A Kadir
Jasin
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam
tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya
sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang
mungkin saya pegang.
Apa susah, Najib ada banyak penguam hebat-bebat |
SEMALAM, Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur telah buat penghakiman perintah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Abdul Razak, bela diri (enter his defence) dalam kes SRC
International Sdn Bhd.
Dia diperintah bela diri atas tujuh tuduhan bersangkutan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan duit haram libatkan RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd (SRC) yang masuk dalam akaun peribadi dia.
Tujuh tuduhan itu adalah tiga melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali buat keputusan itu selepas dapati pihak pendakwa berjaya buktikan ada kes ‘prima facie’ bagi semua tuduhan ke atas Najib.
Dalam bahasa mudah, pendakwa
telah berjaya yakinkan hakim bahawa ada bukti yang kuat Najib buat
macam yang dituduh.
Maksudnya, setakat ini, pada
pandangan kasar, segala tuduhan ke atas Mohd Najib adalah benar sehinggalah
dibuktikan sebaliknya.
Jadi sekarang ini Mohd
Najib disuruh oleh mahkamah bela diri dia. Sama ada keputusan terhadap
dia kekal atau diubah bergantunglah kepada macam mana dia bela diri dia.
Tapi dia tidaklah akan
bela diri seorang diri. Dia bukan penganggur yang curi makanan dari pasar raya
kerana anak-anak di rumah lapar dan tak mampu upah peguam.
Najib orang kaya. Dia
ada banyak peguam bela yang hebat-hebat untuk bantu dia. Mereka ini pula akan
panggil saksi-saksi yang pada pendapat mereka boleh bantu lepaskan Najib.
Mereka akan sanggah bukti-bukti
yang kata ada kes terhadap anak guaman mereka. Mereka akan guna macam-macam bukti dan bangkitkan macam-macam hal teknikal.
Tugas mereka lebih mudah
daripada tugas pihak pendakwa. Pendakwa wajib buktikan tanpa sebarang keraguan
kesabitan Najib. Mereka hanya perlu timbulkan keraguan yang berpatutan.
Selalunya kes kena buang
pasal pendakwa raya gagal buktikan kes prima facie. Bila pendakwa raya berjaya
buktikan kes prima facie selalunya lekatlah kes itu.
Jadi sekarang pandai-pandailah
Najib pertahankan diri dia. Kita selalu dengar orang kata, pandai makan
pandailah simpan, berani buat beranilah tanggung.
Tentang Najib kata dia
terkejut tak dibebaskan itu perkara biasalah. Takkan dia nak kata dia tak
terkejut sebab dia buat?
Tapi boleh jadi juga dia betul-betul
terkejut pasal dia yakin peguam-peguam dia yang hebat macam Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah boleh buang kes.
Bagi penyokong dia pula,
sama ada daripada jenis yang tak tahu apa-apa, yang makan dedak atau yang
tertutup fikiran, mereka tentulah kata dia dianiaya, mahkamah tidak adil
dan dia mangsa konspirasi politik.
Biasalah!
Nak kata apa lagi?
Hina Mahkamah
Cuma saya hendak minta
pihak berkuasa macam mahkamah sendiri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM) pantau dan ambil tindakan tegas ke atas perbuatan hina mahkamah.
Hina mahkamah: Pantau tampalan media sosial |
Kita tidak boleh ambil
mudah perbuatan hina mahkamah ini, sama
ada secara sengaja atau pasal jahil undang-undang.
Dalam kehakiman, jahil
undang-undang bukanlah alasan untuk langgar undang-undang atau untuk bela diri.
Buat masa ini, kita
bagilah peluang kepada Najib bela diri dia. Dia pun bukan orang bodoh atau orang susah.
Duit dia banyak dan dia pun belajar tinggi sampai ke England.
Dia pi mahkamah pun bukan
digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju
kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah.
Jadi cukup-cukuplah simpati
dengan dia. Dia bukan ibu tunggal yang curi roti pasar raya pasal tak ada duit
dan anak-anak lapar. Itu pun kena jel juga. Inikan pula jenayah yang libatkan berpuluh juta duit rakyat jelata.
Wallahuaklam.
Let the JUSTICE being served accordingly
ReplyDelete...... "Dia pi mahkamah pun bukan digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah.
ReplyDeleteJadi cukup-cukuplah simpati dengan dia. Dia bukan ibu tunggal yang curi roti pasar raya pasal tak ada duit dan anak-anak lapar. Itu pun kena jel juga. Inikan pula jenayah yang libatkan berpuluh juta duit rakyat jelata." ..........
WELL SAID. KHALAS😎
-herman adnan-
Najib's lawyer will appeal all the way to Federal Court and the case will drag on for 5-10 years. In the meantime, your master Mahathir will be dead.
ReplyDeleteLet's hope your racist boss will not completely destroy PH and this country with his divide and rule tactics before he dies.
