertahankan apa yang Dt katakan, harap DT buat laporan Polis atau ke SPRM demi kebenaran yg Dt rasakan.
ReplyDelete......... "Kesimpulannya, siapakah yang membawa kemudaratan kepada Felda dan peneroka – saya yang Mohd Najib kata “sangat tidak jujur serta seorang bermulut cekupar” – atau dia sendiri?" .........
ReplyDeleteSaya selalu katakan pada diri saya, saya mesti adil iaitu MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPAT NYA.
2. Saya tidak pernah terlepas membaca, meneliti dan sedaya-upaya mungkin cuba memahami dari segenap aspek.
Kesimpulan:
Marhaen pasti mahukan FELDA gah semula dengan penuh bangga kerana FELDA adalah produk kita, bangsa Malaysia! Yang bersalah kita bawa mereka ke muka pengadilan, dengan penuh adab.
- HERMAN ADNAN -
1. Terima kasih "flycharta services". Saya faham. Tapi sudah jadi kebiasan universal. Mungkin ada kaedah yang lebih mudah yang boleh difahami orang biasa yang kurang arif mengenai ilmu kira-kira.
ReplyDelete2. Terima kasih "CVahaya Al Majid". Sebagai wartawan, adalah bukan etika dan amalan kita membuat laporan polis atau SPRM. Tugas kita adalah melapor untuk tatapan umum. Terpulang kepada polis dan SPRM kalau mereka hendak bertindak. Sebaliknya orang yang tidak puas hati dengan laporan wartawan boleh menyaman dan tuntut ganti rugi.
As salam Dato'. Saya mmg peminat setia blog Dato terutamanya artikel berkaitan Kumpulan Felda/FGV. Berkenaan penyenaraian FGV di Bursa saham Malaysia pada tahun 2012 terdapat tentangan yang amat hebat dari Pengarah Besar pada masa itu bersama beberapa lagi pegawai kanan Felda kerana pada pandangan mereka penyenaraian itu tidak akan memberi keuntungan serta membawa kemudaratan kepada peneroka, kakitangan dan negara. Namun mereka yang menentang telah dijatuhkan hukuman yang memilukan seperti Pengarah Besarnya ditempatkan bekerja di Pejabat Kedutaan di Eropah manakala pegawai-pegawai kanan beliau ditukarkan ke JPA atau dimasukkan ke 'peti ais' di jabatan-jabatan Felda. Mungkin elok Dato menyentuh perkara ini dalam artikel Dato' supaya peneroka dan rakyat tahu terdapat juga pegawai-pegawai Felda yang berani kerana benar walaupun terpaksa menanggung beban akibat tindakan mereka menentang kemungkaran Kerajaan pada masa itu.
ReplyDeleteTK
Salman
Datok kadir saya ni tak pandai pasal bisnes ni sangat segala fakta dinyatakan tak tepat sebab kerugian bukan saja felda Th dan banyak lagi selepas ph menang dan pm jaja hutang negara 1treelion seluruh dunia bukan malaysia saja akibat pelabur lari lintang pukang itu adalah fakta
ReplyDeleteUnknown, kalau tak pandai pasal bisnes belajarlah & dengar fakta dpd sumbwr yg reliable dan buat analisis. Jepun & USA hutang lg banyak bai tp di msia ada trust deficit berdasarkan track record terdahulu...
DeleteKadir.
ReplyDeleteCasey Tang MO1
Shahrol MO2.
Jika u Muslim , pi la minta maaf dengan Najib sebab U fitnah dan sebar fitnah 1 MDB .
Jika u tak takut hukum Allah SWT , just forget it .
Ronimza...
DeleteCasey Tang adalah 1MDB officer 1
Shahrol adalah 1MDB officer 2
1MDB officer 1 bukan lah MO1...
Terma yang digunakan US DoJ itu SAMA SEKALI merujuk kepada dua Batang Tubuh yang Berbeza!
KESIMPULAN:
Andai Kail Panjang Sejengkal, Usahlah Menduga Lautan Dalam
-HERMAN ADNAN-
Rakyat x kisah ttg siapapun yg menyeleweng dan dan tidak amanah di dalam kes Felda. Tangkap dan dakwa semua penyanggak2 ini. Tiada patut ada ada romi dalam hal hal rasuah. Kita perlu selesaikan satu persatu kes. ini sudah hampirdua tahun, kjaan pakatan masih gagal mensabitkan satu pun kes ke atas najib. Rakyat tertunggu tunggu nila kes src dan 1mdb nk selesai. Dulu tun m cakap berdegar2 kata ada semua bukti tapi bila baca transkrip kes d mahkamah satu keterangan saksi2 pun mcm payah padnak lekata najib..semua hanyalah hearsay.
ReplyDeleteSama Ada xde bukti kukuh ataupun pendakwaraya and agc Tak competent... Saya yg xde background law pun boleh timbul doubt ...
DeleteAiit... Dato Kadir fitnah Najib mengenai 1MDB pulak.
ReplyDeleteYang peliknya, jika 1MDB adalah fitnah, mengapa pembelaan Najib di Mahkamah, guna alasan Najib ditipu oleh Jho Low, dan Casey Tang?