Mahathir is a curse to this country. Together with Najib, both of them will set our country in the shithole category for the next 10 generations.
Beban sekarang berpindah tangan. Sebelum ni beban pembuktian terletak pada pendakwa. Bila ada Prima Facie, maka beban beralih kepada tertuduh. Pandai pandai la Jib. Sebelum ni bukan main lagi troll kat facebook.
ReplyDelete"Dia pi mahkamah pun bukan digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah."
ReplyDeleteNajib tidak digari dan tidak pakai kemeja T oren sebab dia tidak direman dakj.
Kalau tak direman buat apa bayar ikat jamin RATUSAN RIBU CECAH JUTAAN RINGGIT wahai wankamarul701
DeleteHERMAN ADNAN
Datuk,
ReplyDeletethe learned judge must not allow the defence lawyers and the culprit to hold sway over the public. Let the court processes carry on without stupid postponements and nonsensical appeals which the defence will certainly try its best. It is one thing for the rule of law to apply, but definitely not to be abused and pandered to the shenanigans of the defence team. The plunder of the SRC millions and 1MDB billions were over and executed at almost rocket speed.
The person in the dock should be held in remand until the court cases are over with. This way, the defence will certainly try its best to speed up the processes.
Y. Bhg Dato @ Let the law and procedure take its course. The prosecution has succeeded to convince the learned Judge before deciding that the accused must be called for defending all charges against him. All parties that involved in the proceeding are qualified and very skillful in their profession. Thus very unenthical for any parties to make any negative comment on the proceedings or judgements.
ReplyDeleteYg masih menyokong kategori bangang...
ReplyDeleteAssalamualaikum Datok.
ReplyDeleteCerita tentang hina mahkamah ni Datok, TV3 suku pun dah mula guna selera lama Datok.
Semalam 12 Nov Berita Buletin Utama, Secara penuh sensasi kes basikal lajak telah dipergunakan untuk highlight kes mahkamah yang telah pun selesai, tapi sengaja disensasikan tentang 8 remaja yang meninggal tapi pemandunya dibebaskan mahkamah....
Fikir2 la Datok. Mungkin TV3 masih ada DNA lama kut Datok.
ReplyDeleteYou can rant and rave all you want, but the fact remains TM is the PM today and as sure as the sun will rise tomorrow, he will still be the PM.
Esok Esok jatuh hukuman NR rayu..
ReplyDeleteLima tahun tak tentu masuk jail lagi. Tup Tap Lit Lap PRU 15.. Kalau masuk jail punggg NR minta ampun YDA..
Salam sejahtera DAKJ yang dihormati,
ReplyDeleteSaya penah menulis bahawa Tun Mim adalah seorang ketua pasukan yang tidak pernah tewas, dan dengan setiap kemenangannya di dalam setiap pertempuran yang ia ketuai, ia telah menyelamatkan bangsa Mim dan negara Mim daripada kebinasaan sekiranya dia telah tewas di dalam mana-mana satu pertempuran tersebut.
Mengapakah DAKJ dan kesemua rakyat Malaysia yang lain dengan yakinnya berani menulis dan mengulas tentang pilihan-pilihan yang ada pada DSNR selepas mahkamah mendapati tuduhan ke atasnya ada prima facie?
Mari kita lihat satu sejarah yang berlaku dua dekad yang lampau ketika Tun Mim menjadi PM-4.
Pada tahun 1998, ketika Tun Mim menjadi PM-4, bekas timbalannya yang telah dipecat dan menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah pada masa itu telah melancarkan satu gerakan reformasi yang dengan slogan-slogan yang penuh retorik. Hakikatnya ialah gerakan itu hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya supaya dia mendapat kuasa dan seterusnya dirinya akan terselamat daripada hukuman apabila dia menyalahgunakan kuasa itu.
Syukurlah timbalannya itu telah tewas dan gerakan reformasi tersebut tidak ke mana-mana melainkan menjadi basi. Timbalannya itu pula akhirnya didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya dan dipenjarakan. Retorika yang berterusan dari dalam penjara tetap gagal menjatuhkan Tun Mim sebagai PM-4.
Kini di tahun 2019, DSNR sebagai bekas Perdana Menteri yang ditumbangkan oleh pasukan Tun sebagai PM-7 pula sedang menghadapi pertuduhan, dan pada 11.11.2019, hakim memutuskan pertuduhan ke atasnya ada prima facie dan dia dipanggil untuk membela diri.
Segala pilihan yang ada pada bekas PM ini ialah berdasarkan apa yang tercatit di dalam proses undang-undang dan bukan selainnya.
Pilihan untuk menganjurkan gerakan reformasi ala-ala 98 tidak lagi akan menjadi pertimbangannya memandangkan dia sendiri telah melihat betapa gerakan tahun 1998 itu telah gagal dan pelopornya akhirnya terhumban masuk ke dalam penjara juga.
Membuat ucapan penuh retorika dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah untuk membolehkan proses pemeriksaan balas dijalankan juga tidak akan dapat menghalang daripada hukuman dijatuhkan. Kes bekas timbalan Tun tahun 1998 itu adalah precedentnya.
Bayangkan sekiranya gerakan reformasi 1998 itu telah berjaya. Kebarangkaliannya ialah DSNR yang masih memiliki penyokong yang ramai mungkin akan melancarkan satu lagi gerakan reformasi ala-ala 1998 untuk selamatkan dirinya daripada hukuman apabila dia didapati bersalah kelak.
Disebabkan Tun Mim telah menang pada tahun 1998 dan disebabkan gerakan reformasi jalanan oleh bekas timbalannya telah gagal, maka kita semua termasuklah DAKJ sendiri telah dengan yakinnya menulis tentang pilihan-pilihan yang ada pada DSNR tanpa langsung membincangkan tentang revolusi jalanan. Malah DSNR sendiri pun tidak akan mempertimbangkan gerakan-gerakan sedemikian kerana precedent yang ada menunjukkan ia akan gagal.
Sabitan ke atas DSNR hanya tinggal satu langkah sahaja lagi. Sabitan itu kelihatan hampir pasti. Selepas sabitan, beliau masih punya peluang untuk penggantungan hukuman sementara menanti rayuan.
Jalan bela diri di mahkamah nampaknya tidak akan menyebelahi DSNR. Maka apakah jalan lain yang terbuka untuknya terlepas daripada hukuman yang masih tiada precedent gerakan sedemikian pernah gagal.
Jawapannya ialah; menjatuhkan Tun Mim daripada kedudukannya sebagai PM dan menaikkan seseorang yang lain yang sedia menyalahgunakan kuasa untuk melepaskan DSNR daripada hukuman.
Persoalannya ialah sekiranya itu berlaku adakah mereka ini akan berjaya menjatuhkan Tun Mim? Jawapan saya ialah tidak, Tun Mim adalah ketua pasukan yang tidak pernah tewas dan dengan izin Allah ia akan kekal sedemikian walau siapapun ketua pasukan atau walau siapa pun yang berada di dalam pasukan lawannya sehinggalah zaman fitnah ini benar-benar ditinggalkan.
Que sera sera; W2020M.
Wallahu a'lam.
Salam Dato Kadir
ReplyDeleteMaaf kerana lama tak memberi pendapat. Sibuk sikit akhir-akhir ni. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kpd PH kerana dah ada kes utk Najib jawab. Biarlah dia jawab dalam kandaang tertuduh. At least, dia lagi berani dari Anwar dulu. Kalau dibuktikan dia bersalah, masukkan dia dalam jel. Berani buat tahi, berani simpanlah (Maaf keras sikit).
Kedua, PRK Tg Piai ni dah tak lama. Saya rasa PH akan kalah. Sebabnya, orang Cina protes suruh Tun Mahathir berhenti, mereka nakkan Anwar. Manakala orang Melayu pula tak puas hati dgn PH sebab tak boleh nak pertahankan Islam. Habis semua kafir naik tocang sekarang sebab pemimpin Islam PH semuanya koro-koro belaka. Cakap je lebih.
Jadi, jika Bersatu kalah sekali lagi kali ni, eloklah Tun bubarkan parlimen dan buat piliharaya baru sebab nampaknya Tun dah tak ada sokongan sekarang dan ini adalah isyarat yg jelas dan nyata yg rakyat dah meluat dgn PH. Sekian TQ.
Ps: Tak apa ke saya cakap keras sikit sekarang? Kalau Dato’ rasa terlalu keras nanti saya lembutkan sikit komen tu. Tapi Dato’ kena beritahulah, sbb Dato’ kata nak dengar pandangan semua pihak bukan setakat kaki ampu Dato’je - macam “Betul Dato’ cakap tu, You are my man, absolutely right. Syabas Dato’ dan sebagainya”.
SALAM DAKJ,
ReplyDeleteHARAP-HARAP TIDAK ADA LAGI KAD 'KELUAR PENJARA PERCUMA' KEPADA MANA-MANA ORANG POLITIK TANPA MENGIRA PARTI PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG. NAIK TURUN MAHKAMAH DAN KEMUDIAN KENA JATUH HUKUM PENJARA, TUP-TUP BOLEH BEBAS DENGAN PENGAMPUNAN, KAN KA LAWAK KALAU JADI LAGU TU LAGI...
Sekurang kurangnya najib dikhabarkan akan membela diri dgn bersumpah dan akan disoal balas. Bukan pengecut spt anwar ibrahim yg hanya membaca pembelaan tanpa bersumpah dan tidak membenarkan untuk disoal balas. Nampak jelas siapa jantan dan siapa betina.Inikah ciri seorang yg bercita cita menjadi PM?
ReplyDelete