Inilah masaalah sebenar orang Melayu-Islam seperti Ronimza 2:53pm... bila mati-akal dalam berhujah, pertikai keimanan sesama Bangsa & Agama, kemudian guna kegerunan balasan di akhirat atas nama Allah SWT sebagai modal.
Dah la menyamun guna 'Agama' untuk mengaburi penyamunan... seperti taja beribu-ribu Tok Imam tunai Haji... nak membela penyamun pun guna nama Allah.
Buat Umrah, tak payah cakap la... dari Najib/Rosmah, Zahid Hamidi, Azzez Baling... semua pernah tunai Umrak berkali-kali. Banyak sunggoh duit depa.
Patut la orang kapir pandang-serong/hina pada Bangsa & Agama kita.
Maruah nak mai kot mana, jika Bangsa & Agama kita diperkudakan demi WANG dan harta.
Kita diajar utk sentiasa Bersangka baik...tuduh melulu tanpa bukti fitnah namanye.Tunjukkan bukti dulu..wassalam.. Moga mendapat petunjuk Dan diampuni Allah SWT. Aminnn
DeleteKita diajar utk sentiasa Bersangka baik...tuduh melulu tanpa bukti fitnah namanye.Tunjukkan bukti dulu..wassalam.. Moga mendapat petunjuk Dan diampuni Allah SWT. Aminnn
DeleteSalam Saudara Sazali.
ReplyDeleteMemang kita diajar untuk bersangka-baik sesama manusia, walau apa pun Bangsa & Agama sesaorang itu. Setakat sekali-dua kita dengar, terbaca atau lihat di kaca TV, apa-apa tuduhan atau dakwaan terhadap saudara-mara, sahabat-handai, jiran atau orang yang kita kenali tetapi mereka tidak megenali kita... seperti artis atau tokoh terkenal... boleh la kita ambil sikap bersangka-baik.
Tetapi, jika melibatkan ahli-politik atau pengubal undang-undang, mereka yang kita sebagai Rakyat, beri kepercayaan jadi Pemimpin atau Ketua-Negara, bersangka-baik jangan sampai memalukan Bangsa & Agama orang-Melayu.
Nak bersangka-baik apa lagi, setelah bertahun-tahun kita di'hidang'kan dengan laporan-laporan yang menghakis maruah Bangsa, Agama dan Negara.
Mula-mula kita dengar dia melantik orang-tengah kelabu-asap, Razak Baginda untuk beli kapalselam. Beberapa tahun kemudian, ia melarat kepada kes pembunuhan Altantuya dan saban hari disensasikan dengan pembicaraan kes yang mencemarkan integrity PDRM.
Yang paling tercemar maruah adalah tiga tonggak pemerintahan Negara... Executive, Legislative & Judiciary... apabila hukuman mati dijatuhkan keatas 2 anggota Polis, dan yang paling pelik & mengejutkan, sehingga kehari ini, motif pembunuhan dan 'siapa yang beri arahan untuk membunuh' tidak diketahui dan menjadi tanda-tanya.
Lebih malang lagi, seorang sedang menunggu hukuman-mati dipenjara Malaysia, manakala seorang lagi, sedang mendapat 'pelindungan' atau 'terselamat' kerana sedang berada di pusat tahanan Immigration Australia.
Sedang dok hangat pasal Altantuya, kita di'hidang'kan pula dengan berita Deepak carpet dapat pinjaman RM30 Juta, tanpa-faedah dari Bank Rakyat yang dimiliki Kerajaan... Bank kita la tuh.
Bila tiba kes Jho Low & 1MDB... sehingga Negara Islam kita dikenali seluruh dunia sebagai Kleptocracy atau diperintah oleh gerombolan pencuri... menjatuhkan maruah Bangsa & Agama, bodoh la kita jika masih mahu bersangka-baik.
Bukti apa lagi yang Saudara Sazali mahukan?
Bukti rampasan bernilai hampir RM1 Billion... dalam bentuk wang-tunai pelbagai matawang, barangan kemas/intan-permata, beg-tangan dan jam-tangan mewah berjenama kapir... di apartment mewah anaknya, tak cukup ka?
Selepas UMNO hilang kuasa, Cina pula yang dipersalahkan, lebih-lebih lagi DAP. Berdepan dengan pulohan kes kelepet WANG di Mahkamah, berbaik pula dengan Party yang memperjuangkan 'Islam' ala-PAS yang pernah mengkapirkan UMNO dan pernah juga 'berpelok' dengan DAP untuk menjahanamkan UMNO.
Elok la tu... Party synonym dengan Islam sedang 'berpelok' dengan Penyamun... lepas tu kita harapkan orang-kapir respect atau hormat pada Bangsa & Agama kita?
Maruah nak mai kot mana?
Bila orang memperlekeh Bangsa & Agama kita, kita marah.
Kita tuduh mereka menghina Agama kita.
Ehmmm... Yang sedap, anak-muda Cina bernama Jho Low. Duit kita dia dapat. Silap-silap, Paris Hilton pun dia dapat kongkek